Syarikat pengeluar keluli, Perwaja Holdings Bhd, mungkin membida untuk mendapatkan beberapa kawasan tanah perlombongan yang akan diberikan oleh negeri-negeri Pahang dan Terengganu tidak lama lagi.
Ini berkemungkinan besar berikutan hakikat yang Perwaja baru-baru ini telah melahirkan hasratnya untuk menerokai bidang perlombongan bijih besi, iaitu bahan mentah yang boleh digunakan dalam kilang pelet bijih besi di Kemaman, Terengganu.
Kilang itu yang dijangka beroperasi dalam separuh pertama tahun depan, mungkin menyaksikan lonjakan dalam pendapatan Perwaja, kata OSK Research.
Dalam suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, Perwaja mencatatkan kerugian pracukai RM24.282 juta berbanding untung pracukai RM22.66 juta sebelumnya dengan pendapatan merosot kepada RM426 juta daripada RM373.7 juta dicatatkan terdahulu.
Konsesi perlombongan itu ekoran saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggalakkan negeri dengan rizab bijih besi dan arang batu memperuntuk lebih banyak tanah untuk pengeluar keluli menjalankan perlombongan komersil bagi meningkatkan operasi masing-masing.
"Kami difahamkan daripada pakar pasaran yang terdapatnya beberapa kawasan tanah perlombongan di Pahang dan Terengganu telah bersedia untuk diberikan oleh kerajaan negeri berkenaan bila-bila masa sekarang," kata OSK, sambil menambah yang terdapatnya kemungkinan besar Perwaja akan merebut sekurang-kurangnya satu plot perlombongan baharu di Terengganu.
Kilang Perwaja, terletak secara strategik di Kemaman dan kilang peletnya yang baharu di Kemaman, telah bersedia untuk meningkatkan nilai bijih besi, yang boleh digunakan sebagai bahan mentah bagi kilang besinya.
Hakikat yang Perwaja pada asalnya ialah sebuah projek kebangsaan turut menaikkan kemungkinan syarikat mendapatkan sebarang konsesi bijih besi yang bakal diwujudkan di Terengganu atau Pahang, kata OSK.
OSK memetik semula apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said baru-baru ini yang Jabatan Mineral dan Geosains negeri telah mengendalikan kajian enam bulan ke atas daya maju pembukaan semula perlombongan besi di Bukit Besi.
"Jika terdapat sebarang perlombongan dilakukan di sana, kerajaan negeri sendiri akan melakukannya dengan membentuk usaha sama dengan syarikat persendirian," kata beliau.
Lombong Bukit Besi pada umumnya mempunyai rangkaian jalan raya umum yang baik.
OSK berkata sekiranya Perwaja memperolehi lesen atau konsesi perlombongan besi, penjimatannya boleh menyaksikan US$100 (RM300) setonne memandangkan kos perlombongan adalah kurang daripada US$50 (RM150) setonne.
Selain daripada itu, margin potensi daripada pelet seharusnya memberi manfaat kepada syarikat kerana kos pengangkutan akan berada di bawah US$10 (RM30) setone berbanding fret pukal semasa melebihi US$10 dan US$20 setonne, masing-masing dari Australia dan Brazil.
Sementara itu, pada tengah semalam, saham Perwaja naik dua sen kepada 90 sen di Bursa Malaysia.
Wednesday, July 20, 2011
Ibrahim Dahului 259 Penerima Darjah, Pingat
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad ( gambar kanan) mendahului senarai 259 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-49 Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Beliau akan menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (SPMT) bersama Ketua Staff Markas, Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed yang membawa gelaran Datuk.
Secara keseluruhan, 30 orang akan dianugerah gelaran itu dalam istiadat di Istana Maziah di Kuala Terengganu hari ini , termasuk Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ) bersama tiga yang lain.
Bakal turut menerima DSMZ ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Che Zolkples Embong; Ketua Pegawai Selia dan Pengawasan Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Rahim Mohamad.
Seramai 24 individu pula akan menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT), termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri, Noorbahri Baharuddin; Ahli Exco Kerajaan Negeri, Toh Chin Yaw dan Yahya Khatib Mohamad; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Tuan Mamat Tuan Ngah; Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Mohamad Zaki Hamzah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda.
Juga Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan; Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah; Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Aziz Deraman; Penasihat Ekonomi kepada Menteri Besar, Datuk Mustapha Ahmad S. Marican; Pengarah Urusan Novafields Deveploment, Nordin @ Ramlan Ibrahim dan ahli perniagaan, Koh Tat Kim serta Tow Kong Liang.
Sementara itu, 11 orang bakal menerima Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SMZ) termasuklah Pengarah Yayasan Terengganu, Aziz Mamat; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej TESDEC, Mohd Akil Mat; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif T-ISSI, Arpin Deraman; Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Wan Sulaiman.
Bakal turut menerima, Pengarah Pilihan Raya negeri, Mohd Nor Daud; Pakar Perunding Kanan Kebiusan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr. Aisai Abdul Rahman; Pengarah Operasi Unit Perlindungan Saksi Jabatan Perdana Menteri, Asisten Supritendan Arshad Abdul Jalil dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pertahanan, Zaharah Ali.
Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Wan Mustafa Wan Hassan pula bakal menerima Darjah Setia Mahkota Terengganu (SMT) bersama 12 yang lain, termasuklah yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafar Khalid; Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin; Pegawai Daerah Marang, Abdul Rahman Che Ali dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Juga tiga pakar perunding di Hospital Sultanah Nurzahirah iaitu Dr. Zuraidah Mustari, Dr. Mohd Zulkifli Mohd Kasim dan Dr. Zariah Abd. Aziz di samping Pengarah Utama Wan Husin & Associates, Wan Husin Wan Embong dan seorang pesara kerajaan, Syed Abdul Rahman Syed Akil.
Seramai 11 orang bakal dianugerahkan Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ), termasuklah juruterbang pesawat VP MAS & Carter, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain; Pegawai Belanjawan negeri, Mohd. Shukri Azam; Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh dan Pengarah Kemas negeri, Nor Hazalina Hashim.
Bagi Darjah Ahli Mahkota Terengganu (AMT), 17 penerima yang disenaraikan, termasuklah atlet berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Fatehah Mustafa; Pengurus Syarikat Perniagaan Foo Yee, Eng Ee Koon; Pengarah Urusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Zainal Abidin Mohamed; Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia), Mohd. Azahari Mohd. Azahar dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ishamudin Hashim.
Di samping itu, seramai sembilan orang bakal menerima Pingat Jasa Cemerlang (PJC) termasuklah Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Wan Mohd. Wan Ibrahim; Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Roshali Taha; Juruteknik Majlis Perbandaran Kemaman, Ab. Aziz Che Mat dan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, Cif Inspektor Abdullah Che Soh.
Seramai 142 bakal menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) termasuklah Abdul Halim Jusoh, Leow Khim Cheo, Lee Yun Ping, Chong Che Beng, Tengku Iskandar Zulkarnain Tengku Abdul Malek, Ahmad Faris Abdul Razak, Lizan Che Mat, Zulkifly Isa, Ahmad Nazwawi Harun, Mohd. Rashdan Muda, Ooi Siew Tin, Salbiah Latif, Gan Soo Bing dan Tengku Nor Azura Tengku Ibrahim.
Bagi pingat Bintang Lama Berjawatan (BLB), tujuh nama yang disenaraikan termasuklah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam negeri.
Yusof Che Abdul Hamid pula disenaraikan bersama dengan 18 penerima Pingat Lama Berjawatan (PLB) selain Abdul Rahman Razak, Kamarulldin Mohd, Abu Bakar Jusoh, Che Wan Mohamad Zain Che Wan Hamzah, Salleh Endot, Che Nazar Mat Hassan, Rubiah Mat Latiff, Megat Abdul Kahar Megat Ayub dan Wan Zainah Wan Yusof.
Utusan Malaysia

Sasar 470,000 Graduan Politeknik Sedekad
Md. Nor Yusof (dua dari kanan) melawat gerai pameran yang diadakan sempena Seminar Teknologi Hijau 2011 di Primula Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Beberapa lagi politeknik akan dibuka di seluruh negara dengan sasaran institusi tersebut dapat mengeluarkan sehingga 470,000 graduan sepanjang tempoh satu dekad akan datang.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi, Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, prasarana yang ada ketika ini cuma dapat mengeluarkan 300,000 graduan dengan kadar pengambilan 30,000 pelajar setahun.
Namun begitu katanya, JPP sentiasa berusaha untuk mencapai hasrat tersebut dengan menambahkan bilangan institusi di samping menawarkan bidang kursus yang selari dengan kehendak pasaran semasa.
Menurut beliau, ini termasuklah rancangan pembinaan lima lagi politeknik dalam tempoh terdekat termasuk dua politeknik Metro yang hampir siap.
‘‘Pada masa ini seramai 90,000 pelajar sedang menuntut di 28 buah politeknik di seluruh negara yang membabitkan 24 politeknik konvensional, tiga buah politeknik Premier dan sebuah politeknik Metro,’’ katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Teknologi Hijau 2011 anjuran JPP di Hotel Primula di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Lestari, Sektor Tenaga, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Ke TTHA), Badriyah Abd. Malek.
Seramai 120 pensyarah JPP daripada 28 politeknik seluruh negara menyertai seminar tiga hari itu. Sebanyak 11 kertas kerja dibentangkan.
Beliau menjelaskan, tiga politeknik Premier itu membabitkan politeknik Ungku Omar, Shah Alam dan Johor Bharu mempunyai kemudahan asas yang lengkap di samping bidang kursus yang pelbagai.
Manakala, politeknik Metro merupakan konsep pusat pengajian dibina di kawasan bandar yang tidak mempunyai asrama dengan memberi keutamaan kepada pelajar di kawasan sekitar.
‘‘Politeknik Metro di Setiawangsa, Kuala Lumpur telah mengambil pelajar pada tahun lalu dan dua buah lagi politeknik seumpama itu kini telah hampir siap dan dijangka akan memulakan pengambilan pelajar pada tahun depan,” ujar.
Menurut Md. Nor, kerajaan juga bersetuju untuk membina tiga lagi politeknik iaitu di Bagan Datoh, Perak, Pagoh di Johor dan Hulu Terengganu yang setiap satu menelan kos kira-kira RM200 juta.
Utusan Malaysia
40 Polis Sertai Konvoi 1,600km Ke Kelantan, Terengganu
Seramai 40 pegawai dan anggota polis termasuk dua wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini memulakan konvoi bermotosikal bagi melaksanakan program kemasyarakatan sejauh 1,600 kilometer.
Selama empat hari, semua peserta itu dijadualkan menjelajah beberapa buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Terengganu serta Kelantan sepanjang konvoi tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, konvoi seumpama itu dapat menguji kesabaran dan kecekalan setiap peserta selain meningkatkan semangat kerjasama di kalangan mereka.
"Pasukan kembara ini akan mengadakan program komuniti di Selangor, Terengganu dan Kelantan.
"Selepas itu, mereka akan memulakan perjalanan ke Baling, Kedah dan pulang ke Pulau Pinang pada Jumaat ini," katanya.

PTD Maran menang anugerah Emas MPC
Ahli Kumpulan SMART PTD Maran bergambar selepas berjaya menerima anugerah Emas MPC sempena Konvensyen Inovasi dan Kreatif Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Timur di Terengganu, baru-baru ini.
Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Maran berjaya meraih anugerah Emas sempena Konvensyen Inovasi dan Kreatif Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Timur yang diadakan di Terengganu, baru-baru ini.
Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh berkata, PTD Maran merupakan satu-satunya jabatan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang menyertai konvensyen tersebut.
Menurutnya, Kumpulan SMART yang mewakili PTD Maran mempersembahkan projek yang bertajuk Kelewatan Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Individu Selepas Menerima Notis 5A.
'' Projek itu dimulakan pada Februari tahun lalu dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan ketika melakukan lawatan kerja ke pejabat tersebut pada awal tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang mengeluarkan arahan Pentadbiran Tanah Negeri yang menyeragamkan proses kerja berkaitan bagi semua Pejabat Tanah di negeri ini.
Katanya, selain itu, pada 23 Mac lalu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada PTD Maran atas pencapaian sama dalam menyeragamkan proses kerja berkenaan.
Katanya, penyertaan itu sebagai menyahut cabaran kepimpinan negara supaya jabatan kerajaan mempertingkatkan prestasi dan penyampaian perkhidmatan dengan lebih sistematik kepada pelanggan.

E-Disiplin Akan Diperluas Ke Semua Sekolah Secara Berperingkat
Sistem Kawalan Disiplin Murid atau e-Disiplin yang dilancarkan hari ini untuk mengesan dan mengawal tingkah laku murid secara dalam talian, akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata melalui e-Disiplin iaitu aplikasi maklumat komunikasi dan teknologi (ICT) berasaskan web, guru disiplin akan melapor salah laku pelajar secara dalam talian.
Ini sekaligus memudahkan kementerian mengukur, mengesan dan mengawal selia disiplin murid sebelum melaksanakan tindakan selanjutnya dan akan dilaksanakan sebagai program pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-10, pada tahun ini, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada 97 buah sekolah menengah Felda seluruh negara yang terlibat dalam pelaksanaan e-disiplin serta pelancaran e-Disiplin, di Putrajaya, kelmarin.
Sejak 2009 sehingga kini, e-disiplin hanya dilaksanakan di 317 sekolah termasuk 97 sekolah menengah Felda di seluruh negara yang mendapat maklum balas positif daripada guru-guru kerana mencatatkan penurunan masalah disiplin murid yang begitu signifikan, katanya.
Ia dibangunkan oleh Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk membantu usaha kementerian memantapkan pengurusan disiplin murid.
"Kita seru supaya pihak sekolah sentiasa mengisi maklumat dengan jujur. Kita akan lihat juga mana sekolah yang rekodnya nampak mungkin kita akan tanya soalan atau kita hantar pasukan ke sekolah itu (untuk menyiasat), katanya kadang-kadang sekolah tidak lapor tetapi ada masyarakat yang laporkan (kes disiplin), katanya.
Mengenai tindakan yang akan diambil kepada sekolah-sekolah yang mencatatkan banyak kes salah laku pelajar, Abd Ghafar berkata kementerian akan turun padang untuk melihat sendiri keadaan di sekolah itu supaya ia dapat diatasi segera selain mengadakan kursus motivasi untuk pelajar.
Sementara itu beliau berkata sumbangan komputer riba itu adalah usaha kementerian dan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid untuk memudahkan tugas guru-guru disiplin sekolah menengah Felda dalam melaksanakan pembangunan disiplin murid dengan lebih fokus dan tersusun.

YPKT Sedia Beri Pinjaman Kepada Pelatih Mulakan Perniagaan
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bersedia memberi pinjaman kepada pelatih jahitan yayasan itu yang berminat memulakan perniagaan.
Pengarahnya, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata mengikut rekod, setakat ini, seramai 64 pelatih membuat pinjaman dengan YPKT, melibatkan peruntukan sebanyak RM224,000 untuk memulakan perniagaan dalam bidang jahitan.
"YPKT telah berjaya melahirkan seramai hampir 9,000 orang tukang jahit yang mahir melalui kursus jahitan yang dianjurkan oleh yayasan itu sejak tahun 2005 hingga 2011," katanya pada majlis penyampaian sijil tamat latihan sesi 1/2011 di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata bagi tahun ini, seramai 1,300 peserta sedang mengikuti latihan di negeri itu.
Mohd Shafaruddin juga berkata kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM700,000 setiap tahun untuk mengendalikan kursus tersebut.
"Jahitan merupakan satu industi yang boleh memberikan pulangan yang lumayan, sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan konsisten," katanya.
Pada majlis itu, seramai 600 pelatih menerima sijil masing-masing.

Sekolah Di Pedalaman Sertai Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan
Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) Sekolah-Sekolah Terengganu 2011 di sini pada Isnin diperluaskan lagi dengan pembabitan sekolah dari kawasan pulau dan orang asli di Terengganu.
Anggota Lembaga Pemegang Amanah YDSM Datuk Prof Emeritus Dr Abdul Rahman Embong berkata pihaknya percaya perhatian khusus kepada pelajar yang sederhana dan rendah pencapaian serta penglibatan semua sekolah termasuk di pedalaman dan pulau dapat menyuntik minat dan semangat belajar bahasa Inggeris.
Katanya program yang diadakan itu bermatlamat untuk merangsang minat murid dan pelajar agar berusaha meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa Inggeris.
"Acara tahun ini lebih meriah kerana penyertaan telah diperluaskan mencakupi semua sekolah termasuk sekolah di pulau dan dua buah sekolah orang Asli, selain disertai oleh sekolah elit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup program itu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Program itu diadakan dalam dua bentuk pertandingan iaitu Smart English bagi murid sekolah rendah dan Speech Choir Kumpulan Aspirasi dan Inspirasi bagi pelajar Sekolah Menengah.
Bagi kategori Smart English Sekolah Kebangsaan Gong Kapas di Kuala Terengganu muncul johan dan memenangi hadiah wang tunai, sijil, medal, piala pusingan dan piala iringan.
Bagi kategori Speech Choir Kumpulan Aspirasi pula johan dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2 Besut dengan membawa pulang hadiah wang tunai, sijil, medal, piala pusingan dan piala iringan.
Sekolah Menengah Tengku Mahmud Besut pula memenangi tempat pertama pertandingan kategori Speech Choir Kumpulan Inspirasi.
Terengganu Fokus Pada Pembangunan Akuakultur
Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan akuakultur bagi merealisikan objektif sasaran pengeluaran ikan negara kepada dua juta tan metrik setahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu, Sha'ari Idris berkata sasaran itu termasuklah mengekalkan sumbangan perikanan laut pantai sebanyak 900,000 tan metrik, akualkultur sebanyak 600,000 tan metrik dan laut dalam 500,000 tan metrik.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan telah merangka beberapa program bagi memajukan sektor itu.
Beliau berkata antara program yang dirangka bagi memajukan sektor itu termasuklah khidmat pengembangan teknologi akuakultur, pembangunan industri perikanan kepada nelayan dan galakan pemindahan teknologi.
"Langkah itu diambil bertujuan untuk menjadikan penternak dan usahawan akuakultur mendapat pendapatan minimum bersih RM3,000 sebulan," katanya pada majlis perasmian Seminar Pementapan Akuakultur Pertubuhan Peladang 2011 di Setiu, kelmarin.
Menurut Asha'ari, daerah Besut dan Setiu merupakan antara kawasan paling ramai golongan penternak yang terlibat dengan akuakultur di Terengganu dengan jumlah penternak akuakultur di seluruh negeri adalah seramai 1,592 orang yang melibatkan hampir 10,000 buah sangkar ikan dan udang.
Katanya Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah membelanjakan sebanyak RM1.4 juta dalam bidang akuakultur sejak tahun 2006 hingga 2011 di mana antara projek yang dijalankan ialah pembenihan ikan marin dan penetasan dan asuhan ikan.

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Kamariah Ali Untuk Murtad
Mahkamah Rayuan di Putrajaya kelmarin menolak permohonan seorang pengikut ajaran sesat, Ayah Pin, untuk mendapatkan perisytiharan bahawa dia mempunyai hak dan kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menganut mana-mana agama.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Clement sebulat suara menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60.
Panel hakim tersebut bersetuju bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Tan Sri Md Raus Shariff (kini hakim Mahkamah Persekutuan) bahawa perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 121 (1A) Prlembagaan Persekutuan memberi kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan mengenai perkara berkaitan Islam.
Mahkamah itu menolak rayuan Kamariah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Dis 2005 mengetepikan saman pemula dan permohonannya untuk merujuk persoalan berkaitan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.
Hakim Azhar berkata oleh kerana perkara yang dibawa kepada Mahkamah Tinggi ialah murtad maka ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil.
Kamariah, yang diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar diperintahkan membayar kos perundangan RM10,000 kepada responden iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan kerajaan negeri Terengganu serta RM5,000 kepada Pejabat Peguam Negara, selaku pencelah.
Dalam permohonannya, Kamariah meminta Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada hak untuk menganut mana-mana agama seperti yang termaktub dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan meliputi hak seseorang penganut Islam yang telah mencapai usia dewasa, untuk meninggalkan agama itu.
Dalam saman pemulanya, wanita itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa dia bebas memilih untuk menganut mana-mana agama dan tidak tertakluk kepada perisytiharan atau pengesahan pihak lain.
Kamariah juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa dia mempunyai hak dan kebebasan beragama seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan mengisytiharkan dirinya tidak lagi beragama Islam dan sebarang undang-undang serta enakmen negeri, yang mempunyai kaitan dengan agama Islam, tidak terpakai bagi dirinya.
Pada 20 Julai 2005, para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, dengan bantuan polis, telah menyerbu Kampung Ayah Pin di Daerah Besut, Terengganu dan menahan beberapa pengikut Ayah Pin, termasuk Kamariah.
Pada 4 Ogos 2005, wanita itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas tuduhan melanggar undang-undang Islam mengikut Seksyen 10 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Terengganu Daftar 812 Pekerja Asing Daripada 85 Majikan
Sebanyak 80,409 pekerja asing sah dari 5,818 majikan di negara ini sudah didaftarkan sehingga Isnin menerusi program pendaftaran sejak 13 Julai lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata jumlah itu membabitkan empat sektor pekerjaan iaitu perkhidmatan, perkilangan, pembinaan dan perladangan.
"Sektor perkilangan mencatatkan jumlah pendaftaran pekerja asing sah paling tinggi iaitu 54,545 orang diikuti sektor perladangan/pertanian (10,207 orang), sektor pembinaan (6,233 orang) dan sektor perkhidmatan (9,424 orang)," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Mahmood berkata Johor mencatat jumlah pendaftaran paling tinggi berbanding negeri lain iaitu 16,224 orang dari 1,100 majikan.
Beliau berkata jumlah itu diikuti Perak (12,174 pekerja dari 687 majikan), Pulau Pinang (9,916 pekerja dari 631 majikan), Selangor (8,205 pekerja dari 749 majikan) dan Negeri Sembilan (7,785 pekerja dari 305 majikan).
Putrajaya pula mencatatkan 7,057 pekerja dari 502 majikan, Melaka (5,228 pekerja dari 419 majikan), Kuala Lumpur (5,131 pekerja dari 495 majikan), Pahang (3,825 pekerja dari 503 majikan), Kelantan (1,437 pekerja dari 85 majikan), Terengganu (812 pekerja dari 85 majikan), Perlis (210 pekerja dari 16 majikan) dan Labuan (82 pekerja dari 26 majikan).

Mahkamah Tolak Permohonan Mohd Ashraf Mahu Tukar Ke Nama Wanita
Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, kelmarin menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.
Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas memengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.
Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Hakim Mohd Yazid berkata keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.
Katanya walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.
Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz, dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.
"Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.
"Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon," katanya.

Maidam Sumbang Enjin Bot Nelayan di Kemasik
Jika sebelum ini wang banyak dihabiskan untuk membaiki enjin lama dan kerap pula tidak dapat turun ke laut, kini tiga nelayan Kemasik, di Kemaman boleh menarik nafas lega.
Mereka bersyukur dan berterima kasih kerana menerima bantuan enjin bot baru bernilai RM8,000 setiap seunit sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Lebih bermakna, bantuan itu yang diperoleh menjelang bulan puasa dapat membantu mereka berusaha menambah pendapatan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.
Abd. Rahim Omar, 61, memberitahu, enjin yang digunakannya sekarang selalu rosak kerana sudah berusia 42 tahun dan dia memang mengharapkan dapat memiliki enjin baru.
"Dengan pendapatan saya sekitar RM600, kos baiki enjin hampir RM900 lebih besar daripada apa yang saya peroleh," kata bapa kepada enam orang anak itu.
Abdul Rahim menyatakan demikian selepas menerima sumbangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman di Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik (Zon Kemasik), kelmarin.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Rosli Othman.
Dua lagi penerima bantuan enjin bot itu ialah Abd. Ghani Abu Bakar, 47, dan Sabri Ibrahim, 46.
Sementara itu, Rosli berkata, bantuan itu adalah salah satu usaha kerajaan membantu meringankan bebanan mereka.
"Mereka benar-benar berusaha dan sudah beberapa kali datang berjumpa saya, malah mereka turut berusaha memohon pinjaman melalui beberapa bank," ujarnya.

Kawat Buka Penyertaan Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2011
Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) kini membuka penyertaan Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2011 yang berlangsung sehingga 15 Ogos ini.
Setiausahanya Rosamiza Omar berkata pertandingan terbuka kepada semua anggota Kawat yang menyertai persatuan itu sebelum 1 Januari 2011 dan menjelaskan yuran tahunan.
Karya mereka hendaklah yang disiar atau diterbitkan sepanjang tahun lepas dan setiap anggota hanya boleh menyertai dua daripada lapan kategori yang dipertandingkan, katanya kepada Bernama, di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata lapan kategori terbabit ialah Penulisan Rencana Terbaik, Penulisan Berita Terbaik, Penulisan Berita Sukan Terbaik, Penulisan Berita Ekonomi Terbaik, Foto Terbaik, Audio Visual Terbaik, Kategori Khas Radio dan Anugerah Khas Presiden.
Bagi yang berminat boleh hubungi talian 019-9884121 untuk mendapatkan borang penyertaan dan semua borang harus dikembalikan sebelum atau pada 15 Ogos, katanya.
Kawat bekerjasama dengan syarikat petroleum ExxonMobil menganjurkan anugerah tersebut sejak 25 tahun lepas, dan merupakan kelab warga media paling aktif mengadakan anugerah kewartawanan untuk anggotanya di negara ini.
Program ETA Tingkat Keyakinan Pelajar Menengah Agama
Program Pembantu Guru Bahasa Inggeris atau English Teacher Assistants (ETA) yang melibatkan 17 orang peserta dari Amerika Syarikat (AS) diperkenalkan sejak 2005 berjaya melatih dan mendidik pelajar supaya lebih berkeyakinan menggunakan bahasa Inggeris.
Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah, Shamsiah Mohd Radzi berkata program ETA banyak membantu para pelajar di sekolah itu untuk memahami dan mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan memberi keyakinan kepada mereka bertutur dengan lebih fasih.
Katanya program itu menarik minat ramai pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris kerana mereka tidak diajar secara terus seperti berada di dalam kelas sebaliknya mereka diajar untuk berkomunikasi secara bebas melalui persatuan, yang mana ia tidak membosankan pelajar.
"Melalui program ini juga pelajar semakin aktif dalam berpersatuan kerana peserta ETA di sini pandai menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus mengajak dan mengajar mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita selepas Program Pertunjukan Fesyen Muslimah yang dianjurkan oleh ETA di sini pada Selasa.
Katanya program pertunjukan fesyen amal itu bertujuan membantu mangsa kebakaran di sini dua minggu lalu dan turut disertai oleh salah seorang peserta ETA, Lynn El Harake, 23, dari AS.
Beliau yang bakal menamatkan khidmatnya di Terengganu pada November ini tidak merancang untuk meneruskan khidmatnya di sini sebaliknya akan kembali ke AS untuk bekerja dalam sektor kesihatan awam.
Shamsiah berkata pihaknya akan memohon untuk mengambil peserta ETA lagi pada masa akan datang kerana program itu mampu membangunkan minat para pelajar dalam penggunaan bahasa Inggeris dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali budaya luar.

Sedia 3,137 tapak bazar Ramadan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 3,137 tapak niaga di Bazar Ramadan bagi membolehkan peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa.
Permit mula ditawarkan kepada orang ramai sejak 5 Julai lalu bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan di 26 lokasi yang ditetapkan.
Setiausaha MBKT, Samiun Salleh berkata, bayaran bagi setiap petak niaga antara RM70 hingga RM150 bergantung kepada lokasi dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.
Berdasarkan syarat am permohonan permit itu, tambahan bayaran RM30 perlu dibuat bagi peniaga air tebu, air kelapa, ayam bakar, ayam pusing dan ikan bakar yang menggunakan arang.
"Setiap tapak bazar diselia oleh penganjur dan persatuan-persatuan bagi memastikan sebarang proses dan urusan perniagaan berjalan lancar di bawah satu bumbung," katanya kepada media di Kuala Terengganu, semalam.

Tuesday, July 19, 2011
SMK Tengku Mahmud, Besut juara Speech Choir
Pelajar SMK Tengku Mahmud bersorak kegembiraan selepas menjuarai kategori Speech Choir Kumpulan Inspirasi program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut menjuarai kategori Speech Choir Kumpulan Aspirasi sempena program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 2011 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, semalam.
Sekolah itu membawa pulang hadiah wang tunai berserta piala pusingan dan piala iringan selaku johan manakala naib johan disandang oleh SMK Sultan Ismail 2, Kemaman, sementara SMK Padang Negara, Kuala Terengganu di tempat ketiga.
Muhammad Amirul Afiq Shafei dari SMK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu pula diumumkan sebagai konduktor terbaik bagi kategori tersebut.
Bagi kategori Speech Choir Kumpulan Inspirasi pula, johan disandang oleh SMK Tengku Mahmud, Besut diikuti SM Imtiaz Dungun manakala SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu di tempat ketiga.
Konduktor terbaik untuk kategori itu ialah Wan Hazrena Wan Zakaria dari SMK Tengku Mahmud, Besut.
Bagi kategori Smart English, SK Gong Kapas muncul sebagai juara manakala naib johan disandang oleh SK Seri Gelugor, Kemaman dan SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pula di tempat ketiga.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin berangkat ke majlis itu dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Datuk Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong dan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman.
Program kali kedua sejak diperkenalkan tahun lalu itu merupakan anjuran bersama YDSM yang dinaungi baginda dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama UMT.
Utusan Malaysia
Sunday, July 17, 2011
91.4 Peratus Layak Mengundi Daftar Sebagai Pemilih di Terengganu
Imbas Kembali - Pengundi Beratur Untuk Membuang Undi Pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 2009.
Seramai 585,366 rakyat di negeri ini mendaftar sebagai pemilih serta layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.
Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri, Mohd Noor Haji Daud, berkata berdasarkan daftar pemilih terbaru yang disahkan sehingga Mac 2011, seramai 585,366 orang atau 91.4 peratus daripada keseluruhan 640,667 penduduk di negeri ini yang layak mengundi, telah mendaftar sebagai pemilih.
“Hanya 55,301 atau 8.6 peratus daripada penduduk di Terengganu yang genap berusia 21 tahun dan layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih,” katanya dalam wawancara khas dengan Teganukita di pejabat SPR Negeri, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan perangkaan SPR penduduk Terengganu paling tinggi dari segi peratusan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mendaftar sebagai pemilih.
Katanya, ini bermakna bilangan penduduk di negeri ini yang belum mendaftar sebagai pemilih adalah yang terendah di negara ini, berbanding negeri-negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Putera Jaya (49.3 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (35.8 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (32.9 peratus), Sarawak (31.3 peratus) dan Selangor (29.1 peratus).
Mengikut statistik SPR, kira-kira 3.84 juta orang penduduk di seluruh negara masih belum mendaftar sebagai pemilih atau 24.2 peratus daripada keseluruhan 15.87 juta rakyat yang layak.
Sehubungan itu, Haji Mohd Noor meminta penduduk di negeri ini yang berusia 21 tahun dan ke atas tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih, supaya berbuat demikian secepat mungkin.
“Pihak kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga negara menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih, termasuk memperkenalkan Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Musim.
“Melalui sistem ini, orang ramai boleh mendaftar sebagai pemilih sama ada di pejabat SPR atau semua pejabat pos di seluruh negeri bila-bila masa pada waktu pejabat,” ujar beliau.
Selain itu, SPR juga turut melantik 210 orang Penolong Pendaftar yang terdiri daripada wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), parti-parti politik, persatuan pesara kerajaan dan tentera serta agensi-agendi kerajaan terpilih di seluruh negeri Terengganu bagi membantu mendaftar orang ramai sebagai pemilih.
Pada masa yang sama, katanya, SPR juga turut mengadakan pendaftaran pemilih di tempat-tempat tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai, termasuk ketika program-program besar anjuran NGO mahu pun badan politik, bergantung kepada permintaan.
“Dengan adanya kemudahan yang sedemikian rupa untuk mendaftar sebagai pemilih, tidak ada sebab mengapa rakyat negeri ini mahu mengelak daripada menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih,” katanya.
Unit Komunikasi Negeri
TMT 2013 Sasar Peningkatan 20 Peratus Jumlah Pelancong
Kerajaan negeri Terengganu mengisyhtiharkan 2013 sebagai Tahun Melawat Terengganu (TMT) dengan mensasarkan peningkatan pelancong sebanyak 20 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Rahin Mohd Said berkata, pada program TMT 2008 sebanyak tiga juta pelancong telah berkunjung ke Terengganu.
"Kita akan mempertingkatkan lagi usaha untuk memajukan sektor pelancongan di negeri ini disamping memberi nilai tambah semua tempat peranginan yang ada," katanya kepada selepas merasmikan Cabaran Hijau Gunung Berembun 2011 di Dungun.
Rahin berkata Tasik Kenyir di Hulu Terengganu yang mempunyai 10 buah pulau kecil yang dibangunkan sebagai destinasi tarikan pelancongan akan menjadi faktor utama pelancong untuk mengunjungi negeri Terengganu.
Di samping itu juga, pihaknya juga berusaha untuk menjadikan Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerong, di sini sebagai salah satu tarikan pelancongan berikutan alam semulajadinya yang tidak terusik dan merupakan antara air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.
"Saya juga berhasrat menjadikan Hulu Dungun sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik sempena TMT 2013 dan acara Larian Mendaki Gunung Berembun akan dijadikan acara tahunan," katanya.
Menurut Rahin, kerajaan negeri akan menggandakan hadiah pada tahun depan untuk memastikan penyertaan yang lebih menggalakkan daripada peserta dari seluruh dunia.
"Saya akan berbincang dengan Jabatan Perhutanan Negeri untuk mencari jalan supaya para pelancong boleh ke Air Terjun Chemerong dengan lebih mudah tanpa perlu mendaki," katanya.
Sementara itu, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu akan menggunakan kempen '1Malaysia Green, 1Malaysia Clean' (1MG, 1MC) sebagai strategi terbaru menarik pelancong.
Penolong Pengarahnya, Mazshida Ruslal berkata kempen menghijaukan bumi dan menjaga kebersihan persekitaran di kawasan tumpuan diharap dapat menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara.
"Menerusi program ini, pelancong diberi peluang menanam pokok-pokok hutan di kawasan penginapan mereka atau di lokasi tumpuan pelancongan.
"Kita yakin mereka akan datang kembali untuk melihat pokok yang ditanam mereka, dan mungkin juga membawa rakan atau keluarga untuk menunjukkan hasil tanaman itu di sini," katanya kepada Bernama di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, di Dungun.

Polis Layan Saya Dengan Baik Ketika Ditahan - Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau mendapat layanan baik dari pihak polis semasa ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.
Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada yang lain kerana beliau berseorangan semasa ditahan dan dibawa dengan lori ke balai polis Jinjang.
"Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN).
"Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Abdul Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.
Hadi berkata tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.
"Kita tak boleh kata semua baik, gas pemedih mata tak baik sebab buat kita sesak nafas. Naik lori tak baiklah, panjat atas lori tapi apa yang saya nak sebut ada yang tunjuk kekasaran, ada juga yang tunjuk sifat lembut," katanya.
Katanya, PAS juga akan menyokong sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi.
Kepada isu lain, Abdul Hadi berkata terserah kepada kebijaksanaan pimpinan kerajaan negeri Kedah dalam menangani pertikaian dengan DAP berhubung larangan operasi 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.
Larangan itu dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
"Pandangan saya, kita serah kepada (kerajaan negeri) Kedah untuk mereka menanganinya dengan penuh bijaksana. Mereka pandai perintah negeri, mereka boleh berunding.
"Di sana (Kedah), ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini," katanya.
Tuanku Mizan Sampaikan Hadiah Kejohnan Motosikal Lasak di Litar Gong Badak
Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin perkenan menyempurnakan upacara Penyampaian Hadiah dan Penutup Kejohanan Motosikal Lasak Asia (FIM) 2011 yang berlangsung di Trek Sukan Lasak di Kompleks Sukan Gong Badak, di Kuala Terengganu kelmarin.
Sebelum itu, baginda turut meluangkan waktu menyaksikan perlawanan akhir Kategori MX2, dan Terengganu buat julung kalinya bertindak sebagai tuan rumah pada kejohanan antarabangsa itu.
Turut mengiringi baginda adalah Tengku Seri Laksamana Raja, Tengku Sulaiman, Tengku Sri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Rozi Mamat serta ahli mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.
Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD10, 000 (RM30,000) itu menyaksikan pembabitan 150 peserta daripada lapan negara antaranya Jepun dan Iran.
Sementara itu, pemenang Kategori MX2, Thanarat Penjan, 19, dari Bangkok, Thailand yang muncul juara turut berpuas hati dengan rekod yang dicatatkan itu dan ia kemenangan pertama peringkat antarabangsa yang disertainya.
“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dan kemenangan ini dijangka berikutan dalam ujian masa sebelum ini saya mengatasi pelumba yang lain,” katanya.

Keracunan 70 Isteri Wakil-Wakil Rakyat - T'Kafe D'Muara Tidak Terbabit
Pemilik bersama T’Kafe D’Muara Live Seafood, Malizan Zakaria kecewa dengan pandangan sesetengah pihak apabila membabitkan restorannya antara punca keracunan 70 isteri Yang Berhormat (YB) baru-baru ini.
Malizan berkata, restorannya hanya menyediakan makan tengah hari pada hari kejadian dan tidak mungkin punca keracunan itu datang daripada pihaknya kerana secara lazimnya, seseorang yang mengalami keracunan, mengalami simpton berkenaan selepas empat hingga lapan jam menikmati makanan.
“Pihak kami juga mempunyai bukti kukuh, menyatakan restoran kami tidak terlibat kerana pada beberapa sampel makanan yang disyaki diambil jabatan kesihatan, keputusan yang diperoleh menunjukkan tiada kaitan dengan masalah keracunan.
“Malah pada 13 Julai sekitar jam 3 petang, saya sendiri mendapat panggilan daripada seorang doktor yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Balkis, memberitahu ujian sampel makanan yang diambil dari restoran saya tidak terlibat dengan kes keracunan,” katanya mengulas berhubung kejadian itu yang memberi impak kepada restorannya.
Menurutnya, walaupun pengesahan itu dibuat oleh pihak berwajib dan pakar dalam menyelesaikan masalah itu, tetapi masih ada segelintir orang ramai mengatakan ia berpunca daripada restorannya.
“Untuk mengelak daripada perkara ini terus merebak dari mulut ke mulut, saya berharap jabatan kesihatan dan pihak berwajib menyelesaikan masalah ini, tampil untuk memberitahu cerita sebenar sekali gus dapat menepis tanggapan yang dilemparkan kepada restoran kami,” katanya.
Beliau berkata demikian kerana, selepas kejadian itu berlaku, kebanyakan pelanggan yang datang ke restoran tidak berhenti-henti mengajukan soalan sama, seolah-olah pihaknya bersalah.
Bagaimanapun, pihaknya mengakui hidangan lokan ada disediakan untuk menu tengah hari, tetapi itu bukan punca pesakit diserang cirit-birit dan ini telah disahkan sendiri jabatan kesihatan.

CTOS Diperintah Bayar RM200,000 Kerana Salur Maklumat Tidak Tepat
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur Jumaat lalu memerintahkan Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memberi maklumat kredit yang tidak tepat kepada dua buah bank.
Hakim Siti Khadijah S.Hassan Badjenid mengarahkan agensi pelaporan kredit itu membayar ganti rugi tersebut dengan faedah sebanyak lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian seluruh jumlah penghakiman.
Dalam penghakimannya, Siti Khadijah berkata berikutan maklumat yang tidak tepat, Shafie Abdul Rahman, 55, selaku plaintif, mengalami kerugian dan difitnah.
Katanya mana-mana individu yang menjalankan perniagaan melibatkan individu yang lain harus mempunyai kewajipan untuk melaksanakan standard berhati-hati serta berkemahiran dalam urusan supaya tidak menjejaskan hak kebebasan asasi individu lain.
Saman fitnah yang difailkan pada 2006 ini adalah berikutan tindakan CTOS yang menyalurkan maklumat rujukan kredit kepada Affin Bank Bhd dan Bumiputera Commerce Bhd bahawa Shafie adalah seorang muflis.
Berikutan maklumat itu, Shafie gagal mendapatkan pinjaman untuk membeli sebuah apartmen walaupun beberapa kali menegaskan bahawa beliau bukan muflis seperti yang dinyatakan.
Katanya, isu muflis itu timbul ketika RHB Bank secara tidak sengaja telah memohon perintah kebankrapan terhadapnya. Berikutan itu, satu notis kebankrapan telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 17 Jan 2003.
Setelah menyedari kesilapannya, bank itu segera meminta maaf kepadanya dan telah menarik balik perintah kebankrapan itu.
Shafie berkata beliau tidak pernah diisytiharkan muflis tetapi CTOS telah mengutip maklumat daripada notis kebankrapan yang awal yang memberi gambaran seolah-olah beliau tidak layak menjadi peminjam.
Sementara itu, dalam pembelaannya, CTOS berkata maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya, yang kebanyakannya institusi kewangan, hanya sebagai bahan rujukan.
CTOS juga berkata pelanggang mereka juga dinasihatkan supaya menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Kesan Lecuran di Muka Nurul Semakin Ketara
Imbas Kembali - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat Nurul ketika terlantar di HSNZ beberapa bulan lalu.
“Lin bukan sengaja ingkar arahan tidak mahu memakai topeng, tetapi dia rimas dan gatal apabila mukanya tertutup rapat,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, mengulas anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, yang enggan memakai topeng sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, kesan lecuran di muka anaknya itu semakin ketara dan membesar terutama di bahagian hidung, pipi dan bawah mata selain di dada sejak menjadi mangsa simbahan asid bapanya, Mat Haizan Mat Yasin, 33, dalam kejadian 15 Ogos tahun lalu.
Mat Haizan yang berang dengan permohonan Che Ku Zaimah mahu bercerai menyimbah asid kepada wanita berkenaan, namun tempiasnya turut terkena Nurul, adiknya Muhammad Irfan Firdaus, 3, dan nenek, Minah Omar, 57.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 27 Mei lalu.
“Mengikut arahan doktor, Lin perlu memakai topeng berkenaan selama 23 jam sehari namun kerana tidak tahan panas dan gatal, dia keberatan memakainya menyebabkan parut di wajah semakin membesar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, kelmarin.
Begitupun, Che Ku Zaimah yang badannya turut melecur akibat kejadian itu berkata, dia dan Nurul masih menjalani rawatan susulan serta kaunseling setiap bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Katanya, walaupun masih trauma dengan tragedi berkenaan, namun dia bersyukur kerana anaknya tetap bersemangat meneruskan pelajaran di tahun tiga Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Hulu Terengganu.
Menurutnya, selepas hampir 10 bulan tinggal di rumah ibunya, dia berpindah kembali ke rumah lama untuk memulakan hidup baru bersama anaknya kira-kira dua bulan lalu selain mahu mengelak daripada teringat peristiwa hitam yang berlaku di rumah ibunya itu.
“Peristiwa tragis itu akan kekal dalam ingatan kami, tetapi saya harap dengan berpindah semula ke rumah lama akan memberi semangat baru.
“Walaupun tidak bekerja tetap dan hanya membantu ibu menjual sayur di Pasar Kuala Berang, namun saya akan cuba untuk membesarkan anak dengan usaha sendiri di rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan kumpulan Hijjaz dan ahli Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad, kelmarin.
Nurul yang pada mulanya ‘berkurung’ dalam bilik ketika menerima kunjungan itu akhirnya mengalah apabila mendapat tahu kehadiran kumpulan nasyid yang diminatinya ke rumah.
Dia menerima beberapa keping cakera padat yang disampaikan ketua kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam selain dibawa membeli barang keperluan di kedai runcit berhampiran rumahnya.
Sementara itu, Isman berkata, sejak tragedi itu disiarkan di muka depan Harian Metro pada 16 Ogos tahun lalu, dia sentiasa mengikuti perkembangan kanak-kanak berkenaan serta berhasrat menemui mereka.
“Apabila dipelawa Harian Metro berkunjung ke rumah Nurul petang semalam (kelmarin), saya tidak berfikir panjang dan sanggup pulang lewat ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu mereka sekeluarga.
“Walaupun terpaksa menunggu hampir sejam sebelum kanak-kanak itu keluar bilik, namun saya tidak kisah dan bersyukur kerana dia akhirnya keluar dan saya dapat bercakap dengannya.
“Saya harap penderitaan mereka sekeluarga tidak dilupakan masyarakat dan pelbagai pihak perlu terus memberi sokongan dan membantu mereka dalam apa saja bentuk,” katanya.
Tiga Masjid Baru di DUN Batu Burok Siap 2013
Tiga masjid baru dengan kos peruntukan sebanyak RM3 juta hingga RM4 juta setiap buah untuk kegunaan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok dijangka siap pada 2013.
Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok, Dauk Che Mat Jusoh berkata, pembinaan masjid baru itu melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Kubang Ikan, Kampung Gong Tok Nasek dan Permint Jaya, Chendering.
Katanya, pihak yang terlibat kini sedang menyelesaikan kerja peringkat awal terutama melibatkan reka bentuk dan tapak projek sebelum pembinaan dilaksanakan segera tahun ini.
“Pembinaan Masjid Permint Jaya umpamanya, sedikit terjejas berikutan penduduk di kawasan itu yang berhasrat mengekalkan pembinaan masjid baru di tapak asal surau yang sedia ada.
“Saya akan membawa hasrat penduduk itu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berikutan beliau (Menteri Besar)sudah meluluskan pembinaannya di tapak baru berhampiran tapak surau lama itu,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.
Beliau berkata, apabila segala perundingan dan perancangan berjalan lancar, kerajaan negeri akan menyegerakan projek pembinaan masjid berkenaan supaya tempat ibadat untuk kemudahan umat Islam itu dapat siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi.
Dalam pada itu, Masjid Raja Chendering yang gagal siap pada hujung tahun lalu, dijangka dapat digunakan pada Ramadan ini bagi kemudahan penduduk sekitar melakukan ibadat terawih.
Masjid bernilai kira-kira RM9.2 juta yang gagal siap mengikut tender itu turut mendapat perhatian Menteri Besar yang meninjau projek berkenaan pada 14 Mei lalu.
Dalam lawatan itu, beliau turut mengarahkan supaya kontraktor terlibat menyiapkan segera pembinaan masjid itu supaya ia dapat digunakan sepenuhnya menjelang bulan puasa ini.

Ambil Tindakan Terhadap Pengusaha Homestay Tanpa Kelulusan
Kementerian Pelancongan menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pengusaha rumah tumpangan yang menggunakan istilah homestay tanpa sebarang kelulusan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pengusaha terbabit kerana homestay didaftarkan di bawah di PBT di setiap negeri.
Menurutnya, mengikut kajian yang dilakukan pihak kementerian sejak awal tahun ini mendapati, terdapat hampir 800 rumah tumpangan di seluruh negara dikesan menggunakan istilah homestay tetapi tidak menepati ciri-ciri homestay yang sebenar, sebaliknya hanya menawarkan kemudahan penginapan.
“Kita mewujudkan homestay ini dengan tujuan membantu menambahkan pendapatan penduduk luar bandar dan memberi peluang kepada pelancong untuk merasai suasana kehidupan kampung yang sebenar.
“Tindakan pengusaha rumah tumpangan ini sebenarnya mengelirukan orang ramai serta menjejaskan pengusaha homestay yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat berhubung sektor pelancongan di Negeri-negeri Pantai Timur bertajuk Pelan Pembangunan dan Peluang Perniagaan.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM), Tan Sri William Cheng; Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Terengganu, Datuk Cheah Ken Toh dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yew.
Sementara itu, Yen Yen berkata, pengusaha sektor pelancongan dari negeri Pantai Timur perlu giat memasarkan produk yang terdapat di negeri mereka.
Bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang sama ada mahu membangunkan sektor pelancongan secara bersama atau tidak, namun strategi menyediakan pakej pelancongan yang baik dengan produk yang menarik amat mustahak bagi memastikan sektor pelancongan ini terus berkembang.
Pada majlis itu turut diadakan Bengkel Sektor Pelancongan Pantai Timur kali ke-4 sempena Mesyuarat Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Pantai Timur yang dihadiri Persatuan Peniaga Cina dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Program Klinik Hoki Pintar TNB Dijangka Lahirkan Ramai Pemain Kebangsaan
Lebih ramai pemain hoki kebangsaan dijangka dilahirkan melalui klinik hoki program Pintar Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penolong jurulatih hoki TNB Lailin Abu Hassan berkata ini kerana ramai pelatih program itu terpilih mewakili negeri pada kejohanan hoki bawah 12 tahun.
"Kita telah mulakan klinik hoki Pintar TNB ini tiga tahun lalu, dan hasilnya kita sudah dapat lihat sekarang," katanya kepada Bernama selepas mengendalikan klinik itu di Stadium Hoki Batu Buruk hari ini.
Lailin, yang juga bekas pemain hoki kebangsaan, berkata TNB mengadakan klinik itu untuk memberi kemahiran asas yang betul kepada pemain.
Katanya, mereka yang terpilih menyertai klinik itu mempunyai bakat dan potensi menjadi pemain berkaliber, jika diberi latihan sistematik.
Beliau berkata setakat ini, terdapat 24 sekolah angkat TNB yang terlibat dengan program klinik hoki pintar.
"Setakat Julai, klinik hoki ini telah berjaya dianjurkan di 19 buah sekolah di seluruh negara," katanya.
Lailin berkata TNB sentiasa memantau pemain hoki di bawah program Pintar bersama guru sekolah masing-masing agar mereka terus aktif dan mendapat latihan serta bimbingan.
Beliau berkata klinik sehari di Terengganu hari ini disertai 80 pelajar empat sekolah kebangsaan, dan ia merupakan klinik terakhir untuk 2011.
"Tahun depan kita akan sambung lagi, dan kita akan pergi ke negeri-negeri untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-murid mengenai permainan hoki," katanya.

Pasar Baru Untuk Masyarakat Kepong, Wakaf Tengah
Pasar Kepong dan Pasar Wakaf Tengah yang baru siap sepenuhnya bakal beroperasi tidak lama lagi bagi kemudahan masyarakat setempat.
Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Encik Zulkifli Hassan berkata, Pasar Kepong siap Mac lalu manakala Pasar Wakaf Tengah pada Oktober tahun lalu.
“Pasar Kepong yang berharga RM383,000 mempunyai tiga kedai pelbagai perniagaan dan masing-masing enam gerai basah dan gerai kering melibatan sayur-sayuran, ikan, daging atau barangan kering lain.
“Pihak MBKT mengambil inisiatif mewujudkan ruang niaga ini atas dasar permintaan masyarakat setempat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.
Katanya, Pasar Wakaf Tengah pula berharga RM430,000 mempunyai enam kedai pelbagai dan masing-masing lapan kedai basah serta kedai kering merupakan pasar lama yang dibaikpulih untuk menyediakan ruang yang selesa dan bersih.
Di kawasan pasar ini katanya, MBKT turut menyediakan kemudahan lain termasuk tiga tandas awam beserta bilik mandi dengan peruntukan tambahan berjumlah RM112,000.
“Mengambil kira keselesaan semua pihak termasuk peniaga dan pengunjung ke pasar-pasar tani Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menambah serta mewujudkan kawasan baru serta membaik pulih pasar sedia ada,” katanya..

Gudang Bukit Kor Pusat Edar Produk ke Seluruh T’Shoppe
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menjadikan pusat pengumpulan dan pengedaran produk di Bukit Kor, Marang sebagai gudang utama yang membekalkan barang ke seluruh rangkaian T’Shoppe.
Langkah itu bertujuan meluaskan pemasaran produk keluaran usahawan di negeri ini secara seragam dan lancar.
Pengurus Besar YPU, Haji Azmi Razik, berkata Cakna Sdn Bhd telah diamanah dan diberikan tanggungjawab bagi mengendalikan pusat pengumpulan dan pengedaran itu yang baru beroperasi sejak tiga hari lalu itu.
“Usaha itu perlu bagi mengukuhkan kedai serbaneka, T’Shoppe sebagai pusat jualan pelbagai produk tempatan sama ada jenamanya sudah dikenali di pasaran atau produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dihasilkan oleh pengusaha kampung,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini .
Beliau berkata, menjelang 2020 YPU menyasarkan 70 peratus produk IKS akan dapat dipasarkan menerusi rangkaian T’ Shoppe dan usaha ke arah itu sedang giat dilaksanakan.
Sehingga kini, sebanyak 18 buah T’Shoppe melibatkan 14 di seluruh Terengganu dan empat lagi di luar Terengganu yang beroperasi sejak dua tahun lalu.
Antara rangkaian T’Shoppe di Terengganu termasuk di Kuala Berang, Dataran Shahbandar, Kelulut, Marang; Geliga, Kemaman; Paka, Dungun dan Gong Kemuntong, Besut. Manakala dua di Kedah dan satu masing-masing di Ampang dan Melaka.
Dalam pada itu, T’Shoppe perlu mensasarkan jualan RM2,500 hingga RM3,000 sehari bagi memastikan kedai serbaneka itu mampu meraih keuntungan sekaligus dapat menampung pusingan modal pembelian produk dan bayaran sewa premis setiap bulan.
Sehingga kini, dua T’Shoppe yang mampu meraih jualan membanggakan adalah di Kuala Berang dan Kemaman.
Selain itu, Haji Azmi berkata, kos sewa premis yang terlalu tinggi menyebabkan T’Shoppe Gong Kapas, Kuala Terengganu terpaksa dipindahkan ke bangunan kedai yang baru di Pengadang Baru, sejak awal bulan ini.
“Jika terus kekal di premis sedia ada, T'Shoppe itu pastinya gagal meraih keuntungan dan mencapai sasaran yang dikehendaki sebagaimana rangkaian kedai yang lain di seluruh negara,” katanya.

Poslaju Buka 11 Cawangan Baru Termasuk di Dungun
Pengendali syarikat kurier nasional, Poslaju Malaysia (Poslaju) akan membuka 11 lagi cawangan di seluruh negara bagi meluaskan aktiviti penghantaran cepat serta menambah nilai perkhidmatannya.
Ketua Pegawai Operasinya, Nor Azizan Tarja berkata cawangan baru itu akan dibuka di Jitra, Kedah; Kuala Kangsar dan Parit Buntar, Perak; Machang, Kelantan; Dungun, Terengganu; Keningau, Sabah; Port Dickson dan Bahau, Negeri Sembilan; Kota Tinggi dan Mersing, Johor serta Alor Gajah, Melaka.
"Pembukaan cawangan baru itu, yang dijangka selesai menjelang akhir tahun ini, akan dapat memberi perkhidmatan penghantaran mel yang cekap dan berkesan kepada pelanggan syarikat kurier terbabit," katanya kepada media pada majlis perasmian cawangan poslaju di Jerteh.
Nor Azizan berkata sebelum ini, perkhidmatan poslaju terpaksa menumpang di Pos Malaysia, menyebabkan ia mengalami pelbagai kesulitan, termasuk sumber manusia yang terhad.
Beliau berkata tahun lepas, poslaju berjaya mengendali 19 juta item dengan perolehan pendapatan RM200 juta.
Katanya, dengan pembukaan cawangan baru itu, Poslaju menyasarkan jumlah pengendalian item meningkat kepada 20 juta item dengan perolehan RM260 juta.

Dua Lelaki Berdepan Hukuman Gantung
Maliki Ismail (kanan) dan Mohd. Nasir Abdul Ghani dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dan mengedar dadah di Kuala Terengganu, kelmarin.
Dua lelaki masing-masing berhadapan dengan hukuman di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah, awal bulan ini.
Mohd. Nasir Abdul Ghani, 28, yang bekerja sebagai nelayan didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 75 gram (g) di Kampung Baru Seberang Takir dekat Kuala Terengganu kira-kira pukul 4.45 petang, 1 Julai lalu.
Sementara Maliki Ismail, 48, yang merupakan seorang pemandu lori didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 23gm di sebuah pondok pengawal Klinik Kesihatan Batu Rakit kira-kira pukul 10 malam, 1 Julai lalu.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Kedua-dua tertuduh juga positif dadah selepas ujian air kencing mereka dijalankan.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.
Majistret Noradila Abd. Latif menetapkan harin ini untuk sebutan semula kes Mohd. Nasir manakala kes Maliki disebut semula pada 25 Ogos ini.