Saturday, November 10, 2012
Tendang Peguam Wanita - Penjara Kena Penjara 2 Minggu
Akibat menendang seorang peguam wanita selepas berlaku kemalangan kecil, seorang pemuda dijatuhi dipenjara dua minggu dan denda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Nawawi Ab Rahman, 25, dari Kampung Telok Menara Manir, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Noradila Ab Latif selepas mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas NurulAin Izzati Harun, 25, pada 20 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari.
YPU Anjur Enam Program Termasuk Seminar TMT 2013 Bulan Ini
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan menganjurkan enam program termasuk satu seminar sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) pada bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata pihaknya mahu lebih ramai usahawan merebut pelbagai peluang perniagaan tahun depan kerana dijangka seramai empat juta pelancong akan datang ke Terengganu.
"Sebab itu, YPU menganjurkan Seminar TMT 2013 yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta apakah cabaran dan peluang yang bakal mereka tempuhi pada tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata pihaknya mahu lebih ramai usahawan merebut pelbagai peluang perniagaan tahun depan kerana dijangka seramai empat juta pelancong akan datang ke Terengganu.
"Sebab itu, YPU menganjurkan Seminar TMT 2013 yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta apakah cabaran dan peluang yang bakal mereka tempuhi pada tahun depan.
Kemelut Dengan Mat Zan Selesai, Tidak Perlu Ungkit Lagi
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) enggan mendedahkan jumlah sebenar pampasan yang diterima oleh bekas jurulatih skuad Penyu, Mat Zan Mat Aris.
Sebaliknya, Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh menegaskan, jumlah pampasan itu bukan isu utama kerana apa yang lebih penting ialah kemelut yang melanda PBSNT dengan Mat Zan kini telah selesai dan tidak perlu diungkit.
KPDNKBekerja Musim Deepavali Pantau Harga Barang Kawalan
Semua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu akan dibuka semasa cuti perayaan Deepavali bagi memantau harga barang kawalan.
Timbalan Pengarah pejabat KPDNKK negeri Abdul Ghani Harun berkata empat pejabat KPDNKK yang akan beroperasi ialah di Kemaman, Dungun, Besut dan Kuala Terengganu.
Timbalan Pengarah pejabat KPDNKK negeri Abdul Ghani Harun berkata empat pejabat KPDNKK yang akan beroperasi ialah di Kemaman, Dungun, Besut dan Kuala Terengganu.
Terengganu Terima Peruntukan Tertinggi Untuk Latih Peladang
Terengganu merupakan antara negeri yang menerima peruntukan tertinggi di bawah program latihan pembangunan untuk ahli-ahli peladang di negara ini.
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Encik Mohd Naser Harun berkata, negeri Terengganu akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi ahli seramai 32, 670 orang.
“Mengikut rekod kita, sebelum ini Terengganu hanya menerima sekitar RM10 hingga RM15 ribu sahaja dan ini merupakan bajet tinggi berbanding tahun sebelum ini,” katanya.
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Encik Mohd Naser Harun berkata, negeri Terengganu akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi ahli seramai 32, 670 orang.
“Mengikut rekod kita, sebelum ini Terengganu hanya menerima sekitar RM10 hingga RM15 ribu sahaja dan ini merupakan bajet tinggi berbanding tahun sebelum ini,” katanya.
KMBTB Sasar 30 Syarikat IKS Guna Khidmatnya Sebelum Akhir Tahun Ini
Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) menyasarkan 30 syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) akan menggunakan perkhidmatan di pusat pengilangan, pembungkusan dan penjenamaan industri hiliran miliknya sebelum akhir tahun ini.
Sehingga kini, 20 syarikat IKS dari seluruh Malaysia, terutama syarikat dari Johor telah menjadi pelanggan tetap di kilang milik KMBTM untuk menjadi pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan syarikat-syarikat berkenaan.
Sehingga kini, 20 syarikat IKS dari seluruh Malaysia, terutama syarikat dari Johor telah menjadi pelanggan tetap di kilang milik KMBTM untuk menjadi pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan syarikat-syarikat berkenaan.
Ribut Petir Diramal Di Sebelah Petang Pada Deepavali
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir pada sebelah petang sambutan perayaan Deepavali Selasa ini.
Menurut jabatan itu sSelangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang.
Menurut jabatan itu sSelangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang.
Pelayar MYA Kuasai Acara Marathon Pulau Duyong
Pelayar dari Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) menguasai acara maraton Cabaran Pulau Duyong selepas berjaya menamatkan saingan sejauh 10 kilometer di Muara Sungai Terengganu semalam.
Pelayar Muhd Dhiauddin Rozaini muncul juara bagi kategori kelas Optimist setelah berjaya mengetepikan pelayar dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Pahang, Nur Shazrin Mohd Latif di tempat kedua, manakala seorang lagi pelayar dari MYA, Natashya Nabila Sawal di tangga ketiga.
Pelayar Muhd Dhiauddin Rozaini muncul juara bagi kategori kelas Optimist setelah berjaya mengetepikan pelayar dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Pahang, Nur Shazrin Mohd Latif di tempat kedua, manakala seorang lagi pelayar dari MYA, Natashya Nabila Sawal di tangga ketiga.
Pemuda UMNO Bantu Agih Borang BR1M Orang Bujang
Sekretariat Pemuda Umno Kuala Terengganu mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi individu bujang melalui Kaunter Borang (BR1M) Orang Muda yang dibuka di seluruh negeri ini.
Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin berkata, Pemuda Umno Bahagian diarahkan untuk membuka kaunter bagi mengedar borang BR1M Orang Muda di lokasi tertentu.
Muzium Terengganu anjur pameran Islamik
Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) akan mengadakan pameran Islamik 2012 mulai 14 Nov ini.
Pameran 16 hari yang bakal mempamerkan konsep universal berkaitan Islam itu merupakan aktiviti penutup tirai tahun ini, kata Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT Mohd Saberi Muda.
"Pameran berkenaan akan diadakan setiap hari di Foyer LMNT," katanya.
70 Pil Kuda Dirampas Mengabang Telipot
Sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah berjaya menemui kira-kira 70 biji pil kuda dalam satu serbuan di Mengabang Telipot, pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, polis telah membuat serbuan di sebuah rumah dan mendapati seorang buruh sedang lena tidur di rumah kenalannya.
Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui kira-kira 70 biji pil kuda di dalam poket seluar yang dipakai suspek yang berusia 23 tahun itu.
Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, polis telah membuat serbuan di sebuah rumah dan mendapati seorang buruh sedang lena tidur di rumah kenalannya.
Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui kira-kira 70 biji pil kuda di dalam poket seluar yang dipakai suspek yang berusia 23 tahun itu.
M1angling ungguli Kenyir Cup 2012
Kaki pancing daripada Kelab M1angling berjaya mengungguli Kejohanan Memancing Kencir Cup 2012 apabila mendominasi kesemua kategori yang dipertandingkan sejak Sabtu lalu.
Ahli Kelab M1angling yang muncul juara keseluruhan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM48,000 daripada RM108,000 jumlah keseluruhan yang dipertandingkan menerusi kategori tempatan.
Cheang Sai Hong, peserta dari kelab itu dinobatkan juara bagi kategori individu apabila berjaya menaikan ikan siakap seberat 6 kilogram pada hari kedua kejohanan seterusnya meraih wang tunai RM10,000, manakala rakan sepasukannya, Leu Wee Ming ditempat kedua (RM5,000) dan ketiga Mohd Suharai Tengah (RM3,000).
Angkasa Nafi Laporan Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada Jumaat menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam.
Thursday, November 8, 2012
Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan PMINT, MAIDAM Sangat Baik
Oleh Teganuku
Tahap prestasi pengurusan kewangan sangat baik diperoleh oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu untuk tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2009 hingga 2011.
Pada tahun 2011, daripada 17 jabatan dan agensi kerajaan yang dilaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti, sebanyak 16 Jabatan/Agensi Negeri telah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali atau lebih bagi tempoh 2007 hingga 2011.
Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Pejabat Tanah Kemaman juga memperoleh tahap prestasi sangat baik pada tahun 2011.
Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mencapai tahap baik sejak tahun 2008 sehingga 2010 begitu juga Pejabat Tanah Kemaman pada tahun 2008.
Bagi 12 Jabatan/Agensi Negeri yang lain walaupun tahap prestasi kekal di tahap baik namun terdapat peningkatan markah di dalam elemen kawalan yang berkaitan.
Secara umumnya, pengurusan Aset, inventori dan stor di jabatan dan agensi negeri banyak mempengaruhi tahap pencapaian dalam pengurusan kewangan.
Kerana itu Jabatan Audit mencadangkan agar penumpuan yang khusus mengenai pengurusan aset dan stor harus dititikberatkan untuk Jabatan/Agensi Negeri bagi mencapai tahap sangat baik dalam pengurusan kewangan.
Kelemahan ketara berlaku dalam aspek peraturan penerimaan, urusan pendaftaran, penggunaan aset serta pemeriksaan aset dan stor/pengiraan stok/verifikasi stok. Kedudukan tahap prestasi pengurusan kewangan Jabatan/Agensi Negeri diaudit setiap tahun dan 13 Jabatan/Agensi Negeri yang lain bagi tempoh 2007 hingga 2011.
Sungguhpun prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri bagi tahun 2011 menunjukkan peningkatan, namun bagi memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan ini, adalah disyorkan supaya Jabatan/Agensi Negeri mengambil tindakan terhadap beberapa perkara untuk mengatasi kelemahan berkenaan.
Kebebasan Beragama - Elok Siar Seluruh Kenyataan Nurul Di Forum
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah elok disiarkan keseluruhan kandungan forum dimana Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan mengenai kebebasan beragama.
"Saya ingat kalau nak bincang tentang ini lebih jelas, elok disiarkan keseluruhan forum yang dibuat di tempat tersebut. Saya ingat tidak timbul barangkali kalau kita katakan persoalan media massa (putar belit).
"Kita tidak harus bermain politik dalam hal yang berkaitan akidah, hal yang berkaitan dengan pegangan sesuatu umat dan juga hal yang berkaitan dengan hal yang amat penting untuk umat Melayu dan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan siaran TV Alhijrah di Kelantan di Kota Bharu semalam.
KPDNKK Mahu Tarik Pengusaha Makanan Bukan Melayu Sertai MR1M
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berusaha menarik minat lebih ramai pengusaha makanan bukan Melayu untuk menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M).
Berdasarkan statistik, Perak mempunyai kedai MR1M paling banyak iaitu 329 buah, diikuti Kedah (325), Selangor (324), Pahang (323), Terengganu (318), Kuala Lumpur (311), Pulau Pinang (205), Kelantan (195), Melaka (142), Johor (131), Sabah (95), Negeri Sembilan (67), Perlis (44), Putrajaya (20) dan Labuan dengan 15 premis.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata majoriti pengusaha MR1M adalah kaum Melayu iaitu 2,541 orang, diikuti India Muslim (238), Cina (101), India (98) dan kaum lain seramai 35 orang. Beliau berkata program MR1M berjaya melepasi sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) dua bulan lebih awal apabila 3,013 premis menyertainya berbanding sasaran 3,000 premis pada akhir tahun ini.
180 Sertai KFC Regata Monsun 4 Hari Mulai Hari Ini
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Terengganu Datuk Abdul Rahin Mohd Said melancarkan Kalendar Bulan Pelayaran Terengganubaru-baru ini. |
Kejohanan merupakan acara awal sebelum Piala Monsun diadakan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong mulai 3 hingga 8 Dis ini dan sebahagian acara Bulan Pelayaran Terengganu.
Kelibat Ela, Butler - Siapa Ketua Jurulatih Terengganu?
Elavarasan dilantik sebelum Lembaga Disiplin FAM memutuskan kes rayuan Butler, juga pada bulan lalu. |
Persoalan siapa sebenarnya ketua jurulatih Terengganu juga masih belum terjawab apabila Butler dan E dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Penyu oleh Che Mat sebelum Lembaga Disiplin FAM memutuskan kes rayuan Butler, juga pada bulan lalu. turut berada di tepi padang ketika perlawanan persahabatan skuad Penyu itu dengan skuad Piala Emas Raja-Raja Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
Butler yang ditamatkan kontrak September lalu selepas digantung enam bulan dan didenda RM4,000 oleh PBSNT, disahkan semula sebagai ketua jurulatih apabila Lembaga Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik balik semua hukuman ke atasnya bulan lalu.
Elavarasan yang sebelum ini melatih pasukan FELDA United FC, dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Penyu oleh Che Mat sebelum Lembaga Disiplin FAM memutuskan kes rayuan Butler, juga pada bulan lalu.
Tarikh Akhir Mohon TR1MA 30 November - SPAD
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan pemandu teksi yang belum memohon program penukaran tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) supaya segera berbuat demikian berikutan tarikh akhir permohonan pada 30 November ini.
SPAD dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun lalu, semua pemandu teksi yang memegang status sebagai ‘pemandu pertama’ layak untuk menerima subsidi tayar di bawah TR1Ma.
“Permohonan boleh dilakukan di mana-mana pejabat daerah SPAD (di Sungai Petani, Kuala Terengganu, Muar atau Putrajaya. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web, www.spad.gov.my/tr1ma,” kata kenyataan itu.
Guru Naik Gred Tanpa Temu Duga
Kerajaan berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu bagi meningkatkan kualiti perguruan di negara ini. - Gambar hiasan |
Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu hadir temu duga.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temu duga.
Rundingan PBSNT-Butler Masih Gagal, Tunggu Ahad
Kedudukan Peter Butler sama ada akan mengendalikan skuad Terengganu atau meninggalkan negeri ini hanya akan diputuskan dalam 'mesyuarat darurat' Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Ahad ini.
Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, mesyuarat itu terpaksa diadakan ekoran pihaknya gagal mendapatkan persetujuan secara mutlak selepas mengadakan rundingan dengan jurulatih kelahiran England itu.
"Secara dasarnya, PBSNT menerima keputusan FAM (penggantungan Butler selama enam bulan tidak sah) dan kita akur dengan keputusan itu.
Pllbt Hantar 25 Pelumba Pelapis Ke Sports Excel Sirkit Ke-3
Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) akan menghantar 25 pelumba pelapis ke kejohanan Sports Excel Sirkit ke-3 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Disember nanti.
Ketua jurulatih PLBT Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata kejohanan itu akan dijadikan medan menguji pelumba berkenaan, selain memberi pendedahan kepada mereka untuk menyertai kejohanan lebih berprestij.
Ketua jurulatih PLBT Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata kejohanan itu akan dijadikan medan menguji pelumba berkenaan, selain memberi pendedahan kepada mereka untuk menyertai kejohanan lebih berprestij.
Polis Terengganu Tumpas 'Geng Tebuk' Kedai Emas
Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah ‘Geng Tebuk’ yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah kedai emas di beberapa negeri termasuk Terengganu, Kelantan, Johor dan Selangor dengan penahanan lima lelaki warga asing di Jertih.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kelima-lima suspek berusia 21 hingga 36 tahun ditahan di dua lokasi berasingan pada jam 12 tengah hari semalam dan 10.20 pagi semalam.
Juara Piala Monsun 2010 Muncul Pelayar Terbaik Dunia Rolex
Lijia Xu dari China pula mengalahkan tiga pelayar wanita lain untuk memenangi anugerah tersebut.
Pelayar Terbaik Dunia Rolex ISAF (ISAF Rolex World Sailor of the Year) adalah pengiktirafan anugerah pelayar cemerlang tertinggi dunia pelayaran. Bagi Anugerah 2012 terdapat 9 pencalonan, lima lelaki dan empat perempuan.
Wednesday, November 7, 2012
Kenyataan Nurul Izzah - Majlis Fatwa Perlu Respons Segera
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia meminta Majlis Fatwa Kebangsaan memberi respons segera terhadap kenyataan Nurul Izzah itu.
Setiausaha Agungnya Syed Anuar Syed Mohamad berkata ini bagi mengelak timbul kekeliruan sehingga merosakkan akidah umat Islam di negara ini.
Gagasan itu juga menggesa pemimpin PAS tampil memberikan kenyataan mereka berhubung isu ini. "Jadi kita serahkan pada rakyat untuk menilai sendiri sejauh mana kemampuan PKR mentadbir negara kelak kerana sekarang ini pun mereka sudah nampak bercelaru," katanya kepada pemberita.
Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Tepoh, Mohd.Ramli Noh menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, termasuk kepada orang Melayu amat mengelirukan dan boleh menyesatkan umat Islam.
Katanya, penafsiran Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang tiada paksaan dalam beragama di dalam ayat al-Quran surah al-Baqarah (ayat 256) amatlah tidak tepat. Firman Allah s.w.t,
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Ayat itu bukannya memberi makna orang Melayu yang telah Islam tidak boleh dipaksa kekal dalam agama Islam dan boleh juga memilih agama lain, sebagaimana tafsiran Nurul Izzah kerana ahli tafsir menafsirkan bahawa ayat ini dituju kepada orang yang belum memeluk Islam dan jika mahu mereka memeluk Islam hendaklah bukan dipaksa tapi atas kerelaan dan kefahaman hasil dari dakwah.
Kata Mohd.Ramli, tafsiran yang sebenar ayat tersebut bahawa orang Islam tidak boleh memaksa orang kafir untuk masuk Islam, namun jika sekiranya mereka telah Islam, dia mesti atau wajib mengikut ajaran dan peraturan yang telah ditetapkan Islam dan boleh dihukum menurut hukuman Islam jika membuat kesalahan yang bertentangan dengan hukum Islam.
Agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain atau disebut sebagai fahaman pluralisme di mana semua agama dianggap sama sahaja, katanya kepada Teganukita mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang berpendapat kebebasan agama juga bukan sahaja kepada bukan Islam, tetapi setara, melibatkan orang Melayu (Islam) juga.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu menyifatkan kenyataan NurulIzzah itu cukup mengelirukan dan boleh menyesatkan.
Sultan Selangor Terkejut, Kesal Dengan Kenyataan Nurul Izzah - Mais
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
Penyokong Terengganu Desak PBSNT Contohi Johor Cari Pemain Handalan
Seorang penyokong tegar, Nik Mohd Faridzal Nik Jaafar, 36, berkata PBSNT perlu bertindak lebih agresif bagi mengembalikan semula era kegemilangan bola sepak di negeri ini.
Nasib 2 Beradik DiTuduh Bunuh Penoreh Getah Ditentukan 14 November
Mahkamah Tinggi, di Kuala Terengganu, semalam menetapkan 14 November depan sebagai penentuan nasib dua beranak yang didakwa membunuh seorang penoreh getah dengan memaksa mangsa meminum racun kira-kira dua tahun lalu.
Buruh Cekik, Belasah Isteri Guna Penyapu
Hanya kerana sedikit perselisihan faham, seorang buruh seperti dirasuk membelasah isterinya menggunakan penyapu dan turut mengugut membunuh mangsa ketika bertengkar di Kampung Paya, Teluk Ketapang, di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suspek berusia 22 tahun dipercayai mengamuk selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya yang juga berusia 22 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suspek berusia 22 tahun dipercayai mengamuk selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya yang juga berusia 22 tahun.
LPT 2 Dijangka Siap Akhir 2014 - Mazlan
Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada akhir 2014.
Sehingga kini, sebanyak 60 hingga 70 peratus daripada projek yang melibatkan 17 pakej itu sudahpun siap dengan dua daripadanya diserahkan tahun ini dan tiga pakej lagi pada tahun depan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata berdasarkan taklimat kemajuan LPT Fasa 2 oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) minggu lalu, kegagalan kontraktor menyiapkan mengikut tempoh ditetapkan dan timbul masalah berkaitan projek menyebabkan dua pakej perlu ditender semula.
Kenyataan Nurul Izzah - Hadi Anggap Ia Bukan Sesuatu Yang Penting
Pas tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit isu kononnya beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus disekat daripada mengamalkan ajaran tertentu termasuk orang Melayu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wakil media sama ada parti itu akan bertemu dengan Nurul Izzah bagi membincangkan hal itu berkata, "kita banyak lagi hal lain nak selesai untuk hadapi pilihan raya."
Bagaimanapun ujar Abdul Hadi, setakat ini Pas belum mendapat gambaran sebenar mengenai isu itu.
Ladang Gaharu Kedua MUla Dibuka Di Mercang
Kerajaan negeri mewujudkan ladang gaharu kedua seluas 50 hektar di kawasan Hutan Simpan Mercang, Marang yang boleh memuatkan 40,000 anak pokok gaharu (karas).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris berkata, keputusan ini dibuat berdasarkan kemajuan projek pertama yang ditaman sejak enam tahun lalu.
``Projek perintis itu (2005) melibatkan kawasan seluas 47 hektar dengan kira-kira 30,500 pokok berjaya ditanam dan hidup subur,’’ katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris berkata, keputusan ini dibuat berdasarkan kemajuan projek pertama yang ditaman sejak enam tahun lalu.
``Projek perintis itu (2005) melibatkan kawasan seluas 47 hektar dengan kira-kira 30,500 pokok berjaya ditanam dan hidup subur,’’ katanya.
Siasatan ROS Terhadap Suaram Diperluas Dengan Melibatkan Tony Pua
Siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia, Suaram, telah diperluaskan dengan melibatkan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata beliau menerima surat yang memerlukan beliau merakam kenyataan di pejabat ROS di Putrajaya pada Khamis akan datang.
"Saya terkejut dikehendaki memberi kenyataan kepada ROS berhubung penyiasatan mereka. "Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Suaram," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.
Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata beliau menerima surat yang memerlukan beliau merakam kenyataan di pejabat ROS di Putrajaya pada Khamis akan datang.
"Saya terkejut dikehendaki memberi kenyataan kepada ROS berhubung penyiasatan mereka. "Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Suaram," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.
FRIM Seru Syarikat Korporat Jalankan CSR Di Luar Lembah Klang
Seorang kakitangan RTM turut menyertai prorgam FRIM di Setiu semalam. |
Ketua Unit Pengurusan Korporat FRIM, Norhayati Nordin berkata sehingga Okt tahun ini, pihaknya telah menerima dana dari 14 syarikat korporat yang menjalankan program kesedaran alam sekitar bersama FRIM.
Azizulhasni Teruja Dapat Anak Perempuan
Jaguh lumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang, 25, menyambut kelahiran anak pertama selepas isteri, Athiah Ilyana Abd Samad, 27, selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Pakar KPJ Ipoh, petang semalam.
Azizul pemenang pingat emas Sukan Asia 2010 yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman ketika ditemui di hospital berkenaan meluahkan perasaan bercampur baur menerima kehadiran ahli keluarga baru itu.
Kolej Ketengah Sedia Program Latihan Diploma Guru Pra Sekolah Seluruh Negara
Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menjadi perintis dalam pengendalian program latihan diploma bagi guru pra sekolah di seluruh negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, seramai 100 guru pra sekolah akan terlibat bagi setiap sesi yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Ini merupakan projek perintis di kolej berkenaan dalam usaha melahirkan guru-guru terlatih serta memiliki diploma,” katanya di majlis Menandatangani Kerjasama Persefahaman (MOU) antara Ketengah, MARA dan Kemas di Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun kelmarin.
MARA Sasar 500 Usahawan Bumiputera Berstatus Jutawan Pada 2020
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan 500 usahawan bumiputera mencapai status jutawan menjelang 2020.
Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata setakat ini 157 usahawan jutawan telah dihasilkan agensi itu menerusi pelbagai program yang dilaksana.
"Jutawan yang dimaksudkan ini ialah mereka yang memperolehi pendapatan tidak kurang RM2 juta setahun," katanya kepada pemberita selepas Karnival dan Pameran Produk Usahawan Daerah Marang, di Marang,semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara Datuk Mohd Rosdi Ismail berkata setakat ini 157 usahawan jutawan telah dihasilkan agensi itu menerusi pelbagai program yang dilaksana.
"Jutawan yang dimaksudkan ini ialah mereka yang memperolehi pendapatan tidak kurang RM2 juta setahun," katanya kepada pemberita selepas Karnival dan Pameran Produk Usahawan Daerah Marang, di Marang,semalam.
Kerajaan Negeri Nafi Soalan UPSR Bocor
Kerajaan negeri menafikan tohmahan yang tersebar bahawa kecemerlangan yang dicapai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Terengganu disebabkan soalan bocor.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejayaan Terengganu mengekalkan prestasi terbaik 11 tahun berturut-turut disumbangkan beberapa faktor termasuk kerja keras guru-guru, keprihatinan ibu bapa dan kesungguhan murid.