Saturday, January 12, 2013

UMNO Anjur Program Selamat Tinggal PAS - Ahmad Razif

Badan Perhubungan Umno Negeri akan menganjurkan lebih banyak program Selamat Tinggal Pas bagi membolehkan lebih ramai ahli dan penyokong Pas keluar parti itu dan menyertai Umno.

Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kebelakangan ini ramai ahli Pas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan perjuangan parti itu kerana mereka sudah muak dengan pemimpinnya yang melakukan tindak tanduk bertentangan dengan matlamat asal penubuhannya.

“Kita akan mengadakan program tersebut di seluruh negeri bagi membolehkan mereka ini mengisiytiharkan keluar Pas dan masuk Umno,” katanya.

Baru-baru ini, lebih 200 ahli dan penyokong Pas mengisytiharkan keluar parti itu dan menyerahkan borang keahlian Umno masing-masing kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang kebetulan dalam lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Ahmad Razif berkata, pihaknya yakin dengan bantuan bekas pemimpin Pas yang sudah masuk Umno, lebih ramai ahli dan pengikut Pas dapat dikumpul untuk menyertai program Selamat Tinggal Pas.

“Kita akan memberi peluang kepada mereka untuk menyerahkan borang keahlian Umno kepada pemimpin Umno negeri, termasuk Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad Said),” katanya.

Pelbagai isu yang melanda Pas, termasuk Amanat Hadi, pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP serta pengguguran cadangan melaksanakan hukum hudud, menyebabkan ramai ahli dan pengikut parti itu tidak lagi mempercayai kepimpinan Pas sekarang ini.

Mereka berpendapat tidak ada gunanya meneruskan perjuangan dalam parti itu yang sebelum ini bertegas mahu memperjuangkan Islam, sebaliknya kini sudah menyeleweng jauh dari matlamat asal.

Kelantan Kekalkan Pemain Import Menentang T-Team Di Kuala Terengganu Petang Ini

Mandjou (depan) sekali lagi bakal mengetuai jentera serangan Kelantan
Tiada rombakan besar dilakukan oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang pertemuan menentang pasukan berstatus kelab, TTeam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang ini.

Hodak yang juga merangkap Pengurus Pasukan berkata, beliau bercadang mengekalkan sebahagian besar pemain termasuk penyerang import yang dikritik hebat, Keita Mandjou dalam pertemuan dengan PKNS FC tempoh hari apabila bertemu pasukan bimbingan bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler.
Zairo kini pemain  Kelantan

“Besar kemungkinan saya bercadang menyenaraikan bekas pemain T-Team musim lalu, Zairo Annuar (Zalani) dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan.

Begitu pun, saya akan buat keputusan mengenainya esok (hari ini). “Zairo Anuar mengetahui sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan bekas pasukan lamanya.

Saya perlukan khidmat dia dan saya fikir ini merupakan satu peluang baik untuknya membuktikan kehebatan jika diberi ruang beraksi nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut pengendali dari Croatia itu, beliau akan tetap mempertaruhkan rangkaian penyerang yang sama, Manjdou dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal bagi merobek gawang gol pasukan yang terkenal dengan jolokan The Titans itu. “Mengenai Mandjou, saya tahu ramai peminat pertikaikan kredibiliti dia. Tetapi saya harus bersikap jujur dan adil.

“Anda lihat Marlon Alex James (pemain ATM). Dia pemain hebat tetapi gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai banyak peluang ketika pasukannya tewas kepada Lions XII tempoh hari. Situasi ini mungkin sama menimpa Mandjou, kita janganlah cepat menghukum dia,” katanya.

 Hodak berkata, akan tiba masanya bagi Mandjou membuktikan kehebatannya selaku penggempur berbisa dan beliau berharap penyokong setia terus beri peluang dan sokongan kepada penyerang berasal dari Guinea itu.

Mengulas mengenai kekuatan T-Team yang pasti mahu mencatatkan kemenangan pertama setelah tewas tipis 0-1 kepada Perak tempoh hari, Hodak bagaimanapun tidak risau dengan kebangkitan kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu.

Terengganu Seri Sekali Lagi, Pahang Mendahuui Carta Liga

Penyerang Terengganu, Effa Owona (dua, kanan) diasak oleh pertahanan Negeri Sembilan, William Modibo ketika saingan malam tadi.

Terengganu melakar seri sekali lagi pada pelawanan kedua Liga Super dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, selepas pada perlawanan sebelum ini seri dengan FELDA United di Kuala Terengganu.

Terengganu dan tuan rumah Negeri Sembilan berkongsi mata  tanpa jaringan.

Perlawanan pada babak pertama agak seimbang apabila kedua pasukan masing-masing melakukan cubaan namun gagal memperolehi jaringan disebabkan oleh penyudah yang tumpul sehingga ke akhir perlawanan.

Pahang pula membuktikan bahawa kemenangan ke atas pasukan Johor Darul Takzim Selasa lepas bukan sekadar nasib apabila mengulangi kecemerlangan dengan mengalahkan Felda United 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, malam tadi.

Mohamad Borji (tengah) menjaringkan gol Pahang pada perlawanan dengan FELDA United semalam.

Friday, January 11, 2013

PAS Kaji Semula Pendirian Dalam Isu Kalimah Allah?


"Majlis Syura, merupakan sayap tertinggi dalam parti itu, akan campur tangan dan menilai kembali keputusan yang telah dibuat kerana ramai pemimpin menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam."
 - Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Akibat perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia, Majlis Syura akan menilai kembali pendirian parti yang membenarkan penganut bukan Islam menggunakannya, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata Majlis Syura, merupakan sayap tertinggi dalam parti itu, akan campur tangan dan menilai kembali keputusan yang telah dibuat kerana ramai pemimpin menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam.

Pendirian Ketua Dewan Ulama PAS yang disiarkan Teganuku semalam.
Mahfodz merupakan salah seorang daripada 15 ahli Majlis Syura, yang merupakan sayap tertinggi dalam parti itu. "Pada 2010 PAS setuju bahawa Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah', dengan syarat ia tidak disalah guna.

"Oleh kerana ramai pemimpin mempunyai pandangan berbeza dalam isu ini, adalah menjadi tanggungjawab Majlis Syura untuk mencapai konsensus," kata Mahfodz

 Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau menentang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura yang telah menyatakan pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.

Mahfodz berkata kerisauan terbesar yang dibimbangi adalah Bible Bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah 'Allah' akan digunakan untuk menyebarkan ajaran agama Kristian dikalangan orang Islam.

Beliau mengesahkan bahawa Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khas esok namun ia telah ditunda kepada Ahad malam kerana ramai ahli yang terlibat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kerajaan mempunyai hak untuk melarang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan agama bagi mengelakkan kebimbangan.

Tokoh agama itu berkata, keputusan seperti itu diterima dalam perspektif pentadbiran bagi mengelakkan potensi ia disalahguna oleh pihak tertentu.

 Isu tersebut tidak wujud di Sabah dan Sarawak, kerana arahan tersebut hanya terpakai di Semenanjung Malaysia, katanya.

 Dr Asri turut menegur sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja menggunakan isu tersebut demi kepentingan politik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Krismas Disember lalu berkata penganut bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia.

Dr Asri berkata oleh kerana Bible diterjemah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia, terjemahan kepada 'God' adalah 'Tuhan' bukan 'Allah'.

"Mereka bukan menterjemah daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Malaysia, sebaliknya daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

 "Oleh itu, polemik berhubung penggunaan kalimah 'Allah' ini sepatutnya tidak sepatutnya menjadi isu yang besar,” katanya, sambil menyelar tindakan mereka yang menggunakan agama untuk mewujudkan suasana tegang.

Guru, Pelajar DiBeri Amaran Jangan Sertai Himpunan


Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.

Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.

"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.

Ubat Seks RM1.25 Juta Dirampas


Peniaga-peniaga ubat dan bahan perangsang seks jalanan di sekitar ibu negara dan Selangor dijangka 'patah kaki' setelah stor simpanan utama bahan tersebut di Jalan Pasar, Pudu di Kuala Lumpur diserbu pihak berkuasa petang semalam.

Dalam serbuan pada kira-kira pukul 2.30 petang itu, seramai 25 pegawai daripada Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur berjaya merampas ribuan kotak berisi 30 jenis produk perangsang seks yang dianggarkan bernilai RM1.25 juta.

Ribut Sonamu Sudah Berada Di Tahap Rendah

Ribut Tropika Sonamu sudah berada di tahap lemah dan diklasifikasikan sebagai lekukan tropika.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), lekukan itu telah lenyap di laut semalam di 118 kilometer ke barat laut Sibu dan tidak akan melanda kawasan pantai negeri Sarawak.

RM106 Juta Diperuntuk Baik Pulih Jalan Persekutuan Rosak Akibat Banjir


Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM106.6 juta dalam tempoh Oktober 2012 hingga 5 Januari lepas untuk membaik pulih dan menyelenggara jalan raya persekutuan yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata ekoran banjir yang melanda baru-baru ini, kementerian menerima banyak laporan daripada Jabatan Kerja Raya negeri mengenai jalan raya rosak terutama di pantai timur.

Ibu Bapa Bawa Anak Sertai KL112 Boleh DiHukum

Ibu bapa yang membawa anak menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia Datuk Noraini Mohd Hashim berkata ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.

FAM - Affize Milik ATM, PBSNT Dapat Sagu Hati RM5,000

Kemelut  antara bekas pemain Harimau Muda A, Mohd Affize Faisal Mamat antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menemui noktah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan pemain berusia 24 tahun itu kini sah menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM, semalam.

Risda Sasar Wujud 100 Usahawan Baru Di Terengganu Tahun Ini

Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) Terengganu menyasarkan melahirkan 100 usahawan baharu pada tahun ini. Pengarahnya, Zakaria Mat Amin berkata secara keseluruhannya Risda Terengganu sudah melahirkan kira-kira 700 usahawan sejak lima tahun lepas.

Katanya kebanyakan mereka mengusahakan pembuatan kuih tradisional, manisan, sos cili, makanan sejuk beku, selain katering, kontraktor kecil-kecilan, jahitan dan sulaman.

TESDEC Main Peranan Selaras Dengan Matlamat Kerajaan Terengganu

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat TESDECtidak berapa dahulu.
Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) menyediakan strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi memenuhi keperluan pusat latihan itu untuk berkembang dan mampu bersaing mengikut matlamat ditetapkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Che Razali Adis berkata strategi berkenaan berasaskan kehendak ekonomi dan pasaran kerja semasa agar setiap pelatih yang tamat latihan, mampu bersaing dan berjaya merebut peluang yang ada.

Amaran Ribut Sonamu Tidak Jejas Promosi TMT 2013



Amaran Ribut Sonamu yang dijangka melanda Terengganu sebelum ini tidak menjejaskan usaha promosi dan kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 yang giat diatur kerajaan negeri sejak tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pihaknya tetap meneruskan segala perancangan yang digariskan bagi menjayakan TMT serta mencapai sasaran empat juta pelancong akan ke negeri itu sepanjang tempoh tahun ini.

RM 1 Juta Untuk Azam Tani Terengganu

Sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan bagi malaksanakan program Azam Tani di Terengganu tahun ini, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri Hasan Jusoh.

Beliau berkata sehubungan itu, seramai 100 peserta Azam Tani yang berdaftar menerusi sistem e-Kasih dikenalpasti untuk menerima bantuan daripada peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Proses Pembangunan UniSZA Memerlukan Komitmen Menyeluruh - Yahaya

Proses pembangunan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua peringkat warganya, kata Naib Canselor universiti itu Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Beliau yang mengambil alih tugas menerajui universiti itu mulai 1 Jan, berkata usaha pembangunan semula UniSZA yang sebelum ini adalah Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) perlu dibuat secara proaktif dan diperhalusi dengan kaedah tertentu.

106 Anak Yatim Terima Wang Zakat UMT & Bank Rakyat


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Bank Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengagihkan wang zakat berjumlah RM10,600 kepada 106 anak yatim sempena sesi persekolahan 2013.

Naib Canselor UMT Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata program itu sebahagian tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat setempat di kawasan Mengabang Telipot.

PTCM Terengganu Sedia Bekerjasama Dengan Agensi Lain Tubuhkan Unit Berkuda

Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) Terengganu sedia bekerjasama dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang berminat untuk menubuhkan unit berkuda mereka sendiri.

Ketua Turus PTCM Terengganu, Mohd Nor Jusoh berkata ini kerana pihaknya mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam aspek penjagaan, penyelenggaraan serta pengendalian haiwan tersebut.

Tangani Bencana - Pemuda UMNO Besut Lancar Briged Sukarelawan


Kesukaran mendapatkan khidmat sukarela bagi membantu mereka yang ditimpa bencana mendorong Pemuda UMNO Besut menubuhkan pasukan sukarelawan sendiri bagi menangani kes berkenaan.

 Satu majlis pelancaran penubuhan pasukan itu diadakan di Medan Selera Jertih yang dilakukan oleh Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut.

Thursday, January 10, 2013

Kalimah ALLAH - Ulama PAS Tidak Sekata Dengan Hadi, Nik Aziz

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran. Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian."
- Datuk Harun Taib.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan.

Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran. Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di Petaling Jaya semalam.

Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.

Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain.
Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran.

Sementara itu, kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas yang bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama adalah membelakangi Majlis Syura Ulama Pas, kata Ketua Penerangan Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Hasan Basri.

Katanya kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mendahului mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang dijadualkan berlangsung pada 12 Januari ini.

Hasan yang juga bekas Ketua Penerangan Pas Selangor berkata kenyataan kedua-dua pemimpin itu lebih bersifat politik dan menunjukkan Pas hanya menjadi "pak turut" kepada DAP untuk mendapat undi.

Beliau berkata isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dikhuatiri boleh menyesatkan generasi muda Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam.

Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

SUK - Terima Pandangan Tambah Baik Sistem Perkhidmatan Awam Neger


Kerajaan negeri bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan pelbagai pihak bagi menambah baik sistem perkhidmatan awam negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

“Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan semua pihak bagi tujuan menambah baik sistem perkhidmatan dan juga pentadbiran negeri.

SUK - Terima Pandangan Tambah Baik Sistem Perkhidmatan Awam Neger


Kerajaan negeri bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan pelbagai pihak bagi menambah baik sistem perkhidmatan awam negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

“Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan semua pihak bagi tujuan menambah baik sistem perkhidmatan dan juga pentadbiran negeri.

JMM Buat Laporan Dakwa Penulis Blog Dibayar Tulis Artikel


Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa penulis blog Sarawak Report telah dibayar untuk menulis artikel kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami strok ringan pada 5 Jan lepas.

Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata pertubuhan itu mempunyai beberapa bukti pemberian rasuah dalam kes itu dan mahukan SPRM menyiasat

Liga Super 2013 - ATM Gagal Sekat Lion XII, Kelantan Mula Langkah Kanan

Kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi mengasak pemain PKNS, Mohd Aminuddin Mohd Noor(kanan) pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, malam semalam. Kelantan menang 2-1.
Kelantan memulakan kempen Liga Super 2013 dengan langkah kanan apabila menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam semalam.

Zairul Fitri menjadi wira pasukan The Red Warriors apabila menjaringkan gol pada babak akhir perlawanan sekali gus membantu pasukannya mengutip tiga mata penting dalam perlawanan sulung malam semalam.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas 0-1 kepada Lions XII di Stadium Tunku Abdul Rahman.

Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bruno Marteloto (kanan) diasak oleh pemain Lions XII, Baihakki Khaizan dalam perlawanan Liga Super yang diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini. Lions tewaskan ATM 1-0.

Belasah Untuk Reda Suami Isteri Kelahi Di Hadapan Rumah


Berang tegurannya agar berhenti berkelahi tidak diendahkan oleh sepasang suami isteri yang juga merangkap jirannya, seorang lelaki ‘naik hantu’ apabila nekad membelasah ‘si suami’, dalam satu kejadian di Kampung Gelugor Kedai, Chabang Tiga, malam Ahad lalu.

Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun dan beralamat dari Kampung Gelugor Kedai, Chabang Tiga, di sini, ditangkap polis di kediamannya, malam kelmarin, susulan laporan dibuat oleh mangsa beberapa jam selepas kejadian.

Kemajuan Malaysia Hasil Kedudukan Politik Yang Kukuh Dan Stabil, Kata Najib


Malaysia mencapai pembangunan dan kemajuan pesat setelah lebih 54 tahun merdeka berikutan kedudukan politik yang kukuh dan stabil, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, katanya, kemajuan turut dicapai bersandarkan kepada barisan kepimpinan yang efektif dan berwawasan.

Dollah - Pemaqin Tempatan Lebih Menyerlah Berbanding Pemain Import

Berdasarkan prestasi lama...pemain Johor DT FC, Daniel Guiza (kanan)  iaitu bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan kelab Getafe tidak menyerlah berbanding pemain tempatan.
Jurulatih bola sepak Pahang, Dollah Salleh mengakui sentuhan serta kelincahan pemain tempatan pasukan itu lebih berbisa berbanding pemain import selepas anak buahnya berjaya menundukkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang mempunyai ramai pemain berstatus bintang.

Mengambil contoh kelincahan Fauzi Roslan pada saingan Liga Super malam tadi yang menyaksikan JDT diaibkan tuan rumah dengan keputusan 3-2, Dollah berkata, pemain berasal dari Pekan, Pahang itu menunjukkan prestasi membanggakan dengan menjaringkan dua gol.

Awas Pekerja TNB Menyamar

Masalah kecurian kabel milik TNB masih lagi terkawal dan kecil berbanding negeri di pantai Barat.

 Pengurus Besar TNB negeri, Ir Md Yuslan Md Yusof, berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai unit keselamatannya sendiri yang dinamakan Unit Perkhidmatan Keselamatan (UPK) bagi memantau pemasangan dan kes kecurian kabel di setiap daerah bagi membendung masalah itu.

“Mereka yang tertangkap akan didakwa di mahkamah. Cuma pada masa sama, saya harapkan orang ramai bekerjasama dengan kita untuk membanteras kejadian ini daripada berlaku di kawasan masing-masing,” katanya kelmarin.

Tempat Duduk Percuma 1Malaysia AirAsia Dapat Sambutan Menggalakkan


"Program Integrasi 1Malaysia Bersama AirAsia" yang ditawarkan oleh AirAsia telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kesemua 10,000 tempat duduk percuma yang ditawarkan di bawah inisiatif itu telah habis direbut menjelang pukul 11 pagi semalam, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

UMT Bakal Miliki Perpustakaan Digital 3 Tahun Lagi

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mempunyai perpustakaan digital dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Naib Canselornya Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Beliau berkata perpustakaan digital itu adalah sebahagian daripada proses transformasi untuk menjadikan UMT terus unggul dalam sistem pendidikan negara

Wednesday, January 9, 2013

Penduduk Terengganu Bersyukur Sonamu Tidak Melanda

Penduduk Kampung Cherating yang tinggal di tepi laut semalam mengadakan solat hajat bagi meminta perlindungan supaya kampung mereka tidak dilanda Ribut Tropika Sonamu, Kelihatan Iman Masjid Kampung Cherating Mustafa Yusof mengetuai menunaikan solat hajat.
Penduduk merasa bersyukur kerana ribut tropika Sonamu beserta angin kencang yang diramal membadai perairan pantai timur Semenanjung termasuk Terengganu tidak menjadi kenyataan.

Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di Kuala Terengganu,  Dungun, Kuala Ibai dan Kuala Abang yang menetap sementara di rumah saudara mara yang tinggal jauh dari kawasan pantai, sudah mula pulang ke rumah masing-masing.

Namun nelayan kecil masih tidak berani ke laut ekoran angin kencang dan laut bergelora musim tengkujuh.

Demi mencari rezeki dua nelayan pantai dilihat tekad turun ke laut meskipun keadaan laut berombak serta bergelora di Pantai Chempaka, Kuantan semalam.
"Tok bersyukur tiada apa yang berlaku dan Tok yakin ini semua berkat usaha masjid, surau dan alim ulama yang tak henti-henti mengadakan sembahyang hajat sejak waktu Zohor kelmarin," kata Suri Dollah, 77, yang sudah pulang ke rumahnya di Kuala Abang yang terletak 20 meter dari pantai, setelah menumpang di rumah saudaranya.

Halimah Osman, 58, menganggap cuaca paling buruk yang pernah berlaku ialah pada 1984 yang turut menyebabkan sebuah kapal kargo tersadai di perairan Tanjung Jara akibat ribut dahsyat.

"Selepas itu tidak pernah lagi ada ribut sedemikian rupa. Cuaca buruk sejak kelmarin adalah sesuatu yang biasa bagi kami yang tinggal di tepi pantai sejak kecil," katanya.

Mohd Yassin Abdullah, 55, yang tinggal di pantai Kuala Ibai berkata sememangnya dia merasa takut dengan ramalan Sonamu kerana pernah mengalami peristiwa banjir besar beberapa puluh tahun dahulu.

"Tidur malam pun tidak lena dan kami telah bersiap sedia kemas sedikit sebanyak kain baju. Namun syukur bila tengok keadaan hari ini mula tenang dan laporan televisyen pun mengatakan ribut sudah semakin beredar," katanya.

Nelayan Yusof Osman, 48, berkata sudah sebulan dia tidak ke laut kerana keadaan cuaca yang berisiko kepada bot-bot kecil.

"Ketika inilah kami membaiki bot yang rosak dan saya membantu isteri yang berniaga di warung," katanya. Namun terdapat juga kumpulan remaja yang seakan berpesta bagi menyaksikan fenomena ombak besar.

"Saya datang ke Pantai Batu Buruk ini untuk menyaksikan sendiri fenomena ombak besar seperti yang dihebahkan dalam TV dan surat khabar.


"Saya tahu ia bahaya dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran supaya tidak menghampiri kawasan pantai, namun saya ingin melihat sendiri fenomena alam yang luar biasa," kata Mohd Aliff Zahari, 22, yang ke pantai bersama rakan-rakannya.

Liga Super 2013 - Imej Harimau Selatan Tercalar, T-Team Tumpas, Terengganu Seri

Penjaring gol kemenangan Pahang, Surendren berlari selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super menentang Johor di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, malam Selasa.
Perlawanan Terengganu - Felda United berkesudahan seri 1-1.
Pendatang baru Liga Super musim ini, Pahang bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam semalam.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-10 sebelum bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menambah gol kedua pada minit ke-25.

Kehadiran bekas pemain Sepanyol dan Gatafe,  Dani Guiza (kanan) tidak mampu membantu Johor DT FC

JPJ Terengganu Saran Strategi Lautan Biru Tangani Teksi Haram

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu berhasrat melaksanakan 'Strategi Lautan Biru' dengan agensi penguat kuasa lain bagi menangani isu teksi haram atau 'prebet sapu' di negeri itu.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata langkah itu dilihat perlu bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, terutama sepanjang Tahun Melawat Terengganu 2013.

UiTM Bukit Besi Dibuka Jun Ini, Perkenal Pengajian Baru Diploma Perkapalan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bukit Besi di Dungun yang akan dibuka dan memulakan pengajian Jun ini akan memperkenalkan satu bidang pengajian baru iaitu Diploma Kejuruteraan Perkapalan memandangkan Terengganu mempunyai kekuatan dalam bidang berkenaan sejak sekian lama.

Rektor UiTM Kampus Dungun, Prof Madya Tengku Yusof Tengku Mahmud berkata, Diploma Kejuruteraan Perkapalan itu adalah pengajian baru diperkenalkan UiTM pada tahun ini disebabkan kepakaran negeri itu sendiri dalam pembinaan kapal dan bot untuk tujuan pengkomersialan.

Saingan Edisi Ke 18 LTdL Lebih Terbuka - Shabery Cheek

Ahmad Shabery tertarik dengan maskot “King of Mountain” perlumbaan LTdL di atas kereta rasmi perlumbaan itu pada majlis penyerahan penajaan utama Genting Malaysia Berhad.
Ketiadaan pelumba Androni-Venezuela, Jose Serpa dilihat membuka jalan pelumba lain merangkul gelaran juara dalam kejohanan berbasikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ketiadaan Raja Bukit empat kali itu sudah pasti membuatkan perlumbaan kali ini lebih terbuka.

Penduduk Taman Seri Desa Cendering Diancam Risiko Tanah Runtuh

Sebanyak 22 keluarga di Taman Seri Desa, Bukit Cendering di sini hidup dalam kebimbangan berikutan cerun berhampiran kediaman mereka didakwa semakin mendap sejak tengkujuh melanda.

Mereka juga mendakwa berlaku pergerakan tanah pada cerun setinggi 18 meter itu berdasarkan kedudukan pokok yang ditanam di belakang rumah penduduk yang didapati beralih kira-kira empat meter.

75 Pembantu Guru Bahasa Inggeris Akan Memulakan Tugas Di Malaysia

Guru ETA yang pernah bertugas di Terengganu.
Sekumpulan 75 pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) Fulbright dari Amerika Syarikat tiba di Malaysia untuk memulakan tugasan mereka selama 10 bulan di sekolah-sekolah di Terengganu, Johor, Pahang dan Perak.

Program ETA, yang ditadbir bersama oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika mengenai Pertukaran Pelajaran (Macee) dan Kementerian Pelajaran Malaysia itu, telah diperluas ke Perak.

"Masalah Affize Boleh diselesaikan'

Affize (tiga dari kanan) perlu menyelesaikan masalahnya dengan PBSNT secara lebih profesional.
Masalah yang dihadapi bekas pemain tonggak Harimau Muda A, Mohd. Affize Faisal Mamat dapat diselesaikan dengan cara baik sekiranya pemain itu bersikap profesional.

Pengurus pasukan Terengganu, Marzuki Sulong berkata, permasalahan tersebut timbul berikutan tindakan pemain kelahiran Hulu Terengganu itu yang enggan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Pemuad UMNO Terengganu Turun Padang Agih Bantuan


Selepas Kemaman dan Dungun Pemuda UMNO Terengganu mengalih lokasi ke Besut pula dalam misi menjejak mangsa banjir untuk diagihkan bantuan kemanusiaan.

Ketika di Besut Pemuda Umno diketuai Saiful Bahari Baharuddin memilik Kampung La, Hulu Besut, untuk agihan bantuan kepada mangsa banjir kelmarin.

Tuesday, January 8, 2013

Solat Hajat, Berdoa Elak Musibah Sonamu - Mufti Pahang

Kedudukan Sonamu yang semakin lemah dan bergerak ke barat Andaman Aea

 Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu bimbang dengan laporan ramalan ribut tropika Sonamu hingga menjejaskan diri sendiri.


Menurutnya, cara terbaik ialah melakukan solat Hajat dan berdoa bagi mengelak musibah itu berlaku. “Apa yang diramal tidak semestinya akan menjadi kenyataan dan orang ramai tidak perlu menjadikannya sebagai satu ketakutan yang besar” katanya semalam.

Sonamu dikatakan semakin lemah semalam pada ketika ia sedang menghala ke Semenanjung. Malah ia dikatakan berada di selatan Vietnam ketika ini.

Menurut beberapa laporan peramal cuaca, Sonamu kini bergerak ke arah Barat di sekitar Andaman Aea untuk tempoh tiga hari ini. Bagaimanapun laporan itu menyebut ia akan bertukar kepada Tropical Depression atau kumpulan awan yang membawa rebut yang kesannya berlaku hujan di beberapa kawasan di Thailand dan Malaysia.

Amaran Sonamu yang dikeluarkan AlertNet.
Sementara itu menurut AlertNet, iaitu perkhidmatan Yayasan Thomson Reuters, yang menerbitkan ramalan pada 5 Januari lalu menyebut Ribut Sonomu akan membadai bahagian utara Semenanjung kira-kira jam 06:00 GMT atau 14:00 waktu hari ini (2 petang).

Data yang diberikan oleh Pusat Amaran Taufan Bersama Tentera Laut dan Tentera Udara Amerika Syarikat itu menyebut kawasan yang akan dilalui ribut berkenaan ialah berdekatan 6.3 N,103.3 E.

Sonamu dijangka membawa angin deras berterusan selama satu minit pada kelajuan 64 km satu jam (40 mph).

Seorang peluncur memerhatikan keadaan ombak yang besar sebelum turun meluncur di Pantai Beserah, semalam ketika amaran ribut tropika Sonamu yang dijangka membadai kawasan pantai Pantai Timur Semenanjung esok dikeluarkan.
Bagaimanapun menurut ALertNet, maklumat ini hanya untuk bimbingan atau dan tidak wajar dijadikan sesuatu keputusan soal ‘hidup dan mati’ atau untuk keputusan-keputusan membabitkan harta benda.

Mereka yang bimbang mengenai nyawa dan harta benda sewajarnya mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa, kata AlertNet.

Mufti Pahang  menjelaskan,  ramalan yang dibuat itu menggunakan sistem dan fakta supaya menjadi panduan kepada orang ramai namun semua tragedi yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT.

“Di Pahang kita sudah bersiap sedia awal dan solat Hajat sudah pun dijalankan selepas menerima titah Sultan Ahmad Shah.

Kita mohon kepada semua untuk berdoa bagi menolak bencana alam seperti ini,” katanya.

Ramalan Ribut Tropika Sonamu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berlaku bermula hari ini hingga Jumaat ini menimbulkan rasa bimbang kepada orang ramai terutamanya nelayan dan penduduk di Pantai Timur.