Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk program tanaman kelapa sawit di halaman kediaman dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk miskin negeri itu bagi tahun 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Rozi Mamat berkata program itu adalah lanjutan kepada projek buku hijau yang dilancarkan kerajaan tidak lama dulu.
"Rakyat jangan salah tafsir dengan mengatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi program ini. Sebenarnya peruntukan yang besar itu adalah untuk projek membuka ladang bagi membasmi kemiskinan di negeri Terengganu yang memerlukan peruntukan besar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengagihkan anak-anak kelapa sawit kepada 61 penduduk Kampung Padang Setar, Tersat, Hulu Terengganu di sini untuk ditanam di sekitar rumah. Turut dihadir pada majlis itu Pengarah Pertanian Terengganu Mohd Yusof Maidin.
Program itu dimulakan pada Disember tahun lepas dan kerajaan negeri telah mengagihkan anak kelapa sawit kepada 15 buah kampung melibatkan peruntukan RM300,000.
Sementara itu Mohd Yusof ketika berucap di majlis itu mempelawa penduduk negeri itu menanam buah naga yang mudah dijaga dan boleh ditanam di sekitar perkarangan rumah.
"Buah ini cukup berkhasiat. Jika orang ramai minat menanam, kita sedia agihkan benih untuk ditanam di tepi-tepi rumah. Lagi pun ia enak dimakan,” katanya.
Thursday, December 31, 2009
Terengganu bina dua jambatan baru RM400 juta
Kerajaan Negeri akan membina dua jambatan baru melibatkan peruntukan kira-kira RM400 juta pada tahun depan bagi mengelak kesesakan lalu lintas di Jambatan Sultan Mahmud.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Yahya Khatib Mohamad berkata, jambatan akan dibina itu adalah yang menghubungkan Kampung Jeram Tokkong yang merentangi Sungai Nerus.
Menurutnya, sebuah lagi jambatan adalah menghubungkan Kampung Teluk Pasu-Pulau Sekati-Muzium di Losong yang merentangi Sungai Terengganu.
“Kerajaan memberi keutamaan untuk membina jambatan Teluk Pasuk-Pulau Sekati-Muzium bagi mengatasi kesesakan yang bertambah serius di Jambatan Sultan Mahmud sekarang,” katanya selepas mesyuarat Exco semalam.
Beliau berkata, kedua-dua jambatan sepanjang kira-kira satu setengah kilometer tersebut masing-masing berharga kira-kira RM200 juta dan kini proses pelantikan konsultan sedang dilakukan manakala kerja kenal pasti jajaran sedang dilakukan.
Katanya, jambatan tersebut yang sudah lama dirancang hanya membuat dua lorong, tetapi ia perlu diubahsuai kerana perlu diperlebarkan menjadi empat lorong bagi melancarkan perjalanan lalu lintas.
“Kerja pengambilan balik tanah untuk pembinaan jalan jambatan berkenaan masih lagi dalam proses menyebabkan ia tergendala,” katanya

Selamat Tahun Baru Mat Said
Oleh Mohd Sayuti Omar (www.msomelayu.blogspot.com)
SAYA pernah bercanda menerusi tulisan mengatakan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu ada ilmu Pak Dogol. Maksud saya walaupun dia nampak ‘komang’ kata orang Terengganu, tidak hebat, nampak darat macam orang kampung tetapi dia ada kelebihan. Yang pastinya kalau bukan ada kelebihan dan keistimewaan, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak akan perkenan untuk dia jadi MB.
Masih ramai lagi Adun BN yang dianggap dan merasakan diri lebih hebat dari Mat Said. Ada 20 orang lagi, tetapi kenapa Mat Said yang dipilih jadi MB oleh Sultan. Yang lebih hebat daripada bekas MB, Idris Jusoh pun ada, seperti Rosol Wahid, Din Adam, tetapi tidak dipilih, Mat Said juga diambil Sultan. Kenapa? Cuba tanya Zabidi Saidi rakan saya berasal dari Terengganu itu.
Sebab itu saya kata Mat Said ada ilmu Pak Dogol. Tenguk Pak Dogol dalam wayang kulit dia, nampak hodoh, perut buncit, hidung besar tetapi keramat dan baik budi. Lidah juga masin 'barang minta barang boleh barang kata barang jadi.'
Selalunya istana hanya akan memberi perkenan kepada orang yang baik budi, perangai comel dan tahu adat istiadat istana sahaja untuk menjadi menteri, wazir dan pegawainya. Orang yang sumpah seranah sultan takkan diambil! Hatta untuk jadi tukang kebun dan jong masak pun kena ada takmaninah. Istana tidak akan ambil orang perangai buruk, cakap besar berjalan lenggak ke langit dan berperasan tinggi.
Malam tadi saya minum dengan seorang rakan, bekas pegawai tinggi kerajaan. Dia baru balik dari Terengganu kerana menghadiri satu seminar mengenai sukan. Dia terlibat dalam membentangkan kertas kerja berhubung pengembangan dan pembangunan sukan di negeri itu.
Rakan ini sejak bersara, lebih mirip kepada pembangkang menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim. Bukan apa kerana Anwar rakannya! Hubungannya dengan Anwar kukuhnya macam akar tunjang bumi. Semasa Anwar dalam penjara di Sungai Buloh dulu dialah antara orang yang ‘membantu’ Anwar menerusi bidang kuasanya. Beli meja pingpong dan lengkapkan peralatan sukan dan riadah dalam penjara untuk kemudahan Anwar.
Baru inilah dia ke Terengganu. Beliau diundang disebabkan kepakarannya dalam bidang sukan. Banyak pembangunan sukan negara ditangani dan jaya. Apa nak diceritakan dan mengejutkan saya ialah bila dia menceritakan mengenai kehebatan Mat Said.
“Hebat Mat Said ni rupa-rupanya?” katanya. Saya terkejut dan terpaksa bertanya balik takut dia tersalah cakap atau sengaja nak perli MB Terengganu itu.
“Hebat macam mana?” soal saya agak hairan kerana jarang saya dengar di Kuala Lumpur ada orang puji Mat Said sebegitu. Banyaknya memperleceh dan memperlekeh Mat Said. Yang kata Mat Said MB cap ayam pun ada.
“Hebat! Dia buat kerja dia tidak peduli apa orang nak kata kepadanya...” jelas rakan ini menunjukkan wajah kekagumannya. Ulasnya lagi, walaupun kawan-kawan sepertinya kritik dia, palu dia, dia buat tidak peduli saja. Dia hadapi dengan selamba saja.
“Jarang orang boleh lakukan begitu, selalunya kalau kena kritik seseorang itu akan give-up. Tetapi tidak bagi Mat Said. Seolah-olah hentaman dan kritikan itu dijadikan cabaran untuk dia buktikan kemampuannya. Inilah saya maksudkan hebat! Dan dia berjiwa besar,” sambung kawan yang sudah mencecah 60 tahun itu.
Mulanya saya tidak merasa apa-apa kelebihan kalau setakat itu. Tetapi bila kawan ini menceritakan bagaimana Mat Said menumpahkan ilham merangka pembangunan infrastruktur dan sosial untuk Terengganu baru saya faham apa yang hendak dimaksudkan itu. Dalam bidang sukan misalnya Mat Said mahu jadikan Terengganu cemerlang dalam semua bidang sukan. Dia tidak sebut saja, tetapi disediakan peruntukan yang banyak.
“Saya yakin dengan apa yang Mat Said nak buat akan berjaya. Sepanjang seminar itu saya lihat sambutan dan semangat peserta sungguh tinggi. Ini menampakannya pegawai kerajaan yakin dan seronok dengan Mat Said..” jelasnya.
Katanya kalau seorang MB mendapat kerjasama dari pegawai kerajaan tidak ada masalah kalau pun Adun lain tidak menyokongnya. Bagi rakyat yang penting kebajikan untuk mereka dan bukan mereka nak lihat cita-cita peribadi seseorang Adun itu yang dicapai.
“Tetapi katanya Pas Terengganu yakin akan tumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang?” kata saya menyeka perasaan kagumnya berdasarkan dakwaan sesetengah orang Pas.
“Saya tidak nampak kalau lihat kepada cara Mat Said berkerja. Sikap humble dan juga perhubungannya dengan rakyat berjalan baik. Rakyat suka kepadanya. You mungkin tidak tahu dia baik dengan Adun Pas. Mat Said tidak pun ada masalah dengan Pas. Yang buat masalah ialah dua tiga orang rakannya yang dengki dan cemburu dengannya,” kata rakan ini lebih mengetahui maklumat politik Terengganu dari saya.
Apa lagi katanya dengan wang ehsan yang banyak dicampur dengan approach Mat Said yang pedulikan rakyat, sediakan peruntukan RM10 juta untuk OKU...susah untuk Pas dan Pakatan Rakyat gugat Terengganu. Lainlah ada isu besar atau mistik yang Mat Said lalukan seperti mana Idris Jusoh buat dulu.
Tambahnya lagi kenapa Idris Jusoh tidak disukai kerana melambakkan pembangunan di Besut dan menambunkan projek kepada kroni. “Kalau Mat Said belajar dari kesilapan Deris ini saya fikir susah juga untuk Pas ambil Terengganu,” tekannya.
Dalam perjalanan pulang saya terfikir-fikir mengenai kawan ini. Dia bekas pegawai kerajaan yang kini sudah mulai membenci kerajaan. Semua masalah dalam kerajaan termasuk serbanika penyelewengan dia tahu. Jadi bila dia mentafsirkan kerajaan Terengganu dan kehebatan Mat Said begitu mungkin benar kerana dia sudah melihat dengan hati yang bebas.
Dan saya tidak pelik kalau Mat Said berjaya menghidupkan hubungan beliau dengan rakyat dan mengurangkan masalah dengan publik. Rahsianya ialah beliau bijak menyusun program mengutamakan rakyat.
Manakala serentak itu beliau mengurangkan isu-isu buruk mengenainya terdedah di media massa. Mungkin kehebatan Mat Said ini orang tidak sedar yang beliau dibantu oleh seorang wartawan profesional yang luas pengalaman. Saya yakin apa yang diterima oleh Mat Said ini kerana kegigihan dan nasihat Hambali Abd Latiff salah seorang pegawai khasnya di pejabat MB.
Selalunya tuan akan jadi baik kalau kuli turut memberi pedoman secara berhemah dan fatanah.

Penternakan Kambing Jadi Projek Utama Terengganu
Kerajaan Terengganu menjadikan projek penternakan kambing sebagai projek utama di negeri ini dan menyeru pihak swasta untuk turut sama terlibat dalam menjayakan pembangunan sektor itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Rozi Mamat berkata sebanyak lapan Lembah Kaprima yang boleh menampung 4,800 ekor induk kambing akan beroperasi di seluruh negeri bermula tahun depan.
Beliau berkata pada masa yang sama, sebanyak 170 projek skim mikrokaprima turut beroperasi yang melibatkan 1,700 ekor induk, dan bagi skim itu, kerajaan akan mengagihkan induk kambing kepada penduduk kampung untuk dibela dan mensasarkan mereka memperolehi pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM700 sebulan.
"Ini merupakan tambahan kepada sejumlah 23,000 ekor induk yang sedia ada dalam sistem pembangunan kambing di negeri ini," katanya selepas majlis pelancaran produk dan pemasaran kambing serta hasilan kambing 2010, malam tadi.
Rozi berkata sebanyak 30,000 ekor kambing muda akan dihasilkan setiap tahun dan kambing-kambing ini antaranya adalah untuk sembelihan, dianggarkan sebanyak 15,000 ekor setahun.
Menurutnya pada penghujung tahun 2010 kuantiti output daging kambing dijangka mencecah 260 tan metrik, berbanding tahun semasa (2009) 140 tan metrik.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Terengganu telah membelanjakan sebanyak RM23.6 juta sehingga tahun 2009 untuk pembangunan kambing di negeri ini.
Di samping itu juga, program pembangunan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dan akan mewujudkan beberapa projek penternakan kambing yang berskala besar, misalnya Telaga Papan sebanyak 14 buah kandang yang berkapasiti 2,000 ekor induk telah siap dan akan beroperasi mulai tahun depan.
Rozi berkata Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu dijangka akan menghasilkan 2,000 kambing daripada program yang mereka laksanakan di Hulu Terengganu.
Rozi berkata promosi makan daging kambing akan ditingkatkan kerana masih ramai di kalangan masyarakat masih merasa bimbang dan takut memakan masakan daging kambing kerana ia dikaitkan dengan kandungan kolestrol tinggi, pening kepala, darah tinggi, pengsan dan sebagainya.

20 Pekerja Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Terima Durian Runtuh
Seramai 20 pekerja Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Rabu menerima durian runtuh setelah kerajaan Terengganu bersetuju membayar wang saguhati (ex-gratia) berjumlah keseluruhannya sebanyak RM234,409.50.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, pekerja berkenaan menerima bayaran antara RM6,502 dan RM21,626.25 setiap seorang.
"Bayaran itu diberi berikutan penswastaan syarikat berkenaan pada tahun 1983 di mana semua pekerja terlibat diberi pilihan sama ada terus bekerja dengan syarikat yang diswastakan itu atau berhenti kerja jika tidak bersetuju tetapi langsung tidak diberi sebarang ganjaran," katanya pada majlis penyampaian saguhati kepada 20 kakitangan syarikat percetakan berkenaan di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Yayasan Islam Terengganu telah bersetuju meluluskan bayaran itu sebagai saguhati kepada kakitangan berkenaan.
Sementara itu, seorang kakitangan syarikat percetakan itu, Ramly Deraman, 40-an, ketika ditemui menganggap pembayaran itu sebagai durian runtuh yang sekian lama ditunggu-tunggu.
"Pada mulanya kami berjuang untuk mendapatkan bayaran pencen, tetapi syarikat telah bersetuju memberi bayaran saguhati, apa pun ia satu rahmat buat kami," katanya yang bertugas sebagai Penolong Pengurus Pemasaran syarikat berkenaan.
Beliau yang memperolehi bayaran saguhati sebanyak RM14,000 berkata, pekerja terlibat menuntut bayaran sejak 1999 lagi dan bayaran yang diterima hari ini menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan'.

Ops Sapu Banteras Penagihan Dadah
Kampung Alor Lik, sebuah perkampungan yang damai dan dikelilingi kebun getah dan kelapa sawit, tercemar apabila dijadikan sarang penagihan najis dadah.
Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Setiu Che Omar Ab Rahman berkata kegiatan penagih di kampung itu diintip sejak dua bulan lepas.
"Penagih-penagih yang menjadikan kawasan semak dan tempat-tempat tersorok di kampung itu sebagai tempat melepaskan gian mereka yang kebanyakannya datang daripada luar kampung itu," katanya kepada pemberita selepas Ops Sapu yang berakhir awal pagi Khamis.
Seramai 65 anggota AADK Setiu, Hulu Terengganu dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) terlibat dalam operasi yang bermula pukul 6 petang hingga 12 malam itu, bertujuan memberkas penagih dadah yang semakin meningkat jumlahnya.
Hampir 30 penagih, berumur antara 18 dan 40 tahun ditahan dalam operasi itu dan enam daripada mereka didapati positif dadah.
Che Omar berkata mengikut maklumat, lebih kurang 60 penagih sering berkumpul di kawasan berkenaan tetapi kebanyakan mereka dipercayai sempat melarikan diri setelah menyedari operasi itu diadakan.
Beliau berkata operasi itu akan diteruskan dari semasa kesemasa bagi memastikan kampung yang didiami kira-kira 1,000 orang itu kembali tenang dan tidak
menjadi pusat pengambilan dadah.
Sementara itu, tindakan AADK mengadakan operasi pembersihan dadah di kampung itu disambut baik oleh penduduk kampung yang selama ini berasa bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh dengan gejala tidak sihat itu.

Wednesday, December 30, 2009
Strategi pendidikan negeri dilancar
Kerajaan negeri akan melancarkan pelan strategi pendidikan dalam memastikan 20 peratus daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2010 di negeri ini mencapai kelulusan A dalam semua mata pelajaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, pelan strategi tersebut akan dilancarkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam tempoh terdekat ini.
Menurut beliau, sebanyak 23,215 calon UPSR akan menduduki peperiksaan itu tahun depan dan kerajaan negeri mahu kira-kira 4,600 daripadanya mencapai kelulusan A dalam semua mata pelajaran.
''Tahun ini, hanya 15.3 peratus daripada calon UPSR lulus dalam semua mata pelajaran dan peratusan yang tertinggi yang pernah dicapai ialah 17 peratus pada 2007.
''Justeru, kita mahu mencapai jumlah peratusan 20 peratus calon UPSR mendapat A dalam semua pelajaran pada tahun depan dengan melaksanakan pelan strategi ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2009 DUN Sebarang Takir di Dewan Sivik Seberang Takir semalam.
Ahmad Razif memberitahu, pelan itu akan memfokus bukan sahaja kepada akademik tetapi juga kepada pembangunan murid itu termasuk permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
''Antara perkara-perkara yang terdapat dalam pelan strategi itu merupakan susulan daripada pemerhatian yang saya lakukan untuk meningkatkan kecemerlangan," katanya.
Beliau berkata, ia juga akan memberi tumpuan kepada masalah pelajaran murid dan membantu meningkatkan motivasi kepadanya untuk berjaya.

Apa mainan Mokhtar Nong?
Daripada hambali1.blogspot.com
Benarkah Setiausaha KerajaanNegeri tidak mengetahui kereta kerajaan negeri yang hilang ?
Amat parah lagi beliau gagal memberi fakta perjawatan sebenar mengenai pertukaran dan penempatan
pegawai TCS yang beliau sendiri menandatangani arahan pertukaran berkenaan.
Apakah ini berlaku kerana beliau tidak memberi tumpuan dalam mengetuai pentadbiran negeri di bawah Datuk Ahmad Said? Amat mengejutkan lagi apabila Datuk Haji Mokhtar Nong hadir untuk bersama-sama kumpulan yang ‘tidak sukakan’ Ahmad Said di Motel Desa, Bukit Pak Apil dipertengahan tahun ini.
Sepatutnya sebagai ketua pentadbir, beliau berkecuali daripada pertembungan politik di negeri Terengganu.
Dalam sidang DUN Terengganu yang lalu Adun Alor Limbat, Alias Abdullah telah bangkitkan isu pegawai 48 di bayar JUSA dan pegawai 54 diletakkan pada 'sarang' 48 secara sensasi dengan menggunakan kekebalan DUN.
Setelah dicabar oleh Ahmad Said supaya bercakap di luar dewan bagi memberi keadilan kepada pegawai yang dituduh, rakan seperjuangan yang merupakan saki baki budak hitam, Datuk Rosol Wahid telah menyambut cabaran Ahmad Said dengan membuat pendedahan dalam laman blognya mengenai maklumat yang telah disensasikan dalam sidang DUN itu bagi mengambarkan pentadbiran Ahmad Said berada dalam caca merba.
Selaku orang yang sebelum ini bersama sama di Bukit Pak Apil, mereka patut berbincang dengan Setiausa Kerajaan terlebih dahulu sama ada betul atau tidak dari segi peraturan atas apa yang Pentadbiran Negeri lakukan.
Setiausaha Kerajaan juga perlu merujuk kepada Pengurusan Sumber Manusia sama ada perkara yang sama beliau sendiri lakukan secara peribadi atau bersama seseorang lain yang mempunyai kuasa.
Terjadi di sebuah Yayasan, pengarahnya dinasihat untuk bersara awal ketika pentadbiran Menteri Besar lalu, Datuk Seri Idris Jusoh.
Seorang Pegawai TCS Gred 48 telah dilantik mengganti Pengarah Yayasan berkenaan. Setiausaha Kerajaan Sendiri melalui jawatankuasa Perjawatan Yayasan itu telah memberi kelulusan kepada Pengarah gred 48 itu dibayar JUSA.
Dikatakan keputusan ini tidak pernah disahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan berkenaan serta tidak diangkat kepada Pentadbiran Negeri bagi persetujuan Pihakberkuasa Kewangan Negeri.
Pembayaran JUSA kepada pegawai TCS juga dilakukan di peringkat Persekutuan. Seorang TCS Gred 48 telah dipinjamkan ke peringkat persekutuan menjadi ketua jabatan (Pengelola) dan di bayar gaji JUSA. Perkara ini tidak pernah disensasikan kerana diperingkat Persekutuan, Ketua Pentadbirnya ada masa untuk semak perintah am dan peraturan yang berkaitan, malah tidak pernah menyebelahi kumpulan penentang bosnya.
MB merupakan Pihak berkuasa Kewangan Negeri yang diberi kuasa perundangan oleh Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan meminda perjawatan, bukan “sarang”.
Idris ketika meneraju negeri telah memberi taraf JUSA kepada YDP MPKT, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri.
Selepas menganti DSIJ, Ahmad Said mengekalkan semua anugerah DSIJ kepada pegawai TCS . Oleh itu tiada isu bagi SUSK dibayar JUSA kerana mengikuti kelulusan sebelumnya.
Perkiraan perbezaan puluhan ribu ringgit satu angka yang sengaja disensasi daripada insan yang tiada pengalaman mentadbir . Oleh itu isu yang dibangkitkan oleh Alias dan Rosol sama ada dibuat tanpa ilmu mentadbir atau penerusan fitnah dan konspirasi!
Disamping mengekalkan apa anugerah yang telah Idris beri kepada pegawai TCS, Ahmad Said menambah lagi kemudahan kepada pegawai TCS selepas Dungun dinaik taraf kepada Perbandaran, Yang Dipertua Dungun dan DO Dungun telah diberi kemudahan JUSA bersama dengan DO Kemaman.
Oleh itu sekiranya SetiausaHa Kerajaan memberi penerangan yang betul dalam pre concil, tidaklah Alias membazirkan masa dalam DUN mensensasikan perkara tidak benar dan Rosol pula membazir masa dalam blognya.
Banyak masa yang diperlukan mereka untuk menganti masa terbuang sebelum ini dalam usaha menjatuhkan Ahmad Said untuk tugasan hakiki mereka kepada kawasan DUN yang mereka diamanahkan oleh pengundi.
Dalam blognya Dato' Rosol nyatakan isu Pegawai N 54 diletakan pada 'sarang' N 48, adalah untuk disensasikan. Perkara ini tak sepatutnya disensasikan kerana dilakukan oleh oleh Pentadbiran bagi membangun kawasan Rosol sendiri.
Seorang pegawai kanan 54 yang berpengalaman dari segi pentadbiran, perancangan dan pembangunan telah diletakan mengetuai sebuah Jabatan penting disitu.
Ini selaras dengan hasrat Ahmad Said untuk majukan Tasik Kenyir menjadikan kawasan pelancongan. Tasik yang indah ini telah 30 tahun ketinggalan pembangunannya . Sekiranya Kenyir berjaya dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, pengundi Rosol pasti mendapat limpahannya. Tidak ketinggalan juga hasrat Ahmad Said untuk menyediakan sebuah bandar baru Ajil yang Rosol jadi Tok Wakilnya. Semua ini dibuat berdasarkan kepada keperluan. Pegawai berkenaan tidak kerugian dari segi pendapatan malah untung kerana mendapat elaun pegawai pinjaman, elaun mesyuarat penuh dan jawatankuasa.
Tapi apa yang berlaku zaman sebelum ini semasa Rosol menjadi Exco, Mokhtar Nong juga sebagai Setiausaha Kerajaan yang mana mereka menggunakan kuasa secara luar biasa .
Bayangkanlah seorang TCS 54 telahpun dianugerah Datuk yang pernah menjadi Timbalan SUK dan Pesuruhjaya Agama ditempat pada tempat yang tiada "sarang", beliau ambil keputusan bersara awal dan sekarang dalam tindakan mohon gantirugi daripada kerajaan di mahkamah, Begitu juga dengan pegawai TCS 54 bekas DO dijerok tanpa 'sarang'hingga ‘sekarang’.
Tiga Pengarah dari Bandaraya diletakan di Jabatan tanpa "sarang" dan ada yang hingga sekarang. Bekas DO yang pernah dibayar JUSA juga ditempatkan kejawatan yang tiada "sarang".
Seorang lagi pegawai TCS N 54 diletakan menjaga Air di "sarang" lebih sempit . Pegawai paling kanan dari SEDC bersara kerana tidak hendak masuk "sarang" takut diperam.
Lebih menakutkan lagi pegawai-pegawai kanan, Skim VSS telah diperkenalkan yang sama sekali bertentangan dengan perundangan yang terpakai kepada pegawai awam.
Beberapa pegawai TCS yang kanan telah hampir menjadi mangsa dan sudah pun tidak lena tidur malam. Lebih mendukacita lagi ramai anak muda calon TCS yang telah berjaya dalam ujian bertulis dan temuduga serta menerima surat tawaran "sarang" (jawatan), malah telah ada yang lapor diri, telah ditarik balik dan dibatalkan surat tawaran "sarang" (jawatan) kepada mereka.
Kegagalan Setiausaha Kerajaan memberi penjelasan kepada ADUN ini menyebabkan mereka bercakap secara tiada ilmu di sidang DUN bagi tujuan mensensaisikan perkara ini dengan mengutuk pegawai yang tidak mempunyai kapasiti untuk memberi jawapan kepada sidang dewan.
Mereka telah menyalahgunakan kekebalan mereka dalam DUN yang mulia, khusus bagi menunjukan kepada tuan mereka bahawa pentadbiran Ahmad Said yang sebenarnya amat popular dan di amat senangi oleh rakyat bawahan ini digambarkan sebaliknya.
Harap Setiausaha Kerajaan Negeri akan berubah dan memberi sokongan padu kepada Menteri Besar selaku bosnya sebagaimana kesetiaan kepada MB terdahulu bagi memastikan Terengganu terus maju dengan Bajet yang telah diluluskan.
Yang lebih penting lagi saki baki Budak Hitam ini patut terimalah hakikat. Ikutilah jejak majoriti Budak Hitam yang balik ke pangkal jalan sekiranya ikhlas ingin melihat parti yang mereka dokongi itu bertapak lagi di negeri Darul Iman. Jangan lagi mengikuti jejak penjual ubat kurap.
Apakah mereka ini berfikir jika UMNO jatuh dari negeri ini, mereka akan menjadi pemimpin yang akan dilantik menjadi pengawal kepada berbilion Wang Ehsan sebagaimana di zaman PAS memerintah dulu ?
Sumber: teganukini (Tajuk asal: Setiausaha Kerajaan Negeri Gagal Beri Fakta Yang Betul Kepada Rosol dan Alias)

E-book: Terengganu peruntuk RM50
Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba (e-book) kepada pelajar tahun empat dan tahun lima.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan tersebut meningkat berbanding RM25 juta tahun ini.
“Tahun depan, kita akan mengagihkan 50,000 komputer riba kepada pelajar-pelajar tahun empat dan lima, berbanding tahun ini kita beri hanya kepada pelajar tahun lima sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, semalam.
Ahmad Razif berkata, peningkatan peruntukan itu menggambarkan bahawa kerajaan negeri begitu mengambil berat terhadap bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan di negeri itu pada masa depan.
Di samping itu, beliau berkata kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk memastikan Terengganu terus cemerlang dalam bidang pelajaran di bawah program ‘Terengganu Terbilang’ tahun depan.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran bagi UPSR dan PMR tahun depan, berbanding 15.3 peratus tahun ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said akan melancarkan pelan strategik peringkat negeri, awal tahun depan bagi mencapai sasaran tersebut.
Menurutnya, antara pelan strategik tersebut ialah fokus dalam bidang akademik di samping mengatasi isu-isu di sekolah dan juga masalah disiplin dan lain-lain.

10 tahun lagi lahir atlet antarabangsa
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengadakan Konvensyen Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu selama dua hari di Stadium Tertutup, Gong Badak bagi melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa sepuluh tahun akan datang.
Seramai 165 peserta terdiri daripada persatuan sukan, pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dan agensi kerajaan dijemput bagi mengikuti konvensyen itu.
Pengarah MSNT, Rosdi Awang berkata, jika kesemua pihak yang terlibat dalam pembangunan sukan memberi kerjasama baik terhadap program pembangunan sukan yang diadakan, pihak mereka yakin 10 tahun akan datang Terengganu akan menjadi negeri penyumbang atlet bertaraf antarabangsa paling ramai kepada negara bagi mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.
“Sebelum ini, kita berjaya melahirkan atlet Olimpian seperti Allahyarham Maruddin Maidin dalam sukan olahraga, acara lompat kijang, Yahaya Jusoh sementara Harun Jusoh dalam sukan bola sepak dan Chairil Anwar bagi sukan hoki.
“Begitu juga dengan Sukan SEA yang baru tamat di Laos, 18 atlet kita terdiri daripada lapan sukan turut bertanding mewakili negara, malah ada antara mereka berjaya menyumbang pingat emas kepada negara iaitu pemain bola sepak dan atlet pencak silat, Mohd Hafiz Mahari,” katanya selepas Majlis Perasmian Konvensyen Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, kelmarin.
Katanya, bagi sukan berbasikal pula, negeri ini berjaya menghasilkan atlet kebangsaan yang konsisten seperti juara dunia Azizulhasni Awang, Mohd Hariff Saleh dan Fatehah Mustafa.
“Ketiga-tiga atlet ini sedang berlatih di Melbourne, Australia sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan Olimpik ‘Road To London 2012’ dan Azizulhasni dikatakan atlet yang berpotensi untuk meraih pingat emas pertama sukan Olimpik di London 2012 nanti,” katanya.
Menurutnya, bagi memastikan hasrat itu tercapai, prasarana mencukupi di semua daerah di negeri ini penting supaya atlet dapat menjalani latihan secara profesional.
“Jadi, kita mempunyai peluang cerah untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa memandangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, banyak kemudahan sukan termasuk Mini Kompleks Sukan setiap daerah telah dimasukkan dalam perancangan penambahan infrastruktur baru,” katanya.
Rosdi berkata, tanpa jurulatih yang berwibawa hasrat untuk melahirkan atlet berkualiti tidak mudah dicapai.
Sumber: Sinar Harian

Rakyat tetap setia dengan UMNO
SEBELAH SANA...
Daripada : tranungkite.net
"Penutup tahun 2009 tahun UMNO Terengganu bergolak dengan krisis kepercayaan. Dan jelas UMNO Terengganu terbelah dua kumpulan. Satu kumpulan pro DS Idris Jusuh bekas menteri besar . Dan kumpulan yang pro Datuk Ahmad Said menteri besar restu dari istana.
Dari analisa kami penyokong UMNO Terengganu tidak terbelah dua. Yang terbelah dua ialah pemimpin dan wakil rakyat UMNO sahaja. Ada wakil rakyat UMNO yang pro Idris Jusoh atau dengan kata muda wakil rakyat UMNO tidak setia kepada ketuanya Ahmad Said. Kesilapan yang besar UMNO pusat melantik ketua perhubungan UMNO negeri orang luar.
Namun dalam krisis kerpercayaan kepimpinan UMNO Terengganu tidak memberi kesan kepada penyokong UMNO seluruh Terengganu. Rakyat umumnya menyokong menteri besar Terengganu Dato' Ahmad Said. itulah kelebihan Ahmad Said yang sinonin dengan sebotol air zam-zam dan sebungkus korma. Walaupun JKKK simpan bungkusan korma dan air-zam. Inilah sifat rakus dan tidak amanah sebahagian JKKK. Ahmad Said sendiri mengaku terdapat JKKK yang tidak jujur.
Terengganu cukup akrab dengan perkataan runtuh. Bangunan yang dibina era Idris Jusoh menyembah bumi. Ahmad Said menerima nasib yang malang. Tapi amat dukacita Ahmad Said sebagai menteri besar tiada seorang pegawai atau kakitangan yang berkaitan disiasat oleh SPRM. Ahmad Said hanya berkokok bagaikan ayam nak bertelor. Kekuatan Ahmad Said hanya sekadar menyandar didinding istana.
Hakikatnya Ahmad Said tidak serius dalam tidakkannya. Kerana yang mendapat habuan projek adalah kroni pemimpin UMNO negeri dan bahagian. Kroni atau kontraktor yang memperolehi projek inilah yang penyumbang terbesar wang atau dana UMNO Terengganu. Ahmad Said cukup faham dam khatam bab wang dan projek. Hanya yang runtuh saja dibina era Idris Jusoh ketua penyamun moden.
Ahmad Said juga tidak lari dari kesalahan yang seruis. Ahmad Said satu satu pemimpin UMNO Terengganu yang sanggup meroboh Masjid di Kampung Bujak Kemaman.
Masih kah kau ingat wahai Ahmas Said?.....runtuh masjid lebih jahat dari Yahudi.
Peluang rakyat Terengganu untuk menukar kerajaan BN/UMNO dalam pilihan raya umum yang akan datang kepada PAS/Pakatan tidak semudah yang dijangka. UMNO Terengganu hanya berlaku krisis wakil rakyat UMNO dengan menteri besar Ahmad Said.
Rakyat umum masih setia pada UMNO.
Walaupun Ahmad Said menerima nasib yang malang sebagai menteri besar Terengganu dan Ahmad Said akur dengan nasibnya.
Selagi ada bangunan runtuh atau bangunan bocor atau tidak siap mengikut peraturan kekuatan dan sokongan rakyat kepada Ahmad Said semakin kuat dan teguh.

RM250 juta untuk pelajaran di Terengganu 2010
Kerajaan negeri Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM250 juta untuk bidang pendidikan di negeri itu berbanding hanya RM200 juta pada tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata penambahan peruntukan itu menunjukkan kerajaan negeri amat mengambil berat terhadap bidang pelajaran terutama berkaitan dengan pencapaian pelajar.
"Kita akan pastikan semua rakyat Terengganu akan dapat menikmati bidang pelajaran dengan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan pingat emas dan hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu Md Kamarul Al-Amin Ismail.
Ahmad berkata, kerajaan negeri dapat merasakan rakyat Terengganu telah mula sedar akan pentingnya pelajaran untuk masa depan mereka dan ia terbukti dengan kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pelajar-pelajar di negeri ini melalui peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM.
Beliau berkata, dengan peruntukan itu juga kerajaan berharap lebih ramai anak Terengganu dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan dan sebagainya.
Sementara itu, Md Kamarul Al-Amin berkata Yayasan Terengganu menyediakan peruntukan RM20 juta untuk pelbagai bantuan, berbanding RM18.9 juta tahun ini.
Beliau berkata, peruntukan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 26,000 orang pelajar yang layak.
Katanya, majlis penganugerahan hari ini membabitkan pelajar seramai 6,740 orang dan Marhaina Ismail, 19, pelajar program Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh Perak, berasal dari Marang dipilih sebagai pemenang pingat emas Yayasan Terengganu tahun ini.

Tuesday, December 29, 2009
AZIZULHASNI - Kebangkitan basikal trek peringkat dunia
Tahun 2009 membawa banyak kisah manis buat sukan berbasikal negara terutama kebangkitan acara trek di peringkat dunia.
Selepas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China mendedahkan potensi besar yang dimiliki pelumba kita, kebangkitan Malaysia dalam sukan ini ternyata tidak mampu dihalang lagi sebaik melangkah ke tahun berikutnya.
Nama Azizulhasni Awang melonjak dalam sekelip mata menjadi pelumba pecut yang digeruni walaupun masih cetek dari segi pengalaman.
Kekalahannya kepada juara Olimpik, Chris Hoy di suku akhir temasya 2008 itu membuka mata pemerhati basikal dan media antarabangsa yang pantas menggelarkannya ‘The Pocketrocket Man’.
Bertubuh kecil tetapi memiliki kekuatan dan kepantasan setanding pelumba bertaraf dunia lain menyebabkan Azizulhasni tidak perlu menunggu lama untuk menyinar.
Pada kejohanan trek dunia di Pruszkow, Poland pada Mac 2009, pelumba berasal dari Dungun, Terengganu ini mengejutkan banyak pihak apabila hampir muncul juara dunia.
Cuma dek kerana kurang pengalaman menyaksikan Azizulhasni tewas kepada pelumba Perancis, Gregory Bauge pada perlumbaan akhir acara 200m pecut.
Tidak cukup menggegar dengan itu, muncul seorang lagi pelumba yang tidak kurang hebatnya di kejohanan sama.
Mohd. Rizal Tisin menambah ceria maruah negara dengan meraih gangsa dalam acara 1km ujian masa individu.
Detik itu mengubah sama sekali persepsi dunia tentang Malaysia yang mula berjaya melahirkan pelumba hebat seperti Azizulhasni dan Rizal.
Apatah lagi Asia yang makin mengiktiraf negara kita sebagai antara kuasa basikal baru di benua ini selain China, Jepun dan Korea Selatan.
Maka dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Tenggarong, Kalimantan pada Ogos, Azizulhasni tidak menghadapi masalah untuk muncul pelumba pecut No. 1 Asia walaupun baru sahaja selesai menduduki peperiksaan di Universiti Deakin.
Bersama Rizal dan Muhammad Edrus Yunos, Azizulhasni turut menyumbang emas dalam acara pecut berpasukan.
Rentetan kejayaan demi kejayaan ini walaupun tidak sebesar Olimpik, pastinya menjadi permulaan baik buat sukan berbasikal negara untuk melangkah ke tahun 2010.
Berbekalkan beberapa pelumba berbakat besar yang kini menjalani latihan pusat di Melbourne, Australia di bawah jurulatih John Beasley, segala tidak mustahil buat Malaysia untuk terus menggegar persada basikal dunia.
Namun malang bagi pelumba lebuh raya negara yang gagal mengikut jejak pelumba trek apabila masih berada di bawah prestasi di takuk lama.
Pencapaian di Le Tour de Langkawi (LTdL), ACC di Kalimantan mahu pun Sukan SEA Laos ternyata cukup mengecewakan.
Sumber: Utusan Malaysia
Sektor swasta, individu diminta bantu pelajar miskin
Pelbagai pihak termasuk sektor swasta dan individu diminta tampil memberi bantuan kepada kira-kira 40,000 murid dan pelajar di bawah kategori kurang berkemampuan di negeri ini.
Ketua Sektor Pembangunan Pengurusan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Salleh Busu berkata, bantuan tersebut bagi meneruskan kecemerlangan murid dan pelajar selain meringankan beban ibu bapa mereka.
"Saya yakin kecemerlangan murid dan pelajar bukan sahaja hasil didikan ibu bapa dan guru sahaja, namun ia berkait rapat dengan bantuan daripada pelbagai pihak untuk memberi kemudahan pembelajaran yang selesa kepada mereka.
"Justeru, saya berharap lebih banyak agensi swasta dan individu di negeri ini yang sudi memberi bantuan kepada mereka sekali gus turut sama membantu kerajaan dalam meringankan beban mereka yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan simbolik bantuan beg sekolah daripada Yayasan Johor di JPN di Kuala Terengganu, semalam.
Pada majlis tersebut, Pengurus Besar (Bisnes Amal) Yayasan Johor, Azizah Ahmad menyerahkan sebanyak 250 beg sekolah bernilai RM7,250 kepada JPN untuk diagih-agihkan kepada murid dan pelajar yang memerlukan.
Sumbangan tersebut dibuat hasil kutipan Tabung Tijarah Ramadan yang telah dilancarkan sejak tahun 2005 melalui kutipan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam pada itu, Salleh berkata, pemberian beg tersebut akan diagih-agihkan selewat-lewatnya pada minggu kedua sesi persekolahan dibuka.
Tambahnya, JPN akan memastikan pengagihan beg tersebut akan diberikan kepada mereka yang miskin.
"Kita berharap dengan bantuan ini dapat meringan keluarga murid dan pelajar selain dapat menyuntik semangat untuk mereka lebih tekun belajar," katanya.

Terengganu Peruntuk RM50 Juta Untuk Program Penanaman Padi
Kerajaan negeri Terengganu menyediakan peruntukan RM50 juta untuk program tanaman padi di Terengganu tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Rozi Mamat kelmarin.
Beliau berkata dengan peruntukan tersebut kerajaan berharap pengeluaran padi di negeri ini dapat ditingkatkan dari 4.5 tan metrik ke lima tan metrik sehektar.
"Pada masa kini, terdapat seramai antara 15,000 dan 16,000 orang penanam padi di seluruh negeri Terengganu. Dari segi pengeluarannya dianggarkan hampir mencecah 50,000 tan metrik setahun yang mana kita telah mampu menyara diri dengan jumlah pengeluaran itu," katanya.
Beliau yang juga wakil rakyat kawasan Telemong berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembahagian jentera pembajak Jabatan Pertanian di Balairaya Kampung Tok Lawit.
Seramai lapan orang petani dari kampung Tok Lawit menerima jentera berkenaan yang berharga RM6,000 sebuah daripada Rozi.
Menurutnya di Terengganu terdapat seluas kira-kira 10,000 hektar tanah yang bertanam dengan padi, dari jumlah itu 5,000 hektar adalah jelapang padi.
Katanya, kerajaan negeri merancang untuk membuka beberapa kawasan baru tanaman padi di negeri ini, termasuk 1,000 hektar di daerah Marang tahun depan.

Sukan bantu pembangunan modal insan
Kakitangan Kumpulan Golden Pharos Berhad (GPB) diharap mengambil kesempatan daripada pesta sukan tahunan bagi menjalin jaringan kerja lebih erat, seterusnya menjurus ke arah peningkatan mutu kerja dalam semua anak syarikat Kumpulan GPB.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Nasruddin Salim berkata, pesta sukan tahunan itu juga dilihat medan terbaik memupuk kesedaran kakitangan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.
“Kita perlu mengubah minda dan persepsi bahawa sukan bukan setakat aktiviti rekreasi bagi memenuhi masa lapang sahaja tetapi turut berperanan dalam pembangunan modal insan berkualiti, berdaya saing dan berketerampilan, seiring aspirasi meningkatkan produktiviti negara.
“Semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan kakitangan mampu melatih diri mempunyai minda terbuka dan sanggup menerima serta responsif dengan pelbagai situasi,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Pesta Sukan GPB 2009 kali ketiga yang berlangsung di Dewan Seri Amar Diraja, Maklagam, Kemaman.
Perasmian majlis penutup disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Nasruddin berkata, bersukan juga mampu mengekalkan kesihatan fizikal, membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus menyusun strategi dan membina semangat berpasukan.
“Di sini, kita boleh melihat kekuatan mental dan fizikal mampu mempengaruhi corak permainan dalam pertandingan.
“Menang ataupun tewas, ia perlu diterima dengan hati terbuka, justeru, tidak timbul konflik dan rasa tidak puas hati dalam kalangan peserta,” katanya.
Menurutnya, pesta sukan itu akan terus dilaksanakan pada tahun akan datang demi memantapkan organisasi Kumpulan GPB supaya teguh dan utuh.
Sementara itu, pada pesta sukan berkenaan, daripada enam pasukan anak syarikat bertanding, Pesama Timber berjaya muncul juara keseluruhan, sekali gus layak membawa pulang hadiah tunai dan hadiah iringan lain.

Terengganu iktiraf usahawan tempatan
Oleh : AIDA ABD RAHMAN (UKOM)
Pengasas Sumai Engineering Sdn Bhd, Encik Mahyuddin Wan Sulaiman, dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan Terengganu 2009.
Pengumuman dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada majlis Malam Gala Seri Iman 2009 dan Anugerah Usahawan Terengganu 2009 di Dewan Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, 20 Disember lalu.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera.
Sementara itu dalam usaha kerajaan negeri mewujudkan Galeri Seni Warisan Terengganu, pada Jun lalu kerajaan menyemarakkan lagi industri batik dan kraf di negeri ini dengan membina Kompleks Seri Endon di Teluk Pasu, Manir.
Ia menjadi pusat jualan dan pameran serta R & D batik Terengganu,
Sementara itu ketika berucap pada malam gala itu, Ahmad Said berkata pengusaha batik tempatan perlu mengurangkan pergantungan kepada produk seni luar negara bagi memastikan nilai eksport budaya kita mampu berkembang dengan skala lebih besar di peringkat antarabangsa.
Katanya, jika pengusaha batik terus bergantung kepada produk yang diimport, ia menyebabkan nilai eksport budaya tempatan menjadi kecil dan Malaysia tidak layak disenaraikan sebagai negara pengeksport.
“Perkara ini berlaku disebabkan kita sangat bergantung kepada produk seni luar negara dan tidak menitikberatkan produk keluaran sendiri.
“Jika keadan ini berterusan, tidak mustahil industri seni, budaya dan warisan kita pula akan dikuasai oleh rakyat asing pada masa depan,” katanya Dato’ Ahmad berharap melalui pertandingan piala bagi merebut piala berkenaan mampu mencetuskan semangat kepada pengusaha batik bagi membolehkan industri tersebut menguasai pasaran antarabangsa dengan mengatasi produk dari negara-negara lain.

Ahmad Said ketika melawat pameran batik sebelum merasmikan Malam Gala Seri Iman 2009 dan Anugerah Usahawan Terengganu 2009 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
RM3,000 jika raih emas Sukma
ATLIT kontinjen Terengganu yang mempamerkan aksi cemerlang pada Sukan Malaysia ke-XIII di Melaka, Jun tahun depan bakal menikmati durian runtuh apabila kerajaan negeri menjanjikan insentif RM3,000 untuk atlit yang meraih pingat emas, RM2,000 (perak) dan RM1,000 (gangsa).
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pada majlis Anugerah Sukan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Selain itu, beliau turut mengumumkan berita gembira buat atlit negeri yang bakal menikmati peningkatan elaun RM390 mulai tahun depan, berbanding RM130 seorang sebelum ini.
“Kerajaan negeri menaruh harapan tinggi dengan insentif yang kita tawarkan serta peningkatan elaun sebanyak RM260 berbanding sebelum ini, atlit kita akan meningkatkan prestasi masing-masing untuk meraih pingat pada Sukma ke-XIII di Melaka nanti.
“Kita mahu kontinjen Terengganu mengekalkan kejuaraan kali kedua di Melaka. Hanya kerajaan Terengganu yang memberikan elaun bulanan kepada atlit kita dan ia diharap dapat menyuntik semangat serta menjadi dorongan untuk berlatih lebih kuat,” katanya.

Azizulhasni, Fatihah Olahragawan Dan Olahragawati Terengganu
Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustafa, kedua-duanya atlet berbasikal kebangsaan dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati Terengganu 2007/2008.
Kedua-dua pelumba yang kini sedang mengikuti latihan di Australia, menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 seorang, di samping piala dan sijil.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said kepada ibu Azizulhasni, Selamiah Yong manakala Fatihah diwakili oleh ayahnya Mustapa Kassim, pada majlis penyampaian Anugerah Sukan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, malam Ahad lalu.
Anugerah tahunan tajaan kerajaan negeri itu dianjurkan sebagai pengikhtirafan dan perangsang kepada atlet dan penggiat-penggiat sukan di negeri ini.
Sementara itu, Mohd Harris Salleh dari sukan basikal dan Athirah Hamzah (menembak) masing-masing dipilih sebagai olahragawan-olahragawati harapan dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500.
Anugerah Pasukan lelaki terbaik dimenangi oleh pasukan ragbi Sukma XII 2008 sementara pasukan boling padang Sukma XII 2008 pula sebagai pasukan terbaik wanita 2007/2008.
Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Terengganu sebagai mengikhtiraf sumbangan dan jasa-jasa beliau terhadap pembangunan bidang sukan di negeri ini.
Allahyarham Kamaruddin Maidin (bekas jaguh lompat kijang) dan Yahya Jusoh (bekas pemain bola sepak) pula masing-masing dipilih penerima anugerah Jasamu di Kenang.
Bagi kategori jurulatih terbaik pula dimenangi oleh Syed Mohd Husaini Syed Mazlan (basikal) dan Persatuan Silat Negeri Terengganu dipilih sebagai persatuan terbaik.
MBKT bertaraf 4 bintang
Sepuluh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) telah dinaikkan taraf melalui sistem penggredan semula SSR-PBT dan mencapai peningkatan sekurang-kurangnya taraf satu bintang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menunjukkan peningkatan paling ketara apabila berjaya memperoleh taraf empat bintang daripada dua bintang sebelum ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Isnin, penggredan semula SSR-PBT itu juga mendapati semua PBT yang terlibat telah memberikan komitmen yang baik untuk meningkatkan prestasi kedudukan masing-masing.
Penggredan SSR-PBT dilaksanakan untuk menilai tahap pencapaian perkhidmatan PBT dan mengemas kini ciri-ciri PBT berprestasi tinggi supaya PBT sentiasa memelihara kecekapan dan keberkesanan masing-masing.
Ia dilaksanakan menggunakan 352 indikator di bawah empat kriteria utama iaitu pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.
Kementerian melalui Bahagian Inspektorat telah mengadakan lawatan penggredan semula ke atas 10 PBT yang terlibat bermula 3 November hingga 11 November lalu.

Thursday, December 24, 2009
MB Terengganu Bersumpah Nama Allah Tiada Penyelewengan
Sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Rabu dikejutkan dengan lafaz sumpah Menteri Besar Datuk Ahmad Said bagi menafikan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran beliau.
Katanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.
"Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.
"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat," katanya.
Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.
Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.
Sepanjang persidangan sejak tiga hari lepas, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.
Ahmad berkata, wakil rakyat sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan, tidak seharusnya menggunakan keistimewaan dewan untuk membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun pegawai kanan beliau yang tidak berpeluang untuk menjawabnya.
"Kalau rasa ada penyelewengan dan rasuah, silakan (bangkitkan) di luar dewan.
"Sebab dalam polisi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) jelas, kalau buat tuduhan yang mana terbukti tidak benar, orang (yang dituduh) itu boleh ambil tindakan dan mendakwa orang yang berkenaan kerana fitnah. Jangan guna hak istimewa dewan ini dengan membuat dakwaan bukan-bukan," katanya.

Terengganu fokus sektor pelancongan
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata sektor pelancongan akan dijadikan sebagai sumber ekonomi penting negeri Terengganu pada masa akan datang.
Ia bagi mengelak kebergantungan kepada hasil royalti minyak daripada kerajaan pusat.
Katanya kerajaan perlu mencari alternatif jangka masa panjang untuk menjana ekonomi negeri itu kerana minyak di perairan Terengganu akan habis pada suatu hari nanti.
"Daripada RM1.888 bilion yang diperuntukkan dalam bajet Terengganu tahun depan, 92 peratus daripadanya diperoleh melalui sumber kerajaan pusat melalui Dana Khas Kerajaan Pusat, yang tidak lama lagi, InsyaAllah akan menjadi wang royalti.
"Untuk itu usaha yang perlu kita lakukan ialah menjana pendapatan negeri pada masa depan melalui sektor pelancongan dan ia akan diletakkan sebagai tulang belakang ekonomi Terengganu," kata Ahmad.
Beliau berkata, untuk itu kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan termasuk untuk memajukan Tasik Kenyir.
Katanya, walaupun Tasik Kenyir telah dibuka hampir 30 tahun, namun bilangan pelancongan yang berkunjung ke tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu masih berkurangan.
Ini kerana walaupun mempunyai daya tarikan alam semula jadinya tersendiri, kawasan itu masih kurang tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan kurang kemudahan asas, kata Ahmad.
"Tidak ada pelabur yang ingin datang buka hotel atau resort di situ kerana tidak ramai yang datang, dan kerana itu, kerajaan ingin memajukan Tasik Kenyir," dengan menyediakan program berkunjung ke pulau di tasik itu.
Ahmad berkata 340 buah pulau yang terdapat di Tasik Kenyir mampu memberi pendapatan lumayan untuk sektor pelancongan jika ia dimajukan seperti cadangan kerajaan untuk mewujudkan Pulau Burung, Pulau Rama-rama, Taman Orkid dan Pulau Herba.
Beliau juga menyebut mengenai satu penemuan artifak berusia hampir 10,000 tahun di Gua Bewah di kawasan tasik itu.
Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Rundingan Royalti Minyak Terengganu Masih Belum Ada Kata Putus
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri masih lagi berunding dengan kerajaan pusat berhubung penyelesaian pembayaran royalti petroleum kepada negeri ini yang masih tertangguh.
Ahmad berkata kerajaan negeri menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebanyak RM1.686 bilion dan bertegas menuntut jumlah RM2.792 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.
Berikutan itu, masih tidak ada kata sepakat dicapai berhubung pembayaran royalti minyak oleh Petronas itu menyebabkan rundingan mengenainya berlanjutan sehingga kini.
"Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian itu secepat mungkin, tetapi terdapat beberapa perkara dalam perjanjian itu yang masih tidak mendapat dipersetujui kedua-dua pihak.
"Saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang isu atau perkara baru yang dapat dipersetujui oleh kerana kedua-dua pihak masih lagi mengadakan rundingan dan ini mungkin akan menjejaskan perundingan yang sedang berlangsung," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Menjawab soalan lisan yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai perkembangan terkini proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu, Ahmad berkata mesyuarat berkenaan wang royalti dimulakan pada 16 Sept 2008 antara tiga pihak iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri Terengganu dan Petronas.
"Saya telah jelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa perlunya kerajaan pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal," katanya.
Katanya mesyuarat itu mengandungi tiga intipati, iaitu royalti dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri; semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan antara 2000 hingga 2009 adalah dianggap sebagai pembayaran royalti kepada Terengganu dan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas.
Mesyuarat itu juga bersetuju untuk membincangkan komponen perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan tetapi perlu dibayar balik oleh Kementerian Kewangan kepada kerajaan negeri.
Mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2009 dan sehingga tarikh itu, Kementerian Kewangan memperincikan iaitu, sepanjang 2000 hingga Mac 2009, kementerian itu telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas dan jumlah pengeluarannya sebanyak RM16.576 bilion.
"Perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan telah berjalan sekian lama dan pihak kementerian masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.
"Sedangkan tuntutan kerajaan negeri pada ketika ini berjumlah RM2.792 bilion setelah ditolak perbelanjaan yang dibelanjakan di negeri Terengganu. Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan dapat diselesaikan," katanya.
Tegasnya, selagi perkara itu tidak diselesaikan, kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung perkara itu.

Tiada aktiviti Pelancong Yang Tidak Bermoral Di Terengganu
Tidak ada sebarang aktiviti yang melanggar tatasusila dan adab ketimuran seperti berbogel ketika mandi atau berjemur dilakukan pelancong di pusat-pusat tumpuan pelancongan di negeri Terengganu setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohamad Adib (BN-Rantau Abang) berkata setakat ini kerajaan negeri tidak pernah menerima laporan berhubung perkara itu.
Jelasnya, larangan turut dikenakan kepada pengusaha chalet dan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan untuk tidak sekali-kali menjual minuman keras kepada mereka yang beragama Islam.
Katanya walaupun sektor pelancongan diiktiraf sebagai sumber ekonomi penting negeri, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti sedemikian.
"Di hampir semua hotel dan chalet, kita bekalkan maklumat etika pemakaian termasuk kepada pelancong asing. Saya kerap juga ke Pulau Redang, tapi tak pernah jumpa pula (pelancong) yang mandi tak berbaju.
"Memang kita menganggap sektor pelancongan menyumbang kepada ekonomi kerajaan negeri namun kita tidak akan bertolak dengan keadaan ini, kita tak akan jadi seperti pulau-pulau di Thailand atau jadi pantai seperti di Bali," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) yang ingin tahu adakah kerajaan negeri memantau penjualan arak di kalangan orang Islam di tempat tumpuan pelancongan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.
Syed Azman juga meminta penjelasan sekiranya pelancong diberi taklimat mengenai garis panduan pemakaian dan kesopanan memandangkan beliau mendapat maklumat ada dari kalangan pelancong yang mandi dan berjemur secara berbogel terutamanya di pulau-pulau peranginan.
Syed Azman sebelum itu bertanya mengenai polisi kerajaan negeri untuk membangun sektor pelancongan di Terengganu dan peruntukan untuk beberapa program utama yang dilaksanakan.
Menjelas lanjut, Za'abar berkata Terengganu antara negeri tertinggi dipilih sebagai destinasi pelancongan oleh pengunjung dari luar negara dan juga domestik.
Untuk itu, katanya, kerajaan negeri secara berterusan melaksanakan kerja-kerja membina dan menaik taraf kemudahan sedia ada di pusat tumpuan pelancongan seperti menyediakan bekalan air bersih di pulau-pulau, penyediakan jeti yang lebih sempurna.
Katanya kerajaan negeri juga menyediakan bajet yang banyak setiap tahun untuk pembangunan sektor pelancongan di negeri itu.

RM5 Juta Untuk Program Rempit Sifar Dan Jinak Rempit
Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan program 'rempit sifar' dan program 'jinak rempit' tahun depan bagi memastikan gejala sosial yang semakin membarah di kalangan remaja di negeri itu dibendung.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata peruntukan yang besar itu menggambarkan langkah proaktif kerajaan negeri dalam memastikan golongan belia di negeri itu tidak berterusan terlibat dengan kegiatan yang tidak berfaedah.
"Rempit ini masalah universal... tahun depan kita tambah peruntukan untuk program rempit sifar dan program jinak rempit kepada RM5 juta. Selain program yang akan dilaksanakan ini, kita juga mendapat kerjasama daripada pihak polis dari segi penguatkuasaan undang-undang.
"(Bagaimanapun) kita berpendapat masalah rempit ini boleh selesai dengan adanya kesedaran bersama. Kita melihat kepada program di peringkat awalan, bukan tengok mereka (menunggang) motosikal baru nak ambil tindakan. Kempen juga akan dibuat secara berterusan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.
Abdul Rahin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah sosial di kalangan belia negeri itu.
Namun menurut Mohd Abdul Wahid, langkah kerajaan menambah peruntukan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia, tidak menyelesaikan masalah sosial yang berlaku.
Abdul Rahin ketika menjawab soalan asal Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) mengenai peruntukan kerajaan dalam membangun modal insan belia, berkata kerajaan negeri telah merangka pelbagai aktiviti menerusi rancangan pembangunan belia 2009 -2013 untuk tujuan itu.
"Antaranya, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk pembinaan kompleks niaga belia di setiap kawasan parlimen seluruh negeri. Kerajaan negeri juga menyediakan pinjaman menerusi koperasi belia, mewujudkan kembali belia niaga tani dan ternak dan lain-lain.
"Dalam bajet 2010, Menteri Besar (Datuk Ahmad Said) telah umumkan RM30 juta kepada program pembangunan belia," tambahnya.

Polis tahan 71 orang dalam Ops Tapis Bersepadu di Besut
Polis menahan 71 orang termasuk dua kakitangan kerajaan dan dua pelajar sekolah yang disyaki terbabit dengan pelbagai kegiatan jenayah dalam Ops Tapis Bersepadu di sekitar daerah ini sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Supt. Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, semua mereka yang berumur antara 14 dan 54 tahun ditahan dalam operasi yang berakhir awal pagi ini bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah.
Katanya, dalam operasi yang diketuai Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, DSP Amran Ramli itu, polis turut merampas 34 biji pil kuda, sebilah pedang samurai dan sebuah komputer riba yang dipercayai dicuri.
Menurutnya, operasi itu disertai 272 anggota polis dari pelbagai unit dengan sasaran ditumpukan kepada usaha menangkap suspek dan remaja yang terbabit dengan dadah menerusi sekatan jalan serta serbuan ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti.

Wednesday, December 23, 2009
TAK BERBEKAS PUN....
Apabila Datuk Ahmad Said kata ‘saya tidak kisah’.
Beliau tidak kisah orang kritik beliau atau memang beliau tidak kisah soal kepentingan rakyat.
Saya Nampak Ahmad Said ‘tak kisah’ialah apa yang orang mahu katakana mengenai beliau.
Hakikatnya Ahmad Said berani berdepan dan dalam gelanggang apa pun.
Baginya apa juga soalan yang seolah-olah mahu mencari kelemahan Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya, Ahmad tidak gudar kerana sudah mempunyai jawapan tertentu untuk soalan itu.
“Saya tidak kisah kalau soalan diajukan sengaja untuk mencari kelemahan kerana kita telah mempunyai jawapan untuk disuarakan, tetapi jika mereka sendiri tidak datang ke sidang DUN sebelum ini...tidak datang ke pejabat...bagaimana nak dapatkan maklumat. Perkara ini ‘simple’ sahaja akhirnya ia akan terpercik ke muka sendiri dan menggambarkan kedangkalan kita,” katanya.
Mengulas mengenai soalan bertubi-tubi yang diajukan seolah-olah sebagai tanda protes secara terbuka oleh sebahagian bekas kumpulan ‘10 Budak Hitam’, Ahmad berkata, beliau tiada masalah dengan soalan berkenaan kerana sebagai ketua kerajaan beliau telah mengambil
Bukan hari pertama sahaja beliau ‘diserang’, tetapi pada hari yang kedua, orang yang sama, iaitu Alias Abdullah (Alor Limbat) terus menyerang beliau dengan soalan-soalan yang rasanya pelik untuk dikemukakan di persidangan kerana ia boleh diatasi melalui cara lain.
Ada orang mengatakan Alias mengadu sukar jumpa Menteri Besar. Tetapi apa yang jelas, ramai Adun yang datang bertemu Ahmad Said, lepas saja dan Setiausaha Sulit Kanan ataujuga Setiausaha Sulit memberikan keistimewaan untuk YB-YB melalui lane khas.
Kalaupun tidak ada bak kata Setiausaha Politik Menteri Besar yang masih ada di Madinah – Wan Mohd Nizam Wan – mereka boleh berjumpa dengan beliau. Mereka ini semuanya geng ‘wakil rakyat’.
“Äpa masalahnya?” tanya Ahmad Nizam yang akan pulang 26 Disember ini.
Hakikatnya, tidak payahlah Yang Berhormat itu cuba menunjukkan ‘kejantanan’di persidangan DUN kerana apa juga permohonan atau bantuan, Ahmad Said boleh pertimbangkan jika Alias benar ikhlas?
Kenapa tidak ada pada pre-council dan pertemuan-pertemuan lain dengan Menteri Besar?
Kalau sesiapa pun menjadi Menteri Besar tetapi mempunyai penyokong kerajaan yang tidak menunjukkan sikap ‘tidak menyokong kerajaan’, segalanya membuka ruang untuk pembangkang menghentam BN.
Sedangkan hakikatnya kini hanya empat lima kerat sahaja yang ‘tak setuju angin’dengan Mat Said. Yang lain sudah kembali ke pangkal jalan.
Apapaun, seperti biasa Ahmad Said tenang dan terbuka.
Baginya, perubahan yang berlaku pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini yang lebih rancak dan sedikit ‘panas’ berbanding sebelumnya sebagai satu petanda baik.
Menurut Ahmad Said, apa yang penting suasana kemeriahan persidangan berkenaan patut digunakan sebaik mungkin oleh ADUN bagi menyuarakan kehendak rakyat di kawasan masing-masing.
“Ini adalah satu petanda baik, walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh wakil rakyat kerajaan...seolah-olah sebagai parti pembangkang...tapi kita tidak kisah.
“Menerusi hujah mereka, kita boleh melihat bagaimana kematangan bukan sahaja dalam kalangan wakil rakyat, tetapi juga keintelektualan pihak kerajaan menjawab soalan serta keintelektualan pembangkang mengemukakan soalan,” katanya.
Beliau tidak kisah orang kritik beliau atau memang beliau tidak kisah soal kepentingan rakyat.
Keterangan gambar: Ahmad Said melawat kawasan diwakili Alias Abdullah beberapa bulan lalu.

Jangan Terlalu Bergantung kepada Dana Khas
Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) semalam menegur sikap terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan atau turut dikenali sebagai royalti minyak sebagai hasil utama kerajaan negeri.
Katanya berdasarkan bajet yang diumumkan semalam, dana berkenaan berjumlah RM1.731 bilion atau 92 peratus mewakili sebahagian besar peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Terengganu untuk Bajet 2010 yang keseluruhannya berjumlah RM1.881 bilion.
"Bakinya RM163 juta atau lapan peratus yang datang dari sumber kerajaan negeri sendiri menunjukkan ketidakupayaan kerajaan negeri menjana pendapatan sendiri.
"Sikap kebergantungan kerajaan negeri terhadap royalti ini tidak selamat, Menteri Besar sendiri akui sumber minyak tidak akan kekal selamanya dan ia juga tertakluk kepada harga pasaran dunia," katanya di sidang DUN Terengganu semalam.
Sehubungan itu, katanya pihak kerajaan perlu bijak mencari sumber lain yang mampu meningkatkan hasil tanpa terlalu mengharapkan dana dari kerajaan pusat.

Runtuh, Bocor & Tumbang - ANGKARA AHMAD SAID 2009?
1.Stadium Sultan Mizan - RUNTUH
2.Stadium Aquatik MBKT - BOCOR
3. Stadium Tertutup Gong Badak - BOCOR
4.Lapangan Terbang Sultan Mahmud – ATAP BOCOR
5.Masjid Kerteh- KUBAH RUNTUH
6.Menara Telekomunikasi Hulu Besut – TUMBANG
7.ITC Kemaman – BERANDA TINGKAT 8
RUNTUH
8.Stesen Bas Kuala Berang – SENGKUAP KACA RUNTUH