Baru-baru ini kerajaan Terengganu mengumumkan rakyat negeri itu boleh memohon untuk mendapatkan bantuan bagi rawatan bagi yang berpenyakit kronik.
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM10 juta bagi merawat penyakit kronik seperti pembedahan buah pinggang, jantung atau kanser.
Tujuan kerajaan ialah membantu mereka yang kekurangan wang atau sukar mendapatkan peluang rawatan berkenaan dan kemudahan bantuan kerajaan negeri akan meringankan beban mereka ini.
Tetapi seperti biasalah, apabila sahaja ada ruang rakyat akan memohon. Dan apabila permohonan dibuat, ada yang tidak pedulikan syarat atau peraturan ditetapkan.
Tujuan peraturan ialah menjamin mereka yang benar-benar memerlukan dan layak sahaja dapat diterima.
Maka berduyun-duyunlah memohon kemudahan. Akhirnya, terserlah yang memohon ramai yang tidak layak.
Kenapa?
Ramai yang memohon sesetengahnya tidak tahu pun mengenai penyakit mereka.
Berikutan itu kerajaan negeri meminta rakyat yang ingin memohon bantuan perubatan daripada kerajaan negeri perlu mempunyai laporan perubatan yang jelas daripada hospital mengenai penyakit mereka.
Dengan kata lain, mereka perlu mendapatkan laporan hospital mengenai penyakit mereka dan kenapa bantuan diperlukan.
Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, bantuan itu hanya untuk mereka yang menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan yang berterusan.
"Banyak orang salah faham dan ambil kesempatan, selain ada yang datang ke pejabat saya mahukan bantuan perubatan tetapi penyakit yang dialami tidaklah seteruk mana mana.
"Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM10 juta bagi merawat penyakit kronik seperti pembedahan buah pinggang, jantung atau kanser," katanya baru-baru ini.
Sebelum itu beliau melawat seorang bayi perempuan, Khaulah Al-Azwar Amrun, 3 bulan yang menghidap hidrosefalus atau gangguan aliran cecair dalam otak, di rumahnya di Kampung Panji Alam, di Kuala Terengganu.
Tahun lalu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan khas RM10 juta bagi membantu anak negeri yang menghidap penyakit kronik seperti jantung berlubang dan kanser dalam meringankan beban mereka untuk mendapatkan rawatan.
Mengenai bayi malang itu, Ahmad berkata kerajaan negeri sedia membiayai kos perubatannya termasuk untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta jika ada doktor pakar yang dapat merawat penyakit itu.
Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Siti Norhayati Ahmad, 29, ketika ditemui berkata anak bongsu daripada lima beradik tersebut sudah menjalani pembedahan pada 21 Disember lalu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengeluarkan cecair daripada kepalanya.
"Khaulah kini memerlukan rawatan susulan di Kuala Lumpur yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM2,000 setiap kali ke sana," "Saya buntu memikirkan soal kewangan kerana pendapatan sebagai peniaga kecil-kecilan hanya cukup untuk menampung makan harian anak beranak saja," katanya.
Siti Norhayati berkata, suaminya Amrun Mamat, 52, yang sebelum ini berkerja sebagai jurufoto bebas kini terlantar di rumah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.
Saturday, February 20, 2010
PAS bantah campur tangan asing
PAS menentang sebarang campur tangan kuasa asing termasuk Australia terhadap proses perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mahu negara asing menghormati Malaysia sebagai negara berdaulat dan merdeka serta tidak campur tangan dalam hal ehwal negara, termasuk proses perbicaraan Anwar.
Bagaimanapun, katanya, PAS mahukan proses perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil dan mengikut tuntutan agama.
“(Bagi) saya sebagai rakyat Malaysia, (perbicaraan kes liwat Anwar) tak perlu ada campur tangan asing. Apa lagi negara luar, Barat dan negara bukan Islam. Jika kita melakukan dengan adil, orang asing takkan berani campur tangan," katanya ketika diminta mengulas pendirian PAS berikutan campur tangan Ahli Parlimen Australia terhadap perbicaraan kes liwat Anwar.
Akhbar baru-baru ini, memetik agensi berita asing melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Micheal Danby dipetik sebagai berkata, pendakwaan liwat kali kedua terhadap Anwar adalah sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia.
Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), John Kerry turut menyatakan mahu perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil dan saksama, namun sehingga kini AS belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perbicaraan kes itu.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, institusi kehakiman negara perlu diperkemas supaya lebih diyakini rakyat tanpa ada kawalan kerajaan kerana apa yang berlaku sekarang menimbulkan krisis dan mengikis keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara.
"Sistem kehakiman kita berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ada kepentingan politik serta tidak ada pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Ini yang menghilangkan keyakinan rakyat.
"Sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa berlaku. Barulah institusi kehakiman ada kewibawaan dan kehebatan. Ia perlu bebas dan diletak di bawah Parlimen atau Majlis Raja-Raja supaya apa yang disebut raja berpelembagaan dipraktikkan dengan tepat," katanya selePAS merasmikan Karnival Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (Pemikat) 2010, di Kuala Terengganu semalam.

Derhaka kepada ibu kerana dadah
Sumber: Berita Harian
"Disebabkan ketagihan pil kuda yang melampau, saya sanggup bertindak luar batasan memukul ibu dan bapa dengan batang kayu sehingga berdarah di dahi dan patah gigi. Walaupun mereka sudah memaafkan perbuatan itu, rasa kesal tidak boleh lenyap dari diri saya, malah dosa itu sentiasa menghantui hidup sehingga kini," kata remaja yang menjadi mangsa gejala sosial liar dan hanya mahu dikenali sebagai Amin.
Remaja berusia 15 tahun itu mengakui ketagihan pil kuda menyebabkan dia panas baran sehingga sanggup mencederakan ahli keluarga sekiranya permintaannya tidak dipenuhi, terutama ketika dia memerlukan wang untuk mendapatkan bekalan bahan terlarang itu.
Menceritakan detik hitam itu, Amin yang pernah bekerja di sebuah bengkel, berkata dia mula terjebak dalam kancah penagihan itu selepas ditawarkan pil itu oleh sepupu lelakinya yang berusia 30-an dan dia yang pada mulanya menyangka pil itu hanya sebiji panadol terus mencuba.
“Apabila saya cuba, memang rasa sangat ‘best’... saya boleh layan kepala hingga saya rasa tidak boleh hidup tanpa pil kuda. Dua tahun saya menghambakan diri pada benda haram ini hingga lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar dan anak yang perlu menghormati ibu bapa.
“Saya akan makan dua biji pil kuda itu setiap hari dan selama dua tahun duit gaji saya banyak dihabiskan dengan membeli pil kuda ini yang berharga RM25 sebiji,” kata remaja yang juga anak kedua dari enam beradik itu.
Mengimbau kejadian dia memukul ibunya dengan batang kayu, Amin yang kini mengikuti program pemulihan di Pusat Pemulihan Madrasah Khairul Insan, Jenagor, Hulu Terengganu sejak empat bulan lalu berkata, ia berlaku tanpa sedar, apabila dia yang sedang tidur terasa seperti dipaksa oleh bapanya untuk menunaikan solat Zuhur.
“Ketika itu saya sedang lena tidur selepas menelan dua biji pil kuda. Tiba-tiba terdengar suara ayah menegur saya untuk solat Zuhur, tetapi saya tidak sedar. Saya rasa seperti ada orang ajak saya bergaduh lalu saya tumbuk muka ayah dan pada masa sama, emak datang menahan tindakan saya. “Kerana berang, saya terus mencapai batang kayu berdekatan dan memukul ibu dan bapa sehingga berdarah dahi dan patah gigi. Selepas kejadian itu, saya keluar rumah dan melepak bersama rakan di pondok berhampiran. Dalam perjalanan pulang sekumpulan polis datang memberkas saya,” katanya.
PUSAT Pemulihan Madrasah Khairul Ihsan, Jenagor menjadi tempat bagi penagih menjalani pemulihan.
Amin berkata, dia bersyukur ditangkap polis kerana sedar sudah terlalu jauh tersasar dari landasan hidup sebenar dan kini dia mengakui berasa tenang apabila berada di pusat pemulihan itu yang banyak mengajar hal keagamaan dan membentuk dirinya ke arah lebih baik.
Turut menceritakan pengalaman sama, Zul berusia 16 tahun dan mula mengambil dadah sejak Tahun Lima lagi, mengakui dia kesal dengan tindakan sumbangnya, malah pernah bertindak ganas dengan menerajang ibunya gara-gara kemaruk ingin membeli dadah.
“Saya menyesal dengan perbuatan masa lalu dan berharap ibu dapat mengampunkan dosa silam saya. Sebagai bekas penagih yang kini menjalani proses pemulihan di sini, saya akan gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk pulih,” kata remaja yang berasal dari Selangor itu.
Dua remaja itu adalah antara 80 bekas penagih yang menjalani pemulihan di Madrasah Khairul Ihsan yang terletak kira-kira 500 meter dari darat dan hanya boleh dilalui melalui jalan sungai, tanpa dilengkapi bekalan air dan elektrik. Kehidupan penghuni di sini banyak diisi dengan aktiviti keagamaan, solat berjemaah beramai-ramai dan muhasabah diri.

Friday, February 19, 2010
Empat juta pelancong disasar ke Terengganu
Kerajaan negeri menyasarkan kedatangan pelancong ke negeri ini akan mencecah kira-kira empat juta orang pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, kerajaan negeri yakin faktor-faktor seperti kebimbangan penularan selesema H1N1 dan kesan kegawatan ekonomi pada tahun lepas tidak akan mempengaruhi kedatangan pelancong pada tahun ini.
Katanya, petunjuk awal mengenai peningkatan itu dapat dilihat dengan kedatangan pelancong domestik dan asing ke negeri ini sempena Tahun Baru Cina.
''Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sahaja mencatatkan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung pada hari kedua Tahun Baru Cina," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Meraikan Pemenang dan Finalis Pengusaha Pelancongan Terengganu Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 di Primula Beach Resort semalam.
Za'abar berkata, sebanyak 3.3 juta pelancong domestik dan asing dicatatkan mengunjungi beberapa destinasi pelancongan di negeri ini pada tahun lepas.
Bagaimanapun, katanya, jumlah kedatangan pelancong tersebut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu seramai 3.5 juta orang ekoran kebimbangan penularan H1N1 dan kesan kegawatan ekonomi.
Beliau memberitahu, bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di negeri ini pada tahun ini, sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk menjalankan promosi dan aktiviti pelancongan.
Katanya, kerajaan negeri melalui agensi-agensi berkaitan mengekalkan aktiviti pelancongan yang diadakan pada tahun lepas termasuk Kejohanan Swimathon Kapas-Marang.
''Bagaimanapun, pada tahun ini kita akan menganjurkan Festival dan Simposium Gamelan yang diadakan pada dua tahun lepas.
''Selain itu, kita akan melaksanakan aktiviti yang mempunyai nilai tambah supaya keluarga yang mengikuti program dan acara yang diadakan turut mengambil bahagian," katanya.

Petani Mampu Capai Pendapatan RM20,000 Menerusi Program Ladang Kontrak
Seorang petani yang menyertai program ladang kontrak yang diperkenalkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kini mampu memperoleh pendapatan bersih mencecah RM20,000 sebulan.
Sejak Isa Husain, 63, mengusahakan tanaman tembikai seluas 2.8 hektar melalui program itu enam tahun lepas, ladangnya mampu mengeluarkan hasil antara tujuh hingga lapan tan metrik dalam tempoh tiga bulan.
Tanaman itu diusahakan sejak 20 tahun lepas dengan dibantu isteri dan dua orang anaknya.
Isa ditemui pemberita pada majlis perjanjian jual-beli antara Fama Terengganu dengan peserta ladang kontrak di Lembah Kolam Hijau Saujana, Setiu, semalam bagi membaharui penyertaannya dalam program ladang kontrak yang tamat Disember lepas.
Terdahulu, Pengarah Fama Terengganu Hasan Jusoh berkata program ladang kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang diperkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka untuk mendapat pulangan yang setimpal.
Beliau berkata program itu dijalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. yang melibatkan jabatan dan pelbagai agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pertanian dan Agrobank Berhad.
Mengulas mengenai perjanjian jual-beli, Hasan berkata ia adalah pendekatan baru yang dilaksanakan oleh Fama bagi pembelian hasil komoditi ladang kontrak dan melalui pendekatan tersebut, konsep harga lantai diperkenalkan.
"Ini bermaksud harga belian adalah mengikut harga semasa tetapi tidak akan jatuh dari harga lantai yang telah ditetapkan," katanya.
Perjanjian jual-beli dimeterai bersama petani di beberapa buah kampung antaranya Kampung Pagar Besi, Kampung Telaga Papan, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rhu Tapai, Kampung Kubang Lokoh dan Kampung Nyatoh yang membabitkan kira-kira 80 peserta dengan keluasan tanah 106.2 hektar.
Hasan berkata melalui perjanjian itu, sebanyak 1,800 tan metrik buah tembikai akan dibeli oleh Fama dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dengan anggaran nilai RM1.8 juta.
"Dianggarkan setiap peserta yang terlibat dalam program ini akan memperoleh pendapatan lebih RM23,000 seorang secara purata hasil semusim (sekali tuai) pengeluaran tersebut. Hasil pendapatan setiap peserta dianggarkan RM7,750 sebulan," katanya.

Teknologi RFID Bakal Diaplikasikan Di UMT
Teknologi identiti frekuensi radio (RFID) dan Malaysia Micro Chip (MM Chip) -- teknologi yang dapat membantu mengesan pergerakan orang, haiwan atau barangan dari jarak jauh -- bakal digunakan dalam sistem penyelidikan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman berkata ciri-ciri yang terdapat dalam sistem RFID ini akan dapat membantu UMT dalam menjalankan penyelidikan hidupan laut.
"Jika MM Chip ini diletakkan kepada haiwan seperti penyu ia akan memudahkan pihak UMT untuk melihat pergerakan dan mencegah jika berlaku sebarang penyakit yang membahayakan haiwan tersebut," katanya ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Senstech Sdn Bhd.
RFID adalah sistem yang diterapkan ke dalam produk, binatang, atau orang untuk tujuan pengenalan menggunakan gelombang radio untuk dikesan dari jarak jauh.
Terdahulu, Pengarah Urusan Senstech Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata kerjasama ini dapat menggalak serta membangunkan aplikasi berasaskan RFID menggunakan MM Chip kepada pihak sektor swasta dan sektor awam.
"Sebanyak RM200,000 akan dijana ke dalam UMT agar aplikasi RFID dapat dikaji dan ditingkatkan dalam tempoh dua tahun lagi," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.
Mengenai cip-cip tersebut, beliau berkata, dianggarkan 50 juta unit sudah dikeluarkan sejak 2008.
"Penggunaan yang paling banyak buat masa ini adalah oleh Kementerian Dalam Negeri pada CD tulen," katanya.
Azmi berkata antara aplikasi baru yang sedang dibangunkan ialah dalam sistem pengurusan haji, sijil halal, identifikasi kayu balak, pengurusan haiwan ternakan dan sistem bagasi.

Rich media education for Terengganu students
By STEVEN PATRICK intech@thestar.com.my (Wednesday February 17, 2010)
KUALA LUMPUR: Come April, nearly one in four Terengganu primary school students will able to download entire textbooks, take simulated exams, watch educational videos and be involved in interactive lessons, courtesy of an initiative taken by the state government.
As part of the plan, parents of those students will also be able to monitor how long their children spend on their studies and receive regular trial-examination results via SMS starting in June.
The Terengganu state government gave 75,000 primary students out of a total of 400,000 in the state locally-manufactured netbooks with Windows XP operating systems last June.
With these netbooks, the students can soon access rich media lessons, courtesy of content developer, Kadena (M) Sdn Bhd, which is an MSC Malaysia-status company.
The 75,000 students were chosen from lower-income families but Kadena targets to have all primary students in the state accessing rich media lessons in two years or so.
In fact, Kadena group chief executive officer Nazrul Zaman said that his vision is to get every single primary and secondary school student nationwide on this system within a decade or less. Help from BT
Nazrul explained that the solution, called Integrated Rich Media Community, is the basis of a true smart school environment, which involves multimedia education.
“There won’t be any copying of notes anymore and students won’t have to lug around heavy-textbooks to school on a daily basis,” he said.
This solution is part of a collaborative R&D initiative by the Multimedia Development Corporation (MDeC) and British Telecom (BT) Multimedia, which allows MSC Malaysia- affiliated companies to commercialise intellectual property (IP) developed by BT.
In this the particular case, the IP from BT Multimedia was the source code and concept for out-of-classroom education.
“What BT offered was more than just IP. We visited its research centre in Ipswich, England where BT was already working on technologies that were 10 years ahead. The R&D is already there and this saves us from reinventing the wheel,” said Nazrul.
Nazrul said that Kadena also plans to expand this solution to mobile devices, where students can access rich media via their smartphones, by June. Digital lifestyle programme
Kadena is one of the 21 graduate companies of the MSC Malaysia-BT Digital Lifestyle Programme.
Launched in July 2007, the two-year smart partnership aims to foster collaboration between multinational companies and local small- and medium-scale enterprises (SMEs), to remove or lower the R&D costs of SMEs.
On its part, BT Multimedia conducts research of future trends and user requirements. The research is then used to create proof-of-concept prototypes of next-generation broadband-based products and services.
Ivan Boyd, head of business engagement and operations of BT Multimedia said that it is no longer enough for companies to develop innovative products and services on their own.
“BT Multimedia uses an open innovation model, in which new products and services are created together with other companies and industry players,” he said.
MDeC said that BT Multimedia will enjoy some revenue-sharing when the products go to market but would not reveal details. MDeC is the custodian of the MSC Malaysia initiative.

Sedia Laluan Motosikal Di Jambatan Sultan Mahmud
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri digesa mewujudkan laluan khas untuk motosikal di Jambatan Sultan Mahmud (JSM) di sini bagi untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan melibatkan golongan itu.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Mohammad berkata dalam tempoh Januari tahun ini empat kemalangan motosikal telah dicatatkan berlaku di JSM dan satu daripadanya melibatkan kematian.
"Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja penunggang motosikal yang terkorban dalam kemalangan di jambatan itu," katanya kelmarin.
Mohd Faudzi berkata JSM merupakan salah satu laluan paling sibuk di bandaraya itu terutamanya pada waktu hari-hari bekerja dan musim-musim perayaan.
Beliau turut menggesa pihak berkenaan agar mencari penyelesaian untuk mengatasi kesesakan di beberapa jalan lain seperti Jalan Batu Buruk serta Jalan Gong Kapas.
Mengenai statistik kemalangan pula, Mohd Faudzi berkata sebanyak lapan kemalangan maut telah berlaku di daerah itu sejak awal Januari hingga semalam.
Beliau berkata jumlah itu menurun berbanding 15 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Lelaki Ditahan Disyaki Edar Dadah
Tidak serik dengan hukuman penjara 10 tahun yang dilaluinya sebelum ini, seorang lelaki sekali lagi ditahan kerana disyaki mengedar dadah, dalam serbuan di sebuah rumah di Padang Jambu, Dungun Selasa malam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata lelaki berusia 52 tahun yang sebelum ini menjalani hukuman atas kesalahan yang sama, dibebaskan dari penjara akhir tahun 2008 dan dia juga pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
"Dalam serbuan di rumah lelaki terbabit pada pukul 8.30 malam itu, polis merampas serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 29 gram yang diletakkan dalam tujuh botol dan disembunyikan dalam sebuah beg sandang dalam bilik tidur rumah itu," katanya kelmarin.
berkata lelaki terbabit tinggal seorang diri di rumah itu dan siasatan awal polis mendapati dia memperoleh bekalan dadah dengan membelinya sendiri dari negara jiran dan diedar kepada penagih di kampung berkenaan.
Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu ditahan reman sehingga 23 Feb ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Peguam Perlu Main Peranan Bantu Mahkamah
Semua peguam syarie di negeri ini hendaklah memainkan peranan masing-masing membantu mahkamah menyelesaikan kes-kes syariah, kata Ketua Hakim Syarie Terengganu Datuk Ismail Yahya.
Beliau berkata sekiranya semua peguam syarie memainkan peranan, kes-kes tertunggak seperti kes harta pusaka, hak penjagaan anak dan penceraian akan dapat diselesaikan dengan cepat.
"Peguam syarie sepatutnya bukan sahaja membantu anak guamnya, tetapi juga membantu mahkamah dalam mempercepatkan kes dan memberi hujah-hujah mengikut hukum syarak, itu sebenarnya.
"Kalau hanya datang untuk memenangkan pihak yang diwakilinya, tak jadi juga kerana kita di mahkamah, garis panduan kita ialah hukum syarak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-Quality Environment/5S) dan hari bertemu pelanggan di Kuala Terengganu, semalam.
Katanya terdapat seramai 64 peguam syarie di Terengganu.
Mengenai kes tertunggak, Ismail berkata berdasarkan kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dua peratus menyumbang kepada kes tertunggak datang daripada mahkamah.
"Biasanya ia terjadi (kes tertunggak) kerana ada pihak belum bersedia dan ada pula yang bicara setengah jalan dan tak habis kerana saksi tidak cukup.
"Kemudiannya adalah peguam. Tak boleh kes dua tiga minggu tangguh, nak tiga bulan kerana ada kes lain lagi dan inilah yang menjadikan (banyak kes) lewat pada hari ini," katanya.
Mengenai penganugerahan sijil QE, Ismail berkata ia akan menyemarakkan komitmen para petugas dalam menaikkan imej yang baik kepada jabatan.
"Kita dapat lihat komitmen petugas kita mengembleng tenaga untuk menaikkan imej jabatan. Sebagai contoh, kita mendapat pujian dari pelanggan kerana berjaya mendaftarkan kes dalam tempoh empat hingga lima minit sahaja dan bagi carian rekod, paling lama 10 minit," katanya.
Persekitaran Berkualiti ialah satu kaedah membina tempat kerja yang kondusif dan platfom untuk menjana idea baru ke arah menambah baik sistem kecekapan bekerja.
Selain Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Pejabat Tanah Galian Terengganu (PTG) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pernah menerima sijil yang sama.

Wednesday, February 17, 2010
ADA PIHAK TIDAK PUAS HATI DENGAN IDRIS JUSOH?
Oleh Pok Teh Bakap
Hmmmm...sebentar tadi saya menerima panggilan dan sms bertanyakan apakah benar UMNO cawangan Taman Seri Pelagat, Kampung Padang Luas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh sedang bergolak?
Ikhlas saya katakan, politik cawangan seperti ini saya jarang ambil peduli kerana saya lebih tumpukan isu-isu negeri dan nasional.
Lagipun apa pentingnya UMNO cawangan Taman Seri Pelagat ini?
Kata pemanggil berkenaan, ia penting kerana ia di bawah DUN Jerteh. Wakil rakyatnya ialah Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Ohohh...baru saya tersedar. Tapi apa pula masalahnya?
Idris jaga kawasan dan tidak pernah tidak balik ke Jerteh. Beliau sudah membuktikan kepimpinannya yang berkesan dan berfikiran global pulak tu. Tak kan ada masalah!
Beliau dianggap sebagai ‘pemimpin pembaharuan’ ketika menjadi Menteri Besar Terengganu. Tidak munasabah dan tidak masuk akal.
Malah cakap-cakap ketika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun ke Gong Kemutong baru-baru ini menyebut Idris tidak perlu minta peruntukan daripada negeri. TPM boleh beri terus kepada Idris yang dianggap ‘juara’dalam segala-galanya.
Lihatlah betapa rapatnya Idris – bukan sahaja dengan TPM tetapi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri.
Berbalik kepada isu cawangan Taman Seri Pelagat ini, saya berusaha mendapatkan perkara sebenar daripada UMNO cawangan berkenaan.
Selidik punya selidik ada dua perkara yang dikatakan berlakunya pergolakan:
1. Seorang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) meletakkan jawatan; dan,
2. 11 (sebelas) Ahli jawatankuasa UMNO cawangan turut meletakkan jawatan.
Menurut cakap-cakap surat melepaskan jawatan itu sudah dihantar ke Ibu Pejabat UMNO, Presiden UMNO, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan sebagainya dan sebagainya. Biasalah kalau sudah marah, lupakan semua kebaikan Idris selama ini.
Tetapi apa masalahnya?
Menurut cakap-cakap, pemimpin UMNO cawangan itu kecewa dengan Idris kerana taman perumahan itu diabaikan.
Itu sahaja? Sekali lagi saya tidak percaya. Idris dikenali sebagai pemimpin yang ambil berat penyokongnya. Kalau tidak sudah tentu beliau akan dicabar sebagai Ketua Bahagian dan jawatan lain.
Lagipun tidak munasabah Idris yang menjadi Pengerusi MARA boleh berbuat demikian.
Saya tidak yakin selagi saya tidak melihat salinan surat berkenaan. Saya sedang berusaha mendapatkannya.
Jika sudah dapat saya akan cuba salinkan dan masukkan dalam entri akan datang bersama-sama dengan ulasan atau komen mereka yang terlibat.
Tunggulah....jangan buat andaian bermacam-macam selagi belum ada putih-hitam, iaitu surat berkenaan.

Terengganu Peneraju Pendidikan Negara
Laporan: Kamarudin Mat Akib dan Harun Hassan
Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bersama pelajar OKU yang cemerlang dalam UPSR, Siti Nurfarah Hanim diperhatikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dan Dato' Seri Idris Jusoh pada Program Juara Rakyat Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, Jertih. - GAMBAR : Zulkipli bin CW. Putera
Terengganu mampu menjadi peneraju kepada negeri-negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin MohdYassin.
Beliau berkata, banyak program yang dilaksanakan Kerajaan Terengganu bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar, tetapi tidak dilasanakan di negeri-negeri lain.
“Banyak program yang dilakukan di Terengganu boleh dicontohi negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan pogram Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu petang semalam (13 Februari).
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan para pemimpin kanan kerajaan.
Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian wang sagu hati kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan utama dan e-Book hanya dilaksanakan di Terengganu dan rakyat negeri ini sepatutnya bersyukur kerana berpeluang menikmati kemudahan tersebut.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat sama-sama menyokong kerajaan sedia ada kerana terbukti hanya UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat negeri dan negara ini.
Katanya, sebanyak 22 sekolah rendah dan 26 sekolah menengah baru dibina di seluruh negeri ini melalui Rancangan Malaysia Ke-9.
Ketika berucap pada Program Juara Rakyat, Dewan Majlis Daerah Besut (MDB)), Gong Kemuntong, Besut, Sabtu lalu (13 Februari), Muhyiddin berkata tumpuan utama pemimpin sama ada peringkat kampung atau pusat adalah dalam bidang pendidikan kerana mengetahui ia menjadi mengukur dan menentukan kejayaan anak bangsa kita di masa depan.
“Bagi mencapai matlamat yang diinginkan, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dan UMNO supaya cemerlang seiring dalam pendidikan, termasuk memberi perhatian terhadap perkembangan ekonomi, kesihatan dan sebagainya,” katanya.
Turut hadir , Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Norliza Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Muhyiddin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada sekolah yang menampilkan kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi daerah Besut.
Sebagai hadiah untuk terus memperkasakan sekolah, Tan Sri Muhyiddin bersetuju meluluskan RM400 ribu kepada dua sekolah menengah di daerah itu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud dan Sekolah Menengah Imtiaz Besut.
Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam dunia yang serba canggih ini, fokus utama kerajaan adalah membantu rakyat supaya cemerlang dalam semua aspek terutama pendidikan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nurfarah Hanim.
“Empat Langkah awal telah dilaksanakan iaitu menumpukan bidang penting ini di peringkat awal usia lagi, di mana mempastikan setiap kanak-kanak memndapat pendidikan di pra sekolah sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
“Murid di Tahun Satu hingga Tiga wajib menguasai sistem Membaca, Mengenal dan Mengira (3M), mengenalpasti setiap tahun mempunyai sekolah berprestasi tinggi dan terakhir memberi anugerah kepada guru besar atau pengetua yang berjaya memberi imej terbaik kepada sekolah masing-masing,”katanya.
Beliau berkata, sesuatu kejayaan hendaklah diiringi dengan usaha dan minat meneroka, jika perkara perkara itu tidak dipenuhi pelajar, ia akan mencapai kegagalan walaupun kerajaan membantunya dengan peruntukan jutaan ringgit.
“Pelajar sekurang-kurangnya mampu menguasai dua bahasa penting jika serius ingin berjaya seperti bangsa lain. Bahasa Inggeris wajar didalami kerana serata negara mengutamakannya untuk pelbagai tujuan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri disambut ribuan penduduk ketika hadir pada Program Juara Rakyat Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, Jertih.
Kes Dadah Meningkat Dengan Penambahan Penduduk
Rencana Bernama
PENYALAHGUNAAN dadah oleh mereka yang ingin meneroka nikmat sementara tanpa menghiraukan kemudaratan yang bakal dialami, memaksa kerajaan tampil dengan pelbagai kempen dan undang-undang untuk mengekang gejala ini daripada terus berlaku.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Datuk Abd Bakir Zin berkata penagihan dan penyalahgunaan dadah semakin meningkat setiap tahun hasil daripada pertambahan penduduk dan peningkata kadar bilangan rakyat yang tidak berpendidikan tinggi.
Mengulas lanjut, beliau berkata golongan yang tidak berpendidikan tinggi ini lazimnya menyara hidup dengan melakukan kerja-kerja am seperti buruh kasar, nelayan dan sektor perladangan.
"Golongan seperti ini lazimnya mudah terpengaruh, dan sering terdedah kepada anasir negatif, termasuk pengaruh luar yang diperkenal oleh rakan sebaya atau golongan lebih dewasa," kata Abd Bakir dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.
Usaha Banteras
Abd Bakir berkata dalam usaha membanteras penagihan dan penyalahgunaan dadah, pelbagai langkah diambil, termasuk mewujudkan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berkesan.
"Selain undang-undang yang tegas iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, AADK juga menyerahkan draf Akta Bahan-Bahan Khayal kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak tahun lepas, dan berharap agar ia boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan pada tahun ini juga," katanya.
Menurut beliau, akta itu khusus untuk menangani masalah atau gejala menghidu bahan yang mengkhayalkan seperti gam yang sebelum ini tidak dianggap sebagai satu kesalahan kerana tidak termaktub di dalam Akta Dadah Berbahaya.
Ditanya mengenai jumlah penagih yang wujud di Malaysia ketika ini, Abd Bakir berkata jumlahnya menjangkau 40,247 orang meliputi jumlah penagih berdaftar dan penagih yang diserahkan oleh kerajaan kepada AADK untuk tujuan rawatan.
"Ini berbeza dengan tahun 2008 apabila AADK merekodkan jumlah penagih berdaftar seramai 12,500," katanya.
Mengulas mengenai peningkatan jumlah itu, beliau berkata ia terhasil daripada operasi bersepadu secara besar-besaran yang disertai AADK.
"Mana-mana penagih yang dikenal pasti, akan dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) mengikut apa yang ditetapkan oleh pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan terhadap mereka," katanya.
Abd Bakir berkata kerajaan menyediakan 29 Puspen seluruh negara termasuk Puspen khas untuk menangani penagih juvana, wanita dan penagih dadah ATS.
Tempoh Rawatan
"Tempoh rawatan untuk setiap penagih mengambil masa di antara enam bulan hingga dua tahun mengikut tahap ketagihan dan ia juga akan ditentukan oleh pegawai perubatan," katanya.
Sementara itu, ketika mengulas mengenai peranan AADK sejurus selepas penagih dibebaskan daripada Puspen memberitahu bahawa AADK menganjurkan pelbagai program berbentuk kemahiran khususnya di Institut Kemahiran dan Latihan Sepang (Ikhlas).
"Cuma yang menjadi masalah apabila para pelatih yang telah mendapat kerja dengan kemahiran ini, akhirnya berhenti kerja kerana ia tidak sesuai dengan jiwa dan kehendak mereka," katanya.
Antara kursus yang ditawarkan jelas Abd Bakir termasuk elektrikal, pembinaan bangunan, landskap, jahitan dan pelbagai kursus jangka pendek.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata AADK turut tidak mengenepikan tanggungjawab sosial dengan menyumbang khidmat nasihat terhadap penubuhan Rumah Komuniti di daerah tertentu.
Rumah Komuniti
"Rumah Komuniti ini seperti pusat khidmat daerah yang ditubuhkan oleh AADK di lokasi tertentu untuk memberikan sesi kaunseling, bantuan kepada keluarga yang mempunyai masalah melibatkan dadah dengan anak-anak mereka.
"Cuma bezanya ia ditubuhkan oleh komuniti di kawasan berkenaan yang berfungsi sebagai petempatan sementara untuk bekas penagih sebelum mereka `kembali' sepenuhnya ke pangkuan masyarakat," katanya.
Beliau berkata setiap penagih dibenarkan menghuni rumah itu selama enam bulan sebelum perlu keluar mencari jalan hidup dan punca pendapatan sendiri.
"Tidak seperti anggapan orang ramai, AADK tidak bersikap lepas tangan terhadap pelatih yang telah dibebaskan dari Puspen, Kami membuat pemantauan berterusan selama enam bulan hingga dua tahun terhadap setiap pelatih, dan hanya selepas itu mereka `dilepaskan' untuk mencari jalan hidup sendiri," katanya.

Terengganu tidak ada Taman Halal?
Pasir Mas di Kelantan dan Gambang di Pahang akan mendapat nafas baru dalam ekonomi apabila kedua-dua bandar di negeri Pantai Timur itu membangunkan Taman Halal.
Pembangunan Taman Halal Pasir Mas dan Taman Halal Gambang sedang dilakukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan ia akan menyediakan peluang pekerjaan serta manfaat sosio ekonomi yang lain kepada penduduk tempatan.
Apakah ini bermakna Terengganu tidak mempunyai Taman Halal walaupun mempunyai banyak produk halal di negeri berkenaan?
Menurut kenyataan dikeluarkan, penubuhan Taman Halal tersebut sejajar dengan visi negara untuk menjadi hab halal global dan mengambil kesempatan ke atas peningkatan pembangunan pasaran produk halal global.
''Taman Halal itu juga bagi menarik minat dan membantu peniaga-peniaga bumiputera serta menawarkan perkongsian kemudahan termasuk pusat penyimpanan dan perniagaan.
''Pusat penyimpanan akan dilengkapi dengan kemudahan biasa termasuk makmal. Selain itu, akan bekerjasama dengan program sedia ada untuk menyediakan latihan skil dan perkhidmatan khidmat nasihat teknologi,'' katanya.
Tambah kenyataan itu, program penyimpanan itu juga menyediakan sokongan teknikal, meningkatkan dan membangunkan skil serta pemasaran.
''Program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk produk perikanan telah diproses kepada meningkatkan kebolehan pengeluaran dan untuk meningkatkan capaian pasaran produk juga akan dibangunkan.
''Inisiatif Taman Perniagaan Industri Halal telah dibincangkan di mesyuarat Kumpulan Fokus Industri dianjurkan oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) untuk mengenalpasti perkara di dalam kajian yang telah dilakukan.
''Sebelum ini ECERDC telah melantik MIGHT untuk menjalankan kajian yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat untuk melakukan strategi perniagaan, pemasaran dan melaksanakan program pembangunan industri halal,'' jelasnya.
Dengan dua lokasi telah dikenalpasti oleh ECER bersama dengan kerajaan negeri, MIGHT telah melakukan penilaian kerja-kerja asas dan mengenalpasti strategi meliputi semua perkara terlibat.
MIGHT adalah platform kerjasama industri dan kerajaan di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Semangat 1Malaysia terjalin erat
Sejak merdeka, hubungan erat antara kaum yang dijalinkan menerusi konsep muhibah dan perpaduan telah membawa kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara.
Keunikan hubungan antara kaum Melayu, Cina dan India serta kaum minoriti lain dengan budaya dan adat resam berbeza turut menjadi satu keunikan dan kebanggaan negara.
Kerana itulah perayaan agama yang disambut saban tahun seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali kini diraikan bersama oleh rakyat di semua peringkat.
Tidak ketinggalan makanan yang sebelum ini sinonim dengan sesuatu kaum kini sudah menjadi makanan kegemaran kaum lain.
Begitu juga bagi masyarakat keturunan Siam dan Cina yang tinggal di beberapa kampung di daerah ini yang sudah sebati dengan adat resam, budaya serta kehidupan bermasyarakat dengan kaum Melayu.
Malah kerjasama dan hubungan baik itu dapat dilihat dengan jelas dalam banyak aspek kehidupan seharian dan bukan lagi satu perkara asing bagi kedua-dua pihak sama ada golongan muda atau tua.
Misalnya kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina serta Pesta Songkran sudah menjadi acara yang disambut bersama oleh mereka dengan saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
Apabila gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali lagi keprihatinan rakyat pelbagai kaum dan agama negara ini ditagih bagi membolehkan negara menempuh masa depan yang lebih mencabar.
Pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan di semua peringkat bagi mengajak rakyat merealisasikan hasrat tersebut bermula dari peringkat bawah hingga kepimpinan negara.
Atas semangat 1Malaysia, baru-baru ini sekumpulan masyarakat Cina dan Siam mengadakan kunjungan ke Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Terengganu (Perkaya) di sini.
Rombongan diketuai oleh Ketua Sami Wat Phuttasinpalukararm, Semerak, Pasir Puteh Kelantan, Tharn Nurn ke asrama yang terletak di Kampung Pondok Paku Jabi itu turut disertai oleh lebih 40 penduduk berketurunan Siam dan Cina.
Mereka merupakan penduduk di beberapa buah kampung yang tinggal di penempatan tradisi masyarakat Siam di daerah Besut iaitu Kampung Batu Balai Renek dan Pak Kiang, Keluang.
Kunjungan pertama kali itu bertujuan menziarahi anak-anak yatim yang tinggal di asrama tersebut sambil menyampaikan sumbangan makanan dan bantuan kewangan kepada pengelola asrama tersebut.
Sebelum ini, asrama anak yatim itu hanya dikunjungi masyarakat Islam serta badan-badan sukarela Islam dan kunjungan kali ini membuka lembaran baru kepada penghuninya.
Perkara itu diakui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali yang juga pengerusi asrama itu yang turut terharu dengan kesudian masyarakat bukan Islam mengunjungi anak yatim di asrama tersebut.
Beliau berkata, keprihatinan masyarakat bukan Islam kepada golongan tidak bernasib baik daripada kalangan anak-anak yatim Islam perlu dicontohi oleh pelbagai pihak di negara ini.
‘‘Tambahan pula rakyat kita terkenal sebagai pemurah dan suka menderma, kerana itu tidak ada sebab golongan yang kurang bernasib baik seperti orang tua, miskin dan cacat disisihkan daripada perhatian,” ujarnya.
Majlis itu turut menyentuh perasaan hadirin apabila kunjungan mesra itu disusuli dengan sumbangan makanan serta bantuan kewangan kepada seramai 127 orang anak yatim itu yang disambut dengan perasaan gembira.
Dua orang anak yatim yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu dan berjaya memperoleh 6A 1B turut menerima hadiah wang tunai daripada ahli rombongan itu.
Kunjungan itu turut meninggalkan kenangan manis kepada anak-anak yatim asrama itu apabila dua buah lagu diabadikan menerusi nyanyian dalam bahasa Siam bertajuk Ibu dan Aku Orang Biasa.
Persembahan oleh sekumpulan belia Siam itu menyentuh perasaan anak-anak yatim yang kemudian turut sama bertepuk tangan walaupun bahasa itu tidak difahami mereka.
Nurn pula dalam ucapannya berkata, semua agama tidak melupakan nasib anak-anak yatim dan apa yang dilakukan merupakan tanggungjawab sebagai seorang manusia.
“Tanpa mengira agama dan bangsa, kita perlu saling bantu membantu supaya kesejahteraan dan keamanan dapat terus dikekalkan dalam negara kita yang berbilang kaum dan agama,’’ ujarnya.
Bagi Mohamed Awang yang menerima bantuan itu bagi pihak asrama berkenaan, kunjungan itu memberi contoh kepada penghuninya bahawa perbezaan agama dan kaum tidak membataskan usaha untuk menghulurkan bantuan.
Katanya, secara tidak langsung kunjungan itu berjaya merapatkan jurang yang mungkin ada antara kaum Melayu beragama Islam dengan penganut agama lain.
Jelasnya, usaha murni yang dirintis oleh penduduk berketurunan Siam dan Cina itu merupakan tindakan yang patut dipuji serta dicontohi oleh pihak lain.

Kastam Terengganu perhebat banteras seludup rokok tahun ini
Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri akan memperhebatkan lagi operasi membanteras kegiatan penyeludupan khususnya rokok di negeri ini, tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Aziz Yacub berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada kegiatan penyeludupan barangan itu kerana ia didapati meningkat sejak kebelakangan ini.
Katanya, malah kenaikan cukai rokok yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, menyebabkan permintaan rokok seludup meningkat berbanding sebelum ini.
"Lebih sebahagian anggota penguatkuasaan kita akan memberi tumpuan kepada penyeludupan rokok.
"Kita akan turut melakukan pemantauan di premis-premis perniagaan. Selebihnya tumpuan diberi kepada beras, kain batik, jeruk, cuka dan kicap," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mengulas lanjut Aziz berkata, sehingga 10 Februari lalu, pihaknya berjaya membanteras lima kes penyeludupan rokok pada tahun ini.
Katanya, sebanyak 1.9 juta batang rokok seludup bernilai RM270,000 telah dirampas yang kesemuanya melibatkan cukai RM940,000.
"Bagi sepanjang 2009 pula, kami berjaya membanteras 127 kes penyeludupan rokok dengan nilai rampasan RM750,000 dan cukai RM2.7 juta," katanya.
Katanya, antara jenama rokok seludup yang dikesan ialah kretek Surya, kretek Nusantara, Halftime5, Texas 5, League, June, Dunhill, Saat, American Blend, Rich, D&J, Matisse, Oki, Astro dan Modeng.
"Selain itu, Golden Light, London Fliter, Canyon Merah dan Hijau, Djarum Black, Absolute, American Legend, Eazy, Gulden, Era, Minna International, League Virginia, Duo M, Paradox, Adan Tex, Kers dan Fine Sand," jelasnya.
Beliau memberitahu, pihaknya juga mengesan 13 kes penyeludupan kenderaan dengan nilai RM331,000 melibatkan cukai RM517,000 dalam tempoh sama.
"Ia diikuti dengan lapan kes mercun dan bunga api; minuman keras dan arak (tujuh), telefon bimbit (empat), motosikal (satu) melibatkan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM1.1 juta dan cukai berjumlah RM3.2 juta," katanya.

Penduduk minta pampasan
Sumber: Sinar Harian
Ikatan Anak Watan Darul Iman (Ikhwan) menggesa Kerajaan Negeri agar menangani segera masalah penduduk di Kampung Paya Bunga, di sini, yang terbabit dengan arahan perpindahan.
Presidennya, Fariz Musa berkata, arahan yang meminta penduduk mengosongkan tanah di kawasan itu sehingga hujung bulan ini perlu difikirkan semula.
Katanya, ini memandangkan rata-rata penduduk yang tinggal di situ daripada generasi pertama lagi dan sebahagiannya pula sebelum mencapai kemerdekaan serta mendapat Lesen Menduduki Sementara (LMS).
“Sebagai pertubuhan yang mewakili hak rakyat, kita mahukan penduduk di sini mendapat pembelaan sewajarnya dan berharap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyelesaikan masalah ini secara bijaksana,” kata beliau.

Laksana program tanpa beza kaum
Masyarakat keturunan Cina, Siam dan kaum lain perlu berubah dalam pelbagai aspek termasuk dari segi sosial dan ekonomi bagi memastikan kehidupan mereka sentiasa dihormati serta disegani oleh bangsa lain terutama orang Melayu di negara ini.
WONG Foon Meng (tengah, barisan kedua) bersama Mohd. Jidin Shafee (kiri), Ramlan Ali (dua dari kanan) dan Khazan Che Mat (kanan) pada Majlis Jamuan Makan Malam Gong Xi Fa Cai 1Malaysia anjuran MCA kawasan Setiu di Dewan Komuniti Kampung Fikri, Setiu, kelmarin.
– UTUSAN/Adnan Mohamad
Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Wong Foon Meng berkata, golongan terbabit perlu membuat perubahan sedemikian supaya mereka juga dapat hidup bersatu padu serta berkerjasama dalam melaksanakan sebarang program tanpa melibatkan perbezaan kaum.
Menurutnya, jika masyarakat berkenaan masih mengutamakan kepentingan diri tidak mungkin hasrat kerajaan untuk melihat konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan dengan sempurna tidak akan berhasil.
‘‘Walaupun sekarang kita melihat kebanyakan masyarakat Cina serta kaum lain telah bangkit atas sikap kesedaran untuk melaksanakan konsep yang dijalankan oleh kerajaan, namun kita masih mendapati ada segelintir kaum Cina di negara ini masih mengamalkan sikap yang akhirnya boleh menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di Majlis Jamuan Makan Malam Gong Xi Fa Cai 1Malaysia anjuran MCA kawasan Setiu di Dewan Komuniti Kampung Fikri, dekat sini malam tadi.
Sempena dengan majlis itu, MCA juga turut menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik, sumbangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) dari kawasan berkenaan.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dan ADUN Jabi, Ramlan Ali.
Foon Meng menambah, sikap hormat menghormati di antara satu sama tanpa mengetepikan berlainan agama tidak akan merugikan sebaliknya ia akan dapat mewujudkan lagi kemesraan yang sudah terjalin sejak sekian lama dalam masyarakat majmuk.
Beliau turut memuji kaum Cina dan Siam di kawasan Setiu yang dapat hidup secara harmoni selain menerapkan nilai perpaduan dengan masyarakat orang Melayu di kawasan setempat.
‘‘Dengan nilai murni ini, kita mendapati kerajaan serta orang Melayu di kampung mereka tidak per nah mengabaikan masyarakat Cina serta Siam sebaliknya mereka sentiasa dibantu mengikut keperluan,” ujarnya.

Tuesday, February 16, 2010
Tak ada sebab gugurkan Ahmad Said
http://www.memo-belakang.blogspot.com (Isnin, Februari 15, 2010)
Tak habis-habis orang ramai memperkatakan kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai Mewnteri Besar (MB) Terengganu. Minggu lepas saya ada menerima sms dari seorang rakan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memanggil Ahmad Said untuk meletakkan jawatan MB.SMS itu turut mengatakan bahawa nampaknya Yang Dipertuan Agong sudah berkenan dengan tindakan Najib.
Sudah hampir dua tahun Ahmad Said jadi MB Terengganu tetapi kedudukannya masih dipertikai orang. Nampaknya musuh politik beliau tidak pernah duduk diam. Tidak habis-habis merancang untuk menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi MB.
Sebagai MB Terengganu yang ke 13, nampaknya kerusi itu agak panas. Apatah lagi nombor 13 dipercayai oleh sesetengah orang sebagai nombor yang menakutkan. Bagi saya, tidak ada sebab Ahmad Said perlu berundur. Baru dua tahun beliau menjadi MB, banyak perancangannya untuk rakyat belum menjadi kenyataan lagi.
Ahmad Said tidak pernah lobi untuk jadi MB. Allah meletakkannya di situ setelah Sultan Mizan dapati Ahmad Said ADUN paling senior. Bukan sahaja beliau ADUN paling senior (sejak 1990) tetapi beliau juga adalah Ketua UMNO Bahagian. Tidak semstinya Ketua Bahagian yang jadi MB. Datuk Dr Isa Sabu ketika dilantik menjadi MB Perlis bukan Ketua Bahagian. Tetapi beliau tetap dilantik jadi MB.
Selagi Ahmad Said tidak menderhaka kepada Sultan Mizan, selagi itulah beliau kekal di kerusi MB. Kecuali Ahmad Said sudah besar kepala tak mahu dengar titah Sultan lagi maka Sultan ada hak untuk menggantikannya dengan orang lain. Keputusan Mahkamah Persekutuan mengesahkan perlantikan Datuk Dr. Zamby Abdul Kadir sebagai MB Perak membuktikan bahawa apa yang dilakukan oleh Sultan Mizan adalah betul.Sultan Terengganu ada hak menolak nama Datuk Seri Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Presiden UMNO.
Sultan Mizan masih Yang Dipertuan Agong. Sudah tentu Najib tidak mahu mencari masalah dengan Sultan Mizan. Oleh itu sms nakal itu adalah kerja orang yang tidak ada kerja. Tentu kita masih ingat peristiwa 1995-1999 sewaktu Tan Sri Dr Yusof Noor dipindahkan ke DUN Kg. Raja. Setiap kali PM ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Terengganu, setiap kali desas-desus berbunyi kononnya Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad akan digantikan dengan Dr Yusof Noor. Sampai ke sudah Wan Mokhtar kekal sebagai MB sehinggalah BN tumbang di Terengganu pada pilihanraya umum 1999.
Berita perletakan jawatan Ahmad Said akan terus bermain sampailah pilihanraya umum akan datang kerana itulah kerja orang UMNO yang tidak ada kerja. Mereka lebih suka sebar gosip di kedai kopi dari buat kerja untuk rakyat. Jadi tak usah bimbang jika selepas ini kita terima pelbagai sms lagi tentang berita kononnya Ahmad Said diarah meletakkan jawatan.
Tidak ada sebab Ahmad Said letak jawatan kecuali beliau derhaka kepada Sultan Mizan. Siapa yang derhaka? bagi saya, Datuk Rosol Wahid yang derhaka kerana terus pertikai kedudukan Ahmad Said sedangkan ia adalah pilihan Sultan Mizan. Jika tak boleh terima dengan pilihan Sultan Mizan, pulangkanlah gelaran Datuk kepada istana semula dan pindahlah dari negeri Terengganu ke negeri yang tidak ada Sultan.
Justru itu tak payahlah kita layan sms remeh seperti ini. Buang masa sahaja. Ketika tulisan ini tersiar dalam blog ini, Ahmad Said berada di Jerman menziarahi Sultan Mizan yang sedang menjalani pembedahan di situ. Selepas itu beliau singgah di Mekah untuk menun aikan umrah dan memohon petunjuk dari Allah.
Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Ahmad Said.

SETIAUSAHA POLITIK NOR MOHAMED YAKCOP LETAK JAWATAN
Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hari ini.
Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.
Menurut malaysiakini, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.
Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.
Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.

Ahmad Said digantikan Mac?
Ada sebuah blog yang penggendalinya berpangkalan di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 11 Februari 2010 menyebut “Terengganu Bakal dapat MB baru Mac ini?”
Menurunya, satu sumber dari blog yang pro UMNO Terengganu memaklumkan bahawa bekas (?) SUK yang masih bercuti sehingga 15 April ini sedang menjaja kononnya MB Terengganu akan bertukar lagi pada Mac ini.
Menurut sumber tersebut, sudah ada seorang isteri kepada YB ( MB Menanti) telah membeli berpuloh-puloh pasang kain sutera sebagai persiapan untuk ditabalkan sebagai Isteri kepada MB baru Terengganu.
Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan, namun pergolakkan kali ini melibatkan SUK yang diminta bersara awal.
Bekas SUK ini dikatakan begitu yakin bahawa PM akan membuat rombakan kabinet dan akan membuat perubahan kepada pimpinan Kerajaan Terengganu.
Oleh kerana mac ini merupakan masih dalam edah cuti bagi SUK yang bersara awal itu dan beliau dengan penuh keyakinan mendakwa beliau akan dilantik semula sebagai SUK dan pesaraan awal beliau yang bermula 16. April ini akan ditarik balik.
Sama-sama lah kita tunggu Mac ini sama ada dakwaan bekas SUK ini benar atau ianya sekadar angan-angan beliau sahaja.
Begitupun politik umno/BN umno Terengganu terus bergelora dan bergelombang .

Monday, February 15, 2010
Terengganu Ambil Guru Timur Tengah Ajar Bahasa Arab
Kerajaan Terengganu akan mengambil 16 orang lagi guru bahasa Arab dari negara Timur Tengah dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran bahasa tersebut di kalangan pelajar sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata program perintis pengambilan guru bahasa Arab itu telah pun bermula pada tahun lepas dan kini menunjukkan hasil yang memuaskan.
"Dalam projek perintis tahun lepas, kita telah mengambil 13 guru bahasa Arab dari Sudan dan Syria dan hasilnya ia banyak membantu pelajar kita dalam meningkatkan penguasaan bahasa Arab.
"Jadi tahun ini, kita tambah lagi 16 orang guru bahasa Arab dari negara Mesir serta Sudan dan mereka akan ditempatkan di SABK di seluruh negeri ini tidak lama lagi," katanya hari ini.
Beliau berkata sebelum ini kebolehan pelajar Terengganu di sekolah-sekolah agama dalam subjek bahasa Arab agak lemah.
Ahmad Razif berkata dengan pengambilan guru-guru bahasa Arab berkenaan, ia akan memberi satu kelainan dalam suasana pembelajaran yang mana komunikasi secara langsung dengan guru dalam bahasa Arab akan memberi lebih keyakinan kepada pelajar untuk menguasai bahasa itu.

TAK HABIS-HABIS DENGAN MOKHTAR NONG...
PENDAPAT...
Oleh Warga Wisma Darul Iman
Tak reti dah nak cakap atau nak ulas mengenai bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu ini.
Ada mengatakan beliau masih bercita-cita untuk kembali ke jawatannya. Untuk apa? Kata dah bersara!
Saya pun hairan dengan blog www.teganukini.blogspot.com semalam.
Sedap-sedap je mulut meminta Mokhtar hentilah provokasi untuk kembali menjadi SUK pada bulan March ini.
Bulan Mac? Ada apa? Setahu saya ia ada kaitan dengan cakap-cakap bahawa Datuk Ahmad Said akan digugurkan. Kenapa pula?
Siapa bawa cerita itu? Mokhtar sendiri ke? Tidak munasabah kerana Mokhtar tidak minat dengan politik.
Mungkin sebelum ini dia pergi ke perjumpaan mereka yang menentang Menteri Besar sekarang pun kerana terpaksa atau tidak sengaja. SUK tidak boleh berpihak. Mana boleh begitu.
Hairan sungguh apabila teganukini meminta bekas SUK itu supaya “rancanglah sesuatu kerja kebajikan kepada rakyat Terengganu dengan kurniaan besar yang telah Dato' terima daripada kerajaan negeri.”
Kenapa pula teganukini memandai-mandai? Itu tuduhan, kalau tidak benar nanti susah!
Bukan itu sahaja. Teganuku pergi lebih jauh dengan berhujah : “Sekiranya rasa benci dan dendam menebal kepada Dato' Ahmad Said, lepaskanlah segala jawatan-jawatan dalam GLC yang masih lagi belum dilepaskan. Ramai lagi Pegawai-Pegawai sedang menunggu untuk menggantikan tempat bagi mendapat pengalaman mentadbir dunia koperat.”
Aiiii...ini dah macam nak berbalah besar. Teganukini mengesyurkan agar Mokhtar memberikan “kerjasama sepenuhnya kepada Dato' Mazlan Ngah dan Dato' Razak Ismail dalam mengambil tugas sebagai pengganti.”
Hmm entahlah, bingung dibuatnya dengan kerenah politik dan pentadbiran di Terengganu.
Persoalannya siapa dok jek atau dok pump Mokhtar Nong ini?
Teganukini merujuk kepada tiga ADUN. Siapa dia ya?
Kata teganukini : “Kepada tiga lagi ADUN, ikutilah jejak langkah YB. Ustaz Ramli dan rakan-rakan dalam kembali kepangkal jalan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Dato' Ahmad Said dan Kerajaan Negeri bagi memastikan Terengganu terus maju dan membangun.
Berilah kerjasama sebagaimana ADUN lain memberi kerjasama semasa semasa YB menjadi exco dan MB suatu masa dulu...”
Teganukini memberikan panduan: “Kebanyakan YB YB masih muda dan masih dapat pergi jauh dalam arena politik seandainya UMNO masih belum berkubur. Kembalilah kepangkal jalan sebagaimana Ustaz Ramli dan rakan-rakan demi masa depan tuan-tuan semua.”
Betul juga – buat apa berbalah sesama sendiri.
Betul juga kata Teganukini bahawa semua pihak patut mencontohi Yang Berhormat Ustaz Ramli Noh yang melalui blognya mengucapkan selamat bersara kepada Mokthar Nong dari jawatan Setiausaha Kerajaan Terengganu, yang juga merupakan senior beliau semasa beliau sama-sama penjawat awam sebelum jadi ADUN.
Begitulah tertibnya seorang ADUN yang berpendidikan agama dan bekas seorang Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Terengganu yang faham akan peraturan dan tatacara persaraan seorang penjawat awam.
Apabila surat persaraan dihulurkan kepada kerajaan bermakna berakirlah riwayat perkhidmatan dengan kerajaan, diikuti dengan alam percutiaan sebelum bersara dan akhirnya alam persaraan.
Ini tidak. Ada kalangan ahli politik di Terengganu yang cuba menaikkan semula semangat Mokhtar Nong yang sudah bersara. Kononnya kalau mereka ‘jadi MB’, Mokhtar Nong akan kembali.
Tidak tahu saya kepada siapa Teganukini rujuk tetapi kata blog berkenaan: “Berbeza dengan rakan ADUN bloggernya, walaupun secara pelat dapat sebut Hadis dan Quran dalam sidang DUN di bawah PAS dulu, loket untuk ucap selamat bersara dalam laman webnya walaupun ia percuma untuk sama-sama mengucap selamat bersara kepada Mokthar.
Sedangkan semasa zaman sebelum ini tidak kurang Mokhtar membantu memberi kelulusan perojek-projek besar dan kecil secara 'rundingan terus' semasa menjadi Pegawai Kewangan dan kelulusan tender semasa menjadi SUK kepada kroni beliau, termasuklah projek Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada awal tahun lalu.
Sebagai bloger berhormat, janganlah loket, berilah ucapan selamat bersara kepada Mokthar, agar dapat meninggalkan perkhidmatan dengan aman dan dapat menafaatkan ganjaran yang besar yang diterima daripada kerajaan khusus untuk berbakti kepada masyarakat Terengganu.”
Tak reti saya. Itu masalah dalaman. Saya setuju dengan Teganukini bahawa “Kepada Dato' Mokthar, terimalah hakikat bahawa Dato' telah membuat pilihahn yang tepat sebagaimana rakan-rakan Dato' sebelum ini termasuk Dato' Muhathar, Dato' Che Mat dan lain-lain lagi.”
Kalau dah susah sangat, saya cadangkan Mokhtar Nong masuk politik. Bertanding pilihan raya. Tenguk apa jadi dengan bekas pegawai tinggi kerajaan negeri yang kini jadi YB PAS.
Mudah sikit mahu dedah kelemahan kerajaan.
Dengan berbuat demikian, boleh berperang secara berdepan dengan Ahmad Said atau sesiapa juga Menteri Besar akan datang.
Baru anak jantan, bukan main tikam belakang!

Arak ganti pil kuda?
Benarkah pil kuda semakin sukar didapati sekarang?
Habislah. Samseng jalanan sudah pasti tidak syok lagi menunjukkan aksi kerana pil yang berjaya menghilangkan rasa takut dan malu, semakin sukar didapati.
Mungkinkah dengan berkurangannya pil itu, harga akan naik dan ada pihak yang akan menggunakan peluang ini untuk ‘melonggokkannya’ di Terengganu.
Polis perlu lebih peka dan bertindak tegas.
Apapun, selepas pil kuda semakin sukar diperoleh, samseng jalanan di negeri ini dikatakan beralih kepada pengambilan minuman keras.
Ia bagi membolehkan mereka berkhayal dan menghilangkan rasa takut menunggang laju dan melakukan pelbagai aksi berbahaya di jalan raya.
Dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Sultan Omar di sini, awal pagi kelmarin, polis menemui sebotol arak yang dipercayai tidak sempat dibuang samseng jalanan berkenaan ketika ditahan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Fauzi Muhammad, berkata polis menemui sebotol arak disimpan dalam beg galas seorang penunggang motosikal dari Taman Setia, Dungun, yang gagal meloloskan diri daripada sekatan jalan raya itu.
"Pemeriksaan awal mendapati penunggang berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan dia ditahan di bawah Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Dalam kes berasingan, dua lelaki berusia 18 dan 19 tahun dari Kampung Bukit Sura, Marang yang asyik membuat aksi 'wheelly' ditahan di Jalan Sultan Muhammad berhadapan sebuah pusat membeli-belah di sini.
Mohd Fauzi berkata, menyedari tindakan mereka diperhatikan polis, dua remaja itu cuba meloloskan diri ke dalam semak berhampiran tetapi mereka dapat diberkas kira-kira 50 meter daripada tempat kejadian.
"Penunggang berkenaan didapati tidak mempunyai lesen dan motosikal digunakan sudah diubahsuai serta menggunakan nombor pendaftaran tidak dibenarkan," katanya sambil menambah kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 kerana memandu secara merbahaya dan melulu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, dalam operasi dari jam 11 malam hingga 6 pagi kelmarin, seramai 210 penunggang ditahan termasuk tujuh remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu.
Katanya, sepanjang tahun ini hingga semalam, sejumlah 8,859 sama telah dikeluarkan di daerah ini yang mana 1,700 daripadanya membabitkan kesalahan memandu tanpa lesen.
Sehubungan itu, katanya, polis meminta kerjasama ibu bapa untuk lebih bertanggungjawab dan memantau pergerakan anak mereka serta melarang anak yang tidak mempunyai lesen daripada menunggang bagi membendung gejala samseng jalanan.

5,000 kunjungi rumah terbuka MCA
Seramai 5,000 tetamu mewakili pelbagai kaum mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Tunku Abdul Rahman, di sini, semalam.
Pengerusi MCA Terengganu, Toh Chin Yaw berkata, sambutan di luar dugaan yang diberikan masyarakat di kawasan ini jelas menunjukkan matlamat kerajaan mewujudkan gagasan 1Malaysia hampir tercapai.
“Saya sendiri tidak menjangkakan sambutan begitu meriah pada tahun ini jika dibandingkan tahun sebelumnya. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai bangsa dan agama jelas menunjukkan bahawa perpaduan masyarakat di negeri ini semakin utuh dan membanggakan,” katanya semalam.
Menurut Chin Yaw yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, memandangkan majlis rumah terbuka itu turut dihadiri pelbagai kaum, pihaknya mengambil inisiatif menghidangkan pelbagai menu makanan tradisional mewakili semua kaum termasuk Cina, Melayu dan India.
“Namun begitu, kami lebih menumpukan makanan tradisional kaum Melayu memandangkan majoriti masyarakat di sini sudah sinonim dengan menu seperti sate, nasi minyak, nasi dagang dan sebagainya,” katanya.
Antara ahli politik yang turut hadir majlis tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Warga tua gembira dikunjungi wakil rakyat
Kehidupan warga emas, Abdul Rahman Ibrahim, 72, dari Kampung Fikri di sini yang terlantar akibat serangan angin ahmar tujuh bulan lalu dilanda kesunyian kerana tiada sanak saudara datang menziarahinya.
Namun, kesunyian itu bertukar menjadi kegembiraan apabila Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee melawatnya secara mengejut di rumahnya, baru-baru ini.
Warga emas yang mempunyai tujuh orang anak itu hidup terlantar kerana tidak dapat bergerak serta berjalan selepas diserang penyakit itu.
Abdul Rahman memberitahu, pada mulanya dia amat terkejut kerana kedatangan Mohd. Jidin ke rumahnya tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh sesiapapun.
''Saya tak sangka beliau (Mohd. Jidin) yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian tetapi dapat juga meluangkan sedikit masa untuk menziarahi saya.
''Beliau memang seorang pemimpin yang prihatin dengan masalah rakyat kerana sanggup melawat orang sakit seperti saya," katanya.
Dalam kunjungan tersebut, warga tua itu yang kini tinggal bersama tiga orang anaknya turut mendapat sedikit sumbangan daripada Mohd. Jidin.
Abdul Rahman yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan mendapat bantuan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Setiu.

Sunday, February 14, 2010
Guru Besar,Pengetua Dapat Imbuhan Jika Berjaya Lonjakan Prestasi Sekolah
Bermula tahun depan, guru besar dan pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan akan diberikan ganjaran dan insentif oleh Kementerian Pelajaran.
Timbalan Perdana Menteri Tan sri Muhyiddin Yassin berkata penilaian prestasi akan mula dilakukan tahun ini dengan setiap pencapaian sekolah akan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi guru besar ataupun pengetua.
"Malah bukan sahaja kepada pengetua ataupun guru besar, imbuhan itu juga akan turut dirasai oleh guru-guru di sekolah yang terlibat dan ini akan memberikan galakan kepada golongan tersebut untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan prestasi sekolah masing-masing," katanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri pelajaran, berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu kali ke 31 dan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak memperjelaskan bentuk ganjaran atau insentif yang akan diberikan nanti.
Sementara itu, Muhyiddin turut memuji kerajaan negeri Terengganu kerana memberikan komitmen yang besar terhadap bidang pendidikan dengan mengiktiraf negeri itu sebagai peneraju bidang pelajaran di negara ini.
"Ini dapat dilihat melalui peruntukan besar kepada bidang pendidikan selain memberi bantuan kepada pelajar memperoleh buku elektronik dan imbuhan kecemerlangan," katanya.
Katanya, komitmen itu menjadikan Terengganu berjaya muncul sebagai negeri yang mencatatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) selama sembilan tahun berturut-turut. Di samping itu, katanya, negeri itu berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Palajaran Malaysia (STPM).
Muhyiddin berkata walaupun, tidak ada sekolah di Terengganu yang disenaraikan antara 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) baru-baru ini, namun itu tidak bermakna kerajaan meminggirkan sekolah di negeri itu.
"Banyak sekolah di negeri ini yang mencapai tahap cemerlang, namun tidak disenaraikan dalam sekolah SBT kerana masih mempunyai kekurangan dalam satu dua perkara.
"Namun dengan adanya usaha gigih semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan pelajar itu sendiri, saya pasti, lebih banyak sekolah di negeri ini akan tersenarai pada masa akan datang," katanya.

RM10,000 Kepada Bekas Pemain Kebangsaan Yahya Jusoh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi sumbangan RM10,000 kepada bekas pemain kebangsaan Yahya Jusoh yang menghidap penyakit saraf.
Naib Presiden FAM Datuk Che Mat Jusoh berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban Yahya sekeluarga.
Beliau berkata penderitaan Yahya mendapat perhatian Presiden persatuan Sultan Ahmad Shah yang berdoa penyakit bekas pemain seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari itu cepat sembuh.
"Baginda berharap sumbangan kecil daripada FAM ini akan dapat membantu serta meringankan beban Yahya dan keluarga," katanya semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan itu kepada Yahya bagi pihak Sultan Ahmad Shah. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) Sheikh Tahjuddin Sheikh Yusoff dan pemain-pemain bola sepak Terengganu.
Sementara itu Yahya, 57, berkata penyakit yang dihidapinya itu semakin pulih selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
"Alhamdulillah ada banyak perubahan berbanding sebelum ini," katanya yang berterima kasih kepada FAM di atas sumbangan tersebut.
Yahya menghidap penyakit itu sejak Oktober lepas.

RM600,000 untuk beli jentera
Kira-kira 1,700 peladang dan pesawah di negeri ini mendapat manfaat di bawah Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara sejak mula diperkenalkan pada 2007.
Menurut Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu, Shamsuddin Mat Rani, dasar itu adalah bagi menggalakkan peladang dan pesawah memiliki jentera sendiri dan peralatan untuk mengusahakan sawah dan ladang tanpa banyak bergantung pada penyedia perkhidmatan.
Katanya, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos operasi, penyediaan tanah yang berkualiti bagi membolehkan sektor pertanian ditransformasikan ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.
“Sejak diperkenalkan pada 2007, LPP telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk pemberian jentera dan jumlah itu meningkat kepada RM500,000 pada 2008.
“Disebabkan sambutan yang cukup menggalakkan, peruntukan tersebut ditingkatkan kepada RM2.5 juta pada 2009 dan untuk tahun ini sahaja, kita memperuntukkan sebanyak RM600,000 kepada 200 ke 300 peladang dan pesawah di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Penyerahan Jentera dan Peralatan Peladang di bawah Skim Pemilikan Jentera dan Peralatan Kecil Peladang dan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Negara yang diadakan di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Payong.
Majlis itu dirasmikan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi PPK Bukit Payong, Othman Muda.
Menurutnya, kebanyakan penerima bantuan tersebut adalah peladang yang mengusahakan tanaman padi selain pengusaha tanaman lain.
“Had pembiayaan maksimum bagi seorang peladang ialah RM5,000 dan jentera atau peralatan yang diberikan berdasarkan permintaan dan keperluan mereka.
“Kita berharap dengan usaha yang dijalankan ini, ia dapat meningkatkan pengeluaran pertanian dan menjadikan sektor ini sebagai penjana ekonomi negara dan memperoleh imbangan dagangan yang positif,” katanya.

Tindakan rotan murid tidak wajar?
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Ariffin Embong menyifatkan tindakan seorang guru Bahasa Inggeris yang merotan sekumpulan murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Dungun sebagai perbuatan tidak betul dan tidak wajar dilakukan oleh seorang bergelar guru.
:Menurut Ariffin, tidak sepatutnya guru itu bertindak merotan secara melulu, apatah lagi sehingga menyebabkan beberapa murid mengalami kecederaan.
“Tindakan guru itu tidak betul dan setakat ini guru besar sekolah tersebut telah memanggil guru terbabit untuk menyiasat kejadian sebenar serta memberi nasihat.
:“Buat masa ini kita berikan peluang kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan kes itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang guru yang naik berang lantas merotan sekumpulan mu-ridnya dikatakan gagal memakai tag nama seperti dilaporkan kelmarin.
Akibat kejadian berkenaan, beberapa murid yang cedera kerana disebat beberapa kali dengan rotan turut membuat laporan di Balai Polis Dungun.
Malah, ibu bapa murid yang menjadi mangsa rotan itu turut melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana beranggapan guru terbabit tidak sepatutnya menghukum kesalahan sehingga mencederakan murid.
Kata Ariffin, sekiranya kes itu tidak dapat diselesaikan di peringkat sekolah ia akan dibawa ke Jabatan Pelajaran Negeri.
“Kita harap kes ini dapat diselesaikan di peringkat sekolah, jika tidak, kita akan ambil tindakan lanjut,” katanya.

3 gelanggang rakyat di DUN Kuala Besut
Tiga buah Gelanggang Rakyat berharga RM450,000 sedang disiapkan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan bersukan dan rekreasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kemudahan gelanggang serba guna itu sedang dibina di Kampung Tok Has, Kampung Gong Nering dan Kampung Pantai.
Katanya, ketiga-tiga gelanggang yang mengandungi kemudahan gelangang futsal, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan badminton itu dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi,
''Sebelum ini pihak kerajaan sudahpun menyiapkan sebuah gelanggang futsal tertutup berharga RM250,000 di Kampung Lay Out Tok Saboh yang menjadi tumpuan golongan belia dan dewasa," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan gelanggang rakyat di Kampung Gong Nering Kampung Baru, semalam.
Dalam rangka program turun padang anjuran Pusat Khidmat ADUN Kuala Besut itu, beliau turut menziarahi golongan warga emas yang uzur dan golongan miskin bagi menyampaikan sumbangan.
A. Rahman berkata, dengan adanya gelangang terbabit, masyarakat terutama golongan muda tidak lagi menghadapi masalah untuk mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi.
Apa yang penting, katanya, kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan yang membabitkan perbelanjaan yang besar itu perlu dimanfaatkan oleh masyarakat dengan sebaik mungkin.
Kemudahan itu juga, tambahnya, membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan minat dan kecenderungan golongan belia untuk menyertai aktiviti yang bermanfaat bagi melahirkan generasi sihat.
''Tidak ada sebab lagi untuk menyalahkan kerajaan tidak prihatin kepada rakyat kerana lebih banyak lagi kemudahan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan masyarakat," katanya.