Saturday, April 3, 2010

Sasaran 3.5j atau 4j pelancong ke Terengganu?

PENDAPAT…

Oleh Lokman Awang

Mana satu yang betul ni? Kerajaan sasar 4 juta pelancong atau 3.5 juta seperti disebutkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kelmarin?

Perbezaan bilangan 500,000 pelancong itu besar bagi Terengganu.

Pada 19 Februari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata kerajaan negeri menyasarkan kedatangan pelancong ke negeri ini akan mencecah kira-kira 4 juta orang pada tahun ini.

Sebaliknya kelmarin, Ahmad Said ketika melancarkan Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort, berkata sasaran pelancong untuk Terengganu tahun ini ialah 3.5 juta.

Atau apakah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman silap membaca teks yang disediakan?

Mungkinkah teks mengatakan 4 juta tetapi Razif membacanya 3.5 juta?

Atau Za’aba meletakkan sasaran terlalu tinggi dan Ahmad Said beranggapan 3.5 juta memadai?

Mungkin akan ada orang mengatakan apa ada pada angka tetapi dalam konteks kedatangan pelancong ia sangat penting dan ia juga adalah sasaran.

Jika menurut Za’aba, kerajaan negeri yakin faktor-faktor seperti kebimbangan penularan selesema H1N1 dan kesan kegawatan ekonomi pada tahun lepas tidak akan mempengaruhi kedatangan pelancong pada tahun ini.

Katanya, petunjuk awal mengenai peningkatan itu dapat dilihat dengan kedatangan pelancong domestik dan asing ke negeri ini sempena Tahun Baru Cina.

''Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sahaja mencatatkan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung pada hari kedua Tahun Baru Cina," katanya.

Berucap ketika meraikan Pemenang dan Finalis Pengusaha Pelancongan Terengganu Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 di Primula Beach Resort, Za'abar berkata, sebanyak 3.3 juta pelancong domestik dan asing dicatatkan mengunjungi beberapa destinasi pelancongan di negeri itu tahun lepas.

Namun jumlah kedatangan pelancong tersebut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu seramai 3.5 juta orang ekoran kebimbangan penularan H1N1 dan kesan kegawatan ekonomi.

Berikutan itu, bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di negeri ini pada tahun ini, sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk menjalankan promosi dan aktiviti pelancongan.

Dalam konteks menggalakkan kedatangan pelancong ini, Ahmad Said berkata, ketika ini kerajaan negeri merupakan pelabur terbesar yang bertanggungjawab menggerakkan sektor berkenaan dan sebahagian besar hasilnya akan dinikmati oleh rakyat.

Dengan kesediaan kerajaan menerajui pembangunan sektor pelancongan di Terengganu adalah diharapkan usaha membangunkan tarikan-tarikan baru, jumlah pelancong akan terus meningkat.

Antara tarikan-tarikan baru yang bakal menjadi tumpuan pelancong ialah “Kenyir Island Hopping”, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Pusat Tekstil, Taman Negara berhampiran Gua Bewah di mana telah dijumpai artifak, iaitu rangka manusia tertua di Malaysia berusia 16,000 tahun.

“Industri-industri kecil yang sedia ada seperti tenunan songket dan batik serta kraftangan berasaskan tembaga dan ukiran tradisional kayu, akan terus menjadi tarikan,” ujarnya.

Saya berharap perbezaan angka itu dapat diperbetulkan dengan jelas kerana sasaran kedatangan pelancong adalah penting untuk menunjukkan sejauh mana usaha kerajaan dan keberkesanan agensi pelancongan menjalankan tugas mereka.

Jika ada kesilapan di pihak lain – penyediaan maklumat atau teks umpamanya – pembetulan hendaklah segera dilakukan kerana kesilapan seperti ini kurang baik kepada semua pihak yang berhasrat memajukan pelancongan untuk Terengganu.

Terengganu mampu menghukum Kedah malam ini

Penjaga gawang Kedah, Helmi Eliza Elias berpendapat Terengganu mampu menghukum pasukan Hijau Kuning, jika tidak berhati-hati.

Ini kerana, Terengganu mempunyai rekod yang baik pada peringkat suku akhir, apabila menundukkan T-Team.

Helmi, yang pernah dinobat 'Penjaga Gol Popular' dan 'Pemain Paling Bernilai' pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2007-2008, amat fokus pada perlawanan hari ini.

Dia mahu mengelak kesilapan yang boleh mengundang padah kepada pasukannya.

Kedah berpeluang cerah untuk mara ke pentas akhir Piala FA buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun, selepas berkelebihan dua gol apabila menumpaskan Terengganu 2-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa lalu.

Kerana itu, ketika bekalan dua gol menjadi sandaran Kedah, Helmi pasti menjadi antara tonggak penting untuk mengekalkan kelebihan itu menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu di Stadium Darul Aman, hari ini.

Selain peranan yang sama penting 10 lagi rakannya di atas padang, kem Hijau Kuning semestinya mengharapkan aksi terbaik Helmi, sebagai benteng terakhir Kedah, dalam usaha mengekang asakan Terengganu yang akan berhabis-habisan memburu gol.

Menyedari tugas berat yang bakal dipikulnya, penjaga gol berusia 27 tahun itu berazam memanfaatkan segala kemampuan dan kebolehannya mengawal gawang, agar tidak dibolosi jentera serangan skuad Penyu.

Justeru, dia akan memberikan komitmen seratus peratus dan berusaha sebaik mungkin bersama rakan-rakan sepasukan dalam misi mahu melangkah ke perlawanan akhir.

Pada masa sama, pemain kelahiran Alor Setar itu tidak rela membiarkan suasana perlawanan termasuk sebarang 'perang psikologi' pemain dan penyokong lawan menganggu tumpuannya.

"Saya yakin rakan sepasukan akan berjuang habis-habisan, kami akan saling membantu dalam usaha memastikan impian ke final tercapai.

"Kami bermain bukan hanya untuk mempertahankan kelebihan gol, tetapi mahu menambah lagi jaringan," katanya.

Batu Rakit Pusat ICT tercanggih di Terengganu

Kerajaan negeri akan menjadikan kawasan perindustrian Batu Rakit dekat Kuala Terengganu sebagai pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negeri bertaraf antarabangsa dan tercanggih di Pantai Timur di tapak seluas 60 hektar.

Penubuhan pusat itu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini akan dilengkapkan dengan beberapa komponen seperti Pusat Animasi Global, Pusat Antarabangsa Pertukaran Perniagaan Digital, Stesen Pendaratan Kabel dan Pusat Data.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata projek itu adalah satu daripada empat komponen projek pembangunan ICT di negeri ini yang dirancang kerajaan negeri.

Katanya, tiga lagi komponen yang menjadi fokus pembangunan ICT di negeri ini membabitkan projek e-kerajaan, Bestari.com bagi komponen sosial dan e-Farm bagi komponen pelajaran dan sumber manusia.

“Setiap komponen ini saling memberi sokongan satu sama lain bagi menjayakan projek pembangunan ICT termaju di negeri ini.

“Hasrat kita untuk melihat projek pembangunan ICT negeri ini mencapai sasaran dan seluruh rakyat negeri ini memanfaat sepenuhnya penggunaan ICT dalam urusan kerja seharian,” katanya pada perasmian Karnival ICT dan Multimedia Terengganu 2010 di sini, kelmarin. Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.

Karnival itu yang ditaja bersama oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dengan kerjasama kerajaan negeri berlangsung selama empat hari yang dipenuhi dengan pameran dan seminar mengenai ICT dan multimedia kepada pelajar.

Ahmad Said berkata, kerajaan negeri yang kini memberi fokus kepada pembangunan ICT dan multimedia kerana hampir semua urusan harian sekarang dalam era dunia moden menggunakan kemudahan berkenaan.

Katanya, dalam soal ini kerajaan Terengganu tidak mahu ketinggalan dan mahu menjadikan bidang ICT juga sebagai peluang kerjaya baru kepada rakyat negeri ini.

“Sebenarnya kerajaan negeri sudah menjadikan bidang ICT dan multimedia ini sebagai pemangkin dalam merangsang agenda pembangunan negeri ini,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Martabat pembelajaran al-Quran

Kerajaan Negeri akan terus memartabatkan pembelajaran al-Quran membabitkan semua peringkat, sama ada sekolah rendah, menengah mahupun institusi pendidikan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, dalam pembelajaran al-Quran akan ditekankan aspek kajian supaya generasi muda meminati serta mengaplikasikannya sebagai panduan hidup.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa bersedia dan mengalu-alukan penganjuran majlis tilawah serta hafazan bagi mencari bakat baru yang boleh diketengahkan.

“Ini sebab, masih ramai lagi anak muda di negeri ini tidak boleh membaca al-Quran walaupun banyak kemudahan disediakan di surau ataupun masjid serta tenaga pengajar terlatih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Menghafaz al-Quran peringkat negeri Terengganu di Auditorium JHEAT, Kompleks Seri Iman, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menurutnya, bagi memelihara keagungan al-Quran di negeri ini, galakan ibu bapa sangat penting bagi menarik minat anak menghayati dan membaca al-Quran dengan baik.

"Segelintir ibu bapa yang menganggap anak kecil tidak sesuai belajar al-Quran pada usia muda tidak boleh dijadikan alasan kerana ia menyekat minat anak kelak.

“Jika boleh biarlah lebih ramai hafiz dan hafizah dapat dilahirkan di negeri ini kerana sekitar 1960-an, Terengganu pernah menjadi tempat tumpuan pembelajaran al-Quran, malah ramai tokoh agama berjaya mencipta nama,” katanya.

Sementara itu Khazan berkata, pembabitan generasi baru pada program imam muda juga perlu digalakkan bagi melahirkan pelapis yang boleh memimpin masyarakat setempat dalam aspek agama.

“Kita tidak mahu tumpuan diberikan kepada golongan berusia sahaja kerana hasrat Kerajaan Negeri menyeimbangkan keperluan agama terhadap semua peringkat usia,” katanya.

Pelaburan Besar Untuk Kecemerlangan Pendidikan

Menurut laporan Aida Abdul Rahman, wartawan Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang menyertai rombongan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, baru-baru ini, bukan pelaburan besar sahaja menentukan kejayaan dan pencapaian pelajar di Terengganu.

Ia juga bergantung kepada usaha lain, termasuk pendekatan nilai tambah kerajaan negeri selain membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar negeri ini yang membolehkan ia mencapai kejayaan.

Malah bantuan kecil daripada Yayasan Terengganu (YT) turut menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan di negeri berkenaan.

Sejak dua tahun lalu, Menteri Besar Terengganu di mana-mana forum dan platform menyatakan hanya pendidikan dan pelajaran mampu mengubah nasib sesebuah keluarga di Terengganu.

Tema yang sering dibawa beliau – kalau ibu bapa penerima PPRT, anak mereka yang berpelajaran tidak akan jadi penerima PPRT lagi – untuk menyedarkan ibu bapa betapa pentingnya pendidikan.

Tanpa segan silu, Ahmad Said merujuk dirinya sebagai ‘anak tok penyadat’ yang mampu ke university dan kembali bertugas sebagai pegawai kerajaan dan kini Menteri Besar, dan apa kurangnya dengan anak Terengganu yang lain.

Kerana itu beliau begitu yakin, Terengganu mampu melahirkan ramai jurutera, doktor, juruterbang, ahli sukan berjaya, juruteknik, pakar bedah, guru-guru berkemahiran tinggi selain peniaga yang berjaya.

“Segalanya mampu dicapai melalui pendidikan,” katanya.

Berikutan itu, melalui bajet yang tinggi untuk pendidikan selain nilai tambah yang tinggi, pendidikan memberi pulangan balik dan ini dibuktikan menerusi kejayaan berganda dalam kesemua peperiksaan awam 2009 yang diumumkan sejak akhir tahun dan awal Mac lalu.

Berapakah jumlah sebenar peruntukan kerajaan Terengganu untuk pendidikan? Ia adalah kira-kira RM245 juta untuk sektor pendidikan tahun ini sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2010 lalu.

Menteri Besar berkata jumlah besar itu meletakkan Terengganu sebagai negeri yang melabur paling tinggi untuk pendidikan berbanding negeri lain sepanjang tahun ini.

“Kita jadi negeri nombor satu memperuntukkan bajet besar untuk pendidikan..Sebanyak RM245 juta tahun ini bersama dengan (menerusi) Yayasan Terengganu. Kerajaan negeri peruntuk RM100 juta lebih, manakala Yayasan (YT) RM100 juta lebih.”

Berucap pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah kecemerlangan anak Terengganu serta pelancaran program perantis usahawan Universiti Utara Malaysia (UUM)-Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), di Dewan Angsana, Hotel EDC, UUM, Sintok, malam 27 Mac lalu, Ahmad Said menjelaskan, Terengganu bukan hanya merangkul negeri terbaik sepanjang sembilan tahun berturut-turut dalam peperiksaan UPSR.

Terengganu juga buat tahun kedua berturut-turut cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), diikuti negeri terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malysia yang diumumkan pada 25 Februari lalu.

Terbaru, selepas membandingkan keputusan negeri lain, terbukti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga merekodkan Terengganu sebagai negeri terbaik dan menjadikan Terengganu menguasai kesemua keempat-empat peperiksaan awam sebagai negeri terbaik.

“Pada Mei depan, kita akan buat `roadshow’ ke setiap kawasan bagi menemui kira-kira 20 ribu pelajar yang mengambil SPM terutama mereka yang berjaya termasuk berjumpa guru-guru bagi menyampaikan anugerah atas kejayaan dan kecemerlangan mereka.

“Malah, kita juga memperuntukkan bajet untuk mengiktiraf kejayaan semua pelajar ini dengan menyenaraikan nama mereka yang berjaya dalam akhbar (arus perdana) sebagai dorongan mereka dan rakan serta adik-adik yang lain melakukan kejayaan yang sama atau yang lebih baik,” kata beliau.

Turut hadir di UUM ialah isteri Menteri Besar, Toh Puan Norliza Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera.

Hadir sama, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dan Pengarah yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat dan Pengurus Besar YPU, Haji Azmi Razik.

Selain peruntukan besar, YT juga menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta setiap tahun untuk membiayai Biasiswa Kecil YT (BKYT) bagi membantu pelajar miskin yang cemerlang meneruskan pelajaran.

Selain itu, pelajar cemerlang yang tidak berjaya menerima Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) daripada Kementerian Pelajaran, turut berpeluang memohon BKYT jika menepati syarat ditetapkan YT.

Kemudahan biasiswa ini adalah membantu pelajar cemerlang di negeri ini terutama pelajar miskin untuk meneruskan pelajaran dan memberi peluang meraih kejayaan.

Kelayakan memohon BKYT turut diberikan kepada pelajar miskin yang kurang cemerlang jika individu berkenaan menepati syarat ditetapkan bagi membantu meringankan bebanan keluarga.

YT turut menyediakan peruntukan tambahan kepada sekolah pendidikan khas bagi menampung peruntukan sedia ada yang diterima daripada Kementerian Pelajaran.

Sehingga kini peruntukan tambahan yang disediakan YT terutama kepada dua sekolah pendidikan khas (pendengaran) ini adalah menyediakan menu minuman pagi kepada semua pelajar setiap hari.

Bermula tahun ini juga, YT mengambil pendekatan menyerahkan bantuan di bawah Skim Bantuan Persediaan kepada pelajar layak pada satu majlis rasmi yang akan dianjurkan di setiap daerah.

Selain bantuan YT, sebanyak RM30 juta setahun diperuntukkan untuk kelas tambahan bagi murid Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pengiktirafan dan hadiah kecemerlangan pelajar dan sebagainya.

Terengganu lancar direktori usahawan

Kerajaan negeri kelmarin melancarkan direktori usahawan negeri Terengganu iaitu TerengganuPages.Com bagi membantu orang ramai mendapatkan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

Direktori yang menyediakan perkhidmatan secara percuma itu dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, direktori itu diwujudkan setelah kerajaan menyedari kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta multimedia ketika ini.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri juga merancang untuk menaik taraf direktori tersebut kepada e-perdagangan kerana ia penting dalam mempromosi serta menjual produk-produk secara dalam talian.

"Selain itu, urusan jual beli juga akan dapat dibuat menerusi TerengganuPages.com ini," katanya semasa berucap pada majlis perasmian ICT dan Multimedia Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Kuala Terengganu.

Perasmiannya dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman yang mewakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Turut hadir Timbalan Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Dr. Nor Aliah Mohd. Zahri; Pengarah Gabem, Sahlan Saruddin dan Pengurus Besar YPU, Azmi Razik.

Sehubungan itu Mohamed memberitahu, semua usahawan dan syarikat dipelawa untuk segera mendaftar di dalam direktori berkenaan mulai sekarang.

Beliau menarik perhatian, YPU dengan kerjasama Gabem turut mendahulukan perbelanjaan bagi menjayakan direktori TerengganuPages.com itu.

"Namun untuk meneruskan usaha merealisasikan e-perdagangan, usahawan memerlukan laman web sendiri yang lebih menarik dan interaktif.

"Sebanyak RM1.5 juta diperlukan bagi projek ini dengan jangkaan 3,000 usahawan akan mempunyai laman web sendiri dengan kos penyediaan laman web RM500 setiap satu," jelasnya.

Friday, April 2, 2010

Memperkasakan Anjung Ilmu

Kerajaan negeri akan memperkasakan pendekatan Terengganu – Anjung Ilmu - melalui satu perbincangan khusus di kalangan cerdik pandai dan warga pendidik negeri ini agar usaha itu mencapai impak maksimum.

Perbincangan yang sedang dirangka kerajaan negeri itu dijangka akan dilakukan dalam tempoh agak segera.

Program Anjung Ilmu perlu dilakukan secara sistematik agar perancangan dan matlamat yang diharapkan mencapai sasaran dengan infrastrukturnya menyokong usaha menjayakan matlamat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata satu kertas konsep akan disediakan dan akan menjadi rujukan perbincangan kelak.

Menurutnya, usaha kea rah meletakkan Terengganu sebagai Anjung Ilmu bukan sekadar pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

Beliau akui dengan pencapaian terbaik dalam empat peperiksaan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran akan memudahkan negeri mencapai hasrat itu.

Ini akan dibantu dengan projek 2101052 yang dilancarkan oleh Menteri Besar kelmarin (30 Mac).

Program itu adalah untuk kecemerlangan dalam peperiksaan awam yang ingin dicapai mulai tahun ini apabila ia mensasarkan 20 peratus calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat semua A, 10 peratus bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) lima (5) peratus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dua (2) peratus bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat semua A dalam peperiksaan.

Selainn itu, dengan penggunaan e-book bererti kerajaan telah mewujudkan kelas maya dan peperiksaan secara `online’ serta 3,000 soalan untuk latih tubi sebagai ukuran kecerdasan pelajar Tahun Lima dan Enam.

Usaha lain ialah mempertingkatkan pencapaian sekolah elit/premier dengan peruntukan RM2 juta setahun ke sekolah elit/premier.

Dalam konteks bantuan dan biasiswa, melalui Yayasan Terengganu, kerajaan membelanjakan RM372 juta untuk pelajar Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berbual dengan pelajar cemerlang SPM dan STPM yang mempelorehi imbuhan pada Pelancaran 201052 `Terengganu Anjung Ilmu' Selasa lalu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Latih tubi kelas maya


Sempena pelancaran 201052 di Wisma Darul Iman Selasa lalu (30 Mac 2010), diadakan lintas langsung pelajar-pelajar di kelas maya dari 10 sekolah dalam daerah Kuala Terengganu yang membuat latih tubi dalam kelas masing-masing.

Persatuan pengetua-pengetua sekolah menengah Terengganu menyediakan lebih tiga ratus ribu soalan sebagai latihan untuk pelaksanaan peperiksaan online di negeri itu.

Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Dua dan Sekolah Rendah Tengku Ampuan Intan adalah antara sepuluh sekolah perintis bagi pelaksanaan kaedah berkenaan.

3.5j pelancong disasarkan ke Terengganu tahun ini

Kerajaan Terengganu mensasarkan kedatangan pelancong seramai 3.5 juta tahun ini berbanding 3.2 juta tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, dalam usaha memajukan sektor pelancongan di Terengganu, kerajaan negeri merupakan pelabur terbesar yang bertanggungjawab menggerakkan sektor berkenaan dan sebahagian besar hasilnya akan dinikmati oleh rakyat.

Menteri Besar yakin dengan kesediaan kerajaan menerajui pembangunan sektor pelancongan di Terengganu dengan membangunkan tarikan-tarikan baru, jumlah pelancong akan terus meningkat.

Antara tarikan-tarikan baru yang bakal menjadi tumpuan pelancong ialah “Kenyir Island Hopping”, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Pusat Tekstil, Taman Negara berhampiran Gua Bewah di mana telah dijumpai artifak, iaitu rangka manusia tertua di Malaysia berusia 16,000 tahun.

“Industri-industri kecil yang sedia ada seperti tenunan songket dan batik serta kraftangan berasaskan tembaga dan ukiran tradisional kayu, akan terus menjadi tarikan,” ujarnya.

Beliau menyatakannya pada perasmian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort, semalam.

Teks ucapan dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

Tambah Ahmad Said: “Memandangkan potensi sektor pelancongan dalam menjana ekonomi, Kerajaan Negeri membelanjakan sebahagian besar bajet tahunan untuk menyediakan prasarana untuk menarik lebih ramai pengunjung.”.

UMT Harap Polis Tidak Ambil Masa Lama Siasat Runtuhan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berharap pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menyiasat kejadian runtuhan yang berlaku di UMT Isnin lepas.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata ini kerana kejadian itu hanya melibatkan bahagian para besi tempat pekerja pembinaan melakukan kerja dan simen konkrit tangki air Institut Oseanografi dan Institut Akualkultur Tropika UMT.

"Kejadian runtuhan yang berlaku bukan melibatkan bangunan utama yang sedang dibina, bagaimanapun UMT tidak boleh buat apa-apa kalau polis mahu siasat kerana ini sudah jadi kes polis.

"Mungkin polis mahu siasat dalam pelbagai sudut termasuk jika ada faktor kecuaian manusia atau tidak, mengikut peraturan keselamatan dan sebagainya," katanya semalam.

Dalam kejadian petang Isnin itu, seorang buruh warga Bangladesh maut manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi di tingkat empat bangunan institut berkenaan runtuh.

Beliau berkata bangunan itu yang mula dibina pada Disember 2008 dijangka siap mengikut jadual Oktober depan.

Katanya UMT telah menghantar laporan berhubung kejadian itu kepada Canselor UMT iaitu Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Kementerian Pengajian Tinggi.

10 pegawai penguatkuasa Terengganu disiasat SPRM

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mustafar Ali berkata, seramai 10 pegawai penguatkuasa dari tiga agensi telah ditahan di Terengganu pada 30 Mac lepas atas tuduhan meminta wang perlindungan berjumlah antara RM500 dan RM5,000.

Katanya, kesemua pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM3,000.

"Kesemua mereka disyaki meminta wang perlindungan dari sebuah syarikat yang menjual keluli. Tujuh daripada pegawai berkenaan ditahan di Kemaman, manakala bakinya ditahan di Kuala Terengganu," katanya.

SPRM turut mengambil keterangan daripada seorang menteri kanan bagi membantu siasatan kes rasuah terhadap bekas setiausaha politiknya.

Kata Mustafar, pihaknya mengambil keterangan itu kelmarin di pejabat menteri berkenaan pada pukul 3.30 petang dan berlangsung kira-kira dua jam.

"Siasatan ke atas bekas setiausaha politik menteri terbabit masih berjalan dan individu terlibat juga masih belum dikenakan apa-apa pertuduhan.
Siasatan itu dibuat mengikut Akta SPRM 2009," katanya semalam.

Swasta Diajak Kembang Sektor Pelancongan
















Ahmad Razif (tengah) menekan butang tanda bermulanya Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 `Terengganu Dihati Ku' sambil disaksikan Datuk Razali Kassim dan Pengarah UKOM, Rosli Zakaria. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.


Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata syarikat swasta dan agensi pelancongan perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam sektor pelancongan kerana sokongan pelbagai pihak, terutama pihak swasta diperlukan bagi membangunkan sektor tersebut.
Katanya, amat merugikan jika mereka mengamalkan sikap tunggu dan lihat kerana sektor berkenaan kini berkembang dengan pesat.

“Di Terengganu, walaupun negeri ini kaya dengan aset pelancongan di setiap daerah, namun penglibatan pihak swasta masih rendah,” katanya pada ucapan perasmian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu, di Dewan Gamelan, Primula Beach Resort, semalam.

Teks ucapan dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

Menteri Besar berkata, usaha Unit Komunikasi Negeri (UKOM) mengadakan pertandingan blog berkaitan pelancongan amat dibanggakan kerana sebagai agensi yang ditugaskan untuk menyebarkan maklumat mengenai Terengganu, usaha itu akan mencapai matlamat yang diharapkan.

“Usaha yang saya anggap sebagai serampang dua mata ini penting kerana, selain dari satu pertandingan yang akan menggalakkan orang-ramai menceritakan pengalaman mereka melawat Terengganu menggunakan media baru, tulisan atau berita yang disiar di dalam blog akan membantu mempromosi Terengganu sebagai satu destinasi yang hebat dan menarik di seluruh dunia melalui jaringan Internet.

Ahmad Razif mewakili Menteri Besar Terengganu berucap pada majlis perasmian berkenaan.

“Saya difahamkan, semasa blog utama pertandingan ini masih dalam pembinaan (under construction), webmaster yang terdiri dari petugas UKOM telah mendapati terdapat pengunjung dari luar negara seperti dari Amerika dan Australia melihat gambar-gambar menarik yang telah dimuat turun,” katanya.

Ahmad Said berkata, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa dunia ingin mengetahui tentang Terengganu, tarikan alam semulajadinya dan pelbagai perkara yang terdapat di negeri ini.

Katanya, dengan adanya nota-nota pengalaman yang diterjemahkan dalam blog yang juga memaparkan gambar-gambar yang menarik serta kemudahan yang ada, pelancong boleh membuat perbandingan sama ada ia berbaloi untuk bercuti di Terengganu.

“Saya pasti, di kalangan 10 billion pelayar Internet di seluruh dunia, sudah tentu ada di kalangan mereka yang ketika ini sedang melayari website atau blog yang menyentuh tentang Terengganu dan saya juga pasti sudah ada yang membuat tempahan bilik untuk menginap sehari-dua di Terengganu,” ujar beliau.

Hadirin yang hadir bagi mendengar dan mendapatkan maklumat mengenai pertandingan yang menawarkan hadiah yang lumayan.

Untuk keterangan lanjut, layari http://www.trgtourism.blogspot.com/

Wednesday, March 31, 2010

Ahmad Said hadiri mesyuarat ECERDC

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pagi ini menghadiri mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Menara Parlimen, Kuala Lumpur.

Semalam beliau menerima kertas taklimat mengenai mesyuarat itu.

Pada sebelah petang, Ahmad Said akan mempengerusikan pula Mesyuarat Exco yang juga diadakan di Kuala Lumpur.

Mesyuarat pagi ini dijangka akan menyentuh hala tuju pembangunan ECER selain mengenal pasti beberapa projek baru untuk memajukan rakyat dalam wilayah berkenaan.

Antara perkara baru mungkin disentuh ialah mengadakan perkhidmatan rel ke Pantai Timur yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Ini kerana secara umum sehingga ini ECERDC mengenal pasti laluan landasan kereta api dari Lembah Klang ke Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu, Besut iaitu hampir semua bandar besar di Terengganu dan seterusnya ke Pasir Putih, Kota Baharu hingga ke Tumpat.

Apapun, pertimbangan seterusnya adalah tertakluk kepada rumusan dan syor kajian berkenaan kelak.

Selain itu ECERDC juga dijangka membincangkan usaha untuk memperoleh pelaburan termasuk sebanyak sebanyak RM30 bilion dari kalangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada 2010. Antara peluang pelaburan yang ditawarkan adalah bagi sektor pertanian, pemprosesan makanan, pelancongan dan pendidikan.

ECERDC berusaha membina rangkaian pelaburan dengan GCC yang membabitkan enam buah negara Teluk iaitu Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu memandangkan ECER menawarkan banyak peluang pelaburan.

Oleh kerana mesyuarat ini adalah kali pertama tahun ini, dijangkakan perbincangan akan tertumpu bagaimana ECER boleh mengambil faedah daripada pemulihan ekonomi global untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara.

Yang nyata, beberapa projek berimpak tinggi yang dilaksanakannya sejak dua tahun lalu di wilayah itu mula menampakkan hasil.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John, berkata tahun 2010 dijangka menjadi tahun yang bermakna kepada bukan hanya kerana banyak projek yang dirancangkan terlaksana tetapi juga pendekatan khusus Majlis untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta di ECER.

Sehingga 31 Disember 2009, sejumlah 64 daripada 82 projek ECER yang di peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dimulakan dan baki 18 projek lagi bakal dimulakan pada 2010.

Sehingga kini,. ECER berjaya menarik RM26 bilion pelaburan daripada pelabur dalam dan luar negara.

Apa yang diharapkan perancangan untuk memajukan ekonomi wilayah ini, khsusunya Terengganu akan mendatangkan kemakmuran kepada rakyat negeri ini.

Ini penting bukan sahaja untuk membuktikan majlis melaksanakan tugas dengan baik tetapi merealisasikan cita-cita pembangunan wilayah yang diilhamkan oleh Tun Abdullah Badawi kini disambung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Yayasan Terengganu Belanja RM1.4 Bilion Untuk Pendidikan



Yayasan Terengganu (YT) telah membelanjakan peruntukan RM1.4 bilion bagi membiayai pendidikan anak negeri itu sejak ia ditubuhkan pada 1972.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata daripada jumlah itu sebanyak RM372 juta adalah pemberian pinjaman dan biasiswa bagi pelajar melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

"Tahun ini sahaja, YT menyediakan peruntukan RM108 juta untuk kemudahan pinjaman, penajaan dan biasiswa kepada pelajar Terengganu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 20-10-5-2 Terengganu Anjung Ilmu di Kuala Terengganu semalam.

Program 20-10-5-2 adalah sasaran mencapai peratusan pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini.

Ahmad berkata sejak tiga tahun lepas, pelajar Terengganu yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan di pusat pengajian tinggi tidak perlu membayar balik pinjaman kerana ia dijadikan biasiswa.

Sementara itu, katanya, kerajaan sedang mengenal pasti tanah seluas 4,000 hektar di daerah Setiu untuk dibangunkan oleh YT sebagai ladang kelapa sawit bagi menjana punca pendapatan bagi yayasan itu pada masa depan.

Katanya kini YT bergantung kepada peruntukan kerajaan negeri daripada hasil minyak sebagai sumber menyalurkan pinjaman dan biasiswa kepada pelajar.

"Kita tidak mahu bergantung kepada sumber minyak selamanya kerana mungkin ia akan kehabisan. Jadi kita buka ladang kelapa sawit sebagai alternatif punca pendapatan YT masa depan," katanya.


YPKT kuasai fiesta candat sotong

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) memulakan sirkit pertama TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 dengan langkah bergaya apabila menguasai kebanyakan kategori dipertandingkan.

Kumpulan berkenaan yang dianggotai 10 peserta, membawa pulang tunai RM11,100 selepas berjaya meraih RM6,000 setelah menjuarai kategori terberat kumpulan.

Kumpulan YPKT juga berjaya muncul johan kategori terbanyak kumpulan yang menawarkan hadiah tunai RM1,000, selain muncul naib johan kategori terpanjang kumpulan (RM2,000), naib johan kategori terpanjang individu (RM1,500) dan tempat kelima kategori terpanjang individu (RM600).

Ketua Kumpulan YPKT, Syed Shahrom Syed Abu Bakar berkata, ia adalah kejayaan terbesar diraih kumpulan berkenaan sepanjang penyertaan pada program sama.

“Tahun lalu kami menyertai tiga sirkit dan memenangi tunai lebih RM10,000 tetapi kali ini kejayaan kami amat di luar dugaan berikutan ia baru sirkit pertama. Sasaran kami selepas ini adalah menyertai tiga sirkit lain dan mencuba yang terbaik.

“Apa yang kami utamakan sepanjang fiesta ini adalah kerjasama berpasukan. Kebanyakan daripada kami juga memang sudah terbiasa dengan laut dan berpengalaman dalam mencandat. Mungkin ia menjadi kelebihan buat kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian penutup TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 sirkit pertama di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bandar Marang.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.

TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM277,000 merangkumi empat sirkit, bermula 27 Mac hingga 26 Jun depan.

Sirkit pertama bermula di Marang (27 Mac), kedua di Besut (24 April), ketiga di Kuala Terengganu (29 Mei) dan akan berakhir di Dungun (26 Jun).

Kerja baikpulih bumbung stadium pertengahan April






















Kerja-kerja membaikpulih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas dijangka akan bermula pertengahan April ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata kerajaan Terengganu telah mengeluarkan tender baru-baru ini dan kini menunggu keputusan lembaga tender untuk memilih kontraktor untuk kerja-kerja baikpulih SSMZA itu.

Kedah, Negeri Sembilan Buat Kejutan

Pasukan bukan pilihan Kedah dan Negeri Sembilan membuat kejutan apabila masing-masing mencipta kemenangan pada pertemuan pertama, suku akhir yang berlangsung malam semalam.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu, pasukan tuah rumah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah tewas 0-2 kepada Kedah.

Penyerang pasukan Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar menonjolkan aksi cemerlang apabila menjaringkan gol pertama Kedah pada minit ke-28.

Walaupun pasukan Terengganu berkali-kali membuat serangan namun ternyata kubu Kedah sukar ditembusi.

Gol kedua Kedah dijaringkan oleh Azlan Ismail pada minit ke-58.

Di Stadium Shah Alam, Pasukan Negeri Sembilan pula berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah, Selangor 2-1.
Kegembiraan Selangor memperolehi gol pertama menerusi tendangan Mohd Safee Sali pada minit ke-41 tidak bertahan lama apabila pasukan pelawat bangkit menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan.

Ayam tambatan pasukan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak ternyata tidak kecewakan pasukanya apabila menjaring gol pertama pada minit ke-70.

Seminit selepas gol pertama, S.Kunanlan menjaringkan gol kemenangan bagi pasukan Negeri Sembilan.

Pertemuan kedua, suku akhir dijadualkan berlangsung pada 3 April ini melibatkan pertemuan kedua antara Negeri Sembilan dan Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Manakala pasukan Kedah pula akan bertemu Terengganu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Jangan salah guna bantuan zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sudah memberi amaran kepada penerima zakat yang menyalahgunakan bantuan untuk kepentingan diri sendiri.

Jika mereka melakukan demikian ia akan ditarik balik serta-merta sekiranya dapat dikesan pihak pengurusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata kelmarin, walaupun kes itu tidak serius dan jarang berlaku namun ia tidak boleh dibiarkan kerana dikhuatiri menyebabkan salah faham, selain tiada keberkatan dalam penerimaan wang berkenaan.

“Setakat ini, kes yang telah dikesan adalah pada tahun lalu dan pihak kami telah memberi nasihat serta pandangan agar kes berkenaan tidak lagi berulang kepada penerima baru selepas ini.

“Maidam juga mengambil keputusan membuat lawatan ke rumah penerima zakat bagi melihat sendiri keberkesanan dan perubahan hidup yang dilakukan selepas mendapat bantuan, sama ada dari segi kewangan ataupun peralatan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan Maidam di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Wan Harujan berkata, bagi pengagihan zakat kali ini, seramai 116 penerima layak menerima bantuan sara hidup, persekolahan dan modal berdikari dengan membabitkan kos berjumlah RM98,790.

“Dalam pemberian zakat kali ini, kami mengagihkan bantuan tunai, peralatan seperti mesin jahit, mesin air tebu dan kemudahan di surau sekolah bagi aktiviti keagamaan untuk sekolah yang terbabit.

“Insya-Allah selepas ini, pelajar cemerlang dan ditawarkan tempat ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan turut menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban ahli keluarga,” katanya.

Kelmarin Maidam menyerahkan bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk wang sara hidup, persekolahan dan peralatan berjumlah RM98,790 kepada 116 penerima.
Beliau memberitahu, setakat ini pihaknya berjaya mengutip kira-kira RM9 juta pelbagai jenis zakat pada tahun ini.
''Kita menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini hanyalah RM60 juta ekoran kutipan adalah berdasarkan pendapatan pada tahun lepas.

Tuesday, March 30, 2010

Sidang DUN Terengganu pada 5, 6, 7 & 8 April hangat?

Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) akan diadakan selama empat hari pada 5hb, 6hb, 7hb dan 8hb April depan.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS akan mengemukakan sekurang-kurangnya 20 soalan bertulis dan 50 soalan lisan pada sidang DUN kali ini.

Selain itu, katanya, PAS juga dijangka akan mengemukakan beberapa usul penting berkaitan kepntingan rakyat yang pelu dibincangkan segera oleh sidang DUN akan datang

Mungkin kita (PAS) akan kemukakan beberapa usul penting, untuk dibahaskan dalam sidang DUN kali ini.

PAS mengadakan Mesyuarat Pra-Persidangan DUN pada Rabu, 7 Mac lalu.

Apakah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi soalan dan usul ADUN PAS kali ini?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata: ”Sekurang-kurangnya, setiap wakil rakyat kita (PAS) akan bawa 6 soalan lisan dan 3 tiga soalan bertulis, merangkumi semua daerah dan kawasan DUN, tidak terbatas kepada DUN-DUN yang diwakili sahaja.”

Apa isunya?

Dijangkakan antara isu penting ialah royalti yang ketika ini Kerajaan Pusat masih menganggapnya sebagai wang ehsan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dijangka akan dihujani soalan ini kerana difahamkan kerajaan pusat masih berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM1.7 bilion.

Malah, difahamkan, untuk 2009 dan 2010, kerajaan pusat baru membayar sebahagian kecil sahaja wang berkenaan.

Selain itu, isu lawatan Menteri Besar ke Jerman baru-baru ini juga dijangka akan menarik perhatian ADUN PAS.

Isu perpindahan penduduk di kawasan pantai sekitar Kuala Terengganu dan penempatan baru juga akan ditanya.

PAS juga dijangka akan mengemukakan persoalan berkaitan hakisan pantai dan kerja-kerja menambaknya.

Isu lain ialah kemungkinan mewujudkan kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir serta pusat-pusat perniagaan baru seperti kawasan perniagaan kain di Kemaman.

Perumahan rakyat yang turut ditekankan oleh pentadbiran Ahmad Said juga akan menjadi perkara utama.

Isu-isu pertanian umpamanya kesukaran menjual hasil tanaman seperti juga dijangka akan menjadi tumpuan utama pembangkang.

Apa yang menarik, selain yang dibangkitkan oleh PAS, beberapa soalan ‘pedas’ juga dijangka akan dikemukakan wakil BN.

Dijangkakan isu pertukaran kakitangan perkhidmatan awan negeri akan turut menjadi isu panas kali ini.

Difahamkan pertemuan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu yang diadakan di Hotel Felda kelmarin (28 Mac) membincangkan beberapa perkara menarik.

Namun menurut sumber, ketika diadakan precouncil BN di kediaman Menteri Besar sehari selepas itu (malam semalam), seramai tujuh ADUN tidak hadir termasuklah Datuk Seri Idris Jusoh( Jerteh), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil).

Nawi Mohamad (Hulu Besut) tidak hadir kerana masalah kemalangan ahli keluarganya. Sementara Muhamad Pehemi Yusof (Kota Putera) pula tidak diketahui sebab-sebabnya.

Sidang DUN bermula Isnin ini akan dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Persoalan menarik juga ialah bagaimana Yang DiPertua DUN Datuk Tengku Putera Wan Awang ‘mengawal’ persidangan kali ini?

Sebelum ini beliau dilihat mampu mengawal ADUN dengan baik dan semua urusan mesyuarat dijalankan dengan teratur dan tersusun.

Separuh Akhir Pertama Piala FA - Terengganu tetap beri saingat sengit

Terengganu yang menjadi tuan rumah pada peringkat separuh akhir pusingan pertama Piala FA menentang Kedah, hari ini, bakal berhadapan tugas sukar mencari bekalan ke pusingan kedua nanti.

Pengurus pasukan Terengganu Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof berkata Terengganu kehilangan tunggak utama yang juga ketua pasukan, Marzuki Yusof yang terpaksa berehat kerana dua kad kuning, dan terpaksa menggunakan khidmat pemain simpanan untuk menggalas posisi yang dikosongkan Marzuki itu.

"Siapa sahaja yang bakal diturunkan nanti, kita harap beliau akan memberikan persembahan terbaik dan menggalas tugas dengan penuh dedikasi," katanya.

Sheikh Tajuddin, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), berkata Terengganu yang turut dibarisi bekas pemain Kedah Mohd Firdaus Mohd Fauzi dan bekas pemain Sarawak Joseph Kallang, selain pemain kebangsaan Manaf Mamat di barisan penyerang, mempunyai jentera serangan mantap dan mampu menggempur kubu lawan pada pertemuan itu nanti.

Walaupun perlawanan ini merupakan perlawanan pertama di antara Terengganu dan Kedah tahun ini, namun skuad Penyu itu yakin mampu memberikan saingan yang sengit, katanya.

Terengganu pernah menjuarai Piala FA pada 2000 dan memasuki pertandingan akhir pada 1999 dan 2004.

Sheikh Tajuddin berharap peminat-peminat yang datang menyaksikan perlawanan itu menunjukkan sikap kesukanan yang tinggi dan terpuji.

Angin Kencang Timur Laut Di Beberapa Tempat Berterusan Sehingga 31 Mac

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km sejam di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Wilayah Persekutuan Labuan, kawasan pantai barat dan Kudat di Sabah, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari Isnin, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan.

Tanaman Intergrasi Ganti Tembakau

Oleh Esah Abdullah (UKOM)

Kerajaan meluluskan RM4.9 juta bagi projek fertigasi tanaman cili di bawah Program Rangsangan Ekonomi Kedua yang diusahakan Lembaga Tembakau Negara (LTN), khusus untuk peserta tanaman tembakau di negeri ini yang tidak lagi mengusahakan tanaman itu tahun ini.

“Saya berharap 300 peserta yang terpilih ini tidak akan melepaskan peluang untuk mengusahakan pelbagai tanaman alternatif yang dicadangkan oleh kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat pada majlis penyampaian bantuan ihsan kepada penanam tembakau daerah Marang dan Setiu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pengarah, Lembaga Tembakau Negara, Encik Ahmad Loman dan Pengarah LTN Terengganu, Puan Farini Halim.

Rozi berkata, tahun lalu, RM10 juta diperuntukkan membabitkan 307 orang yang mengusahakan projek intergrasi seperti cili, keledek, cendawan dan sebagainya bagi mengurangkan pergantungan kepada tanaman tembakau.

Menurutnya, LTN menyediakan pelbagai pelan tindakan untuk pelaksanaan tanaman integrasi bagi menambah nilai projek di samping mewujudkan bengkel kraf bagi menghasilkan produk berasaskan Kenaf.

Sementara itu Rozi menyatakan, bantuan yang diberikan ini merupakan kali kedua berjumlah RM114,000 membabitkan 121 penanam tembakau di mana tahun lalu mereka telah menerima bantuan segera sebanyak RM500 seorang.

Kumpulan yang menerima bantuan ihsan ini rata-rata yang mengalami kerosakan dan kerugian akibat hujan lebat yang berlaku pada Mac tahun lalu dan pemberian ini bukan ganti rugi atau pampasan sebaliknya tanda prihatin kerajaan kepada penanam tembakau.

“Semua bentuk bantuan ini mencerminkan peserta amat dekat dengan hati pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sumbangan seperti bukanlah yang terakhir sebaliknya banyak lagi akan disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang bermula pada 2011,” katanya.

Seorang Maut, Empat Cedera, Para Besi Bangunan Umt Runtuh

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said melahirkan rasa sedih terhadap kejadian para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh dalam satu kejadian petang semalam.

Beliau yang turut melawat tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat tentang kejadian itu.

Sehubungan itu, beliau menasihati pekerja-pekerja pembinaan supaya mengutamakan aspek keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian hari ini.

Berikutan kejadian itu, seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera.
Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Pauzan Ahmad berkata buruh terbabit tertimbus dalam konkrit simen yang masih basah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya empat rakan mangsa dilaporkan cedera termasuk seorang cedera parah akibat dihempap dan terjatuh dari para besi yang runtuh ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air dan membancuh konkrit di bangunan itu pada kira-kira pukul 5.10 petang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum diperolehi, katanya kepada pemberita di tempat kejadian semalam.

"Ketika sedang melakukan kerja-kerja menyiapkan tangki air di tingkat empat bangunan itu iaitu di ketinggian lapan meter, para besi yang diduduki oleh beberapa pekerja tiba-tiba runtuh bersama konkrit tangki air yang masih belum keras.

"Konkrit bersama para besi itu kemudian menimpa beberapa orang lagi pekerja Bangladesh yang sedang melakukan kerja-kerja membancuh simen di bawah," katanya.

Pauzan berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba, dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih berada di tempat kejadian sehingga pukul 8 malam ini untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat jika terdapat mangsa yang masih tertimbus ekoran kejadian itu.

Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur UMT setinggi empat tingkat itu mula dibina pada 15 Disember 2008 dan dijangka siap 18 Oktober tahun ini.

Seorang saksi yang juga juruperunding untuk projek berkenaan Sharif Dollah, 30-an berkata beliau berada di kawasan berhampiran apabila tiba-tiba terdengar bunyi runtuhan.

"Saya nampak beberapa orang pekerja Bangladesh terjatuh dari para besi yang runtuh itu, dan apabila menghampiri tempat kejadian saya dapati mereka telah berlumuran dengan simen yang masih basah dan ada yang berdarah," katanya. Beliau berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan orang pekerja Bangladesh sedang melakukan kerja-kerja di situ.

Monday, March 29, 2010

Apabila PAS cuba ‘menangguk di air keruh’

Jika PAS kuat dan dapat mempengaruhi rakyat, ia tidak perlu mencari untung atau menagguk di air keruh.

Jika PAS kuat ia akan berkempen mengenai kekuatan partinya bukan masuk campur dalam gerakan ‘serangan menjatuhkan Menteri Besar’ oleh pihak tertentu dalam UMNO.

Ini tidak. PAS yang jelas tidak mempunyai kekuatan sendiri cuba menggunakan kemelut UMNO untuk mempengaruhi rakyat.

Ia meramalkan akan berlaku sesuatu sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) April nanti.

Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) akan diadakan selama empat hari pada 5hb, 6hb, 7hb dan 8hb April depan.

Amat jelas PAS terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Mohd Noor Hamzah mengatakan beliau menjangkakan sidang DUN kali ini juga akan hangat kerana masih kedengaran suara-suara yang mahu Menteri Besar di gugurkan.

Beliau yang juga ADUN Bukit Payung berkata, isu penghantaran SMS mendesak supaya Datuk Ahmad Said berundur mungkin dilanjutkan kedalam Sidang DUN kali ini.

“Ada pihak yang masih tidak puas hati dengan Menteri Besar, mereka pernah meluahkan rasa hati mereka pada Sidang DUN lalu.

“Tidak mustahil pada kali ini pihak yang sama akan mengambil tindakan yang serupa,” katanya.

Apabila ditanya, apakah tindakan tersebut sehingga membawa usul tidak percaya kepada Menteri Besar, beliau berkata, tidak tahu dan kena tanya pihak yang berkenaan.

Pihak media baru-baru mendedahkan, ada pihak yang menyebarkan SMS mendesak supaya Ahmad Said meletakkan jawatan

Sebuah blog yang bersimpati dengan PAS mendakwa mendapat hantaran SMS tersebut sebagaimana dipaparkan dibawah:

“AHMAD SAID MB TERENGGANU DINASIHAT LETAK JAWATAN:*kabarnya beliau terbang ke JERMAN (Sabtu 13Feb,10)&terus ke MEKAH(Sabtu 20Feb,10)*Rakyat Trenganu tertanya2..Apa TUJUAN&Apakah RASIONAL yg sewenang MB meninggalkan pentadbiran negeri selama *15Hari 13-26 FEB,2010(bukan LAWATAN misi pelaburan)walhal baru 3bulan lepas buat Haji diMekah?*KEGAGALAN beliau dlm MENTADBIR URUS DGN BAIK&EFISYEN para *Pegawai Kanan kerajaan(YB SUK diberhentikan sbelum tempoh bersara wajib)*KETEPIKAN PARA YB.ADUN” UMNO/BN dan AHLI EXCO(YANG DILAYAN saperti BONEKA tiada apa2 KUASA..) serta *PARA PEMIMPIN UMNO/BN diBahgian2(terdapat 8 Bahgian UMNO@Trenganu,hanya SEGELINTIR mereka yg menjadi kroninya saje yg dilayan):TIADA APA2 PROGRAM PEMBANGUNAN TRENGANU 2008-2010:*DALAM BEBERAPE KES BELIAU TELAH MENCANGGAH KETETAPAN POLISI KERAJAAN PUSAT PIMPINAN UMNO/BN,*MERUJUK BEBERAPE ISU YG BERLAKU KEBELAKANGAN INI TELAH MENIMBULKAN KERESAHAN RAKYAT&PENGUNDI UMNO/BN YG SEMAKIN HILANG KEYAKINAN PADA UMNO/BN&MELUAT MELIHAT”

Kerajaan berhasrat naik taraf masjid


Selepas meninjau keadaan dalam masjid baru di Kampung Alor Lik, Setiu minggu lalu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata kerajaan akan menaik taraf semua masjid di seluruh daerah.

Tinjauan itu dibuat sempena turun padang ke Setiu sambil mendekati masalah rakyat.

Menurut Ahmad Said, ia bertujuan memberi keselesaan kepada masyarakat mengunjungi rumah Allah.

Masjid baru di Kampung Alor Lek yang berharga RM1.86 juta serta memuatkan 350 jemaah pada satu-satu masa.

Tourism Malaysia Kelantan Jalin Kerjasama Dengan Terengganu

Sebagai langkah menambahkan lagi jumlah kemasukan pelancong asing ke Kelantan, Tourism Malaysia Kelantan menjalankan kerjasama dengan ejen pelancongan di Pulau Pinang dan Terengganu.

Pengarahnya Muhamad Zaki Talib berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan selama dua hari antara ejen-ejen pelancongan dua negeri itu dan pengusaha-pengusaha chalet di Kelantan.

"Pada pertemuan yang bermula 18 Mac lalu kita membawa ejen-ejen itu ke homestay (inap desa) di negeri ini dan membawa mereka melawat tempat-tempat menarik seperti homestay di Jelawang, Bachok, serta beberapa tempat menarik di Kota Baharu," katanya semalam.
Beliau berkata tempat menarik itu merupakan daya tarikan kepada pelancong asing kerana keindahan semulajadi alam flora.

Selain itu ianya juga dapat mendedahkan pelancong asing kepada kehidupan masyarakat pedalaman di negeri itu.

Muhamad Zaki berkata setelah mengadakan pertemuan dengan ejen itu, mereka bersetuju untuk memperkenalkan produk pelancongan di negeri Kelantan.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, pelancong asing mahu melihat dan menyaksikan keindahan alam flora di negara ini dan Kelantan merupakan antara gerbang masuk untuk Taman Negara.

"Namun mereka mungkin penat setelah perjalanan jauh dari Pulau Pinang atau terpaksa menunggu sehari untuk ke pulau-pulau menarik di Terengganu.

"Jadi sementara menunggu atau ingin berehat sehari sebelum ke Taman Negara melalui Kuala Koh mereka diberikan peluang untuk tinggal di Homestay di negeri ini," katanya.

Beliau berkata bagi pelancong dari utara mereka boleh menginap di inap desa di Gua Musang dan Jelawang, manakala di Terenganu mereka boleh menginap di Bachok.

Terengganu Berazam Lahirkan Generasi Celik Dan Cenderung al-Quran

Kerajaan Terengganu dalam usaha melahirkan generasi baru yang berkualiti, berazam untuk menjadikan generasi tersebut celik dan cenderung al-Quran.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata kerajaan kini mahu mengembalikan kegemilangan penghayatan al-Quran untuk generasi masa kini yang antara lain juga bertujuan untuk membendung gelaja sosial di kalangan remaja.

"Hari ini walaupun orang ramai menghargai al-Quran, tetapi tidak sehebat penghayatan yang diberikan generasi terdahulu.

"Sebagai contoh, dahulu, jika hendak mendirikan rumah tangga, keluarga akan bertanya adakah bakal menantunya itu sudah tamat al-Quran. Tetapi orang sekarang akan bertanya apakah pekerjaan bakal menantu mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup program Tadarus Al-Quran anjuran Radio Malaysia Terengganu (TerengganuFM) yang melibatkan 60 orang pelajar serta lapan guru pembimbing dari Institut Al-Quran (IQ) di Kuala Terengganu semalam.

Selain itu, katanya kerajaan juga mahu pelajar-pelajar dari Institut Al-Quran dan sekolah-sekolah Imtiaz di negeri ini turut memainkan peranan dengan menjadi contoh kepada rakan sebaya yang lain.

"Diharap dengan perubahan-perubahan yang baik itu, ia dapat melahirkan generasi yang suka membaca dan mempelajari isi kandungan al-Quran itu sendiri," katanya.

Tiga Kawasan Untuk Dibina Kilang Proses Kenaf

Terengganu mengenal pasti tiga kawasan di negeri ini untuk pembinaan tiga buah kilang memproses kenaf yang bernilai RM40 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Rozi Mamat berkata ketiga-tiga kilang tersebut yang dijangka dibina tahun ini serta mendapat kerjasama beberapa buah syarikat asing, akan dibangunkan di Mercang, Marang, Saujana (Setiu) dan Gong Medan (Besut).

"Kilang di Marang berharga RM24 juta manakala di Setiu (RM4 juta) dan di Besut berjumlah RM12 juta. Kilang-kilang ini berfungsi sebagai tempat memproses kenaf untuk dijadikan makanan ternakan dan lain-lain," katanya selepas majlis penyampaian bantuan ehsan kepada penanam tembakau semalam.

Rozi berkata penubuhan tiga kilang tersebut mampu menggalakkan industri penanaman kenaf di negeri ini.

"Kita kini hendak menggalakkan bekas penanam tembakau supaya menanam kenaf berikutan syarikat tembakau dilihat mula mengecilkan kuota pengeluaran tembakau dari setahun ke setahun," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM8 juta untuk bantuan tanaman kenaf di Terengganu dengan sasaran tanaman seluas kira-kira 500 hektar tahun ini.

"Harga kenaf sekarang ini telah meningkat kepada RM500 satu tan berbanding RM350 satu tan sebelum ini dan kerajaan sentiasa berbincang dengan bekas penanam tembakau supaya mereka berminat dengan tanaman kenaf," katanya.

Dalam pada itu, Rozi berkata kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan RM12 juta kepada bekas penanam tembakau untuk menceburi bidang tanaman kontan.

Terdahulu, seramai 121 penanam tembakau di Terengganu menerima bantuan ehsan berjumlah RM114,000 bagi meringankan beban mereka khususnya ketika berdepan kegawatan ekonomi.

Sunday, March 28, 2010

Marang terima peruntukan lebih RM6 juta

Siri turun padang oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berterusan apabila Khamis (24 Mac 2010) lalu beliau berada di daerah Marang.

Dua program sepanjang hari – pagi dan petang - menyaksikan program itu memang dinantikan rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin peringkat kampung.

Menariknya lawatan dan persiapan penduduk setempat berbaloi kerana Ahmad Said turut meninggalkan buah tangan untuk penduduk di kawasan berkenaan.

Walaupun disebut peruntukan diluluskan kira-kira RM6 juta, itu tidak termasuk memperbaiki dan meluaskan beberapa batang jalan, termasuk sebahagian jalan utama antara Kuala Terengganu – Kuala Berang dalam daerah Marang.

Menurut laporan wartawan Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Esah Abdullah, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Marang menjadi lokasi ke lima turun padang Ahmad Said.
Misinya, melihat sendiri masalah rakyat!

Antara yang menjadi tumpuan ialah cadangan membaik pulih infrastruktur seperti longkang, jalan raya dan sistem peparitan parit yang sedia ada.

Berikutan itu, kerajaan negeri meluluskan RM4 juta iaitu masing-masing RM2 juta kepada Majlis Daerah Marang (MDM) Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) bagi tujuan itu.

Ahmad Said berkata infrastruktur perlu dititikberatkan di setiap PBT bagi mengelak berlakunya kejadian banjir secara berulang dan kemalangan jiwa, selain dapat memberi keselesaan kepada masyarat setempat.

Katanya, pihaknya mengakui kawasan, PBT Marang sering dilanda banjir berikutan kekurangan kawasan tadahan air dan wujudnya pelbagai projek perumahan.

“Dalam masa terdekat dan menanganinya secara serius, kerajaan negeri meluluskan RM4 juta bagi menaiktaraf Sungai Lembam, Sungai Buaya, Sungai Seriting, Sungai Seluang, sistem peparitan, jalan raya kampung dan beberapa longkang di kawasan perumahan.

“MDM perlu menjalankan kajian terperinci terhadap saiz longkang `monsoon drain’ kerana saya tidak mahu lagi mendengar rungutan penduduk kampung mengenai banjir,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja itu.

Turut menyertai lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa, Pembangunan, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam, YB Encik Khatib Mohamad, Yang Dipertua MDM Ibrahim Mohamed, Pengarah JPS, Ir. Hj Mat Hussin Bin Ghani dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad Said berkata, setiap kali membina longkang sewajarnya pihak berwajib mengikut standard terkini `oversize’berbanding sdebelum ini bersaiz lapan kaki berikutan pembangunan semakin pesat.

“Tidak rugi mempunyai besar longkang sehingga 16 kali kerana kawasan tadahan air seperti paya dan lembah semakin berkurangan, jadi longkang besar ini menjadi saluran penting untuk laluan air hujan,” katanya.

Pada lawatan itu, Ahmad Said sempat meninjau beberapa taman perumahan dan kawasan perparitan sekitar Tasek, Bukit Payong, Macang Lada, Serating, Merchang, Kampung Paya dan Seberang Marang.

Azizulhasni - Anak Terengganu cipta sejarah lagi...

AZIZULHASNI mengejar Hoy pada final acara keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di Copenhagen, awal pagi kelmarin. Gambar kecil Azizulhasni mengucup pingat perak yang dimenangi.

SEJARAH sekali lagi tercipta dalam sukan berbasikal trek apabila Mohd Azizulhasni Awang meraih perak pertama acara keirin Kejohanan Dunia Trek UCI di Copenhagen, Denmark, awal pagi kelmarin.

Selain menebus kekecewaannya dalam acara berkenaan di Pruszkow, Poland tahun lalu, harapan pingat Olimpik 2012 itu turut berpeluang menguji kemampuannya menyaingi pemenang empat pingat emas Olimpik, Chris Hoy pada final acara keirin berkenaan.

Azizulhasni yang menyarung jersi putih UCI selaku pendahulu mata, begitupun akur kepada Hoy yang turut mengecewakannya di Beijing 2008, tetapi menegaskan sasaran sebenarnya adalah merangka strategi baru untuk merampas kejuaraan Olimpik daripada jaguh Britain itu.

Berdasarkan persiapan Azizulhasni tahun ini yang diselang-seli dengan kesibukan dalam pengajian universiti, pelumba kelahiran Dungun itu tidak meletakkan harapan tinggi di Arena Super Ballerup.

“Sasaran utama saya ialah memenangi emas di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini,” kata Azizulhasni. “Jadi keputusan ini boleh dianggap membanggakan memandangkan prestasi saya tidak berada pada tahap terbaik.

“Apa yang lebih penting, saya dapat bersaing dengan Chris Hoy, dan ia memberi gambaran awal mengenai kemampuan sebenar di Olimpik 2012 nanti.”
Begitupun, Azizulhasni boleh berbangga kini sebagai antara pakar keirin dunia, selepas hanya ketinggalan setengah tayar di belakang Hoy ketika melintasi garisan penamat tetapi selesa di depan bekas juara 2009, Maximilian Levy dari Jerman.

Menurut Azizulhasni, emas dan jersi pelangi begitu hampir dalam genggaman sebaik acara final bermula, tetapi halangan dari Levy menyebabkannya hanya keluar dari kepungan ketika perlumbaan berbaki 50 meter.

Dalam laluan ke final sebelum itu, dia mengungguli Saringan 3 pusingan pertama yang menyaksikan seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng, dibatalkan penyertaannya kerana menyebabkan Hoy terjatuh.

Pada pusingan kedua, Azizulhasni yang diletakkan dalam kumpulan sama dengan Hoy, menempah tiket ke final selepas melintasi garisan penamat di belakang pemegang gelaran 10 kejuaraan dunia itu tatkala Levy mengungguli kumpulan kedua.

Pengurus pasukan trek kebangsaan, Datuk Naim Mohamad, melahirkan kegembiraan dengan prestasi Azizulhasni itu.

“Ini satu detik bersejarah bagi negara kerana memenangi pingat pertama di Kejohanan Dunia dalam acara keirin,” kata Naim.

Tahniah buat Ahmad Said

Oleh Zabidi Saidi (memobelakang - 24 Mac 2010)

Tahniah kepada Datuk Haji Ahmad Said yang menyambut ulangtahun kedua sebagai MB Terengganu semalam. Semalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan sisipan khas sempena genap dua tahun beliau menjadi MB.

Oleh itu saya tidak perlu mengulangi semula apa yang telah dilakukan oleh Ahmad Said sepanjang dua tahun lalu.Semuanya sudah tercatat dalam kedua-dua akhbar bahasa Melayu tersebut.

Setelah dua tahun beliau menjadi MB, beliau perlu menilai kembali kekuatan dan kelemahannya supaya dua tahun berbaki sebelum pilihanraya umum ke 13, BN terus kekal memerintah Terengganu. Tahniah Ahmad Said!

Kebetulan semalam saya berada di Kuala Terengganu menemui pegawai penyelidik kanan MB, Hambali Latif di pejabatnya. Pada masa yang sama, rakan lama Zahani Sulong datang bersama Hambali.

Banyak cerita menarik yang diluahkan oleh bekas Ketua Biro Berita Harian Kelantan itu kepada kami yang membuatkan kami ketawa terbahak-bahak. Dia ceritakan pengalamannya bersama bekas MB, Allahyarham Datuk Nik Hassan Nik Abdul Rahman.

Katanya, Nik Hassan suka berjoget. Siang dia rasmikan Simposium Sastera Islam, pada malamnya pula dia berjoget.

Beliau ceritakan juga pengalamannya bersama seorang lagi bekas MB, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Selepas beliau berhenti kerja dengan Berita Harian pada tahun 1980an, beliau menemui Wan Mokhtar. Wan Mokhtar tak tahu nak letak Zahani di mana maka Wan Mokhtar kata ambillah bantuan kebajikan masyarakat. Terkejut Zahani mendengar kata-kata Wan Mokhtar itu menyebabkan kami semua ketawa.

Banyak lagi pengalaman lucu Zahani jika dibukukan boleh dijadikan pedoman kepada wartawan-wartawan baru. Pada masa yang sama, saya terlihat berita kematian Bapak Pujangga atau Pak Husin dalam akhbar. Saya pernah bersamanya dalam Persatuan Wartawan melayu Terengganu pada tahun 1998 dahulu.

"Nasib baik berita kematiannya tersiar dalam akhbar. Bila kita mati nanti, ada tak orang tulis berita kematian kita?" tanya Zahani yang membuatkan kamisemua tertawa.

Saya terpaksa minta diri apabila rakan saya, Marzuki Muda tiba di pejabat Hambali pada jam 2.15 petang. Memang tidak puas berbual dengan Zahani selama satu jam di pejabat Hambali

Ahmad Said dahulukan rakyat Hulu Terengganu


MESRA...YB Mohd Zawawi menerangkan sesuatu kepada Datuk Ahmad Said dan YB Rozi Mamat (paling kanan) ketika meninjau projek pembinaan longkang di Hulu Terengganu. – Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Siri turun padang Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ke Hulu Terengganu, Selasa (23 Mac 2010) lalu, menyerlahkan betapa beliau mengambil berat masalah penduduk di daerah itu walaupun ada sedikit ‘tentangan politik’ daripada pihak tertentu.

Bagi Ahmad Said soal politik adalah isu parti tetapi rakyat jangan sampai terbiar dan dilupakan.

Mendahulukan rakyat dan sikap cakna beliau menyebabkan Ahmad Said tidak menghiraukan apa juga ‘tentangan’ terhadapnya.

Ternyata, turunnya Ahmad Said ke daerah itu mendatangkan rahmat kepada penduduk apabila beberapa masalah mereka diberikan perhatian sewajarnya oleh Menteri Besar itu.

Ternyata kerjasama dan kemesraan yang ditunjukkan oleh dua ADUN di Hulu Terengganu membuktikan bahawa apabila tiba kepada kepentingan rakyat – Rakyat Didahulukan!

Menurut laporan wartawan Unit Komunikasi Negeri, Aida Abd. Rahman yang mengikuti lawatan Menteri Besar itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM3.5 juta untuk membangun dan membaikpulih jalan serta longkang di seluruh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) sepanjang tahun ini.

Peruntukan itu tidak termasuk RM11 juta yang dibelanjakan kerajaan negeri sejak tiga tahun lalu bagi membina longkang untuk tadahan dan mengelak banjir di kawasan Hulu Terengganu.
Sistem perparitan yang teratur dan `oversize' akan dibina di Pekan Ajil bagi mengelak banjir.

“Untuk projek terbaru, saya mahu MDHT buat kajian terperinci tentang keperluan saiz longkang `monsoon drain’ itu kerana saya tidak mahu bila buat lain kali banjir berlaku.

“Bila bina longkang mestilah `oversize’..kalau dulu pemaju kata empat kaki tapi sekarang bukan lagi empat kaki mungkin dah jadi 10 kaki hingga 12 kaki sebab `catchment area’ kita semakin lama semakin tiada..dulu kawasan paya banyak sekarang kawasan perumahan…Ini perlu diberi penekananlah,” kata beliau selepas melawat sekitar pembangunan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Hulu Terengganu.

Setakat ini kerajaan negeri berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah Ajil.

Menteri Besar berkata, daripada keseluruhan RM3.5 juta, kerajaan memperuntukkan RM1.5 juta untuk pembinaan dan membaikpulih longkang, manakala RM2 juta lagi untuk projek jalan termasuk menurap semula jalan rosak serta melebarkan semula jalan sedia ada.

Katanya, peruntukan membina dan membaikpulih jalan turut melibatkan peruntukan RM500 ribu di kawasan Kuala Ping dan Telemong.

Dalam pada itu, kerajaan negeri berpuas hati dengan beberapa projek pembangunan longkang dan jalan kerana berjalan dengan baik sejak tiga tahun lalu kerana berjaya mengikut jadual, serta hanya lima hingga 10 peratus akan siap.

“Bagaimanpun ada satu projek besar yang melibatkan kira-kira RM3.5 juta yang masih terbengkalai dan hampir 40 peratus siap dan kita perlu tender semula dan menamatkan kontraktor awal berkenaan..ini semua melibatkan `monsoon drain’.
YB Mohd Zawawi menerangkan sesuatu kepada Menteri Besar di lokasi pembinaan longkang besar di pintu masuk ke Pekan Kuala Berang.

Selain itu, kerajaan negeri juga mengarahkan penambahbaikan dibuat di Pasar Kuala Berang dengan menyediakan peruntukan tambahan berikutan tempat menjual kuih dan ikan yang memerlukan pengubahsuaian.

Katanya, bangunan terminal bas di bandar itu juga perlu disiapkan segera berikutan projek itu mendapat perhatian bukan sahaja dalam negeri tetapi juga seluruh negara kerana kejadian runtuhan baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, Menteri Besar turut meninjau projek membina 317 unit rumah kos rendah di Ajil dan projek penamaman jagung hybrid di Kampung Nibong, Ajil dan Kuala Ping, Telemong.