Ahmad Said mengumumkan nama baru pasukan basikal profesional Terengganu semalam.
Pasukan lumba basikal profesional Terengganu yang dibentuk oleh kerajaan negeri Terengganu akan dinamakan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT).
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata dengan peruntukan awal sebanyak RM1.5 juta, pasukan itu bukan sahaja akan dianggotai oleh pelumba dari Terenggnau, malah turut disertai pelumba profesional dari Jepun, Korea, Thailand dan Taiwan.
"Buat permulaan kita sudah dapat seorang pelumba dari Jepun. Yang lain, seorang masing-masing dari Korea dan Tahiland dan dua pelumba dari Taiwan akan menyusul.
"Sehingga ini kita sudah daftar seramai 14 pelumba pasukan TPCT dengan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI) untuk membolehkan pasukan itu mengikuti latihan dan seterusnya menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kuala Terengganu semalam.
Turut hadir pada sidang media ialah Exco Sukan, Rozi Mamat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Ahmad Said berkata, pasukan itu telahpun menerima tajaan daripada sebuah syarikat dari Korea berjumlah US$250,000 setahun dengan menyediakan basikal serta peralatan, pakaian dan makanan tambahan.
"Kita juga sedang menimbang untuk menerima dua lagi penajaan syarikat dari Korea dan Jepun yang berpangkalan di Singapura," katanya.
Ahmad berkata Terengganu, yang merupakan negeri pertama menubuhkan pasukan basikal profesional, bukan sahaja dijangka terlibat dalam perlumbaan antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) tetapi juga menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain.
Beliau berkata, Australia adalah menjadi pilihan untuk pasukan TPCT berlatih di mana pelumba terpaksa mengikuti latihan yang amat ketat dan penuh disiplin.
Thursday, October 7, 2010
Gua Dalam Gua Ditemui Di Hulu Terengganu
Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) akan melakukan kerja menggali artifak sejarah di beberapa kawasan baru yang dikenal pasti mempunyai tinggalan purba di Hulu Terengganu.
Pengarahnya Mohd Yusof Abdullah berkata ia termasuk sebuah lagi gua dalam Gua Bewah yang dipercayai banyak mempunyai kesan tinggalan sejarah.
"Gua dalam gua sebenarnya ia dua lapis, satu Gua Bewah dan satu lagi ialah gua yang baru ditemui. Ia terletak 30 kaki di atas Gua Bewah dan penyelidik terpaksa memanjat untuk sampai ke sana," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Mohd Yusof berkata gua yang baru ditemui itu lebih menarik daripada Gua Bewah dan pihak muzium akan mula menjalankan kerja mencari dan menggali artifak sejarah dalam gua itu tidak lama lagi.
Beliau berkata LMNT akan mempamerkan rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah.
Mohd Yusof berkata galeri yang ada di muzium negeri akan dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pengunjung.

1,000 pasukan sertai Kejohanan Futsal Piala Datuk Seri Menteri Besar
Kira-kira 1,000 pasukan akan berentap pada Kejohanan Futsal Piala Datuk Seri Menteri Besar yang akan berlangsung selama sebulan bermula Selasa, 12 Oktober ini.
Selain disertai anggota pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO seluruh negeri, penyertaan turut terbuka kepada rakyat negeri ini yang berusia 15 tahun ke atas, tidak terkecuali pemain bola sepak yang mewakili negeri.
Pelancaran kejohanan anjuran bersama Kelab Remaja Terengganu, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO negeri itu akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat di Dataran Dungun pada 15 Oktober ini.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharudin (gambar kiri), kejohanan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu putera dan puteri dengan masing-masing menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 untuk juara.
"Pemenang tempat kedua pula berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 di tempat ketiga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kejohanan itu diadakan secara berperingkat-peringkat membabitkan semua kawasan Parlimen iaitu Setiu dari 7 hingga 9 Oktober ini, Hulu Terengganu (12 hingga 16 Oktober), Marang (8 dan 9 Oktober).
Bagi Kemaman, kejohanan berlangsung pada 14 dan 15 Oktober, Dungun (22 hingga 29 Oktober) manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Besut dijadual diadakan serentak pada 15 dan 16 Oktober ini.
Menurutnya, peringkat akhir kejohanan dijangka berlangsung pada penghujung November ini di Kompleks Sukan Terengganu di Gong Badak dekat sini.
"Antara syarat penyertaan adalah para peserta sudah mendaftar sebagai pemilih, mewakili kawasan Parlimen masing-masing manakala mereka yang mewakili peringkat negeri juga layak turut serta," ujarnya.
Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Biro Sukan Pemuda UMNO Bahagian iaitu Abdul Halim Harun (014-8161661 - Besut), Jamal Syukri Razali (019- 9969605 - Dungun), Zulkifli Mat Khalid (013-96758039 - Marang).
Mohd. Hazali Mat (012-9508656 - Setiu), Azizol Mohd. Zanggi (014- 8017162 - Hulu Terengganu), Mohd. Nazri Othman (019-9533505 - Kemaman), Mohd. Zaid Mohd. Yusoff (013-9226666 - Kuala Terengganu) dan Khairuddin Abdul Majid (013- 3535000 - Kuala Nerus).

Lepasan IPTA Ditahan Miliki Ganja Di Terengganu
Seorang lelaki yang memiliki ijazah pemasaran ditahan kerana memiliki 1.4 kilogram ganja bernilai RM98,000 di Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu, kelmarin.
Lelaki terbabit yang juga pemborong kain sutera dan berumur 28 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Tok Jamal kira-kira 9 malam.
Ketua Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Supt Roslan Abdul Wahid berkata dadah tersebut diperolehi dari negara jiran dan bakal dijual di sekitar sini.
Suspek juga seorang penagih dan kini ditahan reman sehingga Ahad ini.
Sementara itu ganja seberat 234 gram bernilai RM16,000 dirampas dari seorang lelaki di Kampung Mengabang Telipot kira-kira 9 malam pada hari Sabtu.
"Ketika polis hendak memeriksa kereta yang dinaikinya, suspek yang menyedari kehadiran polis segera mengundurkan kereta itu sehingga melanggar sebuah kenderaan polis.
"Bagaimanapun usaha suspek yang berusia 28 tahun dan sudah berkahwin itu melarikan diri gagal kerana kenderaannya telah terkepung," kata Roslan.
Suspek yang kini ditahan reman didapati mengedar dadah di sekitar Kampung Mengabang Telipot dan Chendering.

Azizul Hasni Terlepas Emas di Sukan Komanwel
JOSIAH NG (kanan) meraikan kejayaan memenangi pingat emas keirin pada ketika Azizulhasni Awang meratap sedih selepas kejuaraannya dirampas di New Delhi, semalam.
Josiah Ng menghadiahkan pingat emas basikal pertama buat Malaysia dalam sejarah Sukan Komanwel apabila menjuarai acara keirin semalam, namun meninggalkan rakan senegara, Azizulhasni Awang dengan penuh kekecewaan selepas kemenangan yang sepatutnya menjadi miliknya dibatalkan.
Kemenangan Azizulhasni dibatalkan selepas pegawai perlumbaan mendapati pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu bersalah kerana menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven ketika adegan pecut memecut berlangsung.
Akibatnya, pingat emas diserahkan kepada pelumba yang menduduki tangga kedua, seorang lagi pelumba negara, Josiah. Keputusan tersebut menyebabkan kontinjen negara kehilangan satu pingat perak, yang pada awalnya milik Josiah.
Pelumba England, David Daniell meraih perak dan pingat gangsa milik pelumba New Zealand, Simon Van Velthooven.
Ditanya mengenai pembatalan kemenangan Azizulhasni, Josiah berkata, dia tidak tahu apa yang berlaku ke atas pelumba senegara itu, namun katanya, walau apa pun keputusan, ia adalah muktamad dan adat perlumbaan.
"Cuma saya tidak nampak dia melakukan apa-apa kesalahan. Azizul berhak menang. Ketika saingan, dia membuat satu keputusan berani apabila mencelah untuk memintas lawannya demi memenangi perlumbaan.
"Namun agak malang, tindakan berani yang dilakukannya itu tanpa disangka mengundang padah. Tindakannya dikatakan menghalang pelumba lain," katanya.
Tambah Josiah, nasib masih menyebelahi kontinjen negara kerana dia menamatkan perlumbaan ini ditempat kedua, sekali gus memastikan pingat emas tidak terlepas.
Katanya, dia faham kekecewaan yang dialami Azizulhasni, kerana dia juga pernah mengalami situasi yang sama ketika menyertai Kejohanan Dunia sebelum ini.
Mengulas pingat emas yang diraihnya semalam, Josiah berkata, kemenangan seumpama itu sudah lama dia nantikan.
Katanya, sebelum ini ramai yang mempertikaikan kemampuannya.
''Ada yang berkata saya tidak layak lagi berada dalam basikal trek negara.
"Namun, hari ini saya membuktikan saya sememangnya layak (berada dalam pasukan negara," katanya.
Selain Josiah dan Azizulhasni, cabaran negara dalam acara keirin turut digalas Rizal Tisin.
Namun, Rizal, yang memenangi pingat perak dalam acara 1 kilometer ujian masa kelmarin, terkandas pada pusingan pertama repecharge dan menamatkan saingan di tempat ke-11.
Utusan Malaysia
Denggi - 5 Kematian Termasuk 2 di Terengganu Dicatat Dari 26 Sept Hingga 2 Okt Lepas
Lima kematian membabitkan tiga wanita dan dua pelajar perempuan akibat denggi dilaporkan dalam tempoh dari 26 Sept hingga Sabtu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Katanya kes yang melibatkan tiga wanita tersebut ialah dua wanita dari Pahang, seorang berusia 21 tahun dari Kuantan, Pahang, manakala kes kematian kedua di negeri itu membabitkan seorang pejawat awam berumur 49 tahun dari Temerloh.
Kes kematian turut berlaku di Masjid Tanah, Melaka membabitkan seorang penjawat awam berumur 45 tahun.
Dua lagi kematian membabitkan pelajar perempuan masing-masing berumur 10 tahun ialah seorang pelajar dari Kuala Terengganu, Terengganu dan Sungai Buloh, Selangor, katanya dalam kenyataan pada hari Rabu.
Dr Mohd Ismail berkata bilangan kematian meningkat 65 peratus atau 46 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 117 kematian berbanding 71 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.
Jumlah kes yang dilaporkan dari bulan Januari hingga 2 Okt lepas ialah 37,419 kes, peningkatan sebanyak 17 peratus atau 5,411 kes berbanding sebanyak 32,008 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas, katanya.
"Sejumlah 209 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 31 lokaliti panas dikenal pasti pada minggu lepas yang melibatkan sebanyak 441 kes demam denggi.
"17 atau 55 peratus daripada 31 lokaliti panas ini, masih mempunyai kadar pembiakan aedes yang aktif akibat persekitaran yang kotor dan hanya lapan atau 26 daripada lokaliti itu telah dilaporkan menjalankan aktiviti gotong-royong untuk membasmi pembiakan aedes," katanya.
Bagi penyakit Chikungunya, bagi tempoh bermula 26 Sept hingga 2 Okt lepas, sebanyak dua kes dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dan Sarawak, peningkatan sebanyak satu kes berbanding minggu sebelumnya.
Dr Mohd Ismail berkata setakat ini jumlah kes Chikungunya adalah sebanyak 779 kes, penurunan sebanyak 76 peratus atau 2,479 kes berbanding sebanyak 3,258 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Wednesday, October 6, 2010
Yayasan Terengganu Bangun Sistem Baru Elak Penipuan
Yayasan Terengganu (YT) sedang membangunkan satu sistem baru bagi mengelak penipuan oleh pemohon bantuan persediaan kemasukan ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
Pengarahnya Aziz Mamat berkata sistem itu yang akan dibangunkan oleh Top It Sdn Berhad, dijangka siap akhir tahun ini dan digunakan sepenuhnya tahun depan.
"Sistem yang bakal dibangunkan itu dapat mengesan dan memastikan maklumat pelajar yang berjaya memasuki IPTA/IPTS itu tepat untuk mengelak sebarang masalah penipuan seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.
Beliau menyatakannya selepas majlis Anugerah Khidmat Cemerlang YT yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahamd Razif Abdul Rahman.
Sebelum ini ada empat kes penipuan oleh seorang pelajar IPTS yang menggunakan kad pengenalan yang sama tetapi mengubah angka pada kad pengenalan itu. Kes itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Aziz berkata, sistem yang akan dibangunkan itu ia bukan sahaja berfungsi mengesan penipuan dan pemberian biasiswa tetapi juga untuk semakan bayaran balik pinjaman, data pelajar semasa dan juga pentadbiran YT sendiri.
"Dengan sistem yang kita bangunkan itu, segala borang permohonan pinjaman dan sebagainya akan dibuat melalui online sebagaimana yang dibuat oleh universiti-universiti sekarang," katanya.
Aziz berkata bahawa sebelum ini Yayasan Terengganu bergantung kepada sistem manual dan memang ada perkara-perkara yang tersilap dan terlepas pandang.

Paya Bunga Square - Projek Mega PMINT Bernilai RM120 Juta
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu sedang membina sebuah kompleks mega berharga RM120 juta di bandar raya ini yang mengandungi kompleks perniagaan, hotel dan pejabat yang dijangka siap menjelang 2012.
Pengurus Besar PMINT Datuk Zakaria Awang berkata kompleks itu akan mengandungi hotel 11 tingkat dengan 210 bilik, ruang pejabat, premis perniagaan empat tingkat dan tempat letak kereta tiga tingkat.
"Projek itu yang buat sementara ini dinamakan Paya Bunga Square merupakan pertama seumpamanya di negeri ini dan akan menjadi mercu tanda PMINT," katanya pada majlis sambutan Hari Raya PMINT di Kuala Terengganu, semalam
Kompleks itu sedang dalam proses pembinaan di belakang pejabat PMINT di Jalan Masjid Abidin dan bersebelahan dengan perhentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Zakaria berkata langkah PMINT membina kompleks itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempercepatkan pembangunan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya.
Beliau juga berkata PMINT akan membina empat blok rumah rumah kos sederhana dan kos tinggi mengandungi 128 unit di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.
Zakaria berkata kerja menambak tanah seluas lapan hektar bersebelahan TTI akan dilakukan segera bagi membolehkan projek itu dilaksanakan awal tahun depan.
PMINT juga akan memajukan kawasan perhentian bas lama yang terletak di Jalan Masjid Abidin di sini, katanya.

Pelajar Sudan Jalani Latihan Automotif di Terengganu
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan mengadakan kerjasama dengan kerajaan Sudan untuk melatih sekumpulan pelajar dari negara tersebut dalam bidang automotif di bawah Program Perbadanan Bantuan Teknikal Malaysia.
"Seramai tujuh orang pelajar Sudan buat masa sekarang sedang menjalani latihan di Pusat Giat Mara Batu Rakib, Terengganu untuk tempoh tujuh bulan di mana kesemua kos ditanggung oleh kerajaan kita," katanya.
Program ini merupakan kerjasama di antara Petronas dan MARA untuk melatih lebih banyak tenaga pekerja demi memenuhi keperluan gergasi minyak nasional tersebut di Sudan.
Pada yang sama, ia meningkatkan lagi pengalaman MARA di peringkat antarabangsa, tambah beliau.
Mengenai Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar yang bakal dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Okt ini, beliau mampu menyediakan perancangan rapi untuk tempoh 10 tahun akan datang melibatkan kepentingan masyarakat luar bandar serta agensi-agensi kerajaan berkaitan.
Katanya, pelan induk itu bakal meningkatkan keberkesanan kegiatan ekonomi luar bandar apabila perancangannya menekankan kepada kemudahan prasarana dan memantapkan penyelarasan agansi-agensi di bawah kementeriannya.
"Pelan komprehensif ini dibina kerana kita lihat banyak program pembangunan luar bandar dibuat oleh agensi yang berlainan, tetapi mempunyai hala tuju yang seakan-akan sama, hingga wujud ruang pembaziran peruntukan.
"Kesannya, semua agensi yang terlibat dalam agenda ini akan diselaraskan dan dirangkumkan untuk mencapai sasaran meningkatkan mata pencarian golongan luar bandar," katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MARA di Kuala Lumpur semalam.
Mengenai pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah kementeriannya, beliau berkata pencapaiannya adalah mengikut jadual.
Mohd Shafie berkata antara kemajuan yang telah dicapai ialah pelaksanaan 178km jalan raya daripada 200km yang disasarkan di Sabah dan pembinaan 14,000 rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berbanding 16,000 yang disasarkan tahun ini.
Di bawah NKRA luar bandar, terdapat empat NKRA kecil yang diberi fokus iaitu Jalan Perhubungan, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar dan Program Bantuan Rumah, melibatkan peruntukan terbesar kira-kira RM17 bilion.
Terdahulu di majlis berkenaan, MARA, antara agensi terbesar kementerian itu, menyampaikan Dana Akaun Amanah Baktidesa kepada 935 pelajar miskin dan miskin tegar Skim Bantuan Khas Pelajar Miskin Institusi Pendidikan Mara (IPMa), yang masing-masing menerima sebanyak RM500 seorang.
Pada majlis itu, Bank Islam Malaysia Berhad turut menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM250,000 kepada pelajar IPMa.

Replika Bangunan Masjid Sultan Singapura Dibina Di Taman Tamadun Islam
Orang ramai yang ingin mengetahui mengenai Masjid Sultan di Singapura kini boleh melihat secara dekat replika masjid tersohor itu di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man di sini apabila ia siap dibina tidak lama lagi.
Pengarah Urusan TTI Engku Md Azmi Engku Abdul Rahman berkata pembinaan replika bangunan Masjid Sultan yang menelan belanja RM1.2 juta sedang berjalan dan dijangka siap akhir tahun ini.
"Kita telah menghantar pegawai-pegawai kita melawat Masjid Sultan minggu lepas untuk membuat semakan terakhir termasuk dari segi catnya," katanya di Kuala Terengganu semalam.
Engku Md Azmi berkata TTI sebelum ini mempunyai 21 replika bangunan masjid tersohor di seluruh dunia.
Replika Masjid Sultan yang dibina di TTI itu adalah enam kali lebih kecil berbanding saiz sebenar masjid itu di Singapura.

Wan Farid Yakin BN Rampas Semula Kuala Terengganu
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yakin Barisan Nasional (BN) masih berpeluang menawan semula Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kepada sejarah lalu di mana jumlah pengundi BN semakin bertambah walaupun pada pilihan raya kecil yang diadakan tahun lalu, parti itu tewas.
“Saya bercakap berdasarkan fakta sejarah yang mana jika dilihat pada PRU 1999, BN kalah di tangan Pas dengan majoriti undi 14,448, tetapi pada pilihan raya kecil 2009,kita hanya kalah dengan majoriti 2,631 undi.
“Ini membuktikan pengundi di Parlimen Kuala Terengganu sudah mula menerima BN dan memberi peluang kepada barisan kepimpinan politik untuk berkhidmat di sini pada masa akan datang,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian baru-baru ini.
Wan Ahmad Farid berkata, walaupun sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pernah mengatakan peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi PRU ke-13 sangat cerah, namun ia tidak sesekali menggentarkan.
“Saya tidak yakin perkara itu kerana sebelum ini selepas kemenangan PRU 1999, Pas pernah mengatakan mereka akan mempertahankan pentadbiran kerajaannya di negeri ini tetapi apa yang kita lihat, sebaliknya.
“Mereka hanya mampu bertahan selama satu penggal untuk memerintah Terengganu apabila tewas pada 2004,” katanya.
Sementara itu, Wan Ahmad Farid berkata, khidmat kepada masyarakat akan terus ditekankan dengan seimbang melibatkan keempat-empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen ini.
“Walaupun BN hanya mampu menawan DUN Bandar, tetapi tidak semestinya kami mengetepikan rakyat di tiga DUN lain iaitu Batu Burok, Ladang dan Wakaf Mempelam.
“Ini sebab, kita mengamalkan kepada konsep ‘Menang dipertahankan, Kalah ditebus kembali,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Farid berkata, UMNO peringkat bahagian dalam usaha mencari peruntukan khas bagi menubuhkan satu tabung membantu meringankan bebanan rakyat kurang berkemampuan terutama melibatkan pesakit kronik.
“Kita telah mengajukan permohonan kepada Kementerian Pembangunan Keluarga untuk mendapatkan peruntukan khas ini dan diharap ia dapat melancarkan usaha membantu kebajikan masyarakat memerlukan,” katanya.

Tuesday, October 5, 2010
Tuanku Mizan Rasmi Bangunan Persatuan Anak-anak Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin menandatangani plak, tanda perasmian bangunan Persatuan Anak-Anak Terengganu. Turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Said.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari Isnin merasmikan bangunan Persatuan Anak-anak Terengganu di Wilayah Persekutuan dan Selangor (PESAT) di The Strand, Kota Damansara.
Seri Paduka Baginda yang diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk sERI Ahmad Said turut berkenan melawat pameran mengenai PESAT di perkarangan bangunan berkenaan.
Ahmad Said dalam ucapannya berkata beliau berharap bangunan rumah kedai empat setengah tingkat bernilai RM4 juta yang dibeli dengan pembiayaan kerajaan negeri itu akan dapat digunakan sebaik mungkin oleh anak-anak Terengganu untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
Beliau juga menyeru ahli-ahli PESAT supaya membantu kerajaan Terengganu melicinkan perjalanan pelaksanaan pelbagai program yang telah dirancang untuk kemajuan negeri itu.
"Saya juga percaya pusat ini boleh dijadikan medan untuk kita menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi sebagai usaha untuk menggalakkan pelaburan bertapak di negeri Terenganu," kata beliau.

Pemantauan Ekosistem Marin Di Terengganu Tahun Depan
Pemantauan Alam Sekitar bagi Ekosistem Marin dan Pesisiran Pantai (EMMCE) akan dilakukan di Pulau Redang, Terengganu dan Sabah tahun depan.
Talisman Malaysia Limited kini bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dalam projek itu yang dijangka bernilai RM329,000.
Pemangku Pengurus Talisman Malaysia, Jim Tarlton berkata untuk cawangan Terengganu, ia akan juga membantu menyediakan sukarelawan dan pengangkutan kepada pasukan projek MNS dalam tempoh pemerhatian mammal laut.
Bercakap pada majlis menandatangani kerjasama itu di Kuala Trengganu Khamis lalu, beliau berkata: "Kami (syarikat) melihat kerjasama ini sebagai satu tanggungjawab dan percaya betapa perlu kami menjalankan bisnes secara yang beretika, serta bertanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar".
Naib Presiden MNS, Professor Jeffrey Phang berkata projek itu yang dicetuskan oleh MNS merupakan sebahagian dari usaha persatuan untuk mengesan perubahan alam sekitar marin dan pesisiran pantai.
"Hasil kajian ini akan disusun dalam sebuah laporan dan digunakan untuk penyelidikan seterusnya, serta untuk membantu pelbagai usaha pemuliharaan alam sekitar kerajaan yang sedang berjalan," kata Jeffrey.
Beliau berkata projek kerjasama MNS-Talisman bukan baru oleh kerana mereka pernah bekerjasama sebelum ini dalam projek-projek lain seperti projek memerhati burung dan penanaman pokok bakau di Taman Alam Kuala Selangor (KSNP).

Polis Lumpuh Kumpulan Curi Motosikal Dari Hulu Terengganu
Polis menahan 12 lelaki dari kawasan Hulu Terengganu dipercayai anggota satu kumpulan pencuri motosikal dalam operasi sejak Jumaat.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, ekoran penahanan mereka yang berumur dalam lingkungan 16 hingga 26 tahun itu, polis telah berjaya merampas enam motosikal, dua rangka motosikal dan satu enjin motosikal yang dipercayai dicuri di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.
"Kita masih memburu saki baki kumpulan ini yang kita percayai terlibat dengan lebih 60 kes curi motosikal di dua daerah tersebut sepanjang tahun ini," katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di Marang semalam.
Mohd Shukri berkata kumpulan sangat cekap menjalankan aktiviti itu dan dikatakan berupaya mampu menghidupkan enjin motosikal dalam masa 40 saat dengan menggunakan alat khas sebelum melarikannya.

Dua Pelajar Maut Selepas Motosikal Ditunggang Bertembung Kereta
Gambar dirakamkan TV3 mengenai kemalangan membabitkan dua pelajar yang meninggal di tempat kejadian.
Dua pelajar maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Ibai, di sini pagi Isnin.
Kejadian berlaku ketika Ahmad Asrul Hakimi Abdullah, 14, dan rakannya Muhammad Aszwan Hakim Alamin Salim, 13, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, sedang dalam perjalanan ke sekolah mereka pada kira-kira pukul 6.30 pagi semalam.
Kedua-duanya yang tingal di Kondo Rakyat Kuala Ibai di Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala serta badan, dan mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.
Ibu Ahmad Asrul, Siti Fatimah Aziz, 36, ketika ditemui pemberita di bilik mayat hospital itu berkata anaknya mempelawa rakan karibnya itu membonceng motosikal untuk ke sekolah pagi itu, walaupun kedua-duanya sebelum ini ke sekolah dengan bas.
Ibu tunggal itu berkata dia sungguh terkilan kerana tidak dapat menemui anaknya sebelum anaknya itu hendak ke sekolah pagi tadi kerana Ahmad Asrul keluar ketika beliau sedang mandi.
"Setiap hari sebelum ke sekolah anak saya itu bersalam dahulu dengan saya. Tetapi hari ini dia pergi tanpa jumpa saya dulu," katanya.
Sementara itu ibu Muhammad Aszwan, Maimun Jusoh, 50, pula berkata beliau tidak menyangka anaknya itu akan membonceng rakannya kerana pagi tadi beliau sendiri yang menghantar anaknya ke tangga bas.
"Entah bila pula dia turun dan membonceng motosikal rakannya itu," katanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal terbabit dikatakan bergerak melawan arus trafik.
Pemandu kereta itu dan anaknya yang belum dipastikan identiti cedera ringan dan kini dirawat di HSNZ.

TDM Dapat 25,000 Hektar Di Kalimantan Bagi Projek Ladang Minyak Sawit
TDM Bhd memperoleh kawasan seluas 25,000 hektar di Kalimatan untuk projek ladang kelapa sawitnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Badrul Hisham Mahari.
Syarikat itu kini menanam lebih daripada 1,000 hektar dengan pokok kelapa sawit di tanah itu, katanya.
"Kami menyasar untuk menanam 3,000 hektar menjelang akhir tahun dan 5,000 hektar bagi setiap tahun berikutnya," kata Badrul Hisham.
"Ia mengambil kira-kira lapan hingga 10 tahun untuk menyiapkan projek Kalimatan itu dan apabila siap sepenuhnya, pada dasarnya akan menggandakan saiz syarikat ini," katanya pada sidang media di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pada masa ini syarikat berunding untuk mendapatkan 15,000 hektar tanah lagi untuk mencapai sasarannya mengurus 40,000 hektar tanah ladang kelapa sawit di Kalimatan.
TDM merupakan peserta utama dalam sektor perladangan Malaysia, mengurus 12 ladang kelapa sawit dengan kira-kira 35,000 hektar di Terengganu.
Badrul Hisham berkata projek Kalimantan akan menyediakan impak yang lebih besar kepada syarikat itu berbanding projek pembangunan hospital di Indera Mahkota, Kuantan, yang dijangka siap pada awal 2013.
Mengenai projek hospital itu, beliau berkata syarikat hampir memuktamadkan proses tender hospital moden 150 bilik itu.
"Kami cuba untuk mempercepatkan proses pembangunan ini supaya kami boleh menyiapkan projek dalam tempoh tarikh yang kami sasarkan itu," kata Badrul Hisham, dan menambah bahawa tempoh standard bagi kontrak projek itu ialah dua tahun.
TDM telah mendapat kelulusan pemegang sahamnya bagi cadangan peruntukan penerbitan sebanyak 1.82 juta saham TDM baharu menerusi skim opsyen saham pekerjanya (ESOS).
Pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu di Kuala Terengganu semalam, pemegang saham juga bersetuju dengan cadangan penerbitan peruntukan sejumlah 305,000 saham TDM baharu itu kepada ketua pegawai eksekutif menerusi ESOS itu.
Dua resolusi untuk menerbitkan ESOS kepada setiap pengarah bebas, bagaimanapun, ditarik semula sebelum undian kerana syarikat ingin responsif terhadap pendapat pemegang saham minoriti.
JPV Rancang 10 Projek Ternakan Untuk Siswazah Tani
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mulai tahun ini, akan mewujudkan 10 projek ternakan tahun ini bagi melatih siswazah yang berminat menyertainya.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPV Datuk Dr Ibrahim Che Embong semalam, program berkenaan akan dilaksanakan menerusi Program Siswazah Tani.
Dr Ibrahim juga menyeru warga jabatan itu yang telah bersara disaran melibatkan diri dalam aktiviti jabatan berkenaan.
Beliau berkata golongan tersebut juga disaran mewujudkan satu syarikat atau koperasi bagi memudahkan mereka melibatkan diri dengan aktiviti atau projek JPV di seluruh negara.
"Warga JPV adalah sumber berharga yang boleh memberi sumbangan kepada jabatan walaupun mereka telah bersara," katanya selepas majlis meraikan persaraan kakitangan JPV Terengganu.
Dr Ibrahim berkata ketika ini, kerajaan banyak mewujudkan projek seperti ternakan dalam merealisasi hasrat untuk menjadi sebuah negara maju pada masa depan.
Katanya, pesara yang berminat boleh mengambil peluang untuk terlibat dalam program ladang lembu satelit, yang kini dilaksanakan JPV di seluruh negara, memandangkan mereka mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam bidang berkenaan.

Monday, October 4, 2010
Piala Malaysia - Terengganu Menang, T-Team Tewas Kepada Selangor
Terengganu berjaya menewaskan Pahang pada perlawanan kumpulan B Piala Malaysia apabila skuad Tok Gajah gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri di Stadium Darul Makmur.
Pahang dibenam oleh Terengganu 0-2 pada perlawanan itu bagaimanapun T-Team tewas kepada Selangor di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu malam semalam.
Terengganu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Md Ashaari Shamsuddin.
Gol pembukaan itu kemudiannya terus membakar semangat pemain Terengganu yang melebarkan sayap enam minit kemudian hasil jaringan Abd Manaf Mamat (gambar kiri - tengah).
Sementara jara sebanyak 32 kali, Selangor muncul pasukan pertama yang layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan T-Team 2-1 pada perlawanan Kumpulan D.
Pasukan Red Giants menang semua perlawanan pusingan pertama dengan mengutip sembilan mata dan kini mengutip 12 mata daripada 4 perlawanan dengan baki dua lagi perlawanan sebelum peringkat suku akhir.
T-Team terlebih dahulu membolosi gawang lawan menerusi jaringan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit ke-28 namun Mohd Amirulhadi Zainal menyamakan kedudukan pada min ke-42 sebelum Mohd Safee Mohd Sali menghasilkan gol kemenangan Selangor pada min ke-65.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, Perlis membelasah Felda United 5-1, untuk berada di belakang Selangor di kedudukan pasukan.
Dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, pertemuan di antara juara bertahan dan naib juara musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Shahurain Abu Samah membuka jaringan Negeri Sembilan pada min ke-24 sebelum Abd Halim Zainal menyempurnakan penalti pada min ke-60.
Kelantan memperolehi jaringan menerusi Zairul Fitree Ishak pada min ke-66 sebelum Akmal Rizal Rakhli menjaringkan gol kedua, dua minit kemudian.
Tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Rahman Zabul dilayangkan kad merah, setelah menerima kad kuning kedua, oleh pengadil Anuar Che Hussin pada minit ke-39.
Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hasan turut diarah meninggalkan bangku simpanan pemain pada minit ke-44 kerana memprotes keputusan pengadil.
Sementara Selangor PKNS menewaskan KL Plus 3-2 pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Di Stadium Likas, Sabah menumpaskan Kuala Lumpur 3-2.
Gol pertama Sabah dijaringkan oleh Mohd Afif Amiruddin lima minit selepas perlawanan bermula, manakala gol kedua hasil tandukan Zainizam Marjan pada minit ke-20.
Gol kemenangan Sabah pula disumbangkan oleh Mohd Farid Ideris pada minit ke-90.
Pasukan pelawat mendapat jaringan menerusi Mohd Badrul Hisyam pada minit ke-74 dan gol kedua disumbangkan oleh Ahmad Azlan Zainal seminit kemudian.
Pada perlawanan Kumpulan C, Kedah dan Johor FC terikat tanpa sebarang jaringan pada perlawanan di Stadium Darulaman.
Perak pula mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Persiapan Menjelang Ketibaan Musim Tengkujuh
Gambar Fail - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said melawat mangsa banjir di salah sebuah penempatan di Hulu Besut tahun lalu.
Tahun ini sebanyak 123 pusat pengkalan hadapan dan 334 pusat pemindahan yang dapat menampung hampir 50,000 mangsa banjir disediakan di seluruh negeri.
Angka itu menampakkan peningkatan ketara dari segi jumlah pusat pemindahan yang disediakan, berbanding hanya 286 sahaja pusat berkenaan yang disediakan tahun lepas.
Setiausaha Keselamatan Negeri Mohd Tarmizi Dan berkata Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Terengganu sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir menjelang ketibaan musim tengkujuh tahun ini.
Menurutnya, ia termasuk penyediaan pusat pengkalan hadapan, pusat pemindahan, bekalan makanan mangsa banjir dan sebagainya.
"Kami sudah buat ujian dari segi kesiapsiagaan agensi, dan juga segala aset yang ada," katanya baru-baru ini.
Mohd Tarmizi berkata berdasarkan pengalaman lepas, biasanya banjir akan berlaku di Terengganu pada bulan November hingga Disember setiap tahun.
Beliau berkata daerah Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut merupakan kawasan paling berisiko dan sering dilanda banjir di Terengganu setiap musim.
Katanya bekalan-bekalan makanan akan dihantar ke pengkalan hadapan di daerah-daerah berisiko dalam masa terdekat untuk digunakan bila berlaku banjir.
Mohd Tarmizi berkata bilik gerakan banjir negeri akan ditempatkan di pejabat MKN di bangunan Seri Amar di sini, dan ia akan beroperasi apabila banjir melanda negeri itu.
Sementara itu beliau berkata MKN akan menganjurkan satu seminar bulan depan bagi memberi kesedaran berkaitan banjir kepada orang ramai di Terengganu.
Tiga Masjid Baru Untuk 3 Kampung di DUN Batu Burok
Tiga buah masjid baru bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok pada tahun hadapan dengan kos peruntukan sebanyak RM2 juta untuk setiap buah.
Pegawai Pembangunan DUN Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh berkata, pembinaan masjid baru yang diluluskan Kerajaan Negeri itu melibatkan tiga kampung iaitu Kampung Kubang Ikan, Kampung Gong Tok Nasek dan Permint Jaya, Chendering.
“Projek pembinaan ketiga-tiga masjid baru ini bermula tahun hadapan dan jika semua perancangan berjalan lancar, ia dijangka siap sepenuhnya pada 2013,” katanya sempena Majlis Sambutan Hari Raya peringkat DUN Batu Burok di Pejabat Pusat Khidmat DUN Batu Burok baru-baru ini.
Berhubung pembinaan Masjid Chendering yang gagal siap pada hujung tahun ini, Che Mat berkata, kerja pembinaan yang ‘lari’ daripada tarikh ditetapkan berpunca daripada masalah kontraktor yang menguruskan projek tersebut.
“Masalah ini difahamkan telah diselesaikan dan walaupun kini, kerja pembinaan berjalan agar lambat namun kami berharap masjid yang bernilai RM6 juta kesemuanya akan siap pada tahun hadapan,” katanya.
Sementara itu, menurut Che Mat, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan menyediakan kemudahan sebuah dewan orang ramai di DUN ini yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang.
“Bagi pembinaan dewan orang ramai, kami bersetuju memilih lokasi di sekitar Chendering dan sebaik sahaja usaha mencari tapak yang bersesuaian berjaya, kerja pembinaan akan dijalankan segera,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Mat berkata, sebanyak sembilan buah rumah bina baru dan 12 buah baik pulih rumah berjaya dilaksanakan dalam fasa pertama di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun ini.
“Kini, kita usahakan untuk fasa kedua yang mana setakat hari ini, sebanyak 13 buah rumah bina baru dan 33 buah rumah baik pulih penduduk yang layak di DUN ini sudah disenaraikan.
“Berhubung bantuan atap biru pula, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 6,000 keping atap telah diagihkan kepada 260 penduduk yang layak,” katanya.

Arab Saudi Benarkan 7 Penerbangan Haji Dari Terengganu Mulai 16 Okt
Tahun ini sebanyak tujuh penerbangan haji akan membawa jemaah dari Terengganu melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu untuk menunaikan ibadat haji di Mekah.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri mengemukakan permohonan untuk mendapatkan 10 penerbangan tetapi kerajaan Arab Saudi hanya meluluskan tujuh daripadanya.
Tahun ini seramai 2,335 bakal haji dari Terengganu akan mula berlepas ke Tanah Suci Mekah mulai 16 Oktober ini.
Pengarah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) negeri Terengganu Mohammad Mokhzani Mukhtar berkata 25 September lalu, mereka akan berlepas secara berperingkat.
Selain bakal haji dari Terengganu, jemaah dari Kelantan dan sebahagian dari Pahang juga turut berlepas dari LTSM.
Sehingga ini segala urusan mengenai jemaah haji untuk ke Tanah Suci berjalan dengan lancar dan sempurna.
Kerajaan negeri Terengganu turut menghantar 175 kakitangannya menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.
Mereka terdiri daripada Imam dan Bilal, para Hafiz Al-Quran, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta kakitangan jabatan kerajaan yang lain.
Jumlah yang dihantar menunaikan haji tahun ini lebih ramai iaitu 175 orang berbanding 85 orang sahaja tahun lepas.
Bakal haji dinasihat supaya menjaga kesihatan serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Tabung Haji bagi melicinkan segala urusan menunaikan ibadat itu.

Peluang Untuk ke Kuala Berang Dengan Bot Dari TTi
Pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) akan menyediakan sekurang-kurangnya dua bot untuk memulakan operasi dari TTI ke Kuala Berang, iaitu ke destinasi tempat bersejarah batu bersurat selewat-lewatnya awal November ini.
Pengarah Eksekutif TTI, Engku Md Azmi Abdul Rahman (gambar) berkata, pakej yang dinamakan Mudik Sejarah itu akan melalui kawasan tanaman jagung dan tempat berkelah popular sepanjang menyusuri sungai.
“Pakej satu hari dengan kadar bayaran RM50 hingga RM70 ini berpatutan kerana kita akan menyediakan menu makanan mengikut cita rasa penumpang,” katanya.
Menurutnya, TTI mengambil keputusan menyediakan perkhidmatan bot ke tempat bersejarah berikutan masih ramai pelancong tidak sempat melawat tapak batu bersurat.
“Justeru, dengan pakej terbaru yang disediakan, kita yakin orang ramai mendapat dua manfaat iaitu mengetahui sejarah Terengganu dan pada masa sama menikmati keindahan flora dan fauna yang belum diterokai,” katanya.

Pelajar langgar anggota polis didakwa di mahkamah Kuala Terengganu
Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap tuduhan melanggar seorang anggota polis pada bulan lalu.
Prosiding pendakwaan terhadap pelajar itu dijalankan secara tertutup.
Dia didakwa mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Aznika Mohd Anas membenarkan pelajar itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 November sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Insp Miky Dunstan Muda.
Dalam kejadian berkenaan, anggota polis itu patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala.