Saturday, April 7, 2012

Manis FM Bijak Pikat Pendengar Melalui Hebahan, Muzik 24 Jam

Manis fm yang menggunakan `tagline’ ‘Pilihan Terunggul Di Pantai Timur’ bijak memikat hati pendengar melalui persembahan hebahan dan muzik yang menarik sepanjang 24 jam bersiaran setiap hari.

Radio Manis FM dengan rasminya akan menjadi radio kerajaan negeri selepas selesai proses pengambilalihan stesen berkenaan oleh Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT), dalam tempoh terdekat.

MAIDAM Salur RM30 Juta Untuk Pendidikan Anak Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) mengeluarkan peruntukan sebanyak RM30 juta tahun ini berbanding RM19 juta tahun lalu bagi memenuhi keperluan pendidikan di negeri ini.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, peruntukan itu merangkumi kesemua keperluan dalam bidang pendidikan termasuk membiayai pengajian pelajar di universiti tempatan dan luar negara.

Terengganu Ketuai 5 Pasukan Ke Suku Akhir Piala Khir Johari

Naib juara Liga Siri Super PSM 2011, Terengganu mengetuai lima pasukan yang mara ke suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-49, 2012 di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Turut menempah tiket peringkat kalah mati ke johanan berpasukan itu yang berlangsung malam ini ialah juara 2010 dan 2009, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain Kelantan serta Pulau Pinang.

300 Penuntut IPTA Berhimpun Di Aman Kampus Setiu

Lebih 300 penuntut universiti di negeri ini menyertai program Aman Kampus Parlimen Setiu anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Terengganu dengan kerjasama Persatuan Asperasi Terengganu (Asperasi) bermula semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan tiga institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Kolej Teknologi Bestari (KTB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).


MMC Medan Pelayar Tempatan Rebut Slot Piala Monsun

Perlumbaan Sirkit Kapal Layar Malaysia (MMRC) pada 11 Mei hingga 23 September ini menjadi medan terbaik buat pelayar tempatan untuk merebut satu slot wildcard Piala Monsun 2012.

Pengarah T-Best yang juga penganjur kejohanan, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, kejohanan kali ini tidak hanya tertumpu kepada satu perlumbaan sahaja, sebaliknya tiga peringkat perlumbaan bakal dipertandingkan dan pemenang akan dinilai melalui kutipan mata tertinggi.



Friday, April 6, 2012

BOTR Kembali Lagi - Hadiah RM20,000 Untuk Tangkapan Ikan Naga

Ahmad Said dengan peserta BOTR tahun lalu....
Kerajaan negeri sekali lagi akan menganjurkan pertandingan Boat On The Road (BOTR) dalam usaha mempromosi Tasik Kenyir secara besar-besaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata, program kali ketiga ini berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 April depan di Tasik Kenyir dengan menawarkan hadiah yang cukup lumayan.

Wujudkan Sartu Gagasan Di Kalangan * Penjawat Awam Negeri, Persekutuan


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meminta semua kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan dan negeri mewujudkan satu gagasan dan persefahaman bagi melancarkan jentera kerajaan terutama dalam aspek memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat bawahan.

“Di bawah program `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’, antara orang politik, kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri perlulah bekerjasama dalam apa juga perancangan yang dibuat kerana rakyat yang berhak mendapat perkhidmatan terbaik.

Rumah Terbakar - Tukang Jahit Rugi RM30.000

Seorang tukang jahit kerugian lebih RM30,000 apabila 25 pasang pakaian yang ditempah pelanggan termasuk dua mesin jahit yang menjadi sumber pendapatannya hangus apabila rumahnya dijilat api dalam kejadian pukul 11.40 pagi semalam.

Masitah Daud, 64, hanya mampu menitiskan air mata selepas rumahnya di Kampung Teluk dekat Alor Lintah drkst Jerteh musnah dalam sekelip mata.

Pemimpin, Ahli Koperasi Sertai Himpunan Koperator 1Terengganu

Kira-kira 3,000 pemimpin dan ahli koperasi dari seluruh negeri akan menghadiri majlis Himpunan Koperator 1Terengganu di Stadium Negeri, pada jam 3 petang, 12 April depan.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan melahirkan penghargaan dan terima kasih para peserta yang menyertai koperasi, kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang selama ini banyak membantu memajukan koperasi di negeri ini.


220kg Abu al-Quran Dibuang Ke Laut

Muhammad Ramli (kanan depan) bersama kakitangan JHEAT membuang abu al-Quran ke laut ketika melupuskan naskhah ayat suci berkenaan di perairan Pulau Kapas, Kuala Terengganu semalam.

Lebih 200 kilogram (kg) abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks ayat-ayat suci itu dibuang di tengah laut di sini semalam sebagai satu cara pelupusan naskhah suci tersebut.

 Acara pelupusan itu dilakukan pada tepat pukul 10.37 pagi di perairan Kuala Terengganu yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur dekat Kuala Terengganu.

Suhakam Perkenal Program Amalan Terbaik Di 17 Sekolah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memperkenalkan program amalan terbaik di 17 buah sekolah terpilih di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran dan budaya menghormati hak orang lain di peringkat usia muda.

Pesuruhjaya Suhakam (Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam) , Prof. Emiritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, program yang diperkenalkan sejak tahun 2010 itu memilih lima buah sekolah menengah kebangsaan sebagai percubaan.

Thursday, April 5, 2012

Terengganu Tewaskan Tampines Rovers 1-0, Kelantan Catat Kemenangan Pertama

Kalang Tie menjadi hero dengan jaringan tunggalnya memberi kemenangan kepada Terengganu di Singapura 

Dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatat kemenangan masing-masing pada saingan Piala AFC malam semalam.

Lebih manis bagi Terengganu apabila ia berjaya menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya setelah mencatat kemenangan ke atas Tampines Rovers 1-0 hasil jaringan Joseph Kalang Tie.

Hatrik Mohd Ghaddar beri kemenangan pertama kepada Kelantan
 Pada peringkat kumpulan saingan Piala AFC malam tadi di Singapura, Sang Penyu yang mempunyai rekod baik beraksi di Stadium Jalan Besar, Singapura pada saingan Liga Super sebelum ini meneruskan rentak kecemerlangan di gelanggang sama.

ampines Rovers kini tercorot dalam kumpulan dan tiga mata penuh itu memberi sedikit tekanan kepada pendahulu Kumpulan F, Kitchee FC yang menewaskan Song Lam Nghe An, 2-0 di Pusat Sukan Tseung Kwan O.

Sementara Kelantan turut mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan Arema FC dari Indonesia 3-0 pada perlawanan ketiga kumpulan H di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di Kota Bharu, semalam.

Penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar menjadi wira The Red Warriors apabila melakukan hatrik melalui jaringan pada minit ke-23, 47 dan 89.

Ini adalah kemenangan pertama Kelantan pada saingan peringkat kumpulan. Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan kemenangan 3-0 Kelantan ke atas pasukan Indonesia, Arema FC sebagai hadiah bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Bojan berkata, kemelut yang melanda Annuar ternyata memberi suntikan semangat kepada anak buahnya ketika menghadapi pasukan lawan walaupun bermain tanpa beberapa tonggak utama pasukan Kelantan.

"Kita bermain lebih baik pada malam ini... bagaimanapun, saya tak menjangka kita menang dengan jumlah gol yang banyak," katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam semalam.

Sebelum ini kedua-kedua dalam kumpulan H itu masing-masing mencatat satu keputusan seri dan satu kalah. Kelantan seri tanpa jaringan dengan Navibank Saigon dari Vietnam dan tewas 1-3 kepada Ayeyawady United dari Myanmar manakala Arema FC dari Indonesia pula seri 1-1 dengan Ayeyawady dan tewas 1-3 dengan Navibank.

Kelantan akan bertemu Arema FC pada perlawanan timbal balik pada 10 April di Surabaya, Indonesia.

Sumber - Sinar Harian & Bernama

Ibu Merak 'Kecewa' ADUN BUkit Tunggal Tidak Jenguk Anaknya!!!


Akhir tahun lalu, ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak yang melakukan ‘Eksplorasi Terjah’ ke Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir mendakwa projek Taman Burung di pulau seluas 1.7 hektar itu dibuat tanpa kajian dan tiada faedah ekonomi kepada rakyat.

Kerana terlalu gopoh untuk menjadi popular dengan menghentam projek-projek Kerajaan Barisan Nasional (BN), Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu itu turut mendakwa Pulau Burung sebagai ‘projek mengigau’.


Kempen Sifat Buang Pelajar Di Terengganu Dalam Masa Terdekat

Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) akan menjalankan kempen 'Sifar Buang Pelajar' dalam jangka masa terdekat untuk memastikan tidak berlaku keciciran akademik di kalangan anak watan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sehubungan itu satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan beliau akan ditubuhkan.

Hospital Pakar Swasta KT Akan Dinaiktaraf

Kerajaan Terengganu telah meluluskan sebahagian tanah di Batu Buruk untuk pembinaan dan pembesaran serta menaik taraf hospital pakar swasta, Kuala Terengganu Specialist (KTS) yang dibangunkan Terengganu Development Management (TDM) Berhad, anak syarikat kerajaan negeri, menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik berkata penaiktarafan hospital itu bertujuan memberi keselesaan dan menampung lebihan pesakit yang kian meningkat di wad sedia ada hospital pakar swasta yang terletak di Jalan Kamarudin di Kuala Terengganu.

11 Penyu Agar Ditemui Mati Si Pesisiran Pantai

Tabung Perlindungan Hidupan Liar (WWF) Malaysia memandang serius mengenai masa depan penyu agar di negeri ini apabila rekod menunjukkan sekurang-kurangnya 11 bangkai hidupan laut itu ditemui dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pengarah eksekutifnya, Datuk Dr. Dionysius Sharma berkata, laporan daripada Jabatan Perikanan dan maklumat awam mendapati bangkai-bangkai penyu agar ditemui di pesisir pantai Marang, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu.

Senario tersebut dipercayai berpunca daripada aktiviti menangkap ikan secara haram di sepanjang perairan negara.

Kosmo!

Annuar Bersalah - FAM Gantung Selama Dua Tahun Enam Bulan

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa digantung selama dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuat kuasa semalam.

Pengerusinya, Datuk Taufik Razak memberitahu, keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama lapan ahli Jawatankuasa Disiplin FAM yang bersidang hampir tujuh jam di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

1,002 Bekas Anggota Polis Di Terengganu Akan Terima RM3,000

Nasib bekas anggota polis yang bertugas ketika zaman darurat tidak pernah diabaikan, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) kini memberi perhatian serius untuk membantu mereka yang pernah berjasa kepada negara.

 Pengerusi Persatuan Bekas Polis Terengganu, Haji Hussein Awang Ngah berkata, menerusi bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat, bekas anggota terbabit diberikan saguhati RM3,000 seorang tahun ini.

'Preve" - Model Terbaharu Proton

Proton Holdings Bhd. memilih “Preve” sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.


Sukma Pahang - Terengganu Sasar Tujuh Emas Acara Olahraga

Terengganu mensasarkan untuk mendapat tujuh pingat emas dalam acara olahraga pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini berdasarkan prestasi semasa atletnya yang memberangsangkan.

Pengurus sukan olahraga Terengganu Kama Rezuan Kamaruddin berkata sasaran ini akan memperbaiki catatan enam pingat emas yang diraih pada edisi 2010 di Melaka.


Kenderaan Tiada Tali Pinggang Keselamatan Ketiga Mula Disaman Tahun Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mula menyaman para pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan memasang tali pinggang keselamatan ketiga pada kenderaan mereka, sejak awal tahun ini.

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jaafar Mohamed yang mengingatkan orang ramai mengenai penguatkuasaan peraturan itu berkata pihaknya amat mengharapkan kerjasama orang ramai menjadikan amalan menitikberatkan soal keselamatan sebagai satu budaya, dan bukan hanya melihatnya daripada segi penguatkuasaan semata-mata.


Polis Patah Rusuk Kiri Dirempuh Motosikal

Seorang anggota polis berpangkat koperal patah rusuk kiri dan cedera di dahi apabila dirempuh sebuah motosikal ketika sedang bertugas membuat sekatan jalan raya di Jalan Perindustrian, Jalan Jakar, Kemaman semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi ketika mangsa, Koperal Jamaluddin Drawi, 51, bersama beberapa lagi anggota lain sedang sibuk menjalankan tugas.

Pertukaran Mykad Struktur Baru Tidak Diwajibkan

Pertukaran kepada MyKad struktur baru adalah tidak diwajibkan, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam.

Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berikutan itu, MyKad lama sah diguna pakai untuk berurusan di semua agensi berkaitan.


Simbah Minyak - Buruh Dipenjara Sehari, Denda RM3,000

Gara-gara mengugut isteri dengan menyimbah minyak diesel di dalam rumah, seorang buruh semalam dihukum penjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi memerintahkan Zainal Abidin Endut, 48, menjalani hukuman dari tarikh jatuh hukuman dan akan dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda mahkamah.


Wednesday, April 4, 2012

Harga Petrol Ron95 Kekal, Ron97 Naik 10 Sen Mulai Tengah Malam Tadi


"Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 satu liter walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. Kerajaan turut meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat. Ini adalah kerana kerajaan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi."

Tidak akan ada perubahan harga dalam petrol RON95 dan diesel.

Bagaimapun mulai tengah malam semalam, harga petrol premium RON97 akan naik 10 sen kepada RM2.90, menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM).

Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong.

Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga Petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin turut mengesahkan kenaikan ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika mengesahkan kenaikan harga itu berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 satu liter walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini.

Kerajaan telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan. Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.

Di Jakarta, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan, tekanan dari perekonomian global akibat melonjaknya harga minyak membuat keadaan ekonomi Indonesia bertambah berat.

Bagaimanapun pada 31 Mac lalu, Parlimen Indonesia menyekat rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak sebanyak lebih 30 peratus mulai 1 April tetapi akan membenarkan kenaikan harga pada masa depan dalam keadaan tertentu.

Kerajaan dijadual menaikkan harga petrol daripada 4,500 rupiah (RM1.51) seliter kepada 6,000 rupiah (RM2.01) seliter mulai 1 April bagi mengurangkan subsidi minyak yang telah meningkatkan defisit bajet.

Bagaimanapun Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mempunyai 550 anggota itu kemudian mengundi untuk membenarkan kenaikan harga hanya jika harga purata minyak mentah Indonesia dalam tempoh enam bulan melonjak 15 peratus daripada paras AS$105 (RM326 setong), iaitu kepada AS$120.75 (RM374) setong.

Harga purata minyak mentah Indonesia sekarang ialah AS$116.49 (RM361) setong.

Piala AFC - Terengganu Berdepan Tampine Rovers Hari Ini

Kehebatan Terengganu sekali lagi akan diuji kelab Singapura apabila juara Piala FA itu turun menentang Tampines Rovers pada aksi peringkat Kumpulan F kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam ini.

Beraksi selaku pasukan pelawat di Stadium Jalan Besar, anak-anak buah Mat Zan Mat Aris itu meletakkan harapan tinggi untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus meneruskan rekod cemerlang di negara jiran tersebut.


Kalang Tie (dikiri) ditagih kelibat hebatnya malam ini.

YPU Wujudkan Perniagaan Maya Untuk Usahawan Baru

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan mewujudkan peluang bercirikan perniagaan maya terutama di kalangan usahawan yang baru berjinak dalam bidang peniagaan moden tersebut.


Pengurus Besar YPU Azmi Razik berkata perniagaan maya ini merupakan antara beberapa langkah terbaharu YPU pada tahun ini dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing menerusi penjanaan perniagaan melalui internet di negeri ini.

JHEAT Buat Pelupusan Abu Al-Quran Di Tengah Laut Esok

Gambar Hiasan - Membuang abu al-Quran ke laut.
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan membuat pelupusan abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks al-Quran di tengah laut esok (5 April).

Penolong Pegawai Penyelidikan JHEAT Noor Huda Ismail berkata kerja-kerja pelupusan abu al-Quran itu akan disempurnakan oleh pegawai daripada Jabatan Mufti negeri dan pegawai JHEAT.

Kerajaan Sedia RM10 Juta Untuk Biasiswa Sukan

Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan RM10 juta sebagai biasiswa untuk atlet yang cemerlang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Saifuddin Abdullah berkata biasiswa itu juga sebagai galakan kepada atlet agar aktif di dalam sukan sehingga mewakili negara ke peringkat antarabangsa.


Suhakam Kecewa OKU Tidak Dihormati

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kecewa dengan sikap anggota masyarakat yang masih tidak menghargai golongan orang kelainan upaya (OKU).

Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata sikap sedemikian perlu diubah selaras dengan hasrat mahu menjadi negara maju.


Nagi Dagang Bakal Popular Di Perth, Australia - Mohd Awangang Tera


Makanan tradisional Terengganu, nasi dagang bakal menembusi pasaran di Perth, Australia apabila Yayasan Usahawan Terengganu (YPU) membuka kedai makan T-Kafe di negara itu, di jangka bermula Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, selain nasi dagang, pelbagai jenis lagi makanan tradisi Terengganu akan dijual di sana.

'Pegawai Imigresen' Samun Pelancong Kena Penjara 36 Bulan

Seorang jurujual minyak wangi dijatuhi hukuman penjara 36 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuaa Terengganu semalam, selepas mengaku bersalah menyamun seorang pelancong asing dari India dengan menyamar sebagai pegawai imigresen pada 23 Mac lalu.

Tertuduh, Rosan Singh a/l Sohan Singh, 43, dari Petaling Jaya, Selangor, mengaku melakukan kesalahan itu pada 23 Mac lalu kira-kira jam 8.30 pagi di hadapan tempat letak kereta Jalan Kampung Tiong.

Tuesday, April 3, 2012

Tolak Tukang Karut Politik Yang Melipur Lara , Hanya Pandai Berjanji

"Jangan sesekali salah membuat pilihan dan berhati-hati dengan tukang karut yang melipur lara....Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya."  - Najib Razak

Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini bukan 'kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab', malah merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara. "Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan.

Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri di Kuala Lumpur, malam semalam.

Najib berkata kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.

"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. "Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya," katanya.

Malah, katanya kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk menjadikan negara lebih demokratik termasuk dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, selain membatalkan tiga perisytiharan darurat. Selain itu, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, serta meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, dan meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

Najib berkata bagi memastikan negara dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat."

"Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar "jangan sesekali salah membuat pilihan dan berhati-hati dengan tukang karut yang melipur lara."

"Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan.

"Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya," katanya.

Safee Sali Ceraikan Sabrina, Anak Dijaga Bekas Isteri

Pemain bola sepak termahal negara, Safee Sali yang ketika ini mewakili kelab Pelita Jaya FC di Indonesia sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam.

Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari.

Pemain Import Perlu Tepati Kriteria FAM

Forkey Doe pilihan tepat pasukan Terengganu
Semua persatuan bola sepak negeri atau kelab dalam Liga Malaysia yang berminat mengambil pemain import baru perlu memastikan pemain berkenaan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PersatuanBola Sepak Malaysia (FAM).

Badan induk bola sepak negara itu telah membuka pintu perpindahan pemain peringkat kedua bermula hari ini sehingga 16 April.


T-Team Dijangka Tampil Pemain Import Baru Dari Brazil

Pasukan T-Team dijangka menurunkan penyerang import baru dari Brazil, Marco Tulio Lopez Silva, buat kali pertama pada perlawanan Liga Super menentang Selangor PKNS, di Kuala Terengganu, Jumaat ini.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata pengalaman pemain import itu dalam liga antarabangsa sebelum ini dapat membantu pasukan itu mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini.


'Gerhana' Untuk Rakyat Jika Pilih PAS - Ahmad Said

 

Rakyat di Terengganu perlu menepis propaganda yang disebarkan oleh pihak pembangkang atau berdepan dengan 'gerhana' jika pakatan politik itu kembali menerajui negeri ini.

Menteri Besar, Datuk  Seri Ahmad Said berkata, rakyat negeri ini perlu menolak usaha pihak tidak bertanggungjawab khususnya pemimpin Pas yang cuba memperbodohkan pemikiran rakyat dengan janji yang bersifat ‘khayalan’.


Pemuda Lumpuh Dituduh Rogol Pelajar 15 Tahun

Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

Mohd Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerosi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.

Rangkaian T-Hardware Setiap Kawasan Parlimen - Awang Tera

 Selepas berjaya mewujudkan rangkaian kedai T-Shoope, T-Lekor dan T-Kafe, kerajaan Terengganu merancang mewujudkan rangkaian kedai peruncitan bahan perkakasan binaan, T-Hardware di setiap Parlimen di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata ia bagi memastikan supaya lebih ramai Bumiputera di negeri ini menceburi sektor berkenaan sekali gus memantapkan penyertaan mereka dalam pasaran Sistem Binaan Industri (SBI).


Tabung Haji Sasar 50 Peratus Umat Islam Jadi Ahli

Tabung Haji (TH) Negeri Terengganu mengambil pendekatan melaksanakan promosi secara terbuka melalui aktiviti kemasyarakatan di kampung dan sekolah dalam usaha mencapai matlamat 50 peratus umat Islam menjadi ahli TH.

Pegawai Pemasaran TH negeri, Encik Mazlan Mohamad berkata, promosi secara terbuka ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai membuka akaun simpanan dengan TH.


555 Kakitangan SATU Terima Jawatan, Gaji Baru

Perstrukturan jawatan baru dan kenaikan gaji melibatkan 535 kakitangan Syarikat Air Terengganu (Satu) yang berkuatkuasa semalam (1 April) nyata mengembirakan golongan itu, selepas hampir 5 tahun menunggu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk  Mazlan Ngah berkata kenaikan itu membabitkan semua kakitangan Satu, termasuk bertaraf kontrak dan sementara.


Hanya Kerana Telefon Bimbit, Sanggup Serang Bekas Isteri

Hanya kerana sebuah telefon bimbit, seorang penganggur sanggup bertindak bodoh apabila buat kecoh di pejabat jandanya dalam masa sama mencederakan mangsa dalam kejadian di Jalan Batas Baru, di sini, 18 Mac lalu.

Tindakan tertuduh, Mohd Raffi Midin, 40, dari Kampung Gemuroh, Tepoh, di sini bukan sahaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa tetapi turut memalukan mangsa menerima pembalasan setelah didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Jangan Terpedaya Tipu Helah Ah Long

Orang ramai di negeri ini diingatkan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana syarikat pinjaman berlesen untuk membuat sebarang pinjaman sebaliknya mendapatkan pinjaman di institusi kewangan atau koperasi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Usahawan Datuk Mohamed Awang Tera.

Beliau berkata ini kerana syarikat pinjaman dikhuatiri didalangi ah long yang berselindung di sebalik syarikat pinjaman berlesen.


Kecurian Pisang - Lelaki Patah Tangan Dibelasah Penduduk

Hilang sabar dengan kecurian pisang di kebun yang berlaku setiap hari dua, seorang lelaki dipukul penduduk sehingga patah tangan.

Kehadiran dua suspek yang mencurigakan di kebun pisang terbabit mula disedari anak pemilik kebun yang menjaga kebun pisangnya.

Pembangkang Hasut Pelajar Demonstrasi Terhadap YT

Pemimpin parti pembangkang dikatakan menghasut pelajar di negeri ini supaya mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan Yayasan Terengganu (YT) menarik balik pinjaman sembilan pelajar yang terlibat dengan perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir, tahun lalu.

Semalam, kira-kira 10 pelajar dipercayai didalangi pembangkang menghantar memorandum kepada YT dan pejabat Menteri Besar, supaya tindakan lembaga tersebut menarik balik pinjaman ke atas pelajar terbabit, ditarikbalik.