Saturday, February 16, 2013

Baik Pulih Bumbung SSMZA Lancar - Za'abar


Kerja membaik pulih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh tiga tahun lepas kini berjalan lancar dalam dua pakej melibatkan peruntukan awal RM15 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Za'abar Mohd Adib berkata dua pakej yang dijalankan serentak itu termasuk membuka semula atap pada bumbung yang lebih kecil yang tidak terlibat dengan runtuhan tempoh hari.

"Mengikut kajian graviti bumbung itu juga tidak selamat, maka kita terpaksa buka balik atap pada bumbung berkenaan melibatkan peruntukan RM2 juta.

"Manakala pakej pertama untuk baiki bumbung utama stadium itu melibatkan RM13 juta," katanya ketika ditemui Bernama pada majlis agihan bantuan kepada mangsa banjir Daerah Dungun di Dungun.

Za'abar berkata kerja-kerja bagi pakej utama itu agak rumit dan memakan masa kerana ia perlu menyiapkan 306 rasuk dalam pelbagai bentuk yang melibatkan tempat duduk utama.

"Setelah kerja-kerja awal itu selesai, seterusnya kita akan melihat untuk memilih bumbung yang sesuai untuk dipasang di stadium itu," katanya menambah reka bentuk yang tidak membebankan struktur sedia ada akan ditentukan kemudian.

Beliau menjelaskan pakej itu juga termasuk kerja membaiki pulih padang stadium dan pendawaian elektrik yang merupakan komponen utama bagi kelancaran operasi sesebuah stadium.

Za'abar turut berharap agar kerja membaik pulih stadium itu terus berjalan lancar yang sebelum ini terganggu akibat musim tengkujuh.

Pada 2 Jun 2009, bumbung utama SSMZA yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 itu, runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Sang Penyu Bangkit Di Kuala Terengganu, TRW Rebah Di Shah Alam,

Aksi pemain Kelantan dan Selangor pada pertemuan malam tadi. Kelantan tewas 0-2 kepada Selangor.
Terengganu di bawah kendalian E. Elavasaran berjaya menemui rentak permainan apabila bangkit untuk meraih tiga mata buat pertama kali setelah dua seri dan tiga kalah dalam perlawanan sebelum ini.

Terengganu menjaringkan gol pertama menerusi Ashaari Samsuddin pada minit ke-14.

Sokongan padu daripada penonton nyata membarakkan semangat pemain Terengganu untuk mencatat kemenangan di halaman sendiri.

Mohd Norfarhan dicabar pemain Selangor, Mohd Raimi (tengah) dalam perlawanan malam tadi.  

Mat Sabu - Saya Tidak Akan Minta Maaf


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan memohon maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sebaliknya menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Mohamad yang sebelum ini didakwa telah memfitnah Wan Ahmad menerusi kenyataan di dalam akhbar Harakah berhubung isu 'projek IC' Sabah, bertajuk “Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan”.

Tiga Anugerah Khusus Untuk Pelumba Malaysia Di LTDL 2013

Syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd (TM), menyediakan tiga anugerah khusus untuk pelumba-pelumba Malaysia yang menyertai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini.

Tiga anugerah yang julung kali diperkenalkan TM itu ialah pelumba terbaikkeseluruhan, Raja Pecut dan Raja Bukit.


Pelumba Malaysia terbaik keseluruhan akan menerima RM5,000 beserta trofi, manakala Raja Pecut dan Raja Bukit pula masing-masing akan menerima RM2,500 dan plak.

Daftar Pemilih Baru Diwarta 22 Februari

Senarai daftar pemilih baru yang melibatkan seramai 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Februari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam.

Beliau menasihatkan semua pemilih berdaftar supaya menyemak daftar pemilih yang baru berkenaan supaya sebarang kesilapan dapat diperbetulkan segera.

10 Bulan Penjara Kerana Curi Duit Majid


Seorang bapa kepada tiga anak tergamak mencuri duit tabung masjid atas alasan tidak memiliki pekerjaan, serta dalam masa sama terpaksa menanggung anak dan isteri.

Walau apa juga alasan diberikan, Nazawawi @Shafunizam Md Nor, 38, dari Kampung Kepong, Taman Desa Sepakat, di sini, tetap menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Tambahan Tanah 240 Hektar Bangunkan Eastern Steel


Kerajaan negeri bersetuju meluluskan tanah tambahan seluas 240 hektar bagi membangunkan projek kilang besi, Eastern Steel di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.

Menteri Besar, Datuk  Seri Haji Ahmad Said, berkata tambahan itu menjadikan keseluruhan tanah bagi projek pembangunan kilang fasa kedua yang dijangka siap pada Oktober ini berjumlah 480 hektar.

Polis Kemaman Cari Mat Beleh, Pok Mi


Polis Kemaman kini sedang mencari dua pemuda yang dikenali sebagai Mat Beleh, 25, dan Pok Mi, 27, bagi membantu siasatan kes ragut yang berlaku di sekitar Bandar Chukai sejak dua bulan kebelakangan ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai dua pemuda ini, diharap dapat tampil membantu polis dengan datang ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 09-859 2222.

Atlet Berbasikal Terengganu Dipanggil Sertai Kejohanan Di New Delhi

Ummi Hamimah  turut terpilih...
Persatuan Berbasikal Kebangsaan (PKBM) memilih 11 pelumba Terengganu termasuk dua pelumba wanita untuk mewakili negara pada Kejohanan Berbasikal Asia di New Delhi, India pada 12 Mac depan.

Jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka adalah antara 40 pelumba yang dipanggil mewakili negara dalam kejohanan selama seminggu itu.

Atasi Masalah kecurian Kabel TM

Muhammad Pehimi (dua, kiri) dan Hamidun (kanan) di majlis perlepasan anggota rondaan kabel TM di Kampung Raja, malam kelmarin.
Prihatin dengan kesulitan dihadapi pengguna akibat masalah kecurian kabel mendorong Telekom Malaysia (TM) Bhd melancarkan program Jom Sepakat Ronda peringkat Dun Kota Putera, di Kampung Raja, malam kelmarin.

Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail berkata, program julung kali diadakan di negeri ini adalah titik awal kerjasama dalam melaksana tugas rondaan antara TM dengan pasukan sukarelawan setempat.

Rayuan Kes Liwat Anwar-Saiful Julai Ini


Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar Julai ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata perkara ini dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N.Kanageswari ketika pengurusan kes itu semalam.

LTdL2013 - Terengganu Pertaruh 7 Pelumba Tempatan


Terengganu Cycling Team (TSG) akan mempertaruhkan tujuh pelumba tempatan bagi menggalas cabaran di kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) ke-18 yang akan bermula dari 21 Februari hingga 2 Mac ini.

Mereka ialah Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Saufi Mat Senan, Mohd Nor Umardi Rosdi, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Saiful Anuar Aziz.

PRU 13 - PKR Dapat Tambahan Kerusi

PKR Terengganu dijangka bertanding di lapan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang berbanding tujuh kerusi pada pilihan raya sebelumnya.

Pertambahan satu kerusi itu dikatakan berlaku di peringkat Dun apabila lima kerusi yang dipertandingkan sebelum ini bertambah kepada enam kerusi, manakala Parlimen masih dikekalkan kepada dua kerusi.

PDRM Terima Tiga Bangunan Baharu Bernilai Lebih RM271 Juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jumaat menerima tiga projek bangunan baharu bernilai lebih RM271 juta yang telah disiap dan diserahkan oleh Syarikat Pembinaan BLT Sdn Bhd (PBLT).

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Daud Tahir berkata projek yang diserahkan itu adalah bangunan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Selama, Perak, dan bangunan Gerakan Am Kubang Badak, Terengganu.

Hariff Idam Gelaran Raja Pecut LtDL 2013


Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Harrif Salleh meletakkan sasaran untuk menyandang gelaran Raja Pecut pada kejohanan Le Tour de Langkawi (LTDL) ke-18 dari 21 Februari hingga 2 Mac ini.

Menurut pelumba berusia 25 tahun itu, sasaran dibuat berdasarkan posisi sprinter yang akan dipikulnya nanti.

Hanya 6 IPTS Dibenar Tawar Program PJJ

Hanya enam institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dibenar menawarkan program pengajian jarak jauh sehingga 31 Oktober lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata IPTS itu ialah Al-Madinah International University, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Terbuka Malaysia, Asia e University dan Internatonal Centre for Education in Islamic Finance.

Mangsa Banjir Daerah Dungun Terima Bantuan Banjirir

 

Sebanyak 2,112 penduduk daerah Dungun semalam menerima bantuan banjir daripada kerajaan negeri membabitkan RM1.055 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata bantuan yang disampaikan hari ini adalah bantuan kepada mangsa banjir yang pertama dan selepas ini bantuan serupa akan diagihkan untuk penduduk daerah Kemaman.

Friday, February 15, 2013

Waterfront Fasa Dua Rancak Dibangunkan

Bandar Raya Kuala Terengganu kian berubah wajah apabila kerajaan negeri memperuntukkan RM150 juta bagi membangunkan pinggiran air dari Kampung Tanjung hingga Kampung Cina.

Projek fasa kedua sepanjang satu kilometer itu melibatkan keluasan empat hektar adalah sambungan kepada pembangunan pinggiran air sedia ada.

Seramai 10,821 Petugas SPR Sedia Berkhidmat

Seramai 10,821 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Terengganu diminta menjalankan tanggungjawab di 354 pusat mengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengarahnya, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab berkata pihaknya menjangkakan aktiviti pilihan raya kali ini lebih rancak dan `panas’ dapat dikendalikan dengan lancar dan sempurna oleh kesemua petugas dilantik.

200 Dingka Sertai Tebu Mountain Challenge 2013

Seramai 300 peserta disasar menyertai kejohanan sukan lasak Tebu Mountain Challenge 2013 di sini pada 23 Feb ini.

Setiausaha Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu, Mohd Khairul Abu Bakar berkata buat masa ini lebih 250 peserta telah mendaftar melepasi jumlah penyertaan tahun lalu.

Kempen LTdL 2013 Untuk Tarik Minat Rakyat

Kerajaan negeri kini mengadakan kempen kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) secara besar-besaran bagi menarik minat rakyat menyaksikan kejohanan berbasikal itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata kempen kejohanan lumba basikal terunggul di Malaysia itu diadakan melalui Program Bulan Berbasikal ke daerah-daerah bermula semalam (14 Februari).

Thursday, February 14, 2013

Keselamatan - Terengganu Larang Pasang Bendera Di Jambatan, Bulatan


"Selain jambatan dan bulatan, beberapa lagi kawasan yang tidak dibenarkan pemasangan bahan-bahan parti politik ialah di persimpangan-persimpangan lampu isyarat, masjid ataupun mana-mana tempat ibadat, premis-premis milik kerajaan negeri dan persekutuan serta tiang-tiang lampu jalan."
 - Datuk Seri  Ahmad Said
 
Kerajaan Negeri Terengganu menguatkuasa larangan pemasangan bendera mana-mana parti di semua jambatan dan bulatan berkuatkuasa serta merta di negeri ini mulai semalam  demi keselamatan pengguna jalan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengeluarkan notis amaran kepada semua parti politik di kawasan masing-masing agar tidak memasang bendera di dua lokasi berkenaan.

PBT diminta memastikan semua bendera parti politik tidak dipasang di jambatan sama ada sekarang mahu pun semasa kempen pilihan raya berikutan bantahan dan rungutan orang ramai mengenai tindakan itu boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal apabila bendera itu terjatuh di jalan raya, katanya.

"Selain jambatan, kita juga tidak membenarkan bendera dipasang di bulatan kerana boleh menghalang dan menjejaskan pandangan pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai PBT dengan parti-parti politik bahawa pemasangan atau penggantungan bendera, kain rentang dan poster parti-parti politik adalah tidak dibenarkan di beberapa lagi kawasan tumpuan.

Selain jambatan dan bulatan, beberapa lagi kawasan yang tidak dibenarkan pemasangan bahan-bahan parti politik ialah di persimpangan-persimpangan lampu isyarat, masjid ataupun mana-mana tempat ibadat, premis-premis milik kerajaan negeri dan persekutuan serta tiang-tiang lampu jalan, katanya.

Ahmad Said berkata, jika gagal mematuhi arahan berkenaan, PBT akan bertindak menurunkan dan merampas bendera berkenaan serta mengenakan denda kepada mana-mana parti politik terbabit. "Kita ada kuasa mendenda mereka, tetapi buat permulaan kita merampas dulu bendera berkenaan. Ini kerana apa jua pemasangan di kawasan PBT perlu mendapatkan kebenaran PBT terlebih dahulu, jadi kita berhak mengambil tindakan ke atas mereka yang ingkar dengan amaran kita," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian pada tiang lampu di bandar ini untuk memasang bendera besar parti mereka sehingga mencacatkan pemandangan serta merosakkan harta benda awam.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu menasihat semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini supaya tidak pilih kasih dalam mengambil sebarang tindakan kepada parti politik bagi mengelak wujudnya ketegangan dalam masyarakat.

Pengarahnya, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata sebagai contoh isu pemasangan bendera parti politik di luar tempoh kempen perlu ditangani dengan adil dan sebarang tindakan perlu seragam kepada semua parti politik.

"Janganlah pula parti A boleh, parti B tak boleh. SPR nasihat PBT supaya laksanakan peraturan kecil yang tertakluk dalam setiap PBT bagi mengatasi masalah ini," katanya pada sidang media selepas memberi taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada media di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai keghairahan parti-parti politik memasangbendera masing-masing termasuk di lokasi yang tidak bersesuaian seperti di atasjambatan dan bulatan jalan raya di luar tempoh kempen PRU-13.

Secara asasnya, beliau berkata setiap permohonan (pemasangan bendera) perludibuat dengan PBT. "Di luar tempoh kempen, PBT yang berkuasa penuh dalam perkara ini dan mereka boleh bertindak mengikut peraturan sedia ada.

"Bagi SPR pula, kami akan melantik dua pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bagi setiap kawasan Parlimen untuk memantau perkara ini sebaik sahaja penamaan calon," katanya.

Pasukan penguatkuasa ini terdiri dari sekurang-kurangnya lima anggota iaituwakil PBT, wakil polis dan wakil-wakil dari parti yang bertanding.

1,000 Dijangka Tinggalkan Pas Menjelang Mac Dalam Program Selamat Tinggal Pembangkang

Idris (tiga dari kiri)  pada majlis Kumpulan 250 ahli Pas bertindak keluar parti itu an menyerahkan borang keahlian Umno pada  malam 4 Februari lalu.

Kira-kira 1,000 anggota pembangkang terutamanya PAS dijangka meninggalkan parti itu menjelang Mac ini dalam program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) anjuran Umno Bahagian Besut, kata Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan semakin ramai anggota PAS yang sudah mula hilang keyakinan dengan konsep perjuangan parti itu lebih-lebih lagi apabila sanggup menjalin pakatan dengan DAP yang ternyata tidak menerima negeri berkonsepkan Islam.

Jambatan Baru Seberang Takir DiTender Jun

 

Terengganu bakal memiliki sebuah jambatan moden baru bagi menghubungkan Seberang Takir ke pusat bandar tidak lama lagi berikutan projek itu bakal ditender pada Jun ini.

Projek yang dibangunkan menerusi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan menjalankan kerja kepada pemaju terlibat dikeluarkan pada September nanti.


Sebahagian Tubuh Manusia Terdampar di Pantai Rhu Rendang

Sekumpulan anggota dan pegawai polis, diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, ASP Mohd Adli Mat Daud (kanan), tiba di tempat mayat ditemui selepas terima laporan.
Polis Marang sedang menjalankan siasatan serta mengesan identiti mayat sebahagian badan yang terdampar di pantai Jalan Tanah Lot, Pantai Rhu Rendang yang ditemui pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan penemuan mayat mengerikan itu dan polis sedang menyiasat mengenainya.

Orang ramai memenuhi kawasan pantai selepas berita mengenai penemuan sebahagian tubuh manusia itu tersebar.

UMNO Tidak Pernah Tipu PAS - Dr Mahathir

PAS tidak boleh bersama UMNO...Nik Aziz
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh Umno berhubung dakwaan bahawa Pas telah ditipu oleh Umno semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

Masyarakat Cina Mahu Calon Tempatan Di Dungun

Mohamad Jusoh yang juga ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Dungun turut diberi penghormatan untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga emas kaum Cina.
“Kalau boleh kami masyarakat Cina mahu calon tempatan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti (PRU13) kerana lebih dekat dengan rakyat,".

Demikian kata Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Dungun, Tan Lee Tong ketika diminta mengulas desas-desus kemungkinan ada calon luar, bukan dalam kalangan orang parti yang akan diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.

YPPM Tubuh Cawangan Di Setiap Negeri, Perluas Tanggungjawab Pengerusi Mustasyar


Bagi memperluas dan merancakkan aktiviti yang dirancang, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) akan menubuhkan cawangan di peringkat negeri mulai tahun ini.

Penasihat Kehormat YPPM Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah YPPM dalam mesyuarat yang dipengerusikan Juhaidi Yean Abdullah pada 7 Feb.

Penjara Sebulan, Denda RM8,000 Kerana Isyarat Lucah Kepada Raja Permaisuri Agong


Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat Balik Pulau pada pukul 11.50 pagi kelmarin.

Terengganu Tampil Dengan Jersi Baharu Menjelang Perlawanan Liga Super Esok

Terengganu akan memperkenalkan jersi baharu pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, esok.

Inisiatif tersebut dilakukan oleh Kelab Penyokong Pasukan Bolasepak Terengganu (Peteh) bagi memberikan suntikan moral kepada skuad bimbangan E Elavasaran.

Raba Punggung Manis 17 - Pemuda Kena Penjara 3 Bulkan


Padah menyentuh punggung anak dara, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Khairul Mat Amin, 29, selepas mengaku bersalah menyentuh punggung mangsa yang berusia 17 tahun.

Pemuda PAS Kedah Pertahan MB Hadir My Beautiful Malaysia


Pemuda Pas Negeri Kedah menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hadir pada program My Beautiful Malaysia anjuran kerajaan pusat, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, 3 Februari lalu, walaupun sesetengah pihak menyifatkan ianya keterlaluan.

Ketuanya, Ahmad Yahya berkata, sikap profesional Azizan terbukti dengan kehadiran beliau itu walaupun program berkenaan dilancarkan serentak oleh perdana menteri di seluruh negara.

UniSZA Perlu RM170 Juta Untuk Asrama, Canselori

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memerlukan peruntukan kira-kira RM170 juta untuk membangunkan asrama baharu dan bangunan Canselori seiring dengan keperluan pembangunan institusi itu.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Yahya Ibrahim berkata, asrama baharu yang dianggarkan menelan kos RM150 juta tersebut akan dapat menampung kira-kira 3,000 pelajar.

Rumah Penginapan Tambah Pendapatan Persatuan Nelayan Kawasan Setiu

Rumah penginapan Persatuan Nelayan Kawasan Setiu (PNKS) di Rhu 10, di Setius memberi sumbangan ekonomi yang besar kepada persatuan itu setiap tahun.

Pengurus besarnya Tengku Nuar Tengku Mat berkata PNKS memperolehi hasil antara RM200,000 hingga RM300,000 setahun daripada rumah tumpangan itu berbanding projek-projek yang lain.

KPDNKK, MOA Pastikan Tiada Skandal Daging Kuda

Pekerja di salah sebuah pusat bekalan daging di Romania memeriksa sama ada ia daging lembu atau daging kuda.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi memastikan skandal daging kuda di Eropah tidak merebak ke Malaysia.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kerjasama itu penting agar daging yang dibekalkan di pasaran tempatan termasuk produk sejuk beku di pasar raya besar adalah daging lembu dan bukan daging kuda.

Dr M - Jangan Terlalu Taksub Tukar Kerajaan Boleh Bawa Perubahan

 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada golongan muda terlalu taksub dan percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

Bekas perdana menteri itu berkata golongan ini ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan semata-mata kerana percaya janji-janji pembangkang.

Kaum Tionghua Sokong Penuh Barisan Nasional


Rosli bersama rombongan Pejabat Dun Kemasik berkunjung ke sembilan rumah termasuk ke rumah keluarga Ong See King, 79, di Air Jernih sempena Tahun Baru Cina.
Komuniti Tionghua di Air Jernih diyakini akan memberi sokongan penuh kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekali gus membantu memastikan kerusi Dun Kemasik dapat dipertahankan parti itu.

Adun Kemasik, Ir Rosli Othman berkata, malah dalam PRU10 pada 1999 undi di kawasan itu menjadi penyelamat dan membantu memastikan Dun Kemasik terus dimiliki BN.

Wednesday, February 13, 2013

Perayaan Tahun Baru Cina Dapat Disambut Meriah Kerana BN - Ahmad Said


Menteri Besar melahirkan rasa bangga kerana penyertaan ramai rakyat daripada pelbagai kaum meraikan Tahun Baru Cina menunjukkan masyarakat negeri ini hidup dalam harmoni dan  dalam keadaan aman.

Datuk Seri Ahmad Said berkata, keadaan itu dapat dilakukan hasil daripada sebuah kerajan yang diterajui oleh Barisan Nasional yang baik dan stabil dari segi ekonomi dan politik.
 

Najib - Kerajaan Janji BR1M 3.0 Jika Terus Sokong BN

Orang ramai mengambil peluang untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Johor di Senai, Kulaijaya, semalam.
Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi itu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapi turut menambah pendapatan negara.

Najib bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional menyertai majlis Yee Sang sempena sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina peringkat negeri Johor di Senai, Kulaijaya semalam.

JPJ Tahan 5 Pemandu BAS Positif Dadah Di Tiga Negeri

Solah memeriksa butiran pemandu kereta sewa sambil dibantu Abdul Rahman (kiri) di Kampung Anak Ikan, Besut, semalam.
Lima pemandu bas ekspres dikesan berada di bawah pengaruh dadah sepanjang operasi Tahun Baharu Cina yang dijalankan di seluruh negara dari 3 Februari hingga tengah malam kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Solah Mat Hassan, berkata semua pemandu terbabit ditahan dan dilarang daripada meneruskan pemanduan bagi menjaga keselamatan penumpang.


PM Akan Umum Jakim DiNaik Taraf Kepada Kementerian?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan perjumpaan dengan pemikir dan cendekiawan Islam di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 5 Mac nanti.

Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh ulama, pemimpin, mufti, tokoh-tokoh Institusi Pengajian Tinggi (IPT), syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) dan ketua-ketua jabatan kerajaan di seluruh negara.