Kemalangan maut di Terengganu meningkat kepada dua kes pada hari pertama Ops Sikap Ke-20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mula dilancarkan, tiga hari lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, jumlah itu meningkat berbanding hanya satu kematian hari pertama Ops Sikap Ke-17 juga sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Katanya, sikap tergopoh-gapah dan tidak sabar menjadi punca utama mengapa kes kemalangan maut itu tidak berkurangan.
"Terdapat lima kesalahan utama yang menyebabkan kemalangan mudah berlaku iaitu memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, melebihi had laju dan memotong barisan.
"Justeru, saya amat berharap pengguna yang ingin pulang ke kampung pada musim perayaan ini supaya memandu dengan selamat serta tidak tergopoh-gapah bagi membolehkan Aidilfitri tahun ini disambut dengan suasana meriah dan bukannya tangisan," katanya.
Ahmad berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Ops Sikap Ke-20 Negeri Terengganu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, kelmarin.
Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.
Pada majlis itu, Ahmad turut memberikan bungkusan dan topi keledar kepada pengguna jalan raya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelancaran Ops Sikap kali ini diharap dapat mengurangkan kes kemalangan maut sebanyak lima peratus berbanding Ops Sikap Ke-17 tahun lalu.
Selain itu, beliau turut memberi amaran kepada penternak agar menjaga haiwan ternakan mereka supaya tidak berkeliaran terutamanya di jalan raya.
Ujarnya, haiwan ternakan mereka yang berkeliaran juga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.
"Setiap tahun kita akan menangkap haiwan peliharaan yang berkeliaran dan mengenakan kompaun kepada penternak. Sekiranya mereka masih gagal mengambil haiwan ternakan itu, ia akan dilelong," tegasnya.
Friday, September 18, 2009
Kastam Terengganu rampas mercun dan bunga api bernilai RM15,930
Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu menahan tiga lelaki dan merampas 604kg mercun serta bunga api bernilai kira-kira RM15,930 melibatkan empat kes sepanjang minggu ini.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub berkata nilai cukai rampasan mercun dan bunga api yang terlibat itu ialah sebanyak RM8,000.
"Kejayaan terbaru Kastam ialah semalam apabila sebuah kereta jenis Proton Waja yang sarat diisi dengan 281 kilogram bahan larangan itu berjaya ditahan di sebuah gerai di Pasar Borong Gong Pauh, di sini kira-kira pukul 11.30 malam," katanya kepada hari ini.
Katanya rampasan itu dianggarkan bernilai RM7,868, bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berjaya melarikan diri setelah mengesan kehadiran pihak berkuasa.
Beliau berkata pihak Kastam sedang mengesan pemilik kereta yang terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 atas kesalahan menyimpan bahan-bahan larangan.
Azis berkata pada hari Selasa lepas Kastam berjaya merampas 20kg mercun dan bunga api bernilai RM487 dari sebuah rumah di Kg Kubang Bakong, Jalan Pulau Musang dan menahan seorang lelaki berumur 39 tahun bagi membantu siasatan.
Sehari sebelum itu, sebanyak 154kg bahan larangan itu telah dirampas di dalam semak di Lorong Belukar, Kg Seberang Baroh, Chabang Tiga di sini, kata Azis.
Katanya dalam satu sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak Kastam pada Isnin lepas pihaknya berjaya merampas 149kg mercun dan bunga api bernilai RM3,725 yang diisi dalam sebuah kereta Perodua Viva kira-kira 1.20 pagi.
Turut ditahan dua lelaki yang berumur 40 tahun dan 22 tahun cuba melarikan diri dengan merempuh sekatan jalan raya. Azis berkata keduaduanya lelaki terbabit kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebelum dituduh di mahkamah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktiviti pengedaran, penjualan dan memiliki atau bermain mercun atau bunga api kerana ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
Katanya jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barangan dan tidak lebih 20 kali nilai barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Liga Super - Terengganu Hanya Kutip RM240,000
Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya memperoleh hasil kutipan tiket sebanyak RM240,000 sepanjang pertandingan Liga Super musim ini.
Yang Dipertua PBSNT Datuk Che Mat Jusoh mendakwa kutipan paling merosot dalam sejarah persatuan itu adalah berpunca daripada penggunaan stadium baru Stadium Sultan Mizan di Gong Badak.
Katanya sejak lokasi perlawanan tuan rumah dipindahkan dari Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah ke stadium baru itu pada April lepas, ramai penonton masuk secara percuma dengan memanjat tembok stadium atau masuk melalui celah pagar ekoran kelemahan kawalan.
"Biasanya sebelum ini kita boleh kutip sehingga hampir RM1 juta, bolehlah buat bayar gaji pemain dan jurulatih," katanya selepas mesyuarat eksekutif PBSNT hari ini.
"Sekarang kita hanya peroleh tidak sampai separuh pun daripada jumlah tersebut. Belum lagi termasuk kos untuk membayar gaji pekerja dan pegawai bertugas," katanya.
Katanya, bagi menyambut Aidilfitri, PBSNT telah membayar separuh gaji pemain dan jurulatih disebabkan sumber kewangannya tidak mengizinkan.
Beliau berkata PBSNT mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri sebab membantu membayar gaji pemain memandangkan persatuan tidak mempunyai kewangan yang kukuh pada masa sekarang.
Che Mat berkata mesyuarat turut membincangkan persiapan menghadapi pertandingan Piala Malaysia yang akan bermula 26 Sept ini serta mengadakan pertemuan dengan pemain.
Dalam pertemuan itu, beliau meminta pemain supaya bersedia dan memberikan fokus kepada pemainan dan bersemangat menghadapi saingan itu.
"Saya tidak mahu melihat pemain membawa perkara buruk ke tengah padang, sebaliknya bermain untuk mengharumkan nama majikan," katanya.

TAMBAHAN RM30j MEMAJUKAN MODAL INSAN
Kerajaan Terengganu berjanji akan menambah peruntukan sebanyak RM30 juta bagi memastikan kecemerlangan pendidikan demi kejayaan anak-anak Terengganu dalam melahirkan lebih banyak modal insan dan profesional dalam pelbagai bidang.
Ini kerana pendidikan cemerlang dapat memastikan peluang pekerjaan lebih terjamin.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata pelbagai usaha seperti program pemberian e-book, kemudahan pinjaman kepada lebih ramai pelajar, mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan beberapa universiti dan syarikat untuk melatih jurutera dan juruteknik bidang penerbangan, bidang perubatan dan sebagainya bertujuan memenuhi kehendak itu.
Katanya, usaha keras kerajaan membolehkan Terengganu mencatatkan kejayaan menduduki tempat pertama bagi peperiksaan UPSR selama lapan tahun berturut-turut. Tahun lalu, seramai 3,170 pelajar mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi Anak Terengganu di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Sementara itu Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail, Yayasan Terengganu akan menaja seramai 70 pelajar untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir, Jordan, Russia dan United Kingdom melibatkan bidang perubatan, pengajian Islam, Kejuruteraan dan Animasi yang membabitkan peruntukan hampir RM1 juta tahun ini.
Menurutnya, Yayasan Terengganu akan menghantar pelajar ke Mesir(20), Russia (16) untuk mengikuti kursus dalam bidang perubatan/pergigian, bidang pengajian Islam di Mesir (17) dan Jordan (9) yang akan bertolak pada 24 Sept ini
Selebihnya, empat orang akan mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia, tiga orang mengikuti kursus bioteknologi/farmasi/sains aktuari dan seorang dalam bidang animasi akan dihantar ke United Kingdom pada penghujung tahun nanti, katanya.

Pelita Landa Padang Hangus
Daripada Terengganu Lening
Apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kewajipan menjalankan ibadah puasa serta bertarawih menjadi satu amalan yang perlu dilakukan pada bulan mulia itu.
Namun, ada satu tradisi yang sering dinanti-nantikan setiap kali penghujung Ramadan tiba iaitu malam tujuh likur.
Bagi sesetengah masyarakat, tiada apa yang istimewanya, namun bagi penduduk Kampung Padang Hangus dan sekitarnya, mereka tidak sabar menunggu ketibaan malam tersebut.
Sejak lapan tahun lalu, hampir seluruh penduduk kampung menyambut ketibaan malam tujuh likur dengan memasang pelita di sekeliling rumah mereka.
Malah, satu pertandingan pelita raya diadakan setiap tahun bagi memeriahkan suasana hari raya di kampung berkenaan.
Cahaya pelita daripada pelbagai bentuk menerangi sepanjang jalan ke kampung tersebut.
Pelbagai bentuk pelita dibuat sendiri oleh penduduk seperti dari buluh, tin minuman dan tin susu menghiasi pagar rumah mereka.
Menariknya, ia bukan sahaja sekadar memasang pelita namun mereka mencipta pelbagai kelainan yang menjadikan suasana kampung tersebut cukup meriah.
Pelita tersebut bukan hanya diletakkan mengelilingi rumah mereka, malah ia diletakkan dan diatur mengikut pelbagai jenis rekaan dan bentuk yang mengagumkan.
Di sepanjang jalan ke kampung tersebut, rekaan seperti Masjid Kristal, Menara Kuala Lumpur, kapal layar, pintu gerbang, tema 1Malaysia dapat dilihat.
Seorang penduduk yang ditemui, Rosmadi Ismail, 26, memberitahu, pada setiap tahun, keluarganya akan menyertai pertandingan tersebut bagi memeriahkan suasana berhari raya.
Katanya, keluarganya juga merupakan juara bertahan sejak empat tahun lalu dalam pertandingan tersebut.
Mengenai susunan pada pelita itu, beliau berkata, usaha itu bukan perkara mudah untuk menciptanya dan perlu berhati-hati memandangkan ia melibatkan penggunaan bahan api.
"Setiap tahun, kami sekeluarga akan bekerjasama menghasilkan pelbagai bentuk rekaan bagi memastikan kelainan.
"Pada tahun ini, kami mereka bentuk Masjid Kristal yang mana memerlukan kira-kira 600 biji pelita dan penggunaan 18 liter minyak tanah untuk semalam.
"Bagaimanapun, kos yang diperlukan tidak banyak memandangkan kami membuat sendiri pelita daripada tin minuman," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Hangus, Tepoh di sini semalam.
Pertandingan tersebut merupakan kerjasama antara kerajaan negeri, Lembaga Muzium Negeri, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Hangus.
Seramai 184 keluarga terlibat dalam acara tersebut yang melibatkan lima buah kampung di sekitar Tepoh.

Jangan burukkan imej negara
Berita & Gambar oleh Shuhaimi Ahmad (UKOM)
Ahli perniagaan, Sheikh Abdul Halim Al-Kathiri, yang sudah 30 tahun menetap di Kota Mekah, berkata nama Malaysia kini terkenal di Arab Saudi dan negara Arab lain.
Berikutan itu banyak pakar dan pelabur berada di negara berkenaan kerana terbabit dalam pelbagai bidang, khususnya profesional.
Menyedari hakikat ini, rakyat tempatan disaran menitikberatkan soal perpaduan dan mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan imej rakyat Malaysia di negara-negara berkenaan.
Beliau yang berasal dari Terengganu dan masih mampu bercakap dalam pelat tempatan, berkata kini terdapat lebih 50 pakar dalam pelbagai bidang bekerja di negara Teluk itu dan ramai tenaga kerja dari Malaysia sedang bertugas di situ.
Datuk Ahmad bersama Sheikh Abdul Halim Al-Kathiri pada sesi pertemuan di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman. Gambar kanan beliau dan Hambali.
“Pemimpin kerajaan Arab Saudi dan rakyat mereka begitu hormat dan memandang tinggi kepada rakyat Malaysia, khususnya pakar dan pelabur yang sedang bertugas di sana.
“Malah, jemaah haji kita mendapat layanan baik kerajaan dan pegawai mereka yang bertugas mengendalikan jemaah haji,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar di Wisma Darul Iman, 14 September lalu.
Sebelum itu beliau sempat beramah mesra dengan pegawai kanan Menteri Besar, termasuk Setiausaha Sulit Kanan, Wan Ahmad Wan Muda, Penyelidik Kanan, Hambali Abdul Latif, Setiausaha Akhbar, Rosli Zakaria serta Penolong Pengarang Tegankukita, Kamaruddin Mat Akib.
Sheikh Abdul Halim melahirkan kebimbangan beliau terhadap keadaan politik semasa yang berlaku di negara ini di mana terdapat bibit-bibit perpecahan antara masyarakat Islam dan rakyat pelbagai kaum.
“Kita lihat dulu masyarakat Melayu terkenal kaya dengan budi bahasa dan mereka tidak melakukan perbuatan seperti mencaci pemimpin dan mengadakan demonstrasi jalanan.
“Kebelakangan ini ada segelintir masyarakat Melayu sudah terlibat dengan perbuatan yang boleh mencemarkan imej mereka dan keadaan ini akan menjejaskan kedudukan rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi,” katanya.
Beliau berkata, jika keadaan itu berterusan sudah tentu pemimpin dan rakyat Arab Saudi hilang rasa hormat mereka terhadap rakyat Malaysia dan penduduk Negara ini akan sukar untuk mendapatkan pelbagai pekerjaan dan pelaburan di negara tersebut.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk negara ini, khususnya Terengganu menjaga tata susila mereka dan mengekalkan keharmonian negara ini agar rakyat Malaysia terus mudah ‘mencari makan’ di luar Negara.

UMT wujud tiga fakulti baru
KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mewujudkan tiga fakulti baru termasuk Fakulti Pengajian Umum dan Bahasa Moden serta Fakulti Pengajian dan Industri Perikanan dalam masa terdekat.
Naib Canselor UMT, Profesor Dr Aziz Deraman berkata, tanah seluas 200 hektar diperuntukkan bagi membina kampus tambahan universiti itu untuk menampung tiga fakulti baru berkenaan.
“Dalam projek pembangunan kampus tambahan ini, kami akan mencari lokasi terdekat dengan kampus induk bagi memudahkan mobiliti penuntut dan pensyarah, lokasi cadangan adalah di Lembah Bidong.
“Harapan kami agar kampus tambahan ini akan menggunakan pendekatan pembangunan baru yang berbeza iaitu mengambil kira pembangunan bandar setempat supaya masyarakat dapat merasai universiti ini adalah sebahagian daripada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima Sijil Malaysia Book of Records: Tadarus al-Quran ‘100 Hours Non-Stop’ pada Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus Tanpa Henti Selama 100 Jam di Kolej Kediaman Fasa 1 UMT, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Aziz berkata, kewujudan tiga fakulti baru itu bertujuan menampung pertambahan jumlah penuntut setiap tahun.
Menurutnya, sehingga kini UMT memiliki seramai 7,000 penuntut dan pertambahan yang berlaku setiap tahun menyebabkan kawasan kampus semakin sempit.
“Kami menjangkakan pada tahun akan datang, jumlah penuntut meningkat kepada 10,000, justeru, dengan adanya kampus tambahan ini ia mungkin mampu menampung jumlah berkenaan," katanya.

Thursday, September 17, 2009
Tabung Haji sedia RM320,000 Program Ihya Ramadan
Tabung Haji memperuntukkan dana berjumlah RM320,000 untuk diagihkan kepada 1,060 penerima di bawah Program Ihya Ramadan peringkat negeri Terengganu pada tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM3.1 juta yang diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut di seluruh negara.
Katanya, penerima bantuan di bawah tanggungjawab sosial Tabung Haji itu terdiri daripada 6,250 melibatkan anak yatim, ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan dan keluarga termiskin.
"Selain itu, keluarga yang mempunyai tempat tinggal daif serta dan ketua keluarga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap turut diberikan bantuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Program Ihya Ramadan Tabung Haji peringkat negeri di Perumahan Lembaga Tabung Haji Taman Tasek Kuala Besut dekat sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 189 penduduk masing-masing menerima RM300 yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut.
Ismee berkata, penerima bantuan itu ditawarkan membuka akaun Tabung Haji secara percuma sebagai langkah permulaan untuk menggalakkan tabiat menabung.
Tambahnya, menerusi bantuan di bawah program tersebut, Tabung Haji berharap dapat meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan dan membawa keriangan sama seperti insan lain dalam menyambut kedatangan Ramadan serta Aidilfitri

Masjid Rusila lancar kempen derma darah kali keenam
Sumber: Sinar Harian
Jika pihak lain lebih terbiasa dengan memberi bantuan berbentuk barangan dan wang kepada golongan yang kurang bernasib baik setiap kali Ramadan, Masjid Rusila pula mengambil pendekatan berbeza iaitu mengadakan program derma darah.
Lebih membanggakan, program berkenaan adalah kali keenam dianjurkan setiap kedatangan Ramadan.
Pengerusi Masjid Rusila, Omar Mohamad berkata, pihaknya mengambil pendekatan itu berikutan keperluan untuk mengisi tabung darah di hospital sentiasa meningkat pada Ramadan, khususnya menjelang perayaan.
“Kita melihat sumbangan berbentuk derma darah ini sangat diperlukan dan pada masa sama, kita dapat membantu menyelamatkan nyawa dengan darah yang didermakan.
“Selain itu, bagi mereka yang kurang berkemampuan, bantuan dalam bentuk derma darah ini adalah jalan terbaik membantu mereka yang sangat memerlukan,” katanya.
Seramai 50 individu menderma darah dan 10 petugas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu terbabit pada Program Derma Darah Perdana yang diadakan di Masjid Rusila itu.
Omar berkata, program yang bermula jam 9.30 hingga 12 tengah malam itu mendapat sambutan menggalakkan dan melebihi sasaran.
“Pihak pengurusan masjid berasa bangga dengan keprihatinan orang ramai, khususnya Unit Amal dan pemuda serta golongan wanita yang turut sama menyumbang dengan menderma darah.
“Sumbangan ini bagi saya amat bermakna kepada mereka yang sangat memerlukan. Insya-Allah, kita akan teruskan program ini pada masa akan datang demi kepentingan orang ramai,” katanya.

Kerajaan Terengganu biayai 33 imam tunai haji ke Mekah
Seramai 33 imam yang bertugas dalam kawasan Mukim Kuala Terengganu masing-masing akan mendapat imbuhan tambang bagi menunaikan fardu haji sejumlah RM3,792 setiap orang.
Imbuhan itu diberikan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai menghargai jasa dan sumbangan golongan terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama negeri, Khazan Che Mat berkata, Terengganu adalah satu-satunya negeri yang memberi imbuhan sedemikian dan kajian memperkenalkan skim itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Kami akan mengkaji pendekatan yang bersesuaian untuk diambil dalam usaha memperkenalkan skim imbuhan kepada kesemua imam dan paling utama adalah mereka perlu berkhidmat dengan sebaiknya.
“Sebelum ini, seramai 47 imam telah menerima bayaran masing-masing, membabitkan jumlah keseluruhan seramai 86 orang, golongan terpilih adalah mereka yang berkhidmat lebih 10 tahun,” katanya.
Khazan berkata demikian pada Majlis Penyampaian Cek Bantuan Tambang Menunaikan Haji Imam/ Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu, Ganjaran Persaraan Imam/Bilal dan Sagu Hati Kematian Imam/Bilal Serta Imbuhan Imam/Bilal Masjid Mukim Kuala Terengganu di Dewan Terbuka JHEAT, semalam.
Sementara itu, Ibrahim Majid, 61, berkata, pembayaran imbuhan berkenaan secara tidak langsung meningkatkan lagi hasratnya menunaikan fardu haji buat kali kedua.
“Sememangnya saya bercita-cita untuk ke tanah suci selepas berpeluang berbuat demikian pada 2005 lalu.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha menyampaikan imbuhan ini kepada kami,” katanya.

Wednesday, September 16, 2009
'Henti tohmahan Adun Terengganu berseteru'
Sumber: Berita Harian
Khabar angin didakwa mainan politik pihak tak bertanggungjawab
PUTRAJAYA: Semua pihak diminta menghentikan segala tohmahan dan khabar angin berhubung pertelingkahan yang kononnya berlaku antara beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang dilabel penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Idris Jusoh dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam, berkata pertelingkahan yang dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Ahmad hingga mewujudkan dua puak bertelagah dalam Umno Terengganu, sebenarnya adalah mainan politik pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) negeri, berkata semua Adun juga sentiasa menyokong segala keputusan yang dibuat pucuk pimpinan parti khususnya dalam mengekalkan kerajaan sedia ada.
"Sebenarnya keadaan di Terengganu (Umno) tidak ada masalah dan isu besar cuma tindakan sesetengah pihak yang cuba memperlihatkan seolah-olah di Terengganu ada masalah," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pertemuan selama lebih sejam itu turut dihadiri enam Adun lain iaitu Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera), Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), Nani Mohammad (Hulu Besut) dan Wan Mohd Hakim Wan Mokhtar (Air Putih).
Din yang juga jurucakap bagi Adun yang hadir semalam berkata, semua Adun juga akur dengan pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar oleh Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas pilihan raya umum lalu, menggantikan Idris yang juga Adun Jertih.
"Hubungan kita (Adun) dengan Menteri Besar macam biasa dan tidak ada masalah kerana kita akur dan patuh dengan pelantikan yang dibuat oleh Tuanku dan kita tidak akan sekali-kali derhaka kerana kita setia kepada baginda," katanya.
Kemelut dalaman kepemimpinan Umno negeri dikatakan berpunca daripada tindakan Ahmad tidak melantik wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada ketua Umno bahagian yang turut diberi kuasa melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Berikutan itu, sekurang-kurangnya 10 Adun melakukan beberapa tindakan sebagai protes, antaranya memboikot persidangan DUN selain didakwa mahu menyertai pembangkang walaupun desas-desus itu dinafikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas mengenai pertemuan itu, Din berkata, ia adalah pertemuan biasa bagi membincangkan perkembangan politik di Terengganu.
"Keutamaan kita (Adun) untuk mengekalkan kekuatan politik yang ada di Terengganu, tetapi keadaan politik itu sendiri memberi peluang kepada orang lain untuk cuba mengambil kesempatan bagi melemahkan perpaduan yang ada," katanya.
Mengenai desas-desus bahawa beberapa Adun Terengganu mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Din berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu.
"Saya tidak terbabit dan tidak tahu langsung mengenai perkara itu," katanya.

JPA iktiraf STAM setaraf STPM
Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini layak diterima melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata JPA membuat keputusan berkenaan baru-baru ini yang sekali gus menggambarkan pengiktirafan kepada pengajian agama di negara ini.
"STAM sekarang sudah diterima JPA dan mereka (lulusan) terus masuk ke IPTA setaraf dengan STPM, ini satu pengumuman baik, keputusan dah dibuat pihak JPA," katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian selepas bermesyuarat dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, mengenai hala tuju pengajian agama Islam di negara ini, di pejabatnya.
Mohamed Khaled ketika diminta menjelaskan perkara itu berkata, JPA membuat keputusan itu baru-baru ini yang sekali gus melayakkan lulusan peperiksaan agama itu diterima masuk terus ke IPTA sama seperti mereka yang lulus STPM.
Beliau berkata, sebelum ini, ada sesetengah universiti yang tidak menerima lulusan STAM tetapi masalah itu berakhir mulai kemasukan ke IPTA akan datang.
"Maknanya (diberi) pengiktirafan, (lulusan) STAM akan diterima masuk IPTA kerana dulu ada masalah di sesetengah universiti, tetapi sekarang IPTA yang ada kursus Pengajian Islam atau gandingan kursus akan terima STAM," katanya.
Beliau berkata, ia membuktikan pengajian Islam mempunyai potensi untuk diterima dalam pasaran kerja lebih-lebih lagi apabila ia digandingkan dengan subjek profesional lain seperti pengurusan ekonomi.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan jumlah lulusan STAM yang bakal menerima faedah itu.
Sementara itu, Muhyiddin juga berkata, sebuah jawatankuasa khas membabitkan Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditubuhkan bagi menyelaras kurikulum pengajian Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) dan Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) bagi mengelak pertindihan dan memantapkan pengajiannya.
Beliau berkata, antara lain jawatankuasa terbabit akan mencari kaedah bagaimana j-Qaf yang pada masa ini membabitkan murid sekolah rendah dapat dimantapkan selain dilanjutkan sehingga kepada pelajar Tingkatan Lima.
"Kalau perlu diperkukuhkan lagi selari dengan tuntutan masa dan juga kehendak masyarakat, kita akan laksanakan," katanya

UMNO TERENGGANU BERTAUT KEMBALI…
Daripada hambali1.blogspot.com
Carek-carek bulu ayam…akhirnya Hishamuddin got the last laugh…
Benarlah ramalan saya pada entri kelmarin (Ahad) bahawa kemelut politik Terengganu akan terlerai sebelum Aidilfitri.
Setidak-tidaknya kini enam daripada ‘Geng 10’ sudah kembali semula ke arus perdana politik Terengganu.
Mereka ialah, Datuk Din Adam (Bukit Besi), Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Pehemi Yusoff (Kota Putera) dan Nawi Mohamad (Hulu Besut).
Seorang lagi ADUN yang hadir tetapi bukan daripada kumpulan 10 ialah Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (ADUN Air Putih).
Soal sokong Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar bukan yang terpenting tetapi soal utama ialah sama-sama mendokong UMNO dan kepimpinan negeri yang berketuakan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi perkara utama.
Saya dan semestinya semua rakyat Terengganu yang mahu melihat kiambang bertaut amat lega kerana tengah hari tadi tujuh ADUN selain empat yang terus menyepi – Datuk Rosol Wahid (Ajil), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang),Alias Abdullah (Alor Limbat) dan Zakaria Abdullah (Paka) – tengah hari semalam membuat ikrar di hadapan Hisham untuk memperkukuhkan parti.
Ini sangat penting kerana sekiranya kemelut berlarutan, ia akan menjejaskan peluang UMNO untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.
Berkaitan Datuk Idris Jusoh (Adun Jerteh), beliau sudah menyatakan kepada Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa beliau tidak pernah menentang Ahmad Said.
Tidak apalah, walau apa juga tanggapan orang ramai dan ahli UMNO terhadap Idris, hanya Najib, Hishamuddin dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetahuinya.
Tengahari semalam tujuh ADUN berkenaan membuat pertemuan dengan Hishamuddin di Putrajaya untuk menyatakan sikap dan pendirian mereka untuk kembali ke arus perdana politik Terengganu.
Dengan kembalinya mereka bermakna, Ahmad Said ‘diterima’ sebagai Menteri Besar dan apabila menerima Ahmad Said bermakna mengakui keputusan istana melantik Ahmad Said.
Selepas ini tiada persoalan lagi mengenai Menteri Besar atau juga isu perlantikannya.
Din Adam yang menjadi jurucakap ‘Kumpulan Tujuh’ itu sudah menyatakan ikrar mereka kepada Pengerusi Perhubungan Negeri yang dipertikaikan perananya dengan begitu teruk oleh Rosol sebelum ini.
Dengan pendirian sedemikian bermakna apa yang dipertikaikan oleh Rosol seperti Hishamuddin gagal menyatukan UMNO Terengganu dan menjadi orang tengah antara Kumpulan 10 dan Ahmad Said ternyata terpalit kepada muka Rosol sendiri.
Sudah pasti berita ini akan melegakan semua pihak di Terengganu, lebih-lebih lagi yang mahu melihat pemimpin muda di negeri ini memberikan sumbangan yang sewajarnya.
Kesemua mereka ini adalah golongan muda yang mampu ‘bermain politik dan menyumbang tenaga’ untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Malah, jika mereka terus berada di persimpangan atau di luar lingkungan, peluang mereka untuk meningkat akan tergencat.
Kini bola sudah di tangan mereka. Merekalah yang wakar menentukan ke mana bola akan ditendang.
Bagi saya, potensi beberapa pemimpin muda ini boleh melangkah jauh, bukan sahaja politik bahagian dan negeri tetapi juga pusat.
Dan kepada ADUN yang masih menyepi dan menjauhkan diri, kembalilah segera menyertai rakan mereka yang sudah ‘kembali ke pangkal jalan’.
Letakkan kepentingan perpaduan UMNO sebagai yang terpenting, bukan kesetiaan kepada rakan yang boleh menjahanamkan karier politik sendiri!

Ketengah beri RM300 setiap keluarga
Lebih 100 warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) serta anak yatim dan pesakit kronik dari lima kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, apabila menerima bantuan kewangan bagi membolehkan mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Pemberian dana bantuan melalui Tabung Amanah Masyarakat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sebanyak RM300 bagi setiap keluarga banyak membantu bagi mengurangkan bebanan dalam membuat persiapan, termasuk menyediakan juadah istimewa pada Hari Raya.
Warga emas Wan Hawa@Wan Jara Wan Dagang, 63, dari Kampung Sungai Binjai, bersyukur menerima bantuan berkenaan yang akan digunakan sebaiknya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.
"Saya dah jadi ibu tunggal sejak lapan tahun lalu dan kini tinggal bersama cucu. Dengan bantuan ini dapatlah mak cik sediakan juadah istimewa sedikit berbanding hari biasa dan dapatlah sekurang-kurangnya menampung keperluan dapur," katanya yang turut menerima bantuan RM250 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Ibu tunggal, Zainab Hassan, 67, dari Kampung Tok Dor, bantuan yang diterima akan digunakan sebaiknya terutama membeli barangan keperluan bagi memastikan bekalan makanan tidak putus sepanjang musim perayaan ini.
"Maklumlah saya bukannya orang senang, bantuan RM300 yang diterima ini sangat bermakna bagi keluarga kami yang sentiasa dibelenggu kesusahan," katanya.
Bantuan kepada warga miskin dari Kampung Peroh/Tok Dor, Kampung Landas, Kampung Pela, Kampung Durian Kassim dan Kampung Sungai Binjai itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid.
Turut hadir Pengurus Pembangunan Insan dan Pendidikan Ketengah, Wan Abdul Rahman
Sebanyak RM436,000 hasil keuntungan anak syarikat Ketengah diperuntukkan untuk membantu lebih 1,800 penerima di wilayah Ketengah.
Sementara itu, Wan Abdul Rahman menjelaskan, bantuan yang disediakan Ketengah itu dilaksanakan sejak tiga tahun lalu bagi meringankan beban penduduk miskin dan kurang berkemampuan untuk sama-sama berkongsi kegembiraan menjelang Aidilfitri.

4,505 terima RM24j dividen Felcra
Seramai 4,504 peserta Felcra Berhad di Terengganu mendapat manfaat apabila agensi tersebut mengisytiharkan pemberian dividen kepada pesertanya sebanyak RM24.62 juta.
Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, pemberian dividen tersebut adalah sebagai usaha dan galakan kepada peserta Felcra Berhad di atas kepercayaan mereka kepada agensi tersebut untuk memajukan tanah mereka.
Katanya, walaupun prestasi kemajuan agak lembap pada tahun ini, Felcra Berhad dijangka dapat mengimbangi cabaran kelembapan ekonomi itu dengan kemajuan projek di bawah pengurusan agensi berkenaan.
"Berdasarkan komitmen staf dan peserta sendiri, terdapat projek yang mencatat pemberian dividen yang memberangsangkan.
"Contohnya seperti projek getah di Limau Nipis di mana sebanyak RM11,234.27 diperoleh dan dividen per hektar sebanyak RM4,354.37 manakala projek kelapa sawit pula di Alor Lintah sebanyak RM31,570.22 iaitu dividen per hektar sebanyak RM3,692.42," katanya kepada pemberita di Wakaf Tapai, Marang semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat.
Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, walaupun terdapat sedikit penurunan jumlah dividen tahun ini namun jumlah tersebut masih lumayan.
Jelasnya, penurunan tersebut berlaku akibat kemerosotan pengeluaran dan permintaan kelapa sawit seluruh dunia.
"Kemerosotan permintaan kelapa sawit tersebut bukan sahaja menjejaskan ekonomi di negara ini malah di seluruh dunia.
"Jadi ia bukanlah satu perkara yang serius memandangkan Felcra Berhad masih mampu memberikan dividen yang tinggi kepada pesertanya setiap dua kali setahun," jelasnya.

Harga barang keperluan terkawal hingga raya
Sumber: Utusan Malaysia
Semua harga barang yang tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa di Negeri Terengganu masih terkawal.
Ia melibatkan 17 barangan keperluan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini termasuk antaranya ayam hidup, telur, cili merah, ikan kembung dan bawang.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Mohd. Hilmi Mohd. Noor berkata, ia adalah hasil usaha penguatkuasaan yang dijalankan bagi mengawal harga serta keperluan barangan tersebut di musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Katanya, bagi memastikan bekalan keperluan sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri mencukupi serta di bawah kawalan harga yang telah ditetapkan, KPDNKK Terengganu melancarkan Operasi Kawalan Harga bermula 13 hingga 27 September ini.
"Sejak operasi tersebut dilaksanakan tiga hari lalu, hanya tujuh kes yang didapati di mana kesemua kesalahan hanya melibatkan kegagalan mengggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu (pink plate).
"Kesalahan tersebut diletakkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Perlesenan) 2000 dan jika didapati bersalah peniaga boleh dikenakan tindakan kompaun minimum tidak kurang RM100 dan maksimum sehingga RM7,500," katanya dalam operasi penguatkuasaan Skim Kawalan Harga di Pasar Payang semalam.
Seramai 30 pegawai yang turut serta dalam operasi berkenaan yang diadakan sejak pukul 12 tengah hari hingga 4 petang itu di kesemua pasar basah di sekitar Terengganu.
Mengulas lanjut, Mohd. Hilmi berkata, pihaknya akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa.
Ujarnya, kesemua anggota penguatkuasaan diarahkan memantau harga barangan tersebut sehingga perayaan.
"Pada tahun ini kita tidak memberi cuti kepada semua pegawai penguatkuasaan kerana mereka perlu menjalankan penguatkuasaan sehingga 1 Syawal.
"Justeru, saya menasihati para peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati bagi mengelakkan mereka didenda," jelasnya.
Tambahnya, pengedaran lesen bagi Skim Kawalan Musim Perayaan 2009/ 2010 juga telah diedarkan kepada peniaga seluruh negeri.
"Bagi cawangan Kuala Terengganu sebanyak 1008 lesen runcit dan 66 lesen borong telah diedarkan manakala cawangan Kemaman pula sebanyak 361 lesen runcit dan 18 lesen borong.
"Bagi cawangan Besut sebanyak 389 lesen runcit dan 36 lesen borong manakala cawangan Dungun sebanyak 207 lesen runcit dan 35 lesen borong," jelasnya.

Larangan kenderaan berat sempena Aidilfitri
Semua kenderaan berat dilarang menggunakan jalan utama di seluruh negara di antara 18 hingga 19 September dan 26 hingga 27 September ini.
Arahan itu bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas dan mengatasi masalah kesesakan jalan raya sebelum dan selepas sambutan Aidilfitri.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, kenderaan berat yang dikenakan sekatan termasuk lori balak, lori pengangkut bahan binaan, lori pembancuh simen dan jentera berat seperti kren.
Bagaimanapun, kata beliau, larangan itu tidak melibatkan lori yang membawa bekalan perubatan dan industri serta lori membawa barang keperluan harian.
"Langkah itu bukanlah menyusahkan mana-mana pihak tetapi bagi menjamin keselamatan orang ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing sempena perayaan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap pengusaha atau pemandu lori akan mematuhi arahan tersebut bagi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.
Abdul Aziz berkata, sebanyak 2,500 polis trafik terlibat dalam operasi Ops Sikap Ke-20 yang bermula kelmarin hingga 27 September ini.
Seramai 19 pengguna jalan raya terkorban dalam nahas yang masuk hari kedua semalam.

Rakan Muda Ramadan tingkat kualiti belia
Program Rakan Muda Ramadan Khatam al-Quran peringkat Negeri Terengganu 2009 digerakkan dan dilancarkan secara rasmi kelmarin oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Ia dilancarkan di Masjid Bukit Payong, Marang dan bagi merealisasikan hasrat itu, setiap daerah melaksanakan lima program Rakan Muda Ramadan, merangkumi tadarus al-Quran, solat Terawih dan Witir di masjid serta surau terpilih.
Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan seramai 40,000 belia dan beliawanis seluruh negara terbabit menjayakan Program Rakan Muda Ramadan tahun ini.
Razali berkata, ia adalah seiring hasrat kementerian untuk mempertingkatkan kualiti dan sahsiah diri serta membina pekerti terpuji dalam kalangan anak muda.
“Program ini secara tidak langsung mengajak golongan muda untuk membuat persiapan lengkap dalam menghadapi Ramadan dengan mensyukuri dan menghormati kesuciannya.
“Kita juga mengharapkan ia dapat membina kesedaran dalam diri golongan muda akan kepentingan untuk mempertingkatkan penghayatan terhadap Ramadan dan ibadat puasa,” katanya.
Menurut Razali, selain itu ia diharapkan dapat mengajak golongan muda dan masyarakat untuk menghayati serta memahami inti pati al-Quran sebagai panduan hidup lengkap dengan memperbanyakkan bacaannya dan mempertingkatkan kefahaman ke atas kandungannya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Rakan Muda Ramadan Khatam al-Quran peringkat Negeri Terengganu 2009 yang diadakan di Masjid Bukit Payong, semalam.
:Program adalah anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta Pejabat Daerah Marang.
Selain khatam al-Quran beramai-ramai, tazkirah dan ceramah, penyampaian bantuan kepada fakir miskin, majlis berbuka puasa, solat Terawih serta Witir juga turut diadakan.
:Razali berkata, terdapat 1,000 remaja berumur 15 hingga 25 tahun dan penggerak Rakan Muda, sukarelawan Rakan Muda serta masyarakat setempat terbabit dengan program berkenaan di negeri ini.

Tuesday, September 15, 2009
Perjalanan percuma di lebuh raya karak, LPT
Semua pengguna Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati perjalanan percuma tanpa tol pada 18 dan 24 September ini.
Perjalanan percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi pada hari berkenaan.
Demikian diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmi Khalid.

Sudah hampir kepada penyelesaian
Oleh Zainal Yusof (http://citra-bangsa.blogspot.com)
MENJELANG minggu ketiga Ramadan, berita baik yang diterima ialah hampir separuh dari 10 ADUN yang dikatakan pernah memboikot persidangan DUN Terengganu, bersedia menghulurkan salam perdamaian dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Separuh lagi yang masih berdegil, termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, orang kanannya yang pernah menafikan dia berhajat mahu menjadi Menteri Besar, Datuk Rosol Wahid, seorang ADUN dalam Parlimen Besut, yang dikatakan orang yang setianya hanya kepada Rosol, Datuk Din Adam yang didakwa merasakan dia bekas Exco dan lebih kanan dari ADUN-ADUN lain dan Zakaria Abdullah, ADUN Paka yang tidak diketahui berkelulusan apa ketika dipilih buat pertama kali bertanding di DUN tersebut.
Seorang ADUN yang amat setia kepada Rosol ini kononnya terpilih menjadi calon kerana Rosol yang memilihnya walaupun Idris Jusoh khabarnya mahukan orang lain bertanding di situ – disebabkan Idris banyak bergantung kepada Rosol dalam politik Terengganu, termasuk di Hulu Terengganu, maka Idris bersetuju mendengar cadangan Rosol supaya memilih ‘budak itu’ sebagai calon di situ dan dia menang.
Dari cerita ini, membuktikan Idris ketika memilih calon-calon dalam pilihanraya, ketika dia berkuasa, mengikut selera dia dan selera kawan-kawan dia termasuk selera Rosol, tanpa mengambil kira kepentingan Umno waktu itu.
Jangan hairan, jika ADUN-ADUN ini, yang cetek fikirannya, lebih pentingkan individu tertentu tanpa memperdulikan maruah Umno ketika mereka bertindak untuk melakukan sesuatu yang mereka rasa mampu menggugat Menteri Besar.
Sejarah membuktikan, Idris pernah melarikan diri ke USA kerana menyambung pelajaran apabila berlaku kebakaran rumah pekerja asing di Kerteh dan pemboikotan Konvensyen Umno Negeri Terengganu oleh Pergerakan Pemuda Umno Terengganu suatu ketika dahulu, menyebabkan dia ke Jordan tetapi kali ini, Idris dilihat cuba berselindung di sebalik sehelai lalang.
Kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serius mahu melihat kemelut politik Umno Terengganu ini selesai, contohi bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelesaikan kemelut politik Kedah ketika mahu melantik Tan Sri Sanusi Junid menggantikan Tan Sri Osman Aroff dulu.
Apakah Najib tidak ingat peristiwa itu? Ada 22 ADUN di Kedah ketika itu menandatangani satu memorandum kepada Perdana Menteri menolak Sanusi tetapi selepas Dr. Mahathir mengadakan pertemuan seorang demi seorang secara empat mata, kesemua mereka, mengendur dan menyokong Sanusi.
Apakah di Terengganu, Najib tidak terfikir mahu meniru cara Dr. Mahathir ini? Masa sudah berlalu lebih setahun sejak Datuk Ahmad dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Idris Jusoh. Jika Idris tidak dapat menerima hakikat ini, Najib tidak perlu menghukum Datuk Ahmad tetapi hukumlah orang yang tidak tahu dan tidak mahu menerima hakikat tersebut.
Jika Rosol tidak dapat menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad adalah Menteri Besar Terengganu, tidak dapat menerima hakikat bahawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Najib perlu menghukum Rosol dan bukan menghukum dan membiarkan Rosol bertindak dan bercakap ikut kehendak dia sahaja.
Kalau Din Adam merasakan dia lebih hebat dari Menteri Besar, Najib kena hantar Din Adam menyambung pelajaran ke mana-mana kolej yang boleh membuatkan dia tahu untuk menerima hakikat. Jika tidak, Umno kena relakan ‘kehilangan’ Din Adam, jika dia memilih untuk tidak lagi setia kepada Umno. Kenapa takut untuk mengenepikan seorang ADUN bernama Din Adam demi kesejahteraan Umno dan BN keseluruhannya di Terengganu.
Begitu juga Zakaria Abdullah dan seorang lagi ADUN yang khabarnya merasakan dia terhutang budi dengan Rosol kerana menyebabkan dia terpilih menjadi calon dan ADUN di bawah Parlimen Besut. Kedua-duanya ini bukan hebat sangat tetapi mereka terlajak perbuatan. Betullah kata pepatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.
Kalaulah Najib mahu mententeramkan Umno Terengganu, ‘tukul perlu dijatuhkan’. Jangan layan mereka ini. Jangan beri muka kepada mereka ini. Jangan pedulikan mereka ini. Jangan terima kedatangan mereka kerana mereka adalah perosak parti sebenarnya.
Bayangkanlah, walau apapun alasannya, sanggup mereka ‘memboikot’ kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin walaupun mereka mungkin mempunyai alasan ada tugas lain yang lebih penting?
Mereka yang degil ini, mungkin seronok apabila Muhyiddin menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’ atau mahu membantu Hishammuddin bagi tujuan menyelesaikan kemelut ini. Mereka lupa, Muhyiddin mahu ‘mengajar’ mereka dengan memberitahu mereka kepentingan peribadi tidak ada dalam Umno melainkan kepentingan parti dan rakyat.

Polis, tentera pencen kurang RM720 layak terima bantuan JKM
Sumber : Bernama
Pesara polis dan tentera yang berpendapatan kurang RM720 sebulan layak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ramai di antara mereka (pesara) tidak tahu bahawa mereka layak menerima bantuan JKM. Sebenarnya mereka layak, jika memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 6,000 bungkusan raya Wanita Umno kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera di Kuala Lumpur semalam
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua dari kanan), yang juga Ketua Wanita UMNO, menyampaikan cenderamata Aidilfitri kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin (dua dari kiri), pada majlis Jalinan Rakyat Ramadan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kanan) dan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim (kiri).
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin.
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata JKM telah diminta berurusan dengan persatuan bekas polis dan tentera serta Jabatan Hal Ehwal Veteran kedua-dua pasukan itu segera bagi mengenal pasti pesara yang layak menerima bantuan berkenaan.
Beliau turut mencadangkan agar kedua-dua pasukan keselamatan itu mewujudkan satu unit khas bagi mengenalpasti pemohon yang layak menerima bantuan itu.
"Saya meminta kedua-dua pasukan (polis &tentera) dan JKM berurusan secepat mungkin untuk mengenalpasti pesara-pesara ini agar proses pemberian bantuan dapat dipercepatkan," katanya.
Sementara itu, Musa yang ditemui pada majlis itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dalam masa terdekat bagi membincangkan bilangan anggota yang akan bertugas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata bantuan itu akan dapat meringankan beban pesara anggota keselamatan berkenaan yang menerima pencen antara RM66 hingga RM400 sebulan serta tidak mempunyai sumber kewangan lain.
"Ramai di antara mereka (pesara) tidak tahu bahawa mereka layak menerima bantuan JKM. Sebenarnya mereka layak, jika memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 6,000 bungkusan raya Wanita Umno kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera di Kuala Lumpur semalam
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua dari kanan), yang juga Ketua Wanita UMNO, menyampaikan cenderamata Aidilfitri kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin (dua dari kiri), pada majlis Jalinan Rakyat Ramadan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kanan) dan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim (kiri).
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin.
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata JKM telah diminta berurusan dengan persatuan bekas polis dan tentera serta Jabatan Hal Ehwal Veteran kedua-dua pasukan itu segera bagi mengenal pasti pesara yang layak menerima bantuan berkenaan.
Beliau turut mencadangkan agar kedua-dua pasukan keselamatan itu mewujudkan satu unit khas bagi mengenalpasti pemohon yang layak menerima bantuan itu.
"Saya meminta kedua-dua pasukan (polis &tentera) dan JKM berurusan secepat mungkin untuk mengenalpasti pesara-pesara ini agar proses pemberian bantuan dapat dipercepatkan," katanya.
Sementara itu, Musa yang ditemui pada majlis itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dalam masa terdekat bagi membincangkan bilangan anggota yang akan bertugas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini.
Monday, September 14, 2009
Indonesia minat dengan e-Book
Indonesia menunjukkan minat dengan e-Book yang dipelopori oleh Terengganu dan telah menyatakan hasrat untuk membeli komputer riba itu daripada kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata, kerajaan Indonesia telah meminta kerajaan negeri melalui Top IT iaitu kilang pengeluar kompter berkenaan untuk membekalkan komputer riba itu ke negara berkenaan.
“Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, selepas hari raya nanti kita akan tanda tangani perjanjanjian persefahaman dengan Kementerian Pelajaran Indonesia di Jakarta,” katanya hari ini.
Selain Indonesia, Ahmad Razif berkata Brunei juga meninjukkan minat terhadap penggunaan kompter riba tersebut, tetapi ia masih dalam perbincangan.
Beliau berkata beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang dan Melaka juga menunjukkan minat untuk menggunakan komputer seberat tidak sampai satu kilogram itu.

KEMELUT TERENGGANU – PENYELESAIANNYA SUDAH HAMPIR?
Oleh Hambali Abdul Latiff (www.hambali1.blogspot.com)
Kedatangan Ramadan membuatkan bicara kita berhati-hati.
Ramadan juga mengajar umat Islam supaya berbaik-baik sesama Islam dan bermuhasabah mencari jalan mengatasi apa juga kemelut yang ada.
Saya bersyukur kerana Ramadan tahun ini amat bermakna. Pertama, inilah kali pertama saya berpuasa di Terengganu selepas meninggalkan negeri ini sejak 1972.
Kedua, Ramadan kali ini ada membawa rahmat kerana keikhlasan pemimpin Terengganu yang terbabit dalam kemelut berusaha memperbaiki diri.
Kesilapan, terkasar bahasa atau tingkah laku berlebihan cuba diatasi oleh mereka yang terbabit dalam kemelut dengan berusaha duduk semeja.
Khabarnya malam kelmarin (malam hari Jumaat) ada perkembangan terbaru kemelut Terengganu.
Saya tidak berani meramal atau menyatakan sesuatu di sini takut tidak betul. Apa yang saya boleh katakana ialah sudah ada cahaya di hujung terowong.
Ada yang membisikkan kepada saya: “Penyelesaiannya (kemelut) semakin hampir”.
Alhamdullilah, setiap sakit ada ubatnya. Begitu juga dengan kemelut politik Terengganu. Saya yakin, puak yang menentang kepimpinan Datuk Ahmad Said pun mahukan perdamaian.
Yang penting masing-masing insaf. Namun, perlu ada political will untuk mencari jalan kepada penyelesaian.
Jika mereka tidak boleh duduk semeja, carilah orang tengah. Namun, siapa yang sesuai?
Sejauh ini Naib Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berusaha keras mengatasi kemelut itu walaupun ada pihak memperlecehkan beliau.
Kemudian minggu lalu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan diri menjadi ‘orang tengah’.
Ada pihak mempersoalkan bahawa Muhyiddin tidak sewajarnya menawarkan diri sedemikian. Dia sepatutnya perintah supaya mereka yang bertelagah duduk semeja.
Bagi sesetengah orang pula, tawaran Muhyiddin itu dilihat sebagai kegagalan Hishmuddin.
Apapun, jangan perkecilkan Hishamuddin. Dia benar bukan orang Terengganu tetapi dia juga tahu politik Terengganu.
Lagipun Hishamuddin sudah mulai dewasa dalam politik dan pihak yang memperkecilkan beliau jangan cuba persenda – siapa hantar Hishamuddin ke Terengganu?
Siapa Datuk Seri Mohd Najib Razak (Presiden UMNO) dengan Hishamuddin?
Berbalik kepada peranan Muhyiddin – beliau perlu mengambil langkah segera menggunakan pengalaman dan pengaruhnya.
Apa yang pasti, pemimpin tertinggi UMNO tidak duduk diam atau membiarkan sahaja kemelut ini berpanjangan.
Bak kata orang tua-tua, jika ada krisis rumah tangga, ibu bapa mestilah dijadikan rujukan. Jika sukar, pergilah kepada orang yang rapat dengan kedua-duanya – suami dan isteri – untuk mencari penyelesaian.
Saya difahamkan, dalam konteks kemelut Terengganu, kedua-dua pihak tidak menggunakan pemimpin tertinggi UMNO, sebaliknya bekas pemimpin UMNO yang kini berpengaruh di salah sebuah negeri.
Yang penting, kemelut mahu diselesaikan dan siapa juga yang menjadi ‘orang tengah’ tidak penting.
Biar yang kusut terlerai dan yang pahit menjadi manis.
Siapa gerangan ‘orang tengah berkenaan’. Maaf, saya sendiri tidak pasti dan selagi tiada kepastian, saya tidak akan menyebutnya.
Mungkin pengumuman akan dibuat. Atau kalau tidak sabar, tanya sahaja kepada Presiden UMNO atau juga Muhyiddin yang mengatakan kesediaannya menjadi orang tengah.
Apakah usahanya sudah dimulakan dan membuahkan hasil?
Selain ‘ orang tengah’ siapa pula terlibat dalam rundingan mengatasi kemelut ini? Sekali lagi saya menyusun jari sepuluh.
Tanyalah Presiden UMNO atau Tan Sri Muhyiddin. Mereka mungkin ada jawapannya!

RM17 juta untuk 23,000 pelajar sehingga Disember
Yayasan Terengganu (YT) menjangkakan, sehingga hujung tahun ini, seramai 23,000 pelajar negeri ini akan menerima bantuan persediaan ke sekolah berasrama penuh (SBP), matrikulasi dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang keseluruhannya berjumlah RM17 juta.
Pengarah YT, Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata, sehingga Ogos lalu, lebih 18,000 pelajar menerima bantuan persediaan berkenaan, melibatkan kos sebanyak RM14.5 juta.
“Kos bantuan persediaan terus meningkat sebanyak RM500,000 setiap tahun. Pada tahun lalu, bantuan persediaan yang kita berikan kepada pelajar berjumlah RM16.5 juta, membabitkan 22,813 pelajar.
“Pada 2007, sebanyak RM16 juta kita berikan kepada 22, 513 pelajar dan untuk 2006 pula, sebanyak RM15.5 juta kita peruntukkan kepada 21,880 pelajar untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar YT Kali Ke-30 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, di Dewan Sivik Gong Badak.
Menurutnya, peningkatan bantuan persediaan yang diberikan menunjukkan petanda positif bahawa kecemerlangan pelajar di negeri ini semakin meningkat setiap tahun apabila bilangan pelajar yang dapat melanjutkan pelaja-ran di SBP, matrikulasi dan IPT kian bertambah.
Sementara itu, Mohd Kamaru Al-Amin berkata, sehingga sekarang, YT telah menaja hampir 4,000 pelajar di universiti dalam dan luar negara.
“Penajaan penuh pengajian peringkat diploma atau ijazah hanya akan ditaja YT jika tidak mendapat penajaan daripada badan penajaan lain seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Penajaan peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) juga ditaja tetapi dihadkan bagi universiti dalam negeri sahaja,” katanya.

UMNO jangan guna isu basmi kemiskinan
PENDAPAT…
Oleh Pok The Bakap
Pembangkang meminta UMNO tidak menggunakan isu pembasmian kemiskinan sebagai cara untuk meraih perhatian rakyat bahawa parti kerajaan juga turut membawa dasar perjuangan Islam.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib berkata, mana-mana kerajaan sekalipun akan bercakap mengenai kemiskinan dan berusaha mengeluarkan parti masing-masing daripada belenggu tersebut.
Masalahnya apa? Apakah PAS takut rakyat akan membandingkan UMNO dengan PAS dalam konteks membasmi kemiskinan atau membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan?
Atau kerana PAS tidak mampu melakukannya?
Umpamanya Kelantan yang memerintah sejak 1990 – 29 tahun kini – apakah kemiskinan sudah berubah walaupun mendakwa memerintah MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?
Apa juga dakwaan PAS atau Harun sendiri, kenyataannya ialah ia bergantung kepada sesebuah kerajaan – komited atau tidak untuk membantu rakyat.
Kerajaan yang pemimpinnya asyik berceramah dan dalam setiap perkara cuba mendapatkan milage politik, tidak akan ke mana-mana.
Kepimpinan Datuk Ahmad Said yang meletakkan kepimpinan melalui MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN akan menyaksikan kemiskinan akan berkurangan.
Dengan pembentangan bajet 2010 nanti akan mendatang, kita akan melihat bagaimana kesan dan usaha UMNO membantu rakyat Terengganu dalam semua hal.
Kerajaan negeri tidak perlu mendabik dada tetapi lihatlah bagaimana bantuan kepada pelajar, orang tua, bantuan meringankan beban menyambut Hari Raya dan sebagainya akan menyebabkan rakyat sedar bahawa kalau PAS memerintah, segalanya akan lenyap.
PENGALAMAN JADI TELADAN…sepanjang empat tahun PAS memerintah 1999-2004, apakah program untuk rakyat?
Tidak perlu menyatakan apabila membasmi kemiskinan UMNO mendabik dada ia adalah sebuah parti Islam.
Memang satu dunia bercakap membasmi kemiskinan termasuk Parti Demokrat, Republikan dan parti lain di Amerika Syarikat, semuanya berjuang untuk atasi kemiskinan tetapi apakah parti Islam di negara Arab melakukan yang sama seperti UMNO?
Bukan setakat penyokong UMNO yang dapat faedah, orang PAS dan bukan-Islam juga dapat faedah daripada dasar UMNO yang membela seluruh rakyat di Malaysia.
PAS dan Harun jangan bimbang. UMNO tidak akan jadi PAS atau jadi carbon copy kepada PAS. Untuk apa? UMNO boleh tegak sendiri.
Berbuat baik jangan mendabik dada banggakan diri kononnya aku Islam dan sebagainya. Kebaikan adalah yang disuruh oleh Islam jadi kalau UMNO berderma atau membasmi kemiskinan ia sudah melaksanakan apa yang disuruh Allah.
Rakyat mengetahui dan Allah lagi mengetahui. Rakyat nilailah.
Harun sebenarnya mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa UMNO adalah sebuah parti Islam sebenar walaupun tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.
Perdana Menteri berkata, ini sebab perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan Felda.
Harun juga bercakap mengenai kaedah Islam.
Selagi orang PAS asyik berfalsafah dan itu ini berkaitan hukum dan sebagainya, selagi itulah kerja tidak akan berjalan kerana untuk berdebat dan mengatakan ia terbaik amat sukar dalam satu-satu perkara.
Tidak apalah, asalkan UMNO ikhlas dan bersedia membantu rakyat dan membasmi kemiskinan, katalah apa yang PAS nak kata.
Yang penting rakyat Terengganu semakin mewah dan makmur di bawah BN berbanding sebahagian besar rakyat Kelantan yang masih miskin di bawah pemerintahan sebuah parti yang mendakwa ia parti Islam – PAS!

Banyak kemudahan menyambung pelajaran di Terengganu
“Saya bangga menjadi anak jati negeri ini kerana terlalu banyak kemudahan kewangan disediakan untuk menyambung pelajaran jika dibandingkan dengan anak negeri lain,” demikian luahan penerima biasiswa Yayasan Terengganu, Azarul Azwan Mazri, 18.
Azarul Azwan daripada Manir, yang sebelum ini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, berjaya mendapat 9A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Moscow Medical Akademi, Rusia selama enam tahun.
“Insya-Allah, saya tidak akan mensia-siakan peluang ini dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita menjadi doktor pakar saraf apabila tamat pengajian nanti.
“Bagi saya, Kerajaan Negeri terlalu banyak memberi peluang kepada anak negeri ini untuk belajar ke peringkat lebih tinggi dengan adanya kemudahan pinjaman dan biasiswa yang tidak dapat dinikmati anak di negeri lain,” katanya.
Azarul Azwan berkata demikian kepada :Sinar Harian :ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Pendahuluan Diri Pelajar ke Luar Negara, serta sumbangan duit raya di Kediaman Seri Iman.
Menurutnya, anak Terengganu sepatutnya rasa bertuah dan alasan tidak menyambung pelajaran kerana kekangan kewangan sepatutnya tidak timbul kerana peluang yang diberikan kerajaan begitu banyak di hadapan mata mereka.
Bagi Roainna Mohd Fadzil, 18, yang juga penerima biasiswa Yayasan Terengganu mengakui, kemudahan kewangan untuk pendidikan banyak membantu meringankan beban terutama kepada pelajar sepertinya yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Saya akan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Mansoura, Mesir selama enam tahun dan Insya-Allah saya akan belajar bersungguh-sungguh demi memastikan cita-cita menjadi doktor pakar jantung tercapai.
“Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana dengan adanya bantuan kewangan sebegini, banyak membantu meringankan bebanan kami sekeluarga,” katanya.
Menurutnya, peruntukan kewangan untuk belajar di luar negara agak tinggi dan mungkin jika tiada bantuan, dia dan rakan lain yang bercita-cita ke luar negara terpaksa melupakan sahaja niat itu kerana masalah kewangan.
Kedua-dua mereka adalah antara 70 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara bermula hari ketiga Syawal ini di bawah tajaan biasiswa pendidikan Yayasan Terengganu.

Terengganu - kini gelombang UMNO pula…
http://alkisah4888.blogspot.com
saya kerap mengikuti perkembangan politik terengganu, walaupun telah meninggalkan negeri itu lebih 40 tahun lalu selepas tamat darjah enam di sekolah kebangsaan jabi apabila meneruskan persekolahan saya di pulau condong, machang dan kota bharu kelantan.
jarang sekali balik sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, apatah lagi dah bersara dari RTM dan menetap di kota kinabalu.
saya hanya balik pada hari penamaan calon PR12 lalu dan jengok-jengok kat besut, termasuk kampong jabi. tiada banyak perubahan berlaku, kecuali pekan jerteh. namun pekan kuala besut dan pekan jabi tetap sama, begitu juga tok dor, renik, apal dan beberapa pekan lain yang terletak dipinggir jalan besar antara kota baharu ke kuala tereengganu dan seterusnya ke kuala lumpur.
umno telah lama memerintah terengganu sebelum diambil oleh PAS. kemudian bekas menteri besar terengganu, datuk seri idris jusoh melancarkan gelombang biru, me lengkapkan kempen UMNO untuk bertakhta semula. berjaya menarik minat rakyat terengganu. idris dilantik menteri besar. kemudian pada PR12 lalu, UMNO menang lagi…ada sadikit kekecohan tentang perlantikan menteri besar, terabai seketika, walaupun semua negeri telah melantik menteri besarnya kecuali, pulau pinang, kedah, perak dan selangor. kelantan dah lali dengan PAS.
baginda tuanku sultan lantik ahmad said jadi menteri besar, bermulah terengganu negeri bergelar darul iman (negeri yang kuat iman) begelombang baru dengan politik umno yang tak stabil. berpuak dan beriak-riak diantara penyokong idris dan ahmad said.
berpanjangan hingga sekarang (walaupun ada berita berdamai….damai seketika seperti gencatan senjata antara palestine/israel). kini menjadi tegang balik, dari kes stadium runtuh, kolam renang yang bocor dan macam-macam projek tiris, ahmad said konon nak dihumban ke kabinet persekutuan.
hishamuddin pun bengang tak dapat selesai masalah itu, muhyiddin campur tangan dan terakhir ini seolah-olah UMNO terengganu berhantu. panas kerusi menteri besar, bagai disiram serbuk lada burung (cili padi).
apa sebenarnya UMNO terengganu mahu? sibuk berpolitik rebut jawatan, nak jadi itu dan nak jadi ini, sedangkan dikampung-kampung apa dah jadi? ada perubahan ke? walaupun lama meninggalkan kampung jabi, setiap kali pulang bercuti saya keliling daerah besut, masuk ikut seberang kuala besut, keluar ikut bukit puteri dan masuk seberang jerteh ke pasir akar, balik ke kampung jabi. dan ada juga masuk dari kuala terengganu melalui bandar permaisuri hingga ke guntung atau kadang-kadang terus ke kampong raja. apa ada pembangunan? pas masih tetap sembahyang jumaat di mesjid dia. sembahyang dua masjid masih berterusan di besut.
tak usah jauh, kedai kayu buruk di pekan jabi belum berubah dari saya masih sekolah rendah hingga bersara dari jawatan.bayangkanlah berapa lama.begitu juga apal, renik, gong penaga, tok dor dan bintang . lain-lain kawasan di selatan terengganu menampakkan kelaiananya, terutama dungun dan kemaman. mungkin kerana minyak dan bekas menteri besar dulu, tan sri wan mokhtar ahmad orang sana. tetapi bila idris memegang tampuk, kenapa besut tidak berubah? kini dilantik pengerusi MARA pula.
dukacita teramat sangat, sibuk merebut takhta, kampung dan desa terbiar. harap-harap slogan 1malaysia yang diwacana oleh najib berubahlah kampung kami.
jangan 1malaysia tinggal nama dan seperti yang lalu, cemerlang,gemilang dan terbilang, akhirnya terlentang, apabila penang, selangor, perak dan kedah kalah dalam PR12. PR13 akan datang bib, awas terlingkup nanti kalau pemimpin terengganu sekarang asyik bercakaran didalam UMNO, nak duduk dikerusi empuk, sedangkan kerusi kayu pun tak layak, berfikirlah secara matang.
kalah sabung kampung tergadai. jangan jadi si luncai terjun dengan labu-labunya (UMNO) pada PR akan datang.
lagipun dalam keadaan sekarang negara dah 52 tahun merdeka. perjuangan tokoh politik terdahulu memerdekakan negara bukan senang. banyak ruang susah dilalui dan perjuangan mereka terdahulu bukan sangat mencari nama, kedudukan dan kewangan.
tunku ab.rahman pun duduk di kerusi kayu, sekarang YB kita di kerusi apa? dulu YB masuk kampung jalan kaki berbatu-batu tanpa irirngan sesiapa kecuali penghulu atau ketua kampong.
sekarang YB kita ada polis, ada orang bawa fail, bawa beg bimbit dan lain-lain dikelilingi dengan pembodek-bodek yang mencari ruang….
tengok ke lingit dan fikirkan apa sebenarnya…

Warga Dungun cipta rekod baru masak bubur lambuk
Sumber: Utusan Malaysia
Dalam mencari keberkatan Ramadan, kira-kira 2,000 penduduk daerah ini bergotong-royong memasak sebanyak 270 periuk untuk diagihkan kepada fakir miskin, pelajar dan golongan kurang berkemampuan.
Program anjuran Jabatan Perpaduan Negeri dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah dan 76 Kelab Rukun Tetangga (KRT) di Dungun itu juga berjaya mencipta rekod baru memasak bubur lambuk terbanyak dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh pegawai penyelidikan MBOR, Ricky Yap kepada Pegawai JPNIN Daerah, Baharuddin Abd. Ghani.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi JPNIN, Azizah Ariffin berkata, program julung kali anjuran JPNIN membabitkan perbelanjaan RM22,800 itu menerima penyertaan kira-kira 1,500 ahli dari 76 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh daerah untuk memasak bubur lambuk yang diagihkan kepada orang ramai.
Beliau berkata, kerjasama berbilang kaum yang ditunjukkan semua ahli KRT terbabit mencerminkan komuniti di Terengganu masih mengamalkan semangat kejiranan dan gotong-royong yang tinggi.
“Saya difahamkan, demi menjayakan Program Memasak Bubur Lambuk Terbanyak ini setiap KRT memperuntukkan perbelanjaan antara RM800 hingga RM2,000 tetapi ia ternyata berbaloi kerana akhirnya usaha mereka diiktiraf dalam MBOR.
“Walaupun JPNIN Dungun menerima sijil MBOR, tetapi rekod yang dicipta ini menyamai rekod dunia kerana negara lain tidak membuat bubur lambuk," katanya pada majlis penyampaian sijil MBOR kepada JPNIN Dungun.
Baharudin berkata, program tersebut bertujuan merapatkan hubungan antara penduduk di kawasan Rukun Tetangga.
''Kami memilih untuk memasak bubur lambuk kerana ia merupakan satu masakan tradisional istimewa penduduk di sini. Keistimewaan bubur lambuk Terengganu terletak pada bahan utamanya iaitu budu dan pucuk paku.
''Selepas kesemua Pengerusi KRT di daerah ini bersetuju melakukannya, kami juga mengambil keputusan untuk memecahkan rekod memasak bubur lambuk MBOR," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, mereka mula menyediakan bahan-bahan utama termasuk beras, ikan dan budu semalam.
Katanya, kos memasak bubur lambuk berkenaan disumbang daripada tabung KRT masing-masing iaitu sebanyak RM300 setiap kelab.
''Kami mula memasak bubur lambuk pada pukul 7.30 pagi dan sebahagian daripada peserta telah siap memasak kira-kira pukul 11 pagi," ujarnya.
Ricky berkata, para peserta berjaya mencipta rekod baru selepas memecahkan rekod yang dipegang oleh Majlis Pelancongan Negeri Sembilan pada 2007 iaitu sebanyak 200 periuk.
''Walaupun gagal mencapai sasaran sebanyak 300 periuk, mereka tetap dianggap mencipta rekod baru selepas alasan diberikan memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

Cari tapak promosi produk OKU
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu sedang mengenal pasti satu tapak yang sesuai untuk dijadikan 'Tourist Centre' dalam usaha mempromosikan produk yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).
Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar berkata, kewujudan pusat itu memberi peluang kepada golongan terbabit memasarkan kraf tangan mereka seperti anyaman dan produk daripada barangan terbuang kepada pelancong.
''Selain disediakan pusat jualan, kawasan tersebut juga akan dijadikan pusat latihan kemahiran dalam usaha membantu mereka meningkatkan kualiti di samping mempelbagai produk supaya lebih menarik,'' katanya.
Beliau ditemui pada majlis Sumbangsih Pandu Puteri anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) yang diadakan di Taman Rahmat, Marang semalam.
Hadir sama Yang Dipertua PPPMCT, Datin Seri Tengku Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Taman Rahmat, Tahir Musa.
Pada majlis itu, PPPMCT menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada 56 keluarga di Taman Rahmat yang menempatkan golongan cacat penglihatan dan OKU yang diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak tahun 1981.

Riak alam Tasik Kenyir
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD (Utusan Malaysia)
Tasik Kenyir yang terbentang bagaikan lautan melukiskan keindahan alam semulajadi yang memiliki seribu rahsia.
Dalam alunan riak dan gelombangnya yang bening, berenang kawanan ikan-ikan kecil dan besar yang riang dan bebas menikmati kedamaian alam.
Walaupun Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar, ia tetap mengekalkan lukisan alam dan bukit-bukau semulajadinya, di mana flora dan faunanya utuh terpelihara merentasi perubahan masa.
Terletak di daerah Hulu Trengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan, Tasik Kenyir merupakan satu panorama di mana alam semulajadi berada di kemuncaknya menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan yang sangat menarik dan mempesonakan.
Keistimewaan Tasik Kenyir bukan semata-mata kerana kejernihan air di dadanya, kehijauan alam yang melambai, bukit-bukau yang memukau dan siulan burung-burung tetapi kerana ia juga menjadi pintu masuk ke Taman Negara yang terkenal di serata dunia.
Keindahan Tasik Kenyir lebih terserlah dengan dihiasi pulau-pulau yang bertaburan di antara riak dan pancaran matahari pagi yang bening dan hening.
Deruan air yang menjunam daripada air-air terjun yang sayup-sayup mengalunkan irama alam.
Desiran aliran sungainya yang jernih membawa ketenangan, kedamaian dan kenyamanan kepada pengunjungnya.
Selain itu dalam nyanyian dan kicauan burung dan mergastua yang penuh keriangan, Tasik Kenyir tersohor dengan kehijauan, keheningan dan ketenangan hutan hujan tropika tertua dunia yang menjelma semenjak 130 juta tahun lampau.
Dengan iklimnya yang panas dan lembab sepanjang tahun, hutan hujan tropikanya amat subur lebih-lebih lagi dengan sumber air melalui sungai-sungai yang mengalir ke tasik yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan.
Di tengah-tengah basahan embun pagi dan cahaya matahari yang bersinar di antara celahan dahan-dahan dan dedaunan, para pelancong dibawa menjelajahi hutan hujan tropika yang murni dan sunyi.
Sambil menikmati kemurnian alam, mendaki dan menuruni bukit yang damai, mengharungi sungai dan berakit di jeram beralun, menghirup udara kedinginan ciptaan Tuhan, pelancong dibawa juga mengembara ke kawasan hutan perawan tropika yang berjuta tahun usianya.
Di kejauhan mata memandang, spesies-spesies kayu berharga seperti Keruing, Meranti, Resak, Neram dan Kapur serta pelbagai lagi menjulang awan menutupi wajah langit membiru, menaungi hidupan liar eksotik di bawahnya.
Tasik Kenyir terkenal dengan kepelbagaian bionya yang cukup kaya dengan spesies kayu, tumbuh-tumbuhan, binatang, burung dan serangga yang menghiasi kedamaian alamnya.
Ia berbangga dengan lebih 8,000 spesies 2,500 spesies pokok dan tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Tumbuhan-tumbuhan eksotik seperti periuk kera, pisang hutan, keladi geragsi, orkid-orkid hutan dan pelbagai spesies lain menambahkan lagi warna-warni kepada kedamaian hutan yang menyejukkan.
Hutan yang tidak tercemar ini juga turut menjadi habitat kepada ribuan spesies hidupan dan haiwan.
Tasik Kenyir boleh berbangga dengan lebih 1,000 spesies rama-rama, 370 spesies burung seperti enggang, helang, punai, tiong dan sebagainya serta 200 spesies binatang termasuklah gajah, harimau, harimau bintang, beruang, rusa, kancil, ratusan jenis ular dan juga serangga.
Kesemua binatang ini menjadi sebahagian daripada keunikan rantaian kehidupan yang penuh kedamaian di Tasik Kenyir.
Habitat mereka terus dipelihara dan dikekalkan bagi mempastikan haiwan-haiwan ini tidak pupus ditelan pembangunan.
Demikian juga gua-gua di Tasik Kenyir yang sangat indah dan mengagumkan mata yang memandang untuk menghargai dan menghayatinya.
Bagi pencinta alam, gua-gua di Tasik Kenyir ialah kewujudan lukisan alam yang penuh keunikan dan misteri.
Gua Bewah dan Gua Taat merupakan dua buah gua yang terletak pada bukit batu kapur yang menjulang ke langit.
Kewujudannya hingga kini masih meninggalkan misteri yang belum selesai dibongkar.
Selain peninggalan barang purba, di celah-celah pancaran cahaya matahari, pelancong, pencinta alam dan siapa sahaja boleh menjejaki Gua Taat dan Gua Bewah untuk menghayati sendiri galeri alam.
Selain itu bak kata orang tua, Hilang kabut tampaklah ia' - itulah senario di pagi hari di Tasik Kenyir yang dipagari oleh pelbagai puncak.
Gunung Gagau, Gunung Bongsu, Gunung Tembat, Gunung Raung, Gunung Kachang, Gunung Chergau dan Gunung Gajah Terom yang berdiri gagah mencecah langit nan biru menjadi simbol Tasik Kenyir yang satu.
Kemuncak tertinggi di sekitar Tasik Kenyir ialah Gunung Gagau yang tingginya menyapu awan pada kedudukan 4,514 kaki.
Kedudukannya juga istimewa kerana ia bersempadankan tiga buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan dan amat sesuai untuk dijadikan tapak ekspedisi riadah dan juga saintifik kerana kekayaan alamnya.
Mendaki bukit dan gunung serta lurah di hutan hujan tropika Tasik Kenyir ialah riadah yang indah.
Di situ kehijauan, ketenangan, kedamaian dan keagungan terserlah.
Di situ juga merdu kicauan burung, gemersik suara cengkerik serta sayup-sayup suara ungka jauh di pokok yang tinggi.
Lukisan alam ini membawa keinsafan dan kesedaran, betapa kayanya bumi kita yang bertuah.
Dalam hal ini sudah menjadi lumrah alam, setiap yang hidup pasti mati.
Namun tidak semua yang mati, hilang di perut bumi dan tidak lagi dihargai. Di Tasik Kenyir, pokok-pokok yang mati akibat ditenggelami air, menjadi penghias lanskap alam dan tasik yang dikagumi.
Di samping flora hidup yang pelbagai, terpapar pokok-pokok mati yang beraneka bentuk dan penuh seni.
Dahan, ranting serta cabangnya menjadi lukisan artistik dengan dihiasi orkid liar dan paku pakis yang hidup subur di bawah sinaran matahari membentuk satu panorama yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Apa yang menariknya ialah di sesetengah laluan, pokok-pokok mati ini seolah-olah menunduk hormat bagaikan mengalu-alukan pengunjung ke dunianya yang penuh kemurnian.
Keunikan kayu-kayu mati ini telah menjadi satu identiti kepada Tasik Kenyir sebagai manifestasi panorama alam yang telah memikat ribuan pengunjung dan pencinta alam.