Saturday, October 31, 2009
Terengganu tidak gusar angka 1
Penolong jurulatih Terengganu Mohd Nik berkata sungguhpun kedudukan di pusingan pertama Terengganu ketinggalan 0-1 kepada pasukan lawan itu, namun itu tidak mematahkan semangat Terengganu.
Dalam perlawanan malam Selasa lalu, skuad Negeri Sembilan berjaya menjinakkan Terengganu melalui jaringan tunggal Mohd. Aidil Zafuan Radzak pada minit ke-50 yang berjaya menanduk kemas hantaran sepakan sudut S. Kunalan.
"Semangat pemain Terengganu sekarang begitu tinggi untuk menundukkan Negeri Sembilan," katanya semalam.
Sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai penentuan "hidup mati" Terengganu dalam kejohanan itu musim ini, beliau berkata pemain Terengganu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk sampai ke tahap ini.
Mohd Nik berkata sebagai contoh, Terengganu dapat menundukkan pasukan disegani seperti Selangor dalam pertandingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
Beliau berkata pemain Terengganu telah diarahkan supaya memberikan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan itu dan mengelakkan daripada membuat kesilapan yang boleh membawa padah kepada pasukan.
".. kerana inilah langkah penentu kita dalam pertandingan Piala Malaysia musim ini," katanya.
Mohd berkata Terengganu mempunyai masa dua hari (hari ini dan esok) untuk membuat latihan dan persiapan terakhir sebelum turun menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.
Beliau berkata pemain cilik Ismail Faruqi yang baru sembuh dari kecederaan mungkin diturunkan sepenuhnya untuk berganding dengan Tengku Hazman Raja Hassan dan Zairo Anuar Zailani di bahagian tengah.
"Sejarah 2001 iaitu Terengganu menjadi juara Piala Malaysia akan berulang kembali dan pemain-pemain pasti tidak akan melepaskan peluang ini," katanya.Jika berbekalkan kemenangan 1-0 ke atas Terengganu untuk mendabik dada pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kuala Terengganu kelak, skuad Negeri Sembilan nampaknya parah.
Apa tidaknya, belum tentu angka 1 itu boleh menjamin tempat mereka ke babak akhir Piala Malaysia, jika percaturan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Sabtu ini tidak disusun rapi oleh jurulatih Wan Jamak Wan Hasan.
Jurulatih Terengganu, Ken Worden berkata, perlu ada kekemasan yang lebih baik di kalangan pemain, jika mahu mencipta kemenangan pada separuh akhir kedua di Kuala Terengganu, Sabtu ini.
''Sudah tentu kita masih mempunyai peluang untuk melangkah ke akhir dan saya akan mengatur strategi agar pemain-pemain mendapat keserasian untuk bermain dengan lebih baik pada saingan kedua separuh akhir nanti," katanya.
''Saya lihat gol yang dihasilkan oleh Negeri Sembilan itu disebabkan kesilapan pemain pertahanan. Ini yang saya bimbang, jika perkara itu berlaku Sabtu ini," katanya.
Ken Worden berkata, dia terkilan dengan cara pasukannya kalah di tangan Negeri Sembilan kerana kelihatan pemain seperti tiada persefahaman.
Wan Jamak pula berpendapat, jika anak buahnya itu bermain dengan menggunakan akal fikiran, sudah tentulah lebih banyak gol dapat dihasilkan dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
''Banyak peluang telah dilepaskan begitu sahaja oleh pemain, lebih-lebih lagi pada aksi kedua permainan.
Mungkin satu gol itu dianggap kelebihan apabila beraksi di Kuala Terengganu, tetapi ia bukan angka selesa untuk berhadapan pasukan tuan rumah, Terengganu kelak," katanya.
Bagaimanapun katanya, dia akan mengatur strategi permainan yang lebih baik untuk memastikan skuad Negeri Sembilan mampu memberikan saingan terbaik pada babak separuh akhir kedua nanti.
''Buat masa ini, saya bangga dengan prestasi pemain, lebih-lebih lagi mencipta kemenangan di gelanggang sendiri dan barisan pertahanan yang cukup baik," katanya.
Peluang Latihan Kemahiran Untuk Pelajar Terengganu
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pelajar-pelajar tingkatan lima ini akan ditempatkan di pusat-pusat latihan kemahiran dalam negeri.
"Tumpuan bukan untuk pelajar cemerlang sahaja, malah pelajar yang gagal juga akan diberi peluang kedua apabila kerajaan mengadakan satu pakej latihan tiga hari dua malam untuk menempatkan mereka di institusi atau pusat-pusat latihan kemahiran sebagai pendedahan.
"Program akan bermula akhir tahun ini, dan di peringkat permulaan ia akan melibatkan sekolah-sekolah menengah sekitar Kuala Terengganu dengan kumpulan sasar pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran pada peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kem Membaca 1 Malaysia peringkat negeri Terengganu semalam.
Katanya program ini dibuat bagi mendorong pelajar berkenaan memilih bidang kemahiran yang mereka minati setelah tamat persekolahan nanti.
Rogol - Pelatih PLKN desak rayuan
Mangsa menerusi peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu yang melepas dan membebaskan bekas jurulatih PLKN Zuki Mohd dari tuduhan merogol.
"Kami mendapat arahan dari anak guam kami (mangsa) untuk memohon dan mendesak pendakwaraya negeri Terengganu memfailkan rayuan segera ke Mahkamah Rayuan memandangkan terdapat isu-isu penting dan asas yang perlu diselesaikan oleh mahkamah yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di Kuantan semalam.
Beliau berkata selaku peguam pemerhati dalam perbicaraan kes itu, pihaknya juga sudah menulis kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya Terengganu bagi tujuan tersebut.
Mohd Fadzli berkata anak guamnya yang mengalami trauma teruk sehingga kini dan hanya bergantung kepada ibu bapanya berharap agar mahkamah dapat memberikan sepenuh keadilan kepadanya.
Pada 27 Okt lepas, hakim VT Singham mengetepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005, sekali gus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Dis 2005.
Ketika memutuskan rayuan Zuki untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Dis 2005, hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.
Zuki didakwa merogol pelatih program berkenaan antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb 2004.
DiIema Dalam Hala Tuju PAS
Prof Dr Abdul Aziz Bari daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keputusan mesyuarat jawatankuasa itu malam tadi tidak penting berbanding kejayaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyampaikan mesejnya mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu yang hasilnya akan dilihat pada masa hadapan.
"Beliau telah membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin yang berkenaan akan meletak jawatan.
"Tetapi mesej ini akan diingati oleh perwakilan pada pemilihan parti akan datang," kata Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Nik Abdul Aziz sebelum ini telah meminta parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS yang disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.
Antara pemimpin yang dinamakan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.
Merujuk kepada saranan Hasan mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti Islam di Selangor, Abdul Aziz berpendapat bahawa Nik Abdul Aziz sedar tuntutan sedemikian telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan bukan Melayu.
"Beliau tahu PAS berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu jika mereka berterusan dengan cara sekarang, dan sebab itulah beliau bersuara agar orang bukan Melayu kembali yakin kepada PAS," katanya.
Abdul Aziz menolak kemungkinan bahawa tindakan Mursyidul Am itu akan menyebabkan PAS berpecah.
"Sejarah menunjukkan PAS tidak pernah berpecah sekalipun ada konflik. Ini cuma ribut dalam cawan, dan mereka akan terus bersama sehinggalah penyelesaian sebenar tercapai," katanya.
Seorang lagi pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kepimpinan PAS kini dibelenggu beberapa isu yang sukar dirungkai.
"Pada saya masalah ini berakar umbi dengan percanggahan pendapat antara golongan ulama konservatif dan ulama yang agak liberal. Sekarang mereka bekerjasama dengan dua parti yang memang jelas liberal dan sudah pasti mempunyai kehendak yang berbeza.
"Mereka mempunyai satu persamaan iaitu mahu menguasai kerajaan pusat, tetapi daripada segi ideologi, bezanya macam langit dan bumi. PAS masih mahu menegakkan negara Islam tetapi apakah ini yang juga dikehendaki DAP dan PKR (rakan PAS dalam pakatan pembangkang)?" kata pemerhati itu.
Merujuk kepada isu alkohol di Selangor, pemerhati itu berkata Abdul Hadi tidak mampu menggunakan kuasanya bagi melaksanakan keputusan Majlis Syura agar Hasan dinasihat kerana tindakan sedemikian membawa mesej Pas merestui penjualan alkohol di kawasan majoriti orang Islam.
"Malah kalau kita teliti betul-betul, dulu pun semasa isu (anggota exco Selangor daripada PKR) Elizabeth Wong, PAS secara keseluruhan memisahkan diri mereka daripada isu itu kerana pada hakikatnya Pas masih berpegang kepada ideologi parti iaitu menegakkan ajaran Islam, dan tindakan Elizabeth (yang didakwa berkesedudukan dengan lelaki Islam), sekalipun beliau bukan Islam, adalah isu moral yang tidak patut disokong oleh PAS," katanya.
Berasaskan hujah itu, beliau melihat keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat malam tadi untuk menyiasat PAS Selangor, adalah sekadar untuk memuaskan hati sesetengah pihak.
"Mereka mungkin siasat tapi apakah keputusannya? Beranikah mereka menyingkirkan Dr Hasan Ali? Saya berpandangan isu ini juga lama-kelamaan akan didiamkan begitu saja," kata pemerhati itu.
Kesimpulannya, kata beliau, konflik kepimpinan PAS akan berterusan tetapi parti itu mempunyai formula yang menyatukan mereka sekalipun berkrisis.
"Pada saya perkara ini mungkin berfaktorkan kepada asas penubuhan parti iaitu agama Islam dan para pemimpinnya tetap berpegang kepada asas itu setidak-tidaknya untuk dipamer kepada umum sekalipun di dalam mereka berantakan," kata beliau.
Bagi seorang lagi penganalisis politik, Asri Salleh, tindakan Nik Abdul Aziz menggoncang bahtera PAS mungkin berpunca daripada peningkatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya melihat ada dua tekanan yang dihadapi oleh PAS sekarang akibat daripada peningkatan sokongan terhadap Najib ini, iaitu ada puak yang mahu PAS bekerjasama dengan Umno sekarang, dan ada puak yang mahu PAS kekal dengan pakatan pembangkang sehingga pilihan raya umum ke-13.
"Pihak yang pertama ini bimbang jika mereka tidak bekerjasama dengan Umno sekarang mereka akan terlepas peluang kerana jika dilihat keadaan sekarang Umno dan Barisan Nasional mungkin menang besar pada PRU 13 nanti.
"Tetapi pihak yang lagi satu pula mahu kekal dengan pakatan sekarang, dan saya melihat Nik Abdul Aziz sebagai seorang tokoh ulama, sudah pasti mahu berpegang kepada janji beliau untuk setia dengan pakatan pembangkang," kata Asri, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.
Beliau tidak menolak kemungkinan Nik Abdul Aziz diasak oleh kumpulan ulama profesional yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang Pas akan meninggalkan pakatan.
"Pada saya Pas sekarang berada di persimpangan dan mereka seharusnya mengambil langkah konkrit sama ada benar-benar komited dengan pakatan ataupun bekerjasama dengan Umno," kata beliau.
Pandangan pemerhati-pemerhati politik ini serta cakap-cakap politik sebenarnya merumuskan Pas kini berada di persimpangan dan tidak mampu membuat keputusan kerana tersepit antara ikon mereka iaitu Nik Abdul Aziz dan juga hala tuju parti.
Mereka tidak mungkin menyingkirkan Mursyidul Am itu dan pada masa yang sama mereka juga perlu menentukan sama ada mahu kekal dengan pakatan yang bebeza ideologi atau menurut arus politik semasa dan bekerjasama dengan Umno.
Sumber: Bernama
Penonton Terengganu tidak dapat dikawal?
Memang sukar untuk mengawal penonton di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Bagaimanapun, oleh kerana keputusan sudah dibuat merayu sahajalah!
PBSNT semalam dikenakan denda sehingga RM16,000 akibat kejadian penonton membaling mercun dan memasuki padang ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu pada 3 Okt lepas.
Keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa tatatertib Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Kamaruddin Abdullah di Wisma FAM di sini.
Kamaruddin berkata PBSNT didenda RM5,000 masing-masing kerana penonton membaling mercun kepada pegawai perlawanan dan penonton memasuki padang.
"Manakala tuduhan ketiga adalah penonton masuk ke padang, meluru serta cuba memukul pengadil perlawanan yang menyebabkan mereka (PBSNT) didenda RM6,000," kata Kamaruddin kepada pemberita.
PBSNT dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.
Semasa membandingkan hukuman denda RM90,000 yang dikenakan terhadap Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini, Kamaruddin berkata tahap keseriusan kejadian yang berlaku di Kelantan dan Terengganu adalah berbeza.
"Di Terengganu, ia hanya melibatkan penyokong di dalam stadium sahaja manakala di Kelantan ia turut melibatkan di luar stadium malah kejadian di Kota Baharu merupakan kesalahan berulang.
Jadi jika perkara sama berulang di Terengganu, hukuman yang lebih berat pasti akan dikenakan kepada PBSNT," katanya.
Selain itu, jawatankuasa tatatertib hari ini turut melepaskan KAFA daripada tuduhan berkaitan tindakan membaling mercun oleh penyokong pasukan itu semasa perlawanan Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 3 Okt lepas di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
"Kami lepaskan KAFA kerana mengikut peraturan FAM, tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan sebagainya adalah merupakan tanggungjawab tuan rumah iaitu ATM," katanya.
Terengganu sokong Sekolah Satu Aliran
Beliau berkata sekolah satu aliran adalah bagus kerana selain dapat mewujudkan perpaduan di kalangan kaum, ia juga membuka peluang pelajar pelbagai kaum belajar dalam satu sekolah yang sama.
"Saya fikir kalau sekolah satu aliran ini dibuat betul-betul, ia akan mendapat sambutan dari kalangan ibubapa untuk menghantar anak mereka di sekolah berkenaan agar ia dapat mewujudkan hubungan baik antara kaum dengan lebih berkesan," katanya.
Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.
Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.
‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah,’’ katanya.
50 Peserta Dijangka Sertai 4X4 Starhill Challenge Tasik Kenyir
November ini.
Setiausaha Kehormat Kejohanan Wan Abdul Rahim Wan Hassan berkata kejohanan anjuran Kelab 4X4 Gedut dengan kerjasama kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu juga akan disertai peserta dari Jerman, Thailand dan Indonesia.
"Kejohanan ini menyediakan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM20,000 yang akan diberikan kepada peserta yang berjaya mengikut peringkat pertandingan," katanya.
Menurutnya lokasi Pengkalan Gawi dipilih oleh penganjur kerana ia mempunyai keadaan berbukit yang sesuai untuk pertandingan 4X4 dan ini merupakan kali kedua kojohanan itu diadakan kawasan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada media selepas acara melepaskan 20 peserta yang menyertai Kejohanan Extreme 4X4 Daerah Besut bagi merebut Piala Dato Seri Idris Jusoh di Dataran Restoren dan Rehat Seberang Jerteh di sini hari ini.
Wan Abdul Rahim berkata dalam kejohanan Extreme 4X4 yang diadakan hari ini, kesemua peserta akan ke lokasi pertandingan di Lata Tembakah melalui laluan Padang Tapong sejauh 20 kilometer.
Menurutnya semua peserta akan berkhemah di Lata Tembakah selama 3 hari 2 malam di samping melakukan aktiviti kemasyarakatan dengan penduduk tempatan.
Majlis pelepasan disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sementara itu Idris dalam ucapannya sebelum itu menyeru golongan muda supaya menyertai akiviti lasak 4X4 kerana ia mampu membina keyakinan diri, semangat kental dan jiwa kreatif dalam diri mereka.
Beliau berkata golongan muda perlu menimba seberapa banyak pengalaman melalui penyertaan dalam aktiviti-ativiti yang mampu mencabar minda, kekuatan dan daya kreatif mereka.
Belia 4B Terengganu sasar 100 pertubuhan
Menurut Pengerusinya, Rozi Mamat, pelaksanaan secara berperingkat telah dilakukan dalam usaha untuk menghidupkan kembali pertubuhan yang dilihat sedikit ‘malap’ sebelum ini berikutan pelbagai perubahan yang dibuat.
“Setakat ini kita dalam proses untuk mendaftarkan kembali pertubuhan yang kita ada dan kita memohon agar semua Pertubuhan 4B di kawasan masing-masing meneliti kesemua permohonan yang telah dibuat.
“Malah, tindakan susulan perlu dilakukan dari masa ke masa untuk memastikan permohonan yang dibuat itu mendapat perhatian sewajarnya pihak berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kuala Nerus yang berlangsung di Pusat Kegiatan Kemas Parlimen Kuala Nerus.
Menurutnya lagi, usaha untuk menstabilkan kembali pertubuhan yang bertindak sebagai ‘medan perjuangan’ orang muda ini perlu dilakukan secara berterusan agar mampu menyampaikan hasrat sebenar golongan ini ke peringkat yang lebih tinggi.
“Oleh sebab itulah saya berharap agar kesemua kawasan memainkan peranan yang lebih jelas untuk menarik lebih ramai ahli baru untuk menyertai pertubuhan ini.
“Selain itu, kita juga akan berusaha untuk memastikan setiap perkara yang ingin dilaksanakan akan dipermudahkan serta menyelesaikan semua agenda yang dibuat dalam tempoh yang lebih singkat,” katanya.
Thursday, October 29, 2009
ASDI Umum Agihan Pendapatan 5.0 Sen Bersih Seunit
Pengagihan pendapatan itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said semalam.
"Pengagihan 5.0 sen itu terdiri daripada 4.0 sen agihan tunai dan 1.0 sen agihan dalam bentuk bonus unit. Pengagihan ini akan melibatkan dana berjumlah RM19.8 juta," beliau berkata sedemikian pada sidang media di Kuala Lumpur.
Ahmad Said berkata pembayaran itu akan dibuat pada 15 Disember.
Beliau berkata nilai aset bersih ASDI pada harga pasaran ialah RM178.67 juta bersamaan RM0.4508 seunit berbanding RM144.42 juta bersamaan RM0.3627 seunit pada awal tahun kewangan.
Ini merupakan peningkatan RM34.18 juta atau 23.67 peratus.
"Berdasarkan nilai aset bersih RM0.3627, kadar pulangan bagi agihan 5.0 sen seunit adalah bersamaan dengan 13.79 peratus, kadar yang lebih tinggi daripada simpanan tetap di bank atau pun instrumen pelaburan lain," kata Ahmad Said.
ASDI yang dilancarkan pada 31 Oktober 1994 adalah amanah saham yang berteraskan syariah. Dengan saiz dana berjumlah RM179 juta, ia melabur di dalam pasaran tempatan dan asing yang memenuhi prisip-prinsip syariah.
Ahmad berkata pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2008, tiada agihan pendapatan bagi ASDI berikutan prestasi ekonomi yang lemah dan perolehan yang kecil.
"Aktiviti perniagaan dan perdagangan dunia telah menguncup dengan ketara. Oleh itu, pendapatan syarikat terutamanya yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam hampir semua sektor telah merosot dan mengalami kerugian," katanya.
Ahmad Said berkata ASDI sedang meningkatkan pendedahan di dalam dana ekuiti berteraskan syariah di Bursa Malaysia berikutan prospek ekonomi global yang semakin stabil.
"Ia juga disebabkan pertumbuhan dan pendapatan syarikat yang semakin berkembang disokong oleh langkah-langkah kerajaan sebagaimana dalam Bajet 2010 yang begitu strategik dalam memacu kembali ekonomi negara ke landasan asal," katanya.
Ada Exco Akan Di Gugurkan?
Laman pro-PAS menyiarkan entri terbaru kemungkinan tiga exco akan digugurkan.
Yang sedapnya sumber ialah pusat pentadbiran kerajaan negeri, bukan pejabat Menteri Besar. Sumber pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ke?
Di beberapa peranggan, bunyi ayat dan nada seperti sumber daripada pemilik sebuah blog yang dimiliki bekas seorang pembantu Exco Kerajaan negeri yang lalu.
Menurut laman itu tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali dikatakan berikrar untuk taat setia kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said mengukuhkan dakwaan, satu rombakan ahli Exco kerajaan negeri Terengganu akan berlaku.
Sumber dari pusat pentadbiran kerajaan negeri, Wisma Darul Iman memberitahu, rombakan tersebut akan berlaku selepas sidang DUN Disember ini atau pada awal tahun hadapan.
Walaupun ’cakap-cakap’ berkaitan rombakan ahli Exco Terengganu sudah banyak kali dihebohkan, bahkan pernah dinafikan oleh Ahmad Said, namun berita mengenainya tetap muncul kembali.
Pada Oktober tahun lalu, Ahmad Said pernah mengugut untuk memecat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan kerana mengengkari arahan beliau.
Ahmad berkata beliau berhak menggugurkan Yahya kerana ia terletak di bawah bidang kuasanya.
"Saya kira apa (kehendak peringkat akar umbi)? Kehendak saya dia kena ikut juga. Saya menteri besar dan ada hak terhadap Exco saya...saya yang lantik. Hak bahagian melantik ketua bahagian, hak saya melantik Exco.
“Dua keadaan berbeza. Dia tak langgar disiplin parti, tapi langgar arahan saya," katanya.
"Saya mengarahkan semua Exco supaya tidak terbabit dalam pertandingan jawatan utama peringkat bahagian sebelum pertandingan peringkat cawangan lagi kerana saya minta mereka beri tumpuan kepada jawatan dalam kerajaan dan biar orang lain pegang jawatan ketua bahagian, kecuali jika dia memang dah ketua bahagian. Itu arahan saya jelas," tambah Ahmad ketika itu.
Menurut sumber tersebut, rombakan Exco pada kali ini adalah bertujuan untuk menguatkan barisan pentadbiran Ahmad Said setelah sebahagian ADUN dari ‘Geng 10 budak hitam’ kembali menyokongnya.
Ahmad Said dilaporkan telah mendapat ’ketenangan’ dalam politik setelah satu kumpulan ADUN yang berbalah dengannya, berikrar kembali taat setia kepadanya.
Pada 16 September sekumpulan tujuh ADUN Terengganu diketuai oleh Dato’ Din Adam mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Antara ADUN yang hadir ialah ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), Wan Mohd Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad.
Din Adam dilaporkan mengumumkan pendirian mereka dan menjelaskan hubungan sesama ADUN terbabit dengan Menteri Besar, Ahmad Said adalah sentiasa baik dan tidak pernah timbul soal perpecahan.
“Kita tiada masalah dengan Menteri Besar, kita juga akur kepada pelantikan yang telah dibuat, kita tidak sesekali akan derhaka,” kata Din Adam.
Namun, pemerhati politik melihat, pertemuan Din Adam dan kumpulannya ke Putrajaya adalah untuk memperkuatkan pengaruh Hishamudin di Terengganu, selain mencari ’laba politik’ untuk diri masing-masing.
Ekoran pertemuan itu, Din Adam telah dilantik Hishamudin sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, menjadikannya orang yang paling berkuasa dan berpengaruh di Terengganu masakini.
Oleh yang demikian, giliran mereka yang bersama Din Adam pula dibalas jasanya.
Justeru, tiga orang dikalangan sepuluh Exco kerajaan negeri yang masih bermasalah dengan Ahmad Said bakal digugurkan.
Menurut sumber itu lagi, salah seorang daripadanya telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan kerana masalah dalaman Umno dan MB Terengganu yang tidak berkesudahan.
Seorang daripadanya dikatakan ‘rela dan redha’ sekiranya beliau digugurkan dari jawatan Exco, kerana tindakan dan cakap-cakapnya begitu ’bebas dan sudah tidak terbatas’.
”Manakala individu yang ketiga, sudah banyak kali disebut-sebut akan digugurkan kerana beliau memang amat tidak disenangi oleh MB,”kata sumber tersebut.
Oleh yang demikian, sebagai gantinya, tiga orang akan dipilih di kalangan ‘Geng 10 budak hitam’ yang telah berpaling tadah dan kembali ke pangkuan Ahmad Said.
TNB Remaco Dapat Kontrak RM1.17 Bilion Daripada Petronas Gas
Unit-unit itu berada di kemudahan utiliti berpusat PGB di Kertih, Terengganu dan di Gebeng, Pahang.
Kontrak lapan tahun itu merangkumi pembekalan alat-alat ganti, tenaga kerja bagi pemeriksaan turbin dan pembaikan komponennya.
"Ini merupakan projek kedua yang dilaksanakan oleh TNB Remaco bagi PGB, projek pertama ialah runding cara pengurusan projek kepada PGB-Yayasan Sabah untuk pembangunan loji kuasa 300MW di Kimanis, Sabah," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh semasa majlis permeterian kontrak antara TNB Remaco, PGB dan GE Energy Services, semalam.
Kontrak itu akan menyaksikan TNB Remaco menjalankan kerja-kerja penyenggaraan di CUF sehingga 2017, memaksimumkan kandungan tempatan dalam melaksanakan skop kontrak tersebut.
Pada masa yang sama, pembaikan komponen turbin gas akan dibuat di pusat pembaikannya di Klang, Selangor.
TNB berkata kontrak itu memerlukan TNB Remaco menyiapkan sembilan pembaikan utama dan sembilan pemeriksaan laluan gas panas turbin-turbin tersebut, yang dikeluar dan dibekalkan oleh GE Energy Services.
TNB Remaco juga akan menerima sokongan pengeluar kelengkapan asli (OEM) daripada GE menerusi kontrak dengan GE yang akan membekalkan bahagian-bahagian dan menyediakan perkhidmatan termasuk nasihat teknikal dan latihan serta penyenggaraan sembilan unit turbin.
Pada sidang akhbar kemudiannya, Che Khalib berkata TNB Remaco dijangka menjana perolehan antara RM300-RM400 juta bagi tahun kewangan 2010 daripada RM200 juta yang dilaporkan pada 2009 dengan keupayaannya untuk menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan bagi loji kuasa di Malaysia dan luar negara.
"Ini merupakan peluang kami untuk mempunyai pusat pembaikan sendiri," katanya sambil menambah pusat di Klang ditubuhkan dua tahun lalu dengan pelaburan RM30 juta.
TNB Remaco berupaya menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan pembaharuan, ujian dan diagnostik elektrik/mekanikal, perkhidmatan O&M (operasi dan penyenggaraan) dan runding cara pengurusan projek.
Che Khalib berkata syarikat itu menyasar lebih banyak pasaran antarabangsa seperti Indonesia dan Brunei selepas berjaya memperoleh dua projek dari Pakistan yang bernilai AS$126 juta bagi tempoh lima tahun.
Syarikat itu juga menyediakan perkhidmatannya ke Myanmar dan Syuaiba di Arab Saudi.
Pembantu Perubatan Direman Lima Hari Lagi
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Supt K Manoharan berkata pembantu perubatan berusia 28 tahun itu telah ditahan sehari selepas kejadian, selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada hari tersebut.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 itu, mangsa yang merupakan seorang pesakit mental berumur 50 tahun, dikatakan tiba-tiba mengamuk dan bertindak menumbuk muka pembantu perubatan ketika diminta untuk menukarkan baju bagi mendapatkan rawatan lanjut di HSNZ.
Ekoran itu, lima pesakit lain yang turut berada di wad berkenaan cuba meleraikan pergaduhan menyebabkan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke lantai lalu pengsan dan dikejarkan ke HSNZ.
"Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada 21 Okt dan laporan bedah siasat pakar forensik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu mendapati pesakit itu meninggal dunia disebabkan retak tempurung kepala dan pendarahan dalam otak," katanya semalam.
MBKT - PERIHATIN DAN BUATLAH KAJIAN…
Tindakan itu dikatakan menyebabkan kesesakan berlaku apabila pengguna terpaksa letak kereta di garisan kuning .
"Sudahlah tempat letak kereta sedia ada tidak mencukupi, yang ada sedikit ini pun turut dilupuskan... nampaknya selepas ini terpaksalah saya berjalan atau menaiki teksi pula ke tempat kerja," keluh kakitangan swasta, Muaazan Mohamad, 33.
Dia antara ratusan warga bandar raya ini yang kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melupuskan puluhan petak letak kenderaan sepanjang Jalan Sultan Ismail yang menimbulkan rungutan ramai terutama kepada kakitangan kerajaan dan swasta.
Malah, tinjauan Edisi Timur Berita Harian mendapati, selepas beberapa hari petak letak kenderaan di lokasi berkenaan ditutup, masalah kesesakan di Jalan Pejabat menjadi lebih kritikal kerana orang ramai tidak mempunyai pilihan selain meletakkan kenderaan di garisan kuning, di bahu jalan dan secara bertindan.
Muaazan berkata, tindakan MBKT itu hanya memburukkan lagi masalah kesesakan terutama di Jalan Pejabat kerana orang ramai yang berurusan di Wisma Persekutuan, Wisma Negeri dan beberapa cawangan bank utama di sini tidak mempunyai pilihan selain meletakkan kenderaan mereka di situ.
Seorang peniaga, Amran Suhaimi Abd Ghani, 47, dari Kampung Bukit Tunggal berkata, langkah MBKT itu kurang bijak dan mendorong orang ramai melakukan kesalahan dengan meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan.
Dia yang sering berurusan di sebuah bank di sini berkata, sebelum melupuskan petak letak kereta di situ, MBKT sepatutnya menyediakan lokasi tempat letak kereta lain bagi mengelak masalah kesesakan parkir.
"Seingat saya, setiap kali datang ke sini, pasti bawa balik surat saman dari MBKT.. bukannya saya tidak hiraukan undang-undang dan berdegil untuk meletakkan kereta di tempat yang tidak dibenarkan, tetapi masalahnya memang tidak cukup tempat letak kereta di sini.
"Justeru saya harap, setiap pembaharuan yang dilakukan mestilah mengambil kira kepentingan orang ramai, bukan menyusahkan seperti apa yang dibuat sekarang," katanya.
Melihat dan mendengar rungutan seperti ini MBKT sepatutnya membuat kajian mengenai kemudahan parkir dan jangan tindakan sampai menjejaskan imej kerajaan negeri.
350 murid SK Gong Badak sertai pertandingan mewarna 1Malaysia
Murid prasekolah sehingga tahun enam itu mengambil masa kira-kira satu setengah jam untuk menyiapkan hasil lukisan masing-masing dalam pertandingan tersebut.
Mereka dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap Satu bagi prasekolah sehingga tahun tiga manakala Tahap Dua untuk tahun empat hingga enam.
Lukisan murid Tahun Dua Ibnu Sina, Mohd. Aidil Azli Marzuki muncul juara Tahap Satu manakala murid Tahun Enam Ibnu Sina, Ainol Alin Nabila Mohd. Adnan pula bagi Tahap Dua.
Kemenangan tersebut menyaksikan kedua-dua murid berkenaan membawa pulang sebuah basikal bukit, hamper dan sijil.
Murid Tahun Dua Ibnu Sina, Wan Ain Najiya Wan Mamat mendapat tempat kedua Tahap 1 manakala rakan sekelasnya, Nur Khairunnisa Masturina Mohd. Zulkifli pula berada ditempat ketiga.
Tempat kedua Tahap Dua dimenangi oleh Murid Tahun Lima Ibnu Sina, Muhammad Faiz Sidek dan tempat ketiga dipegang oleh Murid Tahun Lima Ibnu Ruth, Che Nur Delessa Suyella.
Kesemua mereka masing-masing menerima hamper dan sijil.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Biro Utusan Malaysia Terengganu, Wan Ramli Wan Mohamad dan Guru Besar SK Gong Badak, Zainon Mohamad.
Zainon berkata, pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia kerana merancakkan aktiviti sempena Bulan Bahasa Kebangsaan di sekolah itu.
''Kita telah mengatur banyak aktiviti untuk murid sekolah mengisi masa persekolahan terutama selepas selesai Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
''Pertandingan ini akan membantu bukan sahaja mengasah bakat mewarna malah mengembangkan tahap kreativiti murid-murid ini," katanya ketika ditemui.
Wednesday, October 28, 2009
Zuki - Saya sudah bebas dari bayang-bayang hitam
Bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd yang dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, mengibaratkan beliau sudah bebas dari bayang-bayang hitam yang menyelubunginya sejak sekian lama.
Beliau yang tidak dapat menahan sebak, dilihat menangis sebaik sahaja keputusan rayuannya untuk mengenepikan sabitan kes dan hukuman, dibuat hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, VT Singham.
Katanya tidak ada yang lebih menggembirakan sebaik mendengar keputusan itu selepas mahkamah mengesahkan dia tidak bersalah walaupun terpaksa meringkuk dalam penjara sejak hampir empat tahun lepas.
"Saya tahu keputusan hari ini berkat doa kedua ibu bapa saya. Saya sendiri pun, ketika dalam penjara, tidak putus-putus berdoa supaya kebenaran tentang apa yang berlaku, ditunjukkan," katanya ketika ditemui pemberita sebaik keputusan kes itu dibuat.
Zuki, 34, yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb 2004.
Beliau memfailkan notis rayuan sejak 21 Dis 2005 namun kes itu terpaksa ditangguhkan beberapa kali atas beberapa sebab dan hanya dibawa semula ke mahkamah, semalam. Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Selasa melepas dan membebaskan bekas jurulatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, selepas membenarkan rayuannya.
Hakim VT Singham juga mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005, sekaligus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Dis 2005.
Ketika membuatkan keputusan terhadap rayuan mengenepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Dis 2005, Hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendapati keterangan pengadu dalam kes ini sebagai kredibel telah terkhilaf apabila memanggil tertuduh untuk membela diri," katanya dalam penghakiman selama sejam.
Zuki merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb tahun 2004.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, selepas membenarkan rayuannya.
Hakim VT Singham juga mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005, sekaligus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Dis 2005.
Ketika membuatkan keputusan terhadap rayuan mengenepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Dis 2005, Hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendapati keterangan pengadu dalam kes ini sebagai kredibel telah terkhilaf apabila memanggil tertuduh untuk membela diri," katanya dalam penghakiman selama sejam.
Zuki, yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb tahun 2004.
Hakim Singham dalam penghakimannya berkata setelah meneliti nota keterangan dan fakta keseluruhan kes berkenaan, beliau menerima rayuan untuk mengenepikan sabitan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh.
"Antara yang perlu diambil kira ialah kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 28 Feb 2004, tapi laporan polis hanya dibuat pada 14 April 2004. Tidak ada penjelasan munasabah dari pengadu kenapa beliau mengambil masa hampir dua bulan atau 44 hari untuk membuat laporan polis sekiranya dia dirogol seperti didakwa," katanya.
Katanya alasan pengadu bahawa laporan polis, sekiranya dibuat, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga juga tidak boleh diterima kerana akhirnya pengadu sendiri membuat laporan berkenaan.
"Pengadu juga ada peluang terbuka untuk mengadu mengenai kejadian rogol sekiranya ia benar berlaku kepada doktor ketika mendapatkan rawatan di Kem Desa Pahlawan, Kota Baharu tetapi dia hanya mengadu sakit dada, demam dan batuk sahaja," katanya.
Zuki yang mempunyai dua anak lelaki berumur 10 dan lima tahun yang kini dijaga bekas isteri, memberitahu kehidupannya di penjara banyak memberi pengajaran kepadanya.
"Selepas ini, saya nak mulakan hidup baru. Saya juga tak tahu apa kedudukan saya sekarang, adakah saya masih seorang anggota tentera atau bagaimana, lepas ni saya akan ke Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan hal itu," katanya.
Sementara itu, ibu Zuki, Siti Salbiah Mamat, 51 ketika ditemui berkata beliau bersyukur anaknya itu akhirnya bebas setelah bertahun-tahun ditahan di penjara.
"Makcik tahu dia tak salah, bukti pun tak ada... sudah banyak tahun makcik tunggu hari dia dibebaskan, akhirnya tiba juga," katanya sebak.
Katanya sebelum ini beliau dan suami, Mamat Ali, 50, serta beberapa adik Zuki sentiasa hadir ke mahkamah setiap kali kes bersidang bagi memberi sokongan moral kepada anak sulung dari enam beradik itu.
Jom daftar untuk larian 1Malaysia-MBNT 2009
Ini kerana larian itu diharapkan akan mencecah lebih 7,000 peserta dan akan dianjurkan oleh Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dengan kerjasama Jabatan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dijangka menyertai larian bersama lebih 7,000 orang termasuk badan dan agensi kerajaan, swasta, belia, NGO dan juga orang awam.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Setiausaha MBNT, di talian 09-6242200.
Larian yang berkonsepkan larian ria sejauh tiga kilometer ini bermula bermula dan berakhir di Dataran Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.
Pada masa yang sama, peserta berpeluang memenangi hadiah larian sumbangan penaja serta kupon cabutan nombor bertuah akan diberikan kepada peserta yang dapat menamatkan larian dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Setiausaha MBNT, Encik Salleh Othman, berkata program itu bertujuan menggerakkan dan mengaktifkan para belia di negeri ini, sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dan mantap.
Pada masa yang sama, penglibatan dalam program itu juga sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap gagasan dan kepimpinan negeri dan negara khasnya.
“Adalah diharapkan agar program ini akan dapat menghindarkan belia daripada mendekati perkara-perkara yang tidak diingini dan menyalahi undang-undang.
“Di samping itu juga, ianya dapat melahirkan kesediaan belia untuk melakukan sebarang aktiviti bersukan adalah digerakkan daripada kehendak dan sikap aktif belia itu sendiri. Malah, apa yang lebih penting dapat membentuk keperibadian dan disiplin diri,” katanya.
Masjid RM3 juta didakwa bocor sebelum dirasmi
Menurut penduduk, masjid itu mula dibina pada 2007 dengan kos kira-kira RM3 juta dan mula digunakan pada 1 Syawal lalu.
Mereka mendakwa, masalah siling bocor di masjid itu sudah dikesan berlaku sejak ia mula digunakan.
Tinjauan mendapati, banyak kesan air hujan masuk melalui siling masjid dan ia menyebabkan beberapa bahagian silingnya mula menjadi hitam dan hanya menunggu masa untuk jatuh.
Seorang ahli kariah yang ingin dikenali sebagai Mohamad Abdullah berkata, setiap kali hujan lebat, air akan membanjiri bahagian luar ruang utama masjid melalui beberapa bahagian siling.
:“Sebelum ini pernah berlaku kebocoran sehingga menyebabkan bahagian luar ruang utama masjid basah. Terbaru, pada minggu lalu ketika hujan lebat, beberapa keping siling kapur pula jatuh.
:“Sebagai kariah di masjid ini, takkan kami hendak biarkan masjid ini begini sahaja. Malah, masalah ini tidak sepatutnya berlaku dengan nilai dan kos yang telah diperuntukkan,” katanya.:
:Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai, Nafi Baharim, 49, ketika dihubungi mengakui berlakunya masalah siling bocor di masjid berkenaan.
“Perkara ini telah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kami sudah mengenal pasti punca kebocoran yang berlaku,” katanya.
:Bagaimanapun, Nafi tetap bimbang jika masalah siling bocor itu tidak diatasi PBT dengan sebaik mungkin, tidak mustahil ia akan mengakibatkan kejadian lebih serius pada masa akan datang.
Mosti perkenal KnowledgeGRID Malaysia
Menurut Timbalan Ketua Setiausahanya, Datin Paduka Profesor Dr Khadijah Yussof, antara empat universiti yang terlibat itu adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
“Perkembangan terbaru masa kini adalah fasa pertama projek MOSTI GRID (G5) telah diwujudkan pada Mac lalu dan pencapaian utama dalam projek ini adalah meliputi lima agensi kerajaan iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Agensi Nuklear Malaysia (MNA), Malaysian Remote Sensing Agency (MRSA), Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) dan juga Mimos.
“Tujuan utama projek U5 dan MOSTI GRID (G5) adalah untuk melaksanakan gridding atau infrastruktur dan aplikasi pusat Teknologi Maklumat (IT) dengan menggunakan perkongsian sumber serta data antara universiti dan agensi kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Forum Malaysia KnowledgeGRID kali kedua 2009 yang berlangsung di Dewan Syed Jalaluddin Fakulti Sains Teknologi Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Menurut beliau, melalui forum dan inisiatif itu adalah demonstrasi seterusnya pihak kerajaan, universiti dan kerjasama industri di peringkat kebangsaan yang meliputi pelbagai kepakaran dan pengetahuan.
“Ini peluang terbaik untuk rangkaian serta wakil dari pelbagai negara melalui perkongsian idea, pengalaman dan pembelajaran pengajaran, selain membantu mempercepatkan momentum penting dalam infrastuktur dan aplikasi teknologi adaptasi komputer di negara ini,” katanya.
Sementara itu, hadir sama dalam majlis berkenaan adalah Naib Canselor UMT, Profesor Dr Aziz Deraman, Pengarah, Rangkaian Teknologi Komunikasi Maklumat, Mosti, Dr Raslan Ahmad, Pengarah Perbadanan Persekutuan dan Komunikasi Mimos, Dr Amiruddin Abdul Wahab.
300 peluang kerja menanti anak tempatan di Setiu
Sebanyak 300 peluang pekerjaan disediakan untuk diisi rakyat tempatan yang disediakan 15 syarikat yang terlibat dalam program sehari bermula jam 10 pagi hingga 3 petang itu.
Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan Setiu, Rosli Omar berkata, program itu melibatkan beberapa pusat latihan yang menyediakan latihan lepasan sekolah dan menawarkan pekerjaan selepas latihan.
Menurutnya, beberapa syarikat terlibat pula menawarkan peluang pekerjaan dengan pelbagai jawatan di syarikat mereka termasuk perladangan, memproses makanan, pasar raya dan agensi lain.
“Hasil pameran dan program ini, sebanyak 133 kekosongan pelbagai jawatan berjaya diisi, manakala selebihnya, borang pemohon diambil untuk tapisan terlebih dahulu,” katanya mengenai program yang terbuka kepada semua pencari kerja itu.
Rosli berkata, sebelum ini ada syarikat perladangan terlibat memohon untuk mengambil pekerja asing bagi mengisi pelbagai jawatan di ladang mereka, tetapi jabatan tidak meluluskan sebelum syarikat berkenaan mencari pekerja tempatan terlebih dahulu.
:Menurutnya, syarikat perladangan itu terlibat dalam pameran ini dan menjalankan temu duga terbuka bagi memilih kakitangan berkelayakan yang berminat mengisi kekosongan jawatan di ladang mereka, termasuk sebagai penyelia ladang dan pemandu.
“Gaji asas yang ditawarkan syarikat perladangan itu juga menarik iaitu serendah RM700 hingga RM800 sebulan bagi buruh ladang.
“Kami berharap, program ini membantu lepasan sekolah dan graduan mendapat pekerjaan serta mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, selain majikan terus mengutamakan pekerja tempatan,” katanya.
Rosli berkata, program itu kali kedua diadakan pada tahun ini.
Kali pertama ia diadakan pada Jun lalu di Bangunan Pejabat Persekutuan, Kampung Raja.
Kerajaan Terengganu Beri Perhatian Kepada Yahya Jusoh
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan Yayasan Kebajikan Atlet untuk menanggung kos rawatan yang ditanggung Yahya nanti.
"Tindakan kerajaan itu sejajar dengan khidmat bakti dan sumbangan Yahya dalam sukan bola sepak baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Yahya di Permin Jaya di sini, pada Selasa.
Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Datuk Mumtaz Jaafar dan bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Soh Chin Aun turut mengunjungi Yahya hari ini.
Yahya, 57, adalah pemain seangkatan Soh Chin Aun dan allahyarham Mokhtar Dahari, diserang penyakit lumpuh berikutan sakit tulang leher sejak dua minggu lepas.
Rahin berkata kerajaan negeri memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Yahya termasuk membantu empat orang anak-anaknya jika perlu.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju memberikan sumbangan RM10,000 kepada Yahya, yang akan disampaikan Menteri Besar Datuk Ahmad Said dengan segera.
Sementara itu, Mumtaz berkata Yayasan Kebajikan Atlet akan membawa Yahya ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk menjalani pemeriksaan pakar mengenai penyakit yang dihadapinya.
Beliau berkata semua kos untuk rawatan Yahya nanti akan ditanggung oleh yayasan sepenuhnya.
"Kami dapat tahu Yahya dalam keadaan tidak sihat, dan hari ini kami datang ke sini untuk melihat dan memberikan sokongan semangat kepada beliau," katanya.
Kepada Ketua Bahagian – Benarkah kata-kata ini?
Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, antara salah satu punca utama mengapa UMNO gagal melahirkan ramai pemimpin pelapis, adalah kerana kebanyakan Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) tidak berfungsi dan gagal melaksanakan portfolionya dengan baik.
“Isu calon biasanya akan timbul apabila menjelang pilihan raya. Pucuk pimpinan akan pening kepala memikirkan calon sesuai.
“Sebagai organisasi politik, apakah pelan tindakan untuk menguruskan organisasi kita sehingga tiada calon layak? Bagaimana pula dengan ahli UMNO yang ramai, takkan tiada satu pun layak,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin yang ada pula hanya memfokuskan kepada AJK Bahagian sahaja untuk diketengahkan sebagai calon.
“Adakah ahli yang tidak menjadi AJK Bahagian tidak berpeluang menjadi wakil rakyat? Melihat kepada ‘trend’ ini, selagi individu itu tidak menjadi Ketua Bahagian, selagi itu dia tidak boleh menjadi wakil rakyat.
“Jadi semua orang berebut untuk menjadi Ketua Bahagian sebab nak jadi calon sehingga wujudnya gejala tidak sihat ketika pemilihan UMNO Bahagian yang turut memberi kesan perpecahan kepada parti,” katanya.:
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai UMN0 ketandusan pemimpin pelapis dalam satu temu bual khas bersama :Sinar Harian :selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri di UiTM Dungun, minggu lalu.
Mengulas isu berkenaan, Tengku Yusoff turut menempelak AJK Bahagian yang dikatakan gagal melaksanakan amanah dengan berkesan sehingga ia dilihat seolah-olah tidak berfungsi.:
Beliau berkata, dalam isu ini, Pengerusi Biro dalm UMNO Bahagian kebanyakannya tidak berfungsi dan hanya menurut rentak Ketua Bahagian tanpa memikirkan hala tuju portfolio masing-masing.
“Sepatutnya Ketua Biro ini mempunyai visi dan agendanya tersendiri tanpa bergantung kepada ketua parti di peringkat bahagian. Jika perlu, mungkin kita boleh merujuk atau mengajak individu dari luar parti untuk sama-sama berbincang bagi menggerakkan agenda kita.
“Kadang-kadang inilah masalahnya dalam UMNO, golongan profesional dari luar tidak diberi ruang dan tidak diajak berbincang, mungkin kerana pemikiran orang ini tidak sampai dengan golongan profesional,” katanya.
Sehubungan itu kata Tengku Yusoff, sudah sampai masanya UMNO membuka ruang kepada golongan ini untuk sama-sama menunaikan tanggung jawab kepada rakyat
Beliau berpendapat, budaya politik dalam UMNO yang kadang-kadang hanya untuk orang tertentu sahaja yang mungkin berkepentingan, harus diubah jika ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima semua peringkat.
“Kalau UMNO hendak pergi jauh, setiap ahli dan juga pemimpinnya harus kembali kepada nilai-nilai norma, mesti ada jiwa, dan kejujuran dalam perjuangan.
“Jika tidak, masyarakat akan berasa muak dan tersemai cita-cita mengubah selera kepada pembangkang yang akhirnya akan merugikan UMNO dan orang Melayu sendiri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
RISDA pastikan 4,000 pesertanya mencarum KWSP
Pengarah RISDA negeri Khalid Awang Said berkata, caruman itu akan memberi manafaat kepada lebih 20,000 keluarga peserta yang menyertai skim tanaman berkelompok kelolaan agensi itu.
Beliau berkata, agensi itu akan menguruskannya dengan membuat pemotongan antara RM10 hingga RM20 setiap kali mereka menjual hasil getah kepada RISDA selepas mendapat kebenaran daripada mereka.
"Tanpa berbuat demikian agak sukar untuk mereka membuat caruman demi masa depan apabila mencapai umur 55 tahun dan tidak larat lagi untuk mengerjakan ladang,” katanya ketika ditemui semalam.
Sumber: Bernama
Tuesday, October 27, 2009
Terengganu menonjol dalam kelompok empat terakhir
Lebih 2,000 penyokong Terengganu berada di Seremban untuk memberi sokongan moral kepada pasukan mereka di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Ramai daripada mereka bertolak malam semalam dan dengan kedudukan tahun ini merupakan tahun terbaik bagi Terengganu untuk menjuarai Piala Malaysia selepas kali terakhir menjuarai kejohanan berpretij itu pada 2001.
Sepanjang hari ini dijangka lebih ramai penyokong Terengganu akan ke Seremban.
Terengganu layak ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan Selangor di peringkat suku akhir di sini, malam Sabtu dengan sepakan penalti 5-4, selepas kedudukan terikat 1-1.
Terengganu menonjol dalam kelompok empat terakhir ini ialah kemampuan Si Penyu menjinakkan Merah Kuning dengan bertemankan sedikit tuah dan ketumpulan penyudah lawan.
Jika juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super boleh tersungkur di Kuala Terengganu, bukan mustahil giliran anak buah Wan Jamak Wan Hassan menurut jejak kecundang itu apatah lagi lawan mempunyai kelebihan bermain lewat di gelanggang sendiri, Sabtu ini.
Segala rekod pertemuan Liga Super dan peringkat kumpulan lalu yang menyebelahi Negeri Sembilan sekadar boleh dibuat rujukan dan terus mematangkan kedua-dua pasukan tetapi yang paling menarik ialah pertembungan dua pemain muda yang menjaga gawang masing-masing.
Hanya satu gol membolosi Farizal Harun sepanjang Piala Malaysia dan Sharbinee Allawee begitu cemerlang, Sabtu lalu lantas yang seronok pastilah jurulatih negara K. Rajagobal menjelang Kelayakan Piala Asia 2011 (November) dan Sukan SEA Laos, Disember ini.
Lebih banyak pilihan penjaga gol yang mantap, bakal meningkatkan persaingan dan benteng terakhir skuad senior dan bawah 23 tahun Malaysia biarpun mungkin kurang menyenangkan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias yang sekian lama menyandang posisi utama.
Malah, ketika Negeri Sembilan kian berbangga dengan ketajaman Zaquan Adha Radzak selaku antara penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini, Terengganu pula menjanjikan seorang lagi bakal gandingan serangan Malaysia di Laos, Abdul Manaf Mamat.
Skuad Hoben Jang Hoben dikatakan akan memberikan laluan sukar selain berikrar untuk menundukkan skuad Penyu dengan jaringan besar malam ini.
Ini bagi memastikan faktor bermain di gelanggang sendiri itu tidak disia-siakan oleh skuad bimbingan, Wan Jamak Wan Hasan dalam mencari kelebihan agregat sekali gus memberikan keselesaan pada pusingan seterusnya.
Meskipun sebelum ini, skuad Penyu itu tewas dua kali pada peringkat kumpulan di tangan Negeri Sembilan, namun Wan Jamak tetap mengingatkan pemainnya bahawa disiplin merupakan kunci utama bagi memastikan kemenangan pada perlawanan ini.
'Selain itu, kita juga akan memastikan Terengganu tidak meraih sebarang gol di sini," ujar beliau.
Terengganu dapat khidmat pakar kardiologi
Ia sebagai sebahagian usaha mempertingkatkan rawatan terhadap pesakit jantung apabila penyakit itu dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sebagai contoh, 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan pada 2008 disebabkan penyakit jantung,
"Jumlah ini adalah besar dan kami mahu sokongan semua sektor untuk mencari kaedah dan cara bagi mengurangkan penyakit jantung, yang kini semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Heart House", Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) kelmarin.
Beliau berkata di negara ini, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun, bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.
"Ini merupakan satu bebanan kepada sistem penjagaan kesihatan kita. Kira-kira 60 peratus daripada kes ini akan diuruskan di unit penjagaan koronari kementerian, manakala bakinya pula mendapatkan rawatan di kemudahan kardiak swasta dan bukan kerajaan," katanya.
Bagi mengurangkan bebanan itu, Liow menasihati orang ramai supaya mengawasi faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung, termasuk tekanan darah tinggi, kolestrol darah tinggi, merokok, kurang bersenam serta pemakanan tidak seimbang, dan mendapatkan rawatan awal.
"Salah satu daripada caranya ialah dengan menjalankan program pencegahan. Kita perlu melancarkan lebih banyak program seperti itu bagi menggalakkan orang ramai menjalani gaya hidup yang sihat, aktif dan mengamalkan pemakanan yang sihat," katanya.
Mengenai rawatan, Liow berkata dua lagi pusat kardiotorasik akan dibina -- di Kuantan untuk Pantai Timur dan Kota Kinabalu di Sabah -- bagi menyediakan perkhidmatan menyeluruh kardiologi, pembedahan kardiotorasik dan anestesi kardiak serta khidmat perfusi.
"Pada masa ini, terdapat empat pusat kardiotorasik wilayah -- di Hospital Pulau Pinang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu dan Hospital Umum Sarawak.
"Di samping itu, khidmat kardiologi turut disediakan oleh pakar kardiologi di Hospital Alor Setar, Hospital Kota Baharu, Hospital Kuantan dan Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, dan perkhidmatan itu kelak akan diperluaskan ke Hospital Ipoh dan Hospital Kuala Terengganu."
Liow berkata kerajaan akan turut melatih lebih banyak pakar kardiologi bagi memenuhi keperluan.
"Pada masa ini, terdapat 24 pakar kardiologi di hospital kerajaan dan 15 doktor lagi sedang menjalani latihan dalam kardiologi. Kami dapat mengambil lima atau enam pelatih baru setiap tahun untuk mengikuti program fellowship kardiologi selama tiga tahun," katanya.
DPMMT – Halang penguasaan kapitalis
Yang Dipertuanya, Datuk Ir. Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata, beliau khuatir sekiranya tiada usaha untuk mencegah kemasukan golongan terbabit akan menyebabkan golongan peniaga tempatan terutama bumiputera terpaksa gulung tikar.
Katanya, penguasaan ekonomi kapitalis secara tidak terkawal itu turut menjejaskan prestasi pasaran dan peruncit tempatan sehingga ramai di antara mereka terpaksa tutup kedai.
Beliau menjelaskan, antara golongan kapitalis yang dimaksudkan ialah pengusaha dua gedung membeli belah terkenal yang baru beroperasi di negeri ini selain sebuah syarikat gergasi berkaitan bahan binaan.
“Kita (DPMMT) amat berharap supaya kerajaan negeri dapat membantu mengekang pencerobohan dan penguasaan ekonomi oleh syarikat kapitalis di negeri ini yang makin serius kebelakangan ini.
“Kita juga bimbang kalau masalah ini tak dikawal dengan bijak, ia boleh mengakibatkan banyak ahli perniagaan dan usahawan Melayu di negeri ini gulung tikar,” katanya kelmarin.
Dalam perkembangan lain, Tengku Ismail sedang memujuk kira-kira 1,000 ahli DPMMT yang tidak aktif supaya kembali mendaftar sebagai ahli demi kepentingan masa depan mereka di samping meneruskan perjuangan bagi membangunkan bidang perniagaan orang Melayu.
Buat masa ini beliau memberitahu, DPMMT hanya mempunyai seramai 400 ahli yang berdaftar manakala kira-kira 1,000 lagi disifatkan sebagai ahli bermusim atau tidak aktif.
Keputusan Rayuan Jurulatih Plkn Ketepi Sabitan Kes Rogol Hari Ini
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk V T Singham semalam selepas selesai mendengar hujahan tertuduh, Kpl Zuki Mohd yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed dan pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Badiuszaman Ahmad.
Zuki, 34, merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pad 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb tahun 2004.
Sukri dalam hujahnya menegaskan sekiranya Hakim Mahkamah Sesyen meneliti secara menyeluruh kes berkenaan, pihak pendakwa sebenarnya telah gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.
Paling ketara, katanya unsur kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku, dan hanya berbuat demikian hampir dua bulan kemudian selain wujudnya unsur kerelaan dalam kes berkenaan berikutan keengganan pengadu membuat laporan polis walaupun setelah disarankan pihak atasan kem dan dicabar oleh tertuduh sendiri.
Selain itu, pengadu juga, katanya hanya membuat laporan polis setelah timbul unsur beliau mengandung berikutan keputusan positif ujian kehamilan yang dibuat.
"Ada beberapa kali ujian kehamilan dibuat, ketika ujian dikatakan menunjukkan keputusan negatif, pengadu enggan membuat laporan polis tetapi setelah ujian sekali lagi dibuat dan dikatakan menunjukkan keputusan positif, barulah pengadu bersetuju untuk membuat laporan polis," katanya.
Badiuszaman menjelaskan kelewatan laporan polis dibuat berpunca daripada beberapa sebab dan tidak sepenuhnya boleh dipersalahkan kepada pengadu semata-mata.
Katanya pengadu telah melaporkan perkara itu kepada pihak kem, tetapi tidak ada tindakan diambil oleh pihak kem berhubung kes itu sehingga sebulan kemudian.
Katanya pengadu juga enggan membuat laporan polis kerana ia melibatkan maruah keluarga dan tak mahu keluarganya mendapat malu. Pengadu juga dikatakan bertukar karakter daripada seorang yang sentiasa ceria kepada murung selepas kejadian.
Hakim Singham bagaimanapun mencelah berdasarkan keterangan, walaupun murung, pengadu nampaknya masih boleh pergi ke pasar malam sehari selepas kejadian rogol didakwa berlaku.
"Dan kalau pengadu tidak mahu keluarga dapat malu, kenapa cerita (mengenai kejadian) kepada semua orang selepas balik kem hari itu (hari kejadian)," katanya.
Badiuszaman bagaimanapun menjelaskan faktor itu berkait rapat dengan umur pengadu yang masih muda dan setelah menerima kaunseling barulah pengadu setuju untuk membuat laporan polis.
Ketika prosiding, tertuduh yang sebelum ini merupakan jurulatih fizikal di kem PLKN Merang Suria Holiday, Setiu, sesekali berpaling ke arah galeri awam dan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang hadir.
Jangan guna Internet pejabat muat turun bahan fitnah
Naib Canselor Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Prof. Datuk Dr. Alias Daud berkata, ia adalah antara perkara yang melanggar tatacara penggunaan Internet berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam membabitkan agensi-agensi kerajaan.
Menurutnya, perbuatan berkenaan termasuk penyebaran berita dan provokasi perkauman atau agama dalam internet boleh menggugat kestabilan politik negara.
Katanya, kakitangan juga dilarang menyimpan, menyedia, memuat naik dan turun, menyimpan material, teks, imej atau bahan yang berunsur lucah.
''Larangan lain adalah menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam selain memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu.
''Menggunakan kemudahan sembang dalam talian, menjalankan aktiviti komersial dan politik serta memuat naik dan turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz dua megabait yang mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer juga dilarang,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kolokium Ancaman dan Keselamatan Siber 2009 anjuran UDM di Hotel Felda Residence di Kuala Terengganu semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pendaftar UDM, Nurulhuda @ Ariffin Muda.
Kolokium sehari itu yang objektifnya antara lain bagi memberi pendedahan mengenai ancaman dan keselamatan siber masa kini disertai lebih 100 peserta yang terdiri daripada pelajar universiti berkenaan.
Dr. Alias turut menarik perhatian bahawa di UDM sendiri, kemudahan internet berkelajuan tinggi turut disediakan bagi kemudahan seluruh warga universiti tersebut.
Menurutnya, kemudahan itu untuk membolehkan kakitangan UDM berkomunikasi menerusi emel, blog, khidmat pesanan ringkas (sms) dan bersembang dalam talian yang menjadi medium komunikasi digital pada era kini.
Senjata tajam dirampas daripada tiga lelaki
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt K Manoharan berkata senjata-senjata yang dirampas itu termasuk sebilah pedang samurai, golok, badik, dua bilah pisau pemotong daging dan tiga batang kayu yang disembunyikan di dalam bonet kereta.
"Tangkapan itu dibuat setelah menerima aduan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 2 pagi apabila lelaki-lelaki itu hendak membawa seorang wanita, yang juga rakan pengadu pulang dengan memperkenalkan diri sebagai ahli sebuah persatuan," katanya semalam.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 30 dan 43 tahun itu yang mendakwa kononnya bekerja sebagai guru, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan bekerja sendiri, mendakwa wanita itu juga adalah ahli persatuan terbabit.
Manoharan berkata wanita berusia 34 tahun dari Perak dan bekerja sebagai guru itu dikatakan menumpang sementara di rumah pengadu.
Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Marang dan semasa polis datang ke rumah lelaki berkenaan, ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri, katanya.
Manoharan berkata ketiga-tiga suspek berasal dari Jertih, Besut dan Kelantan itu ditahan untuk membantu siasatan dan pihaknya turut menyiasat kemungkinan suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
Katanya suspek disiasat di bawah Seksyen 6 dan 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Api.
Dalam perkembangan lain, cawangan sebuah pasaraya di Jalan Kota di sini, kerugian RM25,000 apabila wang yang disimpan di bilik simpanan dikebas pencuri, semalam.
Pengurus cawangan pasaraya berkenaan, Alaudeen Mohd Taha berkata kehilangan wang itu disedari kira-kira pukul 7.45 pagi ini semasa seorang pembantu ketua juruwang masuk ke pejabat untuk memulakan tugas.
Beliau berkata laporan berhubung kes itu telah dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Sementara itu, Manoharan mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Katanya suspek dipercayai masuk ke pasaraya itu melalui siling berikutan wujudnya kesan umpil di situ dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
BERNAMA
•
Projek Lembah Kaprima Bernilai RM24 Juta bermula Disember
Hasrat kerajaan untuk melihat Terengganu menjadi pengeluar daging kambing terbesar di negara ini akan menjadi kenyataan apabila Projek Lembah Kaprima bernilai RM24 juta dimulakan awal Disember ini.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata dengan peruntukan tersebut, kerajaan negeri telah meluluskan lapan projek 'Kambing Prime Malaysia' (Kaprima) yang akan dilaksanakan di Terengganu.
"Kerajaan negeri telah luluskan satu projek kaprima iaitu projek ternakan kambing Jamnapari di setiap daerah dan sesetengah tempat, infrastrukturnya telahpun disiapkan," katanya semalam.
Projek Lembah Kaprima itu ialah di Kampung Payang, Hulu Terengganu, Kampung Cabang (Kemaman), Kampung Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gadong (Marang) dan Mengabang Bakung (Kuala Terengganu).
Dr Azizol berkata projek itu bertujuan untuk membantu dan mengatasi golongan miskin tegar di samping menjadi pengeluar daging kambing terbesar di negara ini.
Beliau berkata pihaknya merancang akan menempatkan 600 ekor kambing induk di setiap kawasan projek berkenaan untuk dibiakkan, selepas siap dilaksanakan nanti.
Mengikut perancangan, Dr Azizol berkata pihaknya merancang akan menyerahkan pengurusan projek itu kepada syarikat swasta berminat dengan separuh keuntungan dimasukkan dalam tabung orang miskin dan sebahagian lagi untuk syarikat.
Beliau berkata segala kemudahan asas untuk projek itu disediakan oleh JPV dan syarikat-syarikat yang berminat untuk menguruskannya telahpun dipanggil untuk ditemuduga.
Sunday, October 25, 2009
Keputusan Piala Malaysia peringkat suku akhir
Terengganu 1 Selangor 1 (Agregat 2-2. Terengganu menang penalti 5-4)
Kelantan 3 KL Plus 0 (Agregat 4-1)
KM Naza 0 Negeri Sembilan 3 (Agregat 0-5)
Perlis 2 Johor FC 0 (Agregat 4-1)
Universiti New Zealand Buka Cawangan Di Terengganu
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata pihak pengurusan universiti berkenaan berminat untuk beroperasi di Taman Ilmu, Tembila, Besut yang sedang dalam pembinaan.
“Rundingan dengan universiti berkenaan sedang dilakukan dan kita harap lebih banyak universiti termasuk dalam negara, membuka cawangan mereka di Taman Ilmu,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Temu Mesra Mahasiswa/I Dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) di kampus USM, malam semalam.
Dato’ Ahmad berkata, kini kerajaan negeri sedang giat melaksanakan pelbagai program di bidang pendidikan, selaras dengan usaha menjadikan negeri ini sebagai ‘Negeri Anjung Ilmu’.
Malah, kerajaan negeri akan memperuntukkan lebih RM100 juta bagi melaksanakan pelbagai program di negeri ini tahun depan, melalui Bajet 2010.
“Kita akan menambah bilangan murid-murid yang menggunakan e-Book, memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang dan menghantar pelajar cemerlang mengikuti pengajian di bidang perubatan di universiti luar negara,” ujarnya.
Menteri Besar memberitahu lebih 400 pelajar USM yang hadir pada majlis tersebut, beliau bertungkus lumus membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar bagi melahirkan lebih ramai cendikiawan dan ilmuan di Terengganu.
Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut berusaha melahirkan cendikiawan yang mampu menghafal al-Quran, khususnya dari Sekolah Imtiaz.
Sumber: UKOM