Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.
Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.
Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.
"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil," katanya.
Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terlibat dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.
Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara terang-terangan menentang kerajaan.
"Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu, mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.
"Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak," katanya.
Friday, July 15, 2011
124 Premis Menu Rakyat 1Malaysia Di Terengganu
Terengganu mempunyai 124 premis menyertai Program Manu Rakyat 1Malaysia yang julung kali diadakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara.
Timbalan Pengarah KPDNKK Negeri Terengganu Ab Ghani Harun berkata, dari jumlah itu terdapat 40 premis di Kuala Terengganu, Hulu Terenggnau (26), Marang (20), Dungun (17), Kemaman (lapan), Setiu (tujuh) dan Besut (enam).
"Kejayaan program ini amat bergantung kepada komitmen dan sokongan pengusaha kedai makan. Ia merupakan tanggungjawab sosial korporat pengusaha kedai makan kepada pelanggannya.
"Kepada pengusaha restoran, kedai dan gerai makan yang belum menyertai program ini, pihak kementerian mengalu-alukan penyertaan mereka agar hasrat kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan harian rakyat menjadi realiti," katanya ketika melancarkan program itu di Warung Siang Malam di Gong Badak dekat sini.
Beliau berkata pakej diperkenalkan kerajaan itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menawarkan harga makanan bermasak dengan harga yang berpatutan untuk dinikmati oleh rakyat.
Katanya, program itu bukanlah satu bentuk kawalan harga kepada pengusaha kedai makan, tetapi ia lebih kepada tanggungjawab sosial korporat pengusaha kedai makan kepada pelanggan.
"Penyertaan program menu rakyat 1Malaysia ini terbuka kepada semua pengusaha kedai makan dan mengalu-alukan pengusaha yang berminat untuk turut serta," katanya.
Sementara itu pengusaha Warong Siang Malam Zamri Ali, 49, ketika ditemui berkata, beliau menyertai program itu bagi meringan beban perbelanjaan beliau yang berpendapatan rendah.
"Soal untung, ia bergantung kepada pelanggan. Walaupun untung sedikit, tetapi jika mendapat sambutan baik daripada pelanggan, ia mampu menjalankan perniagaan seperti biasa," katanya yang sudah menjalankan perniagaan di situ sejak empat tahun lepas.
Katanya sehingga ini warungnya yang mengenakan harga RM2 bagi sekeping roti canai bersama teh tarik untuk sarapan pagi dan RM4 untuk nasi putih, ayam goreng, sayur serta segelas tea-o ais untuk makan tengah hari, mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

Matrade Pelawa Usahawan IKS Pantai Timur Lawat TPM Biotech Raub
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Wilayah Timur mengajak usahawan di Pantai Timur menyertai lawatan ke TPM Biotech Sdn Bhd (TPM Biotech) di Raub, Pahang, 27 Julai ini.
Pengarah Matrade Wilayah Timur Hasziah Mohd Yazid berkata lawatan itu bertujuan meninjau kemudahan di situ, terutama dalam bidang makanan kesihatan, nutraseutikal dan kosmetik.
Pusat itu juga menyediakan perkhidmatan analisis makmal.
"Khidmat yang ditawarkan TPM Biotech penting dalam membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sekiranya ingin meluaskan atau melebarkan pasaran produk mereka ke peringkat antarabangsa," katanya di Kuala Terengganu.
Katanya TPM Biotech juga membantu dari segi persijilan halal atau Amalan Pengilangan Baik.
Menurut Hasziah lawatan itu terbuka kepada usahawan, sama ada dari Terengganu, Kelantan ataupun Pahang.
Katanya di Pantai Timur terdapat ramai usahawan herba dan kesihatan, namun perusahaan itu dijalankan secara kecil-kecilan.
Sehubungan itu, katanya lawatan berkenaan boleh dijadikan jalan pintas untuk mereka mengintai pasaran lebih besar.
"Lawatan ini percuma dan peserta diminta merancang perjalanan masing-masing memandangkan tempoh perjalanan dari Kuantan ke TPM Raub mengambil masa kira-kira empat jam.
"Kesemua peserta diminta berada di pusat itu pada pukul 11 pagi dan lawatan berakhir pukul 1 tengah hari," katanya.
Katanya peta lokasi TDM Biotech di Kampung Ulu Sungai, Batu Talam, Raub, boleh dimuat turun menerusi laman web http://matradewilayahtimur.blogspot.com.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang yang perlu dikembalikan untuk tujuan pendaftaran sebelum 24 Julai ini menerusi laman web berkenaan.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai Matrade Wilayah Timur, Mohd Zulkhairie Effendi atau Nor Afikah Abdullah di talian 09-6244778.
Pusat Biotek Herba Technology Park Malaysia mula dibina pada tahun 2004 dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2006.
TPM Biotech Sdn Bhd ialah anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, milik kerajaan dan diselia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pusat Biotek Herba Raub Technology Park Malaysia ini dibangunkan bagi membantu usahawan tempatan dalam bidang biotek herba dan nutraseutikal bagi menghasilkan produk yang bertaraf dunia.

YPU Luaskan Pasaran Produk Usahawan Terengganu
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sedang mengambil langkah untuk membantu meluaskan pemasaran produk keluaran para usahawan di negeri ini.
Timbalan Pengurus Besar YPU A Razak Sulaiman berkata, sehubungan itu, YPU akan membuka pusat pengumpulan dan pengedaran produk pengguna di Bukit Kor, Marang mulai esok.
"Kita telah bangunkan pusat pengumpulan dan pengedaran ini untuk mengumpul dan mengedarkan produk usahawan di negeri ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata anak syarikat YPU -- Cakna Sdn Bhd telah diamanah dan diberikan tanggung jawab untuk mengurus dan mengendalikan pusat pengumpulan dan pengedaran itu.
Katanya kesemua produk, baik yang dihasilkan oleh usahawan perseorangan atau produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), akan diedar melalui rangkaian kedai T'Shop di seluruh negeri.
Beliau berkata Cosmopal Sdn Bhd yang mengeluarkan barangan berasaskan kulit kambing adalah salah satu daripada usahawan yang akan dibantu oleh YPU.
Selain itu, Cosmopal juga mengeluarkan susu kambing segar, daging kambing beku dan kari daging kambing yang sudah ditinkan, katanya.
A Razak berkata YPU berminat untuk membantu Cosmopal kerana produk yang dikeluarkannya lain dari yang lain serta kesungguhan yang ditunjukkan pengurusannya dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata pada peringkat awal ini, YPU akan mengedarkan barang-barang tersebut di negeri Terengganu sebelum diperluaskan keseluruh negara.

Thursday, July 14, 2011
Maidam Edar 5,000 Buku Hayati Ramadan
Sempena ketibaan Ramadan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerbitkan buku Fadilat Ramadan bagi meluaskan kefahaman dan kesedaran kepada orang ramai tentang keistimewaan bulan mulia itu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, sebanyak 5,000 naskhah akan diagihkan kepada surau, masjid, sekolah, institusi pengajian tinggi dan perpustakaan awam di seluruh negeri sebelum 1 Ogos ini.
Katanya, buku tulisan Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Abdul Manan Mohammad Al-Merbawi itu bakal menjadi panduan umum bagi menghayati bulan Ramadan.
"Buku-buku ini akan diedarkan secara percuma bagi membolehkan orang ramai merujuk sekiranya mempunyai persoalan tentang kelebihan bulan Ramadan.
"Saya berharap orang ramai dapat menelaah buku ini sebagai persiapan untuk kita menyambut ketibaan Ramadan agar kedatangannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.
Buku setebal 87 muka surat memuatkan penerangan mengenai amalan-amalan sunat, kelebihan, perkara-perkara yang dilarang serta dalil-dalil tentang kewajipan berpuasa.
Dalam pada itu, Wan Harujan berkata, sejak 2008 sehingga kini, sebanyak 109,000 naskhah buku telah dicetak merangkumi 71 tajuk berkaitan pelbagai permasalahan dalam agama Islam.
Jelasnya, Maidam berperanan menyediakan bahan-bahan ilmiah kepada masyarakat dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terhadap agama Islam dari semasa ke semasa.
"Penerbitan buku yang bersesuaian merupakan salah satu tanggungjawab Maidam yang perlu dilaksanakan untuk menyebarkan agama Islam kepada orang ramai tidak kira waktu dan tempat.
"Selain itu, kita juga memberi peluang kepada penulis-penulis di luar sana untuk berkongsi ilmu yang mereka miliki bagi membentuk budaya menulis dan membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur," jelasnya.
55 Penyakit Kritikal Di Bawah Skim Pengeluaran Kesihatan KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa esok (Jumaat0.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.
"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.
Azlan berkata pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.
Beliau berkata bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.
"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota," katanya.
Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.
Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan.

Polis Thailand Bantu Kesan Kak Yah
Polis Terengganu sedang bekerjasama dengan polis Thailand bagi mengesan dan menjejak seorang bomoh wanita bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan di rumah wanita itu di Pulau Rusa, Marang bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihak polis percaya bomoh yang dikenali dengan nama 'Kak Yah' yang berketurunan Siam itu sedang bersembunyi di negara jiran.
Katanya, pihak polis telah mendapatkan butiran penuh daripada suami suspek dan sedang berusaha mengesan suspek.
"Kita telah berusaha bersama pihak polis Thailand untuk mengesan suspek yang
dipercayai bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand," katanya ketika ditemui di
pejabatnya hari ini.
Menurut Manoharan, polis juga telah membebaskan suami suspek dan akan
dijadikan saksi polis berikutan siasatan yang dijalankan. - Bernama
Zakaria berkata, musim kemuncak pendaratan penyu di Terengganu antara Jun dan Julai.
Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai penyu kepada 1,838 orang dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Nelayan wajar ada kawasan khas elak ditahan PolAir
Oleh Komiti nelayan Malaysia (Kuala Lumpur)
Cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan supaya diwujudkan kawasan berkecuali bagi nelayan di Selat Melaka wajar dibincangkan pada peringkat nasional.
Ia ditimbulkan berikutan kejadian sekumpulan nelayan dari Johor ditahan Polis Air (PolAir) Indonesia berhampiran pantai Senggarang, Tampok, Pontian Besar, pada pada 9 Mac lalu atas dakwaan kononnya menceroboh perairan republik itu.
Dalam kejadian itu, bot dikendalikan tekong dan awak-awak rakyat Malaysia berada pada kedudukan 12.5 batu nautika dari pantai Senggarang. Mereka ditahan kerana dikatakan menceroboh perairan Indonesia sedangkan kedua-dua bot berkenaan masih berada dalam perairan Malaysia berdasarkan bacaan alat Global Positioning System (GPS).
Kedudukan ini disahkan oleh empat anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kukup yang berkejar ke tempat kejadian untuk membebaskan nelayan terbabit.
Masalah sempadan perairan di Selat Melaka sebenarnya ditimbulkan oleh Indonesia sendiri apabila mereka cuba menguatkuasakan kawasan perikanan dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) sejauh 200 batu nautika dan mewartakan undang-undang yang tidak pernah disepakati dengan negara ini walaupun ia membabitkan pertindihan kawasan sempadan. Malaysia juga berhak mengisytiharkan Zon Ekonomi Eksklusif yang sama sejauh 200 batu nautika dari pantai negara.
Penetapan ZEE secara satu pihak oleh Indonesia ini membuatkan sebahagian kawasan barat perairan negara ini di bahagian utara Selat Melaka iaitu dari utara Selangor hingga Kedah, dianggap sebagai wilayah laut mereka sedangkan mereka lupa bahawa penetapan sempadan oleh Malaysia di utara Selat Melaka adalah berdasarkan kepada kedudukan Pulau Sembilan dan Pulau Perak yang terletak di tengah Selat Melaka.
Pasukan keselamatan Indonesia juga sering mengganggu bot nelayan dari Terengganu dan Pahang yang beroperasi di Laut China Selatan.
Ini kerana Indonesia menuntut ZEE pada jarak 200 batu dari kepulauan Anambas dan Natuna, iaitu wilayah milik Indonesia di Laut China Selatan walaupun dipersetujui pada 1969 bahawa sempadan laut adalah antara Pulau Tioman dan Pulau Jemaja (Anambas).
Berita Harian

Hina Negaraku: Lembaga Pengarah UMT Ttunggu Laporan
Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) masih menunggu laporan berhubung kes individu yang dikatakan pelajar institusi itu, menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri yang juga ahli Lembaga Pengarah UMT Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada universiti itu berhubung perkara itu.
"Sekiranya betul ia melibatkan pelajar UMT maka kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita kecewa dengan apa yang berlaku, tidak kira sama ada dilakukan oleh pelajar atau pun individu lain,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.
Katanya laporan sudah dibuat pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak berhubung perkara itu.

UMK Kaji Pengurusan Kesihatan & Penghasilan Benih Ketam Nipah
Harga ketam nipah mencecah RM28 hingga RM40 sekilogram. Gambar bawah, kerja diagnostik penyakit ketam.
Ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla Serrata antara spesis raja sepit yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran pada masa kini. Harganya yang mencecah RM28 hingga RM40 sekilogram membolehkan pengusaha ternakan itu menjana pendapatan lumayan berbanding ternakan akuakultur lain.
Namun, kesukaran mendapatkan benihnya menyebabkan industri ternakan ketam nipah tidak sepopular udang atau ikan sedangkan ia mempunyai masa depan yang cerah untuk ditingkatkan.
Melihat prospek itu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Pusat Pengeluaran Perikanan Ikan Laut, Jabatan Perikanan Malaysia, Besut, Terengganu bekerjasama menjalankan kajian pengurusan kesihatan dan penghasilan benih ketam nipah.
Penyelidik UMK, Dr Lee Seong Wei, berkata kajian memfokuskan usaha menghasilkan benih ketam nipah dengan menghuraikan perkembangan awal embrio dan larva bagi mengatasi masalah kekurangan benih ketam nipah semula jadi yang sering dibangkitkan penternak ketam nipah.
Selain itu, katanya, kajian turut menggambarkan sifat antibiogram dan profil logam berat daripada komuniti mikrob yang dipencilkan kepada ketam nipah selain mendedahkan sifat antimikrobial terhadap pengekstrakan tumbuhan herba dalam merencat pertumbuhan bakteria.
“Induk betina ketam nipah yang ditangkap dari laut akan dipelihara di dalam tangki fiber dan dibekalkan dengan air laut, oksigen, pasir pantai dan paip PVC. Ketam akan diberi makan dengan kepah setiap hari sebanyak 20 peratus daripada berat badannya dan penukaran sebanyak 50 peratus air tangki akan dilakukan pada setiap hari.
“Kualiti air pula perlu dikawal dengan parameter air yang optimum iaitu salinliti 30 ppt, oksigen terlarut melebihi 5 ppm, suhu antara 28 hingga 30 darjah Celsius dan pH antara 6.5 hingga 7.5,” katanya.
Dr Lee yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) UMK berkata, secara semula jadi, ketam nipah akan bersalin kulit sebelum mengawan atau bertelur dan kebiasaannya ketam betina mampu mengeluarkan telur sebanyak tiga kali setiap kali proses mengawan.
Katanya, ketam betina pembawa telur yang dikenali sebagai berried female akan diasingkan dan diletakkan secara individu di dalam tangki penetasan bagi tujuan pengeraman dan penetasan telur.
“Pada masa itu, larva ketam nipah yang baru menetas dipanggil zoea akan dimasukkan ke dalam tangki ternakan dengan kadar segera dan diberi makan dengan rotifer, Brachionus Rotundiformis, Artemia Salina dan Chlorella sebagai makanan kepada rotifer sehingga ke peringkat megalopa.
“Seterusnya aktiviti pemencilan dan pengecaman bakteria daripada induk ketam nipah akan dilakukan dengan menggunakan lima medium berbeza dan dieramkan selama 24 hingga 48 jam pada suhu bilik,” katanya.
Beliau berkata, bakteria yang berjaya dipencilkan daripada induk ketam nipah kemudian diuji kerintangan terhadap 16 jenis antibiotik antaranya Nalidixic Acid, Oxolinic Acid, Compound Sulphonamides, Doxycycline, Tetracycline dan Novobiocin.
Bakteria yang sama juga diuji kerintangannya dengan empat jenis logam berat iaitu raksa, kromium, kuprum dan zink pada lima kepekatan berbeza yang berjulat.
Selain itu, jelas beliau, 30 jenis ekstrak tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia diuji sifat kebolehan merencatkan pertumbuhan bakteria yang dipencilkan daripada ketam nipah.
“Pengekstrakan tumbuhan herba ini menggunakan 80 peratus metanol dan 20 peratus air suling yang dibiarkan selama 72 jam dan dikeringkan pada suhu 30 darjah Celsius.
“Kajian ini penting bagi menilai tahap kesihatan spesis ketam nipah bagi tujuan keselamatan makanan berdasarkan kepada bakteria yang berkaitan dengannya,” katanya.
Dr Lee berkata, bakteria yang dipencilkan ini mungkin daripada jenis patogenik yang bertindak sebagai vektor dalam pemindahan penyakit kepada manusia. Penggunaan antibiotik komersial sebagai rawatan kepada penyakit bakteria boleh menyebabkan risiko kepada kontaminasi persekitaran.
Justeru, katanya, pengekstrakan tumbuhan herba dilakukan bagi menggantikan penggunaan antibiotik yang terdapat di pasaran kini untuk merencat pertumbuhan bakteria.
“Kami berharap hasil daripada projek ini akan dimanfaat kepada para penternak ketam nipah yang menghadapi masalah kekurangan benih ketam nipah,” kata beliau.
Berita Harian
SM Sains Setiu Jadi Sekolah Berasrama Penuh
Tiga lagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dibuka menjelang akhir tahun ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran di sekolah berkenaan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata tiga SBP itu ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Setiu (Terengganu), SM Sains Sembrong (Johor) dan SM Sains Banting (Selangor).
Beliau berkata, sehingga Jun tahun ini, terdapat 60 SBP yang beroperasi sepenuhnya dengan jumlah pelajar kini mencecah 37,543 orang.
"Jumlah permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat yang semakin meningkat setiap tahun jelas menunjukkan kecemerlangan SBP.
"Tahun lalu seramai 86,504 permohonan diterima sedangkan tempat yang disediakan hanyalah 6,090. Keyakinan ini juga membolehkan program SBP mendapat tajaan swasta," katanya dalam teks ucapannya pada perasmian Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-38 di Kuala Lumpur hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Dr Khair Mohamad Yusof.

Syarikat Milik Orang Islam Harus Laksanakan Tanggungjawab Bayar Zakat
Syarikat-syarikat milik penganut beragama Islam yang beroperasi di negara ini diminta melaksanakan tanggung jawab mereka dalam menunaikan zakat walau pun masih belum wujud undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap syarikat sedemikian yang enggan membayar zakat.
Ketua Pengarah Jabatan Waqaf Zakat dan Haji di Jabatan Perdana Menteri Datuk Anan C Mohd berkata syarikat-syarikat itu haruslah menjalankan tanggung jawab syariah mereka.
Katanya pungutan zakat harta dan fitrah di seluruh negara tahun lalu mencatatkan pungutan RM1.363 bilion.
"Syarikat mahu pun individu tiada alasan untuk tidak mengetahui jumlah pembayaran yang sepatutnya dilakukan kerana cawangan pusat zakat beroperasi di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan ke-51 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di Melaka, hari ini.
Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Yaakub Md Amin, yang mewakili Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, kesedaran dan tanggung jawab adalah amat penting kerana institusi zakat bertujuan menyusun masyarakat berteraskan ajaran Islam.
Anan berkata terdapat perkembangan positif kini di mana para penjawat awam membayar zakat melalui potongan gaji dalam melunaskan tanggung jawab masing-masing.

Trend Peningkatan Kes Denggi Sejak Tiga Minggu Lepas di Terengganu
Sejumlah 448 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan pada minggu ke-27 iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Julai, meningkat 34 kes, berbanding 414 kes dengan tiga kematian pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, lima negeri menunjukkan peningkatan berbanding minggu sebelumnya dengan Selangor meningkat sebanyak 35 kes, Negeri Sembilan (17), Johor (10), Pulau Pinang (9) dan Kedah (empat).
"Satu kematian (akibat) denggi dilaporkan di Klang, Selangor pada minggu lepas membabitkan seorang warga asing yang mengalami demam, keletihan dan muntah-muntah selama empat hari. Dia meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke hospital akibat komplikasi denggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, jumlah lokaliti wabak denggi turut meningkat iaitu 105 lokaliti wabak dengan 22 daerah telah dilaporkan minggu lalu, berbanding 102 lokaliti dengan 17 daerah, pada minggu sebelumnya.
"Lapan daripadanya merupakan lokaliti kawasan panas, iaitu enam di Selangor, masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor Baharu," katanya.
Dr Hasan berkata, walaupun wabak denggi sudah berlarutan melebihi sebulan tetapi kawasan panas itu masih kotor dengan tempat pembiakan nyamuk, iaitu empat daripadanya masih mempunyai kadar pembiakan aedes yang tinggi.
Sehubungan itu, katanya, kementerian meminta semua pihak supaya mempertingkatkan aktviviti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menjaga kebersihan persekitaran masing-masing.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga 9 Julai lalu, 10,887 kes demam denggi telah dilaporkan, berbanding 25,301 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu, menurun 14,414 kes (57 peratus). Sebanyak 19 kematian dilaporkan pada tempoh yang sama berbanding 62 kematian tahun lalu, menurun sebanyak 77 peratus.
Beliau berkata, walaupun terdapat penurunan kes pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, pemantauan Kementerian Kesihatan menunjukkan trend peningkatan kes denggi sejak tiga minggu lepas di Terengganu, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.
"Analisis Kementerian Kesihatan bagi lima tahun sebelumnya menunjukkan bulan Jun hingga September merupakan bulan-bulan di mana kes denggi yang dilaporkan adalah tinggi," katanya.
Sementara itu, Dr Hasan berkata, tiada kes penyakit Chikungunya dilaporkan pada minggu lalu dan jumlah terkumpul kes tersebut setakat ini ialah 17 kes, menurun 98 peratus berbanding 716 kes bagi tempoh yang sama, tahun lalu

Program Kayuhan Malam
Program yang dapat menghindari golongan belia daripada terjebak dengan kegiatan tidak berfaedah pada waktu malam.
Suatu ketika dulu, tidak banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan peranan basikal melainkan sekadar memenuhi keperluan pelajar ke sekolah berdekatan atau sebagai alat permainan kanak-kanak.
Namun basikal yang semakin hilang kepentingan sebagai alat pengangkutan kini kembali dengan tarikan lebih besar sebagai alat sukan, rekreasi dan kecergasan seiring dengan perkembangan masa dan perubahan corak kehidupan.
Basikal kini muncul dengan pelbagai reka bentuk, corak dan kegunaannya dengan harga ratusan dan hingga mencecah puluhan ribu ringgit manakala penggemarnya adalah daripada pelbagai peringkat usia.
Di negeri ini, kemunculan beberapa anak Terengganu seperti Azizul Hasni Awang dan Anuar Manan yang mencipta nama di peringkat antarabangsa dan penubuhan Terengganu Pro-Asia Cycling Team oleh kerajaan negeri membantu menyemarakkan aktiviti berbasikal.
Pelbagai program bercorak rekreasi dan sukan diadakan termasuk oleh Kelab Remaja Terengganu (KRT) dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) yang menganjurkan program Kayuhan Malam Amal, baru- baru ini.
Ia mendapat sambutan begitu hangat dengan lebih 600 pengayuh basikal meluangkan masa kira-kira tiga jam bermula pukul 9 malam bagi bersama mengayuh sejauh 20 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Awam Batu Buruk dekat Kuala Terengganu.
Pengerusi KRT, Saiful Bahri Baharudin berkata, program itu antara lain bertujuan menghimpunkan para peminat basikal untuk berinteraksi sesama mereka di samping membantu meringankan beban pihak yang memerlukan.
Katanya, pada program kayuhan malam itu, peserta hanya memerlukan sebuah basikal yang dilengkapi lampu depan dan belakang, topi keledar serta baju - T, makanan ringan dan minuman tenaga yang dibekalkan penganjur.
Perasmian program itu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw dan Pengerusi Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail.
Tambah Saiful Bahri, hasrat KRT untuk menyelami minat orang muda dilihat berhasil kerana daripada program itu, mereka sanggup berbelanja lebih untuk basikal mereka serta memberi sumbangan kepada tabung yang pihak penganjur wujudkan.
Pada program itu katanya, sejumlah RM3,511 berjaya dikutip daripada peserta dan ia diserahkan kepada Jawatankuasa Perkampungan Taman Rahmat, Marang dan Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa Batu Buruk.
Sementara itu Ahmad Sidi berkata, program julung kali diadakan itu sedikit sebanyak membantu mempromosi budaya baru orang Terengganu yang beriadah dengan cara sihat dan selamat kerana ia tidak melibatkan cuaca yang panas terik.
Katanya, selain menyihatkan badan dan tidak mencemarkan alam sekitar, berbasikal dapat mengelakkan golongan muda daripada terjebak dalam aktiviti tidak berfaedah seperti merempit dan lumba haram.
“Jika dahulu ada di kalangan kita sanggup melepak berjam-jam di warung dan kedai kopi, sekarang penunggang basikal hanya singgah sekejap untuk menghilangkan penat selepas berkayuh.
“Selain itu, peluang berkumpul dengan kenalan baru daripada pelbagai latar belakang membuka ruang untuk berkongsi minat sesama mereka,” katanya.
Bagi yang baru menceburi sukan ini katanya, mereka tidak harus terpengaruh dengan iklan atau sikap rakan yang sanggup membelanjakan wang beribu-ribu ringgit untuk sebuah basikal.
“Sebagai permulaan, mereka hanya perlu berbelanja sekitar RM1,000 untuk sebuah basikal yang baik dan boleh ditambah spesifikasinya,” jelas beliau.
Menurutnya, sebelum membeli sebuah basikal seseorang perlu mengetahui spesifikasi, kategori kayuhan dan penggunaannya sama ada untuk senaman atau pertandingan
Utusan Malaysia
Terengganu Tarik Pelabur Ternak Udang
Kerajaan Terengganu sedang menimbang permohonan beberapa pelabur yang berminat untuk melabur dalam bidang ternakan udang di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris, berkata sehingga ini, sekurang-kurangnya enam pelabur dari luar Terengganu memohon berbuat demikian.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang membuat penilaian dan melihat setakat mana kesungguhan pelabur berkenaan untuk melabur di negeri ini.
“Kerajaan negeri memang mengalu-alukan pelabur yang ingin mengusahakan ternakan udang di negeri ini kerana ia boleh memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri perlu berhati-hati dan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung perkara tersebut.
Menurut beliau, setakat ini sebuah syarikat telah dibenarkan menternak udang di Kampung Nyatuh, Setiu, yang melibatkan kawasan seluas 1,000 hektar.
Katanya, syarikat itu sekarang ini sedang di dalam peringkat melatih pekerja dan ia dijangka memulakan operasi September depan.
Beliau berkata, kerajaan negeri meminta pelabur berkenaan supaya mengenal pasti kawasan ternakan yang mereka berminat mengusahakannya.
“Terengganu mungkin akan menjadi pengeluar udang terbesar sekiranya semua permohonan itu diluluskan,” ujar beliau.
Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata Terengganu bakal menjadi pengeluar udang terbesar di Malaysia apabila projek ternakan udang membabitkan kawasan seluas 1,000 hektar di Kampung Nyatoh, Setiu dapat dipasarkan kelak.
Katanya, buat permulaan sebanyak 216 kolam membabitkan kawasan seluas 400 hektar akan diusahakan dalam tempoh terdekat, sebelum semua kolam terbabit beroperasi sepenuhnya.
Katanya, projek yang bakal mengubah ekonomi negeri dan memberi pendapatan kepada peserta itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Kerja –kerja terakhir menyiapkan kolam termasuk memasang kanvas khas sedang giat dijalankan oleh kontraktor dilantik. Oleh itu, pihak kami yakin, udang peringkat pertama boleh dilepaskan pada September ini.
“Udang yang diternak itu boleh mencapai tempoh matang selama empat bulan sebelum dapat dipasarkan secara meluas termasuk ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kolam ternakan udang di kampung itu, baru-baru ini.
Menurutnya, lebih 1,500 peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada penduduk tempatan terutama di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) apabila siap sepenuhnya kelak.
“Melalui projek ini, sudah tentu memberi manfaat kepada penduduk untuk menikmati kehidupan lebih selesa,” katanya.

TTITC Bayar Pampasan RM140,500 Kepada Ibu Tunggal
Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) membayar pampasan insurans Skim Takaful Malaysia berjumlah RM140,500 kepada seorang ibu tunggal Puan Norafidah Ismail, 26, yang kematian suami akibat kemalangan jalan raya pada awal Mac lalu.
Puan Norafidah yang baru menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya bukan sahaja gembira malah terkejut dan terharu apabila sumbangan yang disampaikan sendiri, Pengerusi TTITC , Haji Ahmad Razif Abdul Rahman di kediamannya di Manir, Kuala Terengganu, semalam (13 Julai).
Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, berkata dia berharap semua pihak dapat membuat caruman insurans melalui mana-mana agensi dalam usaha meringankan beban sekiranya berlaku sebarang musibah terhadap ahlinya.
“Semua kakitangan TTITC dilindungi skim insurans Takaful Malaysia dan kita dapat menyerahkan cek pampasan ini kepada ahli keluarga terbabit, malah isteri bekas kakitangan TTITC ini juga bakal menerima elaun pencen berjumlah RM2,000 sebulan melalui tuntutan daripada Perkeso,” katanya.
Norafidah berkata, dia amat berterima kasih kepada Takaful Malaysia yang menguruskan pemberian cek itu dan akan menggunakan wang itu sebaik mungkin terutamanya untuk kegunaan dia serta anaknya pada masa akan datang.
"Saya akan gunakan wang pampasan itu sebaik mungkin bagi menampung keperluan kami dua beranak.dan mungkin akan membuka perniagaan kecil-kecilan selepas ini kerana sebelum ini saya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa,” katanya.
Allahyarham yang telah dua tahun berkhidmat di pusat latihan itu turut meninggalkan seorang anak lelaki yang berusia 30 hari.
Dalam nahas pada 16 Mac lalu, kira-kira jam 7.35 pagi itu, arwah yang bekerja sebagai tenaga pengajar di TTITC terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di kilometer 137 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, Kampung Felda Belara.
Ketika kejadian Ahmad Afendie Othman, 26, dari Kampung Gong Badak di Kuala Terengganu, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Teris, Hulu Terengganu.

15 Penyu Mati Angkara Pukat Pari di Pantai Terengganu
Sebanyak 15 penyu agar yang dipercayai terperangkap dalam pukat pari semasa hendak naik ke pantai untuk bertelur, ditemui mati di pantai Terengganu sejak Januari hingga bulan lalu.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zakaria Ismail, berkata berikutan itu pihaknya merampas 113 bidang pukat pari dalam operasi pemusnahan pukat pari sejak Mac hingga bulan lalu.
"Kita percaya penyu itu dicampak keluar oleh nelayan pukat pari sebelum dihanyutkan ke pantai," katanya.
Zakaria berkata, pihaknya sedang meningkatkan operasi memusnahkan pukat pari sepanjang pantai Terengganu.
Katanya, banyak aduan diterima daripada pencinta penyu mengenai kegiatan nelayan pukat pari di negeri itu.
Dalam perkembangan lain, katanya, jabatan berkenaan berjaya melepaskan sebanyak 26,766 anak penyu agar yang baru menetas ke laut sejak Mac hingga bulan lalu.
Zakaria berkata, daripada jumlah itu, Pulau Redang paling banyak melepaskan anak penyu iaitu sebanyak 17,638, diikuti Geliga Kemaman (4,620), daerah Setiu (2,031), Ma'daerah (1,117), Cakar Hutan (892), Ru Kudung Paka (321) dan Rantau Abang (147).
Beliau berkata, dalam tempoh itu sebanyak 1,785 pendaratan penyu membabitkan 39,259 telur sudah direkodkan di Terengganu.
Ia membabitkan kawasan Geliga, Kemaman sebanyak 721, Ma'daerah (84), Cakar Hutan Kerteh (47), Ru Kudung Paka (10), Rantau Abang Dungun (12), Pulau Redang (728) dan Pulau Perhentian (113) pendaratan.
Zakaria berkata, musim kemuncak pendaratan penyu di Terengganu antara Jun dan Julai.
Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai penyu kepada 1,838 orang dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zakaria Ismail, berkata berikutan itu pihaknya merampas 113 bidang pukat pari dalam operasi pemusnahan pukat pari sejak Mac hingga bulan lalu.
"Kita percaya penyu itu dicampak keluar oleh nelayan pukat pari sebelum dihanyutkan ke pantai," katanya.
Zakaria berkata, pihaknya sedang meningkatkan operasi memusnahkan pukat pari sepanjang pantai Terengganu.
Katanya, banyak aduan diterima daripada pencinta penyu mengenai kegiatan nelayan pukat pari di negeri itu.
Dalam perkembangan lain, katanya, jabatan berkenaan berjaya melepaskan sebanyak 26,766 anak penyu agar yang baru menetas ke laut sejak Mac hingga bulan lalu.
Zakaria berkata, daripada jumlah itu, Pulau Redang paling banyak melepaskan anak penyu iaitu sebanyak 17,638, diikuti Geliga Kemaman (4,620), daerah Setiu (2,031), Ma'daerah (1,117), Cakar Hutan (892), Ru Kudung Paka (321) dan Rantau Abang (147).
Beliau berkata, dalam tempoh itu sebanyak 1,785 pendaratan penyu membabitkan 39,259 telur sudah direkodkan di Terengganu.
Ia membabitkan kawasan Geliga, Kemaman sebanyak 721, Ma'daerah (84), Cakar Hutan Kerteh (47), Ru Kudung Paka (10), Rantau Abang Dungun (12), Pulau Redang (728) dan Pulau Perhentian (113) pendaratan.
Zakaria berkata, musim kemuncak pendaratan penyu di Terengganu antara Jun dan Julai.
Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai penyu kepada 1,838 orang dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Kembara Ramadan Sempena Bulan Kemerdekaan
Jabatan Penerangan Negeri Terengganu bakal menganjurkan program Kembara Ramadan ke seluruh negeri selama enam hari bermula 3 Ogos ini.
Pengarahnya, Azizah Awang, berkata program bertujuan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan negara yang jatuh pada Ramadan selain membangkit dan mengekalkan semangat jati diri serta semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
"Program merupakan aktiviti kembara bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan negara. Selain itu diadakan pertandingan foto merdeka dan juga kempen kibar Jalur Gemilang," katanya.
Puan Azizah berkata, Kembara Ramadan menggantikan program tahunan Semarak Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah seluruh negeri.
"Program itu akan diadakan di masjid atau rumah-rumah anak yatim dengan mengadakan majlis berbuka puasa, bertarawih, bersahur serta mengedarkan Jalur Gemilang dan lain-lain," katanya.

SKMM Diminta Bertegas Perbuatan Persenda “Negaraku”
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku.
Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, disebabkan penguatkuasaan yang agak longgar dan tidak tegas, pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan mempersendakan Negaraku.
"SKMM perlu mengkaji semula dan memperketatkan undang-undang di bawah bidang kuasanya bagi memastikan tiada pihak berterusan menghina lagu Negaraku menerusi saluran multimedia.
"Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu mewujudkan modul khusus dalam usaha menerap nilai jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar supaya mereka sentiasa menghormati Perlembagaan Negara,” katanya ketika diminta mengulas tindakan seorang bekas penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menghina lagu Negaraku dan pemerintah negara dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.
Sebelum ini, seorang pelajar dari sebuah univeristi di Taiwan, telah menghina lagu Negaraku menerusi klip videonya dalam YouTube, tetapi tidak dikenakan tindakan.
Syed Anuar berkata tindakan serta hukuman tegas wajar dikenakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan seperti itu sebagai pengajaran kepada pihak lain.

Wednesday, July 13, 2011
Mengejutkan - 93 Taska di Terengganu Belum Berdaftar Dengan JKM
Terkejut dan membimbangkan!
Sebanyak 93 daripada 139 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di seluruh Terengganu belum didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JKM negeri Terengganu, Muhammad Zain Mahmud berkata, kebanyakan Taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang belum mendaftar masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal.
Tiga agensi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Mengejutkan kerana jumlahnya begitu banyak dan membimbangkan kerana Taska tidak berdaftar menghadapi pelbagai kemunginan.
Menurut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan kes kecederaan kanak-kanak berlaku di taska tidak berdaftar dan pengusahanya juga tidak mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak.
Zon berkenaan ialah daerah Besut dan Setiu, daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu serta daerah Dungun dan Kemaman.
Ia bagi memastikan kesemua Taska dan pusat jagaan mendaftar dengan jabatan itu.

Selalunya Taska-taska ini mengambil kanak-kanak seberapa ramai yang boleh dan tidak mengikut nisbah kanak-kanak yang ditentukan bagi sesebuah taska.
Nisbah mengikut akta berkenaan menetapkan seorang pengasuh menjaga lima kanak-kanak berusia 3 tahun dan seorang pengasuh bagi 10 kanak-kanak berusia antara 3 dan 4 tahun.
Sebenarnya pengusaha taska yang melanggar akta itu boleh dikompaun dan diarah menutup Taska mereka.
Zon berkenaan ialah daerah Besut dan Setiu, daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu serta daerah Dungun dan Kemaman.
Ia bagi memastikan kesemua Taska dan pusat jagaan mendaftar dengan jabatan itu.
Bakti Ringankan Beban Mangsa Kebakaran di Durian Mas
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyumbang RM4,000 kepada keluarga mangsa kebakaran yang mengorbankan dua nyawa pasangan kembar seiras berusia tiga tahun, di Kampung Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu.
Rosmah mengumumkan perkara itu ketika berucap di Majlis Malam Sentuhan Songket, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam Sabtu lalu.
Bakti dan 13 kontinjen yang terdiri daripada badan-badan amal dan kebajikan negeri dari seluruh negara berkampung di Kuala Terengganu sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, bermula 6 hingga 9 Julai lalu.
Keprihatinan pertubuhan wanita itu sebagai menunaikan tanggungjawab sosial bagi meringankan bebanan keluarga mangsa yang menderita akibat musibah itu.
Dalam kejadian 5 Julai lalu, pasanagn kembar, Fatin Fazanah Hamid dan Nor Fatin Fazana ditemui rentung dengan kedua-duanya saling berpelukan dalam timbunan kain di bilik mereka oleh pasukan bomba sejurus berjaya memadamkan kebakaran yang bermula kira-kira 9.18 pagi itu.
Menurut bapa kembar itu, Encik Hamid Mustafa, 44, ketika kejadian dia sedang tidur di ruang tamu dan hanya menyedari mengenai kebakaran itu selepas dikejutkan oleh sepupunya Wan Norizan Wan Ismail, 40, yang berjiran dengannya.
Ibu kanak-kanak itu, Puan Suriani Sulong, 40, pula ketika kejadian tidak berada di rumah kerana bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said turut melawat keluarga mangsa sejurus kejadian itu dan berjanji memberikan bantuan segera kepada keluarga malang terbabit.
Unit Komunikasi Negeri

Jangan Hanya Bergantung Kepada Polis Tangani Mat Rempit
Mengharapkan polis semata-mata menangani gejala Mat Rempit merupakan antara penyebab gejala itu belum dapat ditangani dengan berkesan, kata Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Ismail Man.
"Ibu bapa juga perlu memberi kerjasama kepada polis. Sekiranya kami menahan anak mereka kerana kesalahan yang dilakukan, mereka tidak seharusnya cepat melenting dan menghalang pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya semalam.
Ismail berkata sesetengah anggota masyarakat sekarang seolah-olah memberi sokongan kepada Mat Rempit dengan menonton aksi mereka.
Pada tahun ini 12 tangkapan dilakukan membabitkan kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan di bawah pengaruh dadah berbanding 76 tangkapan sepanjang tahun lepas, katanya.

Sistem Pembelajaran Taska YPK Moden, Terkini
Sistem pendidikan kanak-kanak di 65 Taska Keluarga dan Taska Permata Keluarga di bawah pengurusan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dinaiktaraf bersesuaian dengan perubahan sistem pendidikan di negeri ini.
Taska berkenaan dilengkapi kemudahan pembelajaran canggih atau dikenali sebagai TB-kids di mana kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah boleh mengenali pelbagai jenis haiwan, kenderaan, abjad dan sebagainya melalui skrin sesentuh.
Tinjauan pemberita Teganukita mendapati, kanak-kanak yang belajar menggunakan kaedah itu bukan sahaja menunjukkan minat dan semangat untuk mencuba malah berdisplin serta mampu duduk diam kerana teruja mendengar suara, melihat setiap pergerakan gambar atau abjad apabila disentuh guru atau rakan.
Pendekatan itu membuatkan kanak-kanak cepat belajar dan mudah mengingati berbanding menerangkan sesuatu perkara menggunakan buku atau `flash card’.
Penolong Pengurus Taska YPK Batas Baru, Kuala Terengganu, Norhayati Omar berkata, kanak-kanak yang mendapat pendidikan di taska YPK cukup bertuah kerana pelbagai kemudahan dapat dinikmati.
Ini termasuk setiap kelas dilengkapi kemudahan penghawa dingin, menu makanan yang berkhasiat dan mampu dinikmati sebanyak empat kali dalam tempoh lapan jam, pengasuh berpendidikan tinggi dan pelbagai jenis permainan canggih dan moden dapat dicuba.
“Kanak-kanak taska YPK cukup berdisplin kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan ketika ingin tidur, makan dan bermain.
“Pengasuh atau pembimbing yang telah melalui pelbagai jenis kursus mempunyai kaedah tersendiri untuk mendisplin setiap kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing,” katanya.

Mat Rempit Digalak Sertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalu-alukan golongan belia dan remaja khususnya mat rempit untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM (PSSTLDM).
Pegawai Pemerintah PSSTLDM Chendering, Kapten Profesor Madya Zainal Ashirin berkata inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk menyertai dan seterusnya berkhidmat secara sambilan dalam badan beruniform itu.
Katanya TLDM bersedia untuk melatih dan membimbing golongan itu menyertai PSSTLDM.
"Sekurang-kurangnya kita dapat membantu golongan belia yang tidak mempunyai kerja sekaligus dapat, membendung mereka daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
"Kita melihat golongan belia tidak menunjukkan minat untuk menyertai mana-mana badan beruniform dan lebih suka membuat perkara yang tidak berfaedah seperti merempit dan sebagainya.
"Dengan cara yang dilakukan ini kita dapat mendisiplin golongan remaja dan melatih serta memberi pendedahan asas ketenteraan," katanya semalam.
Menurut beliau setakat ini PSSTLDM yang berpengkalan di Chendering mempunyai 400 pegawai dan anggota, sebahagian besar merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu.

Wan Hisham Dilantik Sebagai Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia
Datuk Wan Hisham Wan Salleh dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia di Mesyuarat Agung Persatuan Pelayaran Malaysia yang ke-14 yang diadakan di Pusat Maritim Putrajaya baru-baru ini.
Beliau juga merupakan Pengarah Syarikat T-Best Events yang mengendalikan acara Piala Monsun di Pulau Duyong, Terengganu yang kini bertanggungjawap menaikkan nama Malaysia dalam arena sukan ini.
Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia dan juga selaku Pengerusi KFC Holdings (Malaysia) Berhad dan Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation, Kamuruzzaman Abu Kassim, berkata kejohanan itu menjadikan Malaysia dikenali di mata dunia dalam arena sukan kapal layar.
Selain itu ia memberikan kesan positif yang mendalam terhadap negara serta penduduk setempat.

Empat Lelaki Bermalam Bersama Mayat Rakan Serumah
Empat lelaki tidak menyedari bermalam selama dua hari bersama mayat teman serumah mereka yang ditemui mati di dalam bilik tidur di rumah mereka di Batas Baru, Kuala Terengganu semalam.
Mayat Ye Fook Choong, 49, yang berasal dari Segambut hanya ditemui rakan serumahnya apabila terhidu bau busuk dari bilik mangsa.
Ketika ditemui kira-kira 6 petang semalam, mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai.
Menurut rakan serumah mangsa Azmi Mohd, 30, dia menyangka mangsa tiada di rumah bagaimanapun dia mengesyaki sesuatu yang pelik setelah melihat lalat dan bau busuk dari bilik mangsa.
Katanya kali terakhir dia bertemu mangsa pada hari Khamis lalu dan mangsa ada mengadu tidak sihat dan batuk.
"Saya ingatkan bau bangkai tikus, jadi saya tidak mengesyaki apa-apa berlaku pada mangsa bagaimanapun setelah lihat kumpulan lalat keluar dari bilik mangsa saya cuba membuka pintu bilik tetapi berkunci," katanya ketika ditemui.
Menyedari mungkin sesuatu berlaku terhadap mangsa, Azmi terus menghubungi pihak polis dan polis terpaksa memecahkan pintu bilik mangsa dan melihat mangsa sudah tidak bernyawa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Samsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Katanya berdasarkan keadaan mayat yang berbau busuk itu mangsa dipercayai mati kira-kira empat hari lalu.
"Tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan mati mengejut," katanya dan menambah mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini untuk di bedah siasat.

Beasly Tentukan Status Azizulhasni ke Shenzhen
Keputusan sama ada jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang akan beraksi pada Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) di Shenzhen, hanya akan ditentukan oleh ketua jurulatih kebangsaan, John Beasly.
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, penilaian akan dibuat oleh Beasly bagi menentukan sama Azizulhasni cukup cergas untuk menyertai temasya tersebut.
"Walaupun penyertaan Azizul masih belum dipastikan, kita telah mendaftarkan namanya untuk ke temasya itu dan terpulang kepada John Beasly bagi menilai kemampuan Azizul," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Menurut Naim, pelumba kelahiran Terengganu itu baru sahaja pulang ke Melbourne, Jumaat lalu setelah lima bulan menjalani program pemulihan di negara ini.
Jelasnya, sejak ditimpa kemalangan pada Siri Piala Dunia Klasik, Manchester, England Februari lalu, Azizul tidak menyertai sebarang pertandingan bagi menguji tahap kecergasannya.
"Sejauh mana kemampuan untuk untuk dia bersaing dalam pertandingan sukar untuk dinilai, kerana Azizul agak lama tidak berkayuh iaitu sejak Mac lalu.
"Jika dia menyertai Universiade, ia merupakan pertandingan pertama yang disertainya sejak pulih daripada kecederaan," ujarnya.
Azizul dijangka menyertai dua acara pada temasya tersebut iaitu acara keirin dan pecut.
Pelumba berusia 23 tahun itu juga diramal berdepan saingan pelumba kembar tuan rumah, Zhang Mio dan Zhang Li.
Azizulhasni dikatakan telah pun sembuh sepenuhnya dan kembali ke Melbourne bagi menjalani rutin latihannya di sana.
Naim memberitahu, sekiranya Azizul dibenarkan ke China, tiada sasaran pingat diletakkan ke atas pelumba itu kerana tumpuan sebenar adalah untuk memulihkan semangat serta fokusnya pada perlumbaan.
Mengenai perkembangan terkini pelumba pelapis, Jupha Somnet, Naim berkata, pelumba berusia 19 tahun itu belum memulakan latihan di Melbourne.
"Kita memang berhasrat untuk menghantar Jupha ke Melbourne kerana dia bukan sahaja boleh menerima pendedahan di sana, malah dia boleh dijadikan sebagai rakan sepelatih yang bagus buat Fatehah Mustapa yang dalam persediaan ke Olimpik 2012," katanya.
Selain Jupha, pelumba muda yang telah pun berangkat ke Melbourne ialah Mohd. Arfy Qhairant Amran, Fatah Amir Zahid dan Elmi Jumari.

Formula Future Kebangsaan 2011 Bermula Jumaat
Kejohanan Formula Future Kebangsaan 2011 di Kompleks Sukan Air, Precint 6 Putrajaya mulai Jumaat ini dijangka sengit dengan kehadiran beberapa pelumba baru dari negeri yang bukan kuasa besar acara tersebut.
Pengurus Projek Formula Future, Ahmad Fairuz Yusof membayangkan kejohanan kebangsaan buat kali kelapan itu sukar buat negeri yang sinonim dengan sukan tersebut seperti Terengganu, Kuala Lumpur dan Selangor.
"Sebanyak 13 negeri yang mengambil bahagian, jadi kita tidak boleh membuat andaian negeri mana yang akan menguasai perlumbaan kali ini berikutan beberapa negeri lain seperti Sabah, Kedah dan Perlis sudah membuat persiapan rapi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Jelasnya, seramai 120 pilot akan bersaing untuk merebut 15 pingat emas yang ditawarkan mengikut kelas masing-masing, serta mengintai peluang mewakili negara di Kejohanan Dunia yang akan diadakan di St. Petersburg, tahun ini.
"Esok semua pasukan akan menjalani latihan sebelum memulakan aksi selama tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad, melibatkan pilot berumur 8 hingga 18 tahun.
"Tidak banyak beza dengan kejohanan sebelum ini cuma kali ini kami menukar lokasi pertandingan yang lebih baik berbanding di Taman Botani di Precint 1, Putrajaya.
"Kompleks Sukan Air menawarkan tempat duduk penonton yang lebih selesa serta mempunyai menara kawalan khas," katanya.
Kejohanan Formula Future diperkenalkan oleh Kesatuan Sukan Air Bermotor Antarabangsa (UIM) pada awal 1980-an dengan objektif mewujudkan peluang serta mendidik remaja tentang sukan air bermotor dari peringkat akar umbi.

Penuntut Hina Lagu Negaraku Dijejaki
Polis masih menjejaki individu yang dikaitkan dengan tindakan biadab menghina lagu Negaraku dan pemimpin negara dalam laman sosial, Facebook.
Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa ketika ditemui pemberita semalam berkata, pihaknya percaya individu itu akan dapat ditahan dalam waktu yang singkat bagi membantu siasatan kes.
Katanya, pihaknya mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SMKM) bagi mengesan individu berkenaan.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman terkejut dengan pendedahan melalui beberapa blog mengenai individu yang dikaitkan sebagai pelajar universiti bertindak biadab dalam Facebook.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi polis di talian 09-6182222 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Pelajar Tingkatan Lima Maut Dirempuh Kereta
Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Payong dekat Marang , maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gelugor Kedai, kelmarin.
Difahamkan, kemalangan pukul 2.25 petang itu berlaku semasa pemandu kereta tersebut dikatakan menggunakan telefon bimbit untuk melayani khidmat pesanan ringkas (SMS).
Mangsa, Nor Adibah Hanim Abdullah, 17, yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, tetapi disahkan meninggal dunia pukul 7 petang.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan beberapa rakannya berjalan di tepi jalan selepas tamat sesi persekolahan.
"Ketika mangsa melintas, muncul sebuah kereta dari arah Chendering ke Bukit Payong dan melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi di semalam.
Ahmad Mazlan memberitahu, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu berlaku.

Tujuh Tonggak Utama Terengganu Bersama Pasukan Kebangsaan, Olimpik
Skuad Terengganu tanpa tujuh pemain utamanya terus mengadakan latihan bagi persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia untuk memastikan skuad Irfan Bakti Abu Salim mampu menggalas tugas penting memburu satu lagi piala musim ini.
Walaupun tanpa Irfan Bakti kerana jurulatih Terengganu itu kini berada di tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah selama 10 hari dan dijangka pulang ke Terengganu 20 Julai ini, pengurus Datuk Che Mat Jusoh berkata, latihan diteruskan untuk memastikan tahap kecergasan pemain dalam keadaan baik.
Tujuh pemain utamanya yang diserapkan dalam skuad kebangsaan dan Olimpik akan kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan pada akhir bulan ini.
“Diharap mereka yang berada bersama skuad senior dan Olimpik kebangsaan termasuk penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya akan pulang dengan lebih matang untuk membantu Terengganu nanti,” katanya.
Pemain Terengganu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan daerah di negeri itu supaya pemain tidak kehilangan rentak dan dapat mengekalkan keserasian dan persefahaman dalam permainan.
Che Mat juga berkata, trofi Piala FA akan dibawa ke seluruh negeri bagi membolehkan peminat setia melihat piala itu dengan lebih dekat, bermula dengan daerah Besut diikuti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Polis Siasat Terperinci Kes Tahanan Maut
Laporan teganuku kelmarin mengenai kematian tahanan dalam lokap Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu.
Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan dan aduan keluarga Allahyarham Mohd Azizul Muda, 24, dari Kampung Tuan Mandak, Batu Enam di Kuala Terengganu yang mendakwa mangsa meninggal dunia akibat kelewatan polis membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas tidak sedarkan diri ketika ditahan di lokap Balai Polis Gong Badak, malam Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mendalam dan mengambil serius kes terbabit kerana membabitkan kematian.
“Setakat ini, saya tidak dapat beri komen tetapi siasatan mendalam dilakukan terhadap laporan polis dan aduan media yang dibuat keluarga terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Ibu Guru Maut Nahas Terima Pampasan RM46,000
Rosli Draman (kanan) menyampaikan cek pampasan kepada Sudin Ismail sambil diperhatikan Rahimah Ibrahim (dua dari kiri) di Kuala Terengganu, kelmarin.
Ibu mangsa kemalangan, Rahimah Ibrahim, 58, menerima pampasan RM46,000 daripada Etiqa Takaful di bawah Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok ekoran kematian anaknya di Setiu, 9 Mac lalu.
Anaknya, Noor Rosniah Sudin, 30, meninggal dunia setelah kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Saujana, Setiu.
Dalam nahas kira-kira pukul 8.40 pagi itu, guru Sekolah Menengah Agama Khairiah itu maut apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang.
Allahyarham Noor Rosniah isteri kepada seorang peniaga, Mohd. Maizuhar Mohd. Nor, 32, turut meninggalkan seorang anak perempuan berusia setahun.
Menurut Rahimah, pemergian anak ketiga daripada lapan beradik itu merupakan kehilangan besar bagi keluarganya dan sehingga kini mereka masih bersedih dengan kehilangannya.
Dia dan suaminya, Sudin Ismail, 64, menerima cek tersebut daripada wakil Etiqa Takaful, Rosli Draman di rumah mereka di Kampung Teluk Ketapang, dekat sini kelmarin.
Rahimah berterima kasih kepada Etiqa Takaful yang menguruskan pemberian cek itu dan akan menggunakan wang itu sebaik mungkin terutamanya untuk anak arwah serta akan mengadakan kenduri doa selamat untuknya.
“Dia pernah berpesan, untuk memberi saya dan suami duit bagi mengerjakan ibadah haji. Harap, dengan duit ini juga hasrat arwah dapat ditunaikan,” katanya.
Sementara itu, Rosli memberitahu, dia dimaklumkan arwah menyertai insurans di Etiqa Takaful melalui anak saudaranya kira-kira dua tahun lalu dan syarikat mendapati arwah layak menerima pampasan insurans kemalangan tersebut.
Tuesday, July 12, 2011
Keracunan Makanan Calar Penganjuran Program Isteri Wakil-Wakil Rakyat
"Penganjuran program besar di masa hadapan perlu mempastikan kejadian keracunan makanan tidak berulang. Jika diketahui pihak yang menyebabkan kejadian berlaku, mereka wajar dikenakan ‘tindakan’ dan tidak dipelawa lagi membekalkan makanan untuk jamuan besar seperti itu pada masa hadapan."
A Rahman melawat Toh Puan Safiah @ Salamah Ahmad Zain isteri kepada bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail yang dirawat di HSNZ, Kuala Terengganu kelmarin.
Analisis Pok Teh Bakap
Kejadian 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan memalukan kerajaan negeri Terengganu.
Memang ia tidak dijangka namun kejadian ini mencalarkan program yang mendapat pujian isteri Perdana Menteri, Datik Seri Rosmah Mansor.
Sungguh dikesali kerana pada ketika Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 mendapat pujian kerana kelicinan dan teraturnya penganjuran program berkenaan, kejadian yang dikatakan akibatkan majlis makan malam pada malam akhir program pula mencacatkannya.
Memanglah tidak wajar menyalahkan penganjur tetapi yang bertanggungjawab menyediakan makanan atau yang membekalnya perlu dikenalpasti.
Laporan media bahawa lebih 70 orang isteri wakil rakyat yang terbabit dalam program itu malam Sabtu lalu mengalami keracunan makanan memalukan.
Kejadian mula disedari kira-kira puku1 1 pagi apabila beberapa mangsa mula muntah-muntah dan cirit-birit sebelum mereka dirujuk kepada petugas di klinik statik hotel penginapan iaitu Primula dan Permai.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A Rahman Mokhtar memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 17 mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Bagaimanapun, hanya 15 yang ditahan di wad kerana simpton yang dialami mereka lebih serius namun, keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya yang ditemui ketika melawat mangsa di HSNZ kelmarin.
Menurut A. Rahman, punca kejadian masih disiasat namun, beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.
Menurut Dr A Rahman, kebanyakan mangsa mula muntah, pening dan cirit-birit bermula jam 1 pagi kelmarin dan selepas dirawat keadaan mereka dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan.
Ada menyebut kejadian mungkin berpunca daripada hidangan lokan, ketupat sotong dan laksa yang disediakan pada satu majlis makan malam, kelmarin.
Jabatan Kesihatan mengambil sampel makanan tersebut untuk diuji di Jabatan Kimia dan pihaknya kini menunggu laporan ujian.
Sementara itu, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Selangor, Datin Norliah Nohd Nazir ketika ditemui di HSNZ berkata, beliau mula mengalami sakit perut dan muntah selepas pulang dari makan malam.
Menurutnya, akibat tidak tahan dengan keadaan itu dia akhirnya berjumpa doktor di klinik statik yang ada di Hotel Permai Inn, tempat beliau menginap dan diberikan ubat namun keadaan tidak berubah.
“Saya kemudian dihantar ke HSNZ bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap insiden itu sebagai peristiwa tidak dijangka.
Kita berharap hasil ujian diumumkan untuk mengenal pasti pihak yang menyediakan makanan berkenaan.
Tidak pasti sama ada pihak hotel atau restoran yang membekalkan makanan berkenaan bagaimanapun makanan di penginapan seperti di Hotel Primula dan Permai Inn tidak menghadapi masalah itu.
Pengajuran program besar di masa hadapan perlu mempastikan kejadian keracunan makanan tidak berulang.
Jika diketahui pihak yang menyebabkan kejadian berlaku, mereka wajar dikenakan ‘tindakan’ dan tidak dipelawa lagi membekalkan makanan untuk jamuan besar seperti itu pada masa hadapan.
Kementerian Penerangan Siasat Perbuatan Persenda Negaraku
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan terperinci mengenai laporan bahawa seorang mahasiswa universiti tempatan mempersendakan lagu kebangasaan, Negaraku, melalui YouTube.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata siasatan itu adalah bagi menentukan sama ada berlaku kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, seorang mahasiswa dipercayai dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu bertindak biadab apabila dikesan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook.
Penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd. Farizal dalam statusnya tampil dengan mengubah lirik lagu kebangsaan yang mencerca, mempersendakan negara dan raja Melayu.
Perkara itu kemudian dipetik oleh beberapa laman blog termasuk anakseberang.blogspot sehari sebelum laporan itu.
Dalam statusnya, penuntut itu menyebut:
National Anthem of Malaysia - Negaraku
Negaraku, Tanah Tumpahnya Maniku,
Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Matikanlah Raja Kita, Masuk Kubur,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Masukkanlah Raja Kita ke Neraka Jahanam...'
Statusnya itu mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada rakannya yang mengecamnya kerana bertindak keterlaluan.
Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman ketika dihubungi kelmarin terkejut dan mengakui hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan Utusan Malaysia kelmarin.
Beliau seterusnya menyifatkan perbuatan itu sangat serius serta tidak boleh dimaafkan dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti ia dilakukan mahasiswa universiti itu.
"Ini (hina lagu Negaraku) sangat serius dan kita akan siasat terlebih dulu untuk kesahihan, jika terbukti dia bersalah tindakan serta-merta akan diambil mengikut undang-undang," tegasnya.
Menurut Aziz, UMT menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu untuk tindakan selanjutnya.
Tambah beliau, pihak pengurusan UMT tidak rela mempunyai penuntut yang menghina lagu Negaraku seperti yang dilakukan oleh seorang penuntut Malaysia di universiti di Taiwan, Wee Meng Chee yang menghina lagu kebangsaan sebelum ini.
Meng Chee atau Namewee menghina lagu Negaraku melalui klip videonya yang disiarkan dalam laman perkongsian video, YouTube
"Kita sedang susul perkara ini sebab banyak gara-gara sekarang orang tidak cukup mendengar lagu pop...mereka nak 'mempopkan' lagu Negaraku," kata Rais kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat anak Bakir di Penom, Ulu Paku, Betong, Sarawak semalam.
Rais berkata, antara yang akan disiasat ialah siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dan bagaimana senikata lagu kebangsaan itu diubah.

Pemandu Bimbang Gelagat Mat Rempit Di Kuala Terengganu
Keadaan seorang budak yang menunggang basikal di hadapan rumahnya dilanggar mat rempit di Kampung Seberang Baruh, Kuala Terengganu, pertengahan Mei lalu.
Kelakuan mat rempit, yang menunggang motosikal secara berbahaya di bandar raya ini, semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebimbangan para pemandu kerana ia mengancam keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya lain.
Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terutamanya kalangan wanita berasa risau dan takut dengan gelagat mereka, yang biasanya melakukan aktiviti bahaya mereka setiap petang hujung minggu.
Seorang pemandu, Halimah Abdul Wahab, 50, berkata dia berasa bimbang setiap kali ingin ke kedai terutamanya di kawasan bandar berikutan ramai mat rempit yang terlalu berani melakukan aksi-aksi bahaya.
"Saya memang risau dan takut setiap kali memandu ke bandar. Ada masa saya terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada mereka yang terlalu ramai. Kadangkala mereka menunggang secara berkumpulan lebih daripada 50 buah motosikal," katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu
Ada di kalangan mat rempit yang bertindak di luar dugaan seperti menunggang motosikal dari arah bertentangan semata-mata untuk keseronokan, katanya.
Halimah berkata dia sangat tidak selesa dengan keadaan sedemikian dan berharap pihak berkuasa dapat memperketatkan kawalan bagi mengekang masalah itu.
"Keadaan seperti ini bukan sahaja membahayakan keselamatan masyarakat tapi ia juga memberikan imej buruk kepada pelancong yang datang melawat negeri ini," katanya.
Pengunjung dari Pahang, Siti Nur Syuhada Mohamed Rahim, 21, yang merupakan penuntut sebuah universiti awam di utara tanah air, turut mempunyai pandangan sama.
Katanya dia terkilan melihat terlalu ramai mat rempit di jalan raya tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Siti Nur Syuhada, yang pertama kali berkunjung ke Terengganu, terkejut melihat ramai golongan muda tidak kira lelaki atau perempuan menghabiskan masa dengan sia-sia dengan merempit.
"Perkara ini memberi imej yang negatif kepada Terengganu sendiri. Saya harap pihak berkuasa di sini dapat mengambil tindakan perlu untuk mengatasi masalah ini, selain mengambil tindakan, mungkin boleh tambah pusat riadah untuk golongan ini," katanya.