Saturday, April 13, 2013

Video Seks - "Not Worth Commenting..." Tegas Mustafa Tanpa Menafi


Antara kartun mengenai kemelut melanda pemimpin PAS yang dikatakan terbabit dalam video seks.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak menafi apa lagi mengakui mengenai isu penyebaran video seks membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip beliau.

Beliau turut enggan mengulas sama ada individu dalam video itu seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur yang tersebar luas di beberapa laman sosial internet sejak kelmarin.

Katanya, beliau menyerahkan kepada peguamnya berhubung perkara itu. “Sudah... sudah, saya dah bagi tahu tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.

Mustafa pada ceramah di Dungun semalam.
“Not worth commenting (Tidak berbaloi kalau saya bagi komen),” katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Markas Pemuda Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di sini malam tadi.

Terdahulu semasa ucapannya, Mustafa turut menafikan beliau akan meletak jawatan dalam parti Pas.

“Ada pula antara blog-blog yang kata saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung (Pas) kerana isu video ini. “Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi,” ujarnya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, Pas tidak akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu penyebaran video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang kerana menganggap ia sebagai fitnah.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak mengambil serius dan tidak percaya dengan isu tersebut kerana yakin ia sengaja dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan pemimpin terbabit.

“Pas tak perlu bermesyuarat untuk bincang isu ini. Lebih baik kita guna masa untuk buat banyak lagi benda lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila semalam.

Dalam pada itu, Mustafa digosipkan tidak mahu bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat pada PRU 2004 dan 2008.

Mustafa turut tewas bagi perebutan kerusi Parlimen Dungun pada tahun 2004.

Sementara itu, polis Terengganu menafikan dua individu yang didakwa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan berhubung penyebaran DVD lucah yang dipercayai membabitkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat berhubung kes itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya dakwaan yang dikeluarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar dan sehingga kini pihaknya masih mengesan individu yang terlibat dalam pengedaran DVD terbabit.

"Ya kami mengesahkan telah merampas 16 keping DVD yang kononnya dikatanya mirip seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Besut semalam.

"Pihak kami masih menjalankan sisatan berhubung penyebaran video berkenaan di Besut dan sehingga kini kami belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan," katanya semalam.

Manoharan turut memberi amaran keras kepada individu yang menyebarkan khabar angin agar segera menghentikannya.

DUN Bandar Perlu Terus Diwakili Kaum Tionghua - Ahmad Said


Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di sini perlu terus diwakili kaum Cina menerusi penyandangnya Datuk Toh Chin Yaw bagi memastikan kebajikan mereka kekal terbela.

Justeru, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kaum Cina harus memberi sokongan padu kepada Toh yang juga Pengerusi MCA negeri, bagi menjamin suara kaum Tionghua terus diwakili pada peringkat kerajaan negeri.

Liga Super - Raih 3 Mata Tewaskan Terengganu, JDT Rampas Kedudukan Selangor

Norshahrul Idlan Talaha (kiri) menjaringkan gol dari tepi padang menewaskan pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan penjaga gol, Md Shamirza (kanan) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
 Pemain Kedah Akhmal Rizal (jersi kuning) bertembung dengan pemain Sarawak, Mohd Azizan Baba pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Aman di Alor Setar semalam.
 Misi Terengganu untuk membalas dendam ekoran kekalahan 2-3 kepada Johor Darul Takzim di tempat lawan tempoh hari gagal apabila tumpas 0-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu semalam.

Beraksi di hadapan lebih 12,000 penyokong, tuan rumah bermula garang apabila pemain sayap kiri, Mohd. Khairul Ramadhan membuat percubaan dari luar kotak penalti, namun tersasar ke sebelah kiri gawang pelawat seawal minit pertama.


Mohd. Nazmi Faiz memakai no 33 untuk PKNS

Polis Siasat Cakera Padat Lucah Kaitkan Pemimpin Politik


Polis dijangka bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan cakera video digital (DVD) dan gambar lucah yang dikaitkan dengan pemimpin politik di Terengganu kerana bahan itu turut dipaparkan di laman sosial.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata sampul surat mengandungi DVD dan gambar lucah yang diletakkan di hadapan beberapa buah rumah di Kampung Alor Lintang di Terengganu telah diteliti dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.

Video Lucah Babitkan Pemimpin Kanan PAS Satu Fitnah - Abdul Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS.

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.

Ahmad Said Enggan Campur Tangan Kemelut T-Team

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan masuk campur dalam sebarang urusan kemelut dalaman pasukan kelab T-Team ketika ini kerana sibuk dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada pihak pengurusan T-Team untuk menyelesaikan secara berhemah melibatkan kontroversi ketua jurulatih Peter James Butler dan pemain import George Boateng yang didakwa mengasari seorang jurugambar akhbar di Kuala Terengganu.

Khairul Mahu Tebus Kekecewaan Pada Kejohanan Piala Dunia 2013


Pemanah  negara yang hampir melakar kejutan pada Sukan Olimpik London 2012, Khairul Anuar Mohamad nekad untuk menjadikan Kejohanan Memanah Piala Dunia 2013 sebagai medan menebus kekecewaan.

Meskipun kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 19 Mei di Shanghai, China itu boleh dianggap sebagai aksi pemanas badan, Khairul Anuar mahu menjadikannya sebagai landasan pertama untuknya memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Najib Janji Tunai Lebih Banyak Harapan Generasi Muda Jika Menang PRU-13

Najib Tun Razak melambaikan tangan kepada lebih 7,000 generasi baru yang hadir pada program Suara Generasiku di Dewan Seri Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menunaikan lebih banyak harapan generasi muda jika mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan saja tidak pernah meminggirkan golongan muda tetapi menjalankan pelbagai program untuk golongan itu di negara ini.

PM Diminta Selaras Cuti Pada 5 Mei Di Semua Negeri

Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang/Beserah (Bakkis) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytihar cuti di Kelantan, Kedah dan Terengganu pada 5 Mei.

Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh berkata cuti itu perlu diselaras di seluruh negara bagi membolehkan rakyat, terutama penduduk di negeri terbabit, menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum ke-13.

159 Borang Penamaan Calon Sudah Terjual

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menjual 28 borang penamaan calon bagi kerusi Parlimen dan 77 borang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu sejak pembubaran Parlimen, 3 April lalu.

Pengarahnya SPR negeri, Fakhrul Razi Ab Wahab, berkata borang berkenaan turut dibeli calon Bebas, Maimun Yusof, 94, atau Tok Mun yang pernah bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu juga sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) selain seorang lelaki, Tengku Khalid Tengku Abd Rahman.

636.000636,00 penduduk Terengganu layak mengundi


Sebanyak 636,000 penduduk di Terengganu yang telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).

Pengarah SPR Terengganu, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab, berkata berdasarkan bilangan daftar pemilih terbaru yang disahkan sehingga Disember tahun lalu, seramai 636,00 orang daripada keseluruhan 718,999 penduduk di negeri ini yang layak mengundi.

Hadi Nafi Haron Din Tinggalkan Pas, Akan Bertanding di Parlimen Arau


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam  menafikan khabar angin kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah keluar PAS.

Beliau sebaliknya menegaskan veteran parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang berhubung khabar angin berkenaan.

Zulkifly Mufti Baru Terengganu

Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Zulkifly Muda dilantik sebagai Mufti Negeri Terengganu yang baharu, berkuat kuasa 1 April lalu menggantikan Datuk Dr. Alias Abdullah.

Alias, 54, sebelum ini menyandang jawatan itu selama lima tahun sejak 2008 dan kini menjadi Pengarah Institut Al-Quran Terengganu (IQT) manakala Zulkifly dahulunya berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di UMT sejak 2009 hingga 2013.

Tiada Sekatan Media Asing Buat Liputan PRU-13: KP Penerangan

Media asing tidak dihalang daripada membuat liputan sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Media asing berkenaan sama ada yang sudah mempunyai pewarta mereka di Malaysia, ataupun datang semata-mata untuk PRU13, bagaimanapun perlu mendapatkan pas akreditasi daripada Jabatan Penerangan untuk memudahkan pergerakan mereka membuat liputan.

Mahkamah Tolak Saman Pemula 12 Pemimpin Dpmm Negeri Berhubung AGM

Dua belas pemimpin negeri Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam gagal dalam usaha mereka untuk mendapatkan perintah bagi perisytiharan bahawa mesyuarat agung tahunan DPMM yang diadakan pada 2010 adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub menolak saman pemula berkenaan dengan kos RM10,000 yang difailkan oleh mereka terhadap tiga pemegang jawatan utama DPMM.

Enam Yang Dipertua (YDP) DPMM negeri, bersama-sama dengan setiausaha kehormat masing-masing, memfailkan saman pemula terhadap Presiden DPMM Datuk Syed Ali Mohamed Al-Attas, Setiausaha Agungnya Hanafee Yusoff dan Bendahari Agung Norsyahrin Hamid Hamidon. Plaintif ialah YDP Negeri Melaka Datuk Md Ramly Mohamad dan Setiausaha Kehormatnya Jeffryl Norbi, YDP Negeri Sembilan Datuk Ahmad Yusof dan Setiausahanya Rohaizan Mohd Rashid, YDP Negeri Selangor Tan Sri Rozali Ismail dan Setiausahanya Datuk Yusra Sabar, YDP Negeri Terengganu Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar dan Setiausahanya Ahmad Izani Ab Ghani, YDP Negeri Pahang Tengku Datuk Zulkifly Tengku Ahmad dan Setiausahanya Wan Ahmad Zulaidi Wan Hasan dan YDP Negeri Perak Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah dan Setiausahanya Abdul Razak Mohd Ali.

Dalam saman yang difailkan tahun lepas, mereka memohon perisytiharan bahawa mesyuarat agung tahunan DPMM pada 26 Jun 2010 adalah tidak sah dan batal, dengan mendakwa bahawa pilihan raya dirancang, dengan manipulasi yang dilakukan oleh setiausaha agungnya ketika itu.

Mereka juga memohon perintah mahkamah bagi pilihan raya baru bagi tiga jawatan akan diadakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah itu.

Friday, April 12, 2013

Calon BN Diumum Isnin, Nama Sangkut Saringan SPRM Tidak Akan Disenarai Pendekkan


Barisan Nasional (BN) tidak teragak-agak untuk mengugurkan calon-calon yang telah disenarai pendek jika didapati mempunyai masalah berkaitan rasuah, hutang atau kes jenayah selepas menjalani proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap calon perlu melalui proses penting itu bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar bebas daripada masalah yang dinyatakan.

“Hanya mereka yang lulus saringan daripada SPRM sahaja yang akan terpilih dan layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Walaupun mereka (calon) mempunyai syarat-syarat lain, tetapi apabila didapati masalah tersebut secara automatik tidak akan dimasukkan dalam senarai akhir calon bertanding, bahkan akan dikeluarkan daripada senarai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lanadron, Panchor dan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR, SPM dan STPM 2012 Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh, semalam.

Sementara itu BN dijangka mengumumkan senarai calon parti komponen masing-masing yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Isnin ini.

Pengumuman calon bagi 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dilakukan Pengerusi BN negeri masing-masing pada satu majlis rasmi yang secara keseluruhannya akan mengetengahkan kira-kira 40 peratus muka baru.

Langkah itu adalah satu lagi pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada PRU-13 apabila tanggungjawab itu diserahkan kepada kepemimpinan BN negeri, selepas Najib yang juga Pengerusi BN memuktamadkan senarai berkenaan.

Sumber memberitahu, pengumuman itu akan dibuat mengikut kesesuaian waktu di negeri masing-masing, termasuk menerima surat watikah pencalonan daripada Pengerusi BN. Prosedur biasa

Katanya, sebelum majlis pengumuman berlangsung, semua calon kerusi Parlimen dan DUN yang terpilih akan dimaklumkan lebih awal untuk memastikan mereka hadir pada majlis pengumuman itu.

Ini adalah amalan dan prosedur biasa BN ketika mengumumkan senarai calon penuh yang bertanding pada pilihan raya umum, tidak seperti pembangkang yang menggunakan pentas ceramah untuk mengumumkan senarai calon secara berperingkat, katanya.

Ketika ini masih ada beberapa negeri yang senarainya masih di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan dalam sesi perbincangan dengan Menteri Besar, Ketua Menteri dan Pengerusi BN negeri.

Ada senarai calon perlu ditukar. Ini berikutan ada negeri yang senarai calonnya perlu ditukar atas pelbagai faktor bagi menjamin kemenangan BN, sekali gus memastikan parti memperoleh mandat dengan majoriti lebih dua pertiga.

Difahamkan, Perdana Menteri dijangka memanggil beberapa pemimpin BN bagi memuktamadkan senarai calon antaranya, dari Pulau Pinang yang dijangka menemui beliau di Putrajaya, jam 10 pagi ini.

Sumber lain memberitahu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka mengambil senarai calon BN di Putrajaya, pada sebelah pagi Ahad ini sebelum mengumumkan senarai calon selepas makan tengah hari di kediamannya, Seri Bendahara pada hari sama.


Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa BN akan mengumumkan calonnya pada perhimpunan Najib bersama Pengerusi BN negeri dan pemimpin bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin, namun ia tidak berlaku.

PRU 13 : Sekolah Terlibat Pengundian 5 Mei Di Terengganu Dibenar Ambil Cuti Berganti

 
Sekolah di Terengganu yang terlibat dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) secara langsung seperti menjadi pusat mengundi, dibenar mengambil cuti berganti.

Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin berkata guru yang terlibat menjadi pegawai pilihan raya pada PRU13 juga dibenar berbuat demikian.

"Kita difahamkan banyak sekolah di Terengganu menjadi pusat mengundi PRU13pada 5 Mei ini. Begitu juga ramai guru terlibat menjadi pegawai pilihan raya.


TMJ Setuju Terima Semula Jawatan Selepas Menghadap Sultan Ahmad Shah

 

Tindakan yang saya ambil adalah untuk kebaikan dan kemajuan sukan bola sepak negeri Johor.”

Demikian penjelasan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengenai tindakan baginda menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan dua perenggan yang dihantar kepada semua media malam tadi, Tunku Ismail bertitah, baginda bersetuju menerima semula jawatan sebagai Presiden PBNJ setelah menghadap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang minggu lalu yang meminta baginda menarik balik keputusan meletak jawatan.

KETENGAH Terima Sumbangan RM1.35 Juta Untuk Tabung Amanah Masyarakat


Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Khamis menerima sumbangan RM1.35 juta dari lima anak syarikatnya untuk mengisi Tabung Amanah Masyarakat Ketengah.

Pengurus Besarnya Wan Mat Amin Wan Daud berkata tabung itu bertujuan memberi pelbagai bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, penduduk miskin, anak yatim serta warga emas di wilayah itu.

PRU-13 : Ketua Polis Daerah Diingat Tidak Sebelahi Mana-Mana Pihak - Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan ketua-ketua polis daerah supaya sentiasa meletakkan asas penugasan dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak terutama dalam menangani situasi semasapilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Menerusi laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata ini penting ke arah menjaga integriti pasukan.

Tiga Program Perkukuh Institusi Keluarga Di Terengganu


Yayasan Pembangunan keluarga Terengganu (YPK) bakal memperkenalkan tiga program baru berkonsepkan kekeluargaan yang melibatkan peruntukan RM2 juta dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang dalam setiap aspek kehidupan menerusi pengukuhan institusi keluarga, bermula Mei ini.

Pengarahnya, Shafaruddin Mustafa berkata, program pertama, Program Keluarga Baru Cemerlang dilaksanakan dalam bentuk kursus sepanjang dua hari satu malam secara berperingkat-peringkat di Setiap Dewan Undangan negeri (DUN) dengan penglibatan 2,000 pasangan suami-isteri.

Pulang Mengundi - Airasia Tawar Tambang Istimewa Serendah RM29


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menawarkan tambang istimewa serendah RM29 kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata tambang rendah itu akan dapat membantu mereka pulang pada hari pengundian yang akan diadakan pada 5 Mei sepertimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Presiden MCA Tidak Tidak Bertanding PRU-13

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat keputusan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau bagaimanapun, akan mengetuai kempen pilihan raya parti itu.

UMNO Saman Tian Chua Berhubung Artikel Dalam Portal KeadilanDaily.Com


Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Chua Tian Chiang atau Tian Chua dan dua yang lain berhubung artikel yang diterbitkandalam portal KeadilanDaily.com. berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu,baru-baru ini.

Selain Tian Chua, Ab Rauf turut menamakan Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey sebagai defendan.

Wan Azizah Bayangkan Khalid Tidak Kekal MB Selangor


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya pakatan PKR-DAP-PAS terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata PKR mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid.

Kemudahan Asas Di Pulau Bidong Mampu Tarik Pengunjung


Pulau Bidong, yang terkenal sebagai tempat perlindungan kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pada 1975, perlu terus dipulihara dengan pembinaan beberapa kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata walaupun Pulau Bidong bukan seperti pulau peranginan lain di Terengganu, kemudahan asas seperti tandas, pondok rehat dan laluan pejalan perlu dibina kerana ia masih dilawati generasi pelarian Vietnam berkenaan.

"Malah ada juga pelancong tempatan yang datang ke sini untuk menikmati keindahan semula jadi di Pulau Bidong yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran.

Terengganu Sedia RM7.5 Juta Agih Bantuan Kepada 15,000 Mangsa Banjir



Hampir 15,000 keluarga di Terengganu yang menjadi mangsa banjir pada akhir tahun lepas menerima bantuan RM500 setiap keluarga melibatkan peruntukan kira-kira RM7.5 juta.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata bantuan yang diagihkan pada Selasa meliputi lebih 4,000 mangsa banjir bagi daerah Kemaman melibatkan peruntukan RM2 juta.

"Kita telah agih kepada seluruh daerah di negeri ini. Cuma ada beberapa keluarga lagi di daerah Air Puteh dekat sini yang masih belum sempat untuk diagihkan dan kita akan bagi kemudian kepada mereka," katanya.


PRU-13 : Bekas Menteri Besar Perak Bakal Sertai PAS?

Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa lalu.

MB Sempurnakan Program Sepakat Komuniti Malaysia Anjuran JPNT

Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) akan menganjurkan program Sepakat Komuniti 1Malaysia peringkat negeri bertempat di Padang Perumahan Awam Kos Rendah, Batu Hampar, Manir hari ini (12 April)

Pengarahnya, Puan Hajah Azizah Awang berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said bakal menyempurnakan majlis perasmian program yang akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik itu.

Wednesday, April 10, 2013

20 April Penamaan Calon, 5 Mei 2013 Hari Mengundi Babitkan 222 Kerusi Parlimen, 505 DUN

 

(Kemaskini) Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 20 April,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada hari ini.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

 Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April).
 
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.


Abdul Aziz berkata SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.

Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 Aprildan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakanpilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Abdul Aziz berkata SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dannotis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.

Beliau berkata berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).

Abdul Aziz berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.

Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi. Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.

Hadi Pertahan Kerusi Marang, Umum Dua Muka Baru Termasuk Penyanyi Aishah


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang (Terengganu) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 Beliau turut mengumumkan dua lagi muka baru yang akan bertanding di kerusi Parlimen dalam usaha membantu Pakatan Rakyat merealisasikan impian menuju Putrajaya.


Butler "Naik Angin', Maki & Halau Jurugambar NSTP

Ali (kanan) menyerahkan surat rehat kepada Butler (tengah), semalam.
Berang kerana menerima surat direhatkan daripada pihak pengurusan selama sebulan, ketua jurulatih T-Team, Peter Butler, bertindak di luar batasan apabila memaki dan menghalau jurugambar New Straits Times Press (NSTP), Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail, di Padang Bola Kompleks Sukan Gong Badak, petang semalam.

Butler yang juga pengurus pasukan, berulang kali menghalau sambil menolak dan memaki jurugambar berusia 21 tahun itu dengan panggilan bodoh bagi melarang gambarnya dirakam selepas menerima surat daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT), Ali Embong.

Kerajaan BN Berjaya Bangunkan Imej Islam


Kejayaan Malaysia membangunkan umat Islam dalam pelbagai aspek ekonomi, sosial dan pendidikan tidak perlu dipertikaikan kerana ia sememangnya diiktiraf oleh negara Islam lain.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti mampu membawa imej negara ke tahap yang cemerlang dalam pembangunan beteraskan Islam walaupun tidak melebelkannya sebagai parti Islam.

Peguam Persoal Kelayakan Papagomo Jadi Calon


Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.

Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.

Rumah Pegawai Polis di Klang Dibakar Dua Lelaki

Sebuah rumah teres yang dihuni dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Jalan Imam Abdul Aziz, Klang dekat sini dibakar, dipercayai kerana dendam, dalam satu kejadian awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari pegawainya yang berpangkat Sub Inspektor dan Lans Koperal apabila kedua-duanya terdengar bunyi letupan di perkarangan rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi.

SPR Tentukan Tarikh Pilihan Raya Hari Ini


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Putrajaya  hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pengumuman itu dibuat selepas ahli-ahli Panel SPR selesai mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan memutuskan perkara berkaitan hari penamaan calon, hari pengundian awal, pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan pada PRU-13.

Empat Ah Long Ditahan di Jerteh & Besut

Empat individu yang dipercayai 'Ah Long' yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai.

Salahuddin Komited Sumbang 12 Kerusi Parlimen Johor


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yakin boleh menyumbang 12 kerusi Parlimen dari Johor bagi membolehkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keyakinan itu dapat dilihat berdasarkan penerimaan rakyat di negeri itu dalam beberapa perjumpaan PR dan ceramah Pas yang mendapat sambutan yang hangat.

TDM Cadang Agih Dividen 22 Sen

TDM Bhd mencadangkan pembayaran dividen pertama dan akhir sebanyak 22 sen bagi tahun kewangan berakhir 2012. Ia adalah pembayaran dividen tertinggi kumpulan berkenaan setakat ini, iaitu 53 peratus daripada keuntungan bersih yang diraihnya pada tahun berkenaan.

Jumlah itu adalah melebihi dasar pengagihan dividen kumpulan iaitu sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih.