Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.
Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.
Saturday, September 28, 2013
Gempar Orang Minyak Kembali Di Marang
'Orang minyak' melarikan diri dan terjun melalui tingkap bilik tidur Akmaliza sebelum menghilangkan diri. |
Mangsa terbaru, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, Rabu lalu iaitu dua hari selepas lelaki 42 tahun itu ditangkap pasukan rondaan Rakan Muda.
Ibu tiga anak yang tinggal di Jalan Kampung Machang Lada itu berkata, kelibat manusia dipercayai seorang lelaki yang hanya memakai baju dan berseluar dalam tiba-tiba sahaja muncul dan berada berdekatan katil apabila dia tersedar daripada tidur.
Penduduk Pulau Perhentian Akan Dapat Bekalan Elektrik 24 Jam
Impian penduduk Pulau Perhentian untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 akan menjadi kenyataan apabila kerajaan akan menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk pusat Pelancongan Pulau Perhentian.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tender untuk kerja menyalurkan bekalan dari darat ke pulau itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Katanya, kerajaan memberi perhatian serius terhadap permintaan penduduk pulau itu untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 jam kerana pulau itu menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.

Terengganu Rancang Pengangkutan Udara Ke Pulau Redang
Kerajaan Terengganu merancang mengadakan perkhidmatan penerbangan dari tanah besar ke Pulau Redang bagi memenuhi permintaan pelancong.
Exco Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Jidin Shafee berkata kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan perkhidmatan pesawat ringan yang akan berlepas sama ada dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Lapangan Terbang Paka atau Gong Kedak.
"Setelah siap lapangan terbang kecil di Pulau Redang, kita harap dapat menyediakan pengangkutan udara melalui pesawat ringan termasuk menggunakan helikopter ke pulau itu. Ini kerana kita lihat tarikan pelancong terutama dari China sangat menggalakkan.

Sultan Terengganu Seru AJK Berdikari Tadbir Masjid
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin semalam mengingatkan pegawai dan jawatankuasa masjid agar menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang mampu menjana kesan positif kepada masyarakat setempat dalam setiap aspek kehidupan.
Baginda bertitah, jawatankuasa masjid perlu berdikari dan tidak hanya bergantung kepada bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atau kerajaan semata-mata dalam urusan pentadbiran masjid.
Titah baginda, ini kerana pegawai dan jawatankuasa masjid telah diberi kepercayaan oleh Maidam untuk mengurus tadbir masjid dalam segenap aspek mengikut landasan dan garis panduan yang ditetapkan.

Bunuh: Pemilik Kedai Perabot Mati Ditikam
Seorang pemilik kedai perabot ditemui mati dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian belakang badannya dalam kejadian di Kampung Padang Nenas di Kuala Terengganu semalam.
Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa Hadi Khan Yusof, 55, ditemui mati oleh seorang pemandu lori yang datang untuk menghantar perabot di kedai berkenaan.
Jiran mangsa, Ahmad Syafandi Mohd Yusof, 34, berkata pemandu lori berkenaan memanggil mangsa namun tiada sahutan sebelum masuk ke dalam kedai dan melihat mangsa dalam keadaan terlentang di bahagian belakang kedai.

UiTM Tawar Sarjana Keusahawanan Mac Depan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menawarkan program sarjana dalam bidang keusahawanan gunaan bermula Mac depan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda berkaliber.
Penolong Naib Canselor Akademi Pembangunan Industri Kecil, Sederhana dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM, Prof Dr Razmi Chik berkata program itu berbeza dengan kursus lain kerana akan menekankan aspek teknikal berbanding penulisan tesis yang bersifat akademik dan teori.
"Kita sudah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia berhubung perkara ini dan temu duga akan dijalankan bagi mengenal pasti calon yang layak," katanya selepas merasmikan Persidangan Akademik Antarabangsa 2013, di Kuala Terengganu, Khamis.

Sesi Pengenalan Calon Ditukar Dari 2 Okt
Jadual sesi pengenalan calon bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan ketiga-tiga sayap pusat yang sepatutnya diadakan mulai 1 Okt ditukar ke 2 Okt.
Menurut Umno di dalam laman webnya www.umno-online.com.my , pada 2 Okt, sesi pengenalan calon akan diadakan di Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam).
Menurut Umno di dalam laman webnya www.umno-online.com.my , pada 2 Okt, sesi pengenalan calon akan diadakan di Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam).
Kegagalan Menyerahsimpan Penyata Tahunan Syarikat Kesalahan Serius - SSM
Kegagalan syarikat dan pengarahnya menyerahsimpan Penyata Tahunan dalam tempoh ditetapkan kepada Pendaftar Syarikat merupakan kesalahan serius dan boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Syarikat 1965.
Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ini kerana kegagalan berbuat akan menyebabkan orang awam tidak boleh mendapatkan maklumat tepat dan terkini bagi menentukan kestabilan dan status sesebuah syarikat.
Langkah SSM mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat dan pengarahnya adalah sebagai peringatan agar sentiasa mematuhi peruntukan Akta Syarikat, menurut SSM Terengganu dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Pasangan Doktor Teruja Bertemu Sultanah Terengganu
Sepasang suami isteri yang juga doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), tidak menduga mereka antara ibu bapa bertuah dapat bersua wajah dengan Sultanah Terengganu Tuanku Nur Zahirah yang mencemar duli melawat wad bersalin hospital itu kelmarin (26 September).
Lebih manis Dr Siti Fatimah Abd Azman, 26 dan Dr Wan Ahmad Asyraf Wan Md Adnan, 27, baharu bergelar ibu bapa kepada bayi lelaki kira-kira dua jam sebelum keberangkatan tiba Tuanku Nur Zahirah.
"Anak sulung kami lahir pukul 8.14 pagi tadi (kelmarin). Saya juga doktor di wad ini, manakala suami doktor bius," kata Dr Siti Fatimah kepada pemberita.
Senarai Calon Pemilihan Umno Dimuktamadkan 7 Okt
Senarai calon yang layak bertanding bagi semua peringkat pada pemilihan Umno bulan depan hanya akan dimuktamadkan pada 7 Okt.
Setakat 25 September, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali hanya mengumumkan 269 calon yang menarik diri sahaja, daripada 34,211 anggota Umno yang mendaftar sebagai calon bagi peringkat pusat dan negeri-negeri berkenaan, Sabtu lepas.
Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), susulan tamatnya "tempoh bertenang" 72 jam semalam, bagi membolehkan proses penarikan diri calon yang berdaftar berlangsung.

Kerajaan Pusat salur RM17.1 juta laksana 163 projek PBT di Terengganu
Abdul Rahman Dahlan (kiri) bermesra dengan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Terengganu |
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’Abdul Rahman Dahlan berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM5.3 juta disediakan untuk melaksanakan projek-projek kecil dan RM5 juta lagi untuk melaksanakan projek-projek kampung tradisional.
“Manakala selebihnya untuk melaksanakan projek khas (RM2.1), projek nasional strategik (RM1 juta) orang kelainan upaya (OKU) (RM410,000), keselamatan jalan (RM100,000) projek cerun (RM190,000) dan projek khas di Besut (RM1.5 juta).
“Saya berterima kasih di atas komitmen semua PBT di negeri ini menyiapkan semua projek yang diluluskan untuk faedah dan manafat secara langsung kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Perjumpaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKBPKT) bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman baru-baru ini.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said; Timbalan Ketua Setiausaha KKBPKT, Datuk Noriah Hashim; Ketua Pengarah KKBPKT Datin Maziah Adnan dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Adzlan Mohd Dagang.
Katanya, KKPBKT memberi keutamaan kepada projek-projek yang menyentuh hati rakyat bagi memastikan ia dibangunan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat setempat. Bukan itu sahaja katanya, tahun ini semua PBT di negeri ini turut menerima sumbangan lain daripada Kerajaan Persekutuan bagi membantu operasi dan pengurusan PBT.
“Ini termasuklah geran tahunan berjumlah RM25.3 juta dan kedua sumbangan membantu kadar berjumlah RM4.71 juta,” katanya. Beliau yakin PBT dapat mengunakan sebaik-baiknya peruntukan yang disalurkan ini terutama untuk meningkatkan keupayaan PBT untuk menghasilkan sistem pencapaian yang cekap dan amanah.
Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur promosi TMT
Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Pesta Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di perkarangan 1Malaysia Cultural Village bermula kelmarin hingga 2 Oktober depan.
Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) Encik Ahmad Fathil Abd. Ghani (kanan) berkata, ini merupakan acara tahunan kerajaan negeri Terengganu dan Menara Kuala Lumpur yang telah mendapat sambutan menggalakkan semenjak ia diperkenalkan empat tahun lalu.
“Pesta Negeri Terengganu diadakan bersempena TMT bagi memperkenalkan keunikan dan kepelbagaian destinasi, kebudayaan, kesenian, permainan dan masakan tradisonal serta pelbagai produk kraftangan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Rakyat Malaysia Digalakkan Sertai Hibah Amanah, Pengisytiharan Amanah PNB
Dua perkhidmatan disediakan bagi memudahkan urusan tuntutan harta pusaka berbentuk pelaburan dalam ASNB, jika pemegang unit meninggal dunia.
Ia juga bertujuan merancakkan ekonomi umat Islam di negara ini memandangkan masih ramai yang tidak menyedari pentingnya hibah sehinggakan timbul masalah harta orang Islam tidak dituntut yang kini mencecah RM66.6 bilion.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata jumlah aset yang tidak dituntut itu mampu merancakkan sektor ekonomi, khususnya umat Islam, andai ia dapat dicairkan demi kepentingan generasi akan datang.
"PNB turut menggesa semua pemegang unit saham beragama Islam menyertai Hibah Amanah supaya aset umat Islam mampu dijana dengan lebih baik dan terurus setelah kematian pemegang unit amanah berkenaan. "Ia merupakan perkhidmatan baik yang kami tawarkan, kerana selain menjual unit saham amanah, PNB turut menawarkan penjagaan harta agar ia diwarisi oleh orang yang dipercayai oleh pemegang unit itu sahaja," katanya.
Ahmad Sarji berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia kategori Institut Pendidikan Guru (IPG) baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Rektor IPG Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Sulaiman Wak.
Ahmad Sarji berkata PNB kini giat memberi penerangan kepada rakyat Malaysia mengenai dua tawaran perkhidmatan itu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Mac lepas, secara berterusan di seluruh negara.
"Seminar mengenai perkhidmatan ini baru sahaja berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dan akan diteruskan di Kuching, Sarawak minggu depan, dan ke seluruh negara, secara konsisten. "Kita tidak mahu ada lagi banyak aset umat Islam yang tidak boleh dicairkan akibat kurangnya kesedaran pemegang unit mengenai Hibah Amanah ini," katanya.
Hibah merupakan pemberian atas dasar kasih sayang oleh pemegang unit ASNB kepada pewarisnya sewaktu hayatnya secara sukarela yang ditawarkan kepada pelabur Islam manakala Pengisytiharan Amanah kepada pelabur bukan Islam bagi semua sembilan produk PNB.
Pada 10 Sept lepas, media melaporkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sedang mengusahakan Projek Al Mafqud untuk mencari kaedah mencairkan semula wang atau aset-aset harta yang tidak dituntut, berjumlah RM66.6 bilion, untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.
Ketua Pengarah JKSM, Tan Sri Dr Ibrahim Lembut dipetik berkata jumlah harta tak alih seperti rumah dan tanah mencecah RM60 bilion manakala jumlah harta alih seperti wang dalam akaun simpanan pula berjumlah RM6.6 bilion.

Sesi Pengenalan Calon Umno Bermula 1 Okt
Pada 1 Okt, sesi pengenalan dimulakan di utara Semenanjung bermula dengan Perlis pada pukul 9.30 pagi, Kedah (3.30 petang) dan Pulau Pinang (8.30 malam).
Seterusnya, pada 4 Okt, sesi memperkenalkan diri diteruskan di Perak pada pukul 9.30 pagi, Selangor (3.30 petang) dan Wilayah Persekutuan (8.30 malam). Sesi itu akan diadakan di Kelantan pada 6 Okt pukul 9.30 pagi, Terengganu (3.30 petang), Pahang (9 malam) dan 8 Okt di Negeri Sembilan (9.30 malam), Melaka (3.30 petang) dan Johor (8.30 malam). Bagi Sabah, sesi pengenalan calon diadakan di Badan Perhubungan Umno Sabah pada pukul 3.30 petang, 9 Okt.
Terengganu Hantar Lima Pelumba Ke Terbuka Jing Jin, China, Bulan Depan
Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) akan menghantar lima pelumba skuad Sukan Malaysia (Sukma) 2014 ke Kejohanan Terbuka Jing Jin, Tianjin, China, dari 24 hingga 28 Okt ini.
Ketua jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata penghantaran pelumba skuad Sukma 2014 ke kejohanan itu merupakan langkah terbaik untuk mereka menimba pengalaman.
"Kami tidak meletakkan sasaran pada kejohanan itu memandangkan kebanyakan pasukan yang mengambil bahagian adalah pasukan bertaraf dunia," katanya Rabu lalu.

.Malaysia Tawar Diri Tuan Rumah Bola Baling Piala Dunia 2015
Malaysia menawarkan diri menjadi tuan rumah kejohanan bola baling Piala Dunia 2015, kata Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM) Pandak Ahmad.
Beliau berkata hasrat Malaysia menjadi hos kejohanan bola baling berprestij itu akan dimaklumkan pada Kongres Bola Baling Sedunia di Qatar pada 22 hingga 28 Okt ini.
"Sebelum ini, kita sudah menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2015 semasa mesyuarat Bola Baling Sedunia di Barcelona (Sepanyol) pada Februari lepas.

Pertandingan Bot Berhias ‘Dirgahayu Tuanku, TMT 2013’
Orang ramai berpeluang menyaksikan keunikan reka bentuk dan hiasan yang melatari bot di Pertandingan Bot Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun ke-51 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, esok (28 September).
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dijangka berangkat merasmikan pertandingan yang bertemakan ‘Dirgahayu Tuanku, Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013’, yang bermula jam 8 malam itu.
Pertandingan bakal disertai 16 jabatan termasuk tujuh pejabat daerah, masing-masing Pejabat Daerah (PD) Kuala Terengganu, PD Hulu Terengganu, PD Marang, PD Besut, PD Dungun, PD Kemaman dan PD Setiu serta jabatan kerajaan yang lain.

260 Ibu, Bapa Tunggal Terima Insentif Daripada YPK
Seramai 24,318 ibu tunggal di negeri ini mendaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) manakala duda pula seramai 2,810 orang.
Pengarahnya, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, Parlimen Kemaman mencatatkan bilangan ibu tunggal dan duda paling tinggi seramai 4,317 orang diikuti Besut seramai 3,837 orang, Marang 3,698 orang, Kuala Terengganu (3,375), Dungun (3,330), Setiu (3,006), Kuala Nerus(2,824) dan Hulu Terengganu seramai 2,741 orang.
“Daripada jumlah itu seramai sebanyak 287 orang memohon insentif perkahwinan ibu dan bapa tunggal negeri Terengganu sehingga 10 September lepas dan 260 orang daripadanya diluluskan kerajaan,” katanya.
Wednesday, September 25, 2013
Akademi Bomba Beri Kelebihan Latih Pegawai Baru Berkhidmat
Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang disaksikan Dato' Seri Haji Ahmad Said. Oleh: Aida Abd Rahman dan Mohd Syazni Zainudin (Pelatih) Gambar oleh Zulkipli Putra
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah dengan terbinanya Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di lokasi yang strategik akan dapat memberikan kelebihan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk melatih pegawai baru berkhidmat kepada masyarakat.
Baginda bertitah, prasarana dan fasiliti yang disediakan telah mencapai tahap yang amat membanggakan serta setaraf dengan yang terdapat di negara-negara yang lebih maju.
“Perkhidmatan kebombaan merupakan suatu keperluan asas kepada setiap lapisan masyarakat khususnya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi atau kawasan perindustrian serta pusat komersial yang pesat membangun.
MP: Hentikan Dana Khas Kepada Permata Rosmah
Kerajaan patut menghentikan peruntukan dana khas kepada program Permata Negara bawah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, kata anggota Parlimen Kapar.
G Manivannan berkata, wang itu disalurkan semula ke program-program lain.
Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Bahagian Permata Saidatu Akhma Hassan bahawa peruntukan terbaru RM150 juta dipecahkan seperti berikut: RM20 juga dikembalikan kepada kerajaan; RM77 juta disalurkan kepada Kemas, sebuah lagi program kerajaan; dan selebihnya disalurkan kepada program Permata sendiri di Terengganu dan Sarawak.
Peserta 20 Negara Dijangka Sertai Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu
Kira-kira 100 peserta dari 20 buah negara dijangka menyertai Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) selama tiga hari dari 15 Nov di Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013, Datuk Zubir Embong berkata sehingga kini, peserta dari 12 negara telah mengesahkan penyertaan iaitu Jordan, Iraq, Algeria, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Pakistan, Yaman, Brunei, Palestin, Thailand dan Arab Saudi.
"Penganjuran pertandingan kaligrafi kali ini ialah penganjuran peringkat antarabangsa berbanding tahun lepas penganjurannya terhad kepada peserta rantau Asia sahaja.

PETRONAS Guna EOR di 14 Lapangan Minyak
PETRONAS akan menggunakan teknologi pemerolehan minyak dipertingkatkan (EOR) di 14 lapangan minyak di seluruh negara bagi memastikan wujud bekalan tenaga yang cekap dan berterusan pada masa depan.
Naib Presiden Unit Pengurusan PETRONAS, Ramlan Malek, berkata antara lapangan sudah matang yang akan menggunakan EOR termasuk di Baram, Sarawak dan St Joseph (Sabah).
“EOR ini akan turut digunakan di lapangan minyak Tapis dan Dulang yang terletak di luar pesisir pantai Terengganu. Lapangan minyak Tapis adalah yang pertama menggunakan teknologi ini sejak ia mula beroperasi pada 1978.

Jawatankuasa Perwakilan Diwujud Kenal Pasti Permasalahan Penduduk Bandar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewujudkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di peringkat bandar tahun depan.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, peranan jawatankuasa itu ialah mengenal pasti permasalahan penduduk untuk diketengahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kementerian untuk tindakan.
Katanya, anggota jawatankuasa juga akan memantau keperluan dan kekurangan kemudahan di tempat masing-masing.

Jakim Lantik 222 Pegawai Sebagai Anggota Penguatkuasa Sijil Halal
Bahagian penguatkuasaan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperkukuh dengan pelantikan 222 penolong pegawai perihal dagangan untuk meningkatkan kredibiliti Jakim menguruskan persijilan halal di negara ini.
"Proses ini (penambahan anggota) akan berlaku dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan setiap negeri dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sijil halal," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013 dan menyampaikan kad kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada 160 pegawai agama Islam kepada wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/ Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) semalam.

Petronas Rancang Laksana Teknologi EOR Di 14 Lapangan Minyak Matang
Syarikat minyak nasional, Petronas, merancang melaksanakan teknologi Pemulihan Minyak Dipertingkatkan (EOR) bagi meningkatkan pengeluaran di 14 lapangan minyaknya yang matang di masa depan.
Naib Presidennya bagi Unit Pengurusan Petroleum (PMU) Ramlan Malek berkata lapangan minyak yang matang itu dikenal pasti bagi kemungkinan teknologi EOR berdasarkan kepada kajian pemeriksaan yang dikendalikan oleh Petronas.
"Ya, sudah tentu kami mencari lapangan minyak lain juga dan berdasarkan kepada kajian pemeriksaan, kami telah mengenal pasti 14 lapangan minyak di mana kami boleh melaksanakan EOR di masa depan.

800 Pendengar Serbu Program 'Zon Ceri Suria FM' Di Terengganu
Seramai 800 pendengar stesen radio Suria FM telah menyerbu Restoran Nasi Dagang Kak Pah di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu bersempena dengan program Zon Ceria Suria FM yang diadakan di negeri tersebut minggu lalu.
Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, pihaknya tidak menyangka sambutan daripada pendengar di Terengganu cukup hebat bersempena dengan kempen Suria Bayarkan.
"Seawal pukul 8 pagi peminat Suria FM telah beratur di restoran berkenaan bagi bertemu dengan penyampai radio selain menikmati nasi dagang kak Pah dan semua bil pada hari tersebut telah dibayar oleh Suria FM.

Graduan Tulang Rapuh Dapat Kerja
Selepas tiga tahun menganggur, siswazah kurang upaya yang memiliki ijazah berkembar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa, bersyukur dengan tawaran kerja yang diterima daripada kerajaan negeri Terengganu.
Wanita berusia 32 tahun yang memiliki Ijazah Undang-Undang dan Syariah itu bakal berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat di Pusat Bestari.com di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) di Besut.
Disahkan menghidap kerapuhan tulang sejak lahir, Nik Nor Ermiza Rozana dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila hanya memiliki ketinggian 100 sentimeter.

Tuesday, September 24, 2013
Tuduhan Rasuah: Pafa Gantung Pegawai, Petugas Skuad Liga Super
Timbalan Presiden Pafa Khairul Azwan Harun berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis semalam untuk menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia.
Penyerang Sarawak, Zamri Morshidi diasak pertahanan Perak, Khairi Kiman dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching pada malam Sabtu. |
Mereka akan melaporkan siasatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Induk Pafa," katanya kepada pemberita di Ipoh, semalam.
Beliau berkata elemen sabotaj dan rasuah bola sepak itu disyaki berlaku dalam skuad kendalian jurulatih Azraai Khor Abdullah (gambar kiri) itu sejak empat perlawanan Piala Malaysia lepas dan kemuncaknya apabila Perak tewas 1-6 kepada Sarawak di Kuching, Sabtu lepas.
Beliau berkata sepanjang tempoh digantung itu, semua pegawai dan petugas terlibat wajib melapor diri setiap hari di pejabat Pafa mulai esok (Rabu).
Manakala pemain juga diminta berbuat demikian pada tarikh sama selain menjalani latihan seperti biasa.
Khairul Azwan berkata semua pemain akan melapor diri kepada ketua jurulatihAkademi Bola Sepak Pafa Marshall Soper dan ketua jurulatih Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan Football Club (YBUDR FC) Sayuddin Md Isa yang dilantik sebagai jurulatih 'care-taker' berkuatkuasa serta-merta.
"Jika kesemua pegawai, petugas dan pemain gagal melapor diri mulai 25 Sept ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Darurat Pafa akan mengambil tindakan tegas.
"Ini adalah amaran selepas apa yang berlaku di Kuching dan beberapa perlawanan lain yang tidak boleh diterima. Kami boleh terima kekalahan tetapi tidak boleh terima sikap yang ditunjukkan," katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat secara kolektif selepas berbincang dan mengambil pandangan anggota majlis Pafa, pihak yang berkepentingan dalam Pafa termasuk beberapa kelab peminat yang berdaftar.
Katanya soal kebajikan tidak perlu dibangkitkan dalam perkara itu kerana selepas Presiden Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengambil alih kepimpinan Pafapada 2010, segala tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah diselesaikan.
Khairul Azwan berkata selepas dua minggu dan meneliti laporan siasat, Pafa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik terhadap mana-mana pihak.
Beliau berkata tiadanya komitmen, kesungguhan dan disiplin juga adalah elemen sabotaj dalam bola sepak yang merosakkan pasukan walaupun elemen rasuahtidak berlaku.
"Saya telah mengurus pasukan sejak 2011. Saya tahu bila mereka benar-benar bermain atau dalam bahasa bola sepak kami kata 'saya tahu bila pemain tarik game dan buka game'.
Tiga tahun memberi pengajaran kepada saya, jadi jangan ambil mudah berhubung perkara yang kami bangkitkan ini," katanya.
Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 Sept, kalah kepada Lions XII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk iaitu 1-6 kepada Sarawak, Sabtu lepas, sekaligus gagal ke peringkat suku akhir.
Anjur Himpunan Black 505 - Syed Azman Mengaku Tidak Bersalah
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan menganjurkan Perhimpunan Black 505 tanpa mematuhi arahan daripada polis.
Perhimpunan Black 505 diadakan pada 22 Jun di Padang Merbok.
Beliau menghadapi tuduhan alternatif kedua kerana gagal menyertakan salinan kebenaran daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Mat Ghani Abdullah menetapkan dua hari bermula 9 dan 10 Disember sebagai tarikh kes perbicaraan bersama dengan satu kes yang serupa.
Ops Cantas Tidak Akan Dihentikan - Zahid
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat semalam, operasi itu akan diteruskan bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara dan sehingga 'fear of crime' di kalangan masyarakat dapat dikurangkan.
Ahmad Zahid berkata sehingga 18 September, seramai 212,259 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap telah ditahan dan dibuat tapisan.
Kerajaan Terengganu Sedia RM2.5j Untuk Anjur Program Kebersihan
Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta bagi menganjurkan program kebersihan termasuk pertandingan kebersihan dan keindahan dalam pelbagai kategori peringkat negeri setiap tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata kerajaan menyediakan peruntukan itu bagi menganjurkan pertandingan kebersihan kampung, pendidikan sekolah, tadika, premis makanan, masjid dan tanah perkuburan.
“Kerajaan negeri komited dan mengambil inisiatif dalam usaha melahirkan rakyat Terengganu yang peka serta sensitif terhadap kebersihan dan keceriaan dengan menganjurkan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Peringkat Negeri Terengganu.

Najib Tegur Rakyat Yang Hanya Pandai Kritik Kerajaan
Perdana menteri berkata kumpulan seperti ini, tidak sepatutnya membuat kritikan negatif mengenai negara berdasarkan dakwaan yang dibuat sesetengah pihak atas kepentingan politik mereka.
"Orang seperti ini akan mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara," katanya dalam satu majlis makan malam yang dihadiri pelajar dan rakyat Malaysia, di hotel Grand Hyatt San Francisco Ahad malam.
Calon Boleh Kempen Guna Laman Sosial, SMS
Calon yang akan bertanding pada mesyuarat pemilihan UMNO bulan depan dibenar menggunakan saluran laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berkempen, tetapi ditegah mengadakan bentuk pertemuan dan menggunakan wang bagi mempengaruhi perwakilan, termasuk menganjurkan majlis makan malam.
Selain itu, calon yang berjawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO) ditegah menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi perwakilan, terutama mengadakan majlis kepartian untuk berkempen.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Muda Mamat, berkata semua calon yang akan bertanding diminta mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan tatatertib oleh parti, selain pencalonan mereka ditolak.

PBTMT Tentang Keras Usaha Bawa Pulang Abu Mayat Chin Peng
Persatuan Bekas Tentera Malaysia negeri Terengganu (PBTMT) akan menentang keras sebarang bentuk usaha oleh pihak tertentu untuk membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini.
Yang Dipertua PBTMT, Abdullah Che Muda berkata, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan rakyat negara ini, sebaliknya penderhaka yang menyebabkan kesengsaraan kepada ramai rakyat negara ini.
Abdullah memberi amaran kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya menghentikan usaha meracuni fikiran rakyat dengan cuba menonjolkan kononnya Chin Peng ialah wira dan pejuang negara

Enam Bot Laut Dalam Ditahan Tangkap Ikan Di Pesisir Pantai
Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim (kanan) memeriksa dokumen awak-awak yang ditahan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Chendering di Kuala Terengganu, semalam.
|
Kesemua bot terbabit yang didaftarkan di Pahang ditahan kira-kira enam batu nautika dari Pulau Kapas, kata Pengarah Perikanan Terengganu Abdul Khalil Abdul Karim.
Dalam operasi pukul 12 tengah malam itu, 36 nelayan warga Thailand dan seorang tekong dari Selangor ditahan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Pulau Pinang Beri Peruntukan Adun Umno
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP akan memberikan peruntukan sebanyak RM40,000 setahun kepada sepuluh wakil rakyat pembangkang negeri itu mulai 2014.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, peruntukan kepada sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno itu diberi bagi melaksanakan projek pembangunan kecil di kawasan masing-masing. Menurut Lim, peruntukan terbabit diluluskan 'secara prinsip' dalam mesyuarat exco pada 18 September lalu.

Mukhriz Tanding Naib Presiden: Anggota Pemuda Bebas Memilih - Khairy
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata anggota pergerakan itu tidak diminta menyokong calon tertentu pada pemilihan parti bulan depan.
Malah mereka bebas membuat pilihan sendiri, kata beliau ketika ditanya pendirian Pemuda Umno sama ada akan memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
"Dia (Mukhriz) bebas untuk bertanding, parti kita tak letak apa-apa sekatan," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia, pada acara jamuan petang di Dewan Malaysia Jakarta semalam.

304 Anggota Kongsi Gelap Diberkas Sepanjang Ops Cantas - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas 304 anggota kongsi gelap menerusi Ops Cantas Khas yang dilaksana sejak 17 Ogos lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis juga membuka 236 kertas siasatan mengenai pertubuhan kongsi gelap terbabit. "Antara anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan ialah Geng 04 sebanyak 60 orang, Geng 08 (110 orang), Geng 18 (12 orang) dan Geng 36 (60 orang)," katanya dalam sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya setakat semalam, polis menahan 11,036 individu di bawah operasi itu selain merampas 23 laras senjata api, 14 pucuk senapang angin buatan sendiri, satu bom tangan, 1,238 butir peluru dan pelbagai senjata lain.

Monday, September 23, 2013
Senarai Penuh Calon Bertanding Pemilihan Umno Diumum Rabu - Abdul Rauf
Senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pemilihan Umno 2013 bagi jawatan peringkat pusat akan diumum pada Rabu petang, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh.
Beliau berkata sebarang keputusan berkaitan pembatalan atau penarikan diri turut akan diketahui pada sidang akhbar khas pada hari berkenaan.
"Tempoh bertenang akan tamat pada hari Selasa dan kami masih dalam proses menyenaraikan nama individu yang layak bertanding...pengumuman akan dibuat pada Rabu, pukul 4 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.

MB Ingatkan Jemaah Haji Supaya Memohon Keampunan Allah Ketika Di Tanah Suci
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memetik sabda Rasulullah SAW dalam ucapannya kepada bakal haji bahawa sekiranya mereka memohon keampunan Allah, nescaya Allah ampunkan mereka.
Beliau menyatakan demikian pada majlis Pelepasan Bakal Jemaah Haji Musim 1434H/2013M penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu ke Jedah, di Dewan Baiduri, Kompleks Haji dan TH Hotel Terengganu, Gong Badak hari ini.
Sabda Rasulullah SAW yang dipetik Menteri Besar bermaksud “Orang yang mengerjakan Haji dan Umrah adalah tetamu Agung kepada Allah. Sekiranya mereka berdoa kepada-Nya nescaya Allah perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.