Saturday, July 25, 2009

Taman Pelancongan Aqua RM7.5 juta

MB lancar buku Kenyir, Taman Pelancongan Akua Eko, dikanan beliau ialah Pengurus Besar Ketengah, Encik Hamzah Ngah – Gambar Shuhaimi Ahmad (UKOM)

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri ketika ini giat melaksanakan projek Taman Pelancongan Aqua dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di kawasan seluas 6.9 hektar di Pulau Tekak Besar yang menelan kos RM7.5 juta.

Beliau berkata, taman berkenaan akan menempatkan pelbagai spesies tumbuhan dan buah-buahan tempatan antaranya ceri Terengganu atau dikenali penduduk tempatan sebagai 'kerkuk'.

Pada Selasa lalu, Menteri Besar melancarkan buku ‘meja kopi’ berjudul Tasik Kenyir: Taman Pelancongan Aqua Eko dan feri Kenyir Lake Cruise di Pengkalan Gawi.

Katanya, projek membangunkan 10 pulau melalui projek 'Island Hopping' dan kemudahan lain di tasik itu akan bermula tahun depan dan ia termasuk projek Taman Tema Air dan kereta kabel di Pulau Poh; Taman Herba Pulau di Sah Besar; Pulau Burung; Pulau Rama-Rama; Santuari Kelah di Sungai Petang, Sungai Cacing dan Sungai Lebam serta Taman Orkid.

Sementara itu, dua feri sepanjang 14 meter berharga RM2 juta mampu memuatkan 50 penumpang yang dibangunkan syarikat pembuatan kapal dan bot laju, Kaymarine Sdn Bhd mula beroperasi semalam untuk membawa penumpang mengelilingi Tasik Kenyir.

MB melihat buah-buahan hutan ketika melawat Pulau Tekak Besar di Tasik Kenyir - Gambar Shuhaimi Ahmad (UKOM)

Reka bentuk feri berkonsep terbuka yang berkelajuan 15 knot menggunakan enjin 500 kuasa kuda dan direka khas untuk disesuaikan dengan aktiviti di 'Island Hopping' di tasik itu turut dilengkapi ruang pantri serta dua tandas mesra alam bagi kemudahan pelancong.

‘Hadiah’ menyedihkan untuk seorang ibu

Sumber: Harian Metro
















Seorang ibu yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 hari ini, menerima ‘hadiah’ paling menyedihkan dan tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat apabila kehilangan seorang daripada enam anaknya yang ditemui lemas di Sungai Jeram, Manir, dekat Kuala Terengganu, semalam.

Lebih menyedihkan Noraini Nasir, 40, anak kelimanya, Muhammad Uzeir Norman, 11, bersungguh-sungguh mengingatkan kakaknya, Nor Ain, 17, yang meminta supaya bapa saudaranya membelikan kek hari jadi untuk ibu mereka.

Noraini yang bersedih dengan kejadian itu berkata, dia menerima pemergian anak paling rajin dalam keluarganya itu dengan reda dan menganggapnya sebagai takdir.

Mangsa, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong juga anak saudara Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang dikhuatiri lemas selepas tenggelam ketika mandi bersama dua abang dan seorang lagi rakan.
Selain keluarga mangsa, Abdul Rahin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Teluk Pasu turut berada di tempat kejadian dengan sesekali mengesat air mata kerana tidak dapat menahan kesedihan.
Nor Ain ketika ditemui pula berkata, arwah adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik kecuali mengambil tuala bapa mereka untuk dijadikan selimut ketika tidur di pondok depan rumah mereka semalam dan tidak menegur ibunya seperti kebiasaan.

“Namun, sebelum turun ke sungai, arwah sempat menjerit kepada bapa saudara supaya tidak lupa membelikan kek untuk ibu kerana esok (hari ini) hari jadi ibu kami,” katanya.

Difahamkan, mangsa mandi bersama dua abangnya, Ahmad Tajuddin, 14, dan Ahmad Nazim, 12, serta dua rakan, Mohd Hasbullah Othman, 14, dan Mohd Faizal Seman, 14, selepas menunggang kuda berhampiran rumahnya di Kampung Jeram, Manir kira-kira jam 12 tengah hari.

ROSOL – APABILA POKOK SUDAH CONDONG

Bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid mencadangkan Barisan Nasional (BN) perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, taburan janji dan projek segera nampaknya tidak mampu untuk menarik pengundi. Ini terbukti dalam enam pilihanraya kecil yang telah BN lalui, ia kalah 5-0”.

Katanya, imej BN perlu dipulihkan. Orang putih sebut 'Rebranding'...Kalau brand kita telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif.”

Tambahnya, pembangkang dengan senang sahaja memanipulasikan apa sahaja yang BN buat.

“Rebranding ini perlu dilaksanakan segera dan secara komprehensif bukan sejadar 'adhoc' sahaja. Bermakna bermula dari kepimpinan atasan hingga ke akar umbi. Itupun kalau ada niat untuk mengukuhkan parti,” katanya.

Beliau menyatakan perkara ini dalam blognya melalui posting 21 Julai lalu.

“Oleh kerana brand kita tidak popular lagi, segala apa yang terjadi, kita disalahkan.

“Kematian Beng Hock baru-baru ini juga kerajaan disalahkan. Kematian seorang India di dalam lokap...kerajaan juga dicemuh, kenaikan tambang pengangkutan awam, bertambahnya penagih dadah, kerajaan dikeji...pada hal di negeri pembangkang pun apa kurangnya,” katanya.

Tambahnya, apa-apa sahaja yang negatif, kerajaan juga jadi mangsa...Pengumuman PM seperti penurunan Tol, pakej rangsangan ekonomi dll seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat.

“Malah ia dipandang sepi begitu saja...kata orang Terengganu..'dok jadi kudis gatal pun'...Malangnya nasib kerajaan BN kita,” tegasnya.

Rosol mengemukakan pandangan untuk sama-sama difikrikan apabila mengatakan “Betullah kata seorang tua; "kalu pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik".

Perkaya sasar 200 anak yatim peroleh ijazah

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor, berkata pihaknya mengakui masih terdapat segelintir anak yatim di negeri ini masih ketinggalan dalam pelajaran selain kurang berjaya menempatkan diri di universiti tempatan.

“Faktor itu berlaku mungkin disebabkan kurangnya sokongan moral, insan diharapkan iaitu ibu atau bapa berkahwin lain, dihimpit kemiskinan dan ganguan emosi.

“Bagi mengurangkan tekanan itu, pihaknya mengadakan pelbagai aktiviti, termasuk kelas tambahan, sukaneka, lawatan sambil belajar, bantuan pakaian sekolah, program anak angkat, motivasi dan kem jati diri,” katanya

Menurutnya, Perkaya mensasarkan 200 anak yatim di negeri ini memperoleh diploma dan ijazah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pada masa ini, pihaknya sedang memberi tumpuan kepada aktiviti yang mampu merangsang minda bagi memastikan matlamat itu tercapai.

"Antara pendekatan diambil adalah melalui lawatan sambil belajar ke beberapa universiti terkenal di seluruh negara,” katanya.

Katanya, langkah itu mampu memberi pendedahan kepada mereka untuk mengetahui cara hidup sebenar di kampus

“Selain pihaknya sentiasa memantau bagi mengenal pasti golongan itu berpotensi mencapai kecemerlangan dalam setiap mata pelajaran dan peperiksaan utama..

“Bagi mereka yang cemerlang, ia tidak menjadi masalah untuk melanjutkan ke mana-mana IPTA kerana Perkaya sentiasa membantu daripada pelbagai aspek sama ada kewangan dan moral.

"Kita tidak ada halangan untuk memasukkan anak-anak yatim ke IPTA asalkan mereka berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

Marang menjadi tarikaan penyelidik 24 negara

Kunjungan 24 penyelidik luar negara ke Kampung Jenang, Marang mampu mengetengahkan lagi keunikan dan keistimewaan produk desa di Terengganu, sekaligus menaikkan industri pelancongan negeri.

Penyelidik dan pegawai alam sekitar dari Ghana, Namibia, Afghanistan, Kepulauan Ivory, Thailand, Somalia dan Nepal yang mengikuti kursus Pengurusan dan Perancangan Integrasi Alam Sekitar (IEPM) di Insititut Tadbir Awan Negara (Intan) Bukit Kiara, Kuala Lumpur mengadakan lawatan ke daerah itu dua hari bermula Selasa lalu (21 Julai 2009).

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Mohd Elias Nik, berkata kehadiran mereka seumpama duta kecil yang akan bertindak menyampai dan menyebarkan berita mengenai keindahan dan keunikan Terengganu kepada penduduk di negara masing-masing.


Pelancong luar negara yang terdiri daripada penyelidik melihat sambil mencuba jahit atap nipah secara tradisional ketika mereka singgah di Kampung Jenang, Marang. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

.
Mohd Elias berkata, pihaknya dimaklumkan peserta dari kalangan penyelidik dan pegawai alam sekitar dari negara dunia ketiga dan selesai sahaja lawatan, mereka akan menyediakan kertas kerja bagi membentangkan laporan sepanjang kunjungan mereka ke sini.

"Malah, kita turut meminta mereka menghantar laporan berkenaan kepada MDM dan kerajaan negeri untuk meneliti jika ada cadangan bernas atau kelemahan kita yang perlu dikaji semula bagi tujuan penambahbaikan sama ada untuk sektor pelancongan atau isu konservasi," katanya.

Dalam lawatan itu, pelancong berkenaan yang diraikan dalam majlis di Marang Riverview Resort, dibawa menyusuri sungai dari jeti berhampiran untuk menerokai keindahan produk pesisir air sebelum tiba di Kampung Jenang, kira-kira sejam kemudian.


Pelancong disambut dengan seni silat Terengganu sebaik tiba di jeti bot Kampung Jenang, Marang

Mereka kemudiannya dijamukan dengan pelbagai makanan tradisional masyarakat kampung seperti ketupat, tapai pulut, rojak buah, air nira serta buahan-buahan tempatan.


Terpegun melihat manisan atau gula melaka yang dihasilkan secara kampung.

Mereka turut dibawa meninjau persekitaran kampung bagi menyaksikan demonstrasi menghasilkan atap nipah, mengambil air nira dari pokok kelapa serta pemprosesan gula melaka.

Pelbagai tarikan baru di Tasik Kenyir

Sumber: Berita Harian

Gambar oleh Shuhaimi Ahmad (UKOM)


Tasik Kenyir yang kaya dengan keunikan serta keindahan flora dan fauna akan dibangunkan kerajaan negeri secara besar-besaran mulai tahun depan, dalam usaha menarik ramai pelancong ke tasik buatan manusia terbesar di Asia itu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir yang dilihat banyak pihak sebagai kawasan tidak berpotensi dan menarik untuk dibangunkan sebagai antara destinasi pelancongan popular, sebenarnya mempunyai banyak tarikan semula jadi boleh dieksploitasi bagi menarik kunjungan lebih banyak pelancong dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, antara projek pembangunan terbaru yang dirancang kerajaan negeri ialah pembinaan 300 chalet di kawasan seluas 52 hektar di Pulau Serindit, bagi menampung keperluan pelancong yang meningkat, apabila 10 pulau yang dibangunkan dengan pelbagai tarikan baru itu siap kelak.

Katanya, projek pembinaan chalet yang belum dimuktamadkan kosnya itu akan dibangunkan menggunakan teknik pelancongan ekologi atau mesra alam dengan meminimumkan penebangan pokok di kawasan sekitar serta mengelak pencemaran alam semula jadi di situ.

"Kita akan memulakan projek pembinaan chalet berbentuk rumah tradisional Terengganu, Kelantan, Pahang dan Selangor ini selepas semua kajian dan Analisis Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) siap dibuat.

“Kita juga akan menggunakan tenaga solar bagi menggantikan jenerator untuk menyediakan bekalan elektrik sepanjang proses pembinaannya kelak.

"Kita tahu, sangat sukar bahkan boleh dikatakan tidak ada pihak swasta yang berminat untuk melabur dan membangunkan kawasan ini dengan chalet atau tarikan lain kerana kebimbangan mereka terhadap potensi pelancongan di Tasik Kenyir yang dianggap sangat rendah.

"Justeru, kerajaan negeri melalui peruntukan dari wang royalti minyak bertanggungjawab membangunkan kawasan ini dalam usaha menjadikan Tasik Kenyir sebagai lokasi pelancongan yang sangat menarik kepada pelancong, sekali gus menggamit lebih ramai pengunjung dan menjana ekonomi untuk kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Pulau Petang, Tasik Kenyir di sTasik Kenyir Rabu lalu (22 Julai 2009).

Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 September

Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan menyambut Aidilfitri pada 20 September depan iaitu selepas berpuasa selama 29 hari.

Timbalan Mufti Terengganu, Abdul Halim Awang @ Alias, berkata umat Islam berpuasa pada 22 Ogos kerana anak bulan Ramadan dijangka tidak kelihatan pada petang tarikh melihat anak bulan pada 20 Ogos ini.

Pengiraan mengikut hisab itu bagaimanapun tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan yang akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada tarikh berkenaan.

Berdasarkan kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah iaitu 20 Ogos kerana tidak cukup syarat kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak atau detik pemisahan antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib,"

katanya ketika ditemui pada Seminar Penghayatan Ramadan di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Kompleks Seri Imam, di sini, semalam.

Seminar yang dihadiri lebih 500 ahli agama di negeri itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

Abdul Halim, berkata tarikh melihat anak bulan ditetapkan pada 20 Ogos dan pengumuman tarikh permulaan puasa akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media elektronik pada malam berkenaan.

Mengulas penentuan tarikh menyambut Aidilfitri, Abdul Halim berkata, ijtimak Syawal dijangka berlaku pada jam 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan bersamaan 19 September dengan usia anak bulan mencapai lebih 16 jam.

"Berdasarkan kaedah diamalkan di negara ini, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah dan jika kaedah itu diguna pakai, umat Islam di negara ini dijangka menyambut Aidilfitri pada hari Ahad, 20 September," katanya.

Rukyah menurut definisi hukum fiqah ialah melihat anak bulan (hilal) selepas matahari terbenam, manakala anak bulan didefinisikan sebagai bulan sabit selepas ijtimak yang kali pertama kelihatan atau kemungkinan boleh kelihatan selepas matahari terbenam.

Empat lokasi melihat anak bulan di Terengganu iaitu di Pulau Perhentian, Besut; Bukit Besar, Kuala Terengganu, Balai Cerap, Merang, Setiu dan Bukit Kemuning, Kemaman.

Friday, July 24, 2009

Adun Terengganu Nak Kosong Kerusi?

Daripada msomelayu.blogspot.com

Politik Terengganu atau tepatnya kerajaan pimpinan Ahmad Said (Mat Said) terus beralun dan berombak seakan menuruti tari dan rentak dan naluri laut Cina Selatan. Adakalanya lautan itu tenang setenang Subuh hari dan adakalanya mengganas macam harimau lapar. Apakah politik Terengganu menuruti hawa dan gelora lautan itu?

Sewaktu-waktu ia tenang dan sewaktu-waktu ia bergelombang! Selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu ia bergelombang apabila kerja melantikkan MB menjadi masalah. MB yang paling gah dan berkuasa, Idris Ibni Jusoh tiba-tiba tidak diberi perkenan oleh Sultan untuk angkat sumpah jadi MB. Tempat Idris diganti oleh Ahmad Said.

Kenapa Idris tidak marah, dia sudah datang ke istana siap bersamping, bertanjak dan berkeris tiba-tiba pangkat dan kedudukan tidak diserahkan kepadanya. Marah...lah..

Ekoran kemalangan itulah politik Terengganu bergolak dan berkubang. Terengganu menjadi negeri terakhir membentuk kerajaan selepas pilihan raya itu. Walaupun ditentang sampai ada yang memperolok-olokankan Sultan tetapi kerana kehendak istana, Mat Said yang sebelum ini hanya dianggap ahli nujum dan tok pawang di hujung kampung diberi perkenan menjadi MB. Gahlah Mat Said se Malaya.

Perlantikan Mat Said ini tidak disenangi oleh kumpulan bekas MB, Idris Jusoh bersama beberapa orang Exco yang tidak disambung perkhimatan mereka. Di sinilah timbul dua puak politik UBN di Terengganu kemudian meletuskan peperangan sesama sendiri.

Rasanya latar belakang politik Terengganu itu sudah diketahui umum.

Atas tanggungjawab yang harus dipikul Mat Said berusaha menenangkan lautan politik Terengganu itu. Beliau tidak menghiraukan kritikan dan kerja-kerja sebotaj seperti terdapat sekumpulan Adun UBN tidak hadir sidang Dewan atas sebab dan ancaman yang mereka buat sendiri.

Sebotaj itu tidak memberi bekas pun. Mat Said dengan selamba terus kukuh dan kekal sebagai MB. Berurutan dari kerja sebotaj itu menyebabkan ada orang tertentu terpaksa dicekup polis dan dihadap ke muka pengadilan atas dakwaan ugutan mengikut kanun jenayah.

Usaha pihak membenci Mat Said tidak berhenti di situ sahaja. Ia berterusan. Ini menunjukkan kesamsengan pihak yang berseteru dengan Ahmad Said. Satu masa dihebohkan kononnya Ahmad Said akan digugurkan sebagai MB dan diganti dengan muka baru. Kononnya masa dan hari detik perubahan itu sudah pun ditetapkan hanya menunggu masa pengumuman saja.

Gementar juga Mat Said mendengar desas desus itu. Tetapi yang benar tetap benar. Keriuhan itu reda apabila pihak Istana memberi jaminan bahawa Ahamd Said kekal sebagai MB. Kata-kata tegas itu menghentikan seketika spekulasi mengenai kedudukan Mat Said dan politik Terengganu.

Pun begitu usaha untuk menghenjuk Amad Said tidak berhenti. Kalaupun kerja-kerja nak menjatuhkan Mat Said rihat sekejap apabila berlakunya tragedi bumbung stadium tertutup Sultan Mizan roboh. Ada hikmatnya bumbung stadium itu roboh menyebabkan mereka yang ingin melihat Ahmad Said roboh tersintak sekejap.

Peristiwa itu berlaku dilihat sebagai wujudnya penyelewengan ataupun rasuah besar dalam pembinaan projek berkenaan. Tragedi itu menyebabkan ada kalangan dipihak lawan Mat Said yang dulunya berkuasa ke atas negeri Terengganu membuka semula diari lama mereka untuk melihat sesuatu catatan yang berkemungkinan ada mengenai pembinaan stadium berkenaan.

Semua orang mengira, kejadian-kejadian aneh itu memberi keinsafan dan kesedaran kepada semua pihak di Terengganu terutamanya puak yang ingin menganggu kerajaan Terengganu. Namun tidak begitu rupanya.

Terbaru ada satu lagi pelan untuk terus menggugat Ahmad Said. Persiapan sudah diatur menjelang sidang Dewan Undangan Negeri pada Ogos depan untuk memalukan Ahmad Said dengan harapan Mat Said akan berundur.

Katanya, sekawan Adun UBN yang tidak senang akan membuat keputusan drastik untuk menukar lebel di meja mereka dalam dewan dari Adun UBN, kepada Adun bebas. Katanya mereka bersedia menjadi Adun bebas yang tidak memihak kepada UBN atau Pas.

Katanya syarat dan maklumat telah diberikan kepada pihak atasan UBN. Sekiranya tuntutan ala peras ugut mereka supaya Mat Said tidak digugurkan, mereka akan membuat tindakan drastik itu.

Bagaimana bagi firasat saya, saya tidak percaya kalau kesemua kumpulan yang tidak suka Mat Said dan frustasi itu bertindak demikian. Rasanya itu hanya ugutan sahaja. Kalau dengan ancaman yang dibuat sendiri yakni enggan menghadiri sidang dewan kerana ada ancaman bunuh, apalah dengan pelan sedemikian ianya lagi rapuh dan rangup.

Saya ingin katanya kalau mereka benar-benar mengubah haluan dan pendirian mereka di DUN Terengganu, (menjadi bebas) itu menandakan dunia politik di Teregganu akan mengalami khiamat sebelum berakhirnya tahun ini.

Dalam pada itu, di samping pelan tindakan untuk bertukar menjadi Adun bebas itu, katanya ada seorang Adun sudah tekad dan bulat. Sekiranya Najib Razak tidak menyelesai dan memenuhi ugutan ala peras ugut mereka, Adun itu akan kosongkan kerusi berkenaan.

Siapakah Adun berkenaan? Apakah dia benar-benar berani? Sekali lagi saya merasakan ianya ugutan murahan saja. Saya tidak fikir Adun berkenaan berani berbuat demikian. Lagipun tidak ada rekod sebelum ini yang Adun ini telah mencipta sejarah ganjil baik di Terengganu maupun di kampungnya sendiri.

Kesimpulannya apa yang digambarkan ini bahawa Mat Said tidak perlu gerun dan gusar. MB itu terus boleh bersila atas kerusi kekuasaannya untuk berkhidmat kepada rakyat. Iya, seelokknya Mat Said tidak perlu kesal dan menangis mengenai telatah kawan-kawannya itu, sebaliknya teruslah berkhidmat dan menabur budi mengikut kadar yang Allah berikan kepada diri kita.

Tangisan kesedihan dan kedukaan biarkan saja kepada penyu bukannya perlu dikongsi oleh seorang Menteri Besar seperti Mat Said. Kambing yang dibeli dari Harun Taib tempoh hari bila agaknya akan bunting dan melahikran anak?

625 anak yatim terima bantuan Perkaya

Oleh : SURIATI BINTI ALI (UKOM)

















To' Puan Norliza menyampaikan pakaian Hari Raya kepada anak yatim sambil diperhatikan oleh Dato' Dr Tengku Mahmud. -Foto SHUHAIMI AHMAD.


Kira-kira 625 anak yatim Tahun Tiga dan Enam sekolah rendah Kuala Terengganu Utara dan Selatan menerima sumbangan itu berjumlah RM60,000.

Majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Terengganu (Perkaya) diadakan bertujuan meringankan beban selain mengembirakan hati pelajar yang kematian ibu atau bapa.

Golongan anak yatim di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menjadikan alasan ketiadaan kasih sayang serta sokongan daripada ibubapa menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar dan tidak cemerlang dalam peperiksaan.

Isteri Menteri Besar yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To’ Puan Norliza Mahmud menyampaikan bantuan itu, Selasa lalu (21 Julai 2009).Yang Dipertua Perkaya, Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor turut hadir.

Ketika berucap pada Majlis Sumbangan Pakaian Raya di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, beliau berkata mana-mana pelajar kematian ibu atau bapa tidak perlu berasa tersisih dalam menuntut ilmu kerana ada pihak bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi sokongan.

Katanya, di Terengganu, agensi kerajaan dan swasta mewujudkan pelbagai aktiviti serta program semata-mata ingin membantu meringankan beban selain mengelak golongan itu berasa tersisih.

Biro Penerangan UMNO adakan mesyuarat pertama

Jawatankuasa Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) sedang merangka pelan tindakan untuk menjamin UMNO terus kekal memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum akan datang.

Pada mesyuarat kali pertama yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Terengganu malam semalam, Ketua Penerangan BPUNT, Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta jentera Penerangan UMNO negeri supaya proaktif dengan mendekati pengundi muda.

Menurut beliau, pengundi muda penting didekati dan program yang dirangka perlu sesuai dengan selera dan kehendak mereka.

Pada mesyuarat itu beberapa ahli jawatankuasa dan ketua-ketua penerangan bahagian mengemukakan pandangan mengenai pendekatan yang perlu dirangka biro berkenaan.

Ahmad Shabery turut mengemukakan cadangan dan pendekatan yang harus dilaksanakan.

Bagaimanapun soal penting dan prasyarat kepada kejayaan biro bergantung kepada perpaduan dan persefahaman di kalangan pemimpin UMNO Terengganu.

Biro berkenaan menetapkan perlu diwujudkan biro gerak saraf serta Konvensyen UMNO Negeri 2009.

Difahamkan, konvensyen akan diadakan pada awal Oktober.

Konvensyen adalah selaras Fasal 12.10 Perlembagaan Malaysia dan Jawatakuasa Pengurusan UMNO Malaysia menyarankan ia diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO Oktober depan.

Antara yang hadir ialah bekas Exco, Datuk Wan Zakaria Wan Ab Rahman, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri, Wan Maznah Nong dan Timbalan Pengarah APMT, Shamsuddin Sulong.
t
Kira-kira 40 anggota jentera penerangan BPUNT hadir pada mesyuarat itu.

Ahmad Said bercakap mengenai 1T3F

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan muncul dalam Selamat Pagi Malaysia tv1 Radio Televisyen Malaysia Ahad ini, jam 9.05 pagi.

Beliau akan ditemubual mengenai Pehimpunan 1T3F (1 Terengganu Food Fruits Fiesta) yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil 1 Ogos ini.

Dijangka Menteri Besar akan mengulangi jemputan kepada seluruh anak Terengganu dan keluarga agar ke majlis itu.

Program 1T3F itu akan dipenuhi dengan acara makan buah-buahan dan makanan tempatan selain diselang-seli dengan persembahan rakyat dan kebudayaan serta huburan.

Program ini akan melibatkan semua daerah di negeri ini di mana setiap Pegawai Daerah akan diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan makanan serta produk yang menjadi identiti daerah masing-masing.

Antara makanan yang akan disediakan termasuk nasi dagang, laksa, ketupat sotong, rojak kateh, pulut nyor, bekam, otak-otak dan banyak lagi.

Ia akan dilangsungkan di pekarangan Tempat Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil 1 Ogos ini sebagai meraikan tetamu kehormat – anak-anak Terenganu di perantauan.

Pelbagai acara diatur pada majlis bermula 6 petang hingga 12 malam itu.

Ahmad Said akan ke Kuantan bagi tujuan tembual itu sebelum ke Sarawak kerana urusan rasmi.

Menteri Besar itu sebelum ini sudah mengundang secara rasmi semua anak Terengganu, khususnya di Lembah Kelang supaya sama-sama menjayakan 1T3F.

Kerajaan Terengganu berharap kira-kira 10,000 rakyat Terengganu dan keluarga akan hadir pada majlis itu.

Ahmad Said menyatakan harapannya agar rakyat Terengganu di Lembah Kelang akan mengambil peluang ini untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka selain antara pemimpin negeri dan rakyat negeri Terengganu di perantauan.

Beberapa artis Terengganu seperti Salim, Ameng, Adnan Othman, Faizal AF, Hafsah Jusoh yang berasal dari Terengganu akan menyerikan majlis.

Perhimpunan adalah anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PESAT).

H1N1: UiTM Dungun ditutup 10 hari

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun ditutup selama 10 hari berkuatkuasa semalam berikutan kebimbangan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Dungun Prof Madya Abdul Rahim Ramli berkata penutupan kampus tersebut adalah disebabkan peningkatan keskes influenza di kalangan pelajar UiTM sejak akhir-akhir ini serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar.

"Arahan penutupan kampus UiTM Dungun berkuatkuasa sertamerta sehingga 1 Ogos 2009 itu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri setelah mengadakan pemeriksaan di kampus semalam.

"Sehubungan itu, pihak UiTM Dungun telah mengarahkan semua pelajar kolej, pengajar dan kakitangan supaya beredar dan tidak berada di kawasan kampus untuk tempoh tersebut, " katanya.

Beliau berkata dalam tempoh penutupan kampus berkenaan kerjasama daripada pelajar, kakitangan dan tenaga pengajar diperlukan untuk mematuhi peraturanperaturan berikut bagi mengawal penularan wabak pandemik ke dalam komuniti.

Menurut Abdul Rahim, bagi pelajarpelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak, mereka diberi dua pilihan iaitu sama ada mengikut rakanrakan pulang ke rumah keluarga ataupun di kuarantin di kawasan kampus.

"Setakat ini, kita masih belum mengadakan sebarang tindakan kuarantin. Bagaimanapun jika ada pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mahu tinggal di kawasan kampus, kita akan kuarantin mereka untuk mengelakkan penularan wabak," katanya.

Beliau berkata sebanyak 10 sampel darah pelajar yang mempunyai tandatanda influenza juga telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk ujian lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Negeri Dr A Rahman Mokhtar berkata seramai 87 pelajar UiTM Dungun telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Dungun semalam kerana mempunyai mengalami simptom seperti demam dan selsema.

"Dua daripada mereka telah dimasukkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut kerana mengidap asma dan hari ini sebanyak 23 kes seperti influenza telah dikesan di kalangan pelajar menyebabkan arahan tutup serta merta telah dikeluarkan," katanya ketika dihubungi.

Pelbagaikan produk nira nipah

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersedia membantu para pengusaha nira nipah untuk menghasil dan meningkatkan pelbagai produk berasaskan bahan itu.

Ketua Jabatan Sains Makanan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Dr. Amir Izzwan Zamri, usaha itu mampu mengurangkan risiko kerosakan bahan berkenaan dengan cepat.

Katanya, dengan menjadikannya produk tahan lama, ia mampu diperluaskan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

"Air nira nipah sering mendapat permintaan tinggi di pasaran namun ia sukar diperolehi tambahan pula mudah rosak menyebabkan pasarannya amat terhad.

"Bagi menjana pendapatan jangka masa panjang, UMT akan membantu pengusaha air nira menghasilkan pelbagai produk baru berasaskan bahan itu yang lebih tahan lama," katanya kepada pemberita sewaktu menghadiri Bengkel Pembangunan Produk Hiliran Berasaskan Nira Nipah di UMT di Kuala Terengganu.

Bengkel anjuran UMT dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu disertai seramai 22 orang pengusaha air nira nipah dari Kedah dan Perlis.

Bengkel dua hari yang bermula hari ini merangkumi penerangan berkenaan pengetahuan am dan kemahiran asas produk berasaskan nira nipah, kaedah pemprosesan produk dan pengawalan mutu serta jangka hayat produk yang dihasilkan.

Menurut Amir Izzwan, bengkel tersebut turut menekankan aspek kepentingan pengurusan air nira selepas proses tuaian dilakukan.

Ini kerana ujarnya, langkah itu perlu bagi menjaga kualiti nira tersebut agar tidak tercemar.
"Pengurusan yang tidak sistematik akan menjejaskan kualiti bahan tersebut malah dan membahayakan kesihatan.

"Jika pengusaha-pengusaha tidak ambil berat tentang perkara ini akan menyebabkan berlaku pembaziran dalam pengeluaran nira nipah," jelasnya.

Festival Motor Terengganu catat jualan RM5.3j

Lebih 50 buah kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi yang kesemuanya bernilai kira-kira RM5.3 juta telah dijual sepanjang Festival Motor Terengganu 2009 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Kuala Terengganu.

Festival selama lapan hari berakhir Selasa lalu itu dianjurkan oleh Pattiang Resources dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Eksekutif Pemasaran Pattiang Resources, Abdul Hamid Khan Yar Mohamad Khan berkata, syarikat Musaini Auto dan Musaini Corporation mencatat nilai jualan melebihi RM1 juta apabila 10 kereta keluaran Kia dan Cherry telah dijual.

Syarikat Falida Motor mencatat nilai jualan RM826,000 setelah menjual tujuh unit kereta keluaran Toyota, bagi kategori kereta terpakai.

"Syarikat Edaran Tan Chong pula mencatat RM640,000 dengan lapan buah kereta Nissan dijual kepada pengunjung bagi kategori kereta baru," ujarnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Proton Edar pula berjaya menjual 12 unit kereta bernilai RM540,000 disusuli syarikat Yeow Lee Commercial yang menjual empat buah kenderaan pacuan empat roda dan dua buah lori membabitkan nilai jualan RM550,000.

Syarikat Mazda mencatat nilai jualan RM534,000 dengan enam buah kereta jenis itu telah dijual.

"Syarikat Naza pula menjual tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson, Kawasaki dan Ducati dengan nilai jualan RM397,000," ujarnya.

Thursday, July 23, 2009

SALAH KE KALAU AHMAD SAID ‘NAIK ANGIN’?

Apa nasib malang. Semuanya terpaksa ditanggung kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said ketika ini.

Malu ada, geram pun ada. Seolah-olah Terengganu ini lekeh sangat. Cap ayam katakan.

Tapi semua ini siapa punya angkara?

Selepas bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh dan ditutup ke tarikh yang belum diketahui, minggu lalu, Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut ditutup untuk orang ramai.

“Kolam renang ini baru siap setahun, tetapi keadaannya sekarang seolah-olah sudah berusia lebih 10 tahun,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang meninjau pusat itu.

Beliau berkata, Pusat Akuatik MBKT bernilai RM18 juta itu dikesan berlaku kebocoran dan besi berkarat serta mempunyai beberapa kecacatan yang membahayakan keselamatan orang ramai.

“Saya rasa amat terkilan kerana ada dua projek besar yang menjadi lambang kemegahan Terengganu bermasalah dalam masa terdekat,” katanya.

Bukan setakat itu sahaja. Tutup menutup ini sudah melarat ke Stadium Tertutup Gong Badak.
Jabatan Kerjaraya Pusat kelmarin turut mengeluarkan arahan supaya ia ditutup buat sementara kerana kerosakan kecil pada peralatan stadium berkenaan.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof Dr Judin Abdul Karim.
Tiga kejadian ini sudah pasti sepatutnya membuka mata rakyat Terengganu bahawa ada yang tidak kena dengan kelulusan, pembinaan dan pengawasan tiga projek berkenaan.

Apakah tidak wajar jika Ahmad Said ‘bising’ dan meminta siasatan secara terperinci dijalankan?
Bukankah semuanya ini menggunakan dan menyebabkan pembaziran wang rakyat?

Pelancong jadi duta promosi tempat menarik

Sumber: Utusan Malaysia

Pelancong asing yang melawat Terengganu diminta menjadi duta untuk mempromosikan kawasan pelancongan menarik yang telah dilawati.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, langkah tersebut perlu bagi memperluaskan promosi pelancongan ke peringkat antarabangsa.

Katanya, melalui kaedah tersebut, sesebuah kawasan lebih mudah dikenali untuk dilawati.

"Walaupun pelbagai promosi telah dilakukan untuk mempromosikan kawasan pelancongan, namun perkhabaran dari mulut ke mulut paling mudah dan cepat untuk mempromosikan sesebuah kawasan pelancongan dan ia juga tidak memerlukan bajet yang tinggi.

"Apa yang perlu, pelancong yang mengunjungi sesebuah tempat menarik hanya perlu menceritakan pengalaman mereka kepada rakan-rakan dan saya yakin mereka juga ingin mengunjungi tempat yang sama," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Peserta Kursus Perancangan dan Pengurusan Integrasi Alam Sekitar di Marang River View semalam.

Program tersebut dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di ibu negara yang melibatkan 23 peserta dari 20 negara seperti Namibia, Thailand, Mauritius, Utopia, Bosnia, Afghanistan dan Myanmar.

Program yang bermula dari 21 hingga 23 Julai itu bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan peserta dari negara tersebut selain mempromosikan lokasi pelancongan menarik.

Selain menyusuri Sungai Marang, lokasi lain yang dilawati dalam program tersebut ialah Pulau Kapas dan Tasik Kenyir.

Sementara itu, Penyelaras Program Kanan, Program Pengurusan Alam Sekitar INTAN, Rozitta Sulaiman berkata, program tersebut bakal memberi manfaat kepada kerajaan negeri.

Ini kerana jelasnya, satu kertas kerja akan disiapkan oleh peserta-peserta tersebut yang meliputi cadangan, penambahbaikan serta komen-komen yang membolehkan pengurusan dan perancangan penjagaan alam sekitar diperbaiki.

"Peserta-peserta terlibat terdiri daripada pegawai penyelidikan dan pegawai alam sekitar dan mereka mempunyai pandangan dan pengalaman dalam pengurusan alam sekitar.

"Selain itu, melalui program ini juga akan memudahkan potensi sesebuah kawasan dikenalpasti untuk dimajukan," jelasnya yang turut menyertai aktiviti menyusur Sungai Marang bersama peserta lain.

RM90,000 Untuk Rawatan Adik Abieyatul

RAKYAT DI HATIKU...
















Datuk Ahmad Said dan Toh Puan Norliza menziarah Abieyatul Abidah di rumahnya di Felcra Seri Bandi, Kemaman.

Abieyatul Abidah gembira kerana penderitaannya mendapat perhatian Kerajaan Negeri Terengganu. -Foto SHUHAIMI AHMAD.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, beliau prihatin dengan nasib adik Abieyatul yang terpaksa bertarung nyawa melawan penyakit berbahaya itu.

“Diharapkan bantuan diterima ini, mampu mengubat penderitaan yang ditanggung selama ini selain berdoa supaya cepat sembuh dan mampu berjalan seperti kanak-kanak lain,” katanya

Menteri Besar itu berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke rumah Abieyatul di Felcra Seri Bandi, Kemaman, 18 Julai lalu.
Encik Zaiki Jusoh, 49, bapa kepada pesakit kanser tulang atau dikenali osteosarcoma.berkata, sumbangan kerajaan negeri sejumlah RM90,000 adalah hadiah paling berharga bagi dirinya serta keluarga untuk menyelamatkan nyawa anak kesayangan, Abieyatul Abidah Zaiki, 11.
“Budi dan jasa baik pihak berkenaan, terutama kerajaan negeri akan dikenang sehingga akhir hayat dan didoakan moga kebaikan itu dibalas sebaik mungkin oleh Allah S.W.T,” kata


Bantuan itu yang disampaikan oleh Ahmad Said bagi membolehkan pakar perubatan merawat dan menanam tulang tiruan (femur implant) di paha kiri Abieyatul.

Rawatan tersebut dijangka dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu, 11 November depan.

Abieyatul menderita penyakit itu seawal usia tujuh tahun di mana dia terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang tulang dan menjalani rawatan tiga peringkat kemoterapi di hospital itu selama dua tahun.

Selepas rawatan itu, Abieyatul tidak mampu berjalan dan hanya mengensot untuk mengambil sesuatu atau melakukan aktiviti lain.

Dalam kesukaran itu, pesakit itu tetap bersemangat mengikuti alam persekolahan bersama rakan lain di Sekolah Kebangsaan Seri Bandi, Kemaman, walaupun tidak mengikuti pelajaran di Tahun Dua dan Tiga.

Sewaktu berada di sekolah, ibunya, Zarina Ismail, 43, membantunya, termasuk makan dan minum.

Katanya, kehidupan seharian Abieyatul sentiasa diiringi doa, semoga dirinya sihat dan tiada sebarang komplikasi berlaku.

“Kami sekeluarga rela kehabisan duit asalkan dapat asalkan anak yang sihat dan mampu tersenyum,” katanya.

Petronas Gas spends RM1bil to overhaul Kertih plants

Petronas Gas Bhd expects to spend over RM1bil in the next three years to overhaul two of its gas processing plants (GPP) in Kertih, Terengganu to improve efficiency.

Chairman Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin said there were two GPP that were getting old and needed to be overhauled.

“We have some major expenditure going forward. We need to revamp 2 of our gas plants as they have come close to their useful lifecycle, which is about 20 years,” he told reporters after the company’s AGM yesterday.

Currently Petronas Gas has six GPP, four of which are in Kertih and two in Paka, Terengganu.
The two gas plants undergoing an overhaul and possibly an upgrade are GPP 2 and GPP 3 in Kertih.

1,000 saksikan gerhana matahari di Kuala Ibai

Sumber: Utusan Malaysia

Kira-kira 1,000 penduduk bandar ini berkumpul di Pantai Kuala Ibai berdekatan Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini pagi ini untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari.

Mereka berkumpul di pantai berkenaan sejak pukul 8 pagi untuk menyaksikan fenomena tersebut melalui teleskop dan peralatan khas yang dibawa oleh Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari, Roslan Umar berkata, fenomena itu boleh disaksikan di Kuala Terengganu bermula pukul 8.24 pagi sehingga pukul 9.56 pagi.

''Bagaimanapun, ekoran awan tebal, kita hanya dapat melihat fenomena ini kira-kira pukul 9.15 pagi.

''Kita hanya dapat melihat fasa separa gerhana bulan iaitu penutupan matahari oleh bulan sebanyak 13 peratus," katanya.

Katanya lagi, gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar.

Beliau berkata, gerhana matahari terbahagi kepada empat bentuk iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian).

''Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau berbentuk cincin," ujarnya.

Wednesday, July 22, 2009

Alor Limbat Juga Tidak Ketinggalan

Kerajaan negeri akan menimbang pelbagai projek yang dicadang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Adun), Alor Limbat.

Beliau berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan kerajaan, agar rakyat mendapat faedah hasil perancangan projek berkenaan.

Senarai projek yang dicadangkan di kawasan itu, termasuk pembinaan beberapa batang jalan baru, diserahkan Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, kepada Menteri Besar baru-baru ini.

Ahmad Said berkata, pihaknya akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap projek yang dicadang di kawasan itu bagi memastikan penduduk di kawasan itu tidak terpinggir.

Pada lawatan Menteri Besar itu, kemesraan antara Ahmad Said dan Alias jelas terpancar.
Kata-kata bahawa kedua-duanya tidak boleh bertentang mata tidak benar sama sekali.Jelas Ahmad Said ‘melayan’ semua pihak walaupun Alias pernah mengkritik dan menyokong kumpulan yang disebut sebagai Geng 10 yang dikaitkan dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

RAKYAT DI HATIKU:


















Dato' Ahmad menziarah seorang pesakit strok di Felcra Seri Bandi.


Pada program lawatannya bertemu rakyat, Menteri Besar Datuk Ahmad Said sempat menziarahi beberapa penduduk Felcra Seri Bandi, Kemaman, Sabtu 18 Julai lalu.
Antara yang dilawat termasuk Che Embong Ibrahim, 64, dan Tuan Abu Hashim Tuan Abu Bakar, 44 di mana masing-masing disahkan menghidap strok. Bagi meringankan beban, wang tunai dan beberapa jenis barangan keperluan dapur turut disampaikan sempena kunjungan kebajikan itu.

MB – JKK Perlu Khidmat Terbaik


















Dato' Ahmad bersama pengerusi JKKK pada majlis penyampaian watikah perlantikan Pengerusi JKKK daerah Kemaman bagi penggal 2009/2010 dan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Luar Bandar di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman. - Foto SHUHAIMI AHMAD.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, mengingatkan semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mereka diberikan tempat oleh pucuk pimpinan bagi melaksanakan tugas sebaik mungkin manakala rakyat adalah .pelanggan.

Justeru itu, katanya, kerajaan mahu pelanggan mendapat khidmat terbaik daripada JKKK selaras dengan pendekatan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”, agar tidak ada pihak yang tercicir daripada mendapat pembelaan kerajaan.

“Saya mahu semua Pengerusi JKKK menunaikan tugas mereka dengan berhemah bagi membangunkan kampung halaman masing-masing dan menjaga kepentingan penduduk yang diwakili,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian watikah perlantikan Pengerusi JKKK daerah Kemaman bagi penggal 2009/2010 dan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Luar Bandar di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman, 17 Julai lalu.

Pada majlis itu, 121 Pengerusi JKKK menerima watikah pelantikan bagi membolehkan mereka berkhidmat untuk masyarakat, membabitkan 29 JKKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, Kijal (26), Kemasik (28) dan Air Putih (28).

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan menilai prestasi setiap JKKK berdasarkan sumbangan mereka kepada masyarakat setempat dan perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.

Langkah itu bertujuan memastikan JKKK memberi khidmat terbaik untuk rakyat, selaras dengan pendekatan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” yang kini menjadi tunjang pentadbiran kerajaan negeri.

Kampung Ladang Di majukan

Sumber: http://terengganulening.blogspot.com

Kerajaan Negeri tidak melupakan Kampung Ladang. Biarpun ia berada dalam kawasan pembangkang tetapi penduduk kawasan itu tetap mendapat perhatian utama.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata bagi tujuan tersebut kerajaan negeri akan mengambil balik tanah milik persendirian dan membayar pampasan kepada penduduk terbabit.

“Kita akan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi membayar pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah di kawasan yang dirancang,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Alor Limbat, 19 Julai lalu.

Beliau berkata, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dalam mesyuaratnya baru-baru ini memutuskan untuk mengambil balik sebahagian kawasan di Kampung Ladang untuk dibangunkan dengan projek perkedaian dan kediaman.

“Cadangan ini merupakan sebahagian daripada proses untuk menyusun semula kawasan bandar Kuala Terengganu,” tambahnya.

RM4.3 juta bantu keluarga miskin

Sumber Utusan Malaysia

Sebanyak 478 keluarga miskin di Kuala Terengganu menerima pelbagai bantuan berjumlah RM702,770 pada Majlis Penyampaian Bantuan Pembasmian Kemiskinan Bandar semalam.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menyampaikan hadiah berkenaan.

Majlis diadakan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Asha'ari Idris dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim.

Lajim berkata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM4.381 juta untuk membantu 1,919 keluarga miskin tegar yang tinggal di bandar-bandar di negeri ini bagi meningkatkan kualiti hidup sejak empat tahun lalu.

Peruntukan itu disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan di bawah program Bantuan Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

''Peruntukan yang diberikan untuk Terengganu itu merupakan sebahagian daripada RM97 juta yang diperuntukkan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dalam tempoh tersebut," katanya.

Lajim berkata, kerajaan komited membasmi kemiskinan dengan sasaran mengurangkan kadar keselurahan kepada 2.9 peratus menjelang 2010.

Katanya, daripada jumlah peruntukan itu, kira-kira RM2.267 juta diberikan dalam bentuk bantuan sewa rumah, bantuan pengurangan beban keluarga (RM2.029juta), bantuan ihsan (RM83,000) dan pendidikan serta latihan (RM1,800).

''Saya percaya bantuan yang disalurkan dapat memberi sedikit keselesaan kepada keluarga terbabit, selain dapat meringankan beban keluarga.

''Bagaimanapun, keluarga miskin perlu berusaha menambah pendapatan dengan menjalankan aktiviti ekonomi seperti menanam atau berniaga dalam usaha keluar daripada belenggu kemiskinan'' ujarnya.

Blog Adu Domba Terus Perlekeh Hishamuddin

Adu domba blog ini berbahaya!

Ia dikendalikan oleh seorang guru (bekas guru?) yang pernah bertugas dengan seorang Exco ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar Terengganu.

Ia cuba memecahbelahkan UMNO Terengganu dan mengeruhkan hubungan UMNO Terengganu dengan UMNO Pusat.

Selain mengadu domba, blog ini menjadi tempat memperlekeh dan memperkecilkan kemampuan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Tulisannya yang mempesoalkan banyak perkara mulanya hanya berkisar sekitar isu Terengganu tetapi apabila mempersoalkan perlantik Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, tindakannya sudah melampau.

Dengan jelas beliau mengatakan Hishamuddin dalam melantik barisan kepimpinan UMNO Terengganu meletakkan kepentingan dan keuntungan dirinya mengatasi kepentingan parti.

Dia dengan jelas mempertikaikan kewibawaan Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi.

Sebuah blog proPAS memetik ulasan blog berkenaan baru-baru ini dan memperbesarkan ‘kepalsuan’ yang ditimbulkan melalui blog berkenaan umpamanya, “Hisham bukan orang Terengganu lalu, Hisham tidak akan peduli dengan kemelut dan kesusahan orang Terengganu.”

Selain itu Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri dikatakan sebagai hanya menjaga Ketua-ketua Bahagian dan segelintir ahli UMNO Terengganu yang menyokongnya.

Berikut petikan tulisan yang dimuatkan dalam blog proPas yang memperkatakan mengenai blog yang mengadu-domba ini:

“Sebuah laman Blog dipercayai milik seorang ahli UMNO mengikut jejak langkah blog bekas Exco kanan Terengganu, mengkritik pelantikan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein sebagai Pengerusi UMNO Terengganu. Menurutnya Hisham selaku Naib Presiden UMNO dan Menteri kanan dilantik menerajui UMNO Terengganu adalah 'tepat dan berkepentingan'.

”Dengan kedudukannya sebagai seorang Naib Presiden dan Menteri kanan yang berpotensi untuk terus meningkat, beliau terpaksa memikirkan banyak perkara yang menguntung dan merugikan dirinya,”tulisnya.

Beliau mengulas, Hisham sedang berhadapan dengan dua kelompok manusia yang masing-masing mempunyai pengaruh, kekuatan dan kelemahan tersendiri.


Justeru katanya, Hisham terpaksa mengambilkira beberapa pendekatan dan pandangan pihak berkepentingan yang bakal menguntungkan dirinya.


Selain itu, tulisnya lagi, Hisham berhadapan dengan kelompok Ketua Bahagian yang menyokong Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan kelompok kumpulan 18 yang menyokong ‘Geng 10’.
Beliau turut meluahkan perasaan dengan mengatakan, Hisham bukan orang Terengganu lalu, Hisham tidak akan peduli dengan kemelut dan kesusahan orang Terengganu.

”Beliau (Hisham) diberi amanah untuk menjaga UMNO Terengganu, bermakna menjaga Ketua-ketua Bahagian dan segelintir ahli UMNO Terengganu yang menyokong mereka, bukan menjaga kerajaan dan kepentingan rakyat Terengganu keseluruhannya,”tulisnya.

Sebelum ini Dato’ Rosol Wahid mengkritik Hisham dengan berkata, kedudukan parti kini terletak di tangan Hishammuddin dan selepas pelantikan baru jawatan penting UMNO Terengganu dibuat, pelbagai pandangan timbul.

Menurutnya, dalam pelantikan itu wujud komen dan pandangan mengatakan Hishammuddin bersikap berat sebelah.
“Ini disebabkan beliau buat tidak ‘pamme’, buat endah tak endah kepada ‘suara’ ahli Yang Berhormat (YB) ketika pertemuan di pejabatnya sebulan lalu sehingga menyebabkan ramai YB berasa kurang senang.

“Apakah Hishammuddin tidak memahami apa yang diperkatakan ataupun beliau telah mendapat tekanan daripada pihak tertentu, wallahualam," katanya.”

Hati-hati dengan pegawai penguatkuasa KPDNKK palsu

Peniaga di negeri ini kena berhati-hati bimbang ditipu dua lelaki menyamar sebagai sebagai pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ini berikutan peniaga kedai runcit di beberapa buah kampung di Hulu Besut mendakwa mereka menjadi mangsa penipuan dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa KPDNKK.

Peniaga berkenaan diminta menjelaskan sejumlah bayaran kepada 'pegawai' terbabit bagi mendapatkan sijil perakuan rawatan premis mereka untuk mengelak daripada dikenakan denda sebanyak RM3,000.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK cawangan Besut, Kamarudin Hussin sudah menafikan pegawainya terbabit melakukan penipuan itu.

"Kita akan siasat perkara ini, setakat ini memang tidak ada pegawai kita dikesan cuba memperdaya peniaga seperti yang didakwa," ujarnya.

Beberapa mangsa minggu lalu menceritakan bagaimana mereka ditipu.

Salah seorang mangsa, Norhayati Mohd. Jusoh, 42, dari Kampung Pancur berkata, dia didatangi seorang lelaki berpakaian kemas berusia lingkungan 30-an di kedai runcitnya kira-kira pukul 4.30 petang, Khamis lalu.

Pada masa sama, seorang lagi rakan lelaki itu menunggu dalam kenderaan jenis Proton Aeroback.

Katanya, lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai pegawai penguat kuasa KPDNKK lalu bertanyakan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Lelaki itu kata, saya kena ambil satu sijil perakuan kesihatan dan kebersihan, jika tidak saya tidak boleh berniaga kerana kedai saya ini dikatakan banyak lalat, lipas, tikus dan semut.

"Kalau mahu sijil itu, saya kena bayar RM180 dan kepadanya dan bila saya kata tak cukup wang, dia kata saya boleh bayar dulu RM80," jelasnya.

Suspek berkata, baki RM100 lagi boleh dijelaskan di pejabat SSM untuk urusan memperbaharui Perakuan Pendaftaran.

Selain Norhayati, seorang lagi mangsa, Sarina Ahmad, 38, dari Kampung Pasir Badak yang menjalankan perniagaan runcit nyaris menjadi mangsa penipuan yang sama.

Dia mendakwa, lelaki yang sama mengunjungi kedai runcitnya dan mengakui sebagai pegawai bahagian kesihatan.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana sempat menelefon suaminya yang segera pulang ke kedai mereka menyebabkan suspek beredar dari situ.

Kajian pusat akuatik KT diketahui Oktober

Sumber Bernama

Dua jawatankuasa khas dalaman - Jawatankuasa Salah Laku (JSL) dan Jawatankuasa Kerja Pemulihan (JKP) - ditubuhkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiasat masalah kerosakan yang berlaku pada Pusat Akuatik Majlis Perbandaraan Kuala Terengganu.

Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof Dr Judin Abdul Karim, berkata JSL yang dianggotai lima pegawai kanan JKR telah diarah menyiasat serta merta untuk mengenal pasti sama ada terdapat salah laku atau kecuaian yang melibatkan kontraktor, sub-kontraktor, perunding, pembekal serta pegawai-pegawai JKR yang terlibat dengan pembinaan struktur RM19 juta itu.

Beliau berkata pemeriksaan awal menunjukkan masalah itu berpunca daripada kelemahan reka bentuk, kualiti pembinaan yang kurang kemas dan sempurna, kelemahan pemilihan dan penggunaan bahan binaan serta tiada kerja penyenggaraan yang terancang dan berkesan.

"Namun kita perlu menyiasat secara lebih terperinci dan adil terhadap semua pihak yang terlibat sebelum mengambil tindakan," kata Judin pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan dijangka diketahui Oktober ini dan sementara itu, pusat terbabit akan ditutup.

Judin berkata projek pusat akuatik itu masih dalam tempoh tanggungan kecacatan sehingga 31 Mei depan.

Projek itu dilaksanakan secara tender reka dan bina oleh Pakatan Nadiwangsa Sdn Bhd.

Ia memulakan pembinaan pada 3 Jan 2007 dan dijangka siap pada 15 Jan 2008, untuk Sukan Sukma tahun lalu.

Namun projek itu hanya dapat disiapkan pada 31 Mei 2008 dan kontraktor telah didenda RM200,263 kerana kelewatan sebanyak 61 hari.

Pusat Akuatik itu ditutup sejak 10 Julai berikutan JKR mendapati banyak masalah seperti pengaratan pada struktur keluli bumbung bangunan, pagar, tangga, saluran elektrik dan lampu.
Dinding dan dek kolam terjun pusat itu juga mengalami masalah resapan dan kebocoran air yang serius.

Ketika ditanya sama ada pembinaan pusat itu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR, Judin berkata: "Pada saya, nampaknya tidak. Tapi inilah sebabnya kami perlu mencari jawapan kenapa ia (projek itu) diluluskan".

Tuesday, July 21, 2009

KERAJAAN NEGERI BELA NASIB 119 KAKITANGAN KONTRAK JPM

Kerajaan Negeri sedang berusaha merayu Kementerian Pelajaran supaya mengambil semula 119 kakitangan kontraknya yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Pelajaran negeri ini.

Kepimpinan negeri, khususnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengambil berat nasib mereka yang diberhentikan dan mengarahkan Exco terbabit dengan pendidikan mengatasi masalah itu dengan segera.

Difahamkan seramai 119 kakitangan kontrak jabatan itu diberhentikan mulai 1 Julai lalu.
13 Jun lalu, kira-kira 70 kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran yang bekerja sebagai buruh dalam pelbagai jabatan di Terengganu, berkumpul di Dewan Belia dan Sukan Jalan Pasir Panjang bagi melahirkan kekecewaan mereka kerana akan diberhentikan kerja mulai 1 Julai lalu.

Mereka adalah sebahagian daripada 119 kakitangan kontrak yang terbabit dalam langkah pemberhentian kerja itu.

Ada kalangan mereka yang bekerja sudah lebih 20 tahun.

Kerajaan Negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman difahamkan sudah menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin menegai rayuan itu.

Malah Mohd Rzif dikatakan turut menyuarakan perkara ini kepada Kementerian Pelajaran dalam pertemuan dengan pegawai tinggi Kementerian Pelajaran di Putrajaya baru-baru ini.

“Kita berusaha membantu mereka kerana ada yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun,” katanya.
Mohd Razif berharap akan mendapat jawapan positif daripada Kementerian Pelajaran, khususnya Muhyiddin sendiri.

PROGRAM BERSAMA TOKOH JEJASKAN KONVO UDM?

Awal bulan ini, ketika Minggu Mesra Siswa berlangsung, satu majlis ‘Program Bersama Tokoh’ dilangsungkan di Universiti Darul Iman (UDM).

Bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dilaporkan dijemput hadir dalam ‘program bersama tokoh’ dan sudah pasti ada sahajalah perkara diperkatakan.

Jemputan itu mulanya tidak mendatangkan sebarang perbincangan, lebih-lebih lagi Idris dilihat sebagai ‘orang yang bertanggungjawab’ melahirkan UDM.


Malah melihat kepada pentadbiran UDM itu sendiri, Idris dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab ‘membawa balik’ Profesor Datuk Dr. Alias Daud untuk menjadi Naib Canselor.


Apapun, beberapa hari selepas itu ada cakap-cakap mengatakan ‘beberapa perkara yang diperbincangkan pada program itu kurang menyenangkan banyak pihak, termasuk istana’.

Lebih terserlah apabila Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tidak berangkat hadir ke Majlis konvokesyen UDM dan tidak di masyhurkan sebagai Canselor pertama universiti tersebut.

Sebuah blog yang memetik seorang kakitangan Universiti berkenaan memberitahu, bukan sahaja Tuanku Permaisuri tidak hadir malahan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said serta ahli-ahli Exconya juga turut tidak hadir.

Majlis makan malam rasmi yang dianjurkan oleh pihak Universiti itu hanya dihadiri oleh Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja, Tengku Badruzaman Sultan Mahmud.

Perkara ini telah menimbulkan banyak spekulasi di kalangan rakyat negeri ini khususnya persoalan apakah sebabnya Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong tidak berangkat ke majlis yang amat penting itu.

Ia adalah kerana, menurut sumber lain, pada hari Majlis Konvokesyen UDM, Tuanku Yang DiPertuan Agong berada di Terengganu, namun tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan, oleh mana-mana pihak, mengapa baginda tidak hadir.

Sebelum ini oleh pihak UDM memaklumkan Tuanku Permaisuri Agong akan berangkat hadir pada majlis konvokesyen yang julung-julung kali diadakan itu.

Pada 28 Jun lalu, Dr. Alias berkata, Tuanku Nur Zahirah telah menyatakan perkenan baginda untuk pelantikan tersebut dan persetujuan berangkat ke istiadat pemasyhuran itu.

"Pemasyhuran itu akan dibuat semasa majlis konvokesyen pertama UDM pada 14 hingga 16 Julai ini," katanya semasa majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2009/2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kampus Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Gong Badak.

Mengulas kelewatan penganjuran konvokesyen, Alias berkata, ia disebabkan pihaknya terpaksa menyediakan peralatan baru.

Tahun lalu, sebuah akhbar mendedahkan, UDM gagal mengadakan Konvokesyen selepas tiga tahun dinaik taraf sebagai universiti (dulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA).

Sebaliknya pada tahun ini, walaupun konvokesyen berjaya diadakan, ianya dilihat tidak sempurna dengan ketidakhadiran Canselornya dan para graduan hanya menerima skrol Naib Canselor sahaja.

Jom tenguk Gerhana Matahari di Pantai Batu Buruk esok

Penduduk di Terengganu patut mengambil peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari esok bermula pukul 7.30 hingga 10 pagi, di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.

Fenomena matahari penuh jarang dapat dilihat di negara ini dan kali terakhir, pada 1998 iaitu sebelas tahun lalu.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Ahmad Taufan Abdul Rashid berkata, gerhana penuh matahari itu merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang berminat, digalakkan datang beramai-ramai untuk menyaksikan fenomena astronomi yang menakjubkan pada hari tersebut.

Bagaimanapun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, hanya gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

“Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku,” kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd. Fairos Asillam, dalam satu kenyataan semalam.

Kawasan utara semenanjung merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

''Kita menyediakan teleskop dan peralatan khas supaya mereka berminat dapat menyaksikan simulasi fenomena gerhana matahari," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Taufan menambah, gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu sekali atau dua kali dalam satu tahun kalendar.

Katanya, gerhana matahari terbahagi kepada empat jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian).

'' Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

''Bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama," katanya.

Orang ramai dinasihat agar menyaksikan fenomena gerhana matahari dengan menggunakan cara yang selamat.

Antaranya menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen, penebat aluminium mylar dan filem hitam putih (monokrom) yang telah didedahkan kepada cahaya dan telah diproses.

Selain itu, orang ramai juga boleh menggunakan kaca penebat yang khusus untuk matahari
Kaedah lain ialah menggunakan teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai.

Paling tidak kita boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok.

Gout no hindrance to Terengganu MB

The Star, Monday July 20, 2009

Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said is carrying on with his duties despite suffering from gout.

Ahmad arrived at the Istana Maziah yesterday to witness the investiture ceremony of the Terengganu Regent as the patron of the state scout movement.

Helping hand: Ahmad being aided by state protocol officers at Istana Maziah yesterday.

The 52-year-old Mentri Besar, when met after the ceremony, said he suffered severe pain in the morning but had no choice as he had already made arrangements to attend the event.
“I had to be here today. But otherwise, my health is fine,” he said.

Terengganu expo a success

Story and photos by ZAZALI MUSA (The Star) Saturday July 18, 2009


















Not easy: Mohamed (sittin) trying his hand at wood carving with assistance from wood carver Zakaria Yasab (right).Looking are the Johor Entrepreneur Development Agency senior manager Ashari Kasnan (left) and Terengganu Entrepreneur Development Foundation general manager Azmil Razik.

JOHOR BARU: Johoreans were treated to everything Terengganu during the Terengganu Showcase 2009 held at Plaza Angsana shopping complex recently.

The event featured 46 booths showcasing textile, food, beverages, handicraft, beauty products and holiday packages from the east coast state.

Not easy: Mohamed (sittin) trying his hand at wood carving with assistance from wood carver Zakaria Yasab (right).Looking are the Johor Entrepreneur Development Agency senior manager Ashari Kasnan (left) and Terengganu Entrepreneur Development Foundation general manager Azmil Razik.

Among the items on sale were songket, hand-painted and printed batik, clothing, fish crackers, attap chee drink and traditional delicacies.

Beautiful piece: Owner of Fadhizan Songket Collection. Fadilah Muda showing the handwoven silk songket samping at the Terengganu Showcase 2009.

A similar event was held in 2004 and 2006 at the same venue and the organisers decided to come back again due to the encouraging response from entrepreneurs and shoppers.

The event was jointly organised by the Terengganu government and Terengganu Entrepreneur Development Foundation (YPUT).

Last year, the event was held at Johor Baru City Square shopping centre in conjunction with Visit Terengganu Year 2008. Similar events were also held in Miri and Alor Star.

“The event is one way of promoting products from our small- and medium-sized enterprises (SMEs) as well as selling Terengganu as a tourist destination,’’ said Datuk Mohamed Awang Tera.

He said the organisers had received an overwhelming response from SMEs wanting to take part in the event here, but they had to limit the number to 46.

Mohamed is also the state executive councillor for Rural Development, Entrepreneur and Cooperative said YPUT would set up three T’shoppe outlets outside Terengganu this year.

He said the outlet at the Malacca International Trade Centre would open this month while YPUT was still looking for suitable locations in Kuala Lumpur and Johor Baru.

The 24-hour outlet was introduced early this year with an objective of assisting the Terengganu SMEs and entrepreneurs to promote and market their products collectively. Currently, there are four outlets in Terengganu.

“We are planning to incorporate the T’café concept in the new T’shoppe outlets, especially at major towns and main growth centres,’’ said Mohamed.

He said apart from selling food and non-food items at T’shoppe, T’café would serve authentic Terengganu dishes in a modern café setting including al fresco dining, with WiFi facility.

PENGUMUMAN : PBD Setiu anjur bola 7’s

PERSATUAN Bola Sepak Daerah Setiu (PBDS) akan menganjurkan kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Terbuka Terengganu bagi merebut piala Sayang Setiu 2009 sempena Bulan Kemerdekaan.

Yang Dipertua PBDS, Marzuki Sulong berkata, kejohanan yang diadakan pada 7 hingga 9 Ogos ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000.

Katanya, johan akan menerima RM10,000 serta piala iringan, naib johan (RM5,000), ketiga (RM3,000 ) dan keempat, RM2,000.

“Kejohanan selama tiga hari ini berlangsung di Padang Astaka Permaisuri dan Padang SMK Saujana dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dijangka hadir bagi menyampaikan hadiah pada hari terakhir kejohanan,” katanya.