Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN) menyiasat punca runtuhan menara yang dibina kontraktor tempatan.
Menara telekomunikasi jalur lebar di Kampung Chagar Batang, dekat Pasir Akar, Besut, tumbang menghempap dan meranapkan sebahagian bangunan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ahad lalu.
Menara setinggi 35 meter itu baru siap akhir tahun lalu tumbang jam 6.30 petang ketika angin kencang dan hujan lebat, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata ketika kejadian pejabat DUN berkenaan sudah ditutup dan kerugian dianggarkan bernilai RM50,000.
"Petang itu angin agak kencang, tetapi kami tidak menyangka menara yang sepatutnya berdiri kukuh itu tumbang, sedangkan atap rumah penduduk di kawasan berhampiran pun tidak ada yang terbang atau tercabut seperti yang biasa berlaku ketika ribut.
"Saya mengesyaki menara itu tumbang berikutan pembinaannya tidak kukuh. Kita kesal kerana ia baru siap akhir tahun lalu dan tidak sampai setahun ia sudah tumbang," katanya menurut Berita Harian.
Friday, August 7, 2009
Rosli, Nasir pemimpin berjiwa besar
Oleh Saiful Malek Muda (citra_bangsa@yahoo.com)
SAYA percaya, tindakan paling wajar bagi Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan melantik dua orang bekas penentangnya, Datuk Din Adam dan Zakaria Abdullah sebagai AJK Umno bahagian itu dibuat kerana sayangkan Umno melebihi segala-galanya.
Sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, Datuk Rosli mungkin dikecam penyokongnya sendiri kerana perangai Zakaria (ADUN Paka) dan Din (ADUN Bukit Besi) terhadap dirinya dan rakan-rakan kepimpinan dalam Umno Bahagian Dungun, sepatutnya kedua-dua orang ini perlu disisihkan terus.
Namun, Datuk Rosli sudah ‘season’ dengan perjuangan. Bukan kecil bantuan dan pertolongannya yang menyebabkan Zakaria dan Din kini bergelar YB. Malahan, satu ketika, Din dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu dan jika bukan kerana DUN Bukit Besi yang melayakkannya menjadi ADUN, mustahil dia boleh menjadi Exco.
Malangnya, Din lupa daratan. Din me ngambil keputusan menentang Datuk Rosli yahng banyak berjasa kepada karier politiknya. Din lupa daratan kononnya dia naik dalam politik bukan kerana DUN Bukit Besi, bukan kerana pengundi di Bukit Besi dan bukan kerana Umno Bahagian Dungun.
Berkali-kali dia bercakap di khalayak ramai, dia tidak menghormati kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Kalau Din faham susur-galur politik Terengganu, Din sepatutnya mengisytiharkan dirinya bertaubat nasuha, tidak lagi menjadi penderhaka.
Kalau Din tidak tahu dan tidak mahu menghormati Menteri Besar yang bernama Datuk Ahmad Said, Din hormatilah ‘institusi Menteri Besar’ itu.
Ketika ini, Menteri Besar Terengganu adalah Datuk Ahmad Said. Dari segi kerajaan, beliaulah ketua. Apabila Datuk Rosli bercadang mahu melantik Din dan Zakaria
sebagai AJK, tentulah Menteri Besar dirujuk.
Jika Menteri Besar tidak berdendam dengan apa yang telah Din lakukan terhadap dirinya, ini membuktikan bahawa Datuk Ahmad Said dan Datuk Rosli memang layak digelar pemimpin berjiwa besar.
Penyokong-penyokong Datuk Rosli di Dungun sebenarnya lebih layak dilantik menjadi AJK tambahan kalau Datuk Rosli lebih memikirkan keutuhan politik peribadinya. Malahan, keputusan beliau melantik Din dan Zakaria pastinya beliau terpaksa berdepan dengan ‘kekecewaan kawan-kawannya’ yang siang dan malam menyokongnya.
Bagi orang-orang Umno di luar Dungun, mereka mungkin tidak dapat memaafkan Din dan Zakaria yang terlibat dengan Geng 10, memboikot Persidangan DUN Terengganu, pertengahan April lalu.
Khabarnya, Datuk Rosli yang cukup terkenal dengan sikap membela kawan-kawan, mengumumkan perlantikan Din dan Zakaria di hadapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum perasmian Persidangan Tahunan Umno Bahagian Dungun.
Bukan main terkejut beberapa pihak yang selama ini memang tidak bersetuju dengan ‘sikap Datuk Rosli’ yang dikatakan selalu memaafkan kawan-kawan yang pernah mengkhianati dirinya.
Namun, kegelisahan kawan-kawan yang menyokong kuat Datuk Rosli dapat ditenteramkan. Khabarnya, bekas pembantu kepada Din ketika dia menjadi Exco, Abdul Mubin Ismail mengharapakan bekas bossnya itu tidak menerima apa-apa tawaran dan perlantikan sebaliknya terus bekerja untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Sejauh mana kebenaran dakwaan terhadap hasrat Abdul Mubin ini tidak dapat dipastikan tetapi, dia tidak mahu Geng 10 berjuang sekerat jalan.
Dalam perkembangan yang sama, ada pihak memberitahu, Din dan Zakaria mungkin merujuk terlebih dahulu kepada ‘bossnya’ Datuk Seri Idris Jusoh sama ada mahu menerima atau tidak tawaran perlantikan ini.
Kata mereka yang pernah mendengar Menteri Besar berkata, Din pernah ditawarkan menjadi Exco Belia dan Sukan oleh Datuk Ahmad Said tetapi menolaknya dengan cara menyampaikan ‘penolakan’ itu melalui pihak ketiga.
Kalau Din menerima tawaran ini, baguslah. Mudah-mudahan Umno Terengganu akan kembali utuh. Tetapi kalau Din menolak tawaran ini, pun bagus juga kerana mudah-mudahan, hasrat kawan-kawannya mahu melihat dia hanyut dibawa arus perasaan tidak pernah bersyukur, akan memusnahkan dirinya sendiri.
Begitu juga Zakaria. Hubungannya dengan Datuk Rosli sebelum ini amat intim.
Mustahil Datuk Rosli tidak ada berjasa dan berbudi kepadanya hingga dia berjaya menjadi ADUN Paka. Tetapi, biasalah. ADUN yang dikatakan suka ke Jakarta ini tentunya tidak akan membuat keputusan menerima tawaran tanpa merujuk terlebih dahulu dengan ‘sifu politiknya’.
Dalam perkembangan yang sama, khabarnya Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri turut mempelawa ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh untuk duduk sebagai AJK Umno bahagian Kuala Nerus.
Mohd Nasir mungkin mahukan Muhammad Ramli yang mempunyai blog sendiri, menggunakan blognya untuk berkhidmat kepada rakyat di DUN Tepuh dengan lebih berkesan lagi.
Barangkali Mohd Nasir bimbang, Muhammad Ramli menyalah gunakan blognya sendiri untuk tujuan yang merugikan Umno. Kuala Nerus merupakan kubu kuat Umno di Terengganu dan pernah menyaksikan Naib Presiden Parti Melayu Semangat 46, Datuk Ibrahim Azmi Hassan tewas di tangan calon BN, Datuk Abdul Rahin Md Said.
Apa yang paling mengejutkan, pengumuman Hishammuddin melantik ADUN Kota Putera, Mohamad Pehimi Yusof sebagai Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Mohamad Pehimi juga merupakan salah seorang anggota Geng 10 diharapkan dapat menerima tawaran itu dan mampu untuk menjauhkan diri dari mereka yang selama ini menjalankan kerja-kerja untuk menggugat kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Menjadi hak Hishammuddin mahu melantik sesiapa yang dia suka menjadi Penolong Setiausaha atau Penolong Bendahari atau Penolong Ketua Penerangan kerana jawatan itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Umno, tetapi janganlah nanti penolong-penolong ini menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Badan Perhubunga Umno Negeri.
Maklumlah, Geng 10 ini sudah terbukti berani memboikot Persidangan DUN Terengganu, tidak mustahil jika mereka juga boleh melakukan sesuatu yang mampu merosakkan imej Umno Negeri Terengganu.
Hishammuddin kena beritahu mereka, jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu sekarang disandang oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bukan lagi Datuk Seri Idris Jusoh.
Ramai yang khuatir kalau-kalau mereka ini masih menjalankan kerja-kerja Idris dan bukan kerja-kerja Umno!

Subsidi RM30 untuk kursus kahwin
Terengganu adalah antara negeri yang kadar yuran kursus pra perkahwinan masih rendah iaitu RM50 berbanding negeri lain.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, rakyat Terengganu dapat menikmati kadar yuran kursus pra perkahwinan rendah kerana Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menyediakan subsidi RM30 bagi setiap individu yang mengikuti kursus itu sejak diperkenalkan pada 1998.
Sekiranya tiada subsidi, yuran kursus pra perkahwinan boleh mencecah RM80 seorang. Setakat ini kadar yuran di negeri ini masih lagi rendah berbanding di negeri lain yang kebanyakannya berharga RM60 hingga RM100.
Salah satu faktor kenapa kadar yuran kursus pra perkahwinan masih rendah di negeri ini disebabkan ia dikendalikan sendiri Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), tidak seperti di negeri lain kerana kebanyakan kursusnya dikendalikan pihak swasta,” katanya ketika ditemui: Sinar Harian :selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Modul Bersepadu Pra-Perkahwinan Islam, anjuran JHEAT dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, di sini.:
Menurut Muhammad Ramli, setakat ini Kerajaan Negeri tidak memberi kebenaran kepada pihak swasta untuk mengendalikan kursus pra perkahwinan bagi mengelakkan sijil kursus dibeli tanpa perlu mengikuti kursus.
Kita ambil langkah ini kerana tidak mahu berlaku kes seperti itu, justeru, sehingga kini kursus pra perkahwinan masih di bawah tanggungjawab JHEAT.
Aspek kehadiran amat dititikberatkan ketika mengendalikan kursus ini. Meskipun peserta tidak hadir pada satu slot, mereka tidak akan diberikan sijil dan perlu menggantikan dengan hadir pada kursus akan datang untuk melayakkan mereka mendapat sijil,” katanya.
Menurut Muhammad Ramli, kehadiran peserta penting untuk memastikan objektif pelaksanaan kursus pra perkahwinan mampu mencapai matlamat ditetapkan.
Sementara itu, beliau turut memuji usaha Lembaga Muzium Negeri Terengganu mengadakan kursus pra perkahwinan kepada 64 kakitangan dan individu luar kerana ia adalah salah satu bentuk kebajikan majikan kepada kakitangan.
Agensi kerajaan dan swasta lain boleh mencontohi Lembaga Muzium Negeri Terengganu menganjurkan kursus pra perkahwinan ini yang julung kali diadakan jabatan kerajaan di negeri ini, selain memperuntukkan sedikit bajet untuk program seumpama ini," katanya.

Piala Sayang Setiu jadi rebutan
Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu (PBSDS) akan menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Sayang Setiu dalam mencungkil bakat baru di daerah itu esok.
Yang Dipertuanya, Marzuki Sulong, berkata, setakat ini 35 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM20,000.
Katanya, pasukan bola sepak dari Kelantan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur telah mengesahkan penyertaan. Yuran pendaftaran RM300 dikenakan bagi setiap pasukan.
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta piala iringan, tempat kedua RM5,000, ketiga (RM3,000) dan keempat (RM2,000).

Thursday, August 6, 2009
Tender Jambatan Bukit Kuang akhir tahun
Tender pembinaan Jambatan Bukit Kuang di Kemaman akan dikeluarkan antara Disember hingga Januari tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said semalam memaklumkan, pembukaan tender itu dijelaskan kepadanya oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Datuk Jebasingam Issace John pada mesyuarat ECER di Kuantan kelmarin.
Beliau membuat permohonan supaya sedikit pindaan dilakukan pada pelan struktur jambatan agar lebih tinggi bagi membolehkan bot besar dapat melalui di bawahnya tanpa sebarang masalah.
“Ketinggiannya mungkin mencapai kira-kira 15 meter,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, semalam.
Melalui ECER, Kerajaan Negeri turut membuat permohonan pembinaan jalan sepanjang enam kilometer di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman dan ia telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Disebabkan kawasan perindustrian ini mempunyai kilang besar yang baru diluluskan, jalan empat lorong amat diperlukan kerana dianggarkan lebih 1,000 lori akan bergerak melalui jalan itu dalam tempoh sehari nanti,” katanya.
Ahmad Said turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan mewujudkan kawasan agropolitan di Besut dan Setiu sebagai usaha meningkatkan pengeluaran makanan di negeri ini.
Ia selaras dengan matlamat ECER yang mahukan pertanian menjadi salah satu bidang penting dalam pembangunan wilayah berkenaan.
Setakat ini, kita telah mengimport 400 ekor kambing dan akan ditempatkan di Telaga Papan, Setiu,” katanya.

Penahanan Adun adalah proses biasa
Sumber: Berita Harian
PAS tidak perlu mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta sogokan daripada sebuah syarikat, meletak jawatan kerana kes itu masih dalam siasatan.
Timbalan Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat, berkata penahanan Adun terbabit adalah proses biasa dan tidak menjejaskan maruah Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, bukan hak Pas untuk mendesak ADUN itu supaya melepaskan jawatan, sebaliknya apa juga tindakan akan diputuskan oleh pucuk pimpinan BN khususnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Kita nasihatkan PAS negeri selesaikan masalah dalaman dihadapi dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum mendesak Adun disiasat melepaskan jawatan... jangan duk (duduk) sibuk mencampuri urusan UMNO.
"Kepimpinan Umno tidak pernah mencampuri atau mendesak wakil rakyat DAP yang ditahan kerana disyaki terbabit rasuah melepaskan jawatan sebagai Adun. Lagi pun, kes ini masih disiasat dan beliau belum terbukti bersalah.
"Oleh itu, suka kita mengingatkan PAS supaya tidak menjadi ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan lurus, sedangkan mereka sendiri berjalan mengiring," katanya mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Pas negeri, Hanafiah Mat yang meminta Adun yang ditahan SPRM, Isnin lalu melepaskan jawatan.

Di Besut...Menara Pula Runtuh?
Apalah nasib projek di Terengganu...
Selepas setahun siap dibina, ia runtuh atau mengalami masalah.
Jika sebelum ini keruntuhan dan kebocoran membabitkan bumbung stadium, pusat akuatik, stadium tertutup dan lapangan terbang, kali ini ia berjangkit ke menara projek jalur lebar di Besut pula.
Menara Mobile Mast projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.
Banyak pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.
Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).
Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi
Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.
Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.
Persoalannya di sini, berapakah anggaran kerosakan kali ini kerana menara ini khabarnya menelan berjuta-juta ringgit?
Punca keruntuhannya belum diketahui dan siapa bertanggungjawab mengawasinya?
Apakah Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan negeri?

POLITIK TERENGGANU MASIH KUCAR KACIR?
Oleh Mohd Sayuti Omar
Ada angin semilir dari Pantai Timur membawa khabar mengenai politik Terengganu masih belum sendek. Masih berkucah dan kucar kacir? Keadaanya masih belum menentu lagi.
Sehubungan itu pemerhati politik di negeri penyu itu berpendapat keadaan politik Terengganu waktu ini paling teruk dan senak berbanding dengan negeri-negeri lain. Ia lebih senak daripada suasana politik di Kedah dan Penang kecuali Selangor.
Kedudukan Ahmad Said selaku MB masih belum kukuh sepenuhnya, bergoncang-goncang. Bila-bila masa katanya MB itu boleh tumbang dan melayang dari kerusi itu.
Kedudukan Mat Said katanya benar-benar bergantung kepada pihak Istana sahaja. Istana telah menjaga Mat Said dan Mat Said memerintah atas ehsan istana.
Sebab itulah ada cakap-cakap mengatakan Mat Said MB istana bukannya MB Umno! Apapun kenapa istana begitu sayang kepada Mat Said tidak pula diketahui. Walaupun ada cerita kononnya konon ada batter trade (kontra) berlaku tidak pula boleh dipercayai, beter trade itu macam mana bentuknya?
Namun rumusan itu tidak boleh ditolak begitu saja. Kerana itu Mat Said sentiasa tersenyum di mana-mana sahaja. Ia seolah-olah tidak merasa apa-apa dan terancam dengan apa yang berlaku di Terengganu.
Tidak ada kebimbangan di wajahnya. Dia berserah kepada takdir mengenai nasibnya. Macam mana dia tidak pernah terfikir akan jadi MB dia juga mungkin tidak memikir bagaimana kalau dia akan tercabut dari kerusi itu. Kehilangan kerusi itu tidak akan memberi apa-apa kesan kejiwaan kepadanya.
Ada kalanya senyuman Mat Said itu menggambarkan yang dia tidak kisah dengan apa yang berlaku. Seolah-olah dia mentadbir tanpa perasaan apa-apa. Mungkin itu gaya dan cara Mat Said nak release tensionnya.
Bagaimana pun cerita dari Terenggau itu tidak sampai ke Kuala Lumpur. Ataupun kalau ia sampai ia ditampan oleh beberapa isu yang timbul kini. Tetapi ia telah menjadi kalut di Terengganu.
Mungkin disebabkan isu politik semasa di Kuala Lumpur lebih panas dan menarik menyebabkan isu itu dibiarkan begitu saja. Perbicaraan Anwar Ibrahim atas kes liwat, tragedi kematian misteri Teoh Beng Hock dan terbaru demonstrasi anti ISA menyebabkan pemerhati Kuala Lumpur terlupa untuk suluh Terengganu. Mungkin sikit hari nanti semua mata akan menjolor ke Terengganu pula.
Namun yang pastinya disana sudah geger. Sudah ada orang bersiap sedia untuk mengambil alih kerusi Mat Said. Ada dua versi kekalutan di Terengganu pada masa ini yang nampak komplikated sedikit.
• Puak Idris Jusoh beriya-iya nak jatuhkan Mat Said. Seorang Adun dikatakan akan bertindak mengosongkan kerusi Adun bagi memalukan Mat Said. Katanya Adun berkenaan telah memberi kata dua kepada presiden Umno, Najib Razak. Kalau Najib tidak menggantikan Mat Said dengan orang lain Adun itu akan kosongkan kerusi.
• Susulan kegagalan pucuk pimpinan menyelesaikan isu itu, kononnya mengakibatkan Idris Jusoh dan genangnya akan bertindak menjadi Adun bebas dalam DUN Terengganu. Tindakan ini juga untuk mengaib dan mengajar Mat Said.
• Selain itu ada juga cakap-cakap mengatakan Idris bersama gengnya akan menyertai Pakatan Rakyat. Parti yang akan dipilih ialah PKR. PKR akan bergabung dengan Pas untuk tubuh kerajaan. Idris akan jadi MB. Logiknya kalau Idris dan gengnya menyertai PKR dan bergabung dengan Pas bermakna Mat Said kehilangan majoriti. Puak Mat Said hanya ada 14 sahaja manakala dipihak Pakatan 18 kerusi. Situasi ini kalau diadakan undi tidak percaya bila-bila masa Mat Said boleh tersungkur.
• Dalam pada itu ada juga cakap-cakap mengatakan sekiranya Mat Said terancam (diancam oleh Idris Jusoh) Mat Said akan menyerang balik dengan bergabung diri bersama Pas. Mat Said diatakan rela melepaskan jawatan MB kepada Pas daripada menyerahkan bulat-bulat kepada Idris Jusoh. Mat Said sudah pun mengadakan hubungan dengan Pas. Pembelian dua ekor kambing Pesuruhjaya Pas Terengganu, Harun Taib oleh Mat Taib adalah symbol kerjasama itu mungkin berlaku.
Itulah situasi dan cakap-cakap yang berlaku sekarang ini. Apakah ia satu bahan jenaka ataupun gimik menjelang musim tengkujuh saja? Atau ia satu kebenaran akan meletup bila-bila masa saja. Nampaknya cerita itu berbelit-belit sedikit.
Cuma di sini apa yang boleh disimpulkan, Idris Jusoh kalaupun menyertai PKR dan bergabung dengan Pas beliau tidak mungkin dapat jadi MB. Mustahil Sultan Terengganu akan menerimananya selapas ditolak sebelum ini. Maknanya Pas juga akan jadi MB.
Dalam kemelut hari ini Pas mendapat untung. Kalau bergabung dengan PKR, Pas akan jadi MB dan kalau bergabung dengan Umno, Pas juga akan jadi MB. Bernasib baiklah Pas nampaknya.
Tetapi realiti itu tidak mudah jadi kenyataan. Ada sepihak lagi berpandangan langkah paling baik untuk menyelesaikan keadaan politik Ternegganu hari ini ialah dengan Mat Said menghadap sultan agar bubar DUN Terengganu. Adakan pilihan raya semula dan serah kepada rakyat.
Terserahlah kepada rakyat untuk memilih siapa dari tiga kumpulan itu untuk menjadi MB – kumpulan Mat Said, Idris Jusoh atau Pas.
Itulah cara dan formula paling afdal dan dirasakan dapat memuaskan hati semua pihak.

Felda sedia 48 hektar tanah tanam sayur, buah
Sumber: Utusan Malaysia
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Wilayah Terengganu memperuntukkan sebanyak 48 hektar tanah bagi memulakan projek tanaman sayur dan buah-buahan di kawasan tanah rancangan tersebut.
Pengurus Besarnya, Faizoull Ahmad berkata, ia merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dilakukan di bawah Felda Gedung Makanan Negara.
Katanya, sebanyak 40 hektar tanah di Felda Tenang, Besut dan lapan hektar tanah di Felda Chalok, Setiu diperuntukkan untuk menanam sayuran dan buah-buahan yang bersesuaian.
Menurut beliau, projek tanaman tersebut akan diuruskan oleh syarikat yang ditubuhkan oleh para peneroka di negeri ini.
''Kita akan menggunakan kaedah dikenali sebagai 'double area' dalam melaksanakan projek tanaman tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Motivasi Pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 bersama Ibu Bapa di Sekolah Menengah Kebangsaan Teja Putera, Ketengah Jaya semalam.
Faizoull berkata, melalui kaedah tersebut, para peneroka akan menanam sayuran dan buahan di kawasan bersebelahan dengan kelapa sawit.
Katanya, kaedah itu tidak akan mengurangkan jumlah pokok kelapa sawit yang ditanam kerana ia akan mengecilkan alur tanaman kelapa sawit.
''Ia juga akan memberi pendapatan lebih cepat kepada para peneroka berbanding kepala sawit.
''Ini kerana hasil projek tanaman sayuran dan buahan boleh dituai lebih awal berbanding kelapa sawit yang memerlukan masa kira-kira dua tahun untuk mengeluarkan hasil," katanya.
Beliau memberitahu, projek tanaman sayuran dan buah-buahan itu juga lebih sesuai dilakukan oleh peneroka warga emas kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak berbanding mengambil hasil kelapa sawit.

Wednesday, August 5, 2009
Dokumen tidak lengkap punca kes cerai berlarutan
Dokumen yang tidak lengkap selain kesibukan peguam mengendalikan pelbagai kes dalam satu masa dikenal pasti antara punca perbicaraan terutama kes tuntutan harta sepencarian pasangan bercerai tertangguh di Mahkamah Syariah.
Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Ismail Yahya, berkata kes tuntutan harta sepencarian sepatutnya dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan, tetapi dua faktor itu menyebabkan berlaku kelewatan dalam penyelesaian kes.
Bagaimanapun katanya, Jabatan Kehakiman Syariah (JKS) negeri tidak menyalahkan atau meletakkan semua punca kelewatan itu di atas bahu peguam, sebaliknya menegaskan setiap responden bertanggungjawab menyediakan dokumen lengkap dan tidak bergantung sepenuhnya kepada peguam untuk mencari bahan bukti bagi mempercepatkan penyelesaian kes.
Justeru, Ismail berkata, bagi mengatasi masalah itu, semua dewan perbicaraan Mahkamah Syariah di seluruh negeri akan dilengkapi komputer yang mempamerkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang akan mengenal pasti punca utama kelewatan penyelesaian sesuatu kes.
"Dengan kemudahan ini, ia akan membolehkan hakim dan peguam meneliti KPI yang akan dipamerkan. Melalui kaedah ini, kita dapat memantau dan meneliti punca kelewatan sehingga menyebabkan kes perbicaraan terpaksa ditangguh dan berlarutan dalam tempoh panjang.
"Melalui KPI ini kita dapat kenal pasti sama ada kelewatan itu berpunca daripada hakim atau peguam yang mengendalikan kes berkenaan. Jika kelewatan itu berpunca daripada hakim, kita akan menghantar hakim mengikuti kursus peningkatan kemahiran untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan Pelaksanaan KPI yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, di Kuala Terengganu kelmarin.

‘TTI River Cruise' tarikan baru ke TTI
Oleh Nurul Mardiana Abdul Alim (Berita Harian)
Sejak Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di Kuala Terengganu, dibuka kepada pengunjung bermula Februari tahun lalu, lebih 2.3 juta pelawat mengunjunginya.
Ini termasuk 400,000 pelancong asing yang melawat Taman Monumen, menempatkan lebih 20 replika seni bina Islam terulung di dunia.
Jika dilihat kepada perangkaan pelancong yang mengunjungi TTI, ia boleh dianggap satu pencapaian membanggakan. Namun, itu bukan alasan untuk pihak pengurusan TTI berpuas hati atau goyang kaki, sebaliknya pelbagai inisiatif dan tarikan baru ditawarkan di TTI dalam usaha menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.
Selain bersandarkan kepada keunikan Masjid Kristal dan Taman Monumen yang tersohor, terbaru pihak pengurusan TTI memperkenalkan beberapa tarikan yang diyakini dapat menggamit lebih ramai pengunjung ke taman berciri Islam pertama seumpamanya di negara ini.
Kunjungan ke TTI pasti lebih menarik dan meriah apabila pelancong berpeluang merasai pengalaman menyusuri Sungai Terengganu dan menikmati keindahan serta kedamaian alam semula jadi menerusi daya tarikan baru yang dikenali sebagai 'TTI River Cruise'.
Pengarah Urusan TTI, Engku Md Azmi Abdul Rahman, berkata perkhidmatan menyusur sungai yang diperkenalkan TTI diharap dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menyusuri sungai menaiki perahu tradisional yang menjadi kebanggaan rakyat negeri itu.
Beliau berkata, selain menjanjikan pengalaman indah, pakej perahu menyusur sungai itu juga secara tidak langsung boleh mendedahkan pelancong dengan budaya dan cara hidup penduduk di negeri ini khususnya kehidupan golongan nelayan yang menjadi identiti atau simbol kebanggaan masyarakat setempat.
"Melalui pakej ini, pengunjung boleh mengenali dengan lebih dekat lagi cara hidup penduduk di negeri ini terutama kehidupan nelayan serta mengetahui cara pembuatan makanan tradisi negeri yang popular seperti nasi dagang dan keropok lekor yang kita ketengahkan.
"Keunikan TTI 'river cruise' adalah kerana kedua-dua perahu yang membawa pelancong menyusur sungai selama lebih setengah jam adalah bot tradisional yang digunakan oleh nelayan di negeri ini untuk menangkap ikan di laut dan sungai," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Perkaya bangun dua institusi RM100j
Pertubuhan Anak-Anak Yatim (Perkaya) akan membangunkan dua institusi pendidikan baru di kampus Kolej Teknologi Bestari (KTB) di Setiu tahun depan, bagi menyediakan peluang pendidikan kepada anak yatim seluruh negara.
Yang Dipertuanya, Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor, berkata Perkaya akan membangunkan Kolej Universiti Teknologi Bestari dan Institut Kemahiran Bestari (IKB) di kawasan kampus KTB seluas 128 hektar dengan peruntukan RM100 juta.
Beliau berkata, pembangunan infrastruktur pendidikan itu antara tiga projek dirancang Perkaya tahun depan, selain program membaik pulih 53 asrama anak yatim seluruh negara dan pembelian ladang kelapa sawit yang kedua-duanya membabitkan kos RM200 juta.
"Kita sangat bersyukur kerana berjaya mengumpul dana RM300 juta hasil duit wakaf didermakan orang ramai dan korporat yang prihatin untuk kita melaksanakan perancangan dan pembangunan ini. Kita harap, semua projek dirancang Perkaya akan memberi manfaat untuk masa depan anak yatim dari seluruh negara.
"Melalui institusi pendidikan ini, kita harap semua anak yatim dapat meraih peluang melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi bagi membantu mencorakkan masa depan mereka.
"Perkaya bukan saja bertanggungjawab menjaga kebajikan anak yatim, tetapi menitikberatkan aspek pendidikan agar mereka berjaya menjadi seorang berpelajaran," katanya yang ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan pakaian sempena Aidilfitri kelmarin.

Tuesday, August 4, 2009
ECER SEZ Dijangka Wujudkan 220,000 Pekerjaan
Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ) – dari Kerteh, Terengganu ke Pekan, Pahang dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekan butang bagi merasmikan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan sambil disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat (kiri); Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (dua dari kiri) dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (dua dari kanan) di Kampung Runchang, Pekan, Pahang hari ini. SEZ dijangka mampu menarik pelaburan asing dan domestik ke wilayah itu sebanyak RM90 bilion menjelang 2020
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini, ECER SEZ akan menarik RM90 bilion pelaburan langsung domestik dan antarabangsa menjelang 2020.
ECER SEZ ialah zon ekonomi khas pertama di Malaysia yang bersepadu, dengan insentif istimewa untuk menarik masuk pelaburan dan memberi lebih tarikan kepada aktiviti ekonomi di kawasan tertentu.
"Projek-projek di luar kawasan SEZ akan terus berjalan. Oleh sebab kawasan ini (ECER) sangat luas, ia memerlukan satu kawasan tumpuan," kata Najib kepada pemberita selepas melancarkan ECER SEZ serta projek Agropolitan ECER di Runchang, di sini.
Najib berkata empat zon bebas akan diwujudkan di ECER SEZ bagi menggalakkan serta menumpukan rantaian antara kelompok industri yang akan memberikan impak yang signifikan terhadap ekonomi ECER - kelompok Pembuatan Bernilai Tinggi, Industri Asas Tani; Gas dan Petrokimia; Pelancongan/ Hartanah; Ilmu/Pendidikan dan ICT serta Logistik.
"Bagi tempoh 2007 hingga sekarang, sejumlah RM24 bilion nilai pelaburan asing dan tempatan dijangka diperoleh daripada pelabur swasta dalam memajukan projek-projek di ECER dalam kelompok pelancongan, pembuatan, petrokimia dan pertanian," kata Najib.
Menurut beliau walaupun berkeluasan fizikal hanya enam peratus daripada keluasan keseluruhan ECER, zon ini mempunyai impak ekonomi yang amat besar, termasuk keupayaan menyumbang kepada 50 peratus daripada peluang pekerjaan berbanding seluruh ECER serta menyumbang kepada 80 peratus daripada hasil keluaran ekonomi untuk keseluruhan ECER.
Najib turut berkata bahawa pembangunan ECER akan terus mandapat komitmen kerajaan hingga ke Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sehingga tahun 2020 melalui 189 projek bernilai RM112 bilion yang akan dilaksanakan secara berperingkat.
Sehubungan itu, Najib berkata Pelabuhan Kuantan juga akan dinaik taraf dan diperluas supaya berupaya mengendalikan lebih 30 juta metrik tan muatan kargo setahun menjelang tahun 2020 berbanding 16.8 juta metrik tan pada masa ini.
Ia bertujuan memastikan pelabuhan itu mampu memainkan peranannya sebagai pelabuhan utama di Pantai Timur dan sebagai pintu masuk perdagangan bagi pasaran Asia Pasifik.
Untuk merangsang pertumbuhan pesat ECER SEZ, Najib berkata kerajaan akan menyediakan beberapa insentif fiskal dan bukan fiskal yang baharu supaya dapat menarik pelaburan dan membolehkannya terus berdaya saing.
"Kalau ada permohonan untuk insentif tambahan, kita akan pertimbangkan berdasarkan merit sesuatu kes itu," katanya.
Selain itu, Najib berkata projek Agropolitan ECER yang turut dilancar merupakan sebuah pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmi kemiskinan tegar pada akhir 2010, melalui penglibatan golongan miskin dalam sektor-sektor perladangan dan bukan perladangan.
"Saya tertarik dengan Agropolitan ini kerana selain menanam kelapa sawit, mereka juga boleh menternak kambing biri-biri. Jika bekerja separuh hari, dalam sebulan boleh dapat RM500, dan jika bekerja sepenuh hari boleh mencapai RM1,000 sebulan. Ini boleh membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan," katanya.
Perdana Menteri berkata mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik juga akan diberikan kerja sementara yang sudah tua atau uzur, akan diberi skim kebajikan.
Katanya, 50 peserta pertama telah dipilih untuk menjalankan aktiviti projek Agropolitan ini, yang mampu menampung sehingga 1,500 peserta.

Ahmad Said hadir Mesyuarat ECER
Sumber: Utusan Online
Mesyuarat majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ketiga semalam di Putrajaya membincangkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang akan dilancarkan di Pekan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Projek Agropolitan Pekan, yang bertujuan membasmi kemiskinan, akan turut diumumkan hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis itu, Datuk Jebasingam Issace John selepas menghadiri mesyuarat itu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Ia turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.
Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
"Lembaga itu juga mahu menggalakkan pelaburan swasta secara aktif. Kami juga mengkaji kerangka bagi pewujudan satu amanah hartanah untuk memajukan tanah simpanan Melayu," katanya.
Yang lain ialah Taman Perindustrian Automotif Pekan, Taman Polimer Kertih dan pembangunan bersepadu Bandaraya Pelabuhan Kuantan.
Mesyuarat selama dua setengah jam itu dipengerusikan Najib, yang juga Pengerusi majlis Pembangunan ECER.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan wakil sektor swasta di mesyuarat itu.
Sementara itu Ahmad Said turut menghadiri pelancaran Projek Agropolitan Pekan, yang bertujuan membasmi kemiskinan oleh Perdana Menteri hari mini.

Lupus al-Quran dengan cara betul
Umat Islam dinasihat melupuskan al-Quran dan bahan berkaitan berdasarkan peraturan yang ditetapkan bagi memelihara kesucian kitab tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata, al-Quran yang sudah usang tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya bagi mengelak daripada diseleweng.
Justeru beliau menggalakkan orang ramai supaya menghantar naskhah-naskhah al-Quran tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dilupuskan dengan cara yang betul.
"Al-Quran atau bahan bacaan yang mengandungi ayat suci kitab ini perlu dibakar secara menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
"Abu yang mengandungi ayat-ayat suci itu pula perlu dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah dan kemudian dihanyutkan ke sungai atau laut, kita (umat Islam) tak boleh pandang remeh perkara ini memandang ia merupakan kitab suci umat Islam.
"Justeru itu, bagi memastikan proses pelupusan dilakukan dengan cara betul, masyarakat Islam diminta menghantar kitab lama itu kepada KDN kerana mereka mempunyai kemudahan untuk proses pelupusan tersebut secara percuma," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Etika Penjualan Teks dan Al-Quran dan Bahan-Bahan Berunsurkan Islam anjuran bersama KDN dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di Batu Buruk Beach Resort di Kuala Terengganu semalam.
Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Negeri Terengganu, Khairil Zuhdi Khairuddin.

Geng 10 adakah pertemuan dengan Anwar Ibrahim?
Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah citra_bangsa@yahoo.com
Sebenarnya saya sudah mendengar kisah ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang tidak puashati dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak sebulan yang lalu.
Walaupun, saya percaya cerita itu tetapi sengaja saya tidak mahu menulis mengenainya kerana dalam jiwa saya tetap yakin bahawa tiada ahli Umno yang bergelar YB akan sanggup mengkhianati parti Umno, sebuah parti yang terlalu banyak berjasa kepada orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Malangnya, perasaan saya tergugat sekali lagi apabila saya terbaca sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad, 2 Ogos 2009 yang menyebut ada pertemuan antara beberapa orang pemimpin dari Terengganu dengan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi membincangkan kemungkinan tersebut.
Mungkin inilah politik seperti kata Presiden MCA ketika memberi komentar ekoran melompatnya bekas Naib Presiden, Datuk Chua Jui Menag dari MCA ke PKR baru-baru ini.
Maknanya, dalam politik, kalau ada penyokong yang tidak tahu berterima kasih di atas bantuan dan pertolongan yang diberikan pemimpin kepada mereka, ia sebenarnya sesuatu yang biasa dan tidak perlu dikesalkan.
Mereka yang bertaraf pemimpin pun, apabila mereka nampak sudah tidak ada kepentingan di depan mereka, mereka pun tidak tahu berterima kasih lagi kepada parti dan bersiap-sedia meninggalkan perjuangan parti yang sudah banyak mereka telan jasa dan budinya.
Di Terengganu, ada Geng 10 yang sudah memulakan sesuatu. Geng 10 ini adalah mereka yang berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Menteri Besar. Namun, ketika mereka nampak ada kesukaran untuk menggugat kepimpinan Menteri Besar, mereka berusaha pula untuk menggugat (sebenarnya menggugut) Umno.
Geng 10 ini, dinaikkan oleh Umno. Mereka hidup senang lenang kerana mereka berada di dalam Umno. Mereka ini ada yang terpelajar dan ada juga yang tidak lulus PMR. Malahan, ada juga yang terkenal kerana ada skandal dengan ‘betina’. Kalau setahun, tidak sah kalau tidak ke Jakarta berulang-ulang kali.
Rekod ini ada di simpan oleh Imigresen. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein boleh semak rekod ini jika beliau mahu. Jadi, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Hishammuddin jangan mudah terpengaruh dengan cerita rekaan dan tokok tambah Geng 10 ini, jika Umno di Terengganu mahu dikembalikan kekuatannya.
Apa tugas Geng 10 ini sebenarnya? Adakah tugas mereka untuk merosakkan Umno? Adakah tugas mereka hanya mahu memboikot Persidangan DUN Terengganu? Adakah tugas mereka, datang ke Kuala Lumpur, mengumpat Menteri Besar dan menceritakan keburukan Menteri Besar?
Sudah banyak kali saya menulis mengenai isu ini tetapi kali ini, saya sekali lagi mahu mencadangkan supaya Geng 10 bertindak lebih berani, meletakkan jawatan atau mengosongkan kerusi untuk diadakan semula pilihan raya. Biarlah kerajaan negeri tumbang kerana angkara mereka, daripada menjadi musuh dalam selimut kepada BN.
.
Bukanlah tujuan saya mahu mendahului sesiapa, tetapi angkara dan keburukan perangai Geng 10 sudah tidak boleh dibendung. Mereka bukan sahaja terlajak perbuatan (kerana terlajak perahu boleh diundur), malahan, mereka sendiri nampaknya sedang berusaha membocorkan kapal yang sedang mereka tumpangi.
Mereka (Geng 10) boleh lemas kerana mereka mungkin sudah terlalu lama ‘hidup mewah’ dalam kapal yang serba mewah. Maka, selepas mereka rasakan mereka sudah tidak dapat lagi untuk terus bermewah-mewah dalam kapal yang serba mewah ini, maka mereka mahu karamkan kapal yang mereka tumpangi selama ini.
Mereka tidak mahu orang lain, orang yang sama-sama berjuang memperkuatkan Umno dan orang yang lebih lama dari mereka berbakti kepada Umno, menikmati apa yang mereka nikmati sekarang.
Mereka bekerja keras untuk merosakan Umno. Mereka memberi alasan kononnya semua ini mereka lakukan kerana mereka tidak boleh menerima kepimpinan Menteri Besar.
Malahan, secara halusnya, mereka menolak Istana Terengganu yang memperkenankan perlantikan Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar.
Tidak hairanlah, ada dakwaan mengatakan mereka mengupah beberapa blogger supaya menulis dengan tujuan menghasut orang-orang di Besut supaya mendesak pemimpin di Besut supaya ‘membawa Besut keluar dari Terengganu’.
Bunyinya seperti main-main tetapi sebenarnya ini adalah penderhakaan. Mereka tidak lagu menghormati Institusi Kesultanan di Terengganu dan mereka tidak lagi mengikhtiraf Sultan Terengganu adalah Sultan bagi Negeri Terengganu.
Orang seperti ini, layaknya duduk dalam jel. Namun mereka masih mampu berselindung di sebalik sehelai lalang. Mereka memikirkan, perasaan mereka lebih penting dari kedaulatan negeri. Mereka fakir, mereka sudah mampu untuk mentadbir sebuah negeri sendiri dengan mempunyai Sultan dan Menteri Besar sendiri. Maknanya, Sultan Besut dan Menteri Besar Besut.
MasyaAllah! Minta dijauhkan Tuhan dari terjadi perkara seperti ini. Begitu taksub mereka ini hingga mereka menjadi manusia yang begitu dungu dan bebal. Mereka menjadi alat kepada kumpulan penderhaka yang menanti diri mereka didakwa dan dihukum.
Orang-orang di Besut sudah mempunyai seorang wakil rakyatnya yang pernah menjadi Menteri Besar. Orang-orang di Besut tentunya masih ingat dalam zaman orang Besut menjadi Menteri Besar, terbangun sebuah stadium yang agak besar dan dinamakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan baru-baru ini runtuh bumbungnya.
Bekas Menteri Besar dari Besut ini bersedia untuk menjemput pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya kalau-kalau ada yang tidak kena dengan pemberian projek itu dan kesilapan dalam melantik kontraktor.
Namun, belum kedengaran kesediaan SPRM Terengganu mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar ini mungkin kerana SPRM sedang mengumpul bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Besar yang orang Besut anggap sebagai seorang pemimpin bertaraf dunia.

Rosol - Jangan terap semangat ‘air lamned”
Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata usaha memulihkan nama UMNO dan Barisan Nasional (BN), perlu ada 'task force' yang bersungguh-sungguh.
Katanya, ia bukan sekadar cakap berdegar-degar dalam perhimpunan dan perasmian perhimpunan parti sahaja, selepas itu lenyap entah kemana.
Beliau tidak mahu semangat seperti orang Terengganu kata “semangat air lamned...mula-mula penutup botol dibuka gas dan air membuak keluar...lepas beberapa minit...lenyap entah kemana. Harap-harap semangat perjuangan tidak begitu. Kalau begitu...maka malanglah nasib UMNO dan Barisan Nasional.”
Rosol yang juga ADUN Ajil berkata rebranding ini mesti bermula dari atas ke bawah... 'top to bottom'...pemimpin perlu berubah dahulu dan ini akan memudahkan pengikut untuk mengekori.
Menurutnya, jangan mengharapkan pengikut untuk berubah tanpa pemimpin berubah.
“Persoalannya...pemimpin peringkat mana? Jawapannya di semua peringkat. Di peringkat pusat Presiden kena berubah dan berani berubah. Di peringkat bahagian, Ketua Bahagian dan kepimpinan bahagian kena berani buat perubahan. Di peringkat DUN, Adun sebagai Wakil Rakyat wajib berani berubah...
“ Kalau semuanya tidak berani berubah dan mengubah...suka dan gemar kepada mediocre...orang Terengganu sebut...Hok Tu Le... sindrom'Ketu laan'...maka berkuburlah UMNO dan BN...Nauzubillah...” katanya.
Beliau menyatakan perkara ini melalui blognya hari ini bertajuk “Semangat Air Lamned”.
Rosol menambah, semangat ini mestilah berterusan dan berkesinambungan....Jangan jadi semangat Air Lamned...
Seterusnya beliau berkata: “Ada kawan saya bertanya...berapa banyak baju UMNO dan BN diberi kepada rakyat setiap kali diadakan program...dan diberi percuma...Jawabnya terlalu banyak...Soalnya lagi kenapa rakyat tidak memakai baju tersebut?...Jawablah sendiri.
Cuba bandingkan baju bergambar Nik Aziz...penyokong PAS sanggup membeli dan bangga memakainya...Kenapa ini terjadi...jawapannya...kerana branding...”

Acara tahunan, RM1j & bas percuma
Jurugambar UKOM, Shuhaimi Ahmad merakamkan sebahagian aktiviti pada Program 1T, 3F (1-Terengganu, 3-Food, Fruit, Fiesta) malam Sabtu lalu.
Shuhaimi terpaksa bergerak ke sana ke mari sejak jam 6 petang hingga 12 malam di lapangan Letak Kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil kerana pelbagai aktiviti disediakan.
Ada tujuh gerai menyediakan makanan dan buah-buahan tempatan, selain pertunjukan kebudayaan dan nyanyian.
Lebih 10,000 anak Terengganu dan rakan, keluarga serta kenalan menyertai program itu.
Program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dan permuafakatan antara anak perantau dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.
Ia akan menjadi menjadi acara tahunan.
Persatuan Anak-Anak Terengganu di Lembah Klang (Pesat) sudah mendapat durian runtuh RM1 juta untuk aktivitinya.
Sementara bas raya percuma pelajar balik Terengganu juga disediakan.
Ini antara pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada pesta berkenaan malam Sabtu lalu.
Yang pasti, Kerajaan Terengganu akan terus menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada pelajar anak Terengganu yang berada sekitar Lembah Klang untuk pulang ke kampung ketika Aidilfitri nanti.
Sebelum ini katanya, kerajaan negeri menyediakan 30 bas untuk kegunaan anak Terengganu yang pulang ke kampung. Mungkin tahun ini akan berlaku peningkatan tetapi semuanya bergantung kepada keperluan semasa.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Said, berkata perkhidmatan itu disediakan kepada pelajar yang gagal memperoleh tiket untuk pulang ke kampung.
Bagaimanapun, jumlah bas diperuntukkan kepada mereka adalah bergantung kepada keperluan serta bilangan yang memerlukan.
“Oleh itu, saya menggalakkan persatuan pelajar bekerjasama dengan Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor (Pesat) bagi memastikan bilangan pelajar anak Terengganu yang ada.
“Ini membolehkan kami menyediakan pengangkutan mengikut jumlah pelajar yang memerlukannya,” katanya selepas merasmikan Program 1T, 3F (1-Terengganu, 3-Food, Fruit, Fiesta) di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

ADUN Terengganu, 2 rakan KENA reman 5 hari
Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dipercayai dari Kemasik yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan ADUN terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di Kemaman, Rofiah Mohamad.
Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan lanjut.
Semalam, ADUN tersebut bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.
Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada Adun itu.

Monday, August 3, 2009
T-Team Naib Juara bergaya
Sumber: Bernama
Hasrat T-Team untuk bergelar juara lebur apabila kelab dari Terengganu ini hanya seri 1-1 dengan Shahzan Muda di Kuantan.
T-Team terpaksa akur di tempat kedua dengan Mohd Harris Safwan Md Kamal meledek gol penyamaan pada minit ke-60 setelah tuan rumah mendahului melalui Azizul Kamaluddin seawal minit ke-10 permainan.
Namun T-Team boleh berbangga kerana menurut beberapa laporan media, hadiah kejuaraan Liga Perdana yang berjumlah RM200,000 menjadi milik mereka kerana Harimau Muda merupakan pasukan jemputan.
Selain itu penyerang T-Team, Mohd Harris turut muncul sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 24 gol.
Skuad Harimau Muda ternyata berjaya mengetepikan saingan terdekat T-Team untuk menjuarai Liga Perdana setelah menewaskan Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan terakhir liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Ahad malam.
Kemenangan ini membolehkan Harimau Muda mengumpul 62 mata daripada 20 kemenangan.
Pada perlawanan di Bukit Jalil itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee membuka jaringan pada minit ke-32 melalui Fandi Othman sebelum Kuala Lumpur membalas melalui Azwan Abd Malik pada minit ke-50 namun gol kemenangan akhirnya hadir pada minit ke-83 melalui Wan Zack Haikal.
Keputusan dua pasukan yang naik ke Liga Super dan dua pasukan yang turun ke Piala FAM bagi musim depan akan hanya diketahui dalam masa terdekat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan format baru pertandingan musim depan.

Adun Kemasik di tahan SPRM?
Sumber: hambali1.blogspot.com/Bernama
Ahli Dewan Undangan Terengganu dikatakan dicekup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu pagi semalam.
Difahamkan, ADUN berkenaan dari Kemasik.
Menurut beberapa sms, ADUN berkenaan dicekup kerana memohon 10 peratus daripada projek bernilai RM1.5 juta.
Bernama melaporkan ADUN berkenaan ditahan oleh SPRM ditahan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.
ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.
Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.
Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Memantapkan kemahiran Pegawai Perunding
Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSNT) akan memantapkan kemahiran Pegawai Perunding mereka melalui penyertaan Kursus Pengurusan Mediasi yang diadakan baru-baru ini.
Seramai 23 peserta Kursus Pengurusan Mediasi telah menerima sijil tamat kursus masing.
Kursus selama empat hari itu dianjurkan oleh sebuah kolej dari Australia.
Ismail berkata, melalui kursus tersebut peserta-peserta didedahkan dengan kemahiran berunding bagi membolehkan pertikaian anak guam mereka diselesaikan secara damai (sulh) menerusi mediasi terlebih dahulu sebelum kes dibawa ke hadapan pengadilan untuk proses perbicaraan.
"Walaupun kursus ini dianjurkan oleh negara luar namun kita percaya bahawa mereka sangat pakar di dalam pengurusan mediasi yang bakal membantu pegawai-pegawai dalam menyelesaikan masalah anak guam mereka.
"Kursus mediasi ini amat penting untuk didedahkan kepada pegawai-pegawai tersebut bagi membolehkan mereka bijak mengendalikan sebarang bentuk kes yang diterima," jelasnya.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan pelancaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan pelaksanaan KPI di Primula Beach Resort, di Kuala Terengganu, semalam.

Nasir - Mana jambatan Kuala Nerus?
Sumber: Bernama/Utusan
Kerajaan Terengganu diminta supaya memulakan segera pembinaan jambatan yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu-Pulau Sekati-Losong bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas di Jambatan Sultan Mahmud di sini.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri berkata, meskipun kerajaan mengumumkan pembinaan jambatan itu sejak empat tahun lepas, namun sehingga kini jambatan itu belum menjadi kenyataan.
"Kita sudah tiga empat tahun bercakap mengenai pembinaan jambatan itu yang sepatutnya siap pada 2010.
Ini kerana kapasiti Jambatan Sultan Mahmud hanya mampu menampung maksimum kenderaan setakat 2010," katanya di Kuala Terengganu kelmarin.
Mohd. Nasir berkata, pembinaan jambatan itu sangat perlu kepada penduduk di kawasan-kawasan berkenaan kerana di Kuala Nerus, terdapat beberapa kepentingan awam seperti lapangan terbang, kompleks sukan dan pusat pengajian tinggi.
"Sehubungan itu, kita juga mencadangkan agar kerajaan membina sebuah lagi jambatan yang akan menghubungkan antara Seberang Takir dan Bandar Kuala Terengganu sendiri," katanya.
Beliau berkata, jika jambatan baru tidak dibina, kesesakan teruk akan berlaku apabila berlaku kemalangan di jambatan sedia ada.

Kehakiman syariah guna KPI
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSNT) memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam usahanya mengembalikan imej bersih jabatan tersebut khususnya di kalangan masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat berkata, terdapat segelintir masyarakat yang memandang negatif kepada jabatan tersebut terutamanya dari segi tempoh proses keadilan yang sering lewat diselesaikan.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan pelancaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan pelaksanaan KPI di Primula Beach Resort, di Kuala Terengganu semalam.
Katanya, menerusi pelaksanaan KPI, beliau yakin usaha menyelesaikan proses keadilan akan berjalan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.
"JKSNT mengambil langkah awal untuk melaksanakan KPI dalam memberi imej yang baik kepada masyarakat terhadap jabatan agama.
"Sehubungan itu, saya berharap jabatan-jabatan agama lain akan mencontohi jabatan ini dalam memenuhi tuntutan masyarakat apabila berurusan dengan jabatan agama," katanya.

RAKYAT DI HATIKU…
Sungai Pelagat berpotensi jadi pusat pelancongan
Sumber: Utusan Malaysia
Kawasan Hulu Sungai Pelagat dekat sini yang mempunyai kolam, sungai dan air terjun yang cantik berpotensi dimajukan sebagai lokasi ekopelancongan yang menarik di daerah ini.
Selain keindahan alam semula jadinya, kawasan itu juga mempunyai keistimewaan kerana dilingkungi dusun buah-buahan seluas kira-kira 40 hektar dengan hasil tanaman durian, rambutan, manggis serta dokong yang dimiliki oleh penduduk kampung.
Pada musim buah kali ini, dusun berkenaan memberi hasil yang lumayan kepada pemiliknya yang menghuni beberapa buah kampung di sekitarnya iaitu Padang Landak, Lak Lok, Pelagat dan Tok Motong.
Justeru penduduk mengadakan kenduri secara gotong-royong dengan menyembelih seekor lembu di samping jamuan buah durian sebagai tanda kesyukuran terhadap hasil yang diperoleh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) merasmikan majlis berkenaan yang diadakan di Kampung Durian Pangan di sini, kelmarin.
Ketua UMNO Cawangan Lak Lok Luar, Abd. Razak Ahmad berkata, kawasan itu mempunyai tarikan tersendiri jika dimajukan dengan jalan yang lebih baik untuk menghubungkannya dengan jalan utama.
Katanya, Durian Pangan terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan utama yang boleh dihubungi menggunakan sebarang kenderaan manakala untuk ke kawasan Air Terjun Telaga Tiga perlu kepada pembinaan jalan baru.
Ini kerana menurutnya, jalan menuju ke air terjun itu telah rosak manakala jambatan kayu yang dibina telah runtuh.
''Selain keindahan Air Terjun Telaga Tiga, sebuah kolam seluas kira-kira 20 meter yang diberi nama Lubuk Lesung juga amat sesuai sebagai tempat mandi-manda," ujarnya.
Selain itu Abd. Razak berkata, kawasan Sungai Manik, Pasir Serai dan Lubuk Sawa yang kesemuanya terletak dalam kawasan Hutan Simpan Pelagat mempunyai keistimewaan tersendiri yang pasti menambat hati pengunjung.
Sementara itu, Idris dalam ucapannya meminta penduduk supaya memastikan anugerah tuhan itu dijaga sebaik mungkin termasuk kebersihannya dapat dikekalkan.
Katanya, jika tidak dijaga, manfaat yang sepatutnya diperolehi hasil keunikan dan keindahan lokasi pelancongan itu akan hilang begitu saja sekali gus merugikan penduduk.
Bertindak terhadap kuari tidak berlesen
Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Terengganu mahu kerajaan negeri bertindak terhadap syarikat-syarikat kuari yang tidak berlesen kerana ia boleh menjejaskan industri tersebut.
Ketika ini terdapat 13 syarikat kuari yang berdaftar dengan Persatuan Kuari Malaysia Cawangan Terengganu sejak ia ditubuhkan pada 14 Oktober 2004.
Secara umumnya kuari menjalankan kerja-kerja meletup batu granit, menghancurkan batu dan menggredkan batu mengikut saiz tertentu dan proses membuat 'premix' bagi sesetengah kuari.
Persatuan juga mahu kerajaan negeri meluluskan keluasan projek kuari sekurang-kurangnya 20 hektar kerana pada masa ini kelulusan kawasan projek agak kecil.
Pengerusinya, Charlie Chow Toy Ing berkata, tindakan itu penting kerana banyak syarikat kuari berlesen terjejas dan langkah tertentu perlu diambil untuk memastikan industri kuari di negeri ini dijalankan secara sah.
''Pihak persatuan telah memaklumkan masalah tersebut kepada kerajaan negeri dan difahamkan ada yang telah diambil tindakan, tetapi masih ada yang menjalankan kegiatan itu,'' katanya pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam.
Selain itu, katanya, persatuan juga mahu tempoh lesen untuk industri kuari dipanjangkan iaitu 30 tahun berbanding dua tahun sekarang ini kerana kosnya yang besar dan memerlukan pinjaman.
''Tempoh lesen yang pendek itu sudah tentu menyukarkan syarikat kuari untuk meyakinkan institusi kewangan mengenai kemampuan sesuatu projek,'' tambahnya.