Isu 34 peniaga di Jalan Bandar dan Jalan Banggol tidak seharusnya kusut.
Mereka mahukan tempat berniaga baru. Mereka juga memohon Menteri Besar campur tangan. Namun, yang pasti mereka kena pindah. Tiada pilihan lagi.
Datuk Ahmad Said sudah menyatakan Kerajaan Negeri tidak lagi boleh bertolak ansur. Lagipun pampasan sudah lama dibayar.
Pembangunan perlu dilaksanakan segera sebagai sebahagian ‘mencantikkan’ Bandar Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, seramai 34 peniaga di Jalan Bandar dan Jalan Banggol yang diarah mengosongkan premis perniagaan mereka sehingga Isnin ini (17 Ogos 2009) tetap berkeras enggan berpindah.
Mereka berkeras selagi pihak pemaju serta Kerajaan Negeri tidak menyediakan lokasi baru untuk mereka berniaga.
Sehubungan itu, kumpulan peniaga terbabit yang sekali lagi mengadakan perhimpunan secara aman bersebelahan Pasar Payang, kelmarin serta mengambil keputusan untuk terus berniaga di situ.
Mereka juga meminta Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyelesaikan segera masalah terbabit.
Peniaga kedai buku dan majalah, Mohd Azam Abd Rahman, 50, berkata, bermacam-macam inisiatif dilakukan peniaga di situ bagi memohon dilanjutkan tempoh pemindahan selain meminta disediakan tapak baru untuk berniaga tetapi sehingga kini pihak terbabit masih bertindak dengan berdiam diri.
Menurut Mohd Azam, mereka merayu supaya Menteri Besar sendiri turun padang bersama-sama rakyat di sini mendengar rintihan masalah yang dihadapi secara berdepan dan bukan dengan menggunakan ‘orang tengah’.
“Sepanjang notis dikeluarkan, saya dan rakan peniaga yang lain ada memohon untuk berniaga di tapak tanah kosong berhampiran Jalan Daik, berhadapan bangunan Paya Keladi tetapi tidak diluluskan,” katanya.
Menurutnya, mereka pernah memohon kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu untuk berniaga di tapak tanah kosong miliknya tetapi ditolak atas alasan tanah itu juga akan dibangunkan.
Ahmad Said sebelum ini berkata kesemua 35 pemilik rumah kedai berusia lebih 100 tahun di Jalan Bandar berdekatan Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu yang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada rancangan pembangunan semula pusat bandar raya sudah diberikan pampasan masing-masing.
Katanya, peniaga berkenaan sudah dibayar pampasan sejak 1990-an kerana rancangan pembangunan semula itu sudah lama diputuskan tetapi tidak dilaksanakan berikutan menghadapi beberapa masalah.
"Isu ini sudah lama, (sejak) tahun 1990-an lagi mereka sudah terima bayaran. Cuma projek itu tertangguh kerana ada sedikit masalah, setengah itu dah menyewa tempat perniagaan lain.
"Jadi tak betullah kalau mereka tak nak keluar. Mereka bukan diberi notis sehari dua... dah bertahun. Apa yang kita nak buat sekarang ialah membangunkan bandar dan membesarkan jalan," katanya baru-baru ini.
Beberapa akhbar baru-baru ini mendedahkan bantahan peniaga terbabit yang mahu kerajaan negeri menyediakan kos perpindahan selain pampasan pengambilalihan tanah di kawasan itu.
Saturday, August 15, 2009
PTC muncul juara Polo Merdeka League 2009
Kelab Polo Terengganu (PTC) muncul juara setelah berjaya menundukkan juara bertahan, Konsep Punjat 9-8 pada perlawanan akhir Pertandingan Polo Merdeka League 2009 di Royal Selangor Polo Club, Ampang, Kuala Lumpur.
Ini adalah kemenangan membanggakan PTC sejak menyertai pertandingan yang berlangsung sejak Mei lalu, dan mereka juga berjaya memecahkan rekod Konsep Punjat yang sebelum ini tidak pernah dikalahkan.
Pada peringkat awal saingan, PTC yang kekura-ngan 1/2 mata dengan Pasukan Lima Star akhirnya berjaya menundukkan lawan dengan 7-4 1/2 mata.
Pada pusingan kedua pula, PTC berjaya membelasah pasukan Santai Manissa Polo dengan 8-3 1/2 mata.
Walaupun pasukan Konsep Punjat berjaya menundukkan PTC pada perlawanan kedua dengan keputusan 9-3 1/2, tetapi hasil kerjasama setiap pemain, PTC berjaya bangkit memberi asakan sehingga perlawanan akhir antara kedua pasukan itu berakhir dengan keputusan 8-8.:
Kemenangan PTC diraih pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan mencatat keputusan sama sehingga akhir perlawanan dan akhirnya juara menjadi milik PTC.
PTC diwakili empat pemain dari Terengganu iaitu Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, Syed Ahmad Bukhari Syed Muhsin, Syamsuri Mohamad Ismail dan Nasaruddin Yassin serta seorang pemain profesional dari Argentina Sebastien Tkacik.
Pasukan Konsep Punjat pula masing-masing diwakili seorang pemain profesional Pakistan dan Argentina, seorang pemain wanita dan seorang pemain Malaysia dianggap pasukan paling digeruni dalam sukan ini.:
Sementara itu, ketua pasukan PTC, Tengku Sri Panglima Raja berkata, semua pemain gembira atas kemenangan tidak disangka itu.:
“Kami amat berbangga dengan kejayaan ini kerana kami yang baru berusia setahun berjaya menewaskan pasukan yang tidak pernah dikalahkan mana-mana pasukan polo sebelum ini,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:, semalam.
Menurutnya, hasil latihan tiga kali seminggu di Terengganu Eqeustrian Resort nyata memberi hasil berbaloi.

Masih berpeluang sertai pertandingan foto PestaTerengganu
Sumber: http://kawatganu.blogspot.com
Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) sedang menganjurkan Pertandingan Fotografi sempena Pesta Terengganu 2009 yang berlangsung di Terengganu Enkuisterian (TER's), Kuala Ibai sehingga 15 Ogos ini (esok).
Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung Pesta Terengganu dan kesemua gambar mestilah yang dirakamkan di tapak pesta sepanjang program tersebut .
Tema pertandingan ialah “Segala-galanya Di Sini".
Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 (Pertama), RM750 (Kedua), RM500 (Ketiga) dan RM200 (15 hadiah saguhati).
Yuran penyertaan sebanyak RM5 (Lima ringgit Sahaja) dikenakan kepada setiap peserta yang mana bayaran ini akan didermakan kepada pihak memerlukan sempena Ramadan nanti.
Borang penyertaan boleh didapati daripada Timbalan Presiden Kawat, Haji Ahmad Redzal Arshad mulai 7hb Ogos 2009 atau hubungi Presiden Kawat, Ayob Mamat di talian 013-9472 800 untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Syarat-sayarat Pertandingan:
1. Terbuka kepada rakyat Terengganu berusia 15 tahun ke atas
2. Gambar yang dirakamkan di tapak Pesta Terengganu 2009
3. Saiz 8 x 12 inci (dicetak)
4. Gambar mesti yang dirakamkan sendiri olen peserta dan panel penilai berhak menolak penyertaan jika berlaku penipuan.
5. Gambar mestilah asli dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
6. Kesemua gambar akan menjadi hak milik penganjur.
7. Setiap peserta DIWAJIBKAN menyertai rakaman gambar dalam bentuk CD dan cetakan.
8. Penganjur berhak menolak penyertaan yang dianggap melanggar syarat, ada unsur penipuan, ciplak atau sebagainya.
9. Syarat-syarat am bergantung kepada Urusetia Pertandingan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
11. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18hb Ogos 2009
12. Setiap peserta layak menghantar LIMA penyertaan setiap seorang tetapi mereka hanya layak menang DUA hadiah sahaja.

Pererat hubungan selatan Thai – Terengganu
Sumber: UKOM
Usaha Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Kazan Che Mat, mengetuai delegasi Islam dari Terengganu dan Kelantan melawat kawasan Selatan Thailand, membawa erti yang besar dalam perhubungan wilayah berkenaan dan Terengganu.
Usaha murni ini menggambarkan betapa kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said dan Kazan sendiri menyedari bahawa biarpun keadaan bergolak di wilayah itu, usaha membangunkan orang Islam di situ perlu diteruskan.
Rombongan berkenaan turut dibawa melawat beberapa tempat pengajian agama dan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani, bagi meninjau masalah yang dihadapi mereka dalam melaksanakan urusan agama.
Mereka juga diberi taklimat mengenai pembangunan dan pelbagai projek yang dirancang di wilayah berkenaan oleh gabenor-gabenor wilayah terbabit.
Mereka juga melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Thailand di pejabat Kementerian Luar Thailand, baru-baru ini.
Berikutan itu, kerajaan negeri akan membiayai pengajian 10 pelajar dari Selatan Thailand di bidang astronomi bagi meningkatkan pengetahuan penduduk di wilayah berkenaan berhubung ilmu falak, mulai tahun ini.
Pelajar berkenaan dipilih dari lima wilayah Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam dan ditempatkan di Universiti Darul Iman (UDM) serta menggunakan kemudahan balai cerap di Merang, bagi mengikuti pengajian di bidang berkenaan.
Khazan berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat permintaan daripada pihak berkuasa agama di Pattani yang kagum dengan kemudahan di bidang astronomi yang ada di Terengganu.
“Majlis Agama Islam Wilayah Pattani meminta pelajar mereka turut diberi peluang mempelajari bidang astronomi di Terengganu bagi membolehkan mereka menentukan tarikh awal bulan pada setiap bulan, secara lebih tepat menggunakan kaedah hisab.
“Tokoh-tokoh agama di Selatan Thailand berpendapat jika penduduk di kawasan itu mempelajari bidang astronomi, masalah ketidakseragaman penentuan tarikh permulaan puasa dan Hari Raya Puasa di wilayah-wilayah Selatan Thailand dapat diatasi,” katanya.
Kazan berkata, hasil lawatan tersebut ahli-ahli rombongan yang mewakili pelbagai jabatan kerajaan dan organisasi berkaitan agama Islam, telah mendapat gambaran sebenar keadaan yang berlaku di wilayah Selatan Thailand.
“Selama ini kita hanya melihat apa yang berlaku di Selatan Thailand melalui televisyen atau membaca di akhbar. Melalui lawatan ini kita mendapat maklumat yang lebih tepat dan menyaksikan sendiri apa yang berlaku di kawasan ini.
“Daripada penelitian dan taklimat yang disampaikan pihak berkuasa Thailand, saya dan ahli rombongan membuat kesimpulan bahawa keadaan di Selatan Thai selamat dan boleh dilawati pada bila-bila masa,” katanya.

Nilai secara bijak maklumat media maya
Sumber: kawatganu/Sinar Harian
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir berkata, kebanyakan sumber yang diperoleh melalui media berkenaan bukan sahaja dilihat tidak bertanggungjawab tetapi lebih menjurus kepada berita tidak jelas kesahihannya.
“Tidak salah untuk sesiapa sahaja melayari laman web atau mendapatkan maklumat daripada media mana sekalipun namun harus diingat tidak semua berita yang disampaikan tepat.
“Saya melihat pemikiran masyarakat kita masih belum terbuka sepenuhnya menerima maklumat berbanding negara Barat yang lebih dahulu didedahkan dengan media sebegini dan atas sebab itulah perlunya kebijaksanaan semua orang untuk menilainya,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Mohd Nasir, perkara itu tidak seharusnya perlu kepada cadangan untuk menyekat mana-mana pengamal media maya bagi mengehadkan berita mereka namun perlunya kepada kesedaran dalam diri setiap individu.
“Masing-masing perlu memainkan peranan sama ada pemilik media alternatif ataupun masyarakat untuk memberikan penyampaian positif kepada semua pihak, selain memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sejak belakangan ini dilihat agar longgar sedikit,” katanya.
Nasir (tengah) bergambar bersama ahli Kawat pada Majlis Hi Tea di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.
Masyarakat di negara ini diingatkan supaya tidak terlalu memberi kepercayaan terhadap berita yang diperoleh melalui media alternatif seperti media maya (blogger), sebaliknya perlu kembali kepada media massa utama sedia ada.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir berkata, kebanyakan sumber yang diperoleh melalui media berkenaan bukan sahaja dilihat tidak bertanggungjawab tetapi lebih menjurus kepada berita tidak jelas kesahihannya.
“Tidak salah untuk sesiapa sahaja melayari laman web atau mendapatkan maklumat daripada media mana sekalipun namun harus diingat tidak semua berita yang disampaikan tepat.
“Saya melihat pemikiran masyarakat kita masih belum terbuka sepenuhnya menerima maklumat berbanding negara Barat yang lebih dahulu didedahkan dengan media sebegini dan atas sebab itulah perlunya kebijaksanaan semua orang untuk menilainya,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Mohd Nasir, perkara itu tidak seharusnya perlu kepada cadangan untuk menyekat mana-mana pengamal media maya bagi mengehadkan berita mereka namun perlunya kepada kesedaran dalam diri setiap individu.
“Masing-masing perlu memainkan peranan sama ada pemilik media alternatif ataupun masyarakat untuk memberikan penyampaian positif kepada semua pihak, selain memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sejak belakangan ini dilihat agar longgar sedikit,” katanya.
Aida Semakin Sembuh
Sumber: www.kawatganu.blogspot.com
Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat, Isnin lalu (10 Ogos 2009) menziarahi Setiausaha Kawat, Puan Aida Abdul Rahman yang uzur kerana keguguran di rumah Aida di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu.
Sambil membawa `buah tangan', Sdr Ayob diiringi Exco Kawat, Shuhaimi Ahmad meluangkan masa lebih setengah jam untuk bertanya khabar mengenai kesihatan Aida yang kini hampir 10 hari `berehat' di rumah.
Aida sebelum ini dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut selepas mengalami keguguran.
Aida yang juga wartawan di Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) kelihatan semakin pulih dan ceria dijangka bertugas semula pada 19 Ogos ini.

Thursday, August 13, 2009
Produk tempatan - 90 T'Shoppe bantu pengedaran
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan bagi membuka 90 kedai serbaneka 24 jam T'Shoppe dalam tempoh lima tahun untuk meluaskan saluran pemasaran dan jualan produk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata ini bermakna YPU akan melabur RM18 juta berpandukan kepada anggaran perbelanjaan RM200,000 bagi membuka setiap unit kedai T'Shoppe.
T'Shoppe yang dibuka di Kuala Berang dan Kuala Terengganu menerima sambutan sangat menggalakkan. Kutipan jualan harian secara purata bagi T'Shoppe Kuala Berang RM2,000, manakala T'Shoppe Gong Kapas, Kuala Terengganu (RM1,000).
Berikutan itu, YPU merancang membuka lapan lagi T'Shoppe di luar Terengganu iaitu satu di Melaka, Johor (empat) dan Selangor (tiga) bagi mengembangkan rangkaian operasi T'Shoppe yang diuruskan anak syarikat YPU iaitu Cakna Sdn Bhd yang memeterai perkongsian pintar dengan beberapa syarikat lain.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar bandar, Wilayah dan Koperasi negeri, Datuk Mohamad Awang Tera dan Pengurus Besar YPU, Azmi Razik.
Ketika ini, tiga T'Shoppe sudah beroperasi iaitu masing-masing satu di Kuala Berang, Gong Kapas dan Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu.
“Pembekal produk di T’Shoppe Gong Kapas membabitkan 95 usahawan, dengan 33 adalah pengusaha Terengganu yang membekalkan 152 barangan yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
“Sasaran T'Shoppe adalah memastikan 70 peratus daripada produk yang dijual adalah produk keluaran PKS tempatan, selain menjual produk sampingan yang menjadi keperluan pengguna termasuk kad prabayar, majalah dan akhbar, alat tulis serta barangan penjagaan diri,” katanya selepas merasmikan T'Shoppe Gong Kapas di sini, semalam.
Mengenai daya saing harga di T'shoppe yang lebih rendah berbanding kedai serbaneka 24 jam lain, Ahmad berkata, keadaan itu dapat dicapai menerusi pengwujudan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pelabelan (TP3) bagi menjamin kualiti produk sentiasa dipantau.
Katanya, selain T'Shoppe, kerajaan negeri melalui YPU akan mewujudkan T-Mall bagi memasarkan produk usahawan tempatan dalam skala besar dan cawangan pertama akan dibuka di Kuala Berang membabitkan peruntukan RM6 juta.
"T'Mall atau pasar raya rakyat itu dijangka mula beroperasi tahun hadapan dan diperluaskan ke daerah lain di seluruh negeri secara berperingkat mulai 2011.

Dr A Rahman – Waspada selesema babi
Rakyat Terengganu diminta berwaspada dengan simptom selesema babi (H1N1) bagi mengelakkan dijangkiti wabak yang semakin menular itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pihaknya mendapati ramai penduduk di negeri ini masih tidak kisah atau tidak mengambil tahu mengenai wabak berbahaya ini.
Sikap acuh tidak acuh yang ditunjukkan orang ramai ini akan menyebabkan wabak berkenaan mudah merebak.
Menurut A Rahman, kerajaan meminta penduduk lebih serius dan berhati-hati walaupun keadaan wabak H1H1 di negeri itu masih terkawal.
Beliau berkata, walaupun wabak itu masih terkawal, orang ramai tidak harus menganggap ia tidak berbahaya kerana setakat ini sudah 14 nyawa terkorban kerana wabak itu.
“Jabatan Kesihatan Negeri akan terus mengadakan penerangan kepada orang ramai mengenai bahaya H1N1 melalui sesi yang diatur seluruh negeri,” katanya.
Menurutnya, setiap kali kes wabak berkenaan dikesan jabatan berkenaan akan mengadakan penerangan bukan sahaja kepada pesakit malah kepada kaum keluarga serta jiran terdekat.

Asam gelugur Mak Timah jadi pilihan
Sumber Utusan Malaysia
Bak kata pepatah orang tua-tua dahulu 'ikan di laut, asam di darat akhirnya bertemu juga di dalam periuk'.
Ternyata antara ikan dengan asam iaitu asam gelugur sejenis perencah masakan tradisonal yang paling digemari oleh suri rumah sejak dari dulu lagi sememangnya tidak dapat 'dipisahkan.'
Sungguhpun begitu, asam gelugur yang sangat diperlukan untuk pelbagai jenis masakan seperti ikan singgang dan gulai kini dikatakan sukar diperoleh di kampung-kampung.
Ini kerana kekurangan orang ramai untuk mengusahakannya disebabkan pendapatan dari hasil buah itu tidak begitu lumayan.
Dalam hal ini, seorang warga emas, Fatimah Mat Hassan, 65, yang lebih dikenali 'Mak Timah Asam Gelugur' dari Kampung Masin, Pasir Akar di sini gigih memanfaatkan buah gelugur yang senang diperoleh di hutan kampungnya.
Buah gelugur yang gugur dari pokoknya selepas ia masak sudah tentu akan terbiar begitu sahaja jika tidak diambil untuk dibuat asam gelugur.
Fatimah berkata, walaupun pendapatan tidak lumayan, tetapi pekerjaan yang dilakukan secara sampingan amat menggembirakan.
Menurutnya, permintaan kaum suri rumah terhadap asam gelugur begitu menggalakkan mungkin disebabkan kepingan asam itu semakin berkurangan sekarang.
Beliau berkata, biarpun perisa makanan tradisi itu sukar diperoleh, tetapi ia tetap menjadi pilihan kaum ibu kerana asam tersebut lebih menyelerakan dalam masakan tertentu jika dibandingkan dengan perisa lain.
''Buah-buah gelugur yang masak itu dipotong secara kecil-kecilan atau dihiris secara kepingan untuk dibuat asam gelugur.
''Sebelum dijemur, kepingan gelugur itu dicelup dengan air garam supaya ia tahan lama dan biasanya asam gelugur ini dijemur antara dua atau tiga hari," katanya yang mempunyai tujuh orang anak.
Warga emas itu menambah, buah gelugur itu seperti juga buah durian, rambutan dan duku yang diperoleh mengikut musim.
''Buah ini tidak ada sepanjang masa menyebabkan orang lain tidak berminat untuk mengusahakan asam gelugur selain ia sukar didapati di kampung kecuali di hutan," ujarnya.

Terengganu terima dividen RM16.3 juta
Kerajaan negeri menerima dividen sebanyak RM16.3 juta hasil daripada pegangan saham ke atas anak syarikat Terengganu, TDM Berhad bagi tahun 2008.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata dividen tersebut diterima selepas TDM Berhad yang terlibat dalam sektor perladangan dan penjagaan kesihatan mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 10.5 sen per saham baru-baru ini.
Katanya, pembayaran dividen tersebut merupakan yang tertinggi selepas dividen pada 2007 adalah berasaskan 5.5 sen per saham.
''Saya gembira dengan perkembangan yang dicapai oleh TDM Berhad dalam menguruskan perniagaan mereka.
''Pencapaian ini diperoleh hasil daripada pengurusan yang baik selain mengurangkan kos perbelanjaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kuala Terengganu, kelmarin.
Ahmad yang mewakili kerajaan negeri menerima cek bernilai RM16.3 juta daripada Pengerusi TDM, Datuk Roslan Awang Chik.
Beliau berkata, TDM Berhad yang menjalani usaha pemulihan sejak 2004 berjaya mencatatkan perolehan dan keuntungan tinggi.
Katanya, hasil daripada usaha itu juga menyaksikan TDM mula membuat pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya pada 2006.
''TDM Berhad turut membuat pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM2.7 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) tahun ini," katanya.
Beliau memberitahu, TDM Berhad merancang akan memperluaskan perniagaan dalam sektor penjagaan kesihatan pada masa depan.

Industri kuari sumbang RM250,000 sebulan
Industri kuari di negeri ini menyumbang pendapatan besar kepada Kerajaan Negeri setiap bulan melalui bayaran royalti RM250,000 sebulan.
Pengerusi Persatuan Kuari Malaysia cawangan Terengganu (MQAT), Charlie Chow Toy Ing berkata, bayaran royalti itu hasil 16 syarikat kuari berlesen yang aktif beroperasi di negeri ini dan mampu mengeluarkan 400,000 tan metrik hasil kuari sebulan.
“Kewujudan syarikat kuari di negeri ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di sekitar kawasan kuari.
“Selain itu, sekiranya tiada industri kuari ini pembinaan bangunan tinggi, projek perumahan, pembinaan lebuh raya, jambatan, lapangan terbang dan lain-lain projek infrastruktur yang menggunakan produk kuari akan tergendala, selain pembangunan juga akan terbantut,” katanya.
Sehubungan itu, Charlie berharap semua pihak dapat menyokong industri kuari di negeri ini agar lebih berdaya saing dan mampu pergi lebih jauh.
Sementara itu menurutnya, MQAT kini lebih komited dan aktif bergerak dalam usaha membangun, menggalak, mempromosi dan menjaga kepentingan industri kuari secara sah dari segi undang-undang di negeri ini.
Menurut beliau: “Kewujudan MQAT sejak tahun 2004 juga menjadi perantaraan kepada ahli supaya bekerjasama dan berusaha menangani masalah berkaitan industri kuari, mengutip dan mengumpul segala maklumat untuk perkembangan industri kuari di negeri ini.”

Tuesday, August 11, 2009
Terengganu guna MySMS 15888
Sumber: Utusan Malaysia
Terengganu memperkenalkan perkhidmatan baru menerusi Gerbang Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Kerajaan Negeri, MySMS 15888 bermula semalam dalam usahanya meningkatkan jentera pentadbiran negeri secara lebih efisien.
Sistem itu dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sekali gus menjadikan Terengganu negeri kedua selepas Perak yang memperkenalkan kaedah tersebut sehingga kini.
Ahmad Said berkata, perkhidmatan seumpama itu membolehkan rakyat di negeri ini mendapat lebih banyak pilihan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kerajaan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, pelaksanaan itu bukan bermakna sistem atau perkhidmatan sedia ada tidak lagi berkesan.
"Khidmat SMS ini diharap dapat memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat menggunakan SMS secara selaras dengan menggunakan nombor 15888.
"Tak semestinya sistem sedia ada tidak bagus, lebih banyak saluran lebih bagus," katanya pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK), Datuk Mokhtar Nong dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Normah Yusof.
Khidmat SMS itu dikendalikan sepenuhnya oleh MAMPU yang berpusat di ibu negara manakala urusan perkhidmatannya pula oleh agensi-agensi terlibat.
Sementara itu, Normah pula berkata, sistem tersebut sudah setahun diperkenalkan di peringkat Pusat sebelum diperluaskan ke negeri-negeri.
"Selepas setahun diperkenalkan, sudah 85 agensi menggunakannya dan sekarang ada 1,326 jenis perkhidmatan yang menggunakan nombor rasmi kerajaan 15888," ujarnya.

UDM aktif dedah ilmu astronomi Pantai Timur
Ketua Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman (UDM) Roslan Umar berkata, Balai Cerap antara yang aktif menawarkan perkhidmatan ilmu astronomi kepada orang ramai di Pantai Timur.
Katanya, menerusi teras utamanya 3P, atau penyelidikan, pendidikan dan pendedahan Balai Cerap UDM menawarkan perkhidmatan profesional dalam usaha mendekatkan orang ramai dengan ilmu astronomi.
Melalui penyelidikan, pihaknya menjalankan program pencerapan anak bulan, gerhana matahari dan sebagainya sambil memaklumkan aktiviti terbaru pencerapan anak bulan Ramadan dijangka pada 20 Ogos depan.
“Dari segi pendidikan, Unit Falak menawarkan subjek tertentu bagi manfaat pelajar terutama dalam kursus Falak Syarie, Kosmologi Perbandingan dan Asas-asas Takwim yang menjalankan aplikasi dalam ilmu astronomi.
“Dari segi pendedahan, kita membuka peluang kepada institusi pendidikan untuk mengadakan lawatan selain memberi taklimat dan khidmat nasihat berhubung program disediakan seperti cerapan langit malam,” katanya kelamrin.
Tidak hanya bergantung pada fungsi Balai Cerap, pihaknya turut menawarkan modul tertentu kepada orang ramai di luar kawasan berikutan penyebaran ilmu astronomi penting untuk kemajuan ekonomi tempatan.
Keinginan orang luar mengetahui bidang astronomi amat menggalakkan dan permintaan terus diterima, bagaimanapun pihaknya menerima dua permohonan daripada luar untuk melaksanakan program di Balai Cerap setiap bulan.
Roslan berkata, pihaknya menetapkan modul tertentu dengan mendedahkan teknologi astronomi seperti teleskop yang turut berguna untuk amatur dan teodolit berfungsi menentukan arah kiblat.
Mengulas lanjut, pihaknya turut merancang aktiviti kepada pelajar UDM, memberi khidmat nasihat berhubung ilmu falak di samping memberi cadangan dan idea kepada kelab astronomi.
“Inilah yang menjadikan kita aktif dan menjadi perintis di Pantai Timur biarpun ada juga universiti di sini yang turut mempunyai Balai Cerap,” katanya.

Mangsa hakisan pantai dapat rumah baru selesa
Sumber: Berita Harian
Penduduk di Kampung Pantai Kuala Ibai di Kuala Terengganu kini boleh tersenyum gembira kerana penantian mereka untuk berpindah ke rumah baru yang lebih selamat dan selesa berakhir, selepas menjadi mangsa hakisan pantai dan air laut melimpah setiap kali musim tengkujuh sejak empat tahun lalu.
Seramai 96 penduduk yang rumah mereka rosak dipukul ombak ketika musim tengkujuh menerima seunit rumah berharga hampir RM40,000, manakala kemudahan elektrik dan air dibekalkan secara percuma oleh kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata pemberian rumah berkenaan bukti keprihatinan kerajaan negeri terhadap masalah yang dihadapi penduduk, malah mereka turut diberi subsidi RM10,000 daripada nilai rumah serta hanya perlu membayar sewa beli rumah serendah RM120 sebulan.
Beliau berkata, rumah tiga bilik berkenaan adalah antara usaha kerajaan negeri menyediakan penempatan yang selesa untuk rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan dan layak menerima bantuan seperti mereka yang terbabit dalam bencana alam.
"Alhamdulillah, akhirnya kita dapat mengagihkan kunci rumah ini kepada mangsa ombak besar di Kampung Pantai Kuala Ibai ini. Pelbagai masalah yang kita lalui dalam proses menyiapkan penempatan ini dapat kita atasi akhirnya.
"Kita sedar banyak masalah yang berlaku di penempatan ini. Tanah di Kampung Tok Adis ini pada asalnya kita telah agihkan kepada orang lain, tetapi mereka tak buat rumah, kemudian kita ambil balik dan buat lot rumah. Sebab itu proses pembinaannya makan masa agak lama.
"Apabila siap pula, sebelum diagihkan ada juga masalah lain timbul. Ada rumah dipecah masuk pencuri yang mencuri wayar, kipas dan lampu. Tetapi kerajaan negeri baik hati, mana yang dicuri itu kita ganti sebelum kita serahkan kunci pada penduduk.
"Kebiasaannya kita beri rumah yang kosong dan penduduk perlu selesaikan sendiri urusan mendapatkan bekalan elektrik dan air, tetapi kita sedar ramai di kalangan penduduk di sini adalah golongan nelayan, jadi kerajaan negeri bersedia menampung kos ini untuk meringankan beban mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kunci rumah kepada 96 penduduk Kampung Pantai Kuala Ibai dalam satu majlis di kelmarin. Hadir sama bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Che Mat Jusoh.
Ahmad berkata, walaupun isu penempatan penduduk Kampung Pantai Kuala Ibai itu menjadi mainan politik pembangkang yang memburukkan kerajaan, dengan keprihatinan dibuktikan kerajaan negeri terhadap keperluan penduduk kampung berkenaan, beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan kata nista dilemparkan pembangkang.

TADC diarah stabilkan harga duku, langsat dan durian
Kerajaan negeri mahu anak syarikatnya, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) mengambil tindakan segera menstabilkan harga duku, langsat dan durian bagi mengelak lambakan hasil tani itu di pasaran.
Sebelum ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri membeli terus buah-buahan tempatan hasil tanaman penduduk setempat, tetapi harga ditawarkan agensi kerajaan itu terlalu rendah dan menimbulkan rungutan di kalangan pekebun berikutan kadar keuntungan kurang menggalakkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Rozi Mamat, berkata lambakan buah-buahan terutamanya duku dan durian di pasaran tidak dapat dielakkan berikutan pengeluaran buah bermusim itu serentak dengan negeri lain terutamanya Johor yang mencatatkan jumlah pengeluaran tinggi.
"Kebanyakan pekebun yang menemui saya sering merungut kerana Fama hanya menawarkan harga serendah RM1 bagi setiap kilogram duku, sedangkan harga jualan di pasaran adalah antara RM3.50 dan RM5 sekilogram.
"Sebelum ini, pekebun buah-buahan tempatan memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan duku Terengganu, tetapi harga buah berkenaan jatuh mendadak berikutan pekebun di Johor juga mengeluarkan duku baka Terengganu.
"Bagi menyelesaikan masalah lambakan duku dan durian, kita sudah mengarahkan TADC mencari kaedah sesuai, termasuk membeli buah-buahan itu secara terus daripada pekebun sebagai alternatif, sekali gus menyelesaikan masalah pendapatan di kalangan pekebun kita," katanya selepas merasmikan Program Gotong Royong 1Malaysia di Kampung Kuala Menjing, di kelmarin.
Seramai 5,000 penduduk setempat dari lapan kampung dalam mukim Tersat, Kuala Telemong, termasuk 410 pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara yang sedang mengikuti Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Kebangsaan menyertai pelbagai aktiviti termasuk membaiki rumah penduduk kampung.

Monday, August 10, 2009
Mana hasil siasatan?
PENDAPAT...
Oleh Din Deraman
Saya naik bengong (bingung) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan negeri yang sehingga ini ‘membisu seribu bahasa’ terhadap siasatan mereka terhadap projek mega yang bermasalah.
Sehingga kini, rakyat menunggu apa hasil siasatan berkenaan – sama ada sudah siap atau belum.
Kerajaan Terengganu juga perlu memaklumkan kepada rakyat dan bersikap telus mengenai siapa di belakang dan kumpulan mana yang menyebabkan berlakunya kejadian-kejadian bumbung stadium runtuh, pusat renang bocor, atap lapangan terbang runtuh dan juga kenapa Stadium Tertutup terpaksa ditutup?
Saya menyokong pandangan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, Ariffin Deraman yang mahukan SPRM mengadakan siasatan terperinci terhadap projek yang dibangunkan kerajaan di negeri ini kerana khuatir pembinaannya mempunyai unsur-unsur penyelewengan memandangkan ketahanan yang tidak memuaskan.
Saya bersependapat dengan Ariffin yang menyatakan pendapatnya melalui Sinar Harian semalam bahawa insiden terbaru melibatkan menara telekomunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut tumbang sekali lagi membimbangkan penduduk.
Walaupun insiden itu tidak mengorbankan nyawa sesiapa, kita semua khuatir sekiranya berlaku kejadian seperti itu pada masa akan datang, ditakuti ada yang terkorban dan sebagainya.
Jadi SPRM perlu siasatan terhadap semua projek kerajaan negeri.

Premis kedai - Kerajaan Terengganu tidak berganjak
Sebanyak 34 premis rumah kedai di Jalan Bandar dan Jalan Banggol di Kuala Terengganu tetap akan dikosongkan walaupun terdapat segelintir peniaga yang membantah tindakan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tindakan tersebut perlu bagi memenuhi tuntutan pembangunan semula yang telah dirancang sebelum ini dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan.
Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yau, berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan LTAWNT untuk melanjutkan tempoh pengosongan bangunan itu sehingga selepas Aidilfitri.
Katanya, kerajaan sedar masalah dihadapi peniaga dan akan berusaha supaya tempoh pengosongan bangunan dilanjutkan sementara.
Ahmad Said berkata pembangunan semula itu penting agar pemandangan bangunan usang dan uzur tidak lagi kelihatan di bandar raya Kuala Terengganu.
"Tidak dapat tidak, arahan pengosongan itu perlu dipatuhi oleh peniaga tersebut. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka akan menanggung kerugian apabila ia dirobohkan kelak.
"Tidak timbul soal kerajaan tidak realistik tentang pemberitahuan notis pengosongan yang didakwa peniaga lambat diberitahu.
Masa yang diberikan kepada mereka telah mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Dana Bakti Remaja Parlimen Kemaman 2009 di Kampung Bukit Kuang di Kemaman semalam.
Beliau mengulas tentang laporan akhbar mengenai rungutan 34 peniaga di Jalan Bandar dan Jalan Banggol yang terpaksa mengosongkan premis rumah kedai tersebut untuk memberi laluan kepada pembangunan semula.
Peniaga di Jalan Bandar, di Kuala Terengganu mendakwa mereka dizalimi kerana notis pemberitahuan yang diberikan lambat dimaklumkan selain kerajaan tidak menyediakan lokasi baru untuk menjalankan perniagaan.
Mereka meminta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) menimbang untuk melanjutkan notis arahan pengosongan premis yang dikeluarkan pada 13 Julai lalu bagi membolehkan mereka mencari tapak perniagaan baru.
Peniaga di 35 rumah kedai di situ mendakwa tindakan LTAWNT mengeluarkan notis arahan pengosongan premis berkenaan dalam tempoh 30 hari daripada 13 Julai lalu adalah tidak wajar, kerana masa terlalu suntuk untuk mereka mencari kedai baru dan memindahkan barangan perniagaan.

Jubli Emas DUN Terengganu
Oleh Roslan Abdul Rahman (UKOM)
Bermula 27 Julai lalu hingga Disember depan, Terengganu mengadakan majlis sambutan Jubli Emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, sempena 50 tahun kewujudan dewan itu.
Yang Dipertua DUN, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, pelbagai acara dan program telah diatur bagi menyambut ulang tahun DUN itu.
Beliau berkata, sambutan bermula dengan solat maghrib, solat hajat, bacaan surah yasin, tahlil dan solat isyak bertempat di DUN, Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu.
Tujuan sambutan antara lain bagi memberi kesedaran kepada semua pihak terutama Ahli-ahli Yang Berhormat tentang pentingnya kewujudan DUN dan mempertahankannya sebagai satu institusi yang mulia yang menjadi tempat perbahasan dan percambahan ilmu serta idea, semata-mata untuk kepentingan rakyat.
DUN Terengganu kali pertama bersidang ialah pada 27 Julai 1959, sebab itu dicadangkan tarikh untuk diadakan sambutan bermula Julai hingga Disember 2009.
Antara acara menarik ialah pidato rakyat jubli emas dan persidangan mini Dewan Undangan Negeri yang dijayakan oleh pelajar sekolah, wacana ilmu jubli emas dan kuiz 'Ingat Sokmo Ganu Kita'.
Acara kemuncak ialah majlis makan malam yang akan disertai Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong pada Disember.
Rakyat kebanyakan mengenali DUN adalah melalui wakil rakyat kawasan masing-masing yang dipanggil Ahli Yang Berhormat, hakikatnya ‘Yang Berkhidmat’ untuk rakyat.
Tidak kira sama ada wakil rakyat DUN itu dari kalangan yang ada jawatan dalam Kerajaan sama ada Menteri Besar atau Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atau wakil rakyat biasa penyokong kerajaan atau pun pembangkang, semuanya mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Kalau melihat secara rasmi fungsi DUN dan ahlinya memanglah besar, membabitkan soal perundangan disebut sebagai enakmen yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu, meluluskan belanjawan dan memeriksa akaun awam/kerajaan.
Yang penting juga memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan seterusnya mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka di DUN terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.
Biasanya, wakil rakyat pembangkang selalu menjadikan kedudukannya sebagai pembangkang sebagai penghalang untuk menjadi wakil rakyat yang berkesan untuk menolong dan menjaga kebajikan rakyat di kawasan yang mereka wakili. Mereka memberi alasan mereka tidak mempunyai kuasa apa-apa.
Akhirnya mereka menyuruh rakyat yang datang kepada mereka supaya pergi jumpa pihak lain dan mereka hanya berpeluk tubuh dan menunggu elauan dan menjalankan tugas-tugas untuk parti mereka, ceramah dan sebagainya tanpa mengambil cakna hal ehwal rakyat yang diwakilinya.
Bila tiba masanya DUN bersidang mereka hanya bangun bercakap mengecam kerajaan dan parti pemerintah dengan berbagai tuduhan dan andaian, tanpa memberi suatu cadangan yang baik dan lengkap; berguna untuk pihak eksekutif yang menerajui kerajaan.
Ini suatu pendekatan dan amalan yang salah. Mereka sebenarnya mempunyai peluang yang begitu banyak dan meluas untuk ‘berkhidmat’ kepada rakyat. Mereka boleh secara positif menjalankan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan.
Di bawah pimpinan Dato’ Ahmad Said selaku Menteri Besar, kita melihat beliau lebih bersifat terbuka. Kunjungan beberapa pimpinan Pas dan wakil rakyat pembangkang di Terengganu kepada beliau di Pejabat Menteri Besar bagi berbincang dan berdialog secara telus untuk membincangkan soal rakyat dan negeri pernah berlaku dengan positif. Tiada halangan walaupun berbeza parti politik.
Sempena 50 tahun sambutan DUN Terengganu diharapkan semua Ahli Yang Berhormat dapat menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan untuk rakyat.
Ini selaras dengan saranan Dato’ Ahmad agar rakyat diberi keutamaan dalam apa jua perkara. Di peringkat kerajaan beliau memperkenalkan pendekatan dan konsep merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.
Mudah sahaja, tidak kira kerajaan, penyokong kerajaan atau pembangkang atau apa pun sifat dan sikap ahli dewan, semuanya perlu memberi khidmat sebaik-baiknya kepada rakyat, sebab rakyatlah yang memilih mereka menjadi ‘wakil rakyat’.
Bagi wakil rakyat penyokong kerajaan mereka sudah lama memainkan peranan mereka sebagai wakil rakyat yang benar-benar menolong rakyat, di samping kewajipan mereka membantu kerajaan yang didokongnya.
Akhirnya diucapkan selamat menyambut Jubli Emas DUN Terengganu kepada kesemua 32 ADUN dan Yang DiPertua DUN serta pegawai dan kakitangan pejabat DUN. Tidak lupa juga kepada petugas di pejabat ADUN di kawasan masing-masing!

Exco cadang pasang tayar keluli Tyron
Kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dipasang alat pelapik keluli khas dalam tayar dikenali Tyron, bagi menjamin keselamatan kenderaan berkenaan jika tayar meletup atau pancit ketika sedang bergerak.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, berkata semua kenderaan rasmi itu akan dihantar ke Syarikat Daya Desa Holdings Sdn Bhd di bandar raya ini yang juga wakil tunggal untuk memasarkan Tyron di Pantai Timur.
"Menerusi penggunaan Tyron, kenderaan masih dapat dipandu dengan selamat pada kelajuan tinggi walaupun tayar meletup atau pancit," katanya selepas melancarkan sistem Perlindungan Tayar Kempis Tyron bagi Pantai Timur di Batu Burok kelmarin.
Dr Abdul Rahman berkata, harga tyron RM2,000 bagi empat tayar dan boleh digunakan sehingga 10 tahun.
Beliau berkata, Tyron sudah digunakan di London sejak tahun 1979 dan semua kenderaan polis, tentera dan ambulans di negara berkenaan menggunakannya.
Seiring dengan jaminan keselamatan yang disediakan sistem itu, Dr Abdul Rahman berkata, semua wakil rakyat, jabatan kerajaan negeri dan persekutuan wajar menimbang untuk menggunakan sistem berkenaan.
"Saya sudah menaiki kereta Proton Wira yang mana tayarnya dipasang dengan sistem Tyron dan kenderaan itu masih dapat meneruskan perjalanan dengan selamat walaupun tayarnya sudah meletup selepas melanggar paku yang diletakkan di jalan," katanya.

Sunday, August 9, 2009
16.2 juta untuk 32 taska baru di Terengganu
Kerajaan negeri akan membina sebanyak 32 buah taman asuhan kanak-kanak (taska) dengan kos sebanyak RM16.2 juta, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata, projek pembinaan taska itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai akhir tahun ini.
Menurutnya, peruntukan pembiayaan ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah pakej memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara bagi tahun 2009.
''Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini, ia memberi peruntukan untuk membina bangunan, membeli peralatan serta menyediakan latihan kepada kakitangan Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
''Apabila siap sepenuhnya akhir tahun depan, YPKT bakal mempunyai 83 buah taska seumpamanya di negeri ini di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya pada perasmian Seminar Perkembangan Awal Kanak-Kanak di sebuah hotel di Kuala Terengganu semalam.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Ashaari Idris.
Turut hadir Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustapa dan lebih 200 peserta.
Dalam seminar itu, tiga pembentang membentangkan kertas kerja masing-masing dalam seminar sehari itu.
Mereka terdiri daripada Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor yang membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Ketua Pegawai Eksekutif Children's Discovery House, Datin Nonadiah Abdullah yang bertajuk Keperluan Taska Dalam Membantu Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.
Seorang lagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Mahani Razali yang bertajuk Penglibatan Ibu Bapa Yang Berkualiti Dalam Pendidikan Kanak-Kanak.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, selain JPM, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina lapan buah Taska baru di setiap kawasan parlimen.
Katanya, pembinaan bangunan tersebut sedang giat dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada akhir tahun ini.
''Selain pembiayaan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, Golden Pharos Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyumbang sebuah Taska bagi setiap Parlimen," katanya.

Notis kosong premis – kerajaan negeri runding dengan LTAWNT
Peniaga di Jalan Bandar, di Kuala Terengganu meminta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) menimbang untuk melanjutkan notis arahan pengosongan premis yang dikeluarkan pada 13 Julai lalu bagi membolehkan mereka mencari tapak perniagaan baru.
Peniaga di 35 rumah kedai di situ mendakwa tindakan LTAWNT mengeluarkan notis arahan pengosongan premis berkenaan dalam tempoh 30 hari daripada 13 Julai lalu adalah tidak wajar, kerana masa terlalu suntuk untuk mereka mencari kedai baru dan memindahkan barangan perniagaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yau, berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan LTAWNT untuk melanjutkan tempoh pengosongan bangunan itu sehingga selepas Aidilfitri.
Katanya, kerajaan sedar masalah dihadapi peniaga dan akan berusaha supaya tempoh pengosongan bangunan dilanjutkan sementara.
Pengurus Pengedar Buku Alam Akademik, Asmahan Ahmad, 45, berkata peniaga di situ tidak menentang kemajuan, tetapi meminta LTAWNT memberi tempoh yang mencukupi untuk mereka berpindah, apatah lagi kerajaan negeri juga tidak menyediakan lokasi baru untuk mereka memindahkan perniagaan.
"Sepatutnya pihak terbabit memberi kami tempoh yang mencukupi dan sediakan bangunan gantian terlebih dulu, bukan bertindak melulu merobohkan bangunan yang masih kukuh ini.
"Kerajaan negeri sering melaungkan slogan merakyatkan pembangunan dan memelihara sejarah, tetapi kini mereka mahu merobohkan bangunan bersejarah ini," katanya.
Peniaga alat penyaman udara, How Kok Kong, 65, yang berniaga di kawasan itu sejak 40 tahun lalu berkata, dia menangis apabila diberitahu pihak terbabit mahu merobohkan bangunan itu kerana ia mempunyai nilai sejarah tinggi.
"Kita sedih kerana terpaksa berpindah. Peniaga di sini boleh diibaratkan lambang konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila semua kaum berniaga dalam keadaan harmoni seperti satu keluarga," katanya.
Peniaga emas, Najah Yasin, 44, yang mula menyewa di premis berkenaan sejak dua tahun lalu berkata, dia kesal dengan tindakan pihak terbabit memberi notis mengarahkan pindah dalam tempoh singkat.

Konvoi media, DRB-Hicom kunjungi Tasik Kenyir
Seramai 50 wakil pelbagai agensi media menyertai perjalanan sejauh 1,140 kilometer ke Tasik Kenyir, Terengganu sempena 'DRB-Hicom Amazing Hunt in Lake Kenyir' yang berlangsung selama 3 hari dua malam bermula kelmarin.
Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Pelabur DRB-Hicom, Siti Anisah Sheikh Osman, berkata aktiviti julung kali itu menggabungkan perjalanan konvoi media bersama kakitangan kanan syarikat berkenaan ke Tasik Kenyir dengan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan di kawasan percutian berkenaan.
Katanya, selain bermatlamat mengeratkan hubungan antara media dan kakitangan syarikat, wakil media yang menyertai diberi peluang merasai sendiri pengalaman memandu 25 unit kenderaan daripada pelbagai model di bawah DRB-Hicom ke tempat aktiviti dan penginapan, Tasik Kenyir Resort dan Spa.
“Setiap kumpulan media diberi kesempatan memandu minimum tiga kenderaan sepanjang aktiviti berlangsung dengan pertukaran pertama dan kedua semasa berhenti di Kuantan serta Bentong, Pahang masing-masing untuk makan tengah hari dan rehat manakala pertukaran seterusnya ketika pulang semula ke ibu negara.
“Sementara itu, pertandingan seakan rancangan televisyen Amazing Race yang akan diadakan di sekitar resort esok (hari ini) bakal menguji peserta menjawab soalan, mencari harta karun dan menguji ketahanan fizikal mereka. Mereka juga boleh melakukan aktiviti berjalan malam, memancing, berenang dan berkayak sambil menikmati keindahan tasik.
“Ini perjalanan paling jauh DRB-Hicom bersama media dan kami menerima maklum balas positif daripada mereka terutama di kalangan segmen auto, pengembaraan, gaya hidup dan perniagaan. Perjalanan ini diharap bakal mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

PENDAPAT SAYA
PAS & PKR - Don’t Jump The Gun
Oleh Muhamad Irfan
Terbukti ramalan anda salah.
Saya fikir PAS Terengganu jangan cepat melatah. Begitu juga dengan AMK.
Jangan hendak suruh letak jawatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman, belum dibuktikan bersalah.
“Dont jump the gun” nanti tertembak bontot sendiri. Atau kalau berdepan dengan meriam itu lagi bahaya!
Selak kain dan tenguk apa yang berlaku dalam parti sendiri – PAS dan PKR - sama ada di Selangor atau juga Pulau Pinang.
Jangan nak tunjuk gaya samseng dan mafia pula di Terengganu.
Fariz Musa (AMK) dua hari lalu menolak kenyataan Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat yang berkata, PAS tidak perlu campur urusan UMNO kerana menurut Rozi penahanan Adun terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah proses biasa.
Menurutnya, sama ada PAS atau sesiapa sahaja wajar dan layak mencampuri urusan dalam isu berkenaan kerana isu rasuah ADUN Terengganu bukan urusan peribadi UMNO atau Barisan Nasional (BN) sahaja.
"Sikap Rozi Mamat seolah-olah mempertahankan perasuah, sewaktu ditahan oleh SPRM bersama-sama beliau (Adun Kemasik) wang sejumlah RM5,000,"tegasnya.
Katanya, sekiranya Rozi mempunyai integriti dan bermaruah, sudah pasti Rozi akan turut bersetuju agar ADUN tersebut meletakkan jawatan dengan segera dan mencontohi ADUN Pakatan Rakyat yang sanggup meletakkan jawatan apabila integriti dan moral beliau tergugat. .
Faiz berkata, UMNO Terengganu juga seharusnya bertindak tegas terhadap isu tersebut dan bukannya bertindak ‘menunggu dan lihat’ sahaja serta menutup sebelah mata perlakuan dan tindakan tidak bermoral ADUN yang tidak sampai setahun jagung itu.
Yang pasti, kelmarin 7 Ogos 2009 (Jumaat) ADUN yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.
ADUN berkenaan bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin setiap seorang sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.
Menurut Syed Azimal Syed Abu Bakar, peguam bela ADUN itu, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh juga diarah supaya melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini merupakan hari cuti di Terengganu.
Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di sini pada Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.