Monday, December 31, 2012

Terengganu Di Landa Banjir Gelombang Kedua, 800 Pindah

Gelombang  kedua banjir mula melanda di dua negeri Pantai Timur iaitu Pahang dan Terengganu. Di Pahang, beberapa daerah di Kuantan, termasuk Kampung Batu13, Simpang Pelabuhan mengalami kenaikan air secara mendadak berikutan hujan lebat sejak malam Ahad. Penduduk kampung yang tinggal di kawasan banjir dinasihatkan supaya berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka berterusan sehingga 9 Januari depan. Gambar ini menunjukkan seorang penduduk kampung di Kuantan iaitu Wan Razali Wan Osman,46, mengambil kesempatan terhadap banjir dengan menahan pukat di halaman rumahnya bagi mendapatkan ikan sungai.
Belum pun reda banjir gelombang pertama, kini dua negeri Pantai Timur kembali dilanda banjir gelombang kedua sehingga menyebabkan lebih 900 penduduk terpaksa dipindahkan.

Lapan buah sekolah di Terengganu dan Kelantan tidak akan memulakan sesi persekolahan esok, berikutan persekitaran sekolah masih digenangi air dan dibimbangi membahayakan keselamatan pelajar.

Meskipun dilaporkan keadaan banjir di dua negeri itu hampir pulih sepenuhnya, namun keadaan cuaca yang mendung serta hujan berterusan dan kadang-kala lebat menyebabkan paras air sungai utama di dua negeri tersebut kembali meningkat dan mungkin menyebabkan berlaku gelombang kedua banjir.

Di TERENGGANU, 800 mangsa dipindahkan setakat 6 petang ini  (Isnin 31 Disember 2012) dengan tiga daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun membuka kembali pusat pemindahan banjir kerana beberapa kawasan dinaiki air susulan air pasang dan hujan lebat sejak pagi.

Menurut portal banjir negeri, lima pusat pemindahan di Hulu Terengganu menempatkan 599 mangsa, manakala 162 berada di dua pusat di Kemaman dan 39 di satu pusat pemindahan di Dungun.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata pada keseluruhannya paras air di bebeapa sungai utama di Terengganu sedang meningkat berikutan hujan lebat.

Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan sungai dinasihatkan supaya kembali berwaspada dengan keadaan banjir.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata pada keseluruhannya paras air di bebeapa sungai utama di Terengganu sedang meningkat berikutan hujan lebat.

Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan sungai dinasihatkan supaya kembali berwaspada dengan keadaan banjir.

Di PAHANG, gelombang kedua banjir menyebabkan 152 mangsa dipindahkan ke tigapusat pemindahan di sekitar Kuantan akibat banjir selepas hujan tidak berhenti sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), 98 mangsa dari Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, manakala sembilan mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular. Seramai 45 mangsa dari Kampung Seberang Balok kini berada di Dewan Orang Ramai Balok.

Dua laluan terpaksa ditutup iaitu di Kilometer (KM) 24 Bukit Penggorak-Cherating dan KM18 Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng).

Di KELANTAN, hujan lebat yang melanda Kelantan sejak malam tadi menyebabkan beberapa batang sungai utama mula meningkat namun masih berada di parasberjaga-jaga.

Keadaan cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sesekali hujan lebat.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua 25 mangsa daripada lima keluarga di pusat pemindahan SK Pengkalan Kubur 2, Tumpat telah dibenarkan pulang.

Veteran UMNO Kelantan Sedia Bersemuka Dengan Hadi, Nik Aziz


Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan Amanat Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.

Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama

Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.

“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.

Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.

“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.

Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.

Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.

Terengganu Hampir Pulih Sepenuhnya, Tinggal 1 Penempatan Dengan 119 Mangsa

Guru SMK Chukai bergotong-royong membersihkan bilik darjah yang kotor dan membuang barangan yang rosak akibat banjir semalam. Sekolah-sekolah di Terengganu, Kelantan dan Kedah akan mula dibuka  esok, 1 Januari.
adaan banjir di Terengganu dan Kelantan hampir pulih sepenuhnya dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 149 orang setakat 10 malam tadi berbanding 913 petang semalam.

Bilangan mangsa banjir tertinggi yang dicatatkan sejak bencana alam itu melanda Pantai Timur unt-moruk tempoh seminggu adalah 23,235 orang, iaitu pada Khamis lalu.

Di Terengganu, hanya satu pusat penempatan banjir dibuka iaitu di Kuala Terengganu dengan 119 mangsa.

MB Turun Padang Sertai Gotong Royong Bersih Rumah Mangsa Banjir


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin turun padang menyertai sukarelawan membersih kawasan yang dilanda banjir di daerah Kemaman.

Beliau dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud sempat meluangkan masa membantu membersih kawasan rumah mangsa yang dilanda banjir di sekitar bandar baru Bukit Mendok dan Kampung Pengkalan Pandan.
 
Turut serta dalam aktiviti gotong royong tersebut adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Senator Rohani Abdullah; Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad serta Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.


Pelabur China Bakal Melabur Lebih RM1.5 Bilion Di Terengganu


Seramai 37 anggota Persatuan Industri Tekstil China (PITC) akan melabur RM500 juta di Terengganu untuk menjalankan perniagaan di Kompleks Tekstil di Bandar Baru Kijal di Kemaman, termasuk membina sebuah gudang tekstil di kawasan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata perkara itu telah dipersetujui bersama kerajaan negeri setelah PITC melakukan kunjungan ke Bandar Baru Kijal Jumaat (28 Disember 2012).

 "PITC akan menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil yang terbesar di Asia Tenggara," katanya kepada pemberita selepas satu majlis makan malam bersama ahli PITC pada hari tersebut.


Penduduk Kampung Durian Telur Terputus Hubungan Jambatan Runtuh


Lebih 200 penduduk di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, terputus hubungan sejak seminggu lepas apabila satu-satunya jambatan di alur Sungai Besut yang menghubungkan kampung itu ke pekan Pasir Akar runtuh akibat hakisan tebing selepas banjir.

Berikutan jambatan sepanjang 25 meter itu runtuh, penduduk terpaksa meredah alur sungai itu jika perlu pergi ke Pasir Akar atau Jerteh.

Perkasa Terengganu Serah Memorandum Desak Hadi Tarik Balik Amanat


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini menyerahkan memorandum meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pada kira-kira 11 pagi semalam di Pejabat PAS Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Mayat Terapung Di Sungai Terengganu Disahkan Akibat Lemas


Polis mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu semalam adalah akibat lemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, hasil bedah siasat menunjukkan paru-paru mangsa, Baharudin Zainudin, 56, itu dimasuki air.

Waktu Lawat Pesakit Hospital Terengganu Ditambah - Dr Anwa

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah memutuskan jadual waktu melawat pesakit di hospital-hospital negeri ini dipinda kepada tempoh masa yang lebih lama terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Pengarahnya Dr Anwa Sulaiman berkata, mulai 1 Januari ini bagi hari Ahad hingga Khamis sesi lawatan tengah hari akan bermula 12 tengah hari hingga 2 petang di mana sebelum ini ia bermula 1 tengah hari hingga 2 petang manakala bagi sesi petang tidak berubah mulai 5 petang hingga 7 malam.

Bagi hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum pula sesi tengah hari bermula 11 pagi hingga 2 petang manakala sesi petang mulai 4 petang hingga 7 malam.

Dokumen Seragam Lindungi Kepentingan Pembeli

Penyeragaman dokumentasi perjanjian pinjaman perumahan akan dapat memberi mekanisme perlindungan kepada peminjam, kata Setiausaha Agung Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj.

Beliau berkata, penggunaan bahasa yang mudah dalam dokumen mampu meningkatkan kefahaman peminjam berbanding bahasa peguam yang diguna pakai sebelum ini yang menimbulkan masalah kepada pembeli rumah.

Bekalan Air 2 Daerah Terganggu Akibat Banjir

Syarikat Air Terengganu (SATU) memaklumkan bekalan air di daerah Kemaman dan Dungun terganggu berikutan banjir yang melanda negeri ini minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong berkata, ekoran banjir tersebut Booster Pam Seberang Tayor di Kemaman dan Loji Air Tepus di Dungun telah ditenggelami air.

Berikutan itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik ke dua premis berkenaan, menyebabkan operasi pam juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Sunday, December 30, 2012

Banjir Di Terengganu Pulih, Hanya 662 Di Pusat Penempatan

Seorang penduduk melihat keadaan tebing sebuah jambatan kecil menuju ke Kampng Durian Telur, Hulu Besut, Terengganu, yang terhakis akibat banjir yang melanda daerah Besut Ahad lalu.
 Akibat hakisan pada kedua belah tebing jambatan tersebut, penduduk tidak dapat menggunakan kenderaan untuk ke pekan Jerteh malah terpaksa berjalan kaki ke pekan Pasir Akar terlebih dahulu bagi mendapatkan kenderaan.
(Kemaskini) Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 913 orang setakat 5 petang ini berbanding 3,171 pagi ini.

Menurut portal banjir negeri, dua daerah yang masih menghadapi banjir ialah Dungun dengan jumlah mangsa seramai 543 orang dan Kuala Terengganu 119 orang.

Menurut portal itu, satu daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Kemaman apabila mangsa banjir di daerah itu dibenarkan pulang tengah hari, Ahad.

Sementara itu, enam pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (lima) dan Kuala Terengganu (satu).

Jumlah korban banjir masih lagi enam orang di Terengganu sehingga petang ini.


Beberapa penduduk mula menjemur perabot dan peralatan rumah mereka apabila cuaca kembali cerah di Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman, semalam.


Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, mengeluarkan nasihat peringkat kuning kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir.

Jurucakapnya berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan jangkaan hujan sederhana hari ini dan esok di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis.

"Buat masa ini, nasihat peringkat kuning dikeluarkan tetapi akan dipertingkatkan kepada amaran iaitu jingga dan merah jika merbahaya," katanya ketika dihubungi.

Beberapa penduduk mengangkat beg dan beras sumbangan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) untuk mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun semalam.YDSM menyampaikan sumbangan beras dan bahan keperluan lain kepada mangsa banjir di seluruh daerah Dungun.

Justeru, katanya, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan tepi sungai diminta berwaspada.

Hadi Minta 1 Jam 'Live' Bagi Menyatakan Pendirian Mengenai Amanat


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Abdul Hadi tampil memberikan reaksinya berhubung isu Amanat Haji Hadi sekiranya kerajaan memberinya peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi sekiranya permintaan itu dipenuhi.


“Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit. “Biar satu jam berikan pada saya untuk saya jelaskan, lepas itu baru masyarakat boleh menilai.

Tak kira bila kerajaan nak beri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan beri arahan," katanya selepas melancarkan melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU ke-13 di Dewan Tok Guru, Rusila semalam.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.


Amanat Hadi itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota PAS mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu.

Abdul Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akanmenarik balik atau mempertahankan Amanat Hadi itu sekiranya dapat menjelaskantersebut menerusi siaran televisyen.

Pelbagai pihak turut tampil mendesak agar Presiden PAS itu menarik balik amanatnya itu.

Semalam, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata,  Abdul Hadi wajib menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981 sehingga menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Sekiranya Abdul Hadi enggan berbuat demikian, maka beliau akan berdosa di dunia dan akhirat kerana amanatnya itu telah menyebabkan ada umat Islam yang putus saudara dan bermusuhan sesama sendiri.

Malah katanya, persengketaan umat Islam angkara Amanat Haji Hadi hanya membuka ruang kepada pihak-pihak berfahaman pluralisme dan golongan yang menyokong gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengukuhkan kedudukan mereka.

“Kesan daripada Amanat Haji Hadi itu juga wujud fahaman assabiyah dan kumpulan yang taksub kepada Pas serta pemimpin parti sehingga memberi kesan berpanjangan kepada perpaduan sesama umat Islam," katanya di Kota Bharu. Bekas anggota PAS seumur hidup Zainon Ismail mendedahkan bahawa puluhan ribuanggota PAS masih berpegang teguh kepada Amanat Hadi yang menganggap orang Umno kafir.

Sementara itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Abdul Hadi akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam.

Kualiti Pasukan Sertai LTdL 2013 Diutamakan

Pelumba pasukan TSG yang menyertai LTdL tahun lalu. Siapakah pula akan mewakili TSC tahun ini?
Kualiti pasukan yang menyertai edisi ke-18 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah diutamakan, kata ketua pegawai operasi Emir Abdul Jalal.

"Penganjuran perlumbaan LTdL kali ini boleh dikatakan antara yang paling berkualiti dalam sejarah penganjurannya.

"Bagi edisi ke-18 kali ini, selaku penganjur, kita mementingkan kualiti pasukan yang dijemput untuk menyertainya. Dengan adanya lima pasukan Pro Team, tujuh pasukan Pro Continental, lapan pasukan Continental dan dua pasukan kebangsaan iaitu Malaysia dan Indonesia, perlumbaan edisi tahun depan pastinya amat sengit," katanya.

Terengganu Beri Tumpuan Bahasa Inggeris, Sains Mulai 2013


Bermula tahun hadapan, kerajaan negeri Terenggau akan memberi penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains kerana dua subjek berkenaan merupakan penyebab kegagalan negeri itu mengekalkan kedudukan nombor satu pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata arahan telah dikeluarkan kepada Pejabat Pelajaran Negeri supaya memulakan kelas tambahan, kem atau program motivasi dengan penekanan kepada dua mata pelajaran berkenaan.

Pelumba TSG Juara Keseluruhan GP Kebangsaan Di Melaka

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan) melepaskan para peserta lumba basikal pada Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan Sirkit 5, Grand Finale 2012 di Melaka semalam.
Pelumba Terengganu Cycling Team (TGS) Mohd Saiful selaku pemenang kelima pada Sabtu mencuri tumpuan apabila muncul juara keseluruhan GP Kebangsaan setelah mengutip 45 mata keseluruhan menewaskan Muhamad Rauf dari pasukan Malaysia Selangor yang memperoleh 36 mata dan pelumba Angkatan Tentera, Mohd Shahrul Afiza Fauizan yang memungut 30 mata.

Mohd Saiful mengungguli sirkit ketiga di Kuching, Sarawak serta muncul naib johan pada sirkit kedua di Kelantan merangkul hadiah wang tunai RM3,000 selaku juara keseluruhan.

Bagi acara lepas beramai-ramai wanita, Noor Azian Alias muncul pemenang mengalahkan Masziyaton Mohd Radzi dan Mariana Mohamad.

13,900 Peminjam PTPTN Dapat Diskaun RM9.5 Juta

Seramai 13,900 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan PTPTN bagi menikmati tawaran diskaun sebanyak 20 peratus seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah tersebut direkodkan bagi tempoh 1 Oktober sehingga 15 Disember lepas melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM47.94 juta manakala jumlah bayaran balik yang diterima adalah RM38.36 juta.

Katanya, jumlah diskaun pengurangan bayaran balik adalah sebanyak RM9.59 juta itu dianggap sebagai hadiah kepada peminjam PTPTN serta galakan supaya peminjam tampil membuat pembayaran.

Usul Pengunduran Che Mat, Tajuddin Gagal

Usul pengunduran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan timbalannya, Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof gagal dilaksanakan pada kongres persatuan itu semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (PBSDHT), Abdullah Sulong, yang sebelum ini bercadang mengemukakan usul itu, berkata hanya agenda ditetapkan saja boleh dibincangkan dalam kongres berkenaan.

“Memang pada mulanya saya mahu mengemukakan usul peletakan jawatan presiden dan timbalan presiden, namun saya diberitahu sebelum mesyuarat bermula yang usul baru tidak boleh dibuat dan kongres hanya akan membincangkan perkara yang sudah ditetapkan.

Polis Buka 3,225 Kertas Siasatan Jenayah - Jamshah


Sebanyak 3,225 kertas siasatan jenayah indeks dibuka dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, menurun sebanyak 284 kes atau 8.09 peratus berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, tahun lalu sebanyak 3,509 kertas siasatan jenayah indeks dibuka.

Menurutnya, kadar penurunan itu telah mencapai sasaran kerajaan untuk menurunkan kadar jenayah indeks sebanyak lima peratus

Penyokong Terengganu Kecewa FAM Tetapkan Perlawanan Sebelah Petang

Stadium Shah Alam akan menjadi salah satu gelanggang dibenarkan bermain malam oleh FAM.
Kelab penyokong bola sepak Terengganu (Peteh) melahirkan rasa kecewa kerana perlawanan Liga Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah terpaksa berlangsung pada sebelah petang musim depan.

Setiausahanya, Wan Mohd. Azmi berkata, beliau bimbang ramai yang tidak dapat datang menyaksikan perlawanan sekiranya ia berlangsung di sebelah petang.

"Mana selesa menonton dalam cahaya panas kalau main waktu petang,” katanya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyenaraikan Stadium Sultan Ismail Nasuruddin Shah antara stadium yang tidak dibenar mengadakan perlawanan di sebelah malam kerana gagal menepati piawaian lampu limpah dengan tahap kecerahan 1,000 lux, berdasarkan peraturan 2013-2014.

3 Misi 2013 Jadi Buruan Fatehah


Pelumba basikal trek negara, Fatehah Mustapa mempunyai tiga misi penting tahun depan - mengekalkan pingat emas yang dimenangi dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dan mengumpul seberapa banyak mata untuk layak beraksi di Sukan Olimpik 2016.

Ratu keirin kelahiran Hulu Terengganu berusia 23 tahun itu berkata, dia juga mensasarkan mampu mencatat kejayaan membanggakan dalam Kejohanan Trek Dunia yang akan berlangsung di Melbourne pada April depan.

“Tahun depan banyak kejohanan besar yang akan saya sertai dan ia adalah medan mengumpul mata untuk Olimpik.

3,000 Belia Bantu Mangsa Banjir Terjejas Teruk

Ahmad Shabery (kiri) menyerahkan peralatan mencuci kepada Sukarelawan Belia 1Malaysia Pasca Banjir KBS untuk membersihkan kesan-kesan banjir di Sekolah Kebangsaan Geliga, Kemaman semalam.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan lebih 3,000 belia di seluruh negara akan mendaftar sebagai Sukarelawan Belia 1Malaysia Pasca Banjir KBS.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, program itu dilancarkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk di empat buah negeri.

“Kita menyasarkan lebih 3,000 golongan belia akan mendaftar dalam program ini bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor.

Mayat Lelaki Terapung Berhampiran Pasar Payang


Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui terapung di Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu, tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mayat Baharudin Zainudin, 56, yang lengkap berpakaian itu ditemui tanpa kesan kecederaan pada 12 tengah hari oleh orang awam ramai yang melihat suatu objek terapung, di muara Sungai itu.

Tiada Penularan Wabak Penyakit Di Pusat-pusat Pemindahan Mangsa Banjir

Wan Mohd Asyraf Abd Wahab bersama sepupunya, Nur Ayuni Dayana Roszuan membasuh kasut sekolah yang telah dikotori lumut ekoran banjir di Kuantan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pantai Timur berada dalam keadaan kesihatan baik dan terkawal daripada sebarang wabak penyakit berjangkit.

Katanya, sehingga ke hari ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai penularan wabak penyakit tertentu di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Tinjauan tahap kesihatan mangsa dan kebersihan pusat pemindahan sentiasa dilakukan oleh Jabatan Kesihatan, dan setakat ini semua pusat pemindahan yang masih dibuka tiada berlaku penularan wabak penyakit.

Banjir - JPM Tangkap 41 Ekor Ular Masuk Rumah

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu (JPAM) membantu menangkap 41 ekor ular yang masuk rumah semasa banjir di negeri ini.

Pegawai JPAM Terengganu Leftenan (PA) Nor Asmawi Abdul Mutalib berkata jenis ular yang ditangkap itu ialah seperti tedung dan senduk dan haiwan itu diserahkan kepada pihak berkuasa relevan.

Dalam tempoh dua hari sahaja sejak banjir mula melanda negeri ini Ahad lepas, pihak JPAM menerima aduan 13 hingga 16 kes ular masuk rumah setiap hari, katanya semalam.

Friday, December 28, 2012

Maidam Bina 30 Unit Rumah Untuk Golongan Miskin

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) membina 30 buah rumah bernilai kira-kira RM38,000 sebuah bagi golongan fakir dan miskin di negeri ini sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua Maidam Datuk Omar Pilus berkata selain memperluaskan bantuan dalam bentuk pembinaan rumah baharu, Maidam turut menghulurkan bantuan untuk memperbaiki rumah sedia ada.

Bercakap pada majlis penyerahan zakat daripada Bank Islam sebanyak RM324,938 di Maidam baru-baru ini, beliau berkata hampir RM10 juta telahpun dibelanjakan khusus untuk bantuan pendidikan menengah dalam bentuk seragam sekolah, baucar makanan waktu rehat, tambang bas dan yuran asrama.

Insiden Diikat - Nazara Serah Kepada Peguamn


Ketua Penerangan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Naraza Muda menyerahkan kepada peguamnya untuk bertindak berhubung insiden beliau ditahan dan diikat semasa konvoi Kembara Oren di Felda Kampung Awah, Sabtu lalu.

 "Hal itu saya sudah serahkan kepada peguam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam kejadian tersebut, Naraza, merujuk pada kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin dikatakan telah ditahan dan diikat pihak yang menghalang laluan konvoi berkenaan ketika mereka berada di Felda Kampung Awah.

Belia Boleh Tuntut Rebat Telefon Pintar RM200 Mulai Selasa

Pengumuman rebet telefon pintar dibuat oleh Perdana Menteri melalui Bajet 2013.

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jamshah - Polis Tingkatkan Rondaan Ke Rumah Di Landa Banjir

Polis Terengganu mempertingkatkan rondaan dan lawatan ke rumah-rumah yang terlibat dengan pemindahan banjir bagi mengelakkan jenayah mencuri dan pecah masuk rumah yang ditinggalkan.

IPK Terengganu menubuhkan Bilik Gerakan Banjir negeri dan daerah telah dibuka dan beroperasi 24 jam. Bilik Gerakan negeri boleh dihubungi melalui telefon 6354744.
 
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, semua Ketua Polis Daerah sudah diarahkan menubuhkan pasukan rondaan dan lawatan bagi mencegah sebarang jenayah tidak berlaku di kediaman ketika musibah yang melanda penduduk.


25 Sukarelawan NSTP Media Prima Mulakan Misi Bantu Mangsa Banjir

Ahmad Izham Omar (tiga dari kanan) mengibarkan bendera sebagai simbolik pelepasan sukarelawan Media Prima pada majlis Pelepasan Briged Sukarelawan NSTP-Media Prima di Sri Pentas, semalam.
Seramai 25 sukarelawan terdiri daripada kakitangan The New Straits Times Press (M) Bhd dan Media Prima Bhd (NSTP-Media Prima) memulakan misi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Pahang, semalam.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata sukarelawan berkenaan dijangka menyampaikan bantuan berbentuk makanan dan kelengkapan harian kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas teruk seperti di Hulu Terengganu, Kemaman dan Kuantan.

Beliau berkata, sukarelawan akan mengagihkan bantuan kepada 257 keluarga di sekitar Hulu Terengganu bermula esok sebelum bergerak ke Cherating bagi menyampaikan bantuan kepada 306 keluarga di Kemaman dan 312 keluarga di Kuantan.

Maidam Berjaya Kutip Zakat RM98.3 Juta

Wan  Ismail (kiri) menyerahkan zakat Bank Islam. 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam)  berjaya mengutip RM98.3 juta sehingga 26 Disember tahun ini di mana zakat pendapaan merupakan penyumbang tertinggi dengan jumlah kutipan RM 37.4 juta diikuti zakat perniagaan (RM30 juta) dan zakat simpanan (RM18.2 juta).

Yang Dipertua Maidam, Datuk Bentara Luar Dato’ Omar Pilus berkata, Maidam mensasarkan jumlah kutipan zakat RM100 juta tahun ini.

Katanya, sebanyak RM80.5 juta telah dikeluarkan bagi agihan zakat dan jumlah tertinggi ialah untuk golongan miskin (RM30.4 juta) diikuti fisabilillah (RM24.9 juta).

TPM Diberikan Taklimat Mengenai Banjir


Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkatakan sesuatu ketika mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mengenai perkembangan banjir di Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kira-kira jam 1.30 petang ini diberi taklimat mengenai perkembangan terkini banjir di Terengganu.

Taklimat tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, di Bilik Orang Kenamaan di lapangan terbang tersebut.


LTdL 2013 - Penganjur Sedia Laluan Alternatif Elak Banjir

Laluan alternatif akan disediakan pihak penganjur perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) sekiranya berlaku banjir ketika perlumbaan tersebut diadakan.

 Edisi ke-18 yang akan berlangsung mulai 21 Februari hingga 2 Mac melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,427.6 kilometer.

"Pihak kami kini sedang mengkaji beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk melancarkan perlumbaan.

Sasaran Wujudkan SBT Di Setiap Negeri Dicapai - Muhyiddin

Muhyiddin pasa satu majlis pengiktirafan SBT sebelum ini.
Kerajaan berjaya mencapai sasaran dalam usaha membangun dan mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di setiap negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sehingga kini Kementerian Pelajaran berjaya mengiktiraf sebanyak 91 SBT, termasuk 25 SBT semalam di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0 dari 2010 hingga 31 Disember 2012.

"Berdasarkan kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan oleh 66 SBT yang diiktiraf sebelum ini, pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan SBT dalam tempoh GTP 2.0 iaitu bagi 2013 hingga 2015 dengan sasaran 10 SBT setahun.

Timbalan Menteri KPWKM Lawat Mengsa Banjir Di SK Kompleks Gong Badak

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YB Dato’ Noriah Kasnon semalam  melawat mangsa banjir Pusat Pemindahan Bencana di SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zuhami Omar dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.

Difahamkan kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut terdiri daripada penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak.

Wednesday, December 26, 2012

Banjir di Terengganu Ragut 2 Nyawa, Seorang Masih Hilang

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Sebidang, Bendang Pak Yong, Tumpat hari ini.
Banjir di Terengganu meragut satu lagi nyawa hari ini apabila seorang remaja lemas ketika bermain air banjir di kawasan perumahan Bukit Mentok, di Kemaman  petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan berhampiran rumahnya.

Semalam, seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu.

Mayat Samhanim yang dijumpai malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata seorang lagi rakan mangsa yang belum diketahui identitinya pula turut dilaporkan hilang dan belum dapat dipastikan lagi nasibnya.

"Kejadian itu disedari keluarga mangsa setelah hampir dua jam mangsa tidak pulang ke rumah.

"Keluarganya melihat sampan yang dinaiki mangsa kosong dan lantas mencari mangsa di kawasan sekitar.

Menurutnya ahli keluarga mangsa bagaimanapun berjaya menemui mangsa kira-kira 4.30 petang tadi berhampiran sampan berkenaan.

Panik dengan kejadian itu bapa mangsa memanggil Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) lalu menghantar mangsa ke hospital dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal.

Difahamkan kediaman mangsa di taman perumahan itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut melawat mangsa banjir di daerah ini hari ini berkata banjir yang melanda daerah Kemaman tahun ini adalah antara banjir terburuk sejak lebih 30 tahun lalu.

Sementara itu, keadaan banjir yang melanda negeri di Pantai Timur pagi dan tengah hari ini semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pada pagi.

Keadaan banjir di Terengganu paling buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang petang ini berbanding 6,550 hari ini.

Menurut portal banjir negeri, mangsa yang paling ramai dipindahkan sehingga 6 petang ini ialah di daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272 orang), Dungun (1,983 orang), Hulu Terengganu (1,390 orang), Besut (1,088 orang), Kuala Terengganu (807 orang) dan Marang (206 orang). Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing 7).