Saturday, June 9, 2012

Program Sail Passage To The East Dijangka Tarik Pelayar Berlabuh Di Terengganu

Program pelancongan marina, Sail Passage to the East, iaitu rali kapal layar merentasi Malaysia, dijangka menarik lebih ramai pelayar berlabuh di Terengganu memandangkan negeri ini mempunyai kemudahan dan infrastruktur marina yang diperlukan oleh pelayar.

Promosi program ini mendapat kerjasama kerajaan negeri Terengganu apabila sebanyak 26 buah kapal layar 'Sail Malaysia Passage to the East' melibatkan 63 pelayar dari pelosok dunia kini berada di Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu.

Tujuh Expo, Termasuk di Kuala Terengganu Sasar Jualan RM100 Juta


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan jualan sehingga RM100 juta sepanjang penganjuran tujuh siri Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 yang bermula di Kuala Lumpur, semalam.

Enam lagi ekspo sama akan diadakan di Terengganu, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Perak.

Sukma - Terengganu Guna Khidmat Bekas Pemain Indonesia

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Persatuan Badminton Terengganu (PBT) sedang berusaha habis-habisan untuk meraih pingat emas pertama dalam acara badminton di kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, pada 7-16 Julai.

Bagi mencapai matlamat itu, Pengarah MSNT, Zainal Abidin Hasan berkata, pihaknya telah membawa khas bekas pemain kebangsaan Indonesia untuk menjadi rakan sepelatih (sparring partner) kepada pemain-pemain muda perseorangan badminton Terengganu.


SPA Ke Sekolah Dan IPT Beri Penerangan Peluang Kerja Sektor Awam: Mahmood

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan turun padang ke sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk sesi penerangan kepada para pelajar berhubung pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata lawatan itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk menarik minat mereka berkhidmat sebagai penjawat awam sebaik menamatkan pembelajaran.

Kerajaan Terengganu Tambil Bantu 92 Mangsa Ribut Di Kemaman

 
Penantian 92 mangsa ribut di tujuh kampung di Kijal yang menanggung kerugian berikutan bencana alam itu pada 25 Mei lepas terubat apabila kerajaan negeri Terengganu, selain syarikat korporat, Petronas dan bank tampil menghulurkan bantuan meringankan beban mereka, semalam.

Bantuan tersebut meliputi membaik pulih rumah yang rosak serta membina tiga rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang setiap seunit bernilai RM33,000 bagi menggantikan tiga rumah mangsa yang ranap teruk dalam kejadian itu.



Terengganu Juara Kejohanan Menembak Remaja Malaysia

Dua pingat emas yang diperoleh Terengganu semalam membolehkan mereka ditabalkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Menembak Remaja Terbuka Kebangsaan 2012 di Lapang Sasar Subang di Petaling Jaya.

Pada hari terakhir kejohanan semalam,Athirah Hamzah membidik dua pingat emas untuk pasukan pantai timur itu menerusi acara 50m Rifle 3 Posisi Individu Remaja Perempuan dan acara berpasukan remaja perempuan.


75 Peratus Rakyat Malaysia Setia Guna Prosuk Buatan Tempatan

Muhyiddin (kanan) bersama Ismail Sabri melihat barangan buatan Malaysia pada gimik pelancaran Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.
Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kelas pertengahan dan ke atas masih setia kepada produk buatan Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, angka itu merupakan hasil kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Scientific Research pada tahun 2010 mengenai persepsi pengguna Malaysia terhadap jenama antarabangsa.


Sekolah Perlu Bebas Aedes Sebelum Mula Sesi Baru

Kementerian Kesihatan meminta pihak pengurusan semua sekolah di seluruh negara supaya memastikan kawasan persekitarannya bersih dan bebas daripada pembiakan Aedes sebelum sesi persekolahan bermula setelah bercuti dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata pihak sekolah perlu mengambil langkah pencegahan termasuk memastikan mangkuk tandas dipam, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) dalam kolah atau takungan besar serta menyembur Aerosol ke dalam kelas-kelas yang tertutup sepanjang cuti persekolahan sejak 25 Mei lalu.


Jelajah Warisan Besut, Rabu ini

Kira-kira 50 peserta akan menyertai program dua hari Jelajah Warisan ke Daerah Besut anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) bermula Rabu ini.

Program itu disertai oleh ahli PPNT, hotel, resort, kraf tangan, agensi pelancongan, pemandu pelancong dan pertubuhan bukan kerajaan untuk meninjau beberapa produk pelancongan di daerah itu.


Tiga Maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan Di Setiu

Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat negeri ini sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di Setiu, petang semalam.

Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55.


Friday, June 8, 2012

Petronas Janga Harga Minyak Turun Akibat Pertumbuhan Ekonomi Dunia Lemah

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangka harga minyak mencatatkan penurunan berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutifnya (perniagaan hiliran), Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

"Kami tidak begitu yakin bagi suku-suku akan datang disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan China serta India juga mula menunjukkan pertumbuhan lemah,” katanya kepada pemberita di pelancaran penyelesaian teknologi minyak dan gas baharunya di Kuala Lumpur, hari ini.


Harga Sawit Tinggi - Penyebab Seorang Pemuda Mencuri 69 Tandan di Felda Chador

Mungkin kerana harga kelapa sawit yang tinggi, seorang pemuda bertindak nekad mencuri 69 tandan kelapa sawit milik Felda Plantations Sdn Bhd di Felda Chador pada 5 Jun lalu.

Bagaimanapun, tindakan licik pemuda itu tidak ke mana-mana apabila dia berjaya dicekup dan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Thursday, June 7, 2012

Biarpun Adam Dari Selangor, Keperihatinan Kerajaan Terengganu Merentasi Sempadan…

 
"Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad akan menghantar cek seberapa segera dalam tempoh terdekat, mungkin dalam masa tempoh dua atau tiga hari lagi…Saya harapkan sumbangan ini akan membolehkannya mendapatkan rawatan. Mudah-mudahan Adam akan sembuh dengan segera dan kembali ceria semula…" 
- Datuk Seri  Ahmad Said

Keluarga Adam Akhbar Ali, 10, yang menghidap tumor saraf tunjang mungkin boleh menarik nafas lega apabila penderitaan anaknya mendapat perhatian Kerajaan Negeri Terengganu.

Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan kerajaan negeri akan membantu keluarga yang tinggal di Shah Alam itu bagi meringankan beban mereka.

 Melalui Sinar Harian, ibu bapa Adam semalam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana sudi menyalurkan sumbangan yg penuh bermakna kepada mereka.


Kata ibu Ada, “...tidak lupa juga kepada semua orang ramai ,saudara mara ,pihak sinar,bdn2 kerajaan dan bkn kerajaan,pihak MCA,Pertubuhan Belia Pemikir Muda .dan semua yg terlibat.Terima Kasih semua...Harapan saya semoga adam selamat menjalani pembedahan ini dan sihat seperti ank2 yg lain..amin....

Sementara bapa Adam, Akhbar Ali pula berkata : “Ribuan Terima kasih kepada YB Menteri Besar Terengganu dan kesemua EXCO Kerajaan Negeri Terengganu atas sumbangan yang amat bermakna bagi Adam Akbar Ali dan kami sebagai ibubapanya...Syukur Alhamdulillah.

Adam, walaupun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di Hospital Queen Elizabeth, Singapura pada Julai 2010, namun hanya sebahagian tumor dibuang.

Enam bulan kemudian, penyakit Adam kembali menyerang dan dia terpaksa menjalani pembedahan sama pada November 2011 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Adam murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, sejauh ini dikatakan sudah menerima bantuan hampir RM60,000 termasuk RM20,000 daripada Yayasan Perubatan 1MCA dan Kerajaan Negeri Melaka sebanyak RM10,000.

Semalam, Menteri Besar Terengganu mengumumkan Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk menyumbangkan RM100,000 kepada Adam bagi membolehkan Adam mendapatkan rawatan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat.

Menurutnya, sumbangan itu adalah dari Tabung Penyakit Kronik Darul Iman, yang menyalurkan bantuan kepada individu yang layak bagi kes-kes penyakit kronik.


“Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad akan menghantar cek seberapa segera dalam tempoh terdekat, mungkin dalam masa tempoh dua atau tiga hari lagi…” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu.

Adam baru-baru ini turut meluahkan hasrat untuk bertemu pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum menjalani pembedahan di Amerika Syarikat.

Impiannya itu disampaikan kepada bapanya, yang menyedari Adam begitu mengagumi pemimpin negara.

“Sememangnya Adam mengenali setiap Perdana Menteri dari zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib. Adam beritahu teringin sangat bertemu lebih dekat tokoh pemimpin dikaguminya.

“Sewaktu kunjungan Najib ke Kumpulan Media Karangkraf merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana awal Mei lalu, Adam ingin jumpa, namun tidak kesampaian kerana keadaan menghalang pergerakannya,” katanya.

 Menurut Akbar Ali, Adam bukan sahaja ingin bertemu Najib, tetapi ingin meluahkan penderitaan dialaminya.

Adam, yang menderita tumor saraf tunjang memerlukan lebih RM175,000 bagi menampung kos perubatannya.

Sejak dibenarkan pulang dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal minggu lalu, Adam bergantung dengan ubat tahan sakit.

Ibu Adam, Siti Rogayah Syed Ismail (dua, kiri) Adam (tengah), Mohd Rafiq (dua, kanan) dan Akhbar Ali (kanan) pada sidang media di Seri Bendahara, Melaka 17 Mei lalu.
 Bapanya terpaksa memberi ubat tahan sakit bagi mengurangkan sakit kepala yang dialami Adam.

“Adam sering mengerang kesakitan dan setelah memberikan ubat berkenaan barulah keadaannya berkurangan. Selera makannya juga semakin kurang sehingga badannya lemah tidak bermaya,” kata bapanya.

Melihat keadaan anaknya yang semakin teruk itu, Akbar Ali menghantar e-mel kepada Pakar Bedah Saraf Onkologi Kanak-kanak, Dr George Jallo dari Hospital Johns Hopkins bagi memberitahu perkembangan anaknya itu.

Menurutnya, Dr Jallo menasihatkannya supaya segera membuat imbasan MRI (Magnetic resonance imaging) bagi mengetahui perkembangan Adam dengan lebih jelas.

“Daripada laporan perubatan itu dan simptom-simptom yang dialami Adam kini, Dr Jallo memberitahu, kemungkinan tumor Adam sedang membesar atau takungan air di dalam saraf tunjang yang bertakung semakin banyak.

Disebabkan keadaan itu membuatkan Adam sering sakit kepala,” katanya.

Akbar Ali berkata, Dr Jallo menasihatkannya segera mendapatkan nasihat pakar dan memberikan salinan laporan MRI itu kepadanya dalam waktu segera.

Apa yang dapat dikatakan di sini ialah kita berdoa agar Adam dapat menjalani pembedahan dan kembali sihat.

Doa Ahmad Said ialah “Saya harapkan sumbangan ini akan membolehkannya mendapatkan rawatan. Mudah-mudahan Adam akan sembuh dengan segera dan kembali ceria semula…”

Amin, semoga segalanya diberkati Allah s.w.t

Sumber - Sinar Harian, blog & akhbar elektronik

TDM Agih Dividen Tertinggi Sejak 2007

Syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri, TDM Bhd. hari ini mengagihkan dividen bagi tahun kewangan 2011 berjumlah RM29.029 juta kepada enam buah agensi kerajaan di negeri itu.

Ia merupakan pembayaran tertinggi sejak 2007 sejajar dengan polisi dividen syarikat tersebut iaitu membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih tahunan disatukan selepas cukai dan kepentingan minoriti.


Purata Tiga Kes Curi Motosikal Setiap Hari - Jamshah

Purata dua hingga tiga kes curi motosikal berlaku di Terengganu setiap hari, penyumbang tertinggi kadar indeks jenayah di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata pecah rumah merupakan satu lagi penyumbang utama kepada kadar indeks jenayah di negeri ini.

 Katanya kegagalan pemilik motosikal menggunakan kunci pendua atau kunci tambahan di kenal pasti antara punca utama menyebabkan kes kecurian motosikal di negeri ini meningkat.


Kerajaan Kurangkan 10 Sen Untuk Harga RON97





Kerajaan semalam bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi (7 Jun 2012).


Dalam satu kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.

Difahamkan, kejatuhan harga minyak mentah global telah mendorong kerajaan persekutuan untuk mengurang harga minyak RON97 dari RM2.90 kepada RM2.80 seliter, berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun, harga petrol gred RON95 kekal pada RM1.90 seliter, yang menurut kerajaan membabitkan kos subsidi tahunan RM2 bilion untuk mengekalkan.

Oleh kerana harga RON97 ditentukan oleh apungan terurus, harganya akan turun naik. Harga RON97 naik empat kali tahun lepas. Mei lalu, harga minyak mentah melepasi paras USD100 (RM310) setong. Pada masa ini, ia berlegar di bawah paras USD100.

Parti Politik Dibenarkan Bentang Manifesto di RTM

 Inilah bangunan baharu Wisma Berita RTM yang terletak di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas Kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.


Tiga Sekeluarga Penghidap Sakit Kronik Terima Kunjungan Menteri Besar

Penderitaan tiga sekeluarga yang menghidap sakit kronik di Kampung Panji di Kuala Terengganu, mendapat perhatian Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang meluangkan masa melawat mereka semalam.

Beliau turut menghulur bantuan kepada Zainah Mohamad, 68, yang lumpuh akibat angin ahmar, menantunya Mohd Nor Abu Bakar, 43, juga penghidap angin ahmar serta cucu Abdul Hafifi Abdul Rahman, 21, yang menghidap penyakit buah pinggang sejak berusia dua tahun.


Terengganu Bantu Pembedahan Adam, Sumbang RM100,000


Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk menyumbangkan RM100,000 kepada Adam Akhbar Ali, 10, yang menghidap penyakit tumor saraf tunjang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau mempengerusikan mesyuarat Exco semalam bagi membolehkan Adam mendapatkan rawatan di Hospital John Hopkins, Amerika Syarikat.

Menurutnya, sumbangan itu adalah dari Tabung Penyakit Kronik Darul Iman, yang menyalurkan bantuan kepada individu yang layak bagi kes-kes penyakit kronik.


Penembak Terengganu Tambah Dua Emas Pada Hari Ketiga Kejohanan Menembak

Penembak negara Muslifah Zulkifli merangkul pingat perak dalam acara akhir 10 meter Air Rifle Wanita pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara Ke-36 di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang kelmarin.
Penembak remaja Terengganu terus mempamer bidikan cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Menembak Remaja Terbuka Kebangsaan yang berlangsung di Lapang Sasar Subang.

Emas pertama Terengganu disumbangkan Nurul Izzati Ali menerusi acara 50m Rifle Prone Individu Remaja Perempuan dengan 578 mata.

Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia

Konsep wasatiyyah atau kesederhanaan adalah pendekatan yang amat sesuai diamalkan oleh negara berbilang kaum seperti Malaysia bagi mengelak rakyat mengamalkan budaya hidup yang melampau demi perpaduan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, konsep itu dapat membantu dalam usaha mengekang budaya atau kegiatan fanatik dan ekstremis dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Siti Nazira Pemenang Cipta Logo TMT 2013 Terima RM10,000

Kerajaan negeri bersetuju memilih pelajar Art & Design Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nazira Abdul Rahman, 23 sebagai pemenang Pertandingan mencipta logo Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Kemenangan itu melayakkan Siti Nazira dari Kampung Pauh, Kuala Berang menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan empat lagi peserta turut memperoleh wang saguhati masing-masing berjumlah RM1,000.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, berkata pertandingan yang terbuka kepada pelajar UiTM itu bertemakan `Aspirasi Darul Iman — Satu Idea Seribu Harapan'.


Cardiff City Akhirnya Tukar Warna Jersi Dari Biru Kepada Merah


Tan Sri Vincent Tan akhirnya mengenepikan bantahan peminat setia kelab bolasepak Cardiff City dengan menukar jersi pasukan itu daripada biru kepada merah untuk musim akan datang.

Beliau juga turut menukar lencana kelab tersebut dari burung layang-layang kepada naga.

Naga adalah simbol untuk Wales di mana Cardiff City terletak. Dengan keputusan untuk menukar maskot burung layang-layang kepada naga, kelab itu turut menukar gelarannya daripada 'Bluebirds' kepada 'the Dragons'.


Penolong Pegawai Penguatkuasa SPAD Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM7,000

Seorang penolong pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM7,000 tahun lepas.

Mohd Azam Abdullah Zawawi, 44, yang bertugas di SPAD cawangan Kuala Terengganu didakwa atas enam pertuduhan memperoleh suapan wang tunai RM6,000 daripada K R Alagendran menerusi akaun bank DMIX Harmony Trading sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori Alagendran yang membawa batu kasaran yang melanggar Akta Pengangkutan Darat 2010.

Manfaatkan Tanah Lot Yang DiAnugerahkan Kerajaan

Mohamed Awang Tera (kanan) menyampaikan surat tawaran kepada seorang penerima semasa Majlis Penyerahan Tanah Lot Kerajaan kepada 49 penduduk Kampung Paya Berenjut dan Kampung Mak Lagam di Cukai, Terengganu,kelmarin.
Penduduk yang menerima tanah lot kerajaan perlu memanfaatkan pemberian itu dengan sebaik-baiknya dan tidak terlalu ghairah menjual tanah tersebut kepada pihak lain untuk kepentingan tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, ini kerana peluang memiliki tanah kerajaan itu hanya sekali dan jika tidak dimanfaatkan, ia akan merugikan mereka.


PTPTN Tangguh Pinjaman Unisel Buat Sementara Waktu

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.

PTPTN dalam kenyataan media semalam berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.


Wednesday, June 6, 2012

Sokong Bersih 3.0 - Ulama Sesat Dalam Majlis Syura PAS?



Daripada ohsedapnya

Tidak hairan jika Majlis Syura Ulama PAS semalam akhirnya mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0.

Pertamanya, memang PAS berminat sangat dengan perhimpunan hingga rela ikut bontot pemimpin bukan Islam, Datuk S Ambiga yang meghalalkan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual);

Kedua, yang mmpengerusikan Majlis Syura, Datuk Nik Aziz Nik Mat pastinya akan menjamin majlis itu menyokong kuat Bersih 3.0 kerana sebelum ini beliau mengakui menaja mereka yang mahu datang ke Kuala Lumpur bagi tujuan itu;

Ketiga, berbeza dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, PAS dan pemimpinnya adalah ‘pihak berkepentingan’ dalam perarakan Bersih 3.0 dan TIDAK MUNGKIN dan AMATLAH PELIK jika ia tidak merestui perhimpunan itu’ dan

Majlis Syura bersetuju, demi menentang kononnya ‘penyelewengan’ walaupun negara ini diperintah majoriti orang Islam dan Perdana Menterinya orang Islam, PAS tetap menentangnya dan dibolehkan mneyokong ketua bukan Islam yang terang-terangan ‘menentang Islam’.

Adalah tidak menghairankan jika Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa demonstrasi berkenaan tidak bercanggah dengan syariat Islam.


Malah badan tertinggi PAS itu menyatakan bahawa perhimpunan jalanan bagi menuntut reformasi pilihan raya di negara ini sebagai wajib bagi menyekat tindakan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang didakwa membahayakan keselamatan negara.

UMNO dan BN membahayakan negara? Demonstrasi yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu, termasuk dari luar untuk menggugat pemerintahan yang ditegakkan melalui demokrasi TIDAK BERBAHAYA?

Kenyataan Majlis Syura PAS itu sekali gus menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Bagi PAS, demonstrasi itu "amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, bahkan ianya menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN.

Apakah bagi PAS hanya demonstrasi cara terbaik? Pemikiran Nik Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dan Mohamad Sabu?


Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan Mursyidulnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan : "Demonstrasi adalah salah satu cara makluman kepada awam mengenai ketidakpuasan hati terhadap sesuatu kezaliman, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain setelah cara lisan tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Dalam konteks Malaysia hari ini demonstrasi 'duduk dan bantah' adalah salah satu cara terbaik menjatuhkan kezaliman khususnya sebagaimana yang telah berlaku di Mesir."

Hairan sungguh dengan PAS kerana ada kalangan pemimpin mereka yang mengatakan Bersih 3.0 tidak sama atau jangan dibandingkan dengan demonstrasi di Mesir. Mana satu niiii?

Majlis Syura Ulama PAS turut menegaskan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 mempunyai tujuan yang sangat penting demi kepentingan rakyat dan negara. "Apa yang lebih penting, demonstrasi bersih mempunyai tujuan yang sangat penting.

Hari ini terlalu banyak bantahan yang dibuat terhadap daftar pengundi rakyat asing yang hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan yang dikawal sepenuhnya oleh Umno dan BN. Isu ini boleh melibatkan isu keselamatan negara yang sepatutnya diambil berat oleh Parti Pemerintah dan kerajaan itu sendiri."


Mengenai penglibatan PAS bersama gerakan Bersih 3.0 yang diketuai oleh Datuk S. Ambiga iaitu seorang yang bukan beragama Islam, Majlis Syura Ulama berpendapat penyertaan parti itu dibuat atas dasar menentang penyelewengan. "Perlu difahami bahawa Bersih bukan bermakna semua parti dan golongan yang menyertainya akan menerima dasar parti dan badan-badan bukan kerajaan yang menyertainya. PAS hanya menyertai gerakan Bersih bersama-sama dengan parti dan NGO lain atas dasar menentang penyelewengan dan tindakan kerajaan melalui SPR dan pihak JPN yang dianggap boleh membahayakan masa depan negara. Ia bukan mempunyai perjanjian untuk menerima dasar-dasar yang bercanggah dengan Islam untuk diamalkan di dalam PAS."

PAS menang sebuah parti klu-klek yang akan membolehkan apa sahaja asal memenuhi kepentingan dan meraih sokongan untuknya.

Tidak hairan jika PAS sanggup bekerjasama dengan syaitan, iblis, penyokong Yahudi, peliwat dan sebagainya. Matlamat PAS khususnya Nik Aziz ialah ke Putrajaya.

Sedangkan sebelum ini Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin dilaporkan berkata majlis itu memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam Bersih 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.

Mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian, khususnya umat Islam, perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu bercanggah dengan ajaran Islam. 

Menariknya, Majlis Fatwa Kebangsaan bukan mewakili parti atau mempunyai kepentingan politik seperti Majlis Syura Ulama PAS dan Prof Abdul Shukor bukan pemimpin dalam UMNO atau Barisan Nasional.

Perbezaan ketara antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama PAS dalam menilai dan 'memfatwakan' Bersih 3.0.

Kisah Lubuk Mati Bertiga Akan Didokumentasi

Kisah cinta tiga segi Lubuk Mati Bertiga akan didokumentasikan agar terkenal dengan cerita rakyat Terengganu yang lain.

Usaha itu akan dilakukan Perpustakaan Awam Hulu Terengganu (PAHT). Penolong Pengarah PAHT, Che Kamaruddin Ismail berkata kisah Lubuk Mati Bertiga turut sinonim dengan lagu 'Selasih Ku Sayang' nyanyian Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang (kedua-duanya Allahyarham).

KPDNKK Wujud Unit Khas Bantu Peniaga, Penjaja Kecil

 Ismail Sabri  (dua ,kanan) mencuba sendiri menuang air mata kucing semasa program tinjauan mesra di sekitar Jalan Petaling di K.Lumpur, semalam.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mewujudkan sebuah unit khas bagi menjaga kepentingan golongan peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat rasmi pertama unit itu bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil seluruh negara akan diadakan Selasa depan.


Amir Mustafa Harap Terpilih Wakili Negara Ke Sukan Olimpik

 
Biarpun namanya kurang diperkatakan oleh media, semangat dan keinginan Amir Mustafa Rusli untuk membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik terus membakar dalam dirinya.

Sebelum ini, ada cakap-cakap Mohamad Adiq Hussainie Othman dan Mohd Harrif Salleh akan dipilih ke Olimpik, namun pakar pendakian berusia 25 tahun dari Dungun, Terengganu itu terus meletakkan harapan dan mendoakan semoga namanya dipilih untuk mengisi dua slot pelumba basikal lebuh raya negara.


Pemberian Dana Remaja, Tarik Minat Untuk Daftar Sebagai Pemilih

Ketua Pergerakana Pemuda UMNO Terengganu, Encik Saiful Bahri Baharuddin terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri yang terus memberi Dana Remaja berjumlah RM200 setiap individu.

Katanya, perlaksanaan itu mampu membentuk generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih di mana sebelum ini kurang berminat untuk berbuat demikian.


Sukma ke 15 - Wilayah Beri Amaran Kepada Terengganu

Adnan (berdiri tiga dari kiri) bergambar dengan barisan pelumba Wilayah Persekutuan selepas majlis penyerahan basikal kepada skuad tersebut di Putrajaya semalam.
Kontinjen Wilayah Persekutuan menyasarkan 40 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang yang dijadual bermula pada 7 hingga 16 Julai depan.

Ketua kontinjen, Datuk Adnan Md. Ikshan berkata, pasukan itu yang dibarisi 545 atlet dan 170 pegawai telah bersedia untuk menghadapi saingan negeri lain terutama juara bertahan, Terengganu.

Qari Terengganu Perdengar Bacaan Pada Hari Kedua Tilawah Al-Quran Ke-55

Sebelas peserta memperdengarkan bacaan pada malam kedua Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-55 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru.

Tujuh qari yang memperdengarkan bacaan ialah Zul-Hasyimi Mohamed Yunus (Pahang), Mohd Fahmi Asraf Razali (Perak), Mohd Hafas Ali (Terengganu) Mohd Fakhrulradhi Khamarudin (Kedah) dan Wan Ahmad Tirmizi Wan Sulaiman (Melaka).

Usah Jadikan Koperasi Tahunan Semata-mata

Sektor koperasi di negeri ini dinasihatkan tidak menjadi koperasi yang bersifat 'tahunan' semata-mata.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Osman Ismail berkata, keadaan itu disebabkan kebanyakan koperasi ketika ini lebih cenderung merancang aktiviti masing-masing secara tahunan sahaja terutamanya setiap kali mesyuarat agung tahunan koperasi.

Sukma Pahang - PBNT Yakin Bawa Pulang Emas

Persatuan Badminton Negeri Terengganu (PBNT) yakin latihan selama sebulan di Indonesia akan membuahkan hasil untuk pasukan itu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang,bulan depan.

Pengurus Pasukan PBNT Noordin Hashan, berkata pihaknya ada menghantar enam pemain terbaiknya berlatih bersama beberapa kelab badminton ternama di Jakarta, Bandung dan Jawa Tengah sejak 6 Mei lalu sehingga semalam.


Tuesday, June 5, 2012

EURO 2012 - Sebulan Yang Mencabar Produktiviti Kerja, Ancaman Pertaruhan

Antara laman judi internet paling popular..tugas mengawal atau menghalang amat sukar.
"Walaupun semua jadual perlawanan EURO 2012 tahun ini berlangsung awal pagi, namun ia bukan alasan pekerja gagal menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang acara itu berjalan...pngurusan waktu secara bijak serta sesuai perlu dirancang dan diatur bagi membolehkan mereka tidak dibelenggu keletihan berpanjangan sehingga mengganggu kerjaya diamanahkan.
- Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan 

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sudah member amaran bahawa kejohanan bola sepak Eropah UEFA 2012 (EURO 2012) edisi ke-14 yang akan membuka tirainya pada 8 Jun (Jumaat) hingga 3 Julai depan mungkin menggugat prestasi dan produktiviti kerja.

Kejohanan EURO 2012 yang berlangsung di Poland–Ukraine dengan membariskan pemain bola sepak terkemuka dunia dari 16 negara gergasi Eropah akan disiarkan awal pagi iaitu sekitar jam 12 tengah malam dan 2.45 pagi.

Kejohanan yang mempunyai pengikut ramai termasuk di kalangan pekerja terutama generasi muda yang mengikuti perlawanan memerlukan mereka menguruskan masa rehat secukupnya bagi mengelak produktiviti kerja mereka menurun.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, berkata walaupun semua jadual perlawanan EURO 2012 tahun ini berlangsung awal pagi, namun ia bukan alasan pekerja gagal menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang acara itu berjalan.

Katanya, pengurusan waktu secara bijak serta sesuai perlu dirancang dan diatur bagi membolehkan mereka tidak dibelenggu keletihan berpanjangan sehingga mengganggu kerjaya diamanahkan.

“Apabila tiba musim bola (EURO 2012), kita akan dengar pelbagai kerenah pekerja seperti keletihan, kurangnya produktiviti kerja dan kekerapan mengambil cuti.

“Sebab itu, pengurusan masa (rehat) amat penting bagi mengelak minat (menonton bola sepak) tidak akan menjejaskan mutu kerja. Mungkin apabila bola (perlawanan) mula awal pagi, mereka (pekerja) boleh ambil masa rehat atau tidur lebih awal,” katanya kelmarin.

Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan dalam sebuah portal semalam yang menjangka produktiviti pekerja secara keseluruhan akan menurun dan memberi kesan kepada mereka yang tidak mengikuti kejohanan itu.

Pasukan Perancis membuat persiapan
Sehubungan itu, Khalid berharap pekerja dapat mengutamakan kerjaya mereka, berbanding minat terhadap bola sepak.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, majikan perlu bersedia berdepan dengan kadar ketidakhadiran tinggi ketika berlangsungnya acara seperti EURO 2012 dan sukan Olimpik sama ada pekerja mengambil cuti sakit atau tidak hadir.

“Jika ramai pekerja mengambil cuti (disebabkan EURO 2012), maka beban kerja tambahan mereka terpaksa diserahkan kepada pekerja lain,” katanya.

Pasukan England yang popular dengan penonton Malaysia
Sementara satu lagi kegiatan yang dijangka akan menambah kerja polis ialah pertaruhan. Euro 2012 akan bermula Jumaat akan menjadikan sebilangan penonton di Malaysia dan di kebanyakan negara lain di dunia mula membuat pertaruhan mengenai kejohanan itu bulan lalu apabila musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir.

Walaupun ramai yang sudah 'panaskan badan' dengan membuat taruhan bagi peringkat perlawanan persahabatan namun ada yang sudah mempertaruhkan pasukan mana yang akan bertemu pada peringkat akhir, pemenang serta jumlah gol yang bakal dijaringkan.

Ramai peminat sukan bola sepak membuat taruhan melalui bookie tempatan yang sama dengan EPL.

Malah ramai juga yang membuat taruhan melalui internet. Polis kini dalam langkah berjaga-jaga bagi mengawasi sindiket pertaruhan Euro 2012.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis melancarkan Ops Soga pada 31 Mei lalu untuk memantau sindiket judi.

"Kami juga sedang memantau secara dekat orang-orang yang sebelum ini ditangkap kerana mengambil pertaruhan yang tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk menyerbu pusat operasi taruhan," katanya.

Laman web antarabangsa mula membuat pertaruhan bagi peringkat persahabatan termasuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 untuk zon Amerika Selatan.

Seorang lelaki berusia 26 tahun mengaku menjadi penagih aktiviti judi berkata: "Saya selalu berjudi semasa Piala Dunia atau kejohanan Euro."

"Kali ini, saya mula lebih awal dan meletakkan pertaruhan pada perlawanan persahabatan England-Belgium hujung minggu lalu melalui laman pertaruhan internet," kata lelaki yang tidak mahu dikenali itu.

Seorang bekas bookie berkata pertaruhan akan lebih hebat dan menarik apabila membabitkan pasukan yang lebih popular seperti Sepanyol, Jerman, Belanda dan England.

 Sumber – Berita Harian & mStar

Projek kan Air Tawar Sungai Como Mampu Tingkatkan Hasil Pengeluaran Ikan Negara

Projek ternakan ikan dalam sangkar Sungai Como di kawasan Tasik Kenyir terbukti mampu membantu pengeluaran hasil ikan air tawar untuk pasaran dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata projek berimpak besar dalam Zon Industri Akuakultur (ZiA) yang dilancarkan empat tahun lepas itu berjaya menghasilkan ternakan pelbagai jenis ikan air tawar seperti talapia, baung dan keli.

Lot Perumahan Untuk Generasi Kedua Felda Selasih

Kerajaan Negeri sedia menimbang permohonan peneroka Felda Selasih, Jabi,Setiu, untuk mendapatkan lot perumahan bagi peneroka generasi kedua membina rumah baru di kawasan tanah rancangan berkenaan.

 Menteri Besar,Datuk Seri Haji Ahmad Said. berkata tanah seluas 100 hektar sudah dikenalpasti untuk dijadikan penempatan baru terutama kepada anak peneroka di Felda berkenaan