Saturday, November 17, 2012
Jangan Jadikan Masjid 'Simbol Perbuatan Negatif' - Sultan Mizan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tidak mahu masjid-masjid di negeri ini berubah menjadi simbol perbualan negatif sehingga memberi imej buruk kepada agama dan umat Islam.
Baginda bertitah, perbualan berunsur negatif itu berkisar tentang suasana persekitaran yang kotor serta keadaan masjid yang tidak terurus dan sempurna.
Sultan Mizan juga tidak mahu masalah seumpama itu dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaiannya kerana tiada tindakan wajar diambil.
"Beta tidak mahu masjid-masjid yang berada dalam negeri ini bertukar menjadi simbol perbualan negatif seperti persekitaran yang kotor serta keadaan masjid tidak terurus, tiada pengunjung dan tiada pengajaran agama kepada anak mukim.
Titah baginda, masjid merupakan lambang syiar yang menjadi kebanggaan setiap umat Islam dengan peranannya sebagai pusat kegiatan ummah.
Masjid menjadi tempat menjalankan segala urusan masyarakat termasuklah aspek pendidikan dan keilmuan, titahnya.
"Beta tidak mahu masjid-masjid yang ada di negeri ini bertukar menjadi tempat perbualan negatif dengan persekitarannya kotor, tidak terurus, tiada pengunjung dan tidak dijadikan tempat untuk memberi pengajaran agama kepada anak mukim.
"Beta berharap penduduk kariah dapat menjaga masjid dengan sempurna dan mengimarahkannya sebaik mungkin serta menjadikannya tempat mewujudkan perpaduan umat Islam," titah baginda.
Sultan Mizan bertitah demikian semasa merasmikan Masjid Khalifah, Taman Jaya di Jalan Pusara di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh.
Titah baginda, bersempena sambutan Maal Hijrah dan perasmian masjid itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk memelihara imej masjid.
"Peranan dan imej masjid hendaklah dipulihkan kembali sebagai institusi yang bukan sahaja sebagai penggerak utama dalam proses perubahan sikap ummah, tetapi juga untuk mendidik masyarakat yang wasatiyyah," titah baginda.
Masjid Khalifah yang terletak dalam mukim Ladang siap dibina dan mula digunakan pada Julai tahun lepas dengan peruntukan kos RM4 juta. Masjid itu yang mampu menampung 1,000 jemaah merupakan antara 131 buah masjid yang dibina dalam daerah Kuala Terengganu.
Utusan Malaysia, Sinar Harian & Tegankita
Awasi Ejen Pemain Import Kaut Keuntungan - Azraai
Awas kerenah ejen yang hanya mahu meraih keuntungan!
Begitulah peringatan ketua jurulatih skuad Liga Super Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan persatuan negeri lain agar tidak terpedaya dengan kelicikan orang tengah dalam urusan pengambilan awang import untuk musim 2013.
Azraai berkata demikian kepada Harian Metro selepas kecewa dengan tiga awang import yang dibawa ejen untuk menjalani ujian bersama pasukan Seladang, semalam.
Liga Malaysia - T-Team Ikat Boateng, Butler Esok
Pasukan berstatus kelab T-Team dijangka bakal menandatangani kontrak secara rasmi dengan pemain kelahiran Ghana, George Boateng esok, dalam memantapkan lagi pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Perkara itu dinyatakan sendiri jurulatih dan pengurus baru pasukan T-Team, Peter James Butler yang turut akan menandatangani kontrak mengemudi T-Team pada hari yang sama.
Suami Uzur Pastikan Isteri Terlantar Dapat Layanan Sewajarnya.
Sepasang suami isteri warga emas yang mempunyai lapan anak terharu apabila menerima kunjungan dan bantuan daripada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin, di rumah mereka di Marang.
Namun, bukan kunjungan itu yang ingin diperkatakan tetapi kisah menarik yang dapat dikongsi bersama apabila Hussin Hassan, 80-an, tabah menjaga isterinya, Senik Ali, 80-an, yang terlantar sejak 10 tahun lalu walaupun dirinya sendiri uzur.
Umat Islam Perlu Jadi Contoh – Menteri Besar
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, mahu umat Islam di negeri ini menjadi contoh kepada penganut agama lain dengan cara menghayati ajaran Islam yang mengutamakan perpaduan dan tidak berbalah sesama sendiri.
Beliau mahu umat Islam mengamalkan hidup sederhana dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. “Dengan mengamalkan cara hidup yang sederhana kita harap masyarakat negeri ini akan hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Masjid Khalifah, Taman Jaya, semalam.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat pada majlis itu dan menyempurnakan perasmiannya. Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Awang;
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Kazan Che Mat; ketua-ketua jabatan dan pembesar negeri. Masjid berharga RM4 juta itu pada asalnya sebuah surau, tetapi dinaiktaraf menjadi masjid bagi menampung keperluan jemaah di kawasan berkenaan.
Masjid yang mampu menampung 1,000 jemaah itu merupakan antara 131 buah masjid yang terdapat di daerah Kuala Terengganu.
Hisham Pangku Tugas KP Kesihatan
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) akan menjalankan tugas-tugas Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah (KP) Kesihatan untuk sementara waktu sehingga satu keputusan rasmi dibuat mengenainya.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa berkata, pelantikan Noor Hisham dibuat ekoran penggantungan tugas Hasan selepas beliau terlibat dalam kes khalwat baru-baru ini.
Menurutnya, pihak kementerian telah menerima secara rasmi keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya berhubung kes khalwat yang melibatkan Hasan pada 16 November lalu.
Jangan Anjur, Ceramah Agama Tanpa Tauliah - Sultan Mizan
Baginda bertitah, ia selaras peruntukan 102 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu pindaan 2012, dan larangan ini harus dihormati dan dipatuhi semua pihak bagi menjamin kesucian Agama Islam, agar mampu mengawal kestabilan negara daripada elemen tidak sihat dan kecelaruan fakta di kalangan rakyat, terutama umat Islam.
“Beta juga berhasrat melihat program keagamaan dan aktiviti pengajaran agama Islam di negeri ini dapat disemarakkan dan dipergiatkan terutama di masjid dan surau dalam usaha membendung gejala buruk dan kemerosotan akhlak masyarakat pada masa kini.
Ismail Dinobat Tokoh Maal Hijrah 134H Terengganu
Ismail dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1434H/2012M Peringkat Negeri Terengganu bersama anugerah dan replika cek yang diperolehinya |
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil penghargaan yang dianugerahkan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan yang diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, klmarin.
Ismail pernah bertugas sebagai Pesuruhjaya pada 1994 hingga 1998 dan berasal dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir serta mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Manir dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
ini, beliau pernah berkhidmat sebagai guru pada 1964 hingga 1978 di Sekolah Menengah Agama Terengganu sebelum bergelar Pegawai Tadbir Agama Negeri Terengganu pada 1978. Kemudian pada tahun sama, beliau dilantik sebagai Setiausaha Jaheat dan sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Pada 1980, beliau pernah dilantik sebagai Pemangku Pengarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) dan pada 1989 dilantik jawatan Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Dakwah, Jaheat. Sebelum ini juga beliau pernah dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang membawa gelaran datuk.
Beliau yang kini aktif sebagai penceramah dan pendakwah, ingin meneruskan usaha dakwahnya. “Saya akan cuba tingkatkan terutama dari segi ilmu, (saya) dapati sekarang ini orang-orang yang terlibat dalam (aktiviti ) dakwah mempunyai ilmu yang tinggi. Saya masih ketinggalan.
“Dalam usia sebegini, (saya) masih ingin menelaah dan mencari pengalaman untuk menjadikan saya lebih berwibawa dalam berdakwah. Tokoh (anugerah) yang diberikan ini bukan bererti saya berhenti di sini, malah akan terus meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam berdakwah,” katanya
Sinar Harian
Isu Jambatan Sungai Pinang Tertangguh Selesai
Isu jambatan Sungai Pinang, Kemaman yang terbelangkai sejak tujuh tahun lalu akhirnya selesai apabila infrastruktur awam itu akan disiapkan tidak lama lagi.
Kerja menaiktaraf jambatan utama yang menghubungkan lebih 20,000 penduduk dari beberapa kampung termasuk Kampung Binjai dan Air Putih dengan Bandar Cukai itu melibatkan peruntukan kira-kira RM8 juta.
Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Air Putih, Haji Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, berkata selepas tertangguh sekian lama, jambatan yang amat penting bagi kegunaan penduduk sekitar serta pengguna jalan raya yang melalui Bandar Cukai itu dapat diteruskan semula selepas mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
Kerja menaiktaraf jambatan utama yang menghubungkan lebih 20,000 penduduk dari beberapa kampung termasuk Kampung Binjai dan Air Putih dengan Bandar Cukai itu melibatkan peruntukan kira-kira RM8 juta.
Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Air Putih, Haji Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, berkata selepas tertangguh sekian lama, jambatan yang amat penting bagi kegunaan penduduk sekitar serta pengguna jalan raya yang melalui Bandar Cukai itu dapat diteruskan semula selepas mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
PM Umum Projek Program Transformasi Ekonomi RM26 bilion
NAJIB (duduk, tengah) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada pelabur ETP di Putrajaya semalam. |
Najib berkata, projek berkenaan akan menyumbang RM10.07 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan mewujudkan 64,282 pekerjaan.
Semasa mengumumkan perkembangan terkini ETP yang terakhir bagi tahun ini, beliau berkata, 11 projek utama di bawah ETP akan menyumbang RM1.129 bilion kepada PNK, RM6.68 bilion pelaburan dan mewujudkan 40,021 pekerjaan.
Konvesyen Pembangunan Besut di Jerteh Hari Ini
Pembangunan di daerah Besut yang dikatakan masih ketinggalan berbanding daerah-daerah lain di Terengganu akan dibincangkan secara terperinci hari ini pada Konvesyen Pembangunan Daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong di Jerteh.
Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh berkata, enam tokoh pembangunan yang juga merupakan anak jati Besut akan membentangkan kertas kerja pada konvensyen sehari itu.
Antara tokoh berkenaan ialah bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor (kiri) , Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Usniza) Datuk Dr Alias Daud (kanan) dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Mohd Nasir Hamzah.
Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh berkata, enam tokoh pembangunan yang juga merupakan anak jati Besut akan membentangkan kertas kerja pada konvensyen sehari itu.
Antara tokoh berkenaan ialah bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor (kiri) , Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Usniza) Datuk Dr Alias Daud (kanan) dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Mohd Nasir Hamzah.
JKNT Kenal Pasti Lokaliti Bermasalah Bagi Tangani Denggi
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenalpasti kawasan bermasalah denggi di setiap daerah dengan melihat kepada kejadian kes denggi, penemuan tempat pembiakan aedes yang banyak serta tahap kebersihan persekitaran di setiap kawasan sebagai aktiviti utama bagi menangani masalah denggi menerusi Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan Denggi Khas.
Pelan tindakan yang dilaksanakan dalam tempoh dua bulan sehingga Disember ini mengikut daerah disediakan berdasarkan masalah denggi yang dikesan berlaku di setiap daerah seluruh Terengganu.
Pengarah JKNT, Dr Anwa Sulaiman, berkata pelan dipantau secara terperinci oleh Pihak Vektor negeri yang memfokuskan lokaliti yang bermasalah denggi di seluruh daerah dengan merencanakan serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan secara berkesan.
Pelan tindakan yang dilaksanakan dalam tempoh dua bulan sehingga Disember ini mengikut daerah disediakan berdasarkan masalah denggi yang dikesan berlaku di setiap daerah seluruh Terengganu.
Pengarah JKNT, Dr Anwa Sulaiman, berkata pelan dipantau secara terperinci oleh Pihak Vektor negeri yang memfokuskan lokaliti yang bermasalah denggi di seluruh daerah dengan merencanakan serta melaksanakan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan secara berkesan.
FAMA Terengganu Anjur Karnival Halal 1Malaysia Best Disember ini
Fama Terengganu akan menganjurkan Karnival Halal 1Malaysia Best selama empat hari bermula 20 Dis ini yang terbuka kepada semua, terutama usahawan kecil Pantai Timur.
Usahawan yang berminat untuk menyertai karnival itu boleh menghubungi Fama Terengganu di talian 09-6224144, 6224191.
Pengarahnya Hasan Jusoh berkata karnival itu bertujuan mempromosikan produk makanan dari negeri Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan 1Malaysia Best.
Usahawan yang berminat untuk menyertai karnival itu boleh menghubungi Fama Terengganu di talian 09-6224144, 6224191.
Pengarahnya Hasan Jusoh berkata karnival itu bertujuan mempromosikan produk makanan dari negeri Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan 1Malaysia Best.
Thursday, November 15, 2012
Sokongan Golongan Muda - BN Yakin Rampas Kembali Parlimen Marang
“Kita yakin Marang akan kembali di bawah jajahan
BN dan ia bukan lagi impian kosong, sebaliknya dibuktikan melalui
sokongan padu ditunjukkan golongan muda terhadap BN."
- Datuk Seri Ahmad Said
Barisan Nasional (BN) yakin sepenuhnya mengambil alih Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ia berdasarkan sokongan luar biasa ditunjukkan Pemuda Umno Marang pada Himpunan Generasi Muda Marang 2012 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, kelmarin.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, impian itu bukan khayalan, sebaliknya dibuktikan melalui sokongan padu yang ditunjukkan, khususnya golongan muda dari kawasan Parlimen tersebut.
“Kita yakin Marang akan kembali di bawah jajahan BN dan ia bukan lagi impian kosong, sebaliknya dibuktikan melalui sokongan padu ditunjukkan golongan muda terhadap BN.
“Kita akui untuk berjaya menawan beberapa kawasan dan Parlimen di negeri ini memerlukan sokongan banyak pihak terutama golongan muda bagi memastikan kita kekal menerajui negeri dan negara ini,” katanya sempena Himpunan Generasi Muda Marang 2012.
Himpunan itu menyaksikan kira-kira 6,000 Pemuda Umno dari Parlimen Marang berkumpul di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam sebagai tanda sokongan untuk bertemu pemimpin besar negeri itu.
Pada perhimpunan itu, Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan 1,000 rumah mampu milik akan didirikan untuk penduduk Marang sekiranya BN menang pada PRU13.
“Ini sebagai tambahan kepada beberapa projek pembangunan rumah mampu milik yang sedang berjalan ketika ini, begitu juga dengan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong, sebanyak 500 unit rumah akan didirikan.
“Sementara itu di Dun Pengkalan Berangan pula, kita akan bangunkan Sekolah Menengah Imtiaz pada 2014, yang mana tanah telah disediakan untuk projek berkenaan,” katanya.
Menurutnya, janji itu akan ditepati dan pada masa sama mengingatkan golongan muda supaya keluar mengundi awal serta memberikan sokongan penuh kepada BN pada PRU13.
“Himpunan Generasi Muda Marang 2012 ini bukan pertemuan terakhir, malah akan ada pertemuan berikutnya selepas ini. Kita akan pastikan kemenangan milik kita,” katanya
Sinar Harian
Radio BN Selangor Beroperasi Mulai 17 November - Zin
Barisan Nasional (BN) Selangor mengorak langkah ke hadapan dengan mengumumkan pelancaran Radio BN Selangor yang akan mula beroperasi pada 17 November ini.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Zin Mohamed berkata kewujudan radio berkenaan adalah untuk memberi informasi yang jelas kepada rakyat khususnya di Selangor mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan BN serta perkembangan mengenai isu-isu semasa.
"Radio ini juga merupakan platform untuk rakyat memberikan pandangan, mengemukakan aduan atau masalah mereka. Medium radio juga boleh digunakan untuk menangkis fitnah daripada Pakatan Rakyat dengan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
YT Sambung Pinjaman Pelajar Terlibat Himpunan Bersih Mesir
Imbas Kembali...Muhd Hasyim dan bapanya menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said 1 Ogos lalu. |
Ketua Penolong Pengarah Tajaan Pelajar YT Mohd Razali Mahmud berkata Muhamad Hasyim Che Ngah, 21, telah membuat pengakuan dan rayuan mengenai penglibatan beliau dalam perhimpunan itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Didenda RM3,000 Kerana Khalwat
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.
Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.
Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, kira-kira 2.18 pagi semalam.
Senarai Pemain Skuad Penyu Akan Diumumkan Minggu Depan
Marzuki bersalaman dengan Louiz Bernades yang baru tiba di Terengganu kelmarin dan akan menyertai sesi pemilihan bermula hari ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. |
Pasukan Terengganu akan mengumumkan senarai penuh pemain selewat-selewatnya minggu depan bagi mengharungi saingan kempen Liga Malaysia musim depan.
Pengurusnya, Marzuki Sulong berkata, sehingga kini jawatankuasa pemilihan skuad Penyu telah mengenal pasti barisan pemain yang akan beraksi bersama kem Terengganu bagi 2013.
Menurutnya, selain dua pemain import, skuad Penyu turut menguji beberapa pemain tempatan yang mempunyai nama besar dalam arena bola sepak negara bagi memperkuatkan lagi pasukan.
Larian Kitar Semula Anjuran PPSPPA 17 November
Lebih 5,000 peserta dijangka menyertai Larian Jom! Kitar Semula dan Habitat 2012 bertempat di Dataran Teratai, Batu Burok, Kuala Terengganu pada 17 November ini.
Justeru, orang ramai yang ingin mendapakan maklumat lanjut berhubung larian ini boleh menghubungi talian 09-6310034 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang atau layari laman web www.ppsppa.gov.my.
Untuk rekod Terengganu merupakan negeri paling tinggi yang berjaya mencatatkan rekod jumlah kutipan barangan kitar semula dengan 240,041 kilogram bersamaan RM69,460 hasil kutipan dalam usaha mencapai sasaran 22 peratus kitar semula sisa pepejal menjelang 2020. 14 November 2012.
Butler Jurulatih T-Team - Latihan Bermula 16 November
Sesi latihan pasukan T-Team akan bermula pada 16 November ini selepas Peter James Butler menandatangani kontrak dalam masa terdekat.
T-Team juga sedang mengadakan perbincangan dengan pemain dari Ghana iaitu George dan Derek Boateng.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk kedua-dua pasukan (T-Team dan Terengganu) pada musim depan.
Suri Rumah Mencuri Pada Hari Pertunangan Sepupu
Seorang suri rumah sanggup ketepikan ikatan persaudaraan apabila bertindak mencuri Samsung Galaxy Tab milik sepupunya sendiri di Kampung Gelong Bilal, 27 Oktober lalu.
Lebih menyedihkan, perlakuan tidak bermoral suri rumah berusia 24 tahun dari Kuala Berang tersebut dilakukan pada majlis pertunangan wanita terbabit.
Menurut sumber, suspek dikatakan berkunjung ke rumah sepupunya bersama keluarga bagi menghadiri majlis pertunangan.
Astro Dapat Hak Penyiaran Tiga Musim BPL
Astro Malaysia Holdings Bhd, kumpulan hiburan media pengguna bersepadu terkemuka Malaysia, telah memenangi tender bagi hak penyiaran Liga Perdana Barclays (BPL) di Malaysia bagi tiga musim mulai 2013/14 hingga 2015/2016.
Sebagai sebahagian daripada persetujuan ini, kesemua 380 perlawanan BPL akan disiarkan secara langsung di Astro.
Ibu 9 Anak Antara Nelayan Terima Elaun Sara Hidup
Khatijah dan suaminya, Alias gembira menerima wang elaun sara hidup nelayan sebanyak RM200 yang digunakan untuk menampung perbelanjaan dapur mereka sekeluarga. |
Pengorbanan itu dilakukan demi anak yang semakin membesar, seterusnya membantu meringankan beban suami, Alias Ali, 56, yang mencari nafkah sendirian di lautan.
Ternyata, pengorbanan itu berbaloi bagi Khatijah Wahab, 55, kerana sejak mengikut suaminya turun ke laut menangkap ikan di laut dalam, pendapatan yang diperoleh semakin bertambah dan mampu memperoleh sehingga RM1,000 sehari.
10 Pasukan Termasuk Wakil Media Sertai Motour Tourism Cup 2012
Sebanyak 10 pasukan termasuk wakil media mengesahkan untuk menyertai kejohanan sukan perahu layar Motour Tourism Cup 2012 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong selama sehari Sabtu ini.
Kejohanan edisi keempat ini merupakan antara acara awal diadakan menjelang kejohanan antarabangsa Piala Monsun di venue yang sama mulai 3 hingga 8 Dis ini.
Kejohanan edisi keempat ini merupakan antara acara awal diadakan menjelang kejohanan antarabangsa Piala Monsun di venue yang sama mulai 3 hingga 8 Dis ini.
Guru Dikait Dengan Bersih 2.0 Gagal Dalam Tuntutan
Mahkamah Tinggi di Shah Alam semalam memutuskan bahawa proses penahanan seorang guru sekolah swasta yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Jun tahun lepas adalah sah dan tidak bercanggah dengan undang-undang.
Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan itu selepas menolak tuntutan yang difailkan oleh Musafri Abdullah Azmi, 28, terhadap empat pihak termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Selain Hishammuddin, Musafri selaku plaintif menamakan Kpl Ruslee Mastam, Insp Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.
Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan itu selepas menolak tuntutan yang difailkan oleh Musafri Abdullah Azmi, 28, terhadap empat pihak termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Selain Hishammuddin, Musafri selaku plaintif menamakan Kpl Ruslee Mastam, Insp Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.
Terengganu Mahu Dapatkan Jurulatih Renang China
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bercadang mendapatkan khidmat dua jurulatih dari China untuk melatih para perenang dan penerjun negeri, kata Timbalan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih dalam proses berurusan dengan pihak di sana untuk tujuan tersebut.
"Kita perlukan seorang jurulatih renang dan seorang jurulatih terjun secepat mungkin," katanya di Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih dalam proses berurusan dengan pihak di sana untuk tujuan tersebut.
"Kita perlukan seorang jurulatih renang dan seorang jurulatih terjun secepat mungkin," katanya di Kuala Terengganu semalam.
Tuanku Mizan Berangkat Rasmi Sambutan Maal Hijrah Hari Ini
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1434 Hijrah/2012 Masehi, di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kira-kira jam 9 pagi ini.
Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Sambutan Maal Hijrah pada kali ini membawa tema `Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ akan diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh qari jemputan dan diikuti dengan ucapan Menteri Besar.
Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Sambutan Maal Hijrah pada kali ini membawa tema `Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ akan diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh qari jemputan dan diikuti dengan ucapan Menteri Besar.
Wednesday, November 14, 2012
Awas! Kosmetik Tiruan Pembunuh Senyap
Gambar Hiasan,,,perlu pilih kosmetik asli bukan tiruan. |
Pakar Perunding Kulit, Dr. Ko Chung Beng berkata, kosmetik tiruan mengandungi campuran bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya pada kulit, organ dalaman dan sistem saraf manusia.
Apakah kosmetik ini tiruan atau asli? |
”Pengguna boleh terdedah kepada risiko kehilangan sel otak yang mengakibatkan mereka menjadi cacat akal atau menghidap penyakit Alzheimer pada masa akan datang,” katanya di Kuala Lumpur semalam.
Antara risiko penyakit yang mengancam pengguna ialah parut kekal pada kulit, psoriasis (penyakit kulit), jangkitan kuman pada mata, masalah jantung, buah pinggang dan gangguan sistem saraf
Kosmo!
477 jemaah haji Pantai Timur selamat sampai di LTSM
Seramai 447 jemaah haji dari Pantai Timur selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini melalui penerbangan Mas KT48 pada kira-kira 9.05 pagi semalam.
Sebahagian besar jemaah haji berkenaan adalah dari Terengganu manakala sebahagian lagi dari Pahang dan Kelantan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Muhamad Ramli Nuh ketika menyambut jemaah haji berkata penerbangan terus dari LTSM ke Jeddah ini adalah merupakan komitmen kerajaan menyediakan kemudahan kepada jemaah untuk menunaikan rukun Islam kelima.
Sebahagian besar jemaah haji berkenaan adalah dari Terengganu manakala sebahagian lagi dari Pahang dan Kelantan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Muhamad Ramli Nuh ketika menyambut jemaah haji berkata penerbangan terus dari LTSM ke Jeddah ini adalah merupakan komitmen kerajaan menyediakan kemudahan kepada jemaah untuk menunaikan rukun Islam kelima.
KMBTB Galak PKS Guna Kemudahan, Khidmat Kilang
Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Bhd (KMBTB) menyasar 30 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menggunakan perkhidmatan di pusat pengilangan, pembungkusan dan penjenamaan industri hiliran miliknya sebelum akhir tahun ini.
Setakat ini, 20 PKS dari seluruh Malaysia, terutama syarikat dari Johor sudah menjadi pelanggan tetap di kilang milik KMBTM untuk menjadi pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan syarikat berkenaan.
Setakat ini, 20 PKS dari seluruh Malaysia, terutama syarikat dari Johor sudah menjadi pelanggan tetap di kilang milik KMBTM untuk menjadi pengeluar produk makanan dan minuman kesihatan syarikat berkenaan.
Butler LegaKemelut Kontrak Dengan PBSNT Selesai
Kontroversi penamatan kontrak Peter Butler sebagai jurulatih Terengganu menemui penghujungnya kelmarin dan pengendali dari England itu kini bakal menandatangani kontrak sebagai pengurus merangkap jurulatih T-Team dalam tempoh terdekat.
Butler, 46, mengakui lega dan gembira dengan penyelesaian kemelut isunya itu dan sudah bersiap sedia untuk menumpukan sepenuh perhatian mempersiapkan skuad T-Team bagi menghadapi saingan Liga Super 2013.
Butler, 46, mengakui lega dan gembira dengan penyelesaian kemelut isunya itu dan sudah bersiap sedia untuk menumpukan sepenuh perhatian mempersiapkan skuad T-Team bagi menghadapi saingan Liga Super 2013.
Batu Caves Jadi Tapak Warisan Dunia
Cadangan menjadikan Batu Caves sebagai antara tapak warisan dunia mencerminkan satu lonjakan baharu dalam mengiktiraf kawasan itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
"Ini sekali gus menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pengiktirafan kepada Batu Caves sebagai pusat perayaan agama Hindu,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves, di Kuala Lumpur semalam.
Katanya, cadangan itu juga menambah kepada usaha memelihara tapak-tapak warisan dalam negara yang dijalankan selama ini.
Lepas Pantang, Kembali Aktif Mencuri
Norazlina mengaku bersalah melakukan pencerobohan kedai runcit dan mencuri pelbagai barangan kosmetik di Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, kelmarin. |
Walaupun baru sahaja lepas berpantang melahirkan anak keempat, seorang pembantu kedai makan terus aktif menjalankan jenayah mencuri.
Dia yang memiliki rekod jenayah lampau dilihat seolah-olah tidak pernah serik apabila sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas dua pertuduhan iaitu melakukan pencerobohan ke atas sebuah kedai runcit di Jalan Sultan Sulaiman, dan mencuri barangan kosmetik di sebuah kios kecantikan di Pasar raya Mydin Mall.
Tertuduh, Norazlina Mamat, 35, dari Jalan Banggol Kampung Paya Keladi, dengan selamba mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noradila Ab Latiff.
Sembilan Pesilat Terengganu Wakil Negara Ke Kejohanan Silat Dunia
Sembilan atlet silat Terengganu telah dipilih untuk mewakili negara pada kejohanan silat dunia di Chiang Rai, Thailand mulai 19 hingga 25 November ini.
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata mereka terdiri daripada enam atlet wanita dan tiga atlet lelaki, yang juga merupakan atlet Sukma Terengganu.
"Pada kejohanan itu, kontinjen Malaysia diwakili 29 atlet termasuk 9 dari Terengganu," katanya di sini hari ini.
PUM Gesa Henti Manipulasi Teks Agama Untuk Perspektif Sekular
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa semua pihak termasuk Sister In Islam berhenti daripada memanipulasi teks agama untuk disesuaikan dengan perspektif sekular, termasuk dalam isu kebebasan beragama.
Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd Roslan Mohd Noor berkata, tindakan tersebut merupakan satu penistaan agama yang menjadi sebahagian daripada menifestasi religiofobia. “Perkara itu boleh di anggap satu jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa.
“PUM menyokong Kerajaan Persekutuan atau kerajaan-kerajaan negeri yang mengambil tindakan dari sudut perundangan, pendidikan, media dan seumpamanya bagi memastikan hak beragama tidak dinafikan melalui nama indah lain seperti hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd Roslan Mohd Noor berkata, tindakan tersebut merupakan satu penistaan agama yang menjadi sebahagian daripada menifestasi religiofobia. “Perkara itu boleh di anggap satu jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa.
“PUM menyokong Kerajaan Persekutuan atau kerajaan-kerajaan negeri yang mengambil tindakan dari sudut perundangan, pendidikan, media dan seumpamanya bagi memastikan hak beragama tidak dinafikan melalui nama indah lain seperti hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kejohanan Bawah 19 Tahun Tututp Tirai PSTNT 2012
Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) akan menutup aktiviti tahun 2012 dengan penganjuran kejohanan antara regu bawah 19 tahun pada 21-22 Disember depan.
Presidennya Mohd Shapian Ali berkata matlamat kejohanan itu ialah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili Terengganu pada temasya Sukma tahun depan.
"Ia (kejohanan ini) terbuka kepada semua pemain anak negeri Terengganu selaras dengan peraturan Sukma," katanya semalam.
Presidennya Mohd Shapian Ali berkata matlamat kejohanan itu ialah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili Terengganu pada temasya Sukma tahun depan.
"Ia (kejohanan ini) terbuka kepada semua pemain anak negeri Terengganu selaras dengan peraturan Sukma," katanya semalam.
Pakej Menarik Mampu Tarik Pelancong Berkualiti
Tawaran pakej yang merangkumi semua sektor dapat menarik lebih ramai pelancong berkualiti terutamanya dari Eropah datang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata pelancong berkualiti yang dimaksudkan ialah pelancong yang datang ke sini dan berbelanja sekaligus dapat menjana ekonomi rakyat negeri Terengganu.
“Sebelum membuat keputusan untuk melawat sesuatu tempat, perkara utama yang dinilai oleh para pelancong adalah pakej yang ditawarkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata pelancong berkualiti yang dimaksudkan ialah pelancong yang datang ke sini dan berbelanja sekaligus dapat menjana ekonomi rakyat negeri Terengganu.
“Sebelum membuat keputusan untuk melawat sesuatu tempat, perkara utama yang dinilai oleh para pelancong adalah pakej yang ditawarkan.
Tuesday, November 13, 2012
Kemaman Bakal Miliki Produk Pelancongan Baru
Kemaman bakal memiliki produk pelancongan baharu apabila projek benteng tebing Sungai Kemaman di bandar Chukai bernilai RM38 juta siap sepenuhnya menjelang Februari tahun depan.
Projek dengan konsep 'waterfront' di kawasan seluas 14.8 hektar itu, apabila siap turut dilengkapi pelbagai kemudahan untuk orang ramai beriadah dan merasai pengalaman menyusuri Sungai Kemaman
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kawasan itu akan dilengkapi ruang pejalan kaki sepanjang dua kilometer, surau, tandas, wakaf berehat, kiosk serta kompleks perniagaan, hotel dan resort peranginan yang akan dibangunkan oleh syarikat swasta.
"Ini bakal menjadi daya tarikan terbaharu di Kemaman yang kini terkenal sebagai pusat perindustrian yang pesat membangun. "Kita menjangka dapat menarik pelaburan kira-kira RM38 juta daripada pelabur yang berminat dengan hartanah di sekitar kawasan ini untuk dibangunkan," katanya.
Beliau turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya membuat kajian mengenai kos yang diperlukan untuk mendalamkan lagi Sungai Kemaman bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh di jeti untuk tujuan pelancongan.
"Seterusnya, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) akan membangunkan kawasan sekitar tebing sebagai pusat komersil untuk aktiviti ekonomi," katanya.
Projek itu yang kini siap 72 peratus akan memacu pertumbuhan ekonomi daerah itu, seterusnya menjadi lokasi menyusuri sungai yang kedua di negeri ini selepas Kuala Terengganu.
Ada Aduan, Dial Saja Talian 03-8000 8000
Najib(tiga dari kiri) melawat Pusat Panggilan 1Malaysia selepas melancarkan perkhidmatan itu di Putrajaya semalam. |
Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Jambatan Bukit Kuang Lewat Siap Kerana Kurang Pekerja - Ahmad Said
Kelewatan menyiapkan projek pembinaan Jambatan Bukit Kuang di Kemaman mengikut jadual asal berpunca daripada kekurangan pekerja, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Hanya terdapat 60 orang pekerja sahaja di tapak pembinaan jambatan itu berbanding 180 pekerja untuk memastikan pembinaan jambatan yang menelan belanja RM185 juta itu berjalan lancar.
"Tenaga pekerja yang digunakan sekarang hanya 1/3 daripada jumlah yang sepatutnya dan perkara ini perlu diberi perhatian segera oleh kontraktor berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembinaan jambatan itu di Kemaman,semalam..
Tangisan Bayi Bongkar Cerita Remaja 16 Tahun Bersalin
Abang kepada remaja 16 tahun yang melahirkan bayi perempuan terpaksa menunggu di luar Dewan Bersalin HSNZ sejak pagi sebelum dibenarkan melawat adiknya tengah hari, semalam. |
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.
LPPTerengganu Sedia RM1 Juta Untuk Lahir Usahawan Peladang
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu memperuntukkan RM1 juta untuk melahirkan usahawan peladang di kalangan anggotanya pada tahun depan.
Pengarah LPP Terengganu Shamsuddin Mat Rani berkata peruntukan itu meningkat hampir sekali ganda berbanding RM450,000 yang disediakan bagi tujuan yang sama tahun ini.
Pengarah LPP Terengganu Shamsuddin Mat Rani berkata peruntukan itu meningkat hampir sekali ganda berbanding RM450,000 yang disediakan bagi tujuan yang sama tahun ini.