Saturday, January 19, 2013

Cincin RM24 Juta - Rosmah Mansor Berani Sumpah Dengan Nama Allah



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Bagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".

 "Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.

"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Rakaman ucapan Rosmah itu telah dimuatnaik di Youtube oleh portal berita KLPos.

Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.

Malaysiakini

The Titans Kalah 0-3 Sekali Lagi, Kali ini Di Gelanggang Sendiri

Penyerang T-Team, Caleb Folan diasak penjaga gawang Selangor PKNS.

Pemain T-team (tengah), Ahmad Syamim diasak oleh pemain Selangor PKNS, Mohd Faiz Mohd Isa pada perlawanan petang semalam.
The Titans atau T-Team yang bermodalkan RM6 juta tersungkur lagi. Sekali lagi T-Team ditumpaskan dengan jaringan 3-0 seperti perlawanan dengan ATM sebelum ini.

Alasannya apakah kerana ketua pasukan George Boeteng cedera tidak dapat diturunkan?

Jika baru-baru ini T-Team tumpas 0-3 di tangan ATM di Seremban, semalam di gelanggang sendiri iaitu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pun, T-Team tetap kalah.

Insentif Kawin Ibu, Bapa Tunggal Terengganu Dapat Sambutan


Insentif sebanyak RM2,000 kepada setiap ibu dan bapa tunggal yang berkahwin semula di negeri ini mulai mendapat sambutan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, sejak diluluskan bulan lepas, terdapat empat atau lima pasangan datang untuk mendapatkan borang.

Ali Rustam Mahu Tanding Kerusi Parlimen Pada PRU-13


Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Kata beliau, hasratnya sudah diketahui banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun masih belum diputuskan pemimpin tertinggi parti.

Petronas Saman Perwaja Steel Gagal Jelas Bayaran Gas

Kilang Perwaja di Terengganu.
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) memfailkan saman terhadap Perwaja Steel Sdn Bhd kerana kegagalan syarikat pengeluar keluli itu menjelaskan bayaran bagi gas yang dibekalkan ke lojinya di di Kemaman, Terengganu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pada 14 Jan, oleh Tetuan Kadir, Andri & Partners, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Bernama semalam.

Lelaki, Wanita Ditahan Miliki Kereta Curi Di Felad Selasih

Ketua Balai Polis Jertih, Inspektor Zuraidi Semail bersama anggotanya melihat kenderaan yang dirampas.
Anggota polis Kelantan memegang  senjata tajam seperti pedang dipercayai milik suspek di Kampung Pachakan, pagi kelmarin.

Polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun dan wanita 24 tahun kerana disyaki memiliki kereta curi dalam satu rondaan cegah jenayah di kawasan Felda Selasih , dekat Jabi, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun ditahan dalam rondaan kira-kira pukul 9 malam.

Anggota forensik sedang menyiasat kereta Proton Waja yang dinaiki suspek yang terbabas selepas melanggar tiang pagar rumah di Kampung Pachakan.

Kerajaan Terengganu Sambung Kontrak 550 Pegawai IT

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun bagi pembayaran gaji kepada 550 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) di seluruh negeri ini bagi menyambung perkhidmatan mereka tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) Services Sdn. Bhd., Rozi Mamat berkata, daripada jumlah itu, seramai 495 orang EIO dan 55 petugas TSO ditempatkan di sekolah rendah, sekolah menengah, jabatan-jabatan, pejabat pelajaran daerah dan pusat bestari (Bes.comm).

Pahang Yakin Tahun Melawat Terengganu Tidak Jejas Sasaran 11 Juta Pelancong

Tasik Chini yang mampu menggamit pelancong.
Pahang yakin Tahun Melawat Terengganu 2013 tidak akan menjejaskan sasaran 11 juta pelancong ke Pahang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata Pahang optimis akan dapat mengekalkan jumlah 11 juta pelancong yang direkodkan pada tahun lepas.

Jumlah Bilik Hotel Dijangka Meningkat 20 Peratus Tahun Ini

Hotel PrinzPark yang baru dibuka.
Bilangan bilik penginapan di Terengganu dijangka meningkat 20 peratus tahun ini berikutan pembinaan beberapa hotel baharu yang akan beroperasi menjelang suku kedua tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata perkembangan itu bakal melonjakkan jumlah bilik hotel hampir 10,000 tahun ini berbanding sekitar lebih 8,000 bilik pada tahun lepas.

JMPP, Pemuda UMNO - Terus Dihina, Kesabaran Umat Islam Di Kemuncak


Individu politik yang bukan beragama Islam diingatkan agar tidak terus mempersenda dan menghina Islam yang dianggap sudah keterlaluan.

Penyelaras Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, tindakan biadap itu kini semakin kerap berlaku dan lebih dikesalkan setelah membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti Islam, tidak mahu meminta maaf.

BR1M 2 Akan Selesai Dibayar Februari - Awang Adek

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.

JPJ Nasihat Pengguna Jangan Guna Khidmat Teksi Haram

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengingatkan orang ramai tidak menjadi penyumbang kepada pertambahan teksi haram atau 'prebet sapu' di negeri ini dalam usaha membanteras kebanjiran kegiatan berkenaan.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, tindakan segelintir orang ramai yang gemar mendapatkan perkhidmatan teksi haram menyebabkan kegiatan itu berleluasa dan akan mencalarkan imej negeri ini terutamanya sempena penganjuran Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Friday, January 18, 2013

Pemuda Maut Kereta Dipandu Hilang Kawalan Di Dungun

Seorang pemuda terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Km 80.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Batu 49, di Dungun awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Rizuan Rosli, 22, yang berasal dari Kampung Jerangau Sungai terbunuh selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di situ lalu terbalik.

Murid Tahun 6 Lemas Mandi Sungai Di Tok Raja

Seorang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tok Raja, Jerteh ditemui mati lemas di Sungai Besut, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, Muhammad Faris Irfan Fauzi, 12, ditemui pasukan penyelamat setelah mangsa dipercayai terjerlus ke dalam pasir ketika mandi bersama kawan-kawannya kira-kira pukul 5.50 petang.

Kalimah ALLAH - PKR, DAP Berpegang Kenyataan Hadi 8 Januari, Bukan Majlis Syura

"Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari...Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu (8 Januari)."
Timbalan Presiden PKR - Azmin Ali


PKR dan DAP Tolak Keputusan Majlis Syura PAS mengenai Kalilah ALLAH. Mereka berpegang kepada keputusan mesyuarat tiga pihak 8 Januari.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pihaknya berpegang pada pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.

"Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah.

"Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya semalam.

Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari lalu dalam banyak perkara dengan mengambil kira kepentingan bersama.

"Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu," katanya.

Mengulas lanjut keputusan Majlis Syura yang bertentangan dengan pendirian Presiden Pas itu, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor menegaskan, ia hanya sebahagian daripada struktur organisasi parti itu yang tidak terikat dengan polisi bersama PR.

"Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.

Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak.

"Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tak boleh halang orang daripada bercakap," katanya. Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Pas memutuskan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi nahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

RM900 Juta Bina Loji Air Di Kemaman, Kuala Terengganu Utara



Kerajaan negeri merancang membina dua loji rawatan air baru di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu Utara bagi menampung permintaan yang semakin meningkat dari pengguna industri dan domestik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan sedar isu-isu bekalan air yang paling kritikal dihadapi penduduk di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu Utara dan memerlukan tindakan segera kerajaan.

TMJ Nafi Anggota Timbalan Setia Negeri Berada di Stadium Sultan Muhammad IV

Tunku Ismail menunjukkan surat rasmi kepada FAM berhubung isu keselamatan penyokong dan pemain Johor Darul Takzim di Istana Bukit Pelangi.
 
Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

Seorang penyokong ditahan polis yang berpakaian preman kerana membaling objek ke arah tempat duduk VIP pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, kelmarin.

Terengganu Catat 40,357 Belum Daftar Pemilih - SPR

Terengganu mencatatkan negeri yang mempunyai paling sedikit bilangan individu yang belum berdaftar sebagai pemilih berbanding negeri lain sehingga akhir tahun lalu.

Berdasarkan jumlah itu, hanya enam peratus atau 40,357 daripada keseluruhan 678,642 pemilih di negeri ini masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bahagian Memasak Buah Sawit Kilang Felcra Meletup - 4 Maut

Mayat Pramod Kumar Ray dan Azmi sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu
Empat pekerja kilang memproses kelapa sawit di Felcra Bukit Kapah, di sini maut manakala tiga lagi cedera apabila bahagian memasak buah sawit di kilang tersebut tiba-tiba meletup kira-kira jam 7.45 malam kelmarin.

Mangsa yang terbunuh adalah penyelia kilang terbabit Azmi Abdullah, 47, Mohd Razlan Mokhtar, 25 dan dua pekerja warganegara Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 40, dan Sanjib Kumar Pasman, 26.

Bahagian bumbung turut rosak akibat letupan.

Terengganu Agih Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat mangsa banjir di Kemaman baru-baru ini.
Kerajaan Terengganu akan mengagihkan bantuan sebanyak RM500 kepada mangsa banjir di negeri ini, mulai pertengahan Feb depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata bantuan kepada setiap keluarga itu diberikan kepada mangsa yang mendaftar dengan pusat pemindahan banjir yang diiktiraf.

Kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor Prosedur Biasa

Anggota JMF menjalankan tugas mereka pada perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, Selasa lalu. Kehadiran mereka adalah untuk mengawal pergerakan kerabat DiRaja Johor.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bharu Selasa lalu merupakan prosedur biasa buat kerabat diraja.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, ia sejajar dengan polisi JMF yang ditugaskan menjaga keselamatan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim. Azzuddin berharap perkara itu tidak disensasikan oleh mana-mana pihak selain menggesa penyokong-penyokong bola sepak tempatan tidak terkeliru dengan kehadiran JMF itu.

Kumpul Bacaan Sikap Pengundi Tanpa Andaian Semata-Mata

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berharap kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT) mengumpul maklumat mengenai bacaan sikap pengundi tanpa bertolak ansur dan hanya bersandarkan andaian semata-mata kerana mahu menjaga hati serta hubungan dengan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata sikap itu bukan sahaja menyukarkan maklumat tepat dikumpul bagi melicinkan perjalanan parti, malah boleh menjejaskan matlamat Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu Kini Dibuka - Ahmad Said

"Kadar faedah tiga peratus berasaskan baki pinjaman dengan tempoh bayaran balik 30 tahun."
Anak Terengganu yang ingin membina rumah kini boleh memohon Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dengan kadar pinjaman sehingga RM50,000.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pinjaman itu terbuka kepada anak negeri yang mempunyai tanah sendiri atau milik keluarga yang telah diberi kebenaran.

Perdana Menteri Lancar SelangorBN.fm

Najib ditemu bual oleh Kavimani (duduk di kanan) sambil diperhatikan oleh Noh (tiga dari kiri), Mohd. Zin (tiga dari kanan) dan Pian Hon (kanan) di konti stesen radio SelangorBN.fm di Shah Alam semalam.
Saluran radio internet, SelangorBN.fm bakal menjadi medium untuk Barisan Nasional (BN) mendapatkan maklum balas daripada rakyat Selangor dan seterusnya berupaya memberi khidmat yang lebih baik dan berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan saluran radio itu memuji usaha tersebut yang disifatkannya sebagai pendekatan baharu bagi mendekati pengundi dan rakyat di negeri ini.

Ketua Geng Pok Kob Serah Diri 18 Januari


Ketua kumpulan Geng Pok Kob Langkap yang aktif dalam kes peras ugut menyerah diri di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata suspek yang berusia 32 tahun itu hari ini dibebas oleh mahkamah dengan jaminan polis.

PPNT Terus Berusaha Perkukuh Rantaian Pemasaran Hasil Pertanian Segar

Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT), satu badan induk kepada 15 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Terengganu, terus berusaha memperkukuhkan rantaian pemasaran hasil pertanian segar para peladang dengan menambah lagi 10 "kiosk Peladang" pada tahun ini.

 Pengurus Besarnya, Sawalludin Ahmad berkata langkah itu itu juga akan membantu mewujudkan peluang perniagaan di kalangan usahawan pemasar pertubuhan peladang.

UiTM Jalin Kerjasama Dengan Pakar Luar Negara Atasi Masalah Banjir


Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalin kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar negara dalam menghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia.

Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata pakar-pakar itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang air, banjir dan persekitaran.

100,000 Stokin Bayi Untuk HSNZ

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said menyerahkan stoking kepada Timbalan Pengarah (Klinikal) HSNZ, Dr Muhada Suzana Mokhtar.
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima sumbangan 100,000 pasang stokin untuk kegunaan bayi yang lahir sepanjang Januari hingga Mac.

Sumbangan bernilai RM200,000 dari Syarikat My Socks Malaysia Sdn Bhd yang beroperasi di Gong Badak menerusi Ketua Pegawai Ekskutifnya , Johnny Wong yang disampaikan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, selepas Mesyuarat Exco, di Wisma Darul Iman, semalam.

LTdL 2013: Theo Bos ketuai cabaran Blanco Pro Cycling Team


Juara  dunia lima kali dalam acara trek, Theo Bos akan menjadi sandaran pasukan Blanco Pro Cycling Team, bagi menggalas cabaran pasukan pro team itu pada perlumbaan Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) mulai 21 Februari hingga 2 Mac ini.

Pasukan Belanda itu, yang sebelum ini dikenali Rabobank sejak 1996, akan membuat penampilan sulung pada perlumbaan LTdL kali ini.

Tapak Baharu Untuk Balai Polis Kuala Jengai Elak Banjir

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mencari tapak baharu bagi Balai Polis Kuala Jengai di sini yang sering ditenggelami air setiap kali banjir melanda Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata balai itu sekarang tidak sesuai untuk penempatan anggota jika banjir berlaku.

Permohonan untuk tapak baharu telah dibuat Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa kepada kerajaan, katanya kepada pemberita semasa melawat anggota dan keluarga mereka di balai tersebut yang mengalami banjir baru-baru ini.

Thursday, January 17, 2013

Jangan Cetus Provokasi Ketika PRU-13 - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta pemimpin parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 menasihatkan penyokong mereka agar tidak melakukan provokasi ketika berkempen.

Katanya jika semua pihak memainkan peranan dan menjaga tanggungjawab masing-masing, PRU ke-13 akan berjalan lancar tanpa kekacauan.

Ahmad Maslan - Bilik Gerakan PDM BN Mesti Dibuka Paling Lewat 1 Februari

Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional(BN) di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Feb ini.

 Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap pengerusi BN sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

SPR Lantik Pemerhati Asing Kalangan Negara Asean Untuk PRU-13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik pemerhati asing dari kalangan negara anggota Asean untuk membantu memantau proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata melalui satu panel pemilih yang ditubuhkan atas nasihat Wisma Putra, SPR dijangka melantik pemerhati dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand selain beberapa pemerhati daripada Sekretariat Asean.

MSNT Anjur Bolasepak Pantai, Cari peamin Sukma 2013

Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) akan menganjurkan Kejohanan Bolasepak Pantai Bawah 21 Tahun pada Jumaat ini untuk memilih pemain bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur, Jun ini.

Pengarah MSNT, Zainal Abidin Husin berkata, sebanyak 45 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan tertutup selama dua hari itu di Batu Buruk, di Kuala Terengganu.

UniSZA Lahir 30 Doktor Tahun Depan


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mengeluarkan 30 orang doktor pakar tahun depan yang akan menjadi tenaga pengajar di hospital-hospital dan juga hospital universiti itu apabila beroperasi kelak.

Naib Cancelor (VC) UniSZA, Prof. Dr Yahya Ibrahim berkata, ini merupakan kumpulan pertama pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang bakal menamatkan pengajian tahun depan.

LPP Isytihar 2013 Sebagai Tahun Kutip Hutang

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu menjadikan tahun ini (2013) sebagai tahun kutipan hutang yang terkumpul lebih RM12 juta.

Pengarah LPP terengganu,  Shamsuddin Mat Rani berkata, pihaknya akan perhebatkan usaha bagi mengesan penghutang terdiri daripada peniaga kalangan ahli dan bukan ahli bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

Wednesday, January 16, 2013

Ahmad Said - Pembangkang Sukar Gugat BN Terengganu

 

 "Besut dianggap sebagai benteng kuat untuk memastikan kemenangan BN di Terengganu pada pilihan raya umum ke-13...Dengan kekuatan yang ada pada semua pemimpin dan sokongan padu ahli parti BN Besut, pembangkang tidak akan mudah mempengaruhi pengundi di Parlimen Besut," 
- Ahmad SaidPengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Terengganu.

Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin pembangkang tidak akan dapat menggugat benteng pertahanan parti pemerintah itu di Terengganu berikutan kekuatan dan sokongan padu pemimpin dan anggota BN.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, persiapan rapi jentera parti sejak tahun lepas menyebabkan pembangkang tidak mudah untuk menggugat kemenangan BN.

Beliau yang melawat Bilik Gerakan Umno Bahagian Besut di sini, malam tadi, berkata Besut dianggap sebagai benteng kuat untuk memastikan kemenangan BN di Terengganu pada pilihan raya umum ke-13.

"Dengan kekuatan yang ada pada semua pemimpin dan sokongan padu ahli parti BN Besut, pembangkang tidak akan mudah mempengaruhi pengundi di Parlimen Besut," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan pengerusi BN negeri itu.

Turut hadir semua ketua bahagian Umno Terengganu serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri negeri.Turut hadir semua ketua bahagian Umno Terengganu serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri negeri.

Ahmad Said  turut berpuas hati dengan pengurusan Umno bahagian Besut yang mempunyai pelbagai kemudahan dan bilik khusus untuk semua portfolio dan berkata ia perlu menjadi contoh untuk bahagian lain di negeri ini.

Terdahulu, Ahmad Said diberi taklimat mengenai persiapan pilihan raya oleh Setiausaha Umno bahagian, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.

Beliau berkata, semua bilik gerakan akan mula beroperasi sepenuhnya akhir bulan ini bagi menghadapi PRU13.

Terdahulu,Menteri Besar itu melawat dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM10,000 kepada mangsa kebakaran enam deret kedai dan dua rumah kediaman di pekan Alor Lintang.
Menteri Besar bertanya kabar mangsa yang terbabit dalam kebakaran
Kebakaran pada pukul 3.10 pagi Ahad lepas itu memusnahkan antaranya kedai membaiki motosikal, kedai komputer, kedai alatan Singer, kedai menjual alatan memadam kebakaran, sebuah setor dan dua rumah kediaman membabitkan kerugaian RM1 juta.