n serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.
Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.
Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Beliau yang memulakan khidmat dari 1 Julai 2008 melihat sikap Liu semakin tamak mengejar keuntungan sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
Semasa dilantik menjadi pegawai khas di pejabat Exco itu, beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan ke atas kepimpinan Liu, namun ia terhakis apabila melihat wajah dan karekter sebenar bekas majikanya itu.
Aktivis DAP sejak 2004 itu, mendakwa Ronnie juga seorang pemimpin yang sangat rasis.
Jefrei berkata, Ronnie dan DAP Selangor khususnya, menganggap PKR sebagai sebuah parti 'pak lawak" dan sering kali berseloroh dan bertanya kepadanya bagaimana orang Melayu boleh menyokong PKR yang diterajui oleh 'jokers'.
Menurutnya, Liu dan pemimpin utama DAP juga menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sampai sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut.
"Saya melihat sendiri bagaimana peranan yang dimainkan oleh Ronnie dalam memecah-belahkan parti Pas di Selangor bagi memastikan DAP terus mendominasi Pakatan Rakyat (PR) Selangor.
"Saya tahu bagaimana usaha yang dijalankan oleh Ronnie dan DAP bagi memujuk tokoh Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding di Selangor di bawah payung DAP bagi memastikannya mampu membentuk kerajaan baru di Selangor lantas menafikan hak calon PKR sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya
"Saya melakukan segala kemampuan untuk mencegah kemungkaran yang sedang berlaku. Namun, semua bantahan serta teguran saya tidak diambil peduli," katanya pada sidang media di Georgetwn.
Menurutnya, kini ternyata, slogan dan laungan Liu dan DAP mengenai keprihatinan, kepedulian kepada rakyat serta kesepakatan dalam PR adalah omongan kosong dan retorik politik murahan mereka," katanya.
Saturday, February 9, 2013
Ahmad Said - Biar Rakyat Nilai Kerjasama DAP-PAS
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat mampu menilai sendiri sama ada kerjasama antara Pas dan DAP memberi kebaikan kepada umat Islam ataupun sebaliknya.
Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau melihat DAP menjadi parti dominan antara Pas dan PKR hinggakan Pas sendiri terpaksa akur dengan kehendak DAP.
Pembangkang Diharap Terima Keputusan PRU Dan Tidak Timbulkan Huru-hara - Najib
Perdana Menteri berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
Lebih 80 Elaun Sektor Awam Dikaji Semua
Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam.
Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Zarina Anjoulie, Rakan Didakwa Positif Dadah
Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Petaling Jaya semalam, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Skuad Negara Pada LTdL 2013 Tampil Kelainan
Mohid (enam dari kanan) bersama Kamaruddin (lima dari kanan) bergambar kenangan dengan pelumba negara selepas majlis pengumuman RTM sebagai penyiar rasmi LTdL 2013 di ibu negara semalam. |
Jika dalam edisi lepas, skuad negara mempertaruhkan rata-ratanya pelumba pecut dalam strategi pasukan, namun kali ini skuad yang dibimbing Aminudin Sulaiman itu akan menurunkan lebih ramai pakar pendakian.
Mahkamah Arah Presiden Anak Fail Pembelaan
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, semalam memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari.
Penolong Kanan Pendaftar, Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; Pengarang Harakah, Taufek Yahya; penulis artikel, Mohd. Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd., memfailkan pembelaan mereka.
Lebih RM57 Juta Untuk Insentif Tanam Semula getah Tahun Ini
Sejumlah RM57.42 juta diperuntukkan kepada 3,828 pekebun kecil di negara ini di bawah Skim Intensif Tanam Semula (SITS), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), bermula tahun ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata skim yang diluluskan melalui Jawatankuasa Meningkatkan Pendapatan Pekebun Kecil (JKMPPK) itu akan membolehkan setiap pekebun menerima secara geran RM500 sebulan, selama empat tahun.
132 Pelumba Dari 30 Negara Sertai LTdL 2013
Pierre Rolland dan Andrea Guardini merupakan antara 132 pelumba dari 30 negara yang akan memulakan saingan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.
Ketua Pegawai Operasi LTdL 2013, Emir Abdul Jalal berkata, kesemua pelumba tersebut telah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-18 LTdL yang bermula di Kangar, Perlis, 21 Februari ini.
Ketua Pegawai Operasi LTdL 2013, Emir Abdul Jalal berkata, kesemua pelumba tersebut telah mengesahkan penyertaan pada edisi ke-18 LTdL yang bermula di Kangar, Perlis, 21 Februari ini.
Sokongan Masyarakat Tionghua Penting Untuk Barisan Nasional
Sokongan golongan minoriti termasuk masyarakat Tionghua memainkan peranan penting dalam pilihan raya umum (PRU), dan seharusnya golongan ini perlu bijak membuat keputusan kerana ia melibatkan masa depan mereka.
Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail, melalui kehidupan dengan penuh keharmonian serta selesa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah satu nikmat dan tiada sebab untuk mereka memilih pihak lain sebagai kerajaan.
RM1.2 Juta Untuk Pasukan Hoki Terengganu
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta untuk membentuk pasukan hoki negeri bagi menyertai kejohanan Liga Hoki Malaysia yang dijangka bermula April depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peruntukan yang disediakan itu adalah untuk membayar gaji pemain dan jurulatih dari luar negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peruntukan yang disediakan itu adalah untuk membayar gaji pemain dan jurulatih dari luar negara.
Pendaftaran BRIM 2.0 Ditutup 15 Mac
Kerajaan memutuskan kelmarin bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. "Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di Putrajaya.
"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. "Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di Putrajaya.
Kerajaan Negeri Sasar Bina 10,000 Unit Rumah Mampu Milik
Kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 10000 unit rumah mampu milik, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Menurut beliau, sehingga kini 8,000 lebih rumah telah dibina dan projek perumahan akan diteruskan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Ibu Pengsan Anak Dihukum Penjara Rogol Anak Tiri
Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, kelmarin, gempar apabila ibu seorang pengawal keselamatan pengsan selepas anaknya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan kerana merogol anak tirinya, tiga tahun lalu.
Anggota polis dan peguam yang menyedari kejadian itu kemudian membantu merenjis air ke wajah wanita tersebut sebelum dia dibawa keluar dari galeri awam mahkamah.
120 Keluarga Bakal Duduki Rumah Baru Di Cerong Balai
Seramai 120 keluarga yang bakal terpilih mendapat rumah baru di Perumahan Rumah Pangsa Cerong Binjai, Chendering, akan menduduki rumah mereka tidak lama lagi.
Menteri, Besar, Datuk Seri Ahmad Said hadir pada majlis beramah mesra dengan penduduk berkenaan dan majlis penyerahan kunci rumah PPRT di kampung berkenaan, malam Selasa lalu (5 Februari 2013).
Bantuan RM1,000 - Terima Kasih Kerajaan BN
“Saya terharu dan bersyukur kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah melupakan orang seperti kami,” kata pesara tentera Encik Zakaria Ngah, 62, dari Seberang Takir yang ditemui di majlis Penyerahan Cek RM1,000 kepada Pesara Tentera Tidak Berpencen di Wisma Darul Iman, Selasa (5 Februari 2013).
Beliau yang pernah bertugas selama 10 tahun dalam angkatan tentera kini berkerusi roda kerana diserang angin ahmar tiga tahun lalu itu ditemani salah seorang anak daripada enam beradik.
Bertanding Di Pekan Agenda Pembangkang Peralat Mahasiswa
Tindakan sekumpulan mahasiswa yang mahu bertanding mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, merupakan agenda pembangkang memperalat mahasiswa bagi kepentingan politik.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abd Rahman berkata kedudukan Najib di Parlimen Pekan yang kukuh menyebabkan pembangkang, yang lemah di Pekan, memerlukan sesuatu sebagai gimik bagi meraih sokongan politik di kawasan itu dan seluruh negara.
Seorang Lagi Anggota Kumpulan Samun Dari Paka Ditembak
Seorang lelaki yang dipercayai anggota kumpulan samun bersenjata api ditembak mati selepas cuba menyerang polis yang ingin menahannya di kawasan berhampiran air terjun Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai dekat Kuala Krai, Selasa lalu.
Anggota kumpulan 'Geng Amie' itu dikesan bersembunyi di kawasan hutan berkenaan selepas dua rakannya ditembak mati oleh polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Ahad lepas.
Anggota kumpulan 'Geng Amie' itu dikesan bersembunyi di kawasan hutan berkenaan selepas dua rakannya ditembak mati oleh polis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Ahad lepas.
Penyokong PAS Kemasik Berang Dengan Guan Eng
Kesemua mereka yang berkumpul di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di Chukai dekat sini kira-kira jam 3 petang turut membawa pelbagai sepanduk bagi menyuarakan kekecewaan terhadap DAP yang seolah-olah menghina umat Islam.
Bangunan Asrama Maahad Darul Quran Tiada CF
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bangunan asrama Maahad Darul Quran dimiliki parti itu yang musnah dalam kebakaran, kira-kira jam 10.30 pagi Selasa lalu, tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF).
Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, yang juga penasihat pengurusan Maahad Darul Quran, yang terletak di Rusila itu, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menyelesaikan perkara tersebut.
Kerajaan Negeri Cadang Tubuh Tabung Usahawan Tani
Kerajaan negeri akan mewujudkan Tabung Usahawan Tani tahun ini untuk membantu usahawan melaksanakan projek pertanian berskala besar.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Sha'ari Idris berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan RM500,000 untuk tabung itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Sha'ari Idris berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan RM500,000 untuk tabung itu.
Lebih 40,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Kemaman
Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman pagi Khamis (7 Februari 2013) yang disertai lebih 40,000 penduduk tempatan dan pelbagai pertubuhan.
Sebanyak 399 kontinjen terdiri daripada pertubuhan umno, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Sebanyak 399 kontinjen terdiri daripada pertubuhan umno, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Hospital KTS Terima ISO 9001:2008
Ketua Pegawai Eksekutif KTS Hospital, Zawiah Sharif berkata, persijilan itu membuktikan sistem pengurusan kualiti hospital memenuhi piawaian nasional serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Hanya 85,000 Daripada 224,500 Pesara Tentera Jadi Ahli Persatuan
Sebahagian bekas tentera tidak berpencen menerima bantuan RM1,0000 Rabu Selasa lalu. |
Ketua Pengarah Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tidak Berpencen, Datuk Zulkifli Mazlan berkata, pengagihan wang berkenaan sedang berjalan di seluruh negara.
Stesen minyak di Marang Pertama di Malaysia Miliki kedai buku
ASM Unggul Trading, pemilik stesen minyak Petronas yang telah beroperasi sejak 22 tahun lalu, menempa sejarah sebagai stesen minyak pertama memiliki kedai buku di Malaysia.
Pengurusnya, Ahmad Shukridin Muda berkata, sebagai permulaan, ASM Book Store yang terletak di tingkat atas stesen minyak dua tingkat itu menawarkan 3,000 judul buku pelbagai genre yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Pengurusnya, Ahmad Shukridin Muda berkata, sebagai permulaan, ASM Book Store yang terletak di tingkat atas stesen minyak dua tingkat itu menawarkan 3,000 judul buku pelbagai genre yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
BN Terengganu Yakin Tawan 5 Daripada 8 Kerusi Pembangkang
Perarakan Maulidur Rasul di Kemaman, Februari lalu. |
Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata keyakinan ini berdasarkan sambutan luar biasa rakyat terhadap program yang dianjurkan oleh Umno atau BN di kawasan berkenaan selepas PRU Ke-12.
Penyokong PAS Terengganu Minta PAS Pusat Tegas Pendirian
Demi maruah agama Islam, penyokong PAS Kuala Terengganu mahu pemimpin mereka di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.
Sekumpulan 20 orang yang mendakwa mewakili para penyokong PAS Kuala Terengganu mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai di Kuala Terengganu 4 Februari lalu sebagai menuntut pendirian itu.
Mereka membawa sepanduk dan melaungkan AllahhuAkbar serta mendesak pemimpin PAS supaya tidak tunduk terhadap desakan pengerusi DAP Karpal Singh dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng yang mereka anggap sewenang-wenangnya memperkotak-katik isu kalimah Allah demi tujuan politik.
Program Tranformasi PM Pikat 80 Penyokong PAS Marang Sertai Umno
Seramai 80 penyokong Pas dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Chempedak, Marang, keluar dari parti itu dan memohon untuk menyertai Umno kerana kecewa dengan tindakan pemimpin Pas yang gagal membela nasib penduduk di negeri ini.
Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.
Pesara Tentera Diminta Sertai Koperasi
Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) telah mewujudkan Koperasi PVTTB dan akan digerakkan secara lebih aktif tahun ini.
Yang Dipertua PVTTB, Encik Alias Abdul Razak berkata, setakat ini keahlian persatuan hampir 2,000 orang dan berharap mereka dapat menyertai koperasi yang diwujudkan khusus untuk kepentingan masa depan mereka.
Yang Dipertua PVTTB, Encik Alias Abdul Razak berkata, setakat ini keahlian persatuan hampir 2,000 orang dan berharap mereka dapat menyertai koperasi yang diwujudkan khusus untuk kepentingan masa depan mereka.
Wednesday, February 6, 2013
Bantuan RM50,000 Untuk Aktiviti Pekida
Kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan sebanyak RM 50,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida) Terengganu bagi membantu pertubuhan tersebut menjalankan aktiviti, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap pada Program Ramah Mesra Menteri Besar Terengganu Bersama Ahli Pekida di Dewan Besar Wisma Darul Iman, malam tadi.
Tuesday, February 5, 2013
Terengganu Lulus RM2.33 Juta Untuk Sektor Pertanian
Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM2.33 juta kepada Jabatan Pertanian untuk pembangunan sektor pertanian di negeri itu tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris berkata dalam masa yang sama kerajaan pusat juga memperuntukan sebanyak RM686,600 kepada jabatan berkenaan untuk tujuan yang sama.
Monday, February 4, 2013
Indeks Jenayah Terengganu Menurun Pada Tangga Kelima
Jamshah menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota Rela yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam membantu pihak polis.Jamshah menyampaikan sijil penghargaan. |
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, Terengganu berjaya mencatat penurunan sebanyak 3,505 kes berbanding 2011 iaitu sebanyak 3,841 kes.
Kerajaan Terengganu Akan Bina Pasar Borong Bernilai RM50 Juta
Kerajaan negeri Terengganu akan membina sebuah pasar borong di Bukit Payong, Marang bagi memenuhi keperluan sebahagian daripada peniaga di negeri ini.
Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Shamsuddin Mat Rani berkata pasar borong bernilai RM50 juta itu dapat menempatkan sehingga 120 peniaga apabila siap nanti.
Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Shamsuddin Mat Rani berkata pasar borong bernilai RM50 juta itu dapat menempatkan sehingga 120 peniaga apabila siap nanti.
Kilang Papan Di Mengabang Telong Digalakkan Berpindah
Kerajaan negeri Terengganu akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha kilang papan yang beroperasi di Kampung Mengabang Telong di Kuala Terengganu, mengenai kemungkinan untuk berpindah berikutan aduan penduduk yang kehidupan mereka tidak selesa akibat habuk dari kilang terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berkata pada awalnya kilang itu beroperasi di kawasan yang selamat dan tiada penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berkata pada awalnya kilang itu beroperasi di kawasan yang selamat dan tiada penduduk.
Kuala Berang Disyor Dipromosi Sebagai Bandar Bawah Tasik Sempena TMT 2013
Keindahan alam semulajadi di kawasan Kuala Berang yang turut menempatkan Tasik Kenyir, tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, wajar dipromosi sebagai 'Bandar Di Bawah Tasik' sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata beliau telah mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan supaya menonjolkan keistimewaan dan keunikan Kuala Berang.
Terengganu Pantau Pelajar Jual Baucer Buku
Kerajaan negeri akan memantau kegiatan pelajar institusi pengajian tinggi menjual Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).
"Kita ada terima aduan di mana terdapat pelajar yang menjual baucer ini dengan harga antara RM140 hingga RM150 kepada pihak tidak bertanggungjawab tahun lalu, namun gagal mengesan mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Kita ada terima aduan di mana terdapat pelajar yang menjual baucer ini dengan harga antara RM140 hingga RM150 kepada pihak tidak bertanggungjawab tahun lalu, namun gagal mengesan mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Sultan Mizan Berkenan Berangkat Ke Majlis Ceramah Maulidur Rasul
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis Ceramah Maulidur Rasul sempena Perkhemahan Maulidur Rasul Pengakap Peringkat Kebangsaan 2013, di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.
Agihan Bantuan Persekolahan Di Trengganu Selesai
Proses agihan Bantuan Persekolahan RM100 kepada kesemua 246,922 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri ini yang bermula 15 Januari lalu sudah selesai sepenuhnya pada 31 Disember.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Zakaria Hussin berkata, pihaknya berjaya dapat meyelesaikan agihan dalam tempoh singkat iaitu lebih awal daripada jadual asal 15 Februari depan.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Zakaria Hussin berkata, pihaknya berjaya dapat meyelesaikan agihan dalam tempoh singkat iaitu lebih awal daripada jadual asal 15 Februari depan.