Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong mengarahkan jurulatih berbasikal negeri yang ingin membuat latihan di kawasan berisiko seperti jalan raya agar melakukan tinjauan rapi terlebih dulu, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan sesuatu kawasan selamat untuk sesi latihan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan membabitkan pelatih.
Saturday, June 8, 2013
Terengganu Pertimbang Tambah Menara Tinjau Di Pulau Peranginan
Kerajaan negeri Terengganu mempertimbang untuk menambah menara tinjau di pulau peranginan di negeri itu dalam usaha menjaga keselamatan pengunjung.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata menara tinjau itu akan memudahkan tugas memantau persekitaran, sekali gus lebih menjamin keselamatan pelancong.
"Kita telah berbincang dengan beberapa agensi yang terlibat bagi merealisasikan impian itu.
Friday, June 7, 2013
Sasaran 400,000 Graduan Teknikal Pada 2020
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
menyasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang tahun 2020.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohlis Jaafar berkata, pada masa ini, setiap tahun menerusi 32 buah politeknik yang ada di seluruh negara, seramai kira-kira 35,000 lulusan graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang.
menyasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang tahun 2020.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohlis Jaafar berkata, pada masa ini, setiap tahun menerusi 32 buah politeknik yang ada di seluruh negara, seramai kira-kira 35,000 lulusan graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang.
PKBM Cari Mekanisme Terbaik Jaga Keselamatan Atlet Berbasikal Semasa Latihan
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berhasrat mencari mekanisme terbaik bagi menjaga keselamatan atletnya ketika menjalani latihan.
Timbalan Presiden PKBM Datuk Naim Mohamad berkata tidak dapat dinafikan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja dan risiko itu turut dihadapi semua atlet berbasikal.
"Kita perlu mencari mekanisme terbaik untuk mencari jalan penyelesaiannya. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya lain juga perlu kerana kita berkongsi jalan raya," katanya mengulas kematian seorang pelatih skuad projek pelapis lumba basikal negeri Terengganu dalam nahas dengan sebuah lori ketika menjalani latihan harian di Kuala Terengganu Rabu.
Dua Wanita Lacur Diri Demi Dadah Ditahan Bersama Lelaki Berbogel
Janda anak satu (kanan) dan bekas penghuni pusat pemulihan wanita ini yang dipercayai melacurkan diri bagi mendapatkan dadah. |
Ketika serbuan di Flat Kampung Fikri, dekat Cukai, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, janda terbabit yang berusia 28 tahun bersama seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang lagi wanita berusia 20 tahun sedang dalam keadaan khayal.
Dalam serbuan yang dilakukan 10 anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah dan seorang kakitangan Pejabat Agama Daerah Kemaman itu, polis turut merampas satu tiub dadah daripada janda berkenaan yang mempunyai seorang anak.
Pembuatan Belanga Tanah Liat Antara Tarikan Di Promosi Kraf Malaysia
Demonstrasi membuat belanga daripada tanah liat secara tradisional merupakan antara tarikan pengunjung ke Promosi Kraf Malaysia 2013 di pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu, yang diadakan selama 10 hari bermula kelmarin.
Pembuat belanga, Zainab Husin, 60, berkata belanga dibuat menggunakan tangan dan disokong peralatan lain seperti kayu sebagai tapak, pisau dan kain basah.
"Setiap hari saya akan ke kampung-kampung berdekatan untuk mencari tanah liat yang sesuai untuk dibuat belanga," katanya.
WWF Mohon Kerajaan Negeri Wartakan Tanah Bencah Setiu Demi Memelihara Ekosistem
Tabung Alam Malaysia (WWF) meminta kerajaan negeri meningkatkan perlindungan terhadap kawasan tanah bencah di Setiu dengan mewartakannya sebagai taman negeri yang pertama di Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif WWF Datuk Dr Dionysius Sharma berkata Tanah Bencah Setiu atau juga dikenali Setiu Wetlands mempunyai potensi sebagai destinasi eko-pelancongan yang mampu menjana peluang ekonomi kepada penduduk setempat.
"Ia kaya dengan sumber mineral tanah bencah yang menawarkan pusat kajian untuk para penyelidik," katanya pada majlis pelancaran video Tanah Bencah Setiu Permata Alam peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.
MBKT Wujud 21 Lokasi Bazar Ramadan Di Sekitar Kuala Terengganu
'Biar Saya Hidup Sendiri, Penderitaan Ini Tiada Siapa Yang Tahu..."
Dua kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa masalah keluarga disoal siasat pegawai JKM Dungun. |
Gadis 18 tahun itu ditemui di sebuah rumah buruk oleh sepasukan pegawai penguat kuasa syariah kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin, selepas menerima maklumat orang awam.
Bagaimanapun, pihak berkuasa terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki berusia empat bulan selain dua lagi kanak-kanak, masing-masing 10 dan 13 tahun yang merupakan adik kepada ibu muda itu.
Papa Gomo Bersara Daripada Blogging
Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.
Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. "I'm done (saya selesai).
Thursday, June 6, 2013
Atlit Berbasikal Terengganu Maut Dalam Nahas Ketika Berlatih
Seorang pelatih skuad projek pelapis lumba basikal negeri Terengganu maut manakala dua lagi cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika menjalani latihan harian di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Shafik Imran Syahril, 15, dari Kampung Cabang Tiga, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala pelatih yang cedera ialah Ahmad Fikri Ahmad Fazli, 19, dan Cikku Mohamad Nadzmi Cikku Ramli, 19.
Ia berlaku ketika kira-kira 40 pelatih lumba basikal Terengganu termasuk dari pasukan TSG, Skuad Sukma dan projek pelapis pasukan lumba basikal Terengganu menjalani latihan harian yang bermula pada kira-kira 8.30 pagi dari Kuala Terengganu menuju ke Bukit Besi melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2).
Uthayakumar Dipenjara Lebih 2 Tahun Tulis Surat Berbaur Hasutan
Peguam P. Uthayakumar semalam dipenjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown enam tahun lepas.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain memerintahkan Uthayakumar menjalani hukuman penjara itu hari ini. Ahmad Zamzani menjatuhi Uthayakumar hukuman itu selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
PM Ikrar Hijaukan Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa usaha melindungi alam sekitar begitu dekat di hatinya, memperbaharui ikrarnya ke arah Malaysia yang lebih hijau.
Dalam entri terkini beliau menerusi blog 1Malaysia sempena Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini, beliau berkata Malaysia kini merupakan pengeluar utama produk teknologi bersih seperti panel solar dan lampu LED efisien.
"Tahun ini, kami meningkatkan pembiayaan bagi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sebanyak RM2 bilion untuk menggalakkan pengeluaran dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau.
Dalam entri terkini beliau menerusi blog 1Malaysia sempena Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini, beliau berkata Malaysia kini merupakan pengeluar utama produk teknologi bersih seperti panel solar dan lampu LED efisien.
"Tahun ini, kami meningkatkan pembiayaan bagi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sebanyak RM2 bilion untuk menggalakkan pengeluaran dan penggunaan produk berasaskan teknologi hijau.
Video Seks - Anwar Beri Keterangan Januari Depan
Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jan tahun depan untuk mendengar keterangan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman beliau terhadap penulis blog 'Papa Gomo' kerana didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video seks.
Hakim Rosilah Yop turut menetapkan 28 Jan untuk mendengar kes saman itu. Beliau menetapkan tarikh itu hari ini ketika kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita anak guamnya (plaintif) akan memanggil empat saksi manakala Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan) dijangka memanggil dua saksi.
Hakim Rosilah Yop turut menetapkan 28 Jan untuk mendengar kes saman itu. Beliau menetapkan tarikh itu hari ini ketika kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita anak guamnya (plaintif) akan memanggil empat saksi manakala Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan) dijangka memanggil dua saksi.
Projek Perkampungan Tanaman Padi organik di Hulu Besut
Menyedari produk makanan berasaskan organik semakin menjadi pilihan ramai, Jabatan Pertanian Terengganu akan mewujudkan perkampungan padi organik seluas kira-kira 86 hektar di Kampung Durian Telur, Hulu Besut.
Pengarah Jabatan Pertanian negeri Md Yusof Maidin berkata projek perintis membabitkan kawasan seluas 10 hektar akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM209,000 untuk menyediakan kemudahan asas seperti jalan, parit dan meratakan tanah di tapak projek tersebut," katanya kelmarin.
Pengarah Jabatan Pertanian negeri Md Yusof Maidin berkata projek perintis membabitkan kawasan seluas 10 hektar akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM209,000 untuk menyediakan kemudahan asas seperti jalan, parit dan meratakan tanah di tapak projek tersebut," katanya kelmarin.
Tiga Polis Didakwa Atas Tuduhan Bunuh Tahanan Dharmendran
Tiga anggota polis didakwa di Mahkmah Majistret di sini Rabu kerana menyebabkan kematian tahanan N. Dharmendran.
Tertuduh – Jaffri Jaafar, 44, Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Mohd Haswadi Zamri Sharri, 32 – memahami akan pertuduhan yang dibacakan walaupun tiada rayuan direkodkan.
Peguam-peguam yang mewakili masing-masing ialah Datuk Hazman Ahmad, Datuk Baljit Singh Sindhu dan Geethan Ram Vincent.
Peguam-peguam yang mewakili masing-masing ialah Datuk Hazman Ahmad, Datuk Baljit Singh Sindhu dan Geethan Ram Vincent.
Suruhanjaya Integriti Tubuh Pasukan Petugas Siasat Kematian Tahanan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menyiasat dua kematian dalam tahanan yang berlaku pada bulan lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Afizah Hanum Mokhtar berkata, pasukan petugas itu akan mengadakan pertemuan pada 11 Jun bagi melihat faktor kemungkinan dalam kematian N. Dharmendran di Kuala Lumpur pada 21 Mei dan R. Jamesh Ramesh di Pulau Pinang pada 26 Mei.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nor Afizah Hanum Mokhtar berkata, pasukan petugas itu akan mengadakan pertemuan pada 11 Jun bagi melihat faktor kemungkinan dalam kematian N. Dharmendran di Kuala Lumpur pada 21 Mei dan R. Jamesh Ramesh di Pulau Pinang pada 26 Mei.
Jenica Saman DAP Mohon Deklarasi Anggotanya Dikembalikan
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai Jenice Lee Ying Ha menfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu.
Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur dan menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai defendan.
Penyataan tuntutan Lee memohon deklarasi agar keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001 dikembalikan serta-merta selain kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Mirzan Mahathir Tidak Miliki Saham Petron
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.
Petron Malaysia membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada seorang pemegang saham di mesyuarat agung tahunan berhubung pegangan saham Mirzan dalam Petron Malaysia dan syarikat induk, Petron Corporation, dan syarikat pegangan, San Miguel Corporation.
Kaki Pancing Berkampugn Di Tasik Kenyir Mulai 14 Jun
Tasik Kenyir sekali lagi akan menjadi tumpuan kaki pancing dari dalam dan luar negara apabila program cabaran memancing Boat On The Road (BOTR) 2013 membuka tirainya pada 14 Jun depan.
BOTR anjuran kerajaan negeri dan Unit Joran Berita Harian itu menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM73,300 termasuk RM20,000 kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan Arapaima Gigas.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu tengah (Ketengah) Haji Wan Mat Amin Wan Daud berkata sebagai tuan rumah pihaknya sudah bersedia menanti kehadiran peserta sepanjang tiga hari acara berlangsung.
BOTR anjuran kerajaan negeri dan Unit Joran Berita Harian itu menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM73,300 termasuk RM20,000 kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan Arapaima Gigas.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu tengah (Ketengah) Haji Wan Mat Amin Wan Daud berkata sebagai tuan rumah pihaknya sudah bersedia menanti kehadiran peserta sepanjang tiga hari acara berlangsung.
Wednesday, June 5, 2013
Penjawat Awam Yang Masih Berpolitik Akan Dikenakan Tindakan - Ali Hamsa
"Semua ketua jabatan perlu memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial...tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui." - Tan Sri Dr Ali Hamsa
Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.
Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.
"Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.
Ketua Setiausaha Negara berkata penjawat awam kini perlu berfikir ke hadapan, iaitu lebih produktif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber terhad, lebih cepat dalam membuat keputusan dan tepat dalam merangka dasar atau program demi kepentingan rakyat.
Katanya, penjawat awam juga perlu mempunyai integriti, kreatif and inovatif dalam menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menggunakan saluran media sosial dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan.
Ditanya mengenai perkembangan rancangan mewujudkan Sistem Saraan Transformatif (SST) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia, Ali berkata proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan pada tahap pertama dijangka selesai menjelang akhir November ini.
"Pada bulan Julai pula, kita akan menyelesaikan enam skim perkhidmatan dan bakinya akan diselesaikan kemudian. Ini merupakan satu proses yang berterusan yang akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak," jelas beliau.
Polis Terengganu Tubuh Pasukan Pantau Maklumat Fitnah, Hasutan
Polis Terengganu menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran maklumat berbaur hasutan dan fitnah menerusi media sosial yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat di negeri itu.
Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, unit itu menjalankan pemantauan 24 jam bagi mengesan sebarang gejala itu dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
"Walaupun belum ada kes yang dilaporkan berlaku setakat ini, kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memantau perkembangan media baru khususnya di internet.
Kematian Banduan Karuna Nithi Di Lokap Tiada Unsur Jenayah
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin membuktikan tiada unsur jenayah terhadap tahanan, P. Karuna Nithi, 42, yang mati di dalam lokap pada 1 Jun lalu.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, rakaman itu bermula dari 28 Mei iaitu tarikh beliau dimasukkan ke dalam lokap sehingga ditemui mati pada 1 Jun.
Menurutnya, hasil daripada penelitian tiada berlaku unsur jenayah sama ada membabitkan anggota polis ataupun dalam kalangan tahanan di lokap berkenaan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, rakaman itu bermula dari 28 Mei iaitu tarikh beliau dimasukkan ke dalam lokap sehingga ditemui mati pada 1 Jun.
Menurutnya, hasil daripada penelitian tiada berlaku unsur jenayah sama ada membabitkan anggota polis ataupun dalam kalangan tahanan di lokap berkenaan.
Buang 129 Tan Makan Sehari Di Pulau Pinang
Pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan sebahagian daripada makanan yang dibuang oleh beberapa restoran di George Town semalam. |
Presidennya S.M. Mohamed Idris (gambar kecil) berkata, ini berdasarkan kira-kira 45 peratus daripada 288.377 tan sisa pepejal yang dikutip Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari kawasan isi rumah setiap hari adalah sisa makanan.
Katanya, angka yang cukup besar itu menunjukkan sikap boros penduduk dan ia satu pembaziran yang melampau.
PKR Hantar Petisyen 10 Jun - Rafizi
PKR akan memfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 pada pada 10 Jun depan. kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, walaupun tarikh itu yang diberikan peguam terlalu dekat dengan tarikh terakhir bantahan iaitu 12 Jun, namun PKR akan tetap menghantar petisyen pada hari berkenaan kerana perlu membuat senarai terakhir dengan lebih terperinci.
"Petisyen bukan satu kerja mudah dan kerana itu kami tidak mahu tergesa-gesa. Terlalu banyak perincian yang perlu di perinci.
Mesin Rumput & Sedut Ciptaan Pelajar Yahun Akhir Kejuruteraan Elektrik
Mohd Badrul Hisham Zarawi menunjukkan prototaip mesin potong dan sedut kawalan jauh di pameran inovasi pada Majlis Konvokesyen Politeknik Kuala Terengganu Kali Ke-12. |
Menurutnya, ilham terhasil setelah melihat mesin rumput biasa hanya berfungsi untuk memotong tanpa memungut kembali rumput yang telah dipotong.
“Saya rasa, mesin rumput yang bertindak memotong dan dalam masa yang sama menyedut kembali rumput yang telah dipotong mampu menarik perhatian pengguna.
Syarat Lebih Ketat Untuk Belajar Di Luar Negara
Kerajaan akan meneruskan tajaan anak-anak Terengganu melanjutkan pelajaran ke luar negara namun dengan syarat yang lebih ketat iaitu bukan hanya berlandaskan kepada akademik semata-mata tetapi juga sahsiah dan akal budi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, perkara tersebut akan dititikberatkan bagi melahirkan individu yang mempunyai pakej lengkap supaya dapat memberi impak positif pada masa depan.
Beliau juga mengulangi pendirian kerajaan bahawa setiap anak tempatan yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta berhak mendapat bantuan melalui Yayasan Terengganu (YT) tanpa mengira latar-belakang keluarga.
TATIUC Teroka Sumber Alam Hasikan Tenaga Elektrik
Orang ramai mengambil peluang berkunjung ke Karnival Pendidikan Terengganu anjuran TATIU C di TTC. |
Kolej Universiti Tati (TATIUC) bercadang mengadakan kerjasama lanjutan dengan Universiti Mie, Jepun bagi sama-sama menerokai sumber alam di negara ini yang boleh menghasilkan tenaga elektrik.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Korporat TATIUC, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, ia bertepatan dengan hasrat negara yang sedang giat mempromosikan penggunaan teknologi tenaga hijau untuk digunakan di negara ini seperti mana negara matahari terbit itu.
Mara Biaya Pinjaman Kepada 190,358 Usahawan Bumiputera
Mara telah mengeluarkan pembiayaan pinjaman kira-kira RM4 bilion kepada 190,358 usahawan Bumiputera antara tahun 1951 hingga 2011.
Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata, sepanjang tahun lepas Mara meluluskan peruntukan sebanyak RM169 juta kepada 1,976 usahawan Bumiputera wilayah timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata, sepanjang tahun lepas Mara meluluskan peruntukan sebanyak RM169 juta kepada 1,976 usahawan Bumiputera wilayah timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
JTLM, Sekreteriat TMT sambut rai Laut Sedunia di Pulau Redang
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Negeri Terengganu dengan kerjasama Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013 akan mengadakan sambutan Hari Laut Sedunia di Pulau Redang selama dua hari bermula esok.
Ketua sekretariatnya, Ahmad Fathil Abd Ghani berkata acara ini bagi memupuk di kalangan masyarakat semangat cintakan taman laut dan memperingati kepentingan laut dan ekosistemnya dalam kehidupan seharian.
"Sambutan hari laut tahun ini bertemakan 'Together We Have The Power To Protect The Ocean' disambut di seluruh dunia setiap 8 Jun.
Michelle Yeoh Dilantik Mentor Pertama iM4U
Pelakon filem antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh dilantik sebagai mentor pertama 1Malaysia For Youth (iM4U).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyerahkan watikah pelantikan kepada Yeoh di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan anggota Lembaga Pemegang Amanah iM4U Datuk Irmohizam Ibrahim.
300 Atlet Sertai Kejohah Ping Pong Remaja Kebangsaan
Kira-kira 300 atlet dari 14 buah negeri akan mengambil bahagian dalam kejohanan Ping Pong Remaja Kebangsaan Bawah 15 hingga Bawah 18 kali ke-33 di Stadium Tertutup di Kuala Terengganu, bermula hari ini.
Setiausaha Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) Mohamed Taib berkata kejohanan selama empat hari itu menyaksikan kategori berpasukan dan individu dipertandingkan.
"Kejohanan tahunan ini dianjurkan Majlis Sukan Negeri Terengganu, PPNT dan kerajaan negeri," katanya semalam.
Beliau berkata kejohanan itu menjadi platform bagi pemain remaja untuk mempamerkan bakat mereka dan dipilih menjadi pemain pelapis negara.
Setiausaha Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) Mohamed Taib berkata kejohanan selama empat hari itu menyaksikan kategori berpasukan dan individu dipertandingkan.
"Kejohanan tahunan ini dianjurkan Majlis Sukan Negeri Terengganu, PPNT dan kerajaan negeri," katanya semalam.
Beliau berkata kejohanan itu menjadi platform bagi pemain remaja untuk mempamerkan bakat mereka dan dipilih menjadi pemain pelapis negara.
Tuesday, June 4, 2013
Suspek Wanita Hina Agong diTahan SKMM, Polis
Apakah wanita ini yang ditahan oleh SKMM dan polis? |
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.
"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.
Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog 'Whats Up Brades'.
Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit.
Peniaga Jangan Jual Barang Terlalu Mahal - Ahmad Said
Menteri Besar melawat gerai selepas merasmikan Karnival Usahawan Mega Zon Timur anjuran Mara di Kuala Terengganu, semalam. |
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, membuat gesaan itu terhadap terutama terhadap restoran dan kedai-kedai yang menjual bahan-bahan makanan, sayur-sayuran dan ikan.
"Saya nasihatlah agar peniaga dan pengusaha jangan ambil untung terlalu tinggi kerana orang akan serik untuk datang lagi sedangkan tahun ini Tahun Melawat Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Mega Zon Timur anjuran Mara di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Pengarah Mara negeri Abdullah Mohamad. Sementara itu semasa merasmikan karnival, Ahmad berkata program itu diharap dapat membangun dan seterusnya memantapkan jaringan perniagaan antara usahawan zon timur yang meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Kita berharap dengan program seumpama ini dapat melahirkan kelompok usahawan yang berdaya tahan, berdaya maju dan berinovatif selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Mara," kata Ahmad.
Abdulah berkata program itu yang diadakan selama empat hari bermula semalam mensasarkan kehadiran 50,000 pengunjung.
Katanya, kira-kira 100 buah gerai yang terdiri daripada 40 buah dari peniaga dan usahawan negeri ini manakala 30 masing-masing dari Kelantan dan Pahang menyertai karnival itu.
Ahli Mahu Penjelasan Pelantikan Saifuddin, Tindakan Anwar Dipersoal
Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik dalam Pejabat Menteri Besar Selangor menimbulkan banyak reaksi ingin tahu dalam kalangan ahli akar umbi.
Antara persoalan yang menjadi perhatian, apakah pendirian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung perkara ini memandangkan selama ini beliau begitu serius dengan isu pembaziran.
Malah mereka mempersoalkan mengapa perlu diwujudkan jawatan politik tambahan sekiranya fungsinya adalah sama dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar?
Apakah ini akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan perbelanjaan yang tidak berhemah?
Jika kewujudan jawatan ini bertujuan menjalin hubungan politik di antara pentadbiran negeri dan parti, maka timbul persoalan berikutnya, iaitu di mana peranan Setiausaha Politik?
100 Usahawan Sertai Karnival Usahawan Mega Zon Timur
Seramai 100 usahawan menyertai Karnival Usahawan Mega Peringkat Zon Timur 2013 yang berlangsung di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu selama empat hari bermula semalam.
Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Terengganu, Abdullah Mohamad berkata, karnival yang julung kali diadakan secara gabungan antara tiga buah negeri pantai timur itu melibatkan 40 usahawan dari Terengganu dan masing-masing 30 dari Kelantan dan Pahang.
"Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan produk usahawan bumiputera wilayah pantai Timur ke peringkat yang lebih tinggi.
DBKL, KBS Perlu Bincang Segera Soal Velodrom Tertutup
Veladrom Sukan Olimpik, Bertaraf Kelas Satu |
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata perbincangan itu perlu disegerakan kerana DBKL telahpun membuat pengesahan pada 19 Mei lepas yang mereka sudah memulakan proses penawaran tender pembinaan velodrom tertutup itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan pingat kepada pemenang siri pertama Grand Prix Asia Tenggara 2013 semalam.
Program Pemuliharaan Biodiversiti Marin LHDN Dicatat Dalam Malaysia Book Of Records
Program memulihara biodiversiti marin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai badan berkanun pertama di negara ini, melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dalam bidang tersebut.
Wakil MBR, Myra Dzaman Yusof menyampaikan sijil tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar, di Besut, Khamis lalu.
Mohd Shukor berkata program itu sebagai pemangkin kepada pembangunan Taman Batu karang di Teluk Pauh, Pulau Perhentian, Terengganu yang dijalankan selama empat hari sejak, 28 Mei lalu.
Wakil MBR, Myra Dzaman Yusof menyampaikan sijil tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar, di Besut, Khamis lalu.
Mohd Shukor berkata program itu sebagai pemangkin kepada pembangunan Taman Batu karang di Teluk Pauh, Pulau Perhentian, Terengganu yang dijalankan selama empat hari sejak, 28 Mei lalu.
Final Piala FA Di Bukit Jalil, Tiket Sama Rata
Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.
Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.
Najib - Strategi Berikutnya 'Perangi Persepsi'
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengakui salah satu kelemahan yang harus diperbaiki jenteranya ialah dalam aspek menangani 'perang persepsi'.
"Ini yang mungkin kita boleh perbaiki, bagaimana kita harus menangani perang persepsi - bukan realiti tapi persepsi," ujarnya dalam ucapan sempena himpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam.
Menurut Najib, perkara melibatkan persepsi ini, yang semakin menular mutakhir ini - boleh dibentuk dengan pelbagai cara.
Pasar Payang - Meja Rundingan Masih Dibuka?
Meja perundingan sedia dibuka bagi mengadakan perbincangan semula isu Pasar Payang yang seolah-olah masih belum mencapai permuafakatan berkenaan pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, sepatutnya ada permuafakatan antara kedua-duanya, agar pembangunan yang dirancang berjalan mengikut kehendak rakyat.
Beliau menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai seorang yang boleh dibawa berunding dan sentiasa terbuka dengan pemikiran baru.
Polis Teerengganu Tubuh Unit Khas Pantau Hasutan Media Sosial
Polis Terengganu menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran maklumat berbaur hasutan dan fitnah menerusi media sosial di negeri itu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati berbuat demikian.
Setakat ini kegiatan itu tidak dikesan di negeri ini, namun pihak polis tetap melakukan pemantauan secara berterusan, katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Warga Banglaadesh Mengundi di PRU Hanya 'Rekaan' - Suruhanjaya Tinggi
Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai “tidak masuk akal” dan turut menyebabkan seramai setengah juta pekerja Bangladesh di negara ini terdedah kepada penganiayaan.
Dari segi logistik, jumlah berkenaan juga tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu, sama ada melalui Biman Bangladesh, Malaysia Airlines atau mana-mana penerbangan sekalipun.
Zahid - ;Percayalah Kepada Kami, Kami Tidak Bertolak Ansur..."
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua pihak termasuk parti politik kerajaan dan pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan(NGO)mewakili masyarakat India, supaya tidak beremosi dan mengatur protes jalanan berhubung kematian tiga individu dalam tahanan polis baru-baru ini.
Sebaliknya, beliau meminta semua pihak agar memberi kepercayaaan sepenuhnya terhadap jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.
"Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum biarpun mereka terdiri daripada parti bersama kerajaan atau di luar kerajaan, selagi diberikan kepercayaan kepada kami, kami tidak bertolak ansur dalam soal kematian.
Sebaliknya, beliau meminta semua pihak agar memberi kepercayaaan sepenuhnya terhadap jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.
"Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum biarpun mereka terdiri daripada parti bersama kerajaan atau di luar kerajaan, selagi diberikan kepercayaan kepada kami, kami tidak bertolak ansur dalam soal kematian.
Sirul Azhar Mahu Mahkamah Rayuan Isytihar Perbicaraan Silap
Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, semalam memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di Shah Alam dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.
Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.
Monday, June 3, 2013
Polis Pahang Berjaya Berkas Semula Tahanan Lolos
Polis Pahang hari ini berjaya memberkas semula tahanan yang meloloskan diri ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan pada Khamis lepas.
Ketua Polis Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tahanan itu ditangkap di sebuah rumah di kawasan perumahan di Balok dekat sini pada kira-kira 4.30 petang.
Dalam kejadian 1.30 petang Khamis lepas, Muhammad Juli Hadi, 24, yang beralamat di Kampung Jaya Baru, Bukit Bading, Ajil, Terengganu bertindak melompat dari trak polis dan melarikan diri ketika dia dan 10 lagi dibawa keluar daripada kompleks mahkamah berkenaan.
Ketua Polis Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tahanan itu ditangkap di sebuah rumah di kawasan perumahan di Balok dekat sini pada kira-kira 4.30 petang.
Dalam kejadian 1.30 petang Khamis lepas, Muhammad Juli Hadi, 24, yang beralamat di Kampung Jaya Baru, Bukit Bading, Ajil, Terengganu bertindak melompat dari trak polis dan melarikan diri ketika dia dan 10 lagi dibawa keluar daripada kompleks mahkamah berkenaan.