Saturday, February 6, 2010
YDP, Ahli Majlis PBT perlu atasi aduan rakyat
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengarahkan semua Yang Dipertua dan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah di negeri ini bergerak seiring turun padang meninjau masalah setempat.
Menurut Ahmad Said, langkah itu penting kerana kerajaan masih menerima rungutan dan aduan daripada rakyat setempat wujudnya masalah di kawasan tertentu terutamanya dari segi kebersihan.
Beliau berkata, pihaknya berasa kesal kerana kebersihan masih belum mencapai tahap yang dikehendaki meskipun Kerajaan Negeri telah membelanjakan berjuta ringgit setahun bagi tujuan itu.
“Kos kebersihan bagi kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebanyak RM20 juta setahun, tapi saya tidak puas hati kerana masih menerima rungutan daripada rakyat me-ngatakan kawasan MBKT tidak bersih.
“Ini berlaku kerana ada pegawai tidak turun ke bawah, oleh itu saya minta Yang Dipertua dan Ahli Majlis (PBT) sentiasa turun padang sekurang-kurangnya seminggu sekali memantau keadaan,” katanya.
Menurut Ahmad Said, segala masalah rakyat antaranya meliputi aspek kebersihan dan kemudahan asas perlu disedia dan ditingkatkan sejajar dengan usaha kerajaan negeri mengubah wajah pembangunan di Terengganu pada masa depan.
“Kerajaan negeri merancang pelbagai pembangunan fizikal untuk Terengganu termasuk menyusun semula pelan pembangunan di kawasan bandar dengan membina rumah-rumah kedai dan kediaman,” ujarnya.
Beliau juga menarik perhatian dengan cadangan pembinaan bangunan baru MBKT setinggi 18 tingkat berhampiran Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu yang dijangka mula dilaksanakan tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar MBKT dan Yang DiPertua Majlis Daerah Marang yang diadakan di Bilik Rehat Khas, Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Pada majlis itu, Datuk Adzlan Mohd Dagang dilantik menjadi Datuk Bandar MBKT menggantikan Datuk Mat Razali Kassim manakala Yang Dipertua Majlis Daerah Marang pula dipegang Mohd Elias Nik berkuatkuasa 1 Februari lalu.
Mengulas lanjut Ahmad memberitahu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan pembangunan terancang mengubah wajah Kuala Terengganu yang masih diwarnai rumah setinggan dan bangunan tidak sepatutnya dengan bantuan empat agensi.
Menurutnya, empat agensi yang akan bertanggungjawab adalah MBKT, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu dan Syarikat Air Terengganu (SATU).
Sementara itu, Adzlan ketika ditemui selepas majlis berakhir mengakui turun padang adalah aktiviti yang sentiasa diamalkan ketika memegang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), tidak lama dahulu.
“Setiap masa saya akan turun padang kerana amalan itu boleh mendekatkan kita kepada rakyat dan me-ngenalpasti masalah dihadapi mereka dan saya akan menunaikan amanah ini sebaik mungkin,” katanya.
LTdL: Cardoso Ketuai Cabaran Footon-Servetto
Juara acara lebuh raya Portugal tahun lepas, Manuel Cardosa, akan mengetuai pasukan Footon-Sevetto pada perlumbaan Jelajah Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL) bermula 1 hingga 7 Mac ini.
Acara LTDL yang berstatus 2.0 Hors itu membabitkan tujuh peringkat perlumbaan iaitu dari Kota-Baharu-Kuala Berang, Kuala Terengganu-Chukai, Pekan-Mersing, Mersing-Parit Sulong, Muar-Port Dickson, Putrajaya-Genting Highlands dan Kuala Kubu Baru-Dataran Merdeka.
Kejohanan itu membabitkan seramai 120 pelumba daripada 20 pasukan termasuk dua pasukan tempatan.
Selain Cardoso, pasukan yang membuat penampilan kedua dalam edisi tahunan itu, turut dibarisi enam pelumba Mathias Bradle dan Markus Eibegger dari Austria, Pedro Merino dan Rafael Valls dari Sepanyol, dan pelumba Australia, Johnnie Walker.
Cardoso, berpengalaman empat tahun sebagai pelumba professional, dijangka bergandingan dengan Valls, pakar pendaki yang memberikan kemenangan pertama kepada pasukan itu tahun ini apabila memenangi peringkat kedua Jelajah Tour de San Luis di Argentina, 19 Jan lalu.
Merino pula dijangka membantu pasukan tersebut dalam pendakian mencabar dari Putrajaya ke Genting Highlands sejauh 102.8 kilometer pada kejohanan kali ini, menurut kenyataan penganjur kejohanan itu di sini Jumaat.
Pasukan itu diuruskan oleh Mario Gianetti.
Dua muka baru dalam pasukan tersebut ialah Bradle, juara ujian masa individu kebangsaan Austria dan Eibegger, juara kebangsaan lebuh raya Austria tahun lalu dan pernah bergelar juara berbasikal bukit negara itu.
Sementara, pelumba tunggal Australia, Walker telah memenangi banyak kejayaan di negara kelahirannya dan pernah menduduki tempat ketiga pada peringkat keenam, ketujuh dan kesembilan dan 26 keseluruhan LTdL 2008 ketika bersama pasukan South Australia-AIS.
Edisi ke-15 LTdL 2010 sejauh 1,019.3 kilometer itu dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persekutuan Berbasikal Malaysia (MNCF).

SELAMAT BERBAHAGIA…
Terengganu, Uzbekistan tingkat kerjasama
Sumber: Utusan Malaysia
Terengganu akan meningkatkan kerjasama dua hala dengan Uzbekistan dalam usaha membangunkan tiga sektor iaitu pembuatan, pelancongan dan pendidikan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kedua-dua pihak menawarkan peluang dalam pelbagai bidang dan sektor yang boleh diterokai untuk kepentingan bersama.
Beliau berkata, Uzbekistan merupakan pengeluar tekstil utama khususnya kain kapas dan sutera yang dilihat dapat membantu dalam industri batik di negeri ini.
"Kita boleh mengimport kain kapas dan sutera dari Uzbekistan yang mana kedua-dua bahan mentah itu digunakan untuk membuat batik Terengganu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Shukur Sabitova di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.
Shukur dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Terengganu akan turut melawat beberapa destinasi pelancongan termasuk Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Muzium Negeri dan industri batik Terengganu.
Ahmad berkata, daripada segi pendidikan pula, Terengganu boleh menghantar pelajar ke universiti-universiti Uzbekistan untuk mengikuti kursus perubatan.
"Apabila Jabatan Perkhidmatan Awam mengiktiraf universiti-universiti di negara Islam tersebut, kita akan menghantar pelajar ke sana," ujarnya.
Dalam pada itu, Shukur yang pertama kali ke Malaysia dan Terengganu berkata, beliau amat tertarik dengan pelbagai kegiatan ekonomi di negeri ini terutama pembuatan emas dan tembaga selain perabot.
"Kita akan mengadakan hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi membantu meningkatkan tahap ekonomi dan pendidikan Uzbekistan," katanya.
Selain itu, kata beliau, Uzbekistan menawarkan lebih 4,000 destinasi pelancongan termasuk makam tokoh-tokoh terkenal dalam dunia Islam.
"Dalam meningkatkan industri pelancongan, saya akan mencadangkan satu penerbangan terus dari Terengganu ke Tashkent, Uzbekistan.
"Ketika ini, Penerbangan Uzbek mengadakan penerbangan terus yang memakan masa selama tujuh jam ke Kuala Lumpur dari Taskent," jelasnya.
Malaysia Ungguli Enam Kategori Di Kejohanan Lumba Jet Ski Dunia
Malaysia mengungguli enam kategori daripada lapan kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan Lumba Jet Ski Dunia yang memasuki hari kedua, pada hari Jumaat.
Enam kategori tersebut ialah Novis Runabout 4-Stroke Stock Terbuka, Expert Runabout 800 Terbuka (Malaysia), Expert Runabout Terbuka, Expert Runabout Terbuka (Malaysia), Pro-Am Runabout 800 Terbuka dan Pro-Am Runabout Terbuka.
Dua lagi kategori iaitu Veteran Runabout Terbuka dan Wanita Runabout Terbuka, masing-masing didahului oleh peserta dari Thailand dan Amerika Syarikat.
Bagi kategori Novis Runabout 4-Stroke Stock Terbuka, Peter Hor dari pasukan Lt Kawasaki Racing mengungguli kategori tersebut selepas memperolehi 133 mata pada hari kedua mengatasi pencabar terdekatnya Hanif Shukri dari pasukan CTM yang memperolehi 101 mata.
Kategori Expert Runabout 800 Terbuka (Malaysia) pula, Mohd Nur Azahari Ahmat Baddri mempamerkan aksi yang konsisten apabila kekal ditangga teratas kategori dengan pungutan mata sebanyak 120.
Bagi kategori Expert Runabout Terbuka, Supak Settura dari pasukan WiraJet Sports and Marine mendahului dengan 120 mata.
Kategori Expert Runabout Terbuka (Malaysia) menyaksikan Ahmad Dawi Alias dari pasukan CTM Racing Team Ku ADEQ mengungguli kategori dengan catatan mata 96 manakala bagi kategori Pro-Am Runabout 800 Terbuka dan Pro-Am Runabout Terbuka, masing-masing dikuasai oleh Supadet Tiansai dari Eme Jetski Team Racing dengan 120 mata kedua-duanya.
Bagi kategori Veteran Runabout Terbuka, peserta dari Thailand Pichette Settura mengunggulinya dengan kumpulan mata 113 dan kategori Wanita Runabout Terbuka, Amy Frances Green, juara dunia wanita sebanyak tiga kali terus mendahului enam peserta lain dalam kategori berkenaan dengan pungutan mata 120.
Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan yang diadakan di Pulau Duyong yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM82,500.

Suspek kes bunuh akan dihantar ke pakar psikiatri
Suspek yang menikam bapa dan abangnya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Duyung Wan Su, Duyung Besar di sini kelmarin, akan dirujuk kepada pakar psikiatri dalam waktu terdekat.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan, langkah itu bertujuan untuk mengesahkan sama ada suspek yang berusia 20 tahun mengalami masalah mental atau sebaliknya.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan termasuk bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.
"Setakat ini kita dapati suspek mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua mangsa," katanya semalam.
Dalam kejadian semalam, seorang pemuda tergamak menikam bapanya sendiri, Che Mat Nik, 51, sehingga mati selepas menikam abangnya, Irwan Affandi di rumah mereka.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi apabila suspek dikatakan mendengar bisikan seorang gadis bernama Siti Aishah sebelum menikam abang dan bapanya dengan sebilah pisau Rambo.
Manoharan memberitahu, setakat ini, pihaknya masih gagal menjalankan ujian air kencing ke atas suspek memandangkan dia bertindak agresif semasa dalam tahanan.
Ditanya keadaan Irwan yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), beliau berkata, mangsa dalam keadaan stabil tetapi kritikal akibat kecederaan parah pada hatinya.

Mangsa kebakaran terima rumah PPRT
Kesabaran menanti rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kini terbalas apabila rumah Maimon Ismail, 40, Bakar Embong, 50, dan Sidek Embong, 55 siap dibina di Kampung Tuan/Banggol, Chukai.
Ketiga-tiganya kehilangan rumah kediaman setelah tempat tinggal mereka hangus dalam kejadian kebakaran yang berlaku Jun tahun lalu.
Sinar Harian ada menyiarkan kisah membabitkan ketiga-ketiga mangsa dan rentetan daripada itu bantuan mencurah-curah diterima mereka daripada orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera.
Menurut Mohamed, dia tetap memenuhi janji yang telah diberi bagi memastikan ketiga-tiga mangsa dapat memiliki rumah sendiri setelah musnah dalam kejadian kebakaran.
“Saya bersyukur kerana masalah rumah mereka telah selesai, setiap satu rumah PPRT bernilai RM33,000, saya berharap kesemua mereka dapat melalui kehidupan dengan lebih sempurna setelah menduduki rumah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci rumah PPRT melibatkan ketiga-tiganya di Kampung Tuan/Banggol yang dihadiri lebih 100 penduduk sekitar.
Menurutnya, apa yang dilakukan membuktikan Kerajaan Negeri prihatin dengan mereka yang ditimpa kesusahan dan pihaknya sentiasa memberi bantuan kepada yang memerlukan.
“Saya akan terus memberi bantuan kepada masyarakat dalam DUN ini, mereka adalah keutamaan saya,” katanya yang turut meluangkan masa meninjau keadaan rumah terbabit.
Pada majlis sama, beliau menyampaikan bantuan kerusi roda kepada Abu Bakar Abdullah yang menghidap penyakit kencing manis dan baru selesai menjalani pembedahan kaki.
Manakala 24 warga miskin dan golongan kurang berkemampuan termasuk kaum Tionghua dari kampung terbabit turut menerima sumbangan beras dan barangan dapur.
Sumber: Sinar Harian

Terengganu Masih Samar Dengan Status Kalang Untuk Sukma Melaka
Terengganu masib belum memutuskan sama ada mahu menyenaraikan pemain skuad Liga Super negeri itu, Joseph Kalang, yang berasal dari Sarawak, untuk Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka, Jun ini.
Pemain tengah berusia 22 tahun itu berada dalam keadaan serba salah berikutan Terengganu dan Sarawak masing-masing mahu menggunakan khidmatnya untuk SUKMA mulai 10 hingga 19 Jun ini.
Pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin berkata perkara itu tidak menjadi masalah kepada mereka kerana kontrak yang diluluskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jelas menyatakan Kalang layak untuk mewakili Terengganu pada temasya dwitahunan itu.
Pada hakikatnya, Sheikh Ahmad, berkata surat pelepasan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak juga memberi hak kepada Kalang untuk beraksi bersama Terengganu dalam sebarang pertandingan.
"Namum kami tidak pasti sama ada mendaftarkan Kalang untuk skuad SUKMA kerana Sarawak juga memohon khidmat pemain itu. Kami tidak mahu berselisih faham ke atas pemain kerana mahu menjalin hubungan baik dengan Sarawak," katanya.
"Berikutan kekalutan ini, kami akan membiarkan keputusan muktamad di tangan Sekretariat SUKMA Terengganu. Mereka akan putuskan sama ada membenarkan Kalang menyarung jersi Terengganu atau Sarawak," katanya.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Pertandingan FAM, Ahmad Fuad Daud, berkata mengikut status perpindahan pemain, Kalang layak untuk mewakili Terengganu pada temasya SUKMA atau mana-mana pertandingan yang diiktiraf oleh FAM sepanjang tempoh kontraknya.
"Selain kontrak, Sijil Perpindahan Negeri telah dikeluarkan oleh Sarawak kepada Terengganu. Oleh demikian, Terengganu mempunyak hak mutlak ke atas Kalang," ujar Ahmad Fuad, yang juga penolong setiausaha agung FAM.
Beliau menjelaskan jika Sarawak ingin mendapatkan khidmat Kalang untuk beraksi pada SUKMA maka pemain kelahiran Miri itu perlu membatalkan kontraknya bersama Terengganu.

Thursday, February 4, 2010
Kerajaan tunggu laporan perundangan
Kerajaan Negeri akan menunggu laporan dari sudut perundangan sebelum mendedahkan kepada umum punca sebenar kejadian runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin, Gong Badak yang berlaku tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kedua belah pihak mempunyai pakar penasihat masing-masing dan tidak perlu terburu-buru membentangkan perkara itu kepada umum.
“Kita perlu meneliti faktor itu terlebih dahulu, Pegawai Penyiasat sedang membuat kajian mengenai masalah tersebut, jika tidak kita boleh berhadapan dengan pelbagai kemungkinan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Dana Tahun Baru Cina 2010 kepada 2,000 penduduk berbangsa Cina daerah ini di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, semalam.
Menurut Ahmad Said, beliau bersedia mendedahkan punca sebenar keruntuhan stadium itu setelah segala maklumat selesai dikumpulkan melibatkan semua pihak.
“Kita akan panggil media setelah segala-galanya selesai dijalankan, buat masa ini kita hanya perlu menunggu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu buat masa ini,” katanya.

Juara rakyat Hulu Terengganu, tiga hari
Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Harun Hassan (UKOM)
Program Juara Rakyat tiga hari berteraskan Karnival Pendidikan, bagi Parlimen Hulu Terengganu bermula hari ini (4 Februari 2010), bertempat di Kampong Menerong, Mukim Hulu Brang, Ajil.
Program sehingga 6 Februari ini termasuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam (4 Februari, malam), Kebudayaan Islam (5 Februari, sebelah malam), Sukaneka (5 Februari, petang di Padang Sekolah Menengah Menerong), Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang (6 Februari), di samping pelbagai pameran dari pelbagai agensi.
Menurut, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, program ini memenuhi konsep sebenar Juara Rakyat yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak di peringkat kebangsaan.
Beliau yang akan merasmikan sendiri program ini pada petang ini (4 Februari) di perkarangan Masjid Kg.Menerong, tema Juara Rakyat kali ini Pendidikan memberi ruang dan peluang kepada penduduk, khususnya sekitar Hulu Terengganu mendalami perjuangan Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha pembangunan untuk rakyat, khususnya di bidang pendidikan.
Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu sendiri di bawah pimpinan Datuk Ahmad Said telah meletakkan pembangunan bidang pendidikan sebagai keutamaan dengan memberi peruntukan melebihi RM130 juta dalam Bajet Terengganu 2010.
Unit Komunikasi Negeri Terengganu juga turut serta mengadakan pameran dan mengedarkan bahan-bahan maklumat mengenai pendidikan dan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang menjadi pendekatan kerajaan selaras dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Ahli Dewan Negara, Senator Hajah Fatimah binti Hamad, pihaknya juga cuba menonjolkan peranan wanita dalam pembangunan melalui pameran yang turut diadakan oleh pihaknya. Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Hulu Terengganu dan peringkat Negeri Terengganu berkata, program juara rakyat di peringkat Hulu Terengganu diusahakan secara yang terbaik, termasuk mengadakan program anak angkat, membabitkan pelajar-pelajar IPT dan juga agensi kerajaan dan swasta dengan harapan mereka menyelami hati nurani rakyat, hidup dan kehidupan di sebuah daerah pedalaman yang sedang maju.
Dendang Anak Jenagor dan Sejak Orang Ulu di samping penampilan calon Akademi Fantasia akan menjadi tarikan utama menerusi Malam Kebudayaan Islam yang akan berlangsung pada 5 Februari , 9.00 malam di Kampong Menerong ini.
Juara Rakyat Untuk Rakyat, demikian motto yang diperkenalkan melalui program ini di peringkat Hulu Terenngganu. Rakyat sudah pasti menyahutnya dengan penuh gembira dan syukur.

Hakisan ombak makin buruk di Kampung Pantai Tok Jembal
Nelayan dan penduduk di Kampung Pantai Tok Jembal dekat Kuala Terengganu bimbang berikutan hakisan pantai semakin serius meminta kerajaan negeri mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.
Tinjauan Edisi Timur mendapati kesan hakisan begitu ketara apabila jalan sepanjang pesisir pantai dari pangkalan nelayan Dalam Rhu Kuala Badak hingga berhampiran projek pembinaan benteng Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sepanjang hampir dua kilometer, sudah runtuh ditelan bumi.
Malah, banyak pokok rhu sepanjang jalan itu tumbang dan hakisan dijangka lebih parah menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi kerana ketika itu angin kencang dan ombak besar dijangka berlaku.
Nelayan, Nasir Jusoh, 41, berkata jalan bertar sepanjang Pantai Tok Jembal mulai rosak sejak setahun lalu.
Katanya, hakisan di kawasan pantai semakin teruk dan dianggarkan sekurang-kurangnya 100 meter pantai sudah menjadi laut sejak musim tengkujuh hujung tahun lalu.
“Jalan ini pecah dan hampir putus sejak November tahun lalu kerana dipukul ombak besar musim tengkujuh.
“Nelayan di Tok Jembal sukar mendaratkan ikan kerana tidak ada lagi pangkalan disebabkan hakisan pantai. Masalah itu juga berlaku antara lain dipercayai berpunca projek menambak laut untuk pembinaan LTSM,” katanya.
Seorang lagi nelayan, Mazlan Ghani, 43, berkata disebabkan jalan di pantai rosak teruk dan tidak boleh dilalui kenderaan, orang ramai tidak lagi mengunjungi kawasan ini untuk membeli ikan segar yang didaratkan oleh nelayan di pangkalan Dalam Rhu Kuala Badak.
“Kini hampir tidak ada lagi orang datang membeli ikan segar yang didaratkan di pangkalan Dalam Rhu Kuala Badak menyebabkan pendapatan kami juga terjejas.
“Saya difahamkan kerajaan negeri sudah mempunyai peruntukan membaiki jalan Pantai Tok Jembal dan perkara ini dalam pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman,” katanya.
Seorang penduduk, Kamal Husin, 48, pula berharap kerajaan akan membaiki segera jalan di pesisir pantai ini sepanjang hampir dua kilometer itu yang sudah lebih dua bulan runtuh.
Katanya, jika terus dibiarkan sudah pasti keadaan semakin parah dengan hakisan pantai semakin kuat yang boleh meruntuhkan lebih luas kawasan tebing.
Sementara itu, Ahmad Razif ketika dihubungi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah meluluskan peruntukan RM6.5 juta untuk mengatasi masalah hakisan di kawasan itu termasuk membina semula jalan Pantai Tok Jembal yang pecah dan hampir putus kesan hakisan ombak.
Sumber: Berita Harian

40 pelumba sahaja mendaftar TWJC
Sumber : Sinar Harian.
Kira-kira 40 pelumba dari seluruh dunia mula mendaftar semalam bagi menyertai Kejohanan Terengganu World Jetrace Challenge (TWJC) 2010 selama tiga hari di perairan Pulau Duyong yang bermula hari ini.
Setiausaha Kehormat Kelab Marina Terengganu, Nor Arjuna Mohd berkata, bagaimanapun, penyertaan pelumba tidak menepati sasaran kerana pihaknya sebelum ini menyasarkan 100 pelumba akan menyertai kejohanan yang pertama kali diadakan di negeri ini.
“Walaupun penyertaan tidak menepati sasaran, namun kami masih berpuas hati kerana bagi setiap kategori kita mendapat sekitar 100 penyertaan disebabkan setiap seorang pelumba menyertai lebih daripada satu kategori.
“Setiap pelumba TWJC 2010 akan berentap dalam sembilan kategori yang dipertandingkan membabitkan pelumba profesional, muka baru dan peserta selebriti,” katanya.
Menurutnya, pada kejohanan berkenaan lapan pelumba Terengganu yang juga ahli Kelab Marina Terengganu Racing Team turut mengambil bahagian termasuk dua pelumba yang kini semakin menyerlah iaitu Ahmad Dawi Alias dan Zulfaizal Shukri.
Nor Arjuna berkata, pelumba dari seluruh Malaysia seperti Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Pulau Pinang turut menyertai TWJC 2010 kali ini selain pelumba dari Serbia, Thailand, Indonesia, Brunei, United Kingdom dan Singapura.
Mengulas mengenai peluang untuk pelumba tempatan meraih kemenangan memandangkan TWJC 2010 membariskan pelumba handalan termasuk tiga pelumba jet ski terbaik dunia iaitu Amy Green, Chris Fischetti dan Seth Wilkinson, beliau berkata, memandangkan kejohanan berkenaan dibahagikan kepada banyak kategori maka pelumba tempatan juga mempunyai peluang untuk menang.
“Kita yakin pelumba kita juga berbakat dan berpotensi untuk menang dalam beberapa kategori tertentu,” katanya.

Terengganu Peruntuk RM2. 6 Juta Sebagai Dana Khas Tahun Baru Cina
Seramai 9,092 masyarakat Cina di Terengganu akan diberi dana khas sebanyak RM300 seorang sempena sambutan Tahun Baru Cina di bawah peruntukan RM2.6 juta yang disediakan kerajaan negeri.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata pemberian dana itu mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri Barisan Nasional terhadap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam soal pemberian wang dana khas ini, baik kaum Melayu, Cina mahupun India.
"Setiap kali menjelang musim perayaan, kita akan memberikan wang ini yang sekaligus dapat meringankan bebanan mereka dalam menyediakan persiapan untuk menyambut perayaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pemberian wang dana khas berkenaan kepada masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kemaman semalam.
Lebih 2,084 orang kaum Cina dari kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih, Kemasik, Chukai dan Kijal menerima wang dana khas itu.
Ahmad berkata pemberian wang dana khas itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kawasan Parlimen yang keseluruhannya dijangka menerimanya selewat-lewatnya pada 9 dan 10 Jan ini.
Tahun Baru Cina akan disambut pada 14 Februari ini.
Seorang penerima Yaw Chaw, 57, yang juga seorang ibu tunggal berkata pemberian wang tersebut sedikit sebanyak akan mengurangkan bebannya dalam menyediakan persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina nanti.
"Pendapatan saya sebagai seorang penoreh getah tidak seberapa. Jadi dengan adanya duit ini dapatlah saya menggunakannya untuk membeli sedikit sebanyak barangan untuk persiapan Tahun Baru Cina," katanya.
Bagi seorang pemandu lori Chau Ah Ban, 52 dari Kampung Kubang Kurus, beliau begitu berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri yang membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Peladang belanja RM15j bina resort
Peladang Setiu Agro-Tourism dan Resort Sdn. Bhd. akan memperluaskan produk pelancongan apabila anak syarikat milik Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu dengan membuka Laguna Agro Resort yang berharga RM15 juta di Kampung Gong Batu dekat sini, tahun ini.
Pembinaan Laguna Agro Resort di kawasan seluas 15 hektar yang berkonsepkan tanah becah selain mengembalikan nostalgia pusat perladangan yang tersohor suatu ketika dahulu akan dibangunkan secara dua peringkat yang dijangka siap sepenuhnya pada 2012.
Pengarah Urusan Peladang Agrotourism dan Resort Sdn. Bhd., Mohd. Shaifuddin Abas berkata, bagi peringkat pertama pihaknya akan memajukan kawasan seluas 17.5 hektar dengan menyediakan projek ternakan ikan air laut.
Menurutnya, 15 hektar lagi kawasan akan dibangunkan sebuah resort dengan menempatkan 100 bilik serta lain-lain kemudahan yang berkaitan dengan industri perlancongan.
''Kita percaya apabila Laguna Agro Resort itu beroperasi dalam masa dua tahun lagi ia sudah tentu menarik lebih ramai para pengunjung dari dalam dan luar negeri disebabkan lokasi resort agak berlainan berbanding resort di kawasan lain.
''Ini kerana kedudukan resort ini berhampiran dengan sungai dan air laut selain terdapat keindahan alam semulajadi dengan tanaman pokok bakau dan nipah yang ada di situ sejak dari dulu lagi," katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Gotong Royong Menanam Pokok Rhu dan Pelancaran Laguna Agro Resort di Kampung Gong Batu, semalam.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Setiu, Mohd. Razif Abdul Majid yang mewakili Pegawai Daerah Setiu, Mohd. Akil Mat.
Sempena dengan majlis berkenaan, sebanyak 700 pokok rhu ditanam di sekitar tapak resort secara gotong royong yang turut disertai oleh para pelajar di Sekolah Kebangsaan Gong Batu.
Mohd. Shaifuddin memberitahu, sebelum ini pihaknya telah mempunyai sebuah pusat perlancongan iaitu Peladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Guntung dekat sini yang sudah beroperasi kira-kira 17 tahun lalu.
Menurutnya, PSAR itu menempatkan pelbagai aktiviti rekreasi, air, taman herba, jungle walk dan bilik penginapan yang sering menjadi perhatian orang ramai pada hari minggu apabila mereka berkunjung di kawasan itu.
Bagaimanapun, katanya, ia agak berbeza dengan ekoakuaperlancongan yang terdapat di Laguna Agro Resort yang lebih memberi tumpuan terhadap projek ternakan air seperti pemuliharaan ikan air tawar dan masin, ketam dan tuntung.

Ada pemimpin Terengganu bersikap ‘Anjing Gigit Tuannya’
Daripada www.hambali1.blogspot.com
Saya menerima satu email daripada seseorang yang bernama ayubb malam kelmarin yang membuat komen mengenai tulisan saya mengulas tindakan Aduka Taruna mahu atau bersedia meminta maaf dan didakwa.
Menurut komen penjenguk berkenaan, AdukaTaruna disifatkan sebagai seorang yang berjiwa besar dan berani mengakui kesilapan.
Kata ayubb:
Saudara Hambali,
Membaca posting tuan ini serta ulasan dalam blog http://teganukini.blogspot.com terpegun rasa saya apabila pencarian saya terhadap istilah Raja Berperlembagaan telah diberi jawapan. Kuasa Raja dijelaskan sejelas-jelasnya melalui pengesahan daripada Dato’ Seri Utama Rais Yatim, Dato’ Nazri Aziz dan Dato’ Noh Omar.
Beberapa hari saya telah cuba menghantar komen dalam blog tuan tetapi tidak berjaya, mungkin masalah kepada talian atau masalah
Siapa ‘natang’ sebenarnya? Orang yang dituduh ‘natang’ atau mereka yang mencipta dan menggerakkan sepanduk ‘natang’?
Memalukan kerana beberapa kerat pemimpin Terengganu, termasuk urusetia kumpulan penentang istana ini kononnya seseorang yang begitu mahir dalam bidang agama.
Dia menunjukkan kemampuan yang utuh ketika berdepan dengan kepimpinan PAS khususnya dalam dewan undangan negeri dengan bacaan dan tafsiran Hadith dan Al-Quran. Biarpuan berpengalaman sebagai seseorang penting menjaga hal ehwal ugama namun ternyata apabila dia juga tidak reti atau tidak sedar mengenai sikap dan perangainuya yang menentang ‘pelindung’ agama Islam, apakah jenis manusia seperti ini?
Wajarkah dia berterusan bersikap demikian?
Lebih menarik, salah seorang pengikut kuat kumpulan ini walaupun memakai kebesaran Sultan tidak sampai ketahap Dato’ , tapi dia tahu undang-undang. Namun sebagai bekas dan berpengalaman sebagai penjawat awam dalam pentadbiran perundangan dan kehakiman, orang ini juga bagaikan ‘pekak badak’ dan tidak menghormati perlembagaan negeri dan persekutuan.
Seorang lagi yang tidak berpelajaran tinggi seperti rakan lain (berpelajaran pendek sahaja) tapi lebih menonjol kedepan. Kini heboh dinyanyikan ke seluruh pelusuk negeri kononnya beliau ini berpeluang cerah ke jawatan tertinggi negeri akibat hubungan yang rapat dengan kepimpinan pusat.
Lantas, seperti komen ayubb yang sengaja saya tidak siarkan di sini (kerana sebab-sebab tersendiri), lantas terfikir oleh saya - apakah mereka ini tidak malu dengan tindakan mereka kepada Sultan Terengganu apabila ada kalangan mereka yang memikul bintang tertinggi negeri yang dianugerah oleh Tuanku al-Sultan ?
Malah, dengan kebesaran itu, banyak kegunaan untuk mereka – setidak-tidaknya di pandang tinggi oleh rakyat kerana gelaran. Kalau tidak ada gelaran itu, mereka kini mungkin sudah masuk lubang cacing.
Yang nyata mereka perlu belajar daripada kehebatan Aduka Taruna yang sanggup minta maaf dan mengakui keterlanjurannya serta berjanji tidak akan mengulangi lagi keterlanjuran ini ! Rasanya tidak ada kerugian juka mereka mengikuti contoh Aduka Taruna !
Bak kata ayubb, dengan mengecam Sultan melantik Menteri Besar, selain menentang MB lantikan Sultan, tidak ada bezanya perbuatan itu dengan menentang Sultan.
Sekiranya berterusan begini mereka harus merasa malu dengan bintang kebesaran Sultan yang mereka bawa. Dengan gelaran mulia dan sebutan yang mulia dipanggil oleh rakyat kepada nama mereka, sewajarnya mereka menilai semula kedudukan mereka.
Jika berjiwa besar mereka harus meminta maaf dan memohon keampunan. Atau jika terus berdegil kembalikan semula panggilan ‘terhormat’ yang dianugerahi kepada mereka.
Jika enggan memohon maaf, mereka sebenarnya bukanlah berjiwa besar.
Jangan amalkan politik’baling batu sembunyi tangan’ dan sikap degil berterusan tidak akan membawa ke mana-mana kerana Sultan akan terus berdaulat.
Suka saya nasihatkan mereka, contohilah Aduka Taruna dengan kembali ke pangkal jalan. Sama-samalah berdiri teguh di belakang Tuanku Sultan sebagai mana ucapan yang pernah diutarakan bahawa UMNO junjung Perlembagaan, Raja Payung Negara dan Negeri.
Sebaliknya jika merasakan sengaja mahu ‘menentang Sultan’ teruskanlah dan bawalah pingat kebesaran itu ke seluruh pelusuk tanpa berasa malu sedikit pun kerana mereka memang ‘muka tebal’ dan ‘tidak tahu malu’.

teknikal yang lain.
Saya tidak hairan dengan tindakan Adukataruna, mungkin kerana dia masih mentah, pelajaran tidak sampai ke Univers

iti dah tidak cukup pengalaman dalam mengejar dan menarik pengunjung ke blognya.
Pengunjung yang ramai akan menambah rezeki kepada beliau apabila menjual ruang iklan dan menjual e-buku. Paling tidak dapat meningkat rezeki beliau dan mengelak beliau terjebak dengan aktiviti yang membawa beliau kejalan yang negatif.
Paling tidaknya Adukataruna seorang anak muda yang kreatif dalam usaha memajukan kehidupan beliau dan keluarga dewasa nanti !
Melihat dan menilai komen mengenai sikap Aduka Taruna ini saya menyepikan diri beberapa

ketika.
Lantas terfikir oleh saya, bagaimana seorang yang tidak menerima apa-apa anugerah atau kedudukan sanggup meminta maaf sedangkan hakikatnya, beliau hanyalah orang biasa.
Seperti saya sebutkan dalam entri saya sebelum ini, pada ketika Aduka Taruna hanyalah orang biasa (tidak semestinya bebas mencerca Raja), namun di Terengganu, ada pembesar negeri dan bekas pembesar negeri yang pernah menerima anugerah kebesaran yang membawa gelaran Dato' atau Dato' Seri daripada orang yang mengurniakannya, mencerna balik badan tubuh berkenaan.
Mereka sanggup goncang pagar istana dan melakukan apa sahaja kerana tidak berkenan dengan perkenan Raja.
Apakah mereka ini tidak tahu mengenang budi atau memang jenis ‘kacang lupakan kulit’ atau ‘anjing yang menggigit tuannya?”
Ternyata Aduka Taruna menyerlahkan kehebatan dirinya apabila beliau meminta maaf secara terbuka di atas kesedaran diri sendiri dan dengan rendah dirinya beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran beliau berkenaan dengan artikel yang disebut sebagai di luar norma kemanusiaan .
Bagi saya Aduka Taruna adalah seseorang yang berjiwa besar dan bernai bertanggunfjawab, bukan jenis lempar batu sembunyi tangan.
Dengan mengaku bersalah dan memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya,

warga Johor khasnya atas keterlanjuran beliau serta berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa dan seterusnya menarik semula artikel yang diakuinya luar norma kemanusiaan itu dari blog beliau - menggambarkan betapa seorang insan tidak lepas daripada kelemahan tetapi selepas sedar kesilapan tahu meminta maaf.
Aduka Taruna bukan seperti sesetengah pemimpin Terengganu yang ‘buat muka tembok’ dan ‘tidak mengenang budi’.
Aduka Taruna bukan sekolah tinggi atau lulus cemerlang. Dia bukan jenis lulus dengan kepujian kelas pertama atau sebagainya.
Beliau juga bekas jenis pemimpin yang bertaraf global dan belajar di serata pelusuk dunia. Dia bukan lulusan sekolah bisnes atau peguam terkemuka. Dia bukan pemimpin Hadhari atau bertaraf Ulul Albab.
Aduka Taruna bukan jenis tidak reti meminta maaf – malah dia mlakukannya secara terbuka di

atas keterlanjurannya – namun di Terengganu, ada pemimpin yang pernah menjadi penggerak kain rentang yang menggunakan perkataan ‘natang’ tidak reti untuk mengakui kesilapan.
Siapa ‘natang’ sebenarnya? Orang yang dituduh ‘natang’ atau mereka yang mencipta dan menggerakkan sepanduk ‘natang’?
Memalukan kerana beberapa kerat pemimpin Terengganu, termasuk urusetia kumpulan penentang istana ini kononnya seseorang yang begitu mahir dalam bidang agama.
Dia menunjukkan kemampuan yang utuh ketika berdepan dengan kepimpinan PAS khususnya dalam dewan undangan negeri dengan bacaan dan tafsiran Hadith dan Al-Quran. Biarpuan berpengalaman sebagai seseorang penting menjaga hal ehwal ugama namun ternyata apabila dia juga tidak reti atau tidak sedar mengenai sikap dan perangainuya yang menentang ‘pelindung’ agama Islam, apakah jenis manusia seperti ini?
Wajarkah dia berterusan bersikap demikian?
Lebih menarik, salah seorang pengikut kuat kumpulan ini walaupun memakai kebesaran Sultan tidak sampai ketahap Dato’ , tapi dia tahu undang-undang. Namun sebagai bekas dan berpengalaman sebagai penjawat awam dalam pentadbiran perundangan dan kehakiman, orang ini juga bagaikan ‘pekak badak’ dan tidak menghormati perlembagaan negeri dan persekutuan.
Seorang lagi yang tidak berpelajaran tinggi seperti rakan lain (berpelajaran pendek sahaja) tapi lebih menonjol kedepan. Kini heboh dinyanyikan ke seluruh pelusuk negeri kononnya beliau ini berpeluang cerah ke jawatan tertinggi negeri akibat hubungan yang rapat dengan kepimpinan pusat.
Lantas, seperti komen ayubb yang sengaja saya tidak siarkan di sini (kerana sebab-sebab tersendiri), lantas terfikir oleh saya - apakah mereka ini tidak malu dengan tindakan mereka kepada Sultan Terengganu apabila ada kalangan mereka yang memikul bintang tertinggi negeri yang dianugerah oleh Tuanku al-Sultan ?
Malah, dengan kebesaran itu, banyak kegunaan untuk mereka – setidak-tidaknya di pandang tinggi oleh rakyat kerana gelaran. Kalau tidak ada gelaran itu, mereka kini mungkin sudah masuk lubang cacing.
Yang nyata mereka perlu belajar daripada kehebatan Aduka Taruna yang sanggup minta maaf dan mengakui keterlanjurannya serta berjanji tidak akan mengulangi lagi keterlanjuran ini ! Rasanya tidak ada kerugian juka mereka mengikuti contoh Aduka Taruna !
Bak kata ayubb, dengan mengecam Sultan melantik Menteri Besar, selain menentang MB lantikan Sultan, tidak ada bezanya perbuatan itu dengan menentang Sultan.
Sekiranya berterusan begini mereka harus merasa malu dengan bintang kebesaran Sultan yang mereka bawa. Dengan gelaran mulia dan sebutan yang mulia dipanggil oleh rakyat kepada nama mereka, sewajarnya mereka menilai semula kedudukan mereka.
Jika berjiwa besar mereka harus meminta maaf dan memohon keampunan. Atau jika terus berdegil kembalikan semula panggilan ‘terhormat’ yang dianugerahi kepada mereka.
Jika enggan memohon maaf, mereka sebenarnya bukanlah berjiwa besar.
Jangan amalkan politik’baling batu sembunyi tangan’ dan sikap degil berterusan tidak akan membawa ke mana-mana kerana Sultan akan terus berdaulat.
Suka saya nasihatkan mereka, contohilah Aduka Taruna dengan kembali ke pangkal jalan. Sama-samalah berdiri teguh di belakang Tuanku Sultan sebagai mana ucapan yang pernah diutarakan bahawa UMNO junjung Perlembagaan, Raja Payung Negara dan Negeri.
Sebaliknya jika merasakan sengaja mahu ‘menentang Sultan’ teruskanlah dan bawalah pingat kebesaran itu ke seluruh pelusuk tanpa berasa malu sedikit pun kerana mereka memang ‘muka tebal’ dan ‘tidak tahu malu’.
Bapa maut, abang koma ditikam
Seorang bapa mati ditikam anak sendiri, manakala anak sulungnya koma selepas ditikam dengan sebilah pisau di sebuah rumah di Kampung Duyung Wan Su, Pulau Duyung awal pagi semalam.
Mangsa, Che Mat Ismail, 51, bekerja sebagai mekanik bot nelayan mati di tempat kejadian, manakala anak sulungnya, Irwan Affandi, 30, yang luka di perut kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Suspek dikatakan mendengar suara seorang wanita bernama Siti Aishah yang berbisik kepadanya sebelum kejadian itu supaya menikam abang sulungnya.
Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II, Hamzah Md Jamil, berkata polis menolak sebarang unsur mistik dalam kes itu, sebaliknya akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang.
Katanya, dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek berusia 20 tahun bekerja sebagai pembantu mekanik, menikam abang sulungnya yang sedang tidur dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.
Hamzah berkata, jeritan Irwan didengari bapanya di bilik sebelah menyebabkan mangsa bergegas untuk membantu apabila mendapati anak sulungnya berlumuran darah.
“Bagaimanapun, tindakan Che Mat mahu merampas pisau daripada suspek yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu menyebabkannya ditikam di perut dengan pisau sepanjang 32 sentimeter.
“Ibu suspek kemudian merampas pisau di tangan suspek dan menyorokkan pisau itu dalam rumah,” katanya, semalam.

Kastam Terengganu beku cuti
Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu akan membekukan cuti semua anggotanya bermula minggu ini sebagai langkah awal membendung kegiatan penyeludupan barangan terlarang menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub berkata, kegiatan penyeludupan barangan terlarang seperti mercun, bunga api serta arak dijangka akan meningkat ekoran permintaan yang tinggi pada musim perayaan.
"Untuk itu, kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau semua pintu-pintu masuk utama ke negeri ini samada menerusi jalan laut mahupun darat.
"Kita juga tidak akan bertolak ansur dalam hal ini dan akan membanteras habis-habisan kemasukan barangan terlarang ke negeri ini," katanya.
Selain memantau pintu masuk ke negeri ini, Azis berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis untuk melakukan rondaan ke setiap kawasan perumahan dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang memiliki barangan terlarang dan seludup.
Azis berkata, pihaknya juga merancang untuk menjadikan beberapa kawasan pantai di negeri ini sebagai lokasi pemantauan bagi membendung kegiatan penyeludupan.
Sementara itu, beliau berkata, sehingga ke hari ini, pihak Kastam telah berjaya merampas tujuh tan bunga api dan mercun yang dipercayai untuk pasaran Tahun Baru Cina.

Wednesday, February 3, 2010
Skim Ganti Payu Dara Melalui Dana Khas
Oleh : AIDA ABD RAHMAN (UKOM)
Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM81 ribu sejak 2007 bagi merawat penyakit kanser payu dara dengan menggantikan payu dara palsu menerusi peruntukan kebajikan sosial perubatan Dana Khas Persekutuan.
Daripada jumlah itu, seramai 115 pesakit menjalani skim itu melibatkan satu kes pada 2007 dengan peruntukan RM710, diikuti 75 kes (2008) dengan peruntukan RM49,433, manakala pada tahun lalu 39 kes dengan kos kesluruhan RM31,330.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata skim menggantikan payu dara palsu menerusi menerusi pakar perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi membantu wanita negeri ini yang berdepan dengan masalah kanser dan boleh mengancam nyawa.
“Kepada mereka yang mengalami masalah payu dara jangan biar lama, supaya segera jumpa doktor dan boleh kita gantikan alat yang palsu, kalau dibiarkan lama boleh mengancam nyawa.
“Saya harap ada kesedaranlah. Kadang-kadang orang kampung mereka tak tahu, berdiam diri sebab tidak bergaul dan sekiranya penyakit ini sampai tahap empat ia boleh mengancam nyawa,” katanya ketika melawat seorang pesakit paru-paru kronik, Mohd Nor Ibrahim, 60, di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, petang semalam (28 Januari).
Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud meluangkan masa kira-kira sejam melawat Mohd Noor yang sudah lebih 20 tahun menderita penyakit itu, selain turut mengidap kencing manis, lelah, darah tinggi, cacat penglihatan dan masalah jantung.
Dalam lawatan itu, kerajaan negeri menerusi HSNZ menyampaikan mesin `oksigen concentrator’ yang berharga kira-kira RM5,000 untuk kegunaan Mohd Noor.
Sumbangan itu merupakan yang ke-23 daipada HSNZ melalui Kebajikan Sosial perubatan Dana Khas Persekutuan kepada pesakit paru-paru kronik di seluruh Terengganu.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan peralatan perubatan bagi meringankan beban pesakit tanpa mereka perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Saya percaya bahawa Kerajaan Terengganu sentiasa memberi perhatian kepada rakyat yang mengalami masalah penyakit kronik. Macam tahun lepas kita peruntukkan lebih kurang RM2 juta bagi membantu membeli pelbagai jenis alat perubatan secara langsung kepada pesakit.
“Macam tahun ini sahaja 23 unit mesin oksigen (oksigen concentrator), di mana mereka tidak perlu lagi berulang-alik dari rumah ke hospital dan saya kira sumbangan sebegini tidak dilakukan oleh negeri lain,” katanya.
Selain itu, bemula 2010 kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta bagi membiayai pembedahan penyakit kronik seperti buah pinggang, jantung dan kanser tanpa mengira sosioekonomi dan fahaman politik pesakit.

Jambatan Baru di Sungai Nerus
Penantian lebih 50,000 penduduk dari 14 kampung di mukim Kuala Nerus dekat sini, bakal berakhir apabila sebuah jambatan konkrit siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Datuk Mohd. Said berkata, jambatan itu akan menghubungkan kawasan berkenaan dengan bandar Kuala Terengganu.
Menurut beliau, Jambatan Kampung Jeram itu juga akan menjadi jalan alternatif ke Kota Bharu, Kelantan dengan penjimatan 10 kilometer berbanding jalan biasa ketika ini.
"Kerja-kerja pembinaan jambatan sepanjang 120 meter itu telah dimulakan sejak dua minggu lalu dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
"Saya amat berterima kasih kepada penduduk di sini kerana membenarkan kerja-kerja pembinaan dijalankan walaupun proses pengambilan tanah masih belum diselesaikan," katanya ketika ditemui pada majlis solat hajat di tapak pembinaan jambatan di Kampung Jeram di sini semalam.
Pada majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 penduduk kampung berkenaan.
Mengulas lanjut, Abdul Rahin berkata, sebanyak RM229 juta diperuntukkan bagi membina jambatan tersebut di samping pembinaan jalan alternatif sepanjang sembilan kilometer.
Ujarnya, jika sebelum ini penduduk mengambil masa kira-kira 30 minit, dengan adanya jambatan itu nanti, mereka hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk ke bandar Kuala Terengganu apabila ia bakal dihubungkan dengan projek Jambatan Sekati berdekatan Muzium Negeri.
"Jika 20 tahun dulu mereka terpaksa menggunakan bot untuk menyeberang tapi kini kemudahan jambatan dan jalan alternatif yang akan siap bakal memberi keselesaan kepada mereka,'' ujarnya.
Kastam Terengganu Patah Cubaan Seludup Rokok Bernilai RM1.1 Juta
Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 14,700 karton rokok kretek dianggarkan bernilai RM1.1 juta termasuk cukai dalam sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan di Kemaman, awal pagi Selasa.
Pengarah Kastam negeri Datuk Azis Yacub berkata atas maklumat awam sepasukan anggota penguatkuasa telah menemui sebuah lori sarat dengan rokok ditinggal di tepi jalan di KM66, Jalan Jerangau-Jabor, Air Putih, Kemanan, pada pukul 1 pagi.
Katanya lori itu ditinggalkan di tepi jalan, kira-kira satu kilometer daripada tempat polis mengadakan sekatan jalan, dan selepas menunggu tiga jam, pegawai Kastam membawa balik lori itu ke Depo Kastam di Jalan Panji Alam di Kuala Terengganu.
"Jumlah cukai yang cuba dielak ditafsirkan sebanyak RM864,642 dan rampasan ini merupakan yang terbesar buat Kastam negeri pada tahun ini," kata Azis pada sidang akhbar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, mengangkut barang larangan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama kepada Kastam dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Kastam Terengganu di talian 09-6228477 atau talian bebas tol 1-800-88-8855.

Peluang Mohd Azizulhasni 'Balas Dendam' Terhadap Chris Hoy Di Denmark
Pelumba berbasikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang kini berpeluang untuk 'membalas dendam' terhadap pelumba Great Britain, Chris Hoy apabila kedua-duanya akan beraksi pada Kejohanan Trek Dunia di Denmark pada Mac ini.
Hoy pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China menafikan peluang Mohd Azizulhasni untuk meraih sebarang pingat apabila menewaskan pelumba kelahiran Terengganu itu di dalam acara pecut 200 meter pada peringkat suku akhir.
"Saya begitu teruja sebab dapat tahu beliau akan turun beraksi di Denmark dan berharap akan berpeluang sekali lagi bersaing dengannya," kata Mohd Azizulhasni ketika ditemui pemberita selepas majlis penajaan sebagai duta produk makanan tambahan untuk atlet lasak, 1st Endurance, semalam.
Beliau berkata walaupun sedar Hoy kini berada di prestasi terbaik, ia merupakan peluang terbaik baginya untuk menguji keupayaan diri sebelum beraksi di Sukan Olimpik 2012 nanti.
"Saya ingin lihat jika terdapat perbezaan dari segi kekuatan, taktik dan sebagainya supaya dapat membaiki kelemahan diri sebelum beraksi di Olimpik nanti," katanya yang akan beraksi di dalam acara keirin dan pecut 200 meter di Denmark nanti.
Hoy pada siri pertama Piala Dunia Klasik di Manchester, England yang berlangsung pada Oktober tahun lepas berjaya memenangi emas di dalam acara keirin dan pecut 200 meter.
Manakala Mohd Azizulhasni yang merupakan antara sandaran pingat negara pada Sukan Olimpik 2012 pula mengunguli acara keirin pada siri keempat Piala Dunia Klasik di Beijing China pada Januari lepas.
Mohd Azizulhasni berkata beliau akan pulang ke Melbourne, Australia, Ahad ini bagi meneruskan latihan persediaan dibawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley untuk kejohanan itu.
"Saya akan kembali fokus kepada latihan walaupun baru bergelar suami malah isteri, Athiah Ilyana Abdul Samat turut faham akan keadaan saya apabila menjalani latihan untuk menghadapi sesuatu kejohanan," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai penangguhan pembinaan veledrom di tempat kelahirannya, Dungun, Terengganu yang mendapat tentangan daripada sesetengah penduduk tempatan, Mohd Azizulhasni melahirkan rasa kecewa terhadap perkara itu.
"Saya berharap semua pihak tidak mementingkan diri sendiri kerana veledrom terbabit adalah untuk kegunaan generasi muda dan orang ramai," katanya.

JPN Terengganu perluas program MyDaftar
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperluaskan program MyDaftar di negeri ini bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan yang disediakan jabatan itu.
Pengarah JPN negeri, Abu Bakar A. Rahman berkata, untuk tahun ini sahaja sebanyak 100 program MyDaftar dirancang diadakan di setiap daerah di negeri ini berbanding hanya 70 program pada sepanjang tahun lalu.
Sepanjang diadakan pada tahun lalu beliau berkata, program MyDaftar didapati telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai termasuk di kawasan pedalaman.
''Usaha itu turut mendapat kerjasama wakil rakyat dan jabatan lain yang telah menyusun program yang sesuai bagi membolehkan penduduk setempat mendapatkan dokumen pengenalan diri masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program MyDaftar di Dewan Sivik Jabi dekat sini hari ini. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali.
Sementara itu tambah Abu Bakar, peluang yang disediakan seumpama itu patut disambut baik oleh penduduk setempat.
Katanya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan dokumen pengenalan diri termasuk surat lahir yang akhirnya mendatangkan kesusahan.
''Ada rakyat kita yang berkahwin di luar negara enggan mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini yang akhirnya menyebabkan mereka sukar mendaftar kelahiran anak.
''Terdapat juga lelaki tempatan yang berkahwin dengan warganegara asing juga mengambil tindakan yang sama. Akhirnya mereka menghadapi masalah terutama apabila mempunyai anak kelak," katanya.
Beliau kesal kerana terdapat kalangan ibu bapa yang sanggup mengadakan upacara cukur jambul untuk anak-anak yang baru lahir tetapi bermasalah untuk mendaftarkan kelahiran

Tanpa Ayob siapalah KAWAT!
Terima kasih Sdr Ayob Mamat yang meminta saya mencerminkan diri. Saya cerminkan diri dan ternyata anda lebih cerdik dan hebat.
Banyak kebodohan dan kelemahan diri saya. Alhamdullilah, ia amat menyedarkan saya.
Ayob juga ada menyebut soal membantu MB. Hakikatnya, ramai yang mahu membantu MB. Kini terserlah, perkaranya ialah anda juga mahu tetapi tidak diminta.
Ruang terbuka luas sebenarnya. Cuma yang membezakan kita ialah, saya diminta, saudara tidak diminta. Entah di mana silapnya tidaklah diketahui!
Apapun, saya mengalah dan tidak mahu berpolimik kerana saya maksudkan tulisan saya kepada orang lain tetapi sebagai Presiden KAWAT memang anda wajar menjawab apabila KAWAT disentuh.
Tahniah juga kerana memuji rakan sekerja saya - Pengarah UKOM.
Berdasarkan cara anda membuat penelahan dan penelitian, anda layak menjadi Presiden KAWAT. Harapan saya anda terus menjawatnya.
Tanpa Ayob siapalah KAWAT dan KAWAT tidak akan menjadi sepertinya sekarang tanpa saudara.
Tahniah dan teruskan perjuangan membela nasib wartawan! Hidup Ayob, Hidup KAWAT!

BN harus tumpu kawasan dimenangi pembangkang
UMNO Terengganu harus memberi perhatian serius terhadap kawasan yang dimenangi pembangkang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali bertapak kukuh di negeri ini.
Bendahari Pergerakan Wanita UMNO Terengganu, Toh Puan Zaitun Mat Amin berkata, usaha itu penting kerana Pilihan Raya Umum ke-13 akan menjelang tidak lama lagi dan BN perlu bergerak awal dari sekarang.
:Menurutnya, kawasan utama yang harus diberi tumpuan adalah kubu kuat pembangkang di Marang dan Kuala Terengganu kerana sebahagian besar lokasi di sana berada di bawah penguasaan Pas sejak beberapa tahun lalu.
“Tumpuan sentiasa diberikan kepada kawasan pembangkang dan gerak kerja telah, sedang dan akan dilaksanakan meskipun ada dakwaan mengatakan beberapa lokasi di negeri ini adalah kubu kuat Pas.
:“Pembangkang sebenarnya tidak ada kekuatan namun mereka menggunakan taktik memberi kemenangan kepada mereka termasuk memalsukan pengundi,” katanya kepada Sinar Harian.
Zaitun berkata, dia percaya sokongan rakyat terhadap BN akan meningkat, apatah lagi kerajaan memperkenalkan Program Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu katanya, tidak ada sebab kenapa rakyat harus menolak UMNO dan BN kerana kerajaan telah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan nasib serta kebajikan mereka terbela sebaik mungkin.
“Hanya UMNO dan BN dapat memberi masa depan gemilang kepada rakyat. Kami akan berusaha menarik sokongan rakyat khususnya di kawasan dikuasai pembangkang,” katanya.

Terengganu Tuan Rumah Jet Ski Dunia Bermula Khamis Ini
Tiga nama besar dalam sukan jet ski merupakan antara pelumba yang akan menyertai kejohanan Terengganu World Jetrace Challenge (TWJC) 2010 di perairan Pulau Duyong di sini selama tiga hari bermula esok.
Kejohanan julung kali diadakan anjuran bersama Tropical Marines Resource serta Club Terengganu Marina dan ditaja kerajaan Terengganu itu akan disertai dua juara dunia tiga kali iaitu Amy Green dam Chris Fischetti.
Ketua Pegawai Eksekutif Tropical Marine Resource Raja Putra Shah Raja Shahar Shah berkata turut mengesahkan penyertaan pada kejohanan berprestij itu ialah juara British Seth Wilkinson.
" Kehadiran Fischetti, 42, yang merupakan juara dunia dalam kategori berdiri, slalom dan stand-up super, mengangkat martabat acara ini dan sudah pasti ditunggu-tunggu peminat jet ski.
"Green juga bukanlah pelumba sembarangan kerana dia juga muncul juara dunia sebanyak tiga kali dan mendominasi kejohanan di Amerika Syarikat dengan 11 gelaran," katanya dalam satu kenyataan Selasa.
Katanya lebih 100 peserta dari Malaysia, Serbia, Thailand, Indonesia, Brunei, United Kingdom dan Singapura dijangka menyertai kejohanan TWJC 2010 itu.
Beliau berkata antara lain tujuan perlumbaan itu diadakan di sini ialah bagi mengangkat dan memasyhurkan nama Terengganu sebagai destinasi sukan pelancongan yang terbaik di negara ini.
Katanya kejohanan itu diadakan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan negeri ini antara destinasi pelancongan sukan termasyhur dunia di mana Ri-Yaz Heritage And Resort Spa di Pulau Duyong sebagai gelanggang rasmi kejohanan itu.
Raja Putra Shah berkata TWCJ 2010 diadakan bermatlamatkan serampang dua mata di mana ia juga sebagai mempromosikan acara jet ski atau water craft di Terengganu.
Beliau berkata kejohanan yang melibatkan 10 kategori itu membabitkan profesional, muka baru serta peserta selebriti dan akan menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM87,500.

Monday, February 1, 2010
Kerajaaan Tambah Sekolah Elit,Primier
Oleh Kamarudin Mat Akib dan Harun Hassan (UKOM)
Kerajaan Terengganu sedang mengenalpasti sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan di negeri ini yang sesuai untuk dijadikan Sekolah Elit dan Premier bagi menempatkan pelajar cemerlang.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said, berkata bilangan murid sekolah rendah di negeri ini yang mendapat 5A semakin bertambah, tetapi tempat yang ditawarkan untuk mereka ke sekolah berasrama penuh (SBP) agak terhad.
Justeru itu, katanya, mereka mendapat tempat ke SBP, Sekolah Imtiaz, Sekolah Elit atau Premier yang sedia ada akan ditempatkan di sekolah Elit dan Premier yang bakal diwujudkan tidak lama lagi.
“Tahun ini 3,664 orang murid sekolah rendah di Terengganu mendapat 5A tetapi tidak semua ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah berasrama penuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Juara Rakyat Peringkat Parlimen Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman kelmarin.
Ahmad Said berkata, Kerajaan Negeri akan menambah nilai kemudahan sekolah-sekolah berasrama penuh kerajaan yang sesuai untuk dijadikan sekolah Elit dan Premier dan mereka yang mendapat 5A akan ditempatkan di sekolah berkenaan.

Siapa dendam siapa?
(Tajuk asal - Buletinonline Kena Semak Semula Fakta)
Daripada www.teganukini.blogspot.com
Buletinonline posting 27 Januari 2010 bertajuk Hishamudin tak mahu terima memorandum, melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberitakan tidak mahu menerima satu memorandum yang mahu diserahkan kepadanya.
Menurut sumber, memorandum tersebut mahu diserahkan oleh kumpulan yang menyokong bekas Ketua Pemuda Umno, Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak).
Namun, Hishamuddin memberikan alasan, beliau tidak mahu menerima memorandum itu kerana menurutnya, beliau tidak akan melayan sebarang karenah serta perkara remeh-temeh yang boleh membawa kepada perpecahan.
Sebaliknya, rancangan penyerahan memorandum tersebut pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa telah ada perpecahan di kalangan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Batu Burok.
Difahamkan, penyokong-penyokong kuat Mat Kerak tidak berpuas hati atas tindakan tidak mengekalkan Mat Kerak sebagai Penyelaras DUN Batu Burok.
Oleh itu mereka mengharap supaya selaku Pengerusi Perhubungan, Hishamudin dapat mendengar dan menyelesaikan hajat mereka.
Rasanya laporan ini salah kerana Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak) , Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu juga dilantik oleh Ketua Bahagian sebagai Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Batu Buruk mengambil tempat Datuk Che Mat Jusoh yang memegang jawatan itu pada penggal lalu.
Jawatan Pengerusi Penyelaras dilantik oleh Ketua Bahagian, yang merupakan jawatan parti yang diwujudkan pada zaman Wan Mokthar lagi dan tidak ada dalam perlembagaan parti.
Isu jawatan Pengerusi Penyelaras ini telah disensasikan bagi menjatuhkan Ahmad Said oleh kumpulan penentang.
Setelah sms ugutan bunuh dihantar pada April tahun lalu, terdapat satu tulisan dalam blog jaranganakmelayu yang bawahnya disebut Alias sebagai penulisnya juga membangkitkan isu ini yang menyalahkan Ahmad Said, sedangkan Pengerusi Penyelaras dilantik oleh Ketua Bahagian dan tidak kena mengena dengan Ahmad.
Isu yang dibangkit dalam blog berkenaan juga merupakan perkara-perkara yang dimuat dalam memorandum kumpulan penentang yang dihantar kepada Perdana Menteri sebagai alasan untuk menggulingkan Ahmad Said.
Walau bagaimanapun nasib masih menyembelahi Ahmad kerana pagar istana kecil masih lagi utuh walau pun pernah digoyah ADUN penentang dan difitnah dalam blog mubin.
Isu berbangkit apabila Dato' Dr. Pok Rosli tidak melantik Din Edam sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Besi. Tidak boleh dipersalahkan kepada Dato' Dr Pok Rosli juga perkara ini , kerana Din menentang Pok Li merebut jawatan Ketua Bahagian Dungun.Suasana ketegangan pertandingan masih terasa, jika dilantik pun, pasti Din tidak dapat bekerjasama dengan Pok Rosli. Oleh itu Pok Rosli ambil jalan selamat, serahkan sementara jawatan berkenaan kepada YB lain, bila keadaan dah sejuk serah kembali kepada Din.
Sebelumnya pertandingan Ahmad Said telah secara peribadi nasihat Din supaya berfikir sematangnya sebelum buat keputusan bertanding kerana kesannya panjang walaupun tuannya "pendek",. Walau bagaimana pun Din berkeras juga untuk bertanding dengan alasan mempunyai peluang 60 peratus menang.
Kumpulan penentang sepatutnya berjiwa besar dan mempelajari dari sejarah. Pak Lah yang pernah kalah dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pun satu masa dulu pernah dipecat oleh PM dari jawatan Menteri Pertahanan. Menurut cerita , surat pemecatan diterima semasa chair meeting penting dan terpaksa tangguh meeting berkenaan kerana menghormati surat pemecatannya.
Sama halnya dengan Rosol Wahid, kalah menentang Rozi dalam jawatan Tibalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu. Rosol dalam satu rakit dengan Cikgu Mohd Nor yang menentang TePutera bagi jawatan Ketua Bahagian Hulu Terengganu.
Sementara suhu pertandingan masih panas, Tengku Putera biasalah melantik orang lain terlebih dahulu ke jawatan Pengerusi Penyelaras DUN Ajil. Kini suasana sudah sejuk, jawatan berkenaan telah di kembalikan semula kepada Rosol.
Ternyata Tengku Putera tidak berdendam kepada Rosol, walaupun Rosol tidak mengesyorkan nama Tengku Putera kepada Idris sebagai calon PRU 12.

Penduduk bantah pembinaan velodrom, kemudahan sukan
Upacara pecah tanah pembinaan velodrom lumba basikal dan beberapa kemudahan sukan lain di daerah Dungun yang dijadualkan kelmarin terpaksa ditangguhkan kerana mendapat bantahan penduduk di daerah itu.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata, beliau sepatutnya menghadiri program pecah tanah di Kampung Sura, Dungun semalam tetapi terpaksa dibatalkan kerana penduduk di kawasan tersebut didakwa akan mengadakan demonstrasi bagi membantah pembinaan kemudahan yang bakal dibina.
“Kita dimaklumkan beratus penduduk di kawasan berkenaan akan mengadakan protes untuk menghalang upacara pecah tanah dan pembinaannya kerana mendakwa mengambil tanah yang dijadikan kawasan riadah golongan muda,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Kemaman dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-sekolah Daerah Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) kelamrin,
Katanya, penduduk tidak bersetuju pembinaan dilakukan di situ kerana tapak yang dicadangkan itu adalah tapak pasar malam dan penduduk serta peniaga kecil mengadakan aktiviti menjual pelbagai barangan serta makanan setiap minggu.
“Bagaimanapun kerajaan tidak akan terburu-buru dalam soal pembinaan velodrom ini dan berharap selepas ini akan ada satu jalan penyelesaian yang baik serta dapat memenangi hati semua pihak kerana projek tersebut adalah untuk kepentingan rakyat,” katanya.
Menurut Ahmad Shabery, sepatutnya penduduk di kawasan berkenaan menghargai cadangan pembinaan velodrom itu kerana sekiranya dicadangkan di tempat lain sudah tentu akan disambut baik oleh semua pihak.
Katanya, kerajaan memikirkan Daerah Dungun adalah tempat kelahiran jaguh lumba basikal negara yang amat dikagumi iaitu Mohd Azizulhasni Awang, 22 yang telah banyak menyumbang jasa dan berkorban untuk sukan lumba basikal negara yang juga salah seorang pelumba dunia
“Penduduk daerah tersebut sepatutnya berbangga tetapi mereka telah melihat cadangan pembinaan tersebut sebagai sesuatu yang tidak perlu,” katanya.
Katanya, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Tanah Daerah Dungun dan beberapa pihak lain untuk menilai serta mengkaji semula tapak bagi pembinaan itu dan berharap masyarakat Dungun tidak akan menolak pembinaan tersebut.

Penyalahgunaan dadah golongan belia Dungun serius
Penyalahgunaan dadah melibatkan remaja kini menjadi satu persoalan serius yang harus ditangani bersama.
Remaja sebagai generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara pula memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan hala tuju serta masa depan negara.
Justeru, hasrat kerajaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani dan rohaninya melalui pendekatan awal Falsafah Pendidikan Negara tidak boleh disandarkan kepada satu pihak sahaja.
Sebaliknya, ia harus ditangani bersama dan langkah awal melalui pendidikan adalah pendekatan terbaik dalam menangani krisis yang dilihat semakin kritikal itu.
Statistik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun mencatatkan, setiap bulan tidak kurang daripada 50 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sebahagian daripadanya melibatkan golongan remaja berusia seawal 16 tahun, malah ada antaranya sehingga mencapai usia warga emas.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, usaha penguatkuasaan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah terbabit sekiranya langkah pencegahan awal terutama pendidikan awal ibu bapa di rumah gagal dilaksanakan.
Katanya, walaupun kita sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap penagih dan pengedar, namun kemunculan ‘pewaris baru’ masih berterusan.
“Sehubungan itu, mereka yang berhadapan masalah ini mesti memperbaiki kelemahan sistem pendidikan keluarga, ibu bapa juga mesti memberi perhatian lebih serius terhadap tingkah laku anak.
“Jika tidak zuriat yang menjadi amanah tuhan tidak akan memberi sebarang manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, malah turut merugikan bangsa, agama dan negara,” kata Dahlan.

Lelaki "Bomoh Penipu" Ditahan Polis
Seorang lelaki yang mengaku kononnya seorang bomoh dan menipu pelanggannya ditahan di rumahnya di Manir dekat sini, dua hari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Supt Azmi Adam berkata kegiatan lelaki itu terbongkar apabila seorang wanita menyedari ditipu apabila rawatan yang dijanjikan 'bomoh' berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, tidak membuahkan hasil.
"Mangsa kemudian ke rumah lelaki terbabit untuk mendapatkan semula wang tunai dan barang kemas kerana beliau telah dijanjikan untuk dikembalikan semula barangan tersebut sekiranya rawatan yang diterimanya tidak berhasil.
"Namun, mangsa yang gagal mendapatkan semula barangan tersebut kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Rakit pada Jumaat lepas dan kita berjaya menahan lelaki tersebut dalam hari yang sama," katanya semalam.
Beliau berkata lelaki berumur 34 tahun itu pernah ditahan bagi kesalahan menipu.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Azmi berkata polis menerima dua lagi laporan melibatkan penipuan penawaran hadiah menjadikan kesemuanya empat kes yang direkodkan bulan ini.
Dalam dua kes terbaru ini, beliau berkata dua orang suri rumah, masing-masing di Kuala Besut dan Jertih kerugian kira-kira RM2,000 dan RM1,200 selepas barang kemas milik mereka dilarikan dua lelaki berkenaan.
"Mereka yang berumur 31 tahun dan 39 tahun itu ditawarkan hadiah berupa sebuah peti sejuk dan untuk mendapatkan peti sejuk itu, mereka perlu membuat sedikit bayaran.
"Oleh kerana tiada duit, maka suspek meminta barang kemas mereka iaitu seutas rantai leher untuk dijadikan cagaran. Namun selepas memperolehinya, kedua-dua suspek kemudiannya terus menghilangkan diri," katanya yang percaya suspek adalah orang yang sama dalam dua kejadian tersebut.
Azmi menasihatkan orang ramai khususnya suri rumah supaya berhati-hati apabila didatangi oleh mereka yang tidak dikenali dan menghubungi polis untuk pengesahan.

Sukan Anak Yatim - 656 pelajar berentap
Seramai 656 pelajar sekolah menengah dan rendah di asrama anak yatim seluruh negeri ini berentap dalam 12 acara sukan bagi merebut tempat mewakili negeri ke temasya Sukan Anak-anak Yatim Kebangsaan pada 14 hingga 18 Mac depan di sini.
Daripada jumlah itu, seramai 350 pelajar terdiri daripada anak-anak yatim Perkaya Marang, 126 pelajar anak-anak yatim Perkaya Besut dan 180 anak yatim Darul Falah.
Pengerusi Sukan Anak-anak Yatim Negeri Terengganu, Ahmad Suhaimi Abu Bakar berkata, bagi kesemua acara, peserta yang dilihat menonjol dan berjaya meraih tempat pertama dalam acara sukan yang disertai, peserta berkenaan akan disenaraikan sebagai peserta yang akan mewakili negeri peringkat kebangsaan.
“Setelah peserta itu bersaing di peringkat negeri yang sedang berlangsung ini dan berjaya menduduki tempat terbaik dalam sukan disertai, mereka akan dipilih ke peringkat seterusnya.
“Bagi acara berpasukan pula, pasukan yang johan peringkat negeri akan dipilih dan pasukan johan juga dibenarkan untuk memilih pemain daripada pasukan lain yang lebih menyerlah untuk diserap masuk ke pasukan mereka bagi menghadapi kejohanan peringkat kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Bagi acara tarik tali dan bola sepak pantai yang berlangsung di pantai Primula Beach Hotel di sini semalam, peserta yang terpilih pada kejohanan kebangsaan telah dikenal pasti.
Antaranya, acara bola sepak pantai rendah dan menengah, pasukan asrama anak yatim Darul Falah telah dipilih apabila kedua-dua pasukan itu dinobatkan juara pada kejohanan Prasukria 2010.
Manakala bagi acara tarik tali pantai pula, pasukan Perkaya Marang telah menyapu bersih kesemua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki rendah dan menengah serta kategori wanita rendah dan menengah untuk menempah tempat ke peringkat kebangsaan.
Penyelaras Kokurikulum Perkaya Marang, Muhamad Awang berkata, ini adalah kali kedua pasukannya terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dan berharap penyertaan kali ini mampu memberi keputusan yang membanggakan.
“Jika tahun lalu pasukan kami hanya sekadar menduduki tempat kesembilan, hasrat pasukan kami pada tahun ini pula adalah menang dan mencipta kejayaan lebih baik.
“Bagi mencapai sasaran itu, persedian yang cukup akan dilakukan, namun jika sukar untuk menang, sekurang-kurangnya kami layak menduduki tempat ketiga,” katanya.
Seramai 100 peserta bagi acara tarik tali pantai dan bola sepak pantai telah mendapat sumbangan makanan dan kegunaan gelanggang daripada pihak Primula Beach Hotel, Batu Burok Kuala Terengganu.

UMT Kerjasama Lebih 20 Universiti Dunia
Oleh AIDA ABD RAHMAN (UKOM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan kerjasama dengan lebih 20 institusi pengajian tinggi di seluruh dunia bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran di pusat pengajian itu.
Pertukaran MoU antara UMT dengan Universiti Kasetsart di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Antara university berkenaan termasuklah Universiti Bergen, Norway; Universiti Carolina and East Carolina ( USA); Universiti James Cook ( Australia); Institut Alfred Wagener (Polar and Marine Research in Germany); Universiti Selatan Brittany, Perancis ; Universiti Newcastle (United Kingdom); University Selatan Brittany, Perancis; Universiti Newcastle (UK); Universiti Kagoshima (Jepun); Universiti Air Langga dan Universiti Bung Hatta, Indonesia.
Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata antara kerjasama yang dilakukan antara pihaknya dengan universiti berkenaan ialah kajian, pertukaran ilmu pengetahuan dan program pertukaran pelajar.
“Pada masa ini, UMT mengadakan pertukaran pelajar dari China, Indonesia dan Thailand yang mengikuti pelbagai bidang pengajian di UMT,” katanya ketika majlis menandatangi MoU antara UMT dengan Fakulti Perikanan Universiti Kasetsart, di Pusat Konvensyen,
Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam (27 Januari).
Hadir sama, Prof Dr Suriyan Tunkijjanukij, Prof Dr Uthairat Na-Nakorn dan Prof Dr Methee Kaewnern serta delegasi Universiti Kasetsart.

RM1.6 juta bangunkan semula tanah terbiar
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM1.6 juta untuk membangunkan semula kawasan tanah terbiar sebagai kawasan penanaman padi di Kampung Gong Machang, dekat Tembila.
Pada peringkat awal seramai 28 petani dipilih untuk mengusahakan Program Berkelompok Padi Gong Machang di tanah seluas 40.5 hektar.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, kawasan tanah terbiar yang dikenal pasti sebanyak 120 hektar tetapi pada peringkat awal hanya 40.5 hektar akan diusahakan.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri berkata, projek itu adalah perintis dalam usaha kerajaan untuk menggunakan tanah terbiar sebagai pusat pengeluaran makanan negara.
“Kerajaan mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membangunkan kawasan ini termasuk menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan yang telah bermula sejak tahun lepas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Penyampaian Peralatan Pertanian kepada Peserta Berkelompok Padi berkenaan di sini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, wakil pegawai Pejabat Pertanian Daerah, Anuar Mahmud dan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Sebanyak enam buah traktor dua roda (kerbau besi), lapan unit penyembur racun berenjin dan peralatan lain kepada kelompok peserta terbabit.
Peserta yang terdiri daripada penduduk kawasan DUN Kota Putera dan Jabi itu akan turut menerima subsidi lain termasuk racun, baja dan benih yang akan diberikan jabatan pertanian.