Saturday, April 14, 2012
Masjid Ulul Albab Adakan Kelas Bahasa Inggeris Percuma
Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh, di sini mengadakan kelas bahasa Inggeris secara percuma kepada pelajar sebagai usaha menjadikannya sebagai masjid pusat komuniti di Besut.
Pengerusinya, Ayob Jusoh berkata, kelas bahasa Inggeris yang memberi tumpuan kepada kemahiran pertuturan bahasa Inggeris itu telah disertai 50 pelajar dengan seorang pengajar sukarela, Datin Seri Che Kamariah Zakaria yang juga isteri kepada Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

Peniaga Terkejut Dapat Wang Palsu Not RM100
Seorang peniaga mesin dan peralatan pertanian di bandar Jerteh terkejut apabila mendapati sekeping not RM100 hasil jualannya palsu ketika mengira wang tersebut pada sebelah malam hari kejadian.
Peniaga terbabit, Chia Hong Teak, 35, berkata, dia menerima wang itu daripada salah seorang pelanggan yang membeli mesin barangan di kedainya pada minggu lalu.
Peniaga terbabit, Chia Hong Teak, 35, berkata, dia menerima wang itu daripada salah seorang pelanggan yang membeli mesin barangan di kedainya pada minggu lalu.
Keahlian Srikandi Hanya Untuk Isteri Pertama
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Srikandi) menegaskan keahlian pertubuhan itu hanya untuk isteri pertama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri ini.
Pengerusinya, To’ Puan Seri Norliza Mahmud berkata, syarat keahlian itu telah ditetapkan dalam peraturan Srikandi dan ia selaras dengan amalan Badan Amal Kebajikan dan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) serta badan kebajikan itu di negeri-negeri lain.

Curi Cap Jari Isteri Untuk Poligami
Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.
Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.
Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.
Imtiaz Besut Jalin Kerjasama Universiti di Jordan
Yayasan Terengganu (YT) sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan program pendidikan secara usahasama dengan beberapa universiti luar negara di Kompleks Imtiaz Besut.
Pengarahnya, Zakaria Yusof ketika memberitahu perkembangan tersebut berkata, antara negara luar yang terbabit adalah Jordan dan Mesir.
Pengarahnya, Zakaria Yusof ketika memberitahu perkembangan tersebut berkata, antara negara luar yang terbabit adalah Jordan dan Mesir.
Kakitangan BIMB Bersihkan Laut Di Sekitar Pulau Tenggol
Seramai 50 petugas Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bergotong-royong membersihkan laut di sekitar Pulau Tenggol sempena Hari Bumi 2012 manakala 100 lagi membersihkan persekitaran pantai Teluk Gadong selama dua hari berturut-turut.
Program tanggungjawab sosial korporat BIMB itu turut disertai anggota Majlis Perbandaran Dungun (MPD), penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan 500 penduduk tempatan.
Program tanggungjawab sosial korporat BIMB itu turut disertai anggota Majlis Perbandaran Dungun (MPD), penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan 500 penduduk tempatan.
Zaqhwan Terpantas Sesi Ujian Masa Di Gong Badak
Mohd. Zaqhwan Zaidi mengungguli sesi ujian masa Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di litar Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.
Selepas memenangi perlumbaan pusingan pembukaan di Stadium Batu Kawan, minggu lalu, catatan 41.307 saat semalam, meletakkan pelumba Pachie Yuzy Honda Racing itu sebagai pelumba terpantas.
Azlan Shah Kamaruzaman (Y-TEQ SCK Honda Racing) kedua terpantas (41.369s) diikuti Ahmad Fazli Sham (Yamaha Maju Motor Racing) ketiga 41.387s.
Saya Hanya Peminat, Tidak Campur Isu Desar Che Mat Jusoh Letak Jawatan - MB
“Saya tidak akan masuk campur dalam isu penyokong bola sepak negeri ini yang bertindak menaikkan kain rentang di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kerana kecewa dengan kekalahan pasukan Terengganu di tangan Tampines Rovers, Singapura ,” kata Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said.
Katanya, beliau bersuara sebagai peminat dan tidak berhajat untuk masuk campur dalam kemelut penyokong dengan pihak pengurusan bola sepak negeri ini bagi mengelakkan kemungkinan dikenakan tindakan pihak FAM.
Shahril, Ahmad Fuad Harapan Tinggi Catat Kejayaan CP115
Selepas beraksi satu pusingan dalam kategori CP130, Shahril Izzuwan Mohd Noor kembali ke kategori CP115 bermula Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu hujung minggu ini.
Keputusan dibuat Petronas Syntium Moto Yamaha AHM meneliti tunggangan Shahril lebih sesuai dengan jentera CP115 dan sebagai langkah terbaik mempertahankan gelaran pasukan terbaik CP115 yang dimenangi dua tahun berturut-turut (2010, 2011).
Pembiakan Aedes Tinggi Kerana Kurang Gotong-Royong
Sikap masyarakat kurang mengadakan aktiviti gotong-royong didapati menyebabkan kadar pembiakan nyamuk Aedes tinggi dan mengakibatkan jangkitan denggi terus berlaku di kalangan penduduk.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata hal itu berlaku antaranya di lokaliti "hot spots" Site B Sekincan di mana hanya satu aktiviti gotong-royong dijalankan sepanjang tempoh wabak (31 hari) walaupun jumlah kes yang dilaporkan adalah tinggi (10 kes).

KPDNKK Mahu Pekedai Maklum Jika Tidak Minat MR1M
Peniaga kedai makan yang tidak berminat untuk meneruskan Program ‘Menu Rakyat 1Malaysia’ (MR1M) perlu memaklumkan segera perkara itu kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Terengganu (KPDNKK).
Pengarah Pejabat KPDNKK, Ghazali@Suhaimi Muhammad berkata, mereka perlu berbuat demikian supaya tidak timbul sebarang masalah dan juga rungutan daripada orang ramai kerana masih mempamerkan menu program MR1M di kedai masing-masing.

Pinjaman RM19 Juta Kepada 18 Koperasi Terengganu
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan RM19,159,620
kepada 18 koperasi seluruh Terengganu pada tahun ini sebagai Pinjaman
Tabung Modal Pusingan dengan Koperasi Keluarga Datuk Hashim Mamat Kuala
Terengganu Berhad menerima pinjaman tertinggi yang berjumlah RM3.5 juta.
Suntikan dana yang besar bagi setiap koperasi itu memberi semangat baru untuk menjana keuntungan dan menambahkan daya saing di kalangan usahawan Bumiputera.
Suntikan dana yang besar bagi setiap koperasi itu memberi semangat baru untuk menjana keuntungan dan menambahkan daya saing di kalangan usahawan Bumiputera.
Polis Terengganu Tumpas Kumpulan Curi Kabel
Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu kumpulan curi kabel yang melibatkan kerugian hampir RM50,000 dengan tertangkapnya tiga lelaki termasuk seorang peniaga barangan lusuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superitendan, K. Manoharan berkata, hasil maklumat awam, serbuan pertama dilakukan pada kira-kira 3.30 pagi Selasa lalu dan seorang buruh binaan berusia 44 tahun berjaya ditahan di sebuah rumah diKampung Tok Dir Kuala Terengganu.

Friday, April 13, 2012
PAS Anggap Ia Jauh Lebih Kuat Daripada PKR
Pas negeri semalam secara terbuka mengakui parti itu ‘lebih kuat’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti tersebut hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Dapatkan Kesahihan Maklumat, Elak Fitnah - Ahmad Said
Menteri Besar menunjukkan deklarasi Konvensyen Media Sosial pada majlis penutup semalam. |
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata sebagai pihak yang benar tidak seharusnya terikut-ikut dengan gaya penulisan yang berbaur negatif kerana ia boleh menjurus kepada perpecahan politik, pemisahan dan kebencian antara satu sama lain.
Sektor Koperasi DiSasar Sumbang 7 Peratus Kepada KDNK Negeri
Kerajaan negeri mensasarkan sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Terengganu sebanyak tujuh peratus menjelang 2013.
Sasaran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu itu dijangka akan meningkat tiga peratus lagi menjadi 10 peratus pada 2020 berbanding masa kini hanyalah sekitar satu peratus sahaja.

Wacana PAS Ajaran Sesat Diperluas Ke Setiap Parlimen
Terengganu akan memperluaskan program wacana bagi menerangkan mengenai penyelewengan perjuangan politik Pas ke seluruh negeri itu.
Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, program itu akan dilaksanakan di peringkat Parlimen dan seterusnya ke peringkat DUN, sekiranya keadaan memerlukan.
Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, program itu akan dilaksanakan di peringkat Parlimen dan seterusnya ke peringkat DUN, sekiranya keadaan memerlukan.
Pelajar Perempuan Hidup Mewah Dipercayai Jual Pil Kuda
Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Jerteh, yang menayang wang RM800 kepada rakan-rakannya, membongkar rahsia dia dipercayai menjual pil kuda.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.
Pengamal Media Sosial Perlu Bijak Sampaikan Berita
Setiap pengamal media sosial dan facebooker sewajarnya menyampaikan maklumat secara berkesan dan lebih menarik supaya mudah bagi orang ramai memahaminya.
Ketua Pengarah Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia, Ibrahim Abdul Rahman berkata kaedah penyampaian berita juga perlu diteliti supaya tidak disalah erti serta mengelak berlakunya jurang antara penyampai dan pendengar berita.

Tangan Warga Emas Tersepit Mesin Tebu Terpaksa Dipotong
Hasrat seorang warga emas untuk menambah pendapatan keluarga dengan menjual air tebu bertukar tragedi apabila tangan kanannya terpaksa dipotong selepas digilis mesin tebu dalam kejadian di Taman Semarak, Bukit Tunggal, dekat Kuala Terengganu, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi menyebabkan tangan kanan Wan Hamzah Wan Ismail, 58, yang juga penghidap sakit jantung itu terpaksa dipotong sehingga ke pergelangan tangan.
Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi menyebabkan tangan kanan Wan Hamzah Wan Ismail, 58, yang juga penghidap sakit jantung itu terpaksa dipotong sehingga ke pergelangan tangan.
Kompleks Imtiaz Besut Bukan Jadi Gajah Putih
Yayasan Terengganu (YT) sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan program pendidikan secara usahasama dengan beberapa universiti luar negara di Kompleks Imtiaz Besut.
Pengarahnya, Zakaria Yusof ketika memberitahu perkembangan tersebut berkata, antara negara luar yang terbabit adalah Jordan dan Mesir.
Pengarahnya, Zakaria Yusof ketika memberitahu perkembangan tersebut berkata, antara negara luar yang terbabit adalah Jordan dan Mesir.
Thursday, April 12, 2012
Isu 23 Peserta Tanah Pertanian di Rusila - Mana Hadi, Mana Satiful Bahari?
"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia...Saya berharap ketua kelompok dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,” - Ahmad Said
Cakap pasal tanah berdegar-degar. Kononnya UMNO zalim dan rampas tanah.
Hakikatnya, pada ketika PAS menuduh kerajaan negeri mengamalkan tindakan mermpas tanah rakyat dan bertindak zalim, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang sebaliknya!
Sekali gus tuduhan PAS yang dicipta itu semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan menggambarkan seolah-olah UMNO zalim.
PAS mengatakan BN sejak 2004 memulakan era kezaliman dan rampasan tanah rakyat melibatkan tanah lot perumahan, pertanian bahkan masjid maupun madrasah.
Namun satu hal yang PAS lupa dan masalah rakyat berlaku di depan mata dan di bawah dagu Presiden mereka, Datuk Seri Andul Hadi Awang adalah isu pemilikan tanah di Rusila yang tidak selesai sejak sekian lama.
PAS melihat ‘kuman di hujung dunia’ tetapi 'masalah rakyat sebesar gajah' di hadapan mereka dibuat-buat tidak nampak, khususnya di kalangan penduduk di kawasan Rusila yang terkenal dengan kubu PAS.
TIDAK MAMPU SELESAIKAN ATAU MEMANG PAS TIDAK CAKNA RAKYAT?
Difahamkan penduduk sekitar Rusila meneroka tanah pertanian seluas lebih 11 hektar itu sejak 1976 lagi.
Bagaimanapun mereka gagal mendapatkan geran hak milik kerana permohonan yang diketengahkan sebelum ini tidak aktif.
Amat jelas, ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004, masalah ini sudah wujud tetapi PAS ‘pejam mata sahaja’ kepada 23 peserta tanah berkenaan.
Akhirnya siapakah yang menyelesaikannya?UMNO dan Barisan Nasional…
Pemimpin yang turun padang dan mendekati rakyat di Marang menyelesaikan masalah bukan ‘Tok Guru Haji Hadi’ tetapi Ahmad Said (Datuk Seri) yang sering dituduh bertindak zalim dan membelakangkan kepentingan rakyat.
Malam kelmarin, Ahmad Said meminta agar 23 peserta terlibat dalam penerokaan tanah pertanian di Kampung Bukit Anak Ring yang sudah lebih 40 tahun menanti untuk mendapatkan geran hak milik.
Malah, Menteri Besar berjanji Kerajaan Negeri akan bertindak menyelesaikan masalah penduduk Rusila itu.
Sehubungan itu, Menteri Besar, meminta mereka segera membuat permohonan baru bagi menyelesaikan masalah itu, manakala pihak berkuasa tempatan diarahkan membuat semakan semula status tanah berkenaan.
"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia.
“Saya berharap ketua kelompok dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Rusila di Medan Jaya, Marang, kelmarin.
Ahmad Said sudah menegaskan, pihaknya akan meminta pegawai daerah untuk memeriksa status tanah berkenaan dalam tempoh terdekat untuk diselesaikan termasuk pihak berkuasa lain untuk memeriksa pelan tapak bekas tanah pertanian tersebut.
Menurutnya, jika tiada masalah yang timbul, status tanah pertanian tersebut akan dijadikan sebagai lot kediaman untuk diagihkan kepada kesemua peserta terlibat membabitkan sebanyak 184 lot kediaman untuk didiami pada masa akan datang.
Dalam pada itu, kesemua peserta juga diminta untuk merujuk mengenai perkara itu kepada pihak Pusat Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang melalui pegawainya, Nik Dir Nik Wan Ku bagi memudahkan proses permohonan semula dibuat.
Jadi siapa sebenarnya yang membantu rakyat mendapatkan tanah?
Pemimpin PAS termasuk Presidennya sendiri atau pemimpin UMNO?
Jawapannya mudah, pemimpin PAS hanya tahu timbulkan masalah dan mengajak rakyat membantah kerana tanah tetapi masalah penduduk di Rusila yang tidak sebenar mana diabaikan.
Mana jagoan PAS - Satiful Bahari Mamat - dalam isu 23 peserta tanah pertanian di Rusila ini?
PAS Sebenarnya Toghut - Guru Pondok
Detik Perubahan (April 11, 2012)
Pengasas pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa’amah menyelar parti Pas yang menuduh UMNO sebagai toghut dengan menyifatkan parti itu sebenarnya toghut.
Katanya, Pas sekarang telah menyimpang jauh dari prinsip awal penubuhannya dan perubahan itu dilihat amat ketara sekali selepas bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Bersih 3.0 - YT Akan Tarik Pinjaman Pelajar Serta Merta Jika Sertai Perhimpunan
Yayasan Terengganu (YT) memberi amaran keras kepada mana-mana pelajar di bawah pinjaman YT yang didapati terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung 28 April ini.
Pelajar yang didapati terbabit dengan perhimpunan itu bakal berdepan tindakan tegas iaitu menarik balik pinjaman.
Pelajar yang didapati terbabit dengan perhimpunan itu bakal berdepan tindakan tegas iaitu menarik balik pinjaman.
Tuanku Abdul Halim Ditabal Dengan Penuh Istiadat
Tuanku Abdul Halim mengucup Keris Panjang Diraja yang juga dikenali Keris Kerajaan pada pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara semalam.
Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.
Najib Tun Razak berucap sempena Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. |
Biarpun Didesak, Che Mat Enggan Berundur
Nada tegas disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh bahawa beliau tidak sesekali akan meninggalkan persatuan itu.
Malah, pemimpin veteran itu turut menempelak segelintir penyokong Terengganu yang disifatkannya tidak faham mengenai prestasi sebenar skuad Penyu itu ketika ini.
Malah, pemimpin veteran itu turut menempelak segelintir penyokong Terengganu yang disifatkannya tidak faham mengenai prestasi sebenar skuad Penyu itu ketika ini.
Ahmad Said Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Bapa, Suami Liat Bayar Nafkah
Antara penerima Dana Pendahuluan Nafkah kelmarin |
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah ini bagi memastikan golongan tersebut tidak mempermainkan perintah mahkamah, sekaligus mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan bekas isteri apabila berlaku perceraian.
Gara-Gara Kalah Berturut-Turut, Che Mat Jusoh Sekali Lagi Didesak Berundur
Kekalahan 0-2 Terengganu kepada Tampines Rovers dalam perlawanan keempat Piala AFC semalam, nyata mengundang kekecewaan penyokong setia.
Sebaik perlawanan berakhir, hampir 300 penyokong fanatik pasukan Terengganu yang tidak berpuas hati dengan prestasi merudum skuad Penyu itu, mula berkumpul di luar stadium dengan mengangkat kain rentang yang meminta pihak pengurusan meletak jawatan selepas menyaksikan pasukan kesayangan mereka tunduk 0-2 di tangan Tampines Rovers dalam saingan kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), petang kelmarin.
Maidam Belanja RM3.6 Juta Bagi Program al-Ansar Di Jordan
Mulai tahun ini, pelajar yang terpilih mengikuti program al-Ansar di Jordan perlu membayar RM300 bagi menampung kos penterjemahan, visa dan pengesahan di Wisma Putra.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengenakan syarat itu bagi mengelak kerugian apabila ada pelajar menarik diri pada saat akhir.
Maidam membelanjakan RM3.6 juta melalui program al-Ansar bagi menaja 60 pelajar yang mengikuti pengajian di beberapa universiti di Jordan tahun ini.

Dana RM70 Ribu Bela Nasib Wanita Diabagi Suami
Dana Pendahuluan Nafkah sebanyak RM700,000 yang disediakan kerajaan negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) mampu membela nasib golongan wanita yang diabaikan suami.
Daripada jumlah itu, lebih RM71,000 telah diagihkan kepada 31 penerima sejak dana itu diperkenalkan tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata, bayaran kepada setiap mangsa atau penerima bergantung kepada keputusan mahkamah di mana mereka yang mempunyai jumlah tanggungan ramai, layak menerima kadar dana berjumlah sehingga RM6,000 seorang.
Skuad Pelumba Wanita Perlukan Transformasi Untuk Bersaing
Skuad lebuh raya wanita negara harus melalui proses transformasi dalam masa terdekat andai mahu menyaingi kehebatan pelumba Thailand, Indonesia dan Vietnam yang jelas memiliki kekuatan tersendiri.
Mengambil contoh Thailand dan Vietnam yang mempunyai perlumbaan jelajah wanita berdaftar dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) perlu segera melakar pelan tindakan bagi memastikan pelumba wanita negara tidak tenggelam dalam aksi di pentas Asia Tenggara.

Aidil Zafuan Mohon Cerai Rita Rudiani
Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar.
Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Wednesday, April 11, 2012
Terengganu, T-Team Jangan Terlalu Bergantung Pemain Utama - Ahmad Said
Forkie Doe menjadi ayam tambatan Terengganu, sering dikawal ketat pihak lawan. |
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kedua-dua pasukan itu kerap menonjolkan aksi kurang memberangsangkan setiap kali pemain utama mengalami kecederaan.
Polis Terengganu Tumpaskan Sindiket Tipu Peniaga
Polis Terengganu menumpaskan satu sindiket yang menipu peniaga dengan membeli barangan tanpa membuat bayaran dengan tertangkapnya empat lelaki di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supt Khoh Ah Tiam, berkaa dengan tertangkap suspek yang merupakan warga tempatan berusia antara 40 dan 55 tahun, polis dapat menyelesaikan sembilan kes melibatkan kerguain RM300,000 yang dilaporkan sejak tahun 2008.

Akademi Bola Sepak Terengganu Sasar Lahir 30 Pemain Terbaik Mulai 2015
Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu (ABNT) mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30 pemain terbaik mulai tahun 2015.
Ketua jurulatih ABNT Cik Ku Marzuki Cik Ku Mohd Nor berkata selain untuk pasukan Terengganu, pemain-pemain yang bakal dilahirkan oleh akademi itu juga boleh digunakan negeri-negeri lain.
Ketua jurulatih ABNT Cik Ku Marzuki Cik Ku Mohd Nor berkata selain untuk pasukan Terengganu, pemain-pemain yang bakal dilahirkan oleh akademi itu juga boleh digunakan negeri-negeri lain.
1,609 Pelajar Cemelang SPM Dapat Bantuan Bursary
Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan bantuan kewangan pengajian (bursary) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.

Kerajaan Tidak Cadang Wajibkan E-Filing
Kementerian Kewangan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui sistem e-filing berikutan cadangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui e-filing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan proses pembayaran cukai melalui e-filing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Nelayan Kijal Seronok Dapatr Elaun Sara Hidup
Kira-kira 100 nelayan kawasan Kijal yang menerima bantuan elaun sara hidup bulanan, gembira dengan pemberian bantuan itu secara tunai sekali gus merapatkan hubungan nelayan dengan pemimpin.
Mohd Rosli Sulong, 48, berkata, pemberian secara tunai itu disampaikan pemimpin bagi memberi peluang kepada nelayan sepertinya untuk bertemu dan meluahkan masalah.
Menurutnya, bantuan sara hidup tersebut membuktikan kerajaan sentiasa membantu rakyat yang memerlukan.
“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Negeri yang sentiasa prihatin dan peka dengan masalah dihadapi nelayan terutama ketika musim tengkujuh.
“Kami tidak dapat turun ke laut ketika itu sebab ombak besar menyebabkan kami hilang punca pendapatan dan tidak dapat menyara keluarga sepanjang tempoh tersebut,” katanya selepas menerima wang elaun yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada majlis penyampaian bantuan berkenaan yang diadakan di Bangunan Nelayan dekat Kampung Che Wan, Kijal.
Seorang nelayan lain, Abdullah Abdul Rahim, 52, berkata, inisiatif kerajaan yang sentiasa berusaha meningkatkan taraf ekonomi nelayan perlu dihargai dan mereka tidak harus menyalahgunakan bantuan tersebut.
“Kami bersyukur kerana kerajaan mementingkan soal kebajikan rakyat khususnya kaum nelayan yang sentiasa berdepan dengan cuaca tidak menentu untuk turun ke laut bagi mencari nafkah,” katanya.
Bagi Abu Bakar Daud, 60, nelayan di negeri ini seharusnya berterima kasih dengan usaha keras kerajaan bagi membantu golongan nelayan meningkatkan taraf hidup dengan menyediakan pelbagai bantuan.
“Banyak bantuan yang kerajaan berikan seperti subsidi diesel, petrol, peralatan menangkap ikan seperti enjin bot, pukat dan sebagainya. Justeru kita seharusnya menggunakannya bagi terus meningkatkan taraf hidup,” katanya
Sinar Harian

Keletihan, Fobia Kalah Kepada Selangor Punca 'Penyu Menangis'?
Pemain Terengganu, Shamsul Kamal Mohamad (kiri) diasak pemain Tampines Rovers, Ali Hudzaifi Mohd. Yusof pada Piala AFC, semalam.
Keletihan dan mungkin juga masih fobia dengan kekalahan teruk ketika menentang Selangor dalam aksi Liga Super baru-baru ini menjadi punca pasukan Penyu tewas 0-2 kepada pasukan pelawat Tampines Rovers.
Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris berkata dua faktor itu jelas kelihatan dalam aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan dari Singapura itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, petang semalam.

Pelumba Wanita Menyerlah Pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Thailand (ToT) 2012
Pelumba wanita negara semakin mempamerkan peningkatan meskpiun kurang berpengalaman dalam perlumbaan jelajah di Chiang Rai, Thailand.
Skuad lebuh raya wanita Malaysia menutup tirai aksi pada kejohanan lumba basikal Jelajah Thailand (ToT) 2012 dengan keputusan memberangsangkan apabila Masziyaton Mohd. Radzi menduduki tempat ke-14 pada perlumbaan peringkat ketiga sejauh 80.3 kilometer (km) dari Chiang Rai ke Mae Sai dan berakhir di Mae Chan semalam.
Tanpa kelibat pemecut 'berbisa', Zahraa Anuawar yang terkeluar daripada aksi gara-gara terlibat dalam kemalangan kelmarin, Masziyaton terpaksa 'menumpang' kudrat pelumba kebangsaan Korea Selatan, Chongming-Giant Pro Cycling (GPC), Asahi Cycling Team (ASA), Vietnam dan Thailand untuk memperkasakan henjutan ke garisan penamat bagi memburu kedudukan terbaik.
Empat Kenderaan Disita Dalam Operasi Bersepadu JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyita empat kenderaan dalam operasi bersepadu bersama 12 agensi kerajaan lain dekat Kijal malam semalam.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata sebanyak 1,801 kenderaan diperiksa di empat lokasi termasuk di hadapan Stesen Penguatkuasa JPJ Kijal, di Kemaman.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata sebanyak 1,801 kenderaan diperiksa di empat lokasi termasuk di hadapan Stesen Penguatkuasa JPJ Kijal, di Kemaman.
Tuesday, April 10, 2012
Kenyataan Pengerusi SPR Undang Spekulasi Tarikh PRU Ke 13 Pada Jun
Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof semalam mengenai persiapan suruhanjaya itu menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 mencetuskan spekulasi dalam kalangan petugas media di Kuching bahawa ia mungkin diadakan Jun ini.
Apabila beliau berkata, SPR akan memuktamadkan persiapannya bagi PRU itu pada Jun ini, beliau terus dihujani soalan oleh pemberita sama ada PRU akan diadakan pada bulan itu.
"Dari segi pentadbiran, saya sedang mempersiapkan para pegawai saya untuk menghadapi Jun...tapi saya tidak mengatakan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis taklimat bagi Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pembantu mereka di Kuching, semalam.
Abdul Aziz berkata, mungkin beberapa isyarat akan diberi kepada beliau sebelum PRU diadakan, tetapi setakat ini, beliau belum menerimanya.
Seramai 151 pegawai pilihan raya yang terdiri daripada 31 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 120 pembantu mereka menghadiri taklimat dua hari itu.
Abdul Aziz berkata, taklimat serupa akan diadakan di Sibu pada 12 April dan di Miri pada 16 April untuk membiasakan pegawai berkenaan dengan prosedur baru yang akan diguna pakai pada PRU akan datang.
"Pilihan raya umum ke-13 tidak sama dengan pilihan raya umum sebelum ini. Banyak perkara baru akan diperkenalkan," katanya.

Mencari Penawar Duka - Penyu Mahu Bangkit Benam Tampines Rovers
Kapten Tampines Rovers, Aleksandar Duric (kiri), Steven Tan (dua dari kiri), Mat Zan Mat Aris dan ketua pasukan Terengganu, Sharbinee Allawee pada sidang akhbar Piala AFC di Kuala Terengganu, semalam.
Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris akan menampilkan karektor dan strategi permainan yang berbeza apabila pasukannya turun menentang Tampines Rovers FC dari Singapura dalam perlawanan keempat Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Terengganu, petang ini.
Malah, jurulatih skuad Penyu itu mengingatkan pemainnya agar
memberi tumpuan penuh pada perlawanan hari ini dengan bertekad mencari
penawar duka apabila Terengganu turun menentang wakil Singapura itu.
Manaf menjadi taruhan bersama Forkey Doe petang ini. |
WWF Terengganu Gesa Kerajaan Haramkan Makan Telur Penyu
Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu menggesa kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 secepat mungkin bagi mengharamkan aktiviti memakan telur penyu di seluruh negara.
Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Rahayu Zulkifli berkata sehingga kini telur penyu masih dijual secara berleluasa di negeri ini walaupun sedia maklum haiwan itu diancam kepupusan.
Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Rahayu Zulkifli berkata sehingga kini telur penyu masih dijual secara berleluasa di negeri ini walaupun sedia maklum haiwan itu diancam kepupusan.