Saturday, April 28, 2012

Ahmad Said 'Naik Hangin' Apabila LPT Fasa 2 Tidak Siap-Siap

"Saya sangat berharap agar kementerian (Kerja Raya) dapat mempercepatkan proses membuka tender untuk melantik kontraktor lain bagi menyiapkan pembinaan jalan raya di dua laluan itu. Jika ia mengambil masa panjang, ini akan merugikan banyak pihak terutama kerajaan negeri kerana kos kewangan semakin meningkat selaras dengan kelewatan itu," - Ahmad Said

 Analisis oleh Hambali Abdul Latiff 

Antara ‘projek Persekutuan’ yang menjadi peluru kepada pembangkang khususnya PAS ‘menembak’ Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan UMNO ialah isu stadium runtuh dan kelambatan siapnya pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2.

Isu ini bukan sahaja diperkatakan di ceramah-ceramah tetapi isu yang diwarisi oleh Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu daripada kepemipinan sebelum ini yang diperkatakan dengan hangat pada setiap sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu sejak 2008 hinggalah yang terbaru antara 24 hingga 25 April lalu.

Wakil PAS, khususnya ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed dan ADUN Wakaf Mempelam, Wahid Endut pasti akan menggunakan dua isu ini sebagai peluru utama menghentam kerajaan pimpinan Ahmad Said dan Menteri Besar perlu menjawab semua soalan dan keputusan yang dibuat khususnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Malah dua isu ini mudah untuk ADUN PAS ‘nganjing’ (sindir kepada Ahmad Said kerana mereka ketandusan isu Terengganu untuk diperkatakan!

Berbuih sudah mulut Ahmad Said menjawab dan menepis tuduhan pembangkang namun pihak yang terbabit dengan projek kedua-dua projek ini jelas ‘ambil masa lunak sendiri’ menyiapkan kedua-dua projek ini dan kontraktor pula ‘nampaknya kenyang dan selesa’.

Yang panas telinga dan membara di dada adalah Ahmad Said. Kerana itu wajar sekali kalau beliau berang dan terkadang ‘naik hangin’ juga dengan JKR.

Bukan sekadar ‘berpanas’ pada siding DUN tetapi Menteri Besar itusudah acap kali berpanas di bawah cahaya matahari dan meredah hujan untuk meninjau sendiri perkembangan pembinaan LPT Fasa2 ini.

Apabila hampir Hari Raya Puasa, Ahmad Said semakin bimbang dan resan memikirkan anak perantau Terengganu yang akan pulang ke kampong dan kembali semula ke tempat kerja mereka seminggu kemudian.

Menteri Besar seboleh-bolehnya mahukan perjalanan selesa bagi anak perantau dan keluarga dan LPT 2 yang dibina, antara fungsinya adalah melega dan melelesakan pemanduan mengelakkan kesesakan jika melalui jalan pantai yang menjadi jalan utama sekarang.

Tidak hairanlah kelmarin Ahmad Said meluahkan kekecewaannya sekali lagi terhadap Kementerian Kerja Raya kerana lewat membuka semula tender bagi menyiapkan membabitkan dua laluan yang masih terbengkalai.

Kementerian sepatutnya membuka tender untuk melantik semula kontraktor yang lebih berwibawa bagi membolehkan dua pakej yang belum siap iaitu pakej 7 laluan Paka-Kemaman sejauh 13.7 kilometer dan pakej 4 laluan Stesen Mardi-Ibok sejauh 3.7 kilometer dilaksana secepat mungkin.

Kalaulah Kerajaan Terengganu ada kuasa, lama sudah perkara ini dapat diatasi, mungkin itu keadaan sebenar dan dalam benak Menteri Besar itu.

Tetapi kerana ditentukan kementerian, muka Ahmad Said terpaksa tebal dibelasah pembangkang di persidangan DUN dan berdepan dengan rakyat yang menaruh harapan tinggi tetapi di kecewakan oleh pihak lain, khususnya Kementerian Kerja Raya.

"Saya sangat berharap agar kementerian dapat mempercepatkan proses membuka tender untuk melantik kontraktor lain bagi menyiapkan pembinaan jalan raya di dua laluan itu. Jika ia mengambil masa panjang, ini akan merugikan banyak pihak terutama kerajaan negeri kerana kos kewangan semakin meningkat selaras dengan kelewatan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja bermula dari Plaza Tol Gemuruh, Kuala Terengganu hingga ke Plaza Tol Bukit Besi di Dungun sehari suntuk kelmarin.


Ahmad Said diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib, juga meninjau keseluruhan laluan LPT sejauh 63.4 kilometer itu, termasuk laluan yang masih dalam pembinaan di sepanjang susur keluar Bukit Besi-Kuala Dungun.

Beliau berkata, jika kontraktor baru yang bakal dilantik itu memberi komitmen terhadap pembinaan dua laluan yang terbengkalai itu, ia dijangka siap dalam tempoh enam bulan sahaja.

"Ini kerana bagi laluan pakej 4, kerjanya sudah siap 60 peratus manakala bagi pakej 7, ia sudah siap 50 peratus," katanya.

Itulah kedudukannya mengenai projek LPT Fasa 2 ini.

‘Di telan mati emak, diluah mati bapak’, marah dan ‘menyalak’ pun sudah, tidak menyatakan keadaan sebenar di negeri sendiri Ahmad Said dibelasah pembangkang.

Yang diharapkan oleh kerajaan negeri dan Ahmad Said ialah, pembukaan LPT sepenuhnya dapat dilakukan selewat-lewatnya sebelum akhir tahun depan.

Ahmad Said Harap Penyu kekal Momentum Kemenangan

Pemain import Terengganu, Francis Forkey Doe (tengah) diasak dua pemain Song Lam Nghe An dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berharap agar pasukan Terengganu mengekalkan momentum selepas menang bergaya 6-2 ke atas kelab Vietnam, Song Lam Nghe An apabila menentang Sime Darby dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA, Selasa ini.

Katanya, momentum itu amat diperlukan bagi memastikan skuad Penyu melangkah ke perlawanan akhir sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu.

"Alhamdulillah, kita menang malam tadi (kelmarin) dan ada peningkatan yang ditunjukkan selepas saya mengadakan perjumpaan dengan pengurusan dan jurulatih untuk membuat perubahan dalam pasukan. "Ternyata formula kita menjadi kali ini," katanya kepada pemberita di Dungun, kelmarin.

Ketua jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris pula yakin Terengganu layak ke pusingan akhir Piala FA untuk mempertahankan kejuaraan bagi dua tahun berturut-turut.

Sehubungan itu beliau akan menurunkan kesebelasan terbaik apabila bertemu Sime Darby dalam separuh akhir kedua Selasa ini.

Pada  perlawanan separuh akhir pertama, Terenggganu kalah 1-2 kepada Sime Darby.

"Saya menaruh harapan dengan kemampuan pemain saya kerana saya melihat mereka kembali mendapat sentuhan dan prestasi yang memberangsangkan ketika menewaskan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An 6-2 dalam cabaran Piala AFC di Kuala Terengganu, malam Rabu lalu.

 "Semua pemain diharap waspada dan saya akan kerah mereka bagi menebus maruah Terengganu yang telah tercalar (setelah kalah kepada Sime Darby). Kita mahu mempertahankan kejuaraan Piala FA," katanya.

Mengulas mengenai kejayaan Terengganu malam tadi,Rabu lalu,  Mat Zan berkata, beberapa pengubahsuaian pemain telah dirombak bagi mengatasi persembahan hambar dalam beberapa perlawanan Piala AFC sebelum ini.

Penolong pengurus pasukan Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, kebangkitan Terengganu ada kaitan dengan nasihat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

"Kita tidak mahu menghampakan Menteri Besar kerana beliau merupakan peminat bola sepak nombor satu di mana beliau telah memberikan suntikan semangat kepada pemain-pemain supaya bangkit daripada persembahan hambar," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Said menyifatkan tindakan segelintir penyokong yang memprotes pasukan berikutan aksi hambar sejak kebelakangan ini sebagai tidak rasional.

"Terpulanglah kepada mana-mana penyokong yang ingin bertindak memprotes pasukan kita (Terengganu) dan situasi itu jelas menunjukkan mereka adalah peminat yang tidak rasional.

"Dalam setiap perlawanan bola sepak, siapa yang tidak ingin melihat pasukan pilihan menang. Tapi adatlah dalam sukan bola sepak ini.

Ada menang dan ada yang kalah, tetapi selaku peminat sejati kita kena terus beri sokongan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berharap kemenangan 6-2 pada perlawanan menentang Song Lam, kelmarin dapat meredakan kemarahan penyokong yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan.

Beliau juga memuji sikap pemain yang tidak menghiraukan cemuhan serta tindakan penyokong, malah mampu bermain dengan baik.

"Pada saat pelbagai kontroversi melanda, skuad ini mampu melakar kejayaan seumpama ini dan kita harap momentum itu diteruskan untuk memburu misi juara Piala FA 1 Mei ini," jelasnya.

YT Tarik Balik Tajaan Pelajar Sertai Perhimpunan Bersih 3.0

Yayasan Terengganu (YT) akan mengambil tindakan tegas, termasuk menarik balik tajaan pengajian pelajar tajaannya yang menyertai mana-mana perhimpunan haram, termasuk perhimpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, hari ini.

Timbalan Pengarah YT, Razali Mahmud, berkata pihaknya akan memantau perkembangan semasa yang melibatkan demonstrasi sama ada di dalam atau luar negara, bagi memastikan pelajar tajaannya tidak terlibat dengan perhimpunan haram seumpama itu.

Tiga Pelumba Negara Gagal Naik Podium Akibat Pelanggaran


Tiga pelumba Malaysia – Mohd Nur Rizuan Zainal, Mohamad Saufi Mat Senan dan Mohd Zamri Salleh terlepas peluang menaiki podium apabila terlibat dalam kemalangan ketika sedang memimpin perlumbaan pada 300 meter ke garisan penamat perlumbaan peringkat ke-5 dari Geochang ke Gumi sejauh 146.8 kilometer pada Tour de Korea 2012 semalam.

Seramai 12 pelumba terjatuh dalam kemalangan ke garisan penamat tersebut termasuk pemegang jersi kuning dari Terengganu Cycling Team (TSG), Chan Jae Jang sekali gus meranapkan peluang mana-mana pelumba dari Malaysia untuk mengucup kemenangan podium semalam.


Mangsa Kebakaran di Tekabang Dapat Rumah Hasil Prihatin MB


Mana Ahli Parlimen Marang, tak nampak batang hidung pun?

Akhirnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said juga yang datang dan prihatin terhadap musibah yang menimpa satu keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tebakang di Marang bagi membolehkan mereka membina semula rumah mereka.

Ahmad Said memberitahu keluarga berkenaan, Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan segera sebanyak RM53,000 kepada mereka.


MB Gempur Wakaf Mempelam Sehari Suntuk Hari Ini

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, akan menggempur kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam, hari ini.

Pelbagai program diatur sempena lawatan sehari pemimpin nombor satu negeri ke satu lagi DUN yang dikuasai parti pembangkang, bagi menjelaskan isu-isu semasa kepada penduduk tempatan.

Ketibaan Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud di Simpang Tok Ku, pada jam 8.15 pagi, akan disambut pemimpin Umno Bahagian Kuala Terengganu serta DUN berkenaan dan diarak ke Losong Atap Zink di mana mereka akan menikmati sarapan pagi bersama-sama penduduk tempatan di Warung Losong Atap Zink.

Selepas itu Menteri Besar akan melawat rumah beberapa penduduk kampung yang uzur dan warga emas yang memerlukan rawatan, bagi menyampaikan sumbangan.

Kira-kira jam 10.45 pagi, Ahmad Said akan hadir di majlis Penyampaian Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat DUN Wakaf Mempelam di Masjid Losong Dato’ Amar.

Beliau juga dijadualkan hadir pada Majlis Bersama Imam, Bilal dan Guru Agama serta majlis Penyampaian Bantuan Sewa Rumah Projek Kemiskinan Bandar MBKT dan perasmian balai raya Paloh-Sungai Kiat di balai raya tersebut.

Menteri Besar dan rombongan kemudiannya akan menikmati jamuan tengah hari di balai raya tersebut bersama-sama penduduk tempatan serta menunaikan solat Zohor di Masjid Sungai Rengas.

Ahmad Said kemudiannya akan hadir di Majlis Bertindik Beramai-Ramai di balai raya Kampung Wakaf Mempelam kira-kira jam 2.45 petang dan menunaikan solat Asar di Masjid Kampung Tok Jamal.

Kira-kira jam 5 petang beliau akan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing di Kmapung Sungai Rengas dan selepas itu menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan futsal di Kampung Durian Burung.

Menteri Besar akan menunaikan solat Maghrib dan hadir pada majlis kuliah Maghrib di Masjid Kuala bekah, sebelum menghadiri Forum Isu-Isu Semasa di sekolah Kebangsaan Pulau Rusa

Teganukita

Adiq Harap Isi Satu Daripada 2 Slot Ke Olimpik London


Keputusan mengenai dua pelumba lebuh raya ke Sukan Olimpik 2012 London masih belum diumumkan lagi, namun pelumba negara, Mohd. Adiq Hussainie Othman sudah merencana beberapa program untuk memantapkan dirinya sekiranya menjadi salah seorang pelumba mengisi slot tersebut.

Menurut pelumba pasukan benua profesional, Champion System itu, setakat ini dia masih belum berpuas hati dengan persiapan yang dibuat dan perlu mencari atau melakukan program yang lebih mantap termasuk menyertai perlumbaan di Amerika Syarikat, Jepun dan Kanada.

Thursday, April 26, 2012

Terengganu Catat 45,190 Daripada 2.27 Juta Pengundi Baru Didaftar Antara 2008-201

Terengganu mecatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru seramai 45,190 orang antara 2008 hingga 2011 di belakang Selangor dan beberapa negeri lain, termasuk Pahang.

Negeri ini berada di belakang Selangor yang mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang diiikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang).



Terengganu Perlu Kebal, Sime Darby FC Mahu Cipta Sejarah Kelab

Forkie Doe perlu melipatgandakan kudrat
Kemenangan Terengganu 6-2 ke atas pasukan Song Lam Nghe An dari Vietnam pada kelayakan ke pusingan kedua Piala Konfederasi Asia (AFC) semalam pastinya menyuntik semangat baru untuk bertandan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang Selasa ini (1 Mei).

Tujuannya ialah menjamin ke final Piala FA untuk dua tahun berturut-turut dengan menundukkan Sime Darby FC yang ketika ini mempunyai kelebihan selepas menang 2.0 di Kuala Terengganu.

Rakyat Terengganu Boleh Mohon Pinjaman Perumahan Rakyat Dua Bulan Lagi

Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM50 juta sebagai dana pinjaman perumahan untuk rakyat yang tidak mempunyai penyata gaji bulanan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pinjaman akan diberi kepada 1,000 penerima dengan jumlah maksimum RM50,000 seorang, dengan kadar faedah lebih rendah dari kadar bank, kata beliau. Kerajaan Negeri dijangka dapat menyiapkan terma dan syarat pinjaman untuk dimohon dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi.


Terengganu Bangkit Meratah Song Lam Nghe An 6-2

Ashaari leadk gol seawal minit ke 4
Formasi cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menjadi!

Hadi turut menjadi...
Terengganu semalam membuktikan keupayaan sebenarnya untuk mengesahkan tempat bagi melayakkan ke pusingan kedua Piala Konfederasi Asia (AFC) setelah membenam cabaran pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An, 6-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam semalam.

Kemenangan ini melegakan banyak pihak dan pertemuan Menteri Besar dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Terengganu  (PBSNT) dan T-Team petang kelmarin memberikan kesan kepada prestasi skuad Penyu semalam.

Biarpun berhadapan dengan tekanan psikologi penyokong akibat beberapa siri kekalahan pasukan Pantai Timur itu sejak akhir-akhir ini nyata tidak melunturkan semangat anak didik Mat Zan Mat Aris untuk memburu kemenangan ketiga dalam saingan Kumpulan F.

Kerajaan Terengganu Agih 14,959 Lot Tanah Sejak 2008

Harun Taib
Kerajaan Terengganu meluluskan 14,959 lot tanah pertanian dan tapak rumah kepada penduduk negeri ini sepanjang tahun 2008 hingga 15 April lepas.

Daripada jumlah berkenaan 5,166 lot merupakan tanah pertanian membabitkan 5,166 pemohon manakala tanah tapak rumah (9,429 lot) kepada 9,429 pemohon di seluruh negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata daripada jumlah itu sebanyak 5,166 lot merupakan tanah untuk pertanian manakala 9,429 lot pula untuk tapak rumah.


Penjawat Awam Perlu Beberapa Langkah Ke Hadapan - Ahmad Said


Penjawat awam di negeri ini diminta menjadi jentera pelaksana yang sentiasa berada beberapa langkah di hadapan supaya tiada ruang untuk di cemuh rakyat sebagai satu organisasi yang ketinggalan zaman.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata mereka perlu bersiap sedia menghadapi cabaran di samping bijak menyelesaikan masalah pelbagai perkara terutama berkaitan karenah birokrasi.

59 Pelumba Jetski Sertai Cabaran Jetski Jemputan Dunia Terengganu

Seramai 59 pelumba jetski akan bersaing dan merebut hadiah keseluruhan bernilai RM180,000 dalam kejohanan Cabaran JetSki Jemputan Dunia Terengganu yang akan berlangsung di Pantai Batu Buruk mulai esok.

Kejohanan jetski bertaraf dunia itu akan berlansung selama tiga hari dan disertai pelumba-pelumba dari Australia, Perancis, Thailand, Britain, Jepun, Brunei, Finland, Greece dan Singapura.

Cuaca Kering Dan Panas Dijangka Bermula Mei Hingga September

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)menjangkakan cuaca panas dan kering pada monsun barat daya yang akan melanda negara bermula Mei hingga September depan tetapi ia tidak seteruk tahun-tahun sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarah Aplikasi JMM, Alui Bahari berkata keadaan cuaca kini yang sering berubah-ubah dan tidak menentu adalah disebabkan berlakunya peralihan monsun dan dijangka kembali normal menjelang penghujung bulan ini.

Candat Sotong - Acara Naikkan Imej Terengganu

Usaha kerajaan negeri memperkenalkan pelbagai tarikan di Terengganu diteruskan menerusi penganjuran Karnival Candat Sotong Harian Metro (KCSHM) 2012 di Dataran Shahbandar, di Kuala Terengganu, pada 4 hingga 6 Mei depan.

Bukan hadiah RM28,000 menjadi tarikan, tetapi keseronokan mencandat di tengah laut dan bersantai sambil diterangi cahaya lampu turut menjadi penarik kepada peserta.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata, usaha Harian Metro (HM) wajar dicontohi badan kerajaan dan swasta dalam usaha menaikkan imej Terengganu sebagai destinasi pelancongan di mata dunia.

DUN Terengganu Cadang Zaitun Mat Amin Dilantik Anggota Dewan Negara

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Rabu meluluskan usul supaya Ketua Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman ketika membentangkan usul itu berkata Zaitun mempunyai kredibiliti, berilmu pengetahuan, kompetensi dan pengalaman luas untuk menjadi anggota Dewan Negara.


Kejayaan Agenda Pendidikan Negara Tanggungjawab Bersama

Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam berkata agenda pendidikan negara tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian oleh kerajaan sebaliknya melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan ia mencapai taraf dan kualiti tinggi setanding negara maju.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi mencapai kejayaan itu, kekuatan kerjasama dalam dan luar sekolah khususnya hubungan yang erat antara sekolah dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) perlu sentiasa dipertingkatkan.


Mohd Harris Salleh Ketuai Pasukan TSG Ke Tour De Borneo


Pelumba basikal negara Mohd Harris Salleh akan mengetuai pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) ke kejohanan lumba basikal Tour de Borneo yang julung kali diadakan pada 27 April hingga 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Hadi Hassan berkata TSG menyenaraikan lima orang pelumba termasuk Mohd Harris untuk membawa cabaran di kejohanan.


Tiga Pemilik Premis Jual DVD Haram Tidak Serik


Tidak pernah serik!

Walaupun sebelum ini pernah diserbu dan dikenakan tindakan undang-undang, namun bagi tiga pemilik premis menjual cakera video digital (DVD) di sekitar bandar raya di Kuala Terengganu, tidak pernah menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran, malah masih berdegil untuk meneruskan operasi haram itu.

Kedegilan mereka terbukti setelah Bahagian Penguat kuasa (Kementerian Dalam Negeri) Terengganu berjaya merampas sebanyak 7,03 keping DVD yang dianggarkan bernilai RM7,030 dalam operasi yang dijalankan serentak melibatkan ketiga-tiga premis berkenaan, kelmarin.

Wednesday, April 25, 2012

Dakwaan Kerajaan Terengganu Rampas Tanah Tidak Benar - Ahmad Said

Ahmad Said melayani pertanyaan pemimpin PAS yang menyerahkan memorandum kepadanya.
Kerajaan Negeri tidak merampas tanah rakyat sebaliknya memperkenalkan dasar pendemokrasian tanah di Terengganu.

Maksudnya setiap kepala keluarga dianugerahkan melalui permohonan,  sebidang tanah, sama ada  lot tapak rumah atau tanah pertanian.

Bagi yang terpaksa berpindah kerana tanah diambil balik untuk pembangunan pula, kerajaan menyediakan pampasan dan bantuan perpindahan selain menyediakan kediaman untuk mereka yang terbabit.

Pemimpin PAS menjawab soalan wartawan selepas menyerahkan memorandum semalam.
Kerana itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam menolak dakwaan sekumpulan penyokong PAS bahawa kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar sama sekali, katanya.

"Ia tidak betul, kita sudah semak tanah yang dikatakan dirampas kerajaan Barisan Nasional (BN), contohnya tanah tapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun. Tanah berkenaan asalnya satu lot tanah seorang pemimpin Umno.

Kemudian pemimpin itu minta satu lot lagi, tetapi ia ditolak oleh kerajaan BN pada masa itu.

"Bila tanah itu kosong, ketika PAS menang pilihan raya umum 1999 di Terengganu, ia dipohon oleh orang PAS untuk buat sekolah sebagai tanah tol iaitu tanah milik sementara.

Sebagai tanah tol, pemilikan itu perlu disambung dari setahun ke setahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pada 2004 apabila Terengganu diperintah semula oleh kerajaan BN, individu berkenaan tidak menyambung pemilikannya ke atas tanah itu.

"Ia kemudiannya dimohon oleh orang lain sebagai tanah milikan tetap dan kerajaan membenarkan ia dijadikan tanah lot dengan lima geran yang sah dikeluarkan kepada lima pemohon berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan negeri ekoran sekumpulan penyokong PAS mengadakan demonstrasi aman di hadapan bangunan Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu selepas sidang DUN petang semalam.

Mereka kemudian menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar.

Ahmad Said berkata kumpulan berkenaan juga tidak puas hati dengan pengambilan balik tanah di Kampung Banggol Donas melibatkan pembinaan jalan baru dari Kampung Banggol Tuan Muda ke Gemuruh.

Beliau berkata kerajaan telah membayar pampasan selain menyediakan tapak rumah baru untuk mereka sebagai ganti tapak lama.

"Orang lain yang teribat semuanya sudah berpindah, hanya sekelompok 20 orang PAS ini yang tidak mahu pindah. Takkan kerana dia tak mahu pindah menyebabkan pembinaan jalan lebih RM200 juta terbengkalai," katanya.

Mengenai tanah di Ketengah Jaya, Menteri Besar berkata kerajaan belum memutuskan apa-apa mengenai kedudukan tanah itu.

Amanat Hadi - Kerajaan Sedia Terima Penarikan


Kerajaan negeri bersedia menerima penarikan semula amanat yang pernah dibuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) berhubung isu berimamkan orang Umno tidak sah sehingga mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat berkata kerajaan negeri bersikap terbuka dan sedia menerima wakil Rhu Rendang untuk membetulkan perkara yang terkandung dalam amanat beliau di Banggol Peradong pada 1982 berhubung isu itu.

Kerajaan Tangani 'Parti Ajaran Sesat Melalui Parti'

Kerajaan negeri giat memerangi penyelewengan, pembohongan dan penyalahgunaan fakta berhubung Islam yang dicetuskan puak Pas menerusi tindakan parti politik.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat, berkata kerajaan melihat isu Pas (Parti Ajaran Sesat) berkait rapat dengan politik kerana parti itu mempolitik dan mempergunakan agama untuk kepentingan politik mereka.

Terengganu Rancang Bina 10,000 Rumah Mampu Milik, Kos Rendah Menjelang 2013

Lima projek perumahan mampu milik melibatakan 678 unit rumah yang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu berjaya disiapkan sejak tahun 2008 hingga tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sepanjang tempoh itu juga tiga projek perumahan kos rendah dengan 523 unit rumah berjaya disiapkan menjadikan keseluruhan 1,201 rumah disiapkan menerusi kedua-dua projek berkenaan.


Bantahan Tak Menjadi, Memorandum Tak Kesampaian....

Sikap terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ditunjukkan melalui kesediaannya menerima memprandum daripada kumpulan yang mendakwa pemilik 'tanah' yang dirampas oleh kerajaan.

Sambil tersenyum Ahmad Said dan dan tenang, beliau menerima kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri dan sekumpulan pemimpin PAS yang mendalangi kumpulan berkenaan untuk menerima memorandum berkenaan.


"Saya akan kaji...saya akan kaji" demikian kata-kata Menteri Besar kepada kumpulan berkenaan yang turut menyuarakan bantahan ketika penyerahan itu dilakukan.

bersikap Rasional, Tidak Emosi & Jangan 'Tekan' Pengurusan, Pemain Skuad Penyu



Penyokong pasukan bola sepak Terengganu dinasihatkan supaya bersikap rasional dan tidak membuat keputusan mengikut emosi sehingga sanggup melakukan bantahan dan menyerang kediaman Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berikutan kemerosotan skuad Penyu sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan mereka (penyokong) itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemain dan juga pihak pengurusan dalam menghadapi perlawanan penting dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan juga Piala FA.

Tabung Kronik Bantu 509 Pesakit Seluruh Terengganu

Tabung Penyakit Kronik yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu sejak 2010 lalu sudah memberi manfaat kepada 509 pesakit yang menderita pelbagai penyakit berbahaya dan memerlukan perhatian segera.

Jumlah itu termasuk 122 permohonan yang telah diluluskan sepanjang tiga bulan pertama bagi tahun ini dengan melibatkan kos lebih RM374 ribu.


Industri Burung Walet Jana Hasil RM1.6 Juta Sebulan

Seramai 1,700 pengusaha sarang burung walet di negeri ini mendapat sentuhan baru apabila Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) mewujudkan sebuah pusat pengumpulan sarang burung walet bagi memudahkan pengusaha memasarkan hasil tuaian mereka.

Pengarahnya, Encik Shamsuddin Mat Rani berkata, langkah jabatan sejajar dengan perkembangan industri itu sebagai suatu perusahaan bernilai tinggi.


Terengganu Dahaga Kemenangan, Turunkan Kebelasan Utama

Hadi (kiri) pikul tugas besar malam ini...
Biarpun dihambat kontroversi, pengendali pasukan Terengganu Mat Zan Mat Aris yakin semangat anak buahnya tidak terjejas dalam memburu kemenangan menentang pasukan Song Lam Nghe An pada aksi peringkat kumpulan Piala Konfederasi Asia (AFC) malam ini.

 Malah, beliau menjadikan peristiwa itu sebagai batu loncatan buat pasukannya mempamerkan persembahan bertenaga bertemu kelab dari Vietnam itu dengan menurunkan kesebelasan utama.

Kecurian Peralatan SSMZA Gong Badak Tidak Sampai RM50 Juta

Laporan teganuku mengenai tindakan polis kepada kecurian di SSMZA 1 Februari lalu.

Status kes kecurian peralatan di Stadium Sultan Zainal Abidin (SSMZA), Kompleks Sukan Negeri Gong Badak masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib.

Beliau berkata jumlah kerugian akibat kecurian berkenaan tidak sampai RM50 juta sebagaimana didakwa sesetengah pihak.


Ibu Mangsa Dera Mohd Danish Aiman Turut Disiasat Polis

 
Polis mengesahkan pihaknya kini menyiasat ibu kepada mangsa dera Mohd Danish Aiman Abdullah berikutan insiden yang menimpa mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata wanita berusia 22 tahun itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan namun tindakan untuk menahannya belum diambil.

Terengganu Seranai 4 Ajaran Sesat - Khazan

Kerajaan negeri Terengganu menyenaraikan empat ajaran sesat termasuk ajaran "Kerajaan Langit" Ayah Pin yang bertentangan dengan ajaran Islam, dan disebarkan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata, tiga yang lain ialah Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yang dibawa Ashaari Muhammad, ajaran Azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa" Corporation, dan rangkaian syarikat-syarikat gabungannya yang masih membawa Aurad Muhammadiah.


Tuesday, April 24, 2012

Sultan Mizan Gembira MB Jalankan Tugas Dengan Penuh Tanggungjawab

 

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyatakan sukacitanya kerana Kerajaan Negeri memberi keutamaan tinggi dalam menanggani masalah rakyat terutama golongan miskin melalui slogan “Tradisi Membela Rakyat”.

Malah, Baginda berterima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sepanjang Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong.

Baginda juga merasa amat gembira dengan sokongan ikhlas dan kerjasama yang telah diberikan semua pihak dalam memacu pembangunan negeri.

Pada majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu semalam, Sultan Mizan bertitah, walaupun sepanjang tempoh lima tahun memerintah negara, Baginda sentiasa mengikuti perkembangan Negeri Terengganu dari semasa ke semasa.

Malah Baginda turut gembira kerana kadar kemiskinan negeri ini telah berjaya dikurangkan sehingga pada tahap 3.18% pada Disember 2011.

Sehubungan itu, Sultan Mizan menggesa kerajaan memperbanyakkan Program Latihan Kemahiran dan kerjaya agar golongan miskin ini mempunyai daya saing dalam merebut peluang ekonomi dan pekerjaan, sekaligus mampu keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Seiring dengan usaha Kerajaan Negeri merealisasikan agenda “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Negeri” dan wawasan 2020 iaitu Negara Maju dan Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2020,maka agenda membasmi kemiskinan sememangnya menjadi cabaran utama.


Justeru itu, Beta ingin menyarankan Kerajaan Negeri memberi fokus khusus kepada kumpulan miskin tegar,dengan usaha mentransformasikan minda mereka ke arah penjanaan pendapatan untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Usaha murni ini perlu diteruskan agar kumpulan ini dapat dikeluarkan dari senarai e-kasih seterusnya dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna,” titah Baginda.

Selain itu, persekitaran ekonomi negara yang semakin baik berikutan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan inisiatif polisi makroekonomi kerajaan Pusat, memberi impak positif kepada persekitaran kondusif pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu.

Keadaan itu menjana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Terengganu pada tahap pertumbuhan 4.5 peratus tahun lalu dengan jumlah pelaburan tempatan RM531.98 juta yang memberi peluang pekerjaan kepada 1,664 orang, titah Baginda.

Titah baginda, jumlah pelaburan asing sebanyak RM1.087 bilion turut menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,701 orang.

Sepanjang tahun lepas, empat projek besar diluluskan iaitu projek Bioteknologi CJ-Arkema, projek besi keluli Eastern Steel Sdn Bhd, projek pallet Besi Perwaja Steel Sdn Bhd dan projek silika TRG Industrial Minerals Sdn Bhd.

 "Jika persekitaran ekonomi ini dapat bertahan, dijangka KDNK Terengganu akan mencapai pertumbuhan 4.5 peratus hingga 5 peratus pada tahun ini," titah baginda.

Ahmad Said Kesal Kes Dera Kanak-kanak Masih Berlaku

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melihat keadaan Mohd Danish Aiman yang masih memerlukan sokongan pernafasan sewaktu melawat kanak-kanak mangsa dera itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, Isnin.Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa (kiri).
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat lebih peka dan berharap kejadian penderaan ke atas kanak-kanak tidak berulang.

Beliau mengulas kes Mohd Danish Aiman Abdullah yang berumur dua tahun setengah yang dilaporkan didera oleh teman lelaki ibunya sehingga dia koma dan terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Pemilikan Ekuiti Bumiputera Meningkat Kepada 23 Peratus - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera kepada 23.09 peratus bernilai RM167.7 bilion pada 2010 berbanding dengan tahun 2008 pada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kolaborasi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan dua syarikat induk di bawah program TeraS iaitu Ahmad Zaki Resources Bhd dan MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd, yang bakal melibatkan pemberian kontrak pembekalan bernilai RM500 juta kepada syarikat-syarikat bumiputera dalam masa dua tahun.


Azizul Hasni Yakin Raih Pingat Di Sukan Olimpik

Pelumba berbasikal trek Azizul Hasni Awang berkata beliau yakin mampu meraih pingat dalam Sukan Olimpik London kelak berdasarkan prestasinya yang begitu baik sekarang.

Anak kelahiran Dungun itu berkata Sukan Olimpik di Beijing pada 2008 merupakan penyertaannya untuk menimba pengalaman dan bukan bagi mendapatkan pingat.


Sukma XV - Kenu Dikecualikan Bagi Halang Terengganu Juara Kali Keempat?


Gambar Hiasan - Pasukan kenu wanita Terengganu pada Sukma Melaka
Rajiah, Ratu Kanu Terengganu
Terengganu memenangi sebanyak 12 emas, masing-masing dua perak dan gangsa dalam acara kanu pada Sukan Malaysia di Kuala Lumpur tahun lalu daripada keseluruhan kutipan 50 pingat iaitu 30 emas, lapan perak dan 12 gangsa.

Berikutan itu, jika sukan kanu tidak disenaraikan dalam Sukan Malaysia XV Pahang, ia akan menjejaskan peluang Terengganu mengulangi kejayaannya menjadi juara sukan itu untuk kali ke empat selepas Kuala Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.