Thursday, January 24, 2013

30 Guru Terengganu Terima Anugerah Guru Unggul ExxonMobil 2012

 

Seramai 30 guru cemerlang dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Unggul ExxonMobil 2012 di Terengganu sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi mereka.

Pada majlis penghargaan yang diadakan di Primula Beach Hotel di Kuala Terengganu, malam tadi, Pengerusi ExxonMobil Subsidiaries Malaysia, J Hunter Farris (kiri) berkata pihaknya akan sentiasa memberi sokongan dari pelbagai aspek bagi memastikan sektor pendidikan di Terengganu terus unggul dan cemerlang untuk masa depan yang lebih gemilang.

Guru Silat Terima Ganjaran RM1,200 Seorang

Semua guru silat di negeri ini bakal menerima ganjaran wang tunai daripada kerajaan negeri berjumlah RM1,200 seorang bermula tahun ini.

Bantuan one-off itu bakal diagihkan kepada 134 guru silat yang berdaftar di bawah Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu.

3,000 Pengakap Sertai Perkhemahan Maulidur Rasul

Kira-kira 3,000 pengakap dari seluruh negara akan menyertai Perkhemahan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, selama tiga hari mulai 1 Februari ini.

Program itu yang julung kali diadakan di negara ini bertujuan mendekatkan ahli-ahli Pengakap dengan program bercorak keagamaan serta menyemarakkan perayaan menyambut ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Tiga Hari Agih Bantuan Khas Awal Persekolahan

 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal tmengambil masa tiga hari berturut-turut untuk mengagihkan sendiri Bantuan Khas Awal Persekolahan di dalam kawasan DUN Kijal.

Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Kijal melibatkan seramai 838 murid, Sekolah Menengah Kijal (1,024 murid), Sekolah Kebangsaan Meraga Beris (345 murid), Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong (249 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang (1,080 pelajar) dan Sekolah Menengah Bukit Kuang (550 pelajar).


PPNT Labur RM300,000 Laksana Projek Mini Estet Ubi Vitato Di Setiu


Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) akan melabur RM300,000 untuk melaksanakan projek mini estet ubi vitato di daerah Setiu mulai Mac ini.

Pengurus Besarnya, Sawalludin Ahmad berkata peruntukan itu diperoleh dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di bawah program pengeluaran makanan asas.

Pelumba Terengganu Dipilih Sertai Kejohanan Lumba Basikal Remaja Asia

Empat atlet berbasikal lebuhraya Terengganu turut dipilih Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mewakili negara dalam Kejohanan Lumba Basikal Remaja Asia di India Mac ini.

Mereka ialah Abdul Aziz Zahid, Mohd Azri Ahmad, Mohd Badrul Hakimi Hamid dan Mohd Shahrul Affan Rosdi.

KBS Jalin Kerjasama Dengan Swasta Bangunkan Sukan Skuasy


Kementerian Belia dan Sukan Rabu menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Sportspin Event & Athlete Management milik jaguh skuasy negara Mohd Azlan Iskandar bagi membangunkan sukan itu.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata MoU itu bagi mencari bakat baharu menerusi Azlan Iskandar Squash Academy (AISA) dan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM).

Tuesday, January 22, 2013

Kalimah ALLAH - Anwar Jadi Bisu, Guan Eng Lari...


Pada ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membisu daripada menyatakan pendiriannya terhadap pemimpin Pas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengelak menjawab pendirian PAS itu.

Anwar bagaikan tidak mahu berganjak daripada keputusan Majlis Syura dalam isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible bahasa Melayu walaupun bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Sementara Guan Eng pula mengelak daripada wartawan yang cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan Pas menolak penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu di Pulau Pinang semalam.

Berikutann itu, anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Anwar dengan mengatakan: "Saya nak tanya, apa pendirian dia sekarang, nak berlakon lagi dengan menyatakan kami (pakatan pembangkang) ini bersatu padu, mantap dan sebagainya.

"Saya nak tanya dia, tolong jawab apa pendiriannya dengan keputusan terbaru pemimpin Pas iaitu bahawa mereka akan ikut (keputusan Majlis) Syura (Ulama). "Jangan membohongi rakyat kerana rakyat nampak semua ini, rakyat nampak mereka ini berlakon dan jangan cari alasan lain dan sebagainya," katanya kepada pemberita di Kuala Piliah semalam.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Samad, Tanjung Ipoh dekat Kuala Pilah.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh beliau dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong para pemimpin pakatan pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Pas melalui mesyuarat Majlis Syura pada Ahad menukar keputusan dengan mengatakan kalimah ALLAH adalah khusus untuk agama Islam dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja menukar pendirian, malah menyifatkan pengunaan nama Allah dalam Bible sebagai mengarut.

Kenyataan Guan Eng terus mendapat tentangan pelbagai pihak terutama Pas menyatakan tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta supaya ia dikaji semula.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, pemimpin Pas sepatutnya lebih awal membuat keputusan berhubung isu itu.

Guan Eng pula semalam terus beredar tanpa menghiraukan soalan wartawan selepas sidang media mengenai penafian penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran Penang Run 2013 di George Town.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP tidak melayan soalan-soalan yang diajukan kepada beliau dan terus meninggalkan majlis di pejabatnya itu walaupun dipanggil berkali-kali oleh wartawan.

Elaun Sara Hidup Pelengkap Rezekji Nelayan

Gambar Fail...penyampaian ESHN di Setiu pada baru-baru ini.
Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) bernilai RM200 yang diterima seorang nelayan Ahmad Seman, 52, setiap bulan adalah 'pelengkap rezeki' sejak menghidap sakit saraf, lapan bulan lalu.

Ahmad yang tidak lagi mampu turun ke laut menghidap sakit saraf di bahagian pinggang akibat tergelincir di rumahnya dan sejak itu beliau terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

UKOM Anjur Diskusi Bersama C.N Al- Afgani 29 Januari

Unit Komunikasi Negeri (UKOM) akan menganjurkan program Diskusi bersama dengan Cikgu Zainon atau C.N Al- Afgani pada 29 Januari 2013 (Selasa) jam 8.30 pagi bertempat di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.

Penulis buku “Kafirkah Aku?” yang telah menggegarkan masyarakat Islam di negara ini khususnya dengan pendedahan beliau tentang penyelewengan di dalam Pas. Hari ini setelah tersesat di hujung jalan beliau kembali ke pangkal jalan.

22 Pasukan Sedia Berentap Dalam Le Tour De Langkawi 2013


Lima pasukan berstatus profesional World Tour adalah antara 22 yang bakal berentap dalam edisi ke-18 kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, yang akan memulakan cabaran dari 21 Februari hingga 2 Mac ini.

"Jelajah ini tidak pernah mencapai jumlah pasukan dari kelompok World TOur sebanyak ini sejak 2007.

PKKBUntung RM40,000 Projek Tenakan Ikan Sungai Comor Tahun Lepas

Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang (PPKKB) yang menjalankan projek ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Comor, Tasik Kenyir telah mencatat keuntungan selepas modal RM40,000 tahun lepas.

Pengurus Besar PPKKB Rosman Abdul Rashid berkata, pada tahun lepas, PPKKB telah menjual lebih lima tan metrik ikan patin, baung dan talapia merah bernilai kira-kira RM120,000.

Tidak Ikut Prosedur Punca Visa Lewat Untuk Azizulhasni


Permasalahan isu kelewatan visa jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang timbul disebabkan pelumba itu sendiri tidak memenuhi prosedur permohonan.

Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, beliau telah dimaklumkan tentang perkara tersebut selepas meminta pegawainya menghubungi pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di sini, bagi mempercepatkan proses mendapatkan visa.

UMS Ungguli Penyelidikan Sains Sukan Tahun Lepas


Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengungguli penyelidikan sains sukan tahun lepas apabila empat penyelidik sains sukan UMS menerima geran penyelidikan yang berjaya melahirkan atlet mampu memperoleh kemenangan dalam sesuatu kejohanan.

Menurut kenyataan UMS, pasukan Penyelidikan Sains Sukan Berprestasi Tinggi diketuai Prof Madya Dr Razali Abdullah mendapat geran komuniti RM50,000 daripada CIMB Foundation pada 2011 dan RM30,000 pada tahun lepas untuk melaksanakan program 'Ranau - Run for Life' dengan modul dan latihan diberikan kepada jurulatih sekolah larian jarak sederhana di daerah Ranau.

SATU Berjaya Turun Kadar NRW Setiap Tahun

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) berjaya mengurangkan kadar kehilangan air tak terakaun (NRW) kepada 35.78 peratus tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Haji Husain Embong berkata walau pun kadar itu masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 32 peratus namun penurunan berlaku setiap tahun iaitu 39.39 peratus (2010) dan 36.39 peratus (2011).

KWRTAZ Atur Program Tingkat Ekonomi Ahli

Koperasi Wawasan Rukun Tetangga Losong Atap Zink (KWRTLAZ) Kuala Terengganu kini giat mengatur program untuk meningkatkan pendapatan ahli.

Pengerusinya, Hasan Ismail berkata KWRTLAZ kini giat mendaftar bot milik ahli untuk disewakan kepada pelancong yang berminat mencandat sotong.

Monday, January 21, 2013

Kalimah ALLAH - Itu Dia Punya Pasallah...PAS Tidak Mahu Layan Karpal

 "Selain persoalan politik untuk bersama-sama mencapai kemenangan dalam pilihan raya, persoalan yang menyentuh agama, Pas boleh membuat keputusan bersendirian."
 - Datuk Harun Taib

Dewan Ulama Pas menegaskan pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan hanya dalam soal politik dan bukannya agama.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menjelaskan, selain persoalan politik untuk bersama-sama mencapai kemenangan dalam pilihan raya, persoalan yang menyentuh agama, Pas boleh membuat keputusan bersendirian.

"Kalau dia (Karpal) nak rayu atau desak juga (supaya Pas kaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu), dia punya pasal lah."

Harun menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia di Kuala Terengganu semalam mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Laporan Teganuku semalam mengenai rayuan Karpal.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tidak akan tunduk kepada desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi semalam berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian itu Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin dan pasti bahawa Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.

"Saya pasti, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama parti (Pas).

"Buat masa ini, beliau (Abdul Hadi) tetap dengan keputusan itu (Majlis Syura Ulama). Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu bagi pihak Presiden Pas berhubung gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkaPas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Karpal meminta untuk kaji semula.

Katanya, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

Manifesto BN Terengganu Diumum Bila Tiba Masanya - Ahmad Said


Barisan Nasional (BN) Terengganu akan buka bilik gerakannya pada 1 Februari dan umumkan isi manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada masa sesuai.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Menteri Besar berkata, belum masanya untuk BN uaruarkan manifestonya.

“Memang ada penambahan pada manifesto kita, tapi kita akan umumkannya pada masa sesuai. Cuma apa yang boleh saya katakan, BN Terengganu sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU13 ini.

Ananda Memintas Robert Kuok Sebagai Orang Terkaya Di Malaysia





Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.


Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu

Kosmo!

Besut Dipilih Destinasi My Kampung My Future - Idris

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memilih daerah Besut sebagai destinasi dalam program 'My Kampung My Future' (MKMF) bagi menghidupkan ekonomi penduduknya melalui aktiviti pertanian.

Adun kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Mohamad Hashim Abdullah ketika mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada majlis penyampaian wang ehsan kepada petani di Besut  Khamis lepas.

KMM Pendekkan Waktu Menunggu Di Klinik Pesakit Luar


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha untuk memendekkan waktu menunggu di klinik pesakit luar kepada kurang 30 minit serta memastikan pesakit dapat menerima rawatan dengan segera.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Mohd Azhar Yahaya berkata, rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan selepas waktu pejabat di Kilinik 1Malaysia yang beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

AirAsia X Lancar Laluan Baru, Kuala Lumpur _ Jeddah

Ketua Pegawai Operasi AirAsia, Aireen Omar Pengasas Bersama dan Pengarah AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi AirAsia X, Tan Seri Rafidah Aziz dan Azran Osman-Rani.
AirAsia X, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh mengumumkan laluan baru ke Jeddah dari Kuala Lumpur yang akan mula beroperasi 16 Februari ini.

Penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz dari Kuala Lumpur bermula dengan kekerapan tiga kali seminggu dari 16 Februari hingga 30 April.

Anuar Manan Juarai Kriterium OCBC Cycle Malaysia


Anuar Manan (kanan) menjuarai perlumbaan Men's Criterium pada OCBC Cycle Malaysia di Jalan P. Ramlee semalam.
Jaguh pelumba pecut berbasikal lebuh raya negara, Anuar Manan membuktikan beliau masih mampu mencipta kejayaan biarpun telah lama tidak menyertai mana-mana kejohanan.

Anuar, 26, yang bakal menyertai pasukan benua Baku Cycling Project dari Azerbaijan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013, meraih kedudukan pertama mengatasi juara kebangsaan 2012 Mohd Zamri Salleh daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

SPR Muat Naik Borang Undi Pos Bulan Ini


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan memuat naik borang permohonan untuk mengundi secara pos di laman web badan itu pada bulan ini, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Meskipun ada desakan daripada pihak tertentu supaya kaedah itu dimansuh serta diganti dengan pe ngundian awal, beliau berkata undi pos tetap relevan dan diperlukan.

Pengguna Rokok E-Elektronik Terdedah Penyakit Kronik

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Kelab IPT BN Sasar Penyertaan 5,000 Mahasiswa Sebelum Pelancaran Kebangsaan

Pemuda Umno menyasarkan penyertaan 5,000 mahasiswa dalam kelab penyokong parti Barisan Nasional (BN) di kampus institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara menjelang pelancaran kelab itu Mac ini.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sasaran itu diharap dapat dicapai sebelum pelancaran kebangsaan kelab itu yang dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sindiket Penyeludupan Rokok Kretek Tumpas


Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu menumpaskan sindiket penyeludupan rokok kretek di negeri ini berikutan tertangkapnya dua lelaki dalam serbuan terhadap sebuah premis di Kampung Tasik, Bukit Payung di Marang.

Dalam serbuan pada 12 tengah hari Khamis lepas, pihak berkuasa merampas 15,180 karton rokok kretek dan rokok putih yang belum lulus cukai Kastam bernilai RM179,560.

PRU 13 Tidak Jejas Kelancaran TMT 2013

Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, dijangka tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini sempena kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata, beliau yakin sambutan pelancong terhadap TMT 2013 tidak akan terjejas, malah ia dijangka lebih meriah.

Masalah Letak Kereta Di HSNZ Selesai April

Masalah tempat letak kereta terhad di kawasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini yang menimbulkan rungutan orang ramai dijangka dapat diatasi selewat-lewatnya April ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman berkata, usaha ke arah itu sedang diambil termasuk menyediakan kawasan sementara yang boleh menempatkan kira-kira 200 kenderaan.

Sunday, January 20, 2013

Nak Jadi Apa Pun Jadilah - Pas Enggan Tarik Balik Keputusan Majlis Syura

 

Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

“Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.

“Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian.

“DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya.

Sang Penyu Tenggelam Di Kota Singa, Apa Reaksi Ahmad Said?

Amri (kiri) menyumbat dua gol untuk membantu Selangor menewaskan Pahang 3-2 malam tadi.
Skuad Sang Penyu menerima nasib seperti The Titans apabila kalah untuk kali kedua berturut-turut malam semalam.

Kali ini Sang Penyu Rebah di Kota Singa iaitu di Stadium Jalan Besar, Singapura, kepada Lions XII Lions XII YANG mencapai kemenangan ketiga setelah mengalahkan Terengganu 2-1.

Seri dua perlawanan terdahulu dan kalah 1-2 menentang Selangor pada perlawanan aksi Liga Super Selasa lalu, bukan berita baik untuk pengurusan Terengganu.

Kalimah Allah - Karpal Singh Harap Majlis Syura Kaji Semula Pendirian

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu

Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.


Hari Keluarga WDI Meriah, Khadijah Menang Motosikal Yamaha

 

Genap 30 tahun berkhidmat dengan jabatan kerajaan memberi tuah kepada Puan Khadijah Jusoh, 52, apabila memenangi hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha LC 135 berharga RM6,400 sempena cabutan bertuah Majlis Hari Keluarga Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, semalam.

Lebih manis apabila nama kakitangan Unit Pinjaman Kerajaan di Pejabat Perbendaharaan itu diumumkan oleh penganjur selepas Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said membuat cabutan untuk tiga pemenang hadiah utama.


TMT2013 Buka Lembaran Baru Industri Pelancongan Jadi Sumber Ekonomi

Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) membuka lembaran baru bagi membolehkan kerajaan negeri menyusun strategi menjadikan industri pelancongan sebagai sumber baru ekonomi negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, kerajaan negeri menyasarkan empat juta pelancong berkunjung ke negeri ini dengan anggaran pendapatan kira-kira RM8 bilion tahun ini.

Rokok Elektronik - Lantik Farmasi, Pengamal Perubatan Sah


Beberapa persatuan pengguna mencadangkan agar Kementerian Kesihatan melantik farmasi berlesen atau pengamal perubatan berdaftar untuk menjual rokok elektronik, atau e-cigarette, di pasaran.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, rokok itu tidak membantu perokok tegar mengurang atau menghentikan sepenuhnya tabiat buruk mereka kerana ia turut mengandungi cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan yang memberi kesan ketagihan kepada perokok.

Duta - Amerika Tambah Jumlah ETA Ke Malaysia Setiap Tahun

Kerajaan Amerika akan menambah jumlah Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) ke Malaysia setiap tahun dalam usaha meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara, kata Duta Besar Amerika ke Malaysia Datuk Paul W.Jones.

Beliau berkata hubungan baik antara rakyat Malaysia dan Amerika menjadi asas penting dalam meningkatkan hubungan kedua-dua negara.

Penguatkuasa MBKT Kawal Pesisir Pantai

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menempatkan penguatkuasa bertugas di menara tinjau bagi mengawal persisiran pantai Batu Burok bermula awal Januari lalu.

Setiausaha MBKT, Encik Samiun Salleh berkata, dua buah menara tinjau yang dibina oleh MBKT kira-kira dua tahun lalu adalah bagi tujuan keselamatan.