Saturday, February 2, 2013
Bina Lebuh Raya Gemuruh-Kuala Jeneris RM400 Juta Tahun Ini
Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 24 kilometer dari Gemuruh di Kuala Terengganu ke Kuala Jeneris di sini dijangka akan bermula tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata pembinaan lebuh raya dengan kos RM400 juta itu dapat memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa demi keselesaan penduduk dan pelancong yang ingin ke Tasik Kenyir.
"Pembinaan lebuh raya ini dapat dapat memendekkan masa perjalanan kepada 20 minit berbanding 90 minit sebelum ini dan harap kemudahan ini dapat merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di Kuala Berang khususnya di Tasik Kenyir," katanya ketika merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri 40,000 orang di Kuala Berang, kelmarin.
Beliau sebelum itu mengetuai perarakan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan berakhir di padang Astaka Kuala Berang yang turut disertai 225 kontinjen termasuk jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ahmad Said juga berkata sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), kerajaan negeri akan membeli lebih banyak bot besar yang mampu memuatkan 100 penumpang pada satu-satu masa untuk ke Tasik Kenyir.
"Kita juga akan menyediakan pinjaman khas kepada pengusaha bot sedia ada untuk membeli bot yang lebih sesuai supaya mereka boleh menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.
"Kita tidak mahu imej Tasik Kenyir tercalar dengan kemudahan pengangkutan air yang tidak efisyen, malah mahu pengusaha bot sedia ada mengutamakan kebersihan sepanjang berurusan dengan pelancong," katanya.
Mengulas mengenai kehadiran 40,000 penduduk setempat ke majlis itu, Ahmad menegaskan ia adalah manifestasi sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Pembangkang tak akan hadir dalam majlis seperti ini, yang datang hanyalah mereka yang memberi sokongan kepada kerajaan dan saya yakin Parlimen Hulu Terengganu akan terus menjadi milik BN serta merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir," katanya.
PAS Akan Panggil Ahli Terlibat Demonstrasi, Pijak Bendera DAP
PAS akan memanggil dan mendengar penjelasan ahli parti itu yang terlibat dalam demonstrasi dan pijak bendera DAP di hadapan pejabat Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini sebelum mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka.
Bagaimanapun, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi berkata, perkara itu masih lagi dalam siasatan sama ada mereka benar-benar ahli parti itu atau tidak.
Jangka Peroleh RM50 Bilion Dalam Tempoh Lima Tahun
Kerajaan negeri menjangkakan memperoleh pulangan pelaburan RM50 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, berdasarkan sambutan yang menggalakkan di kalangan pelabur asing dalam pelbagai industri berskala besar.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata pihaknya percaya mampu mencapai sasaran itu atau sekurang-kurangnya memperoleh pendapatan RM5 bilion setahun.
7,531 Bilik Gerakan PDM BN Operasi Mulai Hari Ini
Sebanyak 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan parlimen seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.
Bukan Kerana Tengku Fiella, Nazmi Bersama PKNS
Kepulangan ‘arkitek’ muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia selepas dikhabarkan tidak lagi bersama kelab Portugal, S.C. Beira-Mar bukannya berpunca daripada masalah peribadi.
Bapa Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu, emosi anak keempatnya daripada lima beradik itu berada dalam keadaan stabil sebaik tiba di tanah air baru-baru ini.
Ahmad Said - BN Terengganu Yakin Menang Cemerlang
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yakin Barisan Nasional Terengganu mampu meraih kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menambah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Beliau yang juga pengerusi badan perhubungan Umno dan BN negeri berkata Umno dan BN yakin memperoleh sekurang-kurangnya 28 kerusi Dun berbanding 24 kerusi pada pilihan raya umum 2008 berdasarkan sokongan positif rakyat yang kian meningkat.
NKRA KDN Berjaya Catat Pengurangan Jenayah Indeks 7.6 Peratus
Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dipertanggungjawab menjayakan misi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya mengurangkan kadar jenayah lebih baik daripada sasaran yang ditetapkan sepanjang tahun lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata dalam tempoh itu, pengurangan jenayah indeks ialah 7.6 peratus berbanding sasaran iaitu 5 peratus.
RM20 Juta Untuk Kerja-Kerja Tanah Kuala Nerus
Pembangunan daerah baru Kuala Nerus di tapak seluas 200 hektar di Gong Badak, Kuala Terengganu mula dilaksanakan dengan kerja-kerja tanah yang membabitkan kos dianggarkan berjumlah RM20 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, peringkat pertama di kawasan seluas 100 hektar melibatkan kerja-kerja pembinaan tapak bangunan, sistem perparitan dan kolam takungan serta jaringan jalan raya.
LTdL 2013 - TSG Sandar Harapan Kepada Pelumba Tempatan
Zamri (kanan) jadi taruhan TSG. |
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata walaupun tanpa kelibat pelumba import dari Korea dan Jepun seperti sebelumnya, pihaknya yakin TSG mampu memberi saingan hebat kepada pasukan antarabangsa lain dalam perlumbaan yang bermula 24 Februari hingga 2 Mac ini.
Titian Kasih Mampu Kurangkan Maslah Disiplin Pelajar Sekolah
Program Titian Kasih atau 'berbulan madu' pelajar bersama ibu bapa yang dimulakan sejak tahun 2010 akan diteruskan berikutan mampu mengurangkan masalah disiplin.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia salah satu pendekatan yang ternyata berkesan bagi membentuk keperibadian pelajar dan menjadi lebih fokus kepada pelajaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia salah satu pendekatan yang ternyata berkesan bagi membentuk keperibadian pelajar dan menjadi lebih fokus kepada pelajaran.
Golongan Pilih PAS Tidak Memahami Agama - Ahmad Said
Pengundi yang masih memihak kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh dikategorikan sebagai golongan yang tidak memahami mengenai Islam kerana sanggup bersekongkol dengan mereka yang sanggup menggadai kesucian agama,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
“Islam adalah agama perpaduan, Islam tidak pernah menyuruh kita bergaduh, berkelahi dan menunjukkan sikap angkuh dan menyekat hak orang lain.
Kes Tetak - Polis Besut Cari Dua Individu
Mohd Badrul(kiri) dicari polis untuk bantu siasatan berhubung kes tetak |
Lelaki dikenali Mohd Badrul Hisyam Mat Ail, 25, dengan alamat terakhir di Rumah Awam Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja diperlukan untuk membantu siasatan kes tetak seorang buruh, Azam Abdullah, 43, di sebuah bengkel di kampung jam 5.30 petang.
Azizul, Josiah Sandaran Negara Buru Pingat ACC
Pakar pecut, Mohd Harrif Salleh dari TSG akan turut serta. |
Tanpa meletakkan sasaran di bahu jaguh trek negara, Azizulhasni Awang, Josiah Ng (kanan) bakal menggalas sandaran sebagai percaturan utama negara memburu pingat pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, Mac ini.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Abd Wahab berkata Josiah yang juga pemenang emas keirin pada ACC di Kuala Lumpur, tahun lalu diharap mampu mengulangi kejayaan sama memandangkan Azizulhasni belum dapat menyertai latihan di Melbourne sehingga hari ini.
Keraba Duit, Sanggup Panggil Emak 'Binatang'
Seorang anak disifatkan ‘si tanggang moden’ apabila tergamak memanggil ibu kandungnya dengan panggilan ‘binatang’ selepas keinginannya untuk mendapatkan wang RM150 tidak dilayan oleh mangsa,
Dalam kejadian di Kampung Losong Atap Zin, di Kuala Terengganu , Isnin lalu, suspek, 23, turut bersikap biadab dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) bertalu-talu mengugut akan membelasah mangsa selagi hajatnya tidak ditunaikan.
Dalam kejadian di Kampung Losong Atap Zin, di Kuala Terengganu , Isnin lalu, suspek, 23, turut bersikap biadab dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) bertalu-talu mengugut akan membelasah mangsa selagi hajatnya tidak ditunaikan.
Terengganu Intai Jurulatih Korea Bagi Hadapi Liga Hoki Kebangsaan
Terengganu mengintai seorang jurulatih Korea Selatan untuk membantu mempersiapkan pasukan negeri buat julung kali menyertai Kejohanan Hoki Liga Kebangsaan, bulan depan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin berkata, pengambilan khidmat jurulatih asing itu bertujuan memastikan Terengganu mampu menonjol pada saingan liga bermula 22 Mac hingga 12 Mei ini.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin berkata, pengambilan khidmat jurulatih asing itu bertujuan memastikan Terengganu mampu menonjol pada saingan liga bermula 22 Mac hingga 12 Mei ini.
Masalah Visa Azizukhasni Selesai, Boleh Ke Melbourne
Hasrat jaguh berbasikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk mengikuti latihan di Melbourne akhirnya tercapai apabila masalah kelewatan mendapat visa yang dihadapinya itu selesai kelmarin.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yang mengakui tidak sabar untuk kembali berlatih bersama ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley berkata, dia berharap dapat menyertai rakan-rakan senegara di Australia pada minggu depan.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yang mengakui tidak sabar untuk kembali berlatih bersama ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley berkata, dia berharap dapat menyertai rakan-rakan senegara di Australia pada minggu depan.
Ibu Tunggal 9 Anak Dicekup Bogel Di Kampung Anak Musang
Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.
Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.
Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.
“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.
Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim. Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sinar Harian
Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.
Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.
“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.
Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim. Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sinar Harian
Thursday, January 31, 2013
Dakwaan Pembangkang Karut - FGV Kekal Prestasi Terbaik
Ia antara lain didorong prospek baik jualan minyak sawit mentah (MSM) serta manfaat daripada peningkatan produktiviti dan kecekapan pengeluaran khususnya selepas syarikat itu disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu.
Prestasi terbaik itu juga selaras dengan pelaksanaan beberapa strategi pengembangan perniagaan kumpulan yang sudah direalisasikan sepanjang tahun kewangan semasa.
Selain itu, ia juga dibantu oleh peningkatan sumbangan daripada anak syarikat di bawahnya. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Sabri Ahmad, berkata bersandarkan kepada faktor berkenaan, kumpulan yakin syarikat berupaya meraih keuntungan yang stabil tahun ini meskipun berdepan keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu serta arah aliran harga komoditi yang lebih rendah.
“Unjuran (prestasi kewangan) untuk FGV tahun kewangan semasa ini adalah baik. Kami jangka keuntungan dapat dikekalkan. Ia (keuntungan) juga dalam unjuran kebanyakan penganalisis,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Balai Berita di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2012, FGV mencatat keuntungan bersih RM900 juta berbanding RM1.5 bilion yang diraihnya pada tempoh sama 2011.
Ini diraih daripada pendapatan RM9 bilion, peningkatan 61.9 peratus berbanding RM5.58 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Penganalisis sebelum ini yakin FGV, pengeluar MSM terbesar dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 3.3 juta tan setahun, mampu meraih keuntungan bersih kira-kira RM1.7 bilion pada tahun kewangan 2012.
Ia bersandarkan kepada faktor jangkaan tambahan hasil jualan MSM serta peningkatan sumbangan daripada beberapa anak syarikat terasnya, termasuk MSM Malaysia Holdings Bhd.
Sementara itu, Sabri berkata, FGV melihat harga semasa MSM, yang kini berlegar sekitar RM2,490 setan, sebagai paras yang ‘agak baik’ buat peserta industri meskipun berada dalam situasi yang agak lemah.
“Kami melihat harga semasa MSM ‘agak baik’, namun tindakan lanjut bagi menstabilkan lagi harga perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelak ia (harga MSM) terus jatuh susulan peningkatan stok simpanannya, khususnya apabila bermulanya musim tuaian pada Oktober ini,” katanya.
Selain itu, FGV menerima tawaran pembelian 20 peratus kepentingannya dalam Tradewinds (M) Bhd (Tradewinds Malaysia), sekali gus membolehkannya meraih keuntungan 165 peratus daripada pelaburannya dalam syarikat gula dan perladangan sawit itu.
Tawaran itu dikemukakan oleh empat pemegang saham utama Tradewinds Malaysia, iaitu Perspective Lane (M) Sdn Bhd, Kelana Ventures Sdn Bhd, Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd dan Acara Kreatif Sdn Bhd pada 24 Disember lalu.
Keempat-empat pemegang saham itu menawarkan untuk membeli 59.3 juta saham atau 20 peratus kepentingan yang dimiliki FGV dalam Tradewinds Malaysia itu pada harga RM551.49 juta atau RM9.30 sesaham. FGV dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, hasil yang akan dijana daripada penjualan berkenaan akan digunakannya sebagai modal kerja dan mengembangkan perniagaannya untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Penjualan itu, katanya membolehkan FGV meraih pulangan menarik ke atas pelaburannya memandangkan harga yang ditawarkan itu mewakili premium 165 peratus daripada pelaburan asalnya, iaitu RM3.50 sesaham.
“Lagi pun jika FGV tidak menerima tawaran itu, kumpulan hanya akan memiliki pengaruh minimum ke atas hala tuju strategik Tradewinds Malaysia kerana hanya mempunyai kepentingan minoriti.
“Justeru, terdapat risiko hala tuju syarikat itu (Tradewinds Malaysia) mungkin tidak selaras dengan wawasan dan strategi jangka panjang kumpulan,” katanya.
FGV membeli 20 peratus kepentingan dalam Tradewinds Malaysia pada 1 Januari 2010 daripada Grenfell Holdings Sdn Bhd.
Berita Harian
Kajian - Siswa Kata Najib Lebih Popular Berbanding Anwar
Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kalangan mahasiswa di tiga universiti awam menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih popular berbanding ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat lain.
Tinjauan berkenaan mendapati Najib popular di kalangan 67.4 peratus siswa, berbanding Anwar (52.2 peratus), presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (33.1 peratus) dan Lim Kit Siang (15 peratus).
SPR Lancar Portal Rasmi Pilihan Raya
Buat kali pertama dalam sejarah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan portal rasmi yang memuatkan pelbagai maklumat yang tepat dan terkini mengenai perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Laman web tersebut boleh diakses orang ramai melalui alamat, www. pru13.gov.my bermula semalam dan ia memuatkan maklumat seperti persiapan dan pengumuman tarikh pilihan raya, proses penamaan calon dan kempen sehingga hari mengundi.
Pencapaian STAM Di Kedah, Terengganu Dan Kelantan Meningkat
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 di Kedah, Terengganu dan Kelantan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Di KUALA TERENGGANU, empat daripada 209 calon yang menduduki peperiksaan STAM di tiga pusat peperiksaan negeri Terengganu berjaya memperoleh keputusan 10 Mumtaz.
Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) meningkat 0.17 peratus iaitu 2.37 pada 2012 berbanding 2.54 pada tahun sebelumnya.
Sekolah Pondok Persendirian di Terengganu Diminta Daftar Dengan JPNT
Sekolah pondok persendirian di negeri ini disaran agar mendaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) bagi mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan termasuk bantuan awal persekolahan RM100.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tindakan itu juga membolehkan kerajaan memantau sukatan mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum sekolah berkenaan supaya selari dengan sistem akademik peringkat nasional.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tindakan itu juga membolehkan kerajaan memantau sukatan mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum sekolah berkenaan supaya selari dengan sistem akademik peringkat nasional.
Selesai Isu Solat Dua Kariah Ikut Cara Agama - Rozali
Masalah solat Jumaat dua kariah di 11 kampung di negeri ini yang berterusan sejak 31 tahun lalu harus diselesaikan dengan cara agama, walaupun yang memulakan percanggahan itu adalah orang politik, kata
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Haji Mohd Rozali Salleh. “Sampai bila kita harus membiarkannya , sudah 31 tahun dan memasuki 32 tahun, malah ada di kalangan mereka sudah mati.
Kaji Semula Bantuan Bulanan Anak Istimewa
Mohd Nasir (kanan) beramah mesra bersama salah seorang anak istimewa pada Majlis Perjumpaan dan Ramah Mesra Bersama Keluarga dan Pelajar PDK Kuala Nerus. |
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, penambahan bantuan bulanan yang disarankan itu tidak terhad kepada anak istimewa di bawah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) malah termasuk mereka yang berada di rumah dan menerima bantuan bulanan sebanyak RM50.
Satu Lagi 'Persaraan' Daripada Zaid Ibrahim...
Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim telah membuat keputusan untuk berhenti daripada bergiat aktif dalam politik dan kembali ke dunia perniagaan.
Sebelum dilantik sebagai anggota pentadbiran di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, Zaid adalah pemilik firma guaman terbesar Malaysia iaitu Zaid Ibrahim & Co (Zico).
PPNT Labur RM2.5 Juta Urus Ladang Sawit Tanah Berkelompok
Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) merancang akan membangunkan kawasan Rancangan Tanah Kerkelompok (RTB) seluas kira-kira 200 hektar dengan tanaman kelapa sawit di Kampung Sungai Tongkat, Setiu tahun ini.
Pengurus Besarnya Sawalludin Ahmad berkata PPNT akan melabur kira-kira RM2.5 juta untuk projek tersebut yang dijangka bermula pertengahan tahun ini.
Pengurus Besarnya Sawalludin Ahmad berkata PPNT akan melabur kira-kira RM2.5 juta untuk projek tersebut yang dijangka bermula pertengahan tahun ini.
"Jangan Laju Bro, Kampung Tak Lari Ke Mana"
Ismail (tiga dari kiri) bersama (dari kiri) Usop Wilcha, Zul, Noorizah, Chia dan Nash (kanan) di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Petaling Jaya semalam. |
Poster serta pelekat kereta yang mempunyai tema itu akan diedar kepada pengguna di pondok tol semua lebuh raya di seluruh negara sepanjang kempen itu yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Menteri Besar Minta Lebih Banyak River Cruise
Kerajaan negeri bakal menambah lebih banyak lagi bot River Cruise dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, usaha itu sebagai salah satu langkah mempromosi bot river cruise yang mula beroperasi dua tahun lepas berserta pakej yang ditawarkan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.
Terengganu FM Siarkan Dua Program Pembelajaran Bahasa Asing
Radio Malaysia Terengganu FM menyiarkan program pembelajaran bahasa Arab dan Inggeris untuk memperkasakan penguasaan dua bahasa utama itu di kalangan rakyat Terengganu.
Rancangan Al Arabiyyah Fi Al Radio mula bersiaran sejak 4 Januari lalu setiap 9.15 pagi Jumaat selama 45 minit bersama tetamu jemputan, beberapa pensyarah dari Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin.
Lima Negeri, Termasuk Terengganu, Belum Sertai PAAB
Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali berkata sehingga kini terdapat lima negeri yang masih belum menyertai PAAB.
Katanya negeri itu ialah Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah. "Penerangan dan taklimat mengenai kelebihan menyertai PAAB yang menguruskan pembangunan air bagi kerajaan negeri telah pun dibuat bersama kesemua negeri tersebut, tetapi sehingga kini negeri-negeri itu masih enggan menyertai PAAB.
Katanya negeri itu ialah Pahang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Kedah. "Penerangan dan taklimat mengenai kelebihan menyertai PAAB yang menguruskan pembangunan air bagi kerajaan negeri telah pun dibuat bersama kesemua negeri tersebut, tetapi sehingga kini negeri-negeri itu masih enggan menyertai PAAB.
Himpunan #KL112 - Polis Cari 14 Saksi
Polis semalam mengedarkan gambar 14 saksi bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan di ibu negara 12 Jan lepas yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dalam perhimpunan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata keterangan 14 saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan tersebut.
Kemudahan IT Untuk Penduduk Pulau Perhentian
Murid Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian kini tidak lagi tersisih daripada mendapat maklumat dari dunia luar apabila kemudahan teknologi maklumat dan internet disediakan di sekolah berkenaan.
Kementerian Pelajaran dalam usaha memberi kemahiran dan kemudahan komunikasi kepada murid,guru dan penduduk pulau pelancongan ini menyediakan komputer di pusat kumputer sekolah itu.
Wednesday, January 30, 2013
Bekas Tentera Terengganu Terima Sumbangan RM1,000 Awal Feb
Perdana Menteri diserbu bekas tentara pada satu majlis 15 Disember lalu. |
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bertemu bekas tentera Terengganu, awal Julai 2012. |
Sehubungan itu, Yang Dipertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Terengganu Alias Abdul Razak meminta mereka yang belum mendaftar dengan PVTTB agar segera berbuat demikian bagi memudahkan agihan sumbangan.
Agihan akan dimulakan dengan daerah Kuala Terengganu dan Marang pada 5 Februari di Wisma Darul Iman, manakala bagi Kemaman dan Dungun pada 16 Februari di Institut Kemahiran Belia Negara Kemaman, katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu, semalam.
Menurut Alias, PVTTB belum memutuskan tarikh agihan bagi daerah Besut dan Setiu. Katanya rekod Jabatan Hal Ehwal Veteran angkatan Tentera Malaysia menunjukkan terdapat hampir 12,000 pesara tentera tidak berpencen di Terengganu.
"Daripada jumlah itu, yang berdaftar dengan persatuan sekarang cuma 1,500 orang sahaja," katanya. Katanya untuk berdaftar mereka hanya perlu membayar yuran keanggotaan RM10 dan RM50 jika mahu menjadi keanggotaan seumur hidup.
Untuk keterangan lanjut, mereka boleh hubungi talian 010-9177791, 013-9317221 atau 013-6262034, kata Alias.
Di bawah SVTB1M yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013, bekas tentera tidak berpencen yang layak akan menerima sumbangan 'one-off' RM1,000 seorang.
Kerajaan Tunai 18 Tuntutan Cuepacs Sejak 2007
Sebanyak 18 permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ditunaikan kerajaan sejak 2007, menunjukkan kerajaan prihatin terhadap penjawat awam, kata Presidennya Datuk Omar Osman.
"Antara permohonan penting yang berjaya diselesaikan kerajaan ialah pelarasan gaji sebanyak dua kali, lanjutan usia pencen, pencen minimum, kenaikan elaun sara hidup, penambahbaikan gred perkhidmatan, cuti bersalin 90 hari serta pelbagai insentif yang lain.
Kehilangan Nasha - PAS Tak Heran, Kata Nik Aziz
Pas tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.
"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita ketika melawat pusat perusahaan madu lebah kelulut Min House Camp di Kampung Pulau, Kubang Kerian semalam.
Nik Abdul
"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita ketika melawat pusat perusahaan madu lebah kelulut Min House Camp di Kampung Pulau, Kubang Kerian semalam.
Nik Abdul
Hanya BN Mampu Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengajak rakyat, termasuk imam dan bilal di Terengganu supaya terus menyokong perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana jelas pihak itu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, sebagai rakyat yang pernah menerima pelbagai kemudahan dan kebajikan sewajarnya terus setia kepada kerajaan sedia ada.
Presiden PAS Bertanggungjawab Lahirkan Golongan Pelampau
Bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail meminta Presiden Pas, Dato’ Sri Haji Abdul Hadi Awang supaya bertindak segera menarik balik gelaran pelampau yang merujuk kepada penyokong Pas menerusi tulisan beliau dalam buku Amanat Haji Hadi.
Menurutnya, perkataan pelampau di muka surat 55 perenggan ketiga disifatkan sebagai menghina penyokong Pas termasuk dia sendiri dan mereka yang terkorban dalam peristiwa Memali.
Pengharaman E-Rokok - Pengguna Mahu Penjelasan Terperinci
Komuniti pengguna rokok e-elektronik meminta supaya kerajaan memberikan penerangan lebih jelas berkaitan pengharaman penjualan rokok itu kerana ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Pengamal perubatan alternatif, Mohammad Mansor Abdullah berkata, beliau keliru mengenai pengharaman penjualan rokok itu kerana ia telah beberapa tahun berada di pasaran negara ini.
UMNO Terengganu Yakin Menang PRU-13
Umno Terengganu sedia hadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun diadakan esok, kata Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
Menurut beliau, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Said juga berpuas hati dengan segala persiapan di setiap peringkat jentera Umno yang telah siap siaga untuk menghadapi PRU-13.
PAS Takut Bayang Sendiri, Tak Sedia Serah Senarai Calon Kepada SPRM
PAS kelihatan takut dengan bayang sendiri bila tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan.
Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata parti pembangkang itu memang tidak berani menentukan bersih atau tidaknya bakal calon mereka.