Saturday, October 6, 2012

11 Masjid, Lapan Di Besut Masih Solat Berasingan

Masjid Kampung Padang Landak, Jertih dikatakan  masih dijadikan tempat solat berasingan oleh penyokong PAS.
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan fenomena solat berasingan dalam satu kariah masih berlaku di negeri ini membabitkan 11 buah masjid di sekitar Besut, Marang dan Dungun.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, masjid-masjid itu terdiri daripada lapan di Besut, dua (Dungun) dan satu (Marang).
 
Beliau yang kesal dengan kejadian itu bagaimanapun memberi jaminan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam waktu terdekat ini agar gejala seumpama itu dapat dibendung bagi menyelamatkan umat Islam daripada terus berpecah-belah.

Mohd. Rozali juga enggan menjelaskan bentuk tindakan yang bakal dilakukan itu, namun beliau menambah, pihaknya akan mengambil pendekatan secara berhati-hati dalam melaksanakannya.

Pada September lalu, Berita Harian melaporkan, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Kecik, 59, mendakwa tindakan penyokong PAS mendirikan solat berasingan termasuk solat Jumaat sehingga menyebabkan berlakunya solat dua masjid dalam satu kariah didakwa berpunca daripada 'Amanat Haji Hadi'.

Amanat yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang, hampir 30 tahun lalu.

Menurut beliau, tidak ada pemimpin yang mampu menyelesaikan isu yang berlarutan agak lama itu kerana penyokong parti itu masih meneruskan solat secara berasingan di masjid milik PAS disebabkan terikat dengan amanat itu.

Katanya, jika Abdul Hadi tidak menarik balik amanat itu, masalah itu tidak boleh diselesaikan kerana penyokong tegar PAS tetap berpegang teguh dengan amanat berkenaan.

“Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan ‘Amanat Haji Hadi’.

“Masalah itu masih berlaku di beberapa daerah Terengganu termasuk di Besut hanya boleh diselesaikan oleh Presiden PAS (Hadi) sendiri kerana kejadian itu berpunca daripada amanat beliau sendiri,” katanya.

PLBT Kenal Pasti 60 Pelumba Pelapis Wakili Terengganu

Nor Umardi Rosdi (kiri) dan Saiful Anuar Aziz (tengah).
Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) telah mengenal pasti 60 pelumba remaja negeri itu yang berpotensi di ketengahkan di peringkat tempatan dan antarabangsa pada masa hadapan.

Jurulatih Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, kesemua pelumba pelapis berkenaan yang berusia bawah 14 tahun, kini giat menjalani latihan menerusi program pembangunan atlet PLBT.

Beliau berkata, kesemua mereka itu akan diketengahkan dalam beberapa kejohanan lumba basikal tempatan sebagai pendedahan awal.

BNM Siasat Genneva Malaysia Sdn Bhd, Syarikat Berkaitan



Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya disiasat agensi penguat kuasa berkenaan bagi kesalahan yang disyaki, yang termasuk pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesalahan lain yang disyaki termasuk pengelakan cukai, penerangan palsu termasuk salah pernyataan, pelantikan ejen tanpa lesen dan kegagalan menyerahkan dokumen berkanun.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut melalui talian 1-300-88-5465.

Azizulhasni Tumpu Kejohanan UCI Minsk, Piala Dunia Mexico

Selepas gagal menyumbang pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London, pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang kini mahu memberi persiapan bagi menghadapi Kejohanan Trek Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Minsk, Belarus.

"Sebelum menghadapi Kejohanan Trek Dunia UCI di Belarus, saya akan sertai Piala Dunia di Mexico.

"Bagaimanapun, saya tidak letak sasaran tinggi pada Piala Dunia nanti," kata Azizulhasni pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan Olympic Games Spend & Win anjuran Visa di Menara Maxis, Kuala Lumpur semalam.

Piala Dunia dijadual berlangsung pada 17 hingga 19 Januari 2013, manakala Kejohanan Trek Dunia UCI (20 hingga 24 Februari 2013).

Pengawal Keselamatan Dipercayai Tembak Tembak Mati Rakan Dijatuhi Hukuman Mati

Hafizuddin (kiri) dan Cheong Tat berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Taiping semalam.
Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai menembak mati rakan setugasnya sebelum merompak wang sebanyak RM1.23 juta berhadapan hukuman mati apabila dia didakwa atas tuduhan itu di Mahkamah Majistret di Taiping semalam.

Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati mandatori.

Turut menghadapi pertuduhan sama, seorang penyelia syarikat di Pulau Pinang, Cheah Cheong Tat, 23.

PBSNT Perlukan Bajet Besar Bentuk Skuad Baharu Terengganu


Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memerlukan peruntukan besar bagi menyiapkan pasukan untuk mengharungi cabaran musim depan, dan mengembalikan keyakinan penyokong yang semakin terhakis.

Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan bagi mendapatkan pemain-pemain termasuk dari luar negara dan jurulatih ternama sekali gus memperbetulkan ketempangan dan memastikan skuad dapat bangkit semula.

Kes Demam Denggi Di Terengganu Meningkat 20 Peratus

 Kes demam denggi di Terengganu didapati meningkat 20 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata sepanjang tahun lepas hanya 514 kes dicatatkan, namun tahun ini setakat September lalu, sejumlah 616 kes dicatatkan.

Sindiket Jual Saluran TV Internet Haram Dibongkar

Gambar fail...saluran televisyen Internet yang boleh dilanggan.
Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

Hoki - Tiga Pemain Senior Perkuat Cabaran Terengganu

Imbas kembali...pasukan Hoki Terengganu menjuarai Sukma ke 15 di Pahang.
Tiga pemain senior adalah antara 16 pemain disenaraikan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) bagi membawa cabaran Terengganu pada Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Kuantan, Pahang dari 14hingga 23 Okt ini.

Setiausaha PHT Sabri Salleh berkata tiga pemain senior yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu dalam memburu kejuaraan pertama pada kejohanan itu ialah Mohd Sharun Nabil Abdullah, Shahrin Mohamad dan Engku Abdul Malik Engku Mohamad.

Kerajaan Cadang Tempatkan Doktor Di Klinik 1Malaysia

Idris merasmikan Klinik1Malaysia di Kampung Nyior Tujuh semalam.
Kerajaan sediia menimbang menempatkan seorang doktor di Klink 1Malaysia jika perkhidmatan yang disediakan di klinik berkenaan mendapat sambutan daripada orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri,Dr A Rahman Mokhtar berkata, bagi mencapai matlamat itu sesebuah klinik 1Malaysia perlu mencapai sasaran sehingga 100 pesakit sehari.

Dua Peniaga Kerugian RM80,000 Dalam Kebakaran Kedai Mara

Dua peniaga di bangunan kedai Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerugian hampir RM80,000 dalam satu kebakaran di Felda Mengkawang, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Pegawai Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohamad Harun yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata bangunan berkenaan merupakan deretan kedai tiga pintu di mana dua buah daripadanya musnah sama sekali sementara satu lagi dapat diselamatkan.

Pelajar Bakal Duduki SPM Maut Dalam Kemalangan Di Besut

Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan terbunuh apabila motosikal yang dibonceng bersama rakan sekolahnya terbabit dengan kemalangan di Jalan Batu Tumbuh dekat Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut, Alor Lintang awal pagi Khamis.

Ketika kejadian pada pukul 7.35 pagi itu, mangsa Aiman Hakimi Zainuddin, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah meninggal dunia di Hospital Daerah Besut selepas empat jam lebih bertarung nyawa ketika dalam rawatan.

10,000 Dijangka Hadir Hari Terbuka IPG Kampus Datuk Razali Ismail

Lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Hari Terbuka Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail di Kuala Terengganu,  yang berlangsung selama empat hari bermula kelmarin.

Pengarah kampus, Ghulam Sarver Mobarak Ali berkata, program yang dijalankan itu bagi mengeratkan hubungan antara pihaknya dengan masyarakat setempat selain untuk memberi pendedahan mengenai perkembangan kampus.

Friday, October 5, 2012

Sultan Mizan Seru Rakyat Jadikan Masjid Tempat Bukti Ketaatan


Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mahu umat Islam menjadikan masjid sebagai tempat membuktikan ketaatan dan pengabdian yang ikhlas.

Baginda juga mahu masyarakat menjadikan insitusi itu sebagai tempat perpaduan dan penyatuan umat Islam, selain sebagai pusat sumber ilmu dan aktiviti keagamaan.

"Gunakanlah institusi masjid sebagai tempat penyatuan umat dan masyarakat serta penduduk setempat dalam mengimarahkan rumah Allah dan mengadakan lain-lain aktiviti keagamaan yang boleh membawa manafaat kepada masyarakat," titah baginda hari ini.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Kampung Kuala Kemaman
di Kemaman. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Baginda juga bertitah semua pihak berwajib termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), anggota jawatankuasa masjid dan seluruh masyarakat agar bersama-sama menjaga dan membangunkan peranan masjid sehingga mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

"Tahap kebersihan, keindahan dan keceriaan masjid perlu diberi perhatian dari dalam hingga di luar masjid agar masjid menjadi institusi contoh dan menarik minat jemaah.

"Begitu juga dengan tabung masjid, derma dari orang ramai perlu dibelanjakan sebaik mungkin untuk pembangunan masjid, menganjurkan kelas-kelas pengajian, ceramah, forum, kuliah, tazkirah serta aktiviti yang boleh memberi manafaat kepada anggota masyarakat," titah baginda.

Sempena perasmian masjid baru itu, baginda turut berkenan menamakan Masjid tersebut sebagi Masjid As-Syakirin.

Masjid itu yang dibina sejak 2008 siap pada 2010 dengan kos RM4.4 juta dan mampu menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
 
Masjid Kuala Kemaman merupakan masjid yang ketiga disiapkan selepas masjid Pengkalan Pandang dan Masjid Paya Berenjut.

Lebih menarik lagi, masjid ini terletak berhampiran dengan pantai Kuala Kemaman yang merupakan kawasan tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Cegah LBGT Di Sekolah - Guru Kaunseling Jadi Petugas Barisan Hadapan


Guru kaunseling mampu menjadi petugas barisan hadapan bagi mencegah penyebaran fenomena Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata untuk tujuan tersebut, guru kaunseling mesti dilengkapi dengan pengetahuan dan pemahaman simptom LGBT untuk menawarkan nasihat untuk mana-mana pelajar yang terlibat.

"Guru kaunseling ini kalau mereka ada kemahiran, kefahaman secara umum memberi penerangan, motivasi, kesedaran, keinsafan dalam isu seperti ini mampu membantu pelajar di peringkat sekolah sebenarnya.

Hubungan Cinta - Safee Sali Dakwa Fitnah


“Saya tidak mengenali siapa Julia Hana dan tidak pernah mengenalinya,” kata pemain bola sepak negara, Mohd Safee Mohd Sali, 28, atau Safee Sali, mengulas dakwaan yang tersebar di laman sosial dan blog mengenai hubungan cintanya dengan pelakon, Julia Hana.

Kedua-dua selebriti berkenaan dikatakan menjalinkan hubungan cinta secara diam dan kelibat mereka disaksikan apabila didakwa bercuti bersama di sebuah pusat peranginan di Kedah, baru-baru ini.

Safee ketika dihubungi semalam berkata, dia kecewa dengan tuduhan dilemparkan dan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Bekas Polis Zaman Darurat Belum Terima Saguhati Diminta Bersabar

Gambar Fail...seorang balu bekas pesara polis menerima bantuan daripada Perkep Besut.
 Bekas anggota polis berkhidmat semasa zaman darurat yang belum menerima saguhati khas RM3,000 daripada kerajaan, diminta bersabar kerana usaha sedang dibuat bagi memastikan mereka diberi imbuhan itu dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Terengganu, Hussin Awang Ngah berkata setakat ini, hanya 57 peratus atau 1,600 daripada 2,800 permohonan bekas polis dari negeri itu, telahpun memperoleh saguhati itu yang mula dibayar sejak April tahun ini.

Road Warrior 13 Berusaha Bantu Kekang Rempit


Dalam pada memenuhi minat dalam sukan pemotoran, kelab motosikal Road Warrior 13 turut menjalankan tanggungjawab sosial bagi membantu pihak penguat kuasa membanteras aktiviti tidak sihat dalam kalangan mat rempit.

Presidennya, Tuan Syed Shahrizal Al-Qudsi berkata, aktiviti itu dijalankan secara serius bermula 13 Mei lalu dengan menggunakan kaedah pendekatan secara sihat terhadap kumpulan mat rempit.

Pembangkang Sengaja Jadikan Isu Majlis Kahwin Anak Saya – Ali Rustam


Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pihak pembangkang di negeri ini sengaja menjadikan jumlah kehadiran 130,000 tetamu pada majlis persandingan anak lelakinya di Melaka Ahad lepas, sebagai isu.
Shamsul Iskandar Mohd Akin

Beliau berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu memperlihatkan tanda sokongan di kalangan penyokong Barisan Nasional mahupun rakyat biasa terhadap beliau.

"Ini semata-mata sifat dengki (oleh pembangkang), mereka tiada kerja lain(bagi menimbulkan isu), terserah ...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bank Persatuan Cawangan Melaka di Kota Fesyen, Ayer Keroh semalam.

Mesyuarat Agung Luar Biasa Mampu Selesai Kemelut

Mesyuarat Agung Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) adalah pendekatan terbaik menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu kebelakangan ini.

Perkara itu dicadangkan Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, bagi membolehkan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mendapat mandat baru untuk terus memimpin persatuan.

“Ini adalah cara terbaik menghilangkan rasa tidak puas hati ramai penyokong bola sepak negeri. Melalui mesyuarat agung luar biasa, presiden PBSNT boleh mendapat mandat baru untuk terus memimpin persatuan dan ia adalah kaedah terbaik mengembalikan kepercayaan penyokong kepadanya,” katanya semalam.

Guru Akan Diserap Jadi Sukarelawan Polis Cegah Jenayah

Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.

Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.

Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.

IKBN Sedia Peluang Latihan Kemahiran Golongan Belia - Shabery

Pembinaan institut kemahiran termasuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di seluruh negara bertujuan memastikan golongan belia mendapat peluang latihan mengikut minat masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pembinaan institut tersebut juga sebagai langkah persediaan negara untuk menjadi negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi, menjelang tahun 2020.

"Negara memerlukan sekurang-kurangnya 33 peratus pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020 dalam pelbagai bidang berbanding hanya 28 peratus yang ada kini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian IKBN Kemasik di Kemaman, semalam.


Janda ‘Tomboy’ Dicekup, Memadu Asmara Di Hotel Murah


Ibu tunggal beranak satu dan pasangannya yang ditahan Penguat kuasa syariah di sebuah hotel murah di Kuala Dungun.
Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, dekat Dungun, awal pagi kelmarin.

Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.

Lebih 60,000 Kesalahan Lalu Lintas Dirakam AES Sejak 23 Sept

Dua kamera AES (dalam bulatan) yang merakamkan kesalahan memandu melebihi had laju di Kilometer 6.6 Lebuh raya Kajang - Puchong.
Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

Tujuh Pesalah Siber Telah Dihadapkan Ke Mahkamah

Seramai tujuh pesalah siber telah dihadapkan ke mahkamah dan kebanyakannya atas kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum berkata semua jenis kandungan rangkaian termasuk dalam rangkaian sosial internet tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pembangkang Seperti Cacing Kepanasan Adakan Perhimpunan 3 November

Pembangkang kini seperti cacing kepanasan apabila melihat rakyat gembira dengan apa yang dijanjikan Belanjawan 2013, oleh itu cuba mengalih perhatian dengan perhimpunan 3 November, kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Mereka cuba mengalih pandangan rakyat daripada belanjawan yang menggembirakan mereka itu," kata Timbalan Menteri Pelajaran itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keibubapaan dalam Menangani Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri seemalam.

PNB Serah Zakat RM6.124 Juta Kepada Maidam

Sultan Mizan Zainal Abidin menerima zakat perniagaan Kumpulan PNB yang disampaikan oleh Hamad Kama Piah Che Othman (tengah) di Istana Badariah, Kuala Terengganu, 30 September lalu.
Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Ahad lalu,  menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM6.124 juta bagi empat tahun kewangan dari 2008 hingga 2011 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Penyerahan cek zakat tersebut disempurnakan oleh Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Badariah di Kuala Terengganu.

Peruntukan RM2 Juta Untuk Usahawan IKS

Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM2 juta untuk industri kecil dan sederhana (IKS) tahun depan, bagi memperkasakan jaringan perniagaan golongan itu. Peruntukan itu disalur menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan merupakan peningkatan 100 peratus berbanding dana yang diterima tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik semalam.

"Dana ini meliputi modal pinjaman dan modal pusingan yang akan diberi kepada usahawan IKS sedia ada, malah YPU menggalakkan agar rakyat Terengganu terus menceburi perniagaan sebagai sumber pendapatan utama mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Zon Timur di Kuala Terengganu.


Terengganu Rancang Buka Klinik Di Pulau Tarikan Pelancong

Kerajaan Terengganu bercadang mewujudkan klinik di pulau-pulau yang menjadi tarikan pelancong di negeri itu bagi membantu menjaga kebajikan pelancong selain penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata pihaknya mengambil serius isu kebajikan dan keselamatan, memandangkan Terengganu terkenal dengan keindahan pantai dan pulau yang menjadi tumpuan pelancong serata dunia.

Thursday, October 4, 2012

Peraturan Larang Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit Di Sekolah Masih Kekal

Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.

"KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa danmurid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng(BN-Simpang Renggam) di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Tumec Bersama Jabatan Perikanan Lepas Dua Juta Penyu Dalam 11 Tahun


Pusat Penyelidikan Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang dengan kerjasama Jabatan Perikanan melepaskan lebih dua juta anak penyu pelbagai spesis dalam tempoh 11 tahun bermula 2001 dalam usaha melestarikan spesis itu untuk generasi akan datang.

Ketua Tumec Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Perikanan di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang dalam usaha memulihara empat spesis penyu di negara ini iaitu penyu Belimbing, Karah, Agar dan Lipas.

Sultanah Nur Zahirah Berkenan Berangkat Ke STB

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke Sekolah Tunas Bakti (STB) (Perempuan), Marang, semalam.

Keberangkatan baginda disambut Isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan isteri To’ Puan Hajah Rohani Abdullah.

Perpustakaan Awam Besut Naik Taraf

 Mohd Azran (tengah) bersama kakitangannya sedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan orang ramai.
Perpustakaan Awam Besut di Besut telah menaik taraf sistem pinjaman buku daripada kaedah manual kepada sistem berkomputer atau lebih dikenali sebagai Sistem Virtual sejak awal tahun lalu.

Penolong Pegawai Perpustakaan Besut, Mohd Azran Yusoff berkata, sistem tersebut meningkatkan kemampuan untuk memberi perkhidmatan terbaik dan kemudahan kepada pelanggan.

Wednesday, October 3, 2012

Perkahwinan Anak Ali Rustam Dapat Penajaan, Percuma


Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.

Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin pembangkang dari DAP termasuk Lim Kit Siang, ia mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.

“Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit,” tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter.

Pegawai khas kepada Ketua Menteri, Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.


“Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut. “Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya,” kata Mahadevan dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.

“Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan,” tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.

Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.

“Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya. “Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.

“Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.

Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian,” kata Betty.

Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut.

“Itu duit siapa?” tulis Nga.

Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta.

“Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja,” tulis Kit Siang dalam Twitter.

Pelabur Emas Skim Geneva Masih Terkejut Ekoran Serbuan Pihak Berkuasa

Agen dan pelanggan Syarikat Geneva menyerbu ibu pejabat firma itu di Kuala Lumpur selepas mendapat berita syarikat berkenaan diserbu pihak berkuasa.
Pelabur emas yang menggunakan Skim Geneva Malaysia masih terkejut selepas sehari syarikat tersebut diserbu.

Oleh kerana ramai pelabur dan pengguna yang keliru serta ingin tahu berhubung skop penyiasatan yang dijalankan mereka berpusu-pusu pergi ke ibu pejabat syarikat tersebut yang terletak di Jalan Kuchai Maju, 6, di sini dan cawangan di Pulau Pinang memohon penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.


Bagaimanapun, jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM), Lee Poh Fong berkata satu kenyataan akan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.

Sultan Ahmad Shah: FAM Akan Pertimbang Rayuan Butler


Mungkin ada berita baik buat jurulatih bola sepak Terengganu, Peter Butler apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan rayuan berhubung penggantungannya selama enam bulan dalam skuad Terengganu baru-baru ini.

Presidennya, Sultan Ahmad Shah bertitah pihaknya telah menerima rayuan jurulatih dari England itu dan akan membuat pertimbangan sewajarnya dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Saya dimaklumkan Jawatankuasa Disiplin Terengganu telah menerima rayuan itu dan beliau turut membuat rayuan kepada Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.