Saturday, June 30, 2012

Janji PBSNT Perlu Dikotakan, Hanya Piala Malaysia Jadi Taruhan!

 

"Oleh kerana Piala FA dan Liga Super sudah terlepas, kini harapan adalah kepada Piala Malaysia 2012...Berbaloikah kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk pasukan Terengganu sekiranya terlepas kesemua piala sedangkan tahun lalu, Terengganu mampu berbangga dengan Piala FA yang dimenanginya dengan mengalahkan Kelantan..."

Mampukah Terengganu menang dalam lima baki perlawanan Liga Super, termasuk di Alor Setar malam ini sebelum kejohanan itu menutup tirainya musim ini?

Apakah sasaran menduduki tempat kedua atau ketiga liga akan dicapai seperti yang dikehendaki Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said?

Ahmad Said sudah menyatakan sasarannya kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Rabu lalu dan Yang Dipertua PBSNT Datuk Che Mat Jusoh turut berikrar untuk memenuhi harapan Menteri Besar itu.

Skuad Penyu boleh melupakan hasrat menjadi juara Liga Super tahun ini tetapi menduduki tempat kedua atau ketiga tahun ini sudah cukup naik dengan prestasi yo-yo pasukan itu.

Terengganu yang menduduki tempat keenam liga dengan 32 mata ketika ini dilihat masih berpeluang merebut tempat kedua atau ketiga terbaik liga sekiranya memenangi kesemua baki perlawanan.

Persoalannya, apakah ini mampu dilakukan? Apakah permainan Terengganu akan meningkat selepas perlawanan dengan Kelantan malam Sabtu lalu yang dirasakan sepatutnya menang?

Perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang dilihat gagal dimanfaatkan oleh penyerang Terengganu untuk memperolehi mata penuh tidak memihak sepenuhnya kepada Terengganu kerana cuma mampu memperoleh satu mata dalam perlawanan yang berakhir seri 2-2 itu.

Terengganu ketinggalan 2-0 pada minit ke-5 dan ke-20 sebelum pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-40. Gol kedua Terengganu diperoleh minit ke-57.

Persoalannya, apakah ikrar Che Mat Jusoh itu berasaskan keyakinan jurulatih Terengganu, Peter Butler yang juga bekas jurulatih Kelantan untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada terutamanya di bahagian pertahanan?

Apakah masalah pertahanan dan tumpulnya jentera serangan akan dapat diperbaiki dan ditunjukkan apabila Sang Penyu bertandan ke Alor Setar menentang Kedah hari ini?

Butler sebenarnya gembira dengan peningkatan mendadak yang ditunjukkan pemain terutama selepas ketinggalan dua gol.

"Saya perlu beri pujian kerana aksi yang ditunjukkan kedua-dua pasukan malam ini begitu mengagumkan. Saya beritahu pemain-pemain saya supaya tidak terlalu kecewa dengan keputusan ini (2-2) kerana mereka telah melakukan yang terbaik setakat ini," katanya.

Kehadiran Forkery Doe menggerakkan semula jentera serangan Terengganu yang kini menggunakan khidmat kesemua pemain – Manaf Mamat, Ashaari Shamsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Forkey Doe sendiri.

Keputusan PBSNT tidak mengambil tindakan terhadap Forkey Doe yang lambat pulang dan terlepas dua perlawanan Liga Super membuktikan persatuan tidak mahu ada kekecohan dan ia tidak menjadi isu lagi.

PBSNT telah melepaskan Forkey Doe pada 4 Jun untuk mewakili Liberia dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia dan pemain itu sepatutnya kembali ke Terengganu pada 16 Jun.

 Ternyata Doe memberikan sumbangan besar pada perlawanan dengan Kelantan Sabtu lalu dan pastinya Sang Penyu tetap menagih sumbangannya.

Sebenarnya pencapaian sejauh ini tidaklah begitu mengecewakan dengan kalah pada perlawanan separuh akhir Piala FA dan kini memburu tempat kedua atau ketiga Liga Super.

Malah keupayaan Terengganu untuk melangkah ke pusingan kedua Piala AFC 2012 juga suatu pencapaian menarik. Kini peluang tetap ada untuk memburu Piala Malaysia.

Tiada yang lebih istimewa daripada menghadiahkan Piala Malaysia kepada rakyat Terengganu dan peminat nombor satu bolasepak Terengganu – Menteri Besar – dan seharusnya persediaan bermula daripada sekarang.

Janji sudah dibuat pada taklimat kepada Mesyuarat Exco di Hotel Hilton Sentral Rabu lalu dan kini tinggal untuk PBSNT mengotakan janjinya.

Oleh kerana Piala FA dan Liga Super sudah terlepas, kini harapan adalah kepada Piala Malaysia 2012.

Berbaloikah kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta untuk pasukan Terengganu sekiranya terlepas kesemua piala sedangkan tahun lalu, Terengganu mampu berbangga dengan Piala FA yang dimenanginya dengan mengalahkan Kelantan di Stadium Nasional?

 Jawapannya ada kepada pemain, pengurusan,Cik Mat Jusoh dan Peter Batler!

Terengganu Tumpu Pembangunan Kawasan Taman Biopolimer Kerteh

Kerajaan negeri Terengganu memberikan fokus untuk membangunkan kawasan Taman Biopolimer Kerteh seluas kira-kira 60 hektar di Kemaman untuk dijadikan kawasan bioteknologi.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Datuk Toh Chin Yaw berkata, untuk memantapkan lagi kawasan itu, kerajaan negeri bersetuju menambah 1,000 hektar lagi di sebelah kawasan asalnya.

"Dalam masa tiga hingga lima tahun lagi, kawasan itu akan menjadi satu tarikan bagi pelabur bioteknologi," katanya  selepas merasmikan program Marathon Amal Berbasikal di Kuala Terengganu, semalam.

Dalam tempoh itu, katanya RM7 bilion dijangka dilaburkan oleh syarikat-syarikat dari luar negara dalam bidang bioteknologi di kawasan tersebut.

Setakat ini, Toh berkata dua syarikat telah diberikan tanah untuk menjalankan aktiviti bioteknologi menggunakan bahan kayu bagi dijadikan makanan ternakan yang melibatkan pelaburan hampir RM2 bilion.

Kedua-dua syarikat berkenaan masing-masing daripada Korea dan Perancis, katanya.

Beliau berkata satu lagi syarikat dari Amerika Syarikat baru sahaja menandatangani perjanjian persefahaman dengan kerajaan negeri untuk melabur RM1.65 bilion dalam bidang bioteknologi di kawasan itu.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk pelaburan dalam penyelidikan yang dijangka sekurang-kurangnya RM60 juta dan industri-industri sokongan seperti memproses bahan-bahan terpakai.

Katanya industri-industri bioteknologi itu dijangka dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada 3,500 orang seperti tenaga mahir, jurutera dan juga penyelidik, terutamanya rakyat tempatan.

Toh berkata, dengan kehadiran syarikat-syarikat berkenaan, kerajaan negeri telah berbincang dengan pelabur-pelabur berkenaan bagi mewujudkan kursus-kursus yang sesuai untuk institusi-institusi pengajian tinggi di negeri itu.

"Kita akan cuba rapatkan perhubungan antara institusi pengajian tinggi dan pelabur-pelabur ini," katanya. Untuk memberi sokongan bahan mentah kepada industri-industri itu, katanya kerajaan negeri akan menanam pokok dari spesis-spesis yang sesuai seperti pokok petai belalang atau nama saintifiknya "Leucaena leucocephala" selain akasia.

Selain cepat tumbuh, katanya pokok petai belalang mudah dijaga.

Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan negeri mungkin akan mewujudkan satu skim seperti Felda atau Fecra di kalangan penduduk miskin untuk menanam pokok tersebut.

"Mungkin kita beri 2.0 hektar hingga 2.4 hektar seorang dan hasilnya kita boleh tolong pasarkan," katanya sambil menyifatkan ini satu peluang bagi rakyat negeri Terengganu untuk menambahkan pendapatan.

Kerusi MB - Shabery Tidak Minat Tanding Kerusi DUN


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.

Katanya, beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.

"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata Anggota Parlimen Kemaman itu.

"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno,” katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily hari ini mengenai rancangan itu.

Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.

Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon Menteri Besar Terengganu adalah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai Anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.

Mengulas mengenai konflik dalaman Umno Terengganu, beliau berkata, konflik berkenaan sudah lama selesai sebaliknya parti yang kini berhadapan konflik adalah Pas dan PKR.

 "Konflik dalam Pas dan PKR lebih teruk. Pas ketandusan pelapis dan saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang’ (calon) baharu.

"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi Menteri Besar)," katanya lagi.

Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.

Sinar Harian

Pada Bercumba Dengan Isteri Orang Ketika Suami Menjala Udang

Lelaki yang dibelasah penduduk kerana berkhalwat dengan isteri orang
Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.

Sinar Harian

Josiah Beraksi Acara Pecut, Azizul Hanya Acara Keirin?

Bagi memastikan skuad berbasikal negara ke Olimpik London, Ogos ini tidak pulang dengan tangan kosong, satu percaturan baru dirangka Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), untuk menurunkan Josiah Ng dalam acara pecut.

Biarpun sebelum ini, pelumba harapan negara, Azizulhasni Awang dikatakan akan mengalas cabaran dalam kedua-dua acara, pecut dan keirin, pertukaran saat akhir itu bagaimanapun sudah mendapat lampu hijau dari ketua jurulatih negara, John Beasley.

Beasley menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohammad, semalam menerima usul itu dan ia peluang buat negara menghantar dua pelumba terbaik ke Olimpik.

Menurut Naim, ia sebahagian daripada strategi membawa kedua-dua pelumba negara itu ke Olimpik berikutan syarat baru jawatankuasa Olimpik yang hanya membenarkan satu negara menghantar satu wakil dan tiada istilah pelumba simpanan kerana mereka tidak akan mendapat kad akreditasi.

Justeru, Josiah bakal menggantikan tempat Azizul dalam acara pecut dengan Azizul disenarai sebagai pelumba simpanan dalam acara itu manakala dalam acara keirin, Azizul akan turun sebagai pelumba utama dan Josiah sebagai pelumba simpanan.

“Kita cuba menggunakan semaksimum kelebihan yang kita ada.

Syarat baru ini mengehadkan kita untuk menyenaraikan pelumba. Jika Josiah tidak disenaraikan, dia tidak akan dapat ke Olimpik dan saya tidak mahu pelumba berdepan sebarang risiko

Harian Metro

Terengganu Perlukan 3 Mata Penuh Temui Kedah Di Alor Setar

Skuad Penyu perlu mengambil peluang daripada kedudukan Kedah yang tertekan ketika ini untuk meraih mata penuh malam ini di Alor Setar.

Lagipun, pengurusan Terengganu sudah berikrar kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, pada sesi taklimat mesyuarat Exco di Kuala Lumpur Rabu lalu bahawa Skuad Penyu akan menjamin kemenangan pada baki perlawanan Piala Super musim ini.

Tro serangan - Forkey Doe, Abdul Manaf Mamat dan  Abdul Hadi Yahya perlu menjaring seberapa banyak gol malam ini untuk membantu Terengganu memperbaiki kedudukan di tangga liga.

Kemenangan malam ini akan menjadikan Terengganu mengumpul tiga lagi mata untuk mengejar kedudukan paling kurang tempat ketiga.

Kedah dilaporkan berdepan tekanan paling hebat apabila menerima kunjungan Terengganu malam ini  kerana perlu mencari keputusan sempurna pada baki empat saingan Liga Super musim ini bagi mengelak jatuh ke Liga Perdana, musim depan.

Lebih membebankan, Sang Kenari 'hilang' sentuhan jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang terpaksa bercuti sekurang-kurangnya seminggu bermula Rabu lalu atas urusan keluarga.

Beberapa pemain utama Hijau Kuning termasuk penyerang import, Vedran Gerc dan Amar Rohidan pula dilaporkan belum cergas untuk diturunkan akibat kecederaan.

Tekanan turut dirasai dari luar padang apabila penyokong mendesak Sang Kenari segera bangkit agar tidak terjerumus ke Liga Perdana pada musim depan selepas bersaing di liga utama sejak 2007.

Kedah yang pernah dinobat selaku juara treble berganda kini menghuni tangga kedua tercorot Liga Super setelah hanya mengumpul 21 mata daripada 21 perlawanan.

"Pada saat kritikal seperti sekarang, Kedah tidak boleh keciciran mata. Hanya kemenangan dapat menghidupkan peluang terus bersaing di Liga Super musim depan," kata pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berkata ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Khazali, Wan Jamak terpaksa bercuti kerana menyambut kelahiran cahaya mata dan tugasnya diambil alih oleh penolong jurulatih, Radhi Mat Din.

"Ketiadaan Wan Jamak dan kecederaan pemain bukan alasan lemah semangat kerana peluang untuk bangkit masih ada," katanya.

Zamri Sertai Adiq Latihan Di Belgium


Mohd. Zamri Salleh yang disenarai pelumba simpanan ke Sukan Olimpik 2012 di London bakal berlatih bersama Mohd. Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli di Belgium selama sebulan setengah bermula Isnin ini.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang dinobatkan selaku juara kebangsaan 2012 di Kelantan Ahad lalu, berpeluang menyertai acara lebuh raya elit lelaki sejauh 250 kilometer di London sekiranya Adiq atau Amir mengalami kecederaan.


Pinjaman Ditambah RM1 Juta Setahun

Mulai tahun depan, kerajaan negeri akan menambah RM1 juta lagi untuk tabung pinjaman usahawan di negeri ini bagi membantu golongan itu mengembangkan perusahaan sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, 'suntikan' itu menjadikan dana tersebut berjumlah RM2 juta setahun bagi memenuhi keperluan usahawan tempatan.


Peniaga Kueh Tercurah Minyak Panas

Hasrat seorang peniaga kuih membuang minyak panas ke dalam longkang di luar rumahnya membawa padah apabila dia tergelincir sebelum minyak berkenaan tercurah pada badannya dalam kejadian di Kampung Alur Tembesu, Dungun, kelmarin.

Sebelum kejadian, Abdul Wahab Shahul Hamid, 63, yang baru selesai menggoreng kuih kayu keramat dikatakan terlupa mematikan api dapur gas sebelum minyak panas di dalam kuali disambar api berkenaan, kira-kira jam 5.30 pagi.


Friday, June 29, 2012

Seleweng Zakat - MAIDAM Lucut Tauliah 39 Amil

Tidak amanah dan tidak menghormati perlantikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

 Seramai  39 amil pada tahun lalu didapati terlibat menyeleweng wang kutipan zakat.

Berikutan itu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melucutkan serta-merta pelantikan mereka.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata, tindakan tegas itu diambil berikutan amil yang terlibat gagal menyerahkan wang kutipan yang diperoleh mengikut tempoh yang ditetapkan.

Terengganu memiliki lebih 700 amil, di mana surat pelantikan tauliah disampaikan sendiri Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Kita kesal dengan tindakan mereka ini (amil menyeleweng) kerana mereka sepatutnya menjalankan tugas dengan amanah dan jujur selaku orang yang diberi kepercayaan.

“Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan tindakan tegas dengan menarik balik serta-merta tauliah pelantikan jawatan itu adalah sebagai pengajaran kepada mereka, kerana ia satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mempunyai bukti kukuh dan menjalankan siasatan menyeluruh sebelum tindakan diambil ke atas amil yang terlibat itu, dan ia merupakan kesalahan yang cukup besar, apatah lagi mereka menjadi orang kepercayaan masyarakat.

“Kita telah bagi mereka (amil yang didapati menyeleweng) tempoh tertentu untuk menyelesaikan masalah berkenaan, tetapi mereka gagal menyerahkan wang hasil kutipan, sedangkan resit pembayaran telah dikeluarkan.

“Justeru, kita berharap tindakan tegas ini menjadi pengajaran berguna kepada amil seluruh negeri yang dilantik secara rasmi untuk sentiasa bersikap jujur dan bertanggungjawab,” katanya.

 Mazlan berkata, pada tahun ini juga Maidam menghentikan seketika pengambilan amil baru di seluruh negeri dan permohonan baru akan dibuka dalam tempoh yang akan ditetapkan nanti.

Sinar Harian

45 Zoo Diberi 6 Bulan Naikkan Taraf Atau Tutup


Kesemua 45 pengendali zoo di seluruh negara dikehendaki mematuhi garis panduan penjagaan binatang sebelum Ogos tahun ini bagi mendapatkan lesen untuk beroperasi atau menghadapi tindakan termasuk menutup operasi zoo mereka.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pihak pengendali diberi penangguhan enam bulan untuk menaik taraf zoo mereka kepada standard yang ditetapkan sejak peraturan tersebut diwartakan Februari lepas.


Terengganu Kekalkan Pemberian Insentif SUKMA Kepada Atletnya


Kerajaan negeri Terengganu mahu mengekalkan insentif kepada atletnya yang berjaya memperoleh pingat dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata pemenang pingat emas akan menerima RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 seorang baik dalam acara individu atau berpasukan.

"Selain itu kita akan beri insentif segera kepada atlet yang memenangi sesuatu acara dalam bentuk tunai iaitu RM300 bagi pingat emas, perak RM200 dan gangsa RM100 seorang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kontigen negeri ke Sukma 2012 di Kuala Terengganu, semalam.


Pajak Gadai Islam Ditawarkan Di Pejabat Pos Kuala Terengganu

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) menandatangani perjanjian perkongsian strategik untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di cawangan-cawangan Pos Malaysia yang terpilih di seluruh negara.

Ketua Eksekutifnya, Khalid Abdol Rahman, berkata sebagai permulaan, perkhidmatan ArRahnu@POS akan beroperasi di Pos Malaysia Bandar Baru Bangi dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu bulan depan.


Tiada Tindakan Ke Atas Forkey Doe Yang Lewat Pulang - Che Mat Jusoh

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak boleh mengambil tindakan atau mendenda pemain importnya Francis Forkey Doe berhubung isu lewat pulang selepas mewakili negaranya dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kawasan Afrika.

Yang Dipertua PBSNT Datuk Che Mat Jusoh berkata ini kerana pihaknya menghormati persatuan bola sepak negara asal pemain itu, Liberia.


Lokasi Penganjuran Jetrace Antarabangsa Pindah Ke Tasik Kenyir


Kerajaan negeri berhasrat untuk memindahkan lokasi penganjuran acara Terengganu World International Jetrace Challenge yang sebelum ini diadakan di Pulau Duyong dan Batu Buruk ke Tasik Kenyir, bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata usaha menukar lokasi baru penganjuran sukan yang mendapat penyertaan peserta luar negara itu bagi memastikan lebih ramai pelancong seluruh dunia akan mengunjungi tasik terbesar di Asia Tenggara.


Kartina Aziz Rugi RM10,000 Kereta Kena Pecah

Pelakon popular, Kartina Aziz kerugian RM10,000 termasuk wang RM4,000 apabila kereta Toyota Camry miliknya yang diletak di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman, dipecahkan pencuri, Isnin lalu.

Pelakon berusia 57 tahun dari Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu datang ke Kemaman untuk menjalani penggambaran filem sebelum singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur, pada jam 1.30 tengah hari.

Bekas Ketua Jurulatih Bola Sepak Presiden NAS Didapati Bersalah

Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban semalam selepas didapati bersalah terhadap 20 tuduhan rasuah mengatur perlawanan bola sepak Piala Presiden tahun lalu.

Tertuduh Yusarman Yusof, 36, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan Hakim Datin Nursinah Adzmi yang turut memerintahkan hukuman penjara tambahan dua bulan jika dia gagal membayar denda.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

UniSZA Mulakan Program Ladang Ternakan September Ini

Fakulti Pertanian dan BioTeknologi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Besut akan memulakan program ladang ternakan di atas tapak seluas 12 hektar di Pasir Akar, Hulu Besut mulai September ini.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Alias Daud berkata, ladang berkenaan merupakan sebahagian daripada 80 hektar tanah yang diberikan kerajaan negeri Terengganu kepada UniSZA untuk fakulti berkenaan mengadakan program sains haiwan.


Thursday, June 28, 2012

Atlet Sukma Teregganu Mula Bertolak Ke Kuantan Hari Ini

Kontinjen Terengganu disertai 536 orang termasuk 400 atlet akan bertolak secara berperingkat-peringkat ke Pahang, bermula hari ini, bagi menyertai Sukan Malaysia Ke-15 (Sukma).

Atlet karatedo, taekwondo dan bola sepak dijangka bertolak awal bersama pegawai, pengurus dan jurulatih masing-masing kerana jadual perlawanan bagi kejohanan itu bermula 1 dan 2 Julai ini..

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata kerajaan negeri percaya semua atlet Terengganu yang menjalani latihan hampir dua tahun itu mampu melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai sasaran 47 pingat emas.



Ambiga Patut Dihukum Gatung - MP Sri Gading Pertahan Kenyataan


Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz bertegas tidak akan memohon maaf kerana kenyataannya menyentuh Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga tidak salah dan hanya bercakap dalam konteks keselamatan negara.

Mohamad menegaskan pendirian itu berikutan desakan ahli-ahli pembangkang, yang diketuai Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mahu membuat laporan polis berhubung kenyataan Mohamad yang meminta Ambiga dihukum gantung sampai mati berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.


JKKK Jangan Asyik Bincang Soal Projek - Ahmad Said

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegur sikap segelintir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang hanya membincangkan mengenai projek setiap kali mesyuarat JKKK diadakan dan membelakangkan masalah kampung yang dihadapi.

Ahmad berkata, sepatutnya masalah kampung perlu diberi keutamaan untuk dibincangkan kerana tanggungjawab JKKK adalah bagi memastikan kesejahteraan kampung selain membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan masing-masing.


5,983 Pegawaoi Awam Disiasat Kes Rasuah 2005 -2011

Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bagi tempoh 2005 hingga 2011, sejumlah 5,983 pegawai awam sudah disiasat berhubung kes rasuah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 816 telah dituduh di mahkamah, 324 disabit kesalahan, manaka 69 dilepas tanpa dibebas dan 298 didapati tidak bersalah.

Sebanyak 20 kes ditarik balik manakala 105 kes lagi masih dalam proses perbicaraan atau rayuan, katanya menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengenai jumlah pegawai awam yang disiasat dan keputusannya.


TNB Belanja RM300 Juta Untuk Projek Baru Di Pantai Timur

Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membelanjakan kira-kira RM300 juta bagi melaksanakan 11 projek barunya di Pantai Timur termasuk projek pembinaan pencawang masuk utama di kawasan perindustrian baru di Dungun.

Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli berkata, peruntukan itu melibatkan perbelanjaan bagi tahun kewangan 2012 dan akan datang bagi memenuhi permintaan industri dan rakyat di Terengganu, Kelantan dan Pahang.


Kelab Unesco UMT Sasar 400 Anggota Menjelang Akhir Tahun Ini

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan seramai 400 warganya menyertai Kelab Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) universiti itu menjelang akhir tahun ini.

Penasihat Kelab Unesco UMT itu, Dr Roslina Ismail berkata pihaknya mengharapkan sokongan dari warga UMT untuk menyertai kelab berkenaan bagi membolehkan universiti itu terus melangkah ke hadapan dalam aspek hubungan antarabangsa dengan negara-negara luar.

 "Kita mahu pelajar dan kakitangan UMT menjadi golongan yang peka dengan isu-isu sejagat serta menjadi contoh bagi masyarakat di luar sana. "Fokus kita tidak terhad terhadap isu-isu tempatan sahaja, sebaliknya akan melangkaui sempadan budaya dan geografi seluruh dunia," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Kelab Unesco UMT itu buat julung kalinya mengadakan program Kesedaran Pemuliharaan Penyu bersama 100 murid dari sekolah berdekatan bagi mendedahkan kepentingan menjaga alam sekitar bagi kelestarian habitat spesis haiwan itu yang semakin terancam.

Dr Roslina yang juga Ketua Jabatan Ekologi dan Sosial UMT berkata aktiviti yang akan diadakan oleh Kelab Unesco universiti itu turut memberi pendedahan kepada masyarakat luar mengenai usaha yang telah dijalankan UMT selama ini, khususnya penjagaan sistem biologi marin di perairan negeri ini.

"Institut Oseanografi sebagai contohnya telah melahirkan banyak penyelidikan habitat marin dan ini adalah sebagai usaha untuk menarik lebih banyak kerjasama dengan pihak di luar sana agar berganding bahu dengan UMT dalam isu-isu penting antarabangsa.

"Pemahaman antara budaya juga akan diperluaskan lagi dalam program pertukaran pelajar asing yang kini berada di UMT supaya mereka turut memberi sumbangan dari segi sains, komunikasi dan budaya agar UMT terus kekal menjadi universiti pilihan dalam menawarkan pendidikan terbaik setaraf universiti lain di dunia," katanya.

Abby - Belum Sampai Masa Masuk PAS


Belum sampai masanya lagi! Demikian kata Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan televisyen Gerak Khas ketika diajukan pertanyaan sama ada akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Beliau berkata, belum sampai masanya lagi untuk menyertai Pas seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti sebelum ini.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan saya tak nak (jadi ahli Pas) atau nak mengelakkan (menyertai Pas) tetapi masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh dipisahkan. "Nak tarik orang masuk parti bukan senang, kena perlahan-lahan. “Sebab itu saya masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Pas," katanya.

Tambah beliau: "Apabila saya betul-betul faham baru akan sertai. Bukan tak nak masuk… sabar ya

Beliau berkata demikian sewaktu diasak pelbagai soalan bila akan masuk Pas semasa sesi dialog berkongsi pengalaman penghijrahan bersama Abby Abadi di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di Alor Setar, malam tadi.

Hadir sama, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa. Abby berkata, tidak salah berada dalam majlis anjuran Pas dan mendekatkan diri melalui majlis ilmu kerana cara itu berpeluang berkongsi ilmu agama dengan ustaz, ustazah termasuk ilmuan.

“Bukan sahaja bergandingan bersama mereka tetapi juga pernah berkongsi pentas ilmu dengan selebriti seperti Bob Lokman. Saya bangga abang Bob (Bob Lokman) dan Kak Aishah (Wan Aishah Wan Ariffin) menyertai Pas selepas mereka faham apa yang diperjuangkan.

“Sebelum masuk ke majlis seperti ini, orang bercakap macam-macam mengenai mereka, cakap tak sedar diri dulu dalam bidang seni sekarang baru berubah.

Namun bila bersama mereka tidak pernah mereka memburukkan sesiapa sebaliknya perkongsian sering berkisarkan agama, fardu ain, tentang kematian,” katanya.

Menurutnya, hasrat beliau kini ingin lebih dekat dengan agama selain menjadi insan lebih baik setelah melalui pelbagai pengalaman yang banyak mengajarnya erti sabar termasuk diberi jalan untuk berhijrah.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

 "Saya sendiri tidak suka melihat berlaku perpecahan antara orang Melayu serta sesama Islam," katanya.

Dalam majlis itu, Abby turut menerima senaskhah buku Munajat Pejuang yang disampaikan Mohd Nasir sebagai simbolik pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas Kawasan Kuala Kedah.

Butler Kecewa Terengganu Gagal Menang Di Tempat Sendiri


Terengganu sepatutnya menang ketika menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam kelmarin sekiranya dapat memanfaatkan peluang yang diperoleh mereka.

Jurulatihnya Peter Butler berkata Terengganu sungguh tidak bernasib baik kerana cuma mampu memperoleh satu mata dalam perlawanan yang berakhir seri 2-2 itu.

"Bagi saya keputusan itu tidak begitu menggembirakan kerana sepatutnyaTerengganu menang dalam perlawanan itu," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Menurut Butler Terengganu menguasai hampir keseluruhan perlawanan terutamanya dalam separuh masa kedua, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Terengganu ketinggalan 2-0 pada minit ke-5 dan ke-20 sebelum pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-40.

Gol kedua Terengganu diperoleh minit ke-57.

Bekas jurulatih Kelantan itu berkata beliau melihat ada sedikit kelemahan terutamanya di bahagian pertahanan dan masalah itu akan diatasi segera sebelum bertandang ke Kedah 30 Jun ini.

Sementara itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak menyifatkan keputusan perlawanan itu sebagai adil tetapi beliau terkilan kerana pasukannya hanya mencatat keputusan seri.

Orang Asli Kelantan, Terengganu Dilatih Kaedah Tanaman Getah, Ternakan Lembu

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menjayakan projek tanaman getah dan ternakan lembu di Kelantan dan Terengganu dalam usaha membasmi kemiskinan dan pengangguran dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Sani Mistam memberitahu, kegiatan ekonomi yang memberi pulangan jangka panjang itu diharap dapat membantu dalam mengubah kehidupan mereka.

Wednesday, June 27, 2012

Terengganu Ikat Kelantan 2-2, T-Team Kecundang Kepada Perak

Dua gol Faiz tidak cukup untuk tewaskan Perak
Episod malang terus melanda T-Team apabila kalah lagi, kali ini di Ipoh semalam.

Kebimbangan Yunus Alif terhadap persembahan anak buahnya semakin nyata apabila T-Team tumpas kepada pasukan di tangga ketiga liga, Perak.

Awal minggu ini, Yunus menyebut faktor mengingkari arahan dan hilang semangat juang dalam beberapa saingan Liga Super sejak kebelakangan ini antara sebab prestasi pasukan T-Team kian merosot hingga menjejaskan sasaran carta empat teratas.

Masalah membelenggu skuad penyu muda ini nyata menggusarkan jurulatih mereka, dalam mengharungi enam baki perlawanan liga (sebelum mnenentang Perak semalam) sebelum ia berakhir seminggu sebelum bermulanya bulan Ramadan (14 Julai).

Hadi...gol pertama
Jurulatih berusia 54 tahun ini memberitahu anak buahnya itu seolah-olah berada dalam keadaan 'tidak tenang' ketika berada di atas padang.

"Apa yang menyedihkan, pemain tidak mematuhi arahan dan mempraktikkan apa yang diajar apabila mengekang asakan pasukan lawan.

"Daripada pemerhatian saya, sejak kebelakangan ini mereka kehilangan semangat menyebabkan mutu permainan telah merosot," kata Yunus.

Perak pula meneruskan rentak kemenangannya semalam selepas mengalahkan T-Team 3-2 di Stadium Perak, Ipoh.

Tiga gol skuad Seladang dijaringkan Mohd Nazri Kamal pada minit ke-33, Mohd Failee Ghazali (minit ke-63) dan Albert Bodjongo (minit ke-66) manakala dua gol pasukan pelawat dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minit ke-19 dan 69.

Terengganu pula sekadar seri dengan jirannya, Kelantan dalam permainan menarik apabila terikat 2-2 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu malam semalam.

Red Warriors berjaya mendahului 2-1 dalam separuh masa pertama melalui jaringan Norfarhan Mohamad (kanan)pada minit keenam, diikuti oleh jaringan ketua pasukan, Piya pada minit ke-21 melalui sepakan percuma.

Terengganu bertindak balas dengan menjaringkan dua gol melalui Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-40 dan Mohamad Muslim Ahmad minit ke-50.

Kebimbangan Yunus mengenai pemain T-Team ternyata terserlah selepas akhir minggu lalu pasukan itu terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 bersama Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Dengan kekalahan itu, T-Team terus kekal tangga ketujuh dengan 28 mata mengekori Terengganu yang menduduki tangga keenam.

Selangor pula kini mengekori rapat skuad Perak selepas menumpaskan 'adik' mereka, PKNS Selangor 1-0 menerusi jaringan ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit-minit akhir separuh masa pertama di Stadium Shah Alam.

Sabah pula menamatkan rentetan kekalahan mereka dalam saingan liga selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Likas menerusi jaringan Jufrey Omopor pada minit ke-52.

Dua lagi pasukan, Sarawak dan Johor FC turut mencatatkan kemenangan tipis ke atas lawan masing-masing. Sarawak mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United menerusi jaringan pemain import dari Cameroon, Joel Epalle pada minit ke-38 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

 Johor FC pula mengalahkan Kuala Lumpur dengan keputusan sama menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-57 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Bersih 3.0 - Polis Malaysia Siasat Diplomat Singapura

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dan meneliti laporan pembabitan tiga diplomat Singapura dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara, pada 28 April lalu.

 Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas hasil siasatan dijalankan dan bentuk tindakan boleh diambil walaupun ada desakan daripada badan bukan kerajaan (NGO) supaya tiga diplomat itu dihantar pulang ke negara asal.

Tidak Jadi Cerai Selepas Sertai 'Bulan Madu Kedua'

Sebanyak 278 pasangan suami isteri yang menghadapi krisis rumah tangga mengikuti program ”Bulan Madu Kedua” anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak ia dimulakan pada 2009.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, pihaknya berpuas hati dengan program itu kerana tiada kes perceraian berlaku dalam kalangan pasangan yang menyertainya.


Malaysia Negara Paling Selamat Di Kalangan 19 Negara Berpendapatan Sederhana Tinggi

Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat dalam kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, Malaysia pada masa yang sama diiktiraf sebagai negara ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat (ke-13) dan Britain (ke-14).

"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di Johor Bahru semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.

Abdul Rahim berkata, berikutan pengiktirafan itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Awas Terengganu - Insentif Bakar Semangat Atlet Selangor


Atlet daripada kontinjen Selangor yang berjaya memperolehi pingat emas pada Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang bakal berlangsung di gelanggang sukan Malaysia Pahang akan menerima insentif sebanyak RM3,500.

Bagi Atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan akan menerima insentif sebanyak RM2,000 dan RM4,000 akan diberikan kepada atlet yang berjaya mengatasi rekod kebangsaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor mempunyai rekod yang sangat baik dalam setiap kejohanan Sukma dan yakin dapat pungutan pingat yang lebih baik walaupun kontinjen kali ini menyasarkan 50 pingat emas.


Minta Lucut Hak Milik Rumah Untuk Diagihkan Kepada Mereka Tiada Kediaman

Beginilah keadaan rumah yang dipercayai tidak mempunyai CF dan tidak dihuni sejak 10 tahun lalu di Taman Desa Salam, Kampung Limau Nipis, Marang.
Penduduk meminta Kerajaan Negeri melucutkan hak milik 300 rumah terbiar sejak 10 tahun lalu di Perumahan Taman Desa Salam di Marang  bagi membolehkan ia diberikan kepada golongan yang tidak mempunyai kediaman.

Seorang penduduk taman perumahan itu, Marzuki Mohd Yasoa, 33, berkata, sebanyak 500 unit rumah di kawasan perumahan di situ tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF). Bagaimanapun seramai 200 penduduk bertindak mendiami kediaman yang dibeli itu kerana bosan menunggu CF.


TerengganuFM Sasar Iklan RM1.18 Juta Tahun Ini

Stesen radio TerengganuFM yang semakin mengukuhkan kedudukannya dari segi populariti menyasarkan pendapatan iklannya mencecah kira-kira RM1.18 juta pada tahun ini.

Pemangku Pengarah Penyiaran Terengganu, Azizah Yusuff berkata, TerengganuFM menerusi ejen pemasarannya, Utusan Airtime yakin ia dapat dicapai dengan peningkatan keyakinan para pelanggan dan promosi lebih meluas.

"Sasaran pendapatan tersebut dilihat agak munasabah kerana TerengganuFM dan Utusan Airtime pernah mencapai perolehan tertinggi sebanyak RM948,903 pada 2008 dan cuma menurun sedikit kepada RM844,449 tahun lalu.


Nelayan Kurang Ke Laut, Harga Ikan Naik Mendadak

Harga ikan kembung, selayang, bawal dan kerisi yang melambung tinggi menyebabkan pengguna di bandar raya ini mengeluh kerana tidak mampu menanggung kenaikan harga.

Tinjauan Berita Harian mendapati ikan kembung kini dijual antara RM15 dan RM16 sekilogram (sekg) berbanding RM10 sebelum ini, selayang dari RM7 kepada RM10 sekg, ikan tongkol daripada RM8 ke RM12 sekg dan ikan kerisi dari RM8 kepada RM14 sekg.

Peniaga yang ditemui berkata, kekurangan bekalan berikutan nelayan tidak turun ke laut kerana faktor musim tenggara menyebabkan mereka terpaksa menjual ikan pada harga tinggi.


'Janji Ditepati' Tema Hari Kemerdekaan Tahun Ini, Hari Malaysia Disambut Di Sarawak

'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Polis Terengganu Bakal Miliki IPK Baharu di Bukit Besar

Polis Terengganu bakal memiliki Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) yang baru dengan proses pembinaannya dijangka bermula tahun depan.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata projek pembinaan IPK di kawasan seluas kira-kira 8.8 hektar di Bukit Besar di sini telah dibincangkan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerajaan negeri.

"Ia akan dibina di lokasi baru iaitu di Bukit Besar manakala Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kita akan kekalkan di lokasi asal iaitu di tengah-tengah bandar.


Tambahan RM1.2 Juta Untuk 80 Penyelidik Tahun Ini

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperuntukkan tambahan kira-kira RM1.2 juta sepanjang tahun ini, bagi membantu 80 penyelidik supaya terus aktif membuat kajian dan berupaya mempertingkatkan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Melalui peruntukan itu, setiap penyelidik layak memohon antara RM5,000 hingga RM15,000 bergantung kepada keperluan bahan kajian dan kertas kerja yang disediakan.

Ahli Peladang Bakal Temui Menteri Besar 5 Julai

Pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat, termasuk golongan belia, profesional, petani, imam bilal, nelayan, ibu tunggal dan pemandu teksi sudah ditemui Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said bagi membuktikan kerajaan negeri bersikap cakna dan prihatin.

Kali ini, Ahmad Said ingin bersua muka pula dengan kira-kira 5,000 ahli peladang sempena Program Himpunan Perdana Ahli Peladang Terengganu yang akan diadakan di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 5 Julai ini.

Dibelasah Penduduk Ketika Sedang Mencuri Buah Kelapa Sawit

Tindakan seorang lelaki yang cuba mencuri buah kelapa sawit di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gong Berangan dekat Kerandang, Jabi menemui padah apabila dia dicekup sebelum dibelasah penduduk.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin itu, suspek berusia 29 tahun cedera di beberapa bahagian anggota badan akibat dipukul orang ramai yang berang dengan kegiatan mencuri buah kelapa sawit yang berleluasa sejak belakangan ini.


Tuesday, June 26, 2012

Temubual Hambali Abdul Latiff Dengan Felo Penyelidik Matematik Gunaan, Azree Shahrel...


Azree di kampus University Cambrige...membanggakan rakyat Malaysia dan Terengganu
Felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom, Azree Shahrel Ahmad Nazri menjawab beberapa soalan dikemukakan blogger Hambali Abdul Latiff melalui www.hambali1.blogspot.com yang akan disiarkan esok.

Azree yang menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo berkenaan, memberitahu cita-citanya untuk berbakti kepada negeri Terengganu dan Malaysia amnya melalui kebolehannya.

Jangan lupa ikuti temubual berkenaan yang turut menyentuh mengenai harapan Azree terhadap atlet Terengganu yang akan bertanding pada Sukan Olimpik London 2012, Julai ini.

Kelantan Mahu 3 Mata Penuh, Penyokong The Red Worriors Serbu Stadium

Kehangatan pertembungan dua negeri berjiran, Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini bakal disemarakkan dengan kehadiran penyokong setia The Red Warriors.

Wakil kelab penyokong The Red Warriors Pasir Puteh, Zahadi Mohmad berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan lebih ramai penyokong setia Kelantan bagi menyertai aktiviti berkonvoi ke Kuala Terengganu. “Kebiasaannya kami dapat menghimpun sekitar 10 hingga 15 kenderaan.

“Namun kali ini kami berharap dapat mengumpul lebih banyak penyokong Kelantan bagi mengikuti konvoi ke sana.

“Penyokong yang berminat mengikut konvoi ini boleh berkumpul di Restoran Pak Ya Gear Box berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman, Pasir Puteh jam 3.30 petang ini. “Sekitar lima petang kita akan bertolak ke Kuala Terengganu,” katanya.

Zahadi atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Awi berkata, pihaknya akan mengagihkan makanan ringan kepada peserta konvoi ini.

Sementara itu,  Kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi mengingatkan rakan sepasukannya tidak mengambil mudah aksi menentang musuh tradisi, Terengganu dalam saingan Liga Super malam ini walaupun lawan dilihat tidak konsisten sejak akhir-akhir ini.

Katanya, skuad Penyu yang dikendalikan bekas jurulatih Kelantan, Peter James Butler itu mempunyai kekuatan tersendiri dan sudah membuktikan kemampuan pada musim ini apabila menjadi salah satu pencabar utama saingan domestik.

“Bagi saya peluang kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan seimbang. Seperti Kelantan, lawan turut mempunyai barisan pemain disegani seperti Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat serta penyerang berbisanya, Francis Forkey Doe.

“Namun, ia bukan alasan kepada kami untuk tidak tampil memberikan persembahan lebih mantap dengan tumpuan utama adalah meraih tiga mata penuh.

Walaupun corak permainan kami dikatakan ‘buruk’ dalam tiga perlawanan terakhir, paling penting adalah mencari sekurang-kurangnya 10 mata lagi,” kata perancang tengah itu.

Pemain berusia 30 tahun itu dijangka terus diberikan kepercayaan merencanakan permainan The Red Warriors ketika gandingannya di bahagian tengah, Mohd Shakir Shaari tidak dapat bermain pada pertemuan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kerana menjalani penggantungan kad kuning.

Kelantan juga dijangka kehilangan pemain sayap lincah, S Chanturu yang mengalami kecederaan namun ia bukan masalah yang besar buat gergasi Pantai Timur itu yang mempunyai barisan pemain simpanan berpengalaman untuk diturunkan.

Andai berjaya membawa pulang tiga mata dari Kuala Terengganu, Kelantan hanya memerlukan tujuh mata daripada baki lima perlawanan bagi mengesahkan kejuaraan Liga Super sekali gus menafikan usaha kelab Singapura, LionsXII yang bersaing buat kali pertama musim ini untuk membawa pulang trofi utama saingan bola sepak tempatan ke republik itu.

“Seboleh-bolehnya kami mahu menamatkan saingan musim ini secepat mungkin walaupun lawan selepas ini bukanlah mudah dengan Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Felda United menanti manakala aksi menentang Sarawak di Kota Bharu menjadi penutup tirai,” katanya.

Sinar Harian & Harian Metro

Piala Asia B22 - Harimau Robek Filipina 7-0

ROZAIMI (kiri) membuka jaringan skuad Harimau Muda pada aksi menentang Filipina semalam yang menyaksikan mereka menang 7-0.
Harimau Muda A mencatat kemenangan pertama Kelayakan Piala Asia B22 menewaskan Filipina 7-0 dalam perlawanan kedua kumpulan G di Stadium Aung San, Myanmar petang semalam.

Gol Malaysia yang dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman (m-3, 35, 62, 74), Fandi Othman (33), Wan Zaharulnizam (40) dan D Saarvindran (92) melengkapkan pesta gol skuad kendalian Ong Kim Swee.

Harimau Muda yang sebelum ini tewas 2-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama Sabtu lalu, bermula garang, dengan jaringan seawal minit ke-3 sebelum menambah tiga lagi jaringan pada babak pertama.

Monday, June 25, 2012

Mahkamah Persekutuan Putuskan Akta Hasutan Tidak Boleh Dicabar


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan perlembagaan dan kesahan Akta Hasutan 1948 tidak boleh dicabar.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin (gambar atas) berkata Perkara 4(2)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang sedemikian tidak boleh dicabar.


PDRM Perluas Rondaan Di Sekolah Seluruh Negara - Khalid

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperluaskan rondaan di sekolah seluruh negara terutamanya di kawasan berisiko bagi memantau keselamatan pelajar, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata anggota polis dengan bantuan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) akan melakukan rondaan di kawasan sekolah pada waktu pagi, tengah hari dan petang.


Persatuan Nelayan Tanam 100 Unjang Tarik Ikan Terkumpul

Muhammad Pehimi (dua Kiri) bersama ahli persatuan membuang unjang ke dalam laut sempena Program Amal Tanam 100 Unjang di Kampung Raja, kelmarin.
Ahli Persatuan Nelayan Kota Putera menanam 100 unjang untuk kawanan ikan di perairan luar taman laut Pulau Perhentian pada Program Amal Tanam 100 Unjang, di sini kelmarin.

Pengerusinya, Wan Mohd Zaki Wan Othman berkata, lebih 100 peserta berkumpul seawal jam 7 pagi di pangkalan bot Tanjung Lali dekat Kampung Raja Utara sebelum berkonvoi ke laut dengan menaiki 80 buah bot laju kira-kira jam 8.00 pagi.


UMT Anjur Majlis Anugerah Malim Ilmu 2012

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan Majlis Anugerah Malim Ilmu 2012 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, hari ini (25 Jun).

Majlis berkenaan yang merupakan kali kelima sejak ia diperkenalkan pada 2008, akan dirasmikan Naib Canselor UMT, Prof Dr Ibrahim Kommo.


APMM Bina Enpat Infrastruktur Di 4 Negeri, Termasuk Terengganu

Empat infrastruktur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah disiapkan di Johor, Terengganu, Selangor dan Pahang.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish dalam kenyataan pada Khamis berkata insfrastruktur itu ialah Pejabat Daerah Maritim, Tanjung Sedili, Johor; Daerah Maritim Kuala Terengganu; Stesen Udara APMM, Subang serta Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia, Kuantan, Pahang.

Mohd Amdan berkata prestasi APMM dijangka akan terus meningkat apabila pembangunan prasarana pangkalan, daerah serta lain-lain aset dapat disiapkan secara berperingkat.