Saturday, September 29, 2012

Pemimpin BN: Bajet 2013 Inisiatif 'Merakyatkan Pembangunan Dan Pentadbiran'

Bajet 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati", nyata memberikeselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, belia, pelajar, usahawan dan masyarakat desa.

Rata-rata pemimpin berpendapat belanjawan itu, yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini, adalah belanjawan untuk rakyat.

Menteri Besar Terenggganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Bajet 2013 adalah belanjawan yang dilihat amat bertepatan dengan inisiatif 'merakyatkan pembangunan dan pentadbiran' yang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu.

"Segala pembangunan, pentadbiran yang kita buat adalah demi rakyat dan inilah yang ditunjukkan dengan Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri (Najib) dan saya percaya ini belanjawan terbaik untuk rakyat Terengganu," katanya.

Ahmad Said berkata, banyak bantuan diberi secara langsung kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tunai RM500 diteruskan pemberiannya kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah selain diperluas kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.

"BR1M memberi impak positif kepada rakyat, maka amat baik ia diteruskan demi membela rakyat," katanya sambil menyifatkan pemberian itu menunjukkan keadaan kewangan negara yang kukuh.

Selain itu, katanya, peruntukan RM5.8 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terutama untuk meningkatkan tanaman padi bakal memperkasa sektor pertanian di Terengganu.

"Saya gembira sektor pertanian dapat perhatian kerajaan dalam belanjawan ini. Saya percaya sub-sektor pertanian lain seperti bioteknologi akan mendapat limpahan daripada belanjawan ini terutama projek Kertih Biopolimer Park di Kemaman yang kami sasarkan pelaburan RM7 bilion menjelang 2015," katanya.
 
Ahmad berkata, pemberian bonus kepada penjawat awam juga menunjukkan kestabilan ekonomi yang diperoleh negara hasil pemerintahan Barisan nasional sejak 55 tahun lepas.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula berkata, selain memuaskan hati semua lapisan rakyat, Bajet 2013 turut menggembirakan kerajaan negeri Pahang secara khususnya.

Ini kerana, katanya, belanjawan itu memberikan tumpuan terhadap beberapa perkara di Pahang terutama perhidmatan pengangkutan RapidKuantan dan penumpuan dua daerah sebagai kawasan jelapang padi negara.

Adnan berkata, penyediaan perkhidmatan pengangkutan bas Rapid Kuantan yang akan beroperasi bermula 1 Disember depan akan memudahkan lagi operasi pengangkutan awam di sini.

Menurutnya, untuk fasa pertama, perkhidmatan bas itu akan bermula dari Universiti Malaysia Pahang ke laluan bandar Kuantan di mana sebanyak 25 buah bas yang selesa akan disediakan untuk perkhidmatan itu.

"Selain itu kami gembira apabila akhirnya impian kami untuk melihat Pekan dan Rompin bergelar kawasan jelapang padi negara akan tercapai apabila perdana menteri mengumumkan perkara itu dalam Belanjawan 2013," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan projek itu, para petani di kedua-dua daerah itu dapat menikmati pelbagai insentif pertanian yang akan diberikan kerajaan kelak. "Langkah itu dilihat sebagai tindakan yang tepat pada masanya dalam menjamin bekalan makanan negara pada masa akan datang," katanya.

Secara keseluruhannya, Adnan berkata Belanjawan 2013 memberi faedah kepada semua pihak terutama rakyat di mana kerajaan memfokuskan kepada hal-hal rakyat seperti pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya.

 "Perdana Menteri prihatin dan realistik dengan mengambil kira semua fakta dalam menyediakan belanjawan ini dan dengan itu, Bajet 2013 ini berjaya memuaskan hati semua rakyat," katanya.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu berkata, negeri itu akan menikmati manfaat besar daripada Bajet 2013. Beliau berkata, Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar pasti akan memanfaatkan Perlis sebagai antara negeri pengeluar padi.

"Di samping itu, subsidi dan insentif yang diteruskan sudah pasti menjadi pemberian yang amat bermakna kepada para pesawah," katanya. Md Isa berkata, belanjawan itu turut memberi habuan kepada pelbagai pihak di Perlis termasuk pesara, orang kurang upaya, golongan belia dan pelajar.

Selain itu, katanya, skim perlindungan insurans berkelompok untuk para peniaga kecil juga akan turut memberi manfaat kepada negeri Perlis yang mempunyai ramai peniaga kecil.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula berkata, belanjawan itu adalah menyeluruh selain menampilkan kejujuran kerajaan untuk membawa kemakmuran kepada rakyat.

"Belanjawan itu meliputi semua penduduk negara ini. Semua isi rumah akan merasai faedah daripada Bajet 2013 sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, pemberian BR1M juga adalah sesuatu yang sememangnya dinantikan rakyat.

"Bantuan persekolahan RM100, baucer buku RM250 untuk pelajar universiti dan bonus untuk penjawat awam serta kenaikan pencen golongan pesara juga adalah berita sangat baik kepada semua. "Tahniah kepada kerajaan kerana sekali lagi mewujudkan bantuan berkenaan.

Saya sendiri merasakan kegembiraan rakyat bila mereka terima bantuan itu tahun lepas, dan bila ada lagi bantuan, ia amat disyukuri," kata Ahmad Bashah.

Selain itu beliau berkata, pengenalan beberapa inisiatif baharu seperti skim insurans berkelompok kepada peniaga serta penjaja kecil, taska perintis untuk orang kurang upaya dan rebat telefon pintar untuk belia adalah gambaran bahawa kerajaan sentiasa memikirkan kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pengenalan perlindungan insurans kepada golongan pesawah adalah langkah yang sangat baik.

"Bagi pihak pesawah, saya berterima kasih dengan inisiatif ini dan menyifatkan ia sebagai langkah yang sangat bijak diambil kerajaan yang tidak pernah membuat janji kosong," katanya. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri pula menyifatkan Bajet 2013 sebagai belanjawan yang realistik, komprehensif dan mesra rakyat.

Usaha kerajaan dalam meneruskan pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100 kepada 5.4 juta pelajar dan menaikkan kadar baucer buku kepada RM250 kepada 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan enam adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada golongan yang memerlukan, katanya.

Beliau berkata, pemberian diskaun 50 peratus kadar tambang komuter bagi pengguna berpendapatan kurang RM3,000 juga dapat meringankan bebanan golongan kelas menengah rendah.

"Pemberian bonus satu setengah bulan pula adalah pengiktirafan kepada golongan penjawat awam di atas kesungguhan mereka," katanya.

Walaupun pelbagai insentif dan habuan diberikan dalam bajet 2013, Rahim berkata, kerajaan komited mengurangkan defisit kepada 4.0 peratus dan mencapai pertumbuhan ekonomi 5.5 peratus meskipun ekonomi global mengalami suasana ketidaktentuan.

"Kekukuhan fundamental ekonomi negara adalah terjamin dan pelbagai langkah fiskal dan monetari yang dilakukan selama ini secara berhemat telah menjamin kekukuhan ekonomi negara," katanya.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula menganggap pemberian Elaun Cukai Pelaburan projek minyak dan gas adalah wajar kerana ia merupakan sektor penting daripada 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

"Belanjawan ini menunjukkan komitmen yang kuat kerajaan sehingga memberikan banyak insentif kepada pelaburan dan pembangunan hab minyak dan gas di negara ini dan sebahagian besarnya adalah di Pengerang," katanya pada sidang berita di Saujana, Johor Baharu. Bajet 2013 memberikan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus untuk tempoh 10 tahun bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum.

Sambil menyambut baik peruntukan RM1.9 bilion bagi pembinaan 123,000 rumah mampu milik, beliau berkata, kerajaan negeri akan meminda 40 peratus daripada rumah-rumah kos rendah yang dibina di bawah Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA) kepada rumah mampu milik bagi keluarga muda yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Mengenai penambahbaikan pengangkutan awam, beliau berkata, kerajaan negeri sudah menyiapkan pelan tindakan bagi pelaksanaan sistem pengangkutan Bus Rapid Transit (BRT) di Johor Bahru.

Secara keseluruhan, Abdul Ghani berkata Bajet 2013 itu adalah satu belanjawan yang bertanggungjawab yang dapat menyahut harapan rakyat di segenap lapisan.

Payang Walk Meriahkan Lagi Kuala Terengganu

Abdul Rahin (kanan) menunjukkan logo ‘Payang Walk’ pada sidang media, semalam.
Payang Walk’ yang bermula tiga hari seminggu, bakal menghidupkan suasana malam di Bandaraya Kuala Terengganu yang sebelum ini sepi tanpa pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, program dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan peniaga itu melibatkan laluan pejalan kaki bermula dari Pejabat Pos Besar Terengganu sehingga ke Simpang Jalan Banggol.

Menurutnya, laluan yang terlibat dengan acara itu akan ditutup kepada semua kenderaan bermula pada jam 6 petang hingga 1 pagi bermula Jumaat hingga Ahad.

“Pelbagai acara kebudayaan dari setiap daerah serta pameran dan jualan secara ‘bundle’ dibuka sepanjang laluan ‘Payang Walk’.

26 Pasar Raya, Pasar Borong Di Terengganu Turunkan Harga Barang

Sebanyak 26 pasar raya dan pasar borong di seluruh Terengganu menyatakan komitmen untuk menurunkan harga barang antara 10 dan 40 peratus bermula 1 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata kempen itu melibatkan kira-kira 100 jenis barang makanan antaranya ayam, ikan, minyak masak, gula, makanan bayi dan beras.

Antara pasar raya dan pasar borong yang terlibat ialah Kumpulan Pasaraya Econjaya, Pasaraya Pantai Timur, Tunas Manja, Emporium Hock Kee Seng, Astaka Shopping Centre, Sabasun dan Mydin Wholesale Hypermarket, katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu.

Thursday, September 27, 2012

Terengganu Harap Belanjawan 2013 Rancakkan Pembangunan Di ECER

Menteri Besar menjawab soalan wartawan mengenai harapan terhadap Bajet 2013
Kerajaan Negeri Terengganu berharap Belanjawan 2013 yang akan dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok (Jumaat), akan merancakkan pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat akan memperolehi kemudahan seperti pengangkutan lebih baik dan limpahan ekonomi yang besar hasil daripada kerancakkan pembangunan di kawasan itu.

"Kita harap Belanjawan 2013 dapat fokuskan kepada beberapa sektor penting di ECER seperti petroleum dan pelancongan," katanya menjawab soalan pemberita di Kuala Terengganu selepas mesyuarat Exco semalam.

ECER melibatkan tiga negeri, iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang serta Daerah Mersing, Johor, yang merangkumi kawasan seluas lebih 66,000 kilometer persegi dan melibatkan 3.9 juta penduduk.

Ahmad berharap Belanjawan 2013 nanti akan turut membantu meringankan beban hidup yang ditanggung rakyat.

"Kita tengok sekarang misalnya harga barang semakin tinggi jadi harapan saya Belanjawan 2013 dapat membentuk satu mekanisma bagi membantu rakyat mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau turut berharap Belanjawan 2013 nanti akan memberikan peruntukan kepada pembinaan dua projek di bandaraya Kuala Terengganu iaitu Projek Terengganu Bypass dan jalan bertingkat persimpangan Seri Iman di Kuala Terengganu.

 "Dua projek ini merupakan projek yang dapat melancarkan pengaliran trafik, terutamanya melibatkan pengguna jalanraya dalam perjalanan ke Kelantan dari Pahang atau arah sebaliknya.

"Saya percaya ia juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan rancak di Kuala Terengganu sekarang," katanya.

Busu Bahagia Miliki Tiga Isteri Terima Anugerah Khas


Busu (empat kanan) bersama tiga isterinya bergambar bersama ahli panel dan jawatankuasa program.
Membina mahligai bahagia bersama tiga orang isteri bukan satu halangan untuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan tugas sebaik mungkin sehingga melayakkan beliau menerima Anugerah Khas Pemimpin Masyarakat Keluargaku Bahagia.

Memegang jawatan sebagai Pengerusi JKKK Pantai selama 12 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek namun kepercayaan penduduk di kawasan berkenaan terhadap kewibawaannya mengukuhkan lagi kedudukan itu. Busu Yaacub, 67, mempunyai 13 anak dan 24 cucu menggalas tanggungjawab diamanahkan dengan baik walaupun terpaksa membahagikan masa bersama isteri pertama, Fatimah@Dayang Muda, 67, isteri kedua, Zainun Abu Bakar, 57 dan isteri ketiga, Aminah Ibrahim, 47.

ABC - Ahmad Said Minta Peminat Tidak Demo Sabtu Ini

Peminat bola sepak Terengganu dinasihatkan agar tidak meneruskan hasrat mengadakan demonstrasi bagi mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh meletakkan jawatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, mahu penyokong setia skuad Penyu itu agar tidak terus menyalahkan pengurusan persatuan berikutan prestasi hambar pasukan Terengganu musim ini.

Menurutnya, penyokong Terengganu sewajarnya tidak terlalu emosional sehingga mudah menuding jari dan menyalahkan pihak lain khususnya pengurusan PBSNT apatah lagi ketika pasukan itu tewas kepada pasukan lawan.


18 Acara Warnai Sambutan Hari Keputeraan Ke-50 Sultan Terengganu

Sebanyak 18 acara akan mewarnai sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-50 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bermula esok sehingga 21 Okt depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata acara tersebut akan berlangsung di Kuala Terengganu, Marang, Kemaman dan Setiu bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Mizan, pada 20 Julai, setiap tahun.

Katanya acara akan dimulakan dengan majlis solat hajat, bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Tengku Tengah Zaharah dan semua masjid di seluruh negeri.

BN Terengganu Yakin Menang Besar - Ahmad Said


Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memperoleh kemenangan besar pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan datang berdasarkan sokongan padu dan positif yang dipamerkan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata sokongan rakyat terutama peringkat akar umbi dilihat semakin kuat kerana mereka menyedari keupayaanBN yang telah membawa satu anjakan pembangunan kepada Terengganu berbanding masa lalu.

Gigit Polis, Buruh Dipenjara Dua Minggu

Mohd Nizar dipenjara dua minggu dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam selepas mengaku salah menghalang anggota polis menjalankan tugasnya.
Padah gigit jari polis, seorang buruh terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua minggu dan dikenakan denda RM1,000 atau sebulan lagi penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan, selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, semalam.

Tertuduh, Mohd Nizar Musa, 32, dari Kampung Batu Hampar, Manir, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan menggigit jari seorang anggota polis berpangkat Konstabel ketika ditahan dalam sekatan jalan raya.


RM2 Untuk Seekor Tikus Hidup Atau Mati

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.

Gagal Baharui Cukai Jalan, Lesen Memandu Undang Padah

Abdul Rahman Emang Anyie (dua, kiri) memeriksa cukai jalan yang telah tamat tempoh seorang penunggang motosikal dalam Ops Pengarah di Jalan Gong Badak
Individu yang tidak memastikan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan mereka dalam keadaan sah digunakan terdedah dengan risiko sukar mendapatkan tuntutan insurans sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata masih ramai pengguna jalan raya dilihat kurang sedar tentang kepentingan dan akibat sekiranya mereka gagal memperbarui cukai jalan dan lesen memandu.

"Kita lihat pemilik kenderaan di negeri ini masih memandang remeh perkara itu tanpa mengambil kira risiko yang bakal hadapi selain kena tindakan saman.

"Tahap kesedaran khususnya berkaitan pembaharuan cukai jalan, insurans dan lesen memandu di negeri ini masih belum tinggi. Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilakukan oleh pihak berkuasa namun pengguna jalan raya seolah masih tidak mengendahkannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Ops Pengarah di sekitar Gong Badak, semalam.

Abdul Rahman berkata kegagalan mereka berbuat demikian bakal berhadapan dengan tindakan saman atau disita kenderaan mereka jika dikesan oleh pihak berkuasa.

Katanya dengan adanya operasi secara berterusan di beberapa kawasan tumpuan atau di sekitar jalan-jalan utama yang kerap berlaku kemalangan, pihak berkuasa yakin tahap kesedaran itu mampu meningkat

Dalam operasi selama lima jam itu, sebanyak 264 kenderaan telah diperiksa dan 100 daripadanya telah diambil tindakan.

JPJ Teregganu juga mengeluarkan sebanyak 102 saman atas pelbagai kesalahan dan sebahagian besarnya membabitkan lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh manakala lapan buah motosikal turut disita dalam operasi itu.

Dalam pada itu juga, Abdul Rahman berkata daripada 98 buah motosikal yang diperiksa, 36 daripadanya telah dikenakan tindakan manakala sejumlah 37 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Kerajaan Terengganu Nafi Samsiah Awang Ketuai Jabatan Agama Negeri

Imbas kembali...laporan akhbar menyebut Shamsiah sebagai Pengarah JHEAT
Kerajaan Negeri Terengganu pada Rabu menafikan Samsiah Awang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) seperti dilaporkan oleh media pada awal bulan ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata Samsiah, 54, pada masa ini hanya menjalankan tugas sebagai pengarah jabatan itu dan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) JHEAT.

Terengganu Tubuh Pasukan Hoki Hadapi Saingan Liga Kebangsaan Musim Depan

Terengganu akan menubuhkan sebuah pasukan hoki negeri dibarisi pemain muda bagi persiapan menyertai Liga Hoki Kebangsaan, mulai tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, skuad hoki tersebut akan dikendalikan Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) dengan memperoleh dana daripada kerajaan negeri.

Seminar Minyak & Gas Terengganu 2012 Pada 9 Oktober

Seminar Minyak & Gas Terengganu 2012 untuk kontraktor, subkontraktor, perunding dan pembekal yang terlibat dalam sektor ini akan diadakan di Kuala Terengganu bagi memberi maklumat dan peluang dalam industri petroleum negara pada 9 Okt depan.

Seminar sehari di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, di sini anjuran bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMT) dan Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep).

Pengarah CIDB Terengganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata seminar itu merupakan satu platform bagi memberi pendedahan dan maklumat berkaitan industri minyak, gas dan petrokimia kepada peserta industri berkenaan.

Jumlah Keuntungan PPK Bukit Payong Meningkat Tahun Lepas Berbanding Tahun Sebelumnya

Keuntungan perniagaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Payong, Marang, pada tahun lepas meningkat kepada RM379,847 berbanding RM287,653 pada 2010.

Pengurus Besarnya Othman Muda berkata RM282,905 daripada jumlah keuntungan pada 2011 itu adalah keuntungan yang boleh dibahagikan kepada pemegang saham.

Wednesday, September 26, 2012

Muhyiddin Mahu Mandat Lebih Kukuh Diberikan Kepada BN Di Terengganu


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Terengganu memberi mandat lebih kukuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, menyatakan ini akan membantu parti itu membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan.

Beliau berkata kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dikuasai parti pembangkang di negeri ini agak kebelakang daripada segi pembangunan dan beliau berharap pengundi di kawasan itu memberi mandat kepada BN untuk melakukan perubahan.

Berucap pada majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di kawasan Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam yang dikuasai PAS, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad di Losong, beliau berkata kerajaan BN sudah terbukti berjaya menerajui dan memimpin negara ini sehingga maju dengan rakyatnya hidup aman dan harmoni.


Katanya rakyat harus berasa cukup bertuah kerana dapat hidup dalam suasana negara yang aman, dengan Malaysia telah menjadi negara yang hendak dicontohi oleh banyak negara lain

"Ini adalah suatu hakikat yang harus kita sedari dalam kita hendak menjadikan negara ini terus maju, negara dapat mengagihkan kekayaan kepada seluruh rakyat, (dan) hidup lebih sempurna," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata terdapat banyak negara yang sudah mencapai kemerdekaan lebih lama daripada Malaysia tetapi tidak dapat dibangunkan dan masih berlaku pergolakan dan pergaduhan kaum.

"Kemerdekaan tidak menjamin negara itu maju dan rakyatnya hidup aman dan selamat, sebab itu kita di Malaysia harus menghargainya, jangan ambil mudah soal ini kerana ini berlaku kerana ada usaha yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan kita yang diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional," katanya.


Katanya kerajaan BN sama ada di peringkat pusat atau negeri sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat dan mencari pendekatan untuk menyelesaikannya.

Pendekatan itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), bantuan persekolahan dan baucar buku kepada pelajar universiti, katanya.

 Timbalan Perdana Menteri berkata beliau percaya banyak lagi kehendak rakyat akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2013 seperti perumahan dan pendidikan.



Belanjawan 2013 akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat ini.

Bomoh Nikah Batin Kini DiDakwa Merogol


Selepas diberkas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana didakwa mengamalkan nikah batin dan memperdaya wanita untuk tujuan seks, seorang bomoh dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen di Seremban semalam atas tuduhan jenayah merogol seorang wanita pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Sombhah Abdullah, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Laporan Teganuku Mengenai Bomoh Yang Kini Dituduh Merogol...
Mengikut pertuduhan, Muhammad Sombhah didakwa merogol seorang wanita berusia 50 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ dekat sini pada pukul 3 petang hingga pukul 3.30 petang 28 Ogos lalu.

SM Sukan Gong Badak Bakal Lahir Lebih Ramai Ahli Sukan


Sekolah Sukan Bukit Nenas...
Sekolah sukan kedua di Gong Badak berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu, yang bakal beroperasi dua tahun lagi, dijangka melahirkan ramai ahli sukan bertaraf antarabangsa dalam tempoh enam hingga 10 tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembinaan sekolah sukan di kawasan seluas lapan hektar itu akan bermula tahun depan dengan peruntukan awal kerajaan persekutuan sebanyak RM25 juta.

Beliau berkata, sekolah sukan itu dijangka mampu menampung antara 800 hingga 1,000 pelajar dan akan mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa yang mampu melahirkan ahli sukan terlatih dan berkemahiran tinggi dalam bidang sukan.

Muhyiddin Saran PPD Turun Padang Kenal Pasti Masalah Setempat


Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) disaran turun padang untuk mengenal pasti masalah yang berlaku di kawasan mereka dan menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tinjauan mesra oleh PPD boleh menyelesaikan isu setempat dan mampu memupuk semangat kekeluargaan antara mereka dan guru, guru besar serta pengetua.

"Dalam konteks mengurus, kita tidak boleh lagi merancang pembangunan sekadar melihat dari jauh atau dari atas. Kita perlu turun melihat dan rasai sendiri pengalaman permasalahan yang berlaku terutama di kawasan pedalaman.


Ahmad Said Mahu Pengundi Wakaf Mempelam Berubah


Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said tidak pernah jemu mengharap agar masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam berubah dan memilih Barisan Nasional (BN) untuk kesinambungan masa depan yang lebih cemerlang.

“Setelah lebih 30 tahun dijajah oleh PAS, saya harap dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, rakyat dalam DUN Wakaf Mempelam tukar wakil rakyat Pas kepada BN untuk nikmati lebih banyak pembangunan

"Kita dah beri macam-macam bantuan kepada penduduk di DUN ini dan kita tidak minta balasan apa-apa kecuali satu undi bila tiba pilihanraya,” katanya di majlis Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di DUN Wakaf Mempelam yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Kuala Terengganu petang semalam.

Hanya Atlet Terbaik Layak Sertai LTdL 2013

Jurulatih skuad basikal lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman tidak akan terpengaruh dengan pencapaian rekod lampau, sebaliknya hanya memilih pelumba berdasarkan pencapaian semasa.

Aminuddin yang lebih mesra dengan panggilan Wak itu berkata, tidak adil untuk menilai prestasi pelumba berdasarkan pencapaian lalu.

Menurutnya, mereka yang gagal menyerlah pada kejohanan tempatan tidak akan berada dalam senarai pelumba ke Le Tour de Langkawi 2013 (LTdL 2013).


Muhyiddin Puji Kecemerlangan Terengganu Dalam Bidang Pendidikan

Muhyiddin bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong, Kuala Terengganu semalam.
Kecemerlangan Terengganu di bidang pendidikan hingga menjadi juara semua peperiksaan awam di negara ini, mendapat pujian daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.

“Kecemerlangan di bidang pendidikan di negeri Terengganu boleh menjadi contoh kepada negeri lain. Kejayaan ini agak sukar untuk ditandingan oleh negeri-negeri lain,” katanya.

Plastik - 100,000 Hidupan Marin Mati Setiap Tahun





Setiap tahun kira-kira 100,000 hidupan marin di negara ini mati akibat termakan, terperangkap atau terkena kesan pencemaran laut berpunca daripada sampah berunsur plastik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih membimbangkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 30,000 tan sampah berunsur plastik ke dalam laut, setiap tahun.

Akademi Golf di Terengganu Buka Penyertaan Kepada Pelajar Sekolah


Persatuan Golf Terengganu (PGT) mempelawa lebih ramai pelajar sekolah untuk menyertai akademinya yang dibuka bulan lepas.

Pesidennya, Ahmad Zubir Azhari berkata akademi tersebut yang terletak di Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR), di Kampung Tok Jembal, Gong Badak dekat sini sudah mempunyai 20 orang pelajar.

 "Akademi ini terbuka kepada pelajar-pelajar berumur antara 7 hingga 16 tahun lelaki dan wanita. Ia baru dibuka dan masih tidak ramai yang mengetahui mengenainya.

Peratusan Keluar Undi Pilihan Raya Kampus UMT Merosot?


Peratusan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang keluar mengundi tahun ini menurun kepada 45 peratus berbanding 63 peratus pada tahun lalu ekoran ramai calon pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT menang tanpa bertanding.

Bagaimanapun, proses pengundian yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, UMT itu berjalan lancar, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, proses pengundian bermula sejak jam 9 pagi di Dewan Sultan Mizan, UMT dan berakhir pada jam 5 petang semalam.

Adiq Husainie Kecewa Kategori Hadiah Shakam


"Mengapa perlu dibeza-bezakan kategori untuk memberi hadiah Shakam (Skim Hadiah Kemenangan Sukan),” tanya pelumba basikal negara, Adiq Husainie Othman yang nyata tidak puas hati apabila tidak mendapat sebarang imbuhan biarpun menyumbangkan pingat kepada negara.

Adiq menceriakan kem negara ketika beraksi di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Kuala Lumpur, Februari lalu, menerusi acara lebuh raya Bawah 23 Tahun dengan menghadiahkan pingat perak, pingat pertama negara selepas hampir lebih 20 tahun tiada pelumba mampu menyerlah dalam acara itu.

Polis Buru Lelaki Suspek Kes Gangguan Seksual

Polis kini memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes gangguan seksual ke atas seorang pesakit yang mendapat rawatan di sebuah klinik swasta, di Dungun pada 17 September lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K Manoharan berkata, gerakan itu dilancar sebaik polis menerima laporan. "Suspek adalah orang tempatan yang berusia 20-an dan polis percaya dia melarikan diri selepas tahu kegiatannya terbongkar,” katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.

TPM Umum Peruntukan Bina Dewan & Perbaiki Sekolah Di Terengganu


Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan sebuah dewan baharu di Kampung Panji, Wakaf Mempelam untuk memudahkan penduduk mengadakan aktiviti keramaian.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM430,000 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Losong, di Kuala Terengganu untuk memperbaiki dewan sekolah, surau, gelanggang dan menyumbang sebuah van sekolah.


UMTMeterai Perjanjian Dengan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Selasa menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia bagi membolehkannya menjalankan lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi.

Naib Canselor UMT Prof Dr Ibrahim Komoo berkata MoU itu juga akan membolehkan program pertukaran siswazah, petugas sokongan dan pakar penyelidikan dalam beberapa bidang termasuk geologi, geofizik, proses pantai, oseanografi fizikal, kimia dan biologi.

Penghuni Pusat Pemulihan Lari Dengan Kaki Berantai

Gara-gara tidak tahan dengan layanan ketika menerima rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah persendirian di Setiu, seorang penghuni pusat itu bertindak melarikan diri walaupun kakinya berantai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, polis berjaya menahan lelaki berusia 35 tahun itu setelah penduduk berhampiran sebuah chalet di Merang menghubungi polis setelah curiga dengan kehadiran lelaki itu kira-kira pukul 6 petang semalam.

PPNT Catat Untung Sebelum Cukai Lebih RM1.7 Juta Tahun Lepas

Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) dan dua anak syarikat di bawah kendalian kumpulannya telah mencatat keuntungan sebelum cukai untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis tahun lepas lebih RM1.7 juta.

Dua anak syarikatnya ialah KPT Peladang Sdn Bhd dan Pengangkutan Peladang Terengganu Sdn Bhd.

Keuntungan yang telah dicatat menunjukkan komitmen diberikan sepenuhnya oleh semua warga kerja PPNT daripada pengurusan tertinggi sehingga anggota pelaksana di peringkat bawahan untuk memastikan semua program dan aktiviti dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Tuesday, September 25, 2012

PBSNT - Penyokong Mahu Serah Memorandum Kepada Ahmad Said


Penyokong bola sepak Terengganu bercadang untuk menyerahkan satu memorandum yang ditandatangani beramai-ramai oleh penyokong kepada Menteri Besar Terengganu Datu Seri Ahmad Said.

Biarpun rombakan dan pengurusan baharu bola sepak Terengganu telah dibuat untuk musim depan, namun penyokong setia sang Penyu tetap mendesak agar pemimpin utama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengundur diri daripada pengurusan badan induk bola sepak negeri itu.

Rata-rata mereka meluahkan rasa ketidakpuasan hati melalui laman sosial Facebook sejak minggu lalu.

Lebih parah lagi, penyokong ini turut mengadakan kempen bagi mendesak pengunduran Yang Dipertua PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh selain menampal poster di merata tempat memuatkan gambar Che Mat di mana gambarnya dipangkah dan ditulis dengan perkataan ABC yang bermaksud "Asal Bukan Che Mat".

Rata-rata penyokong ketika ditemui berkata kredibiliti dan idea oleh Yang Dipertua PBSNT itu dilihat sudah tidak relevan bagi memajukan pengurusan bola sepak Terengganu.

Seorang penyokong tegar, Khairuddin Ismail, 37, berkata adalah wajar pemimpin nombor satu negeri itu mengundur diri kerana beliau sudah terlalu lama memegang jawatan itu di dalam persatuan. Katanya sebagai penyokong setia, mereka mahukan pucuk pimpinan baharu yang tampil dengan idea yang baharu serta jentera yang berkaliber untuk mentadbir persatuan.

"Kami hargai jasa dan pengorbanan beliau sepanjang memegang jawatan di dalam persatuan yang banyak kejayaan dikecapi namun kini kami hanya mahu melihat perubahan dalam arena bola sepak Terengganu," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi penyokong Rosamiza Omar, 46, turut meluahkan pendapat yang sama dan berharap pandangan para penyokong sedia didengari oleh pengurusan demi kesejahteraan pasukan bola sepak negeri.

"Kita tidaklah mendesak cuma mengharapkan idea ataupun cadangan serta kritikan kami dapat didengari untuk memperbaiki mutu bola sepak negara.

"Malah saya percaya jika pengurusan baharu menerajui PBSNT, pasti ramai anak Terengganu akan kembali menyarung jersi Skuad Penyu bagi mewarnai kembali pasukan itu," katanya.

Difahamkan kempen bertemakan "Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu" itu merupakan inisiatif daripada penyokong setia sang Penyu dan bukannya anjuran daripada mana-mana pihak mahupun persatuan.

Demonstrasi itu bertujuan bagi menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan satu rombakan dilakukan dalam pengurusan PBSNT.

RELA - Elaun RM1,200 Hingga RM1,500 Sebulan Untuk Rondaan Bersama


Seramai 10,000 anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang menyertai rondaan bersama pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menikmati elaun bulanan baru antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan bermula dua bulan lepas.

Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, elaun tersebut merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada anggota Rela bertugas yang kebanyakannya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkhidmat secara sukarela dengan elaun harian yang kecil.

PPD Tonggak Kejayaan Pendidikan Negara - Amin

Peranan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) akan lebih mencabar sebagai pendukung bagi merealisasikan pelan transformasi pembangunan pendidikan negara, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin.

Menurut beliau peranan PPD kini sudah berubah dan tidak lagi terbatas hanya kepada aspek akademik lebih-lebih lagi dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Juara Keseluruhan MMRC wakili Malaysia ke Piala Monsun 2012

Gambar Fail...Sirkit MMRC tahun lepas.
Juara keseluruhan Sirkit Match Malaysia (MMRC) akan dipilih mewakili Malaysia ke acara Piala Monsun 2012 di Terengganu pada hujung tahun ini.

Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (PPM) Kamaruzzaman Abu Kassim berkata acara MMRC kali ketiga itu akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini di Tanjung Leman, Mersing, Johor.

"Sirkit ketiga MMRC dan Marathon International 420 adalah antara acara baharu diperkenalkan dalam Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor 2012, yang akan berlangsung di Tanjung Leman bermula Jumaat ini.


Redang Destinasi Akhir 130 Peserta Luar Negara Malaysia Tourism Hunt 2012

Pulau Redang menjadi destinasi akhir pengembaraan enam hari yang dilalui 130 peserta `Program Malaysia Tourism Hunt 2012' selepas memulakan aktiviti itu dari Putrajaya sejak 20 September lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, program itu memberi impak yang baik dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

 “Saya menyambut baik program ini apatah lagi kita sedang membuat persiapan untuk Tahun Melawat Terengganu 2013.

"Saya Akan Dedah Salah Laku Karim' - Wan Hisyam

Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang baru, Datuk Wan Hisyam Wan Salleh akan tetap meneruskan niatnya mendedahkan salah laku Datuk Karim Ibrahim sepanjang beliau memegang jawatan sebagai timbalan presiden badan induk itu.

Katanya, ia akan diteruskan sebaik mendapat keputusan daripada ahli jawatankuasa persatuan.