Saturday, December 1, 2012

UMNO Tidak Takut Dengan Doa Bala PAS, Semoga Mereka Diberikan Hidayah


Umno tidak takut dengan doa 'KO BN" yang dilafazkan oleh Pas di Kota Bharu dua minggu lalu, yang mendoakan kehancuran pemimpin dan parti itu, kata perwakilan dari Kelantan pagi ini.

Mohd Affendi Yusof yang mewakili Umno Rantau Panjang yakin bahawa doa tersebut tidak dimakbulkan berdasarkan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Ra'd ayat 14 kerana bercanggah kaedah yang ditentukan oleh ALLAH dalam kitab suci itu.

"Pas doakan bala kepada Umno, Pas pernah doakan Umno dibutakan mata supaya tidak dapat melihat apa-apa selain bulan purnama. "Pas juga pernah doakan Perdana Menteri kita buncit perut. Terbaru Pas menyamakan Umno sama seperti firaun, dan akhirnya mendoakan kehancuran Umno.

"Doalah apa sahaja, kami tidak takut dengan doa Pas. Ini kerana kami bukan seperti puak-puak tersebut. Semoga mereka diberi hidayah," kata beliau ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Perhimpunan tahunan akan berakhir petang ini dengan ucapan penggulungan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Pas perlu didoakan supaya diberi hidayah dan petunjuk, kerana Pas parti ajaran sesat kerana mendoakan kehancuran sesama Islam.

"Berbeza dengan Umno kami berdakwah melalui Sunnah Rasulullah. Inilah cara yang dipilih oleh Umno, pendekatan berhikmah dan mengikut Rasulullah," katanya. Rabu lalu,

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendakwa Pas telah melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana melafazkan doa 'KO BN' pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu dua minggu lalu.

Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Murysidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Isla.

Sinar Harian

Royalti - Kerajaan Persekutuan Lakukan Jenayah Pecah Amanah?


 Terbongkar rahsia Petronas bayar lima peratus bahagian Kelantan kepada Pusat, namun Kerajaan tidak bayar kepada Kelantan...Melalui penjelasan ini terbukti Kerajaan Pusat telah lakukan jenayah pecah amanah kerana tidak menyampaikan apa yang diberikan Petronas” - Husam Musa

Petronas perlu menyerahkan wang royalti terus kepada Kerajaan Kelantan, bukan melalui Kerajaan Pusat, kata Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Katanya, menurut Akta Pembangunan Petroleum 1974, tidak ada klausa yang mengatakan syarikat itu boleh membayar wang royalti melalui Kerajaan Pusat.

Idris - GLC Perlu Laksana Sepenuhnya Agenda Pembangunan Bumiputer

Kerajaan perlu memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan sepenuhnya agenda pembangunan Bumiputera. GLC juga perlu diminta mempercepatkan proses penjualan anak-anak syarikatnya yang tidak kritikal kepada usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berkeupayaan.

Perkara itu disentuh wakil Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh ketika membentangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

"Mereka tidak harus sekadar melakukan aktiviti bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat," tegas Idris yang juga Ketua Umno Bahagian Besut.


Baiki Pusat Pemindahan Banjir Bermasalah

Tajul Ariffin (kanan) bersama jawatankuasa pemantau melawat pusat pemindahan di Kampung Padang Tapong dekat Jertih.
Pusat pemindahan banjir yang tidak sempurna akan dibaiki pulih oleh Kerajaan Negeri bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tajul Ariffin Mohamad berkata, sepasukan pegawai terdiri daripada wakil beberapa agensi peringkat negeri dan daerah pergi ke setiap daerah untuk untuk meninjau pusat pemindahan bermasalah.

Cerita 'Suami Garang' Gamatkan Persidangan Umno


Ahli Umno digesa supaya bersikap garang dan agresif terutama dalam menangkis pelbagai dakwaan pembangkang khususnya ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan Pemuda, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan ahli Umno supaya tidak hanya bersikap garang sesama sendiri ketika menyertai perbahasan namun takut untuk mempertahankan parti.

"Jangan jadi garang di sini sahaja, jangan garang sesama orang parti sahaja. "Tapi kita mesti garang ketika berhadapan dengan pembangkang.

Perhimpunan Agung UMNO Masuk Hari Terakhir, Najib Dijanga Menggulung 3 Petang

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat sempena Perhimpunan Agung Umno di Dewan Tun Razak 3, PWTC semalam.
Perhimpunan Agung Umno 2012, yang masuk hari terakhir hari ini, dijangka bertumpu kepada ucapan penggulungan para pemimpin Majlis Tertinggi terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti. Persidangan bersambung semula di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8.30 pagi.

Ia dimulakan dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh Ustaz Mohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan.

Penggulungan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan dijangka diadakan di sebelah petang oleh ketiga-tiga ketua sayap iaitu Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

15 Dikenal Pasti Sesuai Untuk Sukan Luncur Ombak Di Terengganu

Wan Ahmad (dua kanan) menerima cendeamata daripada wakil penganjur selepas hadir pada pelepasan peserta Pertandingan Sukan Luncur Ombak ke-2 di Pantai Batu Burok semalam
Kerajaan Terengganu mengenal pasti 15 lokasi di sepanjang pesisiran pantai negeri itu yang sesuai untuk penganjuran sukan luncur ombak.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata sehubungan itu, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana penganjur sukan pantai tersebut untuk mengadakan kejohanan sukan luncur ombak secara besar-besaran.

"Buat masa ini, kejohanan sukan luncur ombak ini masih dianjurkan di Pantai Batu Buruk dan 15 lokasi tersebut kini sering digunakan oleh anggota persatuan sukan luncur ombak untuk latihan mereka.


Kemaluan Disimbah Asid Disyaki Perkosa Gadis Bawah Umur

Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong, George Town petang kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di Georgetown semalam.

Golongan Artis Sokong Padu UMNO, BN

 
Perhimpunan Agung Umno 2012 turut mendapat perhatian golongan artis tanah air yang hadir menyatakan sokongan padu kepada Umno, kerajaan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia Datuk DJ Dave berkata anggotanya akan turun padang berkempen pada pilihan raya nanti untuk membantu jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi tentangan pihak lawan.

"Saya mengajak semua artis berganding bahu memberi sokongan dengan turun padang menjayakan program yang diatur kerajaan seperti kerja-kerja kebajikan dan pembangunan. Saya juga akan mengajak ahli-ahli bawah Yayasan Artis 1Malaysia ini membantu kerajaan," katanya.

Dua Lelaki Rompak Pelajar Malaysia di London Bebas


Dua lelaki yang dipenjarakan kerana merompak pelajar warga Malaysia semasa rusuhan di London pada tahun lalu dibebaskan, semalam.

John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London dan Reece Donovan, 25, didakwa merompak Ashraf Rossli, 21, selepas mereka berpura-pura mahu membantunya yang cedera akibat diserang di Barking, timur London, Ogos tahun lalu.

Susulan daripada insiden yang turut dikecam masyarakat antarabangsa itu, Kafunda dijatuhi hukuman penjara 51 bulan manakala Donovon dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan merompak dan melakukan tindakan ganas.

MB S'gor: DUN Akan Dibubarkan Mac Tahun Depan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.

Selangor juga akan menjadi negeri yang pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.

MBKT Bina Pontun Ganti Jeti Sementara Di Sungai Terengganu

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan membina sebuah pontun baharu menggantikan jeti sementara di sungai Terengganu bagi memudahkan orang ramai terutama yang tinggal di Seberang Takir berulang alik ke Pasar Pahang.

Datuk Bandar Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata pontun sumbangan Jabatan Laut itu adalah bagi menggantikan jeti sementara yang menggunakan tong minyak berlantaikan papan.

beliau MBKT menjangka pontun tersebut tidak mungkin lama ditempatkan di situ kerana kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah jeti yang lebih elok dan sempurna apabila kerja-kerja menambak tanah kawasan pinggiran sungai daripada Pasar Terapung hingga ke Pasar Payang siap kelak.

ABM Wilayah Timur Sasar Latih 1,070 Belia, 2,500 Pekerja Binaan


Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur menyasarkan muntukelatih 1,070 golongan belia dan 2,500 pekerja binaan pelbagai bidang sepanjang tahun 2013 sebagai usaha membekalkan lebih banyak pekerja kepada industri pembinaan negara.

Mulai tahun depan juga, buat julung kalinya ABM bekerjasama dengan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang akan menaja 400 belia di Terengganu untuk mendapatkan latihan kemahiran di akademi itu.

Bercakap di Kuala Terengganu, semalam,  Ketua Pegawai Operasi ABM, Maliki Endut berkata industri pembinaan dalam negara yang semakin berkembang pesat menyebabkan ketandusan tenaga kerja dalam beberapa bidang, terutama dalam industri minyak dan gas.

Felda Teliti Tindakan Saman Akhbar Pembangkang

Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut ekoran laporan berita muka hadapan Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' pada 27 November 2012 dan laporan Harakah bertajuk 'Minyak Sawit Jual ke Israel' bagi edisi 26 hingga 29 November 2012.

Bank Dunia - Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK Sebenar 5.1 Peratus pada 2012

Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar sebanyak 5.1 peratus pada 2012 dan 5.0 peratus pada 2013, demikian menurut satu laporan baharu Bank Dunia.

Pemantauan Ekonomi Malaysia yang dilancarkan kelmarin berkata, dengan dorongan permintaan domestik, ekonomi mungkin berupaya mengharungi persekitaran global yang lemah dan berkembang dengan kukuh tahun depan.

Laporan itu juga berkata reformasi struktur ekonomi yang semakin mengukuh merupakan kunci ke arah memastikan momentum pertumbuhan positif berlanjutan dalam jangka sederhana.

Friday, November 30, 2012

'Jangan Tukar Kerajaan' Bukan Ugut Rakyat, Demi Masa Depan Negara


Artis Malaysia, Jimmy Palikat (kiri) menyerahkan borang keahlian Umno kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua, kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (dua, kanan) pada Majlis Makan Malam Perhimpunan Agung Umno 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam semalam.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memberi peluang kepada pakatan pembangkang untuk memerintah negara, bukan bertujuan menakut-nakutkan mereka.

Beliau berkata pelbagai kepincangan pentadbiran di negeri di bawah pembangkang menjadi bukti mereka tidak berupaya membentuk kerajaan yang mantap untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

"Peringatan Perdana Menteri tentang perkara ini bukan untuk menakut-nakutkan. Kita tak boleh perjudikan masa depan negara hanya kerana kita nak mencuba. "Ini bukan masa depan kita sahaja tetapi juga melibatkan masa depan anak-anak kita," katanya mengulas ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata pentadbiran negara juga boleh menjadi porak peranda jika pembangkang memerintah, berdasarkan pertembungan ideologi yang dilihat dinegeri-negeri ditadbir pembangkang.

Pengamatan Muhyiddin dikongsi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan pembangkang sebagai tidak kompeten dalam aspek pentadbiran.

Hakikatnya pembangkang tidak membawa apa-apa kemajuan apabila diberi ruang untuk mentadbir negeri, tegasnya, sambil meminta rakyat supaya tidak menjadikan masa depan mereka dan anak cucu serta negara sebagai bahan uji kaji.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu idea menukar kerajaan jika inginkan pembaharuan 'dibasuh sebersih-bersihnya' daripada minda golongan muda.

Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M.Kayveas, rakyat diminta supaya tidak terpengaruh dengan budaya politik menipu pakatan pembangkang. "Mereka buat janji tapi tidak ditunaikan...gabungan PAS, DAP dan PartiKeadilan Rakyat hanya untuk nafsu kuasa saja," katanya.

Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ketidaksepakatan dan percanggahan pendapat yang sering berlaku dalam kalangan pembangkang menjadi isyarat jelas mereka tidak mampu memerintah negara.

Sementara itu, rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputera, diingatkan agar tidak mengambil risiko dengan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai 'uji kaji'.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat perlu mengamalkan politik yang cerdik dan matang serta tidak memperjudikan masa depan negara di tangan pembangkang

 "Secara ringkas kita hanya ada dua pilihan...sama ada kita akan bekerja kuatkekalkan kuasa dan berlaku adil kepada orang lain seperti kita buat selama ini,ataupun kita leka serahkan kuasa kepada orang lain dan kita berdoa orang lainberlaku adil kepada kita," katanya..
 
Bbeliau menyatakannya ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012, semalam.

Setiausaha Barisan Nasional Sabah itu juga berkata pakatan pembangkang tidak mempunyai jawapan atau strategi untuk Malaysia menghadapi cabaran globalisasi serta cabaran ekonomi dunia yang kian kompleks.

"Kalau pakatan pembangkang tidak ada jawapan saya minta mereka ketepi dan biarkan Barisan Nasional (BN) memberi jawapan kepada Malaysia," katanya.

Beliau juga turut mengusulkan setiap pemimpin dan anggota Umno serta komponen BN supaya melipatgandakan usaha menjuarai, merasai denyut nadi dan memenangi hati dan nurani rakyat.

Rosli Mat Hassan - 'Biar Diri Kita Muflis', Jangan Biar UMNO Muflis


Perwakilan pada Persidangan Umno 2012 diperkenalkan dengan 'kosa kata' baru iaitu 'ormas' - singkatan daripada perkataan 'organisasi masyarakat' bagi menggambarkan Umno sebagai parti yang terbuka.

Mahu agar parti itu terus mendekati masyarakat di semua peringkat, perwakilan Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, Umno hendaklah secara berterusan melibatkan rakyat dalam semua program tanpa menghadkan hanya kepada ahlinya sahaja.

"Saya nak perkenalkan perkataan baru kepada Umno...'ormas' iaitu organisasi masyarakat. Kita kena buat program libatkan semua struktur organisasi dalam masyarakat di peringkat cawangan dan bahagian agar mereka lebih mengenali kita, mengetahui matlamat dan dasar kita," katanya pada sesi perbahasan Persidangan Agung Umno 2012 di Kuala Lumpur pagi ini.

Kenaikan Royalti Minyak Beri Kesan Negatif - CEO Petronas


Permintaan untuk menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus akan memberi kesan negatif kepada industri minyak dan gas kerana langkah berkenaan akan mengurangkan keupayaan untuk melabur semula, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Beliau berkata lebih RM300 bilion perbelanjaan modal berisiko dalam masa lima tahun akan datang. "Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Petronas telah menyumbang kira-kira RM60 bilion secara purata setahun kepada negara dan ini merupakan purata 41 peratus kepada jumlah hasil kerajaan," kata beliau pada taklimat media semalam.

Wanita UMNO Terengganu Risau Pusat Asuhan Semai Kebencian

 Perwakilan Wanita mendengar pembahasan Ketua Wanita UMNO Langkawi, Halijah Puteh pada Perhimpunan Agong UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur., kelmarin.
Kerajaan diminta memantau penubuhan tadika atau pusat asuhan oleh pembangkang yang dikhuatiri menanam kebencian pada kerajaan.

Pembahas usul Pendidikan, Agama dan Sosial yang juga Pengerusi Tetap Wanita Bahagian Hulu Terengganu, Noor Asiah Mustaffa, berkata ia penting bagi memastikan pengaruh negatif tidak disemai kepada anak kecil.

“Kita juga khuatir ia akan melahirkan individu yang berperanan untuk menjelajah masuk ke kawasan luar bandar,” katanya.

Ayam Kampung Baka MARDI Dua Kali Ganda Lebih Kualiti

Kakitangan MARDI, Yusof Othman memberi makan ayam kampung baka MARDI yang dilancarkan sempena MAHA 2012 di Serdang semalam. 
Kualiti ayam kampung ternakan Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dilihat dua kali ganda lebih baik daripada harga ayam kampung kacukan.

Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Dr. Azizan Ab. Rashid berkata, daging baka ayam kampung pihaknya sudah teruji rendah lemak dan lebih pejal daripada ayam kampung kacukan yang biasa dijual di pasaran.

Jeremy, Hazwan Ke Pentas Akhir MMRC 2012


Pasukan Permai Hotel Match Racing yang diketuai Hazwan Hazim Dermawan dan pasukan KFC Malaysia/Koo Racing Team yang dikemudikan oleh Jeremy mengesahkan tempat ke pentas akhir Sirkit Terakhir Match-Racing Malaysia (MMRC) 2012 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong semalam.

Kedua-dua pasukan ini berjaya menyapu bersih ketiga-tiga pusingan yang dipertandingan pada pusingan separuh akhir yang berlansung petangsemalam.


Perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO Diteruskan Hari Ini

Perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO diteruskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur sebentar tadi. Wakil Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan memulakan perbahasan hari ini.

Pembahas lain ialah wakil Puteri, Asmaiza Ahmad; wakil Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Saibu; wakil Pahang, Mohamad Sahfri Abd Aziz; Selangor (Abdul Shukur Idrus); Negeri Sembilan (Datuk Jalaluddin Alias); Johor (Datuk Samsol Bari Jamali) dan Kelab UMNO Luar Negara (Ariff Yasir Zulkafli).

 Sementara itu, selepas solat Jumaat hari ini, usul ekonomi akan dibahaskan pada sebelah petang.

Petronas Catat Untung Lebih Rendah Bagi Tempoh Sembilan Bulan

Keuntungan sebelum cukai Petronas susut 5.7 peratus bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 Sept, 2012 kepada RM73.9 bilion daripada RM78.4 bilion.

Syarikat minyak dan gas negara itu bagaimanapun mencatatkan pertumbuhanperolehan sebanyak 1.8 peratus kepada RM214.2 bilion berbanding RM210.4 bilionsetahun lalu.

Semasa mengumumkan keputusan kewangan berkenaan, Presiden dan Ketua PegawaiEksekutif Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata prestasi tahun ini sehingga kini terjejas oleh cabaran operasi.

Penulis Buku Syed Hussein Al-Attas Dibebas Dengan Ikat Jamin


Penulis buku Syed Hussein Al-Attas yang ditahan pagi tadi ketika menjual buku beliau yang dikatakan menghina Sultan Johor, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66, telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata Syed Hussein, juga dikenali sebagai Pak Habib, 71, ditahan kira-kira pukul 11 pagi dan dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Jabatan Kesihatan Terengganu Bersedia Hadapi Banjir

Seramai 324 petugas Jabatan Kesihatan Terengganu bersedia untuk bertugas semasa musim tengkujuh kali ini. "Kesemua mereka akan dibahagi kepada 81 kumpulan dan dari jumlah itu, 41 kumpulan ialah pasukan perubatan dan 40 kumpulan pasukan kesihatan.

Pengarah JKNT Dr Anwa Sulaiman  berkata, pasukan perubatan akan memantau kesihatan mangsa-mangsa banjir di tempat pemindahan dan memberi rawatan bersesuaian manakala pasukan kesihatan akan memantau persekitaran tempat pemindahan seperti kebersihan air dan pengurusan pembuangan sampah sarap dan najis.

Jamshah - Unit Tindakan Ringan Bersedia Hadapi PRU-13

Jamshah Mustapa (kanan) berjabat tangan dengan salah seorang peserta Kursus Asas LSF Siri 1/2012 Kontinjen Terengganu di Dataran Kawad Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, kelmarin.
Seramai 128 anggota Unit Tindakan Ringan (LSF) dari tujuh daerah di negeri ini telah mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang situasi yang tidak diingini ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, bagi memperkemaskan jentera itu, 16 Seksyen LSF dari daerah Kuala Terengganu, Setiu, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Besut itu telah menjalani kursus selama 10 hari bermula 19 hingga 28 November lalu sebagai persiapan awal.

Koperasi Raih Untung RM22.1 Juta

Ahli Koperasi Homestay Teluk Ketapang.
Sebanyak RM22,108,311 keuntungan berjaya dikumpul oleh 504 koperasi berdaftar di negeri ini dengan keahlian seramai 234,179 sehingga akhir Jun lalu.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Haji Mohd Mazlan Deraman, berkata berdasarkan statistik pihaknya, jumlah keuntungan meningkat berbanding tempoh yang sama berakhir Disember 2011 (RM20,179,601.62) dan 2010 (RM16,383,473.69).

Utamakan Sijil Halal Makanan Majukan Perniagaan - MARA

Pengusaha makanan di negeri ini dinasihatkan supaya mengubah mentaliti dalam memajukan perniagaan, termasuk keperluan memiliki sijil halal dalam perniagaan mereka.

Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Mohd. Roslan Abd. Rahman berkata, ketika ini, kebanyakan pengusaha tidak berminat untuk memiliki sijil halal dengan alasan hanya melakukan perniagaan kecil dan selaku orang Islam, produk mereka tidak harus diragui.

Tiada Laporan Kes LGBT di Terengganu - JHEAT

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu mengesahkan amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dikatakan semakin menular di bandar kecil tidak begitu menonjol di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Omar Musa berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang bentuk aduan atau laporan bertulis mengenai kes berkaitan LGBT di negeri ini.

“Sekiranya tiada sebarang bentuk laporan bertulis atau aduan diterima mengenai sesuatu kes, ia dianggap bersih dan tidak menjadi amalan yang menular secara berleluasa dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Terengganu Catat 695 Kes Demam Denggi Dalam Tempoh 11 Bulan Tahun Ini

Kes demam denggi di Terengganu meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama ini dengan mencatatkan 695 kes berbanding 612 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Anwa Sulaiman berkata daripada jumlah itu, 649 kes adalah kes demam denggi biasa manakala 46 kes lagi adalah kes demam denggi berdarah.

"Kuala Terengganu mencatat kadar kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 255 kes diikuti Besut (123), Dungun (103), Kemaman (87), Hulu Terengganu (56), Marang (49) dan Setiu (22).

Enam Pengguna Jalan Raya Positif Dadah - JPJ


Hashim memeriksa lesen memandu pemandu lori pada Operasi Merentasi Sempadan JPJ Terengganu dan Pahang bersama agensi lain yang diadakan di SPK JPJ Kijal kelmarin.
Seramai enam pengguna jalan raya positif dadah ditahan sementara 11 karton rokok seludup dirampas manakala sebuah lori disita dalam Operasi Merentasi Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dan Pahang bersama beberapa agensi lain, yang dilakukan di Stesen Penguatkuasaan (SPK) JPJ Kijal kelmarin.

Malah, 125 kesalahan lalu lintas dan kesalahan teknikal dikesan JPJ dalam operasi bersepadu yang turut melibatkan Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kastam Diraja Malaysia dan Unit Parol Jabatan Penjara berkenaan.

Pelbagai kesalahan terbabit dikesan hasil pemeriksaan ke atas 1,643 buah kenderaan sepanjang operasi bermula jam 2 hingga 7 petang.

Lelaki Myanmar 'Perisik Kastam' Dibelasah Orang Awam Sebelum Ditangkap

Gara-gara menyamar sebagai pegawai risikan Kastam Diraja Malaysia seorang lelaki menerima padah setelah dibelasah sekumpulan penduduk Kampung Telaga Daeng, Sebarang Takir dekat Kuala Terengganu, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu suspek berusia 47 tahun bersama seorang rakan berusia 22 tahun pergi ke sebuah kedai runcit dan menggari seorang pembantu kedai berusia 22 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata kedua-dua suspek mengambil tindakan demikian dengan menunjukkan kad kuasa Kastam yang palsu selepas pembantu kedai tersebut enggan memberi mereka RM200 kerana didakwamenjual barangan seludup.

Thursday, November 29, 2012

UMNO Mahu Fahaman Sekular Liberalisme-Pluralisme DiTentang Habis-Habisan


Melihat bahayanya isu fahaman songsang liberalisme dan pluralisme agama yang semakin menular di negara ini, pemimpin dan perwakilan ketiga-tiga sayap parti Umno mahukan ia diberhentikan segera.

Kebimbangan penularan fahaman itu diluahkan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian persidangan serentak ketiga-tiga sayap parti itu malam kelmarin dan disambut para perwakilan pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri semalam sebagai satu ideologi yang harus ditentang habis-habisan kerana ia boleh merosakkan akidah dan menghuru-harakan negara.


Fahaman itu dipopularkan di negara ini oleh pemimpin pembangkang kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.

Apakah fahaman pluralisme dan liberalisme itu?

Menurut pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Anis Malek Thoha, dalam satu ceramahnya baru-baru ini, fahaman pluralisme adalah satu aliran untuk menyamatarafkan agama-agama atas alasan mengelak konflik antara agama.

Namun dalam Islam, fahaman ini merosakkan akidah kerana ia membelakangkan hukum akidah. Islam menggalakkan toleransi antara penganut agama tetapi soal akidah tidak boleh dikompromi.

Begitu juga dengan fahaman liberalisme agama yang menganjurkan agar umat diberi kebebasan untuk menyesuaikan agama Islam dengan zaman atas nama pembaharuan dengan mentafsir semula ajaran-ajaran Islam tanpa batasan yang ditetapkan oleh syariah Islam.

Perwakilan Wanita Umno Perlis Marzita Mansor mencadangkan agar kepimpinan parti menghimpunkan guru pondok dan ulama seluruh negara bagi tujuan memperjelaskan kepada masyarakat berkaitan isu liberalisme dan pluralisme serta politik bertopengkan Islam kerana ia boleh menggugat perpaduan ummah.

Beliau berkata fahaman yang hanya bertunjangkan kepentingan politik dan bertopengkan agama semata-mata itu menjadi satu kebimbangan sekiranya ia dibiarkan berleluasa tanpa adanya penerangan dan langkah pencegahan diambil pihak berkuasa.

"Kita harus memperjelaskan kepada rakyat bahawa jika fahaman yang sedang dipopularkan oleh pembangkang ini dibiarkan menular dalam masyarakat, umat Islam menjadi rosak dan hilang pedoman hidup, " katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pulau Pinang Shaikh Hussain Mydin berkata Pemuda memandang serius terhadap kegiatan pembangkang untuk memancing undi anak muda dengan mengajak mereka untuk menyokong fahaman pluralisme dan liberaslime.

Katanya anak-anak muda telah digula-gula dengan kononnya berjuang untuk bebas daripada fahaman ortodok dan fikiran mereka diracuni fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam.

Naib Ketua Puteri Shahanim Yusof berkata fahaman pluralisme dan liberalisme itu adalah satu ajaran yang menyesatkan umat Islam dan anak-anak muda yang terpengaruh akan percaya bahawa orang Melayu harus dibenarkan murtad dan mengamalkan sebarang agama yang mereka kehendaki.

Katanya disebabkan itu terdapat pemimpin pembangkang yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan menganggap golongan itu sebagai kelompok minoriti yang tertindas.

"Undang-undang negara yang tidak menghalalkan perkahwinan kaum sejenis dianggap sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka", katanya.

Beliau berkata Puteri Umno akan memperjelaskan bahana fahaman itu kepada rakyat demi mempertahankan akidah Islam.

Burukkan Negara Sendiri - Kelab UMNO Selar Pembangkang, Pemuda UMNO Kecam


Kelab UMNO Luar Negara semalam mendedahkan kegiatan pembangkang yang sering mengeluarkan maklumat salah terhadap UMNO dan dasar-dasar kerajaan persekutuan dalam laman web sosial dan laman blog.

Perwakilan Kelab UMNO luar negara yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat, Muhammad Haziq Syamin Abd Halim berkata, beliau sering melayari laman web sosial dan media dalam talian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Malaysia.

"Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak media online (dalam talian) dan laman web sosial yang dipercayai milik pembangkang sering melaporkan bahawa Umno parti yang tidak menegakkan Islam sebenar dan Islam di Malaysia dalam persengketaan," katanya  di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Puteri Terengganu Yakin Perjuangan Islam Umno Lebih Baik Berbanding PAS - Puteri UMNO


Sayap paling muda, Pergerakan Puteri Umno percaya Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam jauh lebih baik daripada PAS

 Pengerusi Biro Agama Puteri Umno Terengganu, Laila Mat Daud berkata, perkara itu dapat dilihat dengan jelas dengan pelaksanaan pelbagai program, aktiviti serta pembangunan rohani dan jasmani bagi memantapkan Islam tanpa menindas atau menidakkan hak kaum dan agama lain.

Di Terengganu, katanya kerajaan memperkenalkan program Khatam al-Quran yang mencatatkan peningkatan kanak-kanak tadika khatam al-Quran dari tahun ke tahun.

Hazwan Hazim Ungguli Pusingan Kelayakan Awal MMRC Di Pulau Duyong


Pasukan Permai Hotel Match Racing yang diketuai Hazwan Hazim Dermawan mengungguli pusingan kelayakan awal Sirkit Terakhir Match-Racing Malaysia (MMRC) 2012 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong di Kuala Terengganu, semalam.

Pada perlumbaan tiga hari bermula semalam , pasukan Hazwan Hazim, yang merupakan juara MMRC 2009, membuat kejutan apabila menyapu bersih empat pusingan selepas menewaskan pasukan pilihan, juga juara bertahan (2010 dan 2011), Jeremy Koo dari KFC Malaysia/Koo Racing Team yang merupakan pendahulu dalam tiga sirkit sebelumnya.

Skiper kelahiran Johor berusia 25 tahun ini turut mengenepikan cabaran bekas juara MMRC edisi 2008, Nurul Ain Md Isa (Ri-Yaz Heritage Sailing), Masyuri Rahmat (Royal Malaysian Navy Match Racing Team 1) serta pandatang baru, Mohd Saifullah Mohd Esa (Terengganu Sailing Team).

Kebajikan Masyarakat India Terus Dibela, Jangan Terpengaruh Dakyah Pembangkang

Masyarakat India tidak perlu terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang ingin menimbulkan kebencian kaum itu terhadap kerajaan, sebaliknya mereka patut berbangga kerana kebajikan mereka tidak pernah diabaikan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata Malaysia terus fokus terhadap pembinaan negara bangsa dan usaha itu memerlukan sokongan setiap rakyat tanpa mengambil kira, sama ada golongan minoriti atau majoriti.

"Kerajaan telah menyempurnakan segala keperluan dan kehendak masyarakat India dan bagi kaum India di Terengganu khususnya, mereka terus mendapat pelbagai limpahan nikmat pembangunan dalam pelbagai aspek terutama pendidikan dan kesihatan.

128 Plos Terengganu Tamat Latihan Kawad Tempur

Seramai 128 anggota dan pegawai polis Terengganu menamatkan Latihan Penyegaran Kawad Pengempur Ringan (LSF) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Wakaf Tapai semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata latihan itu adalah sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 mahupun sebarang rusuhan.

Terengganu Idam Juara Piala Emas 2012

Terengganu mahu menggondol Piala Emas Raja-Raja edisi ke-72 tahun ini setelah 12 tahun menunggu.

Kali terakhir Terengganu menjadi juara ialah pada tahun 2000.

"Tahun ini kita telah layak ke suku akhir menentang Pahang hari ini. Kita berharap akan mencipta kemenangan untuk ke saingan seterusnya bagi misi kemenangan kali ini," katanya.

Doktor Swasta Warga India Ditahan, Tidak Berdaftar Dengan MMC

Jabatan Kesihatan Negeri Johor semalam menahan seorang doktor rakyat India yang berkhidmat di sebuah hospital swasta di bandar raya ini kerana tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sebagai pengamal perubatan, di negara ini.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohd Khairi Yakub berkata, doktor wanita berusia 38 tahun itu ditahan dalam serbuan yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta Dr Haslina Zamani dengan kerjasama Jabatan Imigresen Johor, pada 11 pagi semalam.

Muzium Kemaman Dibuka Kepada Orang Ramai


Sebuah bangunan lama yang unik telah dijadikan muzium di negeri ini dan bakal menjadi tarikan baru kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengarah Muzium Terengganu, Mohd Yusof Abdullah berkata, bangunan dua tingkat itu adalah bekas ibu pejabat bijih besi yang dibeli oleh Malayan Banking.

“Bangunan berharga RM1 juta itu kita beli daripada Malayan Banking untuk dijadikan muzium yang akan menempatkan gambar tokoh-tokoh ternama di negeri ini,” katanya.