Saturday, June 15, 2013
Himpunan: 15 Individu Termasuk Kanak-Kanak Ditahan
Lima belas individu termasuk kanak-kanak lelaki 10 tahun ditahan selepas ingkar arahan bersurai dalam perhimpunan di hadapan pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman di semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13 lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak itu ditahan dalam perhimpunan bermula pukul 2 petang.
"Kita tahan mereka kerana tidak mahu bersurai bila diarahkan dan membuat gangguan awam di hadapan pusat membeli belah itu.
Terengganu Beri Amaran Tarik Pinjaman Pelajar Cetus Masalah
Kerajaan negeri Terengganu tidak akan teragak-agak menarik balik pemberian biasiswa atau pinjaman kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi tajaan Yayasan Terengganu (YT) sekiranya mereka menyalahgunakan media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata pihaknya akan memantau media sosial milik pelajar tajaan YT, bagi mengelak kejadian melampau seperti menghina Nabi, Islam, Institusi Raja dan Lagu Negaraku.
"Kita memandang serius perkara seperti ini kerana ia mencerminkan keperibadian pelajar terbabit yang akan menjadi pemimpin negara di masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering di Kuala Terengganu, kelmarin.
Pemantauan itu penting berikutan turutan kes menghina Nabi, agama Islam dan Yang Di-pertuan Agong sejak akhir-akhir ini, melalui laman media sosial. Ghazali berkata langkah itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu pelajar tajaannya hanya fokus terhadap pelajaran dan tidak bertindak mengikut emosi semata-mata.
"Bagaimanapun, sekiranya berlaku, yayasan akan menyiasat secara terperinci mengenai karakter dan masalah pelajar sebelum hukuman dikenakan.
"Jika ia hanya melibatkan kesalahan kecil, pasti kita hanya akan beri amaran, namun jika ia kesalahan yang melampaui batas, yayasan tidak teragak-agak membatalkan tajaan," katanya.
Untuk rekod, seorang pelajar IPT di negeri ini pernah mencetuskan provokasi dengan mengubah lirik Lagu Negaraku di Facebook pada tahun lepas.

Keputusan Mahkamah Berkaitan Petisyen PRU-13 Boleh Dirayu Di Mahkamah Persekutuan
Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan petisyen pilihan raya masih mempunyai ruang untuk merayu atau mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, menurut Sekyen 36A Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954, rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi.
"Pihak yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepadanya boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Penghakiman yang dibuat di Mahkamah Persekutuan adalah muktamad," katanya semalam ketika diminta mengulas perkara itu.
KSN Saran KSU, TKSU dan KP Buka Akaun Facebook, Twitter
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menyarankan semua Ketua Setiausaha dan timbalannya serta ketua pengarah membuka akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter masing-masing untuk berinteraksi dengan rakyat.
Beliau berkata, langkah itu juga membolehkan usaha menangkis fitnah berhubungperkhidmatan awam dapat dilakukan dengan segera.
Kebelakangan ini, katanya segelintir pihak menggunakan laman sosial untuk menyebar fitnah tentang kerajaan terutamanya perkhidmatan awam dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai laman sosial pasti boleh menangkisnya.
Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
Penyanyi baru Zzati, 20, menolak tuduhan kononnya dia menjadi punca, pemain bola sepak kebangsaan Wan Zack Haikal Wan Noor yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Ryukyu FC ingin kembali ke tanah air sebelum kontrak tamat.
Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid berkata, sebagai teman wanita penyerang Harimau Malaya itu, dia juga mahu melihat kerjaya Wan Zack berkembang pada peringkat antarabangsa.
"Perkara ini belum sahih lagi sama ada di pulang atau tidak kerana belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak lagi.
Suspek Dera Kanak-kanak 2 Tahun Di Kuala Terengganu Diberkas
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Kampung Taman Permint Permai, Bukit Chendering di Kuala Terengganu.
Lelaki berusia 28 tahun yang merupakan teman lelaki ibu kanak-kanak itu, ditahan pada pukul 1.40 pagi semalam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Merawang, Marang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan (gambar kiri) berkata lelaki yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Marang itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.
"Semasa ditahan, kami turut menjumpai sebuah motosikal yang dilaporkan dicuri di Kuala Terengganu dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine," katanya kepada pemberita kelmarin.
Pulau Bidong Bakal Dijadikan Pulau Warisan Negeri
Kerajaan Negeri Terengganu bercadang menjadikan Pulau Bidong, yang kaya dengan peninggalan sejarah selain keindahan alam semulajadi dan terumbu karang, sebagai pulau warisan negeri, sekali gus menjadi tarikan pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengkomersilkan pulau itu yang pernah menjadi tempat pelindungan pelarian Vietnam.
Felda Wilayah Terengganu Buka Pusat Kumpul Produk Usahawannya Bulan Depan
Felda Wilayah Terengganu akan membuka sebuah pusat bagi mengumpulkan produk yang diusahakan oleh usahawan dari 20 tanah rancangannya di negeri itu untuk dipasarkan.
Penolong Pengurus Besar (Komuniti) Felda Wilayah Terengganu Badariah Che Omar berkata pusat yang dinamakan Sawari (Satu Wilayah Satu Industri) itu akan ditempatkan di Pejabat Felda Wilayah Terengganu dan dijangka beroperasi bulan depan.
"Kita sudah ambil pekerja untuk ditempatkan di pusat pengumpulan produk berkenaan. Sebelum Sawari dibuka, kita akan hantar mereka (pekerja) berkursus dulu pada 21 Jun ini.

Pasar Tani Terengganu Catat Jualan Lebih RM11 Juta Dalam Tempoh Lima Bulan
Pasar Tani di Terengganu, yang dikendalikan Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), berjaya mencatat jualan RM11.7 juta dalam tempoh lima bulan tahun ini berbanding kira-kira RM10 juta tempoh sama tahun lepas.
Pengarah FAMA negeri, Hasan Jusoh berkata peningkatan ini mempunyai kaitan dengan beberapa program yang dikendalikan FAMA bagi menggalakkan orang ramai memilih pasar tani sebagai lokasi pilihan utama mendapatkan barang dan produk segar.
"Salah satu program adalah Jimat Belanja Dapur di mana pengurangan harga ayam sebanyak 70 sen seekor di setiap pasar tani FAMA seluruh Terengganu," katanya di Kuala Terengganu,kelmarin.

Portal Berita Tidak Akan Dilesenkan
Kerajaan tidak akan melesenkan portal berita seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura baru-baru ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menimbulkan sensitiviti kaum, agama dan bangsa khususnya melalui media sosial.
"Bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan bahawa mana-mana yang cuba menanam kebencian elemen rasis, agama, bahasa ataupun memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahupun cuba "subvert" sistem demokrasi berparlimen boleh diambil tindakan.
BN Fail 21 Petisyen Termasuk 'Sindiket Bayar Pengundi'
BN memfailkan 21 petisyen di mahkamah tinggi semalam bagi mencabar keputusan PRU13 lalu yang didakwa memihak kepada pembangkang.
Peguamnya, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata: “Kita telah mengadakan bengkel dua hari yang dihadiri semua peguam BN. Hasil perbincangan, kita mencapai keputusan kolektif untuk failkan 21 petisyen. “Keputusan ini dibuat agar kes yang dihadapkan ke mahkamah mempunyai asasnya.

Friday, June 14, 2013
Kerajaan Terengganu Peruntuk RM33.1 Juta Untuk Pembangunan Hutan Tahun Ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM33.1 juta kepada Jabatan Perhutanan negeri untuk mengurus dan melaksanakan sembilan projek pembangunan hutan tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia melibatkan pengurusan dan pembangunan sumber hutan, hutan lipur dan ekopelancongan, infrastruktur dan utiliti serta pemuliharaan sumber.
"Itu adalah di antara projek-projek utama yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan di bawah peruntukan tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarbangsa peringkat negeri 2013 semalam.
YPU-Gabem Anjur Program Penerangan Pembiayaan Perniagaan Di Kemaman Esok
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dengan kerjasama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan menganjurkan Program Penerangan Pembiayaan Perniagaan (4P), bertempat di Majlis Perbandaran Kemaman, esok.
Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata program itu bertujuan menyediakan platform kepada usahawan Bumiputera berinteraksi dan mendapatkan maklumat mengenai peranan agensi pinjaman perniagaan.
"Antara pembentang yang hadir, adalah dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Terengganu Kecewa Acara 'Lubuk Emas' Tidak Disenaraikan
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terkilan dengan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di Kuala Lumpur 2013 yang memansuhkan beberapa acara popular, yang dikhuatiri akan menjejaskan peluang Terengganu meraih banyak emas.
Antara acara yang dijangka tidak dipertandingkan ialah kenu serta berbasikal, yang menyumbang kepada perolehan pingat emas kepada Terengganu pada Sukma sebelum ini.
Jabatan Kesihatan Terengganu Ambil Langkah Berjaga-jaga Cegah Virus Kencing Tikus
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan terhadap virus kencing tikus (Leptospirosis) yang didakwa berlaku di Pulau Bidong.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata antara langkah yang dijalankan di pulau itu ialah penilaian risiko persekitaran yang meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus.
"Kami juga membuat penilaian ke atas kemudahan sanitasi yang disediakan seperti tandas dan bilik mandi serta pengurusan air di permukaan serta sisa air limpah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri Terengganu semalam.
Dua Penggiat Seni Hadapi Masalah Kesihatan Akan Diberi Sumbangan
Kerajaan negeri Terengganu akan memberi sumbangan kepada dua penggiat seni di negeri ini yang kini menghadapi masalah kesihatan.
Mazlan Zakaria (kiri) atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da yang bergiat dalam bidang teater dan Hapsah Jusoh (kanan) yang bergiat dalam bidang nyanyian, masing-masing akan menerima RM10,000 seorang.
"Mereka sekarang mempunyai masalah kesihatan. Jadi mesyuarat exco hari ini bersetuju untuk meluluskan bantuan masing-masing RM10,000 bagi mengenang jasa mereka dan meringankan beban yang ditanggung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kelmarin.

ASNB Umum Agihan Pendapatan 6.80 Sen Bagi Amanah Saham Didik
Amanah Saham Nasional (ASNB), unit milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Jumaat mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.80 sen seunit bagi Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2013.
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu meningkat 0.20 sen berbanding 6.60 sen seunit yang dibayar pada tahun sebelumnya.
"Agihan pendapatan berkenaan akan melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM307.36 juta, kenaikan sebanyak 11 peratus daripada tahun lepas yang berjumlah RM276.92 juta," kata beliau pada sidang akhbar di Kuala lumpur.
Agihan itu akan memberi manfaat 340,947 pemegang unit yang secara kolektif memiliki 4.5 bilion unit ASD.

Penagih Dadah Wanita Berkurangan?
Pelaksanaan program transformasi secara radikal oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya mengurangkan bilangan wanita yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah di negara ini.
Penolong Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK, Ahmad Nazir Long berkata, menerusi transformasi program rawatan dan pemulihan AADK sejak tahun 2011, jumlah penagih wanita di seluruh negara menurun kepada 195 orang pada tahun 2011 berbanding 580 pada tahun 2010.
FAM - Tiket Akhir Piala FA MUla Dijual 25 Jun
Tiekt bagi perlawanan akhir Piala FA di antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) akan mula dijual pada 25 Jun ini di negeri masing-masing.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tiket-tiket akan diagihkan kepada Kelantan Dan Johor pada 24 Jun ini.
"Sebanyak 30,000 tiket akan diagihkan kepada setiap negeri dan baki sebanyak 27,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 28 Jun, pukul 9 pagi sehingga hari Sabtu sebelum perlawanan.

Terengganu Sedia Pertahan Kejuaraan Sukma Untuk Kali Kelima
Terengganu kini telah bersedia mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) untuk tahun kelima berturut-turut setelah beberapa strategi dan perancangan rapi telah disusun bagi menghadapi kejohanan edisi ke-16 itu di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat berkata, walaupun banyak acara popular yang boleh mendatangkan kemenangan kepada atlet negeri itu seperti sukan kenu dan berbasikal tidak diadakan, namun dengan suntikan semangat yang berterusan kejuaraan mampu dicapai.
"Walaupun tidak ada acara pilihan tapi dengan persiapan awal yang rapi, kita yakin mampu pertahankan kejuaraan yang telah disandang empat kali berturut-turut itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu, kelmarin.

Empat Warga Mexico Pura-Pura Menolong Tetapi Mencuri
Kehadiran empat warga negara Mexico termasuk seorang wanita melancong ke negeri ini rupa-rupanya mempunyai muslihat lain apabila mereka diberkas polis kerana mencuri Isnin lepas.
Keempat-empat mereka berpura-pura menolong seorang ahli perniagaan wanita yang tayar keretanya pancit di tempat letak kereta di hadapan sebuah pasaraya di Kuala Terengganu sebelum mencuri wang tunai wanita itu kira-kira RM13,000.
Bagaimanapun atas kecekapan polis, kesemua suspek berusia 30 hingga 80 tahun itu tidak sempat berjoli apabila diberkas lima jam kemudian di Jalan Astaka, Kuala Berang dekat Kuala Terengganu.

Boeteng Dijangka Kembali Menjalani Latihan Hari Ini
Misteri kehilangan pemain tengah George Boateng yang tidak menjalani latihan bersama pasukan T-Team hampir sebulan lalu terjawab apabila pemain itu dijadual kembali semula hari ini.
Difahamkan bekas pemain Hull City itu telah memaklumkan kepada seorang pegawai pasukan yang beliau memohon cuti tambahan selama 10 hari untuk proses pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abd Rasid Jusoh berkata pemain import itu ada menghubungi pegawai pasukan berhubung kelewatannya pulang ke pangkuanpasukan dan memaklumkan akan pulang ke Terengganu selepas selesai menjalani rawatan di England.
10 Buah Rumah Bekas Tentera Dibaik Pulih
Seramai 40 ahli Srikandi Negeri Kelantan bergambar bersama ketika mengadakan lawatan ke pejabat PBTM Negeri Terengganu di Wisma Pahlawan. Sebanyak sembilan buah rumah dibina baru dan 10 buah rumah dibaik pulih pihak kerajaan kepada bekas anggota tentera di Terengganu di bawah Program Membaiki Rumah, Strategi Lautan Biru (NBOS) Ke-7 pada tahun ini.
Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Terengganu, Abdullah Che Muda, 64, berkata, dia difahamkan rumah bina baru dan dibaik pulih tersebut dipilih daripada keseluruhan 200 rumah bakal dibina dan dibaik pulih seluruh negara.
|
“Bagaimanapun, kita masih belum membuat pemilihan rumah bekas anggota tentera untuk dibina baru dan dibaiki dan kita akan menyerahkan kepada peringkat cawangan untuk membuat pemilihan,” katanya kepada semalam.
Murid Hidap Penyakit Sendi Lembik Dapat Bantuan Kerusi Roda
Seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit sendi lembek Rabu mendapat perhatian kerajaan negeri Terengganu yang menghulurkan bantuan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak terutama semasa di sekolah.
Nur Fatihah Abdul Karim, 12, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Payung di Marang, menghidap penyakit itu sejak dilahirkan.
"Saya sungguh gembira mendapat kerusi roda baharu yang diberi kerajaan hari ini. Dengan kerusi ini bolehlah saya bergerak dengan lebih selesa kerana ia automatik," katanya kepada pemberita ketika menerima kerusi roda yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Penerangan Terengganu Anjur Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri
Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) akan menganjurkan pertandingan pidato 1Malaysia peringkat negeri di Institut Pendidikan Guru Kampung Datuk Razali Ismail, Batu Rakit dekat sini pada 22 Jun ini.
Pengarah JPNT Azizah Awang berkata program tahunan ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman orang ramai mengenai dasar negara.
"Ia khusus dalam Gagasan 1Malaysia selain memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan pelbagai kaum," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

Sukma - Terengganu Tidak Letak Harapan Tinggi Raih Pingat Dalam Sukan Woodball
Persatuan Woodball Negeri Terengganu meletakkan sasaran sebuah pingat tanpa mengira warna pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 7 Julai depan.
Presidennnya Salim Mahfudz berkata sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan pengalaman terhad dan pencapaian semasa yang memberangsangkan pasukan negeri dalam beberapa kejohanan tempatan. Katanya, pasukan negeri dibentuk pada tahun lepas memandangkan sukan tersebut adalah antara beberapa sukan baharu yang diperkenalkan dalam Sukma edisi kali ini.

Wednesday, June 12, 2013
BN, PKR Fail Petisyen Pilihan Raya, BN Terengganu Fail Dua Petisyen
Calon BN yang kalah di Rantau Abang |
Wakil jurucakap BN, Che Awang Salleh berkata petisyen itu difailkan pada pukul 11.30 pagi oleh Tetuan Rafaei & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Kira-kira 100 penyokong BN hadir di perkarangan kompleks mahkamah ketika petisyen difailkan.
Kelmarin, PAS Terengganu memfailkan dua petisyen PRU-13 bagi DUN Hulu Besut dan DUN Kuala Berang atas alasan utama berlaku amalan rasuah.
Calon BN kalah di Teluk Pasu |
Di IPOH, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak memfailkan dua petisyen PRU13 di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan sebagai tidak sah dan batal keputusan bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.
Petisyen pertama difailkan menerusi peguam Madhi Hasan yang juga bekas calon PKR bagi kerusi itu. Petisyen kedua menerusi peguam Chong Kok Yew yang mewakili pengundi Bagan Datoh, Azmi Sulaiman.
Kedua-dua petisyen difailkan pada pukul 3.15 petang ini. Madhi, Naib Pengerusi PKR Perak, berkata petisyen itu difailkan atas dakwaan berlaku perbuatan rasuah serta perbelanjaan berlebihan oleh calon lawan yang merupakan satu kesalahan pilihan raya.
Pada pilihan raya itu, Madhi ditewaskan oleh calon BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meraih majoriti 2,108 undi. PKR hanya menang lima daripada 19 kerusi DUN Perak yang ditandinginya manakala bagi kerusi parlimen pula, parti itu menang tiga daripada sembilan yang ditandingi iaitu Lumut, Sungai Siput dan Gopeng
Di KELANTAN, PKR turut memfail dua petisyen di mahkamah sama untuk mengisytiharkan keputusan PRU-13 bagi kerusi Parlimen Machang dan Ketereh sebagai tidak sah dan batal.
Petisyen bagi kerusi Parlimen Machang difailkan oleh calon parti itu Wan Zawawi Wan Ismail yang kalah
Calon BN yang menang di Ketereh |
PAS pula memfailkan satu lagi petisyen pilihan raya hari ini melibatkan kerusi DUN Selising apabila calon BN Zulkifle Ali menewaskan calon PAS Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.
Petisyen itu difailkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Selising, Semsudin Muhammad. Petisyen dari PKR dan PAS difailkan melalui Hisham Fauzi Associates. Semalam, PAS memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi DUN Air Lanas dan DUN Kok Lanas.
Di MUAR, BN Johor memfailkan tiga petisyen di Mahkamah Tinggi bagi permohonan supaya diisytiharkan sebagai tidak sah dan batal keputusan PRU13 melibatkan satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN. Kerusi Parlimen itu ialah bagi kawasan Batu Pahat sementara kerusi DUN ialah Parit Yaani dan Penggaram.
Calon-calon BN yang tewas di kerusi Parlimen Batu Pahat ialah Dr Mohd Puad Zarkashi, di DUN Parit Yaani ialah Teo Yew Chuan dan DUN Penggaram Dr King Ban Siang.
Di JOHOR BAHARU, BN memfail dua petisyen terhadap keputusan pilihan raya umum berkenaan bagi DUN Stulang dan DUN Puteri Wangsa. Calon BN yang tewas di Puteri Wangsa ialah M. Soorianarayanan; di Stulang, Chong Chee Siong.
Di MELAKA, BN negeri memfailkan dua petisyen di Mahkamah Tinggi di Ayer Keroh untuk memohon perisytiharan keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru sebagai tidak sah dan batal.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata petisyen itu dikemukakan melalui panel peguam Tetuan Rosfinah & Co dan turut dibantu oleh Adli & Co. Beliau yang juga bekas Ketua Menteri hadir ke mahkamah tersebut bersama dua peguamnya bagi memfailkan petisyen.
Mohd Ali yang bertanding bagi kerusi Parlimen Bukit Katil tewas kepada calon dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan majoriti 5,447 manakala Ketua Pemuda BN Melaka, Karim Yaacob yang bertanding bagi DUN Bukit Baru (dalam Parlimen Bukit Katil) kalah tipis dengan majoriti 48 undi kepada calon dari Pas, Dr Khalid Kassim.
Di KOTA KINABALU, calon BN yang kalah kepada calon PKR Datuk Lajim Ukin pada PRU13 turut memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan bagi kerusi negeri Klias. Ketika ditemui pemberita, calon berkenaan Isnin
Calon PKR yang kalah di Parlimen Beaufort |
Aliasnih berkata petisyen tersebut difailkan pada pukul 1.00 tengah hari.
Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Beaufort itu enggan memberi sebarang maklumat lanjut mengenai petisyen itu, tetapi berkata akan mengeluarkan kenyataan kemudian.
Lajim turut memfailkan pada pukul 3.00 petang, petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan keputusan parlimen Beaufort.
Beliau kalah kepada calon BN Datuk Azizah Mohd Dun pada kerusi Parlimen itu.
MP Gesa DAP, PAS Pulau Majlis Angkat Sumpah
Ahli parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin semalam menggesa Pakatan Rakyat mengambil langkah berani untuk melawan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya dengan memulaukan majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat.
Menurutnya, pemulauan tersebut sebagai "simbolik" bagi menunjukkan bahawa Pakatan serius dalam menyelesaikan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Beliau mengulas keputusan rakan gabungan DAP dan PAS yang menolak gesaan untuk memboikot majlis angkat sumpah atau sesi baru yang bermula pada 24 Jun ini.

Kerjasama Tatiuc - Institut Teknologi Shougang Lahir Tenaga Mahir Industri Keluli
Kolej Universiti Tati (Tatiuc) mengambil langkah proaktif dalam usaha menangani masalah keperluan tenaga mahir dalam industri keluli apabila menjalinkan memorandum perjanjian (MoA) dengan Institut Teknologi Shougang (SGIT), China, kelmarin.
MoA ditandatangani Rektor Tatiuc, Dr Junaidi Ibrahim dan Naib Presiden SGIT, Mr Wang Chuanxue, di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Encik Ghazali Taib; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abdul Razak Ismail dan Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Encik Bazlan Abd Rahman.
Setiu Wetlands Wajar Jadi Taman Negeri
Tanah lembap seluas 230 kilometer di Setiu (Setiu Wetlands) wajar dibangunkan sebagai taman negeri bagi memulihara ekosistem alam semula jadi kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata adalah cukup rugi jika khazanah alam yang terdapat di Setiu Wetlands diabaikan dan dibiarkan tanpa pengawasan.
130 NGO Melayu Islam Desak Mansuh Sekolah Vernakular
Sebanyak 130 buah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam di sini semalam mendesak kerajaan agar memansuhkan sekolah-sekolah vernakular di negara ini. Desakan tersebut dilakukan kerana sekolah-sekolah itu merupakan batu penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan sekolah.
BN Fail 21 Petisyen Pilihan Raya - Tengku Adnan
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hari ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata BN pada mulanya merancang untuk memfailkan 50 petisyen, namunatas faktor ingin menjimatkan masa mahkamah dan mengelak perbelanjaan yang tidakmunasabah, jumlah itu dikurangkan kepada hanya 21.
"Setelah mempertimbangkan nasihat yang diberi oleh pasukan petugas khas undang-undang, maka BN memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azizul Gembira Walaupun Belum Capai Prestasi Terbaik
Pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gembira beliau mampu memberi saingan walaupun belum mencapai prestasi terbaik.
"Saya datang ke kejohanan ini (Siri Grand Prix Asia Tenggara) semata-mata untuk latihan. Saya tahu kejohanan ini saingannya agak kuat juga khususnya daripada pelumba-pelumba Australia, jadi saya tak mahu lepas peluang untuk mencuba.
"Saya pun baru tiba dari Australia semalam sebab baru sahaja selesai peperiksaan universiti. Sebab itu juga saya hanya sertai satu sahaja acara di sini," katanya ketika ditemui pemberita.
Empat Blok Baru Tampung 1,200 Pelajar Baru TatiUC
Seramai 1,200 pelajar baru akan mendaftar di Kolej Universiti Tati (TatiUC) pada tahun ini sejajar dengan keupayaan penempatan di kolej univesti itu dengan siapnya empat blok asrama baru yang mampu menampung 1,000 pelajar pada satu-satu masa.
Daripada jumlah itu, 800 pelajar akan mendaftar masuk pada 30 Jun, manakala selebihnya pada September ini yang merangkumi program diploma, Program Asas Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Encik Ghazali Taib berkata TatiUC juga terus melaksanakan jalinan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar negara khususnya dalam memperkasakan bidang akademik, kemahiran dan penyelidikan bagi merealisasikan hasrat sebagai universiti penuh menjelang 2016.
Lapan Dilantik Anggotai Pasukan Khas Siasat SOP Kematian Dalam Lokap
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (Suruhanjaya Integriti) hari ini mengumumkan pelantikan lapan anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam dua kes kematian semasa dalam tahanan polis.
Pengerusi Suruhanjaya, Datuk Helilah Mohd Yusof (gambar atas) berkata pasukan petugas itu diketuai beliau serta Pesuruhjaya Suruhanjaya, Datuk Seri Jacob Ridu, manakala pengarah Bahagian Operasi, Ahmad Mohd Sidek bertindak sebagai setiausaha.
Beliau berkata tiga anggota lain terdiri daripada Pengarah Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Inovasi, Foon Hui Yi; Penasihat Undang-undang, Eda Mazuin Abdul Rahman serta seorang Pegawai Penyiasat, Mohd Nadzri Ibrahim.
Universiade Pentas Terbaik Harimau Muda A Bukti Kemampuan Sebenar
Peluang beraksi pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia bulan depan adalah pentas terbaik bagi skuad Harimau Muda A membuktikan kemampuan sebenar setelah dihimpit siri kekalahan dalam aksi persahabatan antarabangsa sebelum ini.
Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee optimis anak buahnya mampu menghadirkan saingan sengit walaupun sedar laluan penuh berliku untuk membawa pulang pingat pada temasya itu apabila diundi dalam kumpulan C bersama-sama Itali, Great Britain dan Algeria.
Tiga Rakyat MalaysiacSasar Emas Pada Pertandingan Kemahiran Dunia Di Jerman
Tiga individu yang akan mewakili Malaysia pada pertandingan kemahiran dunia (WSC) di Leipzig, Jerman bulan depan mahu memenangi pingat emas pada pertandingan antarabangsa yang berprestij.
Mereka ialah Nik Mohd Fakhrul Razi Nik Ahmad Kamil, 22, Chen Kim Leun juga 22 tahun dan Ruqaiyah Azahari, 19, tiga daripada 14 rakyat Malaysia yang terpilih mewakili negara pada WSC.
Nik Mohd Fakhrul Razi berkata pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam bidang pemasangan eletrik di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Kuala Terengganu meletakkannya dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pingat emas pada pertandingan itu, yang dijadual pada 2 hingga 7 Julai.

Bot Terbalik di Dungun, Dua Nelayan Dikhuatiri Lemas
Seorang nelayan terselamat manakala dua lagi rakannya dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik di perairan Pantai Sura Hujung, dekat Dungun, semalam.
Kejadian pukul 4.45 petang itu menyebabkan dua nelayan berkenaan, Mohd Saifuddin Shafie, 18, dan Halim Hurus, 22, hilang manakala Mohd Mazli Mohamad, 30 berjaya diselamatkan.
Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri darat, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.

Tuesday, June 11, 2013
MP Pakatan Boleh Dilucutkan Jawatan Jika Tidak Angkat Sumpah Dalam Tempoh 6 Bulan
Kesemua 222 anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat, justeru menjadikan mereka 'strangers of the House'.
Beliau menjelaskan mengenai Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakananggota-anggota parlimen perlu mengangkat sumpah pada hari pertama persidanganbagi satu penggal baharu itu setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat.
"Jika anda tidak (berbuat demikian), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota parlimen, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan raya umum 5 Mei lepas.
Mengulas lanjut, Pandikar berkata mereka yang tidak mengangkat sumpah dalamtempoh enam bulan daripada hari pertama persidangan Dewan Rakyat juga akan lucutjawatan sebagai anggota parlimen secara automatik.
Sebanyak 111 anggota parlimen menghadiri taklimat hari ini termasuk seorangzanggota parlimen pembangkang Er Teck Hwa (DAP-Bakri).
Ditanya mengenai ketidakhadiran anggota parlimen pembangkang yang lain,Pandikar berkata kemungkinan mereka mempunyai hal lebih penting kerana kehadiranpada taklimat itu tidak diwajibkan.