PENDAPAT
Oleh Veteran UMNO
Gagal dan memburukkan keadaan. Loud and clear!
Itulah yang dikatakan oleh ketua kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilabel sebagai penentang kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO negeri berkata kelmarin, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bukan setakat gagal malah juga memburukkan keadaan.
Apakah yang sebenarnya dimahukan oleh kumpulannya?
Ahmad Said letak jawatan atau Perdana Menteri memecat beliau atau sekadar isu perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik penyelaras DUN?
Rasanya yang pertama itu yang lebih dituntut.
Persoalannya, Ahmad Said tidak boleh berundur kerana beliau mendapat kepercayaan dan perkenan istana. Apakah pemimpin tertinggi UMNO sanggup menghadap pihak istana untuk menggugurkan Ahmad Said?
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memohon perkenan istana supaya melantik Datuk Seri idris Jusoh tetapi yang dilantik Ahmad Said.
Apakah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Hishamuddin akan ikut suruhan Rosol dan kumpulannya mencari pengganti Ahmad Said dan mempersembahkannya kepada istana?
Rasanya dalam konteks ini amat sukar dilakukan.
Rosol menganggap Hishamuddin gagal merujuk kepada usaha Naib Presiden yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri itu memanggil dan mengadakan pertemuan semua wakil rakyat meluahkan perasaan pada Mei lalu.
Menurut Rosol, kalau setakat nak dengar masalah lebih baik tidak payah buat. “Kita sudah serik apabila (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) panggil semua wakil rakyat meluahkan perasaan tidak puas hati (pada Mei lalu), tetapi bukan saja gagal menyelesaikan, sebaliknya memburukkan lagi keadaan."
Beliau mendedahkan demikian seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Akhbar semalam melaporkan Muhyiddin mengakui kemelut dalaman UMNO Terengganu mencapai tahap yang perlu diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah dan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam pertemuan Muhyiddin bersama kepemimpinan empat peringkat di UMNO Hulu Terengganu, Kuala Berang, kelmarin sebahagian besar wakil rakyat antaranya Rosol; Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang). Empat Exco iaitu Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai); Dr Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) juga tidak kelihatan.
Walaupun positif dengan tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut dalaman UMNO Terengganu, Rosol jelas berharap pisang tidak berbuah dua kali.
Mereka mahukan pucuk pimpinan tertinggi mengambil langkah proaktif dengan memastikan masalah berlarutan sejak lebih 18 bulan lalu diselesaikan terus, bukan hanya setakat mendengar.
Bagaimana jika soal memaksa Ahmad Said turun gagal dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO?
Apakah mereka akan kecewa pula dengan Muhyiddin?
Dan selepas ini mungkinkah Datum Seri Mohd Najib Razak pula menjadi mangsa serangan dipaksa ‘mengikut telunjuk’ mereka. Apakah Najib akan tunduk?
Kalau tindak tunduk apa pilihan tindakan mereka?
Saturday, September 5, 2009
Kosmat sedia pinjaman, beri dividen tertinggi sejak 13 tahun
Sumber: Sinar Harian
Koperasi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (Kosmat) menyediakan kemudahan pinjaman segera berjumlah RM1,000 kepada ahlinya sejak sebulan lalu.
Setiausahanya, Noorzan Mohamed berkata, pinjaman segera yang diberikan secara tunai dan diluluskan dalam masa dua jam itu diperkenalkan dengan tujuan memberi kemudahan pinjaman kewangan kepada ahli pada saat kecemasan.
“Tempoh setahun kita berikan kepada ahli untuk membayar balik pinjaman yang diberikan dan kita juga tidak mengambil sebarang keuntungan terhadap pinjaman yang dibuat.
“Idea memperkenalkan pinjaman ini tercetus apabila melihat masalah kewangan yang dihadapi ahli terutama jika mereka memerlukan wang segera seperti keluarga ditimpa kemalangan atau jika ada anak mereka ingin menyambung pengajian,” katanya.
Menurutnya, pinjaman itu juga diperkenalkan bagi mengelakkan ahli meminjam wang daripada ah long atau ceti haram yang boleh memberi risiko kepada diri mereka.
“Sejak mula diperkenalkan 1 Ogos lalu, ramai ahli Kosmat mengambil peluang memohon pinjaman berkenaan dan hampir setiap hari ada sahaja ahli yang memohonnya,” katanya
Selain itu, pemberian dividen sebanyak 20 peratus kepada 750 ahli koperasi itu Ramadan ini memberi peluang kepada mereka menggunakan wang itu sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.
Noorzan berkata, tempoh sebulan diberikan kepada ahli untuk menuntut dividen itu bermula semalam (1 September) sehingga 1 Oktober depan.
“Kebetulan tahun ini dividen diagihkan pada bulan puasa. Secara tidak langsung ahli Kosmat dapat menggunakannya untuk membeli persiapan menyambut Syawal nanti.
“Sempena Ramadan juga, ahli yang menuntut dividen di pejabat Kosmat turut menerima sedikit sumbangan daripada kami,” katanya.:
Menurutnya, kadar dividen sebanyak 20 peratus yang diterima merangkumi 10 peratus dividen untuk saham dan 10 peratus untuk yuran.
“Kadar 20 peratus ini adalah kadar dividen tahunan tertinggi yang pernah kami berikan kepada ahli sejak Kosmat ditubuhkan 13 tahun lalu dan kami mula mengagihkan dividen sebanyak 20 peratus bermula tahun lalu.
“Meskipun keadaan ekonomi negara masih belum stabil ketika ini, namun kami masih mengekalkan kadar dividen berkenaan tahun ini memandangkan pada tahun lalu, keuntungan diperoleh Kosmat meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.:
Sementara itu, pihaknya meletakkan sasaran, dalam tempoh dua tahun akan datang, seratus peratus kaki-tangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mendaftar sebagai ahli Kosmat.
“Sekarang, hampir 90 peratus kakitangan sudah mendaftar sebagai ahli dan kita jangkakan keahliannya akan meningkat seratus peratus menjelang 2011,” katanya.

UMNO Terengganu masih kukuh
Sumber: Utusan Malaysia
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin UMNO negeri kini masih dalam kedudukan kukuh walaupun terdapat perselisihan faham dalaman.
Katanya, segala penyelesaian terhadap isu berbangkit sebenarnya dilakukan secara senyap dengan pihak-pihak atau personaliti tertentu untuk penambahbaikan.
“Keadaan sekarang amat jauh berbeza dengan dulu dan walaupun demikian saya akui memang ada perkara yang perlu ditangani lagi demi kebaikan parti,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian selepas menghadiri gotong-royong bersama penduduk di Kampung Penarik di sini, awal pagi semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyatakan kesediaan membantu menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam kepimpinan UMNO negeri.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, masalah yang berlaku sebenarnya bukan saja di negeri ini malah beberapa negeri lain.
“Negeri lain pun ada masalah dalaman dan semua dapat diselesaikan,” katanya.
Mengenai ketidakhadiran beberapa ahli Exco kerajaan negeri, beliau berkata, mereka mungkin mempunyai beberapa program lain di kawasan masing-masing.
Katanya, ini bukan menjadi masalah kerana yang penting sokongan semua pihak dalam menjayakan program yang diatur.

Kata dua Rosol kepada Muhyiddin
Kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilabel sebagai penentang kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bersedia bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menawarkan diri untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut dalaman UMNO Terengganu.
Bagaimanapun, mereka yang positif terhadap pelawaan Timbalan Perdana Menteri berharap pisang tidak berbuah dua kali, justeru mahu pucuk pimpinan tertinggi mengambil langkah proaktif dengan memastikan masalah berlarutan sejak lebih 18 bulan lalu diselesaikan terus, bukan hanya setakat mendengar.
"Sebenarnya beliau (Muhyiddin) tahu isu dan permasalahan ini. Jika itu kemahuannya, kita ikut, ..tetapi kita minta bukan setakat dengar masalah, sebaliknya perlu mengambil tindakan penyelesaian segera bagi memperkasakan semula parti.
“Kalau setakat nak dengar masalah lebih baik tidak payah buat. Kita sudah serik apabila (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) panggil semua wakil rakyat meluahkan perasaan tidak puas hati (pada Mei lalu), tetapi bukan saja gagal menyelesaikan, sebaliknya memburukkan lagi keadaan," kata Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO negeri kepada Berita Harian.
Akhbar semalam melaporkan Muhyiddin mengakui kemelut dalaman UMNO Terengganu mencapai tahap yang perlu diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah dan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam pertemuan Muhyiddin bersama kepemimpinan empat peringkat di UMNO Hulu Terengganu, Kuala Berang, kelmarin sebahagian besar wakil rakyat antaranya Rosol; Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang). Empat Exco iaitu Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai); Dr Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) juga tidak kelihatan.
Bagaimanapun, mereka yang positif terhadap pelawaan Timbalan Perdana Menteri berharap pisang tidak berbuah dua kali, justeru mahu pucuk pimpinan tertinggi mengambil langkah proaktif dengan memastikan masalah berlarutan sejak lebih 18 bulan lalu diselesaikan terus, bukan hanya setakat mendengar.
"Sebenarnya beliau (Muhyiddin) tahu isu dan permasalahan ini. Jika itu kemahuannya, kita ikut, ..tetapi kita minta bukan setakat dengar masalah, sebaliknya perlu mengambil tindakan penyelesaian segera bagi memperkasakan semula parti.
“Kalau setakat nak dengar masalah lebih baik tidak payah buat. Kita sudah serik apabila (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) panggil semua wakil rakyat meluahkan perasaan tidak puas hati (pada Mei lalu), tetapi bukan saja gagal menyelesaikan, sebaliknya memburukkan lagi keadaan," kata Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO negeri kepada Berita Harian.
Akhbar semalam melaporkan Muhyiddin mengakui kemelut dalaman UMNO Terengganu mencapai tahap yang perlu diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah dan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam pertemuan Muhyiddin bersama kepemimpinan empat peringkat di UMNO Hulu Terengganu, Kuala Berang, kelmarin sebahagian besar wakil rakyat antaranya Rosol; Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang). Empat Exco iaitu Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai); Dr Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) juga tidak kelihatan.
Bayar zakat guna SMS
Umat Islam di negeri ini boleh membayar zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang pertama kali diperkenalkan di Terengganu bermula Ramadan tahun ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Senara Muda Mazlan Hashim berkata, dengan adanya perkhidmatan inovatif itu, umat Islam boleh membayar zakat fitrah melalui SMS bermula 26 Ogos lalu sehingga jam 6 petang hari terakhir Ramadan.
Menurutnya, dengan kerjasama Celcom Malaysia Berhad (Celcom), perkhidmatan pembayaran zakat menerusi SMS itu disediakan secara percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi berkenaan sama ada pelanggan prabayar mahupun pascabayar.
“Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang memperkenalkan pembayaran zakat fitrah melalui SMS dan negeri kelima di Malaysia mengaplikasikan sistem ini selepas Selangor, Melaka, Perlis serta Kedah.
“Umat Islam tidak perlu ragu kerana sistem ini menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah yang dijelaskan melalui kaunter zakat atau amil dilantik Maidam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembayaran Zakat Fitrah melalui SMS di pejabat Maidam, Kompleks Darul Iman, kelmarin.
Turut hadir, Naib Presiden Celcom Kawasan Timur, Datuk Sulaiman Ahmad.
Menurut Mazlan, umat Islam juga tidak perlu merasa was-was untuk menggunakan perkhidmatan itu kerana Celcom mendapat pengiktirafan dan kebenaran Pusat Zakat Negeri untuk memungut fitrah melalui SMS.
Bagi membayar zakat fitrah melalui SMS, umat Islam hanya perlu menaip FITRAH dan hantar ke 21999, kemudian mengikuti arahan diberikan.
Seterusnya, pelanggan akan menerima resit dalam bentuk SMS sebagai bukti pembayaran.
Sekiranya pelanggan mahu mendapatkan bukti resit, mereka perlu mengemas kini alamat di laman web http://mfitrah.celcom.net.my dan Maidam akan menghantarnya melalui pos atau pelanggan juga boleh menghubungi Maidam secara terus.
Sementara itu Mazlan berkata, seramai 1,427 amil dilantik di seluruh Terengganu bagi tahun ini untuk memungut zakat fitrah.

Asnaf DUN Batu Rakit bakal terima RM1.3 juta
Seramai 4,360 asnaf sekitar kawasan Dewan Undangan (DUN) Batu Rakit bakal menerima bantuan hari raya berjumlah lebih RM1.3 juta yang disampaikan Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat bermula Ahad ini.
Penerima berkenaan akan memperoleh bantuan untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri antara RM200 dan RM400 bagi satu keluarga dalam bentuk wang tunai bergantung kepada jumlah tanggungan.
Ketua Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Wan Maznah Wan Nong, 59, berkata, majlis penyampaian bantuan berkenaan akan diadakan bermula Ahad sehingga Khamis minggu hadapan.
“Sempena majlis itu, seramai 2,808 penduduk miskin, 788 warga emas, 258 orang kurang upaya (OKU) dan 506 ibu tunggal akan menerima sumbangan dan penyampaiannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat di setiap kawasan.:
“Dengan bantuan ini kami berharap ia dapat memberi keceriaan kepada semua penerima kurang bernasib baik sekitar kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat APMT diadakan di pusat aktiviti APMT Batu Rakit kelmarin.
Wan Maznah berkata, sumbangan ikhlas itu adalah simbol keprihatinan kerajaan terhadap rakyat kurang kemampuan dan keluarga mereka bagi meringankan beban terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
“Ini selaras dengan hasrat pucuk pimpinan parti supaya setiap keluarga itu dapat menyambut kedata-ngan Syawal dalam suasana sama seperti keluarga lain,” katanya yang juga memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiu.

Warga Tok Adis gembira beraya di rumah baru
Setelah hampir dua tahun hanya mampu ‘bermimpi’ untuk menjalani ibadah puasa dan berhari raya dengan lebih selesa di rumah baru, akhirnya tahun ini, impian menjadi kenyataan apabila Kerajaan Negeri menyerahkan kunci rumah kepada penerima penempatan baru di Lot Perpindahan Tok Adis pada 5 Ogos lalu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, majoriti daripada 96 buah keluarga yang layak menerima rumah itu sudah berpindah dan senyuman diukir di bibir masing-masing jelas menunjukkan perasaan gembira yang sukar digambarkan.
Penghuni, Zainon Mohd, 54, yang juga ibu tunggal mengakui, bulan puasa dan hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi lebih bermakna kali ini kerana kehidupan dia dan keluarga jauh lebih selesa jika dibandingkan sebelum ini.
“Rumah lama saya begitu uzur dan hanya tunggu saat sahaja untuk roboh. Jika hujan dan angin sahaja, saya dan anak-anak begitu takut dan hidup kami selalunya tidak tenteram terutama apabila musim tengkujuh dan ombak besar.
“Jika dulu pada waktu berbuka puasa, kadangkala kami berbuka dalam ketakutan dan langsung tidak selesa, terutama pada musim hujan. Kadang kala kami berbuka dalam keadaan basah. Hanya Tuhan tahu perasaan kami sekeluarga ketika itu,” katanya.
Menurut Zainon, hari ini, dia dan keluarga sudah mampu menarik nafas lega dan kehidupan pada bulan puasa kali ini terlalu jauh berbeza dengan tahun sebelumnya.
“Rumah ini begitu selesa bagi kami dan alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya berbuka puasa dan berhari raya dalam keadaan selesa dan sempurna seperti insan lain,” katanya.
Sementara itu, Mohd Ali, 68, yang juga penghuni di sini turut melahirkan rasa syukur kerana setelah hampir berputus asa menanti, akhirnya hari ini, rumah yang ditunggu-tunggu sah menjadi miliknya.
“Saya sebenarnya langsung tidak terfikir akan tinggal di rumah yang cukup sempurna dan selesa seperti hari ini.
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib kami dan akhirnya, mimpi kami selama ini untuk berhari raya dengan selesa seperti keluarga yang lain menjadi kenyataan,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini, pada hari raya, jika ada tetamu berkunjung ke rumahnya, mereka terpaksa meletakkan kenderaan agak jauh kerana lokasi rumahnya jauh dari jalan raya selain jalannya sempit untuk laluan kenderaan.
“Tetapi hari raya kali ini, tetamu saya boleh meletakkan kenderaan mereka betul-betul di hadapan rumah dan keadaannya jauh lebih selesa,” katanya.
Bagaimanapun, kata Mohd, memandangkan dia dilahirkan dan dibesarkan dengan kehidupan suasana di laut, dia tetap rindukan bunyi ombak dan kedamaian pantai yang sudah sebati dalam hidupnya selama ini.

Friday, September 4, 2009
UMT mahu buka stesen selidik kelah
Sumber: Berita Harian
Seramai 10 warga kerja Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan lawatan kerja sehari ke Pusat Santuari Kelah di Tasik Kenyir baru-baru ini, bagi melihat dengan lebih dekat kaedah pemeliharaan ikan kelah di habitat asal.
Lawatan itu yang diketuai Timbalan Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Madya Dr Aboi Munafi diadakan sebagai susulan daripada perbincangan antara UMT dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengenai kerjasama kedua-dua pihak untuk memajukan sektor penternakan kelah.
UMT melalui bahagian penyelidikannya, Akuatrop bercadang membuka sebuah stesen penyelidikan ikan kelah di Tasik Kenyir bagi memudahkan penyelidik menjalankan kajian mengenai pembiakan ikan kelah, iaitu spesies ikan yang terkenal dan sinonim dengan Tasik Kenyir dan Terengganu amnya.
"Dalam lawatan itu kita turut mengadakan perbincangan awal dengan warga Ketengah mengenai projek yang bakal dijalankan melalui jalinan kerjasama antara kedua belah pihak. Kita berhasrat membuka pusat penyelidikan khas untuk ikan kelah bagi mengkaji proses yang boleh menggalakkan pembiakan ikan berharga mahal ini," tambahnya.
Mengulas lanjut katanya, antara matlamat penubuhan stesen penyelidikan ikan kelah di Tasik Kenyir itu dijangka membolehkan pihaknya menggunakan kaedah pembiakan ikan dikenali sebagai pembenihan aruhan (buatan), iaitu dengan memberi suntikan hormon kepada ikan untuk memudahkan pembiakan.
"Kita tahu bahawa ikan kelah di Tasik Kenyir adalah spesies ikan yang dilindungi. Justeru, antara penyelidikan yang akan dijalankan kita akan lihat cara untuk menggalakkan pembiakan ikan ini kerana spesies ikan ini sama seperti ikan salmon yang membiak di kawasan hulu sungai.
"Disebabkan proses pembiakan sebegitu, ikan ini akan membiak dan banyak dalam tempoh tertentu. Jadi, penyelidikan yang dijalankan nanti akan membolehkan kita mengenal pasti kaedah khusus supaya proses pembiakannya nanti berterusan dan tidak hanya pada waktu-waktu tertentu," katanya.

Beri kerjasama kepada pucuk pimpinan negeri
Kerjasama erat dari segenap lapisan masyarakat terhadap pimpinan kerajaan dan parti amat penting bagi memastikan kemajuan serta pembangunan yang dikecapi oleh negeri ini, dapat diteruskan.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan pusat amat berharap kejayaan yang capai oleh Terengganu selama ini dapat dikekal, diperkukuh serta diperkuatkan.
"Pihak pimpinan pusat melihat betapa kemajuan di Terengganu dapat ditingkatkan dengan menjadikannya sebagai salah satu komponen penting dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan sebab itu peranan Terengganu dalam memainkan sumbangan pembangunan sosial ekonomi tidak boleh diabaikan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada wakil rumah orang tua/anak yatim di Masjid Sultan Mahmud di Kuala Berang petang semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tingkatkan hubungan dan semangat perpaduan sesama kita yang telah terjalin selama ini mesti diperkukuhkan.
Majlis itu dihadiri kira-kira 3,000 pelbagai lapisan masyarakat serta pimpinan Umno negeri termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Ahmad Said.

Rosol baru Sedar…
Oleh Zabidi Saidi (http://memobelakang.blogspot.com)
Khamis, September 03, 2009)
Saya sudah biasa dengan suasana Kuala Berang kerana ayah saya, aruah Haji Saidi bin Abdul Latif bekerja di FELCRA Kuala Embong, Sekayu dan FELCRA Kg. Nibong dari tahun 1975 hingga 1993. Jadi saya selalu berulang alik dari rumah nenek saya di Pasir Gajah, Kemaman ke Kuala Berang rumah ayah dan ibu saya. Sejak kecil saya duduk dengan datuk dan nenek saya di Kemaman.
Pada tahun 1996, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu menawarkan saya menulis buku HULU TERENGGANU MENUJU KEEMASAN. Saya tinggal di Kuala Berang selama empat bulan untuk menyiapkan buku tersebut yang dilancarkan oleh Exco Kerajaan negeri, Datuk Abdul Rashid Ngah.
Ketika itu Datuk Rosol Wahid belum aktif dalam politik. Jadi ketika saya berada di Kuala Berang pada tahun 1996, saya tidak kenali Rosol. Pada tahun 1999 sewaktu PAS menang di Terengganu, beliau baru aktif dalam politik dan menang di DUN Ajil bersama Tengku Putera yang mengekalkan kerusi DUN Telemong.
Pada tahun 2004 Tengku Putera berpindah ke parlimen Hulu terengganu maka Rosol menjadi Exco memenuhi kuota UMNO Bahagian Hulu terengganu. Beliau menjadi semakin gagah apabila Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh melantiknya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO terengganu.
Sepatutnya beliau berterima kasih kepada Tengku Putera yang mempromosi dirinya untuk masuk politik menggantikan tempat bekas Exco, Othman Daud yang tidak ngam dengan Tengku Putera. Bila dah jadi wakil rakyat dan Exco, Rosol mula gong dan tak nak terima Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar kerana dahulu Ahmad setaraf dengannya sesama Exco dari tahun 2004-2008.
Tapi sebenarnya Rosol lupa bahawa Ahmad Said lebih senior darinya kerana Ahmad jadi ADUN sejak pilihanraya kecil 1990 dan jadi Exco dari tahun 1995-1999 tetapi tewas di Kijal pada tahun 1999.
Inilah bahananya bila Rosol tak nak terima Ahmad sebagai Menteri besar baru.
Saya ingin ulas tulisan Rosol dalam blognya pada 20 Ogos lalu. Saya tertarik dengan tulisannya seperti berikut:- Bercakap tentang harapan, kita di Terengganu Darul Iman juga mempunyai harapan yang menggunung agar UMNO terus perkasa. Terutama di bawah kepimpinan mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Harapan kita agar diadakan program-program memperkasakan UMNO dan BN. Saya katakan demikian kerana masa telah terlalu suntuk untuk pilihanraya akan datang. Sehingga kini saya tidak melihat satu usaha ke arah itu...Mungkin saya tidak terlihat atau tersalah pandang barangkali. Kalu begitu maaflah. Kedatangan Pengerusi ke Terengganu beberapa hari yang lalu dengan kehadiran begitu ramai orang pada saya buka indikator kekuatan UMNO dan BN Terengganu. Strategi sekarang ialah menjaga setiap individu...atau 'head count'...ini lebih penting. Peranan ketua lima perlu diaktifkan semula. Malangnya kita hanya sibuk berpolitik sesama kita.
Rosol menulis kita hanya sibuk berpolitik sesama sendiri. Siapa yang sibuk berpolitik? Bukankah dia yang tak nak terima Menteri Besar baru dengan geng sembilan? Kalau dia terima Ahmad Said, kekecohan yang ada sampai sekarang tidak timbul. Khabarnya Najib dan Hisshamuddin menghadap Sultan Mizan secara berasingan mengadu hal politik Terengganu. Sultan Mizan bertitah yang lain boleh sentuh tapi jangan sentuh hal Ahmad Said. Sultan Mizan yamg melantik Ahmad Said, kecuali Ahmad Said buat salah dengan Sultan Mizan, baru Sultan Mizan tukar Menteri Besar. Rosol tak sedar ke mempertikai Ahmad Said maknanya mempertikai Sultan Mizan. Kalau tak nak dengar titah Sultan Mizan, lebih baik pindah ke negeri lain. Jangan duduk di Ajil lagi. Jangan cakap merapu. Dulu nak letak jawatan tapi sampai sekarang tak letak jawatan ADUN pasal Rosol tak tahu bila letak ADUN tak boleh tanding selama lima tahun. UMNO Pusat sepatutnya ambil tindakan disiplin kepada sembilan ADUN yang bertemu dengan Anwar Ibrahim. Bila Setiausaha Agung UMNO mahu bertindak?
Kumpulan anti-Mat Said tidak hadir majlis Muhyiddin
Sumber: Bernama
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menawarkan diri menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut politik di Terengganu yang sudah berlarutan sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lepas.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau sedia bersemuka dengan pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat kerana berpendapat kemelut itu lebih kepada masalah peribadi.
Katanya sejak beberapa bulan lepas, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya, Datuk Ahmad Said yang juga Menteri Besar, telah melakukan pelbagai inisiatif bagi memperbaiki keadaan tersebut.
"Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.
"Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar...lepas hari raya atau bila masa yang sesuai," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu di Kuala Berang petang semalam.
Sambil mengakui memang wujud krisis dalaman parti itu di Terengganu, Muhyiddin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang disifatkan sebagai "kubu kuat" Umno selepas pilihan raya umum lepas, hubungan dan kerjasama antara pemimpin parti perlu diperkukuhkan kembali di Terengganu.
"Saya tidak melihat ia satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semua isu yang berbangkit, (melibatkan) hubungan antara kita..bukan ada orang luar nak kacau dan sebagainya.
"Saya melihat Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kukuh dan bersatu padu...Terengganu merupakan negeri yang penting kepada kita dan mahu kedudukan ini terus kekal. Sebab itu kedudukan politik dan parti amat mustahak diberikan perhatian," katanya.
Dalam pada itu, beliau percaya tiada wakil rakyat BN Terengganu yang akan bertindak untuk keluar daripada parti itu kerana mereka merupakan pemimpin yang masih cintakan dan mempunyai semangat yang kuat untuk memperkukuhkan parti.
"Setakat ini, saya tidak dengar (ada pemimpin Umno hendak lompat parti). Saya tidak fikir mereka akan ambil langkah yang boleh merugikan parti," katanya.
Muhyiddin percaya kemelut dalaman itu tidak akan mengancam parti kerana pemimpin-pemimpin yang terlibat hanya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa perkara melibatkan Umno di negeri ini.
Namun begitu, beliau berkata kunjungan dan perjumpaannya dengan pemimpin Umno Terengganu adalah kritikal bagi memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kemelut politik Terengganu timbul selepas Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh selepas pilihan raya umum ke-12 lepas.
Berikutan itu, beberapa isu timbul di kalangan pemimpin Umno Terengganu antaranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu April lepas, 10 wakil rakyat BN tidak menghadiri mesyuarat tersebut sebagai "memboikot" kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar.
Hishammuddin dan Ahmad turut hadir pada perjumpaan itu.
Bagaimanapun bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha badan perhubungan Umno Terengganu yang juga anggota Dewan Dewan Undangan Negeri Ajil Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu itu.

Jurugambar Utusan menang foto terbaik
Tahniah Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) yang mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Fotografi Sempena Pesta Terengganu 2009.
Semalam keputusan diumumkan dan gambar bertajuk Hanya bayang-bayang II milik jurugambar Utusan Malaysia, Fauzi Baharudin yang muncul foto terbaik pada pertandingan itu.
Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM1,000 selain dua lagi hadiah saguhati berjumlah RM400.
Majlis penyampaian hadiah yang diadakan serentak dengan majlis berbuka puasa itu berlangsung di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi.
Program kali kedua itu dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) dengan kerjasama Kelab Wartawan Terengganu (Kawat).
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib.
Sementara itu tempat kedua disandang oleh Syed Mohd. Azam Tuan Syayed dengan merangkul hadiah wang tunai RM750 dengan tajuk foto Sukarnya lahir sehelai kain manakala tempat ketiga oleh jurukamera RTM, Abdul Aziz Che Man dengan tajuk Goyang Bali, dengan menerima wang tunai RM500.
Thursday, September 3, 2009
Kunjungan Muhyiddin diharap selesai kemelut
Sumber: Berita Harian
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berharap kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Hulu Terengganu hari ini untuk bertemu empat sayap Umno negeri, dapat memulihkan kemelut dalaman parti.
Tanpa mahu membuat andaian mengenai perkara itu, beliau berkata, tiada sebarang mesyuarat khas diatur khusus untuk membincangkan krisis dalaman parti, sebaliknya hanya pertemuan Timbalan Presiden Umno dengan pergerakan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri di Hulu Terengganu.
"Saya tak boleh buat andaian, tetapi kita harap begitulah (masalah dalaman Umno pulih)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri dan majlis penyerahan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), di sini, semalam.
Ditanya adakah wakil rakyat dalam kumpulan penentangnya akan hadir dalam perjumpaan itu, Ahmad berkata, beliau tidak boleh memberi jawapan bagi pihak lain, sebaliknya menegaskan menjadi tanggungjawab ahli parti untuk hadir dalam pertemuan dirancang bersama pimpinan tertinggi parti.
"Sepatutnya apabila Timbalan Perdana Menteri datang, kita sebagai ahli parti kena datang. Apabila pemimpin tertinggi negara hadir, sebagai ahli parti, apatah lagi sebagai wakil rakyat, kita perlu hadir pada setiap pertemuan bersama pemimpin. Itu tanggungjawab kita kepada parti dan rakyat," katanya.
Ahmad berkata, dalam rangka lawatan ke Hulu Terengganu hari ini, Muhyiddin akan berjumpa pemimpin empat sayap Umno, diikuti program penyampaian bantuan Aidilfitri kepada golongan kurang bernasib baik dan anak yatim di daerah itu.
Muhyiddin yang turut diiringi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kemudian dijangka menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.

9 ADUN BN LOMPAT KE PKR, JIKA...
Daripada www.hambali1.blogspot.com
Politik Terengganu nampaknya panas semula. Walaupun dikatakan reda oleh beberapa pihak minggu lalu, ia sebenarnya bagaikan api dalam sekam.
Kalau sebelum ini wujud pulau memulau, kali ini wujud pula strategi mengugut. Ugutan ini bukan setakat kepada UMNO Terengganu tetapi UMNO Malaysia amnya.
Amat jelas ADUN UMNO yang menentang kepimpinan Datuk Ahmad Said kini tidak melihat kepentingan lain tetapi memenuhi tuntutan mereka semata-mata.
Wakil rakyat Umno kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008.
Hari ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berada di Kuala Berang.
Malah, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga akan berada pada Program Memperkasa Umno Semula di Kuala Berang.
Program yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa lapan bahagian di Terengganu itu disusun bagi merapatkan semula hubungan antara penyokong Ahmad dengan penyokong Idris.
Selain Muhyiddin, Hishammuddin juga akan menyertai program bertemu rakyat di Setiu, malam ini dan esok.
Apapun, bak kata ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad: “Kena ada kesungguhan dari kedua-dua pihak (pro-Ahmad dan pro-Idris).
"Perkembangan isu ini setakat ini sangat tidak baik kepada BN. Orang boleh nampak tiada kekuatan dalam parti. Kalau datang pilihan raya sekarang, kita pasti kalah," tambahnya.
Namun, di sebalik itu, ada dua perkara yang akan disuarakan kepada Muhyiddin hari ini.
Pertama, wakil rakyat perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan;
Kedua, mereka mempunyai kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Menurut kumpulan yang menentang kepimpinan Datuk Ahmad Said, kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu.
Malah, banyak pihak melihat program berkenaan boleh membuahkan hasil, sekiranya pucuk pimpinan mengambil kira tuntutan yang dikemukakan.
Kalau tidak?
Ini yang menariknya.
Sembilan wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya Umno mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.
Persoalannya, bersediakah melakukan sedemikian?
Apakah dengan melompat kepada PKR, isu dan tuntutan mereka akan berhasil?
Apakah UMNO Pusat atau Putrajaya akan ‘membenarikan’ mereka berbuat demikian?
Yang pasti, menurut Malaysiakini, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri.
ADUN Hulu Besut semalam mengakui bahawa pertemuan antara Anwar dan sembilan orang wakil rakyat itu – yang diura-urakan menyertai PKR sebelum bergabung dengan lapan ADUN PAS – memang telah diadakan.
Nawi bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai maklumat lengkap kandungan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan.
"Saya tidak tahulah apa yang dibincangkan dan ia juga tiada kena-mengena dengan saya," katanya, sambil menegaskan beliau sendiri tidak tersenarai dalam sembilan ADUN yang akan meninggalkan parti.
"Yang sembilan orang itu tidak termasuk saya. Kalau sepuluh orang pun tidak termasuk lagi," katanya.
Tambahnya, beliau tidak termasuk daripada 10 ADUN Umno yang bertindak memboikot persidangan DUN Terengganu, April lalu.
Apapun menurut Nawi, spekulasi hangat mengenai usaha lompat parti wakil-wakil rakyat BN itu "sudah semakin reda" sekarang dan cakap-cakap mengenai isu itu semakin jarang kedengaran.
"Kalau wakil rakyat ini masuk PKR, tidak akan dapat untung apa-apa, cuma dapat kepuasan secara peribadi," katanya.

Tiga syarikat sumbangan zakat kepada kerajaan negeri
Tiga syarikat semalam menyumbangkan zakat kepada kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) Terengganu di Wisma Darul Iman.
Hadir menyaksikan sumbangan ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Ketua Pegawai Eksekutif Wan Harujan Sulaiman menerima sumbangan bagi pihak kerajaan negeri.
Sumbangan yang diterima ialah daripada Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (RM150, 253.03), Golden Pharos Bhd. (GPB) sebanyak RM150,000, dan Maybank Etiqa sebanyak RM122,974.42.
Rakyat diwakili Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, Che Azmi A. Rahman pula mewakili Pengerusi Kumpulan Pengurusan Kayu-Kayan Terengganu Sdn. Bhd,; Ladang dan Maybank Etiqa oleh Naib Presiden Eksekutifnya, Norlia Mat Yusof.

Gambar : Wan Ahmad Nizam (kanan) menyerahkan zakat
Rakyat diwakili Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, Che Azmi A. Rahman pula mewakili Pengerusi Kumpulan Pengurusan Kayu-Kayan Terengganu Sdn. Bhd,; Ladang dan Maybank Etiqa oleh Naib Presiden Eksekutifnya, Norlia Mat Yusof.
Layan tuntutan ADUN atau keluar Umno
Daripada Malaysiakini
Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya UMNO mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.
ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Wakil rakyat UMNO kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008.
Nawi menambah, tuntutan berkenaan akan disuarakan kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mengikuti Program Memperkasa Umno Semula di Kuala Berang, hari ini.
Katanya, program yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa lapan bahagian di Terengganu disusun bagi merapatkan semula hubungan antara penyokong Ahmad dengan penyokong Idris.
Selain Muhyiddin, pengerusi perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga naib presiden parti, akan menyertai program bertemu rakyat di Setiu, hari ini.

120 unit lagi rumah pangsa untuk penduduk Pulau Duyung
Kerajaan Terengganu bersetuju membina 120 unit lagi rumah pangsa mampu milik berharga RM6 juta di Pulau Duyung awal tahun depan.
Penduduk hanya membayar kira-kira RM186 sebulan walaupun harga kos sebenar adalah kira-kira RM70,000 seunit.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri berkata, projek yang dibina bersebelahan dengan projek perumahan fasa pertama itu akan dilaksanakan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Beliau berkata, selain mengekalkan kos sekitar RM40,000, projek kedua ini terbuka kepada penduduk kawasan lain dan tidak semestinya untuk penduduk Pulau Dayang yang berpendapatan rendah.
''Mungkin 50 peratus akan diberikan kepada penduduk Pulau Duyung dan 50 peratus lagi kepada penduduk di kawasan lain dengan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Mampu Milik Pulau Duyung kepada 23 penduduk di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus petang kelmarin.
Mereka merupakan kumpulan terakhir yang berjaya memperolehi rumah pangsa daripada 120 unit yang dibina oleh kerajaan negeri.
Katanya, sebelum ini sebahagian besar penduduk di Pulau Duyung tidak mempunyai rumah sendiri dan sebahagian besar mereka menumpang rumah keluarga.
''Dengan adanya pangsapuri tiga tingkat mengandungi tiga bilik tidur serta dua bilik air ini, penduduk akan memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa,'' ujar beliau.

Maidam kutip zakat RM29.9 juta
Sumber : Utusan Malaysia
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) Terengganu mencatatkan jumlah kutipan zakat yang memberangsangkan iaitu RM29.9 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, jumlah itu meningkat berbanding RM26.8 juta dalam tempoh serupa, tahun lalu.
Beliau menambah dari segi agihan pula, sebanyak RM36.5 juta diagih pada sepanjang tahun lalu dan daripada jumlah itu, RM18.9 juta diagih dari Januari hingga Ogos tahun yang sama.
Sementara bagi agihan tahun ini, katanya sebanyak RM32.9 juta diagih untuk tempoh Januari hingga Ogos.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana walaupun keadaan ekonomi tak memberangsangkan, syarikat masih menunjukkan prestasi baik dengan menyumbang zakat," katanya selepas menerima sumbangan zakat daripada beberapa syarikat di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, semalam.
Agihan kurma usaha dekati rakyat
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menegaskan pemberian kurma kepada penduduk setempat adalah usaha pihaknya untuk mendekatkan pemimpin kampung dengan peringkat bawahan.
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang belum berbuat demikian supaya menyerahkan kurma berkenaan kepada penduduk kampung dengan mengunjungi rumah ke rumah.
Menurutnya, langkah itu mampu memberi sumbangan besar bagi membantu Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada rakyat terutama dari aspek sumbangan sekiranya mereka benar-benar memerlukan.
“Saya ulangi pesan saya supaya JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dapat mengagihkan kurma dengan sebaiknya kepada semua umat Islam, (inilah masa) yang paling sesuai berkunjung ke rumah penduduk, kalau taman perumahan, takkanlah tidak boleh. Inilah masa untuk jumpa rakyat.
“Dia (JKKK) lebih tahu anak buah kampungnya, jika sakit perlukan bantuan (contohnya) dari segi kerusi roda, sesetengah rumah yang teruk,” katanya kepada pemberita, semalam.
Ahmad turut menyampaikan 3,000 kurma kepada Ketua Polis Terengganu, Senior Asistan Komisioner II Datuk Mohd Shukri Dahlan untuk diagihkan kepada polis di seluruh Terengganu di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), di Kuala Terengganu, kelmarin.
Selain itu, beliau mengingatkan rakyat di negeri ini agar memastikan rumah masing-masing sentiasa berada dalam keadaan selamat sebelum pulang menyambut hari raya di kampung.
Menurutnya, orang ramai perlu memastikan keselamatan harta benda bagi mengelak berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah dan sebagainya akibat kelalaian tuan rumah.
Beliau turut meminta orang ramai memberi perhatian kepada pemasangan lampu di belakang rumah, selain memastikan pintu dalam keadaan berkunci sebelum meninggalkan kediaman.
“Keselamatan jalan raya perlu diberikan perhatian lebih-lebih lagi pertambahan kenderaan pada musim perayaan ketika ini dan mengingatkan ibu bapa memberi perhatian kepada anak untuk tidak bermain mercun.
“Pastikan juga tiada ada orang jual mercun (dan sekiranya ada) laporkan kepada pihak berwajib, jangan kira nak untung tapi atas penderitaan orang lain tak sepatutnya berlaku,” katanya.

Pemuda UMNO galak wujud blog
Pemuda UMNO Terengganu menggalakkan ahlinya mewujudkan blog bagi mematahkan dakyah dan tuduhan pembangkang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Apli Yusof berkata, blog menjadi media alternatif golongan muda bukan sahaja di negeri ini tetapi seluruh negara untuk mencari maklumat terkini mengenai politik.
“Kami juga telah melantik beberapa ‘bloggers’ untuk memberi maklumat berhubung UMNO di Terengganu, selain mengadakan perjumpaan dengan mereka dan menggalakkan kewujudan aktivis muda,” katanya.
Menurut Apli, pihaknya juga turut menggalakkan golongan muda menyertai ‘facebook’ dan laman web sendiri bagi memberi penerangan kepada golongan berkenaan di semua peringkat berikutan laman itu semakin popular dalam kalangan orang muda.
Ditanya mengenai penyertaan Pemuda di negeri ini terhadap laman blog, Apli berkata, mereka dilihat kurang berminat.
“Bagaimanapun, jumlahnya semakin meningkat berbanding tahun lalu kerana menyedari pembangkang lebih banyak menggunakan blog sebagai alternatif untuk menyampaikan maklumat terkini politik kepada orang ramai,” katanya.

Mohon terus dengan kerajaan negeri, MB
Kerajaan Negeri atau Menteri Besar, Datuk Ahmad Said boleh mempertimbangkan permohonan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia cawangan Terengganu untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Ia bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk golongan tersebut.
Pengerusinya, Mohd. Abdul Nasir Malik berkata, persatuan yang mempunyai lebih 200 keahlian itu sejak ditubuhkan beberapa tahun lalu hanya menerima bantuan kewangan daripada ibu pejabat persatuan itu sebanyak RM3,000 setahun.
Mungkin Exco Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Ashaari Idris boleh melihat masalah ini.
Adalah baik jika Abdul Nasir berjumpa atau berbincang dengan Ashaari daripada mendedahkan dalam akhbar untuk bantuan kerajaan negeri atau Menteri Besar.
Perundingan adalah jalan terbaik dan pastinya kerajaan yang mendahului rakyat akan prihatin kepada masalah perstuan orang buta ini.
Menurut Abdu Nasir, semua perbelanjaan untuk aktiviti persatuan hanya menggunakan bantuan kewangan tersebut menyebabkan aktiviti yang dirancang sangat terhad.
Menurut beliau, sejak tiga bulan lalu, mereka tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti kerana tidak menerima bantuan kewangan tersebut apabila ibu pejabat persatuan itu kini mengalami kekurangan bantuan kewangan.
''Kami amat berharap orang ramai terutama syarikat swasta dan kerajaan negeri dapat membantu untuk membolehkan kami melaksanakan beberapa aktiviti dalam meningkatkan kualiti hidup golongan cacat penglihatan di negeri ini.
''Selain itu, bantuan kewangan itu juga diperlukan untuk menyelenggara rumah persatuan itu di Seberang Takir di sini," katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, pihaknya merancang untuk menjadikan rumah persatuan tersebut sebagai pusat kraftangan yang diperbuat daripada kertas.
''Kebanyakan ahli persatuan mempunyai kemahiran menganyam rotan, kami ingin mereka membuat anyaman daripada kertas pula kerana kraftangan berkenaan kini mendapat sambutan.
''Sebelum ini, kami terlibat dalam beberapa aktiviti menjual anyaman diperbuat daripada kertas dan ia telah mendapat sambutan yang sangat baik," ujarnya.
Katanya, antara kraftangan yang mendapat permintaan ialah bunga telur, bekas hantaran kahwin dan bekas telur.
Beliau memberitahu, persatuan itu juga memerlukan lebih RM40,000 untuk mengubah suai sebuah bilik bagi menjadikan ia sebagai bilik teknologi maklumat.
''Kami juga ingin mengajar orang cacat penglihatan di negeri ini menggunakan komputer dan Internet," katanya.

Wednesday, September 2, 2009
Alahai Rosol… siapa yang lebih mampu dari Hishammuddin?
Oleh Malek Saiful Muda (www.citra-bangsa.blogspot.com)
BEKAS Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid sudah mendedahkan siapa dirinya yang sebenar.
Satu ketika dia tidak bersetuju Menteri Besar Datuk Ahmad Said kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Dia juga tidak mahu Datuk Ahmad Said terus menjadi Menteri Besar.
Kini, dia tidak seronok dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, dengan alasan, Hishammuddin tidak akan faham politik Terengganu.
Maknanya, Rosol yang merupakan jurucakap Geng 10 yang berketuakan Datuk Seri Idris Jusoh mahu memberitahu Perdana Menteri, lantik dirinya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, jika tidak mahu melantik Idris. Itu tafsiran mudah seorang tukang sapu sampah di MPKT.
Ada juga yang mentafsirkan bahawa Idris merasakan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Najib juga tidak memahami politik Terengganu dan itulah sebabnya Najib melantik Hishammuddin yang dikatakan tidak tahu politik Terengganu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Pengalaman Hishammuddin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno sejak 1998 hingga 2009, sebagai tidak layak untuk menerajui Umno Negeri Terengganu.
Inilah akibatnya apabila Najib, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Hishammuddin terlalu memberi muka kepada bekas Exco Islam Hadhari Terengganu ini.
Perangai Rosol ini juga adalah gambaran perangai setiap ADUN dalam Geng 10, barangkali.
Mungkin juga dalam fikirannya, selain Idris yang layak menjadi pemimpin Umno Terengganu, jawatan itu kenalah diserahkan kepada dia. Tapi, dia sudah menafikan dakwaan mengatakan dia kepingin mahu menjadi Menteri Besar Terengganu.
Orang lain, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, TPM, Tan Sri Muhyiddin Muhyiddin atau Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin tidak layak. Begitu juga dengan perlantikan jawatan-jawatan penting dalam Perhubungan Umno Negeri, kalau tidak melantik mereka dari kalangan Geng 10, bermakna ‘pemimpin tersebut’ berat sebelah dan tidak memahami politik Terengganu.
Rosol tidak patut mengatakan orang Johor taksub kepada Umno dan itu antara sebabnya orang Johor (Hishammuddin) tidak layak dilantik untuk mengemudikan Umno Terengganu. Rosol tidak cerdik sebenarnya. ‘Standard’ pemikiran Rosol sebenarnya, hanya boleh mengetuai Geng 10, untuk memboikot persidangan DUN Terengganu, lebih dari itu, dia tidak layak.
Jika ada penulis mengatakan Geng 10 cetek pemikiran, Rosol dan Geng 10 kena terima sebab segala cakap-cakap mereka, menunjukkan ‘kelas mana’ mereka berada.
Orang Johor bukan taksub tetapi mereka faham bahawa Umno besar jasanya kepada bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia yang tercinta.
Orang Johor juga yakin kerana Umno, Rosol boleh menjadi Exco dan kini kekal sebagai ADUN Ajil walaupun dia kalah sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.
Mungkin juga orang Johor tidak tahu, mula-mula Rosol aktif berkecimpung dalam Umno di Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menghadiahkan dia sebuah pajero.
Cuma, apabila Rosol merasakan dia sudah cukup hebat dan boleh mengoncang pintu istana, dia ‘lupa rumput di bumi ketika merenung bintang di langit.’

Tuesday, September 1, 2009
Sambutan Merdeka Tetap Meriah
Sumber Utusan & UKOM
Walaupun sambutan kemerdekaan tahun ini disambut dalam skala kecil, ia tidak bermakna semangat patriotisme turut mengalami 'tempias' yang sama di kalangan penduduk bandar raya ini.
Ia dapat dilihat apabila detik menjelang 52 tahun kemerdekaan negara ini disambut dengan meriah oleh 1,000 penduduk Kuala Terengganu yang menghadiri program Sahur Rakyat di Waterfront Balik Bukit, Pulau Kambing di malam semalam.
Program anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu bermula pada pukul 11.30 malam iaitu setengah jam sebelum detik kemerdekaan negara.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said bersama penduduk Kuala Terengganu menghadiri majlis berbuka puasa Merdeka di pekarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai.
Majlis tahlil dan bacaan surah Yasin turut diadakan pada program tersebut.
Dato' Ahmad, YB Ahmad Razif dan ketua jabatan membaca Yasin pada majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena Kemerdekaan ke 52 di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai. -Foto SHUHAIMI AHMAD
Sebahagian ketua jabatan dan orang ramai yang hadir pada majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan Kemerdekaan ke 52 di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai.
Sejurus selesai acara berkenaan, lebih 1,000 rakyat yang hadir kemudiannya menikmati majlis Jamuan Berbuka Rakyat dan selesai kira-kira sejam kemudian.
Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong; Exco-Exco dan pemimpin masyarakat.
Sementara itu, Program Sahur Rakyat Merdeka peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Terengganu turut dilaksanakan dengan pengisian dan pelbagai acara bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan.
Di Dataran Taman Tema Waterfront Balik Bukit, Kuala Terengganu lebih 1,000 rakyat khususnya dari sekitar Kuala Terengganu berkampung di situ sejak jam 11.30 malam hingga jam 1 pagi bagi menyertai pelbagai acara yang disediakan.
Majlis anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dan UMNO Bahagian Kuala Terengganu diserikan dengan sambutan memotong kek hari lahir kemerdekaan negara.
Dua tetamu bertuah, Rozy Mohd Rosidi, 38 dan Wan Muliadi Wan Efendi, 31, menjadi tetamu istimewa apabila dijemput ke pentas utama untuk meraikan sambutan hari lahir mereka yang berkongsi dengan tarikh sambutan kemerdekaan negara.
Hadir sama memeriahkan majlis, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, YB Toh Chin Yaw; Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Timbalan Ketua UMNO bahagian, Encik Mohd Sabri Alwi dan Naib Ketua UMNO bahagian, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh.
Sejurus kemudian, hadirin dihiburkan dengan persembahan deklamasi sajak kemerdekaan dan koir lagu patriotik sebelum mereka menikmati juadah bersahur di khemah yang disediakan.
Pada masa yang sama, di Besut dan Setiu, sambutan diadakan di Dewan Terbuka Penyelaras UMNO DUN Kota Putera Kampung Raja (Kota Putera); Pejabat DUN Hulu Besut (Hulu Besut); Dataran Kuala Besut (Kuala Besut) dan Depan Pejabat APMT, Pekan Renek (Jabi).
Manakala bagi DUN Permasuri, sambutan dijalankan di Perkarangan Stesen Bas Permaisuri Dataran Pengkalan Masjid Telong (Langkap) dan Dataran Bestari Batu Rakit.
Sementara di Parlimen Kuala Nerus, acara diadakan di Dewan Sivik Buluh Gading dan Dataran Bukit Tunggal.
Sambutan di Marang pula diadakan di perkarangan Masjid Kampung Surau Haji Daud (Bukit Payong); perkarangan Masjid Sultanah Nur Zahirah (Rhu Rendang); Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Wakaf Tapai (Pengkalan Berangan) dan Pejabat penyelaras Pulau Bahagia (Manir).
Di Hulu Terengganu, majlis berlangsung di Pejabat Penyelaras Pulau Bahagia (Manir); Tapak pasar Malam Kg Kuala Telemong (Telemong); perkarangan Masjid Kampung Pengkalan Ajal (Ajil) dan Dataran Kampung Getang (Kuala Berang).
Manakala di Dungun, sambutan di depan Masjid Serdang (Rantau Abang); Dewan Terbuka Sekolah Menengah Paka (Paka) dan bangunan kedai persimpangan Bukit Besi (Bukit Besi).
Sebahagian penduduk mengambil juadah bersahur pada Majlis Sahur Rakyat di Waterfront, Balik Bukit, Kuala Terengganu.

Kuala Nerus jadi daerah baharu
Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Kuala Nerus sebagai satu daerah yang baru bagi memajukan kawasan berkenaan.
Katanya, Kuala Nerus yang terletak dalam daerah Kuala Terengganu boleh dijadikan sebuah daerah selepas ia diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Buat masa ini kita mencari satu tapak yang sesuai bagi dijadikan pusat pentadbiran Kuala Nerus apabila ia diisytiharkan menjadi daerah baru kelak," kata Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, di sini.
Sebelum ini pada 2 Ogos lalu, kerajaan Terengganu diminta supaya memulakan segera pembinaan jambatan yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu-Pulau Sekati-Losong bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas di Jambatan Sultan Mahmud.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri berkata, meskipun kerajaan mengumumkan pembinaan jambatan itu sejak empat tahun lepas, namun sehingga kini jambatan itu belum menjadi kenyataan.
"Kita sudah tiga empat tahun bercakap mengenai pembinaan jambatan itu yang sepatutnya siap pada 2010 kerana kapasiti Jambatan Sultan Mahmud hanya mampu menampung maksimum kenderaan setakat 2010," katanya di sini semalam.
Mohd. Nasir berkata, pembinaan jambatan itu sangat perlu kepada penduduk di kawasan-kawasan berkenaan kerana di Kuala Nerus, terdapat beberapa kepentingan awam seperti lapangan terbang, kompleks sukan dan pusat pengajian tinggi.
"Sehubungan itu, kita juga mencadangkan agar kerajaan membina sebuah lagi jambatan yang akan menghubungkan antara Seberang Takir dan Bandar Kuala Terengganu sendiri," katanya.
Beliau berkata, jika jambatan baru tidak dibina, kesesakan teruk akan berlaku apabila berlaku kemalangan di jambatan sedia ada.

RAKYAT DI HATIKU…
Kanak-kanak penyakit jantung berlubang tunggu dibedah
Perhatian dan tindakan cepat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said selepas kisah seorang kanak-kanak pesakit jantung berlubang disiarkandi akhbar menggambarkan betapa caknanya beliau kepada masalah rakyat.
Ini sangat bermakna kepada Haryati Mohd Fauzi, 32, dan suaminya Mansor Embong, 39, apabila penderitaan anak kesayangan mereka, Muhamad Ayub, 7, yang menghidap penyakit jantung berlubang mendapat perhatian kerajaan negeri.
Jika sebelum ini hanya RM6,000 berjaya dikumpul bagi membiayai rawatan Muhamad Ayub, lawatan Ahmad membawa cahaya kepada Haryati dan Fauzi melihat anak mereka mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan membesar dengan cergas seperti kanak-kanak lain.
Malah Ahmad yang mengunjungi Muhamad Ayub di kediaman mereka di Kampung Simpang Tokku, turut memberikan jaminan kerajaan negeri akan menanggung semua kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) yang dianggarkan mencecah RM30,000.
Penderitaan Muhamad Ayub dikesan sejak dia berusia dua minggu selepas dilahirkan tujuh tahun lalu dan mula mendapatkan rawatan di IJN sejak berusia enam bulan.
Ahmad Said yang datang bersama isteri, To' Puan Norliza Mahmud berkata, beliau akan meminta semua butiran termasuk rekod pemeriksaan bagi membolehkan tindakan diambil secepat yang mungkin.
"Kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya semua kos perubatan dan pembedahan diperlukan kerana saya difahamkan sebelum ini pembedahan terpaksa ditangguhkan kerana IJN terpaksa mengutamakan pesakit yang kronik terlebih dulu.
"Bagaimanapun kami akan menulis surat kepada IJN bagi memohon pembedahan dapat dipercepatkan," katanya.
Mansor berkata beliau hanya mampu berterima kasih dan bersyukur berkat rahmat Ramadan, ada pihak yang sudi mengambil berat dan prihatin dengan nasib yang dilalui anaknya itu.
"Saya juga amat berharap agar pembedahan segera dapat dilakukan kerana mahu melihat Muhamad Ayub membesar sama seperti kanak-kanak lain dan dapat bersekolah seperti biasa," katanya yang turut mempunyai seorang lagi anak berusia 10 tahun, Nur Adibah Mansor.
Sebelum ini Muhamad Ayub turut menerima bantuan melalui Tabung Darul Iman sebanyak RM550 di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw di Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Dana hari raya RM5.1 juta agih serentak di empat DUN
Sumber: Sinar Harian
Pengagihan Dana Hari Raya 2009 di daerah ini akan diadakan serentak di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 1 hingga 9 September ini membabitkan jumlah kira-kira RM5.1 juta.
Pegawai Daerah, Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, setiap DUN menetapkan lokasi masing-masing untuk pengagihan wang sumbangan daripada Kerajaan Negeri itu.
Menurutnya, di DUN Kuala Besut, pembayaran dibuat pada esok hingga 3 September di Dewan Seri Seratus, sementara 8 dan 9 September di Dewan Kampung Bharu.
Semua mukim di DUN Kota Putera akan menerima bayaran yang dilakukan di Pejabat Penyelaras DUN berkenaan di Kampung Raja.
Sementara bagi DUN Hulu Besut pada 1 hingga 3 September di pejabat penyelarasnya di Cegar Batang, Pasir Akar dan pada 8 dan 9 September di Dewan Felda Tenang.
DUN Jertih pula, pengagihan dibuat pada 8 September di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong.
“DUN Kota Putera menyaksikan bilangan penerima paling ramai, iaitu 6,222 orang membabitkan sejumlah RM1.9 juta, diikuti DUN Kuala Besut, 5,897 orang (RM1.8 juta); DUN Hulu Besut 5,380 orang (RM1.65 juta) dan DUN Jertih seramai 5,128 melibatkan jumlah RM1.58 juta,” katanya.
Wan Mohd berkata, urusan pembayaran wang dana hari raya itu dilakukan pejabat penyelaras DUN masing-masing.

Monday, August 31, 2009
RM1 bilion tingkat pendidikan, ekonomi
Peruntukan melebihi RM1 bilion kepada Marang menunjukkan kerajaan serius untuk membangunkan daerah itu seiring dengan daerah lain.
Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, ia juga menutup andaian segelintir pihak bahawa Marang agak terpinggir berbanding daerah lain.
Menurutnya, peruntukan itu merangkumi semua aspek termasuk pembangunan fizikal, pendidikan dan ekonomi.
“Sekarang, kita tumpukan kepada aspek pembangunan kerana kemudahan asas seperti elektrik dan air boleh dikatakan sudah mencapai tahap 100 peratus. Pembangunan ini membabitkan projek Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Antara tumpuan kita adalah pembangunan jalan utama, jalan kampung, masjid, surau, sekolah dan klinik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa yang diadakan di kediamannya, semalam.
Menurut Abdul Rahman, untuk melaksanakannya, pihaknya bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Daerah dan Majlis Tindakan Daerah Marang serta Kuala Terengganu untuk merealisasikannya.
Pada majlis yang diadakan, seramai 1,000 jemputan hadir membabitkan wakil 140 cawangan dari Parlimen Marang, ketua jabatan dan penduduk kampung.
Pada majlis itu juga, Abdul Rahman menyumbangkan ban-tuan keperluan asas kepada 25 keluarga miskin membabitkan kawasan Kampung Pengkalan Setar, Kampung Sungai Pinang/Kam-pung Baram, Kampung Kubang Panjang, Kampung Pengadang Baru dan Kampung Gelugor Kedai.
Menurut Abdul Rahman, terdapat kira-kira 1,500 penerima kebajikan bulanan di Marang dan pihaknya mengharapkan jumlah itu dapat dikurangkan, seiring usaha mengurangkan kadar kemiskinan melalui pelbagai saluran bantuan kerajaan.
“:Pihak kami juga juga memfokuskan kepada pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Mesra Rakyat dalam usaha memastikan semua penduduk di Parlimen Marang mempunyai kediaman sendiri pada masa depan,” katanya.

Pusat Jalur Lebar Jerteh latih komuniti setempat
Oleh Mohamad Ishak (Berita Harian)
Jurang digital antara penduduk desa dan bandar kini dapat dirapatkan dengan adanya usaha pelbagai pihak yang sedia melabur untuk memberi pendidikan dan pendedahan mengenai teknologi maklumat kepada semua lapisan rakyat di negeri ini.
Penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah sebahagian usaha kerajaan dan swasta yang bergabung tenaga untuk memberi perkhidmatan kepenggunaan kepada masyarakat terutama dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
PJK Seberang Jertih yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia dan MSD Digital Intelligence adalah satu lagi contoh bagaimana sebuah pusat untuk memberi latihan dalam bidang ICT kepada komuniti setempat.
PJK berkenaan yang mula beroperasi pada April 2009 dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Awam Seberang Jertih, Terengganu, memberi peluang kepada komuniti setempat untuk lebih memahami bidang ICT dengan lebih mendalam.
Pusat itu kini mempunyai 257 ahli sejak beroperasi, mempunyai dua tenaga pengajar manakala beroperasi setiap hari antara jam 9 pagi hingga 6 petang, kecuali cuti umum, kata pengurusnya, Mazlan Ibrahim.
PJK Seberang Jertih diwujudkan bagi membantu komuniti mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran komputer termasuk melayari internet dan menggunakan telefon mudah alih dengan cara yang selamat dan positif.
Pusat itu juga menyediakan akses kepada perkhidmatan elektronik termasuk e-Perkhidmatan Kerajaan, e-Pembelajaran, e-Pengumpulan dan pertukaran maklumat, Pusat Komunikasi, Pusat Pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian dan pusat peperiksaan dan persijilan.
"Bagi memberi peluang kepada komuniti mempelajari komputer, kami mensasarkan semua golongan termasuk kanak-kanak Tabika, pelajar sekolah rendah dan menengah, warga emas, suri rumah, remaja, belia, peniaga, petani, penganggur dan pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjadi ahli.
"Ahli dikenakan bayaran RM5 sebagai pendaftaran seumur hidup dan mereka boleh menggunakan internet percuma selama tiga bulan," tambahnya.
Selain itu, ahli juga diberi latihan dan kelas percuma serta dapat mempelajari pelbagai aplikasi elektronik.
Mazlan berkata, pihaknya juga memberi peluang kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menghantar ahlinya untuk menggunakan kemudahan di pusat itu.
Bagi melicinkan lagi operasi PJK, pihaknya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengawasi operasi serta menjalankan aktiviti berkaitan pusat berkenaan.

PENDAPAT…
JKKK memalukan Kerajaan Negeri, MB
Oleh Tuan Nik Tuan Mat
Saya menyokong penuh tindakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang menegur sesetengah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tidak menjalankan tugas dengan baik khususnya dalam menyampaikan bantuan atau sumbangan kerajaan negeri.
Gambar - Seorang wakil JKKK menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk.
Amat wajar dan munasabah kalau Ahmad Said berang jika ada JKKK tidak amanah dalam melaksanakan tugas.
Mereka yang beria-ia menawarkan diri malah ada menggunakan wakil rakyat untuk mendapatkan jawatan tetapi tidak memenuhi ikrar untuk bekerja demi rakyat.
Kini ada laporan mengatakan masih ramai rakyat Terengganu yang mana sesetengah JKKK tidak menyampaikan sumbangan buah kurma dan air zam-zam kepada rakyat seperti yang diarahkan.
Ahmad Said sudah pasti ‘naik angin’ kerana kerajaan negeri memang merancang untuk mengagihkan 300,000 bungkus buah kurma dan air zam-zam itu kepada 300,000 buah rumah di seluruh negeri.
Program agihan air zam-zam dan kurma ini dibuat pada minggu pertama atau kedua bulan puasa ini.
Kerajaan Negeri membelanjakan RM8.3 juta untuk membeli kurma dan air zam-zam untuk diagih kepada umat Islam di Terengganu pada bulan Ramadan ini.
Menurut Ahmad Said, kebanyakan laporan JKKK tidak menyampaikan sumbangan melibatkan kawasan di sekitar Kuala Terengganu.
"Setiap JKKK perlu menyerahkan sumbangan tersebut dari rumah ke setiap rumah namun ada di kalangan JKKK tersebut memberikan sumbangan itu di masjid selepas selesai menunaikan solat tarawih.
"Ini menyebabkan ada yang menerima dan ada yang tidak menerima sumbangan tersebut, malah ada yang menerima lebih daripada sepatutnya," ujarnya kesal.
Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana JKKK yang menyalahgunakan amanah yang telah diberikan.
Saya menyokong penuh Ahmad Said mengambil tindakan terhadap mereka itu kerana ia menjejaskan maruah kerajaan negeri dan beliau sendiri.
Lagipun, kerajaan sudah menyediakan sumbangan itu lebih daripada mencukupi.
Ahmad Said pasti malu jika sumbangan tidak sampai kerana pada sidang DUN baru-baru ini beliau member jaminan ia akan dibahagikan untuk seluruh rakyat Terengganu.
Malah pada sidang DUN itu, Ahmad Said ditanya mengenai siapa yang mendapat kontrak bekalan dan sebagainya, selain bagaimana caranya sumbangan akan disampaikan.
Sebagai rakyat biasa, saya terkilan jika rakan dan saudara saya tidak mendapat bantuan berkenaan.
Walaupun saya sudah merasainya tetapi saya kesal dan marah jika ada rakyat Terengganu lain tidak menerimanya.

Terengganu sedia jadikan pelancongan sumber pendapatan
Oleh Abdul Halim Yusoff (Berita Harian)
BILA disebut Terengganu, pasti ramai di luar negeri bertuah ini akan terbayangkan penyu, keropok lekor, songket dan batik serta warisan seni budaya yang diterjemahkan menerusi ramai adiguru makyong, menora, dikir barat, pengukir kayu, tukang tembaga dan makanan tradisional yang enak serta warga yang ramah dan berbudi tinggi.
Ketika di sekolah menengah di negeri saya, Perak, perkenalan dan jangkaan saya terhadap negeri ini dizahirkan dengan lawatan dan kunjungan ke kilang pengeluaran batik, penenun songket, tukang tembaga, pertunjukan menora, makanan rasmi nasi dagang dan sebagai negeri penyu, kami tidak ketinggalan ke Rantau Abang, Dungun.
Fast Forward, 18 tahun kemudian, Terengganu menjadi 'rumah kedua' apabila saya ditukarkan untuk berkhidmat di sini, dan pertemuan dengan keropok lekor, budu, sotong celup tepung serta hidangan gulai lemak ikan kelah seperti menyatukan semula jejak yang hilang selama ini.
Sesudah 18 tahun, sudah pasti terlalu banyak perubahan dengan Terengganu dan paling mudah dikenal pasti ialah pembangunan terutama menerusi jalan-jalan yang semakin lebar dan cantik, bangunan dan kompleks baru termasuk beberapa stadium serba baru, walaupun satu daripadanya ditimpa petaka apabila sebahagian bumbung runtuh baru-baru ini, serta paling mengujakan monumen Islam dan binaan tarikan pelancongan di Pulau Wan Man.
Sejak lapan bulan di sini, saya sedar bahawa Terengganu sedang menuju untuk menjadi negeri yang meraih hasil utama dalam bidang pelancongan. Kerajaan negeri sudah menyusun strategi yang betul dengan komitmen pelaburan besar dalam bidang itu supaya pada masa depan Terengganu tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada royalti petroleum.
Selain pelbagai tarikan sedia ada, destinasi utama lain diberi perhatian ialah Tasik Kenyir yang mana kerajaan negeri sudah menyusun rancangan pembangunan secara keseluruhan membabitkan peruntukan RM500 juta. Rancangan pembangunan itu akan merubah tarikan di tasik buatan terbesar Asia Tenggara daripada sekadar tempat kaki pancing kepada satu destinasi pelancongan lengkap merangkumi taman tema air, pulau dengan tema tarikan berbeza, kereta kabel dan pusat beli belah.
Tahun lalu, sempena Tahun Melawat Terengganu, sejumlah 3.5 juta pelancong melawat negeri ini dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengunjurkan jumlah itu akan meningkat kepada empat juta tahun ini.
Begitupun, ramai juga peserta industri di negeri ini yang tidak yakin dengan pencapaian sasaran itu berikutan ketiadaan agenda atau komunikasi tersusun antara kerajaan dan pemain dalam merumus agenda promosi. Ramai yang mendakwa keadaan seperti yang dikatakan seorang penulis Amerika Syarikat, Truman Capote, 'perbincangan adalah dialog, bukan monolog'.
Justeru, perlu wujud penyelarasan dan perancangan lebih kemas antara kerajaan dan pemain industri dalam menyusun kalendar acara dan rangka promosi bersama bagi menjual Terengganu kepada pelancong, sekali gus memastikan rancangan pembangunan prasarana diatur dapat memberikan pulangan yang dikehendaki.
Begitupun, peserta industri juga perlu lebih proaktif dan turut sama terbabit dalam usaha menjual produk yang disediakan dan tidak seharusnya terlalu manja dan mengharapkan sentiasa disuap kerajaan negeri. Mereka perlu mencontohi pengusaha di negeri lain terutama Sabah dan Sarawak yang mana pengusaha swasta melabur sama dengan menyertai festival pelancongan di dalam dan luar negara.
Seorang pengusaha pelancongan yang saya kenali mengakui bahawa kerajaan negeri sudah mengambil langkah bersesuaian untuk menyemarakkan sektor pelancongan. Antaranya memudahkan kemasukan menerusi penerbangan terus dari luar negara yang mana kerajaan negeri memberi rebat besar kepada syarikat penerbangan untuk yuran pendaratan dan parkir lapangan terbang.
"Kini sudah ada penerbangan terus dari Singapura ke Kuala Terengganu dan Kertih. Selepas ini akan menyusul dari beberapa negara lain termasuk China," katanya.
Sebenarnya, usaha kerajaan negeri memajukan sektor pelancongan patut dipuji. Tetapi usaha kerajaan perlu juga disokong warganya. Kemasukan pelancong sudah tentu membuka rezeki besar kepada pelbagai kelompok pengusaha termasuk kedai makan, hotel dan pengeluar kraf tangan.
Malangnya, realiti yang tidak berapa enak di sini ialah harga bahan makanan mahal, terutama kepada orang luar (pelancong) yang tidak 'kecek Teganu'. Saya sendiri mengalami dan cenderung untuk menyokong 'generalisasi' ini. Justeru, pengusaha kedai makan terutamanya perlu mengubah strategi menjual bagi mendapatkan 'volume' dan pelanggan berulang, bukannya bersikap sekali cekik ramai lagi pelanggan lain akan datang.
Selain harga makanan, sikap orang ramai dalam banyak keadaan turut menjejaskan usaha 'menjual' negeri ini. Menteri Besar sendiri pernah menegur sikap warga yang tidak menjaga kebersihan dengan membuang sampah merata-rata, waima jika ada tong sampah disediakan sekalipun. Jika perkara ini tidak dibendung usaha mewujudkan bandar yang indah akan sia-sia.
Seperti yang dikatakan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim, pelaburan RM8 juta setahun untuk membersihkan bandar raya ini kurang berkesan kerana mentaliti dan sikap sebahagian penduduk yang masih tidak berubah.
Ini mungkin yang sedang saya fahami sekarang bahawa orang di sini ramai 'gong' kepada orang luar, maka ini amat berbeza dengan tanggapan masyarakat luar terhadap negeri yang kaya warisan seni budaya Melayu ini.