Saturday, April 21, 2012

Tidak Ada Kerja Lain, Hanya Mahu Memburuk-Burukkan Ahmad Said!


Oleh Hambali Abdul Latiff

Tidak adil mempersoal dan menuduh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai tidak menepati janji.

"Saya tidak tahu...saya tidak dimaklum.."
Lagi pun, siapa yang kononnya mengatur pertemuan abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dengan Menteri Besar Terengganu di Pejabat Umno Negeri Terengganu di Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 2 petang Rabu lalu.

Cikgu Zakaria @ Supar Ali (Cikgu Ya) menyatakan beliau merasa sangat kecewa terhadap Umno dan Menteri Besar Terengganu  yang seolah-olah mengelak dan tidak mahu bertemu dengannya.

Malah beliau dilaporkan oleh laman web PAS bahawa beliau tidak diberitahu terlebih dahulu, tentang temujanjinya yang dibatalkan.sambil menyifatkan Ahmad Said membatalkan perjumpaan tanpa sebarang pemberitahuan.

Untuk berlaku adil kepada Ahmad Said, saya sebenarnya bertanya Menteri Besar itu sebaik habis Mesyuarat Exco Rabu lalu apakah beliau tahu mengenai pertemuan dengan Cik gu Ya ini?

Saya juga bertanya siapa yang mengaturnya?

Menteri Besar mengatakan tidak tahu akan pertemuan itu dan tidak tahupun Cik gu Ya mahu berjumpanya. “Cik gu Ya mana?” tanya Ahmad Said, “Abang Mustafa Ali...” kata saya.

“Apa hal?” tanya beliau dan tidak tahu pun tujuan sebenar Cik gu Ya mahu berjumpa beliau. 

Apalagi selepas Mesyuarat Exco berkenaan, Ahmad Said mengadakan siding media dan ditemuramah oleh TV3 mengenai program Boat On The Road. 

Ahmad Said yang ‘batuk’ sejak beberapa hari sebelum itu sebenarnya mempunyai temu janji dengan pakar mengenai batuk yang dialaminya itu. Ini bermakna bahawa pihak yang kononnya mahu diadakan pertemuan Cik Gu Ya dan Ahmad Said tidak pun membuat sebarang temu janji.

Persoalannya siapa pemimpin UMNO yang mengatur pertemuan mereka?

Cik Gu Ya juga tidak adil untuk marah-marah kepada ‘receptionist’ (penyambut tetamu) di pejabat Umno...” dan patut sekali beliau dibawa keluar sambil memintanya bertenang.

Laporan media PAS menyebut, abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dijanjikan berpeluang bertemu dengan Ahmad Said pada hari Rabu (18 April 2012) sekitar jam 2.30 petang,

Tujuan beliau mahu berjumpa dengan Ahmad Said adalah untuk menggesa agar Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu segera mengambil tindakan melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah Islam termasuk hudud.

Cikgu Ya mahu menyatakan pendiriannya selama ini bahawa pelaksanaan hukum tersebut akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah ‘penyakit’ masyarakat sekarang.

Pertemuan beliau dengan Ahmad Said dilaporkan oleh media PAS kononnya diatur pimpinan Umno pada pertemuannya dengan pegawai kakitangan pejabat Umno negeri beberapa hari lalu.

Pada tahun 2007, pertemuan Cik gu Ya dengan matan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan dimanupulasikan oleh pihak tertentu dan dijadikan bahan kempen Umno untuk pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Setelah gagal bertemu dengan Ahmad Said semalam, menurut laman web PAS, Cik Gu Ya melihat bahawa tidak ada kejujuran kepada pemimpin Umno Terengganu dan kerana itu akan berdoa dan bermunajat agar PAS menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang, memerintah negeri dan melaksanakan hudud.

“Cikgu Ya kesal dan berkata beliau akan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang,”kata pengiringnya kepada laman web PAS berkenaan.

APAKAH ADIL untuk menuduh seseorang yang tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan kata-kata "mengelak untuk berjumpa" dan TIDAK ADA KEJUJURAN?

Terengganu Jangan Leka, Sime Darby FC Mahu Melakar Sejarah Muncul Ke Final

Marzuki mungkin tidak diturunkan malam ini kerana cedera.
Jangan pandang rendah kemampuan Sime Darby FC.

Andai berjaya melakukan kejutan dengan menyingkirkan juara bertahan Terengganu, Sime Darby FC akan melakar sejarah sebagai kelab pertama beraksi di pentas final sejak Piala FA mula dipertandingkan pada 1990.

Kelab ini sudah membuktikan bahawa musim ini ia ‘pembunuh gergasi’ dan jika silap percaturan boleh membunuh harapan Terengganu malam ini.

Pulau Bidong Destinasi Ekslusif Tahun Melawat Terengganu 2013


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.berkata, kerajaan negeri sedia membenarkan pelancong mengunjungi Pulau Bidong sempena Tahun Melawat Terengganu tahun depan sebagai destinasi ekslusif.


Menurut beliau, kunjungan pelancong ke Pulau Vietnam itu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjaga keindahan alam semula jadi pulau bersejarah itu.



Gagal Sedia Kawalan Keselamatan - FAM Denda FAS RM29,500

Anggota FRU yang dibelasah penonton Sarawak
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendenda Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sebanyak RM29,500 setelah gagal menyediakan kawalan keselamatan sepatutnya semasa perlawanan antara Sarawak dan Lions XII di Stadium Negeri di Kuching pada 17 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak berkata FAS didapati bersalah dalam empat pertuduhan iaitu gagal menyediakan kawalan keselamatan menyebabkan penyokong dan penonton Sarawak membaling botol air hingga terkena kepada pegawai perlawanan menyebabkan FAS didenda RM15,000.


Friday, April 20, 2012

Daftar GP Joran 2012 Di Dungun Sebelum 30 April


Peserta Grand Slam GP Joran 2011, selesa menaiki bot masing-masing.
Peserta Kategori Laut Karnival Pusingan Pertama GP Joran 2012 yang berlangsung di Kuala Dungun, Terengganu pada 5 dan 6 Mei depan diingatkan melakukan pendaftaran awal sebelum tarikh tutup iaitu 30 April (Isnin) depan untuk mengelakkan kehabisan bot.

Pembayaran sebanyak RM250 seorang boleh dilakukan secara atas talian (sila rujuk di bawah borang) atau hadir sendiri membawa keratan rasmi borang akhbar ini di Unit Joran Tingkat 4, Berita Harian di Jalan Riong, Bangsar Kuala Lumpur.


Pemandu Beri Alasan Cuaca Panas Guna Cermin Gelap Lebihi Had

Tidak tahan cuaca panas antara alasan paling banyak diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu daripada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap melebihi had dibenarkan.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak 3,514 notis telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut.


Majlis Pelepasan Ekspedisi BOTR Meriah Babitkan 200 Peserta


Majlis pelepasan yang membabitkan lebih 200 peserta itu disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib pada jam 8 pagi tadi sebelum menuju ke Tasik Kenyir.

Peserta ekspedisi memancing sambil santai ‘Boat On The Road’ (BOTR) 2012 anjuran Berita Harian berlepas dari Sri Pentas, Bandar Utama ke Tasik Kenyir pagi tadi dengan penyertaan kira-kira 180 kenderaan pacuan empat roda (4x4).


Lokasi BOTR 2012 Tidak Menghampakan, Tioman Kenyir Menunggu Pemancing

Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said (baju batik), Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali menampal pelekat peserta BOTR 2012. 
 
Muara Sungai Lasir, Sungai Mala, Sungai Leban Terengganu dan kawasan berhampiran Pertang Island Resort yang menjadi lokasi pertandingan Boat On The Road 2012 (BOTR 2012) kaya dengan toman serta baung yang tersenarai sebagai spesies dipertandingkan.

Walaupun jumlahnya dikatakan agak berkurangan sejak kebelakangan ini, namun pemancing tidak pulang tangan kosong jika kena pada gayanya.

Sasitharan dengan toman tangkapannya

Tumpuan Terengganu Jamin Ke Final Piala FA – Mat Zan

Sime Darby menyandarkan gandingan serangan pemain import, Patrick Ronaldinhodengan Mohd. Irme Mat apabila berdepan Terengganu pada separuh akhir Piala FA, esok.

Tumpuan Terengganu kini adalah untuk memberi fokus kepada kempen separuh akhir Piala FA menentang Sime Darby esok.

Kerana itu walaupun dianggap bernasib baik kerana seri dengan negeri Sembilan di Paroi kelmarin, penggendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris tetap memberi kredit kepada semua pemain yang telah bekerja keras dan memperoleh jaringan awal bagi memastikan skuad Penyu tidak pulang kosong.

Penerbangan Haji/Umrah Terus Ke Jeddah Dan Madinah Dari Terengganu

Syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines akan mengadakan penerbangan Haji dan Umrah terus ke Jeddah dan Madinah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) mulai tahun ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata hasil usaha selama beberapa tahun, akhirnya kerajaan negeri berjaya mendapatkan penerbangan terus dari LTSM ke Tanah Suci.


BN Mula Buka Bilik Gerakan Persediaan PRU13

Barisan Nasional (BN) Terengganu telah membuka pusat-pusat daerah mengundi atau Bilik Gerakan BN di seluruh negeri yang melibatkan 343 peti undi sejak awal Februari lalu dan akan berterusan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata gerak kerja jentera BN perlu digerakkan lebih awal supaya mereka dapat bersedia lebih awal dengan mendapat maklumat dan boleh juga menaikkan bendera BN di rumah atau di bilik gerakan asalkan tidak mengganggu orang awam.


Maidam Ubah Dasar Agihan bantuan Kepada Asnaf Mengikut Isi Rumah

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengubah dasar agihan bantuan bulanan kepada penerima yang layak mengikut kepentingan isi rumah dan mula dibayar pada Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, sebelum ini kadar bantuan kepada asnaf ialah RM300 tanpa mengira jumlah tanggungan atau ahli isi rumah.


Terengganu Kaji Hadkan Pelancong Ke Pulau Bidong

Kerajaan negeri Terengganu sedia membenarkan pelancong mengunjungi Pulau Bidong sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dengan syarat kedatangan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjaga keindahan alam semula jadi pulau yang belum tercemar itu

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri melalui Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan merangka satu mekanisme terbaik bagi membolehkan perkara itu dilaksanakan.


Fatehah Tidak Sabar Untuk Bertanding di Olimpik London

Ratu trek berbasikal negara, Fatehah Mustapa berazam untuk menebus kegagalannya pada Kejohanan Berbasikal Dunia 2012 di Melbourne baru-baru ini dengan melakukan kejutan pada Sukan Olimpik 2012 London, Julai depan.

Fatehah, 23, sebelum ini mencatat sejarah baharu sukan negara apabila muncul pelumba wanita pertama layak beraksi pada Sukan Olimpik dalam acara keirin di London nanti.



Meskipun gembira kerana bakal membuat penampilan sulung di pentas Olimpik, pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu enggan dibuai mimpi indah dengan pencapaian tersebut, sebaliknya berazam untuk memberi tumpuan kepada misinya mara ke pusingan final acara keirin.

“Saya sedar peluang untuk memenangi pingat dalam acara ini memang sukar, apatah lagi pada penampilan pertama saya di pentas Olimpik ini,” jelas Fatehah pada sidang akhbar bersama atlet Olimpik negara di Bukit Jalil baru-baru ini.

SPR Setuju Syor Tempoh Berkempen PRU-13 Tidak Kurang Daripada 10 Hari

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan syor supaya tempoh berkempen untuk pilihan raya umum ke-13 adalah tidak kurang dari 10 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat khas SPR pada Rabu mengenai setiap syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP).

YPU Bakal Perkenal Rangkaian Perniagaan Bergerak

Kerajaan negeri Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, melangkah setapak lagi apabila memperkenal rangkaian perniagaan secara bergerak, T-Mobil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata langkah baharu yang diperkenal itu adalah usaha bagi mengembangkan konsep perniagaan yang mengguna pakai jenama T (Terengganu), sekaligus meningkat pembabitan penduduk negeri ini dalam bidang keusahawanan.


Sultan Mizan Menyelam Di Pulau Bidong Bersama Coral Malaysia

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di Kuala Terengganu, semalam.

Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.


Matrade Galak Lebih Ramai Usahawan Pantai Timur Sertai Caexpo Di China

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menggalakkan lebih ramai pengeksport atau pengusaha tempatan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang, menyertai Ekspo China-Asean (Caexpo) 2012 di China, September depan.

Pengarah Bahagian Galakan Perkhidmatan dan Perdagangan Matrade Ong Yew Chee berkata pada tahun lepas sebanyak 130 syarikat Malaysia menyertai Caexpo, yang menghasilkan jualan melebihi RM201 juta.


Thursday, April 19, 2012

Ahmad Said Tidak Berganjak Walau Dituduh Kejam, Zalim & Khianat


Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah mengundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih," - Ahmad Said

“Kita turun untuk beri mesej jelas…tidak kompromi dengan tindakan kejam dan penindasan…Hancur kezaliman. Kami memberi amaran…akan solidariti bersama-sama 9 mahasiswa (bermaksud dengan mahasiawa Terengganu yang ditarik balik balik oleh Yayasan Terengganu)”.

Itu kata-kata wakil mahasiswa yang mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar di Kuala Terengganu semalam.
Kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) semalam berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman.

Siapa kejam sebenarnya?


Daripada blog http://mediaterengganu.blogspot.com
Bukankah pihak-pihak yang mempengaruhi pelajar untuk menyertai demonstrasi Bersih 2.0 itu sebenarnya kejam?

 “Pas dan PKR bolehlah kongsi separuh sorang tanggung mereka belajar hingga habis,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hanya beberapa minit sebelum demonstrasi berkenaan.

Bagi Ahmad Said, yang menjadi sasaran ‘serangan mahasiswa semalam’ pada demonstrasi semalam, mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.

“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputusan penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.

Ahmad Said menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.

Kerana itulah Menteri Besar menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai pengajian sehingga tamat.

Kerajaan  Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit. Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.

Selain isu biasiswa, wakil Mampat sifatkan Menteri Besar sebagai ‘bodoh’ kerana duit untuk biasiswa bukan hak Menteri Besar…Yayasan Terengganu jangan ikut Menteri Besar. UMNO akan tersungkur pada pilihan raya umum akan datang’.

 “Maidam kena ingat, zakat bukan hak politik UMNO…jangan sampai kami kempen rakyat untuk tidak bayar zakat kepada Maidam” kata wakil berkenaan kononnya Maidam menyekat zakat untuk pelajar di Mesir.

Ugutan untuk tidak membayar zakat ini sebenarnya adalah sesuatu yang malang buat rakyat Terengganu kerana soal-soal berkaitan Islam ada kaitan dengan kuasa Sultan Terengganu.

Apakah Mampat akan berkempen kea rah ini? Yang pasti pada sidang media selepas Mesyuarat Exco yang hanya beberapa minit sebelum demonstrasi itu diadakan.

Ahmad Said sekali lagi mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.

 “Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.

  

Daripada hambali1

Terengganu Akan Bangunkan 4,400 Hektar Sawit Untuk Biayai Pendidikan


Kerajaan Negeri Terengganu akan membangunkan 4,400 hektar tanah dengan tanaman kelapa sawit di Merchang, Marang untuk pelaburan jangka panjang bagi membiayai kos pendidikan anak jati negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata projek di bawah Program Ladang Kelapa Sawit Yayasan Terengganu (PLKSYT) itu akan diuruskan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dengan projek pertama akan dimulakan Oktober ini.

 "Kawasan ini tanah kerajaan dan ia merupakan tempat tapak tanaman akasia tetapi ianya tidak menguntungkan lalu kerajaan mengambil inisiatif menukarnya dengan tanaman kelapa sawit.

"Usaha ini merupakan sebahagian daripada persediaan kerajaan untuk tempoh jangka panjang serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas yang mungkin akan habis nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman semalam.

Katanya projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan menurutnya apabila mencapai tempoh matang tiga tahun, tanaman itu boleh meraih keuntungan sehingga RM70 juta setahun mengikut pasaran sekarang bagi kawasan seluas 200 hektar.

Ahmad Said menjelaskan projek akan dilaksanakan dengan tanaman empat hingga lima ribu hektar setahun bergantung kepada kawasan yang dikenal pasti.

Terengganu Cadang Bina Empangan Mini Hidro Bekal Elektrik Untuk TNB

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin meninjau tapak pembinaan Projek Hidroelektrik Kedua Tasik Kenyir yang sedang dalam pembinaan di Tasik Kenyir.

Kerajaan Terengganu sedia membina empangan mini hidro untuk membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika kosnya tidak terlalu besar dan boleh memberi pulangan ekonomi yang baik.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan TNB bagi tujuan itu sebagai langkah membantu membekalkan tenaga elektrik bagi jangka masa panjang.

Penjawat Awam Perlu Tingkatkan Prestasi Beri Perkhidmatan Terbaik


Penjawat awam di negeri ini diseru meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Seruan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah bertujuan supaya sasaran mencapai pengiktirafan lima bintang terlaksana dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai mulai tahun ini.

Tawaran Ganjaran RM20,000 Tankap Ikan Naga di Kenyir

Kerajaan negeri meningkatkan habuan wang tunai menjadi RM20,000 kepada kaki pancing yang berjaya menangkap ikan naga yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tawaran itu merupakan perhatian serius kerajaan negeri kerana kehadiran ikan itu boleh menyebabkan spesies ikan lain di Tasik Kenyir pupus.


Lelaki Tendang Isteri Hingga Keguguran Kena Khidmat Masyarakat

Mohd Amran Tullah dijatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat selama empat bulan.


Pekerja kontrak pelantar minyak yang menendang isterinya sehingga keguguran, tahun lalu, hanya dikenakan hukuman kerja khidmat masyarakat selama empat bulan atas alasan wanita itu mati dalam kemalangan Februari lalu, selain memikirkan masa depan dua anak mereka.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Mustapha memerintahkan Mohd Amran Tullah Salleh, 25, melakukan kerja khidmat masyarakat selama empat jam setiap hari dalam tempoh itu, selepas mengambil kira sebarang hukuman lain hanya akan memudaratkan anak mereka.

Mohd Faiz Subri Tekad Mahu Disenaraikan Dalam Kesebelasan Skuad Kebangsaan

Gambar Hiasan - Faiz ketika menentang Perak di Kuala Terengganu.
Penyerang pasukan T-Team dalam Liga Super, Mohd Faiz Subri bertekad tidak akan mensia-siakan peluang selepas disenaraikan dalam sesi latihan skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.

Mohd Faiz, 25, berazam mengisi kesebelasan utama skuad negara menjelang perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, Selasa depan.

Maidam Ubah Dasar Bantuan Bulanan Kepada Penerima Sejak Mac Lepas

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengubah dasar agihan bantuan bulanan kepada penerima untuk disesuaikan dengan tanggungan perbelanjaan penerima dan peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Wan Harujan Sulaiman.

Beliau berkata kadar baru yang digunakan sejak Mac lepas ialah RM250 bagi penerima seorang diri, RM350 berdua dan RM450 tiga orang atau lebih ahli isi rumahnya.


Ibrahim Komoo Mulakan Tugas Naib Canselor UMT

Datuk Prof Dr Ibrahim Komoo yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam berazam menggunakan semua kepakaran beliau untuk menerajui universiti itu supaya terus unggul di pentas akademik negara.

Sebagai permulaan beliau akan berjumpa dengan ahli akademik UMT, pelajar dan petugas di bahagian pengurusan serta pentadbiran bagi membolehkannya mengenal pasti cabaran serta peluang yang dihadapi warga universiti itu.

SMI Sasar Jualan Hasil Tempatan Lebih Baik Tahun Ini

Seri Manir Interprise (SMI), syarikat pengeluar pokok buah-buahan dan bunga-bungaan terbesar di Terengganu, menyasarkan jualan dan keuntungan yang lebih baik tahun ini.

Pengurusnya Rofie Ali, 52, yakin syarikat itu mampu memperoleh pendapatan kasar yang lebih tinggi berdasarkan kejayaan meraih purata RM20,000 sebulan hasil jualan produknya.

Wednesday, April 18, 2012

Sistem Pendemokrasian Tanah Rakyat Terengganu Rancak Dilaksanakan


“Dulu orang yang pandai, cerdik dan ligat dapat tanah. Yang tidak tahu apa-apa langsung tiada tanah. Sekarang kita ada rekod, sebaik sahaja tekan komputer menggunakan kad pengenalan pemohon kita akan dapat mengetahui sudah berapa banyak mereka mendapat tanah pemberian kerajaan...Berapa banyak tanah mampu milik yang dia beli sendiri, kalau sudah ada lima enam lot tanah yang dia mampu tidak payah lagi minta tanah kerajaan. Kesian kepada yang tidak mampu, tanah pun terhad.” - Ahmad Said

Kerajaan Terengganu menjadikan pengagihan tanah kepada rakyat negeri itu sebagai sistem Pendemokrasian Tanah Rakyat Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahamd Said berkata dasar kerajaan negeri itu ialah untuk memberi satu lot tapak kediaman atau tanah pertanian kepada setiap keluarga kelahiran Terengganu yang masih belum mempunyai tanah.

"Kita bagi kepada mereka yang memohon dengan syarat mereka masih belum mempunyai tanah untuk lot kediaman ataupun tanah pertanian.

"Setiap keluarga kita bagi sama ada lot untuk tapak rumah ataupun lot pertanian iaitu kita bagi dua ekar dengan syarat mereka (suami atau isteri) masih belum mempunyai sebarang tanah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Daerah Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia, Wilayah Timur Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Adun Kuala Berang, Zawawi Ismail.

Membuktikan sistem pendemokrasian tanah itu rancak berjalan, semalam Menteri Besar menyampaikan geran hak milik tanah kepada seramai 1,372 penduduk Hulu Terengganu yang melibatkan tanah pertanian dan juga tapak rumah.

Sebelum ini beberapa penduduk daerah lain turut menerima anugerah yang sama.

Ahmad Said menegaskan, setiap rakyat Terengganu yang sudah memiliki tanah dan mampu membelinya sendiri tidak dibenarkan lagi untuk memohon tanah kerajaan bagi memberi peluang kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

“Dulu orang yang pandai, cerdik dan ligat dapat tanah. Yang tidak tahu apa-apa langsung tiada tanah. Sekarang kita ada rekod, sebaik sahaja tekan komputer menggunakan kad pengenalan pemohon kita akan dapat mengetahui sudah berapa banyak mereka mendapat tanah pemberian kerajaan.

“Berapa banyak tanah mampu milik yang dia beli sendiri, kalau sudah ada lima enam lot tanah yang dia mampu tidak payah lagi minta tanah kerajaan.

Kesian kepada yang tidak mampu, tanah pun terhad,” katanya Menteri Besar berkata, setiap suami mahupun isteri juga perlulah mengelak daripada memohon untuk kali kedua selepas pasangan masing-masing sudah memiliki tanah berkenaan.

“Jika sudah ada tanah atas nama suami, tidak perlu lagi tanah atas nama isteri. Kalu dulu kita bagi tanah atas tapak rumah, sekarang kita bagi pilihan, sama ada tanah tapak rumah atau pertanian.

“Kalau tanah pertanian seluas dua hektar, kalau tapak rumah pula berkeluasan satu lot dan ianya terpulang kepada keluasan lot berkenaan.

Kadang-kadang enam kadang-kadang lapan lot dan kita tengok atas `layout’ yang kita buat, atas kesesuaian,” katanya.

Liga Perdana - Terengganu Seri Di Paroi. T-Team Kalah Di Gelanggang Sendiri

Percubaan  Amri (kanan) barjaya dihalang penjaga gol Johor FC Mohd Anis Faron di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Terengganu sekadar mengutip satu mata di Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menentang Negeri Sembilan dan gagal mengutip mata penuh seperti perlawanan di Kuala Terengganu akhir minggu lalu.

T-Team pula tumpas di gelanggang sendiri kepada Kelantan dan keputusan itu memberikan Kelantan ruang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Super, Lions XII dari Singapura.


Senarai Calon BN Belum Muktamad, Jangan Jadikan Isu

Badan Perhubungan UMNO negeri mengingatkan ahlinya supaya tidak menjadikan cadangan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 yang telah dikemukakan oleh setiap bahagian sebagai satu isu kerana ia akan merugikan parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka sebaliknya perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO untuk membuat keputusan dan menyokong sesiapa sahaja yang bakal dipilih tanpa sebarang masalah.

Azizulhasni Hampiri Puncak Prestasi Menjelang Olimpik 2012


Jaguh keirin negara, Mohd. Azizulhasni Awang yakin dia mampu berada di kemuncak prestasi menjelang Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Situasi tersebut sekali gus memberi bayangan awal betapa pelumba yang mendapat gelaran The Pocketrocketman itu berpeluang meraih pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya di London nanti.

Chong Wei, Pandelela Olahragawan dan Olahragawati 2011

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 atas pencapaian cemerlang mereka pada kejohanan peringkat dunia tahun lepas.

Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima wang tunai RM20,000. Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kuala Lumpur, malam semalam.

Terengganu Belum Sedia Mengredkan Keropok Lekor

Kerajaan negeri Terengganu belum bersedia untuk mengkelaskan keropok lekor kepada gred-gred tertentu kerana ia tidak sesuai dilaksanakan berikutan selera pengguna adalah berbeza.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata walaupun tindakan menggredkan keropok lekor itu akan memudahkan pelancong asing membeli makanan popular Pantai Timur itu, banyak faktor perlu diambil kira sebelum melaksanakannya.

Ibrahim Komo Dilantik Naib Canselor Baru UMT


Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baru berkuatkuasa 13 April lalu bagi tempoh tiga tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Tempoh Rayuan BR1M Dilanjutkan HIngga ke 30 April


Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Menurut satu kenyataan kementerian itu hari ini, seramai 331,615 pemohon membuat rayuan sehingga 15 April lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 rayuan diluluskan.

Projek Empangan Hulu Terengganu Utama Pekerja Tempatan

Kerajaan negeri akan memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan untuk bekerja di tapak pembinaan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, berhampiran Tasik Kenyir, yang sedang dalam pembinaan.

Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata setakat ini pihaknya dimaklumkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada keseluruhan pekarja yang terlibat dalam pembinaan empangan tersebut terdiri daripada penduduk tempatan.



Lesen 47 Vesel Perikanan Laut Dalam Dibatal Jabatan Perikanan Terengganu

Jabatan Perikanan Terengganu membatalkan 47 lesen vesel perikanan laut dalam kerana tangkapan tidak memuaskan dan tidak turun ke laut walaupun menerima minyak diesel bersubsidi.

Pengarahnya Abdul Khalil Abdul Karim berkata pembatalan itu dibuat susulan pemeriksaan fizikal dan laporan prestasi vesel oleh Panel Audit Vesel Laut Dalam dan Pasukan Pemeriksa Vesel tahun lepas.


Subsidi Mamogram Untuk Wanita Terengganu

Golongan wanita di negeri ini diminta mengambil peluang menjalani ujian mamogram dalam Program Gempur Subsidi Mamogram Peringkat negeri yang akan berakhir Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr.A. Rahman Mokhtar berkata, kerajaan turut menawar insentif kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya menarik golongan wanita mengunjungi klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi menjalani ujian berkenaan.

Kenyir Island Hopping Mula Gamit Pelancong - MB

Gambar Fail - MB ketika melawat Pulau Burung baru-baru ini.
Kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sehingga kini telah membelanjakan RM400 juta bagi membangunkan Kenyir Island Hopping (KIH) di kawasan Tasik Kenyir , Hulu Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata KIH yang meliputi 10 pulau mula menggamit pelancong apabila sebahagian daripada projek berkenaan telah pun siap dan mula dibuka kepada pelancong.

Gambar Fail - Ahmad Said meninjau sendiri kemajuan Pulau Orkid


Polis Terengganu Ingatkan Masyarakat Jangan Percaya Penjualan Batu Ajaib

Polis Terengganu mengingatkan orang ramai khususnya warga emas di negeri ini, agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata dan batu delima "berkuasa ajaib" di sekitar Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Supt Khoh Ah Tiam berkata sehingga April tahun ini, sebanyak lima kes berkaitan penipuan penjualan batu permata telah direkodkan pihak polis.