Saturday, May 5, 2012
Kayuhan 500 Peserta MCC Buka Tirai Karnival Candat Sotong
Majlis perasmian Karnival Candat Sotong Harian Metro (KCSHM) 2012 melakar sejarah baru apabila diadakan serentak dengan pelancaran Kelab Berbasikal Harian Metro (MCC) yang disempurnakan Datuk Seri Ahmad Said di Dataran Shahbandar, malam tadi.
Lebih bermakna, Menteri Besar turut berbasikal sembilan kilometer sekitar bandar raya ini bersama lebih 500 peserta yang datang dari seluruh negeri.
Tanaman Kenaf Capai Sasaran 20 Peratus Hingga April
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) mencapai sasaran 20 peratus penanaman kenaf daripada 1,640 hektar yang dirancang ditanam sehingga hujung April lepas.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin berkata sasaran yang ditumpukan kepada lima negeri itu dijangka meningkat pada bulan Mei dan Jun yang akan dikembangkan lagi kepada negeri lain selepas mendapat penghasilan yang baik.

Friday, May 4, 2012
Episod Malang Sang Penyu - Di Mana Kelemahan Dan Silapnya?
"Kita tak nak salahkan sesiapa dan kita terpaksa ambil keputusan ini
(merehatkan Mat Zan) untuk kita perbaiki kelemahan yang ada agar kita dapat bangkit semula
dalam mengharungi Kejohanan Piala AFC, selain memburu Piala Malaysia
musim ini," - Che Mat Jusoh.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri menyatakan harapan agar pasukan Terengganu mengekalkan momentum selepas menang bergaya 6-2 ke atas kelab Vietnam, Song Lam Nghe An apabila menentang Sime Darby dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA, Selasa lalu
Katanya, momentum itu amat diperlukan bagi memastikan skuad Penyu melangkah ke perlawanan akhir sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu.
Berbekalkan semangat itu, Terengganu bertandan ke Stadium MPS Selayang malam Selasa lalu dan dalam suasana hujan dan padang becak, harapan adakah menggunung untuk Terengganu menang sekurang-kurangnya 2-0 mengatasi Sime Darby FC.
Namun harapan itu ranap selepas menunjukkan harapan dengan permainan menarik pada separuh masa pertama.
Penonton Terengganu agak puas dengan permainan separuh masa itu yang sepatutnya Terengganu sudah mendahului 2 gol melalui peluang-peluang yang terbuka luas.
Sepakan percuma yang terkena palang dan peluang keemasan di depan gol banyak terbuang begitu sahaja.
Ada ketikanya penyerang Terengganu bagaikan mati akal. Paling mengejutkan, tumpuan serangan diletakkan di atas bahu Francis Forkey Doe yang menyebabkan pemain itu menanggung beban berganda.
Pada separuh masa kedua, Terengganu bagaikanhilang punca dan gawang Terengganu hampir bolos apabila bola sepakan penyerang Sime Darby terkena tiang.
Forkey Doe yang terpaksa dikeluarkan kerana kecedaraan menambah lagi masalah serangan kepada pasukan Terengganu.
Kenapakah persembahan Terengganu menjadi ‘yo-yo’ sedangkan barisan pemain Terengganu boleh dikatakan antara yang terbaik bagi pasukan Liga Super musim ini? Lainlah kalau diturunkan beberapa pemain simpanan untuk aksi berkenaan.
Malah pasukan itulah juga yang Berjaya membelasah pasukan kelanb Song Lam Nghe An 6-2 sebelum itu?
Sime Darby FC pula adalah pasukan Liga Perdana yang tidakpun menduduki tangga teratas liga berkenaan?
Mengambil tempat di kalangan penonton Terengganu yang ultra dan kitu kita mula memahami kenapa mereka kadangkala kecewa dengan persembahan pasukan dan tertanya-tanya di mana silapnya.
Penonton setia Terengganu sanggup berhujan sejak jam 4 petang di Selayang hinggalah tamat perlawanan kira-kira jam 10.45 malam Sabtu lalu.
Ada yang datang dari Terengganu dan ramai juga anak Terengganu di Lembah Kelang yang sedia menyokong pasukan negeri sendiri.
Di Stadium MPS Sabtu lalu, hampir 70 peratus penonton yang seramai kira-kira 8,000 adalah penyokong Putih-Hitam.
Kekalahan Terengganu sebelum ini banyak ditanggung oleh cercaan terhadap pegawai khususnya Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang juga pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh.
Beliau diherdik dan rumahnya dilempar batu. Dan kekalahan kepada Sime Darby FC, ketua jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris pula yang paling menanggung kesannya.
Gagal ke perlawanan akhir Piala FA, Mat Zan kini direhatkan sementara berkuatkuasa serta merta sehingga 15 Mei ini dan tugasnya akan diambil alih penolongnya, Khalid Mohd. Dahan.
Menurut Che Mat, keputusan merehatkan sementara ketua jurulatih skuad Penyu itu dibuat atas persetujuan Mat Zan sejurus selepas mesyuarat pengurusan persatuan itu, kelmarin.
Beliau yang juga pengurus pasukan Terengganu turut menyifatkan keputusan yang diambil itu sebagai perkara biasa bagi memberi peluang kepada pemain serta skuad Penyu meningkatkan lagi prestasi.
Che Mat menyampaikan keputusan mesyuarat itu secara lisan melalui telefon untuk berehat dan tugasnya akan diambil alih penolong jurulatih Terengganu, Khalid.
Selepas perlawanan Liga Super dengan Perak mala mini, Terengganu akan melayani kunjungan Perak di sini, hari ini diikuti menentang Kitchee FC di Hong Kong, 9 Mei ini.
Skuad Penyu kemudian dijadual melawan Felda United di Melaka pada 12 Mei sebelum menentang Sarawak di gelanggang sendiri, 15 Mei ini.
Pengurusan persatuan hanya akan mengadakan perbincangan selanjutnya berhubung perkara itu bagi menentukan kedudukan Mat Zan selepas 15 Mei ini.
"Kita tak nak salahkan sesiapa dan kita terpaksa ambil keputusan ini untuk kita perbaiki kelemahan yang ada agar kita dapat bangkit semula dalam mengharungi Kejohanan Piala AFC, selain memburu Piala Malaysia musim ini," ujar Che Mat mengulas keputusan terhadap Mat Zan.
Jika ada lagi kekalahan selepas ini, siapa pula yang akan menjadi korban?
Apakah pengurus pasukan pula akan menjadi sasaran?
Apakah penonton dan penyokong Terengganu boleh bertahan dengan kemarahan mereka?
Mungkinkah kemarahan itu akan ditunjukkan sekali lagi malam ini jika Skuad Penyu tewas lagi?
Persoalannya benarkah wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemain tentang beberapa perkara termasuk pembayaran bonus permainan (menang) yang sering tertangguh serta masalah-masalah lain?
Pernahkah kita menyelami perasaan pemain yang mungkin ada masalah dan tidak berani menyuarakan kerana bimbang digantung?
Kita menyambut baik pertemuan Menteri Besar dengan pengurusan PBSNT tetapi tidakkah wajar pertemuan dari hati ke hari turut diadakan dengan pemain yang ‘berpeluh di padang’ untuk mengetahui masalah mereka?
Tidak semestinya Ahmad Said sendiri yang menyelami masalah pemain berkenaan, mungkin wakilnya pun sudah memadai!
Liga Super - Terengganu Ubah Formasi Menentang Perak Malam Ini
Ashaari menjadi sandaran Terengganu menentang Perak malam ini. |
Ini memandangkan ramai pemain utama yang tidak dapat diturunkan, namun pemain tetap boleh menunjukkan aksi penuh semangat.
Forkie Doe juga cedera dan direhatkan. |
Terengganu Sasar Pertahan Kejuaraan Kali Keempat Sukma
Terengganu meletak sasaran untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung di Pahang Julai ini.
Reputasi terbaik Terengganu setelah berjaya mencatat hatrik kejuaraan pada temasya yang lepas sedikit sebanyak memberi suntikan kepada semua atlet untuk mengekalkan kejuaraan itu.
Reputasi terbaik Terengganu setelah berjaya mencatat hatrik kejuaraan pada temasya yang lepas sedikit sebanyak memberi suntikan kepada semua atlet untuk mengekalkan kejuaraan itu.
Dr M Sangkal Dakwaan Berlaku Penipuan Dalam Proses Pilihan Raya Negara
Dr Mahathir tetap menerima sambutan hangat rakyat. |
"Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar?
Mat Zan Bakal Disingkir Sebagai Jurulatih Terengganu?
Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) merehatkan ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris selama dua minggu mulai semalam.
Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat eksekutif PBSNT di Kuala Terengganu malam kelmarin.
"Kita memberi rehat kepada Mat Zan selama dua minggu mulai hari ini hingga 15 Mei ini untuk meredakan tekanan," katanya di Kuala Terengganu.

Fama Terengganu Adakan Kontrak Dengan Penanam Jagung
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) buat julung kalinya akan mengadakan kontrak ladang dengan pengusaha ladang jagung di daerah Hulu Terengganu tahun ini.
Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata ia bertujuan untuk memastikan pengusaha ladang jagung mendapat harga yang baik disamping memastikan pasaran komoditi itu stabil.
Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata ia bertujuan untuk memastikan pengusaha ladang jagung mendapat harga yang baik disamping memastikan pasaran komoditi itu stabil.
Demonstrasi Perkembangan Tidak Sihat Kepada Sistem Demokrasi Negara - Dr Mahathir
Langkah pihak pembangkang mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan, yang dipilih rakyat menerusi proses pilihan raya, hanya akan menjejaskan keharmonian dan keamanan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata tindakan menghalalkan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku baru-baru ini, merupakan perkembangan tidak sihat kepada sistem demokrasi negara, sekaligus menepati kehendak pihak asing yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

UMT Sasar 500 Penuntut Asing Menjelang 2015
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan untuk menambah 500 orang penuntut asing, terutama dari negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Australia dan Amerika Syarikat menjelang 2015.
Sehingga kini, seramai 100 penuntut asing dari 18 negara sedang melanjutkan pengajian di universiti itu dengan kebanyakan mereka dari China, Indonesia dan negara-negara Arab, kata Naib Canselor UMT Datuk Profesor Dr Ibrahim Komoo.

Isamuddin Ketuai Barisan Petinju Terengganu Ke Sukma 2012
Pemenang pingat gangsa Sukan Malaysia (Sukma) 2010, Isamuddin Afif Mat Zaid akan mengetuai barisan sembilan petinju Terengganu ke Sukma 2012 di Kuantan, Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.
Jurulatih Terengganu Ghazali Awang berkata Isamuddin boleh menjadi idola dan penyuntik semangat kepada pasukan negeri yang mana semua petinju lain pertama kali beraksi pada temasya itu.
Jurulatih Terengganu Ghazali Awang berkata Isamuddin boleh menjadi idola dan penyuntik semangat kepada pasukan negeri yang mana semua petinju lain pertama kali beraksi pada temasya itu.
Thursday, May 3, 2012
Meroyan Apa Hadi Tiba-Tiba Terfikir Pinda Perlembagaan Untuk Islam 'Addin'?
"Yang kita tidak faham kenapa tiba-tiba Hadi meroyan membangkitkan isu
negara Islam kerana sebelum ini PAS melaung-laungkan mengenai negara
kebajikan...Cakap mudah, laksana susah, apalagi dengan kedudukan sekutu PAS,
iaitu DAP tidak akan pernah memberikan ‘lampu hijau’ kepada perkara
sebegini...PAS itu minoriti dan majoritinya PKR +
DAP…perlembagaan 'Addin' apa yang boleh PAS perkenalkan?"
Meroyan apa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang semakin hilang pengaruh di Terengganu dan dalam PAS ini?
Hadi semena-mena mengatakan pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.
Yang kita tidak faham kenapa tiba-tiba Hadi meroyan membangkitkan isu negara Islam kerana sebelum ini PAS melaung-laungkan mengenai negara kebajikan.
Ahli Parlimen Marang yang juga ADUN Rhu Rendang yang ‘tidak buat apa-apa’ di kawasan Parlimen dan DUNya itu mengatakan Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai Addin.
Beliau menyatakannya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Terengganu Kali Ke-43, di Kubang Lembik di Kuala Terengganu, semalam.
Malah, katanya, ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.
Cakap mudah, laksana susah, apalagi dengan kedudukan sekutu PAS, iaitu DAP tidak akan pernah memberikan ‘lampu hijau’ kepada perkara sebegini.
Hadi…Hadi…dia lupa ke…kalau pakatan pembangkang perintah lagi teruk…PAS itu minoriti dan majoritinya PKR + DAP…perlembagaan Addin apa yang boleh PAS perkenalkan?
Sanggup langkah mayat Penasihat DAP, Karpal Singh?
PAS sepatutnya mengajak seluruh ahlinya supaya mengalamkan cara dan amalan hidup sebagai orang Islam dan ‘tidak ikut bontot Ambiga’ dan kalau dilihat ketika perhimpunan Sabtu lepas, unit amal PAS sendiri yang rempuh sekatan polis dan timbulkan kekacauan.
Apakah ini cirri-ciri anggota parti Islam dan sejauh manakah mereka membudayakan dan jadikan Islam sebagai cara hidup?
PAS tidak seharusnya menimbulkan isu-isu provokasi seperti itu yang sering kali dibangkitkan menjelang pilihan raya dalam usaha untuk meraih sokongan politik semata-mata.
PAS sewajarnya bersyukur kerana dengan UMNO menjadi majoriti ketika perjuangan merdeka, Islam dijadikan agama Persekutuan malah yang perlu dilakukan berusaha dan bersyukur untuk merealisasikannya.
Betul sangat kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bahawa cadangan Hadi itu mengarut serta hipokrit, selain keinginan pembangkang untuk meminda Perlembagaan Negara berhubung kedudukan agama Islam hanya janji pilihan raya.
Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu mengulas perkara itu hari ini berkatapembangkang khususnya PAS akan berjanji apa saja termasuk untuk meminda perlembagaan jika ia menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Cakap saja boleh buat (pinda perlembagaan). Mereka ini depan orang Melayu cakap lain, depan orang Cina nada suaranya lain pula. Semuanya hipokrit," katanya mengulas cadangan Presiden PAS itu.
Malah, sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan akan memberi kesan negatif kepada negara.
Seperti kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya, Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya dipertahankan perlu dijadikan sebagai satu dasar, tujuan dan cabaran oleh masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.
"Saya melihat menjadikan Islam sebagai cara hidup itu satu pendapat yang sangat baik tetapi masalah akan timbul apabila ada usaha untuk meminda Perlembagaan.
Walaupun ketika ini disebut Islam sebagai agama Persekutuan, masih ramai orang tidak beramal atau kurang mempraktikkan dan memahami Islam apatah lagi kalau perkataan itu ditanggalkan daripada Perlembagaan kelak," katanya.
Pengerusi Ilmuan Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fadlan Mohd Othman menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu dibuat berikutan mendapat tekanan daripada pakatan pembangkang khususnya DAP sedangkan apa yang diamalkan di Malaysia kini ialah Islam ialah agama dan cara hidup.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata peruntukan mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan tidak boleh dipinda dan disentuh kerana ia adalah perjanjian kontrak sosial melalui prinsip 'jus soli' yang merupakan teras dan asas Perlembagaan negara.
Ibrahim berkata cara hidup mengikut Islam itu boleh dilaksanakan melalui dasar-dasar nasional serta program yang menjurus kepada Islam dan bukannya dengan meminda Perlembagaan Persekutuan.
"Haji Hadi buat kenyataan bodoh ikut suka nak cakap. Inilah berpolitik tanpa sedar diri, bercakap ikut sedap mulut dan akhirnya memberi pelbagai kesan tak baik.
Apakah dengan hilangnya Islam sebagai agama rasmi, maka semua agama di iktiraf sebagai sama?
DAP setuju ke? Kenapa ia tidak dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang sekarang?," tanya Ibrahim.
Kerajaan Negeri Lulus 250 Lot Tapak Rumah, Pertanian Di 4 RTB
MB mengumumkan kelulusan 250 tanah lot untuk rakyat Terengganu |
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 101 daripada 116 lot RTB Alor Ketitir (Mukim Merchang) (kekosongan 15 lot), manakala 61 daripada 64 lot di RTB Susun Atur Perpindahan Tapak Rumah Kampung Pulau Rusa (Mukim Merchang) (kekosongan tiga lot).
“Ketiga, RTB Pertanian Paya Gelugor, Kampung Jenagor (Mukim Jenagor) Hulu Terengganu akan diagihkan 30 daripada 44 lot dan masih ada kekosongan 14 lot dan keempat, RTB pertanian buah-buahan, Kampung Hulu Sat, (Mukim Hulu Telemong) diagihkan kepada 58 peserta daripada 70 lot keseluruhan (kekosongan 12 lot).
Sime Darby FC Mahu Lakar Kejutan Terhadap Kelantan Selepas Terengganu
Pemain Sime Darby meraikan kejayaan pasukan itu mara ke final Piala FA selepas menyingkirkan Terengganu kelmarin. |
“Kita sudah kalah, nak buat macam mana..Kita `control game’ tetapi gagal menghasilkan gol, nasib kita kurang baik pula sudah lah kita kena di sini (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah) 1-2, pergi sana pula padang basah.Doe (Francis Forkey Doe) bukan boleh main di padang basah, dia tidak pernah main di padang basah macam itu.
"Pasukan kita mempunyai pemain yang terhad, Abdul Manaf (Mamat) tidak boleh main (cedera), walaupun ramai pemain Malaysia dari pasukan Terengganu tetapi semua cedera,” katanya sebagai mengulas kegagalan Terengganu melangkah ke final selepas terikat 0-0 dalam perlawanan menentang Sime Darby, di Stadium Selayang, malam kelmarin.
Rakyat Terengganu Tidak Sabar Dengar Amanat Tun Mahathir
Rakyat Terengganu tertunggu-tunggu untuk mendengar amanat dan pesanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkembangan mutakhir politik tanah air.
Orang ramai dijemput hadir dan mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab, sebaik selesai ucapan Tun Dr Mahathir, bagi mendapatkan gambaran sebenar politik tanahair dari persepsi bekas Perdana Menteri itu.
Bekas pemimpin yang disegani bukan saja di negara ini, tetapi di peringkat antarabangsa itu, akan
menyampaikan ucaputama pada Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, kira-kira jam 10 pagi ini.

Jelajah1Malaysia Medan Akhir Sebelum Pemilihan Atlet Ke London
Harrif (kiri) dan abangnya, Mohamed Zamri antara calon ke Sukan Olimpik London 2012 |
Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata jelajah berbasikal tertua negara itu bakal disertai sekurang-kurangnya tiga atlet dalam senarai pendek persekutuan itu iaitu Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh dan Amir Mustafa Rusli.
Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Peringkat Jingga
Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan berlakunya banjir kilat di Pekan Salak Selatan lama, hari ini. Tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat. |
Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.
Wakil Terengganu Turut Ikut Misi Penggalakan Pelaburan Ke AS
Satu misi penggalakkan pelaburan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Noharuddin Nordin, kini berada di Amerika Syarikat.
Misi itu, yang berlangsung sempena Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) di Houston, Texas, turut dianggotai wakil kerajaan negeri Terengganu, Melaka, Johor dan Kedah, serta koridor ekonomi wilayah.

Kasut Sukan Menggantikan Selipar Beri Motivasi Remaja Kemaman
Pemandangan sekumpulan remaja mengayuh basikal fixie dengan hanya berselipar atau sandal di Kemaman bakal lenyap apabila kebanyakan mereka menerima kasut sukan bagi melakukan aktiviti berkenaan.
Semalam, seramai 627 remaja berkenaan menerima kasut sukan jenama Bata yang disumbangkan Menteri Beliau dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di Cukai.

Wednesday, May 2, 2012
Rakyat Harus Bijak Pilih Pemimpin Untuk Teruskan Kemajuan Negara - Dr Mahathir
Rakyat harus bijak memilih pemimpin bagi meneruskan kemajuan negara termasuk dari segi sosial, ekonomi dan politik, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Beliau berkata, pemilihan pemimpin yang bijak serta ikhlas bagi meneruskan kemajuan negara amat penting dan mengelak negara daripada terbelakang kembali.
Pemimpin, katanya, memainkan peranan penting dalam proses membangunkan negara dan membela nasib rakyat, oleh itu pemilihan pemimpin tidak boleh dibuat mengikut emosi kerana bimbang tersilap pilih.
"Sekarang ini sudah ada usaha untuk mewujudkan perasaan benci terhadap kerajaan oleh sesebuah pihak demi kepentingan individu semata-mata, saya yakin rakyat Malaysia bijak memilih pemimpin untuk meneruskan kemajuan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Siri Syarahan Kinabalu bertajuk 'Sabah Dalam Konteks Sosio-Politik Malaysia' di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.
Dr Mahathir berkata, sejarah dan rekod membuktikan bahawa kerajaan yang memerintah negara sejak merdeka lagi adalah pemerintah yang ikhlas serta terbaik dalam membangunkan ekonomi, sosial dan politik Malaysia.
Katanya, perkembangan sosial antara kejayaan kerajaan dalam mewujudkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa tekanan, desakan dan paksaan.
"Orang Sabah apabila berada di Semenanjung Malaysia atau Sarawak tidak berasa asing ketika berada di negeri lain dan berasa diri mereka adalah rakyat Malaysia.
Begitu juga orang Semenanjung atau Sarawak ketika berada di Sabah. "Ini berjaya kita lakukan tanpa paksaan, desakan dan tekanan. Inilah keistimewaan negara kita berbanding negara lain," katanya. Dalam perkembangan lain,
Dr Mahathir mengesyorkan agar UMS mewujudkan sebuahfakulti kejuruteraan petroleum bagi memenuhi permintaan industri minyak dan gasdi Sabah, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.
"Ini kerana menerusi kajian Petronas, Sabah bakal menjadi negeri terkaya dari segi hasil bumi (minyak dan gas) pada masa depan dan sudah tentu kita memerlukan jurutera petrokimia dan carigali yang lebih ramai.
"Rakyat Sabah tidak seharusnya melepaskan peluang dalam industri ini untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka dengan bekerja dalam bidang berkenaan yang berkembang pesat di negeri ini," katanya.

Final Piala FA - Sime Darby FC Catat Sejarah Pasukan Kelab Bertemu Kelantan
Penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya (kiri) diasak oleh pertahanan Sime Darby pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Selayang malam tadi.
Sime Darby mencipta sejarah muncul pasukan berstatus kelab pertama mara ke perlawanan akhir Piala FA apabila menyingkir juara bertahan, Terengganu secara agregat 2-1 setelah seri tanpa jaringan pada separuh akhir kedua, semalam.
Kelebihan agregat tersebut diperoleh hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu minggu lalu.
Azmin: Dakwaan Seks Fitnah Umno Menjelang PRU13
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengecam keras tindakan beberapa blog pro-Umno yang mendakwanya melanggan seks sambil menyifatkan ia sebagai satu "fitnah" terbaru pihak Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kata Azmin, ia fitnah yang ditohmah ke atas dirinya untuk mengaibkan beliau dan keluarga susulan nasib dilalui Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.
Daftar Tambahan 289,255 Pemilih Baru Dipamer 14 Hari
(Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885
6565 atau faksimili 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat
Pilihan Raya Negeri)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mula mempamerkan senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012 - yang kemungkinan besar terakhir jika Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan Jun ini, di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari.
SPR dalam satu kenyataan di Putrajaya memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Pesara JASA Disaran Sumbang Kepakaran Bantu Pegawai Sedia Ada Pada PRU-13
Bagi memperkukuhkan agenda kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pesara pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) disaran menyumbang kepakaran bagi berganding bahu meyakinkan rakyat agar menyokong kepimpinan kerajaan meskipun sudah bersara.
Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan berkata usaha tersebut perlu dilakukan dengan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, selain terus menyokong pegawai sedia ada dalam perkhidmatan penerangan.

27 Kepala Paip Besi Tahan Karat Masjid Al Faqeh Dikebas
Nodin menunjukkan deretan kepala paip yang hilang akibat dicuri di bilik wuduk lelaki di Masjid Al-Faqeh.
Kerja siapa lah ni....selepas kabel telefon di daerah ini habis dikebas pencuri, kini kepala paip besi tahan karat dan tembaga di masjid daerah ini pula menjadi sasaran.
Dalam kejadian terbaru, sebanyak 27 kepala paip besi tahan karat di Masjid Al Faqeh, Jerteh hilang dikebas pencuri.
Hotek Maidam Tunda Operasi Hingga September
Hotel bertaraf tiga bintang milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berhampiran Masjid Abidin di Kuala Terengganu tidak dapat beroperasi bulan lepas sepertimana yang dijadual.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman berkata pembinaan hotel bernilai kira-kira RM40 juta itu mengalami sedikit kesulitan dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Sepember.

Tuesday, May 1, 2012
Sime Darby Mahu Teruskan Kejutan, Terengganu Mahu Pertahanan Kejuaraan
Empat Serangai Penyerang Terengganu - Hadi, Ashaari, Kallang Tie & Forkey Doe jadi taruhan Mat Zan menentang Sime Darby di Selayang petang ini. |
Pengendali pasukan, Mat Zan Mat Aris berkata khidmat pemain itu amat diperlukan bagi membolehkan Sang Penyu menjaringkan gol awal di tempat lawan serta mengekalkan corak permainan pada perlawanan penting itu nanti bagi meraih kemenangan secara agregat.
Bagi Sime Darby, hilang dua tonggak serangan, Patrick Ronaldinho dan Mohd. Irme Mat tidak mengganggu fokus jurulatihnya Ismail Zakaria dalam misi melakar sejarah menjadi kelab pertama mara ke perlawanan akhir Piala FA.
Masih yakin dengan barisan pemain lain di bahagian serangan untuk menghasilkan gol, Ismail bersedia menggunakan senjata sulit jika perlu apabila berdepan juara bertahan Terengganu iaitu seorang pemain yang baru didaftarkan, Mohd. Yusof Zainal Abidin.
"Buat masa ini saya ada Razali Umar Kandasamy dan Mohd. Zamri Hassan di samping seorang lagi pemain yang baru saya daftarkan, Mohd. Yusof.
"Kelibat Yusof mungkin kurang dikenali oleh kebanyakan pasukan kerana dia masih belum diturunkan dalam mana-mana perlawanan.
"Dia baru sahaja berhenti kerja dari majikan lamanya tetapi dia memang merupakan seorang penyerang berpotensi.
"Jika keadaan memerlukan, saya akan menggunakan khidmatnya kerana dia merupakan pemain berpotensi besar walaupun sudah berusia 26 tahun, mungkin dia menjadi senjata sulit kami yang tidak diketahui lawan, " katanya yang ditemui selepas sesi latihan Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Difahamkan, Yusof merupakan produk akademi bola sepak Johor dan pernah beraksi buat sementara dengan pasukan Johor dalam saingan Piala Presiden dan Liga Perdana pada 2004.
Baru sahaja disambar oleh Sime Darby, satu perkara yang menarik mengenai profil Yusof adalah dia merupakan peserta akhir rancangan realiti televisyen, Soccer Star satu masa dahulu.
Pada pertembungan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sime Darby mencatatkan keputusan sensasi apabila menewaskan Terengganu 2-1 melalui gol Ronaldinho dan Syukur Saidin.
Bagi Mat Zan pula, sumbangan setiap pemain amat penting namun sentuhan empat pemain ini diharap mampu menghasilkan gol awal seterusnya membawa Terengganu berada dalam keadaan yang lebih selesa bagi menyamakan agregat awal.
"Bagi saya pemain perlu tahu tugas masing-masing dan memikul tanggungjawabsebagai sebuah pasukan sebagaimana apa yang telah kita buktikan pada perlawanan Piala AFC menentang pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe Ann minggulalu," katanya.
Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, skuad Penyu tumbang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby pada 20 April lepas.
Membawa kelebihan satu gol dari Kuala Terengganu, Ismail sedar skuad Penyu akan melakukan asakan menggila ke kubu Sime Darby sejak awal perlawanan lagi.
Namun, tegasnya tiada istilah permainan bertahan akan diterapkan untuk menghalang gawang daripada ditembusi lawan.
"Terengganu akan datang ke sini dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan selepas mendapat tekanan yang tinggi daripada pihak pengurusan dan peminat.
"Namun saya sudah ada strategi sendiri dan tidak semestinya saya perlu mengarahkan pemain saya bertahan setiap masa, apa yang penting semua pemain bermain sebagai satu unit.
"Apabila bertahan, mereka semua akan sama-sama bertahan, begitu juga apabila menyerang dan saya mahu pemain mengambil kesempatan melakukan serangan balas jika berpeluang, " katanya.
Ketua pasukan, Kamarul Afiq Kamaruddin mengakui rahsia kejayaan Sime Darby sehingga mampu mara sejauh ini adalah kerana kekuatan semangat berpasukan.
"Kami tiada pemain bintang tetapi mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan," katanya.
Polis Terengganu Tidak Akan Keluar Permint Untuk Demonstrasi
Jamshah menyerahkan buah tangan kepada Mazlan ketika menziarah polis trafik
itu di HSNZ, Kuala Ternegganu, semalam.
itu di HSNZ, Kuala Ternegganu, semalam.
Polis Terengganu tidak akan sesekali mengeluarkan permit bagi membenarkan sebarang demontrasi jalanan diadakan di negeri ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata pihaknya memandang serius isu itu kerana boleh mengganggu ketenteraman awam.
Projek Janakuasa Hidro Hulu Terengganu Bernilai RM1.6 juta Siap 2015
Projek janakuasa hidro elektrik Hulu Terengganu mampu menjana sehingga 250 megawatt melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion.
Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata projek dijangka siap menjelang akhir 2015.
Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata projek dijangka siap menjelang akhir 2015.
63 Pelajar Ditahan Dalam Ops Gerak Gempur Basmi Pelajar Ponteng
Seramai 63 pelajar diberkas dalam operasi Gerak Gempur Basmi Pelajar Ponteng Sekolah peringkat negeri Terengganu yang dilancarkan semalam.
Operasi yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 12 tengah hari itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Gaji Minimum Ditetapkan RM900 Di Semenanjung, RM800 Di Sabah, Sarawak & Labuan
Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
Penganjur Kejohanan SAKM Cadang Cabaran Lebih Sengit Tahun Depan
Penganjur kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang (SAKM) bercadang menjadikan acara itu lebih mencabar tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Rahin Mohd Said berkata jarak renangan 5.6 kilometer sekarang akan dipanjangkan jaraknya dua kali ganda tahun depan.
Lelaki Maut Bersama Jengkaut Ditimbus Tanah Runtuh
Anggota Bomba dan Penyelamat terpaksa memotong atap jengkaut untuk mengeluarkan Mohd Amri Sidek yang terperangkap dalam jengkaut itu di Bukit Kolah, Kampung Undang di Marang, semalam. |
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa berseorangan menjalankan kerja mengaut tanah berdekatan tebing bukit tiba-tiba tanah bukit berkenaan runtuh dan mangsa gagal menyelamatkan dirinya.
Bebas Tuduhan Bunuh Kerana Skizofrenia
Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, semalam, membebaskan seorang lelaki daripada tuduhan membunuh rakannya dua tahun lepas selepas dia didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa sebaliknya memerintahkan tertuduh, Mohd. Fauzu Muda, 31, yang didapati menghidap skizofrenia, menjalani rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru sehingga tempoh yang diperkenan oleh Sultan Terengganu, mengikut Seksyen 348 Kanun Acara Jenayah.

Monday, April 30, 2012
PRU13 - Najib Tidak Ubah Pendirian Mengenai Tarikh Gara-Gara Bersih 3.0?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengkaji sama ada akan menangguhkan atau melewatkan Pilihan Raya Umum ke-13 kesan perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin.
"Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," demikian ulasan Perdana Menterimenjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, malam semalam.
Apakah ini bermakna Najib tidak ubah pendirian mengenai tarikh pilihan raya umum ke 13 walaupun banyak pihak mengatakan Bersih 3.0 akan mempengaruhi Perdana Menteri untuk melewat-lewatkannya.
Beliau ditanya sama ada perhimpunan itu akan menimbulkan keraguan untuk membubarkan Parlimen seterusnya melewatkan Pilihan Raya Umum ke-13.
Mengenai Bersih 3.0 Perdana Menteri menegaskan pihak polis akan memaparkan rakaman video mengenai apa sebenarnya berlaku semasa perhimpunan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan disokong oleh pembangkang di ibu negara Sabtu.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata langkah itu bagi mengelak insiden itu daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan itu yang kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.
"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya.
Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan mengadakan sidang media hari ini bagi menerangkan lebih lanjut berhubung penyiaran rakaman video tersebut.
Najib, yang kesal dengan tindakan liar peserta semasa perhimpunan itu, turut menyifatkan penganjur gagal menepati janji untuk mengadakan perhimpunan yang aman dalam tempoh yang singkat.
Katanya serangan ke atas pihak berkuasa dan tindakan merempuh penghadang yang didirikan menunjukkan peserta perhimpunan tidak menghormati keputusan mahkamah, mengetepikan prinsip kedaulatan undang-undang, menunjukkan budaya keterlaluan dan ganas.
"Mungkin bukan semua tapi kesudahannya adalah satu keadaan yang sedikit sebanyak mencalar imej negara...polis menjadi mangsa, telah dipukul dan sebagainya," katanya yang turut menyampaikan rasa simpati kepada anggota polis yang telah menjalankan tugas mereka semada perhimpunan itu.
Perdana Menteri berkata polis juga akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung sebarang tindakan keterlaluan terhadap orang awam termasuk pengamal media.
Beliau juga memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan tindakan sewajarnya akan diambil.
"Saya juga prihatin untung nasib wartawan yang jalankan tugas. Kena siasat, tak boleh semberono... mesti siasatan adil dan objektif. "Peguam Negara kena buat keputusan berdasarkan fakta dan bukan emosi dari cerita tersebar sebab ia tak betul sama sekali," katanya.
Selain itu, Najib berkata penggunaan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan peserta yang bertindak agresif dan enggan mengikut arahan polis merupakan satu opsyen yang tidak memudaratkan kesihatan dan perkara itu telah disahkan oleh pegawai perubatan yang bertugas.
"Mereka kata ia lebih baik daripada berlaku pertempuran secara fizikal. Kalau tak bersurai tentu sekali kes-kes fizikal dan kecederaan tentu lebih besar dan parah daripada apa yang berlaku. "Mungkin lebih serius seperti kehilangan nyawa dan sebagainya. Kita tidak tolak kemungkinan ia boleh berlaku sebab bila ada demonstrasi jalanan, akan dipengaruhi unsur-unsur yang amat sukar dikawal," katanya.
Najib memperjelaskan unsur tersebut termasuk kewujudan golongan ektremis dan pengacau yang tidak dapat dikawal selain 'mob psychology' yang mampu mempengaruhi orang biasa untuk turut sama bertindak ganas dan liar.
"Sebab itu kerajaan tak benarkan Dataran Merdeka digunakan selain ia merupakan tapak bersejarah dan ingatan ikonik dalam sejarah kemerdekaan negara.
"Kita juga sangsi motif pihak yang menganjurkan perhimpunan tersebut akan digunakan pihak lain untuk tujuan politik," katanya.
Beliau berkata seramai 130 anggota perubatan termasuk 30 doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah ditugaskan untuk memberi rawatan segera kepada yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mengira fahaman politik.
Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut merupakan ujian pertama bagi anggota polis menterjemahkan tindakan mengikut undang-undang baru selepas kerajaan melaksakan transformasi politik termasuk pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selain memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman baru-baru ini.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini, Najib berkata tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.
Terengganu Negeri Kedua Tertinggi Penerima E-Kasih Di Semenanjung
Seramai 49,800 penduduk di Kelantan menerima bantuan di bawah program e-kasih sehingga 17 April lepas, menjadikan negeri itu mencatat jumlah penerima paling tinggi di Semenanjung.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata statistik terbaharu menunjukkan secara keseluruhannya Kelantan merupakan negeri ketiga paling ramai penerima bantuan itu selepas Sarawak dan Sabah.

Sukma XV - Ketiadaan Kanu Bukan Segala-galanya Untuk Terengganu
“Satu perkara mudah untuk kita menjadi juara, namun untuk mengekalkan
kejuaraan itu kita memerlukan komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi
kita sudah mencipta hatrik kemenangan..."Walaupun kecewa
kerana acara kenu tidak diadakan pada Sukma kali ini, namun itu tidak
akan mematahkan semangat kontinjen Terengganu dan menganggap ia adalah
satu cabaran dalam meraih pingat emas tertinggi sepanjang kejohanan itu
berlangsung.” - Rozi Mamat
Biarpun kecewa kanu tidak dipertandingkan, Terengganu tetap optimis mampu mempertahankan status juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut.
Reputasi terbaik setelah berjaya mencatat hatrik kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) pada temasya yang lalu akan dipertahankan kontinjen Terengganu pada Sukma edisi ke-15 di Pahang, Julai depan.
Untuk rekod Terengganu berjaya mencatat hatrik kemenangan ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12 pada 2008, diikuti juara Sukma ke-13 di Melaka (2010) dan Sukma ke- 14 Kuala Lumpur tahun lalu.
Bagaimanapun, rekod kejuaraan itu mungkin sukar dikekalkan berikutan beberapa acara yang membantu Terengganu merangkul tempat pertama sebelum ini tidak lagi dikekalkan terutamanya sukan kanu yang banyak menyumbang pingat emas.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat berkata, ketiadaan acara penyumbang besar pingat itu dianggap sebagai cabaran yang perlu ditempuh oleh atlet acara-acara lain untuk memastikan misi mempertahankan kejuaraan dapat dicapai.
"Saya percaya atlet-atlet acara lain sudah bersedia untuk menggalas cabaran untuk Sukma kali ini dengan sebaik mungkin walaupun tanpa penyertaan skuad kanu yang banyak menyumbang emas sebelum ini. "Persediaan kontinjen Terengganu kini memasuki fasa terakhir dan kerajaan negeri berharap agar para atlet akan mempamerkan komitmen yang tinggi untuk memungut emas," katanya.
Terengganu mencipta hatrik selaku juara keseluruhan Sukma iaitu ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12 (2008) Sukma ke-13 di Melaka (2010) dan Sukma ke-14 Kuala Lumpur tahun lalu. Rozi bagaimanapun mengakui ketiadaan kenu dipertandingan kali ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan kedudukan Terengganu dalam usaha mengekalkan kejuaraan.
Pun begitu katanya, cabaran itu pasti digalas dengan sebaik mungkin dan kini persediaan sudah memasuki fasa terakhir yang mana Kerajaan Negeri akan memastikan kesemua atlet serta pegawai sudah bersedia dalam pelbagai apsek.
“Satu perkara mudah untuk kita menjadi juara, namun untuk mengekalkan kejuaraan itu kita memerlukan komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi kita sudah mencipta hatrik kemenangan.
"Walaupun kecewa kerana acara kenu tidak diadakan pada Sukma kali ini, namun itu tidak akan mematahkan semangat kontinjen Terengganu dan menganggap ia adalah satu cabaran dalam meraih pingat emas tertinggi sepanjang kejohanan itu berlangsung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kunjungan Hormat dan Jemputan ke Kejohanan Sukma ke-15, Pahang di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Badan-badan NGO Pahang, Datuk Mohd Shafie Abdul Aziz ; Timbalan Ketua Eksekutif Sekretariat Sukma 15 Pahang, Rose Shamsul Abd Razak dan rombongan wakil ahli Sukma Pahang 2012.
Kejohanan Sukma di Pahang akan melibatkan tiga daerah utama iaitu Kuantan, Pekan dan Temerloh yang mana segala persiapan dari sudut pengurusan serta teknikal sudahpun siap sepenuhnya.
Menurutnya, untuk kejohanan kali ini sebanyak 24 acara akan dipertandingkan dengan menawarkan sebanyak 1,179 pingat iaitu masing-masing 348 pingat emas dan perak manakala selebihnya gangsa.
BN Mampu Pertahan Terengganu Pada PRU13
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan negeri Terengganu daripada jatuh ke tangan pembangkang berikutan rakyat mula mempercayai apa yang dilaksanakan parti itu.
Katanya, kita mampu kembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap BN bukan sahaja kepada mereka yang tinggaldi kawasan kubu kuat BN malah di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang 'dijajah' pembangkang iaitu, Manir, Batu Burok, Rhu Rendang, Ladang, Bukit Tunggal dan Bukit Payong.

Najib Serah Bendera Umno Bagi Memulakan 'Larian Bendera' Sempena Sambutan Ulang Tahun Umno
Kempen Sejuta Tandatangan Ahli UMNO - PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak
menandatangani Kempen Sejuta Tandatangan Ahli UMNO sambil disaksikan
timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melancarkan Larian Bendera sempena
Hari UMNO Ke-66 di Ibu Pejabat UMNO, Bangunan Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia
Putra, malam tadi.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan bendera Umno kepada setiap wakil negeri sebagai simbolik memulakan 'Larian Bendera' sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.
Acara itu diadakan sebelum Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, malam semalam.

Rakyat Di Kawasan Pembangkang Sedia Beri Undi Kepada BN
Penduduk di kawasan yang dikuasai pembangkang rata-rata sudah bersedia memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), bagi memastikan arus pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata mereka yang berada kawasan itu mula sedar bahawa wakil rakyat Pas gagal berkhidmat untuk melaksanakan pembangunan dan kebajikan walaupun pernah diberi peluang memerintah Terengganu.
“Apa yang wakil rakyat Pas lakukan dari dulu sampai sekarang? Kita akan buat lebih lagi jika BN menang di Wakaf Mempelam kali ini.
Kaedah Pegeluaran Keropok Lekor Perlu Dipelbagaikan
Penjejak inovasi diminta mencari jalan untuk mengubah minda pengusaha keropok lekor di Terengganu supaya mempelbagai kaedah pengeluaran makanan tradisional itu agar ia dapat menembusi pasaran secara lebih meluas.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, yakin jika keropok lekor yang terkenal sebagai makanan tradisional Terengganu itu dihasilkan dalam bentuk lain seumpama `pop corn’, ia mendapat sambutan lebih meluas sehingga ke peringkat global

Lelaki Kudung Kedua Kaki Kena Penjara 6 Bulan
Seorang lelaki kudung kedua kaki yang mengugut membunuh ibu saudara yang memeliharanya sejak kecil dengan parang panjang selepas permintaannya mendapatkan wang tidak ditunaikan, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Azhar Mohd Noor, 32, dari Kampung Maras, Batu Rakit, selepas tertuduh yang berkerusi roda dan memakai topeng muka serta tidak bermaya kerana menghidap tibi, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah

Promosi Candat Sotong Ke Peringkat Global
Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Terengganu, Mohd. Nasir Kushairi berkata, aktiviti menarik yang menyajikan pengalaman unik itu tidak seharusnya disia-siakan untuk menarik pelancong.

Sunday, April 29, 2012
Mangsa Dera Mohd Danish Aiman Telah Sedar Dari Koma
Kanak-kanak mangsa dera, Mohd Danish Aiman Abdullah telah sedar dari koma empat hari lepas, kata pegawai perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Kecederaan di kepala yang dialami Mohd Danish agak teruk dan ketika ini kami mendapati Mohd Danish tidak mampu bergerak seperti biasa dan kemungkinan dia boleh diserang sawan," katanya ketika ditemui di HSNZ, di Kuala Terengganu semalam.