Seorang guru kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) patah tangan kiri akibat diragut dua penunggang motosikal di Kampung Seberang Baruh malam tadi.
Nor Azlina Mat Jusoh, 38, turut malang apabila kehilangan duit gaji kira-kira RM500 yang disimpan untuk membayar sewa rumah, ansuran motosikal dan keperluan lain.
Saturday, June 16, 2012
Thursday, June 14, 2012
Terengganu Akan Miliki Kompleks Biopenapisan Terbesar Asia Menjelang 2014
“Terengganu kini semakin dikenali sebagai sebuah negeri yang bijak
menarik minat kedatangan pelabur ternama di dalam industri produk bio...penubuhan kompleks ini adalah ideal bagi menarik kemasukan lebih
banyak teknologi produk bio ke negeri ini, secara tidak langsung mampu
memberi manfaat dan menjana pendapatan kepada penduduk tempatan,”
- Datuk Seri Ahmad Said
Terengganu akan memiliki kompleks biopenapisan terbesar Asia menjelang 2014 menerusi kerjasama strategik antara kerajaan negeri Terengganu, Malaysian Biotechnology Corp Sdn Bhd (BiotechCorp) dan Majlis Pembangunan wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Dibangunkan oleh ECERDC, kos prasarana kompleks tersebut yang terletak di Taman Biopolimer Kertih ialah RM170 juta.
Kerja pembinaan akan bermula pada Ogos dan kompleks itu dijadual memulakan operasi pada awal 2014. "Ini merupakan projek mercu tanda utama dan yang pertama di Malaysia menggunakan bahan mentah cellulosic untuk menghasilkan bioderivatif seperti karbohidrat, biokimia, biomaterial, biobaja dan ramuan makanan haiwan yang aktif," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BiotechCorp Datuk Mohd Nazlee Kamal (kiri).
Majlis menandatangani dokumen perjanjian berkaitan itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang mewakili kerajaan Terengganu manakala BiotechCorp telah diwakili Mohd Nazlee dan ECERDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dauk Jebasingam Issace John.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis permeterian bagi projek tersebut yang disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu, semalam.
"Projek itu dijangka menjana pendapatan negara kasar terkumpul RM20.4 bilion menjelang 2020 dan menyediakan 2,500 peluang pekerjaan baharu bagi Malaysia, dengan pengeluaran 800,000 tan metrik bioderivatif setahun," katanya.
Penubuhan kompleks yang diuruskan ECERDC merupakan satu mercu kejayaan membanggakan kerana dijangka mampu menjana perolehan sebanyak RM1 trilion.
Menurut Menteri Besar, keyakinan pelabur terhadap keupayaan Terengganu sebagai destinasi pelaburan unggul, dinamik dan kompetitif sekaligus mampu bersaing di peringkat global, semakin terserlah.
Taman Biopolimer kini berjaya menarik kedatangan pelabur seperti Hi-Essence Cable Sdn Bhd, MIE Copper Sdn Bhd dan CJ Arkema, masing-masing dengan pelaburan berjumlah melebihi RM2 bilion.
Ahmad Said berkata, apa yang membanggakan, terdapat beberapa syarikat lagi, termasuk dari Eropah dan Amerika Syarikat turut menyatakan minat untuk melabur di lokasi sama.
Perkembangan positif itu mampu menjadikan Taman Biopolimer sebagai hab industri bioteknologi di peringkat antarabangsa serta menaikkan imej Terengganu di mata dunia.
“Terengganu kini semakin dikenali sebagai sebuah negeri yang bijak menarik minat kedatangan pelabur ternama di dalam industri produk bio.
“Justeru itu, penubuhan komplek s ini adalah ideal bagi menarik kemasukan lebih banyak teknologi produk bio ke negeri ini, secara tidak langsung mampu memberi manfaat dan menjana pendapatan kepada penduduk tempatan,” katanya.
Pembinaan Kompleks Biopenapisan dijangka bermula Ogos nanti dan akan beroperasi mulai awal 2014 itu membabitkan anggaran kos kira-kira RM170 juta.
Penubuhan kompleks yang diuruskan ECERDC merupakan satu mercu kejayaan membanggakan kerana dijangka mampu menjana peroleh sebanyak RM1 trilion dan mewujudkan 800,000 peluang pekerjaan di seluruh dunia menjelang 2013.
Ahmad Said turut memberitahu, dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah RM6.8 bilion, kompleks yang terletak di kawasan seluas 1,000 hektar di taman itu dijangka akan diduduki oleh lapan penggiat industri bioteknologi perindustrian menjelang 2015.
“Bagi memastikan kelancara projek hiliran, sejumlah 30,000 hektar tanah telah disediakan untuk pembangunan ladang bahan mentah yang akan menghasilkan 1.5 juta tan metrik cip kayu setiap tahun daripada pokok petai belalang atau nama saintifiknya acacia mangium,” katanya.
Bernama & Teganukita
Parlimen - Terengganu Antara Catat Prestasi Tinggi Tarik Pelaburan
Sabah menerima pelaburan swasta tertinggi pada suku pertama tahun ini, diikuti Selangor, Johor, Sarawak dan Terengganu, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan swasta bagi tempoh itu di Sabah ialah RM10 bilion Johor (RM2.6 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) dan Terengganu (RM1.4 bilion).
Petani Terengganu Digalak Tanam Pokok Petai Belalang
Kerajaan Terengganu akan menggalakkan petani di negeri itu menanam pokok Petai Belalang (Leucaena leucocephala) dan Akasia (Acacia Mangium) untuk digunakan sebagai bahan mentah yang diperlukan Kompleks Biopenapisan yang bakal dibangunkan di Taman Polimer, Kertih.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan menanam pokok berkenaan bulan depan sebagai percubaan untuk melihat keberhasilannya.
"Sekiranya projek itu berjaya dan menguntungkan, kita akan sarankan petani di negeri ini menanam pokok berkenaan dengan menyediakan tanah untuk mereka antara tiga hingga lima hektar seorang," katanya.
Program Perkasakan Ibu Tunggal Di Kuala Terengganu Sabtu Ini
Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu akan menganjurkan program penerangan khusus untuk ibu tunggal mengenai pelbagai bantuan dan program kerajaan untuk membantu dan memperkasakan golongan itu di Kuala Terengganu, Sabtu ini.
Pengarah YPK negeri Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata mengikut statistik di Terengganu terdapat seramai 21,873 orang ibu tunggal sama ada akibat perceraian dan kematian suami.
Pengarah YPK negeri Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata mengikut statistik di Terengganu terdapat seramai 21,873 orang ibu tunggal sama ada akibat perceraian dan kematian suami.
50 Peratus Anggota Belia 4B Terengganu Tidak Sertai Mana-mana Parti Politik
Kira-kira 50 peratus daripada 10,000 anggota Gerakan Belia 4B di seluruh Terengganu setakat ini tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik.
Timbalan Pengerusinya, Mohd Iskandar Jaafar berkata pihaknya kini giat mengadakan pelbagai program turun padang untuk memberi penerangan kepada belia mengenai pengaruh mereka terhadap politik Malaysia.
Timbalan Pengerusinya, Mohd Iskandar Jaafar berkata pihaknya kini giat mengadakan pelbagai program turun padang untuk memberi penerangan kepada belia mengenai pengaruh mereka terhadap politik Malaysia.
Perokok Belanja Hampir RM180 Setiap Bulan
Secara purata, seorang perokok di Malaysia membelanjakan hampir RM180 sebulan, demikian menurut kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2011.
Penemuan kajian yang melibatkan 4,250 responden dewasa berumur 15 tahun dan ke atas itu didedahkan pada Persidangan GATS Malaysia 2011 di Kuala Lumpur kelmarin.
UMT, WWF Anjur Sambutan Hari Penyu Sedunia Sabtu Ini
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia akan menganjurkan sambutan Hari Penyu Sedunia, Sabtu ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang usaha melindungi haiwan yang diancam kepupusan itu.
Program bertemakan 'Telur Penyu: Beli Jangan Makan Pun Tidak' itu akan diadakan di BazaarWarisan, di sini, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Program bertemakan 'Telur Penyu: Beli Jangan Makan Pun Tidak' itu akan diadakan di BazaarWarisan, di sini, bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Olimpik London 2012 - Ganjaran Bertambah RM1 Juta Lagi
Ahmad Shabery(dua dari kiri) menerima replika cek bernilai RM1 juta daripada Chin Song (dua dari kanan) pada majlis MoU antara MSN dan 3V di Kuala Lumpur semalam. |
Sumbangan sebuah syarikat perabot, Three V Holdings Sdn. Bhd. (3V) itu dianggap sebagai suntikan moral baharu kepada atlet yang memenangi pingat emas pada temasya sukan terbesar dunia tersebut.
Hariff Masih Mengharapkan Namanya Tercalon Untuk Ke Olimpik
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh masih mengharapkan namanya turut tersenarai ke Sukan Olimpik London, bulan depan.
Pelumba berusia 24 tahun itu berkata dia masih mengharapkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi peluang untuknya beraksi pada temasya sukan itu bersama pelumba anak Terengganu yang sudah terpilih.
Pelumba berusia 24 tahun itu berkata dia masih mengharapkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memberi peluang untuknya beraksi pada temasya sukan itu bersama pelumba anak Terengganu yang sudah terpilih.
TSG Cadang Guna Khidmat Seorang Lagi Pelumba Import
Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) bercadang menggunakan khidmat seorang lagi pelumba import bagi memperkuatkan cabaran pasukan itu pada kejohanan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Hadi Hassan berkata TSG memerlukan pelumba yang mempunyai pengalaman dan kekuatan dalam mendaki bukit kerana pasukan itu kurang pelumba berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Hadi Hassan berkata TSG memerlukan pelumba yang mempunyai pengalaman dan kekuatan dalam mendaki bukit kerana pasukan itu kurang pelumba berkenaan.
Teleconference Langsung MB dan Perdana Menteri Pada Perhimpunan Usahawan
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menganjurkan Himpunan Usahawan Terengganu 2012 pada 21 Jun ini bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Program ini diadakan sempena Pelancaran Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peringkat Nasional yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada tarikh yang sama.
Program ini diadakan sempena Pelancaran Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peringkat Nasional yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada tarikh yang sama.
Guru KAFA DiPerkasa Dengan Menjalani Kursus Pedagogi - Khazan
Kerajaan negeri akan terus memperkasa peranan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negeri ini dengan menghantar guru yang baru dilantik menyertai kursus pedagogi sebagai persiapan kaedah mengajar yang lebih berkesan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Terengganu (YIT) bekerjasama dengan Institut Perguruan Datuk Razali dan Institut Perguruan Sultan Mizan di Besut bagi menganjurkan kursus itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Terengganu (YIT) bekerjasama dengan Institut Perguruan Datuk Razali dan Institut Perguruan Sultan Mizan di Besut bagi menganjurkan kursus itu.
Kanak-Kanak Lelaki Cedera DiPersayai Didera Bapa Tiri
Perhimpunan Bersih - 24 Cedera Termasik 12 Polis
Seramai 24 orang dilapor cedera ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lepas, termasuk 12 anggota polis yang bertugas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 512 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 512 individu yang terlibat dalam perhimpunan itu ditahan pada hari kejadian.
Tuesday, June 12, 2012
SSMZA Sudah Diserahkan Kepada JKR...Tunggulah Ogos Nanti!!!
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sudah beberapa kali menegaskan adalah mudah untuk membina sebuah bangunan atau struktur baru daripada memperbaiki atau membaikpulih sesuatu struktur yang runtuh atau rosak.
Inilah yang berlaku kepada kerja-kerja membaikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kompleks Sukan Gong Badak.
Siapa yang tidak mahu ia cepat dibaikpulih?
“Mereka (pembangkang) sebenarnya tidak faham, kerja baik pulih benda runtuh bukan seperti mahu membina rumah baru, sebelum kita baiki mesti kena periksa semua struktur, kajian yang teliti dan bukan pakai baiki saja.
Namun di pihak pembangkang, mahu dikatakan mereka sebagai ‘pekak badak’ pun ada, ‘tolol’ pun ada. Kenapa dikatakan demikian?
Kerana mereka terus menerus membuat tuduhan bahawa Kerjaan Negeri tidak berusaha keras untuk membaik pulih stadium berkenaan sejak bumbungnya runtuh lebih tiga tahun lalu. Selain itu mereka juga membuat tuduhan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri yang diterajui UMNO di Terengganu sengaja melambat-lambatkan kerja baik pulih stadium itu.
Lebih mengecewakan, pembangkang menggunakan isu bumbung stadium runtuh ini untuk kepentingan sokongan dan politik mereka pada ketika pilihan raya umum ke 13 semakin hampir.
Apa tujuan perhimpunan dinamakan ‘Himpun dan Ingat’ diadakan selama dua jam di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin petang Jumaat lalu dan dikatakan dihadiri kira-kira kira-kira 3,000 orang?
Himpunan itu diadakan kononnya bertujuan mengingatkan rakyat mengenai insiden runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berlaku pada 2 Jun 2009 tetapi tidak diketahui statusnya sehingga kini sama ada boleh digunakan atau tidak.
Lebih mengecewakan, ada ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk menanam kebencian kepada kerajaan!
Jika diteliti logiknya himpunan itu, ia tidak mendatangkan sebarang kesan kebaikan, sebaliknya hanya untuk membuktikan KONONNYA mereka prihatin.
Apa, orang lain tidak prihatin? Selain itu pemimpin yang hadir termasuk Datuk A Samad Said itu punya maklumat untuk membaikpulih stadium?
Membaca puisi mampu megeluarkan formula membaikpulih bumbung yang runtuh?
Yang nyata kesemua mereka, sama ada pemimpin atau peserta yang berhimpun itu buta dan kelu mengenai fakta sebenar kelambatan membaikpulih stadium berkenaan.
Dengan pemimpin pembangkang berucap mengatakan mereka sendiri tidak mempunyai maklumat mengenai keruntuhan stadium berkenaan selain tidak tahu pun sejauh mana kajian telah dijalankan, himpunan itu jelas bertujuan berkepentingan politik semata-mata.
Tuduhan oleh pembangkang bahawa kerajaan negeri sengaja melambat-lambatkan kerja membaikpulih dibuat kerana mereka tidak faham bahawa kesan keruntuhan bukan sahaja di kawasan di mana ia berlaku tetapi juga di beberapa bahagian lain.
Ini kerana banyak kerja berkaitan perlu dilakukan termasuk memeriksa serta mengesan dengan teliti semua struktur stadium bukan terus membaiki bumbung berkenaan semata-mata.
Satu hakikat yang perlu diketahui seluruh rakyat negeri ini ialah kerajaan negeri sudah menyerahkan stadium itu kepada Jabatan Kerja Raya untuk melaksanakan kerja baik pulih.
Bagaimanapun jabatan itu memohon mengambil masa kerana banyak pemeriksaan yang perlu dilakukan dan hanya pada Ogos ini baru pihaknya berupaya menyiapkan proses tender.
Memanglah bagi kerajaan negeri, jika boleh ia mahu jabatan itu menyiapkan segera kerja-kerja membaik pulih berkenaan tetapi JKR tidak berani kerana kerja baik pulih bukan suatu kerja yang mudah.
Dengan kata lain, dalam proses membaik pulih bumbung stadium ini ia tidak semudah mengeluarkan kata-kata bersifat fitnah dan tuduhan kerana ia memerlukan kepakaran teknikal, binaan dan juga perundingan.
Kesungguhan kerajaan negeri tidak boleh diperlekeh atau diperkecilkan kerana ia sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM14 juta untuk kerja pembaikpulih stadium berkenaan walaupun tender hanya akan dikeluarkan oleh JKR Ogos depan.
Bagi Ahmad Said, apa yang dapat dilakukan oleh Kerajaan Negeri mengenai kerja-kerja pembaikpulih ini ialah bergantung kepada laporan daripada JKR dan jika pembangkang juga ingin mengambil tindakan serta membuat siasatan, mereka juga perlu juga merujuk kepada JKR.
Ini kerana hanya JKR sahaja yang pakar serta diberikan tanggungjawab dalam mengatasi masalah berkenaan.
Ironinya, pada ketika PAS Terengganu menganjurkan perhimpunan bersama dengan angan-angannya untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, ia sendiri tidak berani memberi jaminan sama ada akan memulihkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sejak tiga tahun lalu atau sebaliknya, jika berjaya mentadbir negeri ini.
Jadi bertanggungjawabkah semua pemimpin yang hadir itu?
Kalau sekadar SEDAP MULUT MEMBUAT FITNAH & MENGUTUK ORANG LAIN SEMATA-MATA tidak payahlah ada himpunan, merugikan masa dan menambahkan dosa!!!
Semuanya ini memberikan gambaran betapa parti pembangkang itu sebenarnya juga memerlukan kajian terlebih dahulu mengenai perkara itu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekarang jika mahu membaikpulihnya, kerana sehingga kini tidak diketahui punca sebenar insiden itu berlaku.
Bagi Ahmad Said, apa juga tuduhan oleh pembangkang, satu hakikat yang perlu diterima ialah bukan keseluruhan struktur bangunan stadium itu tidak selamat kerana ada bahagian lain yang tidak perlu diperbaiki dan boleh digunakan semula.
Kerajaan negeri sebelum ini turut melantik konsultan berintergriti yang membuat semakan terhadap seluruh bangunan itu menyatakan dari segi struktur, stadium itu tidak menghadapi masalah besar.
Kerana itu bagi Kerajaan Negeri mudah sahaja, jika ada pihak, termasuk pembangkang mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak selamat dan mempunyai unsur rasuah, laporkan sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Biarkan jabatan itu menyiasat siapa yang menjadi punca dan siapa yang perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
“Kita telah lantik konsultan intergriti yang membuat semakan menyatakan dari segi struktur tiada masalah. Jika mereka mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak selamat dan mempunyai unsur rasuah, laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), biarlah jabatan itu menyiasat,” demikian tegas Ahmad Said kelmarin.
Mengenai isu teknikal dan binaan, kita serahkan kepada JKR.
Semua pihak, termasuk pembangkang perlu bersabar untuk tunggu hingga Ogos ini apabila tender untuk kerja-kerja membaikpulih akan dimulakan dengan harapan stadium berkenaan boleh digunakan dalam masa terdekat.
Dan sekiranya terlewat lagi, tidak payahlah buat himpunan di stadium sekali lagi, lebih baik buat depan Pejabat JKR negeri atau Kementerian Kerja Raya lebih baik.
Atau susah sangat, mintalah penjelasan ikhlas daripada Datuk Raja Bahrin Shah yang kini ke sana ke mari berceramah berusaha ‘MENCUCI TANGAN DAN MEMBERSIHKAN DIRI SENDIRI’.
Sedangkan hakikat sebenarnya, banyak pihak perlu mengambil tanggungjawab secara ikhlas demi rakyat Terengganu dalam mengatasi masalah ini, bukan dengan menuding jari kepada orang lain untuk ‘MEMBEBASKAN DOSA SENDIRI’!
Barisan Penyerang Terengganu Perlu Diperbaiki Menjelang Pertemuan Dengan T-Team
Jentera serangan Terengganu yang dilihat tumpul harus diatasi segera sekiranya mahu mempamerkan aksi garang menjelang pertemuan saingan Liga Super berbaki sembilan perlawanan dengan pasukan 'adiknya' T-Team Jumaat ini.
Perlawanan tersebut akan bermula pada 8.45 malam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di mana akan beraksi perlawanan pembukaan tunggal setelah saingan Liga Super yang berhenti berehat selama tiga minggu kembali berlangsung.
Perlawanan tersebut akan bermula pada 8.45 malam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di mana akan beraksi perlawanan pembukaan tunggal setelah saingan Liga Super yang berhenti berehat selama tiga minggu kembali berlangsung.
Pesawah Batu Buruk Terima Pampasan RM228,400 Daripada Kerajaan Pusat
Seramai 31 pesawah dari Kampung Tok Adis, Batu Buruk di sini melahirkan rasa syukur di atas bayaran pampasan RM228,400 selepas tanaman padi mereka musnah akibat limpahan air masin akhir tahun lepas.
Pesawah berkenaan yang mengusahakan tanaman padi secara berkelompok menerima pampasan mengikut keluasan kawasan yang diusahakan antara RM670 dan RM38,241 setiap seorang.
Pesawah berkenaan yang mengusahakan tanaman padi secara berkelompok menerima pampasan mengikut keluasan kawasan yang diusahakan antara RM670 dan RM38,241 setiap seorang.
12 Pemain Galas Cabaran Terengganu Pada Sukma 2012
Persatuan Boling Padang Terengganu (PBPT) Isnin menyenaraikan 12 pemain termasuk enam wanita untuk membawa cabaran pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 di Kuantan, Pahang bulan depan.
Setiausaha PBPT yang juga pengurus pasukan Ahmad Hisham Hassan berkata lapan daripada pemain itu iaitu empat lelaki dan empat wanita pernah beraksi pada SUKMA Melaka 2010.
Setiausaha PBPT yang juga pengurus pasukan Ahmad Hisham Hassan berkata lapan daripada pemain itu iaitu empat lelaki dan empat wanita pernah beraksi pada SUKMA Melaka 2010.
Derita Empat Tahun di Lombok...
Datuk Seri Ahmad Said (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Mohd. Faizul (tengah) dan isterinya di Kuala Terengganu kelmarin. |
Hubungan cintanya dengan wanita dari negara jiran, Nopi Susanti, 27, bermula kira-kira lapan tahun lalu semasa mereka bekerja di Pulau Pinang.
Kempen 'Beli Jangan, Makan Pun Tidak' 16 Jun Ini
Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan kempen ‘Beli Jangan, Makan Pun Tidak’ terhadap telur penyu sempena Sambutan Hari Penyu Sedunia yang akan disambut di sini pada 16 Jun ini.
Kempen yang akan diadakan di Bazar Warisan berhadapan Pasar Payang itu akan diserikan dengan beberapa aktiviti, termasuk pameran kesedaran tentang penyu, tayangan video, permainan papan dan pertandingan melukis wajah bertemakan ‘Seribu Wajah Untuk Penyu’.
Kempen yang akan diadakan di Bazar Warisan berhadapan Pasar Payang itu akan diserikan dengan beberapa aktiviti, termasuk pameran kesedaran tentang penyu, tayangan video, permainan papan dan pertandingan melukis wajah bertemakan ‘Seribu Wajah Untuk Penyu’.
1,000 Rumah Mampu Milik Disedia di Rhu Rendang
Nik Dir Nik Wan Ku (tengah) bersama 52 pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan pada program Gotong-Royong Perdana KRT Taman Kalongan Melor, Rhu Rendang, Marang, semalam. |
Pegawai Pembangunan DUN berkenaan, Nik Dir Nik Wan Ku berkata, daripada jumlah itu, 400 unit rumah akan siap dibina dalam masa terdekat manakala 200 unit lagi menyusul beberapa bulan lagi.
Terengganu Catat Peningkatan 10 Peratus Kes Denggi Tahun Ini
Terengganu mencatat peningkatan kes demam denggi sebanyak 10 peratus kepada 360 kes dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding 329 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Daripada jumlah itu, sebanyak 330 kes melibatkan demam denggi dan bakinya kes demam denggi berdarah manakala pada 2011, sebanyak 252 kes ialah demam denggi dan 77 kes demam denggi berdarah.
Daripada jumlah itu, sebanyak 330 kes melibatkan demam denggi dan bakinya kes demam denggi berdarah manakala pada 2011, sebanyak 252 kes ialah demam denggi dan 77 kes demam denggi berdarah.
Ramadan - Pendapatan Penternak Ayam Kampung Terengganu Melambung
Bulan Ramadan hampir menjelang dan setiap kali tibanya bulan puasa, penternak ayam kampung di Terengganu boleh tersenyum lebar memandangkan permintaan daging ayam dijangka melambung tinggi.
Pengurus AB Tepoh Trading, syarikat ternakan ayam kampung terbesar di Kampung Lerek Tepoh Kuala Nerus, Abu Bakar Hamzah Ahmad berkata pendapatan penternak ayam kampung sentiasa lumayan pada bulan puasa.
Pengurus AB Tepoh Trading, syarikat ternakan ayam kampung terbesar di Kampung Lerek Tepoh Kuala Nerus, Abu Bakar Hamzah Ahmad berkata pendapatan penternak ayam kampung sentiasa lumayan pada bulan puasa.
Uptown United A Dari Terengganu Juara Siri ke 9
Pasukan Uptown United A dan CT Nur Nilam Jr meraikan kejayaan mereka selepas berjaya menempah slot ke pusingan Grand Final. |
Mereka menewaskan CT Nur Nilam Jr dari Kuala Lumpur 3-2 pada perlawanan akhir yang menyaksikan kedua-dua pasukan tampil dengan aksi yang menarik dan menakjubkan.
Monday, June 11, 2012
Derita Adam Dapat Perhatian Kerajaan Terengganu
Penderitaan pesakit tumor saraf tunjang, Adam Akbar Ali, 10, mendapat perhatian Kerajaan Terengganu yang tampil menghulurkan sumbangan RM100,000 untuk membiayai pembedahan kanak-kanak tersebut yang dijadualkan pada 20 Jun nanti di Hospital John Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat.
Sumbangan cek tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad di kediaman keluarga Adam, di Seksyen 7, semalam.
Yahya berkata, sumbangan tersebut adalah keprihatinan Kerajaan Terengganu kepada Adam yang ditimpa musibah kesihatan yang memerlukan kos perubatan yang tinggi.
Remaja Kantoi Ketika Intai Jiran Mandi Berdepan Penjara, Denda
Seorang remaja 16 tahun berdepan dengan dakwaan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahannya?
Menghadapi pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi.
Kesalahannya?
Menghadapi pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi.
LKIM Negeri Peruntukkan RM5.2 Juta Untuk Projek Perumahan Nelayan Di Terengganu
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri Terengganu menyediakan peruntukan bantuan dana RM5.2 juta untuk projek khas perumahan nelayan negeri ini pada tahun ini.
Pengarah LKIM negeri Mohd Saffe Mohd berkata sehingga Mei lepas, LKIM telah mengenal pasti dan meluluskan 569 rumah di bawah program tersebut.
Pengarah LKIM negeri Mohd Saffe Mohd berkata sehingga Mei lepas, LKIM telah mengenal pasti dan meluluskan 569 rumah di bawah program tersebut.
Ahmad Said Nafi Tidak Serius Selesai Isu Bumbung Stadium Runtuh
Wahid Endut berucap pada perhimpunan 'Himpun & Ingat'... |
Menurutnya, kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM14 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beliau juga telah meminta JKR supaya mempercepatkan proses mengeluarkan tender agar dapat diselesaikan dengan segera.
Anggota Polis Antara Empat Ditahan Samun Buruh Indonesia
Seorang anggota polis bersama tiga remaja ditahan selepas menyamun sekumpulan buruh binaan warga Indonesia awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian pada 4 pagi itu anggota polis yang berpangkat konstabel sokongan, bertindak menjadi pemandu ketika melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah kongsi di Jalan Jakar, Kemaman.
Dalam kejadian pada 4 pagi itu anggota polis yang berpangkat konstabel sokongan, bertindak menjadi pemandu ketika melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah kongsi di Jalan Jakar, Kemaman.
Maidam Sedia Rumah Untuk Fakir Miskin
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah membina 170 buah rumah di seluruh negeri menggunakan wang zakat di bawah asnaf fakir miskin.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, daripada jumlah itu 32 keluarga sudah berjaya menduduki rumah berkenaan iaitu di Kampung Air, Kemaman (16 keluarga) dan di Kampung Kubur Sharif Padang Nanas, Kuala Terengganu (16 keluarga).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, daripada jumlah itu 32 keluarga sudah berjaya menduduki rumah berkenaan iaitu di Kampung Air, Kemaman (16 keluarga) dan di Kampung Kubur Sharif Padang Nanas, Kuala Terengganu (16 keluarga).
Kerajaan Sedia Peruntukan Lebih RM3.6 Juta Latihan Penyelia Dan Guru KAFA
Kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan RM3,581,660 juta untuk latihan penyelia dan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi membeli bahan-bahan peralatan bantu mengajar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peruntukan itu disalurkan kepda kerajaan negeri melalui jabatan atau Majlis Agama Islam negeri-negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peruntukan itu disalurkan kepda kerajaan negeri melalui jabatan atau Majlis Agama Islam negeri-negeri.
Rakyat Harap Dapat Lebih Daripada RM500 Menerusi BR1M Kedua - Ahmad Maslan
Berita mengenai cadangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua bukan sahaja disambut baik rakyat, tetapi juga ada yang berharap mendapat lebih daripada RM500.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu dinyata kepada beliau semasa bertemu rakyat ketika program turun padang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu dinyata kepada beliau semasa bertemu rakyat ketika program turun padang.
WP Tanam Hasrat Pecah Dominasi Terengganu Dalam Berbasikal Di Sukma 2014
Pasukan TSG Terengganu yang kini terkenal di benua Asia |
Pengurus pasukan Musairi Musa berkata matlamat itu dijangka dapat direalisasikan pada 2014 memandangkan barisan pelumba, yang kini berusia antara 14-19 tahun, telah menunjukkan potensi memberangsangkan sepanjang sesi latihan yang telah berjalan sejak 10 bulan lepas.
Kerajaan Terengganu Bantu Koperasi Bangun Projek Perumahan
Koperasi yang terbabit dalam projek perumahan di negeri ini digesa memastikan kontraktor atau rakan kongsi yang dilantik berwibawa dan berkemampuan.
Ini kerana, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, terdapat beberapa koperasi yang dibantu kerajaan negeri bagi membangunkan projek perumahan tidak mampu melaksanakan projek yang diberi.
Ini kerana, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, terdapat beberapa koperasi yang dibantu kerajaan negeri bagi membangunkan projek perumahan tidak mampu melaksanakan projek yang diberi.
Edisi Kedua Sukan Lasak 'Terengganu Mount Berembun Challenge' Pada 30 Jun
Kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (PKN) akan menganjurkan cabaran mendaki Gunung Berembun menerusi program 'Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2012'.
Cabaran sehari pada 30 Jun ini akan berlangsung di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Dungun.
Minta Kerajaan Bertegas Pengendali Laman Sosial, Blog
Ketua Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman meminta kerajaan bertindak tegas terhadap pengendali laman blog dan sosial seperti facebook serta twitter yang menyiarkan maklumat berunsur fitnah.
Menurutnya, unsur terbabit akan mendatangkan suasana tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara ini selain membahayakan keselamatan sekiranya tidak terkawal.
Menurutnya, unsur terbabit akan mendatangkan suasana tidak sihat dalam masyarakat majmuk di negara ini selain membahayakan keselamatan sekiranya tidak terkawal.
Sunday, June 10, 2012
Manifesto Tambahan BN Terengganu - 10,000 Unit Lagi Rumah Rakyat
"Jumlah itu termasuklah seperti yang telah dijanjikan sebelum ini
iaitu masing-mading 1,000 unit di DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk
serta 500 unit lagi di DUN Ladang... Sehingga kini,
kira-kira 8,000 unit rumah telah siap dibina dan bakinya akan diteruskan
hingga tahun depan. Siap 10,000 unit yang kita janjikan, 10,000 unit
lagi akan kita bina,"
- Ahmad Said
Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan manifesto tambahan selain yang diputuskan di peringkat Pusat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata, pihaknya akan melakukan penambahbaikan melalui perincian mengikut kesesuaian dan kehendak kerajaan dan rakyat di Terengganu.
"Secara prinsipnya, manifesto peringkat nasional akan dipersetujui semua BN negeri tetapi tentulah satu negeri berbeza dengan keperluan di negeri lain. Jadi kita akan menghalusi apa yang boleh dilakukan di peringkat negeri.
‘‘Kita mahu memperincikan perkara itu supaya kita boleh melaksanakannya sesuai dengan kehendak di peringkat negeri dan tambah perkara-perkara yang ada kaitan dengan Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek perumahan Taman Koperasi Perdana yang dibangunkan Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman Berhad di Kampung Pasir Minal, Binjai, Kemaman pagi semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Awang Tera, ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pengerusi koperasi terbabit, Ab. Ghani Azahari.
Selain itu, Ahmad Said memberitahu, antara manifesto tambahan BN Terengganu adalah untuk membina 10,000 unit lagi rumah mampu milik di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun antara 2013 hingga 2018.
"Jumlah itu termasuklah seperti yang telah dijanjikan sebelum ini iaitu masing-mading 1,000 unit di DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk serta 500 unit lagi di DUN Ladang," katanya.
Manifesto itu kata beliau, berdasarkan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikan janji membina 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun pada 2008 hingga pertengahan tahun depan.
"Sehingga kini, kira-kira 8,000 unit rumah telah siap dibina dan bakinya akan diteruskan hingga tahun depan. Siap 10,000 unit yang kita janjikan, 10,000 unit lagi akan kita bina," ujarnya.
Teganukita
Penyanyi Utama D'LLoyd Syamsuar Hasyim Meninggal Dunia
Syam (tiga dari kiri) popular dengan Cinta Hampa, Mengapa Harus Jumpa... |
Kematian Syamsuar, 65, disahkan anak saudaranya, Isfriansyah Putra yang kini berada di Malaysia mengunjungi sanak saudara.
Banyak Pusat Pelancongan Tidak Diselenggara
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen melahirkan rasa kesal dengan masalah pemantauan kerja penyelenggaraan di pusat pelancongan di seluruh negara ketika ini.
Berikutan masalah itu, kata beliau, banyak pusat pelancongan seumpamanya tidak boleh digunakan seperti diharapkan dalam usaha menarik kunjungan pelancong ke situ.
Berikutan masalah itu, kata beliau, banyak pusat pelancongan seumpamanya tidak boleh digunakan seperti diharapkan dalam usaha menarik kunjungan pelancong ke situ.
Greece Pasukan Pilihan Ahmad Said
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said turun bersama para peminat bola sepak sekitar DUN Kijal menyaksikan perlawanan buka tirai temasya EURO 2012 di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bersama kiri-kira 100 hadirin, malam kelmarin.
Beliau yang sebelum itu menyatakan sokongan kepada pasukan Greece turut ditemani Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Roshali Taha bermula kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.