Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saturday, March 17, 2012
Najib Timbang 3 Jun Sebagai Tarikh PRU 13 - Bloomberg
Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Friday, March 16, 2012
Najlis Daerah Kemaman Bina 1,913 Unit Rumah Di Empat DUN
Sebanyak lima projek perumahan kos rendah membabitkan 1,913 unit rumah sedang dibina di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
Projek yang dibina bermula tahun ini melibatkan empat kawasan iaitu Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih.
Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman berkata daripada jumlah itu hanya tiga di bawah projek perumahan kos rendah melibatkan 466 unit rumah dibina di Gong Cengal, Kemasik, Perasing Jaya, Air Putih (485 unit) dan Padang Kubu, Kijal (500 unit).

Kecederaan Empat Tonggak Terengganu, Muslim Ganti Tempat Marzuki
Muslim Ahmad layak menggantikan Marzuki di benteng pertahanan. |
Empat pemain tersebut ialah ketua pasukan Marzuki Yusof dan Mohd Muhaimin Omar yang bermain di bahagian pertahanan serta dua pemain tengah iaitu Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi.
Sultan & Sultanah Berkenan Berangkat ke Majlis Jamuan teh Bersama Rakyat Kemaman
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah berangkat menghadiri majlis jamuan teh bersama rakyat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di Kemaman, hari ini.
Majlis itu yang dihadiri lebih 1,000 rakyat di daerah itu, gembira berpeluang bertemu pasangan diraja itu selepas keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu setelah tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tamat Disember lalu.

GP Kedah Medan Buru Tempat ke Olimpik - Abu Samah
Penampilan Adiq (dua dari kanan) pada GP Kebangsaan masih menjadi tanda tanya.
Kejohanan Grand Prix Berbasikal Kebangsaan 2012 Kedah (GP Kedah) yang bermula esok menyaksikan beberapa calon ke Sukan Olimpik 2012 termasuk Mohd Harrif Salleh menyesuaikan diri sebelum menghadapi ujian sebenar di London Julai nanti.
Aksi Mohd. Harrif yang menghadiahkan kegembiraan kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dengan menaiki podium pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 akan dipantau sepenuhnya pada cabaran sulung musim ketiga GP Kebangsaan, manakala penampilan Mohd. Adiq Hussainie Othman pada GP musim ini pula terus kekal menjadi tanda tanya.
Tarik Golongan Muda Imarah Masjid
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, tindakan segera perlu diambil bagi menarik lebih ramai golongan muda mengimarahkan masjid.
Pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid perlu mengadakan program yang boleh menarik minat golongan muda serta menjaga binaan masjid setempat bagi memudahkan umat Islam menggunakan kemudahan yang ada, titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Bukit Kuang di Kemaman.

Happy Tampil Ceriakan Skuad Terengganu
Reputasi yang dibina pasukan Terengganu musim ini terus mendapat perhatian syarikat luar untuk tampil memberi tajaan.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mendapat satu lagi tajaan iaitu daripada syarikat telekomunikasi terkemuka Pantai Timur, happy menerusi kontrak sehingga penghujung tahun ini.
Maidam Sedia RM5.4 Juta Untuk Program Saudara Baru
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menjangka membelanjakan kira-kira RM5.4 juta bagi program-program pembinaan modal insan saudara baru muslim sepanjang tahun ini.
Pegawai Eksekutif/Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman berkata jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding RM2.5 juta yang dibelanjakan untuk program yang sama tahun ini.
Pegawai Eksekutif/Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman berkata jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding RM2.5 juta yang dibelanjakan untuk program yang sama tahun ini.
Semua Pemain Pasukan Terengganu Bebas Daripada Jual Permainan - Che Mat Jusoh
Penyokong setia pasukan Terengganu sudah pasti tidak mahu kejadian pemain mengatur perlawanan. |
Beliau berkata pasukan Terengganu bersih dan bebas dari masalah berkaitan rasuah atau mengatur perlawanan seperti yang didakwa sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan moral dan semangat pemain negeri ini.
Kaunter Jabatan Imigresen Ditutup Esok & Ahad
Kaunter Jabatan Imigresen di seluruh negara tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad ini kerana penyelenggaraan keseluruhan sistem Imigresen.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan ibu pejabat Imigresen, Putrajaya di talian bebas tol 1-800-22-6969 atau 03-88801555/ 1556 untuk maklumat lanjut.

20 Pasukan, Termasuk TSG Sertai Jelajah 1Malaysia 2012
Perlumbaan jelajah berbasikal tertua di negara ini, Jelajah 1Malaysia (JM’12) yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 Mei depan hanya akan melibatkan 20 pasukan.
"Jumlah penyertaan kali ini kita hadkan kepada 20 pasukan sahaja, 10 pasukan dari luar negara dan 10 dari Malaysia. Pengurangan jumlah penyertaan kali ini bertujuan untuk mengurangkan kos penganjuran," kata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamad pada sidang akhbar di kementerian itu di Putrajaya semalam.
Jangan Baling Objek Ke Padang - Che Mat Jusoh
“Jaga tingkah laku dan jaga nama baik pasukan negeri.”
Itu peringatan yang disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh kepada penyokong skuad Penyu menjelang perlawanan kedua Kumpulan F menentang kelab Hong Kong, Kitchee FC dalam aksi Piala AFC Selasa ini.
Menurut Che Mat, sebarang perbuatan ataupun tindakan tidak terkawal yang dilakukan penonton tuan rumah seperti membaling objek ke padang hanya akan memberi kesan buruk kepada PBSNT.

407 Bekas Kakitangan KEMAS Dapat RM3,000 Seorang
Seramai 407 bekas kakitangan Kemas dari Terengganu menerima bayaran khas sebanyak RM3,000 seorang dengan peruntukan RM1.2 juta.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, bayaran kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mula diagihkan ke seluruh negara sejak 3 Mac lalu.

Penjawat Awam Wanita Musnahkan Masa Depan Sendiri
Seorang penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Terengganu bakal memusnahkan masa depan kerjayanya sendiri apabila ditangkap kerana memiliki dan menagih dadah.
Suspek ditahan bersama tiga lelaki dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dalam sebuah rumah di Kampung Gong Kepas.
Program Kayuhan TM Meriahkan Hujung Minggu
Telekom Malaysia (TM) Terengganu bersama Kelab TM memeriahkan cuti hujung minggu di bandar raya ini dengan menganjurkan kegiatan berbasikal TM Cyle Hunt 2012 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Program bertemakan Pemuliharaan Bumi Hijau itu menggabungkan aktiviti berbasikal, riadah, kesedaran menghijaukan bumi, mengenali warisan dan permainan.
Program bertemakan Pemuliharaan Bumi Hijau itu menggabungkan aktiviti berbasikal, riadah, kesedaran menghijaukan bumi, mengenali warisan dan permainan.
Isu G10BH - Saman Sahaja Portal Rasmi PAS Terengganu Kerana Fitnah
Petikan daripada blog teganuku yang memperkatakan mengenai G10BH kelmarin. |
Terkejut juga membaca apa yang ditulis oleh teganuku dalam posting kelmarin yang memperkatakan mengenai pertemuan Geng 10 Budak Hitam (G10BH).
Terkejut bukan apa, apakah mereka masih melakukan perbuatan yang sama seperti tahun 2009 atau tidak ada kena mengena dengan perkara itu.
Kata teganuku : "Cerita banyak tak guna. Tuduhan ini berat dan bagaikan cubaan melaga-laga! Spin ke, apa ke…itu tidak penting lagi! Apa yang perlu sekarang ialah kenyataan terbuka 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini bahawa apa yang ditohmahkan itu tidak berlaku. Dengan kata lain ia TIDAK BENAR dan BOHONG semata-mata. Malah jika perlu boleh saman sumber berita berkenaan."
Pendapat teganuku itu benar belaka. Hanya yang TOLOL dan BANGANG yang tidak tahu membaca politik UMNO Terengganu sahaja yang mengatakan apa yang ditimbulkan oleh teganuku itu sebagai melampau atau 'tidak mengambil kira musim pilihan raya akan datang.
Kenapa demikian? Sudah jelas berita yang dibawa oleh media rasmi PAS Terengganu ini tidak benar.
Menurut beberapa rakan, kumpulan yang diketuai oleh Datuk Rosol Wahid itu berbincang untuk perjalanan ke Kedah sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Tidak ada kena mengena sama ada menyokong Datuk Seri Idris Jusoh atau sebagainya. Itu SPIN PAS TERENGGANU yang sedang lemas sahaja.
Jadi sah sudah laporan di dua blog ( sini dan sini), bahawa pertemuan 23 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam, di sebuah hotel dalam bandaraya Kuala Terengganu, itu tidak ada kena mengena dengan G10BH.
Kerana itu teganuku mahukan kesemua mereka yang HADIR itu mengambil tindakan sewajarnya. Apakah bentuk tindakan itu?
Pertamanya, membuat sidang media menafikan FITNAH PAS itu;
Kedua, menjelaskan bahawa G10BH sudah lama tidak wujud dan sengaja diada-adakan oleh PAS untuk menunjukkan UMNO Terengganu masih berkrisis;
Ketiga, buat repot polis mengenai FITNAH berkenaan;
Keempat, mendesak blog rasmi PAS meminta maaf secara terbuka kerana FITNAH; dan
Kelima, jika mereka enggan, SAMAN sahaja. Kumpulan itu tidak wajar membiarkan PAS membuat FITNAH sewenang-wenangnya kerana rakyat akan percaya dengan fitnah pembangkang itu.
Adalah wajar kumpulan itu melakukannya SEGERA kerana terbukti beberapa individu itu pernah membuat laporan polis mengenai SMS UGUT BUNUH. Mereka berani hingga memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan membuat lima perkara di atas amat mudah.
Jadi kenapa tunggu dan berlengah, BERTINDAKLAH segera.
Malah, lebih afdal jika kesemua mereka melakukan satu lagi perkara, iaitu sambil menafikan menyatakan sokongan padu mereka kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Rasanya tidak sukar dan LAKUKANLAH SEKARANG!
Thursday, March 15, 2012
Agihan Kerusi PAS, PKR - Perang Kecil Sebelum Perang Besar
Perang mulut mengenai isu pembahagian kerusi pilihan raya antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu merupakan ‘perang kecil’ sebelum berlakunya pertelagahan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Perkara itu tidak mengejutkan kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, malah sejak dahulu lagi gabungan parti itu tidak mempunyai pemuafakatan antara satu sama lain.
Ugut Bunuh Ayah Dengan Cota Kena Denda RM2,000
TATiUC Kemaskini Pelan Strategik 2012-2016
Kolej Universiti Tati (TATiUC) sedang mengemas kini Pelan Strategik lima tahun yang bermula tahun ini bagi memastikan sasaran menjadi sebuah universiti penuh menjelang 2015 dapat direalisasikan.
Rektornya, Dr Rozailan Mamat, berkata bagi mencapai hasrat itu, pihaknya dalam proses bagi menambah kemudahan di kampus utama.
Rektornya, Dr Rozailan Mamat, berkata bagi mencapai hasrat itu, pihaknya dalam proses bagi menambah kemudahan di kampus utama.
Pelbagai Aktiviti Menarik di Karnival 1 Malaysia SK Padang Air
Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir pada pada Karnival 1 Malaysia yang sedang diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Terengganu esok.
Pelbagai aktiviti dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri dan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh pada karnival yang berlangsung selama dua hari dan berakhir 17 Mac itu.
Taska YPK Sedia Modul Khas Kanak-Kanak Usia Dua Tahun
Kesedaran dari ibu bapa mengenai proses pembelajaran menyebabkan Taska Permata (TP) yang dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) menjadi pilihan ibu bapa.
Ketua Penolong Pengarah (Taska) YPK, Nazri Yusoff berkata, sehingga kini seramai 3, 267 anak taska dari seluruh Terengganu berdaftar dengan TP dan lain-lain taska di bawah YPK bagi mengikuti pendidikan awal melalui program khas.

Tiket Piala AFC Terengganu lwn Kitchee FC Dijual 19 Mac
Tiket untuk perlawanan kedua kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) antara Terengganu dan pasukan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC akan mula dijual sehari sebelum perlawanan iaitu pada 19 Mac.
Perlawanan bermula pukul 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu pada 20 Mac.
Perlawanan bermula pukul 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu pada 20 Mac.
MAS Tawar Pakej Tambang, Percutian Istimewa di Matta Travel Fair
Malaysia Airlines System Bhd (MAS) menawarkan tambang penerbangan domestik dan antarabangsa, pakej MASholidays dan produk berkaitan pelancongan yang menarik pada MATTA Travel Fair dan 16 hingga 18 Mac, 2012.
Dalam satu kenyataan semalam, MAS berkata tambang termasuk semua pada harga diskaun bagi kelas ekonomi dan perniagaan itu boleh didapati melalui ejen-ejen dilantik yang mengambil bahagian dalam pameran itu, manakala MASholidays akan menawarkan tambang promosi pakej percutian domestik dan antarabangsa.

Guru Agama Bebas Tuduhan Edar Dadah
Abdul Karim Mohammad ditemani isterinya, Fauziah Abdul Rahman gembira selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
Seorang guru sekolah menengah agama terlepas daripada hukuman gantung selepas dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 347.6 gram tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohd Nazri dan Masriwani Mahmud, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Karin Mohammad, 40.

Wednesday, March 14, 2012
Adegan Bedil Membedil Antara PAS dan PKR, DAP Esok?
Ulasan di Rakyat Malaysia mengenai kemungkinan kegagalan rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan PKR serta DAP |
Jertih yang kini diwakili Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan mampu ditawan, kalau pun Idris mengubah pendirian untuk bertanding semula. PAS mengatakan pengaruh Idris begitu merosot dan beliau sewajarnya bertanding di Parlimen untuk ‘lari’ lebih jauh dari Terengganu…dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin kini ‘sepenuh masa’ di Terengganu sebagai Sultan Terengganu, bontot Idris kini ‘terbakar’.
Esok dikatakan PAS, PKR dan DAP akan mengadakan rundingan pusingan akhir menentukan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 13 di Terengganu. Kecoh satu negara apabila baru-baru ini PKR menuntut 11 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen.
Pemimpin dan penyokong PAS naik gila dengan berita itu. Malah, dikatakan PAS kini tunggu waktu sahaja untuk ‘bedil’ PKR dan DAP mengenai pembahagian kerusi.
Jadi, esok akan ada adegan ‘bedil-membedil’?
Masjid Kampung Rantau Abang Kini Masjid Al-Huda
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar masyarakat Islam sentiasa menjaga adab kebersihan dan kesucian ketika berada di masjid mahupun surau.
Baginda bertitah pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid dan pengunjung perlu bersama-sama menjaga kebersihan agar dapat memberi keselesaan kepada pengunjung lain memandangkan masjid-masjid menjadi tempat persinggahan para musafir terutama masjid yang berada di tepi laluan jalan raya utama.

Tuduhan Palsu - Ibu Dalam Pantang Dipenjara Sehari
Seorang wanita yang masih dalam pantang dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa terhadap tuduhan membuat laporan palsu.
Wan Syafira Wan Nazri, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor 1234 Kampung Beladau Kepong, Manir di sini ketika disoal siasat pada 12.30 malam, 25 Februari lepas.
Wan Syafira Wan Nazri, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor 1234 Kampung Beladau Kepong, Manir di sini ketika disoal siasat pada 12.30 malam, 25 Februari lepas.
Irfan Tetap 'Gentleman' Walau Terima Kritikan
Iran ketika bersama Terengganu menjulang Piala FA di Stadium Nasional.
Di sebalik kemelut yang melanda Gergasi Merah, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim masih bersikap 'gentleman'.
Mungkin, ramai yang sudah lupa bahawa ini bukannya kali pertama bekas jurulatih Terengganu itu terpaksa berdepan situasi sedemikian.
Meskipun begitu ramai peminat fanatik Merah Kuning dilihat semakin lantang mengecam jurulatih kelahiran Perak itu, terutamanya di laman sosial ekoran prestasi hambar Selangor setakat ini, Irfan begitupun tidak melatah dan kekal bersikap profesional.
KISTAA Sasar Pelajar Luar Negara Termasuk Arab Saudi
Kumpulan pelatih Akademi Penerbangan KIST bersama pesawat di lokasi latihan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, semalam.
Akademi Penerbangan KIST (KISTAA) yang menawarkan latihan bagi melahirkan juruterbang pesawat komersial akan melakukan pengambilan terbaharu 2012 mulai April ini.
Tahun ini KISTAA turut menyasarkan pengambilan pelajar dari luar negara bagi melebarkan sayap operasinya dengan mengorak langkah mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu di Arab Saudi, Nigeria dan Korea Selatan.

Ibu Tunggal Kena Penjara Simpan Kereta Curi
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 11 bulan di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu semalam atas kesalahan menyimpan sebuah kereta curi dalam kejadian Disember tahun lalu.
Tertuduh Rohayu Hamzah, 33, yang merupakan ibu kepada enam orang anak membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Tuesday, March 13, 2012
G10BH Masih Berfungsi Sebagai Benteng Terakhir Idris Jusoh
Cerita banyak tak guna. Tuduhan ini berat dan bagaikan cubaan melaga-laga!
Spin ke, apa ke…itu tidak penting lagi!
Apa yang perlu sekarang ialah kenyataan terbuka 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini bahawa apa yang ditohmahkan itu tidak berlaku.
Dengan kata lain ia TIDAK BENAR dan BOHONG semata-mata.
Malah jika perlu boleh saman sumber berita berkenaan.
Apa isunya? Katanya, Datuk Seri Idris Jusoh membuat U-Turn untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke 13, selepas beberapa hari Geng 10 Budak Hitam (G10BH) bertemu.
Mulanya Idris tidak mahu bertanding tetapi kini mengubah pendiriannya.
Setidak-tidaknya ada kalangan daripada 10 ADUN ini termasuk ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10BH, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera menafikannya.
Jangan diam kerana ia akan membawa persepsi bahawa apa yang dituduh itu BENAR BELAKA!
Ahmad Said - Jangan 'Peteh' & Jadi 'Peraih' Musim Pilihan Raya
“Kita orang parti (Umno) jangan berbalah sesama sendiri... jangan ada
rasa terkilan dan hendak bertanding sesama sendiri jika tidak tercalon
dalam pilihan raya dalam masa terdekat ini..kena redhalah jika kita
tidak menjadi calon lagi selepas ini...Sebaliknya kita
perlu sama-sama berganding bahu untuk meneruskan perjuangan parti
(Umno) kerana musuh kita adalah pembangkang yang sentiasa menunggu
peluang untuk menjatuhkan kita,” - Ahmad Said.
Meskipun tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, Datuk Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, meminta wakil rakyat diseru untuk terus memberikan sokongan dan bukannya menjadi api dalam sekam hingga boleh merosakkan parti.
Beliau kelmarin sekali lagi, mengingatkan semua kepimpinan parti agar tidak sesekali mengamalkan sikap ‘peteh’ sesama sendiri.
MB Nafi e-Book Dibekal Kepada Murid Asyik Rosak
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan bahawa e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid Tahun Lima di Terengganu sering mengalami masalah dan rosak.
Beliau berkata, tidak ada laporan yang diterima mengatakan komputer riba yang dibekalkan kerajaan negeri sering rosak atau bermasalah.
Beliau berkata, tidak ada laporan yang diterima mengatakan komputer riba yang dibekalkan kerajaan negeri sering rosak atau bermasalah.
Hasan Ali Akan Saman Mahfuz, Khalid Samad Kerana Memfitnah
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.
Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman ke atas dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.
PPPMCT DiMinta Bantu Masyarakat
Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud memuji langkah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) mewujudkan tabung amal dan program turun padang untuk membantu masyarakat dan juga ahli persatuan.
“Usaha berkenaan harus dicontohi kerana di samping pelbagai aktiviti untuk memantapkan ahli persatuan, masyarakat keliling juga tidak dilupakan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Penutup Perkhemahan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPPMCT di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin kelmarin.
10 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Mula Beroperasi 2013
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang membina sepuluh tapak pelupusan sisa pepejal sanitari yang dijangka mula beroperasi tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Nadzri Yahaya berkata tapak itu terletak di Bukit Payung, Pagoh dan Pekan Nenas di Johor, Melaka (Sungai Udang), Negeri Sembilan (Ladang Tanah Merah), Pahang (Temerloh), Terengganu (Bukit Jemalang dan Teratak Batu), Perak (Teluk Mengkudu) dan Perlis (Rimba Mas).

Penyebaran Fitnah Terhadap hakim Boleh Dianggap Hina Mahkamah
Penyebaran kenyataan, komen atau artikel yang berunsur fitnah terhadap hakim boleh tergolong dan dianggap sebagai perbuatan menghina mahkamah.
Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Mohd Aizuddin Zolkeply berkata sehubungan itu, penulis yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kernaan menghina mahkamah dan dihukum mengikut undang-undang berkaitan.

Usahawan IKS Perkenal Prosuk Terengganu ke Sarawak
Kira-kira 150 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu terpilih mengikuti program "Terengganu Showcase" di Miri, Sarawak selama tiga hari mulai 27 April ini.
Program anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu dan SKM Sarawak itu diharapkan dapat memberi pendedahan positif kepada peserta.
Program anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu dan SKM Sarawak itu diharapkan dapat memberi pendedahan positif kepada peserta.
Kebakaran - Warga Emas, Kanak-Kanak Nyaris Maut
Tindakan pantas seorang pendawai elektrik telah dapat menyelamatkan tiga anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur dan seorang warga emas yang tidak mampu berjalan, apabila rumah mereka di Kampung Pengkalan Maras di Kuala Terengganu, hangus dijilat api.
Che Fauzi Ibrahim, 39, berkata, beliau bergegas membangunkan tiga anaknya berumur 11, enam dan tiga tahun yang sedang tidur selepas mendengar jeritan jirannya, Fatimah Taib, 90.
Che Fauzi Ibrahim, 39, berkata, beliau bergegas membangunkan tiga anaknya berumur 11, enam dan tiga tahun yang sedang tidur selepas mendengar jeritan jirannya, Fatimah Taib, 90.
Monday, March 12, 2012
Keputusan Shahrizat Undur Diri Tepat, Betul - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.
Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.
"Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, semalam.

Piala FA - Terengganu Atur Strategi Jumpa Lion XII
Kelibat Manaf Mamat (paling kiri) dan Ashaari Shamsudin (dua dari kanan) diperlukan ketika menentang Lions XII 24 Mac nanti.
Terengganu kini mengatur strategi bagi mengelak tumpas di gelanggang sendiri apabila bertemu Lions XII dalam saingan Piala FA peringkat suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 24 Mac ini.
Jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris berkata, ini kerana corak permainan pasukan dari Singapura itu banyak berbeza dalam pertandingan Liga Super berbanding di awal musim lalu.
Kompleks Sukan Gong Badak Dipertingkat Kemudahan
Kerajaan negeri Terengganu merancang melengkapkan Komplek Sukan Gong Badak dengan kemudahan asas untuk menjadikannya kawasan aktiviti sukan dan riadah yang menarik.
Berikutan itu, kerajaan negeri bersedia menambah baik kemudahan di sekitar pinggiran Kompleks Sukan Gong Badak dekat sini apabila kawasan itu menjadi antara lokasi pilihan penganjuran Kejohanan Cabaran 4X4

Piala FA - Hanya Tiga Langkah Lagi Untuk Terengganu Pertahan Kejuaraan
Hanya tiga langkah lagi yang memisahkan Terengganu daripada misi mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan pasukan terbaik musim ini.
Turun dengan reputasi sebagai juara bertahan, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menyingkirkan juara dua kali, Perak 1-0 pada aksi kedua kelmarin.
Bermalam Dalam Lokap Gara-Gara Ejek Polis
Aksi berani dan biadap seorang pelajar kolej melanggar sekatan jalan raya dan mengejek polis membawa padah apabila dia terpaksa bermalam di dalam lokap di Kuala Terengganu kelmarin.
Pelajar berusia 19 tahun itu dipercayai sudah lama menjadikan laluan utama jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang sebagai tempat melakukan aksi berbahaya bersama kumpulannya.
Pelajar berusia 19 tahun itu dipercayai sudah lama menjadikan laluan utama jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang sebagai tempat melakukan aksi berbahaya bersama kumpulannya.
Sunday, March 11, 2012
BAHAGIAN 4 - PENYELEWENGAN AKIDAH
1. PAS ITU ISLAM , ISLAM ITU PAS
PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam,justeru itu menentang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-Nabi, khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS.
UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam ,penentang Nabi-Nabi kerana UMNO menentang PAS.
2. HARAM HARAM JADI MAINAN POLITIK PAS
Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam,maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.
Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat PERNAH BERKATA,” Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam,ia adalah haram”.(Harakah ,23 April 1994)
3. SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS
Ada lagi alasan lain bagi meguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS iaitu “Mengundi PAS Masuk Syurga dan Mengundi UMNO Masuk Neraka” dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim.
Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka.Apa lagi menyokong,mengundi dan menjadi ahli UMNO.
Elak Calon 'Payung Terjun' Elak 'Pisang Berbuah Dua Kali'
“Saya sudah tunjuk kepada Perdana Menteri sebab kita kalah pada PRU12
kerana calon luar yang tidak terlibat dalam pergerakan parti di peringkat bahagian. Seminggu sebelum pilihan raya baru cuba untuk memperkenalkan diri mereka, ia sukar. Oleh itu, kita akan cuba elakkan,” - Ahmad Said
Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk cuba mengelak daripada mengemukakan calon yang disifatkan sebagai ‘payung terjun’ pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) agar pisang tidak berbuah dua kali.
Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau memandang serius soal tersebut kerana hasil penelitian yang dilakukan, BN gagal menang di empat kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini adalah disebabkan calon payung terjun.
Piala FA - Terengganu, Kelantan, Layak ke Suku Akhir, Selangor Tewas
Pemain Kelantan meraikan gol kedua Kelantan oleh Indra Putra pada aksi
pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu,
malam tadi.
Dua pasukan dari negeri Terengganu - Terengganu dan T-Team - kini layak ke suku akhir Piala Malaysia apabila T-Team akan bertemu kedah dan Terengganu berdepan Lion XII dari Singapura.
Paling mengejutkan, Johor FC mencipta kejutan besar menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 5-4 selepas bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2 di Stadium Pasir Gudang.
456 Murid DUN Sura Terima e-Book
Dengan misi mahu membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (ICT), langkah demi langkah digerakkan bagi mengubah lanskap pendidikan negeri anjung ilmu, Terengganu.
Bertempat di Dewan Arena Square, Sura, Dungun, wajah gembira murid, guru dan ibu bapa dirakamkan apabila seramai 456 murid dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menerima agihan e-Book percuma
Lebih bermakna, penyampaian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu ditunggu-tunggu murid tahun empat dari lima buah sekolah di DUN berkenaan, baru-baru ini.
Lebih bermakna, penyampaian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu ditunggu-tunggu murid tahun empat dari lima buah sekolah di DUN berkenaan, baru-baru ini.