Saturday, July 7, 2012

FGVH - Pihak Yang Halang Penyenaraian Tetapi Ambil Durian Runtuh Muka Tak Malu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama dengan penduduk setempat Chini memborong buah-buahan tempatan ketika melawat gerai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada majlis Pelancaran Mini MAHA di Felda Chini dekat Pekan, semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mereka yang menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Saham tetapi turut mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu sebagai 'muka tak malu'.

Sambil menyindir golongan itu, beliau berkata sebilangan peneroka Felda yang turut menolak hasrat murni itu juga adalah pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan Felda di peringkat global.

"Mereka cuba mengkhianati hasrat kita untuk membela masyarakat Felda. Cuba halang tapi bila kita hulur, dia tidak malu-malu menerpa ke hadapan untuk terima durian runtuh, ini termasuklah yang membuat injunksi, tak malu dan tak tersipu-sipu datang ambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Mini MAHA Pekan 2012 di hadapan kira-kira 10,000 peneroka di Dataran Shahbandar, Bandar Dara, Chini di Pekan, semalam.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan timbalan, Datuk Chua Tee Yong.

Najib memuji golongan peneroka yang hadir pada majlis itu dan menyifatkan mereka sebagai pembela dan pejuang yang meletakkan Felda di mercu kejayaan. Katanya transformasi sedang dan akan terus berlaku kepada komuniti Felda dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham baru-baru ini.

"Siapa dapat bayangkan FGVH apabila disenaraikan mencatat sejarah dunia, bukan di Chini kerana kini ia menjadi tawaran awam permulaan (IPO) yang kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook," katanya.

Najib juga pada majlis itu turut mengumumkan bahawa pemberian durian runtuh kepada isteri peneroka berjumlah RM5,000 seorang akan dibayar mulai esok sempena sambutan Hari Peneroka.

Selangor Terus Dominasi Kutipan Pingat, Terengganu Dengan 4 Emas


Selangor terus mendominasi kutipan pingat pada hari keenam Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 dengan meraih tujuh pingat emas, lima perak dan lima gangsa.

Pencabar utama, Pulau Pinang yang menduduki tempat kedua mengikut rapat dengan kutipan lima emas dan empat gangsa.

Sarawak pula menduduki tangga ketiga dengan menggumpul empat emas, dua perak dan lima gangsa.

Terengganu Mengamuk, Belasah Sarawak 6-1

Tewas pada perlawanan pembukaan Rabu lalu, Terengganu hari ini bangkit dengan semangat baru apabila membenam Sarawak 6-1 pada perlawanan peringkat kumpulan temasya Sukan Malaysia ke-15 di padang Majlis Perbandaran Kuantan semalam.

Juara bertahan itu mempamer aksi garang dengan asakan-asakan berbisa khususnya menerusi kapten pasukan Muhammad Fakhrurazi Musa dan Mohd Fahmi Izzudin Mohd Zaki.

Sukma Pahang, Medan Bakat Baru Tonjol Bakat Bergelar Atlet Kebangsaan


Pahang mengukir sejarah tersendiri apabila menjadi negeri pertama yang menganjurkan temasya Sukan Malaysia (Sukma) buat kali kedua, yang akan membuka tirai secara rasmi hari ini.

Berbekalkan pengalaman menjadi tuan rumah Sukma ke-6 pada 1996, Pahang dilihat tidak mempunyai banyak masalah untuk menganjurkan temasya ke-15 kali ini dengan jayanya.


Skuad Penyu - Kenal Pasti Punca Kemerosotan, Jangan Ugut...


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tidak sepatutnya mengeluarkan ugutan untuk mengurangkan bajet pasukan Terengganu dan T-Team sekiranya tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tindakan Ahmad tidak tepat kerana beliau seharusnya mengenal pasti punca kemerosotan dan bukannya menyekat peruntukan yang akan memberi kesan kepada tugas seharian.


Puteri Umno Perhebat Gerakan Tepis Serangan Siber Pembangkang

Pergerakan Puteri Umno memperhebat gerakan perang siber, terutama dalam menepis serangan dan fitnah pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata majoriti anggota pergerakan itu 'celik IT' dan ini memudahkan pergerakan tersebut menangkis sebarang isu dan fitnah yang ditimbulkan dengan fakta yang tepat.


Sultan Mizan Saksikan Match Cup Sweden

Sultan Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) bersama krew pasukan GAC Pindar ketika baginda menyaksikan perlumbaan kapal layar STENA Match Cup Sweden di Marstrand, Sweden semalam.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah tiba di Marstrand, Sweden semalam untuk menyaksikan perlumbaan kapal layar STENA Match Cup Sweden.

Ia merupakan perlumbaan ketiga dalam kalendar Perlumbaan Jelajah Alpari World Match. Pasangan Diraja itu meluangkan masa menyaksikan aksi pelayar-pelayar kelas dunia sebelum ke Gothenburg.

Lawatan Sehari Perdana Menteri Ke Terengganu 13 Julai


Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka mengadakan lawatan sehari ke Terengganu, pada 13 Julai (Jumaat) ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad berkata, beberapa acara akan mengisi program pemimpin utama negara itu termasuk solat jumaat di Masjid Bukit Payong, Marang, sebelum menyertai jamuan rakyat bersama seluruh penduduk tempatan di Padang Bola, Bukit Payong.

Tiada Kematian Akibat Denggi di Terengganu Januari-Jun 2012

Tiada kes kematian di Terengganu walaupun sebanyak 24 kematian dilaporkan akibat demam denggi di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata daripada jumlah itu, 11 kematian dicatatkan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (tiga), Kedah (tiga), Perak (dua)manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah masing-masing satu.

PPK Perlu Jadi Agen Transformasi Peladang

 

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di setiap daerah sewajarnya bertindak sebagai agen tranformasi supaya ahli-ahli peladang di negeri bijak dan berani mencuba perkara baru.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT), Wan Zakaria Abdul Rahman, berkata mereka sewajarnya terlibat secara langsung dalam membangunkan projek-projek pertanian berskala besar dan komersial.


Thursday, July 5, 2012

TSG Berlatih Malam Untuk Hadapi Tour Of China Dan Tour Of Brunei

Pasukan Lumba Basikal Profesional, Terengganu Cycling Team (TSG) akan mengadakan latihan pada sebelah malam sepanjang Ramadan ini sebagai persediaan menghadapi Tour of China dan Tour of Brunei pada September.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hadi Hassan berkata TSG akan menyertai kedua-dua kejohanan itu sebelum menutup tirai aktivitinya tahun ini.

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.

Aktiviti Sukan Lasak Di Pergunungan Terengganu Diperhebat

Aktiviti sukan lasak dan ekstrem seperti Terengganu Mount Berembun Green Challenge akan terus diberi tumpuan tahun depan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata acara sukan lasak seperti pendakian gunung itu ternyata mendapat sambutan yang hebat pengunjung dari dalam dan luar negara.

Pemandu Teksi Berperanan Bentuk Persepsi Mengenai Negara: PM


Para pemandu teksi merupakan satu kumpulan penting dalam mempamerkan imej baik negara, di samping dapat membentuk persepsi orang ramai terutama pelancong asing mengenai negara yang dilawati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata persepsi baik atau sebaliknya biasanya terbentuk semasa penumpang teksi menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam itu dan berinteraksi dengan pemandunya.

Pasar Nelayan Diwujudkan Di Kampung Losong Atap Zink

Pasar nelayan akan diwujudkan berhampiran pangkalan pendaratan ikan di Kampung Losong Atap Zink, di sini, yang bertujuan membebaskan nelayan daripada belenggu orang tengah.

Pengerusi Wawasan Rukun Tetangga Losong Atap Zink Hasan Ismail berkata kini terdapat kira-kira 40 orang nelayan terutamanya nelayan pancing yang mendaratkan ikan di pangkalan tersebut setiap hari.


RM13 Juta Untuk Penerima Zakat Terengganu Menjelang Aidilfitri

Kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan kira-kira RM13 juta untuk diagihkan kepada 35,640 penerima zakat di seluruh negeri ini sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Dari jumlah itu, sebanyak RM3.5 juta bakal diagihkan kepada 9,494 orang miskin di Kuala Terengganu, RM2.4 juta untuk 6,283 di Besut, RM2 juta untuk 5,618 di Marang, RM1.6 juta untuk 4,522 di Dungun, RM1.33 juta kepada 3,651 di Kemaman, RM1 juta untuk 2,759 di Hulu Terengganu dan RM444,000 kepada 1,192 penerima di Setiu.


Bapa Saiful Rayu Pejabat Peguam Negara Fail Petisyen


Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, pada Rabu merayu pihak Peguam Negara supaya mengemukakan petisyen rayuan terbaik demi keadilan anaknya.

Selain itu Azlan turut berharap agar petisyen rayuan itu sempat difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh hari lagi sebelum tempohnya berakhir.

"Apa yang penting adalah agar Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan petisyen rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi.


Penyertaan WISE Meriahkan Seminar Antarabangsa Al-Quran 2012

Penyertaan The World Islamic Sciences and Education University (WISE) dari Jordan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bakal menyemarakkan lagi Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari 2012 (SQ2012) selama dua hari mulai 1 Dis ini.

Pengerusi SQ2012, Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata seminar anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu merupakan kesinambungan dari dua siri seminar dwitahunan pada 2008.


UiTM Anjur Karnival Keusahawanan UiTM 1Malaysia

Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun Terengganu akan menganjurkan Karnival Keusahawanan UiTM 1Malaysia 2012 juga dikenali sebagai Y-Entrec 2012.

Ia akan berlangsung di sekitar kampus itu bermula 15-19 Julai ini. Koordinator Komunikasi Korporat dan Antarabangsa UiTM Mohd Talmizie Amron berkata program berkenaan bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan warga kampus.

Taruhan RM49.9j: 100 "Bookie" Euro 2012 Ditahan

Polis menahan 100 "bookie" dan menyelamatkan wang petaruhan berjumlah RM49.9 juta sepanjang Ops Soga yang dilancarkan sempena kejohanan bola sepak Euro bermula 1 Mei hingga Isnin lepas.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 83 lelaki dan 17 wanita berusia antara 20 dan 65 tahun, termasuk empat rakyat asing iaitu masing-masing dua rakyat Singapura dan Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis turut merampas pelbagai barangan yang diguna untuk kegiatan itu antaranya set komputer, telefon bimbit, kertas bookie, mesin kira-kira serta wang tunai RM78,160.

Penyelidikan Berskala Besar Saintis Tempatan Di Antartika Menerusi Yayasan Sultan Mizan

Sebuah yayasan akan ditubuhkan bagi mengumpul dana bagi membantu saintis tempatan menjalankan penyelidikan berskala besar di benua Antartika.

Yayasan itu yang dinamakan 'Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan' yang merupakan kerjasama antara kerajaan dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) akan mengumpul dana bagi membina fasiliti penyelidikan negara di Antartika yang akan digunakan saintis tempatan.


Sukarelawan Guru Inggeris Rapatkan Hubungan Maaysia, AS

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Datuk Paul W. Jones yakin program penghantaran pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) Fulbright yang dilaksanakan di negara ini akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Menurutnya, program itu akan diteruskan dengan penghantaran seramai 75 sukarelawan lagi pada tahun depan.

``Mereka yang terlibat dengan program itu juga akan merasai suasana aman di negara ini selain berkongsi budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini,’’ katanya ketika berucap pada sambutan hari kebangsaan negara itu yang ke-236 di Kuala Lumpur semalam.

Program Karisma Selendang Biru, Semarak Kasih Parlimen Marang Hari Ini


Program Karisma Selendang Biru Semarak Kasih Parlimen Marang akan diadakan di Dataran Alor Limbat, Marang, bermula jam 8 pagi hingga 2 petang, hari ini (5 Julai).

Sehubungan itu, orang ramai dijemput memeriahkan program yang bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad, kira-kira jam 12 tengah hari.


Wednesday, July 4, 2012

Perjuangan Bekas Tentera Jadi Sia-Sia Jika Menentang Kerajaan - Ahmad Said


Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said mengingatkan bekas tentera supaya tidak sesekali menjadi kumpulan yang menentang kerajaan dan menanam hasrat untuk menjatuhkan kepimpinan negara hari ini dengan menyertai parti pembangkang.

“Dulu mereka berkhidmat 18 tahun memikul senjata mempertahankan negara, melindungi rakyat dan sanggup berkorban jiwa dan raga, tiba-tiba buang uniform (tamat perkhidmatan) dan pencen, mereka menentang kerajaan.

“Ini bermakna perjuangan mereka selama ini sia-sialah, mereka tidak dapat mengekalkan kerajaan yang ada,” katanya di sidang akhbar sempena Program Jejak Kasih Pemimpin Bersama Rakyat serta Pendaftaran Ahli KVTTB 1Malaysia, di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu, semalam.


Turut hadir, Yang Dipertua KVTTB, Encik Mohd Sabri Abd Malek dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu, Roshali Taha.

Menteri Besar berkata, sebagai bekas anggota tentera mereka perlu menanam jati diri yang teguh dan mengekalkan semangat perjuangan dan sayangkan tanah air sebagaimana sikap yang diamalkan sepanjang bertugas menjaga keselamatan negara daripada musuh dan anasir negatif sebelum ini.

Malah, beliau juga menasihatkan golongan itu supaya menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang demonstrasi yang dianjurkan pihak penentang kerajaan kerana tindakan itu jelas melanggar undang-undang.

Teganukita

Sang Penyu Tewaskan KL, T-Team Menang Di Kuching

Pemain Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah melakukan percubaan ke gawang Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Dua pasukan Negeri Terengganu iaitu Sang Penyu dan T-Team semalam menang pada saingan Liga Super masing-masing di Kuala Terengganu dan Kuching.

Terengganu yang tewas 1-2 kepada Kedah, Sabtu lepas kembali bangkit mencipta kemenangan selepas mengalahkan pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

T-Team pula menewaskanm Sarawak turut 1-0 di Kuching menerusi jaringan Mohd Fadzli Saari (gambar kiri) pada minit ke-30.

Johor FC turut mencatat kemenangan dengan jaringan yang sama bertemu Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Selangor pula mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Kedah di Stadium Shah Alam. Sementara itu, pasukan tangga ketiga liga Perak tewas 1-2 kepada pasukan kelab dari Lembah Klang, PKNS Selangor di Stadium Perak, Ipoh.

 Kelantan mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Tuan rumah yang bermula garang pada separuh pertama berjaya membolosi gawang pelawat hasil jaringan penyerang muda, Mohd Fidaus Azizul seawal minit ke-13.

Bagaimanapun, anak didik Bojan Hodak tidak menunggu lama apabila Kelantan menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Azlan Ismail selepas menewaskan penjaga gawang Farizal Marlias hasil sepakan sudut pada minit ke-46.

Asakan bertubi-tubi pasukan Red Warrriors ke gawang tuan rumah terus membuahkan hasil apabila pemain import, Mahmoud Ghadar yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menjaringkan gol kedua pada minit ke-63.

Kelantan terus menambah derita tuan rumah apabila Indra Putra Mahyiddin menjaringkan gol ketiga pada minit ke-68.

Ketua pasukan skuad Rusa, Shukor Adan tidak berputus asa untuk merapatkan jurang kedudukan apabila berjaya menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-85.

Kemenangan semalam membolehkan Red Warriors semakin sukar dicabar apabila terus menambah tiga mata dan menerajui liga dengan 54 mata.

Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak menggumpul 54 mata iaitu empat mata di hadapan pasukan Lions XII dari Singapura yang tidak bermain semalam.

KVTTB Labur RM200 Juta Dalam Pelbagai Bidang Termasuk Penternakan

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said  bersama anggota veteran tentera pada majlis di Kuala Terengganu kelmarin.

Koperasi Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) 1Malaysia akan melabur kira-kira RM200 juta dalam pelbagai bidang untuk kepentingan anggota-anggota yang sebahagiannya tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas berhenti kerja.

Pengerusi KVTTB Mohd Sabri Abdul Malik berkata tumpuan utama pelaburan itu akan diberikan kepada penternakan lembu, perniagaan, pinjaman dan lain-lain yang diharap dapat menjana ekonomi koperasi.


JHEAT Hanya Lulus Tujuh Permohonan Sijil Halal

Hanya tujuh daripada 43 permohonan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) yang dibuat menerusi borang permohonan yang lengkap secara atas talian dan e-halal, bakal diluluskan dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan kewujudan premis makanan dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terdapat di seluruh Terengganu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata tahap kesedaran pengusaha premis makanan di negeri itu masih rendah dan kebanyakan mereka melihat isu sijil halal itu sebagai perkara kecil dan remeh.


Kuota Haji Malaysia Bakal Diketahui Ramadan Ini - Jamil Khir


Jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diketahui Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sudah berusaha secara positif bagi memastikan sekurang-kurangnya kuota sebelum ini seramai 28,000 jemaah, dikekalkan.

Kerajaan benar-benar berharap tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas tidak menjejaskan jumlah kuota jemaah haji Malaysia tahun ini, katanya.


Peter Butler Minta Maaf Di Atas Keceluparannya Terhadap Wartawan

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berharap Peter Butler berfikir dua kali sebelum membuat sebarang komen, khususnya di laman sosial pada masa depan.

Menurutnya, beliau kesal dengan sebarang salah faham yang berlaku akibat kenyataan dikeluarkan Butler menerusi Twitternya, dan beliau memberi jaminan kepada semua bahawa perkara itu tidak akan berlaku pada masa akan datang.

“Saya percaya ketika dia (Butler) membuat komen itu, mungkin dalam keadaan tertekan dengan prestasi semasa skuad bimbingannya.

Lelaki Terjun Perigi Gagal Elak Dicekup Polis

Seorang lelaki sanggup terjun ke dalam perigi bagi mengelak diberkas sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah dekat Kampung Pasir Akar, Hulu Besut awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 4 pagi itu, suspek berumur 21 tahun bertindak terjun dalam telaga untuk menyembunyikan diri apabila menyedari kehadiran polis yang sedang melakukan Ops Tapis.

Tidak Wajib Pohon Sijil Dan Logo Halal - Jamil Khir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengusaha premis makanan tidak diwajib memohon sijil halal, namun digalak berbuat demikian secara sukarela.

Langkah itu katanya sebagai tanda prihatin terhadap pengguna Islam di negara ini.


Lebih 500 Petugas Media Dijangka 'Berkampung' Di Pahang Sempena Sukma


Lebih 500 petugas media pelbagai organisasi dijangka 'berkampung' di Pahang sempena Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung dari 7 hingga 16 Julai ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi, Publisiti dan Siaraya Sukma Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata kehadiran petugas media akan dapat memberi kesan mendalam terhadap keberlangsungan temasya sukan terbesar negara itu yang melibatkan 15 kontinjen termasuk Brunei dalam 24 jenis sukan yang dipertandingkan.


1,302 Rakyat Miskin Di DUN Kota Putera Terima Zakat

Seramai 1.302 golongan miskin di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, menerima bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai persiapan awal menyambut Ramadan tahun ini.

Majlis penyampaian agihan zakat itu yang berlangsung di Masjid Kampung Raja, dirasmikan oleh ADUN Kota Putera Yang Berhormat, Muhamad Pehimi Yusof.

Tuesday, July 3, 2012

Kerajaan Terengganu Tawar Tanah Dan Tapak Rumah Kepada Bekas Tentera Tidak Berpencen

 "Melalui pertubuhan ini, kerajaan negeri akan memastikan nasib bekas tentera yang pernah berjasa memikul senjata demi mempertahankan kedaulatan Tanah Air terbela menerusi bantuan dan kemudahan di bawah satu pengurusan yang lebih sistematik dan telus...usaha mengesan ahli tentera tidak berpencen sedang giat dilaksanakan bagi memastikan mereka menjadi ahli KVTTB secara sah."
 - Datuk Seri Ahmad Said

Kerajaan negeri menawarkan tapak rumah atau tanah pertanian kepada bekas tentera yang tidak berpencen dari kalangan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata mereka boleh memohon tanah melalui Pegawai Daerah setempat sekiranya mereka tidak memiliki tapak rumah dan tidak pernah memohon tanah daripada kerajaan.

"Ini (pemberian tapak rumah) memang normal bagi rakyat Terengganu dan mereka berhak untuk dapat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jejak Kasih Pemimpin Bersama Rakyat serta pendaftaran Ahli Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) di Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Pengerusi KVTTB Malaysia, Mohd Sabri Abdul Malik. Ahmad Said berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil berat masalah bekas tentera yang tidak berpencen dan sebagai buktinya kerajaan negeri komited menawarkan tapak rumah atau tanah pertanian kepada mereka.

Malah, kerajaan negeri turut bersetuju untuk menyalurkan bantuan permulaan sebanyak RM50,000 kepada Koperasi KVTTB bagi membela nasib golongan itu yang pernah berkhidmat menjaga keamanan dan keselamatan negara.

“Ini kali pertama satu pertubuhan koperasi veteran tidak berpencen (di Terengganu). Sebenarnya mereka berkhidmat sehingga 18 tahun. Ada 10..ada 12 tahun.

Untuk membolehkan mereka menerima pencen tentera mereka perlu berkhidmat sehingga 21 tahun.

“Jadi selama ini tiada pertubuhan atau persatuan ditubuhkan untuk membela kebajikan mereka. Alhamdulillah, Komander En Mohd Sabri Abd Malek (Yang Dipertua KVTTB) sudah ditubuhkan di peringkat Pusat dan selepas ini peringkat negeri-negeri, di mana Terengganu adalah negeri ke-13.

Insya-Allah menerusi pertubuhan ini memudahkan kerajaan negeri membantu mereka,” katanya.

Menteri Besar berkata,melalui pertubuhan ini, kerajaan negeri akan memastikan nasib bekas tentera yang pernah berjasa memikul senjata demi mempertahankan kedaulatan Tanah Air terbela menerusi bantuan dan kemudahan di bawah satu pengurusan yang lebih sistematik dan telus.

“Di Terengganu, usaha mengesan ahli tentera tidak berpencen sedang giat dilaksanakan bagi memastikan mereka menjadi ahli KVTTB secara sah sekali gus menambah jumlah ahli sedia ada di seluruh negara,” katanya.

Seramai 200,000 ahli tentera veteran tidak berpencen dikenalpasti di seluruh Malaysia dengan 60,000 daripadanya menyertai KVTTB.

Teganukita & Bernama

Kawat Kesal Kenyataan Twitter Peter Butler Sifatkan Wartawan Parasit

Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) menganggap Peter Butler seorang yang tidak profesional kerana mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter miliknya, yang menyifatkan wartawan sebagai parasit.

Presiden Kawat Ayob Mamat berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua jurulatih pasukan bola sepak Terengganu yang berasal dari England itu.

Beliau berkata sebagai seorang jurulatih profesional, Butler tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu, sebaliknya harus menerima keadaan semasa pasukan bimbingannya.

Permohonan TR1MA Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini

Pemandu teksi boleh membuat permohonan subsidi tayar di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) mulai semalam 2 Julai 2012).

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya berkata pemandu teksi yang layak menerima bantuan TR1Ma ialah warganegara Malaysia yang berstatus pemandu pertama.

Permohonan mesti disertakan dengan salinan Kad Pemandu yang sah, MyKad serta lesen memandu dan borang permohonan boleh didapati di pejabat wilayah SPAD atau dimuat turun melalui laman web SPAD di www.spad.gov.my/tr1ma. 

Faiz Tekad Robek Pintu Gol Sarawak

Aksi Faiz ketika menentang pasukan Perak sebelum ini....
Penyerang skuad T-Team Mohd Faiz Subri bertekad mahu merobek gol lawan seawal mugkin pada perlawanan menentang pasukan Sarawak di Kuching, hari ini.

Sasaran yang diletakkan pemain berusia 25 tahun itu bagi menebus kekecewaan pasukannya setelah tewas dua kali berturut-turut pada perlawanan menentang pasukan Perak dan Felda United baru-baru ini.


2 Lelaki Dipercayai Bookie Euro 2012 Ditahan

Polis Terengganu menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mengatur pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2012.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan berkata, kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Dungun, petang semalam.

TSG Cari Pelumba Import Baru Di Eropah

Antara perlumba tempatan TSG ketika ini...perlukan pelumba i mport berwibawa
Croatia, Austria dan Perancis adalah antara beberapa negara tumpuan pasukan profesional - Terengganu Cycling Team (TSG) mencari pelumba import baru bagi memperkuatkan pasukan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Hadi Hassan berkata ketika ini TSG mempunyai tiga pelumba import iaitu dua dari Jepun dan seorang dari Korea Selatan sejak pasukan itu ditubuhkan tahun lepas.


Terenganu Terima RM8.88J Bagi Projek Naik Taraf Sekolah

Kementerian Pelajaran memperuntuk RM8.88 juta bagi dua projek iaitu penyelenggaraan sekolah serta menaiktaraf surau sekolah di negeri ini pada tahun ini. Peruntukan ini adalah di bawah Projek Transformasi Luar Bandar bagi Pakej Rancangan Khas (PRK).


Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata bagi projek penyelenggaraan sekolah, ia melibatkan 49 sekolah dengan kos RM4.9 juta manakala projek penyelenggaraan serta menaiktaraf 51 buah surau sekolah melibatkan RM3.98 juta.

KDN Anjur Taklimat Isu Semasa Keselamatan Di Terengganu

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempelawa mereka yang berminat menghadiri Program Taklimat Isu-isu Semasa (Keselamatan) bertempat di Auditorium Taman Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu di Kuala Ibai di Kuala Terengganu pada 10 Julai ini.

Program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di mana ia merupakan yang pertama diadakan di bahagian Zon Timur sebelum diteruskan di dua negeri lagi di pantai timur iaitu Pahang dan Kelantan.

Timbalan Setiausaha Komunikasi Korporat KDN, Zuraidah Zainuddin berkata tujuan program itu diadakan adalah bagi memberi persepsi kesedaran keselamatan negara semasa terhadap pemimpin masyarakat sebelum diturunkan kepada masyarakat umum mengenai usaha kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).


SPA Perkenal Dua Dasar Baru Permohonan Jawatan

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuat kuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Peminat Euro 2012 Kembali Ke Alam Kerja

Peminat tegar kejohanan Euro 2012 yang berakhir awal pagi Isnin, dijangka mengambil cuti atau tidak muncul di pejabat.

Namun, wakil jabatan sumber manusia di beberapa syarikat multi-nasional berkata, kebanyakan pekerja mereka tiba di pejabat tepat pada waktunya walaupun kelihatan sedikit keletihan kerana berjaga untuk menyaksikan perlawanan akhir di antara Sepanyol dan Itali yang berakhir kira-kira pukul 4.30 pagi, Isnin.

Sepanyol memenangi kejohanan Euro 2012 dengan menundukkan Itali 4-0.


Monday, July 2, 2012

Ketengah Jamin Semua Taman Di Tasik Kenyir Siap Akhir Tahun

Menteri Besar melawat Pulau Orkid Februari lalu
Semua projek pembangunan melibatkan 10 buah pulau di kawasan Tasik Kenyir di sini berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud berkata, antara taman yang telah siap iaitu taman burung, taman herba dan taman tropika yang dibangunkan dengan kerjasama Mardi.

"Lain-lain taman iaitu taman orkid, taman rama-rama dan lain-lain yang terletak dalam kawasan tasik berkenaan berjalan lancar dan mencapai kemajuan kerja kira-kira 78 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan Raja Serama Peringkat Kebangsaan anjuran Ketengah yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Terengganu, Rozi Mamat.

Wan Mat Amin berkata, taman tropika yang menanam pokok-pokok nadir iaitu pokok buah-buahan yang hampir pupus, akan menjadi salah satu daya tarikan baru ke tasik itu.

"Taman Tropika kita wujudkan untuk antara lain untuk penyelidik buat kajian mengenai pokok buah-buahan yang hampir pupus untuk dipulihkan kembali," katanya.

Mengenai pertandingan Raja Serama Peringkat kebangsaan itu, sebanyak 534 ayam serama dipertandingkan melibatkan peserta dari seluruh negara. Ayam bernama Seri Bakong kepunyaan Razali Yusoh, 49, dari Kampung Kuala Bekah, Terengganu, muncul sebagai Raja Serama dengan memenangi wang tunai RM150 serta piala.

Sebelum itu, Seri Bakong menjadi juara bagi kategori Serama Muda dan memenangi hadiah wang tunai RM500.

Pertandingan Raja Serama itu melibatkan lapan kategori iaitu Serama A, Serama B, Serama Tanpa Lawi, Serama Muda, Serama Remaja, Serama Anak A, Serama Anak B dan Serama Induk yang mana setiap juara memenangi hadiah wang tunai RM500 tempat kedua (RM400) dan ketiga (RM300)

Utusan Malaysia

Hadi Awang - Pas Mahu Bertanding 80 Kerusi Parlimen


PAS  berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan, jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut mungkin meningkat sehingga 80 berbanding 66 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, Pas akan memikul tanggungjawab itu sebagaimana UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) dalam mencorak hala tuju negara dengan kedudukannya sebagai parti paling kuat.

Dr A Rahman - Jangan Beli Kosmetik Tiruan

Dr A Rahman (tengah) melawat booth yang menjual produk 1Malaysia di Ekspo Beli Barangan Malaysia (EBBM) Zon Timur di TTC, kelmarin. Turut mengiringi, Ghazali (dua kiri).
Golongan wanita di negeri ini dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik dan kesihatan tiruan kerana dikhuatiri mengandungi kandungan yang tidak menepati piawaian ditetapkan, sehingga mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, produk tiruan biasanya dijual dengan harga lebih murah tetapi kandungan yang terdapat dalam produk tersebut pastinya berbeza dengan produk asal.

Tindakan Maidam Pecat 39 Amil Wajar Dijadikan Pengajaran

Tindakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melucutkan serta merta pelantikan 39 amil tahun lalu membuktikan jabatan itu menjalankan tugas secara telus dan serius.

Pelucutan itu terpaksa diambil kerana amil tersebut didapati menyelewangan dan gagal menyerahkan wang kutipan zakat dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata kerajaan negeri kesal dengan tindakan mereka itu yang jelas tidak amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.