Saturday, March 9, 2013

Badaruddin Pula Dakwa Dirinya Sultan Sulu Sah, Bukan Jamalul Kiram III

Penyokong Pahang yang digelar Elephant Army menyanyi lagu Barisan Kita sambil memberi tabik hormat dan memegang gambar anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sebelum perlawanan Liga Super Pahang menentang PKNS di Stadium Darul Makmur malam tadi.
Di sebalik kesahihan Jamalul Kiram III sebagai waris Kesultanan Sulu, masih ada lagi pihak yang menuntut gelaran Sultan Sulu walaupun setakat ini tiada sebarang bukti untuk mengesahkan perkara itu.

Badaruddin D. Mohammed Bataraza mendakwa beliau sultan sebenar Sulu kerana merupakan anak kepada isteri pertama Sultan Jamalul Alam yang menandatangani perjanjian 1878 untuk memajak Sabah kepada British North Borneo Company.

Menurut dokumen lengkap dihantar kepada Philippine Daily Inquirer, wakil Badaruddin pernah cuba mendapatkan pengiktirafan kerajaan Filipina sejak 25 Julai lalu.

Pihaknya juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sebenar.

Jurucakap Badaruddin, Arturo Sampana berkata yang kononnya sultan yang sudah berusia 74 tahun itu masih lagi bersembunyi tetapi akan mendedahkan dirinya yang sebenar tidak lama lagi untuk bercerita mengenai sejarah dan susur galur keturunannya.

Difahamkan, Badaruddin merupakan putera keempat dari lima orang anak Almarhum Puteri Aishah bersama Datu Mohammad Bataraza.

Aishah pula merupakan puteri kepada Sharifah Zainab atau juga dikenali sebagai Puteri Indok, yang merupakan isteri kepada Sultan Badaruddin II yang memerintah Sulu dari tahun 1881 hingga 1884.

Katanya, Badaruddin II merupakan pengganti kepada Sultan Jamalul Alam selepas meninggal dunia akibat diracun manakala ahli keluarganya yang lain termasuk Aishah berjaya menyembunyikan diri.

Kata beliau, Jamalul Kiram III yang kini dikehendaki Malaysia merupakan keturunan isteri kedua Jamalul Alam.

“Mengikut tertib Kesultanan Sulu, waris sah memegang tahta hanya dari keturunan isteri pertama sultan,” tambah beliau. Ujarnya lagi, Badaruddin dan keluarganya tinggal di Sabah pada tahun 1970-an dan kembali ke Filipina pada tahun 2009 tetapi kekal bersembunyi untuk menjamin keselamatan mereka sekeluarga.

Pasukan Keselamatan Tembak Mati Seorang Lelaki Bersenjata Sulu

Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kampung selepas melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas Sulu di Semporna, hari ini. Dalam kejadian Sabtu lepas enam anggota polis maut dalam serangan penceroboh di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna.
Anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kampung selepas melakukan pemeriksaan sekitar Kampung Simunul bagi mengesan saki baki pengganas Sulu di Semporna, hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas enam anggota polis maut dalam serangan penceroboh di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna.

Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kepungan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.

Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna. Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.

Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil. "Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo. Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.

Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui. "Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya.

Keadaan Dua Polis Komando VAT69 Yang Cedera Stabil


Dua anggota polis komando VAT 69 yang cedera dalam pertembungan dengan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu dan Semporna berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

JPJ Berjaya Kutip Hasil RM3.33b - Solah


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya meningkatkan kutipan hasil jabatan itu sebanyak 5 peratus iaitu RM3.33 billion sepanjang tahun lalu berbanding RM3.17 billion tahun sebelumnya.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata, kutipan bagi lesen kenderaan bermotor memperolehi kutipan tertinggi iaitu RM2.2 bilion manakala lesen memandu mengutip RM414.4 juta

Buat Bising Selepas Solat Jumaat Tidak Disenangi

Tindakan sekumpulan remaja bermotosikal membuat bising selepas solat Jumaat di jalan utama di bandar Dungun sejak kebelakangan ini, tidak disenangi orang ramai. Selain tidak memakai topi keledar, mereka juga dikatakan memecut laju dengan bunyi ekzos yang kuat.

Tinjauan di jalan utama sekitar Jalan Baru Pak Sabah mendapati, ada juga segelintir remaja daripada kumpulan itu tidak menunaikan solat Jumaat walaupun mereka berpakaian baju Melayu.

Guru Ditangkap Khalwat Dalam Semak

Sepasang penjawat awam termasuk seorang guru kanan sebuah sekolah menengah di daerah ini dilaporkan ditangkap khalwat di kawasan semak berhampiran tangki air, di Bukit Kluang , dua hari lalu.

Difahamkan guru kanan lelaki itu berusia 50-an dan pasangannya yang bertugas sebagai kakitangan sokongan di sekolah berasingan ditangkap sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Besut ketika mereka berdua-duaan di dalam sebuah kereta.

FAM Gantung TMJ 6 Bulan, Denda RM18,000


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim digantung enam bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak dan didenda sebanyak RM18,000 keseluruhan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Denda tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak selepas Mesyuarat Khas Ke-35 Jawatankuasa Tataterbit semalam.

Terengganu Rancang Jadi Perintis Amalan Kerja Bidang Perubatan Mengikut Syariat Islam

Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk mempelopori pelaksanaan amalan kerja dalam bidang perubatan mengikut syariat Islam dalam tempoh empat tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri sangat komited dalam hal yang melibatkan tuntutan fardhu kifayah dan untuk tujuan itu usaha menghantar lebih ramai pelajar perempuan ke beberapa universiti terkemuka dalam bidang perubatan seluruh dunia telah dimulakan.

Pengurusan Kes Wan Ahmad Saman Mat Sabu 20 Mac


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes saman fitnah oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Wan Ahmad berkata saman itu ekoran kenyataan fitnah oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam akhbar Harakah edisi 1-3 Februari 2013 yang bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai'.

Nelayan Marang Dapat Elaun Sara Hidup

Seramai 604 orang nelayan dalam Parlimen Marang mendapat elaun sara hidup daripada kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM200 seorang di Dewan Pusat Sumber Negeri Terengganu, baru-baru ini.

Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Marang merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad, .

Anwar Fail Saman Fitnah Terhadap Utusan, TV3


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman fitnah menuntut RM100 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), serta tiga defendan lain berhubung berita yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau memfail saman itu melalui pejabat peguam Tetuan Daim & Gammy di kaunter pendaftaran Mahkamah Sivil kira-kira pukul 10.30 pagi.

Peserta Ladang Kontrak FAMA Berjaya Pasarkan Hasil Bernilai RM27 Juta Tahun Lepas

Seramai 212 petani di Terengganu yang menyertai program ladang kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) telah mencatatkan hasil jualan RM27.1 juta tahun lepas.

Pengarah Fama Negeri Hasan Jusoh berkata ia melibatkan kawasan tanaman seluas 247 hektar dengan pengeluaran hasil 19.1 tan metrik tahun lepas.

Edar Dadah - Suami Isteri Berdepan Hukuman Gantung

Wan Isyraf dan isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret.
Sepasang suami isteri bakal berdepan hukuman gantung di Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, kelmarin, atas dakwaan mengedar dadah jenis methamphetamine.

Wan Isyraf Wan Roslan, 22, dari Kampung Gong Kiat, di Kuala Terenganu dan isterinya, Nurul Aisyah Mat Yussop, 19, dari Kampung Nibong, Panji Alam, didakwa mengedar dadah berbahaya itu kira-kira jam 9.40 malam, pada 24 Februari lalu.

Friday, March 8, 2013

Terengganu Hantar 34 Pelumba Perlumbaan Lebuh Raya Sport Excel

Terengganu mempertaruhkan 34 pelumba pada Kejohanan Berbasikal Remaja Sport Excel (Lebuh Raya - Sirkit 1) di Perlis, esok.

Ketua jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Syed Mohd HussainiSyed Mazlan berkata kejohanan dua hari itu sebagai pendedahan awal untuk memilihskuad Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014.

15 Lokasi Lintasan Kehidupan Liar Dikenal Pasti

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan meletakkan papan tanda di 15 lagi lokasi panas yang dikenal pasti menjadi kawasan lintasan hidupan liar.

Timbalan Ketua Pengarah II Perhilitan, Dr Zaaba Zainol Abidin berkata lokasi terbaharu itu melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Perak, Johor, Kelantan, Melaka, Pahang dan Terengganu.

Suluk Sabah Ikrar Setia Kepada Kerajaan Pusat, Negeri


Etnik Suluk di Sabah mengutuk tindakan kumpulan militan yang menceroboh negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini sejak 12 Feb lepas.

Mereka membantah pencerobohan itu sambil melafazkan ikrar taat setia kepada kerajaan persekutuan dan negeri.

Mereka juga berikrar tidak akan membantu penceroboh militan itu yang datang dari selatan Filipina.

Pencerobohan - Sultan Johor Arah Solat Hajat Di Semua Masjid


Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengarahkan Jabatan Agama Islam Johor supaya mengadakan solat hajat di semua masjid di negeri ini bagi memohon pertolongan dan kurniaan daripada Allah S.W.T berhubung isu pencerobohan kumpulan pengganas di Sabah.

Sultan Ibrahim bertitah solat berkenaan perlu dilakukan selepas solat Jumaat esok dan selepas solat Maghrib setiap hari bagi memohon keselamatan anggota polis, tentera dan agensi keselamatan agar terus terpelihara.

PDHT Terus Mengorak Langkah Melaksana Program

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu (PADHT) akan terus melangkah ke luar kotak, dengan mempelbagaikan bentuk pelaksanaan program sebagai usaha menjadikan perpustakaan bukan sekadar buku semata-mata tetapi merangkumi seluruh kehidupan.

Penolong Pegawai PADHT, Mohamad Zainal Mohd Hassan berkata, kelainan aktiviti yang akan diadakan dari semasa ke semasa juga diharap mampu menarik minat ahli, untuk membuat pinjaman pelbagai jenis buku dan bahan bacaan bagi menambahkan pengetahuan.

“Lazimnya, apabila disebut perpustakaan pasti ia akan berkait rapat dengan buku. Namun begitu, di dalam sebuah buku sebenarnya mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan yang sememangnya berkaitan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita seharian.

“Melihat dari aspek ini, PADHT mengorak langkah menganjurkan program di luar kebiasaan. "Walaupun secara kasarnya aktiviti diadakan mungkin tidak melibatkan buku, namun sebenarnya ia terkandung dalam buku yang sememangnya terdapat di perpustakaan," katanya.

Menurutnya, penganjuran Jom Sihat di Perpustakaan adalah langkah pertama PADHT ke arah itu dengan melibatkan aktiviti seperti senamrobik dan menu sihat. "Kepentingan menjaga kesihatan pasti terdapat dalam buku dan PADHT terjemahkannya melalui pelaksanaan program.

“Sehubungan itu, dari semasa ke semasa kita akan rangka dan laksanakan pelbagai aktiviti bersesuaian sebagai terjemahan kandungan yang terdapat dalam buku atau bahan bacaan yang sememangnya merangkumi seluruh kehidupan kita seharian,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Zainal juga merancang menyediakan cenderamata kepada ahli yang membuat pinjaman terbanyak di perpustakaan tersebut sebagai penghargaan, sekali gus galakan kepada individu lain agar turut sama berbuat demikian.

Katanya, walaupun jumlah kedatangan pengunjung begitu menggalakkan, namun dari aspek membuat pinjaman buku dan bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan tersebut, ia masih belum mencapai tahap diharapkan.

SH Online

Thursday, March 7, 2013

Malaysia, Filipina Bincang Tindakan Undang-Undang Terhadap Penceroboh

Anggota tentera mengaminkan doa sebelum meneruskan Op Daulat bagi mengesan saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih berlindung di Kampung Tanduo di Lahad Datu, hari ini.
Malaysia dan Filipina akan memikirkan jalan terbaik berhubung sebarang tindakan undang-undang terhadap anggota kumpulan penceroboh bersenjata termasuk ketua mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata aspek ekstradisi ketua kumpulan itu, Jamalul Kiram II yang mengaku sebagai Sultan Sulu, yang kini berada di Filipina telah diajukan kepada rakan sejawatnya dari Filipina.

"Ketua mereka telah memberi kenyataan yang membangkitkan kemarahan dan kebencian. Apakah Filipina mempunyai undang-undang untuk mengheret dia ke mahkamah untuk tindakan sewajarnya.

"Sekiranya tidak, kemungkinan Malaysia akan meminta supaya pihak Filipina menyerahkan dia kepada kita," katanya dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan oleh Datuk Ahmad A. Talib, malam semalam.

Beliau turut ditanya sama ada Malaysia akan memohon ekstradisi Jamalul Kiram III. Pencerobohan bermula 12 Feb itu mengorbankan lapan anggota polis Malaysia dalam usaha mengusir mereka dari Sabah.

Sambil menarik perhatian Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Filipina, beliau berkata: "Oleh kerana semangat Asean, kita boleh minta ekstradisi meminta supaya mereka dibawa ke mari."

Beliau memperjelaskan bahawa sebarang tindakan undang-undang yang diambil akan berlandaskan kepada apa yang sesuai dan baik untuk pihak Malaysia dan Filipina.

"Opsyen kita terbuka sampai kita melangkah ke satu (tahap), dan kita membuat keputusan dan mengadakan perbincangan dengan pihak Filipina," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai tindakan terhadap mana-mana penceroboh yang ditangkap sama ada akan didakwa di Malaysia atau dihantar pulang ke negara mereka.

"Ini tertakluk kepada perbincangan kita. Presiden (Filipina) meminta mereka menyerah diri dan balik ke negara mereka, dan Filipina berjanji akan ambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang mereka.


"Cara kita, (jika) polis kita menahan (mereka), kita juga boleh menggunakan undang-undang kita. Jika ia berlaku, bolehlah perundingan dijalankan antara saya dengan Setiausaha Luar Filipina, cara mana yang terbaik," jelasnya.

Kerajaan Terengganu Sumbang RM50,000 Kepada Setiap Balu Polis Terkorban


Kerajaan Negeri Terengganu semalam bersetuju menghulurkan sumbangan sebanyak RM50,000 masing-masing kepada keluarga dua anggota polis dari negeri ini yang terkorban dalam serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat exco negeri di sini berkata, pihaknya akan menyerahkan sumbangan itu kepada balu Allahyarham Insp Zulkifli Mamat, 29, dari Kampung Kubang Ikan, Besut dan balu Supt Ibrahim Lebar, 52, dari Kampung Jabi Setiu.

JamalulKiram III Bukan Sultan Sulu Sebenar - Kerabat Diraja


Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan “waris sah” Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam “Penghakiman Macaskie” pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).


Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.

"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah.

Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu,” kata sumber berkenaan.

Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula.

Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.

Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.

Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu,” kata sumber berkenaan.

Najib Minta Rakyat Doakan Kesejahteraan Pasukan Keselamatan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia terus mendoakan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan negara yang sedang berjuang menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.

"Pada saat dan ketika saya berucap ini, perwira-perwira negara sedang menyabung nyawa dalam satu operasi yang berlangsung ketika ini.


Polis Terengganu Solat Hajat Doakan Anggota Keselamatan i Lahad Datu


Kira-kira 300 pegawai dan anggota polis Terengganu mengadakan solat hajat hari ini, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anggota pasukan keselamatan yang terbabit Op Daulat di Sabah.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata solat hajat juga akan dianjur semua surau ibu pejabat polis daerah di negeri itu.

11 Badan NGO Kemaman Protes Tian Chua


Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua terus diprotes apabila sebanyak 11 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Kemaman tampil membuat laporan polis dan mengadakan demonstrasi aman mengutuk kenyataan yang dikeluarkan pemimpin itu di Kemaman, kelmarin.

Kira-kira 130 ahli dari 11 NGO terbabit berkumpul sambil melaungkan kata-kata sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengutuk dakwaan tidak berasas yang dilemparkan kepada Umno.

Lebih 200,000 Anak Penyu Dihasilkan Daripada Projek Penetasan


Projek penetasan penyu di Terengganu tahun lepas berjaya menghasilkan sebanyak 232,798 ekor anak penyu daripada 321,764 biji telur yang dieramkan.

Jurucakap Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang berkata pada tahun 2011, sebanyak 281,016 ekor anak penyu dihasilkan daripada 361,164 biji telur yang dieramkan.

Pakar Sejarah Sokong Kenyataan Rais, Sabah Milik Sah Malaysia

 
Beberapa pakar sejarah Rabu menegaskan Sabah ialah hak Malaysia dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak kerana rakyat negeri itu telahpun bersetuju dengan pembentukan Malaysia dalam tinjauan kajian Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.

Ketua Program Sejarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mosli Tarsat berkata berdasarkan bukti sejarah, ia jelas menunjukkan status negeri Sabah memang sah sebagai sebahagian daripada Malaysia dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

MB Rasmi Pevah Tanah Projek PB Sentral

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan mengadakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek PB Sentral bertempat di tapak projek di Jalan Engku Embong Fatimah, Kuala Terengganu, hari ini (7 Mac).

Menteri Besar merangkap Pengerusi PMINT, Datuk Seri Ahmad Said dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian pecah tanah tersebut.

TSG Cadang Ambil Semula Pelumba Import

Pelumba mewakili TSG pada LTdL 2013 baru-baru ini.
Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) yang gagal memberi impak dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang baharu berakhir, bercadang mengambil pelumba import bagi memantapkan prestasi mereka tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim berkata jurulatih TSG yang berasal dari Itali, Sebastian Duclos sedang menilai prestasi para pelumba luar yang mengambil bahagian dalam LTdL kali ini.

Anak Tumbuk Muka Ibu Di Hulu Terengganu

Tidak berhati perut. Demikian tindakan seorang anak yang bukan sahaja memaki ibu kandungnya dengan kata-kata kesat juga sanggup menumbuk ibunya selepas berselisih faham di rumah mereka, di Taman Kenanga, di Hulu Terengganu,  kelmarin.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 2 petang itu dipercayai berpunca apabila mangsa berusia 51 tahun meminta anaknya menukar saluran siaran televisyen tetapi tidak diendahkan hingga menyebabkan berlaku perselisihan faham antara dua beranak itu.

RM4 Juta Untuk Pusat latihan Kemahiran TatiUC


Kementerian Sumber Manusia menyalurkan peruntukan RM4 juta kepada Kolej Universiti Tati (TATiUC) bagi tujuan membuka pusat latihan kemahiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pusat kemahiran itu bakal dibuka dan mula membuat pengambilan pelajar tahun ini.

Wednesday, March 6, 2013

Lima Anggota Polis Terengganu Di Hantar Ke Sabah

Seorang anggota polis sedang berkawal berhampiran tempat persembunyian kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Polis Terengganu menghantar lima anggota, termasuk seorang pegawai berpangkat Asisten Superitendan (ASP) bagi membantu penyiasatan kejadian pertempuran di Sabah.

Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamsah Mustapa, berkata semua anggota dari Unit Penyiasatan Cawangan Penjenayah itu dihantar bertugas di negeri itu bermula semalam.

Delegasi UniSZA Ke Gaza Dan Mesir Untuk Kerjasama Akademik

Lima anggota delegasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu akan ke Mesir dan Gaza, Palestin esok dalam misi kerjasama akademik dengan dua buah universiti.

Naib Canselor Unisza Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata lawatan itu lanjutan daripada kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pertukaran pelajar dengan Al-Aqsa University dan Islamic University of Gaza.

500 Penduduk Marang Solat Hajat Doa Krisis Lahad Datu Selesai

Jemaah mengaminkan doa selamat selepas menunaikan solat hajat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat berhubung insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah di Masjid Putra malam semalam.Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat. Solat hajat dan majlis doa selamat itu turut dihadiri warga Putrajaya, pegawai kerajaan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil komuniti setempat.
Operasi pihak berkuasa keselamatan Malaysia ke atas pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah terus mendapat sokongan segenap lapisan rakyat yang mahu ia ditamatkan segera.

Di Marang, seramai 500 penduduk daerah itu mengadakan solat hajat untuk memohon keselamatan anggota yang bertugas di kawasan operasi berkenaan dan memohon keamanan di Sabah dapat dipulihkan seperti biasa.

Majlis anjuran Pergerakan Wanita Umno Bahagian Marang yang diadakan di Masjid Binjai Rendah itu dimulakan dengan solat Zohor berjemaah, solat Hajat dan bacaan Yasin dan tahlil untuk perwira negara yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Tanduo dan Semporna.

Ketua Wanita Umno Bahagian Marang Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin ketika ditemui Bernama berkata pihaknya berharap pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu adalah yang pertama dan terakhir di negara ini.

"Petang semalam, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengarahkan semua Ketua Wanita Umno Bahagian di seluruh negara mengadakan solat jahat secara serentak selepas solat Zohor untuk mendoakan keselamatan pihak berkuasa di Sabah.

"Selama ini rakyat Malaysia hidup aman damai, dan secara tiba-tiba berlaku satu insiden yang menggemparkan negara, namun kita semua perlu terus berdoa agar Malaysia terus aman sebagai negara yang berdaulat," katanya.

Sementara itu, beberapa jemaah masjid yang ditemui Bernama selepas solat hajat itu turut berharap agar umat Islam di negara ini bersatu hati dan terus melakukan solat hajat sehingga isu pencerobohan itu selesai.

Pegawai Agama Daerah Marang Zahari Sulong berkata solat hajat adalah sebagai usaha terakhir umat Islam untuk memohon pertolongan Allah setelah segala usaha rundingan dan operasi ketenteraan dijalankan.

"Kita berdoa dan sama-sama terus melakukan solat hajat sama ada secara berjemaah atau bersendirian di rumah sehingga isu ini tamat," katanya.

Ops Daulat Diteruskan Sejak Pagi

Anggota polis berkawal di pos kawalan di hadapan Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo, lokasi pasukan keselamatan melancarkan serangan  semalam.
Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekatLahad Datu diteruskan hari ini


Keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

<!--more-- Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang. Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan.

Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan. Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai.

Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini.

Kementerian Luar Diminta Desak Filipina Ektradisi Jamalul Kiram


Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata diSabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa kenyataan.

Tuesday, March 5, 2013

Balu Sultan Sulu Dakwa Ceroboh Sabah Hanya Drama

Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam.
Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.

“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka. "Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan.

Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.

Sementara itu, Persatuan Suluk Bersatu Sabah mengecam perbuatan kumpulan pengikut Sultan Sulu menceroboh Lahad Datu dan Semporna sehingga berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa. Pemangku


Presiden, Faizal Sisar berkata, tindakan kumpulan bersenjata itu yang berjuang menuntut Sabah bukan sahaja sia-sia, malah merupakan satu jenayah antarabangsa.

“Kami orang Suluk sendiri mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak bersetuju tindakan mencabul kedaulatan negara (Malaysia).

Kami warga Suluk berpaksi kepada Agong dan Kerajaan Malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai, mempunyai peluang pekerjaan dan pendidikan yang baik di sini," katanya pada sidang media, di Senai, semalam.

Faizal berkata, persatuan itu mempunyai 800,000 keahlian di seluruh Malaysia dan hampir 20,000 di Johor yang menjadi pengundi di negara ini.

Beliau berharap kes pencerobohan ini diatasi segera kerana mereka tidak mempunyai hak ke atas Sabah.

“Apa yang penting kini, satu rundingan perlu diadakan dan kerajaan perlu memberi penerangan fakta sebenar, Sabah telah digadaikan dan tidak boleh dituntut, orang Suluk telah bersetuju masuk Malaysia dan menjadi rakyat negara ini.

“Jangan terpengaruh dan berasa ingin berkuasa mempengaruhi tentera DiRaja Suluk, yang tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan telah hilang kedaulatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Persatuan Suluk Bersatu Sabah cawangan Johor, Yusop Abdoa sedih dengan insiden yang berlaku.

“Kita orang Sabah keturunan Sulu amat sedih dan anggap perkara ini (menceroboh) adalah tidak wajar.

“Bagi kami apa pun permasalahan pastinya boleh dilakukan secara rundingan dan tidak mahu melihat pertumpahan darah dari mana-mana pihak.

"Saya sendiri ada menghubungi saudara mara di sana, dan mereka juga sedih dengan kejadian ini, biarpun berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Polis Percaya Masih Ada Saki Baki Pengganas Di Kampung Tanduo

Tan Sri Ismail Omar (duduk dua dari kiri) dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (tiga dari kiri), mengadakan sidang media susulan operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, awal pagi tadi.
Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

Anggota Polis membuat pemeriksaan dan mengawal ketat di jalan masuk ke Bandar Tawau, Sabah, Selasa. Polis Percaya Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo, Tawau.

80,000 Pelajar Sedang Ikuti Kelas KAFA Seluruh Negeri

Kira-kira 80,000 pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun sedang mengikuti Kelas fardu Ain (KAFA) di 3,000 kelas seluruh negeri membabitkan 3,200 guru tahun ini.

Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Md. Kamaru Al-Amin Ismail berkata, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) peruntukan kira-kira RM36 juta setahun untuk membayar elaun guru-guru KAFA di negeri ini.

Dana Tambahan RM600 Juta Untuk Usahawan Bumiputera

Najib bersalaman dengan para peserta yang menghadiri majlis Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.
Datuk Seri Mohd  Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM600 juta dalam usahanya memperkasakan lagi usahawan-usahawan Bumiputera sekali gus melonjakkan penglibatan mereka ke arena global. Ketika mengumumkan dana tambahan itu,

Perdana Menteri berkata, RM400 juta akan dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). "Sebanyak RM100 juta akan dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pembangunan korporat bagi pertambahan ekuiti Bumiputera," kata beliau sebelum merasmikan Perhimpunan Usahawan Bumiputera 2013 diKuala Lumpur semalam.

Abby Kritik Rakan Artis Menyokong UMNO


Selebriti dan pelakon yang sedang giat menyertai ceramah di atas pentas pakatan pembangkang, Abby Abadi, menyelar golongan artis yang menyokong Umno yang disifatkan sebagai hanya menjaga periuk nasi semata-mata.

Berceramah di Permas Jaya, Pasir Gudang, Johor malam kelmarin, beliau turut menyifatkan artis pada masa kini sebagai kurang peka terhadap perkembangan politik negara.

Kerajaan Terengganu Lancar 6.000 Kitab Fikah Guna Bahasa Moden

 
Kerajaan negeri Terengganu hari ini melancarkan 6,000 kitab fikah 'Al-Fiqhul Muyassaru Fi Matla'il Badraini Wa Majma'il Bahraini' yang diolah dan diedit mengikut bahasa moden.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata buku tersebut akan menjadi bahan pengajaran kepada pelajar dan akan diedarkan kepada guru agama di masjid dan surau di negeri ini.