Saturday, September 15, 2012

Kontraktor 'Disenarai Hitam' Tidak Aakan Dapat Projek - Ahmad Said


Kerajaan negeri bertegas untuk tidak menyerahkan sebarang projek kepada kontraktor yang ‘di senarai hitam’ berikutan kegagalan projek masa lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berucap dimajlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu berkata, kerajaan mempunyai perancangan pembangunan yang berjadual dan tidak akan menyerahkan projek kepada mereka yang telah terbukti gagal menyiapkan kerja yang diberikan sebelum ini.

Berkutan itu, Kerajaan Terengganu akan menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan sebarang projek yang diberikan.

Terengganu Yakin Kekalkan Kedudukan Negeri Terbaik UPSR Kali Ke-12

Kerajaan negeri Terengganu yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai negeri terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-12 berturut-turut pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan penglibatan komuniti setempat bersama guru dan murid.

DiPanah Petir Ketika Pegang Telefon Bimbit

Aniq Syazwan ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman

“Waktu itu saya sedang caj telefon bimbit dan letakkannya atas paha sambil tangan diletakkan atas telefon itu namun tak semena-mena saya rasakan terkena renjatan elektrik lalu saya yang berada di atas katil dalam bilik tidur tercampak di tepi dinding dengan badan kaku serta kejang,” kata Aniq Syazwan Abu Bakar, 16.

Aniq Syazwan nyaris maut akibat panahan petir menyambar wayar elektrik hingga menyebabkan dia terkena renjatan dalam kejadian ketika hujan lebat dan kilat sambar menyambar kira-kira jam 8.12 malam di rumahnya di Taman Mawar 2, Jalan Tempurung, dekat Chukai, tiga hari lalu.

Pelajar tingkatan empat ini yang masih sedarkan diri sejurus renjatan itu hanya mampu membuka mata dan melihat kedua-dua tangannya bertukar menjadi biru kehitaman sebelum tidak sedarkan diri ketika kedua ibu bapanya memasuki bilik tidurnya.

Aniq Syazwan sambil diperhatikan bapanya (kanan) melakonkan semula bagaimana keadaan tangannya yang kaku selepas terkena renjatan elektrik akibat panahan petir.

Terengganu Bakal Miliki Institut Kaligrafi Islam Pertama Di Asia

Terengganu bakal memiliki Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa pertama di Asia tidak lama lagi dengan termetrainya dua perjanjian persefahaman (MoU) di Kuala Terengganu, kelmarin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah berkata MoU pertama dimetrai antara TTI Management Sdn Bhd (TTIMSB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) dari Turki.

Kerajaan Terengganu Yakin PPP Lonjakkan Pendidikan Negara

Ahmad Said melayan tetamu sambutan Hari Raya Pesara Kerajaan, Rabu lalu.
Kerajaan negeri menyokong penuh Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) yang di lancarkan oleh Perdana Menteri untuk menghasilkan sistem pendidikan berteraskan aspirasi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan yang mampu lonjakkan ekonomi negara.

Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata, generasi hari ini dilihat cepat matang dan semakin cerdik dan memang perlu kerajaan melakukan sesuatu untuk masa depan negara yang gemilang.

“Pelan pendidikan baru ini mungkin akan memendekkan masa pelajar di sekolah rendah kepada lima tahun sahaja begitu juga tempoh belajar di sekolah menengah,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Pesara Kerajaan di Wisma Darul Iman Rabu (12 September 2012).


KIST Bakal Tambah Lima Program Diploma Mulai Januari Depan

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) cawangan Terengganu di sini merancang untuk menambah lima lagi program pengajian diplomanya mulai Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KIST Cawangan Terengganu Mohd Norizal Nawang berkata, program-program yang masih dalam rancangan itu ialah Diploma Kejururawatan, Perkhidmatan Makanan Halal, Syariah, Psikologi Kanak-kanak da Kaunseling Islam.


Koperasi Di Terengganu Disaran Ceburi Bidang Pelancongan Dan Petroleum

Lebih banyak koperasi di Terengganu disarankan menceburi bidang pelancongan dan petroleum yang dilihat antara bidang yang mampu menjana pendapatan tinggi di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata koperasi di negeri itu perlu mengambil peluang terhadap kedudukan Terengganu sebagai antara destinasi pelancongan utama di negara ini.


Rumah Perantaraan Banduan Selepas Menjalani Hukuman

Jabatan Parol Terengganu kini menyediakan sebuah rumah perantaraan sebagai kemudahan penginapan kepada banduan tidak mempunyai rumah atau tidak diterima keluarga selepas selesai hukuman.

Timbalan Pengarahnya, Yusri Abd Kadir berkata, rumah terletak di Pasir Panjang itu mula beroperasi sejak Februari lalu dan satu-satunya rumah perantaraan di Terengganu.

Menurutnya, kerajaan mewujudkan rumah tersebut untuk menempatkan mana-mana bekas banduan yang tidak diterima keluarga selepas keluar penjara atau ingin ‘lari’ dari kegiatan lama mereka.

Thursday, September 13, 2012

Ahmad Said - Tiada Peluang Kedua Untuk Parasit Parti


 “Kita tahu kekuatan BN di negeri ini, berapa menang dan sebagainya. Sebab itu saya katakan, kalau kalah, (maknanya) ada orang kita yang tikam dari belakang...Jika ada, tidak perlu diberi peluang kedua kerana saya tidak mahu perosak-perosak ini berada dalam parti dan terus merosakkannya,” 
- Datuk Seri Ahmad Said

“Tiada peluang kedua untuk ‘anai-anai’ dan parasit dalam parti,” tegas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau menganggap ahli Umno yang sabotaj parti sebagai anai-anai dan parasit berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud ahli yang sengaja menjatuhkan parti, demi kepentingan peribadi.

“Kadang kala setiap kali pilihan raya, memang ada yang sabotaj parti tapi jarang diambil tindakan, jadi saya harap kali ini, tindakan tegas dibuat kerana kita tidak mahu orang yang bertindak mengikut kepentingan diri sendiri.

“Di Terengganu, kita ada jumpa yang ambil tindakan sama tapi tiada tindakan tegas dibuat, jadi saya harap kali ini kita singkirkan sebagaimana saranan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB peringkat negeri di Jalan Bukit Kecil, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Sebelum ini, media melaporkan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan mana-mana ahli yang melakukan sabotaj terhadap calon parti pada PRU13, akan disingkirkan.

Muhyiddin menegaskan, keputusan itu wajar kerana kesalahan itu terlalu besar dan merupakan pengkhianatan kerana ia boleh mengakibatkan parti kalah.

Dalam konteks Terengganu, kata Ahmad Said , beliau yakin kekuatan Umno dan tidak takut kepada parti lawan memandangkan Umno Terengganu kukuh dan kuat, berbanding pembangkang.

Namun katanya, mana-mana ahli yang sabotaj parti kerana kepentingan tertentu sehingga menghalang Barisan Nasional menang besar, perlu diberikan pengajaran sewajarnya kerana ia boleh merosakkan parti.

 “Kita tahu kekuatan BN di negeri ini, berapa menang dan sebagainya. Sebab itu saya katakan, kalau kalah, (maknanya) ada orang kita yang tikam dari belakang.

“Sebab itu saya beri amaran yang sama dan kita tegas. Jika ada, tidak perlu diberi peluang kedua kerana saya tidak mahu perosak-perosak ini berada dalam parti dan terus merosakkannya,” katanya

Sinar Harian

Penyokong Minta T-Team Jangan Dibubar, Rombak Pengurusan

Kelab Penyokong T-Team (KPTT) merayu agar pasukan itu tidak dibubarkan sebaliknya diberi peluang bagi mengembalikan era kegemilangannya pada Liga Malaysia musim depan.

Naib Presiden KPTT, Amir Amri Mohamad berkata, ini kerana pasukan itu mempunyai rekod cemerlang pada awal penubuhannya sekitar tahun 2007.

Katanya mengikut rekod, pada tahun penubuhan itu, T-Team berada di tangga kelima Liga FAM sebelum muncul juara liga berkenaan setahun kemudian.

Pasukan berstatus kelab itu kemudiannya layak ke Liga Perdana sekali gus menjadi naib juara musim 2009.


PM Dijangka Rasmi Kompleks Bioteknologi Di Kerteh

Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan merasmikan majlis pecah tanah tapak pembinaan Kompleks Bioteknologi Arkema di Kerteh, Kemaman pada 6 Oktober depan.

“Kompleks yang bernilai RM2 bilion itu dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari Perancis dan Korea,” kata Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said kepada pemberita di majlis sambutan Hari Raya Pesara-pesara Kerajaan di Wisma Darul Iman semalam (12 September).


Pelan Pendidikan Untuk Lahirkan Generasi Berwibawa


Keputusan kerajaan mengubah sistem pendidikan negara mendapat sokongan semua pihak dan pada masa sama memberikan pelbagai cadangan penambahbaikan.

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin itu bagi memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan terbaik bersandarkan keperluan semasa dan masa hadapan mencabar.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata anak-anak zaman sekarang semakin cerdik dan cepat matang, jadi tak perlu bersekolah terlalu lama.

Golongan Belia Paling Ramai Hidap HIV Di Malaysia

Golongan belia berusia dari 18 hingga 40 tahun merupakan kelompok tertinggi menghidap HIV di negara ini.

Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia (MAM), Roswati Ghani berkata, lebih 76 peratus daripada keseluruhan kes HIV hingga akhir tahun 2010 membabitkan golongan itu dengan jumlah 69,747 orang.

"Pada tahun 2011 pula bagi setiap empat kes baharu jangkitan HIV, satu dilaporkan daripada kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan umur 13 hingga 29 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Amal Rumah Terbuka MAM, di Kuala Lumpur  semalam.


Yunus Alif Mahu Pemain Raih Kemenangan Sulung Temu Pahang Esok

Pasukan kelab T-Team bertekad mahu mengakhiri kempen Piala Malaysia musim ini dengan memburu kemenangan sulung apabila menentang Pahang pada peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah d Kuala Terengganu, malam esok.

Meskipun tersingkir dalam perebutan slot ke suku akhir, T-Team mahu menebus kekecewaan selepas kalah 2-3 kepada Pahang pada pusingan pertama perlawanan Kumpulan D.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif bagaimanpun masih menaruh harapan kepada anak buahnya mengalahkan Pahang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Peminat Rayu MB Kaji Semula Rombakan Besar-Besaran Skuad Penyu


Sebahagian besar penyokong Terengganu tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang berura-ura menyingkirkan sembilan pemain pasukan berkenaan dalam satu rombakan besar-besaran oleh pengurusan menjelang musim baru Liga Malaysia.

Malah ada di antara penyokong skuad 'Peteh Ganu Peteh' ini menyifatkan pengguguran pemain-pemain itu tidak adil dan akan menjatuhkan moral serta semangat pemain tersebut kerana ada di antaranya terdiri daripada anak-anak tempatan yang meletakkan nama pasukan Terengganu ini sebaris dengan pasukan tempatan yang gah.

TNB Yakin Dapat Atasi Gangguan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) optimis tempoh purata gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan kepada 50 minit pada tahun 2015 berbanding 70 minit ketika ini dengan pembinaan beberapa loji janakuasa baharu, di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mohd berkata purata masa gangguan kini jauh lebih baik berbanding tempoh antara 300 minit dan 400 minit, lima tahun lepas.

Pengawal Keselamatan Puspen Kerugian RM70,000 Setelah Kuarters Terbakar

Seorang Pengawal Keselamatan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) kerugian RM70,000 apabila kuarters dua tingkat kediamannya musnah dalam kebakaran di Kampung Raja di Besut, semalam.

Kebakaran pada pukul 2 pagi itu bukan sahaja mengakibatkan rumah Mohamad Adnan Hasbullah, 52, musnah, malah turut meranapkan bahagian atas rumah bersebelahan yang kebetulan masih belum berpenghuni.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Putera Muhammad Pehimi Yusoff turut melawat tempat kejadian semalam dan menubuhkan tabung khas dengan derma permulaan sebanyak RM1,000 kepada mangsa kebakaran.

Kerjasama Bidang Oseanografi Perlu Ditingkatkan Untuk Persaingan

Kerjasama bidang oseanografi antara pelbagai pihak sama ada dalam atau luar negara perlu ditingkatkan bagi memastikan Malaysia mampu bersaing menerokai ilmu lautan, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Beliau berkata kerjasama itu perlu berterusan bagi menjana landasan perbincangan dan titik pertemuan antara mereka yang terlibat dalam bidang berkenaan.

Wednesday, September 12, 2012

Sumbang Mahram - Setiausaha Kerja Umno Hulu Terengganu DiTahan Polis?

Ustaz Kamaruzman - "SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya."

Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis, demikian dakwa Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah.

Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.

“Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap, “beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,”ujarnya.

Beliau  menceritakan kepada para hadirin dalam .ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat Kuala Terengganu pada Ahad malam (9 September 2012).

Menurutnya, polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut mengandung dan telah pun melahirkan anak.

Beliau yang dihubungi Buletinonline semalam (11 September)  mengesahkan perkara tersebut.

Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis.

Justeru beliau berharap perkara tersebut dapat diadili dan pesalah terbabit dibawa ke mahkamah secepat mungkin.

Polis Kesan Individu Hina Gambar Hadi, Nik Aziz

Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan negeri, Supritendan Luqman Abdul Rahman berkata, siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.

Malindo Airways Tawar Penerbangan Tambang Murah Baru

Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menerima cenderahati berupa replika pesawat Malindo Airways dari Ketua Pengarah Pt. Lion Grup, Rusdi Kirana (kiri) selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian.

Ketua Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengalu-alukan pembentukan syarikat penerbangan tambang rendah baharu di Malaysia, Malindo Airways, dan ia bukannya satu ancaman kepada kepada AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.

 Beliau berkata pembentukan Malindo Airways jelas menunjukkan kepentingan yang kian meningkat syarikat penerbangan tambang rendah dalam industri penerbangan global, terutamanya di Malaysia dan rantau Asean, seiring dengan Dasar Langit Terbuka Asean, yang akan berkuat kuasa pada 2015.


YIT Bina Kompleks Sekolah Pondok Bernilai RM20 Juta

Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan membina sebuah kompleks bernilai RM20 juta bagi menempatkan Pondok Darul Iman (PDI), sebuah pusat pengajian sistem pondok moden yang diwujudkan tiga tahun lepas.

Pengarah YIT Md Kamarul Al-Amin Ismail berkata kerja pembinaan kompleks itu dijangka bermula akhir tahun ini dan apabila siap pada 2014.

 "Kompleks setinggi empat tingkat itu mengandungi kemudahan seperti bilik darjah, dewan, rumah guru, asrama pelajar dan kemudahan asas yang lain.

PM Lancar Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukan buku Laporan Awal Pelan Pembangunan pendidikan Malayisa selepas melancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut.


2,700 Jemaah Haji Pantai Timur Mula Berlepas 28 Sept

Menteri Besar menghantar jemaah haji di LTSM tahun lalu.
Seramai 2,700 jemaah haji Pantai Timur dijadual berlepas melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini mulai 28 Sept ini.

Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu, Mohammad Mokhzani Mokhtar berkata dari jumlah itu, seramai 1,700 adalah jemaah dari Terengganu manakala selebihnya sebahagian jemaah dari Kelantan dan Pahang.

Kemelur Sang Penyu Tidak Berkesudahan

 

Kemelut tidak berkesudahan.

Sementara menunggu 17 September untuk pengurusan membuat keputusan mengenai kedudukan pemain dalam pasukan Terengganu, pelbagai desas-desus dan khabar angin sudah bertiup dalam kalangan penyokong skuad Penyu, yang kini dibimbing Peter James Butler.

Terbaru, selepas isu dua pemain dikatakan tidak berdisiplin dan membawa teman wanita ke bilik hotel, diikuti kes penjaga gol yang dikatakan menjual perlawanan sehingga membawa kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kem Terengganu juga panas apabila dikhabarkan bakal kehilangan sembilan pemain pada musim depan.

Empat Homestay Baru sempena TMT 2013

Terengganu bakal mewujudkan empat homestay baru menjadikan jumlah keseluruhan sepuluh homestay yang berdaftar melalui Kementerian Pelancongan Malaysia sehingga 2013 nanti.

Usaha mewujudkan produk baru tarikan pelancong itu sejajar dengan matlamat kerajaan negeri bagi menyemarakkan kedatangan pelancong ke Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Sehingga kini, enam homestay di Kuala Terengganu (Teluk Ketapang dan Pulau Duyung) dan masing-masing sebuah di Dungun (Kampung Pasir Raja), Setiu (Kampung Rhu Sepuluh), Besut (Felda Selasih) dan Hulu Terengganu (Kampung Buluh) sudah dibangunkan.

Kematian Penjaga Letak Kereta - Polis Panggil 10 Individu

Polis memanggil 10 individu bagi memberi keterangan berhubung kematian seorang penjaga tempat letak kereta persendirian yang dipercayai dibunuh di Besut, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata setakat ini polis telah menemui beberapa petunjuk positif berhubung kejadian itu dan percaya suspek adalah orang tempatan.


TSG Tentukan Senarai Pelumba Baru Bulan Depan

Mohd Shahrul Mat Amin
Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) akan menentukan pelumba yang bakal mewakili pasukan itu bagi musim 2013 selepas anggota lembaga pengarah TSG bermesyuarat, bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Hadi Hassan berkata pada mesyuarat yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah itu, TSG mungkin menggugurkan beberapa pelumba yang prestasi mereka tidak memberangsangkan.

PTCSB Kini Tingkatkan 60 Peratus Pengeluaran Untuk Produk Industri Hiliran

Pesama Timber Corporation Sdn Bhd (PTCSB), syarikat di bawah Golden Pharos Berhad, yang sebahagian besar ekuitinya dimiliki kerajaan negeri Terengganu, kini meningkatkan pengeluaran produk untuk industri hilirannya kepada 60 peratus berbanding 30 peratus pada tahun lepas.

Dengan peningkatan jumlah pengeluaran sekali ganda itu, syarikat tersebut optimis mampu menambah nilai eksportnya ke negara-negara Eropah, termasuk pasaran baru di Timur Tengah.


MSNT Cadang Perkenal Sukan Muay Thai Di Terengganu Mulai Tahun Depan

Gambar Hiasan...Sukan Muay Thai atau Tomoi
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengambil langkah permulaan memperkenalkan sukan Muay Thai atau dikenali Tomoi di negeri ini bermula awal tahun depan.

Pengarah MSNT Zainal Abidin Hussin berkata sukan tersebut yang popular di Thailand akan memberi impak yang besar di Terengganu apabila diperkenalkan nanti.

Tuesday, September 11, 2012

Air Percuma - 711 Pengguna Saman Kerajaan Negeri Selangor


Seramai 711 pengguna air Selangor, dilihat sebagai tindakan kali pertama, memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.30 pagi.

Dalam saman itu, plaintif menamakan Kerajaan Selangor sebagai defenden pertama; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) masing-masing defenden kedua dan ketiga.

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menyediakan air percuma kepada penduduk negeri itu di bawah janji manifesto pilihan raya umum lalu.

Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan tuntutan itu, berkata saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu.

Lima Sekeluarga Termasuk Bayi 7 Bulan Nyaris Dijilat Api

Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan nyaris maut setelah kediaman mereka di Kampung Wakaf Mempelam, di sini hangus dijilat api dalam kebakaran malam semalam.

Mangsa Mohd Kamarul Arifin Ismail, 39, berkata ketika kejadian 9 malam itu dia sedang menonton televisyen di tingkat bawah manakala isteri dan tiga anaknya baru naik ke tingkat atas untuk masuk tidur.

Terhidu bau terbakar datang dari dalam rumah, beliau yang merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan Kuala Berang, Hulu Terengganu lantas memeriksa seluruh rumah namun tidak menemui sebarang kejadian pelik.


Beberapa Pemain Skuad Penyu Digugur, T-Team Bubar?

Gambar Fail...penonton minta jurulatih dn pengurusan T-Team ditukar pada musim lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata beberapa pemain dari skuad Terengganu mungkin akan digugurkan manakala pasukan berstatus kelab, T-Team akan dibubarkan.

Keputusan pengguguran pemain itu akan ditentukan selepas perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) manakala T-Team pula diputuskan selepas perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Pahang di Kuala Terengganu, Jumaat ini.

"Saya tidak terbabit dalam soal pengurusan, tetapi saya akan campur tangan dalam penilaian pemain dengan memberi pandangan dan pendapat.
Marco Tulio (kiri) antara pemain import T-Team musim ini.

Sharbinee Jalani Ujian Pengesan Pembohongan Jumaat Lalu

 
Siasatan terhadap penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli semakin rancak apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan ujian poligraf (pengesan pembohongan) terhadapnya Jumaat lalu.

Perkembangan terbabit disahkan Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain yang menegaskan langkah terbabit dilakukan bagi mencari kebenaran.

Soros Berdendam Dengan Malaysia?


Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini.

Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998.

YIT Cadang Bina Tiga Tadika Bernilai Lebih RM3 Juta

Yayasan Islam Terengganu (YIT) bercadang membina tiga bangunan tadika bernilai lebih RM3 juta setiap satu dalam usaha memberikan pendidikan awal kepada anak-anak negeri itu.

Pengarah YIT, Md Kamarul Al-Amin Ismail berkata tadika yang bakal memuatkan 400 murid setiap satu itu akan dibina di Losong serta Gong Badak di Kuala Terengganu dan di Setiu.

Lelaki Tertua Di Malaysia Meninggal Dunia

Lelaki tertua di Malaysia, Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Pak Man yang dipercayai berusia 117 tahun meninggal dunia di rumahnya di Kampung Denger, Bukit Puteri dekat Jerteh, kelmarin.

Beliau meninggal di pangkuan isterinya yang kelapan, Saadiah Hamat, 71, dan seorang daripada anak mereka Mohamad Deraman, 56.

Jel 3 Bulan Gara-Gara Curi 4 Botol Barangan Bayi

Gara-gara mencuri empat botol barangan bayi termasuk mandian dan krim pelembut bayi bernilai RM34.60 di sebuah kedai serbaneka, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu,  semalam.

Mohd Azli Daud, 29, mengaku salah mencuri empat botol barangan bayi di sebuah kedai serbaneka T-Shoppe, Kampung Durian Burung, Rabu lalu, yang didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Juadah Tradisional Terengganu Disajikan Di Kuala Lumpur

Bermula tahun depan, sesiapa sahaja yang berada di Kuala Lumpur dan mahu menikmati pelbagai juadah tradisional Terengganu boleh mendapatkan sajian itu tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh berikutan Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur akan menyajikannya secara berterusan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Bukan sahaja makanan yang sudah dikenali, seperti keropok lekor, laksam, ketupat sotong, otak-otak, lepat pisang, belebab pisang, rojak betik, satar dan laksa Terengganu, malahan nama makanan yang segelintir di kalangan kita sukar mengingatinya seperti akok, puli ubi kayu, tok aji serban, lompat tikam, mas jemput dan che abas demam juga akan tersedia.

Timur Semenanjung Dijangka Terima Taburan Hujan Lebat Selepas 15 Oktober


Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan cuaca luar biasa dengan taburan hujan lebat di timur Semenanjung selepas 15 Oktober depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Husaini Sulaiman, berkata fenomena cuaca tidak menentu itu menyebabkan JPS terpaksa membuat perancangan lebih mantap dengan memastikan semua sistem pengairan lancar.

Pasukan Lumba Basikal Terengganu Cari Bakat Remaja Perempuan


Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) mengajak remaja perempuan di negeri ini menceburi sukan lumba basikal. Ketua jurulatihnya Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata persatuan itu sedang ketandusan pelumba wanita.

"Kita mempelawa lebih ramai para belia dan remaja perempuan menyertai sukan berbasikal bagi melahirkan lebih ramai jaguh basikal seperti atlet berbasikal trek kelahiran Hulu Terengganu, Fatehah Mustapa.

Pembelajaran Berasaskan Kerja Diperkenal Semula Di Kolej Komuniti

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkenalkan semula program diploma dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPT, Amir Md Noor.

Beliau berkata program itu dapat meningkatkan taraf pengajian di Kolej Komuniti yang sebelum ini hanya menawarkan program pengajian peringkat sijil sahaja.

200 Peserta Dijangka Sertai Karnival Sukan Media Pantai Timur Petronas 2012

Lebih 200 peserta daripada tiga pasukan media serta penaja dijangka memeriahkan Karnival Sukan Media Pantai Timur Petronas 2012, yang diadakan buat julung kalinya selama tiga hari bermula 2 Nov depan.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Wan Abdullah berkata karnival sukan yang bakal disertai pelbagai organisasi media tempatan itu bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama antara petugas media dari ketiga-tiga negeri di Pantai Timur dan Petronas dalam aktiviti sukan.

Empat Warga Amerika Gembira Sambut Aidilfitri


Keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum negeri ini berkongsi menyambut perayaan termasuk Aidilfitri menarik minat warga Amerika untuk turut serta dalam majlis yang dianjurkan pelbagai pihak.di negeri ini.

Majlis sambutan Aidilfitri anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, semalam  turut dikejutkan dengan kehadiran empat warga Amerika dua lelaki dan dua wanita yang muncul dikhalayak dan menarik perhatian pengunjung.


Monday, September 10, 2012

Ahmad Said - Kerajaan Negeri Bina Semula Rumah Yang Hangus Di Wakaf Tengah


 Kerajaan Terengganu akan membina semula tiga buah rumah teres awam kos rendah di Wakaf Tengah yang hangus dalam kejadian kebakaran tengah hari kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata rumah itu akan dibangunkan di bawah skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang masing-masing bernilai RM33,000.

 "Kita minta pegawai daerah uruskan pelantikan kontraktor dengan segera. Empat buah lagi yang terlibat dalam kejadian itu turut dibaiki dalam tempoh terdekat.

"Anggota Dewan Undangan Negeri Tepoh Muhamad Ramli Nuh akan menyediakan peruntukan bagi membaiki empat buah rumah yang turut rosak," katanya selepas melawat tempat kejadian di Kuala Terengganu, semalam.


Dalam kejadian itu, tiga rumah itu hangus terbakar dan bomba yang menerima laporan pada pukul 12.21 tengah hari berjaya mengawal kebakaran pada pukul 1.15 tengah hari.

Ahmad Said berkata empat pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang turut terlibat dalam kejadian itu ditempatkan di asrama universiti itu manakala mangsa yang lain menumpang rumah saudara mara.

"Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung telah menyewa sebuah rumah bagi menempatkan sebuah keluarga yang rumahnya hangus itu. Keluarga ini mempunyai anggota keluarga yang ramai," katanya.

Pada lawatan itu, Ahmad turut memberi bantuan RM2,000 setiap seorang kepada tiga pemilik rumah yang hangus itu, pemilik dua buah rumah bersebelahan rumah yang hangus itu masing-masing menerima RM1,000 dan pemilik dua buah rumah lain masing-masing menerima RM500.
 
Selain itu, mangsa turut menerima bantuan yang disumbangkan oleh Umno Bahagian Kuala Nerus yang membuat pungutan derma kilat apabila kejadian berlaku ketika Umno bahagian itu sedang mengadakan mesyuarat perwakilan berhampiran tempat kejadian semalam.