Saturday, November 3, 2012
Presiden PAS Bertanding di Parlimen Pekan?
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat berkata terpulang kepada parti menentukan kerusi mana beliau bertanding termasuk kerusi Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika diminta berbuat demikian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Jika parti hendak suruh bertanding di (Parlimen) Pekan, saya bertandinglah di Pekan," katanya.
Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran dana PRU-13 Dewan Muslimat PAS Terengganu di Marang.
Beliau turut berkata pihaknya telah hampir selesai mengenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRU-13.
"Calon keseluruhannya telah siap, boleh dikatakan 90 peratus seluruh negara. Insya-Allah, akan ada calon muslimat (wanita), calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan ada dan mengikut kesesuaian," katanya.
Tegas beliau, PAS telah menggerakkan barisan jenteranya dengan melawat kawasan tumpuan sebagai persiapan menghadapi PRU-13 sejak setahun lepas.
Suami Isteri Didakwa Merompak Warga Emas
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan merompak seorang warga emas di Jalan Pasir Panjang di Kuala Terengganu, bulan lalu dan melupuskan harta curi berkenaan.
Mohd Nazri Othman, 35, berdepan tuduhan merompak dua utas rantai emas milik Mariam@Kuntum Awang, 63, pada 19 Oktober lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.
Dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.
GP Perak Uji Kewibawaan Pelumba Tempatan, TSG
Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix Kebangsaan Sirkit Perak (GP Perak) yang bermula di Kompleks Memanah Pangkalan TLDM Lumut semalam menandakan bermulanya era baharu dalam perlumbaan sehari (one-day-race) apabila kategori lepas beramai-ramai elit lelaki diadakan sejauh 202.5 kilometer (km), sekali gus bakal mencabar kewibawaan semua pelumba di negara ini.
Ketua Jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, Terengganu mempertaruhkan tiga pelumba pelapis itu ialah Abd Aziz Zahid, Iskandar Fitri Ahmad Sabti dan Ahmad Najib Ismail.
Ketiga-tiga pelumba yang menjadi sandaran PLBT itu merupakan pelumba yang mempunyai kedudukan dan kutipan mata terbaik setakat ini.

Presiden PBDSKT - Abdul Rasid Cabar Shaikh Ahmad Tajuddin
Wajah pengurusan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBDSKT) yang mana pasukan Liga Super, T-Team bernaung, mungkin bertukar.
Jawatan presiden disandang Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof, yang sebelum ini dimenangi tanpa bertanding selama lebih 10 tahun, akan dicabar wakil Persatuan Bola Sepak Darul Iman, Abdul Rasid Jusoh, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PBDSKT, hari ini.

APMT Bantu Tangkis Tohmahan Terhadap Kerajaan Terengganu
Lebih 1,000 petugas Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) digerakkan mendekati rakyat seluruh negeri bagi memberi penerangan yang tepat mengenai dasar kerajaan dan menangkis tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
Pengarah APMT Roshali Taha berkata untuk tujuan itu, pihaknya akan menumpukan sasaran penerangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu dengan mendedahkan dasar-dasar kerajaan negeri Terengganu yang telah banyak memberi faedah kepada semua pihak.
1,700 Rakyat Terengganu Berikrar Menderma Organ
Jabatan Kesihatan negeri merekodkan hanya kira-kira 1,700 rakyat di negeri ini telah berikrar sebagai penderma organ sehingga Julai lalu.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr. Mohamad Omar berkata, bilangan itu agak rendah namun meningkat setiap tahun sejak 2006 walaupun penambahan dengan angka yang kecil.
Katanya, pada tahun ini sehingga Julai, sebanyak 422 orang telah mendaftar sebagai penderma organ manakala sepanjang tahun tahun lalu seramai 536 pengikrar.
Kejohanan Berbasikal Penutup 2012 Medan Uji Prestasi Pelumba Terengganu
Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) akan menguji 10 pelumba berbasikal wanitanya dalam berbaki dua kejohanan yang diatur persatuan itu hujung tahun ini.
Ketua jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata ia sebagai pendedahan awal untuk memilih pelumba mewakili Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Perlis.
Semua pelumba wanita itu yang diletakkan di bawah projek Sukma, akan diuji pada Kejohanan Berbasikal Trek Sportexcel di Kuala Lumpur bulan ini dan Kejohanan Grand Prix (GP) Series Sirkit ke-5 di Melaka pada hujung Disember.

Program Turun Ke Masjid Rapatkan Polis Dengan Kariah
Program polis turun ke masjid merupakan program susulan High Profile Polising di mana salah satu program yang telah dikenal pasti pucuk pimpinan polis untuk merapatkan lagi anggota polis dengan ahli kariah sesebuah masjid setempat.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata program 1Masjid 1Anggota Polis ini telah mula dilaksanakan di seluruh negara tahun lepas.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata program 1Masjid 1Anggota Polis ini telah mula dilaksanakan di seluruh negara tahun lepas.
Pencuri Tidur Dicekup Tuan Rumah di Chukai
Faisal menunjukkan pinggan dan kuih raya yang dimakan oleh pencuri sebelum dia tertidur di atas sofa di rumahnya di Kemaman semalam. |
Lebih mengejutkan, pencuri berusia 35 tahun itu dipercayai membawa sendiri nasi, daging goreng, petai serta pinggan ketika memecah masuk rumah tiga tingkat itu.
Friday, November 2, 2012
Terengganu Anjur Lebih Banyak Seminar Pendidikan Fatwa
Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan lebih banyak seminar pendidikan fatwa pada tahun depan bagi mengelak kekeliruan masyarakat berkaitan hal ehwal agama.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata menerusi seminar itu, masyarakat juga akan didedahkan mengenai prosedur sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan.
"Seminar pendidikan fatwa ini akan diperluaskan lagi dan menyentuh lebih banyak isu terkini supaya orang ramai tidak lagi mudah terkeliru dan terikut-ikut dengan pandangan pihak tertentu.
"Sebagai contoh, isu penerangan pelaksanaan hukum hudud dan qisas yang pastinya akan (dapat) difahami lebih jelas oleh peserta seminar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa dan Falak di Dewan Majlis Daerah Setiu di Setiu semalam.
Program anjuran Jabatan Mufti Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu itu adalah yang kali kedua diadakan dengan yang pertamanya di Dungun awal tahun lalu.
Sebanyak tiga ceramah diadakan sepanjang seminar itu, bertajuk 'Isu-isu Berkaitan Penetapan Syawal dan Zulhijjah, Pemurnian Akidah dan Penggunaan Benda Haram Dalam Perubatan yang disampaikan tokoh akademik dan penceramah terkenal.
Mengenai tahap kefahaman umat Islam mengenai fatwa yang telah dikeluarkan, Khazan berkata masyarakat perlu diberikan lebih banyak kupasan dan penjelasan mengenai sesuatu fatwa itu.
"Jika masyarakat tidak tahu, mereka akan mudah dikelirukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang akan mempergunakannya untuk kepentingan mereka.
"Namun, usaha berterusan yang dijalankan oleh JHEAT dan Jabatan Mufti mampu memberi penerangan dan membasmi kekeliruan di kalangan rakyat," katanya yang mahu masyarakat mendapatkan sumber rujukan Al-Quran atau hadis mengenai sesuatu isu.

Dr BadrulAmin Ditahan JAIS Pada Majlis Al-Arqam
Badrulamin antara yang ditahan dalam serbuan di markas
Al-Arqam di Bandar Country Homes, Rawang malam tadi.
|
Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron. Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut.
Beliau adalah pemimpin PKR yang pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana didakwa berkhalwat dengan isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Pahang, Februari tahun ini.
RM12 Juta Untuk 12,000 Veteran ATM Tidak Berpencen
Abu Bakar Siddik (kanan) menyerahkan borang sebagai gimik pengagihan borang STB1M di Pejabat Persatuan Bekas Tentera Negeri Terengganu di Wisma Pahlawan, Kuala Terengganu. |
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Negeri Cawangan Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, semua veteran tidak berpencen boleh mendapatkan borang secara terus atau talian bermula hari ini.
Jadilah Seorang Penderma Organ - Isteri MB
Penderma organ masih kurang di negeri ini iaitu 1,700 orang dan jumlah ini jauh berbeza dengan bilangan sebenar rakyat yang ada.
Yang Dipertua Persatuan Badan Amal dan Kebajikan Isteri wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) yang juga isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Norliza Mahmud berkata, pendermaan organ kurang mendapat sambutan walaupun kempen kesedaran giat dilakukan.
Katanya, pada 2006 hingga hanya terdapat 88 orang pengikrar diikuti 438 (2010) dan 535 orang tahun lalu manakala sehingga Julai tahun ini terdapat 422 orang.
Pegawai WMF Tegaskan Perlunya Tapak Warisan Dipelihara
Tapak-tapak warisan di serata dunia perlu memelihara unsur-unsur semula jadi, budaya dan sejarah demi menggalakkan orang ramai melawat, menikmati dan mengkaji mengenainya, kata Pengarah bagi Pendidikan dan Pelajaran Tabung Monumen Dunia (WMF) Erica Avrami.
Beliau berkata tapak-tapak yang tidak ada gantinya itu menampilkan hubungan langsung dan multi-dimensional dengan masa lampau, oleh itu mesti dipelihara sedaya mungkin.
13 IPTA Antara 35 IPT Diiktiraf Cemelang
Sebanyak 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan antara 35 institusi pengajian tinggi (IPT) yang diberi pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2011 (Setara ’11).
IPTA yang disenaraikan cemerlang adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). IPTA lain yang turut mendapat penarafan cemerlang ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Karnival Program Pelancongan Pelajar Di Terengganu Dari 4 Hingga 6 Nov
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Terengganu akan menganjurkan Karnival Program Pelancongan Pelajar (3P) di negeri ini dari 4 hingga 6 Nov ini.
Pengarahnya, Mohd Sabri Zakaria berkata program itu akan diadakan di Inap Desa Felda Selasih, Besut. Beliau berkata projek itu adalah untuk mempromosi aktiviti pelancongan domestik bagi memupuk budaya melancong di kalangan pelajar.

PBLT Pertaruh 3 /Ayam Tambatan' Kuasai GP Perak Esok
Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) mempertaruhkan tiga pelumba 'ayam tambatannya' untuk mencipta kejayaan pada Kejohanan Grand Prix (GP) Series Sirkit keempat berbasikal lebuh raya di Lumut, Perak, bermula hari ini.
Ketiga-tiga pelumba pelapis itu ialah Abd Aziz Zahid, Iskandar Fitri Ahmad Sabti dan Ahmad Najib Ismail. Ketua Jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata ketiga-tiga pelumba yang menjadi sandaran PLBT itu merupakan pelumba yang mempunyai kedudukan dan kutipan mata terbaik setakat ini.

Hospital Disaran Beri Keselesaan Kepada Keluarga Penderma Organ
Pihak berkuasa hospital di seluruh negara disaran supaya memberi perhatian atau layanan yang lebih baik kepada keluarga penderma organ semasa mereka tinggal di hospital bagi urusan menderma organ.
Seorang bapa kepada penderma organ Yusof Hassan, 56, dari Kuala Rompin, Pahang berkata, beliau pernah mengalami kerumitan semasa tinggal di sebuah hospital untuk proses menderma organ anaknya yang meninggal dunia dua tahun lalu.
Terengganu Bakal Wujud Akademi Rabi Pertamanya
Terengganu bakal mempunyai akademi ragbi pertamanya setelah kerajaan negeri membenarkan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, dekat sini dijadikan lokasi sementara akademi itu.
Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT), Zulkarnain Abdul Wahab bagaimanapun berkata akademi tersebut akan dipindahkan ke lokasi baharu di Sekolah Sukan di Gong Badak yang sedang dalam pembinaan dengan kos RM25 juta.

Tangan Kena Potong - Kesal Tidak Patuhi Nasihat Doktor
“Saya menyesal tidak mengikut nasihat doktor sebelum ini menyebabkan anak terpaksa menanggung penderitaan lebih teruk. Jika saya bertegas dan tidak terlalu mengikut kehendaknya, mungkin penyakit barah dihidapinya tidak separah ini.”
Normah Harun, 47, tidak dapat menahan kesedihan apabila Dr Juhaida Jaafar dari Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, di Kuala Terengganu, mengesahkan penyakit barah tulang dihidapi anaknya, Noor Shahirah Ishak, 16, sejak empat bulan lalu semakin serius.

JKM Sedia Peruntukan RM63,000 Hadapi Banjir
Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan kira-kira RM630,000 sebagai persediaan menghadapi ancaman banjir tahun ini.
Pengarah JKM, Zuhami Omar berkata, peruntukan tersebut bertujuan untuk membeli barangan keperluan harian untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir nanti.
“JKM akan menyediakan keperluan asas seperti beras, gula selain menyediakan selimut, tikar dan tuala untuk mangsa-mangsa banjir,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita semalam.

Thursday, November 1, 2012
Kerajaan Kaji Semula Skim Gaji Penjawat Awam Mulai Tahun Depan
Penjawat awam di Terengganu yang menjayakan Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan. |
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka, semalam.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Borang Permohonan Sumbangan Bekas Tentera Tidak Berpencen Diedar Hari Ini
Gambar Hiasan...anggota tentera yang menabur bakti kepada negara. |
Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terenganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 12,000 bekas tentera tidak berpencen di Terengganu dan 32,000 orang di Kelantan.
Makan Telur Penyu Undang Kanser, Buah Pinggang?
Tabiat memakan telur penyu, yang semakin meningkat di kalangan rakyat negara ini, boleh menyebabkan penggemar berisiko diserang penyakit kanser dan buah pinggang kerana mengandungi "logam berat" atau merkuri.
Pengerusi Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (Mekar), Mamat@Muhammad Mat Zain berkata, orang yang memakan telur penyu juga boleh mengalami cirit birit selain telur penyu juga bahaya dimakan oleh ibu mengandung kerana berisiko mengalami keguguran.
2 Lagi Suspek Serang Kontraktor Di Marang Serah Diri
Dua suspek yang terlibat dalam kes menyerang seorang kontraktor di Marang Rabu lepas, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata suspek berumur 45 dan 50 tahun itu menyerah diri pada kira-kira 2 petang selepas dua rakan mereka ditahan awal pagi semalam.
BN Terengganu Ikut Arahan Pusat, Umum Calon Lebih Awal
Barisan Nasional (BN) Terengganu bersedia menerima arahan pucuk pimpinan parti untuk mengumumkan nama-nama calon lebih awal dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU)-13) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, BN Terengganu tidak ada masalah jika pucuk pimpinan meminta berbuat demikian.
“Kita akan ikut arahan, kalau Perdana Menteri putuskan umum lebih awal kita akan buat, “ katanya kepada pemberita di majlis Pengagihan Komputer Riba kepada Guru-guru Tahun 5, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu kelmarin.
ASDI Agih Pendapatan 3.0 Sen Seunit Mulai Hari Ini
Tabung Amanah Saham Darul Iman (Asdi) akan mengagihkan pendapatan 3.0 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir hari ini kepada 24,250 pelabur tabung unit amanah itu, bermula hari ini.
Agihan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM12.68 juta bakal dilaksanakan dalam bentuk 2.0 sen tunai dan 1.0 sen bonus unit.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuki Mazlan Ngah berkata berdasarkan keuntungan yang boleh diagihkan berjumlah RM12.89 juta, Pengurus Asdi, PTB Unit Trust Berhad memutuskan untuk mengagihkan pendapatan 3.0 sen seunit yang juga pulangan bersamaan 7.25 peratus berdasarkan nilai tabung seunit RM0.414 pada awal tahun kewangan.
FAM Serius Isu 'Belakang Tabir' Buru Pemain Untuk Liga Super 2013
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius isu ‘belakang tabir’ membabitkan beberapa pasukan yang dikatakan sedang rancak memburu pemain kegemaran masing-masing.
Ketika diminta mengulas perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu tidak beretika, apatah lagi ia membabitkan pemain yang masih mempunyai kontrak dengan majikan lama.
Azzuddin memberitahu, segala urusan untuk mendapatkan mana-mana pemain harus dijalankan dengan cara yang betul dan profesional.
FAMA Terengganu Belanja Hampir RM1 Juta Untuk 31 Ladang Kontrak
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu telah memeterai 31 perjanjian persefahaman (MoU) ladang kontrak dengan petani di negeri ini dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata perjanjian itu melibatkan 112 peserta dengan kawasan seluas 152.47 hektar dan pembelian kuantiti hasil tanaman sebanyak 1,200 metrik tan.
"Komoditi utama pembekalan dalam kontrak itu ialah tembikai, ubi vitato dan sayur-sayuran. "Malah Fama akan memperbanyak dan mengadakan beberapa lagi MoU ladang kontrak sebelum akhir 2012 bagi menampung keperluan dan permintaan yang meningkat," katanya.

Duit Kawin DJ Hot FM Kena Samun Di Jalan Pusara
Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami kerugian RM5,000 apabila wang hantaran perkahwinannya disamun dua lelaki yang berpura-pura dilanggar keretanya di Jalan Pusara di Kuala Terengganu semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 12.15 pagi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin, 29, atau popular dengan panggilan DJ Bell dalam kalangan pendengar radio memandu kereta seorang diri selepas gagal mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun sendiri selepas mesin pengeluaran automatik (ATM) semasa itu berada dalam keadaan luar talian.
Terengganu Terbitkan Semula Buku Sempena TMT 2013
Kerajaan negeri Terengganu akan membukukan semula dua buku berkaitan kosa kata dialek bagi tiap-tiap daerah dan sejarah Batu Bersurat di negeri itu sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata kedua-dua buku itu mempunyai nilai tinggi dalam mempromosikan negeri itu kepada pelancong asing.

Pembakarabn Terbuka - Empat Kenderaan Rentung
Gara-gara sikap tidak bertanggungjawab, empat kenderaan termasuk tiga buah motosikal rentung dalam satu kebakaran yang dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka berdekatan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 2.25 petang itu, disedari seorang nelayan, Ariffin Ismail, 47, yang dalam perjalanan ke muara sungai selepas pulang menangkap ikan dari laut.
Wednesday, October 31, 2012
Magic W3 Produk Anak Syarikat Negeri Tembusi Pasaran AS
Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, TOP It Industries Sdn Bhd akan mula menghantar 100,000 unit telefon pintar Magic W3 untuk pasaran ke Amerika Syarikat pada bulan depan (November).
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata telefon pintar itu adalah antara gajet tercanggih dan turut dilengkapi komputer dengan perisian Windows 7 dan dilengkapi dengan pelbagai akses, setanding telefon pintar keluaran syarikat telekomunikasi gergasi yang lain.
"Bulan lepas, 50 unit telefon itu yang berharga US$1,000 seunit (RM3,052) telah dihantar ke AS untuk ujian pihak pengedar di sana di mana sasaran utama produk itu ialah golongan profesional di seluruh dunia," katanya.
Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas menyerahkan 2,055 unit komputer riba kepada guru Tahun 5 di Stadium Negeri di Kuala Terengganu semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Zakaria Hussin.
Seramai 2055 guru Tahun 5 dari daerah Kemaman (344), Dungun (272) Marang (155), Hulu Terengganu (204), Kuala Terengganu (542) Setiu (206) dan Besut (332) menerima pemberian komputer riba bernilai RM3.6 juta yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar.
Produk Top IT itu mula dilancarkan pada 20 Mac lalu di Primula Beach Resort.
Sebanyak 500 unit telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan, multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet, telah dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan China sejak ia dilancarkan
Katanya, Magic W3 ini merupakan gajet tercanggih di dunia dan dikeluarkan oleh TOP IT Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang beroperasi di Gong Badak, Kuala Terengganu.
Ahmad Said berkata, telefon berkenaan yang bernilai RM3,000 seunit akan turut dipasarkan ke Eropah di mana sasaran utama golongan profesional di seluruh dunia.
Dalam pada itu ketika melancarkan Magic W3 pada 20 Mac di Primula Beach Resort Menteri Besar memberitahu buat permulaan sebanyak 500 unit telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan & Multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet itu, dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan Cina.
“ Kerajaan negeri amat bangga dengan pencapaian tersebut dan berharap telefon tersebut akan mendapat pasaran meluas dalam masa yang singkat,” katanya.
Kontrak Effa Owona - PBSNT Cari Pasal Lagi?
Laporan Teganuku kelmarin...Effa Owana dikatakan sah milik skuad Sang Penyu.... |
Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, menimbulkan perkara ini selepas pemain importnya Jean-Emmanuel Effa Owona,
menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.
Apakah isu ini akan meletakkan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam kancah kontroversi lagi?
PTPTN Sedia Dana Bantu Pelajar Lanjutkan Pelajaran
Golongan pelajar miskin dan kurang bernasib baik bakal menerima bantuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi menerusi dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (BPM1M) yang diuruskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
BPM1M merupakan inisiatif penjanaan dana menerusi sumbangan organisasi, syarikat dan individu bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan pelajar miskin yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, soal penubuhan tabung dana bukan sesuatu yang baharu dalam sektor pengajian tinggi kerana terdapat banyak alumni serta syarikat yang menderma kepada IPT masing masing.
Muhd Azraei Penjaga Gawang Baru Skuad Penyu?
Penjaga gol utama Pahang, Muhd Azraei Wan Teh akan beralih angin ke Terengganu.
Menurut laporan, Pahang ternyata bersemangat apabila melakukan perubahan dalam barisan pemain dengan mendapatkan khidmat dua pemain Selangor dan seorang pemain Perak bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Tiga pemain terbabit adalah sebilangan pemain yang akan mengisi kekosongan skuad Tok Gajah yang sebelum ini menggugurkan lapan pemain termasuk dua pemain import mereka.

2 Samseng Kes Pukul Guru Di Masjid Kayu Besut Tampil Serah Diri
Imbas Kembali...kenyataan K Manoharan yang disiarkan Teganuku mengenai usaha polis buru samseng 3 beradik berkenaan. |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata kedua-dua adik-beradik berumur 39 dan 47 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 3.30 petang selepas seorang lagi adik mereka yang berusia 34 tahun ditahan awal pagi Ahad lalu.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan ini dikehendaki oleh polis kerana terlibat dalam kes mengugut serta memukul seorang guru sehingga mendatangkan kecederaan pada Ogos lalu
Soalan Bocor - MB Anggap Tuduhan Khiana, Fitnaht
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan dakwaan sesetengah pihak ada soalan bocor bagi peperiksaan awam di negeri ini merupakan satu tuduhan khianat kerana kurang senang dengan kecemerlangan pelajar tempatan.
“Ini satu fitnah, mereka seolahnya tidak mahu mengiktiraf kejayaan anak-anak Terengganu yang bertungkus lumus belajar untuk dapat keputusan terbaik,” katanya kepada pemberita di majlis Pengagihan Komputer Riba kepada Guru-guru Tahun 5 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu semalam.
Katanya, pihak yang membuat tuduhan itu juga tidak mengiktiraf kerja keras guru-guru di negeri ini yang mengadakan kelas tambahan, menyediakan soalan latihtubi yang di akses terus ke e-Book pelajar-pelajar Tahun 5.
5 Acara Hiasi Kalendar Bulan Pelayaran Terengganu
Kerajaan negeri Terengganu kini bersedia menerima kunjungan pasukan siri jelajah pelayaran profesional terbaik dunia dalam Piala Monsun yang akan berlangsung dari 3 hingga 8 Disember ini di Pulau Duyong.
Acara itu, yang akan berlangsung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, akan didahului oleh Kejohanan Sirkit Match Racing Malaysia (MMRC) edisi ketujuh dari 28-30 November bagi mengisi satu slot wildcard pasukan tempatan ke Piala Monsun 2012 bersama 11 lagi pasukan pelayaran handalan dunia.
Acara kemuncak akan mengambil tempat selang tiga hari kemudiannya dengan Piala Monsun menjadi destinasi terakhir buat para pelayar dalam perlumbaan berprestij World Match Racing Tour (WMRT).

BRIM 2.0: Perlu Daftar Jika Bertukar Alamat
Mendaftar Untuk Menerima BRIM pertama di Batu Rakit sebelum ini. |
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini pada Selasa berkata mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.
Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula. Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.
Ugut Senjata Tajam - Bapa Rayu Polis Tangkap Anak
Seorang pesara berumur 60-an terpaksa merayu agar polis menangkap anaknya akibat tidak tahan kerana sering diugut dengan senjata tajam oleh anaknya itu demi membeli dadah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bapa kepada penagih dadah itu datang ke Bahagian Narkotik Daerah meminta agar pihak polis menahan anaknya yang bertindak keterlaluan apabila tergamak mengugut untuk mencederakan ahli keluarga termasuk bapa dan ibunya sendiri sekiranya tidak memberi wang kepadanya.