Saturday, March 10, 2012

Lombong Bijih Besi - Terengganu Terima 5 Permohonan

"Kita belum tahu lagi berapa anggaran pelaburan yang akan dibuat nanti kerana ia berdasarkan kapasiti pengeluaran syarikat. Namun saya rasakan pembukaan kilang kini perlukan 1 bilion sekurang-kurangnya..." - Ahmad Said

Kerajaan Terengganu menerima lima permohonan syarikat luar yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam industri melombong bijih besi di Bukit Besi menerusi pelaburan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, permohonan daripada tiga syarikat dari negara China dan masing-masing satu dari India dan Abu Dhabi, itu dijangka mampu memberi pendapatan besar kepada ekonomi negara selain mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Piala FA - Tiada Maaf Untuk Terengganu Jika Gagal Tewaskan Perak

Pemain bola sepak Terengganu, Abdul Manaf Mamat menyarungkan seutas gelang ke tangan isterinya, Sabihah Johan selepas mereka diijabkabulkan di majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Taman Permin Jaya, Chendering di Kuala Terengganu, semalam.


Penyerang  Terengganu, Manaf Mamat memilih untuk menunda rancangan bulan madunya hingga selepas pasukannya bertemu Perak dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini.

Pemain berusia 25 tahun itu yang mengikat tali pernikahan dengan Sabihah Johan, juga 25 tahun di Taman Permint Jaya, Kuala Terengganu, semalam menganggap perlawanan menentang Perak terlalu penting bukan saja untuknya, malah isterinya juga.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam - Tiada kenaikan harga Barang

Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga barang ekoran kenaikan gaji kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dari tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah akan dikenakan tindakan. "Kenaikan gaji tidak ada kaitan dengan kenaikan harga barang.

T-Team Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA Tewaskan Pahang

T-Team menempah tiket pertama ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan gergasi Liga Perdana Pahang 3-2 pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, malam semalam.
 
Bermain di laman sendiri memberi keyakinan kepada pasukan yang diberi jolokan 'penyu muda' itu menguasai permainan sebaik wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan Mohd Nazmi Nasarudin.

Sokongan Kepada Perdana Menteri Meningkat 69 Peratus - Merdeka Centre


Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.


PAS Ikrar Perjuang Isu 'Rampasan Tanah' Sekolah Agama

“Kita akan terus berjuang untuk membela nasib serta masa depan anak-anak yang bersekolah ini,” kata Nurul Azhar, Pengerusi Bertindak isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka.
 
 Nurul Azhar yang juga Setiausaha Pas Kawasan Dungun berkata, pihaknya akan mengatur program yang sesuai, termasuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap isu tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang didakwanya dipindah milik kepada empat individu, dipercayai ahli Umno di kawasan Paka.


Ahmad Said - Jangan Salah Guna E-book Untuk Kegunaan Peribadi

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta ibu bapa agar tidak menyalah guna komputer riba yang dibekal kerajaan negeri menerusi projek pemberian e-book untuk kegunaan anak mereka.

Ahmad berkata beliau menerima maklumat bahawa ada di kalangan ibu bapa yang bertindak seolah-olah komputer riba itu kepunyaan mereka sedangkan ia diberi untuk kegunaan murid membuat tugasan dengan lebih mudah di sekolah.


Remaja Sakit Mata Kronik Akhirnya Ke Hospital Setelah Dipujuk Ahli Parlimen

Seorang remaja yang menghidap penyakit mata yang kronik akhirnya bersetuju untuk mendapatkan rawatan di hospital selepas dipujuk Anggota Parlimen Barisan Nasional kawasan Dungun Datuk Matulidi Jusoh yang melawatnya di Paka, dekat Dungun, semalam.

 Afeza Daud, 21, mengalami sakit mata konik apabila matanya membengkak sejak sebulan lepas dan hanya mendapatkan rawatan tradisional selepas dikatakan trauma berikutan pengalaman pahit ketika menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan sebelum ini.

Selaras Gaji Babitkan Tambahan RM6 Bilion - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelarasan gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkannya kelmarin berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) melibatkan peruntukan tambahan RM6 bilion.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan itu disediakan kerana kerajaan mahukan lebih ramai penjawat awam menikmati pelarasan gaji maksimum terutama golongan dalam kategori kumpulan pelaksana ataupun sokongan.


'Pancing' Duit Masjid RM5, Pengganggur Didenda RM500


Kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya menjengkelkan. Seorang penganggur yang mungkin terdesak, sanggup ‘memancing’ menggunakan lidi, semata-mata kerana ingin mencuri wang tabung masjid sebanyak RM5.
 
Bagaimanapun, tindakan ‘kreatif’ tertuduh iaitu Draman Hamzah, 39, yang berasal dari Kebor Besar, akhirnya dibalas dengan hukuman penjara selama sehari.

Majistret Noradila Ab Latif ketika membaca keputusannya turut memerintahkan agar tertuduh membayar denda sebanyak RM500 atau dipenjara selama dua minggu jika gagal membayar denda.

Sebelum itu, tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan ke atasnya dibacakan. Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor V Ravi.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, Sayed Shahidi Sayed Mohamad, 38, pada 6 Mac lalu, kira-kira jam 12.10 tengah hari, yang ketika itu berada di rumah seorang rakan di Kampung Tok Ku Chabang 3, menyedari seorang lelaki tidak dikenali duduk berdekatan tabung masjid di situ, dipercayai hendak mencuri wang dalam tabung.

Pengadu bersama rakannya kemudian ke pintu utama masjid, dan mendapati ada lelaki sedang ‘mengail’ dengan menggunakan lidi dalam tabung tersebut.

Dia bersama rakannya kemudian menangkap suspek dan ketika ditangkap, terdapat RM4 dalam genggaman tangan kiri dan RM1 masih lagi berada pada lidi pengail.

Pengadu kemudiannya merampas RM5 daripada suspek dan tidak lama kemudian, polis tiba. Dia kemudiannya menyerahkan wang RM5 itu dan suspek kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian

Cuepacs Mahu kekalkan Gred 70,000 Kumpulan Teknikal, Sains Dikekalkan Seperti SBPA

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu gred kira-kira 70,000 penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini kerana tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan.

Bangunkan Tanah Terbiar Melalui Risda

Orang ramai yang mempunyai tanah kosong boleh memohon bantuan tanaman getah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di bawah program Tanam Baru Komuniti Getah (TBKG).

Pengarah Risda Terengganu, Zakaria Mat Zin berkata, mana-mana pihak yang mempunyai tanah terbiar atau tidak diusahakan, boleh dibangunkan secara berkelompok dan pekebun diminta mengeluarkan getah dalam bentuk susu selepas ditoreh kelak.

Friday, March 9, 2012

Hadiah Cukup Bermakna Untuk Penjawat Awam - Pejabat SUK

 
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Skim Saraan Malaysia (SSM)yang ditambah baik adalah pilihan terbaik yang diberikan bagi penjawat awam.

"Kakitangan awam patut berpuas hati dengan apa yang diperjuangkan oleh CUEPACS sehingga Perdana Menteri sanggup membatalkan SBPA itu untuk memberi kepuasan kepada kakitangan kerajaan.

"Ini menunjukkan kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan serta mendengar masalah rakyat," katanya di Kemaman semalam.

PAS Tidak Akan Setuju PKR Tanding 14 DUN - Ahmad Said

“Belum tentu dapat, apa yang dikatakan tu,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di 14 kawasan di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13) nanti.

“Itu yang dia umum, belum tentu lagi Pas setuju, saya dengar Pas hanya akan beri empat kawasan saja kepada PKR untuk letakkan calon mereka,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman kelmarin.
 

Mohd Faizal Dijangka Turun Bantu Terengganu Bertemu Perak Esok

Pemain pertahanan Mohd Faizal Muhammad mungkin akan diturunkan menjelang pertemuan Terengganu menentang Perak dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok.

Jurulatih Mat Zan Mat Aris berkata Mohd Faizal telah menunjukkan tanda-tanda kecergasan semasa latihan.

Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara, Ke 19 Dunia

Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ia juga sekaligus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerjakeras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

JKNT Tangani Masalah Denggi Di Terengganu

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memandang serius peningkatan kes denggi di negeri ini walaupun tiada kes kematian dilaporkan.

Peningkatan kes berlaku di empat daerah iaitu Setiu yang bertambah lima kes diikuti Hulu Terengganu (lima kes), Kemaman (tiga kes) dan Dungun (tiga kes).

BR1M - Jangan Hina Orang Miskin, Berpendapatan Rendah



Tohmahan pembangkang bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sebagai rasuah jelas menghina golongan berpendapatan rendah dan orang miskin.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia membuktikan pembangkang sudah ketandusan modal cuba meraih simpati masyarakat untuk menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

TSG Cari Pakar Bukit Sahut Saranan Menteri Besar


Terengganu Cycling Team (TSG) dijangka menambah seorang lagi pelumba import yang memiliki kepakaran mendaki bukit bagi memantapkan persediaan menghadapi kejohanan di masa depan termasuk Le Tour de Langkawi (LTdL).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sophian Abu Bakar berkata pelumba berkenaan mungkin diambil dari pelumba LTdL yang baru berakhir.

Daftar Segera Sebagai Pengundi

Seramai 46,042 orang atau 7.1 peratus daripada sejumlah 649,683 penduduk negeri ini yang layak, belum mendaftar sebagai pemilih.

Dengan erti kata lain, mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih tidak boleh mengundi jika pilihan raya diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang.

Alangkah ruginya mereka ini kerana tidak berpeluang untuk membuat pilihan bagi membentuk Kerajaan Pusat dan negeri apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan kelak.


Bayangkan dengan segala kemudahan disediakan pihak berwajib, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masih ramai penduduk tidak menunaikan tanggungjawab mereka untuk mendaftar sebagai pemilih.

Mereka boleh mendaftar sebagai pengundi sepanjang musim di pejabat SPR atau pejabat pos di seluruh negeri.

SPR juga mengadakan pendaftaran secara terbuka di mana-mana saja jika ada program besar. SPR juga menyediakan kaunter pendaftaran di universiti, pasar raya dan kawasan tumpuan awam, bagi memudahkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

Di Mydin Mall Padang Hiliran juga disediakan kaunter untuk orang ramai mendaftar sebagai pemilih. Bukannya susah untuk mendaftar sebagai pengundi.

Mereka yang genap usia 21 tahun hanya perlu membawa kad pengenalan dan mendaftar sebagai pemilih di tempat-tempat yang disediakan SPR.

Kepada mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi, ayuh tunaikan segera tanggungjawab anda kerana di tangan ada ada ‘kuasa’ untuk menentukan kerajaan.

Teganukita

Penantian 25 Tahun 138 Peneroka Felcra Berakhir

Penantian lebih 25 tahun untuk mendapatkan tanah sendiri oleh 138 peneroka Felcra berakhir apabila tanah seluas hampir 700 ekar yang dimohon mula menerima lot masing-masing semalam.

Tanah pertanian yang terletak di Mukim Hulu Chukai itu diteroka pada 1986 dan permohonan rasmi untuk mendapatkan hak milik tanah dibuat di Pejabat Tanah Kemaman tahun 1990.



Sistem Modular Untuk Pelajar Tingkatan Enam Mulai Tahun Ini

Kerajaan berharap kemasukan pelajar ke tingkatan enam akan bertambah apabila sistem modular yang dilihat tidak membebankan pelajar diperkenalkan mulai tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pelajar peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mulai tahun ini akan menggunakan kaedah baru menggantikan sistem terminal di mana pelajar tidak lagi mengambil peperiksaan di akhir tahun sebaliknya akan mengguna pakai sistem mengikut penggal.

Pasaran PC Malaysia Catatkan Pertumbuhan Marginal Pada Suku Keempat 2011



Pasaran komputer peribadi Malaysia mencatatkan pertumbuhan marginal dua peratus kepada 698,000 unit dalam suku keempat tahun lepas, demikian menurut laporan International Data Corp Asia/Pacific Quarterly Personal Computer Tracker.

"Perbelanjaan tinggi oleh sektor awam berjaya menghalang penurunan ketara dalam pasaran keseluruhan dengan jabatan kerajaan membelanjakan baki peruntukan masing-masing pada akhir tahun fiskal.


Thursday, March 8, 2012

BAHAGIAN 3 - BERTOPENG ISLAM & MEROSAKKAN AKIDAH


Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, PAS gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik di bidang ekonomi, politik , pemerintahan, sosial, pendidikan dan lain-lain.

Justeru itu,PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternatiF kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam yang sebenarnya.

UMNO walaupun tanpa jenama Islam kepada apa yang telah dilaksanakan dalam pembangunan tetapi ternyata PAS tidak mampu menyainginya.

Kesan pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam.

 Ini termasuk sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri, pulau –memulau, tragedi berdarah Memali serta penderhakaan di Bukit Jenalek, Sauk.

Ahmad Said Gembira Prestasi STPM Terengganu Atasi Peringkat Pusat


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam meluahkan rasa gembira kerana prestasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri itu mengatasi peringkat pusat.

Terengganu mencatatkan pencapaian 95.34 peratus berbanding peringkat pusat 93.96 peratus, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Kuala Terengganu.
 
Beliau berkata daripada 2,810 calon yang menduduki STPM tahun lepas, 2,679 mendapat lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Fatwa Rasuah BR1M Yang Dikeluarkan PAS Menghina Umat Islam

PAS yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu 'rasuah' sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota parti itu sendiri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PAS tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

"Jika BRIM itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum ini, adakah itu rasuah juga?" soalnya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada seramai 480 penduduk Parlimen Bera.

Ahmad Said Mahu Prestasi Skuad Terengganu DiPertingkatkan

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mahukan pemain bola sepak Terengganu memperbaiki permainan yang dilihat masih kurang konsisten meskipun berjaya mencatat 1-0 menewaskan pasukan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Selasa malam.

Katanya kemenangan perlawanan pembukaan kumpulan F ke atas Song Lam selaku juara Liga Super Vietnam itu masih belum menunjukkan satu corak permainan yang bagus dan tidak mahu pemain skuad Penyu leka.

JHEAT Serius Tangani Masalah Akidah Di Kalangan OKU

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) memadang serius masalah kurangnya fahaman agama Islam terutama berkaitan akhlak, akidah dan ibadah di kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Salleh, berkata pihaknya kecewa dan sedih kerana terdapat sebilangan besar golongan itu tidak memahami secara mendalam apa itu sebenarnya Islam.

Katanya, mereka terlalu cetek ilmu agama sehingga ada di antara mereka menganggap Allah itu Raja, Rasullulah adalah Permaisuri dan orang ramai pula adalah anak.

Azam Anak Yatim Tercapai Sebagai Pelajar Terbaik

Abdul Rahim Abdullah (tengah) dijulang oleh rakan-rakannya selepas diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selepas mengambil slip keputusan peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling di Marang, Terengganu, hari ini. 

Abdul Rahim diumumkan sebagai pelajar terbaik negeri ini selepas memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dengan mendapat empat prinsipal A dalam semua mata pelajaran.

Status sebagai anak yatim menjadi dorongan kuat untuk mengubah nasib keluarganya sehinggakan memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Bagi pelajar pintar Abdul Rahim Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, di Marang berkata, lantaran berazam mengotakan janjinya terhadap Allahyarham bapanya telah mendorong semangat untuk mencatat keputusan cemerlang.

Wednesday, March 7, 2012

SMK Putera, Besut Terbaik STPM di Terengganu

Sekolah Menengah Kebangsaan Putera (SMKP) Besut sekali lagi mencatat sejarah apabila sekolah itu diumumkan sebagai sekolah terbaik dalam pencapaian peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lalu.

Kejayaan itu meletakkan SMKP yang terletak di kawasan luar bandar mampu bersaing dengan sekolah ternama lain di negeri ini dalam peperiksaan berkenaan.

T-Team Resah Fadli Cedera Hadapi Pahang

Pasukan T-Team berdepan kerisauan dan perlu mencongak formula baru selepas penyerang Fadli Saari mengalami masalah kecederaan menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu Sabtu ini.

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata Fadli cedera di peha ketika bermain menentang Sarawak dalam Liga Super  Jumaat lepas.

Terengganu Senarai 24 Pelumba ke Sukma Pahang

Skuad berbasikal Terengganu telah menyenaraikan 24 pelumba termasuk 12 wanita untuk menggalas cabaran negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, dari 7 hingga 16 Julai depan.

Jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka yang terpilih termasuk 10 muka lama yang diharap dapat memberi bimbingan dan semangat kepada pelumba-pelumba baru.

Wali band Gegar Kuala Terengganu, Pukau 15,000 Penonton


Kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, Wali Band membuktikan pengaruhnya di Terengganu apabila berjaya menambat hati kira-kira 15,000 penonton yang hadir menyaksikan konsert mereka di Kompleks Sukan Gong Badak, malam semalam.

Berkongsi pentas bersama kumpulan rock remaja, Azlan & The Typewriter dan penyanyi Hattan, konsert percuma itu diadakan sempena Karnival Generasi Belia Gemilang anjuran bersama Kelab Remaja Terengganu (KRT) dan Jabatan Belia dan Sukan negeri.

Dapatkan Gambar Sebenar PAS!


Daripada: DinTurtle (http://dinturtle.blogspot.com/)

Semalam saya dah tulis semula kenyataan2 lama para pemimpin pembangkang terutama dari Pas tentang perjuangan mereka.

ADA lagi tuh .... tapi nanti-nantilah saya keluarkan lagi. - Sweet Memory 1 Pas - Sweet Memory 2 Pas

Pasti akan ada suara sumbang yang cuba memperkecilkan gema suara lama pemimpin2 Pas itu kononnya semua itu bersifat Retro, tak relevan dah kini atau manusia berubah bla bla bla .... tapi harus diingat, seperti kata seorang pembaca yang komen - "Kalau ayat-ayat yang diguna pakai dahulu sudah tidak relevan lagi sekarang, bermakna ayat-ayat yang digunapakai sekarang pun bakal tak boleh dipakai beberapa tahun lagi".

Seingat saya, belum pernah berlaku walau sekali pun mana-mana pemimpin Pas menarik balik dan meminta maaf diatas sebarang kenyataan mereka !

Piala AFC - Penyu Bermula Dengan Tiga Mata Atasi kelab Vietnam 1-0

Terengganu memulakan kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 dengan memberangsangkan apabila menjinakkan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 di tempat lawan semalam.

Terengganu mengutip tiga mata penuh apabila menang pada saingaan pembukaan kumpulan F Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam petang semalam.

Ibu Kepada Tiga Anak DiTahan Mengedar Dadah

Seorang wanita sanggup mengambil risiko untuk menanggung kehidupan sehariannya dengan menyambung legasi pengedaran dadah suaminya yang kini telah meringkuk tiga tahun dalam penjara.

Bagaimanapun, jalan pintas yang diambil oleh ibu kepada tiga orang anak ini terbongkar setelah ditahan di rumah sewanya dalam satu operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu di sekitar Marang, Rabu (29 Feb) lalu.

Bekas Pegawai Tadbir Menang Kes Lawan Kerajaan Terengganu

Setelah lebih empat tahun berjuang, usaha seorang bekas Pegawai Tadbir Negeri untuk membuktikan bahawa pemecatannya oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2008 adalah pemecatan yang salah (wrongfull dismissal), akhirnya berjaya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustafa semalam dalam keputusannya berkata, penamatan plaintif iaitu Wan Mohd Faizul Wan Abas, 37, sebagai Pegawai Tadbir Negeri N41 oleh pihak defenden pertama, iaitu Kerajaan Negeri Terengganu adalah tidak sah.


Taubat Nabi Palsu Sudah Terlambat, Dipenjara 10 Tahun, Sebat


Rayuan terakhir lelaki yang mendakwa ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 serta enam kali sebatan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah di Shah Alam semalam.

Tiga panel Hakim Syarie diketuai Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusop Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar sebulat suara memutuskan bahawa hakim bicara Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam tidak terkhilaf dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap perayu.

Pengundi DUN Wakaf Mempelam Diminta Berubah

Pengundi di Dun Wakaf Mempelam perlu membuat keputusan bijak dengan melakukan perubahan pada pilihan raya umum akan datang bagi melihat perbezaan berlaku setelah kerajaan dapat merampas kerusi tersebut daripada pembangkang.

Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, perkara itu harus difikirkan sebaik mungkin memandangkan masih tiada apa dapat dilihat dalam Dun Wakaf Mempelam biarpun kawasan berkenaan berada di tangan pembangkang sejak 33 tahun lalu.

Muzium Terengganu Adakan Program Rampai Budaya Sempena Cuti Sekolah

Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) akan mengadakan program Rampai Budaya 2012 iaitu aktiviti warisan tradisi negeri ini bagi menarik pengunjung pada cuti sekolah minggu depan.

Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT, Mohd Saberi Muda berkata program 10 hari bermula Sabtu ini bertujuan mempromosi dan memperkenalkan adat tradisi negeri ini kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.

Sukan Ekstrim Kejohanan Drive 4X4 Antarabangsa Bermula Jumaat

Seramai 1,800 peserta sukan ekstrim dijangka menyertai cabaran Kejohanan Drive Ride (DR) 4X4 Ranggok Antarabangsa di trek lasak, Kampung Gong Cempedak, di Marang  bermula Jumaat hingga Ahad (9-11 Mac) ini.

Kejohanan yang diadakan julung kali dan menawarkan hadiah keseluruhan RM31,000 itu bakal memperlihatkan cabaran peserta tempatan dan luar negara termasuk dari Indonesia, Thailand dan Australia.

Pos Malaysia Keluarkan Setem Bertemakan Program Penyelidikan Antarabangsa

Pos Malaysia Bhd akan mengeluarkan setem kenang-kenangan serta barangan filateli yang bertemakan Program Penyelidikan Antartika Malaysia mulai esok.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata pengeluaran setem itu dengan usahasama Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, juga bersempena lawatan kerja Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada November tahun lepas ketika baginda menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong.

90 Pelajar Agama Sertai Matrikulasi Perubatan UniSZA - TatiUC

Seramai 90 pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah terpilih di negeri ini bakal merintis program Matrikulasi Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)-Kolej Universiti TATI (TATiUC) yang dijangka bermula Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kesemua pelajar perintis itu akan diambil dari sekolah-sekolah terpilih terutama sekolah aliran agama seperti Imtiaz.

Pinta Minta Bantuan Seorang Lelaki Tampil Bantu Siasatan

Hubungi pegawai penyiasat Insp Ershah Izzani Mohd Isa di talian 012-9629861 atau balai polis berhampiran.

Polis Terengganu meminta seorang lelaki tampil ke Balai Polis Daerah Marang bagi memberi keterangan kes dadah yang melibatkan penangkapan seorang lelaki yang bekerja sendiri pada tahun lepas.

Menteri Besar Rai Petugas Media, Blogger & Facebooker


Hampir 300 petugas media terdiri daripada wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi diraikan oleh Dato’ Seri Ahmad Said dalam Program Bicara Menteri Besar Bersama Media di Hotel Primula, malam kelmarin.

Majlis yang turut disertai para blogger dan facebooker itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pengamal media dan kepimpinan Kerajaan negeri serta menghargai peranan golongan itu dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Lion XII Rampas Tangga Kedua Daripada Terengganu

Lions XII dari Singapura mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Felda United dalam perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam semalam.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan V. Sundramoorthy, yang sebelum ini menduduki tangga kelima, merampas tempat kedua daripada Terengganu selain berkongsi 17 mata, namun dibezakan dengan jumlah jaringan.

Jabatan Kesihatan Pandan Serius Kes Denggi

Jabatan Kesihatan negeri memandang serius peningkatan kes denggi di negeri ini walaupun tiada kes kematian dilaporkan.

Peningkatan kes berlaku di empat daerah iaitu Setiu yang bertambah lima kes diikuti Hulu Terengganu (lima kes), Kemaman (tiga kes) dan Dungun (tiga kes).

Tuesday, March 6, 2012

Polis Malaysia Jauh Lebih Baik, Cepat Bertindak - Bapa Ashraf

 
Bapa Ashraf Haziq Rossli– pelajar yang diserang dan dirompak dalam rusuhan di London pada tahun lepas, telah memuji polis Malaysia, yang menyatakan pihak berkuasa itu bertindak lebih pantas daripada pihak berkuasa Britain sekiranya situasi yang sama berlaku di sini.

Rossli Harun, 50, yang dipetik dalam akhbar Britain, Daily Mail pada Sabtu lalu sebagai berkata, Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang agak tegas namun ia merupakan sebuah kerajaan yang tidak membiarkan perkara di luar kawalan berlaku bagi memastikan keselamatan di jalanan.

 “Ia (Kerajaan Malaysia) tidak akan membiarkan keadaan luar kawalan berlaku. “Jalanan (di sini) adalah selamat,” katanya yang merupakan pesara pegawai tentera.

Kehadiran Sulung Terengganu Pada Saingan AFC Mahukan Satu Mata di Vietnam

Duo Tempatan... Ashaari Samsudin (tengah) dan Abdul Manaf (kiri) mampu merobek gawang Song Lam Nghe An pada aksi pembuka tirai Piala AFC di Stadium Vinh, Vietnam malam ini. 

Keyakinan memuncak kini dirasai para pemain Terengganu yang akan membuat penampilan sulung pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) malam ini.

Tampil selaku juara Piala FA, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu dijadualkan menentang kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An pada aksi pembuka tirai Kumpulan F di Stadium Vinh.


Keuntungan Sebelum Cukai Suku 3 Petronas Turun Kepada RM25.09b

Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Dis, 2011 turun kepada RM25.09 bilion daripada RM30.15 bilion dalam suku yang sama pada 2010.

Naib Presiden Eksekutifnya (kewangan), Datuk George Ratilal berkata Pendapatan naik 30 peratus kepada RM78 bilion daripada RM60 bilion sebelumnya disebabkan harga minyak global tinggi.