Thursday, October 18, 2012

Tiada Sebab Rakyat Marahkan Kerajaan BN Terengganu - Ahmad Said

 

Sumber utama adalah minyak dan gas diikuti kilang besi waja yang akan bertambah satu lagi bulan depan menjadi tiga kilang selain dua sumber baru iaitu industri berasaskan biojisim dan sektor pelancongan di Tasik Kenyir,  pastinya membuka peluang ribuan pekerjaan kepada anak tempatan...” 
- Datuk Seri Ahmad Said

Tidak ada sebab lagi bagi rakyat negeri ini marahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri kerana berjaya menyediakan segala keperluan yang rakyat sama ada rumah, tanah, bantuan bulanan, bantuan pelajaran, e-book, dana raya, dana remaja dan banyak lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pada setiap perjumpaan bersama rakyat, beliau  sering bertanya rakyat apa lagi yang mereka mahu.

"(Dan)hari ini saya nak tanya sekali lagi apa lagi yang kerajaan boleh bantu?” ujarnya dihadapan kira-kira 1,000 anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT)  seluruh negeri  ketika berucap pada majlis perjumpaan APMT bersama Menteri Besar di Dewan Besar Wisma Darul Iman semalam.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat dan mempunyai empat sumber utama untuk membiayai pembangunan rakyat pada masa hadapan.

"Saya harap kita sama-sama berperanan memberi penjelasan dan membuka minda masyarakat agar bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang tidak pernah berhenti merancang dan menghulur bantuan,” katanya.

“Sumber utama adalah minyak dan gas diikuti kilang besi waja yang akan bertambah satu lagi bulan depan menjadi tiga kilang selain dua sumber baru iaitu industri berasaskan biojisim dan sektor pelancongan di Tasik Kenyir, pastinya membuka peluang ribuan pekerjaan kepada anak tempatan,” katanya.

Malah katanya, dalam tempoh empat tahun kerajaan berjaya mengagihkan 19,000 lot tapak perumahan dan kawasan pertanian kepada rakyat yang memerlukan.

“Kita negeri pertama perkenalkan dana raya dan dana remaja dan kini diikuti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang juga diagihkan kepada remaja berusia 21 tahun ke atas oleh Kerajaan Pusat,” katanya.

Sambil itu beliau mengatakan kerajaan BN adalah yang terbaik sentiasa menjaga kebajikan rakyat bermula dari buaian hingga ke liang lahat.

Berikutan itu. Ahmad Said mengajak rakyat sama-sama bergerak sederap, berjalan seiring dan jangan sekali-kali mempertikai calon yang ditentukan oleh pucuk kepimpinan tertinggi parti pada pilihan raya akan datang.

Yang penting, berilah sokongan agar BN terus berkuasa di negara ini sambil semua rakyat perlu sentiasa bermuhasabah diri, insaf dan bekerja keras menentang usaha sesetengah pihak yang suka mempermainkan hukum Allah dengan mengeluarkan fatwa mengikut naluri sendiri.

“Bulatkan tekad dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan kebenaran serta redha dengan qada’ dan qadar-Nya,” kata beliau.


Fasa Pertama Baiki SSMZA Bermula Sejak 8 Oktober - Zaa'bar


Kerja membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini yang runtuh pada 2 Jun 2009 sudah bermula sejak 8 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib, berkata fasa pertama pembaikan itu melibatkan kos sekitar RM13 juta.

"Kerja-kerja fasa pertama itu akan mengambil masa selama tujuh bulan, bagaimanapun ia tidak termasuk pembaikian fasa kedua iaitu melibatkan bumbung utama stadium itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco, di Kuala Terengganu, semalam.

Projek Tanaman Fertigasi Di Terengganu Dihidupkan Semua

Projek tanaman fertigasi di negeri Terengganu bakal dihidupkan semula menerusi kerjasama GM Peladang Sdn Bhd, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniZA), Jabatan Pertanian Terengganu, Lembaga Pertubuhan Peladang Terengganu dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu.

Penasihat GM Peladang Ghazal Muda berkata, mengikut kajian syarikat itu, hampir 90 peratus daripada 180 pengusaha tanaman frigat di Terengganu tidak dapat meneruskan projek tersebut atas pelbagai masalah.

Kapal Selam Scorpene Mampu Beroperasi Dengan Baik


Abdul Azizberdiri di hadapan kapal selam Scorpene di Kota Kinabalu, Sabah kelmarin
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan sekali lagi bahawa kapal selam Scorpene diselenggara dengan baik dan mampu beroperasi dalam mengawal keselamatan negara.

Beliau berkata, sudah banyak operasi menggunakan kapal selam itu dilaksanakan di bawah arahannya.

Piala Malaysia - ATM TIdak Harap Ganjaran Lumayan

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (depan, empat dari kiri) bergambar selepas menerima kunjungan 16 pegawai dan 27 pemain ATM di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengharapkan ganjaran lumayan dalam misi menjulang trofi Piala Malaysia buat pertama kalinya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) berkata, pemain perlu lebih fokus mengejar impian daripada ganjaran selepas berjaya menamatkan penantian selama 46 tahun melangkah ke final di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Matlamat terakhir kami musim ini adalah melakar sejarah sendiri iaitu menjadi juara Piala Malaysia dengan menumpaskan Kelantan pada perlawanan akhir nanti.

JPJ Terengganu Buka 14 Kaunter Pelbagai Fungsi


Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) Terengganu membuka 14 buah kaunter pelbagai fungsi di pejabat negeri di sini bagi membolehkan pelanggan melakukan urusan mereka dengan mudah dan cepat.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata kaunter pelbagai fungsi itu pertama kali diperkenalkan di pejabat JPJ di kawasan pantai timur bagi meningkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Sebelum ini, orang ramai terpaksa berurusan dengan kaunter berasingan antaranya untuk urusan lesen memandu, cukai jalan, tukar hak milik kenderaan, dan memperbaharui lesen memandu vokasional bagi kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan barangan.

Jejak Orang Buta Dipertingkat Bagi Tujuan Pendaftaran

Hanya 300 daripada 4,000 orang cacat penglihatan di negeri ini berdaftar di bawah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Terengganu.

Pengerusinya, Mohammad Abdul Nasir Malek berkata, tahap kesedaran dalam kalangan keluarga tentang peluang membina keupayaan untuk berdikari termasuk kemahiran asas membaca mengunakan Braille masih rendah.

TRW 'Lupakan" Norfarhan, FAM Tolak Rayuan Kelantan


The Red Warriors (TRW) terpaksa melupakan khidmat Norfarhan Muhammad pada final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Norfarhan tidak dapat beraksi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Selain Norfarhan, Kelantan turut kehilangan khidmat seorang lagi penyerang sensasi, Mohamad Ghaddar selepas kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning.

RM1B Untung, Dividen Tidak Dibayar Kepada Kerajaan


Sekurang-kurangnya sembilan syarikat milik kerajaan persekutuan yang mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut, namun tidak mengisytiharkan atau mencadangkan dividen kepada kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati, syarikat itu mengumpulkan keuntungan terkumpul selepas cukai sebanyak RM943.46 juta.

Modul Pintar Quran Yit Berjaya Khatam 2,000 Murid Setahun

Modul Pintar Al Quran yang menjadi teras pembelajaran di Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) berjaya melahirkan kira-kira 2,000 murid yang khatam 30 juzuk al-Quran setiap tahun.

Penolong Pengarah Kanan Pra Sekolah YIT, Wan Aidi Wan Abdul Rahman berkata berikutan kejayaan itu, modul tersebut turut menjadi perhatian negeri lain.

"Pada tahun 2007 hingga 2010, Johor telah mengaplikasi modul ini di Tadika kelolaan Yayasan Johor, malah Tadika YIT cawangan Jalan Pusara di sini kerap menerima kunjungan dari Perlis, Kedah, Selangor dan Pahang yang berminat dengannya.

Nasib Peter Butler Hari Ini, FAM Timbang Rayuan

Nasib bekas jurulatih Terengganu, Peter Butler berhubung rayuan hukuman gantung, yang dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), akan diketahui hari ini.

Ini diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang Media Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 di Wisma FAM, hari ini.

Velodrum Dungun Mungkin Ikut Reka Bentuk Australia

Velodrum Melbourne yang mungkin jadi model di Dungun.
Kerajaan negeri Terengganu mungkin melihat model velodrom di Melbourne, Australia sebelum memutuskan reka bentuk pembinaan velodrom lumba basikal bernilai RM3 juta di Kampung Balai Besar, Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib berkata kemungkinan pihaknya akan melakukan lawatan ke Melbourne untuk melihat secara dekat velodrom di negara itu sebelum mengambil ketetapan

 Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam proses perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai reka bentuk velodrom yang akan dibina, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri di Kuala Terengganu, semalam.

"Kita diberi peruntukan RM3 juta...ia sangat sedikit dan peruntukan tambahan diperlukan. Mungkin kita bina velodrom asas sebelum kemudahan lain ditambah secara berperingkat," katanya.

Katanya velodrom itu bukan dibina untuk pertandingan peringkat antarabangsa tetapi sekadar untuk sesi latihan bagi pelumba negeri dan mencungkil bakat baru.

Modul Cegah Hamil Luar Nikah Dalam Kokurikulum Tahun Enam, Tingkatan Tiga

Satu projek perintis untuk mendidik pelajar mengenai bahaya seks luar nikah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum sekolah pada bulan lepas, yang merupakan cara untuk mencegah kehamilan di kalangan gadis di bawah 16 tahun.

Pelaksanaan itu merupakan antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu sosial yang mencatatkan lebih 6,000 kehamilan dan kelahiran yang melibatkan gadis di bawah usia 16 tahun sejak tahun 2000.

BN Perlu Kekal Perintah Terengganu - Yahya Khatib

Pemimpin boleh bertukar ganti, namun parti Barisan Nasional (BN) perlu kekal sebagai pemerintah di negara ini bagi meneruskan kesinambungan tradisi membela kebajikan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Yahya Khatib Mohamad menegaskan bahawa jentera BN berjalan lancar serta siap siaga untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada bila-bila masa sahaja.

“Apabila jentera berada dalam keadaan baik dan teratur ia menggambarkan pemimpinnya seorang yang bagus dan berwibawa,” katanya kepada Teganukita.

Persatuan Lumba Basikal Terengganu Gilap Bakat Pelapis

Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) sedang giat menggilap bakat baru dengan seramai 60 pelumba remaja bawah 14 tahun sedang diberi latihan.

Jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka akan diketengahkan menerusi beberapa siri kejohanan peringkat kebangsaan termasuk Sukan Malaysia.

"Mereka kini diletak di bawah program pembangunan atlet dan kita akan asuh atlet-atlet ini supaya mereka boleh mencapai tahap tertinggi," katanya semalam.

MAIDAMAkan Bangunkan 100 Hektar Tanah Wakaf Di Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu akan membangunkan lebih 100 hektar tanah wakaf di negeri ini untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rozali Salleh berkata MAIDAM akan mendapatkan kerjasama pelbagai agensi khususnya dari Yayasan Terengganu dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji untuk memastikan projek yang dilaksanakan benar-benar berfaedah dan memberi nilai tambah kepada masyarakat.


Bandar Baru Bakal 'Hidupkan' Semula Ekonomi Di Ajil

Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu 'menghidupkan' semula aktiviti ekonomi di pekan itu yang dikatakan suram sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mula beroperasi akhir tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ada peniaga mengadu perniagaan mereka merosot hingga 40 peratus apabila jalan alternatif Jerangau-Jabor tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna yang lebih selesa menggunakan LPT.

700 Anggota Bomba Terengganu Bersedia Hadapi Gelombang Banjir

Seramai 700 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah bersedia menghadapi gelombang banjir yang diramal melanda negeri itu setiap kali menjelang musim tengkujuh.

Pegawai Perhubungan JBPM Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata anggota itu akan ditempatkan di 335 lokasi di seluruh negeri itu, sebagai langkah berjaga-jaga.

RISDA Perkasa Pekebun Kecil Wanita - Wan Zuki

 RISDA akan terus memperkasakan golongan pekebun kecil wanita yang kini mewakili separuh daripada 1.2 juta pekebun kecil getah di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, usaha itu digerakkan melalui penubuhan 827 Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dengan lebih 14,000 ahli.

Katanya, penubuhan PWPK adalah sebagai menghargai peranan pekebun kecil wanita dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dengan sasaran pendapatan keluarga meningkat kepada RM4,000 sebulan menjelang 2020.

Lebih 200 Peserta Dijangka Sertai Kenyir Motocross Ahad Ini

Lebih 200 peserta tempatan dan luar negara dijangka mengambil bahagian pada Kejohanan Kenyir Motocross Monsoon Challenge 2012, Ahad ini.

Menurut penganjur, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), setakat ini peserta luar negara yang mengesahkan penyertaan ialah 30 dari Singapura dan empat dari Thailand.

Wednesday, October 17, 2012

UMT Hasilkan Protein Tahan Penyakit Untuk Haiwan Mamalia, Akuakultur

Institut Bioteknologi Marin (IMB) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal menghasilkan 'Heat Shock Protein 70' (HSP70), sejenis protein untuk meningkatkan antibodi haiwan mamalia dan akuatik.

Pengarahnya Prof Dr Mohd Effendy Abd Wahid berkata penyelidikan dijalankan dengan kerjasama Fakulti Perikanan dan Akua Industri UMT serta seorang pensyarah pelawat dari Dalhousie University, Kanada.

UMT Laksana Program Bantu Naik Taraf Golongan Sasar

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengenal pasti 100 keluarga di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir dekat sini bagi melaksanakan kajian untuk menaik taraf kehidupan golongan sasar.

Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi UMT Prof Ibrahim Mamat berkata program itu meliputi tujuh kategori golongan sasar iaitu ibu tunggal, orang kurang upaya, warga berumur 60 tahun ke atas, penganggur, pesakit terlantar, miskin dan miskin tegar.

Hassan Ali - Saya Tidak Akan Tinggalkan PAS

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat oleh Pas Januari lalu berkata, beliau akan tetap bersama parti itu walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya  selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut hari ini.

Final Piala Malaysia: Tiket Dijual Mulai Khamis


Tiket final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijual mulai Khamis ini, di Stadium Shah Alam.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kaunter tiket akan mula dibuka mulai Khamis sehingga hari perlawanan, bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.

Hoki Piala Razak - Terengganu Dalam Kumpulan B

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan mengkaji format Kejohanan Hoki Piala Razak bagi memperkasa serta mengembalikan status terbaik kejohanan itu seiring dengan usianya yang kini sudah 50 tahun.

Presiden KHM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, berdasarkan persembahan beberapa pasukan pada edisi ke-50 kali ini, beliau melihat terlalu jauh jurang persembahan dipamerkan di kalangan pasukan yang bertanding.

“Pasukan tewas seakan tidak bersedia sehingga akur dengan kekalahan besar seperti kemenangan Kuala Lumpur 6-1 ke atas Perak semalam.

Puteri UMNO Terengganu Bersiap Hadapi PRU13

Bagi memastikan Terengganu kekal di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), semua jentera BN dilihat semakin sibuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU 13), termasuk Pergerakan Puteri UMNO negeri.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Terengganu, Nordiana Datuk Shafie berkata, pihaknya bertangungjawab menjaga bahagian Teknologi Maklumat (IT) ketika hari pilihan raya nanti.

Projek Ternakan Kambing Boer PPNT Beri Pulangan RM207,754 Tahun Lepas

Gambar Hiasan...Kambing Boer Jantan.
Projek ternakan kambing jenis "Boer" yang diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Tererengganu (PPNT) berjaya menyumbang keuntungan sebanyak RM207,754 kepada pertubuhan itu pada tahun lalu.

Pengerusi PPNT Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata pendapatan itu dicapai menerusi penjualan kambing, anak kambing dan juga baja organik kambing dari ladang di Kampung Pelam Telemong, Hulu Terengganu.

Penuntut UniSZA Ungguli Larian Hijau Kategori Lelaki


Tiga penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) mengungguli kategori lelaki bagi institusi pengajian tinggi (IPT) dalam program Larian Hijau 2012 di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pada program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri di Teluk Ketapang itu, Muhammad Kodri Abu Bakar, Muhammad Nor Amirul Ahmad Nahar dan Suriadi Abd Rauf masing-masing menerima hadiah wang tunai, medal serta sijil penyertaan.

Tuesday, October 16, 2012

PAS Perlu Ketepi Fahaman Politik Bantu Sekolah Agama Rakyat - Muhyiddin

"Saya dah buka tawaran ini sejak dulu, lebih mudah untuk kita bantu bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan. Saya kemuka cadangan itu supaya diterima oleh mereka tapi malangnya sebahagian besar anggap tak boleh, tak mahu bersama dengan kementerian kerana dia anggap kementerian ini BN punya. Ini bukan soal politik.."
- Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata parti pembangkang khususnya PAS perlu mengenepikan fahaman politik dalam usaha memartabatkan sekolah agama rakyat (SAR) serta menjaga kebajikan pelajarnya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha menjaga kebajikan SAR secara lestari dalam tempoh jangka panjang akan lebih mudah dilaksanakan jika PAS boleh membantu SAR berdaftar dengan kementerian.


"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. Saya dah buka tawaran ini sejak dulu, lebih mudah untuk kita bantu bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan. Kalau itu boleh dipersetujui untuk kebaikan pembelajaran dan pengajaran...maka daftarlah. Kita boleh bantu secara terancang.

"Saya kemuka cadangan itu supaya diterima oleh mereka tapi malangnya sebahagian besar anggap tak boleh, tak mahu bersama dengan kementerian kerana dia anggap kementerian ini BN punya. Ini bukan soal politik...kalau boleh buat, boleh kurang masalah," katanya.

Beliau menyatakannya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata sungguhpun SAR tertakluk di bawah kawalan kerajaan negeri namun kerajaan persekutuan tetap menyalurkan bantuan kepada SAR termasuk sekolah-sekolah yang masih belum berdaftar dengan kementerian.

Katanya RM10.5 juta peruntukan perkapita disediakan bagi SAR yang menjalankan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada tahun ini.

Pada tahun lepas, RM95 juta disalurkan secara dibayar sekali sebagai bantuan ihsan kepada 247 SAR di seluruh negara.

"Saya sedar sekolah-sekolah ini masih memerlukan bantuan, justeru dengan jumlah peruntukan yang kita ada, mungkin bantuan ehsan ini boleh dipertimbangkan berdasarkan kepada kes demi kes melalui permohonan dari SAR yang benar-benar memaklumkannya," kata Muhyiddin.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri menyangkal dakwaan pemberian peruntukan yang tidak adil kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.

Jelasnya, semua sekolah di bawah bidang kuasa kementerian diberikan peruntukan yang saksama merangkumi emolumen, utiliti, Bantuan Geran Perkapita, bantuan kokurikulum, bantuan sukan dan lain-lain mengikut jumlah murid di setiap sekolah.

Katanya, pada tahun ini RM937 juta disediakan untuk pengoperasian sekolah (belanja mengurus) bagi 8,216 buah sekolah rendah dan menengah kebangsaan, RM87 juta untuk 1,294 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan RM19.2 juta bagi 523 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Penjawat Awam Beri Respon Positif Kepada Pencegahan Rasuah

Langkah yang dilaksana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras jenayah rasuah memberi kesan positif dalam kalangan penjawat awam di Terengganu.

Pengarah SPRM Terengganu Md Yusof Md Zin berkata perkembangan sihat itu dilihat apabila semakin ramai penjawat awam berani tampil ke hadapan membuat laporan kepada SPRM jika mereka diberi suapan oleh pihak tertentu.

20,000 Pelatih Institusi Latihan Kesihatan Bakal Nikmati Kenaikan Elaun

Gambar Hiasan...pelatih akan menerima kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus.
Kira-kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikmati kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus mulai tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelatih peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 sekarang, manakala pelatih peringkat diploma pula menerima RM1,166.58 berbanding RM621.21.

Juara Piala Malaysia - Pemain Kelantan Dijanjikan Lot Rumah

Annuar (dua dari kiri) bersama pemain dan pegawai skuad Kelantan selepas majlis penyerahan insentif di Kota Bharu semalam.
 Misi memburu gelaran treble terus mencengkam semangat para pemain The Red Warriors apabila mereka dijanjikan imbuhan cukup lumayan jika berjaya membawa pulang piala ketiga, Piala Malaysia, Sabtu ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan, setiap pemain The Red Warriors bakal dianugerahkan satu lot rumah yang dianggarkan bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000.

Imbas kembali....perlawanan ATM, Kelantan sebelum ini...

LKIM belanja RM42 Juta Biaya Sara Hidup 4,994 Nelayan Di Terengganu


Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membelanjakan sebanyak RM42.2 juta untuk bayaran Elaun Sara Hidup kepada 4,994 orang nelayan di seluruh negeri ini sejak skim itu diperkenalkan pada Ogos 2008.

Pengarah LKIM negeri, Mohd. Safee Mohamad berkata, jumlah perbelanjaan tersebut sehingga September lalu diagihkan kepada setiap nelayan terbabit yang menerima bantuan itu sebanyak RM200 sebulan.

AS Setuju Hantar Lebih Ramai Guru Bahasa Inggeris Tahun Depan


Malaysia akan menerima lebih ramai guru-guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat pada tahun depan, selaras dengan usaha Pelan Transformasi Pendidikan Nasional yang mahu meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu di kalangan murid-murid.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 25 guru Bahasa Inggeris daripada Amerika Syarikat akan berkhidmat di Malaysia tahun depan, penambahan daripada sejumlah 50 guru tahun ini.

"Dua puluh lima lagi guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan membantu murid-murid kita tahun depan. Kita sememangnya mahukan lebih ramai (guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat), tetapi mereka hanya mampu menghantar setakat itu," katanya semalam.

Firefly Akan Mulakan Kembali Penerbangan KIT-Singapura


Firefly Sdn Bhd sentiasa terbuka kepada kemungkinan meluaskan perkhidmatannya antara Singapura dan Sabah dan Sarawak dan memulakan kembali penerbangan antara negara ini dan Terengganu.

"Pilihan kami sentiasa terbuka dan pada masa yang sama, kami mengikuti secara rapat perkembangan industri untuk memastikan yang kami akan menembusi kepada pertumbuhan mapan masa depan, sekali gus meningkatkan standard persekitaran," kata ketua pegawai eksekutifnya, Ignatius Ong.

Mohd Amirul Sandaran Terengganu GP Indonesia

Mohd Amirul (dua dari kiri) dengan rakan pasukan Terengganu pada satu kejohanan di Kuala Lumpur.
Pelumba muda Mohd Amirul Fakruddin Mazuki menjadi sandaran Terengganu untuk mencapai kedudukan podium pada Kejohanan Berbasikal Grand Prix (GP) Indonesia selama tiga hari bermula hari ini.

Ketua jurulatih Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT), Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata pelumba berusia 20 tahun itu menjadi taruhan untuk memperbaiki ranking kedua yang dicapai pada kejohanan sama sebelum ini.

Penglibatan Masyarakat Penting Dalam Promosi Sukan Ekopelancongan Di Terengganu

Gambar Hiasan...Cabaran Pulau Perhentian Sebelum Ini.
Penglibatan masyarakat kampung perlu dalam menjayakan sukan ekopelancongan apabila acara sukan lasak 'Cabaran Pulau Perhentian' di Besut, Terengganu, diwartakan sebagai acara sukan bertaraf antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata tanpa penglibatan masyarakat dalam mempromosi budaya hidup, ianya tidak akan berjaya kepada sesuatu produk pelancongan yang hendak diperkenalkan.

"Jika masyarakat setempat tidak melibatkan diri dalam mempromosi budaya hidup, ia seolah-olah tiada nilai tambah kepada produk pelancongan seperti sukan air atau darat yang bakal disertai oleh peserta luar negara," katanya kepada pemberita selepas meyampaikan hadiah kejohanan Cabaran Pulau Perhentian 2012, di Pulau Perhentian semalam.

Terengganu Harap Muncul Kuasa Baru Dalam sukan Muay Thai

Persatuan Muay Thai Terengganu berharap untuk muncul kuasa baru dalam sukan tersebut pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Kuala Lumpur, Julai depan.

Presidennya, Najmi Abdullah berkata meskipun sukan yang berasal dari Thailand dan masih baru di negeri ini, namun persatuan tersebut telah menggerakkan misi pencarian atlet berpotensi tinggi dalam bidang sukan itu.

Bagi tujuan mengenalpasti bakat baru, beliau berkata pihaknya mengadakan satu Kejohanan Muay Thai Negeri selama tiga hari di Pusat Latihan Tinju, Kampung Raja, Besut, yang berakhir semalam.

DBP Rangka Sembilan Program Semarak Bulan Bahasa Kebangsaan Di Terengganu


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menerusi Jawatankuasa Penyelenggara Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 peringkat negeri Terengganu, merangka sembilan program bagi menyemarakkan lagi Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) tahun ini.

Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP Rusli Abdul Ghani berkata BBK merupakan acara tahunan negara, justeru, semua program yang diatur akan meningkatkan lagi semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan.

Portal Sahabat Beri Manfaat Kepada 21,000 Usahawa - YPUn

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) yakin Portal Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) yang dibangunkan Januari lalu mampu memberi manfaat kepada 21,000 usahawan di negeri ini bagi mempromosikan syarikat serta produk masing-masing.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPU,  A Razak Sulaiman berkata, ia adalah satu alternatif kepada usahawan di bawah YPU untuk memperluaskan jaringan maklumat perniagaan mereka melalui capaian portal ini secara elektronik.

Kementerian Pelajaran Disaran Wujud Subjek Berkaitan Teknologi Hijau

Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Perak Teknologi Hijau Kewartawanan akhbar Bahasa Melayu kepada wartawan Utusan Malaysia, Khairunnisa Sulaiman sambil diperhatikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (kiri) pada majlis anugerah GreenTech Malaysia 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam semalam.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Kementerian Pelajaran merancang secara menyeluruh sukatan mata pelajaran dan kursus mengenai pembangunan dan teknoloji hijau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, mahu melihat sistem pendidikan negara mencapai taraf dunia dan berupaya melahirkan pelajar cemerlang serta menghargai kepentingan memelihara hasil bumi dan alam sekitar.

LKIM Cadang APMM Buka Stesen Di Pulau Redang

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mencadangkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) supaya mewujudkan sebuah stesen penguatkuasaan di Pulau Redang bagi menjaga keselamatan nelayan.

Pengerusi LKIM Datuk Mohd Jidin Shafee berkata stesen itu juga bagi membolehkan nelayan membuat aduan terutama berhubung pencerobohan nelayan asing.

"Nelayan dan penduduk memang mahukan sebuah stesen APMM bagi menjaga keselamatan mereka daripada ancaman lanun dan juga pencerobohan nelayan asing.

PBT, Jabatan Kerajaan Perlu Guna BM Dalam Urusan Rasmi - MB


Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan di Terengganu di minta menggunakan bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan, terutama berkaitan papan iklan, majlis dan surat rasmi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara ini kerana masih terdapat pihak berkaitan gagal mempraktikkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

“Sebaliknya, mereka lebih gemar menggunakan bahasa inggeris dalam menyiapkan sebarang tugasan seperti surat pekeliling, surat arahan dan minit mesyuarat.

Jawhar Sedang Melaksana Dan Merancang Pembangunan Untuk Kesejahteraan Umat

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) akan meneroka lebih banyak projek berasaskan nilai tambah ekonomi, pendidikan, keagamaan dan pembinaan infrastruktur kesihatan rakyat.

Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Hasnah Salleh berkata sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan RMK-10 kerajaan telah menyalurkan lebih RM300 juta kepada JAWHAR untuk pembangunan di tanah-tanah wakaf di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat.